You are on page 1of 1

Sekolah anda baru sahaja selesai mengadakan Kejohanan Merentas Desa.

Ceritakan pengalaman
anda semasa menyertai acara tersebut.
Dua hari yang lepas, pengetua sekolah kami telah mengumumkan tarikh acara yang kami tunggu-
tunggu itu. Sebaik sahaja perkara itu diumumkan, semua pelajar melonjak 蹦跳 kegirangan 兴奋. Hal ini
berlaku demikian kerana acara tersebut merupakan medan 场 untuk menunjukkan kehebatan 厉害
masing-masing dalam acara larian.

Kini, hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Sesi latihan yang diadakan oleh guru rumah sukan
sebelum hari pertandingan telah memberikan aku keyakinan 信心 untuk memenangi pertandingan pada
kali ini. Terdapat beberapa kategori 组别 mengikut umur yang dipertandingkan dalam kejohanan 锦标赛 ini.
Aku menyertai pertandingan ini dalam kategori lelaki bawah 15 tahun. Kami semuanya kemudian telah
diarahkan berkumpul di padang sekolah.

Kemudiannya kami telah diberikan sedikit taklimat 简述 tentang syarat-syarat 规则 pertandingan
dan jalan-jalan yang terpaksa kami lalui. Taklimat ini sangat penting supaya tiada berlaku sebarang
insiden 事件 yang tidak diingini 不想要. Pihak sekolah juga telah meminta bantuan pihak polis dan juga
RELA bagi mengawal lalu lintas semasa acara larian berlangsung. Seterusnya, kami telah diminta untuk
memanaskan badan 热身 bagi mengelakkan berlakunya kekejangan 抽筋 otot 肌肉 semasa berlari nanti.

Perasaan aku makin berdebar 跳动 ketika melihat peserta lelaki bawah 18 tahun dilepaskan oleh
Pengetua kami. Kemudiannya, bunyi tembakan 射击 kedengaran 被听见 di udara menandakan 代表 kami
telah dilepaskan untuk memulakan larian. Aku yang berada di barisan hadapan terus meluru 冲 laju ke
hadapan. Langkah demi langkah kuatur 编排 dengan yakin supaya dapat bersaing 竞争 dengan kelompok
群 yang berada di hadapan.Sepanjang laluan yang kami lalui, kami telah diberi sorakan 欢呼 semangat
oleh orang ramai yang berkumpul di tepi jalan untuk menyaksikan kami berlari.

Setelah jalan bandar kami susuri 越过, kami terpaksa pula melalui kawasan ladang sawit. Jalannya
agak curam 斜 dan berbukit-bukit. Beberapa orang pelajar terjatuh kerana tergelincir 滑. Nasib mereka
baik kerana tidak mengalami kecederaan yang serius. Aku pun beberapa kali nyaris 差点 hendak terjatuh
kerana tersepak batu-batu yang bertaburan 散布 di atas jalan. Sepanjang jalan yang kami lalui, terdapat
guru-guru yang mengedarkan getah untuk kami pakai menandakan kami sudah melalui jalan tersebut dan
mengelakkan berlakunya penipuan.

Sejam kemudian, aku dan beberapa orang rakanku telah sampai ke pintu pagar sekolah. Kami
dikehendaki menghabiskan larian sejauh 10 km itu di padang sekolah tempat kami memulakan larian tadi.
Aku makin bersemangat apabila melihat reben direntang 伸张 di lorong penamat larian itu. Aku memecut
habis-habisan untuk sampai ke garisan penamat. Malangnya keghairahan 渴望 aku itu menyebabkan aku
telah tersepak kaki aku sendiri dan mengakibatkan aku jatuh tertiarap 伏倒 di atas padang. Hasrat 希望
aku untuk mendapat tempat pertama berkecai 破碎. Tetapi aku melihat guru-guruku bertepuk tangan
untuk memberikan aku semangat bagi meneruskan larian.

Dengan kaki yang terhincut-hincut aku sampai ke garisan penamat. Walaupun tidak berjaya
mendapat tempat pertama, aku tetap berbangga kerana berjaya menghabiskan larian dan mendapat
tempat ketiga. Hadiah kemudiannya telah disampaikan oleh Tuan Pengetua selepas semua pelajar
sampai ke garisan penamat. Aku berazam untuk mendapat tempat pertama pada tahun hadapan. Aku
percaya di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.