Rakaman Kembali Pengalaman Penulis Bersama Datuknya......

TAMAR JALIS
SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

JILID 5

1

98. Tubuh Terapung Di Udara "Hei Tamar, mahu ke mana?”, jerit Udin Tarzan. Belum pun sempat menjawab, dia sudah berada di belakang kami. "Mahu ke mana?”, ulang Udin Tarzan lagi. "Kami nak duduk jauh dari gelanggang", jawab Najib. "Kenapa?" "Kalau ada sesuatu yang buruk terjadi, kami sempat melarikan diri", jelas saya dengan jujur. "Hum, jangan pergi ke mana-mana. Aku ada, aku tak akan biarkan kamu mati katak", wajah Udin Tarzan kelihatan cukup bengis. Saya dan Najib berpandangan. "Mari", perintah Udin Tarzan. "Ha...”, mulut Najib separuh terbuka. "Ikut saja cakapnya", bisik saya ke telinga Najib. Udin Tarzan tarik tangan kanan saya. Tidak ada bantahan. Saya hanya mengikut sahaja. Langkah Udin Tarzan cukup cepat. Sesekali saya terlihat ada sesuatu dalam saku seluarnya. Bentuk benda itu bulat dan berat. Saya terus menumpukan perhatian pada benda yang berada dalam saku seluar Udin Tarzan. Bila Udin Tarzan melangkah, benda dalam saku seluarnya dapat dilihat dengan jelas. Darah saya tersirap. Udin Tarzan memiliki pistol. Jenis apa? Saya sendiri tidak tahu. Dan saya tidak kuasa untuk menyoalnya. Itu bukan urusan saya. Kalau ditanya, mungkin menimbulkan kemarahan pada dirinya. "Kamu berdua duduk di sini", itu arahan Udin Tarzan. Saya dan Najib segera mematuhinya. Duduk tepi gelanggang dekat Agam yang kelihatan menggigit hujung jari kelingking. Lelaki dari Kelantan itu terus menepuk-nepuk kepala ayam sabungnya dengan penuh manja. Dia terus keliling gelanggang, mempamerkan rasa bangganya kerana memiliki ayam sabung yang handal. Bila sampai depan Agam, lelaki dari Kelantan itu terus menghentak-hentakkan kaki kanannya. Orang yang berada keliling gelanggang terus ketawa. Lucu melihat telatah lelaki dari Kelantan itu. Agam terus mengeliat dan turut ketawa. "Diam", jerit Udin Tarzan. Ketawa terus berhenti dengan serta-merta. Udin Tarzan keluarkan pistol. Muncung pistol dihalakannya ke dahi Agam. "Kamu mahu menggagalkan semua yang diatur", lanjut Udin Tarzan. Muncung pistol terus bertemu dengan kulit dahi Agam. Semua yang menyaksikan peristiwa itu jadi cemas. Tidak ada seorang pun yang berani bersuara. Lelaki dari Kelantan bersama
2

ayam sabungnya terus menyembunyikan diri di perdu bertam. Ternyata pada lelaki itu, lebih mengutamakan eselamatan ayam sabungnya dari dirinya sendiri. Ayam sabungnya dimasukkan ke dalam bajunya. "Mahu lawan sabung atau tidak?", Udin Tarzan beri kata dua. Agam masih kelihatan tenang. Masih sempat senyum dan menjamah hujung pistol yang bertemu dengan dahinya. "Sabar, marah mainan syaitan. Orang yang waras tidak pernah marah", ucap Agam. "Jangan nak mengajar saya.” "Tidak, saya bercakap perkara yang benar", tambah Agam. Perlahan-lahan pistol dari tangan Udin Tarzan diambilnya. Saya lihat Udin Tarzan tidak melawan. Kelihatan seperti kena pukau. "Kita mesti bertindak dengan tenang", tambah Agam. Pistol Udin Tarzan yang berada di tangannya dicampakkan ke tanah. Saya dan Najib gelengkan kepala, bila melihat telapak kaki kanan Agam memijak pistol milik Udin Tarzan. Pistol itu terbenam dalam bumi. Bila telapak kaki kanannya diangkat, badan pistol kelihatan berasap. Semua orang yang ada di situ gelengkan kepala. Pistol itu bertukar menjadi besi yang amat buruk serta berkarat. "Minta maaf, saya tak mahu bersabung ayam", ujar Agam lembut. Udin Tarzan terus gosok batang leher. Sinar matanya memancarkan kemarahan tetapi, dia tidak dapat bertindak atau melakukan sesuatu. "Kenapa? Tadi awak yang mencabar", suara Udin Tarzan amat perlahan sekali. Tunduk tidak berani menentang wajah Agam. Kehebatan, kesombongan dan kegagahan Udin Tarzan hilang dengan serta-merta. Semua orang yang berada di sekeliling gelanggang merasa hairan dan amat terkejut sekali. "Kenapa?”, susul Udin Tarzan lagi. "Saya memang tak minat.” "Kalau tak minat kenapa kamu mencabar?” "Saya cuma nak tengok muka orang yang ada menyimpan ayam sabung.” "Hum, awak permainkan kami", Udin Tarzan mengeluh. "Berjudi bukan mainan hidup saya", suara Agam bergetar. Dia menoleh ke kanan sambil menggosok pangkal hidungnya dua tidak kali. Agam terus tepuk pangkal lengan kanan dengan telapak tangan kiri, tiga kali berturut-turut. TEPUK

3

Selesai sahaja Agam tepuk pangkal lengan kanannya. Udin Tarzan bagaikan tersedar dari lamunan. Dia terus bertempik sambil mengambil sepotong kayu yang berada di sudut kanan gelanggang. Udin Tarzan bersedia untuk memukul kepala Agam. Cita-citanya tidak diteruskan. Dihalang oleh suara yang menyebut-nyebut namanya dari arah perdu pohon petai. Udin Tarzan segera menoleh ke arah tersebut. Kayu di tangan terus dicampakkannya keluar gelanggang. "Kau datang juga", sergah Udin Tarzan. "Kalau dah berjanji mesti datang. Belum pernah menolak kalau nak bersabung, ayam siapa lawan si jaguh aku?", kata lelaki yang muncul dari arah pokok petai. Dia memakai seluar panjang warna kuning, baju merah lengan pendek yang sudah pudar warnanya. "Banyak, dekat tujuh ratus ringgit, Ali", jawab Udin Tarzan penuh yakin. "Siapa lawan ayam saya?”, tanya orang yang bernama Ali. "Jaguh seluruh Kelantan.” "Mana dia mukanya?", Ali ketawa kecil. "lni dia orangnya", lelaki dari Kelantan muncul. Menerpa ke tepi gelanggang. Lelaki dari Kelantan itu terus melepaskan ayam dalam gelanggang. Sorak dan tepukan kian bertambah hebat. Ali renung tiap wajah yang berada di situ dengan senyum. Tiba-tiba, senyum Ali terus berhenti, bila matanya tertumpu ke wajah Agam. Tetapi,semuanya kembali berbunga, bila Agam memalingkan wajahnya ke arah hutan tebal. "Duit sewa gelanggang, serahkan di sini", pekik Udin Tarzan. Lelaki dari Kelantan dan Ali pun serahkan duit sewa gelanggang. Kemudian Udin Tarzan pun menyerahkan wang sewa gelanggang pada ketuanya. Dari jauh, Udin Tarzan angkat tangan kanannya tinggi-tinggi memberitahu pada orang yang hadir bahawa gelanggang boleh digunakan. Sorak dan tepuk tangan orang ramai bergemuruh menguasai kawasan terpencil itu. "Aku nak lepaskan ayam, Udin", jerit Ali. "Silakan", balas Udin Tarzan. Tepukan dan sorak bertambah gamat. "Kau lawan dia jaguh, kau bunuh dia dengan taji kamu", itu yang dibisikkan oleh Ali pada ayam sabungnya. Orang ramai yang bertaruh mula membuat kumpulan sendiri. Wajah mereka didakap kegembiraan yang amat sangat. Masing-masing mengharapkan tuah dan keuntungan yang berlipat ganda. Di tengah gelanggang, dua ekor ayam mula bertentangan. Mengembangkan kepak dan bulu leher kelihatan membesar, bersedia untuk menewaskan antara satu sama lain. Dua ekor ayam itu tidak tahu, bahawa nyawa mereka dipertaruhkan demi kepuasaan hati manusia yang selama ini dianggap bijak dan bertamadun mempunyai nilai budi dan perasaan yang tinggi. Bila berdepan dengan suasana
4

demikian, saya segera terfikir bahawa ada waktu dan ketikanya, manusia ini lebih kejam, lebih bodoh dari dua ekor ayam sabung yang berada ditengah gelanggang. Setiap kali ayam milik Ali membenamkan tajinya ke leher ayam jaguh milik lelaki dari Kelantan, suara sorakan dari tepi gelanggang terus melangit. Ada yang terkinja-kinja menari macam beruk dapat belacan. Secara mendadak tepukan dan sorakan terus terhenti. Semua biji mata tertumpu ke arah Agam yang berdiri di tengah gelanggang. Bagaikan kilat Agam menangkap ayam milik lelaki dari Kelantan yang kelihatan terhoyong-hayang. Beberapa helai bulu kepaknya mula berjatuhan. Balungnya berdarah begitu juga dengan bahagian lehernya. Agam segera mendekati lelaki dari Kelantan. "Ambil ayam kamu", kata Agam pada lelaki dari Kelantan. "Kami berlaga ayam, apa hak kamu mengganggu kami?” "Islam melarang pengikutnya berbuat kejam dengan binatang.” "Saya mencari rezeki.” "Bukan ini caranya mencari rezeki." "Tapi...” "Tak ada tapinya, ambil ayam kamu dan pergi dari sini, kalau kamu tak dengar cakap aku, buruk padahnya nanti." Agam mula tunjuk taring. Lelaki dari Kelantan mula membantah tetapi, bila dilihatnya muka Agam, dia tidak jadi membantah. Tanpa banyak cakap dia terus ambil ayam sabungnya. Lelaki dari Kelantan itu mengatur langkah menuju ke arah pondok tempat ketua Udin Tarzan berehat. Agam renung ke kiri, didapatinya ayam sabung Ali tidak berada di gelanggang lagi. Sebahagian orang ramai yang berada di tepi gelanggang mula beredar. Masing-masing bersedia untuk menyelamatkan diri andainya tercetus sebarang perkelahian. "Eh, kamu ke mari dekat aku", ujar Agam pada Ali yang bersila di tepi gelanggang. Ali tidak memperhiraukan arahan dari Agam. Dia terus membiarkan ayam sabungnya mematuk padi atas telapak tangannya. Sesekali, Ali meraba ulu golok yang terselit di pinggangnya. Dia terus bersiul-siul kecil. "Hei, ayam sesat jangan cuba nak tunjuk handal di tempat orang", Ali mula menyindir. Badan ayamnya diurut perlahan-lahan. "Pulanglah dan buat kerja lain", tingkah Agam. "Jangan nak ajar saya!", jawab Ali. "Bukan mengajar tapi nasihat.”

5

tak ada siapa yang tahu. kami segera berlindung di balik pohon besar. aku sekadar mahu membetulkan kamu dari membuat kerja maksiat. lelaki dari Kelantan dan Ali. Saya lihat Agam begitu tangkas mengelakkan serangan yang datang bertubi-tubi. Dia terus melibaskan rantai basikal ke badan Agam. Langgar tunggul dan akar hingga jatuh tunggang langgang. kata saya lemah. Ternyata taktik yang digunakan oleh Agam amat berkesan sekali. Agam masih berdiri di tengah gelanggang yang sudah ditinggalkan oleh para peminat sabung ayam. lelaki dari Kelantan dan Ali segera bangun. Najib. Aku tak suka tengok orang bergaduh".” Saya segera tegakkan kepala. agar orang yang menyerangnya tidak cedera. jatuh ke bumi dalam bentuk ketulan hitam yang kecil macam tahi kambing. Udin Tarzan menerpa ke arah Agam. Demi keselamatan diri. Golok melekat pada pohon pulai. Ketiga-tiga penyerangnya tercungapcungap dan terus jatuh ke bumi. Agam tetap tenang dan tubuhnya tidak mengalami sebarang kecacatan. MERANGKAK Saya dan Najib merangkak di celah-celah pohon kecil. Ayam Ali terlepas lari ke dalam semak. Lagipun kita duduk sembunyi di sini. Sepasang mata saya tertumpu ke arah Agam yang sedang berdepan dengan ketua Udin Tarzan. Dia lebih suka melihat mereka tewas akibat kepenatan. Mereka seperti dipukau mencari lorong untuk pulang ke rumah masing-masing." tutur Agam dengan tenang. Udin Tarzan.. Aneh. Agam lebih banyak bertahan dari melakukan serangan. dia jadi panik bila melihat mata rantai basikal relai.. kau tengok tu. pekik Ali sambil mencabut golok di pinggang lalu di baling ke arah Agam. Dalam jarak beberapa kaki dari ketuanya. Agam berusaha dengan sedaya upaya. kelihatan Udin Tarzan. mendekati mereka. 6 . baliklah ke rumah kamu. Cepat-cepat Agam mengelak. "Kita tunggu dulu. Tamar. Tanpa diduga. Cepat-cepat Ali melompat dan lari ke arah pondok tempat ketua Udin Tarzan berehat. Tanpa diduga.” "Sudahlah Tamar. Tetapi kami yakin Agam tidak akan bertindak sesuatu terhadap kami. Dia tetap bangun dan terus lari. Agam terus menerpa ke arah Ali. "Kita balik saja. Udin Tarzan terus buka langkah seribu. Udin Tarzan pusing ke kanan lalu mengeluarkan rantai basikal yang diikat pada kayu kecil dari saku seluarnya. Tubuh Udin Tarzan menggeletar. walaupun mata rantai basikal itu membelit ke tubuhnya tetapi."Diam bangsat!". Kami mahu mendengar apa yang akan diucapkan oleh ketua Udin Tarzan pada Agam. Mereka memegang kayu bulat yang panjangnya lebih dari enam kaki. Kita tengok siapa handal. Udin Tarzan.” "Aku takut dan. "Aku tak mahu bergaduh. lelaki dari Kelantan dan Ali melakukan serangan yang serentak ke arah Agam. Saya dan Najib yang sejak tadi menjauhkan diri dari gelanggang mula gelisah.

Agam mengambil keputusan tidak mahu berkeras dengan lelaki berbadan tegap. Amjal Kamal renung muka Agam. Kenapa kamu pula yang sibuk?" Sebagai orang Islam aku berhak memberitahu atau membetulkan kesilapan yang kamu buat. Amjal terus ketawa. Agam yakin cengkaman itu bukannya dari jari jemari manusia.” "Apa penyakit aku? Cakap!". "Kamu tahu belum ada orang yang berani kacau aku. Agam tidak menjawab kutukan itu. tanya Amjal Kamal sambil menggosok-gosok pistolnya. Tingginya hampir enam kaki. Pautan itu seperti mencengkam dan terbenam dalam kulit tubuhnya. Kemudian dia menarik pemetik pistol. Muncung pistol dituamkan ke dahinya. Serentak dengan itu cengkaman yang singgah di bahunya berakhir. Aku mahu menyembuhkan penyakit kau. "Kamu memang hebat. Jangan kacau kerja aku". Dia segera memusingkan tubuh dan wajahnya menatap orang yang bersuara. Sukar untuknya menoleh ke kiri dan ke kanan. Kedua belah lengannya penuh dengan tangkal dan azimat. "Kamu belum tahu siapa aku. Amjal Kamal terus memecahkan sebiji botol. "Nama aku Amjal Kamal". "Apa kamu sanggup menentang aku? Kalau tak sanggup. Baju yang dicampakkan ke bumi lalu dipijaknya. Ketua kampung penghulu dan ketua balai polis di sini tak berani kacau aku. kenapa kamu cari penyakit?” "Aku bukan mahu mencari penyakit. Macam ada sesuatu yang difikirkannya. Satu letupan bergema. ucap Agam lantang. Dia membuka baju yang membalut tubuhnya. "Biadap!". sergah lelaki ketua Udin Tarzan. tubuh kamu tak makan peluru. 7 . eloklah kau pulang.Bahu Agam dipaut dengan kuatnya dari belakang. Kamu mencari penyakit datang ke tempat aku"." "Kalau sudah tahu. kata AmJal Kamal sambil ketawa. "Kau nampak sekarang?". lelaki itu memperkenalkan dirinya. Peluru pistol tidak mendatangkan sebarang kesan. Lelaki itu mengeluarkan sebilah keris pendekar. Dia termenung sejenak. Lelaki itu mencampakkan kerisnnya yang sudah patah itu ke dalam semak. suara parau dan keras menendang gegendang telnnga Agam. Kulit perutnya tidak tercalar ataupun luka. Dia terus menikam perutnya dengan keris bertubi-tubi. Dia keluarkan pistol dari paha kanannya (pistol itu diikat ke pangkal paha kanan dengan tali guni). Mata keris terus bengkok." "Apa kesilapan yang aku lakukan?" "Kamu bapak maksiat!". Kaca dari botol tersebut terus ditelannya.

Beberapa saat kemudian terdengar letupan yang berturut-turut. Sebaik sahaja saya anggukkan kepala. Pelik. tangan kirinya tetap macam biasa.. katanya pada saya. Muka Agam kelihatan berpeluh. 8 . Agam menampar bumi. Besi di tangan Amjal Kamal terlepas. Amjal Kamal sudah tidak menahan sabar. aku nak ajar kamu.". Amjal Kamal membuka silat Siam. tak pernah puas. Agam memberi amaran. Dia mencampakkan pistol ke arah kami. Najib menjerit dan terus jatuh pengsan. Tak mahu ingatkan Allah. "Kau jangan ke mana-mana. kamu lupa diri sendiri lalu mahu menyesatkan orang lain. Mereka berdiri bertentangan. SABAR Sampai di sini. Amjal Kamal tidak dapat meneruskan kata-katanya. Saya tidak tahu dari mana Amjal Kamal memperolehi besi itu. bila tamak dah menguasai diri kamu. Tangkai dan azimat tidak dapat menentang kuasa Allah. Kali ini. Saya lihat. bila percikan bunga api mahu mengenai tubuh Agam. tidak ada hidung.. Kukunya panjang macam kuku harimau tetapi. kamu jangan buka gelanggang di sini. Dari gumpalan asap itu keluar percikan bunga api yang menuju ke arah tubuh Agam. Agam kembali merenung kearah Amjal Kamal yang sedang membawa sebatang besi. Agam tidak mengalami sebarang kecederaan. lengan kanan Amjal Kamal ditumbuhi bulu macam bulu orang utan. Dia biar Amjal Kamal mendekatinya. Agam terus menajamkan kedua belah bibirnya sambil menghembuskan udara yang berkumpul dalam mulutnya ke arah gumpalan asap. Dalam keadaan yang kelam-kabut itu saya terdengar bunyi petir dan diikuti dengan gumpalan asap hitam berkumpul di tengah gelanggang sabung ayam. Usaha Amjal Kamal untuk menewaskan Agam dengan kekasaran tidak berhasil. pepohon di kiri kanan Agam jadi sasaran peluru pistol Amjal Kamal.” "Kurang ajar!” "Ya. "Kamu memang handal tapi. Agam bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Agam mendekati saya tanpa membuang masa. Agam memberi isyarat tangan pada saya supaya kembali ke tempat persembunyian. saya dapati Najib sudah pun sedar dari pengsan. sebentar lagi kawan kamu akan sedar dari pengsan". Anehnya. Amjal Kamal renung kiri kanan. Saya segera memberitahu padanya apa yang telah terjadi. Apa yang saya dan Najib lihat ialah. Dengan sekelip mata asap tebal itu terus hilang. Mulai hari ini. Agam tetap bertenang dan menepis setiap serangan yang datang. percikan itu segera berpatah balik ke dalam gumpalan asap dan terus hilang. Kamu harus tahu. Jatuh betul-betul di depan Najib dan terus meletup."Kau tamak. Sebaik-baiknya kau berambus dari sini". Dia terus melepaskan satu tendangan yang kencang ke arah Agam. Dia segera menatang muncung pistol ke arah Agam. Bila saya sampai ke tempat tersebut. Amjal Kamal terus mendekati Agam. Muka sebelah kiri Amjal Kamal berubah bentuk iaitu kelihatan sama. Masing-masing memeluk tubuh. Amjal Kamal menggunakan ilmu kebatinannya untuk menundukkan Agam. Saya yang tidak tahu untuk berbuat sesuatu segera keluar dari tempat persembunyian. Bila Amjal Kamal angkat besi untuk memukul kepalanya.

. kelima-lima jari-jemari tangan kanannya menutup mata sebelah kirinya. Bila Agam gerakkan lehernya ke kanan. Kedua belah kaki Agam terangkat dan badannya berpusing-pusing di bumi. "Ya. Dalam sekelip mata sahaja. Serentak dengan itu dia terus melompat dan berdiri lurus. Dari bahagian belakangnya kelihatan kepulan asap yang menipis. Badan terus menggeletar. pipi dan bibir. Azimat atau tangkal yang membelit di lengan Amjal Kamal segera relai menjadi habuk yang akhirnya berterbangan entah ke mana dibawa angin. Agam meramas-ramas jari-jemari tangan kanannya. Tamar". bulu tengkuk saya segera menegak.” "Di sini tak ada masjid. "Aku juga dengar Jib. Amjal Kamal berdiri kaku macam patung batu. Tangannya yang bertali diangkatnya tinggi-tinggi. Najib seperti berbisik. Amjal Kamal menyondolkan mukanya ke tanah. jawab Najib. "Heiiiii. Semua gerak-geri Amjal Kamal diikuti dengan penuh teliti. kebal dengan sihir. saya renung ke arah Agam yang sedang menumpukan seluruh biji matanya ke arah tubuh Amjal Kamal.”. "Heiiiii. Agam jatuh terlentang. tangkal di leher Amjal Kamal putus sendiri. macam ada tenaga ghaib yang memusingkannya. Itu kerja makhluk Allah. Matanya tetap liar. apa yang kita lihat benar-benar terjadi?”. keadaan seperti ini wujud dalam filem yang bertemakan kisah zaman purba. Tidak ubah macam babi menyondol batas ubi keledek. "Aku dengar macam ada šuara orang sedang azan". Dia kelihatan tergamam. Najib cuit bahu kanan saya. "Lihat. Kelihatan rata macam papan yang sudah diketam. Tanpa membuang masa. Dia melindungi syaitan". Jib?". dia menjatuhkan dirinya ke bumi.. tanya Najib.”. Setiap kali Agam menggerakkan kelopak matanya. Dada saya terus berdebar dan saya segera menoleh ke arah Najib. Saya lihat wajahnya ke arah Agam. Biasanya. Waktu Asar pun belum masuk". lagi sekali suara jeritan Amjal Kamal bergema menguasai kawasan hutan tersebut. jangan fikirkan. Renung kiri renung kanan. "Tamar. bisik saya ke telinga Najib. Amjal Kamal bertempik. Saya dan Najib terpaku melihat keadaan yang tidak pernah kami fikirkan selama ini. Dan tanpa disangka-sangka.tidak ada mata. Dia menarik nafas panjang..” 9 . Najib bersuara penuh keraguan. "Kenapa. Agam tetap tenang melihat keadaan yang amat ganjil itu.. siapa pula yang azan tu. aku yakin Amjal Kamal banyak ilmu dunianya. Tamar". Jatuh ke bumi lalu terbakar. asalkan jangan ganggu kita sudah cukup. "Sudahlah. tanya saya perlahan-lahan. Saya pun segera membaca beberapa ayat suci untuk menghalau syaitan. Sebaik sahaja saya selesai mengucapkan kata-kata tersebut.

Agam terus duduk bersila di bumi. Kami segera mengarahkan biji mata kami ke arah Agam dan Amjal Kamal kembali. Agam mohon belas ikhsan dari Amjal Kamal. Saya lihat dada bidang Amjal Kamal kelihatan berombak-ombak ketika dia menarik dan melepaskan nafas. Beberapa helai daun tua mula gugur ke bumi dirempuh angin. "Kau tak berhak menahan apa juga keinginanku". Saya lihat bibir Agam bergerak-gerak macam membaca sesuatu. Suara azan yang mengusik gegendang telinga saya dan Najib terus ghaib entah ke mana. Saya dongakkan kepala melihat beberapa ekor burung belatuk mematuk batang meranti yang sudah mati. Ternyata Amjal Kamal tidak berganjak dari keputusannya. suara Agam meninggi. tinggalkan tempat ini". KASAR Saya bersyukur pada Allah. Tangan kirinya menepuk bumi dua kali. "Aku tak mahu apa-apa dari kamu. Agam bagaikan mendapat satu tenaga ghaib. "Aku merayu kepada kamu. tinggalkan tempat ini. ternyata Amjal Kamal lebih hebat.” "Kau jangan merepek". Dia terus memulas hujung rambut. Macam ada benda tajam yang menusuk tiap sendi Agam. Air yang keluar dari mulut dan hidung berhenti terus. Serentak dengan itu saya lihat dia bertenaga kembali. tindakan saya yang agak kasar itu. Agam terus mengerang kesakitan. Aku tidak mahu berlawan. dia seolah-olah mempersendakan apa yang dilakukan oleh Agam." ujar Agam dalam kesakitan. Saya tidak tahu bagaimana dia bangun. tidak menyinggung perasaan Najib. Dia jatuh perlahan-lahan dan terduduk atas bumi. Agam menjerit kesakitan. Tangan kanannya merayap atas bahu kiri. belum pernah saya melihat burung belatuk begitu banyak. "Aku merayu. Agam menggosok-gosok kedua belah telapak tangannya. Dari gerak-gerinya itu ternyata Amjal Kamal menggunakan semua ilmu batin yang diketahuinya untuk menentang Agam."Aku tak puas hati kalau tak tahu Tamar. Ulas-ulas lengannya kelihatan berketul-ketul. 10 . Dia terus memintal-mintal hujung rambutnya. Saya lihat kedua belah kaki Agam tidak mampu menahan tubuhnya. Dari lubang hidung dan mulutnya keluar air macam air liur. suara Amjal Kamal keras. Aku minta kau tinggalkan tempat ini". Dadanya nampak bidang dengan rambut panjang hitam terkandar atas sayap bahunya. Kedua-duanya memeluk tubuh. Saya lihat langit begitu cerah dengan gumpalan awan putih bersih berarak lembut ke arah selatan. Dia menerima semuanya itu sebagai satu perintah yang wajib dipatuhi. cukup angkuh suara Amjal Kamal. Antara Amjal Kamal dan Agam. Setiap kali hujung rambutnya dipulas. "Allahu akbar". suara saya keras lalu menutup mulut Najib dengan telapak tangan kiri. Agam dan Amjal Kamal bertentang wajah. "Tidak ". Saya terasa aneh. suara Agam lembut penuh sopan. Amjal Kamal terus ketawa. Saya lihat Agam sudah pun berdiri.

. tak ada manusia yang diam di sini. Aku berdoa pada Allah supaya diberikan perlindungan.". "Itu urusan aku. bila melihat kayu yang dibalingkan ke arah Agam tidak menuju ke sasarannya.." "Ya. Terdengar kokok ayam dan hidung saya terbau nasi dan bau 11 . bantah Amjal Kamal. sudahlah kau jangan merepek". Dia yakin. samada dari segi tajuwid. manusia laknat?" "Orang-orang yang berjudi di sini sudah mengotorkan masjid dan surau tempat kami beribadat." "Kamu bohong!". pembacaan itu memang betul. "Tidak. Amjal Kamal mengambil seketul kayu lalu dibalingkan ke arah Agam." "Hiss kamu". Amjal Kamal terus mempersendakan Agam. Tidak ada apa-apa yang dapat dilihat kecuali hutan kecil dengan pohon yang menghijau. "Kau nak tunjuk kehebatan kamu?". Saya dan Najib terpampan. Agam menurunkan tangannya perlahan-lahan. Bila telapak tangan Agam bertemu dengan bumi. Dia tidak dapat bergerak ke mana-mana. Tubuh Amjal Kamal yang terapung-apung di udara turut sama bergerak perlahan-lahan ke permukaan bumi. Agam akan tunduk padanya. "Aku minta kamu berhenti dari membuat kerja maksiat". aku buktikan". saya terdengar bunyi orang menumbuk padi dan berpantun. Amjal Kamal jadi marah. Pembacaan yang sempurna itu membuat saya terpesona. terapung-apung di udara. tubuh Amjal Kamal terletak atas tanah. Kayu itu berpusing-pusing di udara untuk seketika kemudian hancur menjadi serbuk. Agam merenung ke arah sebelah kiri. kata Agam masih berlembut. Cepat-cepat Agam mengangkat tangan kanannya. Saya kagum. aku tahu itu urusan kamu tapi. Agam berhenti bercakap. Amjal Kamal menepuk dada dan meludah ke arah Agam. "Tapi apa."Ini hutan. semuanya atas kehendak Allah. Saya amati pembacaan itu dengan teliti. Kaki Berbulu Dalam irama pembacaan ayat-ayat suci itu. Amjal Kamal terpekik. Tiba-tiba saya dan Najib terdengar bunyi suara orang membaca ayat-ayat suci. Mereka kencing dan berak ikut suka hati. 99. "Aku bukannya budak-budak". Amjal Kamal melompat dan menerkam ke arah Agam. "Baik. tekanan suara dan dengung.

tambah Agam. "Nak ke mana Tamar?" Najib terkejut. Mereka nampak ramah sekali. Suasana sekitar kampung terasa damai. Para penduduk sentiasa sibuk dan rajin berusaha. Bagaikan mimpi rasanya. bantah Amjal Kamal.A. Kanak-kanak yang berusia sekitar enam tahun. Semua yang saya rasakan itu tidak dapat saya lihat dengan mata kasar.W. ada juga yang memakai serban dan songkok dibuat dari kain putih. Mereka juga belajar hukum-hukum agama secara terperinci dari seorang lelaki yang berjubah hitam. Sebaik sahaja Agam selesai bercakap terdengar suara budak-budak menangis menahan kesakitan. Taat pada perintah Allah. Binatang ternakan seperti ayam. melihat sebuah perkampungan yang besar.gulai. Saya dapati diri saya bagaikan berada di tengah-tengah sebuah perkampungan yang jumlah penghuninya bukan sedikit. "Ajaib sungguh". Amjal Kamal bagaikan terpegun melihat apa yang wujud di depan matanya. dan para sahabat. berdinding tepas dan beratapkan rumbia. lengkap dengan masjid dan rumah yang bentuknya seperti rumah orang-orang Melayu. keluh saya dalam hati. Saya gosok kelopak mata dua tiga kali hingga terasa pedih. sergah Amjal Kamal. kami minta sesuatu dari Allah". "Bohong". Sama ada lelaki atau perempuan. demikian hati kecil saya membuat kesimpulan. suara Agam lemah. cabai dan terung. "Ya. Para penghuni kampung tersebut. berkumpul di surau belajar membaca Quran. rata-rata mereka berukuran sekitar lima kaki sepuluh inci atau lebih. kami makhluk Allah seperti kamu. Semua orang perempuan di perkampungan tersebut memakai mini telekung putih. 12 . aku buktikan lihat sekarang". kebanyakannya berkulit cerah. "Ini perkampungan. Baju dan kain juga dari kain putih. Agam meluruskan jari telunjuknya ke sebelah kanan. itik dan kerbau. Islam". Orang-orang tua duduk di anjung rumah membaca Quran atau berkasidah memuji Nabi Muhammad S. "Kamu sihir aku". bentuk tubuh mereka tetap besar dan tinggi. Sukar untuk mencari yang rendah. Pada hemat saya. Keliling kawasan rumah terdapat pokok pisang. Semuanya terjadi tanpa diduga. "Tidak. Hampir semua orang lelaki memakai jubah warna putih bersih. setiap halaman rumah sukar untuk mencari daun. Semuanya kelihatan bersih. "Beberapa orang anak-anak cucu aku patah kaki dan tangan dan luka akibat perbuatan orang-orang yang kau ajak berjudi di sini". Saya segera bangun. Najib tidak berkata apa-apa.

Aku bercakap sesuatu yang benar". Dan jarang-jarang pula terjadi. Kau mesti ingat kita berada dalam hutan. Apa yang saya alami. suara Amjal Kamal mendengus macam orang marah. "Kamu tak puas hati lagi?". tanya Agam. Bila saya membatalkan niat tersebut. Semua sakit yang saya deritai terus hilang. Saya dongakkan kepala ke langit. Dia mengajak saya pulang. aku nak pergi". hanya bayangan saja. Makin berkobar-kobar semangat saya mahu pergi ke kampung tersebut. Jadi. saya mengambil keputusan melupakan terus hasrat yang bersarang dalam dada. tiba-tiba sahaja pangkal paha sebelah kanan saya terasa sakit. "Hum. Bila melihat saya pulih. jelas saya. Perasaan saya terasa lapang dan lega. Najib mengucapkan syukur pada Allah beberapa kali. Keduadua belah bahu saya seperti dihempap dengan benda berat. bahu kanan Najib saya tepuk beberapa kali. saya tidak merasa jemu atau bosan berdepan dengan peristiwa yang pada tanggapan saya amat menyeronokkan. Najib mengingatkan saya.". "Apa yang kamu ingini. Najib. "Ah. saya membuat keputusan yang amat nekad. bukan nak buat apa-apa." "OK. Saya cuba melangkah. makin hebat sakit di pangkal paha kanan saya. "Kenapa?" "Boleh jadi apa yang kita lihat tu. Najib segera memaut tangan kanan saya. tidak mematahkan niat saya untuk pergi ke tempat tersebut. sudah aku buktikan. terdengar suara Agam cukup lantang. "Jangan". Saya tidak terdaya berdiri dan terus jatuh. Tetapi. Matahari sudah beransur condong." "Kita cuma tengok saja. Ajakannya itu saya bantah terus. Najib terpaksa tunduk pada kemahuan saya. Aku tidak berbohong dengan kamu. "Kita tengok apa yang akan terjadi selanjutnya. Tamar. saya kira waktu itu dah hampir pukul empat petang.." "Merbahaya. HILANG 13 . Dalam hutan begini macam-macam boleh jadi"."Aku nak masuk ke kampung tu." "Bagus". Saya dan Najib tumpukan perhatian pada dirinya dan Amjal Kamal. aku nak berkenalan dengan orang-orangnya". aku mengikut saja. Berpandukan pada kedudukan matahari di langit..

Di kiri kanan kawasan tersebut dipagari dengan pokok-pokok besar yang digayuti dengan akar. Amjal Kamal terus hilang entah ke mana. Ramalan saya tidak tepat. Begitu juga dengan rambutnya. Agam tidak berganjak dari tempat dia berdiri. seperti kuku harimau. Dia berusaha untuk memusnahkan Agam yang pada hematnya cuba mencabar kebolehan dan kehandalan dirinya. Saya amati suara tersebut dan saya pasti suara itu adalah suara beruang. orang ini terlalu akrab dengan syaitan dan boleh melakukan apa sahaja untuk memesongkan setiap orang yang percayakan kewujudan Allah". itu perintah Agam. Ribut besar pun berlaku di sekitar kawasan tersebut. Agam segera memanggil nama saya. Setengah jam kemudian. kedua belah tangannya bergerak ke kiri dan ke kanan. Sepasang tangannya memiliki kuku. Agam mengamati saya.Perkampungan di tengah hutan itu terus hilang. "Kamu berubah dari situ. Amjal Kamal menolak kenyataan yang wujud di depan matanya. balas saya. Agam masih berada di tempatnya tetapi. Seluruh wajahnya ditumbuhi bulu tebal yang berwarna kemerah-merahan. Kawasan tersebut segera ditumbuhi pokok-pokok kecil seperti pokok paku. Amjal Kamal yang berubah rupa itu terus melompat. suara Amjal Kamal yang sudah berubah wajah dan bentuk. Batu kecil itu diletakkan atas telapak tangannya. Dahan pokok terus patah malah ada pokok tumbang. Saya terdengar suara ganjil dari sebelah kiri. Badan saya terus berpeluh. pokok senduduk dan rumput-rampai yang menjalar menutup bumi.” 14 . Saya dan Najib segera memeluk pokok di depan. ribut besar yang menggila itu terus berhenti. Sepasang kakinya berbulu hitam. Macam-macam yang datang dalam fikiran saya. “Sekarang pindah”. cuba menghalang segala cita-citanya. Amjal Kamal mengeluarkan seketul batu kecil dari saku seluar sebelah kanannya. "Baiklah". Tanpa membuang masa saya terus mendekatinya. Amjal Kamal hembus batu itu tiga kali berturut-turut. Walaupun ada pokok yang tumbang tetapi. Sepasang mata Amjal Kamal bertukar jadi macam mata harimau dan bahagian mulut bertukar bentuk seperti mulut orang hutan. Kawasan yang ditumbuhi pokok kecil itu cukup luas. Mencakar dan mematah apa sahaja yang tersentuh oleh tangannya. Itu bukan suara beruang tetapi. “Pindah ke tempat Iain Jib. Bahagian badannya berbelang macam belang harimau. Beberapa detik kemudian terdengar bunyi deru angin yang kuat. tempat monyet bergantung atau melompat. Andainya kami tidak memeluk pokok besar kemungkinan tubuh kami akan diterbangkan oleh angin. Dendamnya belum berakhir.

Terkapar di bumi. Memang sudah lama dia berusaha mengusir Amjal Kamal dan kuncu kuncunya yang membuka gelanggang sabung ayam ditempat tersebut. saya merayu. “Sebelah sana.” “Kalau begitu biarlah kami balik dulu”. Dalam keadaan hati saya yang cemas dan takut itu saya lihat empat orang lelaki muncul di kiri kanan Agam. aku nak bercerita pada kamu tentang Amjal Kamal”. Dia berguling-guling atas tanah. 15 .“Pindah ke mana Tamar?”. Mudah untuk melihat gerak-geri Agam dan Amjal Kamal. “Jangan apa-apakan kami”. Cara yang dlilakukan oleh Agam ialah dengan melepaskan kerbau clan kambing setiap kali perjudian itu diadakan. Kawasan di bahagian perdunya bersih dan lapang. Ketika Amjal Kamal mahu mencakar mukanya. Pokok kempas yang saya pilih sebagai tempat berlindung cukup besar. Dengan tenang Agam menantinya. perintah Agam. Bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. sahut Najib. tidak terdaya mahu menggerakkan tangan dan kaki. Serentak saya dan Najib anggukkan kepala. Keempat-empat lelaki itu segera mengangkat Amjal Kamal lalu diletakkan di pangkal pokok jelutung. Sayang. Amjal Kamal yang sudah bertukar rupa itu tidak dapat berkata-kata. Agam segera menegakkan ibu jari kirinya. Bermusuh bukanlah tujuan hidup aku". Amjal Kamal bertempik dengan sekuat hatinya. Agam pun bercerita.” “Baiklah”. tinggalkan saja tempat ini. tanya Najlb. Najib merayu. kata Agam. “Nanti dulu. Amjal Kamal menerpa ke arah Agam. Saya gembira tempat yang saya pilih terletak di kawasan tanah yang agak tinggi. kita berlindung balik pokok kempas besar. Tubuh Amjal Kamal kembali dalam bentuk biasa. Saya dan Najib segera mendekatinya. "Ke mari Tamar". “Aku tidak akan apa apakan kamu berdua. Seluruh bulu yang melekat di tubuh Amjal Kamal gugur dengan sendirinya dan akhirnya terus hilang. Empat lelaki yang mengusung Amjal Kamal terus ghaib. Kedua belah bibir Agam kelihatan bergerak-gerak macam membaca sesuatu. “Tak usahlah bergaduh. Setiap kali Agam bersuara dia akan mencabut anak-anak pokok yang berdekatan. Tubuh Amjal Kamal lalu ditutup dengan daun pisang. Agam berusaha menenangkan perasaan Amjal Kamal. Dari perdu kempas saya lihat Amjal Kamal mendekati Agam yang berdiri tegap. Saya terkejut bila melihat Amjal Kamal jatuh dengan tiba-tlba. Itu saya permintaan aku. kamu datang sekadar mahu melihat bukannya bermaksud jahat. Kami pun berubah tempat.

Kadang-kadang dia sendiri memunculkan diri dalam bentuk manusia yang bertubuh besar dan hitam legam. Antara pekerjaan yang paling diminatinya ialah menyeludupkan beras dari Thailand ke Malaysia. Aishah Kamdar. Amjal Kamal kembali ke Malaya. Amjal Kamal cukup keras kepala. Dia merantau ke Nepal untuk mencari kaum keluarga ayahnya. Ayahnya dulu berkhidmat dalam Tentera British di cawangan Pasukan Gurkha. Amjal Kamal akan menggunakan ilmu kebatinan yang dituntutnya dari orang-orang yang melakukan pertapaan di kaki gunung Hlmalaya. Amjal Kamal berhenti kerja. Bukit Kayu Hiram di Kedah dan Rantau Panjang serta Pengkalan Kubur di Kelantan adalah tempat yang sering digunakan oleh Amjal Kamal untuk menyeludup beras. Amjal Kamal terus membesar dalam jagaan ibunya. Tetapi semua yang dilakukan itu tidak mendatangkan kesan. Mungkin kerana faktor usia atau mungkin kerana tindakan tegas dari pihak kerajaan membuat Amjal Kamal merasakan menjadi penyeludup tidak selamat. Jadi perompak dan pecah rumah dengan ilmu pukau". Agam meraba pangkal kening kirinya. Bila Amjal Kamal berusia dua tahun. Setelah bekerja dengan sebuah syarikat perusahaan membuat jerami di Bangladesh selama lima tahun. Amjal Kamal menamatkan persekolahan dalam tingkatan empat di salah sebuah sekolah Inggeris di Alor Setar. Kedah. Masa mencari keluarga ayahnya itu Amjal Kamal bertemu dengan bangsa Nepal yang menuntut ilmu kebatinan. 16 . Dalam masa darurat sekitar 1948. Dia juga menjalankan kegiatan judi empat ekor secara haram. Dia tertarik dan terus melibatkan diri dalam kumpulan tersebut. dia memberi rasuah pada pihak tertentu. Dengan kehendak Allah. Ayahnya memeluk Islam lalu memilih nama Abdul Kamal. Kemudian pergi ke Bangladesh dan tinggal bersama keluarga ibunya. Padang Besar di Perlis. pasukan yang dianggotai oleh ayahnya ditempatkan di bandar Sungai Petani. mengadakan judi sabung ayam. Dia pun membuka langkah lain untuk menampung hidupnya. ganja dan sebagainya. ayahnya meninggal dunia akibat ditembak oleh pihak pengganas komunis dalam satu serangan hendap tidak jauh dari bandar Sungai Petani. Supaya rancangannya berjalan lancar. Di samping itu dia berhasrat untuk menjadi pemandu pada pendaki yang ingin menawan kemuncak Everest. Dia melakukan berbagai-bagai pekerjaan. Memang datuk nenek Amjal Kamal berasal dan Nepal. ayahnya bertemu jodoh dengan perempuan rakyat Malaya berketurunan Bangladesh. “Salah satu dari caranya. Bila merasakan ilmunya sndah cukup. SEPIT Bila sudah tersepit.

suara Agam mula meninggi. "Kami berjanji. Saya dan Najib diam. "Dia memang hebat". Dia juga kepala mencuri kereta dan motosikal untuk dihantar ke Siam. Jangan cerita pada sesiapa apa yang kamu tengok di sini". Agam menggaru pangkal lehernya berkali-kali. saya tak kisah". Bila sudah tenang. Burung helang tetap terbang rendah bermain angin ketika sinar matahari mula meredup. Pada hemat saya." 17 . Agam meluahkan sebuah harapan. mudah-mudahan Allah menyelamatkan perjalanan kamu berdua. Agam menepuk kepala Najib beberapa kali. Segaris senyum berlari di kelopak bibir Agam. jangan ambil peduli. Tanpa diduga. mungkin dia terasa lucu dengan pertanyaan yang saya ajukan pada Agam. dulu. Itu saja yang saya harapkan dari kamu berdua". perempuan-perempuan Siam tu diseludup dari Golok untuk dihantar ke bandar-bandar besar di Semenanjung". Khabarnya. Melayang-layang dimain angin. Agam genggam penumbuk. soal Najib. Apa yang penting saya mahu kamu berdua merahsiakan perkara ini. "Kamu baliklah. "Kau orang baliklah. Matanya menatap wajah saya. Najib mengeluh. Percayalah cakap kami". Tetapi. mudahlah bercakap dan dia tentu bersedia menjawab apa-apa pertanyaan dari kami. macam mana kalau ada orang lain yang tahu dan menghebahkannya?". Kami berpandangan dan keberatan untuk mengajukan sebarang pertanyaan. "Kami boleh merahsiakan perkara ini. tak akan ceritakan pada sesiapa apa yang kami lihat. apa sebab sebenar yang awak marahkan dia?" . Ekor matanya menjeling tajam ke arah beberapa helai daun tua yang gugur. Perlahan-lahan dia anggukkan kepala. "Orang lain. "Ya. Semua kerja-kerja yang dibuatnya tu. Sepasang mata kami merauti paras Agam. serentak saya dan Najib bersuara. Sayup-sayup terdengar suara gagak di hujung rimba. dia memang hebat. Dadanya kelihatan berombak melepaskan nafas yang berbaur dengan kemarahan. saya tak peduli. Dua tiga kali dia mengeluh. "Saya marah. Saya melihat dada langit kembali. penuh kemesraan. Najib tersenyum. Penuh keikhlasan dan kejujuran. biarkan dulu hati dan perasaan Agam tenang.Saya lihat dia cukup tenang dan wajahnya mcmbayangkan kepuasan yang teramat sangat. bila dia mencemar kampung halaman kami dengan membuka gelanggang sabung ayam. saya beranikan diri meluahkan pendapat. Ada masanya dia bawa perempuan Siam tidur di pondoknya. Awan putih terus berarak. "Jadi.

Dia hulurkan tangan kepada Najib untuk bersalaman. Si Amjal Kamal sudah pun saya suruh orang-orang saya menghantarnya ke tepi jalan raya”. Boleh menimbulkan kemarahan kepada Agam.. Saya bukan penunggu seperti apa yang kamu fikirkan. Ketika bersalaman dengannya terasa telapak tangan Agam cukup lembut macam kapas. bisik Agam ke telinga saya. Agam mendesak. Memang di luar dugaan saya yang Najib boleh mengemukakan pertanyaan demikian. Itu saja yang dapat saya terangkan". apa yang mahu kamu tanyakan". soal Agam lagi. Saya lihat Najib mati akal. “Bagaimana.". 18 . siapa abang ini yang sebenar? Manusia atau penunggu tempat ini?". TANGAN Agam hulurkan tangan pada saya. "Kamu tak percaya dengan apa yang aku katakan?". ujar Agam dengan wajah yang tenang. Saya kenyit mata ke arah Najib. “Kamu berdua baliklah. Tanda lega dan puas hati. Saya lihat Agam menarik nafas panjang. mulut celupar Najib terus mengajukan pertanyaan.” “Peraturan apa?". “Kau mesti inga. Najib tidak dapat meneruskan kata-katanya. Kita semua adalah hamba Allah yang tertakluk pada peraturan yang ditetapkan. Agam menyoal Najib kembali."Terima kasih". “Baguslah kalau kamu sudah faham. Dia tidak dapat menjawab pertanyaan tersebut. ada apa-apa yang mahu kamu tanyakan pada saya?”. "Kami nak tahu. “Saya faham”.. "Saya adalah hamba Allah seperti kamu. Saya kira pertanyaan itu agak keterlaluan dan bersifat peribadi. Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya". segera saya anggukan kepala. "Tapi. Semoga hidup kamu diberkati oleh Allah. Beri isyarat supaya jangan mengkemukakan sebarang pertanyaan pada Agam. dalam dunia ini tak ada satu yang kekal. Najib minta kepastian. tambah Agam dengan nada suara yang lembut. "Abang tak berbohong?". "Teruskan. Serentak saya dan Najib gelengkan kepala. kata saya. Saya ada karnpung halaman sendiri. Dada saya berdebar.

ujar saya. patuh pada hukum-hukum yang ditetapkan". tanya saya. Agam sandarkan tubuhnya ke pangkal pokok yang berhampiran dengannya. Untuk apa?”. dalam keadaan yang suntuk itu. Agam masih sempat memberikan nasihat pada saya dan Najib. sambung Agam lagi. Allah sentiasa mendekati kita bila kita berpegang teguh pada ajaran Quran dan Hadis. “Kalau belajar dari buku dalam hal-hal selok-belok agama boleh tak?". “Apa yang diharapkan semoga kamu tidak akan tersesat dalam mencari kebenaran Allah. Telapak tangan saya yang digenggam segera dilepaskannya. “Kenapa kata macam tu. “Ramai manusia yang binasa dan sesat kerana mahu mencari Allah serta mahu mendampinginya”. Rasa dingin terasa menjalar ke seluruh telapak tangan. "Untuk apa menambah hukum dan ajaran yang sudah ada. “Boleh. belajar hal agama mesti 19 . soal Agam. untuk mengenaliNya serta mendampingiNya”. Jangan terlalu berharap pada buku semata-mata. Suara burung liar terus berkicau. sahut Najib dengan penuh keyakinan. “Untuk mencari Allah. Agam menarik nafas panjang. Agam jegilkan biji mata ke arah saya dan Najib. Sebaik-baiknya cari orang pandai untuk kita jadikan tempat rujukan. Kemudian Agam dongakkan kepala renung ke arah awan yang berarak lembut. Tangan saya tidak juga dilepaskannya. Matanya menatap wajah saya. keluh Najib. Berjanjilah untuk jadi orang Islam yang baik. Niat suci mereka menjadi sebaliknya”. Najib bertanya. “Kerana mereka terlalu ghairah mahu mencari Allah mereka lupa pada diri mereka yang sebenar tanpa disedari mereka melakukan amalan yang bertentangan dengan ajaran agama yang sebenar.Agam tersenyum. Buat beberapa saat saya dan Najib saling berpandangan. Ikut segala hukum dan peraturan yang ditetapkan”. “Kita orang Islam kalau mahu hidup bahagia dan tenteram. Agam gelengkan kepala. lanjut Agam lagi. “Jangan sekali-kali menambahkan hukum yang ada dengan hukum baru". “Begitu”. “Sesungguhnya. “Kalau ditambah bagaimana?”. Perbuatan mereka baik”. Sebabnya. Setiap kali tangan saya digoncangnya. patuhilah ajarannya. hati saya terasa aman dan damai sekali. Agam melanjutkan kata-kata dengan penuh tenang dan keyakinan. Selalulah bertanya pada alim-ulama dan orang yang pandai dalam hal agama bila menghadapi sesuatu masalah".

keluh saya. Apa yang menakjubkan diri saya. Sukar untuk dikesan. Aneh. 100. tak boleh lama-lama di sini". Bulu tengkok terasa kembang. Dia tetap mempamerkan senyum pada kami. Saya dan Najib terdengar bunyi suara orang batuk dari arah belakang. setiap kali saya bangun dari jatuh. jawab Najib. Agam berpusing ke kiri lalu membongkokkan badannya macam mencari sesuatu di celah pepohon renek. Serentak dengan itu saya melihat sekawan gagak terbang rendah sambil berbunyi dengan nyaring..".. Agam berpusmg ke kanan. Dia hilang entah ke mana. "Hum. Matlamat kami mahu sampai segera ke tepi jalan raya yang jaraknya bukan dekat. saya rasa seperti ada orang membantu saya. Tidak ada tubuh manusia yang wujud di situ. Sayupsayup terdengar suara orang membaca Quran dalam hutan yang tebal dengan pepohon besar. Agam mengingatkan saya dan Najib. Selain dari itu. Maju dua tapak ke arah pokok besar. Agam berpaling ke arah saya dan Najib. “Baliklah. "Sama-sama". suara saya terkulum.berguru dan guru itu rnestilah yang benar-benar arif. sahut Agam. Semoga Allah melindungi kamu berdua dalam perjalanan. Saya tersentak mendengar bunyi suara monyet menjerit macam dikejar sesuatu. jerit saya. Kicau burung kian rancak. "Tak boleh jadi kita ni". soal Amjal Kamal sudah saya suruh orang-orang saya menguruskannya". Dia berhenti di situ untuk beberapa saat. Saya dan Najib jadi ceas. Orang Tua Misteri Kami pun terus berlari melanggar tunggul-tunggul buruk. "Terima kasih atas nasihat". "Kita mesti cabut. Dia ketawa kecil mempamerkan gigi putihnya yang rapi. Jangan guru sebarang”. Saya dan Najib merenung ke arah Agam kembali. Kami segera menoleh ke arah tersebut. melanggar akar yang menjalar di bumi. Tidak ada jawapan yang diperolehi. saya terus menarik tangan Najib. "Mari". Najib cuba melaung-laung namanya. Dua tiga kali kami jatuh dan setiap kali jatuh kami segera bangun. Agam hilang dari pandangan kami. kata Agam lagi sambil mengangkat tangan kanannya separas telinga kiri. saya juga merasai seperti ada orang yang 20 .

Marilah". Fikir saya dalam hati. Siapa pula hamba Allah yang malang itu? Ini sudah pasti jadi korban kenderaan yang lari. “Mari kita tengok Tamar. tapi pernah melihat rupanya sekali dua masa di pekan". Kami sampai ke tempat orang ramai. Akhirnya. Amjal Kamal memberitahu orang ramai yang mengelilinginya. Sesekali dia membengkokkan badannya.” "Jom. seorang lelaki yang berbasikal melintasi di depan bangsal tempat kami berhenti rehat. jerit Najib. kulit tubuhnya terasa pedih seperti kena bahang api yang cukup kuat. Bila rasa penat sudah hilang." "Ah. Seluruh tubuh kami dibasahi dengan pelih. terdengar suara dari seseorang. pemandu yang tidak bertimbang rasa patut dihukum. Anehnya Amjal Kamal tetap mengeluh dan mengadu sakit. sudahlah. Tanpa membuang masa kami terus bergabung dengan mereka. Dan kaki saya pun melangkah menuju ke arah tempat yang dikatakan oleh lelaki yang berbasikal tadi. "Aku tak berapa kenal. Saya tanyakan perkara tersebut pada Najib. Ada beberapa buah kenderaan yang berhenti tetapi bergerak kembali sesudah melihat apa yang berlaku." "Cakap kamu betul Najib. "Siapa orangnya?". "Eh kamu tak mahu tengok orang pengsan tepi jalan?”. Sepasang kelopak matanya berkeadaan separuh terbuka.” jawab lelaki itu tanpa mahu berhenti. “Di depan sana. Saya dan Najib terkejut. perjalanan pulang ke rumah akan disambung kembali. Memang. terdengar seseorang bertanya. Di tubuhnya tidak terdapat sebarang luka atau kecederaan.mengikut atau menemani perjalanan kami. Kami segera berpandangan. SAMPAI Dari jauh saya dan Najib nampak orang ramai berkerumun tidak jauh dari tiang telefon. Kami terpaksa berehat sebentar di bangsal tempat orang menanti bas. "Di mana?"." "Kita tengok dulu baru kita tahu siapa orangnya.Taiping. Najib segera menarik tangan saya. 21 . kami sampai di tepi jalan raya Batu Hampar . Memang tidak kami duga orang ramai sedang mengerumuni Amjal Kamal yang terlentang atas rumput. Dia juga merasakan seperti apa yang saya alami. siapa pula yang malang tu.

Kerja semudah ini kamu keberatan menolongnya?”. “Ada sesiapa yang nak ikut ke Taiping?”. “Tolong bawakan orang ini ke hospital.” sindir Najib. ketua Udin Tarzan kepala judi dan penyamun.” kata Najib. “Ya. lepas kamu hantar ke hospital. Kami ketawa serentak. jangan banyak cakap. kita harus melakukan sesuatu. Dia segera menerpa ke dada jalan raya lalu mengangkat tangan kanannya menahan kereta yang lalu. Biarkan dia di situ.” seorang tua muncul dari arah belakang saya. Sebuah kereta berhenti. kereta kamu tak kotor kerana tubuhnya tak berdarah. Kata-kata yang dituturkan sukar difahami. kamu tak rugi menolongnya. Mungkin Amjal Kamal bertutur dalam bahasa Nepal. tanya pemandu kereta pada orang ramai yang berada di situ. Seluruh perhatian orang ramai tertumpu pada orang tua itu.” suara pemandu kereta bersuara lantang. soal orang tua itu."Ah. tudung saji dan bakul. Dua tiga orang yang berada di situ turut ketawa. Pemandu kereta termenung sejenak. “Kenapa?”. Rasanya saya pernah melihat wajahnya tetapi di mana? Saya kurang pasti. aku ingat sekarang. jawab seseorang dari arah kanan saya.” lanjut orang tua itu.” “Kamu lemah ingatan. Amjal Kamal masih terkapar atas rumput. Dia dari Kampung Talang. selalu datang ke tempat kita. menjaja tikar mengkuang. “Itu Wak Juno. kau tinggalkan saja dia di situ. Amjal Kamal meracau tidak tentu arah. bila mereka melihat Amjal Kamal menggerakkan badannya atas rumput macam ular sambil mengunyah rerumput yang hijau. Masukkan dia di belakang.” “Hospital Taiping?”. lama juga aku nak mengingatinya. Dia agak keberatan untuk memenuhi permintaan orang tua tersebut. dia menghadiahkan senyum. bisik batin saya. Najib. Bila mata pemandu kereta tertumpu ke wajah saya. Orang ramai yang berada di situ merenung ke arah kami. Lagipun dia tak sakit kuat. Amjal Kamal pun segera diangkat ke dalam kereta. “Jangan ketawakan dia. tanya pemandu kereta. “Sudahlah. bukan perbuatan orang yang beriman. tanya pemandu kereta Ford Escort yang berwarna hitam. 22 . “Mengetawakan orang yang sedang sakit. “Bawalah dia ke hospital. Orang tua itu anggukkan kepala. patutlah bahasa Jawanya pekat. Dia dah menerima balasan dari Allah kerana kejahatannya".

Bas yang dinanti pun tiba. “Tidak ada yang mustahil. "Maafkan saya kerana tersalah orang". kata saya separuh menjerit.” ungkap orang tua itu tenang. Mana ada manusia yang berusia selanjut itu. Banyak bangku yang kosong. kata orang tua itu sambil gelengkan kepala. orang tua itu bangun lalu menekan loceng bas. Tanpa membuang masa lagi. Saya dan Najib sering sahaja membengkokkan badan ke kiri atau ke kanan bila bas menempuh selekoh yang tajam. Matanya merenung ke arah pepokok di kiri kanan jalan. "Aku ni datuk pada Agam. "Hum". Saya dan Najib kembali ke bangsal untuk menanti bas. tanya saya. Saya terdiam. Beberapa minit kemudian kereta yang dipandu oleh Wak Juno terus bergerak meninggalkan kami. soal Najib. Tetapi orang tua itu tetap tidak bergerak. "Tadi pak cik ikut kereta Wak Juno?". pasti tidak mampu melangkah. Penumpang bas tidak begitu ramai jumlahnya. orang tua itu membuat keputusan. dia masuk ke perut kereta. 23 . kalau Allah mengizinkannya. Satu persoalan timbul dalam hati saya. Ketika bas melalui selekoh yang agak tajam. Bagaimana orang tua ini mengetahui pertemuan saya dengan Agam? Siapa dirinya yang sebenar? "Pakcik ini siapa?. “Mustahil”. Saya menoleh ke kanan. kata Najib. Bas terus meluncur. Saya masih meragui kebenaran dari kata-kata yang diluahkan oleh lelaki tua itu. Kami memilih tempat duduk tidak jauh dari pemandu bas. Orang ramai segera bersurai. Kalau ada pun. orang tua itu mengajukan pertanyaan. saya tersipu sipu malu. apalagi bergerak ke sana ke mari. Semua mata yang berada dalam bas tertumpu ke arah saya."Biar saya yang menemaninya". Macam-macam perkara buruk terbayang dalam tempurung kepala. Saya terlihat orang tua yang menahan kereta Wak Juno berada di situ. Bas terus meluncur dengan laju." "Berapa umur pakcik sekarang?" "Seratus tujuh puluh tahun. Awak dah jumpa Agam?". salah silap perkara biasa dalam kehidupan manusia. "Tak mengapa. Saya dan Najib segera naik. Rasa cemas mula mengganggu perasaan saya." “Huh”.

Dari jendela bas saya lihat orang tua itu masuk ke dalam hutan tebal seperti orang berjalan di atas jalan raya. Mereka tak banyak cakap. “Di sini hutan tebal.. tempat yang dia turun itu semuanya kawasan hutan. kata saya. Najib bersuara lalu merenung ke arah hutan tebal di kiri kanan jalan raya. tempat orang tua itu turun tidak jauh dari pekan kecil Batu Hampar. orang perempuan. “Dia pergi ke mana?”. Paling tinggi dua orang." 24 . saya cuba mengunckil rahsia. selamat jalan. selalunya penumpang tak ramai. disitu kini sudah dijadikan pintu jalan untuk masuk ke pusat Darul Arqam. HAMPAR Saya masih ingat. Dia pun melangkah turun dari perut bas. “Orang yang buta hati dan perasaan saja yang tak nampak kampung halaman makhluk lain. di kawasan Darul Arqam itu suatu ketika dulu adalah kawasan perumahan orang tua misteri yang saya temui dalam bas satu ketika dulu).. "Kadang-kadang apa?". Pemandu bas cuma tersenyum sahaja. Tidak ada manusia yang boleh mengukur kelebihan Allah. kadang-kadang dekat tempat yang disebut Bendung Siam. Bas pun bergerak. tidak ada sesuatu yang mustahil di dunia. Orang yang hatinya suci dan hidupnya direstui Allah akan menemui makhluk lain selain dari manusia. mereka bayar duit tambang kemudian terdengar mereka berzikir. desak Najib. “Tidak.” “Ha menyindir kami”. “Dalam sebulan dua kali orang tua itu turun dan naik di sini.“Aku dah sampai. Kadang-kadang. (Khabarnya. Bila dia ada dalam bas. cubalah mengenali diri sendiri.” orang tua itu menolak tuduhan saya. satu bas jadi wangi. selalunya orang perempuan naik bas yang terakhir. Dia melambaikan tangan ke arah para penumpang yang berada dalam bas.” “Selain dari dia.” jawab Mat Tupai dalam loghat Kedah. aku bercakap sesuatu yang benar. "Masa mereka naik. Keadaannya amat menyeramkan dengan pokok-pokok besar.” orang tua menujukan kata-kata itu pada saya. dia terus memaut stereng bas dengan tenang dan aman. Mat Tupai tidak meneruskan kata-katanya. “Kadang-kadang dia turun dekat pekan Air Terjun. Agaknya. ingat tentang kebesaran Allah. Apa yang terdengar ialah bunyi suara reriang rimba dan suara ungka liar. bila kita ingatkan kebesaran Allah. Memang terasa diri saya disindir. Tapi. mana ada kampung di sini".". ada orang lain yang naik?" "Ada.

Dia meninggalkan saya sendirian di kepala tangga.. Tanpa membuang masa saya naik kerumah. mesti sembahyang Maghrib bersama para jemaah yang lain-lain. Amjal Kamal berdiri di depan saya sambil berpeluk tubuh. aku serahkan kamu kepada polis. saya cuma nak tengok saja tuk. saya mula terdengar suara dalam keadaan hari yang beransur gelap. Saya segera mengambil kain basahan lantas menuju ke perigi. Saya persetankan tentang suara itu dan saya terus mandi..". merempuh beberapa selekoh tajam. saya tidak dapat memberikan jawapan segera. saya mesti menghadirkan diri di masjid. memang perkara biasa buat kami". saya berhenti bercakap. kata saya lalu termenung panjang." "Kamu berjudi?" "Tidak. "Perkara macam ini. Datuk sudah menanti di kepala tangga. Rasa serba salah mula datang ke dalam diri. Saya toleh kiri. saya ke sana tuk. biar kamu kena lokap. mandi di telaga”. Kalau saya tidak mahu kemarahan datuk berlarutan."Ramai yang naik tu?" "Kira-kira antara sepuluh hingga lima belas orang." "Apa yang kamu dapat?" “Susah nak cakap tuk. “Eh. Wajahnya nampak serius sekali. "Dari hutan Air Terjun. Dia terus memandu bas.".” “Lagi sekali kamu pergi ke situ... Datuk menuju ke masjid. Menjelang waktu senja baru saya sampai dirumah. Memang pada awalnya saya mahu bercakap bohong dengan datuk. "Ya." "Ha he. Tetapi bila sudah begini keadaannya. “Kamu berkawan dengan dia” Saya pasti itu suara Amjal Kamal. Mat Tupai senyum bangga. "Kamu dari mana Tamar?" "Dari. Dugaan saya tepat sekali. Orang yang bersuara tidak juga saya temui. saya tidak berdaya untuk berbohong." "Hum". kata Mat Tupai. 25 .” suara datuk cukup garang. toleh ke kanan.

terutama di daerah Solo tetapi. PERTEMUAN Tiga hari kemudian. Menurutnya. Nenek tidak dapat menerimanya dan menuduh saya lemah semangat. Selalunya. Saya tidak ada pilihan dan terus patuh pada perintahnya itu. nyiru dan lain-lain. tudung saji. kerongkongnya seperti tersumbat. dia terus memandu keretanya dengan tenang. selesai sahaja sembahyang Isyak. bila sampai di masjid. dia bercerita pengalaman pahitnya menentang tentera Belanda di Jawa Tengah. setelah Amjal Kamal naik kereta dengan ditemani oleh orang tua. Saya terasa tubuh dilempar dengan tanah liat keras yang datangnya dari setiap penjuru. Dia masih mahu senyum dengan saya.“Eh. kemarahan datuk terus reda. 26 . Apa yang dialami saya ceritakan pada nenek. Akibat terlalu kerap menjerit dan kencing. bila jalan berdua-duaan dengan datuk. serentak dengan itu batang tubuh Amjal Kamal terus hilang. tanpa disangka-sangka saya terserempak dengan Wak Juno di depan dewan orang ramai. Sepanjang perjalanan orang tua tersebut terus memandang wajah Amjal Kamal tanpa berkata apa-apa. Seperti selalu. kenapa?”. padahal anggota tubuh orang tua itu tidak bergerak. Ada waktunya. saya dan datuk pulang bersaing. Apa yang kedengaran ialah suara ketawanya yang memanjang dan nyaring. Dia berhenti di situ kerana mempamerkan barang-barang dagangannya seperti tikar. Setiap kali Amjal Kamal menjerit dia pasti akan terkencing. Malah. dia tidak pernah sunyi memberikan nasihat dan petua pada saya. Wak Juno tidak dapat menyatakan perkara yang tidak disenanginya itu pada orang tua tersebut. seperti ada sesuatu yang dilakukan oleh orang tua itu ke tubuh Amjal Kamal. Cuma Amjal Kamal sahaja menjerit minta tolong dan ampun pada orang tua itu. Macam ada sesuatu yang melekat di situ. Nenek terus menggesa saya supaya segera pergi ke masjid. Saya bersyukur. Setiap kali dia mahu bersuara. Saya merasa hampa dan kecewa sekali. Sesekali Amjal Kamal berjanji dan bersumpah tidak akan mengulangi perbuatannya yang lalu dan bersedia mahu bertaubat. bakul. kali ini dia menceritakan pengalamannya membawa Amjal Kamal. Nenek ketawa besar melihat telatah saya yang lucu. Tanpa membuang masa saya terus lari naik ke rumah dengan rasa cemas yang amat sangat. dia lebih banyak bercakap tentang barang-barang yang dijualnya. Anehnya. tanya saya. Ada sesuatu yang saya rasakan aneh pada Wak Juno. bau air kencing itu bercampur dengan bau najis.

“Lepas itu apa dah jadi?”. “Ke mana dia pergi?”. Orang tua itu tersenyum lalu menumbuk pintu kereta belakang saya dua kali berturut-turut. Saya bertambah minat untuk mendengarnya lalu duduk bersila di tepi dewan orang ramai. Akhirnya. orang tua terus buka pintu dan keluar. Dia hilang depan mata saya sendiri. dia menggeletar. wajahnya nampak resah. Saya tolak pemberiannya.” Pekerja hospital dan Wak Juno saling berpandangan. Dia renung kiri dan kanan. Bimbang kalau orang tua tersebut muncul cara mengejut. “Tadi ada orang tua datang. Saya tengok dia bercakap sendiri seperti mengeluarkan perintah pada seseorang yang tiada di depannya”. “Lepas tu apa yang jadi?” . kereta saya kembali bersih. “Saya tengok si sakit terus baik dan minta ampun pada orang tua. Dengan diiringi pekerja hospital. “Bau air kencing dan najis hilang. Orang tua tu tampar mukanya sekali. “Saya bersungut pada orang tua itu tentang keadaan kereta yang penuh dengan air kencing dan bau najis. tanya Wak Juno. tanya seorang perempuan tua yang boleh dipanggil mak cik. Tanpa mengucapkan sesuatu pekerja hospital meninggalkan Wak Juno sendirian di situ.“Bila saya berhenti depan hospital. lanjut Wak Juno. Di wajah mereka terbayang rasa takjub yang amat sangat. “Dia hilang dengan sekelip mata saja. Pekerja hospital itu terkejut besar. jawab orang yang ditanya. orang tua itu mengucapkan ribuan terima kasih. “Selesai saja dia bercakap. Dia bangun dan terus keluar dari wad ini. Orang tua itu bersalam dengan saya sambil menghulurkan wang. Semua biji mata orang ramai yang berada di situ separuh terbeliak. Katil Amjal Kamal kosong. beri dia minum segelas air”. Wak Juno terus bersuara. Wak Juno segera mencari pekerja hospital yang mengusung Amjal Kamal tadi. Wak Juno bercerita sambil angkat tangan ke kanan dan ke kiri. Air liurnya mercik ke arah orang yang berada di depannya.” sambung Wak Juno. Beberapa minit kemudian 27 .” “Orang tua tu pergi ke mana?”. Wak Juno mengakui peristiwa yang terjadi di depan matanya itu membuat dia cemas dan badannya menjadi seram sejuk. pekerja bertanya pada orang berdekatan. desak pekerja hospital. Wak Juno dibawa ke wad Amjal Kamal ditempatkan. Dalam nada suara yang merendah. saya lihat dua orang pekerja hospital bawa pengusung lalu mengangkat orang yang sakit ke bilik pemeriksaan”. Ramai di antara mereka yang menggelengkan kepala.

Dari wajahnya. di mana kita pernah berjumpa? Apa khabar sekarang?”. Sebagai orang yang kaya dengan pengalaman dan karenah kehidupan manusia. Dia terus mengemaskan barang-barang dagangannya untuk dimuat ke dalam kereta. Awak pernah cekak leher baju saya. jerit Udin Tarzan yang muncul secara tiba-tiba. Sentiasa resah dan cemas.Wak Juno pun meninggalkan wad tersebut dengan seribu keanehan yang berserabut dalam tempurung kepalanya. “Ya. kira-kira dua ratus ringgit. terpulanglah. satu pertanyaan nakal dari pelanggan Wak Juno. ujar Udin Tarzan. “Saya ingat. Kali ini Udin Tarzan memakai baju Melayu potongan Teluk Belanga warna merah jambu serta bersongkok lebai warna hijau. “Sejak kejadian tu saya selalu rasa takut. "Sekarang ni awak ingat orang tua tu ada tak dekat sini?”. Orang itu mempersendakan Wak Juno. Wak Juno hanya tersenyum sahaja. Udin Tarzan bercakap agak sopan. Akhirnya. Wak Juno terus mengedutkan dahinya. membuat Wak Juno termenung sejenak seperti mengingati sesuatu.” suara Wak Juno tersekat-sekat. saya dah lupa. memang dia nampak macam orang alim atau orang baik-baik. kemudian awak ambil duit jualan tikar saya.” begitulah Wak Juno membongkar pengalamannya pada para pelanggannya.” Wak Juno merendah diri. Mungkin kerana jarang bertemu atau tidak pernah bertemu dengan orang yang menyebut namanya. Wak Juno hulurkan tangan pada Udin Tarzan. Maklumlah Wak orang berdagang”. tapi. Udin Tarzan terpaksa menyambutnya dengan perasaan separuh hati. tidak membanggakan diri. “Wak mungkin tak kenal dengan saya. 28 . MUNCUL "Wak Juno”. awak tekan mata pisau belati ke leher saya. saya kenal dengan Wak. saya lihat dia sedang menghadapi tekanan perasaan yang amat sangat. Tetapi Udin Tarzan seperti keberatan untuk menyambut huluran tangan dari Wak Juno. bawa kereta seorang diri pun rasa cemas. “Bagi orang yang tak pernah mengalaminya tentu tak mahu percaya. Keadaan diri Udin Tarzan kali ini agak berbeza dari apa yang pernah saya lihat. Saya rasa macam ada orang yang ikut. Bukan pertanyaan yang ikhlas. Sekali pandang.

apa yang penting orang itu mengajar kamu supaya menjadi manusia yang baik. Kemudian Din Tarzan menangis. bila sampai waktu sembahyang. saya nak minta maaf. Orang ramai terpegun dan tidak berkata apa-apa. “Tak kenal. perbuatan kamu ini semua digerakkan oleh Allah. bila kamu datang jumpa aku minta maaf.” “Tak apalah.”. saya halalkan wang yang awak rompak dari saya tu. Perbuatannya itu menarik perhatian orang ramai. “Kau nak duit lagi.. dia suruh saya minta ampun pada orang-orang yang saya aniaya.” “Saya sudak maafkan.. Kejadian yang menyayat perasaan itu berlaku sekitar lima minit. orang tua itu akan memukul tubuhnya dengan rotan.” jelas Din Tarzan. nanti saya beri. Muncul Dan Hilang Sekelip Mata Kredit kepada ahli komunitisbdj sidaksemandin yang menaip semula siri ini. dia sering dikunjungi oleh seorang lelaki tua yang mendesak dirinya supaya menunaikan sembahyang dengan segera. pukul tiga pagi dia mengejutkan saya dari tidur. “Saya tak mahu semuanya tu. Din Tarzan tunduk merenung bumi “ Awak rompak saya dekat Changkat Jering. saya nak minta maaf pada awak tentang perangai saya yang lalu. Kalau dia berlengah-lengah.” kata Din Tarzan sambil mengesat air mata yang mengalir di pipinya. “Saya sekarang mahu jumpa semua orang yang saya aniaya. suruh saya bertaubah. ertinya kamu berusaha untuk membetulkan kesilapan kamu lalu. saya dengar Din Tarzan mengucap dua kalimah syahdat dan menyebut nama Allah berkali-kali. “Lupakan perkara yang lalu.” Wak Juno cuba menenangkan perasaan Din Tarzan. Pertama Kali.” Wak Juno bersuara lembut. 29 . Din Tarzan terkejut lalu memeluk tubuh Wak Juno. jangan kacau saya nak cari rezeki cara halal. “Pukul satu. Din Tarzan juga memberitahu pada orang ramai yang berada di situ bahawa sejak akhir-akhir ini. Din Tarzan tunduk merenung tanah. berapa banyak yang awak mahu?” Muka Wak Juno pucat.101. “Ya.” “Ha. ini menandakan Allah masih sayangkan kamu.” Tambah Wak Juno. “Kau kenal orangnya?” Tanya saya.” tidak diduga Din Tarzan yang gagah dan bongkak membuat pengakuan secara terbuka. meraung dengan sekuat hati.

” “Tak payahlah. kenapa kejadian yang tidak masuk di akal. jumpa datuk dan nenek saya. Orang-orang kampung mendakwa kawasan hutan kecil itu dijagai oleh orang 30 . Aku gembira kau sihat. tanda hormat pada orang yang lebih tua. sukar untuk dipastikan. Saya menarik nafas panjang. Mungkin orang tua yang mereka temui itu juga orang tua yang saya jumpai. “Orang tua itu beritahu saya. katanya dia membawa Amjal Kamal ke masjid untuk sembahyang. Saya membatalkan niat saya untuk menemui Najib.” “Abang ini dari mana?” Aku segera memanggilnya abang.” lanjut Din Tarzan.“Orang yang Wak bawa ke hospital dulu. Agam hulurkan tangan. “singgah dulu. Wak Juno saya tinggalkan dan terus kembali ke rumah.” jelas Agam sambil jari telunjuknya menunding ke arah hutan kecil di pinggir kampung yang tak pernah dikunjungi oleh sesiapa pun. “Mana kamu tahu?” Soal saya. Amjal tak mahu malah dia lari ke arah Bukit Larut. sebut nama aku dia mesti tahu. masuk dalam hutan di situ terus berlari-lari di celah-celah batu. harus terjadi pada saya? Dalam usaha mencari jawapan pertanyaan tersebut. Segara saya sambut. Rela dituduh atau dimaki hamun. bila aku selesai melihat saudaraku yang sakit di hujung kampung. Din Tarzan minta maaf untuk kali yang kedua pada Wak Juno. sudah mati.” “Niat aku Cuma nak menumpang lalu. Semuanya berlegar-legar dalam kepala saya. Saya dan Wak Juno terkejut besar. Dia tetap melahirkan hasratnya untuk mencari orang-orang yang pernah dianiayanya untuk memohon maaf. akhirnya jatuh ke dalam gaung. Din Tarzan bersedia menerima sebarang risiko. “Aku sekadar nak menumpang lalu saya di sini Tamar. Saya masih tertanya-tanya apakah orang tua yang ditemui oleh Wak Juno dan Din Tarzan adalah orang tua yang sama. “Betul Tamar. Fikiran saya masih berlegar-legar tentang apa yang diceritakan oleh Wak Juno dan Din Tarzan. aku tak menentang niat. tanpa diduga Agam muncul di depan saya. sampaikan salam aku pada datuk kau. Timbul pertanyaan dalam diri.” Din Tarzan membuka rahsia.” “Betul tak mahu naik?” Agam melepaskan telapak tangan saya yang digenggamnya. Jaraknya dari rumah kira-kira tiga rantai sahaja. Tempurung kepala masih digayuti persoalan tentang orang tua yang dikisahkan oleh Wak Juno sebentar tadi. MENUNG Saya terus termenung di pangkal pokok manggis. Dari arah mana dia muncul.

Ah. Macam mana tidak terkejut. Gegendang telinga menangkap bunyi telapak kaki orang melangkah di sebelah kanan. kenapa perkara sekecil ini harus difikirkan setengah mati. “Kemudian kau terus-menerus memikirkan tentang diri aku. Perkara itu berlaku berulangkali. bukan begitu hai orang muda?” tanyanya dengan wajah selamba sambil tersenyum. Rasa mengantuk mula datang. apa yang saya lihat ialah dedaun pokok yang bergerak seperti baru dirempuh atau disentuh sesuatu.” “Memang begitu aturan hidup saya. Sesekali dedaun manggis bergoyang-goyang akibat dilompati tupai jantan yang mengejar tupai betina. Anehnya. Kemudian kau terkejut melihat aku turun di kawasan hutan tebal. “Sekejap pun tak boleh?”. bila saya buka kelopak mata lebar-lebar. dua tiga kali saya gerakkan kelopak mata. “Pernah. “Betul. Dalam khayalan yang tidak bertepi itu. saya bagaikan terpandang-pandang batang tubuh orang tua yang diperkatakan oleh Wak Juno. Dia senyum sambil menggaru-garu pelipis sebelas kanannya. orang tua itu bagaikan berdiri di depan saya. saya berhenti di tebing sungai yang airnya mengalir jernih. telapak tangan Agam yang digenggam erat ghaib secara tiba-tiba.” lanjut orang tua itu. Dahi segera saya tepuk dua tiga kali sambil menarik nafas dalam-dalam. Dua tiga kali saya tersenguk-senguk dan hampir terlelap. fikir saya. “Saya tak boleh melakukan sesuatu yang tidak pernah terniat dalam hati.” Agam hulurkan tangan untuk bersalam. “Ya. Bayu yang bertiup membuat kelopak mata terasa berat. Perasaan saya seperti mengembara ke satu tempat yang amat jauh.” Saya anggukkan kepala. desak saya. Antara sedar dengan tidak. merempuh padang. bebayang orang tua itu hilang.” 31 .” “Begitu. tak mengapalah. Sekujur tubuhnya turut sama hilang. Tiba-tiba darah tersirap.Bunian. Saya terus duduk di pangkal manggis kembali. “Dalam bas. “Kau pernah tengok aku?” Saya segera dongakkan kepala menatap orang tua yang berdiri di depan.” jawab saya. Rasanya. Saya toleh ke kanan. Sesiapa yang masuk ke situ pasti sesat sampai berminggu-minggu dan pulang dalam keadaan bodoh. akhirnya saya merasa terkhayal. Seronok juga melihat beberapa ekor burung murai melompat direranting. merempuh paya dan hutan belukar.

“Barangkali. Jangan peningkan kepala kamu memikirkan tentang diri aku. Susah untuk memberikan sebuah jawapan. Dia melihat air yang mengalir dan dedaun yang bergerak disentuh angin. Dia merenung ke arah saya kembali. Orang tua itu termenung sejenak. Kau pun sudah tahu siapa aku yang sebenarnya.” tambahnya dengan tenang. Saya menggigit bibir. tanyanya. kerana apa yang dikehendaki oleh Allah itulah yang berlaku. kampung halaman aku. Amjal Kamal dah mati. betulkah cakapnya itu.” lanjut orang tua itu lagi. orang tua di depan saya ini boleh muncul dan hilang dengan tiba-tiba. Cuma yang peliknya. “Apa lagi yang mahu kau tanya padaku?” soalnya. sambil terus berfikir tentang pertanyaan yang akan saya ajukan padanya. 32 . dia sudah mati. “Ya. Apa kau masih memikirkan tentang diri aku lagi. “Dunia aku. cukup setakat ini saja. “Terlalu banyak yang Allah berikan pada makhluk tetapi terlalu sedikit pula yang makhluk berikan kepada Allah. MUKA Perlahan-lahan orang tua itu memalingkan mukanya ke kanan. “Orang-orang yang bijak tidak mempersoalkan kebesaran Allah tetapi mereka mengkaguminya. “Kau kenal Agam?”.” lanjutnya. Matanya merenung sayu ke arah pepohon dan air sungai yang mengalir.” orang tua itu terus menepuk bahu saya tiga kali berturut-turut. Dia ketawa kecil sambil jari kelengkengnya menggaru hujung pelipis sebelah kiri.” katanya dengan nada suara yang merendah. “Dia mati kerana menyangkakan ilmu dunia yang dituntut itu dapat melawan kekuasaan Allah. Tak apalah. “Ya. Mana yang tidak dikehendaki oleh Allah pasti tidak akan berlaku.” orang tua itu memberi ceramah pendek. kau tidak pernah mengucapkan syukur atau berterima kasih pada Allah yang menjadikan angin dan air sungai . secara tidak langsung mematahkan hasrah saya untuk menyoal dirinya. asal-usulku serupa dengan Agam.” cepat-cepat saya anggukkan kepala.” Saya kira itu pertanyaan yang paling baik untuknya. saya terus menelan air liur.“Sekarang sudah berdepan dengan aku. sesungguhnya makhluk kamu dan makhluk aku dijadikan oleh Allah untuk menyembah-Nya. Saya akui apa yang dikatakannya itu. orang tua itu tidak jauh bezanya dengan orang-orang tua yang terdapat di kampung saya. kau tidak berapa senang dengan apa yang aku katakan. “Kata Din Tarzan.?” Saya terdiam. Saya bersedia mendengarnya kalau dia mahu melanjutkan percakapan. Sesungguhnya. Saya tetap setuu dengan kata-katanya itu.

Matanya tetap merenung awan yang berarak lemah di dada langit. dia tak peduli dengan orang mengejarnya. Aku yakin dia akan menuntut bela terutama pada orang yang pernah melihat dia berlawan dengan Agam.. semuanya kena tendang.. bila aku ajak dia sembahyang.” kata saya dengan cemas. “Betul dia mahu menuntut bela?” “Barangkali begitulah. hormatilah orang tua kerana kamu juga akan tua.” “Apa yang dibuatnya ke situ?” “Dia panjat batu besar lalu berdiri di situ. 33 . jangan marah bila kamu sudah tua nanti orang muda tidak mahu menghormati kamu. tidak bergerak-gerak. “Dari tempat tinggi aku lihat tubuhnya terkapar di bumi. Orang tua itu terus meraba-raba kulit pipi sebelah kanannya. “Ke mana dia lari?” “Lari ke arah Bukit Larut.“Dia melawan awak?” “Berbudi bahasa sedikit. macam orang menyembah sesuatu.” “Maafkan saya tuk aku. Macam-macam perkara buruk datang bertandang dalam tempurung kepala saya. “Apa yang jadi padanya?” Tergesa-gesa saya menyoal. Sesiapa yang cuba menangkap. Entah macam mana badannya terlayah jatuh dalam gaung. mengikut andaian aku. sepasang tangannya diluruskan ke arah matahari.” orang tua itu mengerutkan dahinya.” lanjut orang tua itu. Saya tergamam.” saya gelengkan kepala.” “Ha. Dia akan menuntut bela dalam bentuk lain. Orang tua itu meraba pangkal dagunya dua tiga kali. Saya jadi malu pada diri sendiri.” “Kesian. bila kamu tak mahu menghormati orang tua. paling menyakitkan hati bila mengejek-ejek dan mengetawakan aku.” “Maafkan saya.. kamu harus hati-hati. “Dia lari bila aku ajak ke masjid. “Tubuhnya hilang.” “Aku lebih tua dari datuk kamu. Aku segera mendekatinya tetapi. Dalam diam-diam saya gambarkan wajah Amjal Kamal dalam kepala.” wajah orang tua itu dibalut rasa kesal yang amat sangat.” saya segera menundukkan kepala setelah menyedari kesilapan yang telah saya lakukan. apa yang aku lihat ialah kesan darah.

” 34 . bahawa saya tidak lagi berada dalam dunia khayalan. Mata saya. Najib dah banyak ceritakan tentang diri awak pada saya. saya terpaksa menggeliat dua tiga kali untuk menghilangkan rasa lenguh-lenguh di sendi pinggang dan di pelipat kaki. “Saya Tamar. “Asthaghafilrullah.” kata-kata Ramli itu amat mengejutkan saya.” kata saya berbudi bahasa. “Eh Tamar. BANGUN Sebelum beredar dari bawah pohon manggis. Akhirnya terus hilang. Buat beberapa saat tangan kami bergoncang. Dari jauh anak muda yang mengekorinya memberikan senyumah keramahan dan persahabatan untuk saya. Kedah.” bahu kanan saya ditepuknya dua kali berturut-turut. Dan saya menanti dengan penuh sabar. mungkin keluarga Najib atau kenalan rapatnya. Setuju dengan apa yang diungkapkan oleh Ramli. Saya yakin. rupanya kamu bersenangsenang di sini. saya juga megah dan gembira kerana berjumpa dengan awak. Saya menarik nafas dalam-dalam.” sambung orang tua itu. merenung reranting dan dedaun manggis. Najib dan anak muda itu terus melangkah mendekati saya. Cuma aku ceritakan tentang keberaniaanmun. kalau saya rajin boleh ikut nenek ke ladang. Orang tua yang tadi nampak cukup jelas terus bertukar menjadi samar-samar dan berbalam. saya yakin anak muda itu tidak saya kenali. Saya dongakkan kepala. “Apa yang kau cakapkan dengannya Jib?” “Tak ada apa-apa. Pada datuk dan nenek juga perkara ini mesti dirahsiakan. saya harap awak gembira di sini. Bahu kanan saya yang ditepuknya terasa amat sakit.” kata saya sambil menepuk dahi. Cepat-cepat saya menoleh ke kiri dan ke kanan. Apa yang saya ketahui dan saya alai harus diberitahu pada Najib. Saya puas hati. bagaikan nak mampus aku mencari kamu. saya gembira berkenalan dengan awak. Hati saya berdebar. Kali ini suaranya terdengar sayup-sayup. Setelah puas mengamat-amatinya. “Ramli Ahmad dari Kota Sarung Semut. Dia orang baru. “Ya. saya membuat keputusan tersendiri. Wajah Najib segerea saya renungi. Segera saya hulurkan tangan. Dia senyum lalu menganggukkan kepala. “aku nak balik dulu. fikir saya dalam hati.” teriak Najb dalam jarak tiga rantai dari saya. tertumpu ke arah seorang anak muda yang memakai baju putih dan berseluar hitam. Kemudian meminta dia merahsiakannya daripada orang ramai. mungkin Najib sudah menceritakan sesuatu yang tidak wajar diceritakan pada Ramli. Apa yang selama ini menjadi tanda-tanda sudah pun terjawab.“Jangan susah hati. Tamar.” Najib memperkenalkannya pada saya. berdiri di samping Najib. Saya memisahkan diri dengan Ramli lalu mendekati Najib. Saya memutuskan untuk pulang ke rumah.

” “Sumpah. Pesan datuk. Perkara itu mati di situ sahaja.“Aku tak percaya. aku tak tipu kamu. Bila sudah sampai tahap tersebut. orang tua saya tak benarkan saya pergi masuk hutan atau daki gunung. “Kenapa Najib?” Saya menyoal. Ramli minum teh dan saya minum air sejuk yang sudak dimasak.” kata saya. “Tak ada apa-apa tetapi aku keberatan untuk pergi ke dalam hutan lagi.” jelas Najib tetapi rasa ragu-ragu terus menyelubungi diri saya.” celah saya. “Jadi kerana itu kau datang ke mari. aku tak sebodoh itu. Najib tersenyum lalu merenung ke arah saya. Tamar. 35 . Aku bukannya budak-budak tau!” Herdik Najib. Kalau diteruskan. Tapi aku harap kamu faham kenapa aku tak mahu pergi. boleh menimbulkan kemarahannya. “Ke mana lagi kita nak pergi?” Ramli mengajukan pertanyaan pada Najib. sepupunya masih menuntut di salah sebuah sekolah Inggeris di negerinya. “Boleh juga. bukanlah kegemaran saya. Saya terus membisu dan membuat kesimpulan Najib memang bercakap benar dengan saya.” sahut Ramli lalu merenung muka Najib sepupunya. Ramli terus mendekati kami. Saya harus mengambil kesempatan ini untuk menenangkan perasaan Najib. Sesungguhnya. Saya menarik nafas dalam-dalam. “Kau gila. saya tidak berani melemparkan sebarang tuduhan lagi pada diri Najib. “Kau ceritakan apa yang kita alami dalam hutan dulu?” Aku mula membuat tuduhan melulu. sebaik-baiknya saya mengelakkan diri dari minum di warung. “Cuti kali ni. “Bagaimana kalau kita melihat jerat pelanduk. Demi kebaikan dalam persahabatan.” satu penjelasan dari Najib yang jawapannya sudah ada dalam tempurung kepala saya. kecuali kalau sudah terdesak. Mukanya mula merah padam. Dan saya tidak pula mendesak. Najib memberitahu.” Ramli membuka rahsia dirinya. Di warung Pak Mat Noh. Dia gelengkan kepala. saya penuhi permintaan Najb yang mengajak saya minum kopi di warung Pak Mah Noh. Najib minum kopi. susah aku nak cakapkan pada kamu. minum di warung sama ada minum kopi atau minum minuman dalam botol. Musim cuti dia suka menghabiskan masanya dengan mengembara dalam hutan serta memanjat gunung lalu berkhemah di situ bersama kawan-kawan yang sehaluan dengannya.

Beberapa jam selepas Ramli pulang.“Ya. Tidak hairanlah. Akhirnya. Pemilik rumah sebuah di tengah ladang itu seorang lelaki India yang berusia sekitar empat puluhan. aku nak balik minggu depan tapi. kemudian bekerja di Singapura. masih ditunggui oleh beberapa ekor anjing. Kemesraan dalam keramahan segera terjalin dengan eratnya antara saya dengan Ramli. “Cuti yang akan datang. memang tepat. saya dan Najib membawa Ramli ke gelanggang orang belajar silat. di Kedah iaitu di Sungai Petani. Kereta Austin Eight yang membawa Ramli pun bergerak meninggalkan kami.” jawabnya ringkas lalu menepuk bahu kanan saya berkali-kali. Kadang-kadang dia membuat saya ketawa hingga tidak kering gusi. Lepas minum di warung Pak Mat Noh. Ramli yang tidak dapat memisahkan dirinya dari bercakap dalam loghat Kedah itu. ertinya saya terpaksa melalui kawasan getah yang amat luas dan sunyi. Dia mesti menumpukan masa pada pelajaran. Bila sudah kecut kulit badan baru berhenti mandi. Dia ditugaskan oleh pemilik ladang tersebut mengawasi pokok getahnya dari ditoreh secara curi pada sebelah petang oleh orang yang tidak bertanggungjawab.” tanpa diduga ayah Ramli yang jadi guru sekolah Melayu di tempatnya memberikan keputusan muktamad. Cuma ada sebuah sahaja rumah dalam ladang getah tersebut. aku tak boleh buat apa-apa. Kerana hari sudah hampir gelap. ternyata manusia yang kaya denga humour. saya meninggalkan rumah Najib tetapi hasrat kami untuk pergi ke Alor Setar tetap tidak pudar. Rumah itu sudah lama tidak didiami tetapi. pengalaman yang diperolehinya bersama saya dan Najib amat menyeronokkan. saya mendapat tahu Ramli telah melanjutkan pelajarannya ke Jerman Barat. saya dan Najib seperti keberatan mahu melepaskannya. saya rasa cukup seronok dan bahagia sekali. berwarna hitam milik ayahnya. saya mengambil jalan dekat untuk pulang ke rumah. kami berkubang di sungai. ketika dia mahu berangkat ke Kota Sarang Semut. Bila saya memilih jalan dekat. 36 . Kemudian membawa dia ke rumah Pak Din yang handal membuat wau dan gasing. Kami berjanji untuk bertemu pada petang besoknya dengan beberapa rancangan yang menarik. Kata Ramli. PULANG Seminggu Ramli di kampung. Akhir sekali dia berkhidmat dengan MARA di Kuala Lumpur.” katanya pada saya dari tingkap kereta Austin Eight. Bila sampai ketika dan saat yang baik semuanya akan dilaksanakan. Beberapa tahun kemudian. dia tak boleh ke mana-mana. “Sebenarnya. Saya dan Najib berpandangan. Saya terpisah dengan Najib dan Ramli. orang tua aku dah datang ambil. Banyak pengalaman menarik yang dialaminya ketika mendaki gunung diceritakan pada saya.

sekiranya saya diserang. cakap datuk yang pernah menasihatkan saya supaya bersikap tenang. kedua-dua anaknya tidak pulang ke rumah. SALAKAN Suara salakan anjing terus menguasai kawasan ladang. jangan panik bila berdepan dengan suasana yang mencemaskan. saya berjaya mengawal perasaan cemas dan takut. rumah yang sebuah itu terus kosong. Awan nampak bersih. Saya cuba bertenang dan cuba menguasai perasaan gementar supaya tidak bertambah kuat. Monyet-monyet liar berlompatan dari dahan ke dahan macam dikejar sesuatu. Dedaun getah yang tua gugur ke bumi. Usaha saya itu berhasil. Lelaki India itu merasa amat kecewa dengan nasib malang yang menimpa dirinya. lelaki India itu telah mengamuk. matahari sudah berada di kaki langit. Suara salakan anjing bertalu-talu membuat tubuh saya gementar. Mungkin anjing itu sudah biasa dengan bau badan saya. Akal fikiran saya mula terbuka. Saya kian mendekati rumah usang dan cara mendadak darah saya tersirap. Berdebar juga ketika melintas rumah kosong. Dia jadi demikian. tidak terdaya saya lakukan. Akhirnya. kerana kecewa dengan sikap isterinya yang lari dari rumah mengikut lelaki lain. Saya cuba berlari tetapi. Angin yang bertiup terus menggerakkan dedaun dan reranting getah. 102. cahaya matahari sudah tidak kelihatan lagi. Saya sudah bersedia untuk melawan anjing-anjing tersebut. kalau saya yang lalu di situ anjing peliharaan tidak menyalak atau mengejar saya. Buah getah dan reranting getah berguguran. Mulai dari tarikh itu. Biasanya. Beberapa kali langkah saya terhenti. Pepohon getah yang rapat dan berdaun lebat membuat cuaca di jalan tanah merah yang saya lalui bertambah suram. maklumlah hari sudah samar-samar. Rahsia Sebuah Rumah Tinggal Sejak kejadian itu. macam ada kuasa yang mengugurkan. bersedia untuk bertindak untuk menghadapi sesuatu. Kalau saya ikut jalan raya (jalan jauh) saya tidak menghadapi masalah sesulit ini. Memang betul. Dari celah-celah daun yang lebat itu. Sepasang lutut saya terasa cukup lemah.Kira-kira tiga bulan yang lalu. gunakan fikiran. Saya segera mengambil 37 . Hanya anjing peliharaannya sahaja yang masih setia menunggu rumah. saya melihat ke dada langit. diganggu oleh monyet liar yang melompat di dahan getah. Dedaun getah yang bergerak macam disentuh ribut mengeluarkan bunyi yang amat menggerunkan. memburu dua orang anak lelakinya yang berusia sekitar 16-17 tahun dari pangkal ladang hingga ke hujung ladang dengan pisau sabit. lelaki India itu mengambil keputusan gantung diri dalam rumah hingga mati.

hingga timbul dalam hati saya yang anjing tersebut mahu menyatakan sesuatu tentang apa yang ada di dalam rumah usang. Lama saya menunggu. Semua anjing-anjing itu menggoyang-goyangkan ekor sambil mengelilingi saya. Mereka bercakap tentang masalah kewangan. terbuka perlahan-lahan. apa yang mengejutkan. Langkah kian teratur menuju ke pintu rumah. Cahaya lampu minyak tanah terus menerangi ruang depan rumah. Saya lihat dua ekor anjing menyalak ke arah tumah usang. beberapa ekor anjing yang mengelilingi saya terus meluru ke depan. anjing-anjing yang dijangka menyerang saya itu tidak datang. Anjing tidak akan menyalak tanpa sebab. terus berhenti menyalak. Dua kali saya terdengar suara orang batuk dan dituruti dengan suara orang bercakap. Seluruh pandangan saya tujukan ke arah pondok usang. Biasanya. bila anjing-anjing itu berada dalam jarak yang dekat dengan saya. Ada bebayang manusia bergerak dalam rumah. Salah seekor dari anjing tersebut yang berwarna kuning." bentak batin saya. seolah-olah memperlihatkan sikap persahabatan. Hati saya tiba-tiba sahaja jadi berani. Saya juga melihat cahaya lampu minyak tanah. Saya pasti yang bercakap itu seorang lelaki Melayu dan seorang lagi lelaki India. Rasa cemas kembali menguasai hati. bila anjing menyalak mesti ada sesuatu. Sarang labah-labah dan sawang yang bergantungan di muka pintu bergerak-gerak lembut dan akhirnya pecah akibat diterpa angin. bila saya terdengar bunyi suara gagak atas bumbung rumah tersebut.sepotong dahan getah yang panjangnya kira-kira tiga kaki. Kemudian datang kearah saya. berlari berulangkali ke arah rumah usang sambil berbuny. Saya terpaku di muak pintu. seolah-olah menjadi kepala jalan yang sekaligus melindungi saya. Tiga kali saya biarkan anjjing itu berbuat demikian. Beberapa ekor anjing meluru ke arah saya. Sebaik sahaja saya berdiri di depan pintu. Anjing-anjing yang mengiringi saya segera duduk di tanah sambil merendah-rendahkan 38 . secara mendadak pintu rumah terbuak perlahan sambil mengeluarkan bunyi yang nyaring akibat engselnya sudah berkarat kerana sudah lama tidak digunakan. apa yang harus saya lakukan. Saya terhidu bau tembakau rokok. Saya nekad untuk pergi ke rumah usang. Kayu di tangan saya pegang erat-erat dan bersedia untuk dihayunkan ke arah anjing-anjing tersebut. Siapakah yang berada di dalam rumah usang waktu senja begini? Timbul pertanyaan dalam diri saya. Dua tiga ekor lagi megelilingi rumah tersebut. berbadan besar dan tegap. "Kenapa? Mesti ada sesuatu. Kayu itu tetap saya jadikan senjata untuk mempertahankan batang tubuh saya dari digigit oleh gigi anjing yang tajam itu. Serentak dengan itu saya terihat pintu rumah usang yang tertutup rapat. Bila saya ama-amati ternyata bau tersebut datang dari arah rumah usang. tidak tahu.

Lidah itu kelihatan membesar dan menjulur sedikit demi sedikit hingga sampai ke paras dada. Walaupun demikian tubuh Ranjan yang terpacak di depan terus saya renungi. Serentak dengan itu terdengar suara orang bersorak dengan gamat yang datangnya dari arah kiri dan kanan rumah."saya gagal meneruskan kata-kata kerana terkejut menerima jawapan yang diluar jangkaan saya. bersuara mendayu-dayu. saya terus melompat dalam jarak dua kaki sebelum berdiri untuk membuka langkah lari seribu langkah. Saya lihat lidah pucatnya bergerak-gerak dalam rongga mulut. Keadaan cuaca terus beransur gelap dan saya berazam untuk menghadapi sebarang kemungkinan. semuanya hancur berderai... Bagaimana orang yang sudah mati boleh hidup semula? Tanya hati kecil saya. saya separuh menjerit. langau bagaikan mahu memecahkan gegendang telinga. Beberapa minit kemudian semua anjing-anjing itu melengking dengan suara yang tinggi dan melompat lalu lari ke arah kawasan pinggir ladang getah. Saya jenguk ke dalam rumah. Entah mengapa saya jadi berani secara tiba-tiba sahaja. macam daun pisang dara dirempuh angin. Segera saya pusingkan tubuh ke kanan sambil merendahkan badan. Ranjan mengangkat kedua belah tangannya lalu menghalakan ke arah batang leher saya. Bagaikan ada sesuatu kekuatan yang tersendiri datang dalam diri saya. Siapa yang memukulnya? "Siapa di dalam?" Jerit saya. tekaan saya tidak salah. Bunyi dengung lalt. Lidah tersebut kelihatan terbuai-buai ke kiri ke kanan. Suara raungan anjing-anjing terdengar sayup-sayup di hujung ladang getah. Saya lihat di batang lehernya terdapat kesan luka akibat dijerut dengan tali belati. Sampai di sini keberanian tidak dapat saya pertahankan. Suara tanpa manusia itu mendebarkan hati. Lampu minyak tanah terlekap di dinding. "Aku. SUARA 39 . Bila saya sudah melangkah setapak ke depan. Bila mulutnya sudah ternganga lebar. Saya yakin.. Ranjan terus merenung saya sambil membuka mulutnya perlahan-lahan. Saya maju setapak. Badan saya berpeluh dan menggigil. kenapa? Apa yang kau mahu?" "Ha. Saya tidak mengizinkan sepasang mata saya merenung lehernya lama-lama... ertinya saya sanggup menerima sebarang risiko. Sesekali terdengar suara orang berbisik. semua anjing-anjing itu dipukul. Ranjan (pemilik rumah usang) berdiri di depan saya.". bila melihat beberapa ekor badan anjing itu berdarah dan berlari terjingkit-jingkit. Anjing-anjing itu tidak menyalak lagi tetapi. Suara orang ketawa memanjang dalam rumah usang jelas kedengaran. berdiri tidak jauh dari ambang pintu.muncungnya macam mahu menyondol tanah. "Ya Allah. Tanpa membuang masa. Saya segera menekup telinga dengan sepasang telapak tangan..

Darah merah segar mengalir di kedua belah pipinya. Rasanya. Amjal Kamal berdiri senang di bawah pohon cempedak. Dia seolah-olah mengapai-gapaikan tangannya untuk 40 . kian sayu. saya terus menoleh ke belakang. "Kenapa kamu lari. ke arah suara itu datang. Matanya tetap merauti seluruh wajah saya. cuma renungannya kian redup. Sepasang matanya yang hampir tersembul merenung ke arah saya. Sebelum saya memulakan langkah. lagi sekali wajah Amjal Kamal yang aneh itu saya tatap. sura cengkerik. bagaikan mempersenda-sendakan langkah saya. minta dikasihani. Saya terpaksa menggunakan senjata terakhir. urat dan tulang leher jelas kelihatan. Rasa simpati yang datang dalam hati. Kulit dahinya terkoyak hingga menampakkan kedua belah tulang keningnya." Saay segera toleh ke kanan. Hati terus dibalut rasa cemas dan takut. iaitu membuka langkah untuk pulang ke rumah. Bila saya terlalu lama merenunginya begitu tanpa berkedip. Suara lolongan anjing sudah lama berhenti tetapi. Tidak ada jawapan yang saya terima. Saya tidak tahu apa yang wajar saya lakukan? Apakah saya perlu memberikan pertolongan padanya? Jangan cari penyakit. Baju yang dipakainya semuanya koyak rabak. Macam tadi juga. suara katak dan bunyi burung tukang. Sepasang matanya yang tersembul tetap merenung sayu ke arah saya. suara cengkerik. begitu juga dengan seluarnya. Daging pipi sebelah kirinya terkeluar. Setiap kali melihatkelopak matanya yang tersembul berkelip. jawapannya tidak saya perolehi. Sambil berlari. tidak sampai membiarkan dia sendirian. Kali ini langkah saya benarbenar kaku. Saya menarik nafas dalam-dalam. cara yang paling baik dan selamat tinggalkan dia sendirian di situ. Renungannya begitu sayu dan bersahaja sekali. rasa mahu menolongnya kian menjadi-jadi dalam hati.Saya terus berlari. membunuh rasa takut dan cemas dalam diri saya. Saya jadi simpati. "Kenapa kamu jadi macam ini?" Tanya saya. Hidungnya tiada dan kulit di batang lehernya terkopak. Dia menangis. Tulang dagunya terkopak macam dihentak atau terhempas pada benda yang keras. bergantuingan macam daging lembu yang digantung di pasar untuk dijual. kata saya bila melihat air matanya mengalir atas daging pipinya lalu bersatu dengan dengan darah. Seolah-olah minta pertolongan dan simpati. "Hai. waktu orang ajak kamu pergi ke masjid?" Soal saya. buah halkumnya bergerak lemah bercampur dengan darah. nanti dulu Tamar. telinga kirnya terkoyak dan bibir bawahnya pecah. mebuat hati saya jadi cemas kembali. katak dan burung hantu tetap menyanyi tanpa irama yang tertentu. saya lihat Amjal Kamal yang sudah berubah bentuk itu tetap berada dekat saya.

Bahu kiri. Dalam keadaan kelam kabut itu. tekak terasa payau.. Fikiran saya sekejap berada di satu tempat lain dan sekejap berada di tempat apa yang sedang saya alami sekarang. saya terasa ada orang menyarungkan guni padi ke kepala saya. GELAP Cuaca bertambah gelap. Saya halakan tubuh ke arah matahari jatuh sambil memulakan langkah. Sepasang kaki saya ditarik dan dada saya ditekan. "Tamar. Tubuh saya diangkat dari perut kolam.. Dalam keadaan yang terhoyong-hayang itu. Terasa ada orang merentap guni yang membalut tubuh. Usaha saya berhasil. Dalam keadaan yang tercungap-cungap itu. Saya terus meronta-0ronta dan suara datuk terus memukul gegendang telinga saya. Malangnya. Datang lagi suara datuk. dihumbankan ke dalam sebuah kolam. Saya tidak dapat berdiri lalu jatuh terduduk. Akhirnya. saya tidak dapat mempastikan siapakah yang jadi mangsa saya. "Uhhhhh. saya sendiri tidak tahu. 41 . Amjal Kamal dengan wajah yang menakutkan terus hilang entah ke mana. Apa yang penting. entah apa yang dicakapkan. Ketika itu juga saya teringat cakap orang tua ganjil bahawa Amjal Kamal yang mati akan kembali dalam bentuk dan cara lain untuk menjahanamkan siapa sahaja yang pernah menghalang cita-citanya. Satu tumbukan yang padu dan kuat singgah di rusuk kanan. Sepasang tangan saya gawangkan ke kiri dan ke kanan. Orang itu mengerang kesakitan.berpaut pada baju saya. Sepenuh tenaga saya melompat hingga jala yang menyerkup saya pecah berderai. ke mana kamu nak pergi?" Saya pasti itu suara datuk. Terasa sekujur tubuh Amjal Kamal dengan wajah yang mengerikan tetap mengekori saya. Tetapi saya tidak mampu memperlahankan langkah kaki yang sedang berlari. Saya terbaring dan tubuh yang sudah dibalut dengan guni itu terus digolek ke mana-mana. Saya segera menoleh ke kiri tanpa disangka tubuh terlanggar pohon petai. Saya tidak dapat berdiri dengan baik. Ada yang menaburkan jala besar ke arah saya. Wajahnyatidak dapat saya lihat. Apakah orang itu patah atau pengsan bukanlah urusan saya. sepasang tangan kasar memeluk tubuh dengan kuat. terasa seperti mahu tercabut. saya harus berlari ke mana sahaja mengikut kata hati. Tubuh saya diangkat dan diusung. Saya mual kelemasan dan terus menelan air kolam.. Telinga saya masih menangkap suara orang bercakap. Diletakkan di atas tanah. sepasang tangan yang memaut tubuh dapat saya buka dengan membantingkan tubuh orang itu ke perdu petai." pekik saya sekuat hati. orang tua itu tidak memberitahu saya bagaimana cara-cara untuk menghancurkan penjelmaan kembali Amjal Kamal itu.

" 42 . apakah ketawanya didengar oleh datuk dan rakan-rakannya. Entah." "Saya faham. Saya gelengkan kepala. kenapa dia menyuruh saya menantinya. Tidak semena-mena. siapa orangnya. Tamar?" Perlahan-lahan saya pusingkan leher ke kiri. dari semangat rohani dan jasmani. sekarang kaulihat dengan teliti. Tamar?" "Kenal. dia musuh kamu. Pandangan saya agak kabur kerana air kolam masih lagi menguasai kelopak mata." kata Amjal Kamal lalu membesarkan patung itu seperti bentuk manusia biasa. Patung itu ditayangkan pada saya seketika. terasa panas macam kena api." nada suara saya lembut. Cepat-cepat saya alihkan pandangan ke langit. "Apa dah jadi dengan kamu. kau ikut apa yang aku suruh." katanya." "Sebenarnya. Dia berhenti betul-betul di depan mata saya. Dia membalingkan seketul tanah di muka saya. Saya tatap gumpalan awan dan bintang di langit. "Hei. Dalam keadaan fikiran yang bercelaru itu. mengapa saya tidak berminat mendengar suara dan wajahnya. Bergerak bebas ke sana ke maro sambil melambailambaikan tangan ke arah saya. tunduk dengan kata-kata ini: Dari hati. Saya tidak tahu.saya masih mampu melihat api jamung dari daun kelapa menerangi sekitar kolam." "Siapa dia." jawab saya. "Kamu sekarang. "Baiklah. Tamar?" "Datuk saya. Badan saya menggeletar kesejukan. "Kamu ikut perintah aku. "Kau kenal. dari perasaan. muncul Amjal Kamal di awang-awangan. Bila tanah menyentuh kulit muka. Sukar untuk mengenali orang-orang yang mengelilingi saya. Untuk seketika. wajah datuk yang duduk mencangkung itu saya tatap. Amjal Kamal terus mendekati saya. Buat beberapa detik saya tidak tentu arah. nanti dulu Tamar. Memang sukar untuk mengenali patung tersebut berwajah siapa dari jarak jauh. tunduk dengan aku. Amjal Kamal yang berada di awang-awangan itu ketawa berdekah-dekah. "Faham. saya tidak berlari atau berjalan tetapi. Aneh. kamu faham!" Ujarnya. "Kamu kenal siapa ini?" Amjal Kamal mengeluarkan sebuah patung dari celah ketiaknya.

Memang benar. kau raba bawah ketiak kamu. Saya perhatikan dan saya telek patung sebesar manusia itu dengan teliti. "Cuba kau perhatikan dengan teliti Tamar." terdengar suara Amjal Kamal bergema dari setiap sudut. kalau tidak dijawab. mata jadi silau dan kepala terasa pening. cuma bentuk tubuh dan wajahnya hampir menyamai datuk "Kau puas Tamar?" "Ya. Saya kira. makin kuat dan nyaring." "Dengan pisau? Perintah bodoh. aku patuh pada perintah kamu. Ini perintah. Bila saya renung ke arah dada kiri patung itu. sebilah pisau pendek saya temui di bawah ketiak sebelah kanan. Dia suruh saya merenung ke arah dada kiri patung. dari hati. Dengan sepenuh tenaga. kelihatan cahaya berkelip-kelip macam cahaya batu delima." "Mahu ditikam dengan apa?" "Dengan pisau. Tamar." begitu yakin saya mengucapkan kata-kata itu. Memang bukan datuk. Saya tidak ada pilihan lain. Betul-betul berada di bahagian jantung. Amjal Kamal gelengkan kepala beberapa kali. Amjal Kamal tersenyum. saya balingkan pisau ke arah benda yang berkelip itu. kau pengikut yang setia. suara itu tidak akan berhenti lalu saya membuat keputusan: "Ya. Apa yang disuruhnya saya patuhi. "Tamar. Suara Amjal Kamal makin lama. Wajahnya tidak dapat saya lihat. dari perasaan dari semangat rohani dan jasmani. dia datuk saya."Bukan. makin lama direnung. Timbul keinginan dalam diri saya untuk memiliki benda yang memancar seperti batu delima itu. 43 . Hulu pisau saya pegang erat-erat. dia bukan musuh saya." RABA Perintah itu saya turuti. dengar sini. Suara ghaib terus bergema memerintah saya menikam ke arah benda bercahaya. kau ikut apa yang aku suruh. Saya puas hati." "Apa perintah untuk aku?" "Kamu mesti menikam ke atah dada orang yang bercahaya itu." Saya pun mematuhi arahan Amjal Kamal." "Bagus." Saya segera anggukkan kepala. buka datuk saya. Mana ada pisau pada aku?" "Ada.

aku tak ada jam. 44 . Telinga saya mula terdengar suara orang bercakap." Uda Lamat terus memandang ke arah Mat Daud yang menyeluk saku. "Kemudian dihumban ke dalam kolam ikan. Salah satu dari baldi itu digunakan untuk mencurahkan air dari kolam ikan ke muka saya. Jam saku yang bulat dan berantai itu dibawanya ke bawah api jamung yang marak. lepas itu diikat pada pengusung. saya cuba menggerakkan kepala ke kiri dan ke kanan.. entah kaki gunung mana kamu pergi. Orang tua itu tersenyum. Saya seperti terpinga-pinga melihat jamung yang marak menyala. kalau tak dibuat macam ni. Dalam keadaan terkapar atas pengusung. "Nak tangkap kamu terpaksa di jala. Menggemparkan orang kampung hingga mereka terpaksa menggunakan kemampuan apa yang ada pada mereka untuk menangkap saya." ujar Uda Lamat. "Kamu lari satu ladang ni sambil bertempik macam gajah hilang anak. Melihat kejadian yang tidak pernah diduga. Saya lihat Mat Daud dan Azizi Jabar masih berdiri di tepi kolam ikan milik Haji Sulung.. Saya ditempatkan atas pengusung yang dibuat dari buluh. dia masih khayal. "Macam mana saya boleh berada disini?" Tanya saya pada Uda Lamat yang berdiri dekat pengusung. "Curahkan air ke mukanya. Kedua belah tangan dan kaki saya diikat dengan rotan. disambut dengan ketawa oleh beberapa orang yang berada di situ. "Huh. "Pukul berapa sekarang?" "Entah. Saya cuba menggerakkan jejari tangan dan kaki yang terasa kaku dan kebas. badan patung berkecai dan berterbangan. saya terkejut. Badan saya terasa kecil dan mula terpisah dari keadaan yang saya alami." kata saya pendek." celah Mat Daud yang tiba-tiba diri dekat Uda Lamat. Tidak mahu memandang ke langit lagi. Antara sedar dengan tidak." saya mendengar suara datuk.Tepat pada sasarannya. Seluruh badan saya menggeletar. "Kenapa Tamar?" Uda Lamat mendekati saya. Belum pun sempat saya mengeluh atau bersuara. "Sejuk. Terdengar jeritan dan benda yang berkilat itu hancur berkecai. Mat Daud mengeluarkan jam sakunya." tambah Uda Lamat lagi. Semuanya jelas terbayang tetapi saya tidak menduga sama sekali yang saya mengalami keadaan seperti ini. Kedua-duanya membimbit baldi kosong.. Satu baldi air tercurah ke muka." saya mengeluh dan tubuh mulai terasa sejuk. saya sejuk. saya terus mengingati punca kejadian itu berlaku.

Kemudian datuk meletakkan telapak tangan kirinya atas dahi saya." ujar datuk dengan tenang. Setiap kali air menyentuh pusat. Sampai di rumah saya disambut oleh nenek dengan tangisan. Nenek memapah saya ke bilik mandi. Andainya saya ikut jalan raya. mungkin apa yang nenek lakukan itu. pengusung pun diikat. Atas kemahuan datuk. Lebih dari sepuluh minit saya dibiarkan terkapar atas pengusung di anjung." tidak mendatangkan apa-apa hasil yang menguntungkan. Hati nenek bertambah hiba bila datuk mengeluarkan perintah demikian. Selesai sahaja datuk bercakap. Apakah semua yang saya alami ini bernar-benar terjadi atau hanya khayalan dari perasaan saya sahaja? Lagi sekali saya menarik nafas atas pengusung. 45 . saya diletakkan di anjung rumah. Dan nenek bagaikan mengerti dengan renungan datuk itu. sesungguhnya saya sudah membuat masa yang begitu lama dalam ladang getah." "Sekarang pergi mandi. Dari dahi telapak tanagn kiri itu digerakkan ke bawah menyentuh dada. Saya disuruh duduk dan dipaksa meneguk air dingin dari labu tanah. sampai di rumah boleh dikisahkan mana yang patut." datuk keluarkan perintah. sejuknya bukan kepalang. Saya tidak berani membantah. tentu peristiwa semacam ini tidak terjadi? DIRI Secara spontan timbuk pertanyaan dalam diri saya. Matanya tertuju ke wajah nenek. Nenek tidak membenarkan saya memegang gayung dan menjirus air ke tubuh sendiri. Dan malam itu saya bagaikan putera raja diarak dalam kebun getah dengan diterangi cahaya dari jamung. "Kamu faham dengan apa yang aku cakapkan tadi. "Sekaranf kamu jangan memikirkan apa yang sudah kamu rasakan." jerit Mat Daud ke arah saya dengan kuat. permintaan datuk tetap saya patuhi meskipun perkara itu sukar untuk saya lakukan. sukar untuk saya melupakan sesuatu keanehan yang saya alami. Saya disuruh meniarap atas simen dengan dagu berlapikkan tempurung jantan. Jiran tetangga dari kaum perempuan dilarang menghampiri saya. Pergelangan kaki dan tangan saya disapunya dengan sejenis minyak. Rotan yang mengikat sepasang kaki dan tangan pun dibuka. Tiga kali nenek jiruskan air atas pusat. Tamar?" datuk renung seluruh wajah saya. "Bawa saja ke rumah. terasa meresap hingga ke tulang belakang. Tujuan nenek berbuat demikian supaya bekas ikatan rotan di tempat tersebut tidak bengkak atau luka. Lagi sekali saya mengeluh."Lagi sepuluh minit pukul sepuluh. sudah diberitahu oleh nenek terlebih dahulu kepadanya." beritahu datuk pada Mat Daud. Saya terdiam. Tanpa membuang masa nenek segera mendekati saya. Walaupun. "Faham. perut dan akhirnya berhenti di hujung ibu jari sebelah kanan.

Datuk ternyata terpengaruhh dengan pendapat Uda Lamat.” “Saya juga harap perkara buruk tak akan terjadi. Satu perkara yang pasti. Paling membosankan perkara yang dikaitkan ialah tentang diri saya. “Di mana?” “Di kampung saya. 103. perkara macam ni pernah saya alami masa saya mudamuda dulu. setiap kerja mesti kita mulakan dengan Bismillah. anak buah saya sendiri yang mengalaminya. “Ya. “Apa yang saya suruh awak buat tadi. Uda Lamat yang pendiam dengan usianya yang muda beberapa tahuin dari datuk. Fasal tu dia buat perkara tak senonoh. masih mahu bercakap dengan datuk.” cukup teratur Uda Lamat mengungkapkan kata-kata. “Mati. Mereka berhenti bercakap. Menurut bomoh masa itu. bawa parang mahu tetak tengkuk harimau.Upacara mandi malam itu diakhiri dengan mandi air daun pandan yang sudah direbus. “Bukan lari sebarang lari. Dan saya mula faham.” Uda Lamat memperkemaskan silanya. Jamung Tengah Malam Entah mengapa. petua ni kadang-kadang menjadi kadang-kadang tidak. “Memang betul cakap awak.” lanjut Uda Lamat.” 46 . Paha kanan diletakkan diatas peha kiri. kesudahannya leher anak buah saya itu dipatahkan oleh harimau.” datuk menyanggah. sudah pulang kecuali Uda Lamat. Kerja petua juga dimulakan dengan Bismillah sambil hati mengharapkan Allah yang maha besar menghilangkan penyakit. “Kesudahannya macam mana?” Tanya Datuk lagi. Ada bermacam-macam suara datang ke lubang telinga saya. petua yang dibuat oleh orang tua lelaki saya pada anak buah saya yang mengalami perkara yang saya sebutkan tadi. Kawan-kawan datuk yang membantunya menangkap saya di ladang getah. semuanya itu. Jejari kakinya bergerak.gerak. Setelah itu tubuh saya dibalut dengan kain pelikat. “Dia masuk ke hutan cari harimau. anak buah saya diresapi roh jahat. saya berharap perkara macam itu tidak akan jadi pada cucu awak.” Datuk terkejut. Tiba-tiba rasa cemas dan takut menguasai diri saya. apa yang dilakukan oleh nenek pada saya di bilik mandi tadi. Air itu tidak boleh menjamah kulit telapak kaki. Dijirus mulai bahu sebelah kanan. Saya lihat Uda Lamat anggukkan kepala. biji matanya terbeliak.” datuk garu pangkal dagu. membawa ke kiri. Saya dibawa ke anjung kembali. adalah petua dari Uda Lamat.

dah mengantuk ke?” “Tidak. tiga orang lagi isterinya. Sangkaan saya meleset. berbadan tegap. Satu keistimewaan Uda Lamat. Kata orang. Isteri pertamanya sudah berusi lebih dari lima puluh tahun. Bualan datuk dengan Uda Lamat kian mengendur. Uda Lamat 47 . kena cari kawan yang boleh menghilangkan sejuk. Malah. Ketiga-tiganya memiliki wajah yang menarik. Inilah yang membuatkan orang kampung mengkagumi dan menghormati Uda Lamat. berusia sekitar tiga puluhan hingga empat puluhan. “Dah pukul dua belas malam. Tetapi. Uda Lamat hirup kopi yang disediakan oleh nenek. Saya yang baring segera angkat kepala. Sesekali terdengar bunyi suara burung jampuk dan jeritan tikus liar di bawah rumah. Semua orang tahu Uda Lamat ada empat isteri. Matanya berair. Satu teko kopi tanpa susu yang disediakan oleh neneh sudah habis diminum. Biasanya. dia merasa bahagia menghabiskan waktu malamnya dengan salah seorang isteri mudanya. Saya rasakan kemesraan yang diperlihatkan oleh Uda Lamat itu. biarlah saya balik.“Betul. ada yang berjalan tempang. tiga orang isteri mudanya cacat anggota. Lelaki tua berkulit hitam. betul. tidak pernah merelakan dirinya menghabiskan masa malamnya di rumah orang. suasana terasa sunyi. dia sendiri merasakan penghormatan itu tidak pernah wujud pada dirinya. sedangkan saya sudah dua kali terlelap. Tidak serancak tadi. “Kalau begitu nasihat awak. “Ngape. Malam kian larut. Dia senyum ke arah Uda Lamat. saya masih mahu bertahan untuk berada di anjung dalam keadaan berbaring. Dua tiga kali telapak tangan kanannya memukul lantai anjung. Kekayaannya memiliki berekar-ekar tanah sawah dan kebun getah memberi peluang padanya mempunyai isteri muda. tangan kudung dan bisu.” “Kalau begitu kena baliklah. Dan Uda Lamat pula tidak pernah merasakan dirinya besar kerana penghormatan itu. Usikan datuk itu amat mencuit hatinya.” datuk angguk kepala. Datuk mendirikan lutut kanannya. berambut putih yang mengelilingi botak di tengah kepalanya itu.” kata Uda Lamat setelah ketawanya berakhir. Jam di dinding rumah berbunyi dua belas kali. Kesunyian malam yang kian tua itu membekalkan rasa dingin yang keterlaluan. Tetapi. tapi sejuk. Uda Lamat kahwin bukan kerana nafsu tetapi lebih banyak didorong oleh rasa simpati mahu menolong sesama insan yang cacat. Saya kira Uda Lamat pasti angkat punggung sebaik sahaja kata-katanya berakhir. Hati kecil saya bagaikan dipaksa-paksa untuk mengikuti perbualan selanjutnya antara Uda Lamat dan datuk. adalah sesuatu yang baru.” Uda Lamat menggosok belakang tangan kanannya. Satu hal yang pasti mereka memiliki raut wajah yang ayu.” datuk berjenaka lalu disambut oleh Uda Lamat dengan ketawa panjang. Uda Lamat sudah beberapa kali menguap panjang.

Uda Lamat terus membelah malan yang kian tua. selamat jalan. JAMUNG Bertemankan cahaya jamung.kian memperkemaskan silanya. cucu awak dah pulih. Datuk garu hujung dagunya beberapa kali. “Saya tak berapa seronok. saya perlukan pertolongan awak. Rasanya.” datuk luahkan perasaannya. “Itu hanya adat. saya yakin perasaannya sudah aman dan tenteram. “Saya rasa cucu awak tak apa-apa. Jamung di kaki tangga pun dinyalakan. Kokok ayam terdengar sayup-sayup. Datuk turut bangun dan berdiri di sisi Uda Lamat. Langkah Uda Lamat tetap teratur. hidup sekampung kenalah tolong-menolong. Senyum datuk terukir di bibir. Datuk mengiringi langkah Uda Lamat hingga ke muka pintu. bila awak balik cepat. senyum itu sekadar untuk melindungi keresahan dalam dirinya. Api jamung melintuk-liuk dirempuh angin.” “Apa yang kita lakukan adalah atas kemahuan-Nya juga. Buat beberapa saat Uda Lamat genggam tangan datuk erat-erat. Tangan kanannya diletakkan atas bahu kiri Uda Lamat. Biarlah saya balik dulu. bolehlah awak beri petua.” datuk menjentik kepala lutut Uda Lamat. “Biar saya pergi dulu. dia dah pulih.” Uda Lamat merendahkan diri.” suara datuk merendah. kalau ada perkara yang tak baik jadi pada cucu saya. dengan izin Allah. lepas tu bolehlah balik. Kokok ayam kian bertalu-talu. Awak bacalah Quran sampai subuh. Terima kasih kerana awak sanggup bersusah payah menolong saya. Cucu awak tak apa-apa. Perlahan-lahan tangan datuk yang tersadai atas bahu dijatuhkannya. Saya tahu.” Uda Lamat menghulurkan tangan. “Saya balik dulu. “Tak apa. Dia pun memulakan langkah pertamanya. Angin malam yang bertiup terus merempuh di jamung yang mula marak.” “Tapi saya mahu awak menemani saya. Datuk sambut dengan perasaan yang berbelah bagi. “Tunggulah sampai subuh.” “Hanya Allah saja dapat membalas jasa awak.” “Ya. Makin lama. Dia tidak berhasil menahan Uda Lamat bertahan di rumah hingga menjelang subuh. Dan angin pun kian rancak berhembus 48 .” “Tak apa. banyak perkara yang boleh awak tolong saya.” Uda Lamat segera bangun.” Uda Lamat tepuk bahu datuk berkali-kali. makin jauh dan mengecil api jamung yang dijulang oleh Uda Lamat dari penglihatan mata datuk.

Aneh lelaki itu tetap menanti saya. Daun pintu dirapatkan. Saya mendekati lelaki itu dengan pisau di tangan. Panas rasa hati. bagaikan mahu pecah gegendang telinga saya dibuatnya.. Suara itu masih bergema juga. Usaha saya tidak juga berhasil. Suara ghaib. Saya mesti menikamnya dengan pisau belati. 49 . Tetapi. Saya merasai diri saya bukan berada di dalam rumah.” suara datuk keras. dia musuh.” kata saya. kaulihat kerlipan di bahagian dada kirinya.” terdengar lagi perintah ghaib. Dada sebelah kirinya mengeluarkan cahaya yang berkelip-kelip. dari hati dari perasaan. Saya terus membuat perhitungan untuk membenamkan pisau ke dada lelaki itu. Segera saya ambil. Saya sudah menemui sasarannya. Saya mohon padanya supaya saya dibenarkan tidur di ruang anjung. Saya renung benda yang bekelipkelip di dada sebelah kiri lelaki itu. berada di satu ruang bangunan yang luas macam istana.menyentuh dedaun dan reranting pokok hingga melahirkan bunyi yang tidak menentu. terpaksa menekup kedua belah telinga dengan telapak tangan. suara itu datang dari segenap sudut. Kalau tidur di luar nanti kamu melompat tingkap susah pula nanti.” sehabis sahaja saya memberikan pengakuan sebilah pisau belati jatuh di depan saya. Rasa benci terhadap datuk datang meluap-luap.” “Jangan bantah cakap aku. Saya tidak ada jalan lain. Tentu saya diberikan hadiah. terus dikunci. Datuk masuk ke rumah. bila semuanya terlaksana dengan baik. “Masuk ke dalam bilik. Inilah yang membuatkan saya bertambah marah. bila datuk menyindir saya begitu. saya yakin lelaki itu akan tergolek di lantai.” “Hmm.” Saya lepaskan keluhan kecil. “Mesti dibunuh. Saya juga yakin. Batang tubuh Amjal Kamal terpamer di depan mata. masuk ke dalam. yang memerintah saya melakukan perbuatan itu akan memuji saya. Orang itu adalah musuh.” Saya termanggu-manggu. “Kau sudah sampai saatnya. Dengan sekali tikam sahaja. Kalau ada apa-apa hal senang nak bertindak. “Saya rasa di sini selesa.” “Ya. “Ya. Datuk menyuruh saya masuk ke bilik. Saya terpaksa melekapkan telinga ke celah paha. Kau ikut apa yang aku perintah. dari semangat rohani dan jasmani. Rasa marah datang meluap-luap dalam rongga dada. tuk. saya nampak saya harus membunuhnya. Saya mula terdengar suara Amjal Kamal mengeluarkan perintah yang berbunyi: “Ini perintah. Dia mengangkat tangan menyuruh saya melakukan sesuatu. Seorang lelaki yang kurang jelas wajahnya berdiri di depan saya.

Dalam keaadan yang agak gawat itu dia mencium dahi saya.” perasaan saya bersuara. “Tamar. Saya terdiam.” satu tempikan yang kuat menyumbat ke lubang telinga saya. orang pertama yang saya lihat ialah wajah datuk. Kerana tidak terdaya menahan sakit. Pergi tidur. Terasa suasana jadi fana dan sepi sekali. saya melepaskan tikaman dengan sekuat hati ke dada kiri lelaki yang bekelip-kelip itu. Saya terdengan bunyi suara yang amat kuat macam suara deru keretapi. masuk ke bilik. ada sesuatu yang tak kena pada kamu. Saya masih berdepan dengan lelaki yang wajahnya tidak jelas. “Tidak ada tapi. WAJAH Bila suara menderu macam keretapi itu hilang. “Kau menumbuk dada aku tamar. Tanpa membuang masa. saya tak sedar dengan apa yang saya lakukan. Datuk menyembunyikan sesuatu dari saya. Saya tidak dapat mengingati apa-apa pun. tikam dengan cepat. Sungguhnya jawapan itu tidak dapat saya terima.“Tapi. “Maafkan saya tuk. “Sudahlah. Semuanya tidak berhasil. hampir mahu menangis saya mendengar kata-kata dari datuk. Saya buka mata.” datuk terus memeluk saya. saya rebahkan badan di lantai. Wajah datuk nampak sungguh sedih. saya tak tahu dan tak ingat apa yang saya buat. “Kenapa tuk?” Tanya saya. Tanpa disedari saya menangis. Kulit muka terasa pecah kepedihannya tidak dapat saya gambarkan.” suara datuk kesal.” datang lagi suara ghaib. “Sudahlah Tamar. inilah saatnya untuk kamu membunuh musuh. Saya pejamkan mata kerana dalam perhitungan saya.” “Sudahlah.” jawabnya. saya meluru ke arah lelaki yang wajahnya tidak berapa jelas itu.” begitu lembut 50 . kamu melawan. “Kenapa tuk?” Ulang saya lagi.” saya berlutut di depan datuk. Badan saya terasa bergoyang. pergilah tidur. Saya kumpulkan segala fikiran untuk menyorot apa yang terjadi.” “Maafkan saya tuk. Secepat kilat. aku secara tak sengaja menampar kamu. saat kematian sudah sampai. Pipi saya diusapnya berkali-kali. Muka saya menerima tamparan yang kuat. Saya sudah nekad untuk menyelesaikan tugas yang diberikan. “Tak ada apa-apa. Dialah satu-satunya lelaki di dunia ini yang saya hormati dan saya sayangi.

” 51 . “Bangun Tamar. Barangkali angin pagi bertiup kencang di luar. Antara mahu dengan tidak. Duduk mencangkung di bibir ranjang. kaki segera saya letakkan diatas bangku.” “Ya.” “Kita Sembahyang sendirian. “Ya. fikir saya dalam hati sambil menguap panjang. saya sudah bersenam dan peluh pun sudah pecah.” saya pun meneruskan langkah yang terhenti.” Saya merenung wajah nenek. saya terpaksa membuka kelopak mata. Nenek sedang mandi. Permintaannya segera saya akur. datuk sendiri mengemaskan ranjang tidur untuk saya. buat senanam dulu Tamar. “Sebelum ambil air sembahyang. “Tamar.” “Ya tuk. “Tamar. MIMPI Seperti selalu. Selesai senaman. Rasa mengantuk masih terasa. Saya bersyukur setelah mematuhi cakap datuk itu. Saya baca fatihah dua puluh satu kali. “datuk kamu di mana?” Sambung nenek. baca ayat kursi tujuh kali. kerana tidak tahan disebabkan kedinginan.” saya terus bangun. datuk tetap mengingatkan saya untuk membaca ayat-ayat suci sebelum mengajak mata tidur. saya pun mahu bergegas ke bilik mandi. “Di atas. Datuk selimut tubuh saya. Sementara menanti nenek keluar.” jawab saya pendek. Datuk melakukan sembahyang sunat subuh. Senaman yang biasa saya amalkan terus saya lakukan. Sepatutnya. saya terpaksa menunggu. “Bangun sembahyang. saya dapat tidur dengan lena. Buang gebar tebal yang membaluti tubuh.nada suara datuk. Pintu bilik air tertutup rapat.” “Baiklah tuk. Itu pun saya lakukan. mengucap dan beberapa ayat lain lagi saya baca. saya duduk di bangku tidak jauh dari bilik air. Saya berpeluk tubuh. Pada mulanya saya berjuntai kaki. Rancangan yang sudah disusun mengalami gangguan sebentar. Tetapi.” Badan saya digoncang berkali-kali. Perasaan saya sungguh terharu.” Sambung datuk. saya tidak meneruskan langkah tersebut. saya tidak mengalami rasa kedinginan. Tidak ada mimpi yang kurang menyenangkan saya alami.

kenapa kau mandi pagi kali ni. dah sihat benarkah?” “Sihat. tak apalah aku tak tunggu tapi.” “Selalunya kau tak mandi pagi. jangan ikut saya. Tidak ada jawapan yan dapat saya berikan untuk menafikan kata-kata yang nenek ungkapkan itu.” kata saya lalu membuka pintu bilik air. Tamar. 52 . dia terasa lucu. Tanpa diduga. saya sedar apa yang saya buat.” kata nenek.” “Hum tak ada apa-apa. Saya tersenyum dan saya harus bertindak dengan bijak agar tidak berlaku sebarang ketegangan antara datuk dengan nenek yang berpunca dari saya. “Pergi. Tetapi. saya tak apa-apa. masih ditunggu nenek. Mandi yang tergangu. seluruh tubuh terasa panas.” saya menggunakan senjata ugutan. HULUR Saya hulurkan kepala untuk nenek melihat keadaan saya yang sebenar. “Tamar. nenek.” nenek menjuihkan bibir ke bawah. Sebaik sahaja air satu gayung menyentuh badan. saya memang tidak apa-apa nenek. “Saya yang minta datuk. Masih berada di alam nyata. kau buat apa tu.” “Hisss. Pada mulanya. saya teruskan kembali.” “Tak payah tunggu saya nek. Pintu bilik mandi saya rapatkan.. “Saya mandi.. bila sudah berada dalam bilik air. tindak-tanduk saya itu membuatkan nenek ketawa terkekeh.” “Kamu ni.“Dia biarkan kamu seorang diri di sini?” Nenek tidak berpuas hati dengan tindakan datuk. Nenek kembali ke tempatnya. Malu rasanya sudah besar begini. Agaknya.. “Kamu memang keras kepala. Kemudian melangkah kebiliknya.. Kalau nenek tunggu. “Saya tahu. biar aku tunggu kamu di sini.” terdengar suara nenek. Ternyata perbuatan saya itu dapat menyakinkan nenek yang saya masih waras. Ambil gayung lalu jirus air ke tubuh. saya tak mahu masuk ke bilik air. ada apa-apa cepatceoat beritahu aku. Saya tersenyum lalu bersiul kecil sambil melangkah ke bilik air. saya bercadang mahu mengambil air sembahyang sahaja. bila kau memekik dan nak lari tu bukan apa-apa namanya.” nenek jegilkan biji mata ke arah saya. Saya membuat keputusan mengejut.” “Nek. terdengar bunyi tapak kaki orang berlari. Saya tergamam dan gayung di tangan tidak jadi menyeduk air dalam kolah.

Kalau sebatang jarum jatuh pun pasti dapat didengar. dari hati dair perasaan. kepala terasa sakit. dari semangat rohani dan jasmani. Suasana teramat amat sepi. bunyi yang tidak menyenangkan itu juga turut hilang. Sebaik sahaja saya melangkah bendul pinti bilik. Saya pejamkan sepasang kelopak mata dengan serapat-rapatnya.Baru lima gayung air membasahi tubuh. Saya melangkah dari bilik tidur untuk melakukan sembahyang subuh. Diri saya berada dalam satu ruang dewan yang cukup luas. saya merasai seluruh tubuh badan terumbang-ambing. Dalam keadaan terpinga-pinga itu. Saya jadi marah dengan keadaan yang saya lalui. Di pentas. tidak tahu apa yang mesti saya lakukan. Ada irama muzik yang lembut. seolah-olah saya berada dalam dunia yang serba asing. Orang itu adalah musuh. Dalam pergelutan itu. Dalam suasana yang hening itu terdengar suara Amjal Kamal bergema dari sudut ruang. Saya sarung kain. tanpa diduga wajah Amjal Kamal muncul beberapa detik di ruang mata. seorang lelaki dengan wajah yang tidak berapa jelas berdiri di situ. Saya kumpulkan tenaga. Penuh dengan bangkubangku yang tersusun rapi tidak diduduki oleh manusia. mengeluarkan perintah: “Ini perintah. Di Kuasai Suara Aneh 53 . pakai baju dan songkok. kaki kiri saya terasa berat untuk menerusan langkah ke arah sejadah yang terbentang di sisi datuk. Sekali imbas. Suaranya cukup jelas dan nyaring. Saya jadi terpaku dengan apa yang saya hadapi. wajah lelaki itu menyerupai wajah datuk tetapi bila direnung lama-lama wajah itu bertukar menjadi samar-samar serta tidak begitu jelas. Bila wajanhnya hilang. Datuk masih duduk tertonggok membaca al-Quran. Ini merupakan gangguan yang kurang menyenangkan. kesejukan yang menguasai tubuh membuat saya merasa kurang selesa untuk berjalan atau bergerak ke mana-mana. Saya berhenti mandi dan mengambil air sembahyang. ruang dewan nampak bergegar. darah gemuruh mula terasa. Saya jadi bodoh. saya terdengar bunyi deru keretapi malam yang memekakkan anak telinga. Saya berusaha berhempas pulas untuk melepaskan diri dari keadaan yang tidak menyenangkan itu. saya terasa sejuk dan terus mengigil. Gigi atas dengan gigi bawah terus berlaga hingga mengeluarkan bunyi. Rasa cemas dan mengelabah mula datang ke dalam diri. fikiran dan perhatian untuk melawan keadaan yang melingkari diri saya ketika itu. Telapak kaki saya bagaikan melekat di papan.” 104. Saya tutup telinga dengan telapak tangan. kau ikut apa yang aku perintah. Bangku-bangku kosong berlaga sesama sendiri. Tetapi saya terus melawan rasa sejuk itu dengan melakukan senaman dan berlari hingga sampai ke dalam bilik tidur. Dalam saat yang genting itu. perasaan dan fikiran saya seperti berada dalam satu tempat atau suasana yang berlainan.

Seluruh perhatian. kau lakukan segera. Berhenti betul-betul di depan lelaki yang wajahnya tidak berapa jelas. saya mesti membunuhnya. “Ya.” terkeluar kata-kata dari kelopak bibir saya. 54 .Kerana sudah kerapkali berdepan dengan kejadian demikian. Pisau yang terselit di pinggang segera saya pegang. Hidup mati saya semata-mata untuk mematuhi perintah suara aneh itu. Medal itu dibuat dari tembaga kuning yang berkilat. saya . Menyilaukan mata tetapi semuanya itu tidak menghalang saya untuk menghampirinya. saya tumpukan ke arah orang di atas pentas yang wajahnya tidak berapa jelas. “Ya. Semangat baru meresap ke dalam urat saraf. Sata pasti. untuk kebenaran dan keadilan. Saya mesti menikamnya dengan pisau sampai mati. Saya berlagak dan berpura-pura memberi penghormatan padanya.” “Ya. dia memang musuh kita. Ayuh lakukan!” Pujian muncul dari setiap ruang dewan. saya mesti melakukannya sekarang. jangan bertangguh-tangguh.” satu tekad yang bulat berpadu dalam diri saya. Bila gema ketawa berakhir. makin dekat saya dengannya.” “Bagus. saya terus menundukkan kepala memberi hormat padanya. “Ya. gegendang telinga saya menangkap suara orang berbentuk perintah. Kerlipan di bahagian dada kirinya terus memancar.melangkah ke arah lelaki di tengah pentras. Pencarian dari medal yang dipakainya tetap menyilaukan mata saya. Suara orang ketawa bergema di ruang dewan.” lelaki itu bersuara dengan rasa terkejut. Makin lama. Saya naik ke pentas dari sebelah kanan. Saya cabut dari sarungnya. saya jadi arif untuk menjawab dan memberhentikan suara yang bergema dari setiap sudut ruang. “Ya”’ jawab saya. kata saya penuh semangat. Jangan berlengah-lengah lagi. Telinga saya terasa pekak. Dari tepi pentas. Dengan tenang dan penuh keyakinan. kaulah perwira satria. “Kau mesti membunuhnya. kerlipan yang memancar dari bahagian kirinya itu ialah sebuah medal berbentuk empat segi yang melambangkan seekor tupai bertarung dengan ular senduk. “Kamu. Saya pasti kerlipan itu tidak menghalang saya untuk menghampirinya. saya menghintung langkah hingga sepuluh. Kau nampak kerlipan di bahagian dada kirinya?” “Saya nampak kerdipan itu. Tanpa membuang masa.

Aneh sungguh. “Ah. lelaki itu memusingkan badannya. Pisau terus terbenam ke bahagian belakang lelaki itu. perintah yang diharapkan tidak juga muncul. Saya masih bernasib baik kerana tidak luka.” saya mengeluh seprti tersedar dari mimpi. longgokan bunga itu bergerak secara perlahan-lahan. Antara sedar dengan tidak. “Aduh. sakitnya. Amjal Kamal terus hilang dari penglihatan saya. Medal yang berkilau-kilau bergeral pada setiap ruang dewan.TAHU Seperti mengetahui apa yang akan saya lakukan terhadapnya. bergema dengan sejuta pujian. Akhirnya. Pandangan saya jadi gelap. Bahagian rusuk kanan saya terasa pedih bila saya cuba berdiri. membelangkangi saya. Kaca almari pecah berderai. Cukup pantas sekali saya rasakan gerakan tangan. Saya terus memandang ke arah longgokkan bunga di tengah ruang dewan. saya lihat Amjal Kamal tersenyum ke arah saya. berlaga dengan dinding dewan.” terdengar suara Amjal Kamal. Saya tersenyum bangga. “Kamu dah jalankan tugas suci. dalam keadaan yang samar-samar itu. Saya cuba menahan diri dari melakukan sesuatu. diri terasa mengembara dari alam khayal menuju ke alam nyata. Saya cuba bangun tetapi tidak berjaya. PANGKAL Di saat-saat terumbang-ambing itu. Saya lihat tubuh lelaki itu berkecai dalam percikan cahaya bersinar. Pecahan kaca terdampar atas kepala. Dari dinding bergerak ke kanan lalu terkandas pada almari cermin. saya terus berdiri di tengah ruang dewqn dengan pisau di tangan. Tubuh saya terpelanting ke dinding. Bila saya membuka kelopak bibir untuk mengucapkan sesuatu.” terdengar suara dari celah-celah longgokan bunga. usaha saya menemui kegagalan. Masa terus berlalu. Kerlipan dari medal yang dipakainya tidak dapat saya lihat. Di mana-mana saya lihat api menyala dengan marak sekali. saya terasa pangkal peha kanan saya dihentak oleh sesuatu dengan kuat sekali. Kerana yakin masih ada perintah selanjutnya. Saya juga terdengar suara dari setiap sudut dewan. Saya terasa dan melihat jambangan bunga tidak putusputus di campakkan ke arah saya. Berlonggok-longgok di tengah ruang dewan. bahu dan belakang. Segera saya toleh ke kiri. suara pujian terus bergema. Kerana pisau sudah di angkat tinggi. Semuanya memberi ucapan tahniah dan menganggap saya sebagai seorang pahlawan besar yang berjaya menghancurkan kedurjanaan demi untuk menegakkan keadilan dan kebenaran. berkecai menjadi serpihan yang halus. Suasana cukup sepi sekali. 55 . dalam keadaan yang agak cemas itu pisau di tangan saya angkat tinggi-tinggi.

Nenek tidak berkata apa-apa. boleh diubati secara kampung. Dia berdiri sambil menekan ke arah bahagian berbalut. Semua pecahan kaca itu di isi di dalam baldi plastik. “Ikat. Saya lihat kebanyakan jiran bersetuju dengan pendapatnya itu. “Kita serahkan pada polis. “Jangan dipengapakan dia. Kalau dibiarkan di rumah. Tak habis-habis buat hal. “Ya Allah. “Kenapa dengan Tuk ini?” soal saya dengan rasa terkejut. Bukakan tali belati itu.” jelas nenek. luka yang dialami tidak besar.” saya mula meraung sekuat hati. ramai orang yang mati. Tamar. “Apa kena kamu ni. Mereka juga memerintahkan nenek supaya menyimpan benda-benda tajam di tempat selamat. Datuk meraba ke arah balutan lukanya. Di hujung sejadahnya. “Kenapa nek?” Tanya saya. Ikatan di tangan dan kaki saya segera dibuka. dia sendiri tidak tahu. Tidak ada perlawanan yang saya lakukan kerana saya sendiri tidak sedar bagaimana saya melakukan perkara tersebut. Tamar. Saya lihat datuk mengerang kesakitan. Begitu juga dengan sepasang kaki saya.” seorang perempuan bermulut celupar mengeluarkan pendapat. Mereka kurang senang dengan 56 .” nada suara nenek separuh keras. Boleh otaknya diperiksa. biar dibawa ke hospital.Saya terpandangkan nenek yang berdiri di sebelah kiri. “Kamu tikam dia. Dalam beberapa saat sahaja sepasang tangan saya diikat dengan tali belati. mereka dapat mengikuti apa yang terjadi dalam rumah sejak subuh tadi. Beberapa orang jiran bersedia untuk mengusung datuk ke hospital tetapi datuk menolak budi para jiran itu. Beberapa orang jiran tetangga bermunculan di muka pintu di pagi yang bening itu. “Saya mengucapkan terima kasih di atas perhatian kawan-kawan.” ujar jiran kepada seorang jiran yang lain. Menurut datuk. Raungan saya itu menambahkan lagi para jiran berdatangan ke rumah. macam ada sesuatu yang difikirkannya. Nenek gelengkan kepala. Nenek termenung. Dengan lembut perempuan itu mengutip pecahan kaca di tubuh saya. Jari telunjuknya menghala ke arah datuk.” datuk mengeluarkan arahan. Budak ni dah gila. Ada kuasa lain yang meresap ke dalam dirinya.” kata datuk. Beberapa orang jiran berpandangan sesama sendiri. Apa yang dibuatnya. Beberapa orang lelaki terus menangkap saya. Semuanya terpaku dan terpukau melihat apa yang terjadi. Kesan darah masih dapat dilihat pada kain putih yang melilit bahagian rusuk kirinya. Barangkali. Seluruh isi kampung menjadi gempar. saya terlihat pisau pemotong bawang tersadai berlumuran darah. “Kamu tengok sendiri. Matanya masih terpaku ke arah tali belati yang membelit sepasang tangan dan kaki saya.” nenek merungut.

datuk terus minum segelas air kunyit dan segelas air rebusan dari akar-akar kayu. apakan daya sudah takdir untuk saya menerimanya. Tanpa banyak cakap. masalah cucu saya ni. apa yang semua bimbangkan. Berilah kesempatan pada aku untuk memulihkannya. kerana perbuatan yang saya perlihatkan pada mereka membayangkan diri saya kurang waras. “Saya faham. Dia cucu saya. “Saya tahu.” datuk merayu penuh keikhlasan. Dia menggunakan ramuan beberapa helai daun dan kulit pokok. datuk membersihkan luka di rusuk kiri dengan air panas. KELUAR Memang wajar mereka memprotes tindakan datuk itu. sebagai jiran kami juga ada rasa bimbang dan takut. Percayalah pada saya. “Saya berjanji kalau tak boleh diatasi. dengan izin Allah. Mungkin satu ketika. tidak akan menikam datuknya yang mahu bersembahyang. memang hak kamu. Setelah bahan-bahan itu disapukan ke tempat yang luka. kami takut kalau dia mengacau orang lain.” datuk memberitahu para jiran yang seakan-akan enggan bergerak dari ruang rumah. boleh diselesaikan dengan baik.” datuk memberikan janji yang padu.tindakan datuk yang enggan menyerahkan saya kepada pihak polis untuk ditahan dan dihantar ke hospital bagi menjalani pemeriksaan mental. saya menyerbu ke masjid lalu menikam orang-orang yang sedang berjemaah di situ.” sambung jiran itu lagi. Mereka bimbang kalau perbuatan itu melarat keluar rumah. berapalah berat mata memandang. Sebelum bahan-bahan itu digunakan. Kalau awak susah. Dalam 57 . “Kami bukan apa-apa. saya lagi susah. Bahan-bahan itu disatukan lalu ditumbuk hingga lumat dan dicampurkan dengan setitik embun jantan. Aku tak marah dan tak kecil hati. “Kami faham. Mungkin dia menahan rasa sakit.” para jiran menyatakan pendapatnya. para jiran meninggalkan rumah dengan wajah yang tenang.” begitu lembut nada suara datuk. berat lagi bahu memikul. Saya tak suka perkara begini. Wajahnya berkerut. datuk memanfaatkan perubatan secara tradisional. Orang yang berfikiran warsa. saya serahkan pada awak semua untuk dihantarkan ke Tampoi atau Tanjung Rambutan. LUKA Bagi menyembuhkan segera luka yang dialami. “Bimbang dan takut tu. beberapa orang daripada mereka terus memeluk datuk menyatakan rasa simpati sambil berjanji tidak akan membiarkan datuk bersendirian di dalam masalah ini.

“Tak apalah Tamar. “Amjal Kamal tu. Saya gelengkan kepala. semuanya terjadi masa kau tak sedar.” ulang datuk lagi. Saya renung ke arahnya dan melihat kelopak bibirnya bergerak. 58 . suara datuk?” Saya seperti merungut. Saya tidak menjawab panggilan datuk itu kerana saya merasakan itu bukanlah suara datuk tetapi suara Amjal Kamal yang keluar dari kelopak bibir datuk. Apa yang pasti. Masih mahu bercerita tentang akar dan dedaun kayu yang boleh dijadikan ubat luka. “Tamar. Saya raba jejari saya. Gerak-geri saya sentiasa di dalam pengawasannya. sejak tadi saya tidak berubah tempat.” jerit datuk lalu badan saya digoncangnya berkali-kali. “Tamar. Datuk anggukkan kepala. tadi bukanlah suara Amjal Kamal? Apakah yang saya dengar tadi. kawan kamu Tamar?” Soal datuk. Dia tetap melayani saya seperti biasa. “Ini datuk?” “Ya. Perlahan-lahan datuk memaut tubuh saya. Nada suaranya kali ini cukup lunak. Disuruh duduk menghala ke arah matahari jatuh.” itulah ungkapan pertama dari datuk setelah empat jam peristiwa yang mengerikan itu berlalu. “Tamar. Datuk tidak memperlihatkan rasa kurang senang dan gundah gulana dengan apa yang telah berlalu. Tamar. masih termenung. seolah-olah dia tidak mengalami sebarang kecelakaan. Sesekali datuk renung ke arah halaman rumah yang disinari matahari pagi.” “Tamaaaaaarrr . Serentak dengan itu dia membaca surah Al-Ikhlas. Datuk menasihati saya supaya jangan susah hati. Tidak bengkak dan tidak bernanah.” itu suara datuk.” “Ya.” nada suaranya bertambah lunak. Mungkin juga dia tahu yang seluruh pemikiran saya masih berpusat pada suara-suara ghaib yang menyuruh saya melakukan sesuatu. saya faham dan bersedia patuh dengan perintah. Datuk menarik nafas panjag. disuruhnya saya berdiri. Kemudian saya dibimbingnya ke anjung rumah. Saya kira sebagai seorang tua.” “Jadi. saya raba pipinya dan datuk membiarkan sahaja yang saya lakukan. Dia tahu.beberapa jam luka itu terus kering. Datuk boleh bergerak ke mana sahaja. datuk tidak mahu dirinya berada dalam jarak yang jauh dengan saya. dengar sini. rasa bimbang dan cemas itu pasti ada di dalam diri datuk. “Tamar. Tamar.” “Tadi suara datuk panggil nama saya?” “Ya.

Orang yang lemah semangat. Perasaan saya kian resah. “Jangan. seluruh badan sata terasa panas. “Apa saya memang lemah?” “Boleh jadi. Dia terus membaca hingga saya tidak sanggup menetang biji matanya. lemah iman dan tidak ada kekuatan batin selalu dikuasai oleh pihak yang mahu menjahanamkan manusia. kalau sudah meresap ke dalam tubuh payah mahu keluar. Kemudian Uda Lamat membuka kelopak mata kiri dan kanan saya. “Tidak begitu baik lagi.” sahut Uda Lamat lalu naik ke anjung dan duduk dekat datuk. Dia amat gembira kerana keadaan saya agak baik. Dia menyambut salam Uda Lamat.” itu komentar datuk setelah mendengar cerita dari saya. “Naiklah. “Apa yang kamu mahu?” saya mula menentang wajah datuk. Saya rasa datuk terlalu kecil berdiri di depan saya. Semua pergelengangan kaki dan tangan serta sendi-sendi saya diperiksa dan dipicit. “Ini perkara biasa Tamar.” datuk tersenyum lalu merenung ke kaki tangga. saya terus menceritakan apa yang telah saya lalui pada datuk. “Tak disuruh pun saya tetap naik. Saya mula terasa tubuh memiliki kekuatan yang luar biasa. Datuk menarik nafas panjangpanjang. saya tak tahan.” sergah datuk. “Tamar. Suara-suara aneh mula terdengar.” rayuan saya tidak dipedulikan oleh datuk. Saya rebah di depan 59 . Setelah berfikir panjang beberapa kali. setiap kali datuk malafazkan kalimat-kalimat Allah ke arah saya.” bisiknya lembut kepada datuk. Wajah Amjal Kamal tenggelam timbul di depan mata. walapun kau tidak begitu rapat dengannya?” menyusul lagi pertanyaan daripada datuk yang membuat saya lemah. saya begitu cemas dan takut bila nama Amjal Kamal disebut-sebut.” tambah Uda Lamat lagi. Walaupun demikian. Tiba-tiba badan saya menggeletar. Entah mengapa. ZIARAH Kedatangan Uda Lamat pagi itu. Syaitan.” jemput datuk. “Apa yang patut dibuat?” “Berikhtiar minta pertolongan dari Allah.“Tapi kau kenal dia. semata-mata untuk menziarahi saya.

Allah berhak melakukan sesuatu. “Mengucap Tamar. “Aku tahu. Tidak memadai dengan itu. Ketika itu saya terdengar suara aneh yang mengutuk diri saya. Datuk terus mmbaca sesuatu di bibir cawan. Tidak sampai dua saat. tekak terasa pedih dan perit. Ketika tangkai cawan saya sentuh. kita memohon padanya. Uda Lamat memperkemaskan duduknya bersedia melakukan apa sahaja andainya saya bertindak secara mengejut.” kata saya pada Uda Lamat. secawan air sejuk sudah berada di depan saya.” tengking datuk. dengan izin Allah. apa kau tak boleh sabar sedikit.” saya terkejut dan hampir menitiskan air mata. Cepat-cepat Uda Lamat memberitahu kepada nenek.. Saya segera merenung minta tolong. Datuk tidak berkata apa-apa. cawan berisi air itu diserahkan pada Uda Lamat. tubuh saya yang basah terus dipeluknya erat-erat. “Haaa. Apa yang saya fikirkan.. “Saya dahaga.” saya merayu. “Awak baca surah apa?” Tanya Uda Lamat. apatah lagi untuk melawan datuk.. “Saya faham. Saya resah. “Tamar. Dia kelihatan tenang. Biji matanya dengan biji mata saya berlaga. Rasa dahaga bagaikan tidak tertahan.. “Tamar kau tidak apa-apa. Kenapa saya diseksa begitu kejam. tidak setia pada perintah.” datuk mengeluarkan perintah.” sanggah Uda Lamat.. ingat Allah berkuasa atas segala-galanya. Pasti datuk membaca ayat-ayat suci. 60 . “Saya baca Al-Fatihah 20 kali. Mereka tuduh saya pengkhianat.” Uda Lamat bersuara lembut. bagus. Mereka mahu menamatkan riwayat hidup saya dengan membenamkan tubuh saya ke dalam tasik yang berbuih. Perbuatan datuk itu menghampakan saya.” tambah Uda Lamat. “Bagus. “Berikan padanya. syaitan dan Iblis yang berlindung dalam diri cucu saya akan keluar. datuk segera menarik cawan yang berisi air dingin ke arahnya. Dia duduk mencangkung di depan saya.” seru datuk serentak dengan itu satu baldi air jatuh ke muka. ialah air untuk membasahkan tekak.datuk. Tidak terniat di hati saya untuk melakukan sesuatu. Tanpa bertanguh-tangguh lagi saya terus mengikut Uda Lamat mengucap hingga akhir. Bila pembacaannya selesai. Bibirnya kelihatan bergerak-gerak. “Saya dahaga. Ashaduan la.” Uda Lamat terus menepuk bahu saya bertalu-talu. terasa cukup lama cawan itu berada di tangan Uda Lamat.

“Nah. Datuk membaca beberapa rangkaian ayat dari al-Quran yang pernah saya baca pada setiap malam Jumaat. Dia memaksa saya merenung ke arah biji matanya. Tiga kali saya baca surah AlIkhlas dengan penuh khusyuk. baca Bismillah sebelum diminum.” Uda Lamat pegang pergelangan tangan saya. Bila datuk menyebutnya di depan saya. “Tamar dengar cakap aku ini. “Nanti dulu. “Tamar. Cepat-cepat saya menyambutnya lalu dilekatkan ke bibir. saya ikuti dengan 61 . Sedia patuh dengan apa jua perintah. Ayat-ayat itu bagaikan luput dari ingatan sejak suara aneh menguasai diri saya. barulah saya teringat dengan ayat-ayat tersebut. pembacaan saya memang tidak lancar.” “Baik. Qulhuwallah . Tamar. berkuasa atas segalanya. tuk.” Uda Lamat memberikan petunjuk. Serentak dengan itu terdengar bunyi dentuman yang kuat di telinga macam bunyi petir. Pada Allah kita minta pertolongan. Allah itu maha ESA. saya terus meneguk air tersebut. tuk. “Renung biji mata aku. urat saraf di setiap sendi badan terasa seperti disentap-sentap. Memang tidak sukar bagi saya mengikuti kalimah-kalimah yang diucapkan oleh datuk.” “Ikut gerak bibir aku. Tamar.” Bagaikan kilat saya menoleh ke arah datangnya suara datuk. Setelah tiga kali berturut-turut mendengar dan mengikuti gerak bibir datuk barulah saya faham. pasang telinga kau.” “Ya. Tamar. Tidak saya nafikan. 105.” Uda Lamat menghulurkan cawan berisi air kepada saya. Pecah berderai. Setelah selesai membaca Bismillah. Saya terus anggukkan kepala. Serentak dengan itu datuk memegang pergelangan tangan kanan saya. renung ke sini. Cawan di tangan terlepas lalu jatuh di atas lantai.” Uda Lamat memberi arahan. Dengar apa yang dicakapkan. setiap kali ayat-ayat yang datuk lafazkan itu. bacalah surah Al-Ikhlas. Apa yang disuruh oleh Uda Lamat segera saya patuhi. Pada mulanya. Mandi Di Ambang Pintu Sebaik sahaja air sejuk berlari di kerongkong.” “Tumpukan perhatian padanya. Tenaga saya makin lemah. Saya terus mengikuti arahannya.

Mungkin peluh itu terjadi akibat cuaca pagi yang kian membahang di luar atau akibat dari tekanan perasaan dalam diri saya.” sayup-sayup terdengar suara datuk. Akar kayu 62 . Saya tidak berkata apa-apa. (lebih tepat dari bahagian dada). Tamar. saya lihat diri saya bertukar menjadi batang tubuh Amjal Kamal. kecuali untuk menyediakan dua gelas air panas. Kemudian disuruh berjemur di tengah panas untuk kira-kira lima minit. Dia tidak memerlukan pertolongan dari nenek. Setiap gerak geri saya diawasinya. Dalam usaha memulihkan saya. saya lihat diri saya menangis dan meratap hiba di situ. Keluar dari rumah dengan meninggalkan jeritan yang halus dan cukup nyaring. Masa berjemur saya diawasi oleh Uda Lamat. sama ada dari segi kekuatan tubuh dan otak. Kepulan asap yang nipis itu berpusu-pusu di sebelah kiri saya. Antara fana dan sepi tiu. pernafasan. hingga lemah betul. saya merasai diri saya berada dalam keadaan fana dan sepi. PERTAMA Petua pertama datuk dan Uda Lamat lakukan terhadap saya ialah mandi di ambang pintu. saya terlihat ada bayang-bayang nipis yang keluar dari tubuh saya. kepulan asap yang nipis itu membentuk sifat diri saya. pamerkan diri di depan datuk. tidak mahu meninggalkan datuk sendirian di ruang anjung rumah. Tetapi. “Baca lagi. kali ini datuk memerlukan tenaga dari Uda Lamat yang begitu matang dengan akar kayu dan pepucuk berkhasiat. hinggakan gerak telinga.” suara Uda Lamat masih dapat ditangkap oleh gegendang telinga saya. menggelabah tanpa sebab. Badan saya berpeluh dengan banyak. Cuma tangan daya tergapai-gapai ke kiri dan ke kanan. Mulut bagaikan terkunci. Suara saya tidak keluar. bila datuk melafazkan beberapa ayat dari surah Al-Imran. Uda Lamat. tidak dapat ditangkap oleh datuk dan Uda Lamat.penuh perasaan. Saya bertambah lemah. dada terasa amat panas. orang tua yang banyak pengalaman dan asam garam dalam kehidupan itu. Paling akhir. Berdiri di ambang pintu. “Dia dah lemah tu. kedatangan Uda Lamat memang dirancang untuk jadi pembantu datuk dalam usaha memulihkan diri saya. Hati tidak tentu arah. Maksud saya itu. Mungkin mereka tidak sedar dengan apa yang terjadi. Aneh sekali.” kata Uda Lamat. jejari saya tidak terlepas dari pengawasan Uda Lamat. Pada hemat saya. Bayang-bayang nipis dan halus yang menyerupai diri saya itu terus bergerak ke pintu rumah. Menghempaskan diri pada jenang pintu hingga mengeluarkan darah dari kepala dan muka. Ketika itu. bebayang tubuh amjal Kamal berkecai dan hancur lalu bersatu dengan udara. Bila melihat tubuh saya tersentap-sentap macam terkena kejutan elektrik. datuk lagi sekali menggunakan ramuan tradisional. “Bertenang. Datuk merebus pepucuk daun.

Pepucuk daun yang direbus. “Minum dengan sekali nafas sebelum minum. orang kita tak tahu menggunakannya. setinggi melangit sekalipun pelajaran. Saya tersenyum. terasa amat lapang sekali. tidak ada apa-apa. “Bila kita tidak lupa asal budaya.” sahut datuk. Saya terus ke dapur dan masuh muka. Orang tua-tua yang tahu macam mana menjadikan madu lebah ini sebagai ubat. saya tidak mahu mengingati dengan apa yang telah saya alami. Dan secara kebetulan pula.” datuk mengingatkan saya. disuruh makan begitu sahaja.” Uda Lamat seperti menyokong pendapat datuk. “Kamu kena badi hutan.diketuk atau dihimpit dengan satu alat keras dan berat hingga mengeluarkan air. apakan daya saya tidak terdaya membantah. selamat kita dalam hidup. dada saya terasa lapang.” “Entah. “Setakat ini. memang banyak khasiatnya. Kepalang pahitnya. Terasa bertenaga kembali. Baca Bismillah dan mohon pada Allah supaya diberikan kekuatan fikiran seperti sediakala. Apa yang penting permintaan itu mesti ikhlas. Manisan lebah yang bercampur dengan air akar kayu terus saya teguk. “Macam mana Tamar?” Tanyanya ketika saya melintasi di ruang tengah. “Kadang-kadang orang tua-tua ada memberikan petua. Meneruskan langkah yang terhenti. golongan baru tak mahu amalkan petua tu. Saya lakukan apa yang datuk suruh. Saya dikejutkan semula. Jika ada orang yang meminta saya menceritakan kembali. Di luar panas kian terik. Saya tidak memberikan sebarang komentar. Sayangnya. Entah mengapa. tidak sesuai dengan peredaran zaman sains dan teknologi. Fikiran tidak pula bercelaru. “Madu lebah ni.” datuk memulakan satu ceramah kecil di depan saya dan Uda Lamat. Saya disuruh berehat selama lima minit dengan berbaring hingga saya tertidur. Dalam beberapa saat sahaja badan saya berpeluh. Allah mengerti apa bahasa yang diucapkan oleh makhluknya. disuruh minum air madu lebah yang dicampurkan dengan air dari akar kayu. petua nenek moyang kita sendiri. pandai bergaul dan berbudaya moden. Uda Lamat menasihatkan saya supaya membasuh muka. Kita ni.” saya terus gelengkan kepala. angin pun tidak bertiup. tidak pula menurunkan petua itu pada orang-orang terkemudian darinya. beberapa bahagian dari peristiwa itu bagaikan terus hilang dari ingatan saya. Sebenarnya. “Apa doanya tuk?” “Berdoa dalam Bahasa Melayu. Tetapi. sebaik-baiknya petua orang tua-tua jangan dilupakan. Rasa pahit dengan manis terus menguasai anak tekak.” tambah datuk. 63 . saya rasa mengantuk. petua adalah pendapat kuno. terhindar dari pengaruh tidak sihat. dalam cuaca yang agak panas itu. Datuk tersenyum melihat muka saya mula kemerah-merahan.. mungkin sebahagian kecil sahaja yang saya ingati. Akibatnya petua itu dilupakan.” kata saya. kononya.

Saya tersenyum. Bila buluh-buluh itu berubah warna. tetapi semuanya itu kerja iblis. saya merasakan diri saya bukan budak-budak yang berusia antara sembilan hingga sepuluh tahun.” Uda Lamat renung muka saya. hati saya tidak begitu seronok. “Soalnya. “Selain daripada bentuk asalnya. sata rasa gembira angin yang bertiup di luar rumah masuk ke ruang anjung. waktu berdepan dengan perkara-perkara yang pelik yang saya fikirkan ada iblis atau syaitan terlibat sama. Sebaik sahaja saya duduk datuk terus bangun. perbuatannya itu secara tidak langsung memperbodoh-bodohkan diri saya. “Kamu jangan tak tahu Tamar. kedua belah pelipisnya mula ditumbuhi peluh-peluh halus. Datuk selalu bertindak mahu mengajar dan membetulkan kesilapan diri saya di depan tetamu. iblis dan syaitan kadang-kadang menyerupai 64 .“Duduk sini.” “Benarkah apa yang terjadi pada saya ni. memang kerja datuk. Menjemur batang-batang buluh yang baru ditebang. sudah hampir pukul sebelas pagi. Sebabnya.” kata saya pada Uda Lamat. saya terus tersengih. kerana ketegur atau kena badi orang mati bunuh diri?” Tanpa segan-segan saya ajukan pertanyaan pada Uda Lamat. Sebagai mengambil hati dan rasa hormat pada orang tua. Tamar. Datuk sampai ke ruang anjung. Datuk anggukkan kepala. “Apa yang datuk kamu cakap itu memang betul. “Silakan. SERONOK Bila datuk campur tangan dalam hal seperti ini. Matanya merenung ke halaman rumah yang kelihatan membahang dengan cuaca panas.” suara Uda Lamat meninggi. Bila dilihatnya saya mahu duduk di sudut kanan anjung rumah. Inilah perkara uyang memang tidak saya gemari. dia menuju ke halaman rumah membetulkan kedudukan beberapa batang buluh yang dijemurnya. “Saya nak tanya. itu bukannya badi. Saya renung jam yang tersangkut di dinding. adakah kamu yakin yang hati dan perasaan kamu tidak was-was padanya. Menimbulkan rasa was-was. masa kamu menyebut ayat-ayat suci itu. badan terasa sejuk. Dengan bisikan jahat dan was-was inilah iblis telah menipu Nabi Adam.” tanpa diduga datuk turut campur dalam perbualan saya dengan Uda Lamat. datuk terus membelahnya untuk dijadikan bilah lokah atau dibuat raga besar bagi mengisi pisang.” Uda Lamat memanggil saya. memang kerja iblis. melihat muka datuk berkerut-kerut menahan panas. terus duduk. bukannya penunggu atau ketegur. Matanya merenung ke arah datuk yang melangkah dalam panas ke arah anjung rumah.” ujar saya penuh yakin. “Saya membaca ayat-ayat suci.

— Menerusi rasa fanatik mazhab.” nenek bersuara. pakaian dan barang-barang kemas. iblis boleh menyuruh dan menegah manusia daripada melakukan sesuatu. baru disogokkan dengan kopi. — Ketika manusia menyukai perhiasan yang berlebihan.” lanjut Uda Lamat dengan wajah yang serius. Saya terus menarik bafas panjang. Apakah datuk mengeluarkan perintah agar nenek berbuat demikian? Timbul pertanyaan dalam diri saya. “Peliknya. Saya menerima keterangannya itu sambil berfikir bahawa iblis ada seribu cara untuk meruntuhkan dan mendorong manusia ke arah jalan yang tidak diredhai oleh Allah.” sampuk datuk. mudah saja syaitan dan iblis menjalankan jarumnya. — Sifat terburu-buru. Terasa angin yang berlegar-legar dalam ruang anjung menyentuh hujung rambut di pelipis kiri. Boleh bercakap-cakap dengan manusia. — Menerusi rasa atau sifat prasangka buruk terhadap saudaranya yang Islam. Kenapa sudah berjam-jam Uda Lamat berada di rumah. iblis atau syaitan akan menggoda manusia ketika seseorang itu berada dalam keadaan: — Marah dan bernafsu. Uda Lamat kelihatan bertambah bersemangat. Cepat-cepat saya menundukkan kepala. seperti hiasan bangunan. datuk dan Uda Lamat terus menceritakan tentang peranan iblis dalam tingkah laku anak Adam. — Menerusi sifat bakhil. memberi nasihat pada kita. Dia renung ke arah saya. 65 .” dengan nada suara yang lembut datuk mengungkapkan kata-kata itu. nenek menghidangkan satu teko kopi panas bersama dua cawan kosong.saya terlambat. — Waktu manusia mementingkan diri sendiri. Demikian datuk dan Uda Lamat menguraikan peranan iblis. “Bila dalam diri manusia terdapat perkara-perkara yang disebutkan tadi. — Waktu manusia terlalu kenyang dengan makanan dan minuman. “Minta maaf. — Melalui rasa dengki yang membara pada diri. — Sifat tamak. Biasanya. Kemudian. Saya kira nenek terlalu lambat menyediakan semuanya itu.manusa. Tanpa diduga.

perkara itu akan saya tanyakan pada nenek atau datuk.“Awak buat apa hingga terlambat?” Soal datuk. Menggigit bibir bersama rasa kesal yang amat sangat. Mungkin air halia bercampur dengan madu lebah mempunyai khasiatnya tersendiri. “Tuan kedai menasihatkan kita supaya mengadakan jamuan atau semahan.” suara datuk keras. Sepasang biji matanya terbeliak merenung muka saya.” Uda lamat seperti mengeluh. Tidak mengapa.kaya dengan pengalaman serta asam garam kehidupan. penunggu gunung. Dia bersila di depan datuk. Nenek terus bangun. Nenek anggukkan kepala. penunggu paya supaya jangan mengganggu cucu kita dan orang-orang kampung yang lain. “Beberapa orang menasihatkan saya. saya ke kedai nak beli tepung untuk buat kuih nak jamu awak dan Uda Lamat. “Tuan kedai tempat awak mengambil barang tu namanya. “Perbuatan khurafat. Haji Taufik?” Uda Lamat kemukakan pertanyaan. “Kenapa Pak Haji menyuruh kita membuat sesuatu yang bertentangan dengan hukum Allah. “Apa yang mereka nasihatkan awak?” Tanya datuk lalu berdirikan lututnya.” “Mendengar cerita orang tau belajar mengumpat. Saya lihat wajah nenek berubah. . yang baik itu buruk. bila Uda Lamat pulang. tidak ada sesiapa yang gembira bila dituduh secara melulu di depan tetamu. Nenek tetap tenang. “Iblis memang tidak pernah berhenti dari berusaha menjadikan manusia memandang yang buruk itu baik. “Tujuannya.” nenek berhenti bercakap. Saya lihat datuk resah. sampai ke kedai runcit saya tersangkut. adalah untuk saya.” datuk membuat tuduhan secara terbuka pada nenek. Dia terus termenung sambil mengerutkan dahinya. Nenek tidak memperlihatkan kemarahannya. macam ada sesuatu yang mengganggu ketenteraman dirinya. Dia menelan air liur. Telapak tangan kanannya diletakkan ke atas tempurung kepala lutut kiri. Dia tetap tenang dengan senyum segar di bibir tua..” lanjut datuk lagi. 66 . menuju ke ruang dapur. Datang kembali ke anjung rumah membawa segelas air halia yang sudah ditaruh dengan beberapa titik madu lebah. Sebagai isteri yang penyabar. Tetapi sepasang matanya tertumpu ke wajah Uda Lamat.” nenek mulakan cerita dengan wajah bersahaja. untuk menjamu penunggu hutan. “Tadi. Dia tuangkan air kopi ke cawan untuk datuk.” nenek berhenti bercakap. “Siapa yang menasihatkan awak tu?” Datuk mula cungkil rahsia. Sesungguhnya. Air itu. memang sudah aku duga perkara seperti ini akan timbul.

“Sebagai orang Melayu beragama Islam. Nasihatnya itu saya terima. Masakan orang dapat mengikuti atau memiliki dengan apa yang ada pada diri mereka. perkara yang dibincangkan itu habis di situ sahaja. Saya kira. betik dan lain-lain lagi. 67 . Rasa cemas kembali bertandang dalam diri saya. Uda lamat terus termenung. “Saya nak ke kebun. “Apa yang tak ada pada mereka tu? Kau nak kata mereka tak berilmu? Tak ada Tuhan. saya nak tengok pokok pisang. kita harus membetulkan anggapan yang silap itu. Agaknya berfikir untuk mencari jawapan. Kita beritahu tempat kita mengadu dan meminta hanyalah pada Allah yang Maha Besar. Ternyata perkiraan saya itu tidak tepat.” sahut datuk. sedangkan mereka menguasai semua bidang dalam dunia ini. pada hemat saya orang-orang Jepun. kita adalah orang yang bertuah dan beruntung di dunia. tidak mengembirakan saya.” jawab Uda Lamat. “Kenapa awak kata macam tu?” Tanya datuk.” saya ajukan permintaan pada datuk. saya setuju dengan pendapat datuk itu. Uda Lamat dapat membaca rasa hampa dalam diri saya melalui riak muka. Kamu tak berapa sihat. “Ya. “Apa yang tak ada pada mereka?” soal datuk lagi. tidak ada pula pada orang Inggeris dan tidak ada pada orang Amerika. bukannya pada penunggu.” Uda Lamat menyejukkan hati dan perasaan saya. Uda Lamat renung muka saya. bukannya pada keramat. Tentu sahaja perkara semacam ini.” Uda Lamat cuba menyejukkan hati datuk.” datuk memberikan kata muktamad. “Tak payah. Amerika dan Inggeris satu bangsa yang maju dapat bergerak dan berkembang seiring dengan arus zaman abad kedua puluh. tidak ada pada orang Jepun. Biji matanya tertumbuk ke wajah saya. Jawapannya itu tidak menyenangkan diri datuk. datuk dan Uda Lamat terus bercerita tentang masalah yang bersangkut paut dengan pendirian masing-masing. Saya mula merasakan keterangan Uda Lamat itu kebudak-budakkan. jalan-jalan keliling kampung tuk. Saya kira Uda lanat tidak dapat menghujah pendapat datuk. tak ada adat dan budaya.” datuk menyanggah pendapat Uda Lamat.” Uda Lamat lunjurkan kedua belah kakinya. dengar cakap datuk kau tu. kita berusaha ke arah itu.” ungkap saya penuh ikhlas. “Jalan keliling kampung tu di mana?” Datuk meminta kepastian. Saya menelan air liur kecewa. “Saya nak keluar. “Apa yang ada pada kita. Sebabnya. “Tak payah pergi Tamar.“Tak mengapa. Perancis. Dalam hati kecil. membayangkan dia mahu bercerita secara serius dan panjang pula.

Orang bijak tidak macam itu. “Berborak begini sambil minum memang seronok. “Betul saya tak tahu. Datuk memicit-micit pangkal pehanya. “Kita percayakan Allah dan Rasul. “Entah.” sambung Uda Lamat memuji saya. Muka terasa kembang dan hati bertambah bangga.” jawab Uda Lamat. Dan iman 68 .“Mereka tak ada IMAN. Uda Lamat kemaskan sila. Memang terasa malu mengaku kebodohan sendiri di depan datuk dan Uda Lamat.” ujar datuk lalu menghirup air kopi. “Bagus. Uda Lamat angguk kepala sambil memandang ke aras saya. “Apa macam Tamar. “Tambah kopi lagi. saya tak main-main. “Kamu memang budak yang bijak. Saya bukanlah orang yang pandai tentang agama. Berani tatap wajah datuk dan Uda Lamat.” ungkap Uda Lamat lalu menepuk bahu saya berkali-kali. Harimau Sembunyi Kuku Kredit kepada ahli komunitisbdj quesera yang menaip semula siri ini.” suara saya merendah. Orang bodoh saja yang mengaku tahu terhadap perkara yang dia tidak tahu. “Cukup. Hati bagai digeletek untuk mendengar penerangan selanjutnya tentang iman dari Uda Lamat. Apa yang buat saya terasa tidak kena belaka. Saya mula berani angkat kepala. Itu batuk pura-pura untuk menyindir saya. mungkin dia lenguh kerana terlalu lama duduk. Rasa megah datang ke dalam hati. ini adalah sebahagian dari rukun iman. Uda. 106. Buat seketika. “tahan Uda Lamat sambil memperkemaskan silanya Datuk berhenti menuang air kopi. Sambil menghirup air kopi. tidak terucap sepatah kata dari kelopak bibir kami bertiga. Saya mengarahkan sepasang mata ke arah halaman rumah yang dipancar matahari. Perbuatannya itu membuat saya jadi serba salah. “Betul kau tak tahu?” Uda Lamat jegilkan biji mata ke arah saya.” Datuk terus pegang teko lalu menuang kopi ke cawan Uda Lamat. membuat saya dan datuk berpandangan sesama sendiri. saya tak tahu. Saya kembali bersemangat. agar jangan mabuk kerana pujian. sukar untuk memberikan penjelasan. Dua kali datuk batuk. cukup. betul tak mereka tak ada iman?” Tanya Uda Lamat. bercakap dengan jujur. Saya jadi serba salah.” jawab saya spontan.

“Iman dan Isam tak boleh diceraikan untuk mendapatkan kelepasan azab di hari akhirat nanti. jantan betina duduk sebilik.itu sendiri ertinya. Orang lelaki yang beriman dipanggil atau disebut Mukmin dan perempuan yang beriman disebut Mukminat.” Uda Lamat angkat muka. apa nak jadi. Hampir sahaj saya mahu ketawa melihat telatah datuk yang agak melucukan itu. kalau menyanyi terjerit-jerit macam beruk kena belacan. “Kerana mereka tidak ada iman. pegangan keimanan kita sudah nipis.” kata datuk. Lagi sekali dia anggukkan kepala. semakin pincang masyarakat mereka jadi tidak tentu arah. Bila datuk dan Uda Lamat memulakan perdebatan semacam itu. “Haa sebab itulah .” datuk lahirkan pendapat. tak payah nikah.” sebaik sahaja datuk mengakhiri kata-kata tergambar kepuasan di wajahnya. mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa api yang dibawa oleh Nabi Muhammad adalah benar yang datangnya dari Allah Subhanahu Wataa’la.” 69 . “mereka seperti mahu kembali ke zaman kuno. Uda Lamat tegakkan ibu jari kanan. “Agaknya. berambut panjang.” Uda Lamat tegakkan lutut kanan dan kepala lutut dijadikan tempat meletakkan telapak tangan. “Perkara yang tak senonoh tu. dia sering sahaja anggukkan kepala dan mengharapkan datuk meluahkan buah fikiran selanjutnya. aku sendir pun tak tahu nak cakap. Perlahan-lahan Uda Lamat menagangguk memberi jalan pada datuk. Renung muka Uda Lamat. lahirkan anak haram. kepercayaan yang terbit dari hati seseorang iaitu.” itu hujah Uda Lamat. segala morfin ganja semuanya berasal dari sana. alas an mereka ini kebebasan dan ini kemajuan. “Maka.” Uda Lamat telan air liur. fasal itu kita meniru orang lain. “Entahlah. Biji matanya tajam menyorot ke wajah saya. Jejari tangan kanannya bergerak-gerak memukul lantai.i “Saya nak tambah sikit boleh tak?” Datuk angkat kepala. Buktinya yanga paling nyata. setuju dengan pendapat datuk. Tetapi. “ilmu yang dipelajari adalah untuk menyempurnakan pengenalan iman. jadi ikutan anak-anak muda kita yang beragama Islam. ertinya saya harus duduk lama di sisi mereka. matanya terbeliak. Mereka kehilangan arah.” tambahnya seiring dengan senyum. Saya terus berfikir apa yang patut saya lakukan untuk menjauhkan diri dari mereka.” datuk angkat tangan kanan. RESAH Saya makin diamuk keresahan. “pakaian mereka tak tentu arah. Mungkin otaknya berjalan memikirkan sesuatu.. Biasanya bila dia berkeadaan demikian. Dia berhenti bercakap. semakin maju mereka bergerak mengikut arus kemodenan. pasti mahu memulakan sebuah kuliah yang tidak dapat dijangka masanya sama ada panjang atau pendek.: Uda Lamat bagaikan mengeluh. Datuk menggaru pangkal telinganya dua tiga kali. nampaknya Uda Lamat sejalan dengan fikiran datuk.

Rasa jemu yang menguasai diri membuat saya meluruskan sepasang kaki. bila perkara yang dicari tidak dapat ditemui mereka membunuh diri beramai-ramai. tidak kira dari Blok Komunis atau sebagainya bertindak membunuh diri. bila mereka merasakan apa yang mereka hasilkan kini. bersekedudukan. “Bila iman sudah berada dalam diri seseorang. “Iman adalah sinar kehidupan manusia sedunia. Apa yang bermain dalam tempurung kepala saya segera berakhir.” satu kuliah 70 . Begitu dengan pelakon filem. Datuk angguk kepala. tidak mahu ponteng.tingkah datuk lalu menarik nafas dalam-dalam.” tingkau Uda Lamat. Mungkin dia bercakap berdasarkan perhatiannya yang teliti dan mungkin juga berdasarkan pada pengalaman. kerana itu bila dia sendiri atau makan gaji dia akan bekerja dengan jujuir. Tidak diisikan dengan iman. sebab dia sudah tahu ke mana akhirnya kehidupan yang dilaluinya. orang kampong macam Uda Lamat dapat memberikan pendapat yang baik. tidak mahu melakukan penyelewengan. Seorang novelis boleh membunuh diri kerana merasakan dirinya tidak akan dapat melahirkan mahakarya seperti dihasilkan sebelumnya. “Dalam mencari itulah mereka jadi sesat. bunuh diri namun ketenangan rohani yang mereka cari makin jauh dari mereka. semuanya ini kerana mereka tidak ada iman. Saya jadi tidak selesa. Datuk menghirup kopi lagi. “Orang yang beriman tidak takut pada manusia. penyanyi dan sebagainya.” sahut datuk. lalu lahir bermacam agama baru yang bertujuan untuk mencari ketenangan rohani. “Kembali pada yang menjadikan dirinya sebagai hamba. Dia hanya takut pada Allah. Lagi sekali Uda Lamat tegakkan ibu jari kanannya ke arah datuk.” datuk menyampuk. mahu melakukan sesuatu dengan penuh kerelaan demi Allah yang maha besar. Kalau jadi ketua akan jadi ketua yang bertimbang rasa dan tegas kerana dia sedar apa yang berbuatnya itu adalah amanat Allah. mereka mencipta pakaian yang manjolok mata. tidak mahu menerima rasuah. bila mereka merasakan yang diri mereka tidak dapat melakukan sesuatu dengan lebih baik dari apa yang telah mereka lakukan. Dalam saat itu juga saya teringatkan berita yang pernah saya baca dalam akhbar berhubung dengan tindakan beberapa orang bijak pandai Negara Barat. tidak sebaik masa lalu. itu sudah tentu.” suara Uda Lamat lembut dan saya tertarik dengan pendapatnya itu. kerana itu mereka teraba-raba mencari pegangan dalam hidup. mereka segera mencari pelarian dengan melakukan apa sahaja yang mereka fikirkan boleh memberi ketenangan. dia akan merasai dirinya cukup kecil. Kagum juga saya. melakukan hubungan sesame jenis. “Otak mereka bergeliga tetapi rohani mereka kosong.” lanjutnya Uda Lamat lagi.” Uda Lamat meninggikan suaranya untuk menarik perhatian saya yang termenung. “Ya. tidak mahu menindas. Bahang panas di luar membuat badan saya terasa bergetah.

“Agaknya mereka berjaya kerana mereka melakukan sesuatu kerana Allah. Uda Lamat tidak memberikan sebarang komen terhadap kata-kata yang datuk luahkan itu. ada pegangan dalam kehidupannya. “Apa mahu dikatakan lagui semuanya sudah berlalu. Dahulu orang Islam dihormati kerana ketinggian ilmu dalam segala bidang.” rasa putus asa yang diluahkan oleh datuk memang menusuk perasaan saya.pendek yang amat berkesan dir Uda Lamat. Jiwanya jadi tenang kerana menyandarkan hidupnya pada Allah. sekarang orang Islam mengemis ilmu pada orang bukan Islam sedangkan ilmu itu dulu dipelopori oleh orang Islam. saya mesti mencari kebenaran dari kata yang diucapkan oleh Uda Lamat itu dari ulama yang diakui tentang ketinggian ilmunya. Mungkin perkara itu memakan masa sedikit. Dia merenung ke kiri dan kanan. ibu negara Islam jadi pusat sejarah Islam pula. tidak guna dikenang.” datuk mengejutkan diri saya dari berjawab dengan perasaan sendir.” nada suara Uda Lamat mengandungi rasa kesal. mempunyai angkatan perang yang kuat dan dikagumi oleh orang bukan Islam. Dan saya sendiri tidak mahu mengemukakan sebarang soalan padanya. “Ya. DALAM Kenapa orang yang beriman itu jadi begitu? Timbul pertanyaan dalam diri saya. “Satu hal yang mesti kita ingat untuk mencari iman yang penuh. orang yang beriman itu mempunyai kekuatan yang tersendiri. mereka curahkan ilmu pada orang lain demi kemajuan Islam.” datuk bagaikan tersedar tentang kesilapan kecilyang dilakukannya. kita mesti mempunyai kesungguhan dan ilmu itu perlu dicari. Apa yang pasti. Tetapi. sekarang kebesaran Islam mula runtuh mungkin kerana iman orang Islam sudah menipis. Ternyatata orang tua yang kelihatan tidak ada apa-apa itu sebenarnya seorang yang luas pengetahuannya tentang Islam. bukan kerana mahu pangkat atau nama. “Saya faham iman dan Islam memang tidak boleh dipisahkan. “Orang Islam terdahulu dari kita kuat imannya kerana itulah pernah wujud Empayar Islam yang menguasai sebahagian dari benua Eropah. Selalu mahu melakukan kerja yang baik dan diredhai Allah. “Perkara ini timbul kerana memperkatakan tentang iman.” sahut Uda Lamat. Anehnya. “Mengenangi untung malang masa lau untuk dijadikan panduan teladan bagi masa 71 . Membuat saya termenung panjang sambil berfikir. Mempunyai cerdik pandai yang terbilang. jawapan dari pertanyaan itu datang sendiri ke dalam hati saya. tidak mengapa kerana ilmu boleh dicari dalam sehari dua. Garis kehidupan tidak lari dari panduan Allah dan Rasul. dia seolah-olah merasa kurang senang dengan kata-kata yang diluahkan oleh datuk. buat menyakitkan hati saja. kuat beriman pada Allah. mereka melakukan sesuatu berlandaskan hukum Islam yang betul.” tanya saya.

Walaupun saya berusaha melupakan apa yang telah terjadi pada diri saya tetapi. hukumnya harus. Anak matanya menyorot sayu ke halam rumah yang terbentang dipanggang matahari 72 .” Ternyata secara tidak langsung. apa yang terjadi pada cucu awak dengan izin Allah tak akan berulang lagi. “Awak tak usahlah bimbang.” datuk segera pusingkan badan. Datuk yang berdiri di ambang pint uterus menyorot langkah Uda Lamat hingga hilang dari pandangannya. “Sebagai hamba Allah kita harus berikhtiar dan meminta perlindungan dari Allah. tidak salah kerana kita mencari kebaikan. Waktu saya dating ke ruang anjung semula. “Saya jalan dulu.” datuk bersuara.” Uda Lamat dongak muka ke arah datu. fikir dan kaji apa yang saya katankan itu. Mereka bersalaman. “Silakan. Uda Lamat memberikan ilmu yang baik untuk diamalkan. “Dia orang berilmu tapi.” sambil bercakap Uda Lamat tening muka datuk. ramai yang tidak tahu tentang kebolehannya. BANGUN Saya bangun lalu mengumpulkan cawan-cawan kosong. dia selalu merendahkan diri walau dia ada harta kerana sikapnya itu. saya dapati Uda Lamat sudah pun berdiri di anak tangga.depan. “Siapa yang tuk maksudkan?”uk kata macam tu padanya?" “Uda Lamat.” Uda Lamat mula bangun. “Betul cakap awak tu. Dia mengeliat bagi menghilangkan rasa lenguh di setiap sendir anggota tubuhnya. Uda Lamat pun mengatur langkah lalu meredah panas terik.” “Kenapa tuk kata macam tu padanya?” Saya mendesak. “Jangan cepat kata betul. orang selalu memikirkan dirinya tidak ada apa. Saya yang masih duduk bersila di rauang anjung terus melunjurkan kedua belah kaki. peristiwa itu sesekali menerpa juga ke dalam tempurung kepala yang membuat saya merasa cemas dan bimbang tidak menentu. “Saya tahu. kemudian saya serahkan pada nenek di dapur.” datuk lagakan gigi atas dengan gigi bawah berkali-kali. “Dia macam harimau yang menyembunyikan kuku. Merenung tepat ke arah batang hidung saya. bebrapa detik kemudian Uda Lamat melangkah turun dan akhirnya sarungkan capal ke kaki.” sahut datuk.” Uda Lamat hulurkan tangan pada datuk. setiap yang baik itu memang digalakkan oleh Islam dari perkara kecil sebegini boleh memberikan baja pada rohani kita untuk menguatkan iman ini salah satu cara yang paling mudah dan kecil kita lakukan.” balas datuk dengan senyum. tapi iblis dan syaitan tak mudah mengaku kalah. Awak sendiri tahu bagaimana mahu mengatasi perkara buruk macam itu.

Selama ini. bila dibebaskan dia terus membuka kedai buku-buku agama di Pulau Pinang. kerana semangatnya yang meluap-luap meentang Inggeris dia ditangkap. agaknya dia memang oaring kampong kita tuk?” “Memang datuk neneknya orang sini. Inilah perangai datuk yang tidak saya senangi. “Siapa sebenranya Uda Lamat tu. Dia orang yang berilmu. Morib. PERANGAI Saya sudah faham benar dengan perangai datuk. Apakah datuk fikir setiap orang yang berilmu itu. Memang pantang datuk tujuh 73 . Nada suaranya keras bersama wajah yang tidak menyenangkan.yang terik. saya menyesali diri sendir kerana terlalu cepat memberi penilaian atau ‘label’ terhadap seseorang mengikut kacamata sendiri. Dia juga menulis buku-bku atau kitab-kitab agama. bertahun duduk dalam tahanan di Singapura. amat mudah mahu mencurahkan ilmu pada cucunya yang bernama Tamar Jalis. suka menikah dengan perempuan yang diingini. mesti diisi dengan ilmu yang dikutip dari orang tertentu. Tamar?” Datuk ajukan pertanyaan pada saya. dampingi dirinya untuk mencari sesuatu yang berguna darinya. tarafnya sama dengan orang-orang kampong yang rata-ratanya tidaj mendapat pendirdikan hingga tahap sekolah menengah. Saya juga selalu memikirkan yang Uda Lamat itu tidak ada apa-apa. tuk?” “Dia tu pengasas sebuah sekolah Arab di Selangor. saya terus menjawab. Sesunggunhnya. “Tak ada lagi nak Tanya tuj. sama ada ilmu dunia atau akhirat. “Ada lagi yang nak kautanyakan tentang Uda Lamat dari aku.” “Kamu harus berguru dengannya. penjelasan itu membunuh keraguan dan anggapan nuruk saya terhadap Uda Lamat. Tidak terdaya mahu saya luahkan pada datuk.” “Dah tu macam mana dia dating sini. Suara batin saya terus bergolak dalam dada. Jauh di dalam hati. Tanpa berfikri panjang.” demikian datuk menjelaskan pada saya. Saya tidak sanggup menerima tengking herdik dari datuk bila perkara seperti itu dinyatakan secara terbuka padanya. saya anggap dirinya sebagai manusia yang menggunakan kekayaan untuk menarik perhatian orang-orang kampong.” sebaik sahaja selesai berkata-kata datuk meninggalkan saya sendirian di ruang anjung rumah. bila sahaja ada orang yang difikirkannya memilik ilmu yang tinggi. dia akan menggesa saya mendekati orang itu untuk menimba ilmu sebanyak mungkin dari orang tersebut. Melaka. Apakah datuk memikirkan tiap inci ruang dalam kepala saya ini. bila dia tak berniaga dia terus menetap di sini. dia jadi petani dan tumpukan kerja pada hal-hal kebajikan serta keagamaan.

Datukselalu memuji dan hormat dengan sesiapa yang sudah mencuba atau berusaha sedaya upaya tetapi akhirnya kalah. saya dapat mengikis kenangan pada peristiwa ganjil yang telah saya alamai dari kotak ingatan saya. batang tubuh dan wajah Amjal Kamal tidak lagi di ruang mata. SURAT Dengan izin Allah. kini sudah luput. Pada suatu hari. supaya berhati-hati. mereka ada kemahuan. Saya berazam unutk menunaikan segala nasihat yang baik dari Uad Lamat itu. berkat doa dan usaha dari datu dan Uda Lamat. nama pahlawan dan pemimpin Islam zaman nabi hingga kini terkumpul dalam kepalanya.” secara mendadak sahaja saya teringatkan kata-kata yang pernah datuk ucapkan pada saya. ketika saya duduk mengelamun sendirian.keturunan mengaku kalah sebelum mencuba. Setiap kali saya meninggalkan rumahnya. secara tidak langsung kita akan memperdekatkan diri dengan Allah dan Allah akan memberikan kekuatan zahir dan batin. Menurutnya bila kita banyak melakukan sembahyang sunat. ada semangat dan sanggup menghadapi cabaran tetapi tuah tidak ada pada mereka. bila datuk menyatakan yang dia mahu memenuhi permintaan Mat Prai. Uda Lamat sering mengingatkan saya supaya memperbanyakkan sembahyang sunat. tanpa diduga datuk menerima sepucuk surat dari keluarga jauh yang bertugas dengan Keretapi Tanah Melayu di Prai dalam bahagian bengkel. Saya bagaikan tidak percaya. Setahu saya hubungan datuk dengan Mat Prai tidak seakrab atau semesra hubungan dengan saudara mara yang lain. Tanyalah tentang apa sahaja yang berhubung dengan keagungan dan sebab-sebab keruntuhan empayar Islam. 74 . Dalam surat itu Mat Prai (nama timangan yang digunakan untuk keluarga jauh itu) mengundang datuk sekeluarga ke rumahnya. “Orang seperti itu memang patut dipuji dan dihormati. Rasa yakin pada diri sendir semakin menebal di hati malah. Saya sering bertandang ke rumahnya bila ada waktu terluang. Dalam budaya orang-orang Melayu mencuba dan berjuang memang diutamakan tetapi budaya itu. saya akan terserempak dengan Agam melintasi kawasan belakang rumah. Bila terserempak begitu. dia Cuma mengingatkan saya. terutama menjelang waktu senja. “Kenapa tiba-tiba awak nak pergi?” Soal nenek. Dia memang handal tentang sejarah Islam. Bila hal itu saya sampaikan pada datuk. dia akan menjelaskannya dengan terperinci sekali. Kadang-kadang baru sahaja terniat mahu memberi salam Agam terus hilang dengan sekelip mata sahaja. Dalam waktu tertentu. Dalam istilah kehidupan seharian datuk tidak ada perkataan ‘kalah’ sebelum berjuang. kami tidak berkata apa-apa.akluk jahat seperti iblis dan syaitan. kita akan terlindung dari gangguan m. apa yang ada pada kita ialah mengaku kalah sebelum berjuang. Memang tidak pernah terfikir yang saya boleh menjalin hubungan dengan Uda Lamat penuh akrab.

dari situ terus menuju ke rumah Mat Prai. Nenek hanya angguk kepala sambil tersenyum mengakhiri dialog kecil antara keluarga pada petang di meja makan. Dapat dapat menerima alasan itu. Walaupun sudah tua.” beritahu datuk kepada nenek. pertama aku tak mahu dia anggap aku memulaukannya. dua biji buah air serta beberapa bungkus tapai pulut. biar cepat sampai ke Prai.“Kalau fikirkan perangai serta perbuatannya pada adik-adiknya.” sindir nenek lalu disambut dengan ketawa oleh datuk. Kedua. bas atu teksi lebih dari setengah jam. “Dari Taiping ke Prai nak naik apa? Naik keretapi. Datuk kedutkan kening dan dahi.Nenek juga akan mengalami kesukaran membuang air kecil dan air besar. Nenek membekalkan buah tangan untuk keluarga Mat Prai. 75 . dia sudah mengalah dengan menulis surat kepadaku dan aku kira dia dalam kesusahan sekarang. Makhluk Aneh Di Dusun Durian Waktu saya dan datuk berangkat ke Prai. nenek menghantar kami ke perhentian bas di pekan kecil. Nenek tak suka kami makan di kedai yang belum pasti kebersihannya. Buat saya dan datuk nenek bekalkan nasi lemak. yang dia tak mahu ke Prai kerana urusan binatang ternakan ayam. Ketiga.” datuk memberikan keputusan muktamad. Lebih dari masa itu. TINGGAL Pekan kecil kami tinggalkan bersama doa restu daripada nenek. Selain dari itu nenek sudah tidak berdaya untuk duduk di bangku keretapi. saya memang tak mahu pergi. 107. Saya Cuma tumpang senyum sahaja.” “Tapi sekarang kenapa beria-ia nak pergi?” Desak nenek lagi. bukan main banyak duit awak. kemesraan dan kasih sayang mereka tetap segar. Kami disambut dengan penuh mesra dan secara kebetulan pula. “Ada tiga sebab. pada hari kami tiba itu Mat Prai mula mengambil cuti tahunannya selama seminggu. “Kami naik bas dari sini sampai Taiping saja. bas atau teksi?” Nenek terus mendesak. aku mahu merapatkan kembali hubungannya yang renggang. pasti nenek mengalami sakit pinggang dan dalam tempoh dua puluh empat jam seluruh sendinya akan mengalami bengkak. “Kami nak naik teksi. Nenek terus menyatakan. Tiga jam kemudian kami pun sampai di Prai. tak usah halang aku nak pergi.” “Fasal berjalan. itik dan kambing serta kerbau. Alangkah bahagianya pasangan nenek dan datuk.

