You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

KEM MENYEMAI MODAL INSAN

UNIT KEBAJIKAN DAN BIASISWA SMK BANDAR BANTING 2015

1.0 PENDAHULUAN

Majoriti pelajar Asnaf Menengah Atas SMKBB mempunyai pekerjaan sambilan untuk
menampung perbelanjaan seharian mereka ataupun membantu meringankan beban ibubapa
masing-masing. Tanpa mereka sedari, mereka terlalu bergantung kepada majikan dan hanya
berfikir mengenai kerja makan gaji. Tidak ramai yang mempunyai keyakinan untuk bekerja
sendiri kerana tidak yakin dengan kebolehan diri. Pada masa yang sama, mereka akur dengan
kekurangan pengetahuan dalam bidang-bidang yang boleh menjana ekonomi disebabkan oleh
kekangan wang dan masa.

2.0 RASIONAL

Bagi membolehkan para remaja mencapai kejayaan di masa yang akan datang, Unit
Biasiswa dan Kebajikan mensasarkan Kem Menyemai Modal Insan dengan kerjasama Kolej
Komuniti ini dapat menambah pengetahuan dalam bidang kemahiran yang boleh dipasarkan.

Program ini diilham dan dirangka khas untuk melahirkan remaja yang mempunyai
daya juang yang tinggi, kerohanian yang mantap dan mempunyai semangat untuk berjaya
melalui kesedaran yang wujud dari dalam diri remaja itu sendiri. Pengetahuan dalam
kemahiran yang akan mereka timba dari tenaga-tenaga pengajar Kolej Komuniti ini juga
diharapkan akan dapat membuka minda mereka kepada satu perspektif baru mengenai bakat
dan minat mereka.

3.0 MATLAMAT

Memberi peluang menambah pengetahuan dan kemahiran kepada para pelajar Asnaf agar
mereka memperolehi kecemerlangan di dalam hidup mereka.

4.0 OBJEKTIF
Selepas mengikuti program ini peserta akan dapat;
1. Menimba ilmu kemahiran baru dalam bidang-bidang pilihan;
2. Mengetahui kebolehan dan bakat dalam bidang yang mereka pilih;
3. Menggunakan peluang yang ada untuk meningkatkan kemahiran & keyakinan.

5.0 ANJURAN

Lembaga Zakat Selangor, Unit Kebajikan dan Biasiswa SMK Bandar Banting dan
dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam dan Unit Bimbingan dan Kaunseling.
6.0 SASARAN

100 orang pelajar asnaf terpilih dari Tingkatan 3 hingga Tingkatan 5

7.0 TEMPAT
Kolej Komuniti Kuala Langat.

8.0 PENCERAMAH DAN FASILITATOR


Pensyarah dari Kolej Komuniti Kuala Langat.

9.0 PELAKSANAAN PROGRAM


9.1 Tarikh : 27 Ogos 2015 (Khamis)
9.2 Masa Mula : 7.30 pagi
9.3 Masa Tamat : 6.00 ptg

10.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi : Tuan Haji Khairi bin Bidin
Naib Pengerusi : 1. Tuan Haji Hairil Anuar bin Osman
2. Tuan Haji Marsan bin Osman
Penasihat : 1. Pn Nor Azlina Ngiam bt Abdullah
2. En. Yusri bin Sarabini
Setiausaha : Pn Norshafiza binti Shafie
Penyelaras : Pn Hajah Fatimah bt Ngah

JAWATANKUASA PELAKSANA

Pendaftaran Pelajar : Pn Salmah bt Hasmeon– Pljr Tingkatan 5


Pn Hamsidah bt Saian – Pljr Tingkatan 4
Pn Norshafiza Shafie – Pljr Tingkatan 3
Pn Siti Mariam bt Ahmad Sariman – Pljr T2

Pemantauan Pelajar Kursus 1 : Pn Hjh Fatimah Ngah


Pn Hamsidah Saian

Pemantauan Pelajar Kursus 2 : Pn Norshafiza bt Shafie


Pn Salmah bt Hasmeon

Pemantauan Pelajar Kursus 3 : Cik Aida Suzaini Abu Bakar


Pn Siti Mariam bt Ahmad Sariman

Pemantauan Pelajar Kursus 4 : Pn Nur Izdihar bt Mohd Hapidz


Pn Wan Elianee bt Wan Abdullah

Pemantauan Pelajar Kursus 5 : En Afyudin b Alan Hafifi


En Abdul Hisham b. Abdullah

Dokumentasi : Pn Nur Izdihar bt Mohd Hapidz


Pn Hjh Zanon bt Abd Latip

Tempahan Bas : Cik Aida Suzaini bt Abu Bakar

Tempahan Makanan : Pn Wan Elianee bt Wan Abdullah


11.0 TENTATIF PROGRAM

Kursus 1 : Kursus Menjahit Jubah Wanita

Jumlah pelajar = 20 orang


Masa : 8.30 pagi – 5.30 petang
Kos : Yuran RM10 + Bahan RM55

Kursus 2 : Kursus Membuat Aneka Biskut

Jumlah pelajar = 20 orang


Masa : 8.30 pagi – 5.30 petang
Kos : Yuran RM5 + Bahan RM60

Kursus 3 : Kursus Make-Up Pengantin

Jumlah pelajar = 20 orang


Masa : 8.30 pagi – 1.30 petang
Kos : Yuran RM5 + Bahan RM82

Kursus 4 : Seminar Perubatan Islam

Jumlah pelajar = 20 orang


Masa : 8.30 pagi – 5.30 petang
Kos : Yuran RM50

Kursus 5 : Kursus Penyuntingan Gambar dan Foto Digital

Jumlah pelajar = 20 orang


Masa : 8.30 pagi – 5.30 petang
Kos : Yuran RM60

12.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Kuantiti Kos Bentuk Sumber


1 Bayaran pakej seminar 20 x RM 65 RM 1,300.00 Wang
kepada Kolej Komuniti Cek Lembaga
Kuala Langat untuk kepada Zakat
Kursus 1 Kolej Selangor
Komuniti
2 Bayaran pakej seminar 20 x RM 65 RM 1,300.00 PROSA
kepada Kolej Komuniti
Kuala Langