You are on page 1of 3

DISEDIAKAN OLEH: KHAIRUNNAJWA DAN SITI HAZIRAH

FAKTOR FAKTOR GEJALA PENGABAIAN TERHADAP WARGA TUA

Kacang lupakan kulit. Pepatah ini dapat dibuktikan bahawa isu pengabaian terhadap
warga tua semakin diperkatakan dan menjadi topik hangat dalam kalangan masyarakat dan
media massa. Hal ini menjadi serius apabila kes kemasukan warga tua yang lebih dikenali
sebagai warga emas ke rumah kebajikan semakin meningkat dari semasa ke semasa. Anak
anak merupakan golongan yang dituding jari oleh masyarakat. Bukan itu sahaja, warga tua
yang sememangnya menjadi ibu bapa kepada anak anak mencurahkan kasih sayang dan
berkorban apa jua demi keperluan kehendak anak anak bagai menatang minyak yang
penuh, namun segala usaha ini dilupakan oleh golongan anak anak yang semakin
meningkat dewasa. Oleh itu, terdapat pelbagai faktor gejala pengabaian terhadap warga
tua. (88 patah
perkataan)
Antara faktor pengabaian terhadap warga tua ialah anak anak kurang mendapat
didikan agama. Ilmu agama merupakan salah satu aspek utama dalam membentuk sahsiah
individu ke arah yang lebih baik. Hal ini berpunca daripada sikap ibu bapa yang kurang
mengambil berat tentang didikan agama dan lebih menitik beratkan akademik
kokurikulum dan kurikulum. Ibu bapa menyerahkan soal didikan agama sepenuhnya
kepada pihak sekolah. Sebagai contoh, ibu bapa menghantar anak anak ke sekolah agama
dan tidak menerapkan amalan agama di rumah seperti melakukan solat lima waktu bagi
golongan beragama islam malah sikap ini menjadi ikutan sehingga dewasa. Secara tidak
langsung, kefahaman anak anak terhadap agama menjadi lemah dan tergamak bertindak
mengikut nafsu dengan sanggup mengabaikan ibu bapa sendiri. (85 patah
perkataan)
Selain itu, anak anak sibuk dengan kerjaya atau aktiviti harian yang lain. Hal ini
demikian kerana anak anak dijajahi oleh aspek imperialisme, individualistik dan
materialisme. Anak anak yang moden kini lebih mengejar kebendaan dan kekayaan
daripada nilai kasih sayang. Anak anak juga ingin bersaing dengan orang lain dari segi
kebendaan untuk hidup dalam keadaan mewah berbanding orang lain. Sebagai contoh,
anak anak bekerja tanpa henti untuk bersaing dengan pekerja yang lain untuk mencapai
sasaran pasaran syarikat sekali gus dapat kenaikan pangkat dan kedudukan yang lebih
tinggi. Pendek kata, mentaliti golongan anak anak yang dipengaruhi oleh aspek
imperialisme, individualistik dan materialisme amat menyumbangkan kepada faktor gejala
pengabaian warga tua ini berlaku. (92 patah
perkataan)
Tidak dapat dinafikan lagi faktor anak anak tidak mampu untuk menanggung ibu
bapa kerana miskin juga menyumbang kepada gejala ini. Hal ini demikian kerana peluang
pekerjaan yang semakin tipis menyebabkan sesetengah individu menganggur. Tamsilnya,
segelintir syarikat mengenakan gaji yang sedikit kepada para pekerja sehingga
mengakibatkan sesetengah individu tidak mempunyai pendapatan yang tetap untuk
menyara keluarga dan mempunyai ramai anak untuk ditampung perbelanjaannya. Oleh hal
yang demikian, anak anak terpaksa meminggirkan ibu bapa dengan menghantar ibu
bapanya ke rumah kebajikan warga tua demi menampung keperluan keluarganya.
( 85 patah perkataan)

Anak anak membalas dendam terhadap ibu bapa juga merupakan salah satu punca
pengabaian terhadap warga tua. Hal ini demikian kerana kisah silam anak anak ketika
kecil yang pernah dididik dengan kekasaran oleh ibu bapa. Misalnya, ibu bapa pernah
memukul anak anak sekiranya tidak mendengar kata, tidak menyiapkan kerja sekolah
mahupun ponteng sekolah semasa kecil. Apabila berlakunya situasi tersebut ketika anak
anak masih kecil, anak anak akan menyimpan dendam terhadap ibu bapanya. Dengan tu,
anak anak akan berkelakuan kasar terhadap ibu bapa sebagai balasan yang pernah
dilakukan oleh ibu bapanya ketika mereka kecil. Secara tidak langsung, ibu bapa akan
berasa kecewa dan membawa dirinya. (90 patah
perkataan)

Tambahan pula, ibu bapa yang uzur dan pelbagai kerenah menyebabkan gejala
pengabaian terhadap warga tua berlaku. Segelintir ibu bapa yang uzur kerana menghidapi
penyakit tertentu atau disebabkan lanjut usia yang memerlukan masa sepenuhnya anak
anak untuk menjaga ibu bapanya. Terdapat juga ibu bapa yang mempunyai pelbagai
kerenah termasuk gemar berleter. Sebagai contoh, ibu bapa yang sudah lanjut usia
mempunyai ingatan yang lemah serta suka mengulangi perkara yang sama. Hal ini
menyebabkan anak anak menyerahkan tanggungjawabnya kepada pihak pengurusan pusat
penjagaan warga tua kerana anak anak tidak mampu melayan kerenah ibu bapanya.

(85 patah perkataan)
Seterusnya, anak anak membuat tanggapan bahawa warga tua tidak produktif.
Lazimnya, warga tua tidak mampu melakukan perkerjaan yang boleh mendatangkan
pendapatan untuk membantu anak anak . Sesetengah anak anak berasa warga tua tidak
penting malah beranggapan warga tua membebankan mereka. Apabila anak anak semakin
meningkat dewasa dan mendirikan rumah tangga, anak anak akan mempunyai
tanggungjawab terhadap keluarganya dan sesetengah pasangan tidak begitu gemar tinggal
bersama ibu bapa. Hal ini dapat memisahkan pertalian antara anak anak dan ibu bapa
sehingga sanggup meninggalkan warga tua di tepi jalan atau menghantar ibu bapa ke
rumah kebajikan. (85 patah
perkataan)

Kesimpulannya, anak anak merupakan harapan warga tua sekiranya mereka dewasa.
Oleh itu, semua pihak terutama golongan anak anak haruslah berganding bahu memcari
jalan untuk menyelesaikan isu pengabaian terhadap warga tua supaya menghormati dan
menghargai segala pengorbanan ibu bapa terhadap anak anak ketika kecil.
( 40 patah perkataan)
*

(650
PATAH PERKATAAN)