76 .” begitu hampa nada suara Mat Prai. “Tak mengapa. kami nak balik ke kampung di Balik Pulau. semua tambang dan makan saya tanggung. Cuma saya sahaja yang bertambah. Sebuah daerah asing yang belum pernah saya jenguk.” tingkah datuk lalu dia ketawa berdekah-dekah. Buah durian yang luruh malam hilang. semuanya ternganga dan takut. boleh jadi buah durian tu dimakan oleh harimau. ternyata dia kurang senang dengan ketawa datuk luahkan. Masakan yang disediakan oleh isteri Mat Prai memang menyelerakan.” kata datuk sambil renung muka Mat Prai. bila datang tengok dengan mata kepala sendiri. Perlahan-lahan dia sandarkan tubuhnya ke dinding.” “Pelik apa. Sikapnya yang ditunjukan itu menimbulkan rasa simpati pada diri datuk. “Itu susah sikit Mat”. Sebenarnya.” datuk berdalih. Saya cukup berminat untuk pergi ke Balik Pulau. Saya agak kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh datuk itu.” “Habis fasal apa?” “Aku janji dengan Mak Alang kamu nak balik cepat. “Begitulah. Lagipun Ayah Alang dah lama tak tengok keluarga di sini. anak jati Balik Pulau yang tinggal di Kampung Kongsi mengemukakan cadangan. usia baru masuk empat puluh tahun. Cepat-cepat Mat Prai gelengkan kepala. Ada tiga anak yang masih kecil.” ujar Mat Prai termengahmengah. Sekarang musim durian. Dari gerak geri dan air muka Mat Prai. Mat Prai berusaha dengan sedaya upaya untuk memberikan keyakinan kepada diri datuk. bila saya ceritakan semua orang ketawa.” Mat Prai yang berkulit hitam. Isterinya datang mengambil pinggan dan piring yang kosong. “Kalau bukan dicuri orang. “Saya hampa juga bila Ayah Alang tak percaya. dia tahu kalau sudah pergi ke rumah saudara mara tentu makan masa lama. kami baru sahaja selesai makan tengah hari. Ayah Alang boleh ikut kami. Tapi datuk makan sekadar untuk kenyang. Rasa kecewa terpamer di wajahnya. itu tandanya durian yang luruh dicuri orang. Kalau boleh saya mahu datuk menurut kata Mat Prai.” Mat Prai mula memujuk.” “Bukan fasal tu. “Apa susahnya. Lagipun di sana ada cerita baru.“Memang tepat masanya. “Cerita apa Mat?” “Saya dapat tahu ada cerita pelik di musim durian ni. Nampaknya.

” “Bila sudah terlihat daun sirih dan kapur tu.” “Banyak kebun durian orang lain yang jadi macam tu?” soal datuk lagi. Saya berdoa dalam hati supaya keluarga Mat Prai berangkat segera ke Balik Pulau. makhluk apa yang membahamnya?” Datuk kerutkan kening. “Saya sendiri alami perkara tu. “Setidak-tidaknya tiga tuan punya kebun durian mengalaminya. “Apa masalahnya Mat?” “Hubungan saya dengan adik saya bertambah jauh. Saya juga tercium bau telur tembelang. kau sabarlah dulu. Ayah Alang.” wajah Mat Prai cukup serius.” datuk membuat tuduhan melulu kepada Mat Prai. “Kerana itulah kamu panggil aku ke mari. “Cuba ceritakan pengalaman kamu pada aku. tak dimakan harimau. kalau tak dicuri. kau mesti mengalah dan bertolak ansur dengannya. Mereka berjaga malam. Tindakan Mat Prai membuat diri datuk berada dalam keadaan serba 77 . kau mengalaminya sendiri?” Datuk jegilkan biji mata sambil menegakkan badannya. Secara terangterangan dia menafikannya. Aku lebih berminat dengan cerita durian di Balik Pulau yang jatuh terus hilang. Di tempat durian jatuh. Sudah tentu Mat Prai tidak dapat menerima tuduhan itu. “Perkara ini kau dengar cerita dari orang atau kau tengok sendiri?” datuk mula mencungkil rahsia. Saya kira datuk mula minat dengan persoalan yang disampaikan oleh Mat Prai padanya.” hati saya cukup gembira bila datuk sudah menyatakan hasratnya secara terang-terangan kepada Mat Prai. Wajahnya Nampak tenang sekali.” tiba-tiba saya terasa seram dan bulu tengkuk saya terus berdiri. saya tercium bau kapur barus yang selalu digunakan untuk memandikan mayat. Datuk reasah. Saya mahu Ayah Alang jadi orang tengah untuk mendamaikannya. Mat Prai anggukkan kepala. Tanpa ragu dan penuh keyakinan. “Bila agaknya kita nak pergi?” Mat Prai pula mengajukan pertanyaan kepada datuk. Bila sampai cuma bekas sahaja yang ada. “Inilah yang menjadi masalahnya.” “Itu senang.“Pelik juga. mesti terjumpa sehelai daun sirih hutan yang tercalit kapur. Ayah Alang!” “Hah. “Saya panggil bukan kerana itu. Saya kira hanya Ayah aAang sahaja yang boleh menyelesaikannya. Bila terdengar bunyi durian jatuh mereka berkejar ke perdu durian. Datuk menggigit bibir. Walau apa pun. ada perkara lain yang lebih besar daripada itu. Silanya terus diperkemaskan. Mat Prai tersenyum.” Mat Prai mula membuka kisah.

cepat-ceoat kita sambar dengan senafas. bila kita nak berjalan. cepat kata kamu. “Petua orang tua-tua. “Selain dari daun dan kertas. setelah menunaikan sembahyang Asar. Datuk segera memandang ke mukanya. cepatlah kata aku. Khasiatnya boleh dijadikan tangkal penahan muntah. asalkan sampai siang ke rempat tersebut.” “Boleh juga. Datuk terus bangun. ranting kayu boleh tak digunakan?” Soal Mat Prai lagi. Mat Prai jadi resah.” balas datuk.salah. Berdiri di tepi tingkap merenung ke arah rumah para pekerja keretapi yang lain. “Saya tak fikirkan perkara itu dilakukan oleh manusia. “Apa kata selepas sembahyang Asar kita pergi. (George Town – Pulau Pinang) kerana sudah beberapa kali datang ke bandar tersebut. “Mesti perbuatan makhluk halus. datuk segera hulurkan secarik kertas yang disambarnya ketika kertas itu diterbangkan oleh angin di depannya. bukan makhluk ganjil.” tekan Mat Prai lagi. tiba-tiba terserempak dengan daun atau kertas yang diterbangkan angin. kita periksa dulu dan cari bukti. “Buat apa tu?” Tanya Mat Prai. Dengan tenang datuk menggeleng kepala. Kalau tidak tahan boleh muntah dibuatnya. Mat Prai terdiam dan terus duduk kembali.” balas datuk. “Tak boleh cakap macam tu. Aku nak tinjau kawasan itu. Sebagai usaha agar saya tidak muntah dalam perjalanan.” Mat Prai bangun lalu mendekati datuk. Manalah tahu boleh jadi semua itu dilakukan oleh manusia. Ini semua kerja makhluk halus. “Kami segera menuju ke perhentian bas di Pengkalan Weld untuk menanti bas ke Balik Pulau. Manusia ni apa kurangnya dengan tipu helah. Mat Prai sudah memberitahu saya jalan ke sana agak bengkangbengkok. kami segera berangkat ke jeti (sekarang Pengkalan Sultan Abdul Halim) dan dari situ menyeberangi selat kecil (saya menyebutnya sebagai Selat Pulau Pinang) dengan feri menuju ke Bandar Tanjung. tidak ada sesuatu yang menarik bagi saya. “Aku ikut kamu. 78 . FERI Petang itu.

“Boleh jadi kedua anak kamu tu. Diselitkan pada celah seluar. Kalau dibuang demasa dalam perjalanan. hari masih cerah lagi. kami segera berangkat ke rumah yang didirikan oleh Mat Prai di Kampung Pondok Upih.” datuk memberi penjelasan. “Mari kita naik. Mereka cukup lincah dan riang. pertanyaan dari isteri Mat Prai memang melucukan. Cucu aku ni tak berapa biasa. kecuali sampai ke tempat yang dituju. Jangan diubah-ubah atau dibuang.” dengan tenang datuk memberikan penerangan. “Tapi. Kami terpaksa berjalan kaki menuju rumah arwah orang tua Mat Prai yang terletak berdekatan dengan masjid Balik Pulau. tanah ni kau beli?” Soal datuk sambil merenung kawasan rumah papan yang berbumbung lima. anak saya tak muntah apabila naik bas atau keretapi. KONGSI Ketika sampai di perhentian bas di pekan Kongsi yang letaknya berdepan dengan Balai Polis Balik Pulau. “Naiklah. Cukup pantas dia naik ke rumah lalu membuka pintu tingkap.:” Mat Prai memberitahu datuk tentang anak-anaknya. “Oh. bas ke Balik Pulau pun sampai.” “Ya. asalkan benda-benda tu tidak terkena tanah dan datangnya dari arah matahari terbit menuju ke arah matahari jatuh. Fasal itulah saya buat rumah cepat. “Benda tu dibuat macam mana? Ditelan?” Datuk tersenyum. cukup sekadar diletakkan di bahagian depan perut. tingkah isteri Mat Prai. “Bagus. Bila ketawa Mat Prai berakhir dan senyum datuk berhenti. sediakan payung sebelum hujan. “Tanah pusaka.” jawab Mat Prai. Cakapnya itu segera kami patuhi. Ini bahagian saya. kita akan muntah dengan serta merta.” susul Mat Prai.” sambung datuk. sudah biasa dengan jalan yang bengkang-bengkok. 79 . Setelah berada lebih kurang dua jam di rumah orang tua Mat Prai.” Mat Prai beritahu datuk. “Bila saya berhenti kerja. jadi aku buat persediaan. Tanpa membuang masa kami terus naik bas. kain atau tali pinggang. Mat Prai terus tersengih. “besar rumah kamu. Berlari ke sana ke mari di halaman rumah.” suara isteri Mat Prai meninggi dari tingkap dapur. Datuk tersenyum dan Mat Prai terus ketawa. Apa yang menarik perhatian saya ialah tentang karenah anak Mat Prai. saya nak duduk di sini.“Boleh.” datuk anggukkan kepala. buat apa tercegat kat situ. Adakalanya memanjat pepohon sekitar rumah dan membaling beburung yang terbang rendah. “Tak payah ditelan.

jangan sampai jatuh dalam longkang atau terjatuh ke dalam perigi buta. saya dan Mat Prai akan berangkat ke tempat yang dijanjikan. PERGI Memang sudah direncanakan. Saya lihat kedua belah bibirnya bergerak. Dia pergi ke telaga mengambil air sembahyang. “Bila kita nak pergi. suasana di ruang rumah terasa sepi.” bisik Mat Prai ke telinga datuk.Bagaikan mahu pecah anak tekak isteri Mat Prai mengingatkan mereka supaya berhati-hati bila berlari. Ingatan itu bagaikan tidak berkesan sama sekali terhadap kedua anak Mat Prai.” datuk segera bangun. Selepas puas berlembut. Dalam keadaan begini pun datuk masih berzikir. Tetapi. Kalau kau biarkan dia ikut perasaan. Datuk terpaksa campur tangan untuk meleraikannya. Kembali semula ke rumah dengan wajah yang tenang. adakalanya telatah mereka melucukan sehingga sata tersenyum panjang. “Kalau boleh. Jangan sampai tersepak tunggul. selepas sembahyang Isyak dan makan malam. kalau dah marah memang tak sedarkan diri. marah tu permainan syaitan. mana parang panjang 80 . “Semua sudah siap?” Satu pertanyaan yang mengejutkan dari datuk. kami bertiga iaitu datuk. Telatah kedua orang anak Mat Prai memang membosankan. “Tunggu sekejap.” Mat Prai mengajukan pertanyaan. Aku memang tak suka orang memukul anak teruk-teruk. Kamu sendiri tahu. Buat beberapa saat. biarlah muka kita sentiasa dibasahi dengan air sembahyang. nanti budak yang rosak. Datuk yang tersandar di dinding segera menegakkan tubuhnya. “Kamu sebagai suami harus menahannya. Tanpa sebarang amaran dia terus memukul anaknya itu dengan pelepah kelapa. rungut saya dalam hati. “Memang dah siap nak pergi Ayah Alang. Sukar untuk saya menangkap maksud sebenar dari kata-kata datuk itu. Sambil berdiri datuk menatap wajah saya dan Mat Prai. Tetapi.” “Kalau dah siap. mana penyuluhnya. Saya dan Mat Prai berpandangan. “Dia.” secara tidak langsungdatuk mengajar saya dan Mat Prai untuk melakukan sesuatu yang baik. mana lampu picitnya. Saya atau Mat Prai tidak berhasrat mengajukan sebarang pertanyaan pada datuk. akhirnya isteri Mat Prai hilang sabar apabila dia melihat anak sulungnya menebang pokok langsat. Mereka terus berlari ke mana sahaja ikut kemahuan sendiri. anehnya datuk seperti sengaja mahu melambat-lambatkan untuk pergi ke tempat tersebut. Nampaknya datuk tidak dapat menerima alasan itu. Ayah Alang? Kalau lambat nanti mengantuk.

Saya dan Mat Prai segera mengambil barang-barang di tengah ruang dan melangkah ke pintu. Bebepa minit kemudian.. “Semua sudah ada. letakkan barang-barang tu di sini. “Beri aku kepala jalan. Mat Prai datang. Semua barang yang dikehendaki oleh datuk diletakkan di tengah ruang rumah.” Mat Prai terus bangun dan keluar dari rumah menuju ke tanah. saya ambil. “Daun kelapa untuk suluh memang banyak saya simpan. Baru tiga kali melangkah. Kau Cuma beritahu nak belok ke kiri atau ke kanan. “Kita ni orang Melayu. kerana itulah aku mahu menyediakan semuanya ini.” itu arahan daripada datuk.” “Kalau sudah ada. tetapi. Sejak zaman-berzaman menggunakan sulih atau andang bila berjalan malam. “Bukan apa-apa. Ayah Alang. “Sekarang kita pergi. Datuk menganggukkan kepala lalu duduk mencangkung di depan barang-barang yang disediakan pleh Mat Prai. “Kamu di belakang aku.” soal datuk dengan wajah yang serius.” datuk tidak meneruskan kata-katanya.” datuk melirik ke arah Mat Prai.” “Tunggu. langkah itu langkah berisi.” Mat Prai memberi penjelasan. memadai dengan lampu picit saja. Saya kira lebih dari sepuluh detik datuk berkeadaan demikian. Datuk menatapnya dengan senyum. datuk terus berhenti. “Dah dekat pukul sepuluh setengah.” arahan yang tidak menggembirakan dari datuk untuk saya. Bukan langkah kosong. “Kita melangkah sekarang. Langkah saya jadi terhenti. Sudah ada lampu picit. Apa 81 . ada maksud dan tujuan tertentu.” datuk menghalang langkah Mat Prai.” datuk meneruskan kara-kata yang terhenti. Serentak dengan itu datuk terus berdiri.dan goloknya.. Saya mula memahami maksud datuk. aku nak tengok. Saya toleh ke kanan dan toleh ke kiri. “kerana di kebun durian ada perkara aneh terjadi. Rasa lega bertandang dalam hati saya.” Keluh saya dalam hati sambil melangkah dan memijak anak tangga. Secara mendadak sahaja saya menjadi cemas dan takut. tak payah pakai andang daun kelapa. Saya mula faham. datuk terus menepuk bumi dengan telapak tangannya tiga kali berturut-turut. Bila dia sampai di halaman rumah. Si Tamar yang akhir.” datuk terus berdiri di depan saya. Kesempatan itu saya gunakan untuk melihat ham dinding rumah Mat Prai. Mat Prai segera mengambil tempatnya. Saya melihat dia melangkah ke depan dengan merendahkan badan sambil membengkokkan lutut kirinya. Mat Prai yang mengekor di belakang tidak bersuara langsung. Tetapi. sekarang andang tak diperlukan. Dia menarik nafas panjang sambil mengedutkan dahi. Kita sudah maju.

Mat Prai segera memperkenalkan dua budak lelaki yang berbadan tegap. Kata Mat Prai. Perjalanan yang terhenti disambung kembali. Bila dapat bercakap sambil berjalan. saya terasa seperti ada sesuatu yang mengikuti saya. Pada hemat datuk. saya terpandang benda putih yang bentuknya seperti batang pisang berada di awang-awangan dan sering mendekati saya. orang yang diupah itu dimestikan menjaga dan membersihkan dusun durian mengikut musim perjanjian.” datuk mengingatkan Mat Prai tentang tugas yang mesti dilakukannya. rasa takut dan cemas yang menguasai hati terus hilang. “Mereka ni memang berani.” jawab Mat Prai sambil melihat ke arah cahaya api pelita dari pondok durian milik orang setempat. “Satu kerjasama yang baik. “Dari sini kira-kira enam rantai lagi. kedua-dua budak tersebut berasal dari Pulau Betung yang sengaja diupah oleh Mat Prai untuk menunggu dusun durian. 82 . berkulit cerah kepada saya dan datuk. biarlah kami balik. Dalam gelap itu. kerana abang dah ada.” kata pemuda yang bermata besar. kau jadi tukang suluh jalan. berasaskan pada kejujuran dan keikhlasan.” bisik Mat Prai pada datuk. “Tak apalah abang Mat Prai. “Ayuh jalan. benda itu hilang dan apa yang saya lihat ialah dedaun dari pokok-pokok renek yang bergerak-gerak ditolak angin malam. Suara cengkerik yang tidak putus-putus itu. Perjalanan malam yang mendebarkan itu pun berakhir. bila saya jegilkan biji mata dan tumpukan perhatian ke arahnya. Bulu tengkuk saya meremang secara tiba-tiba.yang saya lihat ialah pepohon yang kaku dalam kegelapan malam. saya rasakan seperti tangisan bayi yang kelaparan susu. BULU Setiap kali melangkah. Pemuda dari Pulau Bentung berdiri di sudut pondok. Mereka akan mengira secara rambang jumlah buah durian yang ada. Anehnya. Kemudian buah itu dibahagi dua tetapi. “Jauhkah lagi?” Tanpa sabar saya mengajukan pertanyaan kepada Mat Prai. Suara cengkerik memekakkan anak telinga.” puji datuk lalu dududk di bendul pondok. Kami sampai di pondok durian. Mat Prai segera menjelaskan cara upah yang dilakukan. berusia lingkungan 25 – 26 tahun. Fasal itu saya panggil mereka. “Macam mana kau upah dia orang?” Soal datuk dengan nada suara yang perlahan. kurang manis kalau persoalkan semacam itu sampai pengetahuan mereka. ada sedikit-sedikit ilmu dunia.

“Kenapa begitu? Marilah kita tunggu bersama”’ saya cuba menahan. Saya terus memanggil nama datuk beberapa kali. saya cuba bangun dengan berpaut pada tiang pondok. Mungkin datuk mempunyai maksud dan tujuan tertentu. Malangnya. Entah macam mana saya terasa seperti ada makluk ganjil yang muncul di sisi saya. Dalam keadaan yang tidak menentu itu.” jawab mereka serentak kalu beredar meninggalkan kami. Entah macam mana saya terlanggar dinding pondok yang dibuat dari tepas. entah macam mana kaki saya tersepakkan sebatang kayu. Angin malam yang bertiup tenang membuat saya cepat mengantuk. Tanpa membuang masa saya terus merebahkan badan di lantai pondok.” tingkah pemuda yang seorang lagi. Dia mengerang macam orang menahan sakit yang amat sangat. “Ada benda-benda pelik?” “Abang tengok sendirilah. “Memang sudah begitu janji yang dibuat. kami mesti balik. Tolongggg ” Saya terkejut dan segera bangun bila mendengar jeritan Mat Prai. Tanpa diduga tubuh saya dipeluk dengan eratnya. Jeritan Mat Prai tidak kedengaran lagi. hidung dan mata. Saya terpaksa merangkak dalam gelap. Saya terus merangkak dan meraba dalam gelap. Sekitnya bukan kepalang. Dalam keadaan yang cemas itu. “Tolong saya. Ayah Alang. terdengar bunyi paluan kompang yang disertai dengan sorak-sorai yang meninggi. Fikir saya sambil menggolekkan tubuh ke kiri dan ke kanan lantai pondok yang dibuat daripada bulu. Bulu matanya cukup tebal. Walaupun sakit. Kalau abang Mat Prai ada. Usaha itu tidak berhasil. laungan itu dihalang oleh bunyi air yang jatuh ke tubuh datuk. Mat Prai terus menghitung buah durian di kaki tangga yang dikumpulkan oleh kedua pemuda tadi. Badan saya terasa pedih dan luka. Datuk pula memeriksa kawasan sekitar pondok dan akhirnya berlabuh di perigi. Kalau dia tak ada kami ambil alih tempatnya. Apabila kedua pemuda itu mahu meninggalkan pondok durian. Saya tidak dapat bergerak ke mana-mana kerana gelap. Dengan sedaya upaya saya cuba meronta. Bila telapak tangan berbulu berada di atas lubang hidung membuat saya sukar bernafas. Tangan berbulu itu bergerak dari batang leher ke muka lalu menyentuh pipi. Kulit durian berterbangan ke arah saya. Saya terkejut bila datuk mandi malam kerana perbuatan mandi malam memang jarang dilakukannya. Dinding itu terkopak dan saya terdorong ke depan lalu jatuh ke tanah macam nangka masak yang lekang daripada tangkainya. Serentak dengan itu secara tiba-tiba lampu minyak tanah yang tersangkut pada tiang pokok terus padam. Saya terus memeluk tiang pondok. leher saya diraba oleh sepasang tangan yang berbulu tebal dan panjang. 83 . Mat Prai segera bertanya.

Apa yang mesti kita buat. kita mesti cari lampu picit.RENDAH Saya pun merendahkan badan lalu mengambil kayu tersebut. aku dah dapat lampu picit. Tamar?” “Kita terpaksa cari. Serentak dengan itu saya terdengar bunyi burung jampuk.” jerit Mat Prai lalu menyuluh ke arah saya. “Kita tak ada jalan lain. Awan di langit kelihatan hitam pekat. Pandangan saya jadi berpinarpinar. Serentak dengan itu. “Saya. Dari setiap sudut saya terdengar suara orang ketawa dan menangis 108. ada ketikanya seperti daun keretapi dan di masa yang lain pula bunyinya macam bunyi ombak laut. Angin malam yang bertiup membuat dedaun bergeselan sesama sendiri. sepasang tangan yang berbulu yang memeluk tubuh saya beransur lemah dan akhirnya saya bebas dari pelukan yang membuatkan saya sukar bernafas.” kata saya dan terus merangkak. mata saya terpaku ke arah benda bulat yang bergolek-golek ke arah saya. Tidak terdaya rasanya mahu merangkak. “Aku ingat. Dengan sepenuh tenaga. Lolongan anjing liar dipinggir pekan Kongsi jelas kedengaran. Cahaya dari lampu picit itu terkena pada benda bulat yang tegak di depan saya. Bunyinya tidak menentu. Sebelum benda itu terkena kepala lutut. Bulu roma saya terus berdiri.” Mat Prai seperti berputus asa. hujung kayu itu saya hentakkan ke tubuh berbulu. Mat Prai bercakap sendiri menyalahkan dirinya kerana meletakkan lampu picit merata-rata. “Siapa?” Tanya Mat Prai. aku letakkan dekat tunggul merbau di sebelah kanan pondok. sebaliknya tegak dengan sendiri sambil mengeluarkan cahaya yang putih. segera saya tahan dengan telapak tangan. Entah macam mana saya terpelukkan tubuh Mat Prai. Kepala lutut saya terasa pedih bila terlanggar kulit durian. Benda itu tidak bergerak.” “Terpaksa merangkak dalam gelap? Ini kerja susah. 84 . lampu picit di mana?” Soal saya sambil duduk dalam gelap. Nyanyian cengkerik bertingkah dengan suara katak. Nisan Bergerak Dalam keadaan yang teragak-agak itu. Saya terus merangkak dalam gelap tanpa matlamat yang tertentu. “Tamar. Dalam gelap itu saya terdengar suara orang mengeluh menahan kesakitan yang amat sangat.

Serentak dengan itu terdengar bunyi tapak kaki orang melangkah. tumit kakinya berbentuk agak tajam seperti taji ayam jantan. Puas saya mencari sebelah lagi kaki yang berbulu. Beberapa ekor kelawar berterbangan di atas kepala kami bersama dengan suara lolongan anjing dan jeritan burung hantu. saya terus menggolekkan badan kearahnya. Kalau bergerak seluruh sendi terasa sakit.” pekik Mat Prai. Penuh dengan bulu tebal. Tanah didepannya kelihatan merkah. Agaknya. manakala dua lagi jarinya kelihatan seperti bercantum dan mengeluarkan cairan yang berwarna putih.” suara dari tupai aneh itu memekakkan anak telinga kami. misainya bergerak-gerak. saya terlihat kaki yang bahagian atasnya berbentuk macam kaki gajah. memang makhluk ni berkaki satu. jari kakinya berjumlah tiga. Berpandukan pada cahaya lampu picit Mat Prai.” Mat Prai menghalakan muncung lampu picit ke kanan. “Kau tengok tu. “Agaknya. Saya menarik nafas gementar kerana batu nisan yang bulat itu bergerak dan berpusing.“Tamar batu nisan orang lelaki di depan kamu. Saya dapat menyatukan diri dengan Mat Prai. datang dari sebelah kanan. Kedua belah bahu saya dan Mat Prai seperti ditekan dengan sebatang kayu membuat kami tidak dapat bergerak. Saya mula terhidu bau daun sirih yang baru dipatahkan dari dahannya. Giginya yang tajam dan putih itu dipamerkan ke arah kami. “Puas aku cari sebelah lagi kakinya.” bisik Mat Prai. Kaki itu bergerak ke arah longgokan durian di kaki tangga pondok. Mata tupai aneh itu merenung ke arah kami dengan tajam. “Makhluk apa ni?” rungut Mat Prai lagi. sebaik sahaja Mat Prai selesai merungut. 85 . Ekornya digoyang-goyangkan ke kiri dan ke kanan. Besarnya lebih kurang sama besar dengan kambing dara. Semuanya menuju ke arah longgokan durian. Dalam tempoh beberapa saat sahaja beratus-ratus ekor tupai berwarna hitam terjun dari ranting pokok sekitar kawasan pondok. Tempatnya digantikan oleh seekor tupai yang bulunya keperang-perangan. “Triitttttt . Secara mendadak lampu picit Mat Prai tidak menyala. Batu nisan yang terpacak di depan saya terus hilang. seluruh kawasan sekitar kami terang macam keadaan terang bulan. Ibu jarinya bulat dan mempunyai lekuk macam lok keris. BULU Kaki besar yang berbulu berhenti bergerak. selain dari mengarahkan biji mata kami ke arah kaki besar yang berbulu.” saya segera anggukkan kepala. melanggar apa sahaja yang ada di tanah. Kami tiada pilihan.

Bila kerja itu sudah selesai. Bila tupai besar itu selesai makan.” kata saya. tempurung lutut saya terasa lembik dan urat-urat di kaki bagaikan terputus. saya cuba bangun. Saya terus jatuh mengelepar di sisi Mat Prai. seolah-olah mengeluarkan perintah. Tekak saya terasa sakit dan pedih. Bila suara tupai tidak kedengaran lagi. “Panggil datuk kamu. biji durian yang diluahkannya segera diambil oleh anak buahnya dan terus ditanam. Daun sirih yang sudah dijilatnya itu diletakkan di hujung kaki kanannya.” Mat Prai menyuarakan kebimbangannya. Sekali pandang tupai tersebut kelihatan seperti duduk mencangkung dengan kaki depannya memeluk tubuh. sendi-sendi terasa bisa yang amat sangat. seolah-olah memberikan penghormatan padanya. Mereka pasti tidak percaya bila diberitahu. Apa yang saya dengar ialah bunyi suara tupai. “Nanti dulu. Pangkal pinggang terasa sakit. Kulit durian dan biji durian yang berlonggok terus hilang. kulitkulit durian pula diusung lalu dilonggokkan dekat biji durian. ada tupai hitam menjelma waktu malam untuk makan durian yang dilonggokkan. Apa yang 86 . aku bimbang kalau tupai-tupai itu menyerang kita. Tupai besar itu segera menjilat daun sirih hutan beberapa kali. Selain dari itu. Tupai yang berbadan besar tetap melihat gerak-geri anak buahnya sambil berbunyi. Tupai besar itu berdiri dengan ekornya dicacakkan ke tanah. Kemudian salah seekor dari anak buahnya membawa beberapa helai daun sirih hutan yang sudah dicalitkan dengan kapur sirih. Bila saya berjaya berdiri tegak. Sebab utama saya tidak mahu memanggil datuk kerana saya tidak dapat bersuara dengan lantang. Tupai-tupai itu hanya mengambil masa tidak sampai lima minit untuk melenyapkan jumlah durian lebih dari seratus biji. saya dan Mat Prai terpandangkan kaki besar yang berbulu bergerak (dalam keadaan melompat-lompat) akhirnya terus hilang.Mulut saya dan Mat Prai ternganga. Dengan sedaya upaya. Bila dia memakan durian tersebut. sebaik sahaja hujung kaki kanan terkena daun sirih. Saya dapati pelita yang padam dalam pondok menyala kembali. anak buahnya duduk kaku. Anak buahnya meletakkan tujuh ulas isi durian yang cantik di depannya. saya jadi terhibur melihat kumpulan tupai yang sudah kekenyangan itu membawa biji-biji durian ke tempat lapang. Saya mengalami rasa sakit yang amat sangat. Memang tidak masuk akal dan sukar dipercayai malah akan jadi bahan ketawa kalau disampaikan kepada sesiapa sahaja yang berada di dunia. Apa yang ada ialah beberapa helai daun sirih yang sudah dicalit dengan kapur berserakan di kawasan pondok. Usaha saya tidak berhasil. Semua yang saya lihat membuat badan saya berpeluh dalam lolongan anjing dan nyanyian burung hantu yang memanjang. Saya dan Mat Prai cuba bangun tetapi ternyata kami tidak terdaya bergerak. Biji durian itu dilonggokkan di situ. semua anak buahnya bertempiaran lari lalu mencari dedahan berdekatan.

Gerakan tubuh kami tidak ubah macam gerakan ular di atas jalan raya. “Telan air ni senafas. Tamar. Mat Prai sudah tidak bergerak langsung. “Astaghafilrullah. Datuk duduk mencangkung menghadapi saya kembali. Datuk tetap bersikap tenang. Datang kepada kami semula dengan membawa satu baldi air. “Buka mulut kamu Tamar. Saya terus bertempik menyeru nama datuk dengan sekuat hati. Dalam keadaan yang tidak bermaya itu. dengan telapak tangan kiri datuk membawa air dari baldi ke mulut saya.” Saya buat apa yang datuk suruh. dia mula mengelilingi kami beberapa kali. Datuk letakkan baldi yang berisi air ditengah (di antara saya dengan Mat Prai) dia mengambil beberapa helai daun yang hijau. Kedua belah kaki dan tangan saya dapat digerakkan semula. Saya letakkan kepala atas tanah.” “Hulurkan tangan kamu.terdaya kami lakukan adalah meniarap di bumi sambil bergerak ke kiri dan ke kanan. Rasa pedih dan perit di tekak segera hilang. kenapa aku tak dapat mengesan dengan apa yang terjadi di sini. “Tamar. suara saya tidak mahu keluar.” Saya terus membuka mulut. dengan lain perkataan kami seperti berenang atas daratan. Tanpa 87 . badan saya terus lemah.” katanya. Saya segera menelentang dan melihat langit. Tidak bermaya untuk menegakkan kepala. Tidak terasa sesuatu menekan di belakang. “Tamar.” saya pun menghulurkan tangan kanan kepadanya. Suara saya itu menenggelamkan suara cengkerik dan lolongan anjing. Saya pun membesarkan kelopak mata dan cuba bersuara tetapi.” datuk merungut sendirian. Pelik juga. Datuk berhenti mengacau air dalam baldi. saya lihat kelopak bibir datuk bergerak. Dia terus mengambil lampu suluh di tangan Mat Prai yang masih menyala. “Aku tak nampak apa-apa yang datang. apa dah jadi dengan kamu berdua ni.” tambah datuk lagi sambil duduk mencangkung lalu memeriksa setiap urat nadi saya dan urat nadi Mat Prai. Dimasukkan ke perut baldi. semuanya macam biasa. BALDI Tanpa membuang masa datuk terus menuju ke perigi kembali. “Kenapa tak panggil aku di telaga. Datuk mencari ranting kayu lalu air dalam baldi dikacau.” seru datuk lemah.” saya membuka mata melihat datuk berdiri di hujung kepala saya. “Ada apa tuk. Sayup-sayup saya terdengar bunyi telapak kaki orang berlari ke arah saya. Selesai sahaja saya bersuara.

suara burung hantu mula berkurangan. Kelihatan hidung mereka seperti berlaga dan mata datuk tetap merenung anak mata Mat Prai. “Ingat. Kulit durian yang kering dicampakkan ke dalam unggun api. Mat Prai berhasrat mahu mengutipnya tetapi. Dan Mat Prai terus mematikan hasrat untuk mengutip buah durian.” datuk mengajukan pertanyaan. Apa yang telah dilakukan pada saya. Saya terdengar bunyi buah durian jatuh. jangan sekali-kali kita hilang pedoman kerana harta. takkan buah tu lari ke mana-mana. memang hak kamu. PETAH 88 . setiap kali dia terdengar bunyi buah durian gugur. jangan banyak bercakap. Biji matanya silih berganti menatap wajah saya dan Mat Prai. Usaha datuk berhasil. “Ceritakan pada Ayah Alang. Lolongan anjing masih kedengaran tetapi. itu jugalah yang dilakukan oleh datuk pada Mat Prai. Kata datuk biar hari sudah cerah baru buah-buah itu dikutip dan dikumpulkan. Kata datuk. “Kau duduk diam di sini.” demikian datuk memberikan alasan bila Mat Prai minta keizinan darinya. Datuk segera mendekati Mat Prai. Mat Prai tetap nampak resah dan gelisah. Saya tidak berani untuk mengingati peristiwa yang terjadi. sebagai manusia yang beragama Islam. “Cakap kenapa membisu?” sergah datuk sambil menjegilkan matanya ke arah saya. “Kalau buah durian tu.” sambung datuk lagi. “Duduk diam-diam. Kemudian datuk melepaskan tangan saya dengan tiga kali urut dimulai dari pangkal ketiak membawa ke hujung jari. Saya akur dengan perintah itu. Saya menarik nafas kelegaan kerana saya sudah arif dengan perangai datuk.” nada suara datuk cukup lembut.” suara datuk meninggi di tengah malam yang dingin. Saya lihat Mat Prai menganggukkan kepala dua tiga kali. Saya dan Mat Prai mengalami rasa kedinginan. Desiran angin malam tetap berlalu dengan lembutnya. Datuk segera menghidupkan api untuk membuat unggun. “Ceritakan pada aku Mat Prai. cuping telinga kanan Mat Prai dihembusnya.diduga datuk terus menyentap tangan dengan sekuat hati. asap dari kulit durian yang kering dapat menghalau nyamuk. saya dan Mat Prai dapat duduk.” datuk mendekatkan batang hidungnya dengan batang hidung Mat Prai.” datuk mengeluarkan perintah. saya membuat keputusan untuk menutup mulut. Cepat saya menundukkan kepala merenung bumi. datuk tidak mengizinkan. Mat. Walaupun demikian. “Sekarang apa yang dah jadi hingga menyebabkan kamu berdua berenang atas bumi. bila dia berbuat demikian secara tidak langsung datuk cuba menguasai perasaan dan hati Mat Prai melalui pernafasan.

saya merasa pelik. “Biarkan. Aneh. datuk segera membakar andang daun kelapa. kamu datang bercakap dengan aku. aku sudah terpedaya. Asap berkepul menguasai ruang udara yang dibalut kedinginan malam. Api terus marak menerangi kawasan sekitar pondok durian. Dia melihat daun sirih hutan yang tercalit dengan kapur bertabur di mana-mana. itu bukan urusan kita. orang tua tu dah datang. kami di sini. kami tengah berdepan dengan makhluk ganjil. Dinding perigi yang dibuat dari daun rumbia terus dibakar datuk. Sesungguhnya. Rasa cemas dan takut masih belum reda dari perasaan saya. Ayah Alang tanya si Tamar ni.” datuk mengedutkan dahi sambil melagakan gigi atas dengan gigi bawah beberapa kali. “Tak apa. Dengan andang daun kelapa di tangan datuk terus berlari ke perigi. Datuk balingkan kayu yang masih berapi itu ke arah kumpulan kelawar. “Bukankah masa aku mandi tadi. Datuk renung ke arah kelawar yang berlegar-legar di bumbung pondok.” “Jadi syaitan mana yang menyerupai kamu tadi Mat Prai. sedangkan jarak pondok dengan perigi tidaklah jauh sangat. Selesai sahaja Mat Prai bercerita. aku tak dengar apa yang terjadi. Suara lolongan anjing kian gamat datang dari arah Pekan Kongsi. “Masa Ayah Alang mandi. “Pelik. Seluruh kawasan pondok disuluh dan diteliti. Angin yang bertiup menjatuhkan dedahan dan reranting kering ke bumi. “Banyaknya kelawar.” Mat Prai luruskan telunjuk menghala ke arah datuk yang datang ke arah kami kembali.” datuk terus hentakkan kaki ke bumi. kamu bercerita tentang masalah keluarga kamu pada aku. Dari manakah kumpulan kelawar itu datang. Baru dia sedar durian yang berlonggok sudah tiada. kumpulan kelawar yang berlegar-legar atas bumbung segera berpecah dan 89 . Badan datuk berpeluh kena bahang api. GUGUR Berpuluh-puluh ekor kelawar berterbangan di atas bumbung pondok. Mat.” sahut Mat Prai. Datuk terus duduk di tangga pondok. ada sepotong kayu yang masih berapi. Sesekali terdengar bunyi buah durian gugur. Di tangannya.” datuk terus bangun.Kemudian dengan petah Mat Prai mengungkapkan peristiwa yang terjadi pada datuk.” rungut saya perlahan. kami berdua tak kemana-mana.” “Ya tuk.

” “Hum dengan kata-kata yang datuk luahkan itu. KEJUT Malam yang dingin. kita tidur sekarang. ” saya merasa kecewa Datuk pijak tangga pondok yang bulat. membuat tidur terasa enak. Tamar. sekembalinya datuk dari perigi dia terus membaca al-Quran. Datuk segera mendekati kami.” lanjut datuk lagi. Buat beberapa minit saya berhasil mencelikkan mata. “Aku tak mahu banyak soal. “Bangun dah subuh ni. “Kau orang dengar salakan anjing tu?” tanya datuk. Saya dan Mat Prai segera mengikuti jejak langkah datuk. “Pergi ambil air sembahyang. Dia terus duduk dekat Mat Prai. datuk terus terlelap. Kemudian dia bangun. aku cakapkan dengan kamu. “Macam mana Ayah Alang?” “Apa yang macam mana tu.” Mat Prai dan saya menjawab serentak.” terasa badan saya digoyang berkali-kali. saya terdengar datuk batuk berkali-kali. Ramalan saya memang tepat. Bukit yang terpegun kaku di malam yang dingin itu kelihatan amat menggerunkan. Orang yang tak sembahyang Subuh. 90 .” “Kenapa syaitan itu berkeliaran tuk?” saya menyoal. anjing-anjing itu menyalak syaitan yang berkeliaran di udara. Tidak sampai lima minit. Mat?” Datuk tatap biji mata Mat Prai yang terkebil-kebil. “Dengar.terbang menuju ke arah kaki bukit yang berdekatan.” suara datuk meninggi dan terus merebahkan badannya. Memang dia tidak menduga datuk akan mengungkapkan kata-kata demikian. Sesekali seperti ada cahaya api di puncak bukit tersebut. tidurnya diapit syaitan. Dia tidak mahu untuk mengemukakan sebarang pertanyaan lagi. “Kamu tidur. Antara terlelap dengan tidak. “Nanti lain kali." “Tuk nak ke mana?” “Aku nak ke perigi. tak mahu banyak tanya. “Kamu tahu. jangan banyak fikir.” Datuk terus menuju ke perigi yang dindingnya sudah menjadi abu. Tamar. Saya kira datuk mengambil air sembahyang. Rasa takut dan bimbang langsung tidak terbayang dalam kepala saya. Saya terus membengkokkan badan.

“Hum . Bila pergerakan itu dilakukan dengan pantas oleh datuk. 91 .” Mat Prai mendesak. Serentak dengan itu saya melihat seketul kayu yang penjangnya kira-kira dua kaki menuju ke arah saya. saya tidak dapat mengikutinya. “Sudah.” Mat Prai menarik nafas panjang. Ada rasa kecewa terpamer di wajahnya.” datuk terus renung wajah saya. melihat hari yang mula beransur cerah. Saya berlari ke pondok kembali. “Tamar. “Pergilah. “Dah ambil wuduk?” tanya saya pada Mat Prai. aku nak mandi embun dan nak buat senaman. Dia bagaikan mengerti dengan apa yang ada dalam hati saya.” “Saya macam mana Ayah Alang?” tanya Mat Prai.” datuk mengeluarkan arahan pada Mat Prai. tak ada apa yang nak ganggu kamu.” jawab datuk. saya terpaksa bangun dan pergi ke perigi untuk mengambil wuduk. “Masih ada masa untuk berusaha.Saya tidak ada pilihan. bagaikan ketul berlian di tengah padang.” jerit datuk. Ayah Alang?” Mat Prai mengajukan pertanyaan setelah datuk menamatkan kuliah Subuh di pondok durian. Selesai berwirid dan membaca doa. Saya tidak pasti apakah air sembahyang yang saya ambil itu mengikut peraturan atau sebaliknya. Jalur sinar matahari mula jatuh pada dedaun yang masih ada kesan air embun. Saya jadi penonton sahaja. “Kau pergi tengok buah durian yang jatuh. TINGGI Matahari kian meninggi. Mat Prai lebih dulu bersedia dari saya. Tanpa banyak soal jawab. embun di hujung daun yang disentuh cahaya matahari nampak bersinar-sinar. samada mahu atau tidak. kau pergi cepat. Mat Prai mematuhi arahan itu. Datuk memperkatakan tentang diri manusia yang binasa kerana terlalu cinta pada harta benda dan kekayaan hingga lupa pada tugas seorang hamba terhadap Allah yang mencipta mereka. Datuk tersenyum sambil memandang keluar. saya menuju ke perigi. Dan Subuh itu. datuk memberikan kuliah Subuh yang pendek tetapi amat mengesankan. “Nampaknya usaha kita tak berjayalah. Kau ikut aku Tamar. Dalam keadaan takut campur berani. “Aku nak berjalan di seluruh kawasan ni. Kicau burung menyambut kehadiran matahari pagi mula terdengar. datuk mengimamkan sembahyang Subuh kami. Datuk terus mandi embun dan melakukan senaman yang gerak dan gerinya memperlihatkan unsur silat ‘Burung Rajawali’ saya cuba mengikutinya.

” tempik datuk dari atas tebing. “Hutan macam ni. aku nak sampai cepat ke pondok. Terpesona saya melihat buah durian yang bergantungan lebat di dahan.” kata datuk sambil jari telunjuknya mengarah kepada pokok-pokok kecil yang merimbun dan tingginya lebih dari tujuh kaki. Cuba kau pastikan. selalunya gua pada gunung. “Hati-hati Tamar. Terasa sejuknya meresap ke tulang pipi. Datuk segera mendekati saya sambil ketawa.“Tangkap atau elakkan. “Apa yang kau nampak.” datuk mengingatkan. Matahari yang memancar agak terik membuat badan saya berpeluh. Terasa badan saya seperti dibawa oleh kayu itu ke kiri. Beberapa ekor tupai melompat dari ranting ke ranting dengan bebas.” terdengar lagi suara datuk. Tanah bukit tu ditebuk. Saya anggukkan kepala lagi. jadi sarang binatang buas.” jerit saya bila berdiri di tebing sebatang anak sungai. Tamar?” “Saya nampak macam pintu gua tua. “Sudahlah jangan lama-lama di situ.” lanjut datuk lagi. “Sungai.” saya melompat lalu meyambar kayu tersebut. Memang sukar untuk memastikannya. Anakanak ikan berenang bebas di celah-celah batu di tengah sungai. Saya jadi cemas dan takut. Dengan wajah manis dia mengajak saya mengelilingi dusun durian milik Mat Prai. Memang terdapat hutan tebal di situ dengan pokok-pokok besar yang digayuti oleh akar-akar hutan sebesar lengan kanak-kanak yang berusia tujuh hingga sepuluh tahun. tiupan angin yang menggerakkan reranting dan dedaun lebat itu memberi peluang pada saya untuk merenungnya dengan teliti. Kami meneruskan perjalanan dan terpaksa melintasi kaki bukit yang ditujui oleh kumpulan kelawar malam tadi. “Kamu masih ingat dengan gerak langkah yang aku ajar.” “Pelik juga ya. TANGAN Secara mengejut datuk menarik tangan kanan saya ke perdu buluh hutan. jernih airnya. “Oooppp. aku macam ternampak pintu gua. bukit yang aku tahu tak ada gua. “Kenapa tuk?” “Dalam rimbunan pokok kecil tu. Tanpa membuang masa saya menuruni tebing dan terus membasuh muka.” datuk terus menepuk bahu saya berkali-kali. Matahari terus memancar. Tetapi. Saya tercungap-cungap.” 92 . Saya segera anggukkan kepala. Saya segera berlari ke arahnya. mendekati pokok langsat. Monyet-monyet liar bergayutan di situ.

saya yakin pemiliknya adalah seorang yang cukup rajin. Kami terus ke kawasan kebun getah.” itu pendapat datuk. teringat pula aku dengan kebun getah kita. menjauhkan diri dari kawasan kaki bukit.” “Kalau begitu marilah. Dia sedang memikirkan sesuatu. Dia renung kiri dan kanan.” satu keputusan yang amat mengejutkan dari datuk.” kata saya tenang. Kemudian dia mengesat peluh di dahi dengan belakang tangannya." datuk bersuara. “Lain kali saja kita tengok. Macam selalu saya tidak akan membantah dengan apa yang datuk katakan. “Ikut sana senang tuk.” Datuk berhenti melangkah. Berjalan dalam kebun durian yang tidak begitu bersih keadaannya memang menyulitkan. Ilmu Suhaimi Keraba ~Kredit kepada ahli komunitisbdj FAQIR untuk siri ini. 93 . terowong tinggal tuk. Tamar.” sambungnya lalu menarik tangan saya. “Ya. “Mari kita ke pondok Mat Prai. tanpa merasa sebarang kecurigaan. Dia dongakkan muka ke langit melihat awan yang bersih. Kesempatan itu saya gunakan untuk duduk di atas tunggul buruk bagi menghilangkan penat. Saya segera anggukkan kepala. Datuk tidak menyatakan apa-apa kepada saya kenapa dia berbuat demikian. “Boleh jadi juga terowong.***** Saya dan datuk terpaksa mengubah haluan jalan. “Maksud kamu. Kami segera bergerak arah ke utara.“Agaknya. Di celahcelah nirai getah itu di tanam dengan pokok koko yang tingginya baru separas lutut orang tua. Melihat keadaan kebun getah tersebut. “Mari kita periksa tuk. Mungkin terowong tu ditebuk oleh askar Jepun masa perang dulu atau ditebuk oleh orang-orang komunis untuk tempat mereka berlindung. kita berjalan dalam kebun getah?” soal datuk.” Rakaman Kembali Pengalaman Penulis Bersama Datuknya 109. Saya sering terlanggar tunggul dan akar.” nada suara datuk meninggi. Keadaannya cukup bersih tidak sesemak dusun durian Mat Prai. tuk. "Bila tengok pokok-pokok getah ni.” “Jangan terburu-buru. Datuk mengigit bibir sambil menelan air liur.

Umurnya tak jauh beza dengan pokok getah kita. "Aku sudah memberikan kamu petua berjalan di tempat-tempat semacam ini. ular kapak bodoh suka duduk di bawah daun kering." jelas datuk sambil melihat pucuk-pucuk koko yang menghijau dan melintuk-liuk disentuh angin. "Jangan melangkah Tamar. "Macam mana rupanya ular kapak bodoh tu tuk?". Saya juga membayangkan yang isterinya menghantar nasi lemak atau kuih ke pondok untuk habuan perut saya." mendadak sahaja datuk bersuara. Dari air mukanya ternyata dia sedang marah." "Bukan lupa. Saya jeling wajahnya. kamu tak bertanggungjawab." datuk mengingatkan saya yang melangkah tanpa mahu merenung ke arah permukaan bumi. dari nada suaranya itu ternyata ada rasa kesal bermain dalam diri datuk. tersepak atau terpijak dia terus mematuk. Bila ular tedung hilang dari pandangan barulah saya melangkah kembali. Saya tahu. Datuk membelek-belek kulit pohon getah itu dengan teliti." kata datuk separuh menjerit. seekor ular melintas di depan saya." kali ini suara datuk cukup tinggi.. bila saya gambarkan dalam kepala yang kami bertiga sedang menikmati sarapan pagi dengan wajah yang tenang. "Kadang-kadang saya jadi lupa. tidak tahu memanfaatkan benda berharga yang diberikan kepada kamu."Hati-hati Tamar. Badan saya mengeletar. Kami meneruskan perjalanan dan saya berharap datuk tidak akan melencong ke mana-mana. Kami terus melangkah sambil menikmati nyanyian burung-burung pagi di reranting getah. Aku juga sudah memberikan doa bila berjumpa dengan binatang berbisa. "Saya rasa pun macam tu juga." 94 . Kenapa tidak kau amalkan.. Setahun dua lagi baru boleh ditoreh." "Ya. Saya patuh dengan cakapnya." datuk menggangguk. Sambil melangkah saya membayangkan yang Mat Prai sedang membuat kopi untuk kami. diam di situ jangan bergerak. "Warnanya macam daun getah kering. "Nampaknya pokok-pokok getah ini masih muda. "Oooppp. dia selalu duduk berlingkar di bawah timbunan daun getah. Datuk berhenti dekat sebatang pokok getah di bucu nirai. kulitnya lembut. "Boleh membawa maut. kalau tak maut boleh jadi tokak. Saya tersenyum sendirian. Saya mahu segera sampai ke pondok. Saya terus membisu." datuk memberikan komentar. kalau bergerak mati." "Bisakah patukannya tuk?".

kamu mesti pandai mendengar sesuatu dari setiap arah." cetus datuk. Tamar. otak dengan sebaik mungkin. Dengan langkah yang teratur." "Aku tak mahu semuanya tu. "Terima kasih tuk. "Macam mana caranya tuk. Tidak kira sama ada sesuatu itu digerakkan angin. Manfaatkan mata. Memang sulit untuk mempelajari sesuatu tanpa diberitahu terlebih dulu. Ketika saya asyik merenung ke arah lelaki itu. lelaki itu menghampiri datuk. Datuk masih memperlihatkan sikap kemesraan. telinga. saya mula dapat mengesan langkah datuk yang rancak beransur perlahan. Bila berdiri tegak saya lihat tangan kanannya ada dahan getah. "Nasib baik aku terdengar bunyinya masa dahan itu masih ada di atas. Dahinya dililit dengan kain merah selebar dua jari." "Sekarang ini. Macam ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya. Tengkuk kamu boleh patah Tamar." "Sulit. Saya amati. Bagaimana mahu saya katakan perkara ini pada datuk. Datuk mencampakkan dahan itu ke pangkal pokok getah. jika tidak ada persediaan yang secukupnya. kamu mempelajarinya dari aku secara tidak langsung. "Kamu berdua ni dari mana?" Dalam nada suara yang sombong lelaki itu mengajukan pertanyaan." datuk tersenyum sambil meraba pangkal dagunya berkalikali." Seorang lelaki muncul dari balik pohon getah.Datuk melompat tinggi melepasi kepala saya." saya mengeluh. hidung. lelaki itu enggan menyambutnya. Lebih-lebih lagi. Entah macam mana. ketika lelaki itu memusingkan tubuhnya ke kanan. saya terlihat ada benda menonjol dalam baju labuhnya yang dibuat mengikut fesyen baju orang Pakistan. kalau aku lambat dah tentu dahan patah menimpa tengkuk kamu. Bentuk tubuhnya tegap dengan rambut panjang hingga jatuh atas sayap bahunya. "Assalamualaikum. mukanya nampak merah padam. Apa yang aku mahu." datuk melepaskan nafas tercungap-cungap. "Berapa lama saya mesti berbuat macam tu?" "Selagi aku masih ada. air dan manusia. gerak mata datuk sentiasa tertumpu ke arah dedaun yang bergerak mengikuti arah angin. Hati saya berdebar. "Tidak sulit. 95 . kalau kamu mahu berusaha. Aku melompat menyambarnya.

Apa yang ada dalam hati kamu dapat aku baca.. kami bermalam di pondok Mat Prai. Dia merasakan jawapan yang datuk berikan adalah sindiran yang tajam. Dia mula menendang apa sahaja yang ada dekatnya." jawab datuk dalam nada suara yang kurang senang. "Eh. "Kamu maki aku. jangan masuk kampung orang ikut suka hati. jika berlaku sesuatu yang tidak diingini." "Tipu?" saya pura-pura terkejut. kamu jangan nak tipu. Datuk tidak ambil peduli dengan sikap lelaki itu. biarlah kami pergi. budak setengah masak. "Kami tak mahu mencari musuh." "Ya." "Hisss. "Kamu berdua. "Kurang ajar." bisik saya dalam hati. "Saya tak cakap apa-apa dengan awak. "Dengan aku.Mungkin benda menonjol itu golok atau parang? Mungkin pistol dan mungkin." lelaki itu semakin berani. "Berapa lama berada di sini?" soal lelaki itu lagi." saya makin berani." lelaki itu segera menjegilkan biji matanya ke arah saya. 96 ." Lelaki itu mula menatap wajah datuk." "Rapat. Lelaki itu tidak puas hati dengan sikap datuk. kami sanggup." datuk menundukkan kepalanya dan terus melangkah. Dia buat tidak kisah dengan datuk yang berdiri dekat saya. HARAPAN Saya terus merenung ke arah datuk dengan harapan datuk dapat melindungi dari saya. kau jangan nak menipu.. benda tajam yang mengancam keselamatan kami." lelaki itu menghalakan kata-kata itu ke arah datuk." anguk datuk. Datuk tetap memperlihatkan sikap persahabatan. "Kami sampai malam tadi. Lagaknya memang mahu mencari gaduh. Tindak balas yang dilakukan oleh lelaki itu pada datuk ialah menjuihkan bibirnya sambil meludah ke kanan. "Selama mana. Serta merta saya gelengkan kepala. adik-beradiknya. "Adik-beradik rapat atau jauh." jelas datuk. mulutnya kian lancang mengutuk diri saya. "Kalau nak tunjuk lagak ayam jantan.

Dia segera berlindung di balik pokok tempat kayu yang dibalingkan oleh lelaki itu terkandas. "Lelaki itu tak memburu kita. "Siapa lelaki itu tuk?" "Entah. Belum pun sempat datuk mengucapkan sesuatu. saya lihat seketul kayu betul-betul dekat batang leher saya. lelaki itu menggunakan semua kekuatannya membalingkan ketul kayu itu ke arah saya. agaknya orang gila."Ah." terdengar suara lelaki itu meninggi. isterinya duduk berjuntai kaki. boleh jadi hantu. Ternyata datuk lebih cekap dari saya. Saya terdengar bunyi dengung yang panjang memburu langkah saya. mata golok terkena akar getah dan terus terlekat di situ. Semuanya tidak dipedulikan oleh lelaki itu. Masa berlari itu saya gunakan telinga untuk mendengar sesuatu dari arah depan dan belakang. kita tak perlu lari lagi. Dia tidak melepaskan buah silat yang kemas dan tajam. saya tak mahu bergaduh. Kesempatan itu datuk gunakan untuk melarikan diri. datuk berjaya mengelak. Belum pun sempat saya mencari tempat yang selamat. Dua orang anaknya membaling biji dan kulit durian ke mana sahaja. Bila saya bangun. Dia menatang talam kecil. lelaki tu mengeluarkan golok pendek dari dalam bajunya. dia lebih awal dapat mengesan bunyi itu dan tahu apa yang mesti dilakukan. Dengan cepat saya menoleh ke belakang. "Sudahlah saudara. Saya terus mengekori datuk berlari dengan kencang. Datuk lebih banyak mengelak dari melakukan serangan. Dia terus menyerang dan melepaskan tetakan ke arah datuk. sesuka hati mereka. Rupanya." ujar datuk. Datuk terus berjalan dengan laju. kita tidak pernah bermusuh. "Saya tak mahu gaduh. lelaki itu terus menyerang datuk bertalu-talu dengan goloknya. 97 .. Dalam satu tetakan yang kencang. datuk ketawa kecil. Manakala di atas pondok." dalam keadaan termengah-mengah datuk bersuara." saya terus merungut panjang. kenapa mesti berkelahi. Ini berlainan dengan lelaki itu yang kelihatan bersungguh-sungguh mahu membunuh datuk. "Kenapa lambat?" Dari kaki tangga pondok Mat Prai mengajukan pertanyaan." rayu datuk sambil menyuruh saya mencari tempat berlindung." Serentak dengan suara itu saya rebahkan badan dan ketuk kayu itu hingga terkandas di pohon getah lalu patah dua.. Datuk tidak memberikan sebarang pendapat terhadap komentar yang saya luahkan. "Appp. Usah pedulikan tentang dirinya." "Boleh jadi orang gila. Dia lari mengelilingi pokok getah dan berhenti di depan datuk.

" Mat Prai renung muka datuk. "Dah sejuk goreng pisang ni. "Cepatnya berhenti. Dia terus meghirup air kopi. Saya. dia suka menasihati budak-budak sambil bercerita kisah binatang. "Mari minum. "Entah." tanya Mat Prai sambil mengeliat. Dengan suara yang lantang dia menyebut nama kedua-dua anaknya. dia terus tuangkan air kopi ke dalam cawan. "Apa yang dibualnya tu." sambung Mat Prai. kenapa tak makan pisang goreng. Entah apa yang dicakapkan oleh datuk kepada kedua kanak-kanak itu hingga mereka berhenti melemparkan biji dan kulit durian ke arah semak-semak dekat pondok. Mat Prai ketawa lalu meletakkan talam kecil atas pelantar." balas saya. Datuk segera pergi menemui kedua-dua anak Mat Prai dibelakang pondok. "Sekarang dah dekat pukul lapan. Bagaikan dikejar sesuatu kedua kanak-kanak itu menerpa kearahnya. "Kamu Tamar." rungutnya. "Tak mengapa asalkan barang-barang tersebut boleh dimakan. "Ya. "Memang menjadi kebiasaan saya." isteri Mat Prai ajukan pertanyaan." datuk menolak piring goreng pisang yang dihulurkan oleh Mat Prai kepadanya. membuka bungkusan kuih dan diletakkan dalam piring. ambillah. "Ada pantang larang agaknya. Apa main tengok-tengok aje. Mat Prai dan isterinya terus anggukkan kepala. "Dia memang suka dengan budak-budak kecil." soal isteri Mat Prai. Mat Prai dan isterinya terus memerhatikan gelagat datuk melayani kedua kanak-kanak itu." ujar datuk dengan tenang." jelas datuk dan segera bangun. sepatutnya kita minum pagi pukul tujuh lebih." angguk Mat Prai. 98 . agaknya ini sudah menjadi kebiasaan saya. Dia terus duduk bersila di situ. Matanya tetap merauti wajah saya." jawab datuk." isteri Mat Prai juihkan bibir ke arah datuk. "Tak ada pantang larang. "Agaknya datuk kamu ni memang sukakan kanak-kanak. Kita ini terjumlah orang-orang yang bernasib baik kerana dapat makan pagi."Seronok mandi embun." jawab saya penuh jujur. dia segera tersenyum. Datuk hanya tersenyum dan terus duduk di pelantar. Bila isteri Mat Prai melihat datuk memisahkan diri dengan anak-anaknya." ajak Mat Prai. sebelah pagi minum kopi saja. Isteri Mat Prai turun dari pondok. Dia segera menghulurkan cawan kopi segera saya sambut.

Si anak tidak berani bertanya lagi. Dari pelantar ke atas bangku yang dibuat dari kayu bulat di bawah pokok rendang. Mat. Tidak lama datuk duduk di kayu bulat kerana Mat Prai mengajak datuk melihat buah durian yang dikumpulnya." suara Mat Prai lantang. "Berilah didikan agama secukupnya dan jangan pula kau didik mereka menbenci dunia. kamu berdua mesti ingat pesannya. Mereka hanya menurut perintah sahaja. "Sekarang juga mak?" tanya salah seorang dari anaknya. saya masih bertahan di pelantar. saya mahu memimpin mereka supaya menjadi manusia berguna pada bangsa. saya ingat pesan Ayah Alang tu. "Kau nak jual pada peraih." itu azam yang diluahkan oleh Mat Prai yang disambut dengan rasa bangga oleh datuk." sambung datuk. apa lagi menentang mata si ibu. cuba tengok." kata datuk "Boleh tahan juga. datuk tu pesan dalam dunia ni." tambah perempuan dua anak yang tidak pernah membantah sebarang perintah dari suaminya." "Sekadar ingat saja. "Ayah Alang dengan Tamar pergi mandi embun. sudah. Datuk juga turut berubah tempat tetapi. "Ya." "Macam-macam. "Banyak juga jumlahnya. Anak-anak harus dibentuk ketika rebung. agama dan tanah air. Membiarkan peluh-peluh yang meruap di dahi mengalir ke pipi. kamu ingat bila?" isteri Mat Prai jegilkan biji mata ke arah anak yang bertanya. "Semoga anak-anak kamu akan jadi manusia. mari kita balik ke rumah. Mereka berlari kecil di kiri dan kanan denai." 99 ." ujar datuk ketika melihat keduadua anak Mat Prai melangkah meninggalkan kawasan pondok durian. "Ya." "Saya setuju dengan Ayah Alang dalam hal ini. aku mahu kau melaksanakannya. tak memberi kesan tetapi." "Bagus."Kenapa emak?" "Tak ada apa-apa. kita mesti buat baik dengan manusia dan binatang. emak cuma nak tanya apa yang datuk tu cerita pada kamu berdua." jawab Mat Prai lemah. saya pula kumpulkan wang. Saya segera menegakkan ibu jari kanan bila Mat Prai segera beralih tempat duduk.

Dia menyuruh saya dan datuk meneruskan perjalanan. Kamudian dia bersuara. Saya alihkan pandangan ke arah datuk. Muka Mat Prai kelihatan pucat. serentak dengan itu saya kenyitkan mata ke arahnya. "Apa macam malam tadi bang? tak ada apa-apa yang datang. "Hum. Tepat pukul sebelas pagi." tanya salah seorang dari mereka. kami terserempak dengan dua pemuda yang diupah oleh Mat Prai menjaga dusun duriannya. Bahagian hujung buluh dipecahkan. Masing-masing membawa buluh kuning yang panjangnya kira-kira enam kaki." Kami bertiga berhenti melangkah. Peraih berbangsa Cina itu cukup fasih bercakap bahasa Malaysia loghat Pulu Pinang. Setelah membeli durian Mat Prai dia segera pergi ke dusun durian orang lain pula. "Tapi. Kedua-dua pemuda itu berpandangan sama sendiri. kami pun meninggalkan pondok durian Mat Prai. Sebaik sahaja sampai dekat rumpun buluh kuning. Kain pelikat berkotak kecil terselipang dari atas bahu ke dada." secara mendadak datuk mengajukan pertanyaan. Mat Prai cuma tersenyum." Mat Prai mengemukakan permintaan dan datuk tidak keberatan memenuhi permintaan itu."Ya tapi bukan semua. Mat Prai segera merenung ke arah datuk. Di depan kami terpancul seorang lelaki berbadan tegap memakai lilit kepala dari kain batik." tambah Mat Prai lagi. bila kita balik. Memakai seluar hitam dan berkasut capal. Kenapa mereka berbuat demikian. BANDARAYA Lebih kurang pukul sepuluh setengah pagi. "Susah nak cakap." Mat Prai mengeluh. "Budak yang balik malam tadi ambil alih tugas saya. enam tujuh biji saya nak buat nasi durian. ulu golok yang tersangkut di tali pinggang dari kulit kerbau nampak terbuai-buai. saya sendiri tidak tahu. bahawa lelaki yang berdiri di depan tu adalah lelaki yang menyerang saya dan datuk 100 . "Siapa yang membakarnya bang?" desak kedua-dua pemuda serentak. "Heeiii." dalam senyum Mat Prai menjawab." "Kenapa bang?" soal pemuda yang lagi satu. Orangnya cukup peramah. Badan mereka basah dengan peluh. Datuk anggukkan kepala. siapa pula nak kutip durian yang jatuh. Kedua-dua pemuda tadi meneruskan langkah ke pondok durian. Kita tunggu sampai peraih datang. kemudian kita ke rumah. Datuk segera anggukkan kepala tanda faham dengan maksud hati saya. peraih dari bandaraya George Town pun sampai ke pondok Mat Prai dengan sebuah lori kecil tanpa bumbung. "Dinding perigi kita dah hangus terbakar. Dia menghunus keris panjang ke arah kami.

" Dia menjerit sekuat hati sambil membuka silat macam silat Kungfu. Badannya terus menggeletar seperti orang kena histeria. beritahu adik-beradik kamu. Kemudian dia terus bertepuk tangan dengan sekuat hati. "Hum. Tidak ada jawapan yang diberikan oleh Mat Prai." dengan nada suara yang meninggi lelaki itu mengeluarkan ancaman. Kalau dibuat lagi sekali. Dia menoleh ke arah datuk dan saya dengan wajah yang pucat. Kura-Kura Mata Hijau Mat Prai berhenti melangkah secara mengejut.. Mat Prai seperti enggan meneruskan langkah. "Adik beradik kamu?" Dengan wajah yang garang lelaki itu jegilkan biji mata ke arah Mat Prai. orang sekampung. dia seperti mahu berpatah balik ke pondok durian. "Eh.di kebun getah. Gerak gerinya bagai pahlawan. 110. "Saya ingat.. "Adik beradik kamu?" jerit lelaki itu." kata Mat Prai." sambil bercakap lelaki itu menghalakan hujung keris ke arah saya dan datuk. Dia kelihatan berada di dalam keadaan serba salah. "Kenapa Mat Prai." untuk sekian kalinya lelaki itu mengherdik Mat Prai. keduaduanya aku bakar hidup-hidup. Lubang telinga saya terasa bengang. Dua tiga kali dia mengacukan penumbuk kiri ke arah saya. "Ya. "Hum. beberapa jam tadi." ujar Mat Prai. "Saya bagi pihak kaum keluarga saya minta maaf. "Beritahu dia jangan nak intip tempat duduk aku." datuk segera menggoncangkan tubuhnya. Rambut panjangnya sengaja dijatuhkan ke atas kedua belah bahunya. Apakah dia akan membunuh saya dan datuk? timbul pertanyaan dalam hati. 101 . Bunyi tepukannya itu macam bunyi petir. ingat pesan aku." sahut Mat Prai. kalau dilanggar dusun dan tanah kamu jadi padang jarak. "Haiii." Lelaki itu masukkan keris panjang ke sarung lalu diselitkan ke pinggang. Apa yang boleh saya lakukan ialah tunduk berlagak macam orang bodoh.

Aku nak tengok pantang larangnya berkesan atau tidak. Dia terus duduk matanya menentang biji mata datuk. siapa yang langgar pantangnya boleh kena penyakit gila babi. Saya yang sudah tidak sanggup berdiri segera mencari tempat duduk. Memang terlalu sukar untuknya memberikan semangat baru pada Mat Prai." datuk mendesak Mat Prai. bila Mat Prai terus baring atas rumput. dengar cakap aku. ramai percaya dengannya. Biar aku balik ke kampung. Cepat-cepat Mat Prai gelengkan kepala." Mat Prai pun berhenti memaki hamun Suhaimi Keraba." ujar Mat Prai dan terus menyebut nama Suhaimi Keraba serta memaki hamunnya dengan semahu hati." sebaik sahaja selesai Mat Prai bercakap dia terus rebah atas rumput. "Kamu sudah tahu jawapannya. Sasaran saya ialah batang buruk yang melintang di tepi denai.. Angin bertiup menggugurkan dedaun kering. baik di langit mahupun di bumi siapa yang berkuasa dan siapa pula yang menghidupkan dan mematikan manusia." "Nama orang itu tidak boleh disebut atau diberitahu pada orang." datuk memberikan semangat. Mat Prai tidak mudah mahu menerima apa yang datuk katakan itu." "Baiklah Ayah Alang. kalau sudah tahu kenapa kamu mesti takut dengannya. kerja Ayah Alang belum selesai lagi. "Kamu nak ikut cakap aku atau aku tinggalkan kamu di sini. "Jangan. mukanya bertambah pucat. "Aku nak tanya kamu satu perkara dalam dunia ini. Datuk terus berusaha memberikan keyakinan pada Mat Prai bahawa apa yang dipercayainya itu adalah karut. Dalam keadaan serba salah saya dongakkan muka ke langit melihat matahari yang memancar terang sedangkan awan putih bergerak tenang di dada langit." datuk bertanya dengan lembut pada Mat Prai setelah semua usahanya yang dikemukakan pada Mat Prai sebentar ditolak mentah. berhenti. Tetapi." jawab Mat Prai penuh keyakinan. Datuk terus gelengkan kepala sambil menarik nafas dalam-dalam." Mat Prai kelihatan maish ragu-ragu." "Kalau kamu mahu aku selesaikan. Kali ini datuk tidak mahu meentang biji mata Mat Prai."Saya dah langgar pantang Ayah Alang. "Sekarang kamu sebut namanya berkali-kali. Dan datuk terpaksa bertindak lebih tegas supaya Mat Prai mematuhi arahannya. 102 . "Berhenti Mat. ramai orang yang menyebut namanya pada orang lain jatuh sakit. kamu maki dia. Percayalah dia tidak ada kuasa. Paling mengejutkan. "Tapi. "Tentulah Allah yang maha besar.

kamu kata aku ada ilmu pedinding. dia harus menyedarkan diri Mat Prai yang terlalu percayakan pada hal yang karut-marut." "Tak payah." Saya segera patuh pada perintahnya itu. sebab itulah sumpahnya tak menjadi. Antara kami bertiga. "Bagi aku dia tidak ada kuasa. Tak usah fikirkan tentang manusia gila yang tidak bermoral itu. tiada seorang pun 103 . ada pemakai dan petua. Pokoknya. dia tidak peduli sama ada pendapat itu dapat diterima oleh Mat Prai atau sebaliknya. tentu kamu mengalami sesuatu." sambung datuk sambil mengeluarkan jam saku dari bajunya. Sebelum jam itu disumbatkan ke dalam poket. datuk melihatnya sejenak untuk memastikan sama ada kiraan sya tepat atau sebaliknya." datuk mula memberikan pendapatnya. kalau benar-benar orang yang pantang namanya disebut itu berkuasa. dia bukan ada kuasa yang berkuasa ialah Allah." Datuk tunduk merenung bumi. Apa yang aku lakukan ialah minta perlindungan dari Allah." itu arahan datuk kepada Mat Prai. Kami terus melalui beberapa buah dusun durian milik orang lain. "Bagaimana Mat Prai? Kau tentu setuju kalau aku katakan yang orang itu tidak ada kuasa. sebenarnya perkara yang kau sebutkan itu memang tidak ada pada aku." tanpa rasa bimbang atau takut-takut datuk terus bersuara." datuk tolak belakang Mat Prai. Saya pulangkan jam saku kepada datuk. "Nah kau tengok masanya. "sampai sepuluh minit beritahu aku." bisik datuk ke telinga Mat Prai tetapi dengan lemah dia menggelengkan kepala. Antara mahu dengan tidak Mat Prai terpaksa meneruskan perjalanan. "Kau selalu memikirkan perkara yang buruk-buruk." cetus datuk. Mat Prai jadi termanggu-manggu dan serbasalah. aku nak sampai ke rumah kamu cepat."Sekarang kamu duduk diam. "Baik Ayah Alang minta maaf padanya. " Kita tunggu sampai sepuluh minit. Perjalanan selanjutnya tidak ada perbualan. CUKUP Sepuluh minit sudah berlalu. Mat Prai segera berdiri. Panas terasa kian keras. kalau tidak susah diri Ayah Alang. Engkau tahu kuasa Allah tetapi. pergi jahanam dengannya. "Kenapa Mat?" "Sebabnya tak jadi kerana Ayah Alang ada pelindung diri. tidak ada perkara yang tidak diingini terjadi pada diri Mat Prai. dan boleh mendatangkan bala kepada kamu. dia orang gila. Teruskan perjalanan. engkau tidak yakin pada-Nya inilah yang merosakkan diri kamu sendiri. Kulit dahi dan muka saya terasa pedih. "Jalan cepat." datuk menyerahkan jam saku kepada saya.

yang berminat mahu bertanyakan itu dan ini." datang lagi arahan dari datuk. Tanpa membuang masa saya segera mencarinya." ujar datuk pada saya. Lebih dari sepuluh minit perjalanan kami berhenti. "Carikan aku Daun Dukung Anak." datuk keluarkan arahan." bisik Mat Prai ke telinga saya. "Aduh!" Datuk yang berada depan saya terus membongkokkan badan." jelas datuk. Saya dan Mat Prai anggukkan kepala. Darah mula keluar dari kult yang terkoyak itu. Saya segera renung kiri kanan." jawab saya. "Sapukan di tempat yang terkena buluh tu untuk membunuh bisanya. "Tengah rembang. Buluh itu sudah patah dua dan bahagian yang ditajamkan sudah hancur. Kedua belah tangannya menekan pangkal belikat sebelah kiri. Memang ada garisan memanjang yang melukakan kulit tubuh datuk. Tak sedar diri masuk 104 . Anak mata saya tertumpu ke arah bambu runcing sepanjang dua kaki di hujung kaki kanan datuk. kata orang tua-tua alamat tak baik. Peluh yang menguasai setiap sendi membuatkan saya resah. kalau perbuatannya boleh mengancam nyawa kita." terang datuk sambil menyuruh saya menghancurkan Daun Dukung Anak dengan telapak tangan. "Entah. Bila datuk sudah pulih. kalau tidak buluh itu tembus ke rusuk kiri. "Kenapa tuk?" "Ada orang baling benda tajam ke arah aku. Saya segera selak baju datuk. cepat-cepat kita lari. tetapi baru enam langkah Suhaimi Keraba muncul di depan kami dengan beberapa batang buluh runcing di tangan kiri. Atas arahannya juga daun yang sudah hancur itu saya tampalkan ke tempat yang tergaris sesudah membaca tujuh kali al-Fatihah serta sekali selawat. Masing-masing melayani khayalan diri sendiri. Dengan izin Allah Daun Dukung Anak yang melata di bumi itu saya temui dekat pangkal pokok durian mati pucuk. Saya memicit belakang datuk. Mat Prai melihat matahari yang terpacak di atas kepala. "Aku dapat menepisnya. "Kamu yang jadi kepala samseng memaki hamun aku. Datuk juga menyuruh kami berdiri sebaris menentang wajah Suhaimi Keraba. "Jangan di lawan" Itu perintah datuk untuk saya dan Mat Prai. kami meneruskan perjalanan pulang. Mat Prai segera memangku tubuh datuk agar jangan tersembam ke bumi. "Diam jangan banyak cakap.

Dalam rasa cemas dan takut itu dia berjaya melepaskan diri. aku sakit hati kerana kamu mencaci dan memperkecilkan aku. Kedua belah matanya dirapatkan cuma kelopak bibirnya sahaja bergerak seperti menyebut sesuatu. Dia mula memaki hamun datuk dan menyifatkan datuk dari keturunan orang yang tidak bertamadun. Buluh runcing itu segera dibenamkan oleh datuk ke bumi. "Kekuatan sahabat tidak sejauh mana. Bagi menyelamatkan diri. Kedua belah tangan tergapai-gapai seolah minta tolong." Suhaimi Keraba mula memperlihatkan taringnya. sahabatku. terlebih dulu untuk menyambarnya. Suhaimi Keraba berhenti dari melakukan sesuatu pada datuk. serentak dengan itu Suhaimi Keraba menjerit. Tidak dapat melawan kekuasaan Allah yang mencipta diri saudara dan saya. Berhempas pulas berusaha untuk bangun berdiri. Datuk tetap membisu. Dua tiga kali diacukannya ke arah saya." desis Suhaimi Keraba. Perlahan-lahan datuk membuka kelopak mata sambil menjatuhkan sepasang tangan yang memeluk tubuhnya. terbenam ke bumi dan sebagainya. Melihat kami semuanya membisu dan tidak kisah membuatkan Suhaimi Keraba naik angin. seolah-olah engatakan yang cakapnya sebentar tadi adalah benar. 105 . "Kamu jadi baruanya. saya dan Mat Prai terpaksa berlindung di balik pokok durian. sebelum hujung buluh runcing menjamah kulit. Setelah menggunakan pelbagai cara tetapi datuk tetap bersikap dingin. Dan Mat Prai terus merenung ke arah datuk. yang memberikan nyawa pada kita. Suhaimi Keraba terus memintas arah belakang datuk sambil membalingkan buluh runcing secara curi." kata datuk. "Aku yang merejamkan buluh tajam kepada kamu. "Bangunlah. "Hisss." ujar datuk lagi. Suhaimi Keraba merenung marah ke arah datuk. apa yang kamu katakan pada aku semuanya dapat aku dengar. Tidak satupun yang mengenai tubuh datuk." jari telunjuknya mengarah ke wajah Mat Prai. Ada yang melekat pada pokok pisang hutan. Suhaimi Keraba jatuh ke bumi. Suhaimi Keraba terus berlegar-legar di depan kami.kampung orang nak berlagak ayam jaguh. Tegak di situ sambil berpeluk tubuhnya. Semuanya menyimpang ke arah lain. Datuk merenung ke arah Suhaimi Keraba yang tertiarap ke bumi.. Satu kebolehan yang di luar kemampuan manusia biasa. Dia merejam sepuluh batang buluh runcing ke arah kami. Saya kira ada tenaga lain yang membantu Suhaimi Keraba. Tidak mahu memulakan pergaduhan.. dia mula menyerang datuk dengan buluh runcing. Sesekali dia mencabut keris panjangnya. Dia termenung sejenak. Datuk tetap berdiri dalam keadaan berpeluk tubuh. Lebih dari empat batang buluh runcing direjamkan oleh Suhaimi Keraba kepada datuk." kata-kata itu ditujukan oleh Suhaimi Keraba ke arah datuk. Datuk tidak berganjak dari tempat dia berdiri. Tetapi.

Saya ditunjukkan kawasan pasar tempat orang menjual buah dan jeruk buah pala. KECIL Pada petang itu. Dia terus melangkah kami dengan wajah seribu dendam. Tempat tersebut." kata datuk dalam nada suara yang lembut dan mengharapkan akan terjalin tali persahabatan antaranya dengan Suhaimi Keraba. Ternyata alasan itu dapat diterima oleh isteri Mat Prai. Tetapi saya masih beruntung Mat Prai memberika kerjasama yang baik. Terima kasih. Bila dia melihat pinggan yang kosong.Kami segera mendekati datuk yang kelihatan begitu tenang menghadapi cemuhan yang dilemparkan oleh Suhaimi Keraba terhadap dirinya. saya dan Mat Prai kembali 106 . saya makan betul-betul. Kenapa kami lambat sampai." "Tidak ada masa untuk bersalam dan bersahabat dengan orang yang tidak berilmu. kerana sesat itulah hidup saudara dikuasai nafsu syaitan. saya diajak oleh Mat Prai berjalan-jalan sekitar pekan kongsi yang kecil. Saya dan Mat Prai keluar dari tempat persembunyian. Secara sembunyi-sembunyi dia menaruh nasi durian ke dalam pinggan saya dan datuk tidak dapat berbuat apa-apa. "Saya tahu sejauh mana ilmu yang ada dalam dada saudara."Saudara sudah sesat. Mat Prai memberi jawapan yang kami singgah ke rumah beberapa orang kenalan. bertahun-tahun kemudiannya tekah dijadikan ladang ternakan buaya ( kini khabarnya ladang buaya itu sudah diberhentikan atas arahan pihak berkuasa demi keselamatan orang ramai) Lebih kurang pukul empat dua puluh lima minit petang. "Kamu bukan orangnya. Ternyata Suhaimi Keraba tidak mempedulikan harapan dan cita-cita datuk." Balas Suhaimi Keraba. Lepas makan saya tersandar di dinding dan datuk cuma terdaya menjeling marah ke arah saya. Tetapi apa yang kurang menyeronokkan ialah sikap datuk yang sering mengingatkan agar saya agar makan 'secukup kenyang!' satu ingatan yang boleh mematikan selera makan saya." Suhaimi Keraba menolak." datuk hulurkan tangan ke arah Suhaimi Keraba." "Sudahlah. Saya juga dibawa ke kawasan hutan kecil yang menurutnya tempat pelanduk berehat. "Saudara. kita mahu bersahabat. Makan nasi durian memang menyelerakan. saya mahu bersahabat. Tengah hari itu." Suhaimi Keraba mula mencemek. saya tidak berniat mahu bermusuh dengan saudara. Kami meneruskan perjalanan pulang. Itu pengalaman yang menyeronokkan ketika makan nasi durian waktu tengah hari di rumah Mat Prai. Sampai di rumah Mat Prai disambut oleh isterinya dengan pelbagai pertanyaan.

Dalam kesempatan itu juga Mat Prai memperkenalkan datuk dengan iman masjid tersebut." datuk terus menepuk bahu Mat Prai yang berada disisinya. Dari Imam tersebut datuk memperolehi cerita yang terperinci tentang dir Suhaimi Keraba serta kejadian aneh yang berlaku di dusun durian beberapa orang penduduk. Oleh kerana waktu Asar sudah hampir tiba. Sepuluh minit kemudian waktu Asar pun sampai bilal terus memukul beduk dan seterusnya melaungkan azan. cuba menyembunyikan rasa malunya. tak mahu berbincang dengan orang-orang kampung. saya menoleh ke arah Mat Prai. Kami dapati datuk tiada di rumah. "Dari dulu lagi kalau ada kejadian macam tu. kami baca yasin tujuh malam di dusun orang malang. "Perbuatan tu. Mat Prai tunduk tidak berkata apa-apa pun. Cakap isterinya memang benar. dikacau makhluk ganjil. Dia orang sini. datuk terus menuju ke arah masjid. perbuatan syaitan kita lawan ikut suruhan Allah. Hasilnya tak ada apaapa. "Dia ni cuma datang dan balik ke kampung bila dekat musim durian." sambung Pak Imam. "Dulu dia bawa bomoh siam nak halau hantu di dusunnya. Kata isteri Mat Prai." "Apa nasihatnya Pak Imam?" Tanya datuk. kemudian kami ingatkan pemilik dusun supaya membayar fitrah kalau memperolehi pendapat lebih. MESRA Sebelum berpisah datuk bersalaman dengan Pak Imam dengan penuh mesra. "Setahu saya kejadian itu sudah berkurangan. itu saja syaratnya." ujar Pak Imam dengan wajah yang selamba. tidak mahu berpuasa dan mengambil hak orang sebagai milik sendiri. tidak mahu sembahyang. kami terus mengambil air sembahyang dan melakukan sunat tahyatul masjid. pada hal saya kenal dirinya dari datuk neneknya lagi. Melainkan orang tak mahu ikut nasihat. Dia tersenyum tersipu-sipu. "Pak Imam tahu durian di dusunnya.ke rumah. Pak Imam renung muka Mat Prai." Pak Imam bersuara lemah. "Dengan izin Allah berjaya. ada seorang dua yang dusun mereka kena kacau. jadi dia tidak tahu apa yang berlaku. Saya hairan kenapa Si Mat ni tak mahu mengadu pada saya. Pada mulanya Pak Imam itu menolak permintaan datuk. Datuk sempat memujuk Pak Imam supaya turut sama pergi ke dudun durian Mat Prai." Pak Imam meluahkan suara hatinya. Rahsia dirinya telah terbongkar. tidak lama setelah kami meningalkan rumah. selain dari dusun ini. "Hasilnya bagaimana Pak Imam?" Tanya datuk. Saya dan Mat Prai terus ke masjid. Setelah menunaikan sembahyang Asar datuk terus berborak dengan imam yang usianya lima atau sepuluh tahun lebih tua dari datuk. Setelah didesak barulah 107 . kalau adapun terjadi kerana pemilik dusun durian tidak mahu mematuhi nasihat kami. Datuk duduk tertonggok di tengah ruang masjid membaca al Quran.

Mat Prai dan saya disuruh duduk di luar kira-kira dua puluh kaki jaraknya dari pondok asal. Barang yang saya cari ditemui. "Jangan. setelah selesai menunaikan sembahyang Isyak di masjid. Mata kura-kura aneh itu nampak tersembul dan mengeluarkan cahaya hijau. Saya raba sana. tetapi kura-kura yang datang mendadak di pondok kami terus menjulurkan kepalanya sambil memakan dedaun kering.Pak Imam itu mahu ikut serta ke pondok Mat Prai. Dua pemuda dari Pulau Betung yang menunggu dusun durian pada sebelah siang segera pulang. Perjalanan kami lancar tidak mengalami sebarang gangguan yang aneh. Sampai di pondok. raba sini." Mat Prai mula marah dan terus mahu memukul belakang kurakura dengan kayu yang digunakan untuk memukul ular. saya atau Mat Prai tidak berhasrat mahu mengutipnya. Mat Prai menyambut kami dengan hidangan air kopi panas. Saya hanya diam sahaja. Sumbu pelita menguasai ruang pondok. Mat Prai ambil kayu memukul ular itu. Mereka terus membaca Quran. saya dan datuk serta Pak Imam terus menuju ke pondok durian Mat Prai. "Ular. cari kotak mancis. Biasanya kura-kura bila terdengar suara atau melihat orang akan menyorokkan kepalanya." "Kenapa Tamar?" "Biarlah dia pergi sendiri. Kura-kura yang menjulurkan kepalanya masuk ke dalam badannya." "Hum. Kali ini datuk melakukan sesuatu di luar dugaan saya. Manakal datuk dan Pak imam duduk di pondok besar. Kami mendengar bunyi buah durian jatuh tetapi. 108 . "Kenapa semuanya mesti terjadi masa datuk kamu tak ada bersama kita.. kena tepat pada bahagian belakangnya.. jelas kelihatan ular hitam menyusup di bawah dedaun kering dan terus ghaib entah ke mana. Kami berada dalam kegelapan." Mat Prai mengeluh lalu menghempaskan kayu di tangan dengan sekuat hati. Kami disuruh duduk di situ. Ular itu panggungkan kepala lalu mematuk pelita minyak tanah. Saya tidak mahu berada jauh dari Mat Prai. Tidak sampai dua jam datuk berusaha mendirikan pondok yang bentuknya macam pondok mainan kanak-kanak. Ular itu terus menuju ke arah pelita minyak tanah. Panjangnya kira-kira dua kaki. Di situ datuk dirikan empat batang tiang dan atapnya dibuat dari daun-daun hutan yang lebar." jerit saya. Ke mana sahaja Mat Prai bergerak di situ saya berada. Biji mata Mat Prai terbeliak melihat seekor ular hitam sebesar lengan budak berusia lapan tahun. Malam itu. kubunuh kura-kura laknat ni. Mat Prai pergi lebih awal dari kami. Tempat ular itu hilang segera diganti oleh seekor kura-kura yang warna kulitnya kuning keemasan.

Darah saya tersirap melihat muncung kelawar yang bentuknya macam muncung babi hutan.” jawab Mat Prai cemas. “ kata saya pada Mat Prai. “Kamu tengok giginya. Aneh! Angin yang bertiup lembut secara mendadak bertukar menjadi keras. Bulunya berwarna kekuningan dan biji matanya tersembul seperti memancar-mancarkan cahaya api. malah ada yang jatuh ke tanah akibat disentuh angin. Sepasang matanya segera diarahkan ke arah belakang kura-kura. Saya bimbang ini bukan kura-kura betul. “Berbahaya. “Ini kelawar puntianak jenis penghisap darah. Saya dan Mat Prai terdengar bunyi suara tupai.” Saya segera menyergah. Beberapa ekor kelawar berterbangan dalam pondok. bahawa saya tidak boleh bertindak atau melakukan sesuatu dengan sewenang-wenangnya di malam yang kian dingin. Mat Prai terus menegakkan badannya semula. Bentuk kelawar yang jatuh itu agak berbeza dengan kelawar-kelawar yang biasa saya lihat.” Saya segera mengarahkan mata ke arah yang disebutkan oleh Mat Prai. “Jangan. terdengar suara harimau mengaum. Semuanya mengundang kecemasan dalam diri. Salah seekor dari kelawar itu jatuh di depan saya dan Mat Prai.” Mat Prai mempamerkan kemarahan. mahu saja saya menyepak kura-kura yang tertonggok macam besi buruk itu. bila tupai berbunyi malam. sayapnya juga agak lebar.” 109 . “Kenapa Tamar?” “Biar dia pergi sendiri. “biar aku bunuh Tamar. Dalam rasa serba salah dan takut itu.” tutur saya lagi. Kelawar Hisap Darah KALAU diturutkan rasa hati. “Macam mana kalau aku campakkan kura-kura ini keluar. Bentuk badannya agak besar. Akhirnya saya sedar. Ganjil sekali. Jarak kelawar itu dengan badan kura-kura kira-kira tiga hasta saja. Saya terdengar reranting tua jatuh bertalu-talu ke tanah. Giginya yang putih dan besar menyeringai ke arah saya. agaknya ini kurakura jelmaan. Dedaun hutan yang dijadikan atap pondok mula bergerak-gerak.111. Mat Prai terus membongkokkan badannya sambil berusaha mahu memegang badan kura-kura.

“Dia datang.Sebaik Mat Prai selesai bersuara.” suara Mat Prai terus berhenti. raba sini.” kata saya tegas.. “Aduh.” Mat Prai arahkan telunjuk kepada kelawar secara mendadak muncul kembali dalam pondok. 110 . kelawar itu terus memukulkan kepaknya ke arah sumbu pelita. Bila melihat saya tidak memberikan sebarang reaksi. “Muka aku berdarah. Bila berada betul-betul di atas muncung api pelita minyak tanah.. saya terdengar tubuhnya jatuh ke tanah lalu dituruti dengan bunyi pergelutan yang hebat di malam yang gelap.. “Tak payah.” Suara Mat Prai meninggi. Mancis tak juga ditemui. Saranan itu tidak dapat saya terima. Kelawar itu terus berlegar-legar dalam pondok. Biarlah datuk dan Pak Imam menyelesaikan urusan mereka. kehampaan itu segera digantikan oleh rasa cemas dan terkejut yang amat sangat. Kedua belah kepaknya dikembangkan dan terus terbang. Api pelita padam dengan serta-merta.” "Kenapa?” “Dicakar kelawar. Raba sana. Tamar” Mat Prai keluarkan cadangan. berpusing-pusing dalam pondok kecil.. Saya terus berusaha mencari mancis api. Tamar.. seolah turut menyaksikan apa yang dilakukan oleh kelawar itu. Kura-kura ganjil bergerak dan hilang dengan sekelip mata. Dan kura-kura terus hulurkan kepalanya. badan terus menggeletar. saya lemparkan pandangan ke arah luar pondok. Saya bertambah menggelabah. ah. Tolong aku. “Panggil datuk kamu. kelawar di depan kami terus berbunyi dengan nyaring. Terlalu awal rasanya untuk menyampaikan perkara ini pada datuk. Deru angin terus mengasak lubang telinga di samping bunyi telapak kaki manusia memijak reranting dan dedaun kering di setiap sudut pondok. Tetapi. Mat Prai mengulangi pertanyaannya lagi. KELAM Dalam keadaan yang kelam kabut itu. Kelawar itu terus menerkam ke arah pelita minyak tanah ambil mengembangkan sayapnya lebar-lebar.. Terbayang kehampaan di wajah Mat Prai.tolong. Mat Prai terus mengerang kesakitan. eh kelawar itu cuba gigit batang leher aku. Malam yang gelap pekat itu membuat saya tidak dapat melihat apa-apa pun.

tidak kelihatan lagi. Mat Prai agak terkejut dengan apa yang saya buat. Selesai membacanya. Saya tidak takut dan cemas. Lain yang saya raba dan saya cari. Bunyi-bunyi yang menakutkan sekitar pondok terus hilang. “Kau nak ke mana. “Ya Allah. Saya tidak boleh berdiam diri. Saya mula meraba-raba ke arah badan Mat Prai. lain yang saya dapat. saya seperti memperoleh sebuah kekuatan yang agak luar biasa.Saya terus menyeru nama Mat Prai berkali-kali. “Kuku kelawar cukup bisa. Sayangnya saya tidak menerima sebarang jawapan. Dengan diterangi oleh sinar lampu minyak tanah. semua kulit muka terasa pedih. Cengkerik dan katak puru yang berlompatan jelas kelihatan. Tanpa membuang masa saya terus membakar longgokan dedaun kering dan reranting. PANGKAL Perlahan-lahan saya pangku kepala Mat Prai. Anak mata saya melilau mencari tubuh Mat Prai.” Ratap Mat Prai. kenapa tidak kau laungkan saja dari sini?” 111 . Kawasan sekitar terang benderang. api terus marak. Apa yang saya dengar ialah tarikan nafas Mat Prai tercungapcungap. Dedaun kering dan reranting yang bersepah sekitar pangkal pokok saya kumpulkan. Saya sandarkan ke pangkal pokok yang tidak saya ketahui jenisnya. Darah di mukanya saya kesat dengan kain yang saya koyak dari hujung baju.” jerit saya. Seluruh kawasan di bawah pokok terang benderan. Tanpa membuang masa saya terus membaca petikan ayat-ayat Al-Quran untuk menghalau syaitan. Mancis api sudah berada dalam tangan saya. Begitu juga dengan kelawar aneh. Kemudian saya heret tubuh Mat Prai keluar dari pondok. saya segera anggukkan kepada. “Kenapa kau buat semuanya ini. Mat Prai terlentang mukanya berdarah bersama dengan calar-calar. saya dapat melihat betapa dalamnya cakaran dari kuku kelawar aneh di muka Mat Prai. “Tunggu” Itu yang saya ucapkan padanya. Api pun memancar dan sumbu pelita segera saya bakar. Saya segera mendekatinya. Tamar? Kau nak panggil datuk kamu? “Ya” saya anggukkan kepala. macam siang. saya lihat di batang tengkuknya ada benda hitam sebesar telapak tangan. Dengan sekelip mata. Tamar? Kau nak bunuh aku atau kamu kerasukan syaitan?” “Bukankah kita memerlukan datuk? Inilah cara memanggilnya” “Hiss. mesti bertindak untuk menyelamatkan Mat Prai. Bajunya habis koyak-rabak. Dia terus berdiri sambil memeluk pangkal pokok. Anak mancis saya lagakan di badannya. kamu.

Perlahan-lahan Mat Prai undur lalu bersandar di perdu pokok dengan sepasang matanya tertumpu ke arah dedaun dan reranting kering yang dimamah api. Dari gerak-gerinya meyakinkan hati saya yang Mat Prai mahu melakukan sesuatu terhadap saya. Dia yakin saya sudah kemasukan syaitan. Bisanya juga tak 112 . Nampaknya Mat Prai mula yakin yang diri saya tidak dirasuk syaitan. Jatuh berserakan di hujung kaki. Belum pun sempat saya melakukan sesuatu. Mat Prai tidak jadi melangkah untuk mendekati saya. lebih-lebih lagi dalam masa kecemasan. kedatangannya amat menggembirakan hati saya dan Mat Prai. Datuk terus dudukkan Mat Prai di situ. Dengan keadaan terhuyung-hayang Mat Prai terus mengutip dedaun kering dan reranting lalu dicampakkannya ke dalam api yang sedang marak. budak syaitan?” jerit Mat Prai. Tidak dapat saya pastikan dari arah mana datuk muncul. budak syaitan apa pesan datuk kamu?” dalam keadaan terhuyung-hayang kerana menahan kesakitan. Bahu kanan saya dipaut dari arah belakang. Walau bagaimanapun. Segera saya mendekati datuk untuk menerangkan keadaan sebenar. “Eh! Kenapa Tamar?” Darah saya tersirap. “Eh. Datuk kesat kesan darah di muka Mat Prai dengan sehelai daun lebar yang dipetik dari sebatang pokok di sebelah kanan tempat datuk duduk bertinggung. Mat Prai segera mendekati saya.“Ada pesan datuk untuk saya” “Pesan?” Mat Prai bertambah terkejut. “Apa pesan datuk kamu. jangan laungkan namanya waktu dinihari. Datuk terus menatap dengan teliti cakar-cakar di muka Mat Prai. “Kata datuk. “Kukunya tak berapa dalam terbenam dalam daging muka kamu. “Muka saya dicakar kelawar besar. Dia merasakan yang saya mahu mempermainkan dirinya. akibat kehadiran datuk di sisinya. Mat Prai terus memeluk datuk. “Eh. Ayah Alang” nada suara Mat Prai yang keras dan meninggi itu membayangkan dirinya memiliki semangat baru. bersama bunyi cengkerik dan jeritan burung hantu yang memanjang. kenapa Tamar?” Ulang datuk untuk kedua kalinya sambil menatap wajah saya yang berada dalam keadaan terkejut. “Kenapa dengan muka kamu?” tanya datuk lalu memimpin Mat Prai ke kawasan yang agak samar-samar. nanti syaitan tumpang menyahut” jelas saya dengan tenang. Lolongan anjing yang sayu dan memanjang menegakkan bulu tengkuk. Kemarahannya sudah tidak dapat di kawal lagi. Reranting kayu dalam genggaman saya segera terlepas. Angin malam terus bertiup.

Jumlahnya lebih kurang dua puluh helai. Di malam yang dingin itu badan saya mula diruapi peluh-peluh halus. kelawar jadian yang sudah dipuja” sambil menarah rasa sakit. "Taruhkan lagi daun dan ranting kering dalam api tu” datuk mengeluarkan arahan. naik ke udara. Sekarang. Anehnya! Mat Prai tidak memperlihatkan sebarang tindak balas terhadap perbuatan datuk itu. Setiap kali hujung jari datuk ditekan. “Mulakan sekarang” kata datuk. lolongan anjing liar di kali bukit bersama nyanyian burung hantu. meskipun. bertalu-talu memukul gegendang telinga. untuk menyembuhkannya adalah milik Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang” kata datuk tenang. Mat Prai bersuara tersangkut-sangkut. datuk terus memilih pepucuk daun yang hijau. Mat Prai seperti menerima arahan tertentu terus duduk berdepan dengan datuk. 113 . kamu pejamkan kedua belah mata. Cakapnya segera dipatuhi. perbuatan datuk itu mendatangkan rasa sakit pada dirinya. kawasan sekitar terus terang benderang. Bara api yang terkena ranting terus mengeluarkan percikan bunga api. tangan tidak berhenti melontarkan ranting kering ke dalam api. “Kita hanya berusaha dan berdoa.seberapa” tutur datuk lagi sambil menekankan hujung jari kelengkeng ke pipi Mat Prai. tetapi. Kemudian kamu pegang salah satu longgok daun tu dan serahkan kepada aku. Agaknya. kedua belah kelopak mata Mat Prai kelihatan mengecil menahan rasa sakit. Api terus marak. Jari telunjuk datuk terus berlari atas permukaan kulit muka Mat Prai. Mulutnya kelihatan bergerak-gerak semacam membaca sesuatu. Dia berhenti menyentuh kulit pipi Mat Prai dengan hujung jari telunjuknya. faham tak apa yang aku cakapkan?” tutur datuk kepada Mat Prai. Muka saya mula terasa panas akibat terkena bahang dari api yang saya nyalakan. Dengan pertolongan cahaya api. kelawar yang menyerang saya itu. Pepucuk itu dijadikan empat longgok dan setiap longgok mengandungi lima helai. Datuk tidak memberikan sebarang jawapan. “Faham” sahut Mat Prai sambil merenung ke arah saya yang telah mencampakkan dedaun dan reranting kering ke dalam api yang kian membesar. Di celah-celah suara anjing dan burung hantu itu masih saya dapat dengar suara Pak Imam membaca surah Yasin. TIUP Angin malam terus bertiup. Longgokan itu diletakkan sederet di depannya sambil duduk bertinggung datuk terus menepuk kedua belah tapak tangannya tiga kali berturut-turut. “Di depan kamu ada lima longgok pucuk daun yang baru aku petik.

“Baik Ayah Alang. Mungkin untuk memberikan semangat (pemulih) datuk terus meraba cuping telinga Mat Prai tiga kali berturutturut. “Saya mulakan sekarang Ayah Alang” “Silakan Mat Prai” Mat Prai terus duduk bersila. Diserahkannya pada datuk. Matanya penuh simpati merenung ke arah muka Mat Prai. Aku mahu kamu ambil satu persatu dan serahkan pada aku. dia 114 . macam kamu buat tadi. datuk hanya mengambil sehelai saja. Dahinya terus berkedut. “Sekarang di depan kamu ada empat longgok lagi. “Macam-macam yang saya lihat dalam mat ni. Manakala bakinya datuk letakkan di bawah peha.” kata Mat Prai tersekat-sekat.” Mat Prai terus mencakup longgokan itu satu persatu. buat apa yang aku suruh!” “Baiklah Ayah Alang. Dia memang tidak menduga secepat itu datuk menyuruh dia melakukan tugas tersebut. Hasilnya. “Pejamkan mata. membayangkan rasa takut dan cemas melihat sesuatu yang amat menakutkan.” sambung Mat Prai..” nada suara datuk cukup lembut. Diserahkan kepada datuk. Sepasang bibir bergerak mengucapkan Bismillah. kedua belah bulu keningnya hampir bertemu. Bila sudah cukup lima helai pucuk daun hutan berada di atas kepala lutut datuk. Mat Prai kelihatan lebih agresif dan berani. Bila melihat Mat Prai agak keberatan dan ragu-ragu untuk mematuhi perintahnya.” datuk mengingatkan Mat Prai. Kedua belah kelopak matanya dicantumkannya. “Saya boleh buka mata sekarang Ayah Alang?” “Tak boleh kecuali bila aku suruh” “Saya tak sanggup Ayah Alang.“Sekarang?” Mat Prai seperti terkejut. Macam tadi juga. Kedua belah tangannya merewang ke kiri dan ke kanan. datuk terus bersuara dengan lantang dan garang. Selebihnya datuk letak di bawah paha kiri. Mukanya nampak merah. semuanya menakutkan. buatlah apa yang aku suruh. Datuk hanya mengambil sehelai sahaja untuk diletakkan atas kepala lutut kanan. Tangan kanannya bergerak dan akhirnya menyentuh longgokkan pepucuk daun yang terletak dilonggokkan ketiga di sebelah kiri. Tapi saya takut ada sesuatu yang buruk terjadi” “Tak apa.

Pucuk daun berubah tempat. dari atas kepala lutut ke telapak tangan datuk. di depan api dengan kedua belah tangannya memeluk tubuh.segera membongkokkan badannya untuk mengambil pucuk dedaun hutan itu dengan mulut. Mat Prai resah sendirian dan saya tidak pernah lupa dengan tugas mencampakkan reranting kering ke dalam api. “Tak apa Mat Prai. 115 . Tidak memadai dengan itu. Dia seperti terkejut dengan pertanyaan yang dikemukakan oleh Mat Prai itu. Dia seolah-olah menganggap Mat Prai bagaikan tidak wujud di depannya.” Mat Prai membuka matanya. Saya ketawa kecil melihat wajah Mat Prai yang melucukan dibalut oleh dedaun hutan. SABAR Dengan sabar Mat Prai menanti arahan dari datuk untuk membuka kelopak matanya. “Kamu jangan gerakkan kulit muka. kelawar tu kelawar jadi-jadian.” balas datuk..” kata datuk sambil bangun. “Saya yakin kalu kelawar tu datang Ayah Alang tak boleh buat apa-apa.. Datuk segera memalingkan muka ke arah Mat Prai. Cuma biji matanya saja yang bergerak. Tidak keterlaluan kalau saya katakan yang muka Mat Prai tidak ubah macam muka orang pada zaman primitif.” Mat Prai memprotes. Mata kamu renung ke langit. Datuk menarik nafas panjang.dan saya lihat tidak ambil kisah dengan Mat Prai yang tertonggok di depannya. Hampas dari pepucuk yang diramas itu ditampalkan ke kulit muka Mat Prai. Datuk mundar-mandir. Pokok-pokok renek di depannya bergerak seperti dirempuh sesuatu. “Sekarang buka mata kamu. Kata-kata itu seolah-olah membayangkan keraguan Mat Prai terhadap keupayaan datuk mengatasi masalah yang dihadapi. datuk terus melekapkan daun yang disimpan di bawah paha kiri ke muka Mat Prai. duduk diam di situ selama sepuluh minit. aku ada di sini.” sanggah Mat Prai. Air disapukan oleh datuk ke muka Mat Prai. Bersama sebuah senyuman dia menjatuhkan sepasang tangannya lurus ke bawah. Ayah Alang tak benarkan saya bergerak. Pucuk-pucuk daun itu datuk ramas hingga mengeluarkan air kental yang berwarna kehijau-hijauan dan berlendir.” Datuk melompat sambil membuka buah silat dengan kedua belah tulang sikunya menghala ke arah sepasang biji mata sebesar buah pinang dara. “Macam mana kalau kelawar tu datang menyerang saya. “Oooppp.

patuh dengan perintah datuk. Mat Prai gerakkan tubuhnya lambatlambat. Datuk segera bangun. Andainya datuk tidak dapat mengelakkan terkaman pertama sudah pasti leher datuk patah. Datuk mengelak ke kiri. Saya kira harimau itu mahu melakukan satu lompatan yang kencang untuk menerkam ke arah batang tengkuk datuk. mungkin Mat Prai terkejut melihat kemampuan datuk bersilat dengan harimau yang tidak di undang.” kata saya cemas. Datuk dan harimau terus bersilat. Ketika harimau berada di udara dan bahagian perutnya betul-betul berada di atas kepala datuk. Di saat itu saya memikirkan hal itu. Mat Prai tetap mematuhi apa saja cakap datuk. Tamparan harimau dapat datuk elakkan dengan berguling di tanah.” Dia segera bangun. Datuk terus bangun sambil menepis dedaun kering yang melekat pada bajunya. Bahagian dagu harimau bergerak-gerak. Macam tadi. harimau terus melompat melepasi kepala datuk. “Kau bongkokkan badan macam orang rukuk sembahyang. Kepala Ke Langit 116 . “Bangun. Ghaib entah ke mana. membuka mulutnya perlahan memperlihatkan dua batang siung yang putih dan besar. Harimau itu tidak mengaum tetapi. Datuk terus menepuk bahu kanan Mat Prai dua tiga kali. Datuk menggolekkan tubuhnya ke arah api yang marak.. 112 .” katanya dengan tenang melangkah mendekati Mat Prai yang kelihatan kaku. Mat Prai toleh kiri dan kanan.“Harimau. Seekor harimau sebesar lembu jantan yang cukup dewasa berada di depan datuk. harimau besar terus melakukan satu lompatan. Pada hemat saya. “Uhhh. Kebimbangan berkocak dalam dadanya. Harimau yang tidak di undang itu merendahkan badannya dengan sepasang kakinya dilunjurkan ke depan sementara kedudukan kaki belakangnya tidak berubah. Dia terus bertinggung sambil meletakkan ranting kayu terbakar atas bumi. Dia renung saya dengan senyuman kepuasan.” Pekik datuk lalu mencapai ranting kayu. Secepat kilat ranting terbakar itu dijolokkan ke bahagian perut harimau. Bagaikan kilat datuk menyambar ranting yang dimakan api.” datang lagi arahan dari datuk. harimau terus menerkam.. Harimau terus mengaum dengan nyaring dan jatuh ke rimbunan pokok-pokok renek dan akhirnya terus hilang. “Harimau sesat nak cari durian. Elak ke kanan harimau menerpa tanpa tangguh-tangguh. tanpa membuang masa datuk terus melakukan tindakan mengejut.

Bertaburan di tanah. saya bersedia Ayah Alang.Datuk berdiri di sebelah kanan Mat Prai memastikan kedudukan rukuk Mat Prai betul seperti yang dihajati. Akhirnya kesan lebam itu hilang. Saya dan Mat Prai berpandangan." "Sediaaaaaa." datuk seperti merungut di depan tubuh Mat Prai yang terbaring di bumi. kelawar jenis ini memang merbahaya dan jahat." kata-kata datuk itu membuat saya cemas dan takut. kukunya berbentuk macam kuku harimau. "Kelawar tu cuba nak hisap darah kamu. Saya lihat Mat Prai rebah perlahan-lahan serentak dengan itu juga saya lihat hampas dan serbuk dari pucuk hutan yang ditampalkan ke muka Mat Prai terus jatuh berderai. "Dalam satu kumpulan kelawar yang terbang malam. Kau mesti tahan semuanya. salah seekor darinya terdapat yang menghisap darah manusia dan binatang. taringnya tajam yang di bahagian hujung nampak kehitamhitaman." datuk memberi penerangan. Bulu roma terasa tegak berdiri. datuk terus menggenggam penumbuk kanan. kalau jumpa binatang ternakan atau manusia dia terus menyerang." "Kalau sakit jangan mengeluh.. Dia terbang malam antara pukul dua belas malam hingga tiga pagi. suruh beredar dari sisinya. PENERANGAN 117 . Dengan teliti datuk membelek-belek kesan lebam itu. Saya hanya diam saja tetapi. jangan mengaduh." Mat Prai membuat ramalan. tidak melupakan tugas untuk membalingkan reranting kering ke dalam api yang marak. "Aku tengok pangkal tengkuk kamu lebam. masa dia terbang tu." datuk terus memberi komen sambil menolak tengkuk Mat Prai." datuk melepaskan penumbuk sulung ke pangkal belikat Mat Prai." "Baik Ayah Alang. Kesan darah dan cakaran yang dalam sudah tidak kelihatan lagi. biar aku periksa. "Bersedia Mat Prai. kecuali garis-garis halus yang tidak berapa dalam." sanggah Mat Prai membantah gelengan kepala datuk. "Siapa kata tak ada kelawar makan darah." "Ya. "Mana ada kelawar makan darah manusia. Datuk segera memulihkannya hingga sedar." tanpa banyak cakap Mat Prai hulurkan tengkuknya pada datuk. Dua tiga kali datuk tekan ibu jari kanannya ke tempat yang lebam itu. Mat Prai terus duduk bersila di depan datuk dan saya. Cahaya api yang marak mengizinkan saya menatap Mat Prai. bentuknya besar. Mat Prai. "Kamu ni lembik sangat. rapat dengan aku. kena sikit pengsan. Datuk gelengkan kepala.. Saya mula dongakkan kepala ke langit mengawasi kalau ada kelawar berterbangan di udara. "Agaknya kelawar jadi-jadian.

Selesai saja memberikan penerangan, dua ekor kelawar terus menerkam ke arah batang leher datuk. Kedua belah tangan datuk bergerak pantas menghalang hajat kelawar itu. "Uhhh...," jerit datuk. Dia terus melompat sambil menyambar ranting di bumi. Dengan ranting itu datuk memukul ke arah kedua ekor kelawar serentak. Pukulan datuk tepat pada sasarannya. Dan kedua kelawar terus jatuh ke dalam api yang marak. "Kamu berdua ikut aku," datuk renung muka saya dan Mat Prai. Kemudian kami mengaturkan telapak kaki mengikut langkah datuk. Memang itu yang kami harapkan. Makin hampir ke pondok, makin jelas dan lantang kedengaran suara Pak Imam membaca ayat-ayat suci di malam yang hening, memburu ke fajar menyingsing.Saya sudah membuat keputusan untuk membentang pada datuk tentang peristiwa aneh yang dialami. Sebaik-baiknya perkara itu, diceritakan bila sudah berada ddi pondok di depan Pak Imam. Bercerita sambil berjalan tidak sesuai. "Kamu berdua jumpa ular dan kura-kura?" Saya terkejut dan segera memalingkan muka ke arah Mat Prai, ternyata dia tergamam. Masih di jalanan datuk sudah menyoal, apakah dia yang mengadakan semuanya itu untuk menguji keberanian kami. Timbul pertanyaan dalam diri saya. Datuk berhenti melangkah. "Cakap, apa yang kamu alami tadi? Kamu jumpa ular dan kura-kura?" Datuk tatap wajah saya dan Mat Prai, sambil menarik nafas saya renung ke arah pondok yang dicerahi oleh lampu minyak tanah. Saya nampak Pak Imam terbongkok-bongkok memnaca al-Quran. "Ya, kami jumpa benda-benda yang datuk sebutkan itu dalam pondok, kami tak tahu dari mana datangnya," saya memberikan pengakuan pada datuk. Saya lihat orang tua itu meraba-raba pangkal dagunya yang dirajai janggut. Dia kelihatan cukup tenang. "Dari mana benda-benda ganjil itu datang tuk?" tanya saya lagi. "Aku sendiri tak tahu." "Tapi, macam mana Ayah Alang tahu benda-benda tu datang ke tempat kami," Mat Prai pula mengajukan pertanyaan. Datuk termenung sebentar, barangkali dia merasa sukar untuk memberikan jawapan. Datuk atur langkah kembali. Perjalanan yang terhenti disambung kembali. "Pada mulanya aku tak tahu, aku datang ke situ kerana aku nampak api," tanpa diduga datuk bersuara. "Masa aku sampai tadi, aku nampak ada sisik ular dan bekas kaki kura-kura," sambung datuk. Cukup teliti datuk mengawasi sesuatu tempat. "Kerja siapa semuanya tu tuk?" tanya saya lagi.

118

"Kerja orang yang bertuankan iblis syaitan." "Jadi kura-kura dan ular tu benda jelmaan," cukup pantas Mat Prai menyoal, dia mempercepatkan langkah hingga berada di depan datuk. Perbuatannya itu memang tidak wajar dan datuk memerintahkan Mat Prai supaya berjalan di belakang. Perintah segera dipatuhi. "Bukan jelmaan Mat Prai." "Kalau bukan jelmaan, apa dia Ayah Alang?" "Perbuatan sihir." "Ayah Alang tahu orang yang jadi tukang sihir tu." "Agak-agaknya, aku tahu, orang jahat tu tak lain tak bukan ialah..." datuk tidak dapat menamatkan percakapannya. Sepotong kayu yang panjangnya kira-kira dua kaki meluru ke arah depan. Datuk tidak dapat mengelak dan kayu itu tepat mengenai telinga kirinya. Datuk berpusing-pusing dan bahagian yang terkena kayu itu kelihatan bengkak dengan segera. Datuk hampir mahu jatuh, mujurlah Mat Prai bertindak segera. Badan datuk terus dipangkunya dan dibaringkan di pangkal pokok. Setelah diberi bantuan tenaga datuk pulih dengan serta merta. Datuk terus bangun sambil meraba di tempat yang bengkak. "Syukur pada Allah kerana aku tak luka, kena sikit aje, sampai di pondok boleh diubat," ujar datuk tenang dan memulakan langkah yang terhenti. "Memang kamu handal orangnya." Serentak datuk, Mat Prai dan saya menoleh ke kanan. Seorang lelaki dengan seluar dan baju hitam berdiri di situ. Kepalanya diikat dengan kain merah. Di tangan kanannya terlekap sebatang lembing yang matanya dibuat dari buluh kuning yang sudah dikeringkan. Orang itu, tidak lain tidak bukan ialah Suhaimi Keraba. "Saya tidak handal, saya minta perlindungan dari Allah yang menjadikan kita semua. Saya tak suka orang membesar-besarkan saya macam tu," tutur datuk penuh hormat. "Ya, tak mengapa, lain waktu, lain masa kita bertemu lagi. Cuma saya nak ingatkan awak jangan seretkan orang lain dalam hal kita ini, jangan babitkan Pak Imam." "Saya tak babitkan sesiapa, saya cuma minta bantuan dari orang yang berilmu." "Sudahlah, jangan berdalih, jangan banyak cakap, haaaaa," Suhaimi Keraba menerkam ke arah datuk, secepat kilat dia menghayunkan batang lembing ke kepala datuk. Nasib baik datuk tunduk, batang lembing terkena pokok duku. Batang lembing patah dua, tetapi matanya melayang ke arah saya. Walaupun saya sempat mengelak, tetapi hujung siku saya terkena juga.
119

Kami bertiga terdengar suara orang ketawa. Suhaimi Keraba tidak kelihatan lagi beberapa batang pokok di sekeliling kami bergegar seperti digoyang orang. Datuk tidak ambil kisah dengan apa yang berlaku di kawasan sekitar. Dia menggesa kami mempercepatkan langkah agar segera sampai ke pondok. Bila melihat kami terpacak di halaman pondok, Pak Imam berhenti mambaca alQuran. Dia segera membuka kaca mata putih yang terlekap di muka. Dengan tenang Pak Imam menutup al-Quran. Kaca mata putihnya yang tebal diletakkan di sebelah kanan. Pak Imam merenung tepat ke arah datuk. "Dari rupa awan dan kedudukan bintang di langit, memang dah pukul dua lebih," datuk bersuara tenang. "Masa kamu tak ada tadi, macam-macam yang datang kacau aku, ada ular berkepala dua, ada lipan bara yang besar dan macam-macam lagi bermain di depan aku," Pak Imam menyampaikan berita. "Itu hanya ujian," balas datuk dengan senyum. "Berdebar juga hati kita dibuatnya," Pak Imam mengakhiri kata-katanya denga ketawa keil yang memanjang. Saya dan Mat Prai berpandangan. Datuk terus menuju ke perigi. Datang kembali dengan wajah yang basah. Datuk terus basuh kaki. Dia naik ke pondok. Giliran saya pula basuh kaki dan naik ke pondok lalu duduk bersila di sisi datuk. "Dah ambil air sembahyang, Tamar?" "Buat apa? Bukan nak sembahyang," saya menjawab. "Baca Quran, faham," nada suara datuk cukup keras. Saya mula mengelabah. Saya renung ke arah Mat Prai yang sudah duduk tertenggek di mata tangga. Sesekali terdengar deru angin. "Pergi ambil air sembahyang," datuk mendesak. Saya jadi serba salah, saya memang takut untuk pergi ke perigi. Dalam keadaan yang takut, saya cuba berlagak berani di depan datuk. Saya bercadang, bila sudah sampai di halaman pondok, saya akan mengajak Mat Prai menemani saya. Saya terus melangkah ke bibir tangga. "Tamar." Saya berhenti melangkah. Perlahan-lahan saya toleh ke arah datuk dan Pak Imam. Mereka sudah pun membuka al-Quran. Dada saya terus berdebar tanpa sebab. "Kenapa tuk?" "Kamu pergi ke perigi seorang diri, jangan ajak sesiapa jadi kawan kamu, faham."
120

"Haaaa..." cuma itu saja yang terkeluar dari kelopak bibir saya. Sepasang kaki terasa lemah untuk melangkah. Ini satu penyeksaan yang amat kejam. Kenapa datuk bertindak demikian pada saya? Dia mahu menguji saya? Mahu mengajar atau mahu menyeksa? Itu pertanyaan yang berbunga dalam hati, tetapi, tidak berani saya keluarkan untuk didengar oleh datuk. "Kau nak kutip buah durian Tamar?" "Tak." Serentak saya gelengkan kepala. "Kau nak ke mana?" "Nak ke perigi nak ambil air sembahyang," saya tepis tangan Mat Prai. Ketika itu juga saya terdengar suara datuk berdehem. Tanpa mempedulikan samada Mat Prai tersinggung atau tidak saya terus menuju ke perigi. Dalam rasa takut dan cemas, saya dapat menyempurnakan mengambil air sembahyang. Sekurang-kurangnya dapat yakinkan datuk bahawa saya bukanlah seorang yang penakut. Waktu saya mahu melangkah menuju ke pondok semula, tanpa diduga saya terpandang sekujur tubuh yang dibalut dengan kain putih separas bahu. Saya terus membaca surah Al-Ikhlas dalam keadaan yang tidak teratur. Lembaga yang dibalut dengan kain putih semacam mayat itu, bergerak dalam keadaan terlompat-lompat. Saya renung ke arah kepalanya. Ternyata, wajahnya tidak berapa jelas kerana ditutupi rambut hitam yang lebat. Tiba-tiba rambut hitam lebat itu terselak bagaikan ditolak sesuatu. Separuh berada di telinga kanan dan separuh lagi di telinga kiri. Oh! Tuhan mukanya amat menakutkan. Dari bibir atas sebelah kanan dan kiri terjulur gigi (siong) yang besar dan panjang melebihi dagu. Kedua belah telinganya macam telinga monyet terlalu kecil dan hampir tidak kelihatan. Tidak mempunyai hidung dan dahi. Matanya tersembul macam mata udang, merah seperti bara. "Engkau tentu tak kenal dengan aku." Saya pasti, suara itu datang dari lembaga aneh yang berbalut kain putih. Tetapi, kelopak bibirnya tidak bergerak. Dari mana suara itu keluar? Timbul pertanyaan dalam diri saya. "Cakap, kau kenal atau tidak denga aku?" Lembaga ganjil mengajukan pertanyaan. Dan kali ini, saya kira suara itu keluar dari telinga sebelah kirinya. Cara yang paling berkesan untuk memastikan suara itu keluar dari telinga, saya harus mengadakan dialog kecil dengan lembaga ganjil yang tidak diundang. "Saya kenal," kata saya. "Kalau kamu kenal, sila ceritakan tentang diriku," sanggah lembaga putih, dalam
121

kesempatan itu saya arahkan sepasang biji mata ke arah telinganya. Apa yang saya ramalkan memang tepat. Sudah jelas, lembaga itu berkata-kata melalui telinga. Setiap kali kata diucap, daun telinganya bergerak dan dari lubang telinganya terpancar warna kuning yang memanjang. Bila suaranya terhenti, pancaran dari lubang telinga turut mati. "Kamu syaitan yang dilaknat Allah, suka mendampingi manusia dengan tujuan membawa manusia ke jalan kamu," kata saya memberanikan diri. "Kamu salah, aku datang kepada kamu untuk memberikan kebaikan." "Kebaikan?" kata saya terkejut. "Ya," katanya tegas, "Kau cuma tengok rupa aku yang buruk tapi, kau tidak tahu hati aku baik, sesuatu yang aku berikan pada manusia adalah dengan rela hati," tambahnya. Saya termenung sejenak, ketika itu saya merasai diri berada di alam lain, bukan di kawasan perigi. Sekitar saya, terdapat pepokok bunga yang beraneka bau yang amat harum. Ada aliran sungai yang datang dari gunung. Airnya cukup jernih. Tersergam sebuah rumah berbentuk Minangkabau. Ada suara seruling mendayu-dayu dan rerama terbang rendah. Cuaca sekitar terang benderang. "Engkau tentu suka dengan apa yang kau lihat," lembaga aneh bersuara. Keadaannya kini sudah berubah, wajahnya tidak menakutkan. Dia kelihatan seperti manusia biasa. Badannya dibalut dengan pakaian cara orang Arab. Kepalanya dibalut dengan serban yang bersambung dengan jubah yang dipakai. Semua kain yang dipakainya berwarna hijau. Di tangan kanannya ada tongkat dari rotan semambu. Buah tasbih sebesar buah pinang disangkutkan di bahu kanan. "Kamu mahu memperdayakan aku," saya membantah. "Kamu silap," sahutnya dengan senyum memperlihatkan wajahnya yang tampan. Berkulit putih dan berhidung mancung. Ada mirip orang Arab. "Aku mahu memberikan kamu sesuatu yang baik dan bermakna, kekayaan dan perempuan, kau lihat di sana," dia meluruskan telunjuknya ke arah rumah berbentuk Minangkabau. Di halaman rumah itu, terdapat tujuh gadis yang berwajah cantik. Mereka memakai pakaian yang amat jarang sekali. RANGSANG Gerak-geri mereka memberikan rangsangan berahi kepada saya. Sebagai seorang teruna, sudah pasti perasaan saya tergugat dengan kecantikan tubuh dan rupa
122

" Orang berpakaian hijau terus ketawa. datuk dan Mat Prai. kau hanya perlu tidur dengan gadis-gadis di depan kamu selama tujuh malam berturutturut. saya tak mahu semuanya itu. "Bagaimana? Kau tak mahu semuanya ini?" "Tak mahu. Dua tiga kali saya mengeluh dan menelan air liur." lanjut lelaki berjubah hijau. tidak dimakan sebarang senjata api atau besi. kau jadilah muridku. saya tidak lagi berada di alam fantasi. Saya dapat melihat sinar pelita di pondok. Sekarang sudah jelas.lawan jenis saya." "Apa kau tak mahu jadi macam Suhaimi Keraba yang tidak dimakan tua. "Engkau menolak pemberian Khalifah kami. kamu tahu? Suhaimi Keraba adalah anak murid Khalifah kami. Mat Prai kelihatan masih mundar-mandir di depan pondok. Saya berada dalam satu dunia yang sungguh menakjubkan. Suara Pak Imam dan datuk terus mengalun mengisi ruang malam dengan ayat-ayat suci. "Kau tak rasa menyesal?" "Tidak." "Tidak. wajahnya kembali hodoh dan sekujur tubuhnya dibalut dengan kain putih. Saya terus urut dada. kalau kau mahu muda seumur hidup. setiap malam kau bawa seorang ke rumah dan begitulah seterusnya. kau cuba menjerat aku. Bunyi buah durian gugur bertalu-talu. Ketujuh-tujuh gadis itu sengaja mengangkat kain yang dipakai hingga ke paras pangkal paha. Tasbih sebesar buah pinang terus digerakgerakkannya. Keadaannya segera berubah. 123 ." Orang berjubah itu menutup mukanya dengan kain hijau. Apa yang ditawarkan kepada kamu adalah jalan damai antara kami dengan datuk kamu. Selain dari itu kau harus mencari tujuh gadis lain dan perdayakan mereka. Dua tiga kali buka tutup kelopak mata." lembaga ganjil terus bersuara. Entah berapa kali pula saya gosok mata dengan telapak tangan. "Kalau mahu kaya. Dia ketawa gamat." ungkap saya tegas. Saya sudah lupa dengan Pak Imam. engkau mesti menerima celakanya. Kamudian perlahan-lahan membuka kain hijau. Tempayan dipenuhi dengan syiling manakala peti-peti kayu penuh dengan wang kertas. Saya termenung sejenak. Penuh semangat dia memberikan penjelasan. Di kaki tangga rumah tersusun berpuluh-puluh tempayan serta peti-peti kayu yang berwarna kemerah-merahan. "Terima kasih.

"Ertinya. Datuk berhenti baca Quran. saya segera memanfaatkannya. saya terus basuh kaki dan naik ke pondok. saya dapat mengelak." lembaga itu mendengus dan sekaligus terus menghilangkan diri. Saya tidak tahu ke mana dia menghilangkan diri. "Huh. Api terus marak setinggi berdiri di pangkal pokok langsat.. Kerana sudah tahu langkah dan atur silat yang dipelajari dari datuk. sebesar ulat daun pisang. kamu pengisi neraka jahanam. kamu menolak damai dari kami." ucap Suhaimi Keraba. Buluh kuning berukuran kira-kira satu hasta itu dilontarkan kepada saya. Saya terus duduk di anak tangga tanpa mempedulikan Mat Prai yang dua tiga kali mengelilingi saya. Buluh kuning yang dilontarkan pada saya terkena pangkal pohon langsat." saya terus meledakkan kemarahan." Suhaimi Keraba terus mengutuk datuk dengan sewenang-wenangnya. Beberapa ekor ulat bergerak atau bergantungan pada gigi besarnya yang terjulur. di bahagian hidungnya terdapat beribu-ribu ulat. Mat Prai seperti berputus asa dan terus duduk di bumi. Pada saat itu saya lihat rambutnya yang hitam bertukar menjadi warna kuning tembaga. "Kenapa macam orang kena kejar aje Tamar?" Pertanyaan yang datuk kemukakan itu membuat saya berada di dalam serba salah. kamu jadi hamba syaitan. Tempatnya segera digantikan oleh batang tubuh Suhaimi Keraba. Dia terus menarik buluh kuning yang terselit di pinggangnya. Datuk kamu sial. Tindakan saya itu membuat Suhaimi Keraba marah. kamu mahu bermusuh dengan kami. Saya jadi marah. "Kamu menolak seruan Khalifah aku di muka bumi. Aku susah bertindak kerana kamu membabitkan Pak Imam dari kampung ini. Suhaimi Keraba terus ghaib serta merta." cetus lembaga itu. LANGKAH Saya buka langkah lalu lari menuju ke pondok. Apakah perlu saya menjawabnya? Kalau dijawab apakah datuk percaya dengan apa yang saya ceritakan padanya? 124 . Bila rasa penat sudah hilang. Bila saya buat tak isah. "Kamu sesat. Dimukanya. Tercungap-cungap saya berhenti di kaki tangga. Ulat-ulat itu bergerak menuju ke lubang mata dan lubang telinga. "Khalifah gila. Angin malam yang bertiup terus menggugurkan buah durian."Apa boleh buat. Dia berusaha menarik perhatian saya dengan harapan saya akan menegurnya.. buat beberapa ketika. Mata Suhaimi Keraba merenung tajam ke arah saya." kata saya. Saya terus menjerit dengan sekuat hati..

Kali ini sepasang matanya tertumpu ke wajah saya. Bunyi buah durian luruh terus mengasak lubang telinga saya. Naskah Al-Quran sudah pun berada di tangan." sahut Pak Imam sambil menghulurkan Al-Quran kepada saya. Dia anggukkan kepala. Hati saya terasa damai." 113. Saya segera menoleh ke kiri dan ke kanan. "Kau ambil dan kau baca.” tutur datuk lembut bersama senyuman. tunggu apa lagi. "Ya. ya saya lihat." bertalu-talu saya anggukkan kepala macam burung belatuk tebuk lubang. bila melihat saya dalam keadaan tidak tentu arah." sambung datuk. Segera saya renung ke arah datuk. Dan papan rehal segera datuk letakkan di hujung lutut saya. "Ya tuk."Kenapa Tamar?" ulang datuk lagi. "Tak mengapa. "Kamu jumpa benda-benda pelik?" Datuk terus sergah. Entah berapa kali dia berlegar-legar di halaman pondok macam kucing jantan ketagih kucing 125 . Belum pun sempat saya menjawab datuk terus bersuara: "Kamu jumpa benda-benda pelik. "Sudah. "Kau bacalah Tamar. Rasa cemas masih menguasai rongga dada saya. Sila pun saya kemaskan. Saya tidak boleh mengelak lagi. saya nak tidur sekejap. “Orang yang membaca Al-Quran dijauhi syaitan. "perkara semacam tu memang tidak boleh dielakkan." datuk tatap wajah saya." datuk keluarkan arahan setelah melihat saya agak raguragu mahu mengambil Quran yang dihulurkan oleh Pak Imam. ertinya dia menyuruh saya mematuhi permintaan Pak Imam." ujar Pak Imam. Bila datuk berkata demikian. Memang tidak saya duga datuk akan mengemukakan pertanyaanpertanyaan sedemikian. Kitab Kejahatan Saya tergamam. Angin yang bertiup terasa cukup dingin sekali bila menyentuh kulit muka. Pak Imam segera alihkan pandangan ke arah datuk. "Cakap Tamar!" Gertak datuk. lupakan.” terdengar suara Mat Prai dari halaman. lupakan semua tu. “Mulakan. Saya merenung ke arah Pak Imam yang sudah pun menutup Al-Quran." nada suara datuk merendah.

Datuk terus berdiri untuk memulakan sembahyang sunat malam. Bila 126 . “Kenapa?” Tanya saya. malah bergerak menuju ke arah datuk. Mat Prai melompat empat anak tangga dan terus duduk bersila di depan satya. “Kenapa tak boleh Pak Imam?” Soal saya. renung kanan. Pak Imam menarik nafas panjang dan datuk senyum sinis.” itu yang datuk luahkan dari mulutnya. Setiap kali dia terdengar bunyi buah durian gugur. “Ya. Mungkin dia ada maksud tertentu. Mat Prai tidak mahu naik ke pondok. Dengan rasa cemas dan hairan saya ambil Quran yang tertangkup di atas lantai. Datuk membuka kelopak mata. “Yang jatuh tu bukan buah durian tapi ” Pak Imam tidak meneruskan kata-katanya. Renung kiri. Bila saya memulakan bacaan Al-Quran (sebenarnya menyambung pembacaan Pak Imam). keadaannya menjadi tidak tenang dan tenteram. Dia merenung ke arah datuk.” tiba-tiba Pak Imam bersuara.” datuk luahkan kata-kata untuk Mat Prai. Bagaikan faham dengan renungan Pak Imam. Saya terkejut. Apa hak Pak Imam melarang Mat Prai mengutip buah durian kepunyaannya. Bahu kanan datuk digoyangkan beberapa kali. dia terus sandarkan belakang ke tiang pondok. “Tak boleh kutip durian yang gugur. Beberapa saat kemudian. “Kalau duduk diam. Barangkali Pak Imam juga tidak jujur. “Cuba kau duduk diam. Bila berjalan macam ni terasa panas. memang itulah niat hati saya Ayah Alang”. Mat Prai tidak menjawab. “Kamu minta kebenaran dari aku supaya Tamar menemani kamu mengutip buah durian. Saya terus membaca Quran dengan tenang. Saya lihat datuk anggukkan kepala. Pak Imam yang tidurnya terganggu terus menggosok-gosok mata. datuk terus berdengkur. Buah durian yang cukup masak terus jatuh ke bumi. Akhirnya menatap muka Mat Prai. Mat Prai terdiam. Selesai saja datuk menyempurnakan sembahyang sunat malam. saya lihat Pak Imam segera rebahkan badan ke lantai. badan terasa sejuk. Saya pula menanti komentar yang bakal diluahkan oleh datuk. Masih berlegar-legar di halaman pondok.” dalih Mat Prai. Saya sudah faham.betina. bila datuk berbuat demikian menandakan yang dirinya amat mengantuk. “Hummmmm ” Saya terkejut hingga Quran di depan tertepis ke kiri. Serentak datuk dan Pak Imam merenung ke arah Mat Prai.

Deru angin malam terus mengasak lubang teinga. Nak tahu masa jaraknya tu. “Kalau kamu nak tahu. “ dia ada pengalaman dalam hal ini. Mungkin dalam kepalanya dia menghitung betapa ruginya kalau buah-buah durian yang gugur itu tidak dikumpulkan.” sambung Pak Imam lagi. Pak Imam. seiring senyum dia anggukkan kepala. Mungkin juga dia bimbang buah duriannya dicuri orang. Bunyi buah durian gugur tetap berterusan. bertalu-talu bagaikan pohonnya digoncang orang.” Pak Imam terus tatap batang hidung Mat Prai. datuk segera menghujani Pak Imam dengan pertanyaan. Pak Imam alihkan pandangan ke luar.” Mat Prai berdalih menutup kelemahan diri sendiri. “Ada jarak atau perbezaan masanya terutama buah yang sederhana. Kedinginan bagai tidak puas-puas mengigit kulit tubuh. RESAH Saya lihat Mat Prai terus resah. “Tapi. Bunyi buah durian yang gugur kian galak. Mat Prai duduk kembali. agaknya buah hantu yang hatuh.” setelah ketawa berakhir. dari kecil hingga tua berkubang dalam dusun durian. Pak Imam tidak menjawab. “Hisss . Penuh debar saya menantikan kata-kata yang bakal diucapkan oleh Pak Imam untuk Mat Prai. makin kerap buah durian yang gugur. “Jangan begitu memuji kita kawan. Begitu juga dengan buah dan kulitnya. “Betul kata Pak Imam tu. Saat yang saya nantikan itu pun tiba. melihat kegelapan malam yang pekat. “Kalau kita dengar tu bukan durian. bukan begitu Pak Imam. “Dalam hidup ini.” Mat Prai terus bangun. Muka Mat Prai terus berkerut. Pak Imam tatap wajah Mat Prai setelah meluahkan sebuah sindiran. makin dekat waktu subuh. Jadi kamu tak usahlah tamak. suasana dalam pondok terasa sepi tetapi deru angin malam tetap kedengaran menyentuh dedaun dari pepokok yang tumbuh subur sekeliling pondok. 127 . Dia dah masak dengan pokok durian.” Pak Imam menangkis dan datuk terus ketawa kecil. buah durian tidak jatuh berturut-turut. Datuk senyum dan Pak Imam urut pangkal dagunya dua tiga kali. Pak Imam tunduk merenung lantai pondok. “Pak Imam ni. Semua biji mata tertumpu ke arahnya.sudah demikian. “Saya Cuma nak tahu buah apa yang jatuh tu.” tokok Mat Prai meluahkan gelodak hatinya.” datuk bersuara. kalau tamak selalu rugi dan mudah dipermainkan oleh nafsu sendiri.” datuk menguatkan hujahnya sambil merenung ke arah Mat Prai yang di dakap kehampaan. Dia segera menarik nafas panjang. kau kena belajar dari orang yang berpenglaman dalam hal ini. dari bau durian dia dah dapat meneka sama ada buah durian itu baik atau sebaliknya.” sambung datuk lagi.

“Betul ke begitu Pak Imam?” Tanya datuk lagi. “Ya,” Pak Imam mengangguk. “Dari mana Pak Imam belajar?” Soal datuk lagi. Saya lihat Pak Imam termenung sejenak. Matanya merenung ke luar. Macam ada sesuatu yang dicarinya di kedinginan malam yang mengejar siang. “Belajar dari pengalaman sendiri. Kita dengar bunyi buah durian gugur lebih dari seratus biji. Padahal buah durian yang betul-betul jatuh tak sebanyak itu. Kalau tak percaya pergi tengok sendiri,” tutur Pak Imam bagaikan mencabar Mat Prai. “Betul ke ni, Pak Imam?” Datuk memohon kepastian. “Dari pengalaman lalu saya, begitulah,” penuh keyakinan Pak Imam memberikan kata putus. Mat Prai yang sejak tadi membisu, segera meluruskan kaki kanannya. Saya telan air liur sambil menarik nafas dalam-dalam. “Kalau macam tu..” Mat Prai tidak meneruskan kata-katanya. Matanya menjadi liar, renung ke kiri dan ke kanan. Macam orang ketakutan. Dia benar-benar berada dalam rasa cemas. “Yang kita dengar tu, tak ada apa-apa. Semuanya mainan makhluk halus untuk memperdaya kita, bukan begitu Pak Imam?” Secara mendadak datuk bersuara. Ternyata kata-kata itu dipersetujui oleh Pak Imam. Buktinya, Imam tua itu terus anggukkan kepala. “Ahhh..seram”. Suara Mat Prai meninggi, dan semua yang berada di dalam pondok terkejut besar. Mat Prai meluru ke arah datuk macam dikejar sesuatu. “Saya mahu duduk dekat Ayah Alang,” Mat Prai mendekatkan tubunya dengan tubuh datuk. “Kanapa kamu ni, Mat?” “Saya terasa seram sejuk, bulu roma saya tegak macam ada sesuatu yang duduk dekat saya”. “Hissss itu perasaan kamu aje, Mat”. “Ya, saya tak bohong Ayah Alang.” “Duduk diam-dian di sini, jangan fikirkan buah durian,” kata datuk lalu disambut dengan senyum memanjang oleh Pak Imam. Saya tidak memberikan sebarang komentar. Sesungguhnya, saya amat simpati dengan Mat Prai.

128

AYAM Malam kian ke hujung, kokokan ayam mula mengendur. Dan pintu sudah pun terkuak. Di dada langit sebelah timur ada biasan cahaya cerah kemerahan. Sayupsayup terdengar azan subuh dilaungkan, tepegun mengikuti irama dan alunan azan yang penuh syahdu. Saya terasa diri ini amat kecil dan kagum dengan kebesaran Allah yang menciptakan langit dan bumi, menjadikan siang dan malam serta mencipta penghuni alam ini. Saya tersedu dalam kebesaran Allah itu.

“Kau menangis Tamar?” Pak Imam terus menepuk bahu kanan saya. Dada terasa sebak mahu menjawab pertanyaannya itu. Saya berusaha dengan sedaya upaya mengawal emosi hingga perasaan saya jadi tenang. “Saya terasa diri ini terlalu kecil, terlalu banyak nikmat yang Allah berikan pada saya tetapi, adakalanya saya terlupa dengan nikmat itu,” tutur saya dengan nada suara tertahan-tahan. “Syukurlah kamu sudah menyedarinya, sesungguhnya apa yang ada pada kita ini Tamar adalah hak Allah. Bila sampai masanya nanti hak itu akan diambil-NYa. Jika hak yang diberikan tidak digunakan untuk kebaikan bagi mencari bekal untuk hari akhirat, alangkah ruginya hidup ini, Tamar,” saya telan kata-kata yang dituturkan oleh Pak Imam dengan penuh kesedaran. “Bangun, bangun, tadi takut semacam, bila dah tidur semuanya hilang. Kamu ni mengarut betul Mat,” saya segera toleh ke arah datuk yang menggoncang-goncang tubuh Mat Prai. “Kita nak ke mana, Ayah Alang?” Mat Prai segera gosok kelopak mata dan menguap. “Tak ke mana-mana. Pergi ambil air sembahyang, kita nak sembahyang jemaah di sini,” lanjut datuk dengan tenang. Mat Prai renung ke arah saya. “Kau tak ambil air sembahyang Tamar?” Itu yang diucapkan oleh Mat Prai bila biji matanya bertemu dengan biji mata saya. “Air sembahyang aku tak batal lagi,” balas saya. “Saya takut nak pergi ke telaga seorang diri.” “Ikut saya,” Pak Imam tawarkan diri. “Saya juga nak ke telaga,” celah datuk lalu bangun. “Jadi, saya tinggal seorang di pondok ni,” saya luahkan rasa bimbang, bagaikan ada
129

kuasa tertentu memaksa saya berdiri. “Tak usah banyak cerita, kau tunggu aja di sini. Tak ada apa yang nak ganggu kamu,” datuk memberikan isyarat tangan menyuruh saya duduk. Tanpa banyak cakap, saya terus duduk. Mat Prai, Pak Imam dan datuk melangkah selari menuju ke perigi. Saya hanya memandang saja. Tidak berani membuat bantahan atau rayuan. Oleh kerana Mat Prai menjadi kepala jalan, lampu minyak tanah berada padanya. Cahaya lampu minyak tanah itu dapat saya lihat. Sekejap cahayanya terang, sekejap malap. Quran sudah lama saya letakkan di dalam beg datuk. Sementara menantikan kepulangan mereka dari perigi, saya terus membaca beberapa ayat-ayat pilihan Quran. “Kamu seorang sahaja?” Suhaimi Keraba muncul dari sebelah kanan saya. Dia membawa buku tebal. Kali ini pakaian yang menutup tubuhnya amat berbeza sekali. Dia memakai baju labuh macam pakaian orang Arab. Ada serban terletak atas kepala dan ada kain selendang membalut sebahagian dari dadanya. Saya kira dia berbuat demikian untuk menghindari rasa sejuk di dadanya. “Kamu seorang aje?” Suhaimi Keraba ulangi pertanyaan yang tidak saya jawab. Kelopak mata kirinya nampak bergerak sekali dua. Saya kira dia tahu yang saya terkejut atas kedatangannya di subuh yang dingin. Dia merasa hujung serbannya jatuh atas bahu. “Ya, saya seorang saja,” balas saya tenang. “Dah sambahyang Subuh?” “Belum lagi.” “Katakan beriman dan taat pada agama, kenapa dah masuk waktu sembahyang tak sembahyang lagi,” dalam wajah yang manis, Suhaimi Keraba menyindir saya.

KOKOK Sesekali terdengar kokok ayam. Kabus subuh mula bangkit dan menguasai ruang udara dusun durian. Saya terus menggeletar bila sepasang mata Suhaimi Keraba bertemu dengan mata saya. Pondok terasa bergegar dan saya seperti terdengar dentuman yang kuat, membawa seluruh fikiran dan ingatan saya berada di dunia lain. Dalam samar-samar itu saya terpandangkan Suhaimi Keraba menghulurkan kitab yang dibawanya kepada saya. Saya tidak mahu menjamah kitab yang dihulurkannya. Saya bagaikan terlihat api dipermukaan kulit kitab tersebut. “Ambillah, kitab ini akan mebawa kamu kepada kesejahteraan dan kesempurnaan hidup,” tuturnya.

130

“Tidak, tidak.” “Jangan begitu, ambillah,” Suhaimi Keraba mendesak. Dia sengaja mendekatkan kulit kirab itu ke telapak tangan saya. Dengan sedaya upaya, saya terus berusaha agar tidak tersentuh. Dalam saat-saat cemas itu, saya terus membaca beberapa potong ayat Al-Quran. Di samping itu saya berusaha membuka bunga silat dengan harapan salah satu dari buah silat yang saya lepaskan akan terkena pergelangan tangan Suhaimi Keraba. “Aduh,” jerit Suhaimi Keraba. Usaha saya tidak menjadi sia-sia. Buah kelima dari silat harimau tepat pada sasarannya. Kitab di tangan Suhaimi Keraba terdampar atas lantai. Anehnya Suhaimi Keraba tidak memperlihatkan kemarahan. Dia masih mahu menghulurkan persahabatan. Suhaima Keraba merenung ke arah perigi. “Mereka dah datang, biarlah aku balik dulu,” dalam senyum Suhaimi Keraba meluahkan kata-kata. Hati remaja saya terus digelodak kemarahan. Suhaimi Keraba mempermainkan saya. “Kamu tahu, aku tak sendirian di sini?” “Ya.” “Kalau begitu, kenapa kau bertanya?” “Bukankah kepuraan itu memang amalan hidup aku,” lanjut Suhaimi Keraba. Dia anggukkan kepala lalu melangkah meninggalkan saya sendirian. Atas permintaan Pak Imam, datuk diminta menjadi imam solat Subuh. Tidak menjadi keberatan untuk datuk melaksanakannya. Setelah selesai bersolat dan berwirid, datuk terus mandi embun serta melakukan silat untuk menegangkan urat sendi. Pak Imam hanya melakukan senaman tradisional. Mat Prai terus memikul raga besar untuk mengutip buah durian. “Ke mari kejap kawan.” Pak Imam bersuara lantang dari atas pondok. Datuk tidak meneruskan silatnya. Dan saya berhenti dari melihat buah-buahan di hujung dahan. “Ikut aku Tamar.” “Baik, tuk.” Tidak sampai beberapa detik, saya dan datuk sudah pun berada di dalam pondok. Berdiri dekat Pak Imam. Mata kami tertumpu ke arah buku tebal atas lantai. Saya tahu itulah buku atau kitab yang Suhaimi Keraba mahu berikan kepada saya. Anehnya buku atau kitab itu tidak kelihatan tadi. Kenapa baru sekarang kitab itu menjelma?
131

“Siapa punya? Agaknya kawan yang punya,” Pak Imam renung ke arah datuk. Cepat-cepat datuk gelengkan kepala. “Agaknya cucu kawan saya punya.” “Saya tahu, cucu saya tak baca buku macam tu. Tulisannya bercampur-campur, sekali pandang macam tulisan Siam dan Urdhu. Jika tengok lama-lama tak ubah macam tulisan sastera Hindu kuno, bahasa Sanskrit,” jelas datuk. Biji matanya tidak berkedip merenung kulit buku tersebut. Saya menarik nafas dalam-dalam. Saya berperang dengan perasaan saya sendiri. Wajarkah saya ceritakan apa yang terjadi kepada datuk dan Pak Imam? Apa baik dan buruknya kalau perkara itu saya rahsiakan daripada mereka. Dalam saat saya tidak tahu membuat keputusan itu, bagaikan pancaran kilat sekujur tubuh Suhaimi Keraba dalam ruang mata saya. “Kau anak yang baik, kalau kau dengar cakap aku, kau bahagia dan senang di dunia,” tutur Suhaimi Keraba. “Aku tidak percaya dengan kamu,” suara batin saya menolak tetapi Suhaimi Keraba memberikan jawapan. “Dengarlah sayang, kitab itu untuk kamu. Jika kamu ceritakan pada orang lain, apa yang kamu alami padahnya kamu tanggung sendiri,” dalam senyum Suhaimi Keraba memujuk di samping menyelitkan sebuah ugutan. “Tidak,” terkeluar suara dari rongga dada saya. Pak Imam dan datuk berpandangan. Mereka hairan, bagaimana saya termenung boleh berkata begitu. Pak Imam terus tepuk belakang saya. Saya tersentak, bagaikan terkejut dari itdur. Dari telinga sebelah kanan, saya terdengar datuk membaca surah Al-Fatihah sebanyak dua puluh kali, kemudian datuk selawat nabi sebanyak tiga kali betururturut. Datuk hembuskan muka saya dengan nafasnya melalui lubang hidung. Buat beberapa saat, saya terasa fikiran saya melayang-layang tidak menentu. Dalam keadaan yang samar-samar itu saya lihat kitab di atas lantai. Kulitnya mula terbakar dan menjadi bara. “Buku tu terbakar,” kata saya. “Bertenang, cuba baca Qulya sampai habis, Tamar.” Bisik datuk. Nada suaranya cukup lembut sekali. Kepala saya digosoknya penuh mesra. Saya pun membaca Qulya sampai lima kali berturut-turut. “Cuba kau renung buku tu, Tamar.” Saya segera dengar cakap datuk. Saya tumpukan perhatian pada buku atas lantai. “Cuba kau lihat betul-betul, Tamar, buku tu terbakar lagi?”

132

” tutur saya gugup. kedua belah telapak tangannya menampar lantai pondok. sebut nama-Nya sebanyak mana yang kau mampu. “Kita tu. ada syarat tertentu. kitab Jawa kuno yang menyelitkan ilmu kebatinan dan keduniaan. “Maafkan kawan kerana bersikap kasar. Dia hulurkan tangan pada Pak Imam. Terdengar suara Pak Imam membaca sesuatu.” “Datuk terus sandarkan badan ke dinding. Menghormati ilmu yang ada dalam dada masing-masing. “Masih berasap lagi. kawan. Datuk menerpa ke arah buku ganjil itu untuk disentuh. masa tengok tu ingatkan Allah. Perlahan-lahan Pak Imam angkat kepala merenung ke arah saya dengan senyum yang amat menyenangkan. “Kitab siapa ni?” Datuk ajukan pada Pak Imam. Tindak-tanduk mereka itu menggambarkan yang mereka saling memerlukan antara satu sama lain. orang tua yang kelihatan bersahaja itu bukan sebarang orang. Suara keluhan dari datuk terus menyumbat telinga saya. Mereka bersalaman sambil berpelukan. Sebelum bersarang sebarang keraguan dalam kepala datuk. Muka datuk nampak merah semacam.” 133 . Datuk memperkemaskan silanya. datuk memberikan penerangan untuk saya. “Jangan. “Tanyalah si Tamar tu. Sepatutnya kitab tu mesti ada dua. Datuk mempertemukan kedua belah telapak tangannya. Bila nafasnya dilepaskan. “Dah pulih nampaknya. Mat Prai masih belum pulang dari memungut buah durian. Satu mengajarkan kebaikan dan menghancurkan kejahatan. seluruh perhatian ditumpukan pada buku ganjil di atas lantai.” Pak Imam merungut. Digodokkan berkali-kali sambil menahan nafas.” “Cuba tengok dengan teliti. Kuat sungguh iblis di sini. Tamar?” “Tidak. Tapi yang di depan kita ni kitab yang mengajar kejahatan. Kicau burung kedengaran di mana-mana.” Pak Imam sedikit demi sediki membuka rahsia dirinya yang kaya dengan keilmuan. Lagi sekali. Sinar matahari pagi mula melemparkan c ahayanya ke dalam pondok. Kitab tua tu tak boleh disentuh begitu saja. Pak Imam segera menjelaskan.“Tak terbakar tapi berasap. mungkin dia lebih pandai dari datuk. Tentu saja perbuatan itu tidak disenangi oleh datuk.” bagailan seorang guru. Apa yang pasti.” Pak Imam menepis tangan kanan datuk.

Belum pun sempat datuk membuka “Suhaimi Keraba.” “Memang tak salah dugaan saya. menolak perkara yang tidak baik supaya tidak terkena badi syaitan. Tanpa tangguh-tangguh lagi. “Si Tunjing. Dia kelihatan hampa sekali. itu adalah perbuatan Si Tujing. Dalam beberapa saat saja kitab lama itu terbakar menjadi debu. tu apa?” Tanya saya.” Pak Imam gelengkan kepalanya. Lembaran buku lama dibukanya sehelai demi sehelai. Sampai pada lembaran yang bertanda dakwat merah. Mat.” Pak Imam berikan penjelasan.” Pak Imam memberitahu Mat Prai. kalau dapat rezeki lebih buatlah kenduri. Mari ikut saya ke kampung Terang. Datuk duduk di depan buku. Pak Imam terus naik ke pondok.” Pak Imam memberi penerangan. Pak Imam menerpa ke halaman pondok. Pak Imam tenung ke arah datuk. Dia sepeti mahu menangis. “Bila dia sudah tinggalkan kitab ini. “Mungkin esok perkara macam ni tak akan terjadi lagi. bertapa dalam gua dan memelihara Si Tunjing. hingga badannya berpeluh. saat celakanya dah tiba. jadi macam kapur. Pak Imam terpegun. selama ini dia mengamalkan ilmu dari kitab salah ini. Engkau lain kali. apa yang kita dengar malam tadi. dia sudah berada di saat kematian. Tidak sebanyak mana buah durian yang dapat dikutipnya.” lanjut Pak Imam lagi. Lebih dari lima minit Pak Imam membuat gerakan demikian. Dalam sinaran matahari pagi yang beransur terik itu. Kalau mengikut petua.Datuk segera renung ke arah saya. ke 134 . Dia bergerak di halaman pondok macam orang menari Kuda Kepang.” terang Pak Imam. “Sebahagian dari buah durian saya hancur. dia tepuk bumi dengan tangan kiri dan terus bertinggung macam gerakan monyet dalam taridra Sang Hanuman dan Sita Dewi. Dia jemur muka dan tubuh untuk beberapa saat.” pujuk datuk. Saya lihat Mat Prai anggukkan kepala. Pak Imam bercakap dalam bahasa yang tidak saya mengerti. Saya dan datuk anggukkan kepala. “Sabarlah.” rungut Mat Prai. Dicampakkan ke halaman pondok. sedekah fakir miskin dan berzakat. “Tadi saya membaca mantera dalam bahasa Jawa kuno. jangan bolot sendiri. Mat Prai muncul di halaman pondok. ertinya dia tidak selamat lagi. Kalau tanah ni kepunyaan bersama. UCAP tanpa mengucapkan sesuatu. “Makhluk halus yang jadi suruhanya. Pak Imam terus jamah buku. Pak Imam sentuh kitab lama. “Antara amalan yang telah dibuatnya ialah memperkosa anak sendiri. Dia terus membacanya dalam bahasa Sanskrit. “Saya tahu membaca tulisan ini kerana saya belajar dari arwah nenek saya yang berasal dari Bali.

“Untuk memastikan benarkah dia dimakan sumpah ilmu salahnya. Telinga Pak Imam dapat menangkap dengan apa yang diluahkannya. “Buat apa ke sana? Nak tolong selamatkan dia?” soal datuk lagi. "Budak ni. "Mari. datuk dan saya bersetuju mematuhi cakap Pak imam kecuali Mat Prai yang mahu pulang ke rumahnya.rumah sahabat karibnya. Akhirnya. Saya dan datuk pun mengekori langkah Pak Imam. Kalau ikut Mat Prai bukankah bagus. "Mandi di rumah saya." Pak Imam menyelesaikan masalah." Datuk tepuk bahu kanan saya." "Belum mandi. cepat-cepat saya buat muka kesian." kata Pak Imam. Pak Imam sudah pun menyarungkan capal ke kaki dan melangkah beberapa tapak ke depan lalu berhenti di pohon langsat yang condong. Dia pamerkan air muka kurang senang terhadap saya. Saya tidak dapat berkata apaapa. Datuk menatap wajah saya sejenak. "Eh. Pak Imam anggukkan kepala. Hitam Separuh Badan Mat Prai hilang dari pandangan mata dicelah-celah liku jalan. kadang-kadang mengada-ngada sikit. Dan rindu saya pada kampung laman terus membara. Nyanyian unggas di hujung ranting amat rancak sekali." datuk terus merungut. kerana terburu-buru mematuhi cakap Pak Imam. boleh dengar radio." aduh! nada suara datuk cukup keras. 114. Datuk jegilkan biji mata. "Kalau macam tu. kita nak berikan dia pengalaman." saya melahirkan protes dalam keadaan yang cemas. ikut saja kemana aku pergi. Nampak berkilau-kilau." "Kenapa pula. Matahari pagi yang memancar memanah ke arah air embun di hujung dedaun. "Saya malas nak pergi tuk.” jawab Pak Imam. Boleh duduk rehat dirumahnya. belum gosok gigi dah nak merayau ke rumah orang. Cepat-cepat saya bangun dari duduk bertenggek di anak tangga pondok durian. Ketika itu juga saya terasa dahi diraupi oleh peluh-peluh halus. apa yang kau menungkan lagi. kenapa kamu tak ikut Mat tadi? Budak macam ragam! Usah nak banyak karenah.” beritahu Pak Imam pada datuk. 135 . Saya terkenangkan nenek yang kasih sayangnya melimpah ruah. Saya jadi resah dan terus menyalahkan diri sendiri.

Mereka terkejut dengan tindak tanduk saya. adalah sifat orang yang berjiwa mulia. berjiwa mulia dan besar. "Kenapa kamu ni Tamar? Dah gilakah?" datuk rening muka saya. 136 . Katanya. Saya dongakkan kepala ke langit. Dua tiga kali datuk urut bahagian hujung jari kaki yang nampak kemerah-merahan. Mereka melihat tunggul tembusu yang saya sepak." soal datuk. "Jadi kamu pun menjerit dan tendang tunggul. Saya menarik nafas dalam-dalam sambil menyingkirkan rasa hiba di hati. "Saya tersepakkan tunggul buruk. "Aduhhhhhhhhhh!" Saya menjerit dan terus duduk atas bumi sambil mengangkat kaki kanan. tidak ada manusia yang mahu mengakui ketololannya secara terbuka." Datuk menghela nafas panjang-panjang sambil gelengkan kepala. melihat awan yang menipis dalam sinaran matahari pagi yang garang. datuk dan Pak Imam ketawakan saya. Bahagian yang reput jatuh atas rerumput selaput alam. memang wajar saya merahsiakan apa yang ada dalam hati. saya harus menjadi lelaki remaja yang keras hati. Saya sarungkan kembali sepatu getah warna kuning di kaki." pintas Pak Imam. Bila saya berdiri." kata saya membuka rahsia hati. Saya kira. Sepatu getah saya. tuk. Saya mengigit bibir dan membuat keputusan untuk jadi manusia yang berhemat tinggi. Datuk dan Pak Imam terus mengelilingi saya. kau tak suka ikut kami?" tanya Pak Imam dengan nada suara yang lembut. "Kenapa Tamar. Keras semangat dan kedekut dengan air mata. "Kenapa Tamar. kemudian sepak tunggul. "Saya teringatkan cakap nenek yang mahukan saya jadi lelaki gagah dan berani. jenis Fong Keong terus dibukanya. Saya teringat cakap nenek. aku mahu jadi orang gagah. tabah dan sanggup menghadapi apa saja rintangan. "Menjerit macam orang hilang akal. Jadi. Tetapi. Terlalu berat rasanya mahu menjawab pertanyaan tersebut. Rasa sengal dan sakit terasa kurang dan akhirnya tidak terasa apa-apa." Saya menjerit sambil menendang rumput lalang dan pokok-pokok renik di kiri kanan denai. bersikap terus terang dan mengakui kebodohan sendiri." tambah datuk lagi.Saya jadi hiba dan hampir mahu menangis kerana rindu. Pandangan saya jadi berpinar-pinar. "Ya. Datuk dan Pak Imam berhenti melangkah.

Saya malu sendiri. 137 ." "Khasiatnya cukup banyak. "Boleh saya ambil akarnya sikit nak buat benih. Melangkah pun terasa tidak selesa. saya tendang lalang dan pokok-pokok kecil. Perjalanan yang terbantut disambung kembali. "Nak jadi orang gagah dan berani. Dengan tenang saya menyambarnya. entah macam mana saya tersepakkan tunggul. "Seorang kawan yang pulang dari tanah suci memberi saya akar pokok itu. RANTING Akhirnya." Pak Imam memulakan cerita tentang pokok yang merimbun itu. dada dan otak mesti diisi dengan ilmu dan pengalaman. Dan ketawa yang berhenti itu dilanjutkan oleh Pak Imam untuk beberapa saat. bentuk rumah orang Melayu di sekitar Balik Pulau. "Sugikan gigi kamu. Tak mudah diserang sakit dan bengkak gusi. Beberapa orang kampung yang berselisih dengan Pak Imam di lorong sempit itu terus anggukkan kepala sambil mengucapkan salam. apa salahnya. "Tak tahu pula saya pokok tu ada khasiatnya. mirip dengan bentuk rumah orang Melayu di Jambi Sumatera." kata datuk yang diakhiri dengan ketawa. "Kamu ni betullah. Tanpa membuang masa." Datuk campakkan ranting yang sudah dipatahkan kepada saya. saya terpaksa gosok gigi dengan dahan pokok tu."Saya tak tendang tunggul. dilakukan juga oleh Pak Imam dan datuk. Pak Imam mempersilakan saya dan datuk duduk dianjung rumahnya. Celah ketiak dan celah kangkang saya terasa bergetah. budak banggang. saya campakkan di situ. "Boleh. Sudahlah." datuk buat wajah selamba." bagaikan penjual ubat di kaki lima datuk memberikan penerangan pada Pak Imam. "Untuk kamu Tamar. gigi tahan lama dan nampak putih. jalanlah cepat-cepat. kami sampai ke rumah Pak Imam. Nampaknya mulai hari ini. Kata datuk. saya nak tanam di belakang rumah." datuk mengeluarkan perintah. Datuk patahkan salah satu ranting dari rimbunan pokok itu. Panjangnya lebih kurang enam inci. Datuk terus menuju ke arah rimbunan pepokok di bahagian belakang rumah." saya pertahankan pendirian." lanjut Pak Imam dengan rasa bangga. Pak Imam tidak merasa terkejut dengan pendapat datuk itu. Alasannya. Kulit muka terasa tebal." tutur datuk lagi. hujung ranting yang keras itu saya gosokkan ke gigi. sebahagian dari penduduk Balik Pulau ada yang berasal dari Acheh. Entah macam mana terus tumbuh dan hidup subur." Pak Imam tersenyum ke arah datuk. "Saya menyebutnya pokok sugi. Apa yang saya lakukan itu.

"Dari rumah Pak Imam. Pak Imam mendakwa yang dirinya berasal dari Priaman-Sumatera Barat. "Dari Perak. saya terus tersenggih.Ramlee dengan Saadiah dalam filem Musang Berjanggut. kain basahan ada di perigi. Airnya terasa cukup sejuk sekali." Pak Imam renung muka saya. Memang dasar tak malu. lepas tu baru pergi ke rumah sahabat Suhaimi Keraba. "Ohhh ooppp. temberang saya 138 ." si gadis juihkan bibirnya. Tetapi. masih menjual senyum tak malu. Waktu keluar dari perigi. Asahan dan daerah Deli-Medan." Saya terus menuju ke perigi yang dindingnya dibuat dari atap rumbia. "Kalau begitu. jelingannya cukup tajam. biarlah cucu saya mandi dulu. tumit kakinya yang putih kemerahan menjadi sasaran biji mata jalang saya. Kerana perigi itu dibuat tidak jauh dari pokok manggis. saya terlihat kelibat gadis berselubung kain batik. saudara-mara kami banyak di Johor. Apa yang terpeta dalam otak saya laksanakan. dari atas ke bawah dari bawah ke atas. Otak jahat saya mengarahkan sepasang kaki supaya pergi ke arah belakang perigi. Saya pintas depan gadis berselubung kain batik. Penuh yakin saya mengatakan gadis itu berkulit putih merah. "Agaknya. "Kamu siapa?" tanyanya garang dan kelihatan seperti bersedia membuka buah silat. macam lakonan Allahyarham Tan Sri P. Saya tergamam. Saya jadi serba salah. Bentuk tubuhnya yang tinggi lampai membuat saya kepingin melihat wajahnya. Kemudian melangkah secepat yang boleh menuju ke arah pokok amra (kedondong) dari situ memintas ke depan gadis yang berselubung kain batik itu. Saya tatap gadis yang wajahnya mirip seniwati Sarimah. kita ni adik-beradik. Mata juga mesti cekap mengawasi kalau-kalau ada orang lain mengintip pergerakan. Dalam kesempatan yang terhad itu. Melaka dan Kuala Pilah. "Dari mana?" risiknya lagi.. Si gadis berkulit putih tatap batang tubuh saya." tutur saya tidak tentu arah tetapi." "Silakan." Si gadis terkejut.Tanjung Balai.. Bibirnya merah." saya mula jual ubat temberang. Saya bergerak macam kucing memburu burung. saya berkesempatan melihat beberapa ekor tupai berlari di dahan manggis. "Kita makan dulu. macam sirap. kain selubung atas kepala segera jatuh atas bahu." "Kami tak ada saudara-mara di Perak. Aduh! sungguh mempersonakan.

saya mengambil keputusan merenung ke halaman rumah. Tidak ada jalan lain untuk saya melainkan mengaku kalah secara terhormat di depan gadis yang berjaya menguasai hati dan perasaan saya. "Assalamualaikum. Saya tidak bersuara hanya melihat ke arah Pak Imam yang berdiri di pintu anjung. "Siapa nama?" tanya saya. "Macam nama buah dari negeri Arab yang selalu dimakan di bulan puasa." hati saya jadi panas menerima sindiran nakal. Mat Prai sandarkan basikal dekat pangkal pokok pinang 139 ." balas saya. Apa yang saya fikirkan ialah menyorokkan diri agar rahsia peribadi saya tidak diketahui oleh orang lain. "Tak boleh. aku naik jemu menanti. penuh yakin. Bagi menghilangkan rasa serba salah dan tidak selesa itu. datuk melangkah menuju ke perigi. dari jauh saya lihat Mat Prai terbongkok-bongkok mengayuh basikal." jerit Mat Prai sambil terjun dari basikal. saya tarik batang hidung yang mancung kemerahan itu. Kalau rahsia terbongkar. Duduk berdepan dengan Pak Imam. Wajahnya masam sekali. Bagaikan kilat saya melompat dan lari menuju ke arah perigi." desaknya lagi. Tanpa mengucapkan sesuatu. siapa nama awak." "Awaklah cakap dulu.salah letak. timbul komentar di sudut hati saya. Setiap kali mata saya bertembung dengan wajah Pak Imam hati saya berdebar. CANTIK Buat beberapa saat kami tidak bercakap. "Pranggggggg. Saya merasakan yang Pak Imam mengetahui apa yang telah saya lakukan. Si gadis geleng kepala dan bersedia mahu melangkah meninggalkan saya. datuk turut sama merasa malu. Melihat pepohon pisang memagari sempadan halaman. Secara diam-diam saya menyesali ketelanjuran yang telah saya lakukan." datuk menyambut kedatangan saya di kepala tangga. Engkau terlalu cantik. Saya jadi terlupa tentang gadis di depan saya.. "Nama saya Tamar. awak cakap dulu. Salamnya segera dijawab oleh Pak Imam." Terdengar bunyi piring jatuh dari arah dapur rumah Pak Imam. Perasaan yang resah itu akhirnya bertukar dengan keriangan." kata saya bangga. "Cakap dulu. Malu rasanya. "Lama benar kau mandi.. Dari situ. Saya terus naik ke anjung rumah. saya terus menuju ke anjung rumah. Saling berpandangang dan sesungguhnya saya terpukau dengan sepasang anak mata si gadis yang lembut dan bening bercahaya.

gunakan kesempatan masa masuk ke bilik. Saya meluru ke bilik. Apa yang saya lihat ialah isteri Pak Imam mendermakan senyuman lesu untuk saya." Pak Imam tatap batang hidung Mat Prai yang sudah pun mengheret beg pakaian datuk ke bendul. "Ha. Saya tersentak dari khayalan yang tidak bertepi. Saya menghadapi masalah baru." Mat Prai terus memasukkan pakaian saya dan datuk yang sudah digunakan ke dalam beg rotan." datuk terus panjat tangga. Lepas saya." "Ha. berdepan dengan pintu menghala ke dapur. "Saya bawakan beg pakaian Ayah Alang. matanya menatap wajah saya. Saya boleh tukar baju dan seluar. "Tuk kamu ke mana Tamar?" sambung Mat Prai. Bila semuanya selesai. "Kamu tak mahu pergi ke Kampung Terang. kami pun manghadapi makanan. "Mandi di perigi. saya fikir tentu dia nak tukar baju. Membuka beg rotan. Saya amat gembira atas kedatangan Mat Prai. dia menuju ke kaki tangga. saya meluat mahu merenung wajahnya. Senyuman itu tidak saya balas. "Saya bawa balik beg pakaian Ayah Alang ke rumah saya. tukar pakaian. Dengan rasa kesal yang amat sangat saya pun menukarkan pakaian. Tetapi. 140 . Pada hemat saya. Ini peluang baik. saya fikir tentu nak tukar pakaian. itu dah cukup baik. datuk pula masuk tukar pakaian. "Naiklah Mat. di mana saya mahu menukarkan pakaian. beg siapa yang kamu bawa tu?" tanya Pak Imam. Saya menerpa ke muka pintu dan pada saat yang sama Pak Imam menatang air kopi dan kuih. "Beg Ayah Alang. setuju dengan cadangan Mat Prai itu. saya jeling ke dapur. dapat mendengar suara gadis yang wajahnya mirip Sarimah. Saya masih mengharapkan." "Tak apa aku tunggu dia. Datuk anggukkan kepala. sebaik saja terlihat batang hidung Mat Prai. saya lihat jam di dinding sudah hampir pukul sepuluh pagi.dara. Dengan membimbit beg rotan. Telinga dan otak saya tumpukan pada bunyi di dapur Pak Imam. dah lama kamu datang? Apa halnya?" Itu yang diajukan oleh datuk dari kaki tangga. Fikir saya dalam hati." Mat Prai letakkan beg rotan empat segi atas lantai. "Kamu masuk ke bilik sembahyang. jeling ke arah dapur. Kemudian terus turun dan meletakkan beg pakaian atas lantai pelantar basikal tua. Pak Imam masuk ke ruang tengah dan terus menuju ke dapur." Mat Prai sandarkan belakang pada jenang pintu. Baju dan seluar saya dikeluarkan. Saya tidak ghairah mahu melayani percakapannya. dia melihat air kopi dan kuih-muih yang bakal dihidangkan pada saya dan datuk." Pak Imam mengarahkan jari telunjuknya ke arah bilik yang terletak di rusuk kiri rumah.

Pak Imam masuk ke bawah rumah tarik basikal Raliegh keluar. "Kita pergi dengan basikal. bisik batin saya. Biji mata saya tertumpu ke situ." secara tidak sengaja terpancut kata-kata dari mulut saya. "Ayah dah pergi ke Tanjung. kita pinjam basikalnya. Dalam saat-saat saya berfikir itu." terdengar suara perempuan. Saya nak pulangkan basikal jiran yang saya pinjam. Datuk dan Pak Imam tidak berkata apa-apa. Rambutnya disikat rapi. saya mendamaikan perasaan saya sendiri. Saya terasa lucu dan mahu ketawa sendirian. Hati saya mengelabah. Semuanya itu tidak menarik perhatian saya. tanpa disedari. Mana mungkin sebuah basikal dinaiki oleh tiga orang. Pak Imam sudah pun berada di halaman rumah. takut ditengking oleh datuk. bagaimana mahu pergi ke rumah sahabat Suhaimi Keraba? Kalau berjalan kaki. kenapa tercegat di situ?" 141 . saya tidak berani mahu ketawa. dibelah tengah dan bahagian hujung diikat ala ekor kuda. Seluruh hati dan pancaindera yang satu ini. Sampai di rumah tersebut. saya ikut langkahnya menuju ke rumah papan berbumbung lima yang letaknya tidak berapa jauh dari rumahnya. saya sudah tidak sanggup. tidak berkedip merenung gadis yang berdiri di bibir tingkap. Sudah tidak memakai kain kelubung lagi. "Ada basikal lain." katanya. Mereka seolah-olah merestui dengan apa yang diluahkan oleh Mat Prai. Tanpa banyak cakap. Saya lihat hanya ada sebuah basikal saja di bawah rumah." tutur Mat Prai. Senyuman bertali-tali di bibir. "Satu basikal nak naik tiga orang. Wajahnya lebih mempersonakan tanpa kain kelubung." Pak Imam menyelesaikan masalah yang menghuni otak saya." "Ambillah Tuk Ngah." datang lagi suara dari dalam rumah. "Eh. Kali ini lebih mersik dan manja." Suara itu datang dari tingkap sebelah kanan. RUMAH Ketika datuk dan saya menanti Pak Imam turun dari rumah hati saya tertanya-tanya. Saya terpaku tanpa berkata apa-apa. Oh! Tuhan. "Ada apa Tuk Ngah. Selamat jalan Mat Prai. inilah gadis yang saya temui tadi. Barangkali dengan bas."Minta maaflah. Serentak dengan itu terdengar bunyi telapak kaki memijak papan lantai. Pak Imam terus memanggil adiknya. saya tak dapat serta. "Aku nak pinjam basikal ayah kamu kejap. Dia mula tolak basikal tua ke arah jalan besar. Tetapi. kau ikut aku ke rumah adik aku.

Sebaik saja melintasi sebuah masjid. Selesai saja menempuh jalan kampung. Tuk Ngah pinjam basikalnya. Berbasikal di jalan raya yang di kiri kanannya terdapat pohon-pohon kelapa dan buah-buahan memang tidak terasa panas. "Bagi tahu ayah kamu Masitah. Masitah.Suara Pak Imam meninggi. Sambil kayuh basikal datuk dan Pak Imam terus berborak. tayar dan pemegang (handle) semuanya berada dalam keadaan yang baik. Dia menyerahkan basikal kepada saya." Saya memeriksa brek basikal. tetapi tidak berani protes. Batin saya terus menyanyi. Pak Imam naik basikal tuanya. dalam jarak lima enam rantai kami berbelok ke kiri melalui jalan berpasir dalam kampung. kadang-kadang terbabas dan melanggar lopak dan batu." Sungguh mempersonakan suara dari Masitah. "Baiklah Tuk Ngah." Pak Imam renung ke arah tingkap. Barangkali para penghuninya mencari rezeki. PERJALANAN Perjalanan ke rumah sahabat Suhaimi Keraba di Kampung Terang pun dimulakan. Saya akui yang Pak Imam amat popular di Balik Pulau. si gadis berkulit putih merah sudah pun menghilangkan diri. "Kamu naik dengan datuk kamu. Bila ada kenderaan lalu. tentulah ada seninya. "Tukang rumah Melayu yang buatnya. kami terpaksa berbasikal di atas batas sawah. Saya urut dada syukur kerana apa yang saya lakukan tidak dapat dikesan oleh Pak Imam. saya tersentak dalam malu. Setelah meninggalkan kawasan Pekan Genting (juga disebut Simpang Empat) badan saya mula berpeluh. Tunggulah. Saya dan datuk naik basikal ayah Masitah. sepanjang perjalanan dia sering saja menerima salam dari orang yang berbasikal atau bermotosikal. petang nanti saya hantarkan basikal ayahmu. datuk dan Pak Imam terpaksa ke tepi. saya sematkan dalam kalbu. Nama Masitah saya sebut beribu-ribu kali. petang Tuk Ngah hantar." Saya terhenti dari menyorong basikal. Sudah tentu nama itu akan saya kenang sampai mati. Dan kami pun sampai di sebuah rumah papan yang tiangnya dibuat dari kayu bulat." Pak Imam menjawab jujur. Tanpa banyak cakap saya sorong basikal ke arah rumah Pak Imam. pintu dan tingkapnya tertutup rapat. Saya yang bertenggek di belakang hanya pasang telinga saja. Dalam keadaan yang serba tidak kena itu saya bersuara: "Ukiran di kerawang tingkap rumah ni cantik. 142 . Kebanyakkan rumah di situ. Buktinya. tidak kira samada besar atau kecil. Dia sudah berdiri di kanan saya. Punggung saya terasa sengal dan sakit.

Lelaki yang berkulit cerah itu menyimpan janggut dan jambang. Dalam sekelip mata lelaki itu menghilangkan diri. saya mengekori dari belakang. penuh dengan sawang dan sarang labah. misainya sudah putih benar. Anehnya. berkain sarung dengan baju Melayu teluk belanga berdiri di situ." angguk Pak Imam bersama senyum. saya terscium bau kemenyan. Pemilik rumah mendekati Pak Imam. Di situ saya lihat ada lingkaran ular hitam dengan kepalanya terhulur keluar. ular hitam itu tidak kelihatan. Pak Imam orang pertama naik ke rumah diikuti oleh datuk. Tidak jauh dari pangkal pokok kelapa gading terdapat seekor kucing hitam dengan sepasang mata yang agak kemerah-merahan merenung tajam ke arah kami. Langsir tingkap yang dibuat dari kain hitam nipis. saya toleh ke pangkal tangga. serentak dengan itu sebelah pintu yang dibuat dari anyaman buluh terbuka. Walaupun matahari bersinar tetapi saya merasakan keadaan di pinggir sawah itu terasa lembab dan muram. Dia hulur tangan dan datuk terus sambut. "Kawan saya. Disebelah kanan rumah ada pokok macang (bacang) besar di bahagian belakang rumah ada pokok jejawi yang besarnya lebih dari sepemeluk. Saya orang yang terakhir.Dindingnya dari papan tidak berketam. masa saya berdiri di situ sebentar tadi. "Naiklah. Kucing hitam itu menguap. Tetapi. Pintunya sebelah papan dan sebelah lagi anyaman buluh. Keadaan di bawah rumah tidak tersusun." balas Pak Imam. "Nak tengok kawan saya yang salah langkah?" tanyanya. "Waalaikomussalam. 143 . Tiba-tiba saya terasa seram bila melihat beberapa ekor gagak berlompatan didahan mempelam sambil berbunyi. Waktu saya mahu melangkah bendul. Suasana sekitar rumah mengundang rasa takut. Sebaik saja basikal disandarkan pada pokok kelapa gading." Saya segera dongak ke pintu. Datuk dan Pak Imam menuju ke kaki tangga. Akar-akar berjuntaian dari dahannya." Terdengar jawapan dari dalam rumah. "Yang berdua ni siapa? Kawan atau keluarga?" tambah pemilik rumah sambil merenung ke arah datuk dan saya. "Ya. Manakala sebelah lagi yang dibuat dari papan tetap tidak bergerak. Dengan suara yang lantang Pak Imam memberi salam. Seorang lelaki bertubuh tegap. memperlihatkan lidahnya yang merah bersama susunan giginya yang tajam. Pemilik rumah memusingkan badannya ke kanan. nampak bergerakgerak ditiup angin. Rumah itu terletak di pinggir sawah. Wajahnya dengan wajah datuk berdepan.

Apakah rahsia mereka berdua? Timbul pertanyaan dalam hati saya. Kemudian dengan hatihati Haji Taslim Singasari membuka kain penutup tubuh di depan kami hingga ke 144 . "Kalau tidak memikirkan yang dirinya sahabat karib. kawan yang malang tu ada di sini. "Mari masuk ke bilik. "Duduk. inilah akibatnya. dan peti itu ditutup dengan kain dua warna iaitu kuning hitam." Pak Imam patuh dengan permintaan Haji Taslim Singasari. Setiap penyambung atau sendi peti itu ditaruh ensel. Dari dalam peti saya terdengar seperti suara orang mengerang dan sesekali macam bunyi suara kucing dan anjing menyalak. Pak Imam menerpa ke depan dan bersedia mahu menyingkap kain yang menutup tubuh tersebut. semuanya ni tidak saya buat. saya selalu diganggu oleh pelbagai jenis binatang seperti harimau." sambung Haji Taslim Singsari." Kami pun mengekori langkah Haji Taslim Singasari masuk ke bilik yang keadaannya saya kira agak ganjil kerana dalam rumah papan terdapat bilik yang dibuat dari buluh. Saya juga terlihat senaskah Quran di atas bantal di samping senaskah surah Yasin." sambung Haji Taslim Singasari seperti menyesali diri sendiri. Di depan kami ada peti yang dibuat dari papan." pinta datuk. Sekujur tubuh manusia yang ditutup dengan kain kuning terlentang di depan kami. biar saya buat." jelas Haji Taslim Singasari. Saya mula terhidu bau masam dan lapuk tetapi. Dinding peti di sebelah kiri dan kanan jatuh atas lantai. "Sepanjang malam saya membaca Quran dan pagi tadi saya mula baca Yasin. Tetapi. Kain penutup dua warna pun dibuka. Tiap sudut bilik ada dupa yang mengeluarkan asap kemenyan."Saya Haji Taslim Singasari. panjangnya kira-kira enam kaki dan tingginya hampir dua kaki. Dia rapat ke peti yang sudah dicat warna putih. mata saya tetap tertumpu ke arah peti. Malah lantai bilik juga dilapisi dengan buluh. Tanpa banyak cerita kami pun duduk. nanti awak terkejut. "Jangan. "Cuba buka saya nak tengok keadaannya. kerana datuk tersenyum dan menganggukkan kepala. Haji Taslim Singasari tidak membantah. Haji Taslim Singasari membuka selak peti. Di bahagian atasnya dibuat selak yang boleh dikunci. Begitu juga dengan mata datuk dan Pak Imam." ujar Haji Taslim Singasari. Saya yakin ada sesuatu yang dibisikkannya ke telinga datuk." katanya sambil mendekatkan mulutnya ke telinga datuk. Duduklah. Haji Taslim Singasari segera memegang tangan Pak Imam. "Sudah puas saya nasihat tapi dia tak mahu dengar. Kami hanya anggukkan kepala saja. Pasti dia membawa khabar gembira. semoga dirinya biarlah selamat. ular dan macam-macam lagi.

Pulang Dari Kubur Semua yang terjadi di depan mata mengudang kecemasan dan ketakutan. sukar untuk menentukan di mana letak mata. hidung dan telinganya.." kata saya. Haji Taslim Singasari tidak gentar dan cemas atas kehadiran kucing hitam dan harimau kumbang. dia terlalu seksa. "Saya setuju. Saya tidak berani bergerak dan berkata-kata. "Jangan tegur. kedua belah rahang saya terasa sakit. Aneh sungguh." Belum pun sempat saya menamatkan kata. Baginya. Haji Taslim Singasari mengambil beberapa naskah Yasin dari atas rak di luar bilik.. Separuh tubuhnya dari pusat hingga ke muka hitam legam macam arang. saya seakan-akan terpandangkan Suhaimi Keraba mengangkat kepalanya perlahan-lahan. baca saja Surah An-Nas seberapa banyak yang boleh. Saya juga malihat beberapa ekor belalang hitam terbang bebas dan hinggap di bahagian tubuh yang hitam. "Allah huakhbar." tingkah Pak Imam. saya dapat memastikan yang lapik kepalanya bukanlah bantal. kepala. telapak tangan datuk terus menekup mulut saya. "Kita mohon pada Allah supaya rohnya segera dikeluarkan dari tubuhnya." ujar Haji Taslim Singasari. 115." balas datuk." Pak Imam bersuara." Pak Imam membisikkan ke telinga saya. Dan kini. Tetapi. Sebaik saja selesai bercakap. Di depan kami. batang pisang yang dibentuk seperti sebiji bantal. Di bahagian kakinya pula muncul kucing hitam. Bila saya anggukkan kepala barulah datuk berhenti 145 . terlentang tubuh Suhaimi Keraba tercungap-cungap macam ikan kekurangan air. seolah-olah perkara itu tidak wujud di depan matanya." sambut datuk. "Kita baca Yasin. "Eh. buat seketika mulut kami ternganga. "Subhanallah. Dari pusat ke kaki keadaannya elok sempurna.hujung kaki. Masa Haji Taslim berada di luar bilik. seekor harimau kumbang muncul dari arah bahagian kepala Suhaimi Keraba. Kerana dicengkam begitu kuat. "Ya Allah.

" Terdengar suara dari Suhaimi Keraba. lipan. Dalam sekelip mata. Bila pembacaan Surah Yasin untuk kali yang ketujuh berakhir. saya jadi berani dan terus bersikap macam mereka. setakat mana yang dapat. Dalam masa saya hendak membaca Surah Yasin." Haji Taslim Singasari memberikan pendapat. Menderam panjang. Terus mengaum. Buah halkumnya nampak bergerak lemah dan dadanya yang hitam kelihatan berombak-ombak. macam mawas (kingkong) jantan. Sambil membaca Surah An-Nas. menggegarkan rumah. Pembacaan Surah Yasin sering terganggu oleh beberapa ekor ular sebesar batang kelapa. mata saya terus tertumpu ke bahagian kepala Suhaimi Keraba yang bertukar bentuk menjadi macam kepala monyet. lebah dan tebuan. Pada saat itu juga saya terdengar jeritan binatang liar dalam bilik kecil. Dia hulurkan Surah Yasin pada saya. kita mengikutnya. kamar kecil itu mula dikuasai oleh suara orang membaca Surah Yasin. telinga dan akhir sekali di bahagian kening. pada datuk dan Pak Imam. Datuk dan Pak Imam bagaikan tidak peduli dengan apa yang terjadi di depan mereka. suaru jeritan itu hanya saya seorang saja yang mendengarnya. Waktu mahu melakukan pembacaan yang kedua. Haji Taslim Singasari terus duduk di sebelah saya. Suhaimi Keraba terus menjerit. Semua binatang buas yang berkeliaran hilang. Proses pertukaran itu berlaku secara sedikit demi sedikit yang dimulai dari dagu. Kerana datuk. "Pak Imam kita jadi ketua. binatang berbisa yang lain juga turut menjelma seperti kala jengking. Pembacaan Yasin yang pertama selesai. kepala monyet bertukar menjadi kepala harimau belang." Pak Imam menganjurkan pada Haji TAslim 146 . Saya patuh dengan nasihat Pak Imam. Warnanya hitam. "Boleh kita mulakan sekarang. Suhaimi Keraba tercungap-cungap. bergerak depan kami." Pak Imam menyatakan kesediannya beberapa saat kemudian. lidahnya yang bercabang bagaikan mahu menyentuh tubuh Suhaimi Keraba. Semuanya itu tidak menghalang pembacaan kami. Pak Imam dan Haji Taslim Singasari buat tidak kisah. Datuk anggukkan kepala. Bersedia mengikut langkah dan rentak yang bakal mereka lakukan. menendang ke kiri dan ke kanan. Saya tidak memberikan sebarang komen. Selain dari ular besar. "Ajarlah dia mengucap. Taslim. saya tidak dapat melihat perkembangan atas perubahan selanjutnya terhadap diri Suhaimi Keraba. Saya yakin. "Huuaaahhhh.mencekup mulut saya. Saya tidak tahu apakah kepalanya masih dalam bentuk kepala harimau. "Mari kita baca bersama." Haji Taslim Singasari berdiri di kiri saya.

Dia luruskan tangan dua kali sambil menghela nafas tersekat-sekat. Semua biji mata tertumpu ke arahnya. Kokok ayam janyan bertalu-talu dan ketuk ayam betina bagaikan gendang perang." Bagaikan ada kekuatan luar biasa hadir dalam diri Suhaimi Keraba. Dan orang tua yang berbadan tegap itu segera merapati Suhaimi Keraba. ada sesuatu yang saya agak aneh dan ganjil. "Semuanya dah habis." tokok Pak Imam pula dan Haji Taslim Singasari anggukkan kepala." sepasang kaki Suhaimi Keraba bergerak-gerak. "Huaaaahhh. orang tua berbadan tegap itu jatuh tertenggung. Dia seolah-olah tidak mahu mendengar dengan apa yang dibisikkan oleh Haji Taslim Singasari kepadanya. Saya pandang wajah datuk.. kita usaha. Dadanya sudah tidak berombak." Haji Taslim Singasari bangun sambil menutup mayat Suhaimi Keraba dengan kain hitam.. Suhaimi Keraba terkulai atas bantal bantang pisang. Suara gagak rancak berbunyi. HAMPIR Haji Taslim Singasari menghampiri kami. urat dileher nampak tegang. "Ganjil!" 147 . Dan kami serahkan naskah Yasin kepadanya untuk disimpan." kata datuk menguatkan semangat Haji Taslim Singasari yang mula kecewa. bila Suhaimi Keraba berusaha dengan sedaya upaya memalingkan mukanya yang hitam (tidak tentu bentuknya) itu ke arah lain. Suhaimi Keraba rebahkan badannya dengan kasar. Saya jadi seram dan berdebar. Dia mendekatkan bibirnya ke cuping telinga Suhaimi Keraba yang hitam..Singasari. Dia terus duduk dan tangna kanannya menolak tubuh Haji Taslim Singasari. apakah Pak Imam dan datuk mengalami perkara ganjil seperti apa yang saya alami? Pada mata kasarnya. "Ya cubalah. Dia sudah tidak bernyawa lagi. Datuk gelengkan kepala. Sumpah saya tidak tahu. Belum pernah saya mendengar salakan anjing mendayu-dayu seolah-olah menangis di waktu tengah hari rembang. saya lihat Haji Taslim Singasari seperti orang keresahan.. "Cubalah. nafasnya terhenti. "Haaaaa. Seluruh muka Suhaimi Keraba terarah ke wajah datuk. Secara mendadak.

"Dia sahabat saya. Dia tunduk merenung lantai sambil memperkemaskan silanya. kokok dan ketuk ayam beransur kurang. Datuk memberanikan diri lalu membuka kain penutup mayat Suhaimi Keraba. Dia menarik nafas dalam-dalam yang diakhiri dengan sebuah keluhan. saya nak bawa dia ke jalan yang benar. kawan. "Ya." Haji Taslim Singasari bersuara. Haji?" tanya Pak Imam. entah apa yang dibuatnya. Saya menelan air liur. Kerana Pak Imam dan Haji Taslim Singasari bergerak ke ruang tengah. saya tidak tahu. jeritan gagak. saya melihat ke arah langit. "Awak kesiankan dia. "Apa yang Pak Imam tengok tu. sudah terlambat. binatang-binatang tu menegur syaitan yang keluar dari rumah ni menuju ke arah hutan di Gunung Jerai." sahut datuk.Terkeluar ungkapan dari bibir Pak Imam. "Apa yang ganjil tu?" pintas datuk. Tinggallah datuk seorang diri di bilik kecil." Pak Imam telan air liur. "Itulah sebabnya. dia bertemu dengan Suhaimi Keraba di Pulau Kampoi.. saya simpati dan kesiankan dirinya. Di mana-mana kelihatan awan putih bersih bergerak lemah mengikut hembusan angin. Kata Haji Taslim Singasari.. kami berkawan bukan setahun dua. Akhirnya sepasang biji mata Pak Imam tumpah ke paras saya dan datuk. Kami (saya. Pak Imam dan Haji Taslim Singasari) duduk bersimpuh di anjung. Tapi. Datuk tatap wajahnya yang hitam sambil membaca sesuatu." Haji Taslim Singasari tidak meneruskan katakatanya." Haji Taslim Singasari mempamirkan kedukaan dan kehampaan di wajahnya. rasa takut masih menguasai tangkai dan jantung hati saya. Ada ketenangan tergambar di wajah Haji Taslim Singasari. Cuaca amat baik sekali. "Perkara semacam itu. Cukup tenang dia mengungkap pengalaman yang dilaluinya. 148 . Saya merasa selesa disentuh angin dari bibir sawah. di Kedah. awak kena bahananya. "Saya juga mendengarnya. Bunyi reriang rimba bukan main galaknya. saya segera mengekori jejak mereka. macam-macam binatang ganggu saya." mata Pak Imam merauti seluruh wajah Haji Taslim Singasari. masa dia mula-mula terbaring dulu." Haji Taslim anggukkan kepala. "Saya dah dapat dengar dengan jelas. Datuk masih berada dalam bilik." sambung Haji Taslim Singasari. sudah jadi perkara biasa pada saya. Tidak ada tanda-tanda mahu hujan atau ribut petir akan berlaku. Lolongan anjing. "Cuba dengar baik-baik. Dari jendela yang terdedah.

Kerana merasakan ilmu yang diperolehi masih kurang. Buat beberapa lama dia menetap di kampung halamannya di Tanah Kebun. mereka bertemu dengan seorang tua yang mereka panggil sebagai 'Kiai Sabdo' ditempat yang bernama Singasari. Dia memperolehi sebuah kitab dari seorang gurunya yang namanya tidak pernah diceritakan pada Haji Taslim Singasari. Tanpa pengetahuan Kiai Sabdo. Suhaimi Keraba sering mengujunginya. minta Allah ampunkan dosanya dan rohnya ditempatkan di tempat yang baik-baik. Tetapi." Pak Imam meraba pangkal lehernya. Suhaimi Keraba tidak memperendahkan nasihat tersebut.Kemudian mereka pergi ke Pulau Niar yang terletak di hujung Pulau Sumatera. 149 . USIR Kerana kitab itu jugalah Kiai Sabdo mengusir Suhaimi Keraba keluar dari rumahnya. Mereka menuntut ilmu dunia. dia sudah memilih cara tu. Selatan Siam mendalami ilmu akhirat. Apalah yang boleh kita buat. "Sudahlah. Parit Buntar. "Sebagai sahabat. Haji Taslim Singasari terus menuntut ilmu akhirat dari Kiai Sabdo dan Suhaimi Keraba dengan kegiatan ilmu kebatinannya. saya tetap berdoa setiap kali solat." cetus Haji Taslim Singasari. Dia mengujungi tempat pertapaan Suhaimi Keraba. Suhaimi Keraba terus pergi ke Wilayah Balidono. "Cita-cita saya mahu memberi kesedaran. Masa di Pulau Jawa mereka sering berulang alik ke Bali. Haji. Dan Suhaimi Keraba telah memelihara persahabatannya dengan Haji Taslimi Singasari. Kadang-kadang saya diduganya dengan pelbagai cara. Haji Taslim Singasari meninggalkan Tanah Jawa pulang ke Semenanjung Tanah Melayu. dia cukup liat. Persahabatan yang terputus disambung kembali. Biar dia balik ke pangkal jalan. Dengan takdir Allah. Jawa Timur bersemadi di sebuah gunung. mereka terus mengembara ke pelosok Pulau Jawa." demikian erti setiakawan buat Haji Taslim Singasari. Nasihat Kiai Sabdo segera dipatuhi oleh Haji Taslim (yang ketika itu belum bergelar Haji). Putworejo. Setelah mendapat berita yang Suhaimi Keraba berada di Balik Pulau. Atas nasihat Kiai Sabdo. Ilmu hitamnya cukup tinggi. Tapi. Haji Taslim Singasari pun berhijrah ke tempat tersebut lalu membeli sekeping tanah sawah. Kemudian dia pergi ke Perlis dan akhirnya bermastautin di Pattani. Berguru dan mencari ilmu dunia. (Haji Taslim yang tertarik dengan nama tempat tersebut mengabadikan pada hujung namanya) Kiai Sabdo menasihati mereka supaya jangan meneruskan kegiatan yang tidak bermanfaat itu.

"Mayatnya bangun mahu menerkam ke arah saya. dia tidak pula keberatan untuk menceritakan tentang kebaikan sahabatnya walaupun kebaikan yang ada amat kecil jika dibandingkan dengan kejahatan yang dilakukan. bila ada orang kampung bertanyakan kegiatan buruk Suhaimi Keraba semasa hayatnya. tidak dapat menerima nasihat Haji Taslim Singasari." sambung datuk lagi. Ternyata pemuda yang masih menaruh dendam itu." celah Pak Imam. 150 . tambahkan dosa kita. sembahyang jenazah dilakukan di masjid kampung tersebut. Pak Imam diserahkan tugas pergi ke masjid memberitahu orang ramai tentang kematian Suhaimi Keraba. Mungkin kerana nama Suhaimi Keraba dianggap nama yang tidak membawa keuntungan pada penduduk setempat." Haji Taslim Singasari menetap wajah pemuda yang berambut panjang. binatang-binatang bisa berkeliaran atas mayatnya. Kesedihan atas kematian sahabat rapat yang tidak sejalan itu meninggalkan kesan hiba yang amat sangat terhadap dirinya. selepas pengkebumian sahabat karibnya. Dia seperti menyembunyikan keburukan dan kejahatan sahabatnya dari orang ramai. Apa yang membanggakan saya ialah sikap Haji Taslim Singasari." tutur Haji Taslim Singasari pada seorang anak muda yang menahannya. Hasilnya. "Hai orang muda. "Sebabnya mudah saja. Dia mengelakkan diri. memaki hamunnya. Mukanya dibasahi peluh bersama bayangan kecemasan. Suhaimi Keraba. dia selalu mengganggu orang kampung dengan ilmu jahatnya. Dia sudah tak ada dan tak ada gunanya awak marah atau menaruh dendam."Seram saya. Tetapi. sebaik saja keluar dari tanah perkuburan. Perbuatan macam tu." jelas datuk lalu duduk di sisi pak Imam. "Kenapa?" soal Haji Taslim Singasari. "Dengan nama Allah dapat saya atasi dengan sebaik-baiknya. Sebaik saja selesai sembahyang Zohor. "Tunjangnya cukup hebat. Dia mengesat peluh di dahi dengan belakang tangan." jawab pemuda itu. Saya cuma jadi pembantu mereka saja. Urusan mandi mayat dan kafan terletak atas bahu datuk dan Haji Taslim Singasari. "Kenapa ditanyakan tentang kejahatan orang yang sudah tiada. Pak Imam. sedangkan dia sudah pun mengadap Allah. menyebabkan orang yang datang menziarah dan menyembahyangkan jenazahnya tidak seberapa." Kami segera menoleh ke arah datuk yang keluar dari bilik secara mengejut. bukankah perbuatan itu dilarang oleh agama kita. datuk dan Haji Taslim Singasari mengadakan perbincangan kecil dan singkat. Saya lihat Haji Taslim anggukkan kepala.

"Awak jadi pelindungnya, awak jadi taukenya," satu tuduhan yang pedih dilemparkan oleh pemuda kepada Haji Taslim Singasari. "Apa salahnya awak melupakan perbuatan kawan saya itu, sedekahkan Fatihah dan Qulwallah pada rohnya dan minta ampunkan dosanya. Awak dapat pahala dan secara tak langsung awak dapat melatihkan diri awak untuk menjadi seorang Islam yang baik dan berniat ikhlas," Haji Taslim Singasari terus mengajak saya dan datuk beredar dari situ.

PANAS

Rupanya, pemuda yang panas baran itu tidak puas hati dengan sikap Haji Taslim Singasari. Dia menghalang kami meneruskan perjalanan dengan merentangkan sebatang kayu di depan kami. "Hei! Ketua ilmu sesat, ketua ajaran salah, jangan cuba pertahankan orang kamu," pemuda panas baran terus menuding jari telunjuknya ke muka Haji Taslim Singasari. Datuk nampaknya kurang senang dengan sikap pemuda yang biadap itu. Tetapi dia tidak mahu bertindak. Maklumlah tempat orang, tidak ada gunanya jadi ayam sabung. "Bangsat, datang ke hujung kampung orang nak jadi kepala iblis," sambung pemuda itu lagi. Haji Taslim Singasari tunduk senyum sambil memberi isyarat pada datuk dan saya supaya meneruskan perjalanan tanpa melangkah kayu penghalang di depan. "Heiii...," sergah pemuda itu ke arah saya dan datuk. Dan dalam masa yang sama, Pak Imam keluar dari kawasan tanah perkuburan lalu meluuru ke arah pemuda panas baran. "Kamu balik, jangan nak sedap-sedap saja tuduh orang amal ilmu sesat, ilmu salah. Selidiki dulu sebelum bercakap," Pak Imam paut bahu kanan pemuda panas baran dengan tangan kirinya. "Kenapa Pak Imam masuk campur, Pak Imam dah ikut dia?" "Itu soal aku, kamu mesti tahu, aku imam, aku tahu apa yang aku buat. Jadilah pemuda Islam yang berhemah tinggi, menyiasat dan mengkaji sebelum buat tuduhan. Pergi balik, dengar cakap aku," herdik Pak Imam, tanpa berkata sepatah apa pun, pemuda panas baran terus meninggalkan kami. Kami pulang ke rumah Haji Taslim Singasari. Di rumah itu juga Pak Imam membuka rahsia diri dia yang sudah lama mengenali Haji Taslim Singasari. Bila waktu terluang mereka saling bertukar-tukar fikiran dan pendapat. Tetapi Pak Imam mengakui yang dia tidak tahu hubungan Haji Taslim Singasari dengan Suhaimi Keraba begitu akrab.
151

Haji Taslim Singasari mengakui yang dia merahsiakan hubungannya itu daripada pengetahuan Pak Imam. Sebabnya, dia mahu berusaha dahulu untuk membawa Suhaimi Keraba ke jalan yang benar. Bila gagal, barulah dia memerlukan pertolongan dari Pak Imam dan orang lain. "Sayangnya, cita-cita saya tak sampai. Dia pergi dulu tinggalkan saya. Kalau ikut umur, dia lebih muda dari saya. Pada hukum adatnya, saya yang mati dulu. Tetapi kuasa Allah siapalah tahu," antara jelas dengan tidak, Haji Taslim Singasari menuturkan kata. Kehibaan masih terpancar di wajahnya. "Allah sayangkan dia," meletup suara dari datuk. Apa alasan datuk, orang jahat disayangi oleh Allah? timbul pertanyaan dalam rongga dada saya. "Bila dia dipanggil Allah, ertinya segala kegiatan jahatnya terhenti di situ saja. Itu tanda Allah sayangkan dia. Kalau umurnya panjang penuh dengan kejahatan, tentulah hidupnya tidak bermakna," sambung datuk lagi. Saya dapat menerima alasan itu. Saya lihat jam tua yang tersangkut di dinding sudah pukul empat lebih. Sinar matahari kian redup tetapi, angin dari sawah menghantarkan kesegaran ke tubuh kami. "Saya juga bercadang mahu mengajak si mati kembali ke pangkal jalan, saya pernah bertentang mata dengannya, pernah berdebat. Kita perlu sabar dan tabah untuk menyedarkannya. Ah! semuanya sudah berlalu," secara mengejut Pak Imam bersuara. Datuk anggukkan kepala, begitu juga dengan Haji Taslim Singasari. Kerana jemu melihat lantai, dinding rumah serta jam tua, saya alihkan pandangan ke luar. Dedaun kelapa di pinggir kampung melintuk liuk disentuh bayu petang. Beburung liar terbang rendah lalu hinggap di reranting pokok yang memagari bibir Kampung Tenang. Awan juga berarak lembut ke arah pekan Balik Pulau. "Si mati jadi marah dan meradang dengan kedatangan seseorang ke kawasan Balik Pulau. Menurut si mati orang itu menghalang kegiatannya dengan kasar, tidak mahu berunding," Haji Taslim Singasari bersuara. Pak Imam renung ke arah datuk. Saya segera membuat ramalan. Orang yang dimaksudkan oleh si mati itu tidak lain dan tidak bukan adalah datuk saya. "Apa kata si mati terhadap orang itu?" saya bertanya, datuk segera mencubit paha saya. Aduh! sakitnya bukan kepalang. Tetapi saya tetap bersikap tenang, seolaholah tidak ada apa yang terjadi.

BATUK

Melihat sikap saya yang bersahaja itu, datuk tidak puas hati. Dia berpura-pura batuk, sebagai tanda ingatan agar saya jangan megemukakan sebarang pertanyaan lagi.

152

"Orang yang datang ni, bukan calang-calang orang. Ada ilmu dunia dan akhirat. Sebelum dia tunduk pada orang yang datang itu, dia mahu mengujinya terlebih dahulu. Tapi...," Haji Taslim Singasari terbatuk. Setelah selesai batuk, dia tidak mahu meneruskan kata-kata. Sikapnya itu, membuat kami bertiga resah. Saya terus menganggap Haji Taslim Singasari mahu menyembunyikan sesuatu dari kami. Dalam erti kata lain, masih meragui kejujuran kami. "Kenapa tak teruskan cerita," desak Pak Imam. "Dia kesalkan awak," biji mata Haji Taslim Singasari menampar wajah Pak Imam yang nampak terkejut. "Kesalkan saya? Kenapa?" "Sebabnya, awak menolong orang yang datang tu. Dia menghormati awak," lanjut Haji Taslim Singasari. Datuk nampak resah. Dia sedar dirinya turut dikaitkan dalam masalah ini. Sesungguhnya kedatangan datuk ke Balik Pulau bukan untuk mencari musuh. Dia sekadar mahu menunaikan permintaan Mat Prai. Hidup bagi datuk ialah mencari sahabat sebanyak yang boleh. Musuh jangan dicari, walaupun seorang. "Agaknya, sayalah orang yang dimaksudkan oleh si mati," datuk tegakkan leher. Pak Imam renung ke arah saya dan Haji Taslim Singasari pula renung Pak Imam. Keadaan bertambah gawat, semoga tidak ada tercetus sebarang pergaduhan di sini. Doa saya dalam hati. "Memang awaklah," sahut Pak Imam. "Awak dendam dengannya lagi," Haji Taslim Singasari renuung muka datuk. Perlahan-lahan datuk gelengkan kepala. "Saya tahu niat awak macam saya juga, nak membetulkan kesilapannya, bukan begitu?" tokok Haji Taslim Singasari lagi. Macam tadi datuk anggukkan kepala. Tiba-tiba kami diganggu oleh suara batuk dan bunyi orang berjalan di bilik si mati. Kami berpandangan sama sendiri. Bunyi telapak kaki orang yang melangkah itu semakin lama semakin dekat. Tanpa disangka-sangka pintu bilik yang bercantum itu ditolak dengan kasar. Semua biji mata tertumpu ke arah pintu bilik. "Ahhh..." Serentak kami bersuara dengan rasa terkejut yang amat sangat. Punggung saya terasa tidak bertemu lantai. Empat wajah manusia dipeluk kecemasan melihat Suhaimi Keraba yang sudah dikuburkan berdiri di ambang pintu bilik. Bentuk tubuhnya kelihatan cukup elok dan sempurna. Mukanya tidak pula hitam, tetapi sepasang anak matanya tidak bercahaya, tersembul macam batu cincin.
153

Walaupun demikian, pandangannya tetap menyorot ke arah datuk. "Huuuuhhhh." Lembaga yang menyerupai Suhaimi Keraba telah bersuara. Tangan kanannya menghentak sebelah pintu bilik hingga tercabut. Kami bertambah cemas. Lembaga itu terus melangkah ke arah datuk. "Kembarnya," pekik Haji Taslim Singasari. "Kami menyebutnya Tunjing, benda ni mesti dimusnahkan. Benda ni jadi jahat dan mula mengganas bila tuannya dah tak ada," sahut Pak Imam sambil bangun dan melangkah ke arah tangga. "Semuanya ni syaitan, iblis," datuk terus meluru ke arah Pak Imam yang berada di kepala tangga. Dua kaki saya bagaikan ditarik oleh kuasa ghaib bergerak menuju ke arah datuk. Ketika itu juga terdengar raungan gajah, ngauman harimau dan jerit monyet. Semuanya datang dari arah bilik si mati. Lembaga yang menyerupai Suhaimi Keraba terus melangkah dalam keadaan yang keras. Seluruh daging tubuhnya nampak berulas. Urat-urat hijau bagaikan mahu menolak kulit tubuhnya. Apa yang manghalangnya habis dirempuh atau ditendang. Haji Taslim Singasari tidak bergerak dari tempat asal. Dia bangun dan berdiri di situ. Bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Pada saat itu juga, saya lihat lembaga yang menyerupai Suhaimi Keraba bertukar rupa. Tubuhnya berbulu hitam dan bahagian kepalanya bertukar menjadi kepala beruang. "Suhaimi." Pekik Haji Taslim Singasari. Lembaga itu berhenti melangkah dan bertukar kembali menyerupai diri Suhaimi Keraba yang sebenar. Pak Imam dan datuk terus berbisik sesuatu. Apakah perkara yang mereka bisikkan saya sendiri pun tidak tahu. "Jaga dan hati-hati, Haji," Pak Imam bersuara. "Dengan izin Allah saya boleh mengatasinya," sahut Haji Taslim Singasari sambil membetulkan kedudukan kaki kanannya. Lembaga itu terus merewangkan tangannya ke kiri dan ke kanan. "Aduh!" Serentak dengan itu Haji Taslim Singasari tersungkur ditolak oleh lembaga yang menyerupai Suhaimi Keraba. Lembaga itu menerkam ke arah datuk. Haji Taslim Singasari berjaya bangun dan menerkam ke arah datuk. "Suhaimi Keraba."
154

Mendengar namanya disebut lembaga itu terhenti dari menyerang datuk. Dia memusingkan kepalanya perlahan-lahan ke arah orang yang memanggilnya. "Kita harus ke tanah, saya tahu pantang larangnya," perintah Haji Taslim Singasari. Kami segera terjun ke halaman rumah. Dan lembaga yang menyerupai Suhaimi Keraba terus ghaib entah ke mana. Haji Taslim Singasari memerintahkan kami bertiga mendekatinya. Perintahnya segera kami patuhi. "Biar saya hadapi cara ilmu dunia, kalau saya gagal saya minta tolong pada awak berdua," kata Haji Taslim Singasari pada datuk dan Pak Imam. Nampaknya datuk akur dengan permintaan Haji Taslim Singasari. Bila saja Haji Taslim Singasari memusingkan badannya ke kiri, lembaga yang menyerupai Suhaimi Keraba muncul didepannya dengan kedua belah tangannya menghala ke batang leher Haji Taslim Singasari. "Kau marah aku," tutur Haji Taslim Singasari ke arah lembaga tersebut. Dengan serta merta lembaga itu anggukkan kepala dan haji Taslim Singasari tumbang atas tanah. Lembaga itu bersedia untuk memijaknya. Haji Taslim Singasari mengepal tanah. Tetapi, tidak berjaya. Tanah ditelapak tangannya bertaburan. "Bantu saya," rayu Haji Taslim Singasari. Pak Imam menerpa ke arah lembaga itu. Mereka berdepan. Saya lihat Pak Imam membaca sesuatu, pasti dia membaca ayat-ayat pilihan dari Al-Quran untuk menentang iblis. Ternyata lembaga itu tidak mudah ditundukkan tetapi, Pak Imam terus berjuang dengan sedaya upaya. Akhirnya lembaga itu menjerit sekuat hati bersama dentuman petir yang amat kuat.

116. Budak Ganjil Tanpa Pakaian Dentuman petir membuat telinga saya seperti pekak. Tanah yang dipijak seperti bergegar.Saya pun rebah ke dada bumi. Antara sedar dan tidak, terasa tubuh diangkat serta diusung oleh datuk dan Haji Taslim Singasari ke perdu macang (bacang). Saya disandarkan di situ, datuk segera memulihkan semangat saya yang hilang. Bila terasa diri semakin pulih, saya celikkan mata. Apa yang saya lihat sungguh mengejutkan. Lembaga yang menyerupai Suhaimi Keraba terbakar hangus dipanah petir. Hancur menjadi debu lalu diterbangkan oleh angin ke mana-mana. Penduduk kampung berdekatan menjadi gempar. Mereka merasa sungguh takjub kerana dalam cuaca petang yang terang, boleh terjadi ledakan petir yang sungguh hebat.
155

Pak Imam. kalau kena tubuh kita.” celah datuk. “Kenapa rosakkan dinding rumah?” Tanya datuk. dihubungkaitkan dengan kematian Suhaimi Keraba. orang mengadakan cerita yang bukan-bukan. Betapa mudahnya. bersepah-sepah seluruh bilik. Matanya menatap wajah datuk dan Haji Taslim Singasari. Haji Taslim Singasari dan datuk. Perbuatannya itu segera dituruti oleh saya. kulit boleh terbakar dan daging badan jadi busuk. Kami terus membuka tingkap. kami terus ke masjid untuk menunaikan solat. mereka pandai menggunakan kesempatan dari kematian Suhaimi Keraba yang semasa hidupnya tidak melakukan kebaikan. Pak Imam angkat kepala lalu memandang ke arah kami dengan senyuman penuh keyakinan. Dua keping papan dinding yang menghala ke arah sawah dikopaknya dengan jari telunjuk.” jelas Haji Taslim Singasari. saya harap perkara yang terjadi di depan mata kita ni. Ada pula yang melihat Suhaimi Keraba minum kopi dan makan laksa di warung Simpang Empat. sesungguhnya Allah berhak melakukan sesuatu yang tidak terjangkau oleh akal fikiran kita.” Nada suara Haji Taslim Singasari mengundang kehampaan. Beberapa minit kemudian Pak Imam. “Apa boleh buat Haji. sebelum petir meledak mereka melihat Suhaimi Keraba menari-nari di jalan raya. Nanti boleh timbul macam-macam cerita pula. maka Haji Taslim Singasari pun disuruh menjadi imam. bilik si mati segera kami serbu.” Haji Taslim Singasari mengingatkan kami. Dia percaya yang kami akan mematuhi permintaannya. “Itu pilihan sahabat saya. Semua barang miliknya menjadi abu. Selesai sembahyang dan berdoa. Kerana waktu Asar hampir tiba. “Biar angin masuk dan terbangkan debu-debu yang ada dalam rumah ni.” Pak imam yang tadi membisu mula bersuara. para jemaah mula bercerita tentang bunyi petir yang mereka dengar. Cerita-cerita yang sampai ke telinga membuat saya tersenyum panjang.” Pak Imam menatap permukaan bumi sambil menarik nafas panjang. Malah ada yang melekat pada dinding akibat ditolak angin. Atas persetujuan para jemaah yang ada. Ada yang mendakwa. Haji Taslim Singasari dan datuk turut keluar dari bilik si mati. Kebanyakkannya.“Kita sudah melihat kekuasaan Allah. Pak Imam melangkah ke kaki tangga untuk naik ke rumah. 156 . Saya segera meninggalkan bilik si mati. Saya jadi bingung. “Itu takdir dirinya. “Jangan disentuh. Bila berada dalam rumah. Debu-debu ini tak boleh disentuh. Ada bermacam-macam andaiannya dan ramalan yang mereka buat. jangan dihebohkan dengan sesiapa.

Mungkin kerana datuk orang luar. Bahu lelaki itu ditepuk dengan mesra. Saya tak suka cara awak. itu bukan perkara biasa. Dia menatap wajah Pak Imam dan Haji Taslim Singasari. Matanya menoleh ke arah saya dan datuk. suka mendengar cakap-cakap orang.” Haji Taslim Singasari berhenti bercakap. “Ini kesilapan saya. Tak baik menuduh begitu.Beberapa orang jemaah yang berani terus mendekati Haji Taslim Singasari dan Pak Imam. Pertanyaan ditujukan khas untuk Haji Taslim Singasari mencari jawapannya di samping berusaha menjauhkan diri dari lelaki berkulit hitam yang usianya sekitar lima puluhan. Dia tu manusia jahat. Dia tentang biji mata lelaki berkulit hitam manis. Dia menarik nafas dengan perlahan-lahan. Mereka terus mengajukan pelbagai pertanyaan tanpa mempedulikan kehadiran kami. Ini ertinya kita bercakap dan berfikir menurut perasaan bukannya menggunakan otak. Mukanya nampak merah. “Kenapa awak kata macam tu?” Datuk ajukan pertanyaan pada lelaki berkulit hitam manis. “Mustahil awak tak tahu?” Tanya lelaki berkulit hitam manis dengan misai lebatnya menutupi bibir atas. “Maafkan saya. Pak Imam merenung ke arah kolah masjid.” lanjut Haji Taslim.” nada suara Haji Taslim Singasari mula meninggi. kita tak boleh menentukan seseorang itu isi neraka atau syurga kerana ia adalah kuasa Allah. 157 . Matahari petang yang memancar membuat dahi saya dan datuk berpeluh. Allah boleh melakukan sesuatu apa yang diingini-Nya.” lelaki berkulit hitam manis bersuara. Pak Haji. “perkara itu ada kaitannya dengan sahabat Pak Haji yang mati. Ternyata jawapan itu tidak memuaskan hal orang yang bertanya. perkara biasa.” begitu senang lelaki berkulit hitam manis bercakap. “Petir berbunyi waktu cuaca terang benderang.” ulang lelaki berkulit hitam. Datuk dan Pak Imam berpandangan.” terpamer kekesalan di wajah si hitam manis. “Kenapa dalam setiap kejadian kita tidak mahu memikirkan tentang kebesaran Allah? Kenapa mesti dikaitkan dengan manusia yang kita cap atau kita kira sebagai manusia jahat. “Minta maaf. Dia tidak berminat mahu bercakap dengan datuk. Ternyata lelaki berkulit hitam tidak puas hati kerana jawapan itu bukannya datang dari Haji Taslim Singasari. Akhirnya mereka tersenyum . kami tak tahu pula bunyi petir itu ada hubungan dengan si mati.” “Awak tahu. “Mulut awak celupar. Mungkin kerana kami orang luar.” itu jawapan Pak Imam pada pertanyaan mereka. “Bagi saya. apa lagi petir waktu hari bercuaca panas. “Bagi saya.” sahut Pak Imam. isi neraka.

Si hitam manis tergesa-gesa meninggalkan kami. Oleh kerana basikal kami masih berada di rumah Haji Taslim Singasari perkara tersebut tidak dapat dilakukan. Sementara saya dan datuk boleh balik ke rumah Mat Prai. Timbul minat dalam hatinya untuk mengetahui beberapa perkara tertentu dari Haji Taslim Singasari. datuk dan saya) tidak perlu pergi ke rumah Haji Taslim Singasari. ketika sedang berborak tanpa disengajakan Haji Taslim Singasari telah menceritakan serba sedikit kebolehan yang ada pada dirinya. selidik dulu sebelum membuat tuduhan.” Pak Imam meyatakan keresahannya sambil meletakkan cawan di tangan ke dada piring. Terpaksa pergi ke rumahnya dulu. Bila sampai di rumah.” sambung Pak Imam bersama senyum. “Bijak juga awak cari jalan selesai. jangan cepat sangat percaya dengan cakap-cakap orang. lepas sembahyang Isyak saya datang ke sini. suruh cucu awak bawa basikal saya. “Maafkan saya. lain kali berhati-hati. Bila datang ke sini semula. saya tak boleh bawa dua basikal sekali. “Kalau tak ada apa-apa hal.“Lain kali. kalau tak datang saya tak marah. Pak Imam boleh pulang terus ke rumahnya. perkara yang tidak disengajakan itu telah berbekas dalam diri datuk. Sebenarnya kami bertiga (Pak Imam. Bagaimanakah datuk mahu menyatakan hasrat hatinya itu? Dan amat mengejutkan saya.” Pak Imam terus menatap wajah Haji Taslim Singasari . “Ya juga!” Datuk terkejut dan menyedari yang perbuatannya itu menyusahkan orang lain. Rupanya. 158 .” Haji Taslim Singasari menyelesaikan masalah yang dihadapi. Haji Taslim Singasari menahan kami agar minum petang. awak naik basikal yang dipinjam. bila datuk mahu menerima pelawaan dari Haji Taslim Singasari agar bermalam di rumahnya untuk sama-sama membaca Yasin. “Kalau awak datang saya gembira. Minum petang sambil berborak memang menyeronokkan. awak naiklah basikal saya bersama cucu awak. Dia sendiri yang membuat air kopi dan menggoreng pisang nangka.” Pak Imam mengurui si hitam manis. barulah hidup selamat.” tingkah Haji Taslim Singasari lalu disambut dengan ketawa. Haji Taslim Singasari mengumpulkan cawan dan piring kosong lalu dibawa ke ruang dapur. Saya juga nak baca Yasin. “Itu mudah saja. “Macam mana dengan basikal yang saya pinjam. Kami tak ada apa-apa dengan awak.” tutur Pak Imam mengakhiri kata dengan senyum.” “Sudahlah.

“Jangan bawa laju-laju. brek dan tayar masih elok. Lagu apa yang diminatinya.” Pak Imam berjenaka. nak pulangkan basikal yang saya pin. “Saya jarang menggunakannya. Doa saya. Lagu tersebut cukup popular ketika itu. semuanya membongkok kayuh basikal. Tidak dapat saya gambarkan kegembiraan yang melonjak dalam dada. Basikal yang dipegang terlepas dari tangan.” tutur Haji Taslim Singasari sambil menepuk tempat duduk basikal dua tiga kali. Inilah peluang terbaik bagi saya untuk melihat wajah Masitah. engkau menawan Masitah. saya mahu bercakap panjang dengannya.” datuk mengingatkan saya. “Assalamualaikum. yang jadi kegemaran saya dengan nenek. Angin yang bertiup memberikan keseronokan dan kesegaran pada diri saya. Kami keluar dari kawasan rumah Haji Taslim Singasari. Kalau boleh dialah bakal isteri saya. Pak Imam berada di depan." saya tidak dapat meneruskan kata-kata. Haji Taslim Singasari keluarkan basikal tua dari bawah rumah. pandaikah dia membaca Quran dan berkasidah? Bolehkah dia masak gulai tempoyak. Sudah jelas yang berkemban di muka pintu adalah Masitah. Mata jantan saya tertumpu ke arah bahagian dada yang tidak bertutup. Kulitnya putih melepak dan lembut. Saya tersenyum panjang. Engkaukah itu Masitah? Saya tersengih sendirian dengan sepasang biji mata tertumpu ke arah pintu yang terdedah. si putih kuning penggoda jiwa. “Siapa tu?” Orang di dalam bersuara lunak. Engkau cantik. Diserahkan pada saya. Oh! Tuhan apakah saya bermimpi? Dua tiga kali saya mengucap panjang.Kami turun dari rumah. semoga emak dan ayah Masitah tak ada di rumah. Jatuh 159 . Basikal tua itu masih berhabuk tetapi. “Saya Tamar... datuk di tengah dan saya berada di tempat terakhir. “Kalau bawa laju nanti tercabut tayar. Benarkah yang berdiri di muka pintu itu Masitah? Bisik batin saya. Jantung saya berdebar. Mahu Tanya kegemarannya. Akhirnya kami sampai di rumah Pak Imam. Kecil besar tua muda kenal dengan suara penyanyi R.” “Waalaikum salam. bila Pak Imam menyuruh saya menghantar basikal yang dipinjam ke rumah adiknya. Sambil kayuh basikal saya bersuil-siul kecil membawakan lagu Terkenang Semasa Dulu.” terdengar suara halus nyaring. Matahari petang yang kian condong mencipta bebayang diri kami memanjang di dada jalan. Kali ini. Azmi yang setiap hari berkumandang di radio Malaysia (ketika itu disebut Radio Malaya).

” kata saya. saya lihat Masitah berdiri di situ. Waktu saya mahu melintas di depan tangga. Saya terus melangkah dengan wajah yang serius. 160 .” kata saya tanpa melihat ke arahnya. “Sampaikan salam saya pada emak dan ayah awak. Masitah jadi serba salah lalu menegur saya. kalau saya jual murah.” saya menambah. Basikal yang rebah saya tegakkan lalu disandarkan pada tiang seri di bawah rumah. tetapi ada senyum di kelopak bibirnya. kalau nak tahu tanyalah ayah saudara awak. tektik yang saya lakukan itu mengena.” “Alahaiii menyampah. Rambutnya disikat rapi. Dia tidak berkemban lagi. “Kenapa tak boleh cakap?” “Itu rahsia. Saya kira. mungkin dia tidak percaya dan menuduh saya berbohong. Saya mahu mendengar suaranya. Ini sebuah pengalaman yang amat berharga. Masitah tiada juga bersuara.” kata saya sambil keluar dari bawah rumah. langkah saya terhenti dan wajah saya bagaikan diarahkan kuasa ghaib memandang ke arah wajah Masitah.” Masitah juihkan bibir bawah ke depan bersama kerdipan dan jelingan. Masitah jual mahal.” “Ada apa di sana?” Saya rasa agak sukar mahu menjawab pertanyaan dari Masitah. Bagaikan ada kuasa tertentu. dia tunjukkan penumbuk ke arah saya. Masitah!” Saya memberanikan diri sambil berjenaka. saya nak balik. MENGENA Ternyata. Dia tidak memakai kain kelubung.terdampar atas bumi. “Basikal bawah rumah. Kalau saya katakan yang benar. Tidak memadai dengan itu. Saya tidak mahu senyumnya. Pakaiannya cukup kemas dengan baju kurung berkain batik. Masitah yang berdiri di muka pintu menghilangkan diri. “Pergi ke mana bawa basikal ayah saya?” “Ke Kampung Terang. Kami tersenyum. pagi tadi bukan main berani. “Saya tak boleh cakap. Hati kecil saya tetap kesal kerana Masitah cukup cepat menghilangkan diri. “Macam merajuk aje nampaknya. Bila saya jual mahal. “Basikal yang dipinjam tadi.” Masitah mengusik dan menyindir. “Nama awak. ada di bawah rumah. Sungguh melucukan tetapi amat menghiburkan diri saya. Tiada jawapan yang saya terima dari Masitah kecuali sebuah jelingan tajam penuh makna dan mendebarkan.

“Sudahlah tu.” jerit saya. Apa yang kamu cari di rumah orang. Saya buka langkah dan terus memburunya. “Awak datang malam ni ke rumah Haji?” “Insya-Allah lepas isyak saya sampai.” Suara datuk meninggi dan memanjang dalam nada marah. Kegembiraan yang melonjak dalam dada terus hilang. “Saya pergi dulu. Nadanya merendah. Rasa sakit sudah tak terasa lagi. Sebelum sampai ke rumah Pak Imam dua kali saya terjatuh tersepakkan akar. “Tuk. Cuma renung permukaan bumi saja.” Pak Imam memujuk. Datuk mengekori dari belakang.” itu janji Pak Imam pada datuk. Dada saya terasa lapang bia dia berbalas senyum dengan Pak Imam. akibat dikuasai rasa takut pada datuk. Bila sampai dekat pokok kelapa condong datuk berpatah balik menemui Pak Imam. Datuk tidak juga menoleh ke belakang. datuk dah buat perangai gila-gilanya.” kata Pak Imam bila saya bersalaman dengannya. jadilah cucu yang baik. Sampai di tepi jalan raya. “Terima kasih. Saya jadi cemas dia semakin jauh dari saya. datuk ambil basikal dari saya. “Kalau tak ditegur inilah jadinya. Saya terus berlari dengan sekuat hati menuju ke rumah Pak Imam. Rasa gementar terus bersarang di dada. “Apa yang kamu buat di situ? Hantar basikal sampai berjam-jam. Suaranya makin meninggi. saya tidak angkat muka. Segera saya sorong basikal tua ke arah jalan besar. Datuk tidak peduli dia terus kayuh basikal. “Heiii. Tanpa berkata apa-apa dia terus kayuh basikal.” datuk hulur tangan pada Pak Imam.” jerit saya.” Datuk beliakkan mata. Ini tidak boleh jadi. ha?” Sambung datuk. Saya berdoa agar kemarahan datuk berakhir di situ saja. Mereka bersalaman. tanpa 161 . Dan datuk meneruskan perjalanan tanpa mahu menoleh ke belakang lagi.“Tamarrr.” saya tatap wajah Pak Imam yang tersenyum. Terus membongkok kayuh basikal. Bila langkah saya bersaing dengan basikal yang datuk kayuh.” ada perubahan pada tekanan suara datuk. “Tuk. kamu ni. “Dengar cakap datuk kamu. Saya terpinga-pinga kerana datuk terus meluru ke depan tanpa menyuruh saya naik basikal.

tetapi datuk buat endah tak endah dengan kehadiran saya tu. Akibat terlalu kerap bergerak. “Duduk diam-diam. Basikal dan datuk jatuh di situ. tubuh datuk bergerak ke kiri dan ke kanan untuk mengimbangi badan dan basikal dari masuk parit.” datuk mengingatkan saya.” kata saya. Bila tayar basikal terlanggar lopak kecil atau akar kayu secara tidak sengaja. Sebentar lagi cuaca samar akan menguasai seluruh kampung yang menandakan malam mula mengusir siang. “Cepat datang.” Sambut Haji Taslim Singasari di kaki tangga Saya terus melompat turun dari pelantar basikal. Tengok apa dah jadi.” “Hum. kerana nada suara datuk tidak meninggi. Kali ini saya tidak merasa takut. aku sengaja tinggalkan kamu. saya juga turut bergerak. Haji Taslim Singasari segera menerkam ke arah datuk.” kata-kata itu amat menyakitkan hati saya.” biji mata datuk tertumpu ke wajah saya. “Baik tuk. Cukup cekap datuk mengendalikan basikal yang dikayuhnya. Secara tidak langsung. habis rambut saya mengerbang.membuang masa saya terus melompat ke atas pelantar basikal. nak hidup. datuk tidak dapat mengawal basikal dengan baik hingga dia terbabas ke arah perdu pisang.” saya mengeluh dalam hati. Saya berbuat demikian kerana saya terasa cukup lenguh. badan saya berpeluh.” “Aku tak terlupa. Kerana saya melompat tanpa memberitahunya. Cuaca tidak secerah tadi. Angin terasa begitu kuat memukul kulit pipi dan mata mula berair. Tenaga datuk bagaikan tenaga orang muda. Nak tengok kamu tu cerdik ke bodoh?” “Hum. Basikal yang dikayuh oleh datuk agak laju. bila datuk mendapati saya bergerak ke kiri dan ke kanan atas pelantar basikal. masuk ke lorong kecil menuju ke rumah Haji Taslim Singasari. “Tuk. “Agaknya datuk terlupa nak ajak saya naik basikal. “Kamu tak mahu fikir tentang orang lain. ada kamu. Sikap datuk itu amat mengecewakan. Aku ingatkan tadi kamu tak tahu berusaha. Dari jalan raya datuk belok basikal ke kanan. Saya tercunggapcunggap. bila mahu berbuat sesuatu. matahari sudah mengisut ke kaki langit. Saya ambil keputusan tidak mahu bercakap dengannya. 162 . Dia bijak mengelakkan tayar basikal dari melanggar tunggul dan akar kayu yang berselirat di dada lorong.

Hari beransur gelap. Disandarkan pada tiang kayu bulat. Menyeru penduduk kampung supaya menunaikan kewajipan. “Mari naik.” “Semuanya dengan izin Allah. Cahaya merah dan biru di kaki langit sudah pun menghilang . Tetapi.” pelawa Haji Taslim Singasari.” tutur Haji Taslim Singasari. “Ya. Setuju dengan pendapat datuk.” Jelas Haji Taslim Singasari. Sama ada tentang kehidupan di langit. Kami membaca surah Yasin hingga masuk waktu Isyak. saya duduk di anak tangga bongsu melihat ke kawasan hujung sawah. Mungkin dia segan dengan Haji Taslim Singasari. Beduk di sudut masjid pun dipalu orang lalu disusuli dengan suara azan mendayu hiba. Semasa datuk jatuh tadi tangan kanan itu terkandas atas kayu bulat. berbincang tentang hal-hal agama. 163 . Mereka bertukar pendapat. Pada hematnya. “Tak ada apa-apa. Beburung tidak lagi terbang untuk pulang ke sarang. Datuk tolak basikal ke bawah rumah. tangan kanan itu mesti bengkak atau luka. Damai melihat pepucuk pisang yang meliuk-liuk diterpa angin.“Lain kali jangan buat macam tu lagi.” jelas datuk. para penganutnya sendiri yang membuat Islam tu jadi beku. di bumi dan di laut. “Maksud awak?” Sanggah datuk. apa yang dicari orang hari ini. BEKU Sementara menanti masuk waktu maghrib. Dari jauh memang nampak yang tangan saya ni kena kayu bulat. saya sempat mengelak. Pepohon di hujung sawah sudah tidak jelas lagi.” balas datuk. Kemudian Haji Taslim Singasari terus memeriksa tangan kanan datuk. “Islam itu tak beku. “Kalau hidup berpegangkan ajaran agama. sesuai pada setiap zaman.” sambung datuk bersama senyum.” tingkah datuk. Datuk dan Haji Taslim Singasari terus berborak panjang di anjung. “Mudah saja. Kami pun menunaikan solat Maghrib.” Haji Taslim Singasari anggukkan kepala. Malah kejadian budak dalam perut ibunya sudah dinyatakan dalam Quran. begitu juga dedaun pinang dan kelapa. Sayangnya orang Islam sendiri tak mahu mencarinya. sudah ada dalam Islam sejak beratus tahun dulu. selamat kita dunia akhirat. imamnya Haji Taslim Singasari . Entah mengapa datuk tidak naik darah kali ini. “Cekap juga awak. Bila solat Isyak mahu dimulakan.

“Mari kita baca surah AlKahfi. Rambutnya dicukur bersih. Apa yang kami harap tidak juga terjadi. Tamar?” Saya segera gelengkan kepala sambil tumpukan seluruh perhatian ke arah pembacaan doa yang dilakukan oleh Haji Taslim Singasari. Mereka bersalaman. Saya terus bersalam dengan Haji Taslim Singasari. perkara tu memang ada. “Manusia ke syaitan?” Bentak batin saya.” Biji mata kami tertumpu ke arah pintu yang tertutup rapat.” kata datuk bila rasa gelisah itu saya sampaikan padanya.” sambung Haji Taslim lagi sambil mengarahkan saya dan datuk mengambil tempat masing-masing. genggaman yang mencangkumi telapak tangan saya terlepas. tanpa pakaian kecuali kain cawat yang menutupi kemaluannya. Sesekali saya lihat datuk berada dalam keadaan yang resah. Ada hembusan nafas yang keras menyentuh kulit pipi. Bulu tengkuk saya sentiasa saja berdiri. berlaga dengan badan datuk. Tamar. Dia mengisut ke arah saya seperti ada orang yang menghimpitnya. Belum pun sempat saya menjawab. Saya dan datuk anggukkan kepala. “pedulikan. “Itu perasaan kamu saja.” Kami bertiga terhenti untuk memulakan pembacaan. kita sembahyang dulu.” sambungnya lagi. Lama kami menunggu pintu yang tidak berkunci itu ditolak orang dari luar. “Pedulikan.” Kata Haji Taslim Singasari dengan tenang. Serentak dengan itu. Seorang budak lelaki dalam usia lapan tahun. Bahu saya disinggung dengan kuat hingga saya terdorong ke kanan. “Assalamualaikum. Macam ada sesuatu yang tidak dapat dilihat bergerak bebas dalam rumah. Haji Taslim Singasari terus bangun. saya terasa seperti ada orang yang menjabat tangan saya. bahu saya sepeprti dipegang oleh seseorang. Digenggam erat sambil digoncang beberapa kali. Semua biji mata tertumpu ke arah pintu.” Haji Taslim Singasari renung muka datuk. dia ubah pandangan pada datuk. “Bukan perasaan. “Kamu kurang senang kerana diganggu. bahagian belakang 164 . Bila saya memberi salam yang kedua. ambil Quran atas rak lalu diserahkan pada saya dan datuk. “Kau mengantuk.saya terasa lain macam saja. Dalam keadaan yang tergamam itu. “Assalamualaikum. Dia pun memulakan tugasnya sebagai imam.” Haji Taslim Singasari tenung muka saya. Pembacaan doa pun berakhir.

tidak ada bulu mata dan kening. Dia menari-nari dan melompat di depan kami. Apa yang pelik dan menakjubkan dari mana dia datang? Mustahil dia masuk ikut pintu. bulu roma saya tegak berdiri. Saya gerun melihat bentuk matanya yang dalam. Kalau saya tahu begini jadinya. Bentuk telinganya macam telinga arnab dan mengeluarkan asap nipis. dia selalu datang tidak tentu masa. Dia jelirkan lidahnya yang panjang lalu menjilat-jilat tubuhnya macam kucing menjilat bulunya. lebih baik saya tidur di rumah Mat Prai. Kali ini dia duduk dengan membongkokkan badannya. Urat-urat di dahi dan di pipi kelihatan menonjol bagaikan akar rotan di permukaan bumi. Tetamu ganjil masih berada di depan pintu. kerana daun pintu tidak bergerak. Cukup seram dan menakutkan. Kami terus mematuhi cakapnya. “Mari kita baca. Dalam beberapa saat rumah di pinggir kampung itu terus bergema dengan pembacaan dari surah Al-Kahfi.” sambung Haji Tasim Singasari. Menyesal rasanya." bisik Haji Taslim Singasari pada saya dan datuk. saya ikut datuk. Ada cahaya memancar lembut macam mata kucing waktu malam bila terkena sinaran lampu picit. Sesekali dia menukarkan taktik dari ketawa kepada menjerit dan akhir menangis tersedu-sedu macam budak kecil lapar susu.” Suara Haji Taslim Singasari meninggi. “Pedulikan. Bila ditenung lamalama ternyata wajah itu cukup dewasa dalam usia empat puluhan." kata datuk. cuma dia tidak ketawa mengilai atau menangis." penjelasan Haji Taslim Singasari yang membuat saya dan datuk terkejut besar. Ternyata perkiraan saya tidak tepat. Saya makin lemas dengan keadaan yang saya hadapi. Sekilas pandang memang wajahnya menyerupai kanak-kanak. makin kuat hilai ketawa sungguh ganjil. Budak kecil di depan pintu terus ketawa dan mengilai panjang." itu jaminan Haji Taslim Singasari.kepalanya terdapat setompok rambut dalam bentuk jambul. Menyembunyikan wajahnya di celah kangkang agar tidak dapat kami lihat. Bunyi nafasnya cukup kuat. Makin lantang suara kami membaca. Panjang rambut tersebut hingga bertemu dengan bahagian punggungnya. 165 . "Begitu. Ilmu Telapak Pasir Merah Saya kira setelah selesai membaca surah Al-Kahfi. 117. tidak ada kelopak. "Masa arwah hidup. masih tertutup rapat. tetamu ganjil yang tidak diundang itu akan pergi. "Biarkan dia di situ. "Biar saya uruskan semuanya.

. Fikir saya dalam hati. "Sin. mesti sekejap lagi kita mulakan. Dua tiga kali saya tersengguk-sengguk. Suara pungguk merayu bulan terus mendayu-dayu begitu juga dengan bunyi cengkerik dan katak. "Macam mana kalau kita membaca Quran. Masak sendiri dah jadi perkara biasa bagi saya. datuk meluahkan usul. Saya sandarkan badan ke dinding. tetamu ganjil tidak mengganggu. Senyum datuk berlari di kelopak bibir." Secepat kilat saya menoleh ke arah tetamu ganjil. Saya yakin." tambah Haji Taslim Singasari sambil melunjurkan sepasang kakinya." Saya segera jegilkan mata. kalau masa yang terluang dibiarkan berlalu begitu saja. Masa bila Haji Taslim Singasari menyediakan semuanya ini? Sungguh cekap dia bekerja. itu suara dari tetamu ganjil. saya siapkan semuanya ini. Hebat juga masakkannya."Kita makan. ikan keli masak rempah. suara yang menyeramkan itu datangnya dari tetamu ganjil. Saya pasti. Melihat hidangan itu. "Makan tak jemput orang pun. "Memang elok tu. Rupanya. Saya segera 166 . "Ya. Bunyinya macam bunyi belalang pelesit. Bunyi hembusan nafasnya beransur lemah. saya jadi kagum. usul itu disambut oleh Haji Taslim Singasari dengan aman." Haji Taslim Singasari renung ke arah jam tua yang tersangkut di dinding. ada ikan gelama kering yang digoreng bersama cabai kering dan bawang besar. Kerana datuk dan Haji Taslim Singasari ada disisi saya. biar nasi dalam perut hancur. rasa cemas tetap berada di hati saya. "Masa menanti awak datang. Tapi. Mungkin kerana saya makan terlalu kenyang menyebabkan saya terasa amat mengantuk sekali. saya juga berfikir macam tu." angguk Haji Taslim Singasari sambil menaruh nasi ke dalam pinggan saya dan datuk. Ketika kami menjamu selera. Ternyata datuk tidak senang.. Selesai makan. rasa takut terus hilang. Suasana jam sebelas malam di pinggir kampung memang terasa amat sepi. Tidak bergerak dari tempat duduknya." Haji Taslim Singasari letakkan hidangan malam di depan saya dan datuk. Setiap saat yang hadir harus diisi dengan mengingati Allah. Ada sambal kelapa dengan ulam pegaga. Pada saat itu. Meskipun dia tidak mengacau tetapi. saya sudah terlupa dengan makhluk ganjil. kami terus berehat di ruang tengah rumah. "Baru pukul sebelas. Desiran angin yang menolak cucor atap rumah jelas kedengaran." Haji Taslim Singasari menyelesaikan persoalan yang berlegar-legar dalam tempurung kepala saya.

muka dan kedua belah tangannya terdapat kesan air. KEMBALI Dia kembali mendekati saya dan datuk. Apa yang datuk kata memang benar. inilah kali kedua dia datang." sambung Haji Taslim Singasari sambil melunjurkan sepasang kakinya. kalau tak boleh menolong sahabat sendiri. Kali pertama waktu arwah sakit. terasa punggung saya seperti bergerak sendiri atas papan lantai. Terus duduk di hujung lututnya. "Dia tu kembar si mati. biar saya uruskan sendiri. "Alhamdulillah. Haji Taslim Singasari membuka baju Melayu potongan teluk belanga lalu disangkut ke dinding." datuk bersuara setelah cahaya pelita menerangi ruang." cetus datuk seraya menjeling tajam ke arah tetamu ganjil. Dia membiarkan air di hujung jarinya menitik atas lantai. "Rumah ni bergegar." Haji Taslim Singasari mengingatkan." Haji Taslim Singasari bersuara. Dia datang merawatnya. Saya tidak jadi 167 ." datang lagi kata-kata dari tetamu ganjil. Dia berbuat demikian agar saya tidak terpisah dengannya. Gegendang telinga saya terdengar bunyi suara orang mengeluh dengan sayu sekali. Haji Taslim Singasari anggukkan kepala. Matanya tertampar ke wajah saya dan datuk. Dari kedutan keningnya. saya dapat membayangkan yang datuk berada dalam keresahan. Dengan hati-hati dia mengangkat barangbarang yang berserakkan di lantai lalu diletakkan ke tempatnya. Beberapa bahagian ada yang koyak sebesar telapak tangan orang dewasa. "Usah bimbang. walaupun ada di hujung tangan kamu. Haji Taslim Singasari terus meraba-raba mencari mancis api. "Hal begini. Tiba-tiba pelita yang menyala terpadam seperti dihembus sesuatu." kata datuk sambil memegang pergelangan tangan kanan saya erat-erat. Ini semuanya iblis. "Sahabat apa namanya. "Jangan disentuh barang yang jatuh. Saya jadi resah tidak menentu. tak boleh dibiarkan. macam di goncang orang. Dia menyalakan mancis lalu membakar sumbu pelita. Saya sendiri mengalaminya. "Ambil air sembahyang?" datuk bertanya." tegah Haji Taslim Singasari. "Jangan. Bagaikan kilat saya terus meluru ke arah datuk. Baju singlet yang masih lekat di tubuhnya kelihatan berwarna agak kekuningan. Tanpa berkata apa-apa Haji Taslim Singasari terus menuju ke dapur.merenung ke wajah datuk.

dedahan yang berlaga sama sendiri mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Semua gerak-geri Haji Taslim Singasari ada dalam bola mata datuk. "Tamar. Angin malam menerbus masuk. orang menangis dan bernyanyi yang tidak berapa jelas senikatanya. mengusap wajah dan tubuh kami bertiga. secara tidak sengaja mata saya terpandang kain putih melayang-layang di udara diterbangkan oleh angin ke atas ke bawah. Suara burung hantu terus tingkah meningkah dengan suara burung jampuk. Saya terasa seram dan bulu roma saya terus berdiri. Tiba-tiba daun tingkap yang dikunci terbuka dengan sendiri. Gegendang telinga terus disumbat dengan suara lolongan anjing yang sayup-sayup dari arah kaki bukit. Saya terus terpaku di situ. Kalau pada awalnya saya dapat mengagak panjang kain putih itu kira-kira enam kaki tapi kali ini panjangnya kian 168 . Ketakutan menguasai diri saya. Datuk bagaikan mentafsir segala gerak langkah Haji Taslim Singasari yang mempunyai makna dan maksud tertentu. Matanya merenung sayu ke arah Haji Taslim Singasari.membantunya mengangkat kitab tua bertulis jawi ke atas rak. Haji Taslim Singasari kembali duduk disisi datuk. Semua barang-barang yang bertaburan dikembalikan ke tempat asalnya. Bila daun tingkap saya tarik untuk rapatkan. sintuk dan bau-bauan lain yang sering digunakan untuk memandikan mayat. Saya mempersetankan teguran itu. Kain putih yang dimainkan angin bergerak ke arah saya. "Tamar. Cuaca di luar amat gelap. Makin gamat suara lolongan anjing dan suara burung hantu. Saya tidak dapat berkata apa-apa. Hati kecil berdetik mengatakan kain putih yang saya nampak itu adalah kain kafan Suhaimi Keraba. Daun tingkap tidak juga dirapatkan. Sesekali terdengar macam bunyi orang mengeluh. Datuk masih lagi bersandar di dinding. apa yang dilihat ialah kegelapan malam yang memanjang. Haji Taslim Singasari berbuat demikian kerana melihat saya berdiri di situ agak lama." Perintah datuk segera saya patuhi dengan rasa hati yang amat berat sekali. kenapa lama sangat kamu di situ?" Suara Haji Taslim Singasari cukup lantang. "Kamu pergi rapatkan tingkap. Bila saya hadapkan muka keluar. masih terdedah. Saya terus membisu dengan sepasang mata tertumpu ke arah kain putih yang melayang-layang di udara. saya tercium bau kapur barus. Saya melihat ke arah tingkap yang terdedah. apa yang kamu tengok dalam gelap tu?" suara datuk menyusul. Angin kian bertiup. kian rancak kain putih melayang-layang di udara macam orang menari.

" tutur saya meninggi. Kehadiran tetamu ganjil itu memang tidak dapat dilihat oleh Haji Taslim Singasari.bertambah hampir mencecah awan. Ternyata saya sudah boleh bersuara. Dia menentang wajah saya sambil mulutnya berkumat-kumit. Dia menjelirkan lidah hingga ke perut. Datuk dan 169 . "Budak ni kena pukau iblis. tetamu ganjil itu segera berubah ke hujung kaki." Bahu kanan saya di tepuk dengan kuat. Saya cuba mahu menutur sesuatu tetapi." sahut tetamu ganjil lalu mempamerkan tubuhnya ke alam nyata. Dia bergerak bagaikan bayang-bayang.. Dia gelengkan kepala sambil berkata: "Tak ada apa-apa pun yang aku nampak. Gerak-geri si tetamu ganjil dalam biji mata datuk. Saya menelan air liur dan cuba menuturkan beberapa patah perkataan. Saya rebah di lantai. "Aiicccuuuummmmmmmmmmmmmmmmmmmm. Kali ini wajahnya amat menakutkan. Haji Taslim Singasari terus merawat saya. Haji Taslim Singasari mengulangi perbuatan itu sebanyak tiga kali berturut-turut. "Apa dia Tamar?" soal Haji Taslim Singasari kehairanan. suara saya tidak keluar. Dari dahi. "Saya nampak apa yang cucu saya katakan. Saya menoleh ke kiri. saya lihat Haji Taslim Singasari berdiri si situ. Haji Taslim Singasari meletakkan telapak tangan kanannya atas dahi saya. Saya tidak tahu apa yang dibacanya. "Saya. Seluruh badan terasa seram sejuk. Telinganya yang sebesar telinga gajah jatuh atas bahunya. Bila Haji Taslim Singasari berada di bahagian kepala saya.. Dia renung ke kiri dan ke kanan. Seluruh kulit muka saya terasa panas seperti terkena api. Kelopak matanya merah seperti bara dan dari lubang telinganya keluar asap yang nipis." Mendengar ungkapan dari Haji Taslim Singasari itu. "Di hujung kaki saya. Saya lihat datuk berdiri di sisi saya dengan wajah yang cemas." Saya bersin hingga terasa hingus keluar dari hidung. tetamu ganjil menyeringaikan giginya tanda suka." tutur Haji Taslim Singasari." datuk bersuara dengan sepasang matanya tertumpu ke arah hujung kaki saya. Ketika itulah saya terpandangkan tetamu ganjil seolah-olah berdiri di depan saya. Saya toleh ke kanan. "Tamar. telapak tangan itu bergerak perlahan-lahan menyapu wajah saya hingga ke hujung dagu. Dia bagaikan ketawa melihat saya terkapar di lantai.

terus membaca surah Yasin dengan lantang." datuk segera menuding jari telunjuknya ke arah sudut ruang. Lolongan anjing masih sayup-sayup terdengar. "Sampai di sini saja kita berkawan Haji. Saya lihat Haji Taslim Singasari seperti tergamam. "Kalau itu." kata datuk. Saya rasa seluruh badan berpeluh dan bertenaga. Dia bangun dan dan memeriksa seluruh ruang. "Begini. bau kemenyan dan kapur barus bagaikan memenuhi ruang rumah. Dia renung kiri kanan. Dia jadi marah kerana Haji Taslim Singasari tidak menjawab katakatanya. Datuk terus berdepan dengan tetamu ganjil itu." sahut Haji Taslim Singasari agak ragu-ragu. "Kita mesti bertindak." kata datuk. SUARA Datuk buat tidak kisah dengan telatah tetamu ganjil itu. tapi iblis ni pandai menipu kita. kau ambil surah Yasin dan baca di situ. "Caranya?" soal Haji Taslim Singasari. Dia teru membaca ayat-ayat suci penghalau iblis dengan tenang. Saya segera bangun duduk. malah membetulkan pembacaan datuk yang tersilap. Haji Taslimi Singasari dan datuk tidak memberi sebarang komen tentang lolongan anjing itu. "Bagaimana? awak yakin dia tak dapat datang lagi?" tanya datuk sambil menatap wajah Haji Taslim Singasari.Haji Taslim Singasari berpandangan. Haji Taslim Singasari yang mendengar suara tetamu ganjil mengajuk cakap datuk. Dan bersama gema jeritan yang memekakkan anak telinga itu. seluruh tubuh tetamu ganjil bercahaya macam manik-manik kaca disinari matahari. Akhirnya daun tingkap yang terdedah dirapatkannya. Tidak ada apa yang dapat kami lihat. dia dapat menyebutnya dengan fasih. Dia menjerit dengan sekuatnya. Dia 170 . Kedua-dua kelopak bibir datuk bergerak. Datuk seperti menghadapi kesulitan kerana bibir tetamu ganjil itu ikut bergerak mengikut gerakan bibir datuk." sahut Haji Taslim Singasari mematuhi cakap datuk. memang ada rancangan dalam kepala saya. Suasana terasa amat sepi tetapi. Pasti datuk membaca ayat-ayat suci penghalau iblis. Pada mulanya membesar. kemudian mengecil dan hilang macam debu-debu dibawa angin. "Saya harap pun begitulah. kamu memang selama-lamanya bermusuh dengan sahabat kami. "Saya fikir semuanya dah selesai." tiba-tiba saja tetamu ganjil meloncat ke arah Haji Taslim Singasari.

Buat beberapa saat." Haji Taslim Singasari pun menuangkan air kopi ke dalam cawan. ini yang patut kita buat. Dia ketawa kecil. bila ada masa lapang." tutur Haji Taslim Singasari. Kedinginan terasa menggigit seluruh tubuh. lepas tu baru kita buat yang lain. bisik batin saya. tangannya terus meletakkan cawan yang berisi kopi di depan saya dan datuk. Saya nak minta petua dan amalan yang dipakainya untuk gigi tahan lama. Dia senyum sambil anggukkan kepala lalu meneguk air kopi O panas. mempamerkan giginya yang kelihatan putih dan tersusun rapi. Wajahnya saya tatap dan Haji Taslim Singasari bagaikan tahu apa yang tersirat dalam dada saya.segera mengedutkan dahi dan keningnya. "Tadi awak tanya saya apa yang patut kita buat. Haji Taslim Singasari senyum sinis. Haji Taslim Sinagsari menjeling ke arah saya tetapi. "Apa yang patut kita buat." Pertanyaan datuk tidak mendapat jawapan. barulah seronok. datuk membuka Quran dan bersedia untuk memulakan pembacaan. saya nak himpit orang tua ni. Dengan wajah yang tenang. Haji Taslim Singasari anggukkan kepala. Saya dan datuk merasa agak ganjil dengan sikap yang ditunjukkan oleh Haji Taslim 171 . Haji Taslim Singasari menelan air liur. biar panas badan. "Kita minum dulu. Jawapannya inilah dia. Sampai ke siang kita boleh berjaga. "Nanti dulu. Haji?" ulang datuk lagi. Datuk bangun dan terus meletakkan Quran atas rak. "Jadi sekarang. bila kena kopi O keras macam ni. Malam yang kian tua membuat suasana terasa hening. "Minum. saya dan datuk saling berpandangan. Dia terus meluru ke ruang dapur." sambung Haji Taslim Singasari lalu duduk. "Saya rasa semuanya dah selesai. Haji. Tidak ada satupun giginya yang patah atau rosak. Badannya disandarkan ke dinding. Dia menatang talam bulat yang berisikan teko dan cawan kosong. Dia bangun dan terus menuju ke ruang dapur untuk kali kedua. Talam yang berisikan teko dan cawan diletakkannya atas lantai. Datuk ambil senaskah Quran dari atas rak." biji mata saya dan datuk tertumbuk ke arah Haji Taslim Singasari yang berdiri di ambang pintu." tanya datuk sambil menutup Quran. dia tak datang lagi?" datuk minta kepastian. apa yang patut kita buat. Saya terus memerhatikan asap nipis yang bangkit di permukaan cawan. Sesekali terdengar kokok ayam dari hujung kampung. Nanti. "Apa benda ni." "Awak yakin.

"Ini ajaran guru awakkah Haji?" datuk menyoal lagi. Dilepaskannya perlahan-lahan. memang betul cakap awak tu. apa yang menjadi kesangsian pada orang lain mudah dikesan. saya mesti makan pulut kuning. Tangan yang diluruskan segera dijatuhkannya. kita tidak disuruh menyerah pada takdir. "Tak ada apa-apa Tamar. "Bukankah beringat-ingat dan berhati-hati tu." mata datuk merenung ke arah pulut kuning yang ada dalam pinggan. kami segera menoleh ke kanan. "Ya.Singasari. Haji Taslim Singasari terus duduk di sisi saya. "Saya tahu. Datuk merasa malu kerana rahsianya dapat dikesan oleh orang lain. "Kalau tak silap saya. Wajah datuk nampak aman sekali. buktinya. "Saya ke dapur tadi memasakkan ini. Dia duduk meletakkan pinggan atas lantai. Memang saya dan datuk tidak sedar bila Haji Taslim Sinigasari berada di situ. Beberapa detik berikutnya." datuk melanjutkan kata-kata. Jangan-jangan dia lebih hebat dari Suhaimi Keraba dalam bersubahat dengan iblis." itu dalih datuk." jelasnya." kata Haji Taslim Singasari. ini pulut kuning. Datuk terus memeluk tubuh erat-erat. biasanya bila saya berjaya melawan hantu syaitan. memang disuruh oleh agama kita. "Kalau kita ikhlas dan jujur sesama manusia. Dia terus meneguk air kopi O panas. dia jujur. Memang sejak kematian sahabat saya. Datuk tarik nafas dalam-dalam. "Ya. Kedua belah cuping telinganya diraba tiga kali berturut-turut. Jarijemarinya digenggam kemas-kemas. saya yakin kembarnya mesti datang. timbul semacam perasaan dalam diri saya. Datuk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. MELAWAN Haji Taslim Singasari bangun lagi terus menuju ke ruang dapur untuk kali ketiga. Haji Taslim Singasari datang kembali menatang pinggan. tetamu saya ni meragui kejujuran saya. Bukankah agama kita mengajar kita supaya berfikir." "Bila Haji memasaknya?" "Tadi. Haji Taslim Singasari tidak 172 ." tutur datuk. Kamudian dia meluruskan tangan dan jarijemarinya." begitu bersahaja Haji Taslim Singasari bersuara. awak dapat mengesan kejujuran saya. jadi saya bersedia terlebih dahulu. Antara kita berdua saling ingat mengingati. perkara semacam tu memang harus ada pada setiap manusia.

" sambung Haji Taslim Singasari. Air minuman dari embun di hujung daun.menjawab." Haji Taslim Singasari memperkemaskan silanya." Haji Taslim Singasari terus menepuk belakang saya dengan mesra sekali. Dia menghirup kopi O panas dan mengunyah pulut kuning. 173 . kalau kamu tidak mahu kamu boleh tidur. Awak tahu." dengan wajah yang tenang Haji Taslim Singasari menjelaskan. "Itu untuk ilmu apa. bertutur dan berkampung sama-sama mereka. bagaikan berfalsafah di depan saya. Arwah dikurniakan kain ikat kepala warna merah. tidurlah. Berjaga banyak mendatangkan manfaat. "Makan.. Entah macam mana di malam yang dingin itu. sudah tentu saya maki. Kalaulah datuk itu kawan sepermainan." sambung Haji Taslim Singasari yang secara tidak langsung membuka rahsia ddirinya. Dia renung kiri. ini petua guru saya. Tidak ada kena mengena dengan agama. Hati saya jadi panas dengan usikkan datuk itu. ilmu dunia kadang-kadang bercanggah dengan agama Islam. Dia terus mengepalkan pulut kuning dan diberikan kepada kami. "Ini bukan ajaran atau amalan. tentulah merugikan diri sendiri. Haji?" soal datuk.. datuk berjaya memujuk Haji Taslim Singasari supaya menceritakan pengalaman petualangnya di Tanah jawa mengisi ilmu akhirat dan dunia di dalam dadanya. "Cakap awak tu. itu saja maksudnya. "Saya tak banyak mengambil ilmu dunia. renung kanan. "Tetapi saya ada juga belajar untuk tahu saja. Haji Taslim Singasari juga menyatakan arwah (Suhaimi Keraba) diiktiraf murid yang terbaik oleh gurunya. Haji memang betul. kalau disuruh tidur memang jadi. kalau kamu nak tidur." jelas Haji Taslim Singasari. Macam ada sesuatu yang dibimbangkannya." Haji Taslim Singasari tidak meneruskan kata-katanya." sampuk datuk dengan senyum yang memanjang. Menjatuhkan nama baik saya di depan orang. membaca buku yang tidak berfaedah. "Untuk melihat muka orang halus. Datuk ketawa. "Saya pernah ikut arwah ke tempat perguruan di hutan. berangan-angan. "Tak apa. "Budak ni. tapi orang yang pandai selalu memilih berjaga dari tidur. Makan sebiji beras sehari dan minum dua hari sekali. lepas ni kita membaca Quran atau melakukan sembahyang tahjud. "Kalau waktu berjaga digunakan berborak kosong." kata datuk. sudah penat berlawan kita mesti berehat dan makan barang yang boleh beri kita tenaga." Haji Taslim Singasari renung wajah saya. kalau digunakan untuk menambah ilmu. Tetapi. Saya melihat arwah sahabat saya bersemadi di bawah batu besar. dia ni kaki tidur.

Sebaik saja sampai di sana. "Saya tahu. JAKARTA Dalam bulan Februari 1980. Khasiat dari ilmu ini. caranya dia mahu mendirikan gelanggang silat dulu. sayangnya mereka sudah tiada lagi. bila ASK menghentam atau menumbuk seseorang pasti orang yang kena hentam itu akan muntah darah segar. sama dengan ilmu yang diamalkan oleh ASK. juga boleh digunakan sebagai ilmu guna-guna. Kunsi Kandut dihukum mati kerana kesalahan merompak. ASK juga menuntut ilmu 'Cakra Dewa'. Haji Taslim Singasari telan air liur. 174 . Maka dalam penjara dia diberikan beberapa keistimewaan. Tujuan saya ialah mahu mengajak sahabat awak ke jalan yang benar. khasiatnya boleh membunuh orang dari jauh. Berjalan dari sudut ke sudut di ruang tengah. maka rosaklah wajah orang yang tersebut ketika itu juga." Haji Taslim Singasari terus bangun. bila dia mengerakkan jemarinya ke wajah seseorang. disediakan peti tv dan sebagainya. sehingga ramai yang mengatakan tubuhnya tidak boleh ditembusi peluru. Setiap kali dia bolos. Selain dari ilmu-ilmu yang disebutkan itu. Saya terfikir. membunuh dan sebagainya. pihak berkuasa berjaya memberkasnya. ternyata ilmu yang dimanfaatkan oleh Kunsi Kandut. arwah pernah menyatakan pada saya yang dia mahu mengajar ilmunya pada orang-orang yang berminat. "Ini ilmu dunia yang tidak pernah saya amalkan. Kalau salah seorang daripada mereka masih ada mungkin saya boleh bertanya. Ketika mangsanya mengeletek kesakitan ASK menghilangkan diri dan berada di tempat lain. Kunsi Kandut terkenal sakti dan berilmu. saya mohon pada Allah supaya usaha-usaha saya diberkati. Saya juga merasa pelik macam mana arwah boleh kalah dengan awak?" sepasang biji mata Haji Taslim Singasari meraut wajah datuk yang sudah mula berkedut itu. Tetapi saya tahu kehebatannya. Haji Taslim Singasari duduk kembali." Datuk memberikan pengakuan. semua akhbar dan majalah memuatkan berita tentang seorang penjenayah yang handal bernama Kunsi Kandut. saya berkunjung ke Jakarta kerana urusan peribadi. "Entahlah. ASK juga menuntut ilmu 'Cakar Dewa'. Hasil dari penyelidikan sendiri. setiap kali saya berdepan dengannya. Kematiannya disangsikan. "Ada anak muridnya?" tanya datuk.Arwah Suhaimi Keraba (ASK) juga menuntut ilmu 'Telapak Pasir Merah'. Dia tidak dapat memberikan jawapan dengan segera. Orang yang mengamalkan ilmu ini. Tetapi Kunsi Kandut berjaya menghilangkan diri dari tembok batu. mungkinkah dua insan ini seperguruan.

Selangor. "Ya. banyak kejadian ganjil di dunia yang dapat diterima oleh akal. Kedah. saya memerlukan bantuan awak. kita mesti menyedarkan mereka yang perbuatan itu memang bertentangan dengan agama." sahut Haji Taslim Singasari ambil berjabat tangan dengan datuk.” Haji Taslim SIngasari segera memalingkan wajahnya ke arah datuk. dia ada anak muridnya. Maklumlah dia tu boleh pergi ke mana-mana dengan sekelip mata." sahut Haji Taslim Singasari.” Datuk menyentuh uujung kening kirinya dengan jari telunkuk kanan. sebelum ke tempat saya kita ke tempat lain dulu. "Kalaulah benar. Kena Serbuk Tulang Saya tergamam. bila melihat datuk agak terkejut. saya kira datuk seperti keberatan untuk memenuhi permintaan Haji Taslim nSingsari." tiba-tiba Haji Taslim Singasari bersuara sambil menarik telapak tangannya yang bercantum dengan telapak tangan datuk. Datuk terus mengerutkan dahinya." datuk memberikan cadangan. Mereka bertukar senyuman untuk seketika. Saya segera terfikir. Ada pula yang tidak logik! Ah semuanya ini menjadi misteri yang membingungkan orang. 175 . Mereka bergoncang tangan. Buat beberapa saat. "Kita berjanji. “Bila haji nak pergi?” “Tiga empat hari lagi. suasana dalam rumah dicengkam kesepian. Haji?" "Saya tidak tahu dengan tepat." datuk mengeluh kehampaan. "Awak mesti ikut saya ke kampung laman saya minggu depan. Ekor matanya masih tertumpu kea rah saya." Jawab Haji Taslim Singasari selamba. kita harus berusaha mencegahnya supaya ajaran ini tidak merebak ke mana-mana. Haji Taslim Singasari menggaru-garu pangkal telinganya yang tidak gatal. saya berjanji.. "Dimana. boleh jadi ada di Perak. memperkuatkan tekad. “Begini haji. "Ya." kata datuk. Apa yang jelas kematian Suhaimi Keraba mendatangkan masalah pada datuk dan Haji Taslim Singasari. "Hum. 118.. Tiga kepala cuba berusaha memecahkan persoalan yang ditinggalkan oleh Suhaimi Keraba."Ada.

Suasana terasa amat sepi sekali. katakan saja awak yang nak tahu. “Dua-dua boleh pakai” sahut datuk. kita harus menjadi suami yang baik mengikut hukum hakam Islam.” Haji Taslim mengemaskan silanya. mana ada hantu susu dalam dunia yang serba moden ini. Saya lihat Haji Tasli Singasari menganggukkan kepala. sudah dua tiga orang dah menyampaikan cerita tu pada saya. “Nak tangkap hantu susu” Saya jegilkan mata bila mendengar Haji Taslim. senang saya nak menjawabnya. Tubuh. Bunyi deru angn di luar tidak seganas tadi. Saya sendiri belum dapat menentukansejauh mana benarnya cerita tersebut. saya tak berbohong. Saya sedia menanti awak” itulah kata-kata yang datuk nantikan dari Haji Taslim SIngasari. “saya tak menghalang. saya peluk erat-erat dan dagu saya menggeletar menahan kedinginan malam yang kian tua. 176 . “Kalau begitu. Say lihat datuk masih lagi tersenyum sinis. “ saya ajak ke kampung saya supaya awak boleh berkenalan dengan orang tempat saya” “Itu saja. “Hajat tu memang begitu” celah datuk. Entah mengapa secara mendadak saja bulu roma saya terus berdiri. “Hei. terpulanglah kepada awak. mungkin datuk berfikir.” dalam senyum Haji Taslim Singasari menyindir datuk. Haji Taslim dapat membaca apa yang tersirat dalam hati datuk dan dia terus bersuara lagi. bila orang kampung bertanya. “Kita pergi sebuah kampung yang aneh. macam cerita budak-budak je” kali ini giliran datuk tersenyum sinis kearah Haji Taslim. adat bersuami bertanggungjawab pada makan minum isteri. “Awak ikhlas ke Haji?” “Saya ikhlas” “Ke mana kita nak pergi sebenarnya Haji. “Awak ni selalu menggunakan nama orang rumah.” tutur datuk dengan tenang. Saya dan datuk saling berpandangan. Lagi sekali saya lihat Haji Taslim Singasari tersenyum sinis.” Haji Taslim SIngasari memberikan semangat. tak mahu memikirkan kebajikan isteri. Dah lama sangat saya tinggalkan orang rumah” “Dah tua-tua begini rindu lagi ke?” Usik Haji Taslim SIngasari seiring dengan ketawa sinis. kesihatannya juga perlu diperhatikan. boleh tak awak beritahu tujuan sebenarnya Haji nak mengajak saya ke situ. “Cakap awak tu betul.“Apa dia?” Soal Haji Taslim Singasari . “Saya tak bergurau. Khabarnya cerita tu dah tersebar luas seluruh pulau ini.” tutur datuk. Beberapa saat yang panjang.” Haji Taslim merenung muka datuk. “Hantu apa yang nak ditangkap?” datuk tatap wajah Haji Taslim. Begitu juga dengan saya. Begitu juga dengan suara burung hantu. saya nak ajak awak tangkap hantu hiduphidup” “Awak ni cakap betul atau nak bergurau dengan saya” datuk minta kepastian. Hidup jangan mementingkan diri sendiri. “Bukan apa-apa. “Benar kawan. Ternyata Haji Taslim kurang senang dengan kata-kata yang diluahkan datuk. Suara lolongan anjing kadang-kadang tenggelam. tiada ungkapan kata yang lahir dari kelopak bibir kami. Saya juga terkejut mendengar cakap Haji Taslim itu.” Haji Taslim memperlihatkan kesungguhannya. biar saya balik ke kampung dulu. itu bukan suamai yang baik.” wajah datuk Nampak kesal. “Begini.

rupa-rupanya dia dapat membaca apa yang tersirat dalam dada saya. “Agaknya dia memang menuntut. “Boleh jadi cakap awak betul. Dengan tenang Haji Taslim melangkah kearah saya dan duduk bersila di atas lantai. “Pada hemat saya. Haji. Semoga tidak ada tanggapan buruk haji Taslim terhadap dirinya. “Orang yang sudah tiada. Haji Taslim menatap kegelapan malam seketika. Haji Taslim menujukan kata-kata kepada saya. Say terdengar sesuatu di tingkap.” kata datuk. 177 .“agaknya perkara yang sebutkan ini ada kaitan dengan sahabat awak yang mati tu?” datuk ajukan pertanyaan kepada Haji Taslim. jadilah ia. Saya menjadi cemas.” Haji Taslim terus menepuk bahu kanan datuk. takut perkara buruk berulang lagi. Tak ada apa-apa. terutaman yang mnyesatkan iman. Haji Taslim seperti bersetuju dengan apa yang datuk tuturkan. kita satukan untuk menentang kejahatan. Dua ilmu dari dua kawan. Dia menarik nafas dalam-dalam. tak pernah dia bercerita yang dia menuntut ilmu yang semacam itu. “say faham. dalam diam-diam dia akan menjadi pemusnah pada diri saya dan datuk. banyak cabaranya. “Ya. Haji. Saya lihat Haji Taslim menegakkan badannya. sebab itulah kita memrlukan kawan yang berilmu.” Tanpa saya duga Haji Taslim mahu membuka mulut. “Banyak cabarannya.” datuk bertindak membersihkan dirinya dengan span. kamu cepat sangat takut”.” wajah Haji Taslim Nampak riang sekali.” cetus datuk dengan cara mendadak saja. Cuma angin saja. “Apa yang awak katakan tadi.” datuk tetap macam selalu. saya cuma meluahkan pendapat dan pandangan aje.” tingkah datuk sambil meraba hujung dagunya. barangkali ada kebenarannya. bukan kerja mudah”. Kena fikir bersama. memperkuatkan keraguan dalam hati saya. Mata pun saya arahkan ke situ. “Cakap awak tu memang ada manfaatya.” Haji Taslim menggeliat dan akhirnya memicit ibu jari kaki kanannya. Dia bangun lalu melangkah ke jendela. Daun jendela dibukanya luas-luas. Kalau diberitahu awak. “Tapi kerja macam tu tak mudah. Dia masih melindungi dan mempertahankan arwah sahabatnya.” Balas Haji Taslim dengan tenang. suka merendah diri. ulang datuk lagi. Kalau Allah mengizinkan. Melihat dari gerak geri air mukanya. Kata-kata yang diluahkan oleh Haji Taslimmmebuat keraguan bersarang dalam dada saya. Dia terus menggelengkan kepala. “Saya tidak berniat buruk terhadap arwah. Daun jendela dirapatkan kembali.” tutur Haji Taslim lagi. Jerat datuk mengena. Tidak mahu menjawab pertanyaan datuk. “Saya tak sehebat mana.” Haji Taslim mengarahkan jari telunjuknya ke arah datuk. “Setahu saya. setiap perkara buruk mesti ditentang. “Boleh jadi ada orang lain yang mengamalkan ilmu itu” tambahnya. hampa melayang. saya memang memerlukan awak dalam hal ni. awak bercakap sekadar ingat-mengingati. Mana tahu. memang betul. semasa dia menuntut dulu. fikir saya dalam hati. tapi tak beritahu awak.” Haji Taslim menjengilkan matanya ke ara h datuk. “Kalua bukan dirinya. boleh jadi anak muridnya” datuk terus memancing jawapan dari Haji Taslim. nanti awak melarang dia. Saya menelan air liur dan membuat rumusan yang Haji Taslim perlu diawasi dengan cermat. Kalau tidak. cuba ulang sekali lagi. usah dikaitkan dengan kejahatan di kulit dunia. “Betul.

terdengar bunyi orang menarik dan melepaskan nafas dalam keadaan yang amat penat. Haji?” “Rasanya iman saya belum tergugat lagi. Entah ke mana darah itu menghilang. “Darah ayam” Haji Taslim mengangguk. ti dak juga baik.” sanggah datuk. “Syaitan apa tu Haji?” “Sudah lama dia tak datang. Rumah yang kami duduki terasa bergegar. Matanya ditumpukan kepada lengan di bendul tingkap.” “Nampaknya begitulah Haji. Sekarang saya dah terangkan tujuan sebenar. Kelopak mata Haji taslim tidak berkelip merenung kea rah tangan berbulu yang bergerak bebas di atas bendul tingkap. Jejarinya sekejpa terbuka sekejap tertutup. Dari hujung jari jemari itu.” soal datuk lagi. Haji?” Haji Taslim mengangukkan kepala. Saya ikut apa yang datuk lakukan. “Darah manusia. hidup kalau terlalu merendah diri. “Masa arwah ada. Jumlah jari cuma empat sahaja. “Saya tak mahu menjawab pertanyaan awak. Biji mata mereka tertumpu kea rah tingkap yang terbuka sendiri.” 178 . Di lengan itu penuh dengan bulu berwarna hitam. “masa arwah hidup dulu. “Makhluk peliharaan awak. darah keluar lalu menitik ke atas lantai. “Minta makanan. Ibu jarinya bengkok macam ibu kunyit. begitu juga dengan suara burung hantu yang bersorak. tidak ada kesan darah. Lolongan anjing yang tadi jarang kedengaran. datuk terus berhenti bertanya. Hatinya kurang senang dengan pertanyaan yang bertalu-talu. deruan angin mula kedengaran. cari sendiri jawapannya” nada suara Haji Taslim mula meninggi. Mustahil meresap ke dalam papan lantai. Matanya tertumpu kea rah lengan yang sedang bergerak ke sana ke mari atas bendul tingkap. Anehnya apabila saya merenung ke tempat darah itu menitik. Bunyi hembusan nafas bertambah kuat dan hebat. dia beri makan darah binatang?” soal datuk pada Haji Taslim. Mungkin bosan dengan Haji Taslim yang main angguk-angguk kepala saja. kerap dia datang” Haji Taslim mengangukkan kepala. “Peliharaan arwah. dari renungannya. kenapa malam ni dia datang” Haji Taslim seperti merungut. Seluruh tubuh saya menggeletar.“Sudah lah tu. Jawapan yang diperolehi ialah anggukan. Tiada jawapan dari Haji Taslim kecuali anggukan kepala. Tetapi rasa takut agak berkurangan keranan datuk ada di sisi saya. Saya menjadi resah. dia datang ni untuk siapa?” tingkah datuk Haji Taslim mempamerkan kemarahan di wajah.” “Jadi. Dia genggam penumbuk. dan ketawa mereka berhenti secara mengejut. tidak ubah seperti lengan mawas (king kong). bagai ada sesuatu yang mahu disampaikan kepada saya. Semua jejari itu berbulu dan dilekati tanah warna kekuningan. Senanglah awak bercakap dengan orang rumah. Mereka berbalas ketawa. BESAR Ada lengan sebesar batang kelapa terjulur di tingkap. Datuk merenung kea rah anak mata saya. kini sudah bertalu-talu.

Tanpa membuang masa datuk bangun dan mencabut salah satu bilah buluh yang terselit di dinding. tak payah ucap Allah Huakbar. Kelopak bibirnya mula bergerak. Kali ini dia duduk bersila. Suara orang ketawa dan mengilai mulai kedengaran. Sepasang tangannya terus memeluk tubuh. saya bagaikan terlihat kemunculan wajah yang mengerikan di tingkap. “Bersedia” Cukup lantang suara Haji Taslim. Menjahanamkan semua sahabatsahabatnya. Tahu-tahu dia sudah berdiri dengan bilah buluh ditangan. pasti dia meberi komen. kucing dan tempikan gajah.Angguk juga yang diperolehi. Haji. Pergerakkan tubuhnya sungguh pantas. “Kita mulakan sekarang.” balas datuk penuh keyakinan. bila bilah buluh itu melekat pada daging syaitan itu. “Rasanya. “Mahu bantuan dari saya. Kedua bilah buluh itu memang sudah ditajamkan. dah dekat benar waktunya. macam belatuk patuk batang buruk. Dia terus main angguk kepala. Macam tadi juga. Bilah buluh diletakkan di antara kedua tempurung lututnya. “apa mesti saya buat. Begitu juga datuk. Tiada jawapan dari Haji Taslim. Matanya terus tertumpu pada lengan di atas bendul Saya mula terdengar bermacam-macam bunyi. tapi ikhlaskah awak menolong saya. Sorotan cahayanya cukup jauh. Bila nafasnya dilepaskan bilah buluh pun 179 .” sambung datuk. Bulat sebesar telur burung puyuh. Jangan disalahkan saya kalau ada hal-hal yang buruk datang kemudian. “Nak buat apa?” mendadak datuk menyoal. Datuk segera serahkan pada Haji Taslim. kulitnya berkedut dengan rambut berwarna kemerah-merahan menutup wajahnya. “Maksud Haji?” “Menghancurkan apa jua peninggalan arwah. Bersedia untuk melunturkan buluh yang tajam kerah lengan berbulu yang tersidai di atas bendul tingkap. Kalau Haji Taslim mendengarnya. BERSILA Haji Taslim kali ini mnegubah kedudukannya. Ada suara beruang.” nada suara Haji Taslim kini bagai mengandungi harapan yang besar.” perlahan-lahan Haji Taslim memusingkan lehernya ke kanan.” “Baiklah. Haji?” “Melafazkan kalimah Allah Huakbar. Haji” Haji Taslim menarik dan menahan nafas.” “Niat memang begitu. iaitu kearah datuk. “Saya rasa pun begitu. Dan saya yakin suara-suara aneh itu hanya datang kepada saya. Sesekali.” itu arahan yang dikeluarkan pada datuk. Rumah bergegar lagi seperti digoncang sesuatu. macam sorotan cahaya lampu picit. “Pernah beri darahnya sendiri yang dikeluarkan dari salah satu urat di bawah ketiak. tidak sepatah kata keluar dari mulut Haji Taslim. Haji Taslim terus melurut bilah buluh kering dua tiga kali. Haji Taslim ubah tumpuan kearah datuk. “Ambilkan bilah buluh yang saya selitkan di dinding belakang awak.” nada suara yang mengutuskan kemarahan dari dalam sanubari Haji Taslim. Dari celah-celah rambut itu terdapat sepasang mata yang memancar cahaya hijau. Wajah itu mengeluarkan cahaya kekuningan. Mata mereka bertembung. waktu subuh dah dekat. Tetapi kalau terdengar suara azan Subuh masa buluh ini menikam lengan ganjil tu. Saya lihat Haji Taslim mengukur seluruh bilah dengan kuku jari kirinya.” Haji Taslim Taslim besuara tanpan melihat wajah datuk.

Rumah kembali bergegar. kita periksa. Pak Haji. Semuanya dibuat sendiri tanpa bantuan saya dan datuk. “Datuk kamu kemana.” jawab saya. darah apa. Keadaaan kembali normal. Hanya itu sahaja yang dapat dilakukan mengelakkan diri dari diserang oleh jejari yang empat. bila hari cerah.” sambung Haji Taslim lagi. Kemudian saya duduk bersila menghadapi hidangan pagi.” sahut Haji Taslim. terdengar suara azan berkumandang di udara. Datuk yang terpukau terus tersedak. SARAPAN Dan pagi itu. Boleh jadi darah ayam atau darah binatang lain.” tegur datuk yang muncul secara mendadak. kami terus berwirid panjang hingga matahari muncul di kaki langit. baru seronok berjalan. “Berat sangat untuk makan pagi. tidak bergeral melihat jari-jari bagaikan terbang menerkam Haji Taslim bersama cahaya kemilau macam cahaya kelip-kelip. “Darah tu.” jawab Haji Taslim. kain kafan.” ucap Haji Taslim. setelah menemani datuk bermandi embun. Haji Taslim menarik tangan datuk ke arah jendela.” kata saya denganr asa terkejut yang amat sangat bila melihat kesan tanah kubur. Walaupun sudah tua. agaknya tanah dari kubur. Suara binatang yang memekakkan telinga saya terus hilang.” jelas Haji Taslim> darah saya tersirap “Tanah tu. Dalam suasana yang kacau bilau itu.” tiba-tiba sahaja datuk memberikan pendapat. Kami segera ke perigi dan mandi. Saya merenung wajah Haji Taslim. ternyata pendapatnya diterima oleh Haji Taslim. “Masih ada bahaya yang lebih besar lagi. darah dan kain putih yang terlekat pada bendul jendela. Dia tidak dapat berkata sepatah pun. darah dan kain putih.” celah datuk “Memang tanah kubur. Empat jejari yang mahu menujah muka Haji Taslim terus lesap entah ke mana.” Haji Taslim tesus menggosok pangkal hidungnya beberapa kali. jejari empat saya lihat relai dari tangan. Hati kecil saya mengkagumi kecekapan Haji Taslim. “Itu saya tak tahu. Lunturan tepat pada sasarannya.dilunturkan kea rah lengan berbulu. Saya terdengar suara orang mengerang kesakitan yang amat sangat. Haji Taslim terpaksa menggerakkan bilah buluh ke kiri dan ke kanan. “Sudahlah. bila melihat wajah saya terjenggul di pintu. Dia terus mendekati. Saya mohon penjelasan daripadanya. Setelah itu kami menunaikan sembahyang Subuh dan imamnya ialah Haji Taslim. 180 . Semua melayang dan meluru kea rah Haji Taslim. “Kain putih yang melekat pada bendul tu. Dia buat air kopi panas. Bilah buluh lekat di situ. “Awak nak berjalan jauh.” tanya saya. “Tanah. Lalu ke ruang dapur mencuci tangan. Haji Taslim tersenyum. perut mesti diisi dengan kejap. pisang goreng malah ada tiga pinggan nasi lemak. Gema azan sudah pun berakhir. Tamar?” Itu yang Haji Taslim ajukan. Saya anggukkan kepala. Tetapi masih mampu menyediakan sarapan dengan segera. Matanya. saya terus pulang ke rumah Haji Taslim. “Sarapan dah siap. Rumah yang bergegar terus berhenti. Selesai sembahyang Subuh. “Di belakang. Datuk saya lihat seperti orang kena pukau.

Kedua-duanya saya ajak datang ke kawasan bawah tingkap. “Kalau tak silap saya. kalau terkena kaki atau mana-mana bahagian tubuh. Mata saya dan datuk terbeliak mendengar penjelasan Haji Taslim. Alasan datuk. Ternyata sarapan pagi itu amat menyelerakan. Dan konsep itu mahu diserapkan kedalam diri saya pula. pendapat datuk dan Haji Taslim tidak bercanggah. “Memang begitu. “Mahu mengajar supaya cucu awak patuh kepada awak?” “Ya.” Haji Taslim buka rahsia.” Haji Taslim minta laluan.” Haji Taslim sudah menemui jalan bagi mengatasi masalah tersebut.” pintas Haji Taslim. satu pinggan nasi lemak habis masuk perut saya. “Memang benar apa yang awak cakap tu. Saya tunjukkan apa yang saya temui di situ.” tambah Haji Taslim. Makan sekadar untuk kenyang. dia boleh rasa goreng pisang yang awak bekalkan tu. setiap kali benda ganjil ni datang. Dan Datuk pula tidak menafikan. tulang-tulang ni. dalam perjalanan nanti.” Suara Haji Taslim parau. boleh buat bekal awak berdua. Dia terus berpeluk-pelukan dengan datuk di kaki tangga. dia mesti membawa tulang. supaya nasi lemak ituterus panas dan bau wanginya tidak mudah hilang. Haji.” datuk memberikan pendapat. Rupanya. Hati saya riang kerana ada manusia yang mahu mempertahankan saya. boleh bawa penyakit. bila dimakan dapat mengurangkan lemak dalam perut serta mengeluarkan angin dan dapat menghilangkan lenguh-lenguh badan. dalam hal ini. Apa yang saya temui ialah kesan darah dan tulang temulang. berjalan atau tidak. Dia basuh tangan dan minta bantuan Haji Taslim membungkus nasi lemak dengan daun pisang yang dibalut dengan upih. Menurut Haji Taslim nasi yang dibalut dengan daun pisang atau upih. kenapa dia meminta Haji Taslim berbuat demikian ialah.” Haji Taslim tuang kopi di dalam cawan. banyak sangat saya masak ni. bila lagi?” jawab datuk dan terus menghirup air kopi terkahir. ada khasiat lain yang tersembunyi.” “Kalau begitu. Saya yang nakal terus menuju kea rah jendela tempat lengan aneh tersadai malam tadi.” Haji Taslim terus mencangkung. “Kira-kira begitulah. tulang binatang besar. jangan berlebih-lebihan. “dulu saya pernah terjumpa tulang kaki manusia. “Kamu sudah cukup kenyang. “Tak apa. “Serbuk tulang ni. Selain dari perkara yang disebutkan tadi. Sejauh mana kebenaran kata-kata Haji Taslim tidak dapat saya pasti. Tulang-tulang mesti hancur jadi macam kapur bila terkena matahari.” lanjut Haji Taslim.” “Biarlah si Tamar tu merasa goreng pisang saya. “kulit boleh jadi gatal. jangan ikutkan nafsu.” “Tak apa. telapak tangan datuk segera jatuh ke atas pergelangan tangan saya. “Selamat jalan. Saya jadi seram. Datuk terus anggukkan kepala.“Memang sudah menjadi kebiasaaan. bila digaru lama-lama akan keluar air dan seluruh badan luka-luka. Cepat-cepat saya toleh ke wajah datuk. makan pagi sekadar mengalas perut. kalau tak dibentuk dari sekarang. Bila saya mahu menyentuh pisang goreng.” ternyata datuk tetap mahu mempertahankan konsep makan sekadar untu kenyang yang sudah menjadi darah daging dalam dirinya. 181 . Saya segera berlari ke kaki tangga mendapatkan Haji Taslim dan datuk. Matanya menatap tulang-tulang berserakan. Saya periksa tanah dikawasan tingkap.

“Petua apa?” Haji Taslim terkejut. dia pernah mengenakan serbuk tulang itu pada kucing. Barangkali Pak Haji yang satu ini terlalu menumpukan selurh daya fikirnya pada perkara tulang di abwah rumahnya.” Haji Taslim merapati datuk.” Haji Taslim seperti bertempik.” ucapnya berkali-kali seperti menyesali dirinya. belum sempat saya menahannya. Cakap datuk segera saya patuhi.” “Begini Haji. 182 . “Oh! Ya.” tutur datuk dengan tenang. Datuk turut tesenyum. Memang datuk tidak menduga secepat itu. Ini sebenarnya racun. Kerana bimbang saya akan menyentuh tulang-tulang yang ada di situ.” Haji Taslim menepuk bahu kanan datuk dua tiga kali. awak nak tahu ke? Saya ingat awak tak usahlah tau.” datuk erus merisik rahsia dari Haji Taslim. Dan kali ini Haji Taslim arahkan sepasang matanya kea rah muka datuk. Langkah yang terhenti diteruskan sehingga sampai ke kaki tangga. Kemudian dia mengajak datuk menuju ke kaki tangga. Datuk tumpukan perhatian pada kelopak bibir Haji Taslim. barangkali. dia mencari jalan untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal terjadi. saya disuruh datuk berjalan dahulu.” “Macam mana?” “Kenapa. Haji Taslim terlupakan perkara yang diperkatakan. Sinar matahari mula menyentuh tulang bumbung rumah.“Macam mana awak tahu Haji?” tanya datuk. Haji Taslim berhenti melangkah dan mendongakan muka ke langit melihat matahari pagi yang mula melepasi pucuk pokok kelapa dara. Semua tulang-tulang yang kita tengok tadi hancur jadi serbuk. mestiah dari kelapa gading yang kita buat sendiri. Tiba-tiba dia anggukan kepala seraya berkata. Datuk anggukkan kepala. tahu tu lebih baik daripada tak tahu. saya terlupa. “Petuanya. Itulah kehebatan awak. “Petua dia.” ujar datuk sambil senyum. Dia seperti mengingati sesuatu. “Petua tadi macam mana?” datuk mendesak. Ditariknya tangan datuk agar duduk di bangku yang berada tidak jauh di kaki tangga. mudah je. Minyak kelapa itu diisikan dalam botol sesudah dibacakan yasin selama tujuh malam Jumaat. Dari wajahnya tergambar kepuasan dan keinginan amat sangat untuk mengetahui rahsia selanjutnya. digunakan oleh mahaguru ilmu hitam untuk menewskan musuhnya. Fikir saya di dalam hati. “Macam mana awak nak menghilangkan tulang yang jadi serbuk bila kena matahari. Tak sampai dua jam kucing tu mati. “Bila sinar matahari ini sampai ke tanah di bawah tingkap. tetapi. sepasang matanya merenung kea rah tepi sawah sambilkan kedutkan kening dan dahi. Suara beburung pagi berkicau garang.s aya terlupa. “Minyak kelapa tu. “Arwah ada memberi saya cara dan petuanya. bukan itu saja. curahkan minyak kelapa masak kea atas serbuk tulang. begini. “Itu saja.” Haji Taslim kedutkan dahi dan dia berhenti menatap matahari yang kian keras melemparkan cahayanya di setiap sudut kampung. “Arwah mahu menggunakan serbuk tulang ni untuk menjahanamkan awak. “Arwah yang beritahu. “saya terlupa.” Datuk menarik nafas panjang.” Haji Taslim terus membuka rahsia.” Haji Taslim berhenti bercakap. bila dia berada di rumah itu seorang diri. “Memang betul. Dia terus bangun dan menatap wajah datuk.” kata Haji taslim. bulu kucing terbakar dan kulitnya mengelupas. dia sendiri keberatan menggunakannya. saya fikir ada perkara lain.

" sanggah Haji Taslim Singasari sambil merenung tanah di kaki. Tetapi. 183 . Sinar matahari kian terik. macam ada sesuatu yang mengganggu fikirannya." "Bukan pasal tu. "Arwah mahu menunjukkan yang dirinya jujur dalam bersahabat.119. sebelum orang lain beritahu. Saya terus memasang telinga dalam sinar matahari yang kian keras itu. Demikian juga dengan saya." "Hmm. "Kalau bukan pasal tu. Dia melangkah ke arah tangga dan duduk di anak tangga kedua. Haji Taslim Singasari jegilkan biji mata ke arah datuk. Sinar matahari menjamah wajahnya. Dia beritahu dulu." Haji Taslim Singasari memulakan bicara dengan wajah yang serius. Datuk terus mengawasi gerak-geri Haji Taslim Singasari. "kalau dia tak beritahu. Saya ingin mengikuti cerita selanjutnya dengan terperinci. "Guru saya boleh beritahu. kerana dia tahu ada orang lebih handal darinya." tambahnya lagi." desak datuk dengan nada suara yang agak keras. Datuk mengigit bibir.. mahu menceritakan kelemahan dirinya pada awak. macam tak masuk di akal Haji. "Bukan apa-apa. "Pelik. Dua tiga kali datuk dongakkan kepala ke langit sambil mengedutkan dahinya. Saya kira arwah tu tersilap." itu yang terpancut dari kelopak bibir datuk. "Apa dia yang pelik tu?" "Mengapa si arwah tu.. sebahagian dari sinar matahari itu menghala ke tanah di bawah tingkap yang terdapat serakan tulang." Haji Taslim Singasari mengeluh kecil. Duduk di sebelah datuk. Saya segera mendekati mereka. Dia melangkah ke arah datuk dan lalu berdiri di depan datuk sambil memeluk tubuh. pasal apa." "Patutlah arwah buka rahsia. akhirnya saya tahu juga. datuk masih bertahan di bangku. "Siapa yang beritahu awak?" potong datuk. Haji Taslim Singasari bangun." jelas Haji Taslim Singasari. Bayang Hitam Datang Lagi Haji Taslim Singasari terus bangun. "Apa pendapat Haji tentang sikapnya tu?" soal datuk lagi. Keberatan untuk bangun dan bermenung panjang.

"Batunya panas. Saya segera menuju ke arah batu di tanah. "Saya tetap mohon pada Allah setiap kali lepas sembahyang. Wajahnya nampak sedih sekali. Tidak tahu dari arah mana batu itu dibalingkan kepada saya. kemudian air atau lendir dari daun itu disapukan ke bahagian tubuh saya yang lebam. terpamer rasa bangga di wajah Haji Taslim Singasari. Mereka terus berdakapan dalam jangka waktu yang agak panjang." ungkap Haji Taslim Singasari lagi. Baju saya segera dibukakan. "Saya bersama Haji. Bila datuk lekapkan telapak tangannya. Datuk ramas hingga hancur dan mengeluarkan air. Datuk terus mengambil sehelai daun paku rawan. Perbuatan datuk itu amat mengejutkan Haji Taslim Singasari. "Kenapa Haji?" tanya datuk. genggaman tanah itu segera dilemparkan ke arah batu. tidak kira yang hidup atau yang mati. Setianya pada sahabat sampai mati. tak malu orang jantan menangis. datuk terus berdiri. "Lebam sebesar penumbuk. Saya tidak menahan air mata dari mengalir di pipi." ucap datuk dalam nada suara yan tersekat-sekat. macam bara api. Terasa sejuk macam ketul ais yang ditekankan di situ. Haji Taslim Singasari dan datuk segera menghampiri saya. Haji Taslim Singasari segera menyentuh batu itu. bahagian kulit yang lebam itu terasa amat panas sekali. Wajahnya nampak berkerut menahan kesakitan. "Hei. Setelah membaca sesuatu."Dia memang jahat. Saya lihat batu itu berasap dan terus mengecil sebesar telur ayam jantan. Kedua belah tangannya yang memeluk tubuh segera dijatuhkan." jawab Haji Taslim Singasari. Bila mereka berhenti bercakap barulah hati saya terasa lapang. sakitnya bukan kepalang. sebagai orang Islam kita harus mendoakan kesejahteraan orang yang seagama dengan kita. Tubuh Haji Taslim Singasari terus dipeluknya dengan erat sekali. Datuk membaca beberapa ayat dari Al-Quran. "Mana batunya?" tanya Haji Taslim Singasari. Dia terus membongkok mengambil dan menggenggam tanah." sindir datuk dan dia berhenti menekapkan 184 . Tanpa tangguh-tangguh lagi. tetapi segera dilepaskannya ke bumi. Apa yang pasti. tetapi kejujurannya dalam persahabatan tak ada orang yang boleh menandinginya. "Aduhhh!!!" Seketul batu sebesar penumbuk mengenai rusuk sebelah kiri saya." kata datuk. minta dosa arwah diampunkan dan rohnya tidak diseksa.

Dia kelihatan serius sekali." tanya datuk lagi." Haji Taslim Singasari berdehem lalu merenung tajam ke arah saya dan datuk. Matanya tidak berkedip melihat batu kecil yang dipanah matahari. BUMBUNG Haji Taslim Singasari dongakkan kepala melihat matahari dan awan gemawan di langit. tetapi berwarna kemerahmerahan macam bara api dan mengeluarkan percikan cahaya yang berwarna kebiru-biruan. Dia menarik nafas panjang dua tiga kali. "Batu apa ni. "Apa yang mesti kita buat Haji." "Habis.. Haji Taslim Singasari masih menbelek-belek batu hitam sebesar telur ayam jantan itu dari beberapa sudut. Kami diarahkan supaya duduk di atas batang buruk di 185 ." kata Haji Taslim Singasari dalam nada suara yang keras." sahut saya lalu merenung ke arah tubuh yang kena batu itu. merenung dikakinya sejenak. Saya dan datuk berpandangan. "Tak ada apa-apa. Bila direnung agak lama ternyata batu itu bukan berwarna hitam. Beberapa ekor burung gagak yang entah dari mana datangnya berlegar-legar di bumbung rumah Haji Taslim Singasari sambil berbunyi dengan nyaringnya. Haji?" "Inilah batu petir yang sudah dijadikan batu tuju-tuju untuk menjahanamkan manusia. "Apa yang ditengok." suara Haji Taslim Singasari merendah. "Cuba renung batu tu lama-lama. batu ini sudah dipuja. memberi isyarat supaya kami beredar dari sisi batu hitam yang aneh itu.. Sudah pulih seperti sediakala. "Ahemmmmm." jelas Haji Taslim Singasari. batu dari langit?" datuk berjenaka bersama ketawa tetapi Haji Taslim Singasari tidak memperlihatkan reaksi gelihati dengan telatah datuk. Mata saya dan datuk segera tertumpu ke arah batu kecil. Baju segera saya sarungkan ke tubuh." "Ini bukan sebarang batu." "Terpaksa dihancurkan menjadi pasir. buang saja Haji. Dia angkat tangan kanannya separas bahu. "Apa rasanya sekarang. Haji Taslim Singasari masih tidak berani menyentuhnya. Daging yang lebam membiru sudah tiada lagi.telapak tangannya ke bahagian tubuh yang lebam itu. Tetapi. Haji Taslim Singasari ubah pandangan.

Tingginya melebihi paras kelapa dara." Haji Taslim Singasari segera berlari sambil membongkokkan tubuh. Haji Taslim mendekati datuk membisikkan sesuatu ke telinga datuk. "Sekarang kami sudah berdiri membelakangi batu hitam. Dan saya yakin. Sinar matahari yang kian menyengat membuat dahi dan badan saya berpeluh. Kakinya. samada manusia atau binatang. Haji Taslim Singasari kembali berdiri di tempat asalnya. Kami kelilingi batu hitam dalam keadaan membongkok. Berdiri dalam keadaan membongkok memang menyeksakan. Saya segera menoleh ke arah Haji Taslim Singasari." itu yang dibisikkan oleh Haji Taslim Singasari pada saya. tumpukan perhatian zahir batin pada Allah yang Maha Besar. Apa yang pasti. "Ikut apa yang saya buat." "Baiklah Haji. Kerana saya membelakanginya. Saya dan datuk menanti perintah selanjutnya dari Haji Taslim Singasari." suara Haji Taslim Singasari nyaring sekali. "Cukup. "Ikut saya. Sukar untuk saya mentakrifkan benda tersebut. Besar tubuhnya lebih kurang tiga empat pemeluk pangkal balak. Saya dan datuk terkejut.hujung halaman rumahnya. semuanya berlaku di waktu siang dan cuaca pula terang benderang. Saya dan datuk akur dengan perintahnya itu. Kalau waktu malam. sebesar 186 . bentuknya hitam dan besar. Sebabnya bukan apa-apa." tutur Haji Taslim Singasari. bila melihat Haji Taslim Singasari berlari dengan kencangnya kearah saya dan datuk. "Tegakkan badan. berhenti di situ. Semuanya sedang tidur nyenyak. lepas itu melangkah tujuh tapak ke belakang dan berdiri di situ. "Ke mana?" soal datuk. tidak ada sebarang arahan dikeluarkan. Rupa dan bentuknya sukar sekali untuk ditentukan. memang wajarlah saya merasa takut atau curiga. Bagaikan kilat kami bangun. kata-kata yang sama juga diungkapkannya pada datuk." datang lagi arahan dari Haji Taslim Singasari. saya tidak tahu apa yang dilakukannya. Kemudian dia mendekati saya pula. Demikianlah pada anggapan saya. Kita semua minta tolong pada-Nya. Apa yang diperintahnya segera dipatuhi. Waktu siang syaitan dan hantu tidak wujud. Saya dan datuk juga ikut berlari seperti itu menuju ke arah batu hitam kecil. Apa yang diarahkan oleh Haji Taslim Singasari segera saya patuhi tanpa ada rasa takut atau curiga. Lima minit masa berlalu. Tetapi saya lihat datuk masih dalam keadaan yang tenang dan stabil. Saya terdengar bunyi telapak tangan menampar pipi seseorang. dia sedang berdepan dengan sesuatu yang aneh.

Haji Taslim Singasari sedang bekerja keras menghalang orang tua bongkok dari mencapai batu hitam. orang tua di depan saya terus menghayunkan tongkatnya ke arah kaki saya. "Bantu saya. "Bantu saya. Sesekali Haji Taslim Singasari melompat tinggi dan kalanya berguling di bumi. Apa yang menakjubkan saya." 187 . Dan bebayang hitam terus wujud di depan Haji Taslim Singasari dalam keadaan yang tidak jelas. Pada saat itu juga muncul di depan saya seorang lelaki tua yang sudah bongkok. Saya cuba bangun tetapi tidak terdaya. saya cuma mendengar suara orang tetapi batang tubuhnya tidak kelihatan langsung. Saya segera meluru ke arah Haji Taslim Singasari. tiba-tiba datuk menerpa ke arah saya lalu menghalang perjalanan saya dengan menjatuhkan saya ke bumi." itu yang dituturkan oleh Haji Taslim Singasari. dia terus bangun." Saya dan datuk memalingkan muka ke arah suara tersebut. Bila saya menggerakkan kedua belah bibir untuk mengucapkan salam." "Pak Haji tu mesti ditolong tuk. ternyata dia mencampur-adukkan Silat Bangau Putih dengan Silat Harimau Betina Mati Anak. Sebaik saja sampai di kaki saya. Mohon perlindungan dari Allah. Haji Taslim Singasari bersilat sendirian di tengah panas. Saya mengigit bibir.batang kelapa. menepis kanan. Dalam keadaan saya terpegun kehairanan itu. Semuanya muncul dalam bentuk yang samar-samar menghala ke arah Haji Taslim Singasari. tumpukan perhatian ke depan. "Jangan renung saya. kamu mesti belajar lagi. Saya segera memalingkan wajah ke depan. Rambutnya yang putih terdampar atas dua sayap bahu. Cepat-cepat saya melompat lalu melepaskan satu tumbukan ke bahunya. "Kenapa tuk?" "Kamu tak layak campur tangan dalam urusan ini. Haji Taslim Singasari terus mengulingkan tubuhnya di tanah menuju ke arah saya. Bebayang hitam yang menakutkan itu sudah tidak kelihatan lagi. Setelah melihat gerak-geri Haji Taslim Singasari yang serba pantas dan cekap itu. Tetapi tidak kena sasaran kerana orang tua itu mengelak dengan cepatnya lalu hilang dari pandangan saya. Jangan tengok saya. Datuk menekan bahu kanan saya dengan jari kelingkingnya. Menepis kiri. Janggut putihnya yang panjang menyentuh bumi. Setiap buah silat yang dilepaskan oleh Haji Taslim Singasari terkena sasaran yang dituruti dengan suara orang mengeluh dan mengaduh. Tuhan saja yang mengetahui sakitnya jatuh ke tanah." Ulang Haji Taslim Singasari.

melainkan anggukkan kepala tanda patuh pada perintahnya. Bila menyedari dirinya berada dalam keadaan terdesak. Datuk anggukkan kepala." itu penjelasan Haji Taslim Singasari." kata datuk lalu memisahkan hujung jari dari kulit bahu kanan saya. Datuk dan Haji Taslim Singasari saling berpandangan. "Pernah awak jumpa dengan orang tua itu sebelum ini. Haji Taslim Singasari pasti melangkah setapak ke depan dengan mulut yang berkumat-kumit." sambil meyapu peluh didahi. Dan akhirnya orang tua bongkok yang tidak berubah tempat berada di tengahtengah antara datuk dan Haji Taslim Singasari. Bukan sekadar sentuh tetapi tenaga lain yang mengiringi sentuhan itu. datuk ajukan pertanyaan. Entah apa yang dibacanya saya sendiri tidak tahu. Saya tidak ada pilihan lain. seluruh badan terasa kebas dan seakan-akan lumpuh. Setiap kali orang tua bongkok itu berusaha mengambil batu hitam. bila terdengar suara azan Maghrib orang tua tu hilangkan diri. Datuk renung ke arah batu hitam yang kecil itu sejenak." datuk mengingatkan saya dalam panas terik. sudah pasti sentuhan yang dilakukan oleh datuk bukan sentuhan sebarangan. Haji. di wajah Haji Taslim Singasari tergambar kepuasan yang amat sangat. Orang tua tu datang jumpa arwah waktu Maghrib. Rupanya. Tamar. Saya beri salam. orang tua itu terus menghilangkan diri. Apa yang jelas. HUJUNG Mana ada logiknya sentuhan hujung jari kelingking boleh memberhentikan pegerakkan tubuh."Biar aku yang menguruskannya. dia tak jawab." "Saya cuba setakat yang saya boleh. Dia menggigit bibir. Orang tua itu menujah-nujahkan tongkatnya ke arah Haji Taslim Singasari dengan sekali-sekala merebahkan badannya untuk mancapai batu hitam kecil tersebut. "Pernah. Jadi. "Apa boleh saya tolong Haji?" "Awak bacalah surah yang boleh menjahanamkan syaitan." jawab datuk lalu memeluk tubuh dengan sepasang mata merenung tajam ke arah orang tua bongkok bersama janggut yang menyentuh bumi. Masa hujung jarinya menjamah bahu. 188 . Dengan tenang datuk melangkah menuju ke arah Haji Taslim Singasari lalu berdiri dalam jarak dua tiga kaki dari arah belakang Haji Taslim Singasari. Barulah tubuh saya bertenaga dan boleh digerakkan. "Kamu duduk diam-diam di sini. Seluruh badan saya sudah dibasahi peluh. Tidak berfungsi langsung. setiap kali Haji Taslim Singasari melangkah. Ada dua kali. masa arwah hidup. datuk juga melangkah dalam arah yang berlawanan.

siapa lagi. Saya segera berlari ke bawah pohon mempelam telur. Haji. Kemudian dia menyuruh datuk duduk mencangkung menghadapi batu kecil. "Sekarang. si mati tu. Satu keterangan yang dapat meyakinkan hati saya dan datuk. "Jumpa tuannya." kata Haji Taslim Singasari sebaik sahaja saya mendekatinya. kenapa perkara itu tak jadi dibuatnya pada awak. "sekarang kita mulakan tugas. cuma hari ni dia buat perangai. yang dia mahu menyuruh orang suruhannya yang taat pada perintah ketua." Haji Taslim Singasari segera memisahkan telapak tangannya dengan bahu datuk. kalau tak dimusnahkan.Haji Taslim Singasari mengedutkan dahi luasnya sambil menggosok hujung jari beberapa kali. 189 ." "Kenapa dia nak buat perkara tu pada saya. Dan Haji Taslim Singasari sendiri turut duduk mencangkung menghadap batu hitam kecil. Dan jarijemari itu mencengkam erat kulit bahu datuk. Serta merta saya lihat wajah datuk berubah. Dengan jarijemari yang terkembang. walaupun ketuanya sudah mati." "Maksud Haji. telapak tangannya terus jatuh atas bahu datuk. "Saya sendiri pun tak tahu. Haji?" terdengar suara datuk agak keras. Saya tidak sanggup berjemur lama-lama di tengah panas yang terik. Haji Taslim Singasari mengamati saya. batu hitam ini mesti dihancurkan. "Batu ni. "Kenapa pula. Terutama awak. "Dia datang ke rumah awak buat apa. Haji Taslim Singasari tidak memberikan penjelasan yang konkrit. Ada juga dia beritahu saya. Cakapnya itu segera dipatuhi. kalau kena kulit awak seluruh badan jadi hitam. Haji?" "Arwah pernah mahu menggunakan batu ini untuk ditujukan pada awak." sambung Haji Taslim singasari lagi dengan wajah yang serius. "Kamu juga duduk mencangkung mengadap batu tu." datuk minta kepastian." Haji Taslim Singasari memberikan penjelasan untuk kali kedua." "Tak pernah." cukup tenang Haji Taslim Singasari menuturkan kata-kata tersebut." "Yalah. Saya tahu benda tu nak cari perlindungan dan mahu menjadikan saya tuan barunya. banyak orang yang binasa. Perlahan-lahan Haji Taslim Singasari mengangkat tangan kanannya." Haji Taslim Singasari menghalakan jari telunjuknya ke arah datuk." "Pernah dia berlawan dengan awak.

TAKUT Kenyitan mata itu bermaksud supaya saya jangan merasa takut atau gentar. Batu hitam kecil bertukar warna menjadi kekuning-kuningan." Saya dan datuk segera bangun. aku ni sahabat karib arwah."Bagaimana caranya?" mendadak datuk menyoal. kita mesti ambil tanah serentak dan membalingnya serentak. terdengar satu letupan yang tidak berapa kuat tetapi mengganggu kerja-kerja yang kami lakukan. kecuali bila sudah terdesak barulah meminta pertolongan darinya." Haji Taslim Singasari menjeling tajam ke arah datuk dan saya.. Saya juga melihat asap nipis berada di permukaan batu itu. 190 . Kita bertiga saja yang nampak. Matanya merenung bumi. Genap tujuh kali dilontar terdengar lagi letupan yang tidak menyenangkan. bila saya campakkan tanah ke batu hitam. Dia juga menyuruh saya dan datuk mengepal tanah. Dia terus menepuk dada bumi sebanyak tujuh kali berturut-turut. semuanya bayang-bayang." Datang ingatan dari Haji Taslim Singasari. "Lontarkan. Semua yang disuruhnya kami patuhi. "Ikut saya. Dia datang kerana mahu menjadikan aku tuan barunya. Orang lain tak nampak. musuh ketatnya. Lontaran tanah berjalan terus." Haji Taslim Singasari terus memulakan. "Bersedia." cukup lantang suara Haji Taslim Singasari. Buat beberapa detik Haji Taslim Singasari buat tidak kisah dengan apa yang saya tuturkan.. "Sabar dulu sahabat. awak berdua ikut sama." lanjut Haji Taslim Singasari. lalu diikuti oleh saya dan datuk. Dikelilingi api yang entah dari mana datangnya." selesai saja haji Taslim Singasari memberi penerangan datuk kenyitkan mata ke arah saya. kamu dan datuk kamu. Dia juga mahu membinasakan kamu dan datuk kamu." "Kenapa orang lain tak nampak?" secara spontan saya mengajukan pertanyaan. "Bangun. Baru enam kali dilontarkan tanah ke batu hitam yang kecil itu. Hadapi saja apa yang datang. "Ha! Begini. "Teruskan. Kena campak sampai tujuh kali berturut-turut. apa yang kita lihat tadi. Ingat. "sebabnya cukup mudah. sebelum dibaling ke batu baca Qul' aa'uzubirobbinnas.

saya terlihat samar-samar sesusuk tubuh lelaki yang tingginya lebih dari tujuh kaki." Saya terkejut. Dalam panahan matahari yang keras itu. saya lihat badan Haji Taslim Singasari berpeluh. warna kekuningan di batu bertukar menjadi putih." keterangan itu memang melegakan hati saya dan datuk. bila dah selesai baru aku cakap. Dia buka ketayap putih di kepala dan mengeluarkan blangkon (songkok orang Jawa yang dibuat dari kain batik yang bahagian belakangnya terdapat benjolan) dari saku baju butang lima. Dalam keadaan cuaca yang panas terik itu. 191 ." Tanpa membuang masa. Tetapi.Tanpa memberitahu apa-apa pada kami. kalau saya rebah. Haji Taslim Singasari berhenti dari bersilat. Haji Taslim Singasari terus membongkok mengambil segenggam tanah (untuk kali yang kelapan). Saya dan datuk berpandangan kerana menyedari yang Haji Taslim Singasari sudah melanggar syarat." Kata Haji Taslim Singasari itu terus terpahat dalam sanubari saya. Cepat-cepat saya dan datuk gelengkan kepala. dihamparkan atas tanah. Blangkon diletakkan atas kepala dan baju yang dipakai terus dibuka. "Ah. berbadan besar. Mata Haji Taslim Singasari terpaku ke wajah kami sejenak. Perutnya yang agak buncit kelihatan seperti terlekap pada pahanya." Haji Taslim Singasari bersuara lagi. Haji Taslim Singasari terus mengkepal-kepalkan tanah dalam telapak tangannya. "Dengan izin Allah. Macam tadi juga. datuk tetap anggukkan kepala." Datang lagi ingatan dari Haji Taslim Singasari. "Caranya mudah untuk menolong saya. Dia terus membuka silat. seolah-olah membaca apa yang tersirat dalam kalbu saya dan datuk. Datuk saya lihat terus anggukkan kepala. pukulkan ke tubuh saya tujuh kali berturut-turut bersama dengan selawat. kira-kira dua tiga minit lamanya. Api yang mengelilinginya terus hilang dan asap nipis juga turut hilang. Sebaik saja tanah dari lontaran ke lapan itu terkena batu hitam. kamu terus labur. "Kamu berdua ragu dengan aku." Haji Taslim Singasari renung muka datuk dan saya. Haji Taslim Singasari terus bersila di situ. Bila saya rebah. Dalam keadaan sekarang tidak semuanya boleh aku beritahu. "Jangan tegur apa yang aku buat. Haji Taslim Singasari segera berdiri dan anggukkan kepalanya perlahan-lahan. biar aku uruskan. ambil apa juga ranting yang berdaun. kerdipan matanya dapat dilihat oleh Haji Taslim Singasari. Berdiri lurus sambil memeluk tubuhnya erat-erat. "Bantu saya... "Yang kelapan ini. Haji Taslim Singasari terus melontarkan tanah yang dalam genggamannya ke batu hitam yang berasap.

" tutur Haji Taslim Singasari pada datuk. Pada Allah juga aku memohon perlindungan." Haji Taslim Singasari tidak dapat meneruskan kata-katanya. Waktu datuk mahu memulakan langkah ada bayangan hitam legam seakan-akan melintasi depan datuk.." sambil bercakap Haji Taslim Singasari bangun perlahan-lahan. Bayang lelaki berbadan besar tidak kelihatan lagi. laknat tu mahu menghancurkan saya. berpusing sambil mengeluarkan cahaya api. "Hal ini sudah selesai. Asap tebal yang hitam itu berubah warna menjadi kelabu dan kian menipis. syaitan. Tertakluk pada-Nya." "Perlukan bantuan saya Haji. dia terus menepuk tangannya.. Batu hitam di hujung kaki kanan lelaki berbadan besar mula bergerak. Begitu juga dengan batu hitam. Batu hitam yang penuh misteri itu berada betul-betul di hujung kaki kanan lelaki berbadan besar itu.Berdiri membelakangi saya tetapi menghadapi Haji Taslim Singasari. Dan letupan yang beruntun itu datangnya dari batu kecil itu. tempatnya sudah digantikan dengan timbunan debu-debu halus yang menyerupai tepung gandum." Tujuh kali Haji Taslim Singasari menepuk tangannya. Diganggu Monyet Besar 192 . Menyimpan blangkon ke dalam saku dan mengenakan ketayap putih ke kepalanya. "Allah juga yang Berkuasa. jin dan manusia adalah ciptaannya.. Langkah datuk terhenti. Dia diganggu oleh kemunculan seekor monyet besar berwarna hitam." "Nampak. Dalam keadaan separuh berdiri. Dua tiga kali bahu datuk ditepuknya. Perkara itu terjadi lebih kurang lima minit. "Prappp. bunyinya macam mercun." beritahu datuk pada Haji Taslim Singasari.. Kemudian dia duduk bersila kembali. Dan akhirnya terus hilang. 120. "Kalau begitu biarlah kami beransur dulu. Tidak ada siapa yang tahu dari arah mana monyet itu muncul. Debu di tempat batu hitam itu segera ditutup oleh Haji Taslim Singasari. bila dia gagal menjadikan saya tuannya. Selesai bertepuk tangan terdengar bunyi letupan yang beruntun.. dia menyarungkan baju butang lima ke tubuh.?" "Tak. "Haji nampak apa yang saya nampak.. saya terbatuk dua tiga kali. Bau kemenyan terus menusuk lubang hidung. Kawasan tempat kami berdiri dipenuhi dengan asap tebal berwarna hitam.

Dedaun muda makin banyak yang berguguran. Gabungan suara saya dengan Haji Taslim Singasari menjadikan suasana sekitar gamat sekali... "Pedulikan semuanya itu." Mendadak saja datuk bertempik dengan lantang sekali. Entah ke mana ghaibnya. Anehnya! Beruk besar itu tidak kelihatan langsung. Mungkin marah kerana diganggu. buat beberapa kali. Monyet besar itu menderam dan bersedia mahu menerkam ke arah Haji Taslim Singasari. Ternyata beruk itu tidak mudah digertak atau ditakuttakutkan. Beburung yang tadi bernyanyi sambil berehat di reranting pokok segera berterbangan ke arah lain. Menjatuhkan perlahan-lahan dalam tiga tahap.. "Hei beruk. Datuk memahami isyarat itu.Monyet itu merenung ke arah Haji Taslim Singasari. Dedahan dari pepohon tersebut nampak bergoyang. Suara beruk jantan juga dapat saya dengar tetapi. rapat. Bunyi dahan yang berlaga sama sendiri akibat di pijak oleh sesuatu jelas kedengaran. Apa yang datuk lakukan seterusnya ialah. Haji Taslim Singasari mengangkat tangan kirinya separas puting tetek sebelah kiri." Haji Taslim Singasari memberikan semangat. begitu juga dengan Haji Taslim Singasari. Dan datuk mengacah untuk menerkam ke arahnya. Bersedia untuk menerkam dan merebahkan datuk. Dengan rasa kesal saya alihkan 193 . akibat digayuti oleh beruk besar. Semua pepohon di situ jadi perhatian saya." Datuk menyergah sambil menghalakan buku lima ke arahnya. menunjukkan rasa benci dan marah sambil memperlihatkan gigi tajamnya yang putih." Itu yang dituturkan oleh datuk pada saya." "Rapat sahabat. beruk besar itu segera mengalihkan perhatian ke arah datuk. serang. "Serang dia datuk." saya pula mencelah.. Dengan serta merta beruk besar itu membelakangi datuk. "Kamu rapat kamu jahanam beruk. Kemudian dengan tidak semena-mena beruk besar itu lari ke arah sebelah kanan. "Haa." "Gggrr. melangkah setapak ke depan sambil bersuara: "Kamu rapat kamu jahanam. Beberapa helai daun muda berguguran. Saya terperanjat. masuk ke hutan kecil di situ." beruk besar bersuara sambil kedua belah tangannya menepuk dadanya yang berbulu hitam lebat. beruknya tidak kelihatan langsung.

"Kalau begitu. Datuk tunduk merenung tanah. Dengar cakap datuk kamu. bisik batin saya bersama langkah yang teratur. Cukuplah pertolongan yang awak beri." suara Haji Taslim Singasari agak tersangkutsangkut. Terima kasih Haji Taslim Singasari. Sesungguhnya. terutama di rumah kenalan yang dianggapnya sebagai sahabat." "Saya cuba. Apa yang saya duga ternyata tidak tepat sama sekali. kamu bukan tak tahu. silakan sahabat. "Terima kasih atas kerjasama awak. Singgah di mana saja yang diingininya. hari tengah panas terik. Datuk masih dengan perangai lamanya. "Apa. Kemudian tanpa disangka-sangka." saya kira tekanan nada suara begitu bersahaja sekali. haji boleh menghadapi semua masalah seorang diri. saya toleh ke arah rumah Haji Taslim Singasari yang kian jauh saya tinggalkan. Datuk segera hulurkan tangan pada Haji Taslim Singasari. Sesekali. saya kira perjalanan terus kepada matlamatnya.pandangan ke arah datuk dan Haji Taslim Singasari." "Ya." Haji Taslim Singasari menyokong pendapat datuk. Haji Taslim Singasari terus memeluk tubuh saya. Mereka berpeluk-pelukan sebentar. Datuk tersenyum dan Haji Taslim Singasari ketawa kecil. terlalu banyak pengalaman yang saya rangkum ketika berlabuh di rumahmu. biarlah kami berangkat dulu. "Belajar dari datuk kamu. Selamat jalan Tamar." Haji Taslim Singasari memeluk tubuh datuk. Datuk membuat kejutan lagi. Dan beberapa minit kemudian. Bila datuk kamu datang lagi ke sini. kamu mesti ke mari. Kami beredar ke arah kaki tangga. Semuanya ini akan saya jadikan teladan dan pedoman untuk masa akan datang. Begitulah datuk. sejak menjejakkan kaki di bumi Balik Pulau ini. Kami dihidangkan dengan air kopi dan kuih buah melaka. Kulit muka saya mula terasa pedih akibat dipanggang oleh sinar matahari yang kian terik. Penuh bangga dan simpati. saya dan datuk terus meninggalkan halaman rumah Haji Taslim Singasari. "Cepat melangkah tu. engkau telah memberikan sesuatu yang tidak saya terfikirkan. Kepala saya digosoknya berkali-kali. Percayalah Allah lebih berkuasa atas segala-galanya." itu pesanannya untuk saya." datuk seperti merungut. selain dari mempercepatkan langkah. Dan apa yang mampu saya lakukan ialah menganggukkan kepala beberapa kali. Saya tidak memberikan sebarang komen. "Ya. Mungkin menahan kesedihan. Kedatangan datuk dan saya disambut dengan penuh hormat. dalam perjalanan menuju ke bandar dia singgah sebentar di rumah Pak Imam. orang tua yang banyak pengalaman itu menyembunyikan rasa hiba. buat apa toleh-toleh ke belakang. pedulikan semuanya itu. 194 .

Saya sandarkan badan di situ sambil menarik nafas kelegaan."Makan tengah hari di sini. Didorong oleh keinginan mahu menatap wajah Masitah. Tetapi." datuk terus menolak." rayu Pak Imam." Senyuman yang panjang pun terukir di kelopak bibir Pak Imam. saya pun mula terhendaphendap dan menyusup di bawah pokok manggis yang berdaun lebat. Sinaran matahari yang memancar keras.. Tetamunya tidak menghampakan harapannya. orang rumah saya nak masak gulai ikan puyu. Permintaan saya diperkenankan oleh datuk. "Tak payahlah. Secara tidak disangka-sangka saya terpandangkan Masitah yang sedang menjemur kain di ampaian. lepas Zuhur bertolaklah. Pak Imam renung ke arah jam yang tergantung di dinding rumahnya. ada tanda-tanda yang menunjukkan hajat saya akan terkabul." datuk memberikan alasan. Pak Imam. Saya mula langkah ke arah pokok langsat pula. Secara curi-curi saya meninjau ke arah rumah Masitah. kami nak cepat sampai ke Tanjung. lain kali tu belum tentu dapat. "Makan tengah hari. anak saudara Pak Imam. membuatkan kulit muka Masitah jadi kemerah-merahan. "Kalau itu hajat Pak Imam." 195 . Lagi sekali hati saya dibungai kegembiraan." kata Pak Imam. sambal buah macang. saya terimalah. cicah dengan pucuk sanglang. saya mahu menatap wajah dan senyuman Masitah." pelawa Pak Imam. HARAPAN Saat datuk menceritakan pengalaman aneh yang dialaminya ketika berada di rumah Haji Taslim Singasari. masih bersembunyi di balik pokok langsat. "Ini permintaan saya. Memang menjadi harapan saya.. Jarak saya dengan Masitah tidaklah begitu jauh. saya minta kebenaran darinya untuk berjalan di tanah dengan alasan untuk menghilangkan jemu. "Lain kali saja. Kepalang gembiranya hati saya dan kesempatan itu saya gunakan dengan sebaik-baiknya. "Baru pukul sebelas." begitu bersemangat Pak Imam bersuara. Diwajahnya terbayang kepuasan yang amat sangat. saya masih enggan memperlihatkan diri. "Syyyyhhhhh. Entah ada umur kita entah tidak. sebelum meninggalkan bumi Balik Pulau.

"Sombong sangat ni. Hati saya berdebar tidak tentu arah. Memberitahu kaum keluarganya tentang perangai saya yang buruk." "Baliklah. renung kanan dengan pandangan yang liar. Hati saya bertambah sakit. tetapi kerana rasa takut. Saya harus bertindak segera sebelum kehampaan menjelma. Masitah tak jadi melangkah. Kalaulah hal ini terjadi. Apakah itu senyuman suka atau benci? Badan saya berpeluh.. Masitah buat tak kisah. Masitah segera sidai kain terakhir. Takut kalau gadis Balik Pulau yang kaya dengan adat ketimuran itu memecahkan rahsia. bukan kerana panas." Sengaja saya tinggikan suara. Tidak bersedia mahu mematuhi permintaan saya." Saya segera mengangkat tangan ke arah Masitah yang merenung tajam ke arah saya. Dia berhenti menjemur kain dan wajahnya nampak cemas sedikit. renung kiri. Datang dulu tak bagi tahu saya pun. Masitah yang sedang mengembangkan kain jemuran terakhir segera menggelengkan kepala. saya dapat satu akal. Dia seolah-olah mengajukan pertanyaan: Ada apa? Reaksi yang saya berikan ialah dengan menunjukkan kertas dan pensil ke arahnya. kenapa bagi tahu saya. Masitah senyum. ternyata apa yang saya inginkan. tidak akan terlaksana. Kemudian dia melangkah ke arah rumahnya. Masitah renung ke arah pokok langsat dan saya segera menunjukkan diri. Dalam keadaan yang resah gelisah itu. Bila melihat pada sikap Masitah yang lain itu. "Saya nak balik. Saya melangkah lagi. Dengan tergesa-gesa saya menuliskan nama dan alamat pada kertas. Masitah menjeling tajam ke arah saya bersama sebuah senyum yang sukar ditafsirkan maknanya. Masitah buat tidak peduli dengan saya. 196 . lambat laun perkara itu akan sampai juga ke pengetahuan datuk dan saya terpaksa menanggung malu yang bukan kepalang. "Heiii. cepat-cepat Masitah angkat kepala.. "Hiss nantilah dulu." kata saya lagi. Dia terus jemur kain. jarak saya dengan Masitah bertambah dekat dan saya pun jual senyum padanya.Saya segera membunyikan isyarat. Saya selitkan kertas itu pada ranting keduduk bercabang tiga. Segera menoleh ke arah saya sambil mengangkatkan kepalanya dua tiga kali. Tujuan saya bawa kertas itu untuk mencatatkan alamat Masitah. Saya keluarkan pensil dan selembar kertas dari dalam saku seluar saya." hati saya bertambah sakit mendengar kata-kata yang diluahkan oleh Masitah.

" jawapan untuk melepaskan batuk ditangga. naik saja ke rumah. Duduk di sudut. bunyi tubuh menghempap bumi dan reranting kering dapat didengar oleh Pak Imam dan datuk. "Disini jarang ada biawak. saya berikan pada datuk. Ertinya."Jangan lupa ambil tau. entahlah pula hari ni ada biawak. Tetapi apa yang jelas dia mengangguk. Saya terjatuh. Tamar. "Apa yang kamu cari dalam semak samun tu. Dia bersedia mahu melangkah turun. saya terus kejar. "Tak payah turun. Mereka segera menuju ke muka pintu dan merenung ke arah saya yang tergesa-gesa bangun." datuk yang berdiri di ambang pintu mengemukan pertanyaan. Ini dapat saya baca melalui memek mukanya. hidangan makan tengah hari pun tersedia." kata Pak Imam bila melihat isterinya mengatur piring pengat pisang di depannya. "Sudahlah Tamar." kata isteri Pak Imam. Dengan tenang saya naik ke rumah.Tepat jam dua belas lebih. Pertanyaannya saya tidak jawab. Entah macam mana. TUGAS Saya kira tugas besar dan berat telah saya laksanakan. Lepas makan dihidangkan pula pengat pisang. dia tak apa-apa. Dengan muka yang tebal saya berdiri di kaki tangga. Datuk duduk kembali. Saya tidak dapat mengimbangi tubuh. semuanya tidak kena. Pak Imam terasa sangsi dengan jawapan yang saya berikan." Pak Imam cuba menghilangkan rasa serba salah dalam diri saya." kata saya. "Kalau bukan awak. dia bersedia mematuhi arahan dari saya. siapa yang buat?" 197 . melangkah tenang menuju ke rumah Pak Imam. "Tadi saya nampak biawak di situ. Kata-kata itu saya rasakan seperti menyindir saya. "Apa yang kamu cari di situ?" datang lagi pertanyaan dari datuk. Begitu cepat masa berlalu. Cepat-cepat saya tinggalkan pokok langsat. menghala ke dapur. saya tersepak seketul kayu. saya rasa Pak Imam bagaikan tahu dengan apa yang telah saya lakukan. Semuanya amat menyelerakan." Pak Imam menahan. "Sempat awak buat semuanya ini. Tidak ada jawapan dari Masitah. "Bukan saya yang buat." suara isteri Pak Imam lantang dari arah dapur. Apa yang saya buat. Ternyata datuk tidak puas hati.

"Rasa dulu." kata saya dalam usaha menghilangkan rasa serba salah. "Kau nak balik Masitah. Perkara itu saya lakukan dengan hati-hati dan teliti sekali." datuk memberikan kata putus. "Ya. setelah berehat lebih dari setengah jam (selepas makan tengah hari). apa malu-malu." pasti itu suara masitah. "Saya datang." tutur Pak Imam. Dalam saya asyik menikmati pengat pisang. sudah tentu perkara semacam itu tidak dapat saya lakukan." tanpa diduga datuk bersuara. Memang sudah direncanakan setelah menunaikan fardhu Zuhur." Pak Imam memberikan cadangan. Pak Imam nak ajar kita tentang rukun sembahyang. "Silakan." "Hum."Masitah. Secara tidak langsung pengetahuan saya turut bertambah. banyak sangat ni. lepas tu mesti kamu makan sampai habis. saya terus mencuri pandangan ke arah rumah Masitah. Saya rasakan dia menyindir saya lagi." datuk pula seperti mendesak. Hati saya bagaikan digaru-garu mahu segera bangun dan berdiri di muka tingkap mahu melihat Masitah yang ayu melangkah pulang kerumahnya. Saya masih belum memulakannya. kita nak balik jauh. Bila saya mahu merenung untuk kedua kalinya. Sebagai anak muda yang ada maruah dan harga diri. emak juga datang." terdengar suara isteri Pak Imam. datuk mula berdehem. Dan saya pun memulakannya. saya terdengar suara Masitah. "Cepat Tamar. "Saya setuju.. saya tersipu dengan sikap Pak Imam itu. bentak batin saya setelah melihat kelibatnya di ruang dapur. Masa saya menyarungkan sepatu. "Sedap. "Ah. Datuk terus menikmati pengat pisang. Si Masitah buat pengat memang handal. Lagi sekali." terdengar lagi suara isteri Pak Imam. dia ada di dapur tolong membasuh. saya dan datuk akan meneruskan perjalanan ke Tanjung." sahut Masitah. Cepat-cepat saya panggungkan kepala lalu merenung ke dapur.." kata Pak Imam dan terus menikmati pengat pisang abu. "Kita sembahyang di masjid. Jangan sampai dapat dikesan oleh Pak 198 . Setidak-tidaknya saya mengerti beberapa patah perkataan Arab." sambung Pak Imam sambil merenung ke arah saya. Masa berehat yang setengah jam itu dipenuhi dengan perbincangan dan perdebatan berhubung dengan perkara agama dari datuk dan Pak Imam. makanlah Tamar. "Malam ni datang lepas Isyak. Datuk dan Pak Imam sudah pun menikmati pengat pisang dari hasil kerja Masitah. Memang sedap. Masitah. Segala beg dan barang datuk terpaksa dibawa bersama.

" kata saya. Lambaian saya dibalasnya. 199 . Entah mengapa gadis yang berkulit putih itu benar-benar mempengaruhi hati saya. Setelah menunaikan sembahyang Zuhur. Pak Imam menghantar saya dan datuk ke perhentian bas Balik Pulau. Datuk meninggalkan pesan pada Pak Imam supaya mempengaruhi Mat Prai. "Bagus. mata saya masih dapat menangkap bentuk tubuh Masitah berdiri di balik perdu durian yang berada di sempadan antara tanah milik ayahnya dengan tanah milik Pak Imam. Nampaknya. "Balik dulu. hati saya menyanyi riang. selalu membuat sedekah dan amal jariah. Masitah memakai baju kurung merah dengan kain warna coklat. Ini peluang yang cukup baik. Dia merenung ke arah saya. Isteri Pak Imam berdiri di situ. Tanpa berkata apa-apa." Tutur saya sambil menegakkan ibu jari. Dia berdiri di tengah lapang. Sampai di kepala jalan. Paling menggembirakan hati. "Aheeemmm.Imam atau datuk. Saya segera tegakkan tubuh dan merenung dengan tepatnya ke arah Masitah. Sepanjang perjalanan menuju ke masjid. Masitah tidak menjawab. dia melarikan diri kerana tidak mahu perbuatannya dikesan oleh isteri Pak Imam. saya toleh ke arah pokok durian. Agaknya. datuk dan Pak Imam beredar menuju ke kepala jalan. Dia cuma senyum sambil mengerak-gerakkan tangan yang membawa makna yang dia akan menulis surat kepada saya berpandukan pada alamat yang saya berikan padanya. Meskipun loghat Pulau Pinang yang diucapkannya sering membuat saya tersenyum panjang. pesanan itu disambut oleh Pak Imam dengan baik sekali. Masitah tidak lagi berdiri di balik pokok durian. Renung ke arah tingkap sebelah kanan. agar dia sering pergi ke masjid. Masitah sudah ghaib. TUNDUK Dengan keadaan tertunduk kerana mengikat tali kasut. saya terus berlari ke arah datuk dan Pak Imam yang berdiri di kepala jalan. saya terus menjeling ke arah Masitah dengan ekor mata." Saya segera angkat kepala. Saya lambaikan tangan kearahnya. Saya masih beruntung. Mungkin kerana tidak mahu menunggu saya yang mengambil masa agak lama mengikat tali kasut.

saya tidak berani bersuara. macam anjing mampus. Dan malam itu. kami terjun ke laut lalu berenang melawan ombak. Datuk memang ada mengajak saya kerana ada guru agama mengajar Tauhid tetapi saya menolak dengan alasan penat. Angan-angan yang tidak bertepi itu terus membungsung tinggi dalam kepala saya. Hadiah-hadiah itu membuat nenek gembira. Dalam keadaan yang lesu saya terus bangun sambil menggosok-gosok kelopak mata." "Saya faham. setiap kali pulang dari perjalanan yang jauh. Saya ingat sebelum menaiki bas. Saya dan datuk terus menuju ke pengkalan. Macam tadi juga." kata datuk. Akhirnya saya terlena. datuk naik teksi menuju ke Taiping. secara kebetulan saya tidak ikut datuk berjemaah Maghrib dan Isyak di masjid. Datuk membatalkan hasratnya untuk mengunjungi rumah Mat Prai kerana kesuntukan masa. Kerana kesuntukan masa juga. Dari situ kami menaiki feri menuju ke tanah besar. Membiarkan buih-buih ombak menyentuh kaki."Dengan izin Allah. Bila berada di luar baru terasa panas. Saya terjaga bila bahu saya digoncang oleh datuk berkali-kali. Datuk juga sembahyang Asar di Taiping. Nenek menyambut kepulangan kami dengan wajah yang riang. Datuk juga membeli beberapa helai kain pelikat dan dua helai kain batik untuk nenek." Saya diam. saya cuba tunaikan. samada di dalam perut bas atau di luar. Bas pun bergerak meninggalkan perhentian." datuk terus merungut. Tidak tahu apa yang terjadi. 200 . Terus melangkah menuju ke pintu bas. saya mahu bila dia balik bercuti atau datang ke sini di musim durian. saya terus berangan-angan. Bila saya buka mata. menikmati zaman kegemilangan bersama Masitah. dia mesti buat amal ibadah. Menjelang Maghrib kami sampai di rumah. datuk pergi membeli belah di kedai yang menjual buah-buahan. pasti saya menceritakan pada nenek hal-hal yang dialami. perut bas sudah kosong. Dia menyambut buah tangan dari datuk yang dibeli di bandar Taiping. Kalau Pak Imam tak menegurnya. Dalam perjalanan yang membosankan itu. Tidak memberikan sebarang komentar atas kata-kata yang datuk luahkan. Itupun kalau dia datang ke sini. Kemudian. "Bangun. kamu tidur macam orang mati. Pemandu dan penjual tiket sudah berada di sebuah warung. siapa lagi yang nak diharapkan. MALAM Seperti selalu. Saya bayangkan yang kami berlari di gigi pantai. "Kalau dah makan tak sedarkan dunia. jangan mengejar duit saja. Dari Taiping menuju ke kampung baru naik bas. inilah akibatnya kena angin bas terus tertidur.

"Apa yang nek nak ceritakan ni. macam ada orang datang." saya mengajukan pertanyaan. Ini membuat saya resah. Mata saya liar merenung ke kiri dan ke kanan. Debaran cemas bersama perasaan ingin tahu mula menyelubungi hati saya. Saya pun bercerita padanya tentang apa yang dialami ketika berada di Pulau Pinang. "Kenapa nek?" Nenek tersenyum. Tiba-tiba saja bulu tengkok saya tegak berdiri. Dia terus mengunyah sirih dengan seenak-enaknya. Apakah perkara yang dialami oleh nenek itu ada hubungannya dengan kejadian di rumah Haji Taslim Singasari? Apakah syaitansyaitan peliharaan Suhaimi Keraba boleh sampai ke sini? Tahu pula yang nenek ni isteri datuk. wajah nenek nampak cemas.Alasan itu dapat diterima oleh datuk. lain macam pula. Selepas menunaikan fardhu Isyak. nenek tak pernah merasa aman. Bila ada kisah lucu nenek ketawa. Kadang-kadang terdengar bunyi orang makan. Matanya merenung tajam ke arah saya." terang nenek bersahaja." Nenek behenti mengunyah sirih. Cukup tenang nenek mengunyah sirih. Tapi kali ini. nenek tidak meneruskan cerritanya. tak ada yang mengacau. "Selalunya. pada hal dulu datuk kamu keluar sampai berbulan-bulan. Rasa takut terus bersarang di sudut hati. Nenek lunjurkan kedua belah kakinya. Bila saya mendekatinya. Saya terdiam sejenak. keliling rumah bawa suluh tak ada apa yang nenek nampak." sambung nenek lagi. Bibir kecutnya nampak merah. saya terus mendekati nenek yang duduk bersila di tengah ruang." lanjut nenek. Mungkin ada makhluk-makhluk lain yang sengaja mahu mengacau nenek? Semuanya itu timbul dalam tempurung kepala saya. "Bila nenek buka pintu dan keluar. Di wajahnya tidak terbayang keresahan. tak beritahu hal ini pada orang lain. 201 . pukul berapa nek dengar?" "Pukul dua belas malam ke atas." saya mula mendesak. "Kenapa nek?" "Masa kamu sama datuk tak ada di rumah ni. "Nenek tak minta tolong. "Setiap malam. Bila sampai bahagian cerita yang menakutkan. "Tapi Tamar. Tepak sirih yang berada di hujung lutut segera ditolaknya ke tepi. orang berjalan dan bercakap diluar rumah." nenek memulakan ceritanya. Belum pernah nenek berdepan dengan masalah yang sepelik ni. Masih keberatan untuk menceritakan sesuatu pada saya.

susah orang nak percaya. Tetamu Cacat Datuk buka baju teluk belanga lalu disangkutkan pada paku dinding. "Apa yang nenek buat. 121. Bosan dengan perangai nenek yang tidak jauh bezanya dengan perangai datuk." "Hum. Seperti selalu. Aku buat seperti apa yang selalu aku buat.. "Sekarang benda-benda tu tak datang lagi nek?" saya minta kepastian.." mulut saya terlopong. Sebanyak sedikit sudah tentu datuk mencurahkan ilmu pada isterinya." "Haa." "Tak percaya tak apa." sahut saya." "Tak ada apa-apa nek. setidak-tidaknya ada juga perhatian orang pada rumah ni. aku sembahyang Tahajjud. Dia mengamuk diluar. saya memang tidak mahu perkara-perkara ganjil seperti itu datang mengacau nenek yang sudah tua. datuk terus duduk bersandar sambil mendirikan lutut sebelah kanan. Entah mengapa perkara sebodoh itu saya tanyakan pada nenek. Sesungguhnya." "Buat apa menyusahkan orang kerana kita."Buat apa beritahu orang.. Dia seperti mahu melupakan saja." saya melepaskan sebuah keluhan. Tidak lama kemudian datuk pulang dari masjid. asalkan diberitahu. Setidaktidaknya untuk perlindungan dirinya." "Apa pasal nek cakap macam tu. Biarlah dia nak bertendang." saya cuba merayu. "Apa lagi Tamar. kamu ni. aku baca Yaasin di rumah. "Eh. "Nenek tentang?" Nenek gelengkan kepala dan terus mengunyah sirih. cakaplah. aku tak buat apa-apa. Saya segera menarik nafas dalam-dalam. sudah pasti saya kurang senang dengan tindak-tanduk nenek itu. Datuk tidak 202 . hilang begitu saja. Kenapa saya terlupakan yang nenek itu isteri datuk. Saya lihat nenek seperti mahu menghabiskan cerita itu hingga ke tahap itu saja." "Kadang-kadang perkara macam ni." balas nenek.. Beberapa saat kemudian nenek pun meletakkan secawan kopi pahit di depannya. "Entah. berterajang atau bersilat di luar rumah.

Rindu nak tengok kaum keluarga. Biji matanya tepat merenung wajah nenek. Sengaja saya rapatkan kedua belah kelopak mata. dicincang tak putus. kita tak menghalangnya." datuk terus menghirup kopi pahit. "Ramai orang di masjid?" "Tak seberapa. "Begitulah selalunya. tak sekuat dulu lagi. 203 . Tapi.. Maklumlah. kapal terbang atau kapal laut?" soal nenek lagi. Dia hanya melihat asap nipis di permukaan cawan. Datuk tidak memberikan sebarang komentar terhadap kata-kata yang nenek tuturkan." "Awak nak ke Jambi tu nak naik apa. hubungan kaum keluarga. Awak bukannya muda. dunia nampak.. "Awak takut saya mati?" "Tak pula. ekoran dari pertanyaan yang nenek kemukakan." nenek pun angkat muka lalu bola matanya terpaku ke wajah datuk. Macammacam pertunjukkan diadakan yang dapat memikat hati orang-orang di tempat saya.segera meminumnya. saudara mara di sana. mati tu adalah hak Allah. Saya sudah pun merebahkan badan di lantai. Dunia dilebihkan. Dia hanya tunduk merenung lantai sambil menghela nafas perlahan-lahan. kerana saya tahu. "Ada apa?" datuk pun menegakkan badannya." ujar nenek lalu memicit buah betisnya. tak ramai orang yang mahu belajar di masjid. kata orang macam air sungai. Ternyata seperti ada sesuatu yang bermain dalam kepala datuk. Aku rindukan tanah jambi. "Memang begitu adat hidup." sambung datuk dengan nada kesal." "Habis apa yang awak bimbang dan takutkan. aku nak ke Jambi. alam akhirat tak nampak. Seolah-olah memaksa nenek supaya menyambung segera kata-kata yang terputus itu.. akhirat buat endah tak endah. "Awak tu. "Nak ikut apa?" ulang nenek lagi. "Rasa-rasanya." hasrat yang datuk luahkan itu membuatkan saya membuka kedua belah kelopak mata dengan luas. Biar nenek dan datuk menyangkakan yang saya sedang tidur. "Kita faham niat awak. Cara kebetulan pula di pekan kecil sudah sminggu diadakan Fun Fair." nenek tidak meneruskan kata. Tidak ada jawapan dari datuk. cuma itu saja yang saya nak ingatkan. orang lebih suka tengok Fun Fair. sejak datuk meneguk kopi pahit pertama. Dengan tenang datuk mengangkat cawan lalu menghirup kopi pahit. ada.

"Awak nak bawa saya?" Tanya nenek.. Biar dia kenal siapa dirinya dan dari mana asal-usulnya. Kemudian datuk lunjurkan kaki kanannya. Saya yang sedang baring terus pasang telinga. macam ada sesuatu yang ingin datuk sembunyikan dari perempuan yang tertonggok didepannya. mahu aku perkenalkan si Tamar dengan kaum keluarga di seberang." datuk bersuara penuh semangat. Kaki yang dilunjur dirapatkannya kembali. cepat-cepat datuk gelengkan kepala." nenek terus menyerkap jarang. Datuk seperti keberatan untuk menjawab pertanyaan dari nenek. "Aku nak ke Jambi dengan kapal laut.. "Siapa lagi.. pinang." "Tentu. Saya kira sambil menggobek sirih. Semuanya disatukan lalu disumbat dalam gobek. si Tamar. "Agaknya awak nak bawa cucu kita. "Sungguh-sungguh awak nak ke jambi." "Pergi seorang saja?" "Berdua. "Siapa kawan awak tu. 204 . Aku tak mahu dia kehilangan akar umbi keturunannya. Saya juga ingin mendengar jawapan dari datuk. Silanya diperkemaskan." Nenek terus membeliakkan biji matanya. Angin yang bertiup terus menjatuhkan reranting yang kering ke bumi. nenek memerah otak memikirkan siapakah kawan karib datuk yang bakal menemaninya ke tanah Jambi. "Memang begitulah hajat di hati. Dengan tenang nenek menggobek sirih. Suara kucing jantan cukup nyaring memanggil kucing betina." secara mengejut datuk bersuara." nenek berhenti menggobek sirih." datuk terus diam.Tidak ada jawapan dari datuk dan baki air kopi pahit dalam cawan segera dihirupnya." datuk anggukkan kepala. Bunyi cengkerik berdendang di luar cukup rancak. "Bila agaknya awak nak pergi?" "Bila semua urusan selesai baru sedap berjalan. kapur dan gambir. Nenek ambil sirih. Dia menggeliat untuk menghilangkan rasa lenguh di pangkal belikatnya.

Perbuatan macam tu tak ada untungnya Tamar. Dalam mengawal perasaan itu. megah kerana ada orang yang bersedia mempertahankan diri saya. Saya lekapkan telinga kanan ke dinding untuk mengikuti perbualan selanjutnya antara datuk dan nenek." itulah komen nenek terhadap saya." datuk membela saya. "Wah! tengok si Tamar ni. Saya semacam tidak sedar terus bangun dan duduk bersila merenung muka datuk dan nenek. Bukan kepalang gembiranya rasa di hati. bila teringatkan ungkapan dari datuk berbunyi: Tamar tu boleh dibentuk lagi untuk jadi manusia. suka membantah cakap." herdik datuk. Saya masih mengharapkan kata-kata selanjutnya yang bakal keluar dari kedua kelopak bibir datuk dan nenek. REBAH Nenek hanya melihat telatah saya yang tergesa-gesa masuk ke bilik tidur. "Pergi tidur dalam bilik. Apakah batang tubuh saya yang wujud ini. Tebal rasa kulit muka bila kena sindir macam tu. secara mendadak saya jadi marah. "Budak tu cukup nakal." saya segera akur dengan cakap datuk." nenek menghalakan matanya ke arah saya. Kalau ikutkan hati. Tamar tu boleh dibentuk lagi untuk menjadi manusia. bukan apa tu. Apa mahu dikata. biar tercabut. Kalau kena cara cakap dan minta mahu mendengar kata.Bila datuk mengakui yang dia memang berhasrat mahu membawa saya ke tanah seberang. mahu rasanya papan dinding saya tumbuk. Saya tidak merebahkan diri di atas katil. begitu tinggi sekali harapan datuk pada saya. Wah! ini sudah keterlaluan. 205 . bukannya manusia? apakah saya ini binatang yang bertubuhkan manusia? datuk sudah melampau. "Maknanya dia pura-pura tidur. sebut pasal nak berjalan dari tidur terus bangun. saya cuba membaca surah Al-Fatihah tiga kali. Ketenangan datang dalam diri saya dan saya mula memikirkan ada maksud tertentu dari ungkapan yang datuk luahkan itu. makin besar makin menjadi nakal. Suruh apa saja. "Baik tuk. Dan saya mula faham. Keseronokan yang melonjak-lonjak terus terbantut. apa faedahnya menipu diri sendiri. dia nak mengelakkan dari disuruh membaca Quran. Saya senyum sendirian." sampuk datuk tanpa merenung ke arah saya. sanggup dibuatnya. bila datuk memuji saya di depan nenek. "Budak lelaki memang begitu. salah sendiri terpaksa ditanggung malu.

nanti kau dah besar tuk bawa ke sana. "Bolehkah dipercayai cakap datuk tu?" Timbul pertanyaan dalam hati saya di malam yang dingin. Kasarkah gerak-geri mereka dan celuparkah mulut anak buah datuk di sana. Dapatkah saya menerima mereka saya yang telah dipisahkan oleh Selat Melaka. saya terpengaruh dengan cerita datuk mahu membawa saya ke Jambi. Dapatkah saya menerima mereka sebagai kaum keluarga yang masih mempunyai pertalian darah dengan datuk. Semoga cita-cita dan impian terlaksana. ada jambatan. Macam-macam yang saya fikirkan tentang kampung halaman datuk di Jambi. Kalaulah benar. sekejap saya meniarap dan sekejap mengiring. Perbualan datuk dengan nenek tidak serancak tadi." "Jambatannya nama apa tuk?" 206 . Saya terdengar bunyi jam gantung berdenting sepuluh kali. "Disana ada sungai. Mungkin cara mereka berfikir dengan saya tidak sealiran. Mereka membawa persoalan lain. Saya menguap. Sombongkah anak buah datuk." teringatkan dialog yang terjadi antara saya dengan datuk ketika saya mula bersekolah dulu. "Sungai itu apa namanya tuk?" "Sungai Batanghari. Semuanya bergolak dalam dada saya.Telinga terus saya lekapkan ke dinding. saya akan memujuk datuk agar membawa saya ke Palembang untuk melihat puncak Bukit Seguntang tempat Wan Empuk dan Wan Malini berhuma padi. mereka memperkatakan tentang tanah sawah. Saya juga teringin sekali mahu melihat Sungai Mati yang membelah Palembang. Entah mengapa saya resah tak menentu. Suburkah bumi Jambi dengan tumbuhan. Saya mengalami kekecewaan yang amat sangat. "Agaknya. amal ibadah dan hal-hal yang bersangkut-paut dengan kematian. tidak mesra. saya mula memikirkan tentang perjalanan ke Jambi dengan kapal laut membelah Selat Melaka. kebun getah. inilah sebabnya saya resah tak menentu dan tak mahu tidur." begitulah saya membuat ramalan dalam hati. Jangan-jangan bahasa yang diucapkan tidak saya fahami. sedangkan saya tidak pernah mengenali mereka secara dekat. sekejap saya melentang. Saya pun rebahkan sekujur tubuh atas katil. Datuk dan nenek tidak lagi memperkatakan tentang hal yang ada hubungannya dengan niat datuk mahu pulang ke Jambi. datuk bersedia membawa saya ke tanah Jambi. Saya cukup hampa dengan tindakan datuk dan nenek itu. Saya terus bangun duduk atas katil sambil memeluk sepasang lutut.

Saya dapati lelaki dan datuk sudah tiada lagi di situ. Setelah menunaikan solat Subuh. "Ada orang baru datang ke rumah kita nek? siapa orang tu?" saya kemukakan soalan pada nenek. Setelah mandi dan ambil air sembahyang. dibuat dari besi. Waktu saya lalu disisinya." "Masa bila dia datang nek?" "Kalau tak silap dekat pukul sebelas malam tadi. serupa dengan lembu di sini tuk." "Tentulah sama. berbaju cekak musang dengan kain selendang membalut sebahagian dari dadanya. Saya menguap panjang. lelaki itu tidak angkat muka." datuk terus ketawa panjang. aku tak kenal siapa dia." "Lembu di sana. barulah nenek bersuara. saya terus mendapatkan nenek yang sedang menjerang air di dapur. Pada mulanya datuk kamu terdengar bunyi orang berjalan di luar. Barangkali dia merasa amat lucu dengan pertanyaan saya itu. 207 . setelah itu saya tidak tahu apa yang berlaku. saya dapati ada seorang lelaki duduk di ruang tengah. saya pun tidak menegurnya. macam petak papan catur."Aur Duri. Pada hemat saya. Dan sesungguhnya. Saya hilang keinginan untuk mengikuti perbualan antara datuk dengan nenek. "Entah. Saya tersenyum mengingati ketololan diri sendiri. Datuk berdiri dikirinya dengan pakaian yang lengkap untuk berjemaah Subuh di masjid. Lelaki itu memakai songkok hitam. Tamar. Memakai pelekat berpetak empat. RUANG Bila saya bangun untuk menunaikan solat Subuh. pintu rumah kita diketuk berkali-kali. saya terus menarik gebar untuk menghilangkan rasa dingin yang menguasai sekujur tubuh. lagi sekali saya lalu diruang tengah. Sakit juga hati bila nenek buat tidak kisah dengan pertanyaan yang saya ajukan padanya. Dan mata saya terasa amat berat sekali. nantilah kamu besar datuk bawa kamu ke sana. Saya ulangi pertanyaan itu beberapa kali. pasti kedua-duanya menuju ke masjid. Saya teruskan perjalanan ke bilik air. Kerana dia tidak menghiraukan saya. tidak lama kemudian. Tunduk merenung lantai macam orang bertafakur." nenek memperjelaskan cerita sebenar dengan harapan keraguan yang berada dalam hati saya akan berakhir.

berjalan macam biawak." angguk nenek. "Itu silap besar. kenapa macam tu. Cuaca di luar nampak samar-samar." "Hairan juga saya."Kemudian tuk suruh dia masuk. nenek pun segera anggukkan kepala." "Pelik. "Tadi saya nampak elok sempurna. "Apa cacatnya nek?" Nenek menarik nafas lambat-lambat. Biarkan perasaan nenek kembali tenang." saya terkejut besar lalu membeliakkan biji mata. dia melayan orang tu bercakap berjam-jam malam tadi. cuma dia kesian saja." tutur nenek dengan tenang. macam mana kamu boleh kata begitu. aku terus masuk bilik. "Tuk kamu bukannya bodoh. dia fikir buruk baiknya dulu sebelum menerima orang tu bermalam di sini. "Tak ada apa-apa katanya. Kokok ayam masih kedengaran sekali-sekala. Tanpa membuang masa lagi saya terus 208 . Di kaki langit ada kilau cahaya yang mula bangkit. "Kamu minum dulu. Nenek buka tingkap bahagian dapur. Kau tahu Tamar." saya berminat sekali untuk mengetahui keganjilan yang terjadi pada diri lelaki tersebut. Apa kata tuk tentang cara dia berjalan tu nek." saya luahkan protes." Nenek tuang kopi panas ke dalam cawan. Buat beberapa saat saya tidak bersuara. saya kian terangsang untuk minum kopi." dari nada suaranya itu." "Kamu tengok sekali lalu. Kalau nenek sudah naik darah nanti puntung kayu api naik ke muka saya." "Cacat. orang tu cacat. ampun maaf cakap. Kalau banyak soal nanti dia naik darah. Lepas aku menghidangkan air kopi dan kuih. Bau air kopi yang menyegarkan itu terus menusuk lubang hidung. Nenek kacau air panas dengan sudu hingga kopi dan gula bersatu. macam mana dia terus datang ke rumah kita nek?" "Itu kau kena tanya tuk kamu. aku mengantuk. Bukan begitu nek?" tingkah saya. ternyata nenek kesal dengan sikap saya. membenarkan orang yang kita tak kenal bermalam di rumah kita. "Ya. Nenek terus taruh kopi dan gula ke dalam teko lalu disusuli dengan air panas. "Dia jalan merangkak. Diwajahnya terpancar rasa simpati yang amat dalam terhadap tetamu yang kurang saya restui itu.

209 . Saya terus minum baki kopi panas yang masih ada dalam cawan." nenek memulakan cerita.menghirupnya. Tetapi. "Katanya. "Baiknya kamu pagi ni Tamar." "Hum." keluh saya. "Saya cakap ikhlas nek." "Orang mana nek?" "Entah. Sebaik saja saya meletakkan cawan atas meja." nenek menyindir. selesai saya minum nanti nenek akan menyambung kembali cerita tentang tetamu cacat tersebut. Ternyata cerita yang mahu bermula itu." angguk nenek. kalau dah berhajat. Tanpa diminta. setelah dirayu dan diterangkan tujuan sebenarnya. "Tak apa nek. mati setakat itu saja. "Khabarnya orang jauh." cemuh saya.. nenek tak tahu. Saya kira. dapat air kopi ni pun dah cukup baik. sudah berbulan-bulan dia mencari rumah datuk kamu. "Kalau nak makan goreng pisang tunggu sekejap lagi. datuk keberatan mahu mengizinkan tetamu cacat itu bermalam di rumah. Disekat oleh kepulangan datuk dan tetamu cacat. sambil bercerita bagaimana tetamu cacat itu datang. kerana itu dia mencarinya. dia mendapat tahu dari orang tertentu yang datuk kamu berkebolehan. Pada mulanya. "Begitulah." ujar nenek lagi sambil mengangkat goreng pisang dari kuali dan diletakkan atas para dengan tujuan untuk menyejukkannya. SALAH Perkiraan saya tidak salah lagi." kata saya. Nenek duduk bersila di depan saya. barulah datuk membenarkan tetamu cacat itu masuk ke rumah. nenek buat goreng pisang ni untuk orang cacat tu?" "Ya." "Waktu malam datang ke rumah. "Apa alasannya nenek?" saya memotong cakap nenek..

minum sama kami. "Kenapa tercegat di situ!" pekik datuk. "Apa yang bising tu."Bukakan pintu Tamar. Saya gagal menjauhkan diri dari datuk. Saya terkejut dan terus menuju ke ruang dapur mendapatkan nenek yang sudah mengaturkan piring untuk goreng pisang dan cawan atas talam. Tamar?" nenek renung muka saya." "Tak manis melihat orang cacat macam tu." suruh nenek. 210 . sepatutnya lepas kamu buka pintu. "Tamar. sedangkan tetamunya merayap memanjat tangga. Saya duduk dekatnya." sambung datuk lagi. "Tapi cawannya ada dua saja tuk. Setelah hidangan itu diletakkan. tetamu cacat tunduk merenung lantai. Tetamu itu menggunakan kekuatan sepasang tangannya untuk mengheret tubuhnya naik tangga rumah. Pintu saya buka." "Kesian dia." tutur nenek dengan renungan yang sayu ke arah dinding dapur. "Tuk marah saya berdiri di depan pintu. Wajah datuk saya renung. Samada suka atau tidak saya terpaksa akur dengan cakapnya." "Sekarang kamu dah tahu kenapa tuk kamu membenarkan dia bermalam di rumah kita. saya segera angkat kaki untuk ke dapur kembali. Tanpa tangguh-tangguh lagi saya menerpa ke pintu dengan harapan mahu melihat tentang kecacatan yang dialami oleh tetamu baru itu. mereka dah balik dari masjid." saya mencari helah. dia kelihatan seperti takut mahu melihat batang hidung saya. Apa yang saya lihat membuat saya tergamam dan terkejut. "Kamu duduk di sini. Mungkin ada sesuatu yang bermain dalam tempurung kepala nenek. kamu berubah ke tempat lain. Cakapnya segera saya patuhi. Saya tidak ada pilihan lain lagi. nek." Langkah saya terhenti." datuk segera bangun menuju ke ruang dapur. "Nanti aku suruh nenek kamu bawa lagi dua cawan. Dan datang kembali ke ruang tengah bersama dengan nenek memmbawa dua cawan kosong. dia segera beredar ke dapur. Nenek pun mengarahkan saya supaya membawa makanan pagi ke ruang tengah. saya lihat datuk tercegat di halaman. Bila nenek sudah yakin yang datuk dan tetamu cacat sudah sampai dan duduk di ruang tengah. Bila saja nenek selesai menuangkan air kopi ke dalam cawan.

"Khoja Lisut. Selain dari itu. terima kasih." "Saya nak tengok jerat di tepi hutan. cabai dan sayur. Saya mengalami kejutan yang kedua. Sarapan pun berakhir. kicau burung bersahut-sahutan." sanggah datuk. nenek kamu boleh uruskan." "Biar aku beri tahu nenek kamu untuk menengoknya. Matahari yang kian meninggi terus memancarkan cahaya. Mungkin kerana menyedari yang perbuatannya jadi tumpuan saya. kalau orang bertandang menangis pagi di rumahnya. perbuatan tetamu menangis pagi dirumah orang yang didatangi seolah-olah mendoakan tuan rumah dan keluarganya supaya hidup dalam bahaya dan pendek umur. Saya lihat suasana di luar cukup cerah. Kata nenek. Dia tidak menghirup kopi tapi menjilat. Entah berapa keturunan. petua dan petunjuk sedemikian mesti dilanjutkan di abad-abad yang akan datang? ingin saya bertanya demikian pada datuk. tidak pernah saya ajukan. Apakah pantang larang. Bagi datuk memang pantang tujuh keturunan." katanya tersekat-sekat. tetamu cacat segera berhenti minum kopi. Dia angkat muka lalu renung ke arah saya. cawan dan piring kosong saya bawa ke dapur. ditinggalkan oleh anak bini pak cik." datuk bertindak kerana dia menyedari kalau dibiarkan Khoja Lisut meneruskan percakapan. "Kerana ini jugalah pakcik dibuang keluarga." 211 . Tetapi. petua dan pantang larang itu telah diwarisi oleh datuk dari nenek moyangnya. Perbuatan itu seolah-olah menyuruh rezeki lari jauh dari tuan rumah disamping menggambarkan yang tuan rumah tidak bersyukur pada Tuhan yang menjadikan waktu pagi yang indah. Entah dari mana pantang larang dan petua itu dikutip oleh datuk. "Saya nak tolong dia petik mentimun." sambungnya dalam nada suara yang penuh kehampaan. saya takut dimarahinya. "Silakan minum. Saya segera memberitahu datuk yang saya mahu menemani nenek ke kebun pisang. Bibir tetamu cacat kelihatan terbelah dua dan lidahnya berwarna putih." "Tak payah. memang begini cara pak cik minum. nenek kamu boleh buat. "Jangan terkejut nak. tak usahlah bercerita apa-apa pada cucu saya tu. minum dan makan dulu. "Tak payah. mungkin Khoja Lisut akan menangis." Tetamu cacat segera angkat cawan lalu menghirup kopi." "Ya.Saya sandarkan badan ke dinding sambil mengarahkan sepasang anak mata ke tingkap yang terdedah. Khoja Lisut.

" saya dapat merasakan ada riak kemarahan dalam hati datuk berdasarkan pada tekanan suaranya. duduk berborak di pondok." "Bukan masanya. Bila sudah berpakaian demikian. kita cuma tunggu waktu makan saja. hari ini kamu kena tolong datuk dari pagi hingga petang." datuk luahkan arahan. ikut sama. "Kita ke kebun pisang. Matanya terpaku ke wajah saya. "Baik. Datuk lebih banyak termenung sambil melihat ke dada langit." datuk renung saya. tunggu serta lihat. dia boleh selesaikan kerja tu. saya nak tengok bubu di sungai. Apa juga perintahnya pasti saya turuti." kepala segera saya angguk. cara itu juga tidak praktikal. Dan dia mengenakan kopiah putih di kepala. Saya lihat datuk memasukkan kain lilit kepalanya ke dalam saku baju. "Kita pimpin dia. Ini kerja gila. Tapi. macam ada sesuatu yang difikirkannya. tunggu apa lagi. Datuk masuk ke kamarnya dan keluar dengan memakai seluar hitam. saya segera mengambil sikap membisu. tuk?" "Ha. Memimpin orang cacat sejauh itu memang menyulitkan. Apalagi mahu saya katakan. Semua helah dan dalih ditolak mentah-mentah oleh datuk. "Tamar. ertinya ada tugas tertentu yang bakal dilaksanakan oleh datuk." 212 . "Pertolongan apa tu tuk. Saya perhatikan." Saya menarik nafas panjang. "Pak cik Khoja macam mana." datuk begitu serius. Terbayang di kepala bagaimana susahnya si tetamu cacat merangkak ke sana." datuk memecahkan kebuntuan dalam kepala saya." cukup tenang datuk bertutur. Apa datuk mahu menyeksanya? tidakkah datuk tahu jarak antara kebun pisang dengan rumah hampir satu batu. Sesekali wajah datuk berkerut dan cemas. RANCAK Bila melihat datuk dalam keadaan demikian. "Ayuh." "Semuanya sudah aku cakapkan pada nenek kamu. sekarang bukan masanya kamu nak bertanyakan hal itu. tunggu saja perintah aku. sejak tadi datuk tidak begitu rancak berbual dengan tetamu cacat. "Siap. Tamar. boleh jadi sampai ke malam."Eh. Kain pelekat besar dijadikannya samping.

Beberapa minit kemudian nenek muncul membawa beberapa helai pucuk pisang yang masih hijau serta kendi berisi air. saya tercungap-cungap memburunya dari belakang. Tidak bercakap walaupun 213 . Semasa penyerahan barang-barang itu dilakukan. begitu juga dengan tetamu cacat terpaksa menyusur tangga dengan hati-hati. Masing-masing renung ke arah yang berlainan. datuk pun sampai dari perigi lalu naik ke pondok. Dia jalan terus seakan-akan berlari. Saya bersedia mahu memimpin tetamu cacat." "Begitu. "Tak payah. "Syaratnya. Syarat-syarat yang dikehendaki itu ada di pondok pisang sesikat yang didirikan oleh datuk. Saya kira perkara ini bukannya kebetulan tetapi. Khoja Lisut segera mengisut ke tengah pondok." saya menarik nafas dalam-dalam. Semua barang-barang itu diserahkan pada datuk. Selesai saja Khoja Lisut bercakap. Bila kami sampai ke bawah baru datuk turun. Mereka merahsiakan perkara ini dari saya. "Tak boleh. Terpaksa melalui denai di pinggir belukar. Mungkin kerana tidak mahu perbuatannya diketahui oleh orang-orang kampung. Saya sering saja tersepakkan akar-akar pokok dan adakalanya saya terjatuh. alamatnya pak cik bertambah susah." "Syarat apa?" saya bertambah hairan." katanya pada saya.Saya segera turun. "Di rumah tak boleh ke." jelas Khoja Lisut." datuk menolak saya ke tepi sebelah kanan. Saya anggukkan kepala. datuk dan nenek tidak bertentang wajah. "Kenapa tuk bawa pak cik Khoja ke sini. Datuk tidak kisah dengan apa yang terjadi pada saya. Saya naik ke pondok. atap rumbia dan berdinding separuh. "Aku bawa dia. kalau buka rahsia di rumah yang elok. datuk mengambil keputusan ikut jalan pintas yang agak sukar menuju ke kebun pisang. pak cik boleh menceritakan dari mana pak cik datang dan sebab-sebab pak cik jadi begini di pondok yang berlantaikan buluh. Sampai saja di pondok pisang sesikat datuk terus letak Khoja Lisut atas lantai pondok yang dibuat dari buluh. Datuk terus membongkok lalu mengangkat tetamu cacat. Datuk terus menuju ke perigi membasuh muka. diletakkan atas kedua belah bahunya. pak cik?" saya mula mencungkil rahsia darinya sebelum datuk naik ke pondok. telah dirancang lebih awal antara datuk dengan nenek." "Memenuhi syarat.

dia meneruskan tugasnya memetik putik jagung.” sambil melagakan gigi atas dengan gigi bawanhnya. barangkali ada perkara yang dapat kamu bantu aku. Sebaik saja Khoja Lisut duduk atas pucuk pisang. mentimun. dia membuka bajunya. semua syarat yang kamu minta sudah aku sediakan. Saya kira. kamu duduk di sini. 122. cekur manis.” datuk luahkan permintaan. Saya pun diarahkan oleh datuk untuk membuat segala-galanya. “Baik. tapi hari ini kamu mesti berterus terang. Semuanya itu diadunkan menjadi bahan makanan tengah hari yang amat menyelerakan. kendi berisi air mesti diletakkan di hujung lutut sebelah kanan. Mengaku Keturunan Hang Jebat Bunyi kicauan burung punai tanah cukup rancak. Sekejap renung lantai buluh. daun salang. "Kamu macam mana sekarang Khoja? sudah bersedia untuk menceritakan segalagalanya seperti yang kamu janjikan. Tentu saja syarat itu dipenuhi oleh datuk.” balas datuk. bukan anak jati Pasir Besar. ”Tapi saya terpaksa duduk atas pucuk pisang.sepatah. “Kamu sebenarnya. Apa yang dilakukan semuanya tidak kena. jangan jadikan diri kamu manusia munafik.” Khoja Lisut mengajukan syarat." datuk pun mengemaskan silanya. Lagi sekali 214 . Sesekali terdengar sayup-sayup bunyi kokok ayam hutan di hujung kebun. hati Khoja Lisut lega. "Saya sudah bersedia. sekarang dia merasa bahagia dan seronok sekali. dia resah tidak menentu. Gemas Negeri Sembilan. “Bagus.” sahut Khoja Lisut. “Aku maafkan. Sikap tidak tentu arahnya terhenti.” sambung datuk. Bila tugas itu selesai nenek turun ke sungai melihat lukah. sekejap renung ke arah saya dan pepohon di luar. Datuk sudah memaafkan perbuatannya yang terlanjur. angin yang bertiup tenang memberikan kesegaran pada saya." "Tamar. “Sekarang berceritalah kamu dengan jujur tentang diri kamu dari A sampai Z. Kamu dah berbohong pada aku Khoja." begitu tajam biji mata datuk menyorot wajah saya. Saya melihat muka Khoja Lisut pucat. Cepat-cepat saya mengangguk. Nenek meninggalkan kami. datuk renung batang hidung Khoja Lisut. saya lihat mukanya merah kembali.

Tidak terdapat tanda-tanda yang sebentar tadi dirinya berada dalam keadaan tidak normal. NORMAL Keadaan diri Khoja Lisut kembali normal. ramai pendekar silat dari Bukit Tinggi. dia tetap bersikap mengalah. Pucuk pisng habis hancur. Ujian ke dua berlaku di Air Mawang Johol. Dia pernah diuji dengan tembakan senapang kampung berlaras dua. Bertalu-talu tembakan dilepaskan ke tubuhnya. Kehandalannya diakui. Khoja Lisut melepaskan nafasnya macam bunyi nafas binatang yang merayap. Khoja Lisut pun memperkemaskan duduk dan silanya. Dia datang ke negeri-negeri di pantai barat Tanah Melayu melalui pantai. Dia pun berkisah tentang riwayat dirinya : Dia adalah pendekar terkenal di Pulau Rupat yang terletak di perairan kepulauan Riau. Kerinci dan Jambi ditewaskannya dalanm gelanggang. kemudian diikuti dengan tikaman keris dan tetakan parang panjang bertalu-talu. jumlah anak muridnya bukan kepalang. Khoja Lisut menyarungkan kembali baju ke tubuhnya. Teluk Batung Bangka. waktu matahari bertambah tinggi. Negeri Sembilan dan Melaka mengembangkan ilmu silatnya. Dua tiga kali dia menelan air liur sambil memandang ke arah datuk. ilmu akhirat juga tidak kurang dalam dadanya.saya terkejut melihat kulitnya yang bersisik macam sisik tenggiling. benda pelik ini datang dalam waktu begini. 215 . terutama di bahagian rusuk dan belakang. Dari Pulau Rupat hingga ke Tanjung Pinang dia buka gelanggang silat. Tubuhnya tidak mampan peluru. Melaka. Ilmu persilatannya cukup tinggi. Dia menarik dan melepaskan nafas dengan tenang. Lidahnya terjelir menjilat-jilat air atas pucuk pisang. Sebulan sekali dia datang ke Johor. Khoja Lisut segera menarik kulitnya yang bersisik itu lalu diletakkan atas pucuk pisang.” tutur Khoja Lisut. Negeri Sembilan. Dia menggunakan bot nelayan untuk datang ke tempat tersebut. ”Inilah yang saya tanggung selama ini. Bila dia pulih dari keadaan ganjilnya. tidak mampan senjata tajam. Dia duduk bersila atas pucuk pisang yang sudah koyak rabak itu. Walaupun dia dapat mengesan dan kenal dengan orang-orang yang menyerang. Saya lihat Khoja Lisut bergerak atas pucuk pisang macam tenggiling (merangkak). Sambil bergerak itu. Saya kira waktu itu lebih kurang pukul sepuluh pagi. Semua tidak mendatangkan apa-apa kesan. Kelakuan aneh itu berlangsung kira-kira lima minit. Masih memaafkan musuhnya. Dia diserang dengan sepuluh lembing dari sepuluh anak muda. Tahan dibakar dan direndam. Semua gerak-gerinya itu diperhatikan oleh datuk dengan penuh teliti. tetap bersikap merendahkan diri. Peristiwa itu berlaku ketika dia berada di Serkam. Kelopak matanya bergerak-gerak macam kelopak mata ular.

Tetapi. Bersedia susah dan senang bersamanya. Dia tidak bersedia menetap di bumi Tanah Melayu. nak menghilangkan penyakit yang kamu tanggung. tak ada seorang pun yang dapat melawan saya. ”Kamu mencari aku kerana nak berikhtiar. Dan Khoja Lisut secara perlahan-lahan mengembangkan pengaruh dalam bidang persilatan. gerak tubuhnya tidak ubah macam tenggiling yang bergerak atas permukaan bumi. ”Semua orang kata saya gagah dan kuat. tak ada ubat dan penawarnya. Khoja Lisut terus mencabut kulit tubuhnya yang bersisik. Diaturkannya atas daun pisang. Khoja Lisut tidak memperlihatkan kemarahannya. ”Pakcik kena sumpah?” saya bertanya.” ”Beberapa tahun dulu. ”Kamu memang hebat. Khoja Lisut terperanjat. Sesekali dia mengeluarkan lidahnya untuk membasahkan kelopak bibirnya. awak pernah 216 .” tanya datuk lagi. Lagi sekali dia menelan air liur sambil merabaraba hujung dagunya dengan telapak tangan kirinya. Khoja Lisut tarik nafas dalam-dalam. Dia menghadiahkan senyuman pada datuk dan saya. dia seakan-akan menyesali dengan apa yang terjadi atas dirinya.Kerana sikapnya. Pertanyaan saya tidak dijawab. rumah dan isteri oleh para pengikut-pengikutnya. Akibatnya saya lupa diri dan menanggung sakit yang tak diketahui puncanya. bukan sikap ayam jaguh orang yang memusuhinya bertukar menjadi rakannya yang paling karib. Datuk menggigit bibir sambil merenung ke arah pepokok pisang yang subur di kawasan sekitar pondok. susul datuk. ”Kira-kiranya begitulah. dia tetap menolak. Dia mengeliat. ”Memang begitulah hajat saya. semuanya terjadi kerana saya tidak dapat mengawal rasa marah saya. datuk segera memotong cakapnya. awak pernah datang ke daerah Batu Pahat. Dia merasa lebih seronok dan bahagia berulang-alik dari Pulau Rupat ke Melaka atau Negeri Sembilan. ”Barangkali kamu ada membuat sesuatu pada orang yang tidak melakukan kesalahan atas diri kamu.” sambung Khoja Lisut. Khoja Lisut menegakkan badannya. mungkin dia merasa kurang seronok bila cakapnya dipintas oleh datuk dengan cara yang mengejutkan.” ”Dari siapa kamu tahu tentang aku Khoja. ”Walaupun dia ditawarkan tanah.” dengan wajah yang tenang dan selamba Khoja Lisut meluahkan katakata.

Awak tahu. malam saya sampai ke rumah awak tu.” jelas Khoja Lisut. ”Saya guru silat. Begini ceritanya : 217 .” ”Tak payahlah saya beritahu. dia tak tahu langsung tentang kebolehan awak.menolong menyelesaikan beberapa masalah di sana. Apa yang peliknya walaupun anak murid saya yang di Melaka tu berasal dari kampung ini tetapi.” ”Menolong orang lain dalam kesusahan. Dan ternyata kali ini. anak murid saya ramai. Dari orang-orang yang terbabit itulah saya tahu diri awak.” cukup bersemangat Khoja Lisut bercerita. macam tak yakin saya dengan cerita awak ni. ”Kalau saya ceritakan keburukan saya. saya terpaksa berjalan malam mencari rumah awak. apakah awak bersedia menolong saya. ”Tidak.” cukup pintar Khoja Lisut menjerat.” jelas Khoja Lisut. saya dihantar oleh ayah kepada anak murid saya yang bekerja di Melaka. Kalau saya datang siang mungkin timbul macam-macam cerita. Khoja Lisut tidak dapat berdalih itu ini lagi. Membahagiakan orang adalah salah satau amal jariah yang baik dan memang digalakkan umat Islam melakukannya. merekalah yang menguruskan saya ke mari. tapi kenapa datang waktu malam. Duduk termanggu di situ buat beberapa saat. PONDOK Kali ini. dua tiga kali Khoja Lisut meraba-raba lehernya dengan tangan kanan. sekarang saya nak tahu apa yang telah kamu lakukan pada orang yang tidak bersalah. apakah kisah tu tak diceritakan pada orang lain.” soal datuk lagi. Khoja. ”Itu sebabnya awak cari aku. ”Kerana keadaan saya begini. ”Sudahlah tu.” sanggah datuk sambil merenung muka Khoja Lisut. ”Bila sudah cerita keburukan saya. Dia mengisut perlahan-lahan ke pintu pondok. Kemudian kembali ke tempat asal dia duduk tadi.” datuk seperti mendesak.” ’Siapa nama ayah anak murid awak tu. Macam mana dari Pasir Besar ke mari? Awak berjalan waktu malam juga.” balas datuk.” begitu bersemangat datuk bersuara. memang kerja saya. Dan Khoja Lisut pun meriwayatkan sebab-sebab dia jalan merangkak macam tenggiling. merenung tanah dan rerumput di kaki tangga pondok. Dia merenung dedaun pisang. orang-orang kampungnya menyebutnya sebagai terkena kenan tenggiling. Menurut Khoja Lisut.

Kembali ke tempat asal. Beberapa orang anak muda mula bergerak meninggalkan tempat beljar untuk menuju ke masjid. ternyata tiada seorang pun yang dapat menewaskannya. Lebih kurang baru belajar mengatur gerak dan petua terdengar bunyi tabuh di masjid dipalu orang. Beberapa orag pendekar setempat telah menguji Khoja Lisut. Khija Lisut bersama dua orang kanannya yang tidak kurang handalnya pun sampai di Asahan. Semasa menjadi hulubalang Melaka. tidak jauh dari tempat Khoja Lisut memberi penerangan tentang ilmu persilatannya. ”Pantang saya. ”Kiai lalu. Anak muridnya itu telah memperkenalkan dirinya pada orang-orang kampung tentang kehebatan gurunya. Mereka mempelawa Khoja Lisut membuka gelanggang untuk anakanak muda setempat belajar ilmu mempertahankan diri. akhirnya Khoja Lisut berjanji pada penduduk akan datang pada minggu depan iaitu pada hari Jumaat untuk membuka gelanggang. Biji mata anak-anak muda yang bersuara itu tertumpu ke arah seorang tua yang kurus tinggi. Khoja Lisut pun memulakan upacara membuka gelanggang dengan jamuan makan pulut kuning yang disediakan oleh pihak yang mengundangnya. Kerana sudah ramai yang mendesak. Hang Jebat ke Melaka kerana mengikut ayahnya yang menjadi pedagang cengkih dan lada.” terdengar suara dari beberapa orang nak muda yang duduk di bawah pohon ketapang. Pada hari yang dijanjikan itu. Lewat tengah hari barulah Khoja Lisut mengajar langkah pada anakanak muda di situ. di Sumatera. Di Melaka Hang Jebat berkenalan dengan Hang Tuah serta beberapa orang lagi rakannya. Salah seorang dari orang yang menuntut ilmu persilatan itu ialah moyang Khoja Lisut yang secara kebetulan mempunyai pertalian keluarga dengan Hang Jebat. Khoja Lisut menekankn juga Hang Jebat adalah anak jati Pulau Rupat dan berhijrah ke Melaka dalam usia sepuluh tahun lebih.Dia telah diajak oleh anak muridnya ke Asuhan di daerah Batu Bara. memakai songkok tinggi. Hang Jebat sering pulang ke Pulau Rupat dan menyebarkan ilmu silat kepada penduduk setempat. Cerita yang dikatakan oleh Khoja Lisut membuat orang-orang setempat kian kagum pada dirinya. Bila semua anak muda berkumpul. berbaju melayu potongan 218 . Khoja Lisut menyatakan pada penduduk setempat bahawa ilmu silat yang ada pada dirinya itu adalah silat yang diamalkan oleh Hang Jebat yang berdarah panas. membawa tongkat. Setelah itu. Cerita Khoja Lisut tersebar ke seluruh pelosok kampung. Ramai yang datang menemuinya. kalau baru belajar mahu meninggalkan tempat.” sergah Khoja Lisut terhadap anak-anak muda yang mula mahu meninggalkan gelanggang. Khoja Lisut meriwayatkan tentang ilmu persilatan yang diwarisinya itu. Khoja Lisut tidak ambil kisah tentang itu dia terus mengajar silat. Anak-anak muda itu membatalkan niat mereka mahu pergi ke masjid.

” ”Kalau sudah tahu kenapa duduk di sini.” sahut salah seorang dari anak muda yang duduk tidak jauh dari Khoja Lisut. sekarang pergi balik dan siap. Anak-anak muda tersebut cuba melarikan diri.” cukup lantang suara Pak Kiai. janganlah sampai mengabaikan perintah Allah. Ternyata lelaki tua yang sudah menjangkau usia lebih dari lapan puluh tahun itu sudah kepenatan. Pak Kiai segera menoleh ke arah sekumpulan anak muda yang sedang asyik melihat Khoja Lisut bercakap sambil mengatur langkah silat.” perintah orang tua yang berbadan kurus tinggi itu. ”Kalau iapun.” lanjut Pak Kiai sambil menekankan tongkatnya ke dada bumi. lagi pun kamu semua tak belajar silat. ”Kenapa berkumpul di sini. ”Itu biar Pak Kiai uruskan. seruan untuk sembahyang Jumaat dah dihebahkan. DUDUK Orang tua yang berbadan kurus dan tinggi itu datang ke arah anak muda yang duduk di bawah pokok ketapang.” salah seorang dari anak muda di situ melahirkan protes.” Orang tua yang kurus tinggi itu pun segera melangkah ke arah kumpulan anak muda yang sedang mengelilingi Khoja Lisut.Johor.” Pak Kiai mengeluarkan 219 . waktu Jumaat dah masuk.” ”Apa kamu semua tak tahu.” ”Tahu pak Kiai. jangan jadikan diri kamu isi neraka. ”Tengok orang belajar silat. Matanya terus menatap wajah anak-anak muda yang agak terkejut dan tersipu-sipu melihat kedatangan Pak Kiai yang tidak diduga itu. tetapi hasrat itu tidak terlaksana kerana orang tua yang mereka sebut Kiai itu menunjukkan wajah persahabatan. ”Macam mana yang belajar tu Pak Kiai. Dua orang pengawal peribadi Khoja Lisut melihat dengan hati-hati langkah Pak Kiai. kemudian datang masjid. Dia menarik nafas sambil mengumpulkan tenaga untuk meneruskan kata-kata selanjutnya terhadap anak-anak yang masih duduk terlonggok di depannya. ”Kami belajar untuk menyelamatkan diri. ”Apa kamu semua buat di sini?” Tanya Kiai. kamu semua mahu belajar ilmu mempertahankan diri. Berkain samping warna putih sama dengan warna seluar dan baju yang dipakainya. apa kamu semua tak dengar. ”Kamu semua balik dan kemudian datang ke masjid.

” begitulah kata-kata yang diluahkan Pak Kiai.” Dengan serta merta Khoja Lisut menerpa ke arah Pak Kiai. Perintah Khoja Lisut segera dipatuhi. Dia masih tersenyum. Bersedia untuk melakukan apa saja kalau orang tua itu banyak cakap dan banyak perintah. Pak Kiai yang kepenatan terus mengesat peluh di dahi dengan sapu tangan. Orang tua itu tetap bersikap tenang.” ”Tapi. buka urusan kamu orang tua. kalau kita persia-siakan Jumaat yang datang. Sengaja disiku-sikunya bahagian kiri tubuh Pak Kiai.” tanya Pak Kiai. Ajaklah mereka sembahyang Jumaat. tuan guru. bagaikan helang menyambar anak ayam. ”Kami baru belajar Pak Kiai. Khoja Lisut sambut huluran tangan itu. adalah urusan agama Islam yang menyuruh saling mengingati antara sama lain untuk kebaikan.” terdengar suara dari kumpulan anak muda yang mengelilingi Khoja Lisut. Tidak memperlihatkan sikap marah. ”Siapa guru kamu. Jumaat hanya datang seminggu sekali dalam diri kita. Direnungnya muka Pak Kiai yang sudah berkedut seribu itu. ”Itu urusan aku. Dua orang pengawal peribadi Khoja Lisut mula mendekati Pak Kiai. Panas tengah hari yang terik itu membuat Pak Kiai cepat terasa penat dan letih. Khoja Lisut tersenyum dan terus menyinggung perut Pak Kiai dengan siku kirinya. ”Ajaklah anak-anak murid kamu ke jalan yang baik.” tutur Pak Kiai bila rasa sakit di perutnya hilang. Khoja Lisut melepaskan telapak tangan Pak Kiai. lepas itu teruskan apa yang mahu kamu ajarkan pada mereka. Dari jauh.arahan. tapi cara menyampaikannya agak terpesong. pantang tengah belajar berhenti. Dia terus menolak Pak Kiai hingga jatuh terduduk di bumi. tunaikan perintah Allah dulu. Khoja Lisut memberikan isyarat agar dua orang pengawal peribadinya menjauhkan diri dari Pak Kiai. kita rugi besar.” pekik Khoja Lisut. Bila telapak tangan Pak Kiai berada dalam genggamannya. ”Saya. ajaklah mereka ke rumah Allah. tidak akan ada dalam hari Jumaat yang akan datang. ”Suruh anak-anak murid kamu bersurai. Ternyata kesakitan itu tidak datang pada diri Pak Kiai.” itu yang dituturkan oleh Pak Kiai pada kedua orang pengawal peribadi Khoja Lisut. Pak Kiai. apa yang aku cakapkan tadi. ”Sembahyanglah. Masih menghulurkan tangan untuk bersalam. Dia berdiri di depan Pak Kiai. ”Diam. cepat-cepat dia memulas tangan Pak Kiai. 220 . masa masih ada lagi. Jumaat hari ini. sesungguhnya niat kamu baik. Pak Kiai membongkok menahan kesakitan.

” cukup nyaring suara Khoja Lisut. Entah macam mana hujung tongkat Pak Kiai terkena bahagian kemaluan Khoja Lisut. saya tak niat nak buat apa-apa. segera menyebelahi Khoja Lisut. JATUH Buat beberapa saat Khoja Lisut jatuh ke bumi. Manakala satu pihak lagi berada di pihak Pak Kiai. ulama katak bawah tempurung. berguling-guling sambil melolong menahan kesakitan. ”Maafkan saya. Mereka kurang senang bila melihat Khoja Lisut bercakap keterlaluan terhadap orang tua yang mereka hormati. Pak Kiai menggunakan tongkatnya. tetapi sudah lama menetap di Pulau Rupat. Tubuh Pak Kiai pun diangkat oleh para pemuda kampung yang bersimpati 221 .” Pak kiai menerpa ke arah Khoja Lisut dan cuba mahu menolongnya. Khoja Lisut terus melepaskan tendangan yang kencang ke arah Pak Kiai. biar aku selesaikan urusan ini dengan situa nak mampus. satu puak yang selama ini memang kurang senang dengan sikap Pak Kiai yang selalu menegur perbuatan mereka yang dikira bertentangan dengan ajaran Islam. Pak Kiai tergolek lembik macam batang pisang. Khoja Lisut melepaskan pukulan silat yang bertubi-tubi ke arah Pak Kiai. orang tua yang telah dinobatkan sebagai ulama kampung yang berkeliber. Semua orang yang berada di situ terpegun melihat pendekar silat tergolek-golek di bumi. ”Awak sudah keterlaluan buat orang tua. Sebagai usaha mempertahankan dirinya. Pak Kiai segera mengangkat tongkatnya separas dada. kedua orang pengawal peribadi Khoja Lisut segera menangkap pemuda tersebut lalu diangkat dan dicampak ke dala kubang berbau yang berdekatan. Beberapa orang pemuda lain yang menyebelahi Pak Kiai segera menyerang dua orang pengawal peribadi Khoja Lisut. kumpulan pemuda yang pada mulanya mahu berguru dengan Khoja Lisut mula resah dan cemas. begitu juga dengan pemuda yang menyebelahinya. Akhirnya. Belum pun pemuda itu berbuat apa-apa. ”Kamu jangan masuk campur.” seorang anak muda menangkap tangan kanan Khoja Lisut yang mahu melepaskan penumbuk ke arah Pak Kiai yang baru bangun. Semua pemuda yang menyerang itu tewas di tangan pengawal peribadi Khoja Lisut yang berbadan tegap. Khoja Lisut terus bangun dan melancarkan serangan silat yang bertubi-tubi ke arah Pak Kiai. Belum pun Pak Kiai memberikan bantuan. Kedua-dua pengawal peribadi itu adalah dari keturunan Batak yang berasal dari Tanah Karo. Orang tua yang sememangnya tidak bertenaga itu hanya mengucapkan kata-kata : Allah Hu Akhbar setiap kali menerima buah silat dari Khoja Lisut.Melihat kejadian itu. Kumpulan pemuda kampung mula berpecah. Pengawal peribadinya segera ke tepi. Masa Khoja Lisut melancarkan serangan bertalu-talu ke arahnya.

Seluruh badan terasa sakit. Khoja Lisut angkat tangan memberi isyarat. seolah-olah menyetujui dengan apa yang diminta oleh Khoja Lisut. ”Apa dah jadi selepas pak cik pening?” Soal saya. Dia terkejut. Pakaiannya habis koyak rabak. beberapa orang dukun dan bomoh yang cuba merawat saya jatuh pengsan. Pada suatu hari saya terasa pening. begitu juga tangan. Wajah Khoja Lisut tetap tenang mendengar khabar itu. ”Kemudian kamu dapat sakit ini?” Desak datuk. sudah bertahun-tahun saya menanggung sakit ini. ”Setelah kejadian itu. tidak boleh bergerak. kenan tenggiling dan biawak. Dua bulan pak cik duduk terbaring di rumah. renung kanan macam ada sesuatu yang amat ditakutinya. 222 .” bisik datuk ke telinga Khoja Lisut. ”Kamu membuat aniaya pada orang alim. Kali ini wajah Khoja Lisut segera berubah.” sambil merayu itu. Dia termenung panjang. saya batalkan ilmu silat. Mulutnya keluar darah. Berilah kesempatan padanya untuk bercerita. Kalau tak silap saya hari Jumaat. rasanya sudah hancur tubuh saya kena cucuk. Puas berubat tidak juga sembuh. renung kiri. ”Habis macam mana kamu kena sakit ini?” Datang lagi pertanyaan dari datuk. Dia berbangga kerana merasakan dalam dirinya mengalir darah Hang Jebat yang memang terkenal dengan perangai panas barannya. dua hari kemudian pak cik demam. Ketika tubuh Pak Kiai diusung ke rumahnya suara azan Jumaat berkumandang di udara. ”Setiap malam saya mimpi yang menakutkan. Dia meletakkan harapan pada datuk agar sakit yang ditanggung dapat diusahakan agar cepat sembuh. akhirnya saya rasa kaki saya macam patah. jangan diganggu atau dipotong percakapannya. pinggang saya terasa lembik. air mata Khoja Lisut meleleh. sehingga ke Tanah Melayu. Saya dan datuk berpandangan.” sambung datuk lagi. Cemas dan resah sendiri. macam-macam pil saya telah.dengannya. sepanjang malam pak cik mimpi buruk. sebulan sesudah saya membelasah Pak Kiai.” ”Sudah. Datuk anggukkan kepala. Terpaksa merayap bila mahu pergi ke sesuatu tempat.” Khoja Lisut berhenti bercerita. ”Kamu mesti minta maaf padanya secara terbuka. inilah akibatnya. ”Dah berubat dengan doktor.” Khoja Lisut menarik nafas. kulit terasa panas macam terbakar. Khoja Lisut gelengkan kepala. malah ada yang mati mengejut. Ternyata tangan dan kaki Pak Kiai patah. ”Pak Cik jatuh pitam. agar datuk jangan mengemukakan sebarang pertanyaan. orang kampung kata saya kena kenan buaya. saya minta awak menolong saya. Itulah sejarah hitam yang sengaja diciptakan oleh Khoja Lisut dalam hidupnya. Dia berbuat demikian kerana merasakan dirinya tidak dapat dikalahkan oleh sesiapapun.

tidak menyangka sama sekali Khoja Lisut bersuara agak keras. Datuk seperti terpempan . Dia yakin satu hari nanti saya jadi orang baik-baik. Khoja Lisut melepaskan keluhan penuh kesal. selamalamanya kamu tanggung dosa.” soal datuk lagi.” Khoja Lisut memberanikan diri bersuara. “Kamu mesti minta maaf. “Pak Kiai tu sudah mati. “Apa yang sulitnya? Apa penyakit saya tak boleh sembuh. “ Ini sulit sikit. kamu jauh darinya. 223 . Tidak ada jawapan daripada Khoja Lisut.” Saya segera arahkan sepasang mata ke wajah Khoja Lisut. rasa takut dan cemas jelas terbayang di wajahnya.” “Aku tak percaya. Dia menanti datuk menyambung kata-kata. sama ada sakit saya ni boleh sembuh atau tidak? Saya datang ke sini nak berubat. Matanya tidak berkedip menentang wajah Khoja Lisut. Pada hal masa Pak Kiai tenat kamu tak ada dekatnya. Saya segera menarik nafas dalam-dalam dengan harapan akan terpancutlah jawapan dari kelopak bibir Khoja Lisut. “Orang takbur tidak boleh dibuat sahabat.Angin terus menggerakkan dedaun pisang. dia segera menundukkan kepala merenung lantai buluh.” sambung datuk lagi. Bagi mengurangkan debar di dada. tak terima bala begini. Dan matahari kian meninggi. Datuk agak terkejut dengan mulut separuh terbuka. saya renung kawasan sekitar pondok pisang sesikat. “ Itu tak penting. macam mana kamu tahu dia memaafkan kamu.Apakah jawapan yang akan diluahkan oleh Khoja Lisut terhadap pertanyaan yang datuk ajukan padanya.” Khoja Lisut mula meluahkan gelodak batinnya. Tidak terdengar suara protes dari Khoja Lisut. Datuk gigit bibir. “ Pak Kiai tu orang yang berhemah tinggi. Dia juga mendoakan kesejahteraan untuk saya dan keluarga.” perlahan-lahan lalu menatap seluruh wajah Khoja Lisut.” potong Khoja Lisut.” tingkah datuk. kalau orang tu tak memaafkan perbuatan kamu. bimbang kalau-kalau Khoja Lisut yang kecewa dan putus asa mendengar kata-kata dari datuk itu akan bertindak mengikut perasaan.” secara mencacak Khoja Lisut bersuara. Tubuh Terbenam Dalam Pasir Saya menanti penuh debar. bila kamu sakit.” jelas datuk.123. sebelum mati dia telah memaafkan saya. “ Saya dah insaf. tidak mahu minta maaf pada orang yang dianiayai.” Cepat-cepat Khoja Lisut angkat kepala lalu menatap wajah datuk.” ulang datuk. “ Habis apa yang penting buat kamu?” Nada suara datuk mula meninggi. “Kau buat aniaya orang. Gegendang telinga saya terus menangkap bunyi kicau burung Murai Tanah. “Kau berbohong dengan aku Khoja. Di saat pandangan mata saya berlaga dengan pandangan mata Khoja Lisut. Ternyata datuk berhenti di situ sahaja. bukan nak dengar nasihat. “Perkara yang penting bagi saya. Saya resah. “Kamu insaf.” tutur Khoja Lisut dalam keadaan suara yang tersekat-sekat. kamu tak insaf. “ Tak guna berusaha mengubati orang sombong. Kalau kamu tak sakit.” “Saya bercakap benar.

Ruparupanya keinginan datuk seperti saya juga.Saya lihat Khoja Lisut bagaikan tersentak dengan pertanyaan itu. “ Ya. Di wajahnya tergambar kepuasan yang amat sangat dan bersedia meneruskan cerita. Tak ada siapa pun yang nak percayakan cakap pakcik. “ Apa yang memang pak cik.” Khoja Lisut menyambut kata yang terputus.” saya mencelah.” Khoja Lisut tidak menyambung kata. Saya jadi panik melihat perbuatannya itu. memang pak cik bersalah. Barangkali. “Dah terlambat. “ Kenapa kamu bersikap macam budak-budak.” tanya datuk. dia sedar tentang keterlanjurannya mahu memperdayakan datuk. Dan berjaya menahan Khoja Lisut dari meneruskan perbuatannya menghantuk-hantuk kepala ke lantai.” Khoja Lisut renung ke arah saya. Dan tanpa di sangka-sangka Khoja Lisut menghantukkan kepalanya ke lantai berkali-kali.” bentak Khoja Lisut . Saya lihat awan putih bersih. Khoja Lisut menangis tersedu-sedu. Itu bukan caranya.” desak datuk. “ kenapa aku tak mahu mendengar cerita yang benar dari kau?” Ternyata kata-kata itu memberikan semangat baru pada Khoja Lisut. berarak perlahan-lahan ke arah selatan. Ada senyum sinis bermain di sudut bibirnya. Khoja Lisut alihkan pandangan.” “Ha. Datuk seperti tidak mahu memberi rasa simpati terhadap Khoja Lisut. Pandangannya yang sayu jatuh ke dedaun pisang yang kelihatan bergerak ke sana ke sini dirempuh angin. saya pura-pura merenung ke langit. Datuk segera menerpa ke arahnya. “Apa awak mahu mendengarnya?” Sambungnya sambil merenung ke arah datuk.” Khoja Lisut seperti terkejut. “ Memang.Hati kecil saya mula kesal kerana datuk bersedia melindungi seorang pembohong. Biji matanya merenung tepat ke arah datuk. “ Masa Pak Kiai nak putus nyawa. “ Kenapa Khoja. Khoja Lisut segera mengangkat kepalanya dari riba dan terus duduk tersandar di dinding. Kicau burung kian rancak bersama sinar matahari yang mula terik. Khoja Lisut menelan air liur sambil 224 . kamu menangis. “Saya mengaku saya bersalah.Barangkali datuk sudah dapat mengesan atau mencium sesuatu dari tindak-tanduk yang dipamerkan oleh Khoja Lisut. kerana orang tak percaya cakap kamu. Dengan perlahan-lahan Khoja Lisut alihkan mukanya ke arah luar pondok. Saya menanti penuh debar. buktikan kebenarannya. Kepuasan dan keriangan terpancar di wajahnya. Dia suruh anak buahnya mencari anak murid saya. Khoja Lisut memeluk datuk. Kalaulah kamu memang bercakap benar. bukan masanya untuk kamu menyesali perbuatan lalu. dia beritahu pada orang-orang di sekelilingnya yang dia memaafkan saya. “ Saya kesal kerana orang tak mahu dengar cakap saya.” Khoja Lisut tidak meneruskan kata-kata. Agar keinginan saya tidak dapat dikesan oleh datuk dan Khoja Lisut. Sekarang bukan masanya pak cik nak minta maaf. dari luar ke dalam rumah.” angguk datuk. terlalu ingin mendengar cerita dari Khoja Lisut. “ Cakap Khoja. Entah mengapa datuk bersikap demikian? Saya sendiri tidak tahu.” datuk terus memprotes sikap Khoja Lisut. Saya lihat datuk tumpukan seluruh perhatian ke arah Khoja Lisut.” begitu lantang suara Khoja Lisut. “ Memang pak cik dah terlambat. Saya lihat datuk menarik nafas panjang. “ Masa. perlahan -lahan dia menjatuhkan kepalanya atas riba datuk. Cepat-cepat saya palingkan muka ke arahnya.

sepatutnya sebaik saja kamu menerima pesanan. “ Ya. ' Kamu Tamar.” nada suara Khoja Lisut mula tersangkut-sangkut. “ Kamu beruntung dan bertuah Khoja.” Saya segera anggukkan kepala. Agaknya. bila kamu mendapat pesanan tu. Dia minta anak murid saya tu memberitahu saya yang dia telah memaafkan perbuatan saya padanya. “Teruskan Khoja.” datuk mendesak. Khoja. Kemudian datuk berpusing ke kanan sambil menggosok pangkal siku kiri berkali-kali. dua hari yang lalu.” datuk berhenti bercakap. macam budak kecil. rasa hiba bersarang dalam dada.” tanya datuk lagi.” begitu Khoja Lisut meneruskan ceritanya. “ jangan ikut apa yang pak cik buat. Dan datuk tetap tidak mengubahkan pandangan ke wajah Khoja Lisut. saya terima pesanan tu.” “ Ya.” tambahnya lagi. Dia tundukkan muka merenung lantai kembali. “ Kamu sampai ke rumahnya dan kamu diberitahu oleh anak buahnya yang Kiai itu meninggal dunia. “ Anak murid kamu tu. itu saja. Dia menangis deangan semahu-mahu. tak ada apa faedahnya. “Itu saja yang kamu rasakan. Ada senyuman bermain di bibir Khoja Lisut. berjiwa besar. hujung kaki seluar sebelah kanan terus dilipatnya. datuk segera menepuk belakangnya dua tiga kali. Tepat merenung batang hidung datuk. dia merenung ke arah saya. malangnya nasib saya. begitu ikhlas dan baik hati.kedutkan dahi. “ Anak murid saya dibawa oleh anak buah Kiai menemuinya. Saya melihat genangan air jernih di kelopak matanya. seolah-olah mengumpul ingatan pada peristiwa lalu. Datuk biarkan Khoja Lisut menangis sampai dia berhenti sendiri. Bila mukanya diangkat dia merenung ke arah saya. Khoja Lisut terus memegang pergelangan tangan datuk erat-erat. “Ya. aku mahu mendengarnya makin cepat kamu menamatkan cerita.” ungkap datuk.” Suara datuk agak meninggi. tidak nampak ketegangan di wajah datuk. “ Teruskan cerita.” “Kamu tak berusaha mahu berjumpa dengannya?” “Oh ya. seolah-olah saya menerima saranannya. kamu menyesal kerana lambat bertindak. makin mudah aku membuat keputusan .” soal datuk lagi. saya tak sangka Kiai tu. Khoja. Dia melipat lengan baju hitam sebelah kiri 225 . kamu terus berjumpa dengannya.” “Apa yang kamu buat. “ Saya tergamam. saya tetap anggukkan kepala. Khoja Lisut terdiam.” “Bertuah?” Sepasang biji mata Khoja Lisut terbeliak.” Khoja Lisut berhenti bercakap. sama ada cerita kamu itu benar atau pembohong. “Cubalah jadikan pengalaman yang pak cik alami sebagai teladan. BELAKANG Bila datuk merasakan perasaan Khoja Lisut sudah tenang dan damai. Dengan nada suara yang amat lemah dia terus bersuara “Dua hari setelah saya mendapat pesan tu.” Khoja Lisut seperti tersentak.” datuk anggukkan kepala. sampaikan pesan tu sendiri kepada. kamu Khoja. “ kau bertuah kerana Kiai yang kau aniaya tu. dia gembira kerana anggukkan kepala. saya terus menuju ke rumah Pak Kiai. Saya kira dia mula simpati dengan apa yang dialami oleh Khoja Lisut.” saya tersentak bila Khoja Lisut menyebut nama saya.

Dari cara datuk berdiri membayangkan hatinya tidak begitu tenteram. Kemudian melunjurkan kaki kanan. dia meraba buku lali kaki tujuh kali. Saya terjun dari pondok melalui bahagian pondok yang terdedah. sementara tangan kirinya terlekap pada bahagian rusuk perut. perbuatan kamu yang aku anggap cukup kejam. bila didatangkan ujian dan bala ke atas dirinya barulah mereka menyesal.” suara Khoja Lisut tersekat-sekat. Perlahan-lahan saya lihat Khoja Lisut mengesat air mata di pipi dengan hujung bajunya. Semuanya terletak pada kuasa Allah. Lagi sekali dia tunduk dan tersedu beberapa kali. “Lupakan semuanya tentang hal tu. “ Tamar. Dalam keadaan yang serba salah itu. Terpaksa duduk di tanah sambil melunjurkan kedua belah kaki hingga rasa pedih dan sakit di telapak kaki hilang. Datuk merenung pepucuk pisang. Kalau saya tidak mematuhi perintahnya pasti dia naik darah. Datuk berjalan ke arah pintu pondok. mengikut ajaran Islam yang betul. selagi tidak dimaafkan oleh Kiai.” nada suara begitu bersahaja. “ Saya faham. Khusyuk mendengar apa yang datuk tuturkan. cari nenek kamu.” 226 . Sebaik saja saya berjaya mengimbangkan badan dari jatuh tersungkur. tapi untuk jamin baik bukan kuasa aku. kamu tahu Khoja.” “ Bila. Khoja Lisut tidak berkata apa-apa. “ Tamar. Dia tidak pendendam. tidak mempunyai apa-apa pun di dunia ini. aku tak faham Khoja?” “Mahukah awak mengubati sakit saya ni.” selesai bersuara datuk terus bangun. LEMAH Pada saat itu juga. “Bagaimana dengan diri saya ni?” “Maksud kamu. Lebih-lebih lagi. sekarang. Sebelum kaki kanan dilipat kembali.” datuk cuba menanamkan ketenangan dalam diri Khoja Lisut. roh kau akan didakwa di depan Allah. kau tak terlepas. “ Kiai tu begitu berjiwa besar.” Saya jadi serba-salah kerana datuk berdiri di muka pintu pondok. Dia mudah marah.” Khoja Lisut kemukakan pertanyaan. melihat kepulan asap dari batang kayu yang dibakar oleh nenek. saya membuat keputusan yang amat mengejutkan.” “ Berikhtiar tu memang boleh. saya faham. “ Kamu terlepas dari dosa sesama manusia. Bersyukurlah pada Allah kerana tindaktanduk kamu yang keterlaluan itu sudah dimaafkan Kiai. Berdiri di situ dengan kaki kirinya memijak bendul dan tangan kanannya berpaut pada alang pondok. kalau saya terlalu banyak bertanya atau meminta. sekarang ni tuk?” “ Tentulah.” tutur datuk dengan tenang.hingga ke pangkal siku. Dan pada saat itu barulah mereka sedar yang mereka adalah makhluk Allah yang lemah dan daif sekali. Bila mati. “ Saya tak faham. hatinya memang mulia. Saya tidak mampu untuk mengatur langkah dengan segera. Saya masih dapat melihat kesan air mata di pipinya bila dia berpaling ke arah saya. Tidak ramai manusia yang dapat memaafkan perbuatan orang lain terhadap dirinya. saya terfikir bahawa sesungguhnya manusia ini. Khoja. dosa sesama manusia cukup berat. kau bertuah Khoja. dalam masa yang sama terasa sepasang telapak kaki pedih dan sakit.

BESAR Saya pun melangkah ke anak tangga pondok. saya mula resah tetapi. datuk sering merenung ke langit. Khoja Lisut tidak pula berusaha untuk melihat Helang Siwah di angkasa. Biasanya Helang Siwah muncul di angkasa mengikut waktu tertentu . mereka ketawakan saya. Demikian saya membuat kesimpulan dalam hati. Daripada kena herdik. Mungkin kerana puas hati dengan penjelasan yang datuk kemukakan . kaki kamu dah kuat sangat ke? Keras macam besi. Khoja Lisut tidak mengajukan pertanyaan lagi. terus menghilangkan diri.Terdengar suara datuk meninggi. saya lihat sepasang Helang Siwah mengembangkan kepak. Sekarang saya mula mengerti. Kira-kira pukul satu setengah hingga jam dua. “ Kenapa buat kerja bodoh.” pekik datuk lalu beredar dari muka pintu pondok. kenapa setiap kali mahu menentukan waktu. Antara jam dua belas hingga pukul satu dia terbang rendah. asalkan boleh mengenyangkan perut. Barangkali. “ Tandanya Helang Siwah mula keluar mencari rezeki. Setelah berpeluh dahi dan celah ketiak saya pun kembali ke pondok.” datuk memberi penjelasan. aku tak mahu dengar cakap orang bodoh. Cepat-cepat saya gelengkan kepala. “ Macam mana tahu. Sayup-sayup saya terdengar suara ketawa datuk dan Khoja Lisut. “ Dah dekat pukul dua belas lebih ni. katak.” datuk beri kata putus. Ah. “ Jumpa nenek kamu.” datuk meluahkan rasa kesalnya. Bila anak tangga pertama saya pijak. Waktu petang Helang Siwah tidak berada di tempat dia mula muncul ( pukul sebelas tadi) sebaliknya dia berlegar agak jauh kirakira satu rantai dari tempat dia muncul pada sebelah pagi. dah pukul dua belas lebih?” Saya terdengar suara Khoja Lisut bertanya pada datuk. lebih baik perhatikan saja apa yang datuk buat.” kata saya dengan berhati-hati. Saya harus belajar dengan mengamati gerak-geri unggas dan alam. Badan saya ditolak hingga berasa di halaman pondok 227 . Pukul sebelas dia terbang tinggi. dari hujung ke bucu. terbang rendah mengikut arus angin dengan mata tertumpu ke bumi. ada tanda-tanda lain yang datuk gunakan. Apa. “ Saya nak minta lalu kat datuk. Memang susah jadi cucu pada datuk yang banyak karenah. Saya segera dongakkan kepala ke angkasa. sukar untuk melihat warna bulunya. bersedia untuk menyambar ular. selain dari tanda-tanda burung helang itu. Saya terus melangkah arah ke selatan kebun pisang. Tamar?” Itu yang datuk ajukan bila terlihat batang hidung saya. Anehnya. tentu kena herdik. Lagi sekali datuk datang ke pintu pondok lalu dongakkan muka melihat matahari di langit. “ Sudahlah. nenek tidak juga saya temui. saya tengok tuk berdiri lain macam je. bisik batin saya. datuk meluru ke arah saya. cuba kamu tengok di langit. (kira-kira pukul enam) Helang Siwah akan pulang ke sarangnya. kenapa tak gunakan tangga. takut tuk marah. Muncul kembali jam tiga hingga pukul enam. tikus dan apa saja yang merayap di bumi. dalam rasa takut itu saya masih mampu memandang wajahnya. Tanpa disedari saya terus melangkah dan berdiri di depan tangga. Dari pangkal ke hujung. nenek kamu dah balik. Kalau bertanya. Tepat pukul lima dia akan berada di tempat dia muncul tadi (pukul sebelas pagi) kira-kira sejam lagi matahari mahu jatuh di kaki langit.

Tamar?” Tanya datuk. selain dari air sungai dan dedaun yang dibawa arus ke hilir. terdengar suara datuk memanggil nama saya. air yang mengalir amat tenang. Berdiri tercegat depan datuk untuk menerima perintah selanjutnya dari datuk. Saya cuba mengingati sesuatu kalau-kalau saya telah melanggar pantang-larang datuk. Saya segera menyusup bawah pondok dan keluar membawa cangkul serta pencebak. cari kawasan gigi air yang berpasir. “Kenapa tuk?” Dalam rasa takut saya bertanya. Segera saya berhentikan langkah.” "Nak buat apa tuk?" cepat-cepat saya memintas cakap datuk. baru bertanya. Setelah mengikut kata dan petua datuk. Tidak ada apa-apa yang saya lihat.” pesan datuk lagi. Kawasan tersebut berdepan dengan sebuah lubuk yang dalam tetapi. Panas terik membuat seluruh tubuh saya berpeluh. jangan kau buang airnya. kamu melangkah songsang tiga belas tapak.” “ Baik tuk. Saya jadi panik dan terkejut besar dengan sikap datuk itu. Saya beruntung kerana kemarahan datuk tidak berlanjutan. “Baik tuk. langkah ketiga belas mesti berakhir dengan kaki kiri. kamu tunggu aku di situ.semula. 228 .” sergah datuk dan dia segera meluru ke arah saya. Saya berhenti menggali lubang. Kain merah selebar dua jari itu diikat ke kepala. saya pun mula menggali lubang di pasir. “ Jangan biadap sangat. “Maksudnya begini.” Perjalanan yang terhenti saya teruskan. saya tumpukan perhatian ke dada sungai yang lebarnya kurang satu rantai setengah. biarlah aku habis cakap dulu. saya gelengkan kepala. Dari gigi air tu. “Kamu pergi ambil cangkul dan pencebak kemudian. Kamu tekankan tumit kaki kiri di situ. kamu jangan cakap apa-apa. Dan saya bersedia menerima tempelak darinya kerana kebiadapan yang saya lakukan secara tidak sengaja. “ Lepas korek.” demikian datuk mengeluarkan arahan. mencari kawasan yang berpasir. dia mengeluarkan secebis kain merah dari dalam saku bajunya. Ternyata tidak ada satu pun kesilapan yang saya lakukan.” “ Kalau kamu nampak apa-apa masa kamu mengorek nanti. kalau lubangnya ada air. Dan saya berhasil menemui selekoh sungai yang bahagian tepinya mempunyai kawasan berpasir yang berkeadaan seperti pantai.” “ Di langkah penghabis. “ Sekarang kamu pergi ke tebing sungai. bahagian bawah lubang kau taruh tanah liat. kemudian kamu koreklah lubang separas dada kamu. TEBING Lebih dari sepuluh minit saya mundar-mandir di tebing sungai. Saya kembali menggali lubang. kamu melangkah ke belakang dengan mata dan badan kamu menghala ke arah sungai. “ Kamu tahu melangkah songsang tu. Sebaik sahaja saya sampai ke perdu durian patah dahan. bila saya terdengar bunyi air sungai berkocak dengan kuat.” datuk berhenti bercakap. “ Saya faham tuk. Saya segera bergegas menuju ke sungai yang jaraknya tidak berapa jauh dari pondok.

saya segera merenung ke arah lubuk yang airnya bergerak tenang. Dia merampas cangkul dari tangan saya. “Kamu kira sampai seratus gayung. “ Tamar. fikir saya dalam hati dan terus menyambung kembali kerja yang terkandas. “ Dah siap?” Soal datuk dari jauh. Saya angguk dan memulakan tugas yang saya kira cukup rumit dan amat membosankan di bawah sinar matahari yang amat terik. Khoja Lisut yang separuh badannya berada dalam lubang tidak berkata-kata. 229 . Dalam sekelip mata saja. Bahagian pangkal upih terkena arus air sungai. Sebaik saja semua kerja selesai. kenapa datuk mengusung orang cacat itu ke sini. saya terdengar lagi bunyi kocakan air sungai.” sambung datuk lagi. Dari hujung dahan jambu mawar yang terjulur di permukaan sungai (dalam jarak lebih kurang sepuluh kaki dari lubuk yang tenang) saya terlihat seekor ular sawa sedang berpaut di situ. datuk terus berada di samping saya. aku tak boleh ke situ. Barangkali si ular sawa itu dapat menghidu bau rezekinya di atas pokok jambu mawar. badan Khoja Lisut terbenam dalam pasir hingga paras leher. hingga dapat perintah berhenti dari aku. Datuk ambil sekeping upih lalu dijadikan timba gayung. Saya menggigit bibir bersama rasa cemas dan takut.” lanjut datuk yang sedang terkial-kial meredah pokok serunai laut dan keduduk yang menghalang perjalanan. datuk ubahkan kedudukannya ke gigi sungai. pedulikan dia.” saya pun segera menyambut gayung upih yang datuk hulurkan. Biarkan dia hidup di situ. Datuk mengeluarkan dua keping upih pinang dari dalam bajunya. Ular sawa itu berhempas pulas mahu naik ke dahan jambu mawar. Bila kedua-dua upih pinang itu agak panas kerana terkena sinar matahari. “ Sudah siap Tamar?” “Sudah tuk. Saya terus korek lubang hingga selesai. ekornya sesekali memukul permukaan air sungai. Ah. buat macam mana aku suruh.Baru lima enam kali tunduk bangkit mengaut pasir. Saya pasti. kamu berhenti.” Saya toleh ke arah suara itu. upih pinang yang sudah kering memang dibawa oleh datuk dari rumah. Apa yang menakjubkan saya ialah. buat kerja ni berulangkali. jangan kacau dia. kemudian ulang kerja kamu semula.” sambung datuk lagi. kemudian mencampakkan tanah liat yang saya ambil dari dalam sungai.” suara datuk keras dan dia terus mencampakkan Khoja Lisut ke dalam lubang. memang saya tidak menduga yang datuk menjulang Khoja Lisut di atas bahunya. ke dalam lubang. Dia membuka lipatan upih pinang lalu dibentangkannya atas pasir. kamu gunakan timba upih ini untuk ambil dari sungai dan siramkan ke kepala Khoja. “Timbus.” “Masuk kamu. “ Tolong aku. berdiri di depannya lebih kurang lima.Apakah datuk mahu mencampakkan Khoja Lisut ke dalam lubuk? Macam-macam yang datang dalam fikiran saya. kepintaran datuk menyembunyikan upih pinang kering dalam bajunya hingga tidak dapat dikesan oleh sesiapapun. selagi lubang tu tak siap. Saya juga merasa pelik. Usaha si ular itu berhasil. “Siapkan cepat.

batang tepus terus patah dan hancur. Dua tiga kali." Selesai saja datuk bercakap. "Bila dia sedar. dia minta air dari kamu. Di tangan kanannya ada batang tepus yang berdaun lebar." Arahan datuk saya patuhi. Khoja Lisut tersedar dari pengsan. selagi belum menerima perintah dari datuk. Dan datuk pun meninggalkan saya dan Khoja Lisut di situ. Saya terus menolak hujung upih ke mulutnya. Macam ada sesuatu yang mahu timbul dari dasar sungai ke permukaan air." sambung datuk lagi. kamu tunggu di sini sampai aku datang." sepasang biji mata datuk tertumpu ke batang hidung saya. Saya lari semula ke bawah pokok jati. Saya berlari ke gigi sungai mengambil upih. Khoja Lisut tersedar dan terus muntah. "Aku nak balik sembahyang Zuhur. Khoja Lisut pengsan kembali. Kamu suruh dia gigit upih yang aku letakkan di tepi sungai. Saya lihat benda putih yang lekat pada lidahnya tertanggal sendiri. "Kenapa saya dibuat begini?" "Bukan ini yang kamu mahu Khoja. Jangan beri air." "Saya minta." "Tunggu sampai aku suruh. Baju datuk basah dimandi peluh. terdengar bunyi air sungai berkocak kuat." Saya toleh ke arah pohon jati. Tiga kali gigit. Kepala Khoja Lisut bergerak ke kiri ke kanan. Datuk berpaling ke arah Khoja Lisut." suruh dia gigit bahagian pangkal yang terkena air. Dia terus menjerit meminta air. faham. dia terpaksa gigit hujung upih yang sudah diresapi air sungai." "Inilah caranya Khoja. jangan dihalau. "Jadi saya tak payah jirus air lagi tuk. Sebaik saja saya duduk di akar jati. Badi Ekor Buaya Dari bawah pohon jati. Jatuh atas permukaan pasir berkepingkeping. Datuk sedang melangkah ke arah saya." "Ya." jari telunjuk datuk menghala ke bibir sungai. muka Khoja Lisut jadi hitam birat. Saya suruh dia gigit hujung upih. datuk mengawasi segala kerja yang saya lakukan. "Aku nak air. saya faham tuk. bukan itu. Khoja Lisut tidak ada pilihan. akhirnya manusia yang terbenam dalam pasir itu terkulai lemah lalu pengsan. Sebaik saja batang tubuh hilang di balik rimbunan pepokok di situ. Saya hulurkan bahagian hujung upih yang basah ke mulut Khoja Lisut. sakit saya diubati. Datuk tidak peduli dengan rayuan dan rintihan Khoja Lisut. lidahnya terjelir. Saya tidak dapat menunaikan permintaannya itu. 230 . Dalam panas terik itu. saya rasa kulit muka seperti terbakar. Khoja Lisut merayu supaya saya memberhentikan menyiram air ke kepalanya.124. Suara jeritan Khoja Lisut menguasai kawasan sekitar. "Gigit" kata saya. batang tepus terus dipalu ke muka Khoja Lisut bertalutalu. dia enggan menggigit hujung upih yang saya hulurkan kepadanya. Saya memang simpati dengan Khoja Lisut yang selalu kelemasan dan bersin itu. Kulit muka Khoja Lisut seperti udang kena bakar. bukan ditanam dalam pasir. lagi satu aku nak beritahu kamu. "Cukup Tamar." sahut Khoja Lisut. apa juga jenis binatang yang melata di bumi menuju ke arah kepala Khoja." "Sekarang kamu pergi duduk bawah pokok jati.

Timbul hasrat untuk mengusir buaya tersebut. Oh. Sepasang biji matanya terbeliak menyorot ke arah mulut buaya yang ternganga. Saya yakin. buaya yang merangkak itu tidak mengubah haluan. Buaya itu merangkak atas pasir landai.Lagipun. Tetap menghala ke arah Khoja Lisut yang terkulai pengsan. terkejut dengan kelantangan suara Khoja Lisut. "Tamarrrrrr. Dia sudah insaf dan menyesali perbuatannya yang lalu. kemungkinan besar bertindak balas lebih pantas untuk mematahkan kepala Khoja Lisut. Darah membuak-buak keluar dari sebahagian batang leher yang masih berada dalam pasir. Buaya itu terus merangkak mengheret tubuh ke arah kepala Khoja Lisut yang tersembul di permukaan pasir. Allah yang maha besar. Doa saya bagai tidak diperkenankan oleh tuhan. Buaya yang hanya berada dalam jarak beberapa kaki saja dari kepalanya terus membukakan mulut dengan luas.Saya bangun lalu merenung ke arah lubuk dan gigi sungai. Saya jadi serba salah. Khoja Lisut menggerakkan kepalanya ke kiri ke kanan. Giginya yang besar jelas kelihatan. Buaya itu pasti mengamuk. Saya menggigit jari. saya seakan-akan tidak percaya dengan apa yang saya lihat." Saya segera membuka mata." Jeritan Khoja Lisut kian lantang. bila mendapati kawasannya diceroboh oleh manusia. mungkin juga untuk bertelur.. Hati kecil saya terus berdoa. Seekor buaya menimbulkan dirinya di permukaan lubuk dan berenang ke tepian.Saya lihat buaya itu berhenti merangkak. saya pejamkan mata. Si malang itu. bergolek macam buah kelapa gugur. selamatkanlah Khoja Lisut. kemunculan buaya dari lubuk tersebut adalah untuk menjemur diri di pantai. renung kiri kanan mengawasi diri dari musuh. berada di situ kerana berubat. "Tolong aku Tamar. Dalam debar bersama cemas itu. aku tak mahu mati dalam mulut buaya ni. Titisan darah memanjang di pasir. kalau buaya itu terkejut. Dua tiga kali saya gosok kelopak mata. Buaya itu terus menggoncang kepala Khoja Lisut ke gigi sungai. Perlahan-lahan buaya itu menenggelamkan tubuhnya di permukaan air sungai lalu membawa kepala Khoja Lisut ke dasar lubuk yang airnya bergerak tenang." pekik Khoja Lisut. Beberapa saat kemudian buaya itu muncul lagi lalu menjulang tinggi kepala Khoja Lisut di permukaan lubuk. Dan saya bayangkan dalam tempurung kepala saya begini: GUGUR Suara yang marah itu mengelilingi kepala Khoja Lisut beberapa kali. hati saya sudah berkata yang kawasan itu memang menjadi kegemaran buaya berjemur atau bertelur. Tuhan kau selamatkan manusia yang bernama Khoja Lisut dari korban buaya. Tanpa sedar.Terfikir juga oleh saya untuk menjerit. mana mungkin datuk dapat mendengar jeritan saya. sejak saya melihat bentuk kawasan berpasir di selekoh sungai itu. Agaknya. "Tolong aku Tamar. Hal ini dikuatkan lagi dengan adanya sebuah lubuk di depan kawasan berpasir atau boleh juga disebut sebagai kawasan pantai sungai. Rasa kasihan dan belas terhadap Khoja Lisut mula berbunga dalam hati. sepotong kayu sudah berada 231 . Memang. Dan sekali libas kepala Khoja Lisut terpisah dari badan. Buaya itu mengangkat dan menggerakkan ekornya. Tetapi.

Saya segera mencapai sepotong kayu yang berada di sebelah kaki kiri saya. wajah datuk terbayang dalam ingatan. buaya itu bergerak ke depan sedikit dan merapatkan muncungnya. mulutnya yang ternganga segera dirapatkannya perlahan-lahan. "Maafkan saya. Buaya itu mendekatkan badannya yang bersisik ke lubang hidung Khoja Lisut. Air di permukaan lubuk kelihatan tenang. Angin yang bertiup tidak dapat memberikan kedinginan ke seluruh tubuh. Saya mengedutkan dahi. buaya itu membuka mulutnya dengan luas sekali. Dengan tiba-tiba saja buaya itu meluru ke lubuk macam ada sesuatu yang mengejarnya. saya arahkan ke lubuk tempat buaya berendam.Peluh terus mengalir di pipi dan di dahi. Kayu di tangan segera saya lepaskan. Muncungnya yang terbuka dihalakan ke arah saya. Air sungai yang bergelombang mula beransur tenang. buaya itu tidak akan datang lagi.dalam tangan saya. dia masih terkulai pengsan. saya terlihat lalat langau menghurungi mulut buaya di tengah panas yang terik. saya akan meluru ke arahnya lalu mwnikam matanya dengan kayu yang ada di tangan saya. Air sungai yang mengalir tenang terus berkocak dan bergelombang. Saya hanya pasrah kepada Allah saja. melihat daya usaha seorang kenalan di saat-saat menghadapi bahaya. Apakah yang perlu saya lakukan sekarang? Ternyata saya tidak dapat berbuat apa-apa. Kemudian. Buaya mengubah haluan kedudukannya. Saya tetap macam tadi." Itulah yang terluah dari mulut saya. Panas terik membuat tekak terasa amat kering sekali. Pasir sekeliling lehernya nampak bermanik dan bercahaya akibat sinaran matahari yang kian terik. Peluh terus memercik di muka dan seluruh badan. matilah Khoja Lisut kelemasan. Pak Cik Khoja. Saya menarik nafas kelegaan. saya lihat buaya itu bergerak lagi. Sekiranya buaya itu mematahkan kepala Khoja Lisut. "Syukur.Serentak dengan itu terngiang-ngiang suara datuk menyentuh gegendang telinga saya.Batang giginya jelas kelihatan dan pada saat itu juga. Kali ini. masih terpaku di bawah pokok jati. Kicau burung di hujung dahan rancak berbunyi. sudah pasti seluruh kepala Khoja Lisut berada dalam rahangnya. "Kalau dibiarkan lama-lama begitu. Saya alihkan pandangan ke arah Khoja Lisut. Saya segera terfikir mana mungkin Khoja Lisut dapat mengeluarkan tubuh yang terbenam separas leher di perut pasir. Andainya. Begitulah harapan 232 .Akhirnya perlahan-lahan menenggelamkan dirinya ke dasar lubuk. Sepasang anak mata. Buat beberapa saat buaya tersebut terkapar di permukaan sungai." Itu yang berkocak dalam diri. Saya tergamam sejenak. "Tolong aku." fikir saya sambil mencari helah bagaimana mahu manghalau buaya tersebut. Saya yakin sesiapa yang memijak pasir ketika itu tanpa sepatu akan menjerit kepanasan. Semoga. buaya itu berhenti merangkak.Di saat saya mahu melontarkan kayu ke arah buaya. buaya yang mengancam nyawa Khoja Lisut sudah pulang ke sarangnya. Dan buaya yang di dada pasir terus merangkak. sebaik saja badan buaya menghempapnya. Sebaik saja muncungnya mahu mencecah rambut Khoja Lisut. muncungnya yang diarahkan kepada saya berubah haluan. Saya segera membatalkan hasrat hati untuk menghalau buaya di dada pasir. Khoja Lisut berusaha berhempas pulas mahu mengeluarkan tubuhnya yang tertanam dalam pasir." Suara Khoja Lisut amat lemah dan untuk kesekian kalinya dia terkulai pengsan. Dalam saat saya berfikir. dihalakan ke tepi sungai. Kasihan.

" Saya cuba mengamati suara itu. Dua tiga kali. "Kamu lapar. Anehnya. tidak mungkin yang terpacak di depan saya itu Khoja Lisut. saya gagal. kini macam ada kuasa tertentu yang memaksa kelopak mata saya terkatup rapat. kelopak mata saya tidak terkatup. Khoja Lisut menggerakkan kepalanya. Mahu bersuara. Sepasang kaki menjadi lemah dan saya terus jatuh." Badan saya terus digoncang. kamu lemah semangat. Untuk menjawab pertanyaan datuk. Badan menggigil dan terasa seakan-akan ada sang buaya mengekori saya. Sang buaya menimbulkan muncungnya dengan sepasang mata yang tertonjol. "Tuuukkkk.." 233 . "Huhhhh. "Kamu pitam. Dia tidak berkeupayaan mengeluarkan dirinya dari pasir. Sudah pasti itu suara datuk. Saya cuba menggerakkan tubuh. Saya tidak tahu bagaimana mahu menyatakan ya padanya. "Bangun Tamar. saya tidak mampu.. rambutnya seakan-akan menjadi tegak. ternyata dia baru sedar dari pengsan. Malah untuk menggerakkan kaki kanan saya tidak mampu.." Saya lihat Khoja Lisut muntah." Terdengar sesuatu dari lubuk. "Weeeeeeeekkkkkkkkk. bangun. "Ha ini habuan kamu. Antara sedar dengan tidak. Mukanya nampak kembang. Pada saat itu juga saya terfikir. suara tidak keluar. aku dahaga. Saya segera mengambil daun keladi besar. Saya berlari ke sungai. Penglihatan saya agak kabur dan berpinar-pinar.saya. kamu terkejut kerana terserempak dengan sesuatu yang tidak pernah kamu tengok sebelumnya. Tanpa disedari saya sudah berada di bawah pohon jati. Dari jauh saya dapat melihat muntahnya berwarna putih bercampur kemerah-merahan.Mahu anggukkan kepala. Macam nanah bercampur darah. Kelongsong daun keladi besar di tangan terlepas. "Buuuummmm. saya terasa seperti ada orang berdiri di depan. Daun keladi yang sudah dibuat macam kelongsong segera saya isikan dengan air untuk Khoja Lisut. "Aduh!!! rasanya semua isi perut aku nak keluar. merenung tajam ke arah saya. Kalau tadi. Apa yang dituturkannya itu memang benar. Tolong aku Tamar." cukup jelas suara datuk. Saya menoleh ke arah lubuk. kicau burung dan suara Khoja Lisut yang berada di tengah panas dapat saya dengar dengan jelas. batang leher jadi keras macam besi. Muntah itu berlanjutan hampir setengah jam. Saya tidak terdaya melakukan sesuatu.. saya tidak dapat melihat dengan jelas dalam keadaan panas yang amat terik itu." Tubuh saya digoncang berkali-kali. Walaupun sepasang kelopak mata tidak terkatup tetapi." Segera saya toleh ke arah Khoja Lisut. Dan muntah itu meresap ke dalam pasir. Saya bersedia mahu melangkah ke arahnya. Telinganya nampak merah. kemudian ditegakkan lalu disandarkan dipangkal jati.. "Kau lemah semangat. agaknya perut kamu kosong.. janganlah aku diseksa begini. TELINGA Setiap kali Khoja Lisut muntah." Khoja Lisut merayu. Saya cuba menjawab. ternyata saya kehilangan suara." Saya menjerit dengan sekuat hati.

. Bagi menghormati Khoja Lisut. sepasang anak matanya yang kuyu merauti paras saya. Perlahan-lahan punggung botol saya tinggikan. kalau dia dahaga beri dia minum. Tamar." Saya tidak jadi menjiruskan air ke kepala Khoja Lisut." Saya toleh ke arah datuk. Saya segera menghampiri datuk dan berdiri di depannya. MATAHARI Di bawah sinar matahari yang terik. Di saat saya berusaha mahu bangun." ucapnya lagi. Sakitnya terasa bukan kepalang.Dan air dari perut botol pun jatuh atas kepala Khoja Lisut.Saya mengatur langkah ke arah Khoja Lisut. "Tamar. tuk. Saya ditolak ke kanannya hingga terjatuh. "Apa yang kamu nampak. Tamar?" "Buaya timbul dari lubuk." Saya membaca bismillah dan terus selawat nabi. "Bismillah dan selawatkan nabi. "Terima kasih. Dengan berbuat demikian memudahkan Khoja Lisut meneguk air. Ucapannya itu saya jawab dengan anggukkan kepala. Cepat-cepat muncung botol saya tutup. saya terus menjerit lagi. saya haus. saya berdiri di depan Khoja Lisut. Lelehan air di bibir terus masuk ke mulut lalu diteguk penuh nafsu. Saya segera memandang ke arah datuk yang berada di bawak pondok jati.Sebaik saja kata-kata itu berakhir. bangun. apa yang saya dengar itu adalah suara saya sendiri." datuk mengeluarkan perintah. muka saya di rimbas dengan daun kayu dan dituruti dengan pukulan ranting kayu bertubi-tubi di belakang saya. itu adalah suara saya." Sudah sah. "Haus. Tanpa banyak soal jawab saya ambil botol yang dihulurkan oleh datuk. Bibirnya yang pucat nampak kering. "Aduhhhhhh. tidak sopan berdiri di depan orang yang badannya hampir keseluruhan berada dalam pasir. datuk membuka penutup botol besar air (yang dibawa dari rumah) dan kepala saya dijirusnya dengan air." Saya segera anggukkan kepala." Saya menjerit sekuat hati. "Aduhhhh. Bagi mempastikannya." suara Khoja Lisut tidak berapa jelas. Serta-merta saya melompat. Dia menggamit saya supaya segera mendekatinya.." 234 . "Cukup Tamar. Bagaikan kilat datuk menyambar tangan saya lalu dikilaskannya ke belakang. "Banyak kamu beri dia minum." "Sikit saja. Khoja Lisut mengeluh. Gemanya menguasai kawasan sekitar dan saya seperti terkejut. Tamar." "Hum. saya duduk berdiri lutut sambil membuka penutup botol besar dan bersedia untuk menjiruskan air ke kepalanya. Bawa botol air ke tempat Khoja Lisut. "Aku dahaga.Tidak yakin. dia bagaikan tidak merestui saya meninggalkannya." Khoja Lisut dongakkan kepalanya. begitu juga dengan kulit mukanya. Rasanya. "Mulakan sekarang. Jirus kepalanya dengan air ni.Muncung botol saya dekatkan ke bibirnya. mari ke mari.

sebelum melangkah pulang. saya mesti ke sini. aku tak suruh kamu pergi. Saya mempercepatkan langkah." Saya sudah melangkah beberapa ela darinya terpaksa sorot kembali dan terus berdiri di depannya. Kenapa tidak selepas sembahyang Zuhur. "Tamar nanti dulu. dari atas ke bawah dari bawah ke atas." terkeluar keluhan kecil dari mulut. Tanpa menegurnya saya terus memanjat anak tangga dan duduk di muka pintu. tidak dipedulikan oleh datuk.. "Kamu pergi balik. tuk? "Tak payah. makan nasi dan sembahyang Zuhur. "Jadi saya kena rebus putik pinang. melarikan diri menghadapi kemarahan datuk. PINTU Nenek yang secara kebetulan berdiri di depan pintu dapur tercengang melihat saya berlari tercunggap-cunggap ke arahnya.. Saya menarik nafas kelegaan." datuk keluarkan perintah. Kenapa mesti lepas sembahyang Asar. Terpaksa dipendamkan dalam kalbu." "Jalan terus ke rumah." Itulah helah saya." biji mata terbeliak. macam mahu keluar dan saya serentak."Hum." datuk memberikan pesan. Apa yang bergolak dalam dada tidak berani saya luahkan . agaknya dia terasa lucu dengan pertanyaan yang tidak wajar saya kemukakan kepadanya. Kalau boleh saya mahu menghilangkan diri dengan sekelip mata di hadapan datuk. Lebih kurang setengah rantai jarak antara saya dengan datuk. "Apa yang mengejar kamu. saya terus berlari. Saya berlari dengan semahu-mahunya. Datuk letakkan botol kosong di atas akar pohon jati. Ungkapan saya keluar secara spontan dari mulut itu. Datuk menggigit dan terus mencari akar kayu untuk duduk. "Saya balik dulu.. jangan merayau-rayau ke mana-mana. Kamu cuma bawa saja ke sini. kenapa mesti menolong nenek. Saya bersedia menerima apa saja kutukan dan sumpah seranah darinya." "Kamu datang ke sini. putik rambutan tujuh biji serta air masak dari putik pinang. Tidak selesa rasanya saya dipandang begitu. Tamar?" "Tak ada apa-apa?" 235 . Botol kosong itu saya serahkan padanya." "Ah. bawakan aku putik manggis tujuh biji. Matanya tidak berkedip merenung batang tubuh saya. bila kamu dah selesai sembahyang asar. "Masa kamu nak datang ke mari. lepas sembahyang Zuhur. Sepatutnya. apa yang patut. Dia senyum ke arah saya perlahan-lahan dia gelengkan kepala. Pada saat itu juga saya menganggap diri saya terlepas dari cengkaman datuk." itu pesanan terakhir dari datuk untuk saya. dan saya yakin datuk tidak dapat melihat pergerakan saya kerana dilindungi oleh pepokok kecil. "Apa kata kamu Tamar. semua barang-barang tu dah disediakan oleh nenek kamu. "Kamu tolong nenek kamu." "Ya. benarbenar menyinggung perasaan datuk." biji mata datuk menjeling ke arah botol kosong yang saya pegang. Saya jadi serba salah. tuk. kenapa kamu pergi? Kamu ni makin biadap. Mari ke sini. Apa yang datuk katakan itu memang praktikal. Suara Khoja Lisut minta air. melihat detik peristiwa yang dialami oleh Khoja Lisut. Saya sudah terlanjut. tuk. Wajahnya masih masam.

. Selesai makan saya tersandar di dinding merehatkan tubuh badan tetapi. "Betul cakap nek tu." "Tak baik begitu. 125. Pergerakan yang dilakukan membuat badan terasa ringan. Berbalut Kain Kuning Nenek ketawa terkekeh melihat telatah saya yang melucukan itu. "Kalau nak duduk tu. Saya cuma mampu tersengih." saya terus menjerit dan melompat." sambung nenek." "Hum. "Saya tak mahu perut saya meletup. sakit urat-urat perut mudah datang. kenikmatan itu hanya dapat saya rasai dalam waktu yang pendek. Dan saya segera menuju ke perigi. badan terasa ringan. saya tidak mengalami sesak nafas atau rasa penat akibat kekenyangan. perut boroi. Kamu mahu makan sama syaitan. "Apa rasanya. saya dapat menikmati hidangan makanan tengah hari dengan selesa dan bernafsu sekali. makan dalam keadaan penat dan badan kotor. Tamar?" "Heee." nenek gelengkan kepala. kamu pergi mandi." "Seronok lepas dari kawalan datuk.Kamu tahu Tamar. pemalas. Kalau diamalkan selalu. Tentu saja saya akur dengan apa yang dituturkannya itu. minta celaka diri." belum sempat saya menyambung kata-kata. bersihkan badan dan sembahyang dulu." tanya saya. selesai menunaikan solat Zuhur. bukan begitu Tamar. saya lapar nek. Buat apa yang aku cakap."Habis kenapa kamu lari. tak mahu." turut nenek sambil menggaru pipi sebelah kanannya.. saya tak mahu kawan dengan syaitan. Pergi jalan-jalan atau buat kerja ringan... barulah seronok makan. nek. saya tak tahu. datuk nenek kita tidak keluarkan petua ikut suka 236 . "Macam mana kalau saya makan dulu. Boleh jadi barah tahu. memang pantang besar bagi nenek. nenek segera memotong. biarlah nasi jatuh ke perut dulu. nanti perut kamu boleh meletup. orang yang makan kenyang kemudian duduk tersandar. ya begini rasanya." "Petua orang tua-tua ada khasiat.Tuhan suka orang yang bersih. lepas tu sembahyang Zuhur. Sekaligus melakukan senaman. sementara kamu sembahyang biar aku siapkan makanan. "Sekarang pergi bersihkan badan kamu. Tamar?" "Rasanya nek." "Kamu tak rasa mengantuk dan malas.. Cakap nenek memang tepat... Perut yang membuncit kembali dalam keadaan normal. Saya turun ke halaman mengutip dedaun kering yang bertaburan. "dah sembahyang?" Susulnya lagi. kata orang makan bersama syaitan. Lepas makan duduk bersandar. "Minta papa kedana." "Apa ertinya cakap nek ni." " Kalau tak mahu.

Fikiran nakal saya terus menerawang. Dalam saat yang lain saya terkenangkan sahabat datuk di Balik Pulau. Pergilah ke mana-mana. Di wajahnya terpamer rasa bangga kerana berjaya mempengaruhi diri saya supaya yakin dengan petua. Asar nanti nenek gerakkan." nenek meneruskan kerjanya dan saya berpindah ke anjung. Saya memang tidak betah duduk di rumah." nada suara nenek agak meninggi.. Masih mengikut cara ejaan lama umpamanya ejaan YANG dieja JANG tetapi. Cari bantal lalu baring di ruang tengah dengan naskah akhbar UTUSAN MELAYU terbentang di depan mata. saya akan merayau ke hutan kecil melihat jerat pelanduk atau kijang. "Tidurlah Tamar. baru dipesan pada anak cucu. "Hummmmm.. Memang sukar membaca karya dari penullis tanah seberang." "Mata tak mahu pejam. membaca majalah dan buku novel percintaan terutama buku-buku novel dari negara tetangga Indonesia terutama karya HAMKA." "Kenapa pula?" nenek seakan-akan terkejut." Saya melepaskan sebuah keluhan. Saya terus memeluk sepasang kepala lutut. kerana ejaannya tidak seragam. dekat Asar balik." "Saya tak berani nek. Kalau saya tidak merayap ke tempat tersebut. Dicuba dulu." "Nenek tahu. Takut mahu bergerak ke mana-mana. kamu tak suka duduk di rumah. Arahan datuk yang telah menetapkan waktunya membuat saya seperti dibelenggu. apa yang saya buat semuanya serba tidka kena. Dari ruang tengah saya lihat nenek duduk di bendul pintu dapur. Akhirnya saya naik ke rumah. Mana mungkin saya dapat menggambarkannya kerana saya sendiri tidak pernah sampai kesana. Sekejap-sekejap saya terfikir tentang Khoja Lisut dan datuk. Menanti waktu Asar tiba adalaah sebuah penyeksaan bagi saya. saya pergi ke pekan kecil atau dewan bacaan. Dia menjahit kain pelikat. Akhbar itu saya letakkan di sisi kiri badan. "Takut asyik merayau-rayau nanti lupa pula nak pergi ke tempat datuk.hati. Saya segera duduk. 237 . Apakah yang dilakukan waktu ini. Duduk berehat dii situ. saya cuba menggambarkan suasana kampung di tanah Palembang." "Terpulanglah pada kamu. kesulitan itu dapat saya atasi. Biasanya waktu begini.

Nenek maju dua tiga tapak lantas duduk bersila di depan bungkusan. kamu tak boleh tahu." "Hai. nenek tercegat di situ dengan raga buluh di tangan." 238 .KAIN Selesai saja menunaikan solat Asar. Saya yakin yang dibalut dengan kain kuning adalah botol. datuk tak cakap pun pada saya nek. barang-barang dipesan oleh datuk pada saya tadi. Dia datang semula ke muka pintu bersama dengan kulit-kulit durian kering dan seludang kelapa kering. BUngkusan pertama dibalut dengan kain hitam. Barangkali semua bungkusan yang ada ini. datuk kamu nak tidur di situ sepanjang malam ni. "Nak halau nyamuk." "Barang dalam bungkusan ini pun saya tak boleh tahu nek?" "Boleh tapi. Bentuk bungkusan yang ketiga agak berbeza dengan bentuk dua bungkusan yang lain. bungkusan kedua kain hitam. Waktu saya menuju ke pintu tengah. bawa saja. Ini kerja orang tua-tua." "Agaknya. buat apa nak tahu. fikir saya dalam hati. Kamu tolong-tolong sudahlah. Tamar." kata saya terkejut. "Apa yang dimenungkan. Bungkusan ketiga dibalut dengan kain kuning. "Takkan semua perkara nak beritahu kepada kamu. saya lihat ada beberapa bungkusan tersedia dekat bendul. Kalau dia tak bagi tahu kamu boleh tengok masa dia buka bungkusan itu. "Buat apa kulit durian kering dan seludang kelapa kering tu nek?" tanya saya setelah melihat nenek memasukkan barang-barang tersebut ke dalam raga. Bungkusan ketiga (berbalut kain kuning) bentuknya memanjang dan tingginya kirakira enam inci. perkara begini jadi pantang-larang. Disusun dengan begitu cantik sekali." Nenek pun memasukkan bungkusan-bungkusan tersebut ke dalam raga. "Dengan ini memudahkan kamu membawanya. Saya tukar pakaian dan bersedia untuk memulakan tugas seperti yang diamanahkan oleh datuk pada saya. nenek tak boleh bagi tahu. Nenek bangun dan terus ke dapur." Saya menoleh ke kanan. Saya lihat semua bungkusan itu dengan hati-hati. Orang yang boleh bagi tahu pada kamu cuma datuk kamu sendiri.

Dia tidak mahu saya mengemukakan berbagai-bagai soalan berhubung dengan barang-barang yang ada di dalam raga. Baru tiga mata anak tangga saya pijak. Beberapa rantai lagi mahu sampai ke pohon jati." Saya pun memegang rangka raga. Hati masih ingin tahu. Saya sarungkan sepatu getah ke kaki. biar saya pergi dulu. Tangan kanan saya terasa lenguh kerana terlalu lama membimbit raga. Dia memberikan senyuman selamat jalan. Saya letakkan raga atas akar pokok jati dan waktu mata saya arahkan ke kawasan lapang (berpasir) saya lihat ada dangau (pondok) pisang sesikat yang jaraknya tidak sampai lima belas kaki dari tempat Khoja Lisut tertanam. "Tak apalah nek. Bangun dan mula memijak anak tangga. nenek bersuara: "Bawa terus jangan singgah di mana-mana. Sebelum memulakan perjalanan. Apa yang datuk kamu bagi tahu itulah yang aku bagi tahu pada kamu. saya dapat menduga yang nenek menyuruh saya berangkat segera. saya berhenti sebentar. Apa kamu tak faham lagi." nenek segera menolak bakul rotan ke depan saya. jangan menyusup di bawah ranting mati dan laluan binatang. Tamar?" nenek jegilkan biji mata. Saya tukar ke tangan kiri pula. Peluh tidak begitu cepat membasahi tubuh. kenapa mesti ada pantang larang begitu. Tetapi. "Dah aku katakan tadi. Saya cemas. Masih keberatan mengangkat kaki untuk memijak anak tangga seterusnya. 239 . lagi sekali saya tatap wajah nenek di ambang pintu. Datuk tidak kelihatan di situ." Saya menarik nafas dalam-dalam. "Datuk tak beritahu sebab-sebab perkara itu tak boleh dibuat. itu pesan datuk kamu pada aku untuk disampaikan pada kamu."Entahlah nenek sendiri tak tahu." saya cuba memancing nenek. Saya panjangkan leher merenung ke arah pohon jati. perjalanan saya teruskan." "Kenapa nek?" "Jangan banyak tanya. Langkah yang terhenti segera saya sambung kembali. REDUP Perjalanan di bawah sinar matahari yang kian redup amat menyenangkan. Dari tindakannya itu. jangna banyak soal.

" Datuk terus mengambil raga yang berisi barang-barang itu. Kepalanya terlentuk atas permukaan pasir dengan kedua belah tangannya tergedang. dibawa ke pondok pisang sesikat. "Ada kamu bawa barang-barang yang aku pesan. Saya lihat kedua belah matanya terpejam. Tidak ada sebarang reaksi dari Khoja Lisut.. aku nak ambil air wuduk. Datuk duduk bersila disebelah kanannya." "Ke sungai?" mulut saya terlopong. saya lihat Khoja Lisut terkapar tidur atas pasir.. Sudah pasti.Atapnya dari daun bertam muda. Saya masih lagi berdiri di bawah pokok jati. dalam jarak dua kaki. "Ada dalam raga tu tuk. Kamu dah datang.. Perlahan-lahan saya atur langkah mendekatinya. Saya dekatkan telapak tangan kanan saya kehidungnya. Melihat saya berada di bawah pohon jati. Tiada jawapan dari saya." itu yang datuk utarakan. sebaik saja dia berdiri di depan saya. "Kenapa Tamar?" datuk menyoal." datuk anggukkan kepala. Dia melangkah ke arah saya. Ada kepuasan terbayang di wajahnya. Dindingnya cuma di bahagian belakang. kiri dan kanan. Manakala bahagian depan terus terdedah." "Tuk nak kemana?" tanya saya cemas. aku tak mahu meninggalkan Khoja seorang diri di pasir." saya segera meluruskan jari telunjuk ke arah raga. ternyata dia masih bernafas dan pada saat itu juga dia mendengkur. Sepasang matanya tertumpu ke arah raga. Saya renung ke arah Khoja Lisut. Saya berdiri didepannya." "Aku belum lagi. "Kamu ikut pantang larang yang nenek kamu cakap Tamar. hati aku senang. Kepalanya terkulai atas pasir dengan mukanya menghala ke arah pondok pisang sesikat. Datuk hayun kaki ke sungai dan debaran di dada saya kian kencang. "Aku nak ke tebing sungai. Disangkutnya pada bahagian atas pondok. Dibawah sinaran matahari petang yang kian runduk itu. "Kamu dah semmbahyang Asar?" "Dah tuk. Tingginya kira-kira sekaki. Dibuat dari daun salak tua yang sudah dianyam rapi. "Hum. Khoja Lisut tidur 240 . datuk segera bangun. Sekarang giliran kamu menunggunya. Datuk datang semula kepada saya.

Terpaksa bertahan di bawah pokok bunga tanjung. kamu duduk diam-diam disitu. "Haaa. niat saya baik demi keselamatan diri datuk. Saya segera berlindung di balik pokok bunga tanjung. Jarak saya dengan datuk lebih kurang lima kaki saja. Cukup 241 . Begitulah saya memujuk diri sendiri dan terus melihat gerak geri datuk dari balik pokok bunga tanjung. Khoja Lisut menempuh satu penyeksaan yang panjang kerana mahu mengubati penyakit yang dideritainya. saya perlu membantunya bila buaya itu melakukan serangan mengejut padanya. Kerana Khoja Lisut tidur nyenyak. datuk berdiri di gigi sungai menghadapi lubuk yang ada buaya. "Tamar. Cukup di sini saja. Dia terus ambil wuduk hingga selesai. Sesungguhnya. saya segera terfikir. Saya terpaksa patuh dengan arahan datuk itu. fikir saya. Kalau diteruskan pasti menimbulkan kesulitan diri sendiri. Paling kurang kena maki hamun dari datuk. kemudian sarung selipar jepun ke kaki. tidak ada gunanya menjaga orang tidur. Saya sedar.. Berdiri di tebing dengan membelakangi buaya yang kelihatan bergerak ke arah tebing sungai." datuk menujukan kata-kata untuk saya. Saya membuat keputusan untuk meninjau datuk yang berada di tebing sungai mengambil air sembahyang. Datuk membongkok di gigi sungai mengambil wuduk. Kasihan. macam batang buruk yang terapung di permukaan air. Kerana itulah saya mengekorinya dan mengawasi datuk dari balik pokok bunga tanjung. aku tahu kamu ada di balik pokok bunga tanjung. Buaya timbul di permukaan lubuk.. Tiba-tiba buaya itu membedalkan ekornya ke arah datuk. Saya menarik nafas panjang-panjang sambil menatap wajahnya. waktu ekor buaya itu menghempap tebing sungai. jangan menjerit dan jangan datang ke sini. Nyawa datuk dalam bahaya." Mulut saya ternganga. Kini. MUNCUL Datuk bagaikan tidak ambil kisah dengan kemunculan buaya dipermukaan lubuk.nyenyak. Jantung saya berdebar. Orang tidur jangan diganggu. Dengan tenang saya melangkah ke arah tebing. seluruh perhatian saya tertumpu pada lubuk buaya dan datuk. Saya terus melangkah dan berhenti dekat pokok bunga tanjung. Dengan perlahan-lahan saya menarik dan melepaskan nafas. datuk sudah pun berada di perdu pisang hutan. Khoja Lisut saya tinggalkan.

Ranting itu dilemparkan ke sungai. apakah saya masih terikat dengan pesan datuk? mungkin datuk menghukum saya kerana mengekorinya dari belakang. Datuk meneruskan pejalanan ke pondok pisang sesikat tanpa menghiraukan saya yang berada di bawah pokok bunga tanjung. aku bukan habuan kamu kali ini. terapung macam batang buruk." datuk terus bercakap. Dua tiga detik kemudian buaya terus menyelam dan tidak timbul-timbul lagi. berdiri tegak menghadapkan wajahnya ke sungai. Bulu tengkuk saya terasa tegak. bergerak lemah mengikut gelombang air." pekik datuk seraya mematah ranting dari pokok kecil di kirinya. aku ke mari nak menolong orang yang sakit. Saya sudah tidak mampu bertahan di bawah pokok bunga tanjung. Beberapa saat kemudian muncul kembali bersama riak gelombang air yang besar dan kuat menguasai permukaan lubuk. jadi dia sengaja membiarkan saya disini sendirian. Saya jadi cemas dan tidak tentu arah. Sekejap menyelam. 242 . "Hai buaya. dia memang seorang yang kejam. "Selamat tinggal kawan. biji matanya tertumpu ke arah buaya di air yang kelihatan tidak tenang.pantas datuk bergerak hinggakan saya tidak dapat melihat gerakan itu berlaku meskipun mata saya tidak berkedip merenung kearahnya." datuk lambaikan tangan ke arah buaya. Saya jadi serba salah. menunggu datuk menyelesaikan solat dan berdoa. sekejap timbul. berlari ke arah ppondok pisang sesikat. "Masuk Tamar. Sesekali saya terasa seram. Ada senyum diwajahnya. Serentak dengan itu buaya terus menghempaskan ekornya berkali-kali ke permukaan air. "Kamu marah. Pokok bunga tanjung saya tinggalkan." suara datuk keras. Saya berdiri di luar pondok pisang sesikat. Saya tetap berharap tindakan yang saya lakukan tidak mendatangkan apa-apa kemarahan terhadap datuk. saya langgar pesanan datuk. Timbul bermacam-macam pertanyaan dalam diri saya. Dan buaya terus memukulkan ekornya ke air seolah-olah memberikan jawapan terhadap kata-kata datuk. Datuk memusingkan badannya." Nada suara datuk cukup mesra. "Jangan ganggu aku. Dan Saya mengambil keputusan yang amat nekad. Ekornya terus memukul air. Datuk sedang menunaikan solat Asar. buaya terus menyelam ke dasar lubuk. Sebaik saja ranting yang dilemparkan mengenai permukaan air sungai. Kalaulah itu rencana dalam dada datuk. aku kemari bukan niat nak kacau kawasan kamu. Dan saya lihat buaya itu mengangakan mulutnya lalu dihalakan ke arah datuk. Buaya masih menimbulkan badannya dipermukaan lubuk. Saya renung ke arah pondok pisang sesikat.

"Korek gunakan pelepah kelapa. sukar untuk saya memberikan jawapan. Biji mata saya arahkan kepada datuk." 243 . "Jangan buat macam tu. Dia berdiri di pintu pondok pisang sesikat. "Maafkan saya. Secara spontan saya teringatkan kesan tayar lori dihalaman rumah. "Kamu pergi jiruskan air kekepalanya. Pergi buat sekarang. Bentuknya macam sudip yang sering digunakan untuk mengacau nasi dalam kawah besar. Dengan tangkas saya menyambutnya. takan kerja semudah itu aku nak tolong." saya kerutkan dahi. Tamar. Nenek tidak beritahu apa-apa dan saya tidak ppula bertanya apa-apa pada nenek. datuk pun meluruskan sepasang kakinya sambil menyandarkan badannya ke tiang pondok. merah kuning dan hitam. Dia tidak memperlihatkan sebarang reaksi dan saya terus melangkah menuju ke arah Khoja Lisut ditanam. kemudian kamu korek pasir kelilingnya. Mungkin terasa lenguh duduk bersila. Belum pun sempat saya bertanya." Saya segera bangun dengan rasa yang amat malas. kerana tugas yang diserahkan oleh datuk pada saya bukannya tugas yang mudah. Saya terus membelek-belek pangkal pelepah yang ditarah rata dan nipis. Tangan kirinya digerakkan ke kiri dan ke kanan. keluarkan kedua belah tangannya. datuk pun melemparkan pelepah kelapa ke arah saya. Panjang pelepah kelapa itu lebih kurang empat kaki lebih. Pelepah kelapa itu segera saya lurutkan dengan telapak tangan kanan. Saya yakin itu adalah kesan tayar lori peraih yang mengambil pisang dan keledek. Cepat-cepat datuk gerakkan kepalanya ke kiri dan ke kanan. lagi sekali saya tatap wajah datuk. Bahagian hujungnya diikat dengan kain tiga warna. Duduk bersila didepan datuk." Saya segera berhenti melurut pelepah kelapa. saya tak tahu tuk. "Semuanya nenek dah jual tuk. Sebaik saja berada di luar pondok pisang sesikat. Datuk mengerakkan jejari kakinya dan pada saat itu terdengar suara jeritan Khoja Lisut. Datuk anggukkan kepala." Saya berhenti melangkah dan menoleh ke arah datuk. "Saya buat seorang aje tuk?" "Yalah." tutur saya penuh yakin.Saya masuk ke perut pondok. "Nenek kamu dah jual pisang dan keledek?" Saya mengigit bibir.

mungkin lubang hidungnya dimasuki air yang saya tuangkan dikepalanya. datuk terus bersuara: "Pergilah cepat jangan terpacak disitu." jawab saya tersekat-sekat. MATA Saya berdiri di depan Khoja Lisut. Dia berhenti meneguk air dalam botol. Dia angkat tangan kanannya tinggi-tinggi dan dijatuhkannya perlahan-lahan. "Minum pakcik. Tanpa toleh kiri kanan saya aturkan langkah mendekati Khoja Lisut. kenapa tercegat lagi disitu? Pergi sekarang buat apa yang aku suruh. Muncung botol segera saya pisahkan dari bibirnya." Saya segera menyumbatkan muncung botol kemulutnya." 244 . ya aku tahu Tamar. Tergesa-gesa Khoja Lisut menyedutnya hingga menyebabkan dia tersedak. Saya lihat Khoja Lisut tercungap-cungap. Sepasang mata Khoja Lisut yang tidak bermaya itu menatap wajah saya. "Pak cik minum pelan-pelan sikit. Khoja Lisut terus bersin." sahutnya penuh ghairah. "Kalau dah bersin jangan buat lagi. "Dahaga. mengganggu penumpuan saya terhadap pelepah kelapa di tangan. Matanya tetap merenung muncung botol yang berada dalam tangan saya." Muncung botol saya sumbatkan kemulutnya. "Sekarang koreklah pasir tu." Saya lihat kearah datuk. "Ya." suara datuk cukup keras. Hampir-hampir mengenai tubuh saya. Melihat saya masih terpaku di situ. Cepat-cepat saya menjiruskan air dari dalam botol ke atas kepalanya. aku dahaga Tamar. Air yang berada dalam mulutnya berhamburan keluar. Khoja Lisut menyedut air dengan hatihati."Hum. saya pergi sekarang. Kemudian terus duduk bersila." kata saya penuh hormat. "Hilang dahaga. pakcik?" Dia terus anggukkan kepala." "Ya tuk. cakap saya dipatuhi dengan baik sekali. Lidah Khoja Lisut menjilat kesan air dibibir dan dagu. Perbuatannya itu amat mengharukan perasaan saya.

Khoja Lisut merewang-rewangkan tangan kirinya sesuka hati. Suaranya cukup nyaring. sekejap saja seluruh badan saya berpeluh. sedangkan pasir yang dikorek seperti tidak menampakkan sebarang kesan. memang tidak saya duga tangan kiri yang keluar. Saya termenung sejenak memikirkan keanehan yang terjadi didepan mata. "Datuk kamu suruh keluarkan aku. Terus mengorek pasir.Terbenam dalam perut pasir separas lutut." pekik datuk dari pondok. 126. Sepasang kaki saya bagaikan ditarik sesuatu." Seperti tadi. Saya jadi panik dan terus berpaut pada pelapah kelapa."Baiklah tuk. Saya korek sebelah kanan. datuk kamu melarang aku bercakap dengan kamu Tamar. baca Bismillah dan selawat Nabi tiga kali berturutturut. Mengorek pasir dengan menggunakan pelepah kelapa memang memenatkan. "Kau nak keluarkan aku dari pasir ni Tamar?" Tidak saya jawab pertanyaan dari Khoja Lisut. Mungkin kerana kecewa dengan sikap saya." "Mulakan dari sebelah kanan. sepatutnya tangan kanan yang keluar. Saya tidak peduli dengan apa yang dikatakan oleh Khoja Lisut. tangan kiri aku dah keluar. "Tuk. jangan berhenti. pasir yang berada disekeliling tengkuknya turut sama bergerak hingga kedua belah sayap bahunya tertonjol dipermukaan pasir. Setiap kali tangan kirinya dipusingkan. "Eh. Arahan datuk segera saya patuhi. tolonnnnngggggg!" Pelepah kelapa saya tikamkan ke dada pasir. agaknya ini jadi pantang larang. seolah-olah jatuh ke dalam lubang gaung yang dalam. Saya kembali meneruskan kerja yang terhenti. Saya menarik dan melepaskan nafas dengan tenang." Saya terkejut. Tubuh Di Awang-Awangan 245 ." lanjut datuk lagi. "Agaknya. "Tamar. Pasir sekitar tempat saya berdiri menjunam ke bawah. saya tetap membisu." Saya berhenti mengorek pasir dengan pelepah kelapa. Khoja Lisut terus membisu.

” Arahan datuk itu saya balas dengan menganggukkan kepala. bererti Khoja Lisut akan jadi makanan buaya.” Saya segera mengekori langkah datuk. Dan datuk berdiri di sebelah kanan Khoja Lisut. Seluruh sendi terasa lemah. “Kita humbankan ke dalam lubuk. Khoja Lisut diheret hingga ke gigi sungai. Sukar untuk saya mematuhi cakapnya. Daging punggung terasa sakit dan pedih bila datuk mendudukkan saya dengan keras dan kasar. memisahkan sepasang kaki dengan pasir dalam jarak setinggi kira-kira empat kaki. Waktu saya kerahkan seluruh kekuatan untuk berpaut pada tangan kanannya. Saya berdiri di sebelah kiri Khoja Lisut.” “Ke mana tuk?” Soal saya lemah. Rasa cemas terpamer di wajahnya. Apa datuk sudah gila? Kulit dahi segera saya kerutkan. “Aduuuuhhh . Berdiri merenung ke arah Khoja Lisut yang sudah berjaya mengeluarkan tangan kanannya. “Keluarkan Khoja dari pasir.” katanya. ikut aku. suara jeritannya menguasai seluruh kawasan. Khoja Lsiut kami tarik atas pasir.” Saya jegilkan biji mata ke arah datuk dengan seribu persoalan.” Datuk tercegat di depan saya dengan wajah yang damai. Setelah datuk genyitkan mata saya terus menyambar tangan kanan Khoja Lisut. Kemudian telapak tangan kirinya bercantum dengan telapak tangan kanan saya. Tamar. Kalau dicampakkan ke lubuk.. Datuk tidak ambil kisah dengan jeritan itu. Datuk juga berbuat seperti apa yang saya lakukan.” arahan datuk saya terima. Seluruh tubuh terawang-awangan di udara.“Tak mengapa. Dari pangkal belikat hingga ke pangkat paha terasa keras seketika. saya terasa sekujur tubuh seperti terangkat. “Pegang kuat-kuat. 246 . Lebih dari lima minit saya duduk termanggu di dada pasir. Seluruh isi perut terasa bergegar. Bila saya rasa kekuatan tenaga sudah pulih kembali.!” itu yang keluar dari kelopak bibir saya. “Tamar. cepat-cepat saya bangun. Khoja Lisut segera menetap wajah saya dan datuk silih berganti. “Heret ke sungai. Saya patuhi arahan yang diluahkan oleh datuk. “Serentak kita tarik tangannya.

jangan banyak tanya lagi tau. Dia cuba berenang ke tepian. Tidak dapat saya nafikan kebenaran dari kata-kata datuk itu. Buaya yang berada di permukaan air terus menyelam ke dasar lubuk.” “Iya tuk.“Ke lubuk tuk?” “Iya. Jeritan Khoja Lisut bertambah kuat.” “Bedebummmmmm.” balas datuk sambil matanya merenung ke arah buaya yang muka mempamerkan keganasannya untuk mengorbankan Khoja Lisut. “Buaya tu menyelam untuk menjulang Khoja. Dia kelihatan tercungap-cungap seperti berada dalam keadaan kelemasan. Dia segera menyuruh saya berubah tempat. Dengan sedaya upaya saya lihat Khoja Lisut berusaha menjauhkan dirinya dari buaya tersebut. Khoja Lisut tetap terkapai-kapai. Gelombang dan alun air sungai berlarian ke tepian. Dia nampak gusar sekali. hayun empat lepaskan Tamar. “Saya takut dia jadi habuan buaya tuk!” “Tidak. Di saat Khoja Lisut terkapai-kapai itu penghuni lubuk (buaya) menimbulkan diri di sisinya.” datuk renung ke arah saya.” Sekujur tubuh jatuh di permukaan lubuk. hayun dua. masuk hayun keempat kita lepaskan ke lubuk. terkapai-kapai mengimbangi tubuh supaya tidak tenggelam. nanti aku ikhtiar untuk menyelamatkannya.” “Itu urusan aku.” “Hayun satu. ekornya terus memukul permukaan sungai. Khoja Lisut kelihatan tenggelam timbul dalam riak dan alun air tersebut. saya melagakan gigi atas 247 . “Kamu lihat dia sudah boleh menggerakkan ke dua kaki dan tangannya.” “Buaya tuk. “Kita hayun tiga kali. kamu faham cakap aku Tamar!” “Bagus. Saya disuruh memegang sepasang kaki Khoja Lisut dan datuk memegang sepasang tangan lelaki yang masih mengerang kesakitan. Si buaya mula membuka mulut.” sahut datuk dengan wajah yang masam. Khoja Lisut menjerit meminta tolong.” bisik datuk pada saya. hayun tiga.

” Kedua belah telapak tangan datuk memukul pasir. buat sekarang. tidak mampu berdiri dan mengharungi air sungai. tarik dia ke tepi. saya batalkan niat untuk menolong Khoja Lisut. “Tuk mahu menolongnya?” Datuk membisu. Perlahan-lahan datuk memusingkan badannya ke arah saya. “Kamu pergi dekat Khoja. buaya menimbulkan badannya di sebelah kanan saya. pergi.” “Kalau kamu patah balik. Dia menggamit saya agar mendekatinya. Berdiri di tengah arus sungai dengan kedua belah tangannya mencekak pinggang. saya harap datuk dapat melakukan sesuatu supaya Khoja Lisut tidak jadi korban buaya. kedua belah kelopak bibirnya bergerakgerak. Saya gembira dengan tindakan itu. tidak mahu menjawab pertanyaan saya. Selesai saja perkara itu dilakukan.” datuk mendengus. Tiga kali dia membongkok dan tiga kali juga air sungai membasahi wajahnya. saya hulurkan tangan ke arahnya. Saya berpatah balik ke tepi sungai. Tanpa diduga.. Dia terus duduk bersila atas pasir dengan kedua belah lengannya berada atas tempurung lutut. aku cekik kamu sampai mampus. Permintaannya saya penuhi.” 248 . Ternyata datuk sedang membaca sesuatu untuk menyelamatkan Khoja Lisut. “Tuk tolong saya.. Datuk bongkokkan badan (kedua belah tangan masih di pinggang) hingga seluruh mukanya terkena air sungai yang mengalir. GIGI Dari gigi sungai saya perhatikan gerak geri datuk itu. bergerak bagaikan robot menuju ke sungai. “Hum .” Dengan rasa gementar saya segera mengharungi sungai mendekati Khoja Lisut yang terkapai-kapai.” “Tapi tuk?” “Tak ada tapinya. Sepasang kaki saya jadi lemah. “Huuuupppp. pergi tolong Khoja.” selesai saja datuk bersuara dia segera menjentik permukaan air dengan jari telunjuk tiga kali berturut-turut. datuk tetap berdiri di situ sambil mendepangkan kedua belah tangannya. Dia terus bangun. Datuk menahan nafas. buaya tuk.dengan bawah beberapa kali. “Terkunci mulutmu dari membinasakan anak Adam. patuhilah engkau dengan hukuman aku.

“Tunggu. “Nak buat apa tuk?” “Aku nampak air liur buaya. Dari mati kena cekik. 249 .” tutur datuk. saya pasti jadi umpan buaya. Bila Khoja Lisut tidak bermaya. tanpa sepatah kata pun datuk segera mengambil kayu di tangan saya. Saya mara ke tengah sungai semula.” segera saya beliakkan biji mata. seolah-olah mengerti dengan apa yang datuk ucapkan. Datuk pun meletkkan kaki kirinya ke kepala buaya sebentar. Khoja Lisut dicampakkan ke lubuk buaya sebanyak tiga kali berturut. Datuk segera membuka mulut buaya luas-luas. “Kemari kamu. Bila kerja itu selesai. kalau rapat ke tepi bencana menanti. Rasa takut dan cemas segera hilang dari bersarang di sanubari saya. Khoja Lisut terus dibaring atas pasir. sekarang kamu ke mari duduk dan jemurkan badan kamu di pasir. Kalau tolong Khoja .” pada mulanya saya rasa cemas dan takut mendengar kata-kata datuk itu. tetapi setelah mengetahui yang kata-kata itu ditujukan kepada buaya. Dibaringkan atas pucuk pisang. barulah datuk memikulnya ke pondok pisang sesikat. Buaya yang terapung di sebelah kanan saya segera menuju ke tepian. Khoja Lisut terkapar pengsan di situ. Merangkak atas pasir lalu berhenti depan datuk. sekejap lagi kamu aku bebaskan. Sebelum saya jadi habuannya. kamu sudah aku takluki. kemudian dikatupnya kembali. Kalau nasib saya baik. Datuk melurutkan kakinya dengan daun keladi sebanyak tiga kali. “Mari balik ke dangau. rapat. kekuatan kamu jadi lemah. Buaya itu menggerakkan hujung ekornya perlahan-lahan. Kemudian datuk terjun ke sungai lalu menolong saya mengheret Khoja Lisut ke tepian. datuk terus mengambilnya dengan menggunakan gayung dari upih. lebih baik mati di mulut buaya.” datuk tatap mata buaya yang kelopaknya bergerak lemah. saya mampu menewaskannya. saya pasti menentangnya.” “Jum. Kamu hanya mendengar cakap aku saja. Kami pun melangkah menuju ke pondok pisang sesikat. “Sekarang kau ikut aku. “Kamu duduk dia di sini. Datuk ambil sejemput pasir yang berada di bawah perut buaya lalu digaulkan dengan air liur buaya. Mulut kamu terkatup rapat.Saya tidak ada pilihan. Saya segera mencapai gayung upih dan terus mengekori langkah datuk menuju ke tempat buaya tersadai. Sebaik saja sampai ke tempat itu. bawa gayung upih.” Balas saya pendek. air liurnya meleleh di kiri kanan.” datuk bersuara tenang.

kamu terpaksa duduk lama di sini. Cakapnya segera saya patuhi. datuk melihat terlebih dahulu putik manggis hancur yang saya taruhkan dalam piring kecil. “Telah Khoja. “Sumbatkan ke dalam mulutnya. saya diarahkan oleh datuk mengorek lubang (di tempat mula-mula Khoja Lisut ditanam) di dada pasir untuk menanam badan Khoja Lisut. Apa yang kami buat pada kamu petang ini akan dikulangi pada petang besok dan lusa. “Ehhhhh . 250 . cuma sedikit saja yang disuapkan ke mulutnya. “Berapa lama lagi saya begini?” Datuk enggan menjawab pertanyaan itu. azabnya saya. Saya segera mematuhinya.” Datuk keluarkan arahan. “Kamu tumbuk sampai hancur. Kerja itu dapat saya selesaikan dalam masa yang singkat sekali. Datuk senyum. “Nah tuk. putik manggis itu saya tumbuk dengan batu sungai hingga hancur.” nada suara datuk lembut. Tanpa membuang masa lagi. SELESAI Bila tugas itu sudah selesai. Semua bahan tersebut disapukan ke seluruh badan Khoja Lisut.” Sebelum menerimanya.” Suara Khoja Lisut mendatar. Tujuh biji putik manggis tergolek di depan mata saya. dia puas hati dengan kerja saya itu. “Kalau semuanya berjalan dengan baik. Rasa kelat dan pahit dari putik manggis itu membuat Khoja Lisut mengerutkan dahi.” keluh Khoja Lisut. Dia hampir mahu muntah. Datuk tersenyum dan menyuruh saya hancurkan sebiji putik rambutan yang kemudiannya dicampurkan dengan air pinang. Dia membuka mata merenung muka saya dan datuk. Bungkusan itu saya serahkan pada datuk lalu dibukanya.Tanpa membuang masa datuk terus menggosok seluruh badan (termasuk bibir dan telinga) Khoja Lisut dengan air liur buaya. “Sudah siap Tamar?” tanya datuk. kalau kamu muntah.” “Huh. Dengan berbisik datuk mengarahkan saya supaya mengambil bungkusan berbalut kain hitam.” Sebiji putik manggis datuk serahkan pada saya. tiga hari saja. jangan luahkan. “Berapa lama lagi saya di sini?” tanya Khoja Lisut.

dia terus melompat ke kanan. Khoja Lisut segera kami usung dan campakkannya ke dalam lubang yang sudah digali.” sebaik saja datuk selesai bercakap. kau boleh memusnahkan kaum keluarga dan kawan-kawanku.” ekor matanya menjeling ke arah saya. Tugas menimbusnya terletak atas bahu saya.” sambung datuk sambil menggosokgosok pangkal dagunya. Jarak kami (saya dan datuk) dengan buaya kira-kira sepuluh kaki saja. “Kena buat lagi tuk?” “Iya. buaya itu terus merangkak ke sungai dan terus menyelam ke sarangnya (lubuk). Dalam tempoh kita tidak bersahabat tu. tiga petang berturut-turut. Datuk segera berdiri di hujung muncung buaya. Kedua belah tangan datuk memeluk tubuh lalu menarik nafas dalam-dalam.” Datuk segera menarik tangan saya mengajak ke sungai. Bergerak ganas atas pasir dengan ekornya memukul ke kiri dan ke kanan. Pasir-pasir yang kering berterbangan. “Untuk petang ini dan selesai.” “Kalau begitu. Tamar. Khoja Lisut merelakan apa yang saya dan datuk lakukan terhadapnya. Tidak mampu saya mengemukakan apa-apa pertanyaan terhadap datuk. Buaya benar-benar menunjukkan kemarahannya yang amat sangat.” Khoja Lisut merayu. Matanya diarahkan ke lubuk tanpa berkedip dan mulutnya bergerak membaca sesuatu. Tiga kali datuk urut muncung buaya dan tiga kali datuk tepuk pasir dengan telapak tangan kirinya. Mungkin kerana menyedari yang dirinya tidak dapat melakukan apa-apa terhadap saya dan datuk. kita tidak bersahabat lagi buat masa ini. saya datang tuk.” datuk terus menepuk bahu saya berkali-kali. “Sekarang kau sudah aku bebaskan.” Saya bergegas menuju ke pondok pisang sesikat. “Tinggalkan dia di situ.” “Iya. ikut aku ke sungai. “Mari.“Sudah tuk.” sergah datuk dan Khoja Lisut terus terdiam.” kita kena buat perkara yang sama dua petang lagi. “Kau tunggu aje di sini. datanglah ke sini tolong usung Khoja untuk dibawa ke lubang. “Jangan tinggalkan saya di sini. Buaya itu mengangakan mulutnya luas-luas. Kami sampai ke tepi sungai. Saya hanya mengikut saja.” datuk mula mengatur langkah menuju ke pondok 251 .

beburung mula terbang ke sarang dan di kaki langit mula timbul cahaya kemerahmerahan. santan kelapa. seluruh muka Khoja Lisut telah dilumurkan oleh datuk dengan sejenis minyak yang datuk buat dari ramuan buah jambu batu.” nada suara datuk bersahaja. Matanya merenung ke arah Khoja Lisut yang Cuma nampak kepala saja. kalau ular tu mendekati kamu.” “Kamu mesti bersama aku malam ni. Tetapi malam ni kamu mesti ada di sini.” “Begitulah. Saya menarik nafas kelegaan. 252 . “Kamu jangan bergerak Khoja. bila ular tedung itu beredar dari sisi kepala Khoja Lisut. Seekor ular tedung bergerak ke arah Khoja Lisut.” datuk memberikan arahan dan Khoja Lsiut tidak memberikan apa-apa reaksi. Sambil berjalan itu.” datuk meluruskan kaki kirinya. Minyak itu juga menghalau nyamuk dan serangga lain dari mendekati Khoja Lisut. matanya tertumpu ke arah ular yang menghala ke batang hidungnya. “Itu ujian untuknya. saya dan datuk sudah pun menyiapkan tiga longgokan kayu mengelilingi kepala Khoja Lisut yang tubuhnya terbenam dalam pasir. Semua bahan-bahan itu diproses hingga menjadi seperti margerin dan itulah yang disapukan ke muka Khoja Lisut bagi mengelak kulit muka dan lehernya dari terbakar. “Kalau begitu biar saya balik dulu tuk. Saya mengekorinya. Boleh bertukar menjadi seram dan menakutkan. ada kerja yang lebih hebat dari apa yang kita buat pada petang ini. Sebelum itu. matikan diri kamu dan tahan nafas. DUDUK Menjelang Mahgrib. Awan petang berarak lembut. “Hebat ujiannya tuk.pisang sesikat.” penerangan yang tidak saya tagih dari datuk itu sudah cukup menegakkan bulu roma saya. malam esok atau lusa kalau nak tidur di rumah tak mengapa. buah gelugur dan ubi keledek. dibuang ke lubuk buaya tiga petang berturut. Dua tiga kali ular itu berpusing di situ. “Malam ni. tiga malam berturut mesti didekatkan dengan unggun api kemudian dimandikan di lubuk waktu tengah malam. mengikut petuanya Khoja Lisut mesti ditanam dalam pasir tiga hari tiga malam berturut. Senjakala akan datang menjelma saya kira ketika itu suasana sekitar tentu akan berubah.” tutur datuk sambil duduk di depan pondok. adakalanya memanggungkan kepalanya. saya melihat ke dada langit. daun kunyit. Sebentar lagi suasana petang akan berakhir.

Saya lihat ke langit. Kerana tidak tahan.Sebaik saja masuk waktu Mahgrib. pergi buat. Angn yang bertiup mengerakkan dedaun dan dedahan dari pokok yang terdapat di sekitar kawasan tersebut. datuk menyuapkan tiga biji bertih ke mulut Khoja Lisut. bawa botol air. Dengan perasaan yang agak cemas. Setelah itu berulah saya dan datuk melakukan solat Mahgrib. Sementara menanti masuk waktu Isyak saya dan datuk terus berzikir dan melakukan sembahyang sunat Awabin. Badan berpeluh. berapa orang pula. Suara angin yang menyentuh dedaun amat menyeramkan bunyi dedahan kering yang jatuh ke bumi macam bunyi telapak kaki manusia memijak dedaun kering. bila tuk?” “ Pukul empat pagi atau selepas aku sembahyang sunat Tahajud. saya terus pergi kelonggokkan kayu pertama lalu membakarnya. Kepanasan membuat kulit muka saya terasa pedih.” pesan datuk. Bahang api dari kiri kanannya membuat Khoja Lsiut kepanasan. kalau Khoja nak minum kau berikan air padanya. Saya duduk atas sebatang kayu.” tutur datuk sambil menutup Quran kecil yang dibacanya. “Sekarang kamu bakar kayu yang kita longgokkan tadi. “Sekejap lagi tu. Saya berdiri tidak jauh dari Khoja Lisut. Kawasan sekitar jadi terang-benderang. tunggu dekat Khoja. Suaranya yang kuat dan nyaring membuat saya segera menuju ke tempat Khoja Lisut. bintang bertaburan di mana-mana. Jeritan Khoja Lisut yang nyaring bertukar menjadi serak dan akhirnya terus hilang. “Saya seorang saja tuk?” “Habis.” pekik datuk sekuat hati. Kepala Khoja Lisut terlentuk atas pasir. Baju segera saya buka.” “Saya takut tuk.” “Kamu pergi sekarang. Aku nak berwirid dan nak tidur. saya terdengar suara jeritan Khoja Lisut.” kata datuk sebaik saja selesai sembahyang Isyak. Saya sudah tidak mampu lagi berdiri di situ. sekejap lagi aku datang ke tempat kamu. Kamu tunggu di situ. 253 . saya lari ke pondok pisang sesikat. Kemusian beralih ke longgokkan kedua dan ketiga. Kulit muka dan lehernya serta merta menjadi merah. lebih kurang sejam api itu menyala. “Kamu jangan datang ke sini. Suara datuk membaca Quran sayup-sayup kedengaran.

Mungkin dia sudah tidur. “Ya Allah. Sebagai senjata. Saya berdiri lalu merenung ke pondok. Saya kira ketika itu sudah lebih dari pukul satu pagi. Tingginya hampir sama dengan tinggi saya. saya kehilangan cahaya untuk memastikan apa yang ada di belakang. Suara datuk membaca Quran tidak kedengaran lagi. saya renung ke pondok. Dalam keadaan yang serba tidak kena dan penuh keresahan dan ketakutan itu. Si harimau terus mengaum dn beredar dari belakang saya. Dan saya gunakan puntung kayu yang berbara untuk menghalau ular hitam itu. “Siapa kamu?” Untuk kedua kali saya bertanya. mempamerkan giginya yang besar dn bentuknya macam gigi buaya. Dengan lagak separuh berani dan takut saya halakan puntung kayu yang berbara ke arah harimau itu. Lelaki berwajah hodoh itu tidak menjawab dan dengan sekelip mata. tubuhnya 254 . HODOH Tiba-tiba gegendang telinga saya menangkap bunyi sesuatu dari sebelah kanan lalu dituruti dengan bunyi suara orang batuk. saya lihat datuk sudah baring.Dua tiga kali saya tersengguk-sengguk kerana mengantuk.” bisik batin saya bila terlihat seekor harimau duduk mencangkung ke arah saya. Saya berjaya. saya lihat seekor ular besar yang hitam panggungkan kepala ke arah saya. Sekarang dia sedang menadah tangan ke langit. “Siapa kamu?” Lelaki yang separuh wajahnya mengeruru macam kulit katak puru itu tersengih. Kedua belah keningnya menutup mata. selamatkan aku dari bahaya ni. Saya alihkan muka ke kanan. Hujung dagunya terkandas pada dada. Daging pipinya mengelebeh hingga ke bahu sekali pandang macam telinga gajah. Kerana semua kayu sudah menjadi bara. Antara sedar dengan tidak saya terasa ada sesuatu yang bergerak di belakang saya. sukar untuk melihat anak matanya. seorang lelaki dengan wajah yang amat hodoh terpacak di situ. ular itu segera beredar. saya ambil sepotong dahan yang bahagian hujungnya sudah menjadi bara. Bila saya membetulkan kdudukan saya pada keadaan asal. berdoa mohon restu dari Allah agar segala kerjanya dapat dilaksanakan dengan baik. Datuk baru saja selesai menyempurnakan sembahyang Tahajud. Perlahan-lahan saya memusingkan badan untuk melihat dengan tepat apa yang berada di belakang saya.

" " Aku ada dekat kamu... saya renung ke arah lain. Saya bersihkan pasir yang melekat di tubuhnya. jangan banyak cakap. sebaik saja kamu berhenti menjerit kali kedua. Malah orang pekak pun boleh mendengarnya. Datuk kerut dahi sambil mengarahkan sepasang biji matanya ke bumi. "Kenapa Tamar?" Datuk kehairanan. " Tuuuukkkkkkk.." sambil meraba kening kirinya. Saya yang kepenatan terus menarik dan melepaskan nafas perlahan-lahan. Saya segera menoleh ke situ. Makhluk tinggi di depan saya sudah ghaib entah ke mana. kecuali di bahagian kemaluannya) yang dibuat dari dari seludang kelapa." "Buat sekarang. bahu saya dipaut dari arah sebelah kanan. malu rasanya melihat bahagian sulit Khoja Lisut.. " Tuuuuuukkk. Saya menjerit lagi untuk kali ketiga. datuk mengeluarkan perintah untuk saya. mengikut apa saja yang kami lakukan terhadap dirinya. tolonnnnnnggg saayaaaa. begitu juga dengan suara burung tukang. Di Rejam Buluh Kunung Saya menjadi cemas dan cuba mengubah pandangan ke arah lain. dari leher ke muka nampak merah menyala. Pandangan saya dilindungi oleh tubuhnya yang berwarna putih macam awan. Saya mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengeluarkan Khoja Lisut dari lubang. selesaikan semua kerja ini sebelum fajar... Suara lolongan anjing liar dan burung hantu masih kedengaran sayup-sayup. 255 . datuk membuka cawat yang membalut bahagian kemaluan (masa ditanam dalam tanah tubuhnya tidak memakai pakaian. tidak boleh digerakkan ke mana-mana. saya lihat datuk tersenyum. Datuk ganti cawat seludang kelapa dengan cawat pucuk pisang. 127. Malangnya datuk yang saya harapkan pertolongannya tidak kunjung datang. Masa datuk menguruskan semuanya itu. saya terus menjerit dengan sekuat hati." herdik datuk keras. "Tukkkkk. Dari bahagian leher hingga ke bawah tubuhnya nampak putih pucat.. Cuma boleh memandang ke depan saja. tooolonggggg. Khoja Lisut dibaringkan atas pasir. Ternyata pembacaan saya tidak teratur dan sering mengalami kesilapan.. Dalam keadaan yang gamat itu. nafas jadi sesak dan badan terus menggeletar tanpa sebab. Keadaan Khoja Lisut memang tidak bermaya. Saya terdiam." Sebaik saja saya selesai menjerit. Saya membaca beberapa potong ayat Quran penghalau syaitan dan iblis. "Berat kerjanya tuk. tolongggg." Sebaik saya berhenti menjerit.. " Sekarang kamu keluarkan Khoja dari dalam lubang." Dalam kedinginan dinihari itu. Batang leher terasa keras dan tegang. tapi aku tak nampak apa-apa. Saya kira boleh didengar hingga ke hujung kampung. dia renung ke depan belakang dan kiri kanan." Jeritan saya kali ini lebih kuat dan keras. "Tadi ada makhluk ganjil kacau saya tuk.menjadi tinggi melepasi pepohon besar yang ada di situ.. apatah lagi datuk..

Kamu baliklah ke tepi." "Eh tuk. "Allah hu akbar. saya dapat mengesan sesuatu yang aneh di permukaan lubuk." "Baik tuk. Buaya yang berada di atas pasir. dalam samar-samar saya seperti terpandangkan kepala manusia tenggelam timbul di situ." jawab datuk dan pancutan air dari lubuk segera berhenti." Pasti itu suara datuk.." "Hum. "Maafkan saya tuk. betul ke ni" "Habis kamu fikir aku nak bergurau. "Tuk. "Syukur." "Hummmmm. Serentak dengan itu saya lihat datuk melonjak dari dalam air setinggi sepuluh kaki. Air di situ bergulung-gulung seperti ombak di laut macam ada sesuatu tenaga ghaib yang membuatkan air di kawasan lubuk jadi demikian.." datuk menggeliat dan terus bangun." Terdengar bunyi gelombang air yang amat kuat." terdengar lagi suara datuk. Waktu meranduk air sungai terasa sejuk ke seluruh tubuh. jangan paling muka kamu ke mana-mana. Datuk melayang-layang di udara sejenak dan akhirnya jatuh di sisi buaya yang tersadai di pasir. masa kamu ke tepi mesti jalan mengundur..Cawat itu datuk ikatkan dengan tali yang dibuat dari batang pisang. saya tumpukan perhatian kepada air di permukaan lubuk buaya." herdik datuk. tidak bergerak langsung seolah-olah tidak bernyawa. Di bawah cahaya bulan yang samar-samar itu saya lihat air di permukaan lubuk berpusing dan berputar ligat. Saya segera merenung ke arah lubuk. Kemudian tubuh Khoja Lisut terus ghaib. Dalam pancutan air itu saya ternampak lembaga manusia. "Kau tak apa-apa Tamar?" "Tak ada apa-apa tuk.. saya segera ke tepi dan datuk memikul sekujur tubuh Khoja Lisut seorang diri. Tubuh Khoja Lisut yang melayang di udara akhirnya jatuh betul-betul di hujung ekor buaya. Akhirnya datuk tenggelam tetapi. Saya terus menggigil." Mata datuk menyorot pergerakkan lembaga itu. "Sekarang tolong usung Khoja ke lubuk buaya. tubuh Khoja Lisut masih dapat saya lihat dari tepian. Air permukaan lubuk terus memancut tinggi melepasi pohon-pohon yang terdapat di bibir sungai. serahkan Khoja pada aku seorang. Datuk dan Khoja Lisut yang tenggelam di lubuk buaya masih belum timbul. Bila air sungai sudah mencapai paras ketiak. Dan secara mendadak buaya keluar dari sarang lalu melompat atas pasir. terkapar di situ." Saya segera berdiri di bahagian kaki Khoja Lisut lalu mengangkat kakinya dan datuk mengangkat bahagian kepala. "Siapa dia tu tuk. Khoja Lisut kami usung ke usungan. Datuk mara ke lubuk setapak demi setapak. Tidak nampak batang tubuh datuk di situ tetapi. mari tolong aku." Air sungai terus diharungi menuju ke lubuk. hampir saja kaki Khoja Lisut terlepas dari pegangan saya. pancutan air itu sebesar batang kelapa. "Pegang kuat-kuat. "Allah hu akbar. DEKAT 256 . bila air sudah paras ketiak kamu." "Itulah Khoja Lisut.

datuk berada di luar memasukkan sekujur tubuh Khoja Lisut ke dalam pasir. Sebaik saja matahari muncul di kaki langit. tiga kali dahi Khoja Lisut ditepuknya dan Khoja Lisut terus terbatuk. Sang buaya pun merangkak ke sungai dan terus menuju ke sarangnya (lubuk). Saya dan datuk bergegas turun ke sungai mengambil air sembahyang. saya mesti berjemaah dengannya di samping membawa makanan dari rumah ke pondok pisang sesikat. Bila matahari tinggi separas kelapa dara. Setelah saya fikir semasak-masaknya. "Buaya.Datuk segera mendekati Khoja Lisut. Pada malam kedua saya mengambil keputusan tidak mahu menyertai datuk lagi. malam esok kamu aku pinjam lagi. Bila sudah dimandikan Khoja Lisut tidak diizinkan memijak tanah. Dan akhirnya ditimbus separas leher. Pada mulanya saya keberatan menerima syarat itu. Waktu Subuh yang dinanti-nantikan tiba." rayu Khoja Lisut yang berada di atas bahu datuk. Asar dan Maghrib. kamu tengok apa yang ada depan kamu. semuanya dimanfaatkan untuk menyembuhkan panyakit yang dideritai oleh Khoja Lisut. Perbuatan itu dilakukannya tiga kali berturutturut. memusingkan badannya dengan menghalakan muncung ke sungai. datuk menyuruh saya menutup kepala Khoja Lisut dengan dedaun kering yang jatuh dalam keadaan terlentang .Sesungguhnya. pengalaman begitu tidak akan dapat dilalui oleh generasi yang terkemudian dari saya. Saya diminta menemui datuk waktu Zuhur. syarat itu saya terima." tutur datuk kepada sang buaya sambil menghentakkan tumitnya tiga kali berrturutturut atas pasir. Cuma saya saja yang masuk ke pondok pisang sesikat. Kemudian Khoja Lisut diseret ke dalam sungai kembali lalu dimandikan . 257 .Memang sukar sukar memungut atau mencari dedaun kering yang terlentang. esok sama lusa aku pinjam sarang kamu lagi. sungguh perit dan menyeksakan. "Kalau kamu nak tahu di mana kamu berada." datuk meluahkan hasrat hatinya kepada sang buaya. Datuk terus membisu dan melangkah mendekati sang buaya yang kaku. datuk terus membaca Quran dan saya disuruh membaca surah yasin. Saya dan datuk segera beredar dari tebing sungai. dedaun kering atas kepala Khoja Lisut saya pungut dan dibuang ke sungai. "Sudah sampai masanya kamu balik ke sarang. "Di mana saya?" Tanya Khoja Lisut. Kami sembahyang bersama-sama. Datuk masuk ke pondok sementara menanti waktu Subuh tiba datuk membuat ramuan perubatan tradisional dari dedaun kayu. kamu ada dekat sarang buaya.Khoja Lisut melakukan apa yang datuk suruh." pekik Khoja Lisut. Tidak saya duga permintaan saya itu diperkenankan oleh datuk dengan satu syarat. "Saya tak tahan sejuk macam ni. Tidak dinafikan yang saya memperoleh pengalaman yang amat berharga . Dalam tempoh sehari semalam menemani datuk mengubati Khoja Lisut. Dalam waktu yang disebutkan itu. "Terima kasih. tugas itu dapat saya laksanakan dengan sempurna. Perlahan-lahan sang buaya katupkan mulutnya. Sementara menanti matahari muncul di kaki langit. Sebaik saja datuk berhenti menghentakkan tumit kakinya. "Ya buaya. Walaupun sukar. Datuk terpaksa memikulnya." tutur datuk . Dia sedar dari pengsan. Kami menuju ke pondok pisang sesikat." datuk segera memegang ekor buaya lalu diletakkan ke dada Khoja Lisut. sang buaya terus bergerak dan membuka mulutnya.

"Buat sementara waktu ni. Begitu juga dengan minuman petang." "Sabarlah Khoja. Muka datuk segera saya lihat. Saya menduga sebaik saja sampai ke kawasan pondok. selepas menunaikan fardhu Maghrib bersama.. KETUJUH Petang itu. tapi bila saya boleh keluar dari sini. Datuk mengajak saya kembali ke pondok pisang sesikat. keadaannya sudah banyak berubah. nafas pun senang." ulang datuk lagi. Pengalaman hari pertama dan malam pertama memberikan pengalaman yang amat mengerikan. Apa yang saya 258 ." "Sekarang apa rasanya?" Desak datuk. dia kelihatan segar dan kepalanya tidak lagi terkulai atas pasir. kau jangan minum kopi dulu. "Bagaimana rasanya. Saya menggigit bibir dalam rasa cemas yang berlarutan di hati. "Cukup Tamar. datuk segera melekapkan daun buluh kering ke pangkal leher Khoja Lisut dan Khoja Lisut pun berhenti muntah darah. bawakan kopi ke sini." sambung datuk. sekarang. baru dua teguk menelan air kopi Khoja Lisut tersedak dan terus muntah darah. Biasanya.. dada rasa panas macam ada api di dalamnya. Perkara itu dapat saya kesan bila datuk menyuruh saya membawa makanan tengah hari. Saya tidak ingin mengulangi apa yang telah saya lalui. asalkan saya jangan disuruh menemani datuk sepanjang malam. masanya akan sampai. saya mesti berada di pondok pisang sesikat lima belas minit sebelum waktu Maghrib." Saya segera tuangkan air kopi ke cawan. "Tamar. Sebaik sahaja mendekati Khoja Lisut. "Terasa lega. makanan mesti berada di sisinya.Dalam menyusun jadual yang menguntungkan dirinya. (setelah semua makanannya dipanaskan). lima belas minit sebelum waktu Zuhur. petang ketujuh saya mengunjungi datuk. kami menikmati minuman petang di luar pondok pisang sesikat. cukup." pertama kali saya dengar Khoja Lisut mengajukan permintaan. Di tangan kirinya terselit sehelai daun buluh kering. Khoja Lisut tersenyum ke arah saya. selepas menunaikan sembahyang Zuhur dan Asar kami makan bersama. "Boleh beri dia minum tuk?" "Boleh." datuk tujukan pertanyaan untuk Khoja Lisut. Air kopi saya arahkan ke mulutnya. Setelah menunaikan sembahyang Asar.. Dan saya. Datuk makan malam agak lewat. saya dengan rela hati melakukan semuanya itu. Ada ketikanya saya merenung ke arah Khoja Lisut yang terbenam dalam pasir separas leher. selepas menunaikan fardhu Maghrib perkara itu tidak dilakukan.. ternyata datuk bertindak bijak yang secara tidak langsung mengikat diri saya supaya patuh dengan perintahnya. "Baiklah." Jerit datuk sambil berlari ke arah saya. Tetapi." "Hum. "Tadi masa muntah." datuk garu pangkal dagu beberapa kali. Saya tergamam dengan tindakan datuk itu. dia akan menyuruh saya pulang." Saya lihat kelopak mata Khoja Lisut terkebil-kebil mendengar kata-kata yang datuk luahkan. saya angkat kaki meninggalkan pondok pisang sesikat. Datuk urut bahagian belakang leher Khoja Lisut beberapa kali. Saya pun atur langkah menuju ke arah Khoja Lisut. Sesungguhnya. "Bagaimana Khoja. paling cepat pukul sepuluh.

kenapa datuk harus menghalang saya? Barangkali dia mahu memberikan tugas baru pada saya." desak saya lagi. Tugas saya petang ini sudah sempurna. Kalau diperkenankan hilang rasa jemu. biar aku yang ambil." Saya tersentak. datuk mengeliat dua tiga kali untuk menghilangkan rasa lenguh-lenguh di sendi. Sesungguhnya." Saya menarik nafas panjang. Saya tidak keberatan melakukan semuanya itu. Bagaikan orang resah tidak menentu. "Ada tugas lain yang mesti kamu tolong aku. asalkan saya tidak dipaksa menemaninya sepanjang malam dan hari. tetap menjadi tanda tanya pada diri saya. kemudian berjemaah bersama. tugas saya cuma menghantar makanan ke sini. Ternyata saya sudah masuk ke dalam perangkap datuk. Ungkapan dari datuk itu menimbulkan bermacammacam tafsiran dalam tempurung kepala saya. kamu mesti bersama aku. Bergantung pada bahan-bahan dan ramuan yang aku cari. Sebelum meninggalkan saya.fikirkan tidak menjadi kenyataan. Berdiri menghadapi saya dengan tangan kiri berada di pinggang. dua tiga kali bahu kanan Khoja Lisut ditepuknya. "Tak payah kau balik. manakala tangan kanan diangkat separas bahu serta diluruskan ke depan. Saya kerutkan dahi." saya anggukkan kepala. boleh baring-baring dulu di rumah. Tamar." "Tak boleh. biar aku yang balik ambil kain dan selimut kamu. cepatlah aku datan. "Dulu tuk kata. Tidak ada apa-apa pertolongan yang diperlukannya lagi dari saya. "Begini saja tuk. Datuk berpatah balik ke arah saya. jangan banyak cakap. Dia membongkok lalu membisikkan sesuatu ke cuping telinga Khoja Lisut. Jadi. Bila dekat waktu Maghrib baru datang. biar saya ambil pakaian di rumah dulu." "Balik. "Kamu tunggu Khoja. SENDI Akhirnya. Itu rancangan yang saya susun dalam kepala. Dan saya mengambil keputusan untuk membisu. "Tuk balik lama atau sekejap saja. datuk mengunjungi Khoja Lisut." suara datuk agak keras. Tamar. saya nak balik tuk. keresahan mula menghantui diri." "Apa dia tugasnya tuk?" "Kau tunggu saja. waktu tujuh hari yang ditetapkan oleh datuk untuk merawat Khoja Lisut sudah cukup tempohnya." kata saya dengan penuh yakin. Cara datuk berdiri tidak ubah seperti berdirinya seorang pendekar yang 259 . "Kamu jangan kemana-mana. Dia mula bergerak dalam pondok pisang sesikat dari sudut ke sudut." "Ya tuk. biarlah saya balik. timbul pertanyaan dalam hati. saya dah bawakan makanan dan sudah berjemaah. Tamar. Pengalaman hari dan malam pertama menemani datuk memberikan pengalaman yang amat mengerikan. Dalam perkiraan saya. "Tuk dah janji dengan saya?" "Janji apa?" Datuk jegilkan biji mata. Apakah yang dibisikkan oleh datuk kepada Khoja Lisut. saya tidak ingin mengulangi semuanya itu." jawab datuk dengan wajah yang selamba." saya renung wajah datuk dengan harapan permintaan saya akan diperkenankannya. tidak diduga datuk bersuara demikian. Datuk suruh saya duduk di sisiinya. dan jangan banyak tanya. cepat aku dapat.

" Saya berhenti melangkah. "Bambu runcing tuk." Saya ikut datuk ke belakang pondok pisang sesikat. datuk segera melemparkan buluh kuning tepat ke arah badan saya. Hati saya tetap berdebar menanti jawapan. saya lihat ditangan kanannya ada buluh kuning yang panjangnya kira-kira lima kaki lebih. "Ikut aku Tamar." kata datuk dan ternyata dia dapat membaca apa yang saya fikirkan. Dengan pantas saya mengelak dan terus melompat. Dalam keadaan tercunggap-cunggap saya pacakkan buluh ke tanah. Saya berdiri menentang datuk. saya lihat datuk membongkok mengambil sesuatu di permukaan bumi. "Kamu jaga dia baik-baik. Buluh kuning itu datuk tatang dan lambung-lambungkan kemudian disambutnya. Matahari kian rapat di kaki langit. bila kamu fikirkan mustahak untuk melindungi diri kamu.. Dan saya bersedia melangkah ke arahnya untuk mengambil buluh kuning. "Kau tunggu di situ. Jarak antara saya dengan datuk antara 15-20 kaki. "Bersedia untuk apa tuk?" "Kau ambil buluh ni. dulu orang-orang Jambi menentang tentera Belanda dengan buluh yang ditajamkan seperti ini. "Jangan kau fikirkan bagaimana aku mendapatkan buluh ini. 260 . "Kamu tak lupa dengan langkah yang aku ajar Tamar. Dalam keadaan yang tertanyatanya itu. Beburung berkicau riang. Andainya saya tidak melompat dan mengelak. Saya lihat datuk menajamkan bahagian hujung buluh kuning dengan golok perak. "Sekarang saya boleh balik tuk?" Saya ajukan pertanyaan." datuk tatap biji mata saya dengan tajam sekali. Datuk ambil buluh kuning yang terpacak di bumi." "Tapi apa Tamar?" "Saya cemas dan tak sangka datuk nak buat macam tu. MERAH Di langit awan petang yang berwarna merah mula timbul. Barangkali datuk mahu bergurau senda." Datuk menunjukkan buku limanya ke arah saya.. "Kau bersedia Tamar." jeritnya. Saya tidak berkata apa-apa dan terus keluar dari pondok. Dalam masa melompat itulah saya menyambar buluh kuning." "Tapi tuk. Kejayaan saya disambut oleh datuk dengan ketawa....mahu membuka langkah silat. Bila datuk berdiri. "Kamu cabut. Kemudian buluh dicacakkan kembali ke tanah. Datuk gosok hujung hidungnya dengan jari telunjuk beberapa kali. berterbangan mencari pepohon yang serasi untuk berteduh.. pasti saya tersungkur di bumi. Lagi sekali saya bertanya dalam hati dari mana datuk memperoleh buluh kuning itu." datuk memperlihatkan pada saya buluh yang sudah ditajamkan itu." "Sesekali kamu mesti diuji. Belum sempat saya bersedia dan berbuat apa-apa. Sebentar lagi senja akan melabuhkan tirainya. Mana mungkin melawan buaya dengan penumbuk." datuk segera menimang buluh kuning." "Ya. Betul-betul di depan pondok pisang sesikat. kalau ada buaya timbul kau halau dengan ini." turut datuk lalu melangkah mendekati saya. jangan dekati aku. Saya pun anggukkan kepala.

burung-burung tu tak ganggu Khoja. Saya renung ke arah Khoja Lisut. rambut di kepala Khoja Lisut tercabut dan jatuh bertaburan atas pasir. Saya tidak berhasil mengusir beburung gagak. "Nanti dulu Tamar. dia masih terkulai di permukaan pasir. dia terus melangkah tanpa mahu menoleh ke arah saya walaupun untuk beberapa detik. Kayu itu dilemparkannya ke dalam belukar. Sebaik saja saya angkat tangan kanan dan bersedia mahu melemparkan kayu ke arah burung gagak tersebut. Gunakan buluh tadi kalau kamu diganggu binatang buas atau makhluk lain. Tiba-tiba saya jadi berani. Dengan tenang saya melangkah ke arah Khoja Lisut." Datuk mengeluarkan seberkas pokok dan daun seribu kapit anak dari bungkusan kain batik yang pada awalnya saya duga bungkusan kain selimut dan baju. Tamar. aku tahu semuanya. bagi mempastikan adakah kata-kata datuk itu benar."Tak boleh. Semakin rancak saya bertepuk semakin rancak pula suara gagak menguasai kawasan sekitar. "Gagak tuk. 128.. saya segera menoleh ke arah Khoja Lisut. tidak menjerit minta pertolongan. Hasrat hati segera saya batalkan. ditelan oleh liku denai dan pepohon yang besar. Pasir yang dikais terus mengenai muka Khoja Lisut. Saya renung muka datuk dan dia segera memberikan sebuah senyuman yang penuh bermakna." "Tak mengapa.. Saya tepuk kedua belah tangn dengan sekuat hati dengan harapan bunyi tepukan itu akan menakutkan beburung gagak. terbang di atas kepala Khoja Lisut sambil berbunyi dengan nyaring. Saya jadi cemas bila melihat beburung gagak itu mematuk kulit kepala Khoja Lisut." Datuk segera menyambar kayu di tangan saya. Dan saya dipimpin kembali kembali ke pondok pisang sesikat." perintah datuk. sekejap lagi burung-burung gagak tu mesti pergi dari situ . Beberapa ekor yang lain terus bertenggek atas kepala Khoja Lisut." Mata saya tebeliak mendengar kata-kata itu. Kamu tunggu Khoja Lisut. Datuk sudak mempermainkan saya. "Tuk balik ke?" "Itu urusan aku. Beberapa permukaan ekor lebah entah dari mana datangnya." Selesai saja datuk memberikan sebuah jelingan tajam untuk saya." nada suara datuk lembut tetapi bila dia menyebut perkataan 'kamu tunggu' dan 'makhluk lain' nada suara sengaja ditinggikannya. Rahsia Daun Seribu Kapit 261 . lalu terbang meninggalkan Khoja Lisut. aku yang balik. Anehnya. "Aku sebenarnya tak balik ke rumah. "Sekarang pergi jerangkan air panas. sebagai ikhtiar. Khoja Lisut tidak bersuara. Langkah saya perlahankan. "Habis datuk pergi ke mana?" "Aku cari ini. Datuk hilang dari pandangan saya. saya ambil dahan kayu yang terdapat di situ dan bersedia untuk mambalingkan ke arah sepasang gagak yang sedang mengais pasir di depan Khoja Lisut. saya terdengar suara datuk berdehem dengan nyaring." turut datuk. Dan sepasang gagak turun atas pasir lalu mengais-ngais pasir di depan Khoja Lisut. Ternyata burung-burung gagak sudah tiada lagi di situ. Pokok dan daun seribu kapit anak diserahkan atas lantai pondok. Saya segera mematuhinya.

dia bertindak balas dengan meludah muka saya." Dengan hati-hati saya membawa secawan kopi kepada Khoja Lisut. Dia teguk air kopi hingga habis. Datuk segera berlari ke arah saya dengan wajah yang amat cemas. "Sekarang. malah sebahagian dari air itu masuk ke lubang hidungnya. Dia melihat kepala Khoja Lisut terlentuk atas pasir. datuk suruh saya buat secawan kopi tanpa gula. lepas tu kau keluarkan dia dari dalam pasir." "Kamu suruh atau kamu paksa dia?" datuk jegilkan biji mata ke arah saya.Bila air yang dijerang sudah masak. Bila saya dekatkan air kopi ke bibirnya. Darah saya tersirap. saya suruh dia minum air kopi. "Kamu bawa air kopi ni pada Khoja. saya bertindak agak kasar. kamu gali pasir dan keluarkan dia dari sini. "Sudahlah. paksa dia minum. Tiada jawapan yang saya berikan terhadap pertanyaan itu. Khoja Lisut tidak dapat mengelak lagi." "Nanti dia muntah darah tuk?" "Kali ini. Khoja Lisut segera menolak. Sabahagian daripada air panas itu dituangkan ke dalam baldi kecil yang dibuat dari tanah liat.. Tamar?" "Tak ada apa.. Bila saya ingatkan yang dia masih sakit dan masih berubat dengan datuk. Khoja Lisut bersin air kopi yang bersembur dari lubang hidung mengenai muka saya. kemarahan saya segera menurun. Dia melihat awan di langit. Bila saya paksa. Datuk kedutkan dahi lalu menelan air liur. (bentuknya macam periuk tanah. Bibirnya kelihatan bergerak perlahan-lahan. Dua tiga helai daun seribu kapit anak dipetik dan dimasukkan ke dalam cawan kopi bersama beberapa buku garam. tingginya sekitar satu kaki dan tebalnya tidak sampai setengah inci) kemudian batang dan daun seribu kapit anak dimasukkan ke dalam baldi tanah. "Apa yang kamu buat padanya. Khoja Lisut meraung macam gajah patah kaki. dia melihat beburung yang terbang dan gerak dedaun yang disentuh angin petang. Sebelah tangan menekan rahangnya hingga mulutnya terbuka dan sebelah lagi saya gunakan untuk menuangkan air kopi ke mulutnya." "Baik tuk. kamu mesti selesaikan 262 . dia tak muntah darah. Kali ini. Saya segera mengepit kepala Khoja lisut ke celah paha." Datuk tidak menghabiskan kata-kata itu.

semua kerja-kerja ni sebelum waktu Maghrib tiba. tanpa menghiraukan apa yang saya lakukan. gunakan dengan hati-hati. Kalau diturutkan kata hati. Entah lebih buruk dari ini." Khoja Lisut seperti mengeluh. saya angkat kepala lalu renung ke pondok sesikat. "Semuanya aku selesaikan malam ni juga." suara khoja Lisut terketar-ketar. "Ini pencebak dan cangkul. "Jangan berhenti. Tugas saya menggali pasir sudah selesai. Dengan izin Allah usaha yang aku buat akan diperkenankan-Nya." suara datuk bergementar." "Tak baik merungut dan marah-marah Tamar. jangan sampai kepala Khoja terputus dengan badan." pekik datuk dari pondok." datuk melemparkan pencebak dan cangkul ke hujung kaki saya. mahu saja saya menyepak Khoja Lisut yang terjelepuk atas pasir. hari kamu belum tahu lagi. Hati saya cukup panas. matahari cuma kelilhatan separuh di kaki langit." sambung datuk sambil menudingkan jari telunjuk ke arah pucuk pokok di pinggir belukar. kerja mesti selesai. "Semuanya nak aku selesaikan malam ni juga.. Dalam pergelutan perasaan marah dan benci itu. Hati saya terus berdebar menanti perintah dan arahan darinya. Beburung sudah pun berhenti terbang. Saya lihat datuk tegak di situ merenung tajam ke arah saya. "Sudahlah. suaranya sentiasa keras dan suka marah-marah bila saya berhenti menggali pasir. Dengan berpeluk tubuh.. teruskan." saya menengking. Dia mula memeluk tubuh dan merapatkan sepasang kakinya. Saya ambil cangkul dan mula menggali pasir disekeliling Khoja Lisut. "Barangkali semuanya kerana perbuatan pak cik yang lalu. "Menyusahkan saya. Khoja Lisut saya tarik dengan kasar sekali. SEPARUH Cuaca mula samar-samar. Saya terus menjuihkan bibir kearahnya. membuat saya berhenti mencangkul pasir. Wajah datuk cukup serius. bila matahari ada di pucuk pokok tu. 263 . cakap banyak pula dia.. Sikap datuk cukup berbeza. Saya kembali menggali pasir. di kelilingi awan berwarna jingga." terngiang-ngiang suara datuk di cuping telinga. hari ini hari pak cik. datuk terus melangkah menuju ke pondok pisang sesikat. kerana dia saya terpaksa melakukan kerja-kerja berat begini.

Lagi sekali saya menjadi terkejut dan takjub dengan sikapnya itu. Nasib baik saya tangkas menyambut. setelah menaburkan bakti kepada makhluk Allah dipermukaan bumi ini. saya dapati mereka sudah tiada disitu. Bila saya datang semula ke tempat datuk dan Khoja Lisut. 264 .Angin tidak lagi bertiup. "Sekarang kamu terjun ke dalam sungai. Sampai saja ditebing sungai. Saya yang masih terpaku disisinya segera mengorak langkah bersama rasa cemas dan takut. "Dengan pakaian begini tuk?" "Tidak. Kalau tidak." datuk tiba-tiba berdiri dekat saya sambil mengeluarkan arahan. gunakan kain basahan ini." Datuk pun memberikan pada saya kain basahan berwarna hitam yang setiap bucunya ditampal dengan secebis kain warna merah. Kerana tidak mendapat apa-apa arahan baldi tanah itu terus saya peluk dengan erat. datuk mandi dan saya bertambah resah. kain basahan segera saya ikat ke pinggang. Datuk terus berlalu dari sisi saya menuju ke sungai. saya kira datuk akan mengeluarkan arahan tertentu kepada saya. Kenapa datuk membenarkan saya memakai kain basahannya? "Pergi cepat. Maklumlah. saya segera mengambil air sembahyang. Saya terdengar bunyi gemercik air sungai. datuk tanpa berkata apa-apa terus mencampakkan baldi yang berisikan pokok dan daun seribu kapit anak kepada saya. terpaksa mandi seorang diri disungai yang ada buaya dalam suasana senja yang kian memberat. saya terus berhenti mandi. Jarang-jarang datuk menggunakan kain basahan itu. Dua kali selam. seolah-olah menghormati kepulangan matahari keperaduannya. Kemudian saya terjun dalam sungai. Sebaik saja sampai dekat saya. Belum pernah dia membenarkan kain basahan milik peribadinya itu digunakan oleh orang lain. Saya amat terkejut dengan tindakan datuk itu. Ternyata apa yang saya harapkan tidak menjadi kenyataan." herdik datuk. Dalam cuaca yang samar-samar itu datuk berlari-lari anak kearah saya. pepokok kelihatan kaku. Semuanya membuat saya jadi pening dan menimbulkan seribu persoalan dalam kepala. Rupanya. Dalam keadaan tergamam itu. terlalu banyak perkara ganjil yang datuk lakukan. Kerana memikirkan tidak lama lagi waktu Maghrib akan tiba. sudah pasti baldi tanah jatuh terhempas ke pasir dan besar kemungkinan akan pecah. Saya tidak sedar waktu bila dia mendekati saya.

" Perintah datuk segera saya patuhi. datuk menyuruh saya menghidupkan api dihalaman pondok. "Pergi sekarang. Datuk sudah menyediakan setimbun kayu api dibelakang pondok. macam yang aku suruh. Saya yakin.. "Masuklah. Khoja Lisut terbaring di sudut pondok memeluk baldi tanah dengan erat sekali. Saya tidak ada pilihan selain dari mematuhi perintahnya itu. pergi ke sungai mandi dan ambil air sembahyang." "Qamat. api itu dihidupkan untuk menghalau nyamuk. dia bangun lalu mendekati Khoja Lisut. sering terganggu oleh keluhan dan tangisan Khoja Lisut. dan sembahyang saya tidak begitu khusyuk." tutur datuk sambil bangun mendekati Khoja Lisut disudut pondok. saya teruskan perjalanan ke pondok.. kamu boleh menolong aku. sebaik saja dia menamatkan wirid Isyak yang panjang. Dengan berbekalkan semangat. Setelah menoleh dua tiga kali kawasan sekitar." entah mengapa saya jadi gementar mendengar perintah datuk. datuk sudah mengheret Khoja Lisut dan saya bayangkan bagaimana Khoja Lisut merintih ketika diheret. "Masuk. Tamar?" "Sudah tuk. Kerja ini tidaklah sukar sangat." "Sekarang." datuk berhenti bercakap.Dalam suasana samar senja itu. saya terpaksa mencari kayu. biar senang kita berjalan. "Sudah. "Kita sudah sembahyang Isyak. Maghrib dah tiba." itu yang datuk ucapkan kepada saya. Selesai saja sembahyang dan wirid. kulit 265 . Kewajipan saya ialah membawa kayu sebesar paha yang sudah kering kehalaman pondok. "Tentukan api itu sentiasa menyala. Saya menduga. saya tidak perlu bergerak jauh dari pondok. Sampai dipondok saya lihat pelita minyak tanah sudah terpasang. "Kamu dah baca ayat Kursi empat puluh kali. Datuk duduk bersila ditengah pondok menghadapi sejadah." Saya melangkah dua tapak dan berhenti kerana saya terdengar sesuatu dari sebelah kanan saya." sambungnya lagi. saya masih dapat melihat kesan orang merangkak di pasir. tunggu apa lagi. kenapa datuk menyuruh saya berbuat demikian. waktu Isyak dah sampai. Saya tidak pula bertanya. Saya hanya tersenyum tanda bersedia menerima perintah. Nasib saya agak beruntung. Tamar.

kain bengkung dari kain berwarna kuning. saya lihat sekujur tubuh Khoja Lisut bermandikan peluh. "Bangun. Sementara menanti air rebusan mendidih. Tanpa berlengah-lengah saya terus keluar dari pondok. Dengan perlahan-lahan datuk meletakkan Khoja Lisut atas pasir. Khoja Lisut menurut kata datuk. makin kerap jari jemari datuk mencari urat-urat tersimpul dalam tubuhnya." Saya segera ke halaman rumah. Datuk mahu seluruh halaman pondok terang dan cerah dengan cahaya api dari longgokan kayu yang terbakar itu. "Baik tuk. Baldi tanah saya angkat. Datuk tidak ambil kisah dengan semuanya itu. Kayu dihalaman pondok terus dimamah api. saya segera masuk ke pondok lalu duduk disisi datuk yang sedang mengurut tubuh Khoja Lisut. Saya perhatikan jari jemari datuk berlari lembut dipermukaan kulit Khoja Lisut. dia pun berhenti membawa kayu dari belakang pondok ketempat api yang sedang menjulang tinggi itu. Datuk pun mengenakan baju hitam dan seluar hitam. "Sekarang kamu pergi rebus batang dan daun seribu kapit anak. 266 .Khoja Lisut terus dijamahnya dengan tenang." Datuk renung biji mata Khoja Lisut dan bagaikan orang kena pukau. Datuk terus ke belakang pondok mengambil kayu dan dicampakkan ke dalam api yang sedang marak. Perlahan-lahan dia mendirikan Khoja Lisut sambil menyuruh saya menjirus air rebusan daun seribu kapit anak kearah kedua belah tempurung lutut Khoja Lisut. Dia bangun dalam kepayahan yang amat sangat. suara katak dan cengkerik terus berbunyi disamping suara unggas malam yang sering bertingkah antara satu sama lain. Tiga kali Khoja Lisut mencuba dan tiga kali pula dia berdepan dengan kegagalan. KATAK Dingin malam mula terasa cara kebetulan pula angin mula bertiup agak lemah. Bila jari jemari itu berhenti disendi-senddi tubuh untuk menyentuh urat. saya lihat Khoja Lisut menggeliat menahan kesakitan sambil merintih. kamu pergi angkat air tadi atas api. mencari kayu yang keras untuk saya jadikan tungku. Bila datuk sudah puas hati dengan cahaya api yang didapati disitu. Bebunga api terus naik udara." mata datuk cukup tajam menikam wajah saya. Tidak sampai lima minit kemudian datuk keluar dari pondok dengan Khoja Lisut atas bahunya. Makin kuat Khoja Lisut mengerang sakit. lalu diletakkan atas pasir. Seperti biasa. "Tamar." datuk menyambung kata-kata yang terputus. kepalanya diikat dengan secebis kain merah. rebus sampai airnya mendidih. Pertama kali.

Deru angin terasa amat menggerunkan. Lolongan anjing liar jelas kedengaran dibawa angin malam. setiap kali melangkah kamu baca Bismillah dan selawatkan Nabi." kata datuk kepada Khoja Lisut. "Faham. Kecacatan lain dibahagian tubuh badannya." datuk keluarkan arahan." Dia atas pasir terus memeluk tubuh." 267 . "Tamar. aku belum suruh buat. kau pukul kakinya dengan batang seribu kapit anak. Begitu juga dengan suara burung hantu." "Bagus. "Nanti dulu." "Maafkan saya. Semuanya itu membuat saya resah gelisah. saya lihat beransur hilang. nafasnya ditarik dan dilepaskan perlahan-lahan. kau pukul sekuat hati kamu. kamu faham tak?" cukup keras suara datuk. "Bila saja Khoja melangkah. cepat-cepat Khoja Lisut angkat kaki kanan untuk melangkah." jawab Khoja Lisut." suara Khoja Lisut lemah.Saya melakukannya lebih kurang hampir sepuluh minit. Datuk keliling Khoja Lisut tiga kali. Badan saya mula terasa seram sejuk. iaitu dari kanan ke kiri. Selesai saja saya melakukannya. Suara cengkerik cukup hebat berbunyi. "Mula kamu berjalan. kemudian lari dan elakkan kaki kamu dari kena pukul oleh si Tamar. saya menggunakan tempurung dan jumlah air yang dijirus untuk kedua tempurung lutut itu ialah berjumlah sepuluh tempurung semuanya." Saya tumpukan sepasang mata kearah datuk. saya merasa takjub. Khoja Lisut boleh berdiri tegak. "Kamu pula macam mana Tamar?" "Saya juga faham tuk. "Kamu melangkah perlahan. Bersedia mendengar apa juga perkara yang akan diutarakan kepada saya. Kemudian datuk memandang kearah Khoja Lisut. tiba-tiba datuk menjerit. Angin malam kian keras bertiup. lolongan anjing dan cengkerik. "Bersedia. Sepasang matanya dirapatkan. Kemudian datuk duduk bersila atas pasir disebelah kanan Khoja Lisut.

Datuk tepuk tangan dan terus melompat." Saya pun terus memukul sepasang kaki Khoja Lisut dengan batang seribu kapit anak. Dia berusaha mengelakkan dirinya dari jadi sasaran pukulan saya. Bila saya cuba berhenti. Setengah jam. 268 . Khoja Lisut berjalan dengan senang hati dihalaman pondok. Saya pukul dengan sekuat hati. setelah itu saya tidak tahu apa yang terjadi. Begitu juga dengan Khoja Lisut. Jadi kami terpaksa berlari. sesudah minum air dari dedaun itu. Dalam usaha mengelakkan dirinya dari jadi korban. berlari dengan kencang. saya mengejar untuk menyakitkan Khoja Lisut dan Khoja Lisut pula lari kerana tidak mahu jadi sasaran pukulan dari saya. Dia seperti mengalami kekuatan luar biasa. mungkin kerana pukulan yang tepat itu membuat Khoja Lisut mengalami rasa sakit. "Tugas kamu. tidak terdaya mahu melangkah. datuk suruh saya minum dari dedaun yang dibuatnya. datuk segera menjerit sambil membawa kayu panjang untuk memukul saya." terang datuk dengan nada suara yang lembut." Itu yang duduk tuturkan kepada saya. CERAH Bila saya membuka mata. saya lihat hari sudah cerah. Saya mengalami kepenatan yang amat sangat. "Mulakan Khoja. Seluruh sendi saya terasa lemah dan saya jatuh atas pasir. begitu juga dengan sakit-sakitnya yang lain." Khoja Lisut pun mula melangkah. Akhirnya dia berdiri tegak macam patung sambil memeluk tubuhnya. kalau berhenti datuk akan melemparkan puntung yang terbakar kearahnya. badan saya terasa segar dan berpeluh. Sayup-sayup terdengar suara datuk memaki hamun saya. Tamar. Kerana terpaksa dan dipaksa. Antara kami sudah menjadi seperti musuh pada saat itu. Khoja Lisut lupa tentang dirinya yang lumpuh. Dan saya pula berusaha untuk memukul dengan tepat seperti apa yang datuk arahkan. "Kamu pengsan. saya terpaksa juga minum. Bagi memulihkan kekuatan yang hilang. Datuk duduk bersimpuh didepan. "Khoja macam mana?" "Sakit lumpuhnya sudah baik. dia sudah boleh berjalan seperti sediakala. Rasanya cukup pahit dan bagaikan tidak tertelan dan mahu muntah dibuatnya.

Tetapi. Bagi menenangkan keadaan. Ciri-ciri seorang pendekar memang ada pada dirinya. kerana kurang sabar ilmunya tercabar. "cakaplah apa yang mahu cakapkan Khoja. Khoja terpaksa berlari. saya dapat menduga waktu itu lebih kurang pukul lapan pagi. Ternyata dia seorang lelaki yang tampan dan gagah. semuanya sudah hilang." bisik datuk kepada saya. Lebih dari setengah jam saya dan datuk berada diluar pondok. dan saya amat senang sekali mendengar kata-kata itu. "Khoja ke mari. barulah Khoja Lisut datang. Tergesa-gesa Khoja Lisut berjalan kearah datuk. memanglah layak dia memegang gelaran sebagai seorang guru silat. "Dengan apa mahu saya balas budi tuan. kehampaan dan kekecewaan diwajahnya. Melihat dari tingginya matahari masa itu. saya lihat Khoja Lisut tercungapcungap. tetapi Khoja Lisut tidak dapat menahan kesedihan." tingkah datuk lagi." 269 . "Jangan berjalan. Saya anggukkan kepala." Khoja Lisut tidak meneruskan kata-katanya. Kepenatan terbayang di wajah." laung datuk. kamu tetap sihat. "Kesian dia tuk. Bila sampai di pondok. tanpa diduga dia terus memeluk tubuh datuk dengan erat sakali. "Biarkan dia menangis. saya dapat melihat wajah Khoja Lisut yang sebenar. Tamar. Saya lihat Khoja Lisut tunduk penuh terharu. Andaian saya itu dikuatkan lagi dengan kehadiran burung murai dan merbah batu yang kerap menyanyi bila jam lapan pagi. kamu mesti berlari..." jerit datuk." tutur datuk sambil menatap wajah Khoja Lisut yang terpaku didepannya. kecacatan yang terdapat di tubuh badannya dulu." sambung datuk lagi. datuk mengajak saya beredar keluar pondok. tidak ternampak kesan kesedihan. Tetapi. fikir saya sendirian. Dia berdiri didepan datuk."Kamu tak usah bimbang. saya lihat dia menangis tersedu. "Saya tahu. janji aku dengan kamu sudah selesai. Melihat dari bentuk tubuh dan wajahnya. "Khoja. "Jangan menangis." datuk pun menjatuhkan telapak tangan kanannya atas bahu kiri Khoja Lisut. Kali ini saya lihat wajahnya cukup riang. Kini." datuk memberi jaminan." "Aku harap apa yang berlaku akan menginsafkan dirinya.

Saya terpampan mendengar perkataan 'tuan' yang ditujukan oleh Khoja Lisut kepada datuk." mulut Khoja ternganga mendengar kata-kata datuk itu.." kata saya." "Haa. Berpeluh saya seorang diri. Bila saya memulakan langkah mahu mengikut mereka. Saya segera ambil cangkul dan memulakan tugas menimbus lubang. "Mengapa bertuan dengan saya." Khoja Lisut pun mula mencangkul pasir dan ditimbus ke bara api. bukannya pada aku. Termenung saya memikirkan bagaimana untuk membawa air sungai ke tempat bara." datuk menarik tangan Khoja Lisut mengajak pulang. kita padamkan dengan pasir. timbul persoalan dalam diri sendiri. mahu saja saya menjerit memprotes sikap datuk itu. "Tak payah. "Datuk izinkan aku membantu kamu Tamar." "Tak payah balas. "Dengan apa mahu saya balas budi baik abang. bukankah elok panggil saya abang saja." dengan senyum datuk bersuara." Khoja Lissut tercegat didepan saya. Disana kita boleh cerita panjang. apa yang aku lakukan selama ini adalah usaha atau ikhtiar aku." "Saya buat seorang saja tuk?" "Ya.. ikut aku ke rumah. sesuai dengan umur aku yang lebih tua dari kamu. Saya mengambil masa hampir satu jam untuk menimbus lubang." "Apa dia kerja saya tuk?" "Timbus lubang dan padamkan api dengan air. saya melihat datuk dan Khoja Lisut melangkah dengan tenang meninggalkan saya. 270 ." "Ini dah cukup baik. dan saya kira datuk kurang senang bila dirinya dipanggil begitu. saya segera dihalang. "Tak usah banyak cerita lagi. Saya segera membantunya dan kerja itu selesai tidak sampai dua jam. nampaknya kita kena bawa air dari sungai. kemudian saya beralih untuk memadamkan bara api yang masih merah. Dan ikhtiar itu diperkenankan oleh Allah. Ah! Siapa yang mahu menolong dan siapa pula yang dapat mendengar jeritan saya. "Tamar. pada Allah kau harus bersyukur dan berterima kasih. "Kerja kamu belum selesai Tamar. Rasanya." Dengan tarikan nafas panjang.

"Sebelum aku pergi." "Pergi mandi. 129." Khoja Lisut buka rahsia ketika kami sama-sama berjalan pulang ke rumah datuk." tambah lagi." "Apahalnya nek?" nada suara saya meninggi. datuk kamu nak adakan kenduri kesyukuran kerana sakit aku sembuh. Saya sambut geleng kepala nenek dengan senyum megah. bila melihat baju saya basah kuyup akibat peluh. pergi tengok sendiri. aku terpaksa sembahyang Asar disurau. "Hiss." terang nenek dengan tenang. datuk kamu ada hal disitu. sepasang mata tuanya tertumbuk ke wajah saya. Ternyata rambut hitam sudah hampir separuh dikuasai oleh rambut putih." saya protes cadangan nenek. Dengan tenang nenek menghela nafas. Saya berpisah dengannya dihadapan halaman rumah.. mandi diperigi saja. "Kalau kamu tak percaya dengan cakap aku. Dia gelengkan kepala. "Kenapa begini Tamar?" "Saya disuruh membuat kerja berat. Api Keluar Dari Kubur Nenek sambut kepulangan saya dengan senyuman.. Dia menuju kearah datuk yang menantinya dibawah pokok manggis. Nenek seperti berada dalam keadaan serba salah."Aku terpaksa tinggalkan rumah datuk selepas waktu Asar." sambungnya lagi. Secara mendadak saya teringatkan Khoja Lisut." sanggah saya dan kami terus melangkah. Saya menuju kearah pintu dapur kerana saya ternampak nenek 271 ." keluh saya dengan rasa serba salah. kamu mandi di sungai saja Tamar. Dahinya nampak berkerut. jangan benarkan sesiapa datang ke perigi waktu begini. "Ikut saja apa katanya. "Jangan mandi di perigi. Pesannya pada aku." "Mandi di perigi?" Nenek tidak menjawab pertanyaan saya." "Sungai jauh nek. cepat. "Jangan mandi di perigi. Jejari kanannya terus melurut rambut sebelah kanan beberapa kali. "Aku tak tahu apa halnya.

Barulah perut sungai saya tinggalkan. "Tamarrr. merasa diri cukup segak sekali. saya bagaikan seekor memerang." Suara nenek keras. Saya lihat ada hidangan tersembunyi dibawah tudung saji. Berlarilari anak menuju ke rumah." "Takut dimarah datuk. saya ambil kain basahan diampaian lalu dibelitkan ke leher. Boleh menarik perhatian orang lain andainya saya berjalan ke kedai atau ke mana-mana. kain basahan pun saya ikat ke pinggang. Bila kulit telapak tangan dan jari menjadi kecut.. Berenang dan menyelam dengan bebas. bila berada dalam perut sungai. jambul saya mirip jambul P. Ramlee. mencipta jambul dikepala. Tanpa mengucapkan sesuatu nenek. Rambut pun saya sikat dengan rapi. Saya bergegas menuju keruang dapur. Tanpa banyak biara. tiga warna iaitu biru. CERMIN Didepan cermin saya berdiri." "Ya. Saya memilih kain pelikat kotak." "Saya tahu. badan mengeletar kesejukkan. Baju Melayu potongan teluk belanga jadi pilihan untuk saya pakai pada hari itu. Bau dari hidangan membuka selera. Dua tiga kali saya melihat jambul dari pelbagai sudut.tercegat disitu." "Itu keeputusan yang bijak. tanpa disedari oleh nenek yang sibuk diruang dapur. Dari tebing sungai saya melakukan terjun menjunam." nenek anggukkan kepala. tetamunya tu Khoja Lisut. "Nek suruh saya makan?" Saya terus duduk bersila didepan hidangan. Saya masuk ke rumah ikut tangga bahagian tengah. "Tak kuasa saya nak tengok sendiri nek. Setelah membuka pakaian.. saya terus menuju ke sungai. Saya yakin. Macam biasa. dia memandikan tetamunya. Perut terasa lapar. macam gaya seorang tarzan." "Kenapa pula Tamar. Dari situ menyelinap masuk ke kamar sendiri. Tiga empat kali saya tersengih didepan cermin. Secara mendadak nenek terus ketawa 272 . merah dan putih.

Apa yang terdaya saya lakukan ialah tersengih memandang kearahnya. Dia segera bangun bila melihat datuk sudah berdiri. Dan dalam masa yang sama saya renung juga muka Khoja Lisut." terpancut keluhan dari kelopak bibir saya. "Belum lagi." cukup tajam sindiran dari datuk untuk saya. Tanda setuju.. 273 . "Sembahyang Zuhur dulu. Datuk kamu menunggu kamu diruang tengah. Khoja Lisut angguk kepala. selesai makan saya pun bersandar ke dinding. Datuk dan Khoja Lisut sudah berdiri disitu. Sakit rasa hati bila Khoja Lisut melemparkan senyum sinis kepada saya." tegah nenek. Saya segera mengambil air sembahyang. Mereka menanti kedatangan saya untuk memulakan solat Zuhur secara berjemaah. "Habis bila lagi nak makan?" tutur saya separuh kesal. saya tidak jadi membuka tudung saji. "Bila masa nak sembahyang sengaja kamu buat lambat-lambat.. Selesai sembahyang dan berdoa kami terus ke ruang dapur. Khoja. Seperti biasa. Kerana datuk sudah bersedia untuk menjadi imam. "Mari kita duduk di anjung. nak duduk disini?" Datuk jegilkan matanya dan saya segera tegakkan badan. Ada imbasan senyuman terpamer diwajahnya. Pengat labu kuning yang disuakan oleh nenek kepada saya buat pencuci mulut terpaksa saya tolak. Dapat sikit angin.. Duduk bersila. Bila masa nak makan kamu nak cepat-cepat. Kemudian melangkah ke ruang tengah. Saya kepenatan dan nafas terasa amat sesak sekali. Masakannya enak sekali. Saya cuba bangun tetapi. sebelum menjamah makanan datuk membaca doa pendek. menghadapi hidangan yang terbuka. Saya renung muka datuk. Perut saya sudah tidak mampu untuk menampung makanan. pergi ambil air sembahyang. Tidak ada bantahan. "Kenapa lambat Tamar?" datuk renung muka saya." datuk kemukakan cadangan untuk Khoja Lisut. Barangkali dia terasa amat lucu dengan telatah saya." mulut saya terlopong. Bila doa berakhir kami pun menjamu selera dari hasil kerja seni dapur nenek.terkekek melihat telatah saya. Rasa penat dan mengantuk akibat kekenyangan serta merta hilang.." "Huh. walaupun sedikit. Memang terasa kecewa mendengar kata-kata nenek itu. "Kamu Tamar. tidak berjaya. saya segera berdiri sebaris dengan Khoja Lisut. "Haaa.

. Sesungguhnya." "Tak apalah Tamar. Saya gembira kerana datuk sudah meninggalkan saya." nenek memberikan penjelasan. Kenapa nenek tidak mahu meneruskan kata-katanya? Kerana masih ada dua cawan kosong yang tertinggal. kau pergi rehat dulu." "Sedap tu nek. Walaupun usianya sudah agak lanjut tetapi. Nenek membawa pinggan dan piring yang ada dalam talam ke dapur. Semoga datuk tidak akan berpatah balik untuk memberi apa-apa arahan. matanya tidak berkedip menatap wajah saya. segantang sahaja. Nenek terus mengumpulkan pinggan dan piring dalam talam.. bisik batin saya sendirian. Dia mengakhiri kata-katanya dengan batuk kecil beberapa kali. "Ingat. Sukar untuk saya melarikan diri dari tanggungjawab yang diamanatkan oleh datuk. minta saya tolong." sambung datuk.. Tiada jawapan yang terkeluar dari mulut nenek. Saya kian resah. "Kamu tolong bawakan pulut kuning dan pisang emas ke surau. Demikian saya memutuskan dalam hati. "Banyak pulut kuning yang nenek kukus? Apa lauknya?" "Tak banyak. bolehlah tidur." nenek berhenti bercakap."Kamu tolong nenek didapur. Tolong apa nek?" tanya saya dengan nada suara yang lembut dan hati-hati. "Saya tak dapat nak tolong nek. lepas tu kalau kamu nak tidur. gerak kerjanya cukup pantas macam orang muda. Saya perhatikan gerak-geri nenek dengan mata separuh terbuka. Kedatangannya kali ini tidak harus dipersia-siakan begitu. Datuk kamu nak buat jamuan kesyukuran kerana tetamunya dah sembuh dari sakit." 274 . "Tolong apa nek?" untuk kali kedua saya bertanya. meskipun tanggungjawab itu tidak disampaikan secara terus kepada saya. memaksa nenek datang semula ke ruang makan. penjelasan nenek memberikan tanggungjawab baru kepada saya. Cuma nenek nak minta tolong satu saja. kita berjemaah bersama orang-orang kampung. lauknya ayam. dada saya terus digayuti dengan persoalan." lanjut datuk lagi. Saya segera meluruskan badan. Datuk pun melangkah menuju ke anjung rumah dengan diikuti oleh Khoja Lisut. Saya terasa aman dan berhasrat mahu baring dan terus tidur disitu. masuk waktu Asar kamu mesti ada disurau. Saya harus menggunakan kesempatan ini dengan sebaik mungkin. RESAH Saya jadi resah. "Tadi nenek kata.

saya akan tertidur dengan nyenyaknya. Melangkah menuju ke kamar lalu merebahkan badan atas ranjang. Sebaik saja saya berada diatas ranjang kembali." "Pergilah. Bahang panas luar terasa menyengat seluruh badan." Nenek meninggalkan saya. Tidak ada seorang pun teman-teman lelaki itu melihat yang pundi-pundi berisi wang itu jatuh dan bersatu dengan tanah. Mungkin dengan membaca boleh mempercepatkan saya tertidur. biar saya masuk bilik dulu nek. Begini kisahnya: PEREMPUAN Dizaman dahulu. Sebelum bangun. pangkal betis dan sendi saya urut dua tiga kali hingga badan terasa selesa. saya berharap sebaik saja tamat membaca kisah tersebut." "Baiklah. Akhirnya saya sampai ke bahagian hikayat Orang Yang Melalaikan Solat. Meneruskan tugasnya yang masih belum selesai. Tidak ada bahan bacaan yang benar-benar menarik minat saya. Maklumlah. Majalah hiburan. Gelanggang Filem dan Majalah Filem yang ada dihujung ranjang sudah saya baca. Bila terasa diri sudah cukup bersedia."Jangan sebut sedap sebelum makan. Sehelai demi sehelai halaman buku saya buka. Apa yang dirasakan oleh lelaki itu ialah rasa kesedihan dan kehampaan yang memanjang. dia kehilangan seorang 275 . tanpa disedari pundi-pundi yang berisikan wang dan barang-barang lain terjatuh dalam longgokan tanah. kalau ada masa eloklah membaca buku-buku lama yang tersimpan dalam biliknya dari membaca majalah hiburan yang tidak begitu mendatangkan manfaat pada diri saya. Saya terus ke kamar datuk mengambil senaskah buku lama tulisan jawi. sekarang kamu pergi berehat. sampai masanya nenek panggil kamu. seorang lelaki menangis kehibaan kerana kematian saudara perempuannya yang dikasihi. Dia menuju ke ruang dapur kembali. Kemudian lelaki itu bersama orang-orang kampung terus menguburkan saudara perempuannya dikawasan perkuburan. Menguap dengan semahumahunya. Pangkal pinggang. saya pun segera bangun. Di samping itu. saya menggeliat dua tiga kali. Mencari tajuk yang sya fikirkan menarik. Saya betulkan kedudukan badan. Entah macam mana terlintas difikiran saya untuk membaca. Bagaimana kalau saya mengambil buku-buku lama bertulisan jawi dikamar datuk? Timbul pertanyaan dalam diri. Dan datuk pernah berpesan pada saya. Semasa lelaki itu menimbus mayat saudaranya itu. biar selesa ketika membaca.

" kata lelaki itu pada kawan-kawannya. biar aku uruskan sendiri. begitulah kecelakaan atau keburukan yang menimpa terhadap orang-orang yang melalaikan solat. Tubuh lelaki itu mengeletar ketakutan. Sampai separuh jalan. "Tak apalah. "Kenapa?" tanya salah seorang kawannya. "Dahsyatnya. baru disedarinya pundi-pundi berisi wang miliknya sudah hilang. Allah berkuasa atas segala-galanya. Saya merenung sejenak dan saya segera berfikir. Lelaki itu pun terus bertanya kepada ibunya: "Ibu! Cuba terangkan. Saudara-saudaranya agak terkejut tetapi. dia terus menceritakan kepada orang tuanya dan saudaranya mengenai kejadian tersebut. Sedang dia asyik menggali tanah (kubur)." balas lelaki itu. Kami tak dapat bersama-sama kamu. cemas dan tidak tentu arah." keluh saya lalu menutup buku lama itu.saudara perempuan yang amat disayanginya. ibunya tetap tenang." jawab kawannya itu. Sudah tentu kata-kata itu mengejutkan kawan-kawannya. lelaki itu bermuafakat dengan saudarasaudaranya (termasuk ibunya) berdoa kepada Allah supaya dosa saudara perempuannya itu diampuni oleh Allah. Bagi orang yang meninggalkan solat tentu lebih ganjaran yang diterimanya. Lelaki itu terkejut dan takut." "Kalau begitu kata kamu. lelaki itu bersama kawankawannya terus pulang. Sampai di kubur lelaki itu terus mengais-ngais tanah disitu. tiba-tiba keluarlah api yang menyala-nyala dari dalam kubur. Lelaki itu mula menggali sebahagian dari tanah kubur. apakah perbuatan yang tidak baik yang dilakukan oleh saudara perempuanku itu semasa hidupnya?" "Wahai anakku! Amal perbuatan saudara perempuanmu semasa hidupnya. Tanah kubur itu segera ditimbusnya. Dia ingin segera pulang dan mahu menceritakan apa yang dialaminya kepada ibu dan saudara-saudaranya yang lain." terpancut kata-kata dari mulut dan secara mendadak saya 276 . Pundi-pundi beisi wang tidak juga ditemuinya." Setelah mendengar penjelasan ibunya. Dengan rasa gementar. "Sesungguhnya. pergilah. aku nak ke kubur semula. lalu meninggalkan kawankawannya. lelaki itu berlari pulang ke rumah. "Kamu balik dulu. "Pundi-pundi wang aku tercicir di kubur. Sampai saja dirumah. tidak pernah mungkir janji terhadap hambanya. suka melalaikan solat dan kadang-kadang mengakhirkannya sampai habis waktu. Setelah selesai menguburkan saudara perempuannya.

. Membacanya. melainkan semata-mata untuk beribadat kepadaKu. wajahnya berjambang dengan pedang terselit dipinggang. saya lihat seorang lelaki Arab tersenyum kearah saya. "Assalam-mualaikum. "Ya. berlaga sama sendiri." "Walaikumussalam. Sebaik saja mata terbuka. saya terasa bahu saya dipegang orang dari arah belakang. begitu juga dengan bunyi pinggan dan piring yang dibasuh oleh nenek. Saya tidak ada pilihan selain dari membuka mata untuk melihat. Saya tutup mata dengan kedua belah tangan saya. Saya tidak sanggup melihat ribut pasir beserta dengan bunyi yang amat menggerunkan itu. Begitu rumusan yang saya buat sendiri.teringatkan sepotong ayat dari Al-Quran yang bermaksud: "TidakKu jadikan manusia dan jin. "Nama kamu Tamar Jalis?" tanyanya lagi. saya kehabisan tenaga untuk mengipas. beerti memaksa saya berfikir. Saya tidak berhasrat untuk membaca hikayat-hikayat yang termuat dalam buku itu lagi. bau peluhnya tidak begitu menyenangkan saya tetapi.." sahut saya." Dan saya merasakan diri saya semakin kecil. Lama-kelamaan semua bunyi-bunyi itu terus mengilang. bahang panas diluar membuat badan saya terasa bergetah. Barulah terasa dingin tetapi. Bermisai tebal. kerana orang sudah menunjukkan rasa persahabatan saya wajib menerimanya dengan ikhlas. PANAS Dua tiga kali saya menguap. Apa yang saya alami seterusnya. Bagi menghilangkannya saya terpaksa menggunakan cebisan kotak untuk dijadikan pengipas angin." Secara mendadak lelaki Arab itu memeluk tubuh saya. walaupun semuanya boleh dijadikan cermin dan teladan dalam kehidupan. Saya melihat ribut pasir yang amat menakutkan hingga memaksa saya berlindung disebalik pokok kurma yang hanya tumbuh sepohon saja disitu. 277 . Bunyi kicau burung terdengar sayup-sayup. Pada saat itu. bagaikan segumpal buih disamudera nan luas. saya dapati diri saya berada di sebuah padang pasir yang maha besar dan maha luas. Bila sudah berfikir pasti mata tidak mahu mengantuk. pipi kami berlaga. seiring dengan itu mata saya mula terasa mengantuk. Kuda putih milik lelaki Arab itu kelihatan jinak sekali dan tidak takut dengan bunyi ribut pasir. siapakah orang yang berani memegang bahu saya. Buku lama bertulis jawi saya campakkan ke sudut kamar.

Cuma tidak diperhatikan oleh 278 . Dengan kehendak Allah yang Maha Besar. Ada rasa gementar dan cemas bergolak dalam jantung hati saya." tuturnya. Tuan Sheikh Abu Bakar Al-Petani yang sukar ditentukan kerakyatannya samada orang Arab tulin atau orang Melayu yang sudah lama tinggal didunia Arab dan bersikap atau berperangai lebih dari Arab. pertama Allah memperlihatkan keburukan orang yang melalaikan solat. harus bertanyakan perkara tersebut. kenapa tuan Sheikh?" "Apakah hikmah yang dapat kamu ambil untuk cermin dalam kehidupan kamu. Aneh! Mengapa Sheikh Abu Bakar Al-Petani yang tidak ku undang. beberapa saat kemudian ribut pasir pun berhenti. "Kamu baru saja membaca cerita yang menarik?" soalnya dengan tenang. Sheikh Abu Bakar Al-Petani tersenyum sambil mengurut-urut janggutnya." tutur Sheikh Abu Bakar Al-Petani dalam Bahasa Malaysia yang cukup terang." jawab saya tegas. "Lagi apa yang dapat kita jadikan panduan. "Kejadian itu bukan hanya menimpa mayat perempuan itu saja malah akan berlaku juga kepada mayat-mayat lain yang melalaikan solat. Saya terpaksa mengerutkan dahi. Saya sebenarnya tidak suka memikirkan apa-apa tentang cerita lama yang saya baca. "Apa yang boleh saya tolong tuan Sheikh?" kata saya dengan tenang. "Begini kesimpulannya. "Apa yang boleh saya tolong tuan Sheikh?" pertanyaan yang sudah saya kemukakan. saya ulangi lagi. Dan saya tidak mahu mengajukan sebarang persoalan kepadanya. "Tunggu sekejap." sepasang biji mata Sheikh Abu Bakar AlPetani merauti seluruh wajah saya. Pak Sheikh?" "Kejadian itu menunjukkan kekuasaan Allah untuk memperlihatkan adanya seksa kubur. Cepat-cepat saya anggukkan kepala. kita sambung cerita kita Tamar." tanyanya lagi dengan penuh semangat." lelaki itu memberitahu namanya pada saya." Sheikh Abu Bakar Al-Petani menghidupkan kembali cerita yang terputus. Setuju dengan apa yang diluahkan oleh Sheikh Abu Bakar Al-Petani. Saya segera anggukkan kepala. "Saya tak dapat buat kesimpulan Pak Sheikh. "Ya. Agar kamu jadi manusia Muslim yang baik."Aku Sheikh Abu Bakar Al-Petani. bila ribut pasir berhenti kita bercerita panjang. "Ya. Kemudian kami terus duduk dipasir berhampiran perdu kurma. supaya diketahui oleh orang ramai.

. Dia juga bangun." nada suara Sheikh Abu Bakar Al-Petani cukup tinggi dan saya rasakan kata-kata yang diluahkan itu adalah sebuah arahan. Biar kamu kena seksa kubur. kamu tidak mahu mengikut arahan aku yang baik ini?" "Ya. sebelum balik dengar sini. "Kamu tahu. Walaupun seseorang mati dibaham harimau. Tubuh saya rebah dipasir dan mata pedang Sheikh Abu Bakar AlPetani kian mendekati batang leher saya. Pak Sheikh.. "Kerana kamu tidak mahu mendengar nasihat orang untuk kebaikan kamu harus dibunuh dan ditanam dalam pasir. tentang seksaan bagi orang yang melalaikan solat. dengan penuh khusyuk saya mengucap dua kalimah syahdat." saya segera bangun dan bersedia melepaskan penumbuk kalau Sheikh Abu Bakar Al-Petani bertindak kasar. saya segera memperlihatkan reaksi tindak balas." jeritnya keras. Kemudian akan datang untuk menyelamatkan saya. Undur lima tapak kebelakang." "Apa kata kamu Tamar. hikayat yang kamu baca itu memperkuatkan firman Allah dalam surah Al-Maun dalam Al-Quran. Kerana tidak mahu diri diarah atau diperintah oleh orang yang tidak saya kenali secara terperinci." begitu hebat sekali Sheikh Abu Bakar Al-Petani begitu senang dengan sikap saya itu. dengan harapan jeritan itu akan dapat didengar oleh orang lain. 279 . Sheikh Abu Bakar Al-Petani segera menerkam kearah saya." dengan pedang ditangan. pasti berada dialam kubur walaupun tubuh mereka tidak ditanam kedalam bumi. kamu baca dan kaji surah tu." ugut Sheikh Abu Bakar Al-Petani sambil melepaskan penumbuk kearah saya. Dia mencabut pedangnya. Dia terus menepuk bahu saya berkali-kali bersama dengan ketawa parau. Apa yang terdaya saya lakukan ialah menjerit dengan sekuat hati. "Kamu menjerit ya. "Bukan urusan saya mahu membacanya.Allah kerana alam kubur itu adalah alam ghaib." Sheikh Abu Bakar Al-Petani menggeliat dan membetulkan hujung jubahnya yang terkena pasir. ghaib dalam laut. "Kenapa Pak Sheikh?" "Aku nak balik. "Tamar. sesungguhnya alam kubur itu bukanlah sekadar kubur melainkan alam sesudah mati iaitu alam sebelum hati akhirat. Kematian didepan mata. Ternyata Sheikh Abu Bakar Al-Petani merasai dirinya tercabar. mata pedangnya yang tajam kelihatan berkilau-kilau bila kena sinar matahari. Saya toleh kearahnya dengan rasa terkejut.

Sinar matahari tidak dapat menyentuh rambut dan tempurung kepalanya yang dibalut dengan selendang kuning. Dengan hujung selendang dia mengesat peluh di wajah." tuturnya lagi sambil memasukkan mata pedang kesarungnya. Wajahnya yang kemerahan dan berpeluh masih mampu mengukir senyum untuk saya. nasib baik kamu mengucap. kau nenek yang baik. 130. pergi mandi. dia terus melompat kebelakang kuda putihnya.. Tidak mahu membebankan cucumu dengan kerja-kerja yang sukar . Nenek terpaku didepan saya. Si Tua Misteri Dari Solok Dari ambang pintu." nenek keluarkan perintah. "Ini nenek?" "Habis kalau bukan nenek kamu. “Nek dari mana?” Tanya saya kehairanan. dahi terus saya kedutkan.” tutur nenek lalu duduk bersimpuh di lantai. “Dari surau." "Astagh. aku hantar kuah ayam seperiuk. barulah saya terasa badan kembali bertenaga dan kelopak mata saya boleh digerakkan dan dibuka. Sepasang anak mata menyorot wajah nenek dan hati saya segera berkata :Memang. dah dekat waktu Asar. Dua tiga kali saya terjatuh hinggalah ada sepasang tangan menggoncang tubuh. Saya terus pejam celikkan kelopak mata." jerit Sheikh Abu Bakar Al-Petani. Dengan penuh tenaga saya cuba bangun tetapi. Betulkah nenek yang tertonggok didepan saya atau Sheikh Abu Bakar Al-Petani menjelma menyerupai nenek. bangun pergi mandi. Makan terlalu kenyang tidur siang sampai mengigau terpekik terlolong. Dengan sekali tampar dibahagian punggung kudanya terus bergerak meninggalkan debu-debu pasir untuk saya lihat. tidak berhasil. Suara 280 . jadi aku hantar dulu mana yang senang. "Bangun. aku ni hantu. sebaik saja nenek melintas di depan saya untuk masuk ke rumah. Tanpa banyak cakap." kata saya dan terus bangun menuju ke perigi. Saya segera menggigit bibir bawah. "Semoga kamu bahagia.” “Kenapa tak nanti saya nek?” “Kamu mandi lama sangat di perigi. Dalam sekelip mata Sheikh Abu Bakar Al-Petani dan kudanya hilang dari penglihatan saya. Tubuhnya kelihatan menggeletar menahan kehampaan.Terima kasih nenek.. saya perhatikan langkah nenek yang teratur ."Huh.

“Datuk si Tamar tak cakap apa-apa dengan awak?” Sahut nenek. ARAHAN Waktu Asar sudah masuk. Kerana saya berdiri di muka pintu surau. saya tidak ambil peduli tentang nenek yang mengekori saya sambil memikul setandan pisang emas masak. Saya juga diarahkan supaya melaungkan azan. dekat Pantai Remis). Kerana itu. Tidak mengapa. pergi bawa barang-barang ke surau. Senyumannya masih terukir di bibir.” kata nenek bersahaja.” tutur Mat Upeh sambil menepuk bahu kanan datuk dengan mesra. boleh ke tolong saya.” saya dan nenek segera merenung ke arah datuk yang secara mendadak muncul dari sebelah kiri pelantar surau. kalau tidak salah penglihatan saya wang yang dihulurkan oleh datuk kepada Mat Upeh berjumlah sepuluh ringit. datuk menyuruh saya memukul beduk. sebelah barat terbentang sawah padi yang sedang tumbuh menghijau.hati saya terus beralun dan berombak dalam rongga dada. Mungkin bukan sekarang. Di hujung kolam. Mat Upeh gelengkan kepala. Saya dan nenek berpandangan.” “Sudah . nenek tidak mahu membabitkan dirinya dalam dialog antara datuk dengan Mat Upeh. “Air kopinya macam mana?” Tanya Mat Upeh. Saya mahu mendengar pendapat atau komen datuk sendiri. semua jemaah yang masuk menghulurkan 281 .” “Habis fasal apa Tamar. Kamu agak sendiri berapa banyak yang mesti dibeli.” “Nenek terlalu baik. jangan merepak.” jawapan dari Mat Upeh amat menyenangkan datuk. “Kenapa Tamar? Kamu suka tengok kulit muka nenek yang dah berkedut ni. esok lusa pasti saya ajukan kepadanya. “Saya terima amanah awak. mahu menceritakan apa yang saya alami dalam mimpi itu pada datuk. Tak lama lagi waktu Asar tiba. Kerana memikirkan tugasnya sudah selesai. pulut kuning satu talam saya serahkan pada Mat Upeh.Urusan selanjutnya terletak atas bahu Mat Upeh. Nenek meletakkan setandan pisang emas atas pelantar .” Dengan senang Mat Upeh menerima tugas tersebut.” datuk minta kepastian.Biar dia membuat tafsiran yang boleh menyenangkan hati saya. Datuk hulurkan barang itu kepada Mat Upeh seraya berkata: “Nah duit ni. Semua arahan datuk saya patuhi. Sebaik saja saya menamatkan laungan azan. Memang saya berhasrat. Saya lihat datuk menyeluk saku baju. Nenek angkat kaki dan terus pulang. kalau tak boleh hari ini. apakah barang yang dikeluarkan oleh datuk itu. Gula dan kopi aku sediakan. sambil menatang talam besar yang berisikan pulut.” wajah nenek nampak serius. Fikiran saya masih tertumpu kepada mimpi yang saya alami tadi. “Aku minta pertolongan kamu menyediakannya. (siak surau yang berasal dari Pengkalan Baru. “Bukan fasal tu nek. Saya menarik nafas dalamdalam. para jemaah datang berduyun ke surau kecil yang terletak berhampiran dengan kolam.Wang lebihnya ambil untuk kamu. “Bagi saya tak ada apa-apa masalah. belilah kopi dan gula. “Macam mana Encik Mat. Dalam perjalanan ke surau. Dan saya segera mematuhi arahannya. Sampai di surau. Dia mengeluarkan sesuatu dan saya kurang pasti. jemaah dianggarkan kira-kira dua puluh orang .

Kalimat-kalimat yang disebut cukup jelas dan terang. Para jemaah pun segera mengambil tempat masing-masing. kata mereka pembacaan doa yang dilakukannya cukup baik. Tidak saya duga sama sekali bahawa datuk kurang senang dengan cara saya mengemukakan pertanyaan terhadapnya. “Tamar.” beritahu datuk pada lelaki tua itu. Dan saya pun melangkah ke tengah surau. “Cucu saya qamat.tangan untuk bersalam dengan saya. datuk banyak belajar darinya. “Jangan bengis dengan cucu sendiri. Mungkin datuk berasa puas dan bangga kerana saya pandai melayan para jemaah. Dia ni baru datang dari Solok.” sahut datuk. Tetapi.” sambung datuk lagi. api kemarahannya segera berakhir apabila sepasang biji mata orang tua itu tertumbuk ke wajahnya.” Saya yang bersedia mahu melangkah ke tengah surau untuk melakukan qamat. Aikbatnya. pergi segera. Dia ni ulama besar. Secara mendadak saya terbayangkan wajah Shiekh Abu Bakar Al-Patani yang datang dalam mimpi saya.” beritahu datuk kepada saya. letaknya kira-kira 24 km dari Kota Padang. Di saat fikiran dan perasaan saya berperang memikirkan siapakah lelaki tua misteri? Datuk segera mendekati saya. dia 282 . Datuk tersengih dan cuba tersenyum. suruh sesiapa qamat segera. “Kamu yang azan tadi?” Soalnya sambil melepaskan tubuh saya yang dipeluknya. “Tuk. rupa-rupanya tetamu baru yang mengambil alih tugas datuk. cukup bersemangat datuk menjelaskan tentang biodata orang tua itu di depan saya. pandai melaungkan azan dan sebentar lagi saya akan melakukan qamat. siapa dia ni tuk. Saya renung wajah datuk. Dengan penuh hormat dan bangga saya menyambutnya. tidak kira muda atau tua. “Ini cucu saya tuan haji. “Usah dikisahkan tentang aku padanya. terpaksa membatalkan niat tersebut. “Kenapa tuk?” “Kau nak tahu Tamar. pembacaannya cukup fasih. “Solok tu di mana tuk?” “Di Sumatera Barat. PUJI Semua orang memuji Haji Yatimi. Malah.” orang tua itu memotong cakap datuk. Datuk yang berdiri di tangah surau merenung ke arah saya dengan senyum. Saya kira datuk yang akan menjadi imam. datuk jegilkan biji mata serta membayangkan kemarahan di wajahnya.” terkeluar katakata dari kelopak bibir saya. apabila telapak tangan seorang lelaki tua yang tidak saya kenali.” orang tua itu terus tepuk bahu kanan saya. Tiba-tiba hati dan perasaan saya tersentak.” sahut saya sambil cuba menjauhkan diri dari lelaki tua itu.” saya terdengar orang tua itu melafazkan katakata. Setelah saya amati wajahnya ternyata lelaki tua yang sedang saya genggam telapak tangannya itu bukan Sheikh Abu Bakar Al-Patani. “Bagus. Beberapa saat kemudian kalimat-kalimat qamat pun bergema dalam surau. Dia melayan para jemaah dengan ramah. Sebaliknya saya terus melangkah setapak ke arah datuk. inilah Tuan Haji Yatimi. “Iya. Dia menarik telapak tangannya yang saya genggam dan terus memeluk tubuh saya. sebelum ni tak pernah saya tengok wajahnya.

melahirkan rasa bangga kerana datuk menyuruh dia menjadi imam dan membaca doa kesyukuran kerana penyakit yang dideritai oleh Khoja Lisut sudah sembuh. “Enaknya,” kata Haji Yatimi sebaik saja dia menikmati hidangan yang disediakan oleh Mat Upeh untuk para jemaah. Datuk senyum panjang. “Lepas makan ni, orang yang saya ikhtiarkan itu mahu berikrar di depan para jemaah. Dia mahu bertaubat dan tidak mahu melakukan sebarang kejahatan,” bisik datuk kepada kepada Haji Yatimi. “Apa dia sudah bertaubat betul-betul atau main-main,” semacam ada keraguan dalam diri Haji Yatimi. Datuk tersentak mendengar pertanyaan yang diajukan oleh Haji Yatimi. Dua tiga kali saya lihat datuk kerutkan kening , ekor matanya mengerling tajam ke arah Khoja Lisut yang duduk di sudut surau. Seolah-olah mahu mengasingkan diri dengan para jemaah yang sudah kenyang makan pulut kuning berlaukkan ayam. Mat Upeh terus mengumpulkan pinggan, piring dan cawan kosong. Kulit pisang emas ditaruh dalam baldi plastik warna merah. “Kalau dia benar-benar mahu bertaubat memang bagus. Kalau sekadar mahu mainmain, nanti akibatnya memakan diri,” tutur Haji Yatimi tenang. “Orang-orang yang berubat dengan saya itu memang benar-benar mahu bertaubat,” penuh yakin datuk bersuara. Tetapi tidak semudah itu Haji Yatimi mahu menerima kata-kata dari datuk. “Sudahkah orang itu buat sembahyang taubat?” Sepasang biji mata Haji Yatimi terpaku ke wajah datuk. “Sudah tuan haji.” “Bagus, mana orangnya? Doa kesyukuran sudah dibaca tetapi orangnya tak mahu diperkenalkan pada aku. Sebelum dia baca ikrar, aku nak berkenalan dengannya,” Haji Yatimi mengajukan permintaan kepada datuk. Saya kira tanpa disedari, datuk sudah melakukan kesilapan besar kerana tidak memperkenalkan Khoja Lisut kepada tetamunya. “Oh, maafkan saya tuan haji, saya terlupa.” “Tak mengapa, kita ni manusia tidak lepas dari kesilapan dan lupa. Bukankah manusia itu memang tidak sempurna, manusia itu hamba Allah yang dhaif,” sambil berkata-kata, Haji Yatimi merenung setiap muka para jemaah. Semua yang hadir anggukkan kepala. Setuju dengan perkara yang dikatakan oleh Haji Yatimi. “Khoja, ke mari kamu,” suara datuk meninggi. Khoja Lisut segera bangun, berjalan dengan tunduk dari sudut surau menuju ke arah datuk dan Haji Yatimi. Semua biji mata para jemaah tertumpu ke arah Khoja Lisut. Ada di antara para jemaah itu berbisik sama sendiri. Khoja Lisut duduk bersila di depan Haji Yatimi dan datuk. “Aku perkenalkan Haji Yatimi dari Solok,” suara datuk lantang. Semua yang berada dalam perut surau mendengarnya. Haji Yatimi lebih awal menghulurkan tangan kepada Khoja Lisut. Mereka bersalam erat, mata Haji Yatimi menyorot tajam ke bola mata Khoja Lisut. Dengan sedaya upayanya Khoja Lisut cuba mengelakkan biji matanya dari bertembung dengan biji mata Haji Yatimi. Dia berasakan sinar mata orang tua itu amat tajam menusuk ke jantung kalbunya. Dadanya berdebar tanpa sebab. “Kenapa tangan kamu menggeletar?” Tegur datuk setelah melihat lengan kanan Khoja Lisut menggeletar. Semua biji mata dalam surau tertumpu ke arah Khoja Lisut. Cepat-cepat Haji Yatimi melepaskan telapak tangan Khoja Lisut yang dirangkumnya. Wajah Khoja Lisut kelihatan pucat sekali. “Kamu sakit Khoja?”
283

Pertanyaan datuk dijawab oleh Khoja Lisut dengan menggelengkan kepala. TANGAN Dalam masa yang sama Khoja Lisut memberi isyarat tangan kepada datuk menyatakan yang dia mahu kembali duduk di tempat asalnya, di sudut surau. Apa yang dilakukan oleh Khoja Lisut dapat dikesan oleh Haji Yatimi. “Duduklah dulu, di depan saya.” “Kurang manis rasanya duduk di sini, terkeluar dari barisan jemaah yang lain,” tingkah Khoja Lisut sambil merenung ke arah datuk untuk meminta sokongan agar permintaannya direstui oleh datuk. “Duduklah di situ Khoja, agaknya ada hal mustahak yang nak dicakapkan Haji Yatimi kepada kamu,” kata-kata yang diucapkan oleh datuk itu amat mengecewakan diri Khoja Lisut. Dia tidak ada pilihan lain dan terpaksa duduk di depan Haji Yatimi. “Boleh aku tanya kamu?” Haji Yatimi tatap wajah Khoja Lisut. “Silakan,” sahut Khoja Lisut. “Bagus, aku nak tahu, kamu benar-benar nak bertaubat atau sengaja suka-suka nak bertaubat. Cakap jujur dengan aku, perkara agama tak boleh dibuat main-main begitu juga dengan perkara taubat ni, jangan diolok-olok nanti taubat makan diri,” nada suara Haji Yatimi sekejap meninggi dan sekejap merendah. Semua yang ada dalam surau terus pasang telinga. Kata-kata itu membuat Khoja Lisut bertambah cemas. Para jemaah penuh debar menanti jawapan dari Khoja Lisut. Beberapa jemaah yang tidak mahu mengikuti perkembangan selanjutnya segera beredar. Bagi mereka itu tidak penting, apa yang penting ialah sembahyang berjemaah, menikmati pulut kuning bersama lauk ayam, pisang sudah memadai. Cuma itu yang disebutkan oleh datuk kepada mereka. Dan permintaan datuk datuk itu sudah mereka laksanakan. “Saya sudah insaf, saya tak mahu ulang perkara yang sudah saya buat,” begitu tegas suara Khoja Lisut tetapi ,dia masih belum mahu menatap wajah Haji Yatimi. Tiba-tiba para jemaah bertepuk memberi sokongan atas keazaman yang diluahkan oleh Khoja Lisut. “Khoja....” mulut datuk terlopong, tidak dapat meneruskan kata-kata. Datuk terkejut melihat tindakan Khoja Lisut yang terus membuka bunga silat dan berdiri betul-betul di tengah surau. Beberapa orang jemaah bangun lalu menuju ke pintu. “Dengan nama Allah yang maha besar, saya berjanji mahu menjadi manusia yang baik, taat pada hukum Allah, tidak akan menganiaya sesama manusia. Jika saya melanggar sumpah ini, saudara atau sesiapa saja boleh menhukum saya..” “Nanti,” jerit Haji Yatimi. Khoja Lisut tergamam dan terus duduk. Datuk menggigit bibir dan saya lihat jemaah yang masih ada dalam surau, lebih kurang lima orang saja. “Kenapa tuan haji?” Tanya Khoja Lisut. “Jangan minta orang lain menghukum diri kamu. Bila kamu berbuat macam itu, ertinya kamu tidak jujur pada diri sendiri, kamu tak payah minta orang lain menghukum kamu, sesungguhnya perbuatan kamu ini sudah menampakkan riak,” Haji Yatimi berhenti bercakap, dia menarik nafas dalam-dalam. Datuk tidak berkata apa-apa. Lima orang jemaah yang berada di situ nampak resah. Khoja Lisut tunduk merenung lantai surau. “Dengar sini, bila kamu sudah bertaubat, ubahlah sikap. Tak payah nak beritahu pada orang lain , kamu bertaubat dengan Allah bukannya dengan manusia, apa perlunya bila bertaubat beritahu orang lain,” Haji Yatimi seperti memberi ceramah.
284

Semasa Haji Yatimi mengungkapkan kata-kata itu, saya lihat datuk sentiasa berada dalam resah gelisah.Macam ada sesuatu yang tidak kena. “Dari mana kamu belajar semuanya ni?” Haji Yatimi terus menyoal datuk. Dengan serta-merta Khoja Lisut merenung ke arah datuk. Renungan itu dapat ditafsirkan oleh Haji Yatimi lalu dia tersenyum. “Kalau itu yang kamu beritahu dia, kamu sudah membuat kesilapan besar,” Haji Yatimi tujukan kata-kata itu untuk datuk. “Inilah kesilapan saya,” datuk mengakui kesilapannya kerana memberi penerangan yang kurang tepat untuk Khoja Lisut. “Lain kali jangan buat lagi, aku tahu ada benda yang belum selesai dalam diri orang ini, dia tidak ikhlas dengan dirinya sendiri,” terbeliak biji mata datuk mendengar ungkapan dari Haji Yatimi dan datuk menggigit bibir. Rasa geram dan marah terhadap Khoja Lisut terpamer di wajah datuk. Datuk genggam penumbuk, dia merasakan dirinya telah diperdayakan oleh Khoja Lisut dengan cara terhormat. MUNCUL Lima orang jemaah yang masih berada dalam surau mula naik bosan dengan gelagat Khoja Lisut. Mereka pun segera angkat punggung, meninggalkan ruang surau. Sebaik saja lima jemaah itu pergi, muncul pula Mat Upeh lalu duduk tidak jauh dari saya. “Aku cuma nak tengok saja,” bisiknya ke telinga saya. Sya pun anggukkan kepala. “Kamu benar-benar mahu bertaubat?” Datang lagi pertanyaan dari Haji Yatimi untuk Khoja Lisut. “Berapa kali saya mahu terangkan,” Khoja Lisut mula naik darah. “Sudah kamu buang apa amalan yang tak baik dalam diri kamu?” Kali ini Khoja Lisut renung kiri kanan, bagi memastikan apakah kata-kata itu memang ditujukan untuknya. Sepasang kelopak bibirnya seperti menggeletar. “Tuan haji ni tanya kamu,” jari telunjuk datuk menunding ke arah muka Khoja Lisut. “Saya,” suara Khoja Lisut agak cemas. “Iya,” angguk Haji Yatimi. Di saat Khoja Lisut berada dalam keadaan serba salah, tanpa memberitahu datuk dan Mat Upeh, Haji Yatimi terus memegang pergelangan tangan kiri Khoja Lisut lalu menarik ke muka pintu surau. “Mahu dibawa ke mana,” tanya Khoja Lisut kepada Haji Yatimi. “Turun ke tanah kita berbincang di halaman surau, ada sesuatu yang mesti kita selesaikan di situ.” “Maksud tuan haji?” Tingkah datuk sambil bangun. “Banyak perkara disembunyi dari kamu, ada ilmu jahat yang tidak dikeluarkannya,” balas Haji Yatimi. Tidak ada bantahan atau bangkangan dari dari Khoja Lisut. Ikut saja kata Haji Yatimi. Sebaik saja berada di halaman surau, Haji Yatimi segera mengarahkan datuk berdiri di sebelah kanan Khoja Lisut, sementara Mat Upeh pula diarah berdiri di kiri. Saya disuruh duduk di kaki tangga surau. Haji Yatimi berdiri betul-betul di depan Khoja Lisut, bayangnya memanjang di tanah. Kerana matahari sudah beransur redup, datuk, Mat Upeh dan Khoja Lisut tidak merasai kepanasan. Angin petang yang bertiup lembut memberikan kesegaran kepada mereka. “Kamu yang berdiri di sebelah kanan dan kiri mesti bertindak cepat. Lakukan apa
285

saja, jika orang yang berada di tengah mahu melarikan diri, jatuhkan dia,” Haji Yatimi mengeluarkan perintah kepada Mat Upeh dan datuk. Saya lihat Khoja Lisut tetap berada dalam keadaan tenang. “Kamu mahu bertaubat?” Haji Yatimi renung Khoja Lisut. “Iya,” “Kamu harus membuang segala ilmu pelindung, pendinding diri yang sudah sebati dengan darah daging kamu. Jika ilmu ini tidak ditawarkan, kamu yang susah nanti, di saat ajal kamu sudah sampai, nyawa kamu susah berpisah dengan badan. Walaupun tubuh kamu hampir binasa tetapi, kamu masih bernyawa.” muka Haji Yatimi kelihatan merah padam. Khoja Lisut yang tadi tenang, tiba-tiba berubah sikap, mukanya jadi bengis, matanya liar. Dia terus mendengus tidak tentu arah. Badannya nampak menggigil. “Sebenarnya yang bernyawa tu bukannya kamu. Kamu sudah mati, roh kamu sudah tiada, apa yang dilihat oleh orang lain itu adalah ilmu syaitan yang cuba menipu orang-orang yang hidup, mahu meyakinkan orang-orang yang hidup bahawa ilmu syaitan itu lebih tinggi,” sambung Haji Yatimi. Saya lihat Khoja Lisut bertambah resah. Dua tiga kali dia menghentakkan pangkal sikunya ke bahagian perut datuk dan Mat Upeh. Datuk tidak menghadapi apa-apa masalah dengan tindak-tanduk Khoja Lisut itu tetapi, Mat Upeh mengalami rasa sakit dan senak di perut setiap kali Khoja Lisut menghentakkan siku ke perutnya. “Sekarang kamu bersedia menggugurkan ilmu yang ada itu?” Haji Yatimi minta kepastian. “Saya setuju, ilmu itu tidak saya tuntut tetapi datang sendiri waktu saya menuntut ilmu kebatinan, guru saya meresapkan kepada saya,” terang Khoja Lisut. “Aku faham, guru kamu mahu membuang ilmu itu dan dia menggunakan kamu sebagai warisnya. Dan kamu mahu membuang ilmu itu dan sekarang berusaha untuk melepaskan pada orang lain. Betul atau tidak?” “Iya, saya mengaku,” Terbeliak biji mata datuk mendengar pengakuan Khoja Lisut. Mat Upeh gelengkan kepala dan saya tidak menduga sama sekali yang Khoja Lisut masih mahu menyembunyikan sesuatu dari datuk. Setelah menerima pengakuan dari Khoja Lisut, Haji Yatimi termenung sejenak. Tumit kaki kirinya ditekan ke bumi sambil mengangkat tangan kanannya ke arah datuk dan Mat Upeh agar jangan berada terlalu dekat dengan Khoja Lisut. Angin petang yang bertiup terus menggerakkan dedaun pokok. “Di sinilah kamu tidak ikhlas, kamu mahu menurunkan ilmu itu kepada budak ini,” Haji Yatimi segera meluruskan telunjuknya ke arah saya. “Kamu mahu memasukkan ilmu itu ke dalam dirinya secara pertukaran nafas waktu tidur, tapi kamu masih belum berpeluang.” sambung Haji Yatimi. “Hei!!!,” pekik Khoja Lisut sekuat hati, dia terus melompat setinggi pohon kelapa dara. Kedua belah kakinya lurus ke arah dada Haji Yatimi dan tangan kanannya bersedia untuk melepaskan pukulan ke arah leher Haji Yatimi. Melihat keadaan yang agak gawat itu, datuk segera bertindak. Dia berlari ke arah Haji Yatimi dan berdiri di depan lelaki tua itu. Datuk pun membuka silat untuk melindungi Haji Yatimi, tetamu terhormat yang tidak diundangnya. Datuk pun membuka silat. Datuk luruskan kedua belah lengannya. Dan sepasang telapak tangannya dikembangkan ke arah sepasang telapak kaki Khoja Lisut yang laju menuju ke dada datuk, saya lihat tubuh Khoja Lisut berputar-putar di udara lalu berpatah balik ke
286

arah tempat dia berdiri. Khoja Lisut jatuh tersembam di sisi Mat Upeh. Datuk segera melangkah mahu menerkam ke arah Khoja Lisut. Tetapi, Haji Yatimi bertindak dengan pantas memegang lengan kanan datuk lalu dipulaskan ke belakang. “Kenapa tuan haji,” “Jangan dilayan, dia tak sedar apa yang dibuatnya. Dia dikuasai oleh ilmu sesatnya,” kata Haji Yatimi lalu melangkah ke arah Khoja Lisut yang tersungkur di bumi. “Hatinya mahu bertaubat tetapi, pendindingnya menjadi batu penghalang,” bisik Haji Yatimi ke telinga datuk. Haji Yatimi terus bertinggung di sisi Khoja Lisut. Saya dan Mat Upeh berdiri tidak jauh dari datuk. Saya terdengar suara Khoja Lisut mengaum macam harimau, tubuhnya mula membongkok dan kedua belah tangannya mencakar-cakar tanah, perbuatannya itu tidak ubah macam kelakuan harimau liar. Dia terus mengaum dan cuba beberapa kali mahu mencakar muka datuk tetapi, datuk dapat mengelak dengan cepatnya. Saya mula melihat kuku di jarinya bertukar menjadi macam kuku harimau.

Rakaman Kembali Pengalaman Penulis Bersama Datuknya 131. Mengeletek Macam Cicak ~Kredit kepada ahli komunitisbdj FATIN & FEROZ untuk siri ini.***** Saya mengucap panjang, bila melihat kaki kiri Khoja Lisut menggeletak macam ekor cicak yang terpisah dari badannya, sementara kaki kanannya bergerak macam badan ular. “Terlalu banyak ilmu batin salah yang dituntutnya. Tetapi, bila dia sakit ternyata ilmunya tidak dapat menyembuhkan penyakitnya kerana itulah dia datang jumpa kamu. Dalam kehebatannya, masih ada kekurangannya, memang begitu adatnya yang menimpa manusia. Tidak ada orang yang gagah, tidak ada orang yang amat pintar, setiap yang lebih pasti ada kekurangannya,” Haji Yatimi terus memberikan ceramah kecil untuk saya, Mat Upeh dan datuk. “Apa yang mesti dibuat sekarang?” Mat Upeh bertanya. “Inilah kesempatan yang baik, pendindingnya sudah lemah, kita mesti mengeluarkan pendinding yang sudah sebati dengan darahnya.” jelas Haji Yatimi lalu mengarah saya berdiri di hujung kepala Khoja Lisut, Mat Upeh di sebelah kanan, datuk di sebelah kiri. Manakala Haji Yatimi di bahagian kaki. “Dia mahu bertaubat, mahu jadi baik. Sayangnya, syaitan yang jadi pendinding menguasai dirinya sepenuh, inilah masanya kita menghalaunya.” tambah Haji Yatimi sambil memberitahu saya dan Mat Upeh supaya melihat apa saja yang dilakukannya. Haji Yatimi memberi arahan kepada datuk supaya mengepal tanah dan melemparkan ke arah mana-mana tubuh Khoja Lisut, bila dia menjerit. Menurut Haji Yatimi manusia berasal dari tanah dan kekuatan manusia tetap bersama tanah dan kekuatan iblis tetap bergantung pada cahaya dan akan binasa dengan api. Setelah mengeluarkan arahan itu, Haji Yatimi pun menjamah kaki kiri Khoja Lisut yang menggeletek macam cicak. Mulutnya kelihatan bergerak-gerak, bibir datuk juga bergerak. Saya kira mereka sedang membaca sesuatu. “Ya Allah, apa sudah jadi,” bisik batin saya bila melihat kaki kanan Khoja Lisut
287

Dengan tenang Haji Yatimi menepisnya dan serentak dengan itu terdengar jeritan Khoja Lisut. manakala sepasang tangan seperti kaki cicak dan sepasang kaki bersisik macam sisik ular sawa. Khoja Lisut menggeliat dan tubuhnya seakan-akan bergulung macam tubuh tenggiling membelit sebatang kayu.” Mat Upeh mencuit bahu saya.” Mat Upeh menasihati saya.berubah menjadi macam ular lalu membelit tubuh Haji Yatimi. dia asyik dengan tugasnya menekan ibu jari ke telapak kaki Khoja Lisut.” “Cuba kau renung betul-betul ke arah bahagian dada orang itu. “Apa dia Pak Mat?” Tanya saya pada Mat Upeh. Kerana percaya dengan apa yang dicakapnya. Asap nipis itu naik memanjang lalu membentuk lembaga seperti bentuk kanak-kanak dalam kandungan. saya lihat wajah lembaga itu amat mengerikan dengan dua batang gigi besar di kiri dan kanan mulutnya. Sinar matahari petang kian runduk tetapi. Dia bercakap benar. Datuk segera melemparkan tanah ke muka Khoja Lisut. Saya segera jegilkan biji mata ke arah sekujur tubuh Khoja Lisut yang terlentang ke bumi.” “Memang tak nampak apa-apa pun. Khoja Lisut yang terlentang di bumi tetap tidak bergerak. Wajahnya bertambah menggerunkan ada mirip orang Utan. “Ha! Tengok tu. Wajahnya menadah langit. Khoja Lisuttidak lagi mengaum macam harimau. Haji Yatimi masih dengan tugasnya dan datuk tetap mengepal tanah. Ya. Tidak bergerak lagi. Sesekali saya lihat. Seluruh tubuh berbulu. Sekuruh tubuh lembaga itu berbulu dan bila berpusing ke arah saya. begitu juga dengan kaki kiri yang menggeletek macam ekor cicak. Dengan hati-hati Haji Yatimi menekan ibu jari kirinya ke bahagian tengah telapak kaki Khoja Lisut. sekarang baru saya tahu Mat Upeh tidak berbohong dengan saya. Mat Upeh kelihatan cemas sekali. bagaikan tidak bernyawa lagi. “Dummmmmmmmm. muka Haji Yatimi terus dibasahi dengan peluh.. kaki kanannya yang berbentuk macam ular kembali pulih macam biasa. Asap nipis yang keluar dari bahagian dada tetap berterusan menyelimuti lembaga yang berada di awang-awangan. saya arahkan sepasang biji mata ke arah dada Khoja Lisut tanpa berkelip-kelip. Saya lihat lembaga yang terapung di 288 . Lembaga itu semakin membesar dan kelihatan merening dan bentuk kanak-kanak yang ada dalam lingkungan asap nipis juga kian membesar. Walaupun demikian dia tetap tenang cuma saya lihat datuk saja berada dalam keadaan cemas. Dengan tenang Haji Yatimi memegang pergelangan kaki kiri Khoja Lisut. Saya melihat ada asap nipis keluar dari bahagian dada Khoja Lisut.” Satu ledakan menguasai kawasan surau. “Kau tak nampak apa-apa Tamar. Tiba-tiba saja bulu roma saya tegak. Seluruh perhatian saya dan Mat Upeh tertumpu kepada gerak-geri dan tindaktanduk Haji Yatimi. Lembaga itu bergerak ke kiri dan ke kanan. JARI Semua yang terjadi itu tidak dihiraukan oleh Haji Yatimi. Lembaga itu nampak macam berada di dalam bentuk kaca yang mengeluarkan cahaya kemilau kekuningan. badan menggeletar. tidak pula melepasi kawasan jantung dan hati Khoja Lisut.

aku mengenalinya. Saya dan Mat Upeh (mungkin juga datuk) terkejut besar melihat darah keluar dari ibu jari kaki kiri Khoja Lisut. Kemudian. Tidak meninggalkan sebarang tanda di tempat gabus itu jatuh. Jika tidak dibetulkan mungkin guru silat itu akan mengajar ilmu songsang kepada anak muridnya. Beberapa saat kemudian gabus itu terbakar dan sukar dikesan. 289 . Dia memberi isyarat ke arah datuk supaya berhenti mengepal tanah. ranting itu dilemparkan ke arah darah yang keluar dari ibu kaki Khoja Lisut. menimbulkan perpecahan sesama sebangsa. semasa Khoja Lisut membelasah seorang Kiai di Asahan. Pak Kiai berpesan kepadanya supaya mencari guru silat yang membelasahnya. Saya lihat Khoja Lisut pucat lesi. Katanya. tetapi dia tidak ikhlas. Tetapi. nampaknya aku berjaya mengeluarkan amalannya. dia membuka membuka kelopak matanya perlahan-lahan. secara kebetulan dia baru tiba di tempat tersebut dari Solok. saya jadi marah dan mahu bertindak. Malah akan menyebarkan ajaran sesat yang akan merugikan orangorang Melayu. saya dan Mat Upeh diarah supaya kembali ke surau. mendengar suaranya membaca ayat Qursi. “Dia memang tidak kenal dengan aku tetapi. “Kerana itu aku cari dia.” Haji Yatimi segera menggosok kedua belah telapak tangannya. Cebisan dari lembaga itu bertaburan di halaman surau dalam bentuk gabus berwarna putih. Dia datang ke Asahan untuk berjumpa dengan Pak Kiai yang menjadi guru agamanya. Melihat batang hidung Haji Yatimi. Kedatangan aku ke sini memang untuk mencarinya. bukan untuk membalas dendam tetapi. Asap nipis yang melindunginya hilang entah ke mana.” Haji Yatimi memulakan ceritanya. orang Islam yang baik tidak mudah naik darah dan tidak mahu bergaduh sesama Islam. Dia ulama besar. Dia kelihatan amat lemah sekali. Haji Yatimi segera bangun. kami diarah supaya berada di sisi Khoja Lisut. Sebelum itu. Datuk patuh dengan arahan itu. “Dari Pak Kiai saya belajar hukum-hakam agama Islam. Allah memperkenankan permintaan kamu. adalah darah kotor bersendikan syaitan yang mengalir dalam tubuhnya.” lagi sekali Haji Yatimi membuat kejutan. aku nak membimbing dia ke jalan benar. Lebih kurang lima minit kami berada di surau. bagaimana Pak Kiai menghembuskan nafas terakhir di depan matanya. Dia mengambil sebatang ranting yang berada dekatnya.” sambung Haji Yatimi lagi. Darah itu melimpah di tanah dan jika dikumpulkan jumlah melebihi dua botol. Haji Yatimi tersenyum. Pak Kiai menahan saya. RAGU Bagi menghilangkan keraguan itu. Sebaik saja ranting jatuh di situ. “Sekarang macam mana?” Tanya Mat Upeh. Darah yang kamu tengok tu. Haji Yatimi pun menjelaskan. mengajak guru silat yan banyak mengamalkan ilmu batin yang bertentangan dengan ajaran Islam kembali ke jalan yang benar. Bila saya mendapat tahu Pak Kiai dibelasah guru silat yang angkuh.udara hancur berkecai. Kemudian Khoja Lisut merapatkan matanya kembali. bukan untuk mambalas dendam. “Dengan izin Allah. aku gembira aku gembira bila mendapat tahu kamu berikhtiar mengubati penyakitnya. “Kenapa Tuan Haji tak berterus terang dengan saya?” Sanggah datuk. Dia juga menceritakan kepada kami.

Cengkaman Haji Yatimi teetap berterusan. Dari kedua belah cuping telinganya berguguran butir-butir pasir menyerupai intan. Barangkali dia terpaksa bertindak demikian setelah mengetahui yang Haji Yatimi adalah kenalan Kiai yang dibelasahnya di Asahan dulu. Memang di luar dugaan kami. apa sudah jadi Tamar?” Keluh Mat Upeh Semua biji mata tertumpu ke arah Khoja Lisut. Kalau tadi. Khoja Lisut tidak ada pilihan lain. Berkerut muka Khoja Lisut menahan rasa sakit dan dia hampir mahu rebah ke bumi tetapi. sekuat itu juga Haji Yatimi memaut tulang selangka Khoja Lisut. Sambil jejarinya mencengkam tulang selangka Khoja Lisut.” Haji Yatimi segera meletakkan telapak tangan kiri ke bahu kanan Khoja Lisut. Mungkin dia memikirkan kedatangan Haji Yatimi untuk membalas dendam. Khoja Lisut tidak dapat bertahan. di depan saya dan datuk. Sebenarnya. Lima jari Haji Yatimi mencengkam tulang selangka Khoja Lisut dengan keras sekali. Kamu tak boleh selamalamanya menipu sesama manusia. Entah apa yang dibacanya saya sendiri tidak tahu. tiba-tiba saja Khoja Lisut bangun. “Kamu. bagaikan raungan gajah yang naik minyak. wajahnya nampak gerun dan menyeramkan dengan sinar mata yang tajam. dia tetap tenang. Raungan Khoja Lisut berhenti dan jari-jari Haji Yatimi tidak lagi mencengkam 290 . Datuk urut dada dan saya menarik nafas dalam-dalam bersama rasa cemas dan takut. antara Haji Yatimi dengan Khoja Lisut sedang berlangsung sebuah pertarungan yang tidak rasmi. Mungkin kerana terlalu sakit. Dari lubang hidung Khoja Lisut keluar darah yang sudah agak membeku. berkilau-kilau disuluh matahari petang yang kian redup. Berdiri bertentang wajah dengan Khoja Lisut. Khoja Lisut terpaksa membenkokkan kakinya dan menggunakan kekuatan sepasang lutut bagi menahan diri dari rebah ke bumi. Khoja Lisut tetap berusaha agar dirinya berdiri terus. “Ya Allah. Saya tidak tahu kenapa Khoja Lisut harus memperlihatkan kemampuannya yang tidak seberapa itu kepada Haji Yatimi. Makin kuat Khoja Lisut mempertahankan diri dari rebah ke bumi. sedikit demi sedikit dia merendahkan tubuhnya.” turut Haji Yatimi lalu bangun. kulit tubuhnya kelihatan tegang. semuanya itu bagaikan tiada pada dirinya. Tidak rela masa lampaunya yang hitam diperkatakan oleh Haji Yatimi dengan sewenang-wenangnya di depan Mat Upeh. Khoja Lisut merasakan Haji Yatimi mahu memperdayakan dirinya? Semua persoalan itu berlegar dalam tempurung kepala saya. Dari celah belah sikunya kelihatan seperti serpihan emas berjatuhan atas bumi lalu hilang entah ke mana. sedangkan dia sudah bertaubat untuk jadi orang baik-baik. “Kamu sekarang berada dalam keadaan yang sebenar. Khoja Lisut kelihatan lesu. Raungan Khoja Lisut terus bergema. mulutnya terus berkumat-kamit. Rebah ke bumi bererti kalah dan Khoja Lisut tidak mahu kalah lagi.maka keluarlah api lalu membakar darah tersebut hingga hilang tanpa kesan. “Kamu tak bermimpi Mat.” kata-kata yang dituturkan oleh datuk memaksa Mat Upeh mengerutkan dahinya. Saya jadi panik melihat keadaan yang berlaku di depan mata saya. Berpeluh Khoja Lisut menahan rasa sakit. Haji Yatimi tidak ambil kisah. Demi menjaga maruah diri. “Apakah aku bermimpi Tamar?” Mat Upeh bersuara sambil menggosok-gosok kelopak matanya beberapa kali. Dia terus meraung dengan sekuat hatinya. Kini. wajahnya nampak tua dan kulitnya berkedut.

sebenarnya tahi besi yang diserapkan ke dalam setiap sendi tubuhnya. “Aku bahagia bila kamu mengakui kesilapan kamu.tulang selangka Khoja Lisut.” Haji Yatimi bagaikan memberi ceramah kepada kami.” balas Haji Yatimi. Mereka berpegangan tangan dan serentak menghalakan wajah ke arah saya.” dalam esak tangis itu. jika mahu mengeluarkan susuk dari tubuh. tidak ada orang yang boleh gugurkan 'susuk' yang sudah sebati dengan darah daging saya. Gerak-gerinya macam orang yang sudah berusia hampir sembilan puluhan. Khoja Lisut melangkah perlahan-lahan mendekati Haji Yatimi. ternyata usahanya itu berhasil.” sambung Khoja Lisut dengan wajah yang besar. Haji Yatimi seperti tidak mahu menjawab pertanyaan yang diajukan Mat Upeh. Tanpa membuang masa dia terus menerkam ke arah Khoja Lisut lalu dipeluk dan diciumnya beberpa kali . sekarang kamu tidak ada menyimpan ilmu hitam lagi? Kalau ada cakap segera. tidak ada orang yang tahu yang saya ada ilmu itu. mungkin juga perasaan datuk dan Mat Upeh. Kemudian saya alihkan pandangan ke arah Khoja Lisut yang berusaha untuk berdiri. dia sedang memikirkan sesuatu yang lebih serius tentang Khoja Lisut. Terbayang kepuasan di wajahnya. tujuannya biar muka saya nampak muda. “Sudahlah.. Khoja Lisut nampak cukup tua. “Allah membuka pintu hati saya tuan Haji.” Khoja Lisut terus meluruskan jari telunjuknya ke arah datuk dan “Tuan Haji ini benar-benar ikhlas mahu menolong aku. “Seorang Islam sejati akan merasa bahagia dan bersyukur pada Allah bila dapat menyelamatkan saudaranya dari tercebur ke kancah maksiat yang diketahui oleh syaitan. Memang saya berhajat nak menyimpannya kerana saya percaya dengan kata guru saya. “Sekarang sudah selesai. yan kamu nampak jatuh macam keping emas tu. ke arah Mat Upeh dan datuk.” “Tuan Haji?” Tanya datuk... “Itu susuk emas yang saya pakai. ARAH Saya lihat Mat Upeh gelengkan kepala. Datuk terus menggigit ibu jari kiri. Orang Islam yang yang baik selalu memikirkan tentang nasib agama Islam dan saudara-saudaranya. Haji Yatimi terus bersuara tersangkut-sangkut. kamu disuruh masuk hutan mencari pokok yang separuh mati dan letaknya terasing 291 . cuma aku saja ragu-ragu atas kejujuran kamu berdua sekarang sudah terbukti aku yang salah hitung. Saya tersilap. “Yang keluar dari cuping telinganya tu apa dia?” Mat Upeh ajukan pertanyaan. ekor matanya terus menjeling ke arah Khoja Lisut. “Saya tahu awak.” sebuah pengakuan yang amat mengejutkan dari Khoja Lisut untuk kami.” turut Haji Yatimi. Barangkali. itulah ilmu terakhir yang ada pada saya. Khoja Lisut gelengkan kepala seraya berkata: “Ilmu hitam yang Tuan Haji keluarkan tadi. “Yang keluar dari lutut tu ialah susuk untuk tenaga. tak makan tua. “Apa benda yang keluar dari cuping telinga dan dagunya tu. Saya lihat Haji Yatimi menangis tersedu-sedu.” kata Haji Yatimi sambil menatap wajah datuk dengan serius. biar aku selesaikan.” “Dan guru kamu memberitahu kamu. bila melihat Khoja Lisut merangkum tubuh Haji Yatimi dengan erat sekali. Saya dan Mat Upeh saling berpandangan. Haji Yatimi senyum panjang.” balas Khoja Lisut lalu melepaskan sepasang tangannya yang merangkum tubuh Haji Yatimi. Apa yang mengharukan perasaan saya.

sekarang sudah nyata cakapnya tak betul. Di mana logiknya cakap guru kamu?” Mendengar kata-kata Haji Yatimi itu.” “Kamu disuruh betapa di pangkal pokok selama tiga hari tiga malam. genap empat hari empat malam kamu gantung diri kepala ke bawah kaki ke atas. Pada anggapan mereka. bila kamu tergantung begitu empat hari empat malam. “Sekarang kamu dah sedar tentang kesilapan kamu?” Saya lihat Khoja Lisut terkejut mendengar ungkapan dari Haji Yatimi itu. GOSOK Buat beberapa saat. Datuk dan Mat Upeh segera bergerak ke arah surau. segera dikerutkannya.” Haji Yatimi terus melenting. kamu boleh mati. “Apalagi ilmu yang kamu simpan? Kalau ada. Khoja Lisut bagaikan tergamam. dia membohongi kamu. Sebenarnya. tugas membantu Haji Yatimi sudah selesai. Beberapa kali Khoja Lisut gelengkan kepalanya. hati kecil saya keberatan untuk meninggalkan Haji Yatimi sendirian di situ.” “Bohong?” Khoja Lisut terkejut. Betul atau tidak?” Khoja Lisut termenung sejenak. “Saya terkena dalam baik. Dia seperti keberatan mahu menjawab pertanyaan yang diajukan oleh Haji Yatimi. Dahinya. setidak-tidaknya jadi habuan binatang ganas. “Dia juga beritahu kamu. susuk yang ada dalam diri mesti keluar. Mat Upeh terus telan air liur dan saya terus menggigit lidah. lebih-lebih lagi ilmu silat. banyak simpang yang tidak sihat. “Ya Tuan Haji. Rasa simpati terhadap Khoja Lisut terus berbunga dalam hati. “Iya.” Haji Yatimi memberikan komentar tanpa memandang wajah Khoja Lisut. “Sepatutnya.” terpamir rasa simpati di wajah Haji Yatimi. Haji Yatimi terus berpeluk tubuh dan sepasang matanya merenung ke arah pepohon yang terdapat di sekitar kawasan tersebut.” Haji Yatimi tatap biji mata Khoja Lisut. kamu tunduk dengan kemahuan nafsu. Dengan sertamerta Haji Yatimi memusingkan badannya lalu menatap menentang biji mata Khoja Lisut. Tetapi. Masih mahu berahsia.dengan pokok-pokok lain. Datuk menggosokgosok batang hidung beberapa kali. sila cakapkan pada aku dengan ikhlas dan jujur. Dia masih juga membelakangi Khoja Lisut. “Salahnya kamu sendiri tak gunakan fikiran untuk buat keputusan. “Ya. “Betul atau tidak? Jawab pertanyaan aku. Demi kebaikan kamu. banyak cabang. Sinar matanya seolah-olah membayangkan kesungguhan untuk membebaskan diri 292 . Pokok tu mesti tumbuh di kemuncak bukit.” Khoja Lisut bersuara. Datuk dan Mat Upeh undur dua tapak ke belakang.” angguk Khoja Lisut.” sanggah datuk. Inilah akibatnya yang kamu terima.Dia termenung panjang sambil melagakan gigi atas dengan gigi bawah beberapa kali. Dia menipu kamu. kamu hati-hati bila mahu menuntut ilmu. Dia pasti kata-kata ditujukan kepadanya. Bimbang akan berlaku sesuatu yang tidak diingini. Kemudian kamu disuruh gantung diri kepala ke bawah kaki diikat dengan tali jerami pada dahan pokok. “Iya. Dia genggam penumbuk. semua yang ada di situ tidak bersuara. Mat Upeh menekan sepasang tumit kakinya ke bumi. menjauhkan diri dari sisi Haji Yatimi.” terpancut sebuah keluhan dari mulut Khoja Lisut. Dia seperti menyesali apa yang terjadi atas dirinya.

“Tak ada apa-apa lagi yang saya simpan.” Khoja Lisut seperti terpaku.” “Orang Islam tidak pernah menipu. “Tolong. mati lemas atau terbakar.” bentak Haji Yatimi. makan pakai.” “Biasanya. “Menyempurnakan amanat guruku. Apa yang Khalifah mahu mesti ditunaikan. hukum-hukum itu berlainan dengan apa yang diamalkan oleh kebanyakan orang Islam. macam orang suruhan dalam zaman Kerajaan Melayu Melaka menyembah sultan. bulu keningnya nampak bergerak. kalau ada ilmu yang diserapkan diluar pengetahuan diri. Bukan begitu. Khoja Lisut ubah pandangan lalu menatap ke arah Mat Upeh dan datuk yang sedang berdiri dekat tangga surau. “Jangan.” “Tepat sekali. Dia berada dalam ketakutan yang amat sangat.” Haji Yatimi berhenti bersuara.” Khoja Lisut telan air liur.” Haji Yatimi terus merisik rahsia.” sambung Khoja Lisut. Kalau sudah diberi songkok macam itu.” “Kamu tidak menipu. “Kamu sudah diiktiraf sebagai Khalifah?” “Belum lagi. rumah harus disediakan oleh pengikut. puasa. Memang saya diarah cara halus supaya menetang sesiapa saja yang menentang cita-cita. Perbuatan itu tidak disenangi oleh Haji Yatimi dan dia terus memarahi Khoja Lisut.” “Aku ke mari bukan nak balas dendam kerana kamu menyeksa guru aku. Ampunkan saya jangan mengapa-apakan saya. Khoja Lisut bertambah resah. sekarang aku bersyukur pada Allah kerana hamba yang sesat kembali ke jalan yang benar. “Buktinya? Mahu buktinya?” Ulang Khoja Lisut. ada yang kena petir.. bolehlah mengeluarkan petua baru tentang sembahyang.” 293 . Dia melihat awan dan langit petang.. Berikhtiar mengajak kamu kembali ke jalan benar. zakat dan ambil haji. Dia kagum kerana Haji Yatimi dapat menyatakan apa yang menjadi rahsia dirinya secara terperinci. “Buktinya. tapi. pengikut Khalifah yang dianggap macam Imam paling agung. cakap apa yang kamu nak cakap. “Iya. jangan buat apa-apa dengan saya. buat apa pada saya. malah memang bertentangan. Khoja Lisut segera patuh dengan permintaan Haji Yatimi itu. mesti disanjung. Maafkan saya. “berdiri lurus. Tetapi. itu yang dicakapkan.” Khoja Lisut terkam ke arah Haji Yatimi dan terus melutut sambil mengangkat sepuluh jari paras hidung.” angguk Haji Yatimi.” “Buktinya?” Khoja Lisut minta kepastian. Kemudian pandangannya itu dialihkan ke wajah Haji Yatimi. dia memaafkan kamu. Kalau engkar nanti kena kutuk. penuh kemesraan bersama senyum persahabatan.” “Buktinya yang kamu belum iktiraf sebagai Khalifah. aku tidak buat tak senonoh pada kamu. “tak tahulah pula. Seseorang Islam berhak dan dituntut supaya mengembalikan saudaranya yang sesat ke jalan yang benar. dia juga menyuruh anak muridnya mencari kamu.” kali ini nada suara Haji Yatimi lembut. apa tuan haji” Tanyanya lembut. “Jangan sembah aku. mati berdarah. Khoja Lisut dongakkan wajah ke langit. “Saya tidak diberi songkok tinggi baldu merah berlilit kain putih.Khoja Lisut dari belenggu ilmu syaitan. “Tapi. Dengan tenang dia menarik nafas untuk menghirup udara yang berlegar-legar di sekitar kawasan halaman surau. apa yang ada di hati.

294 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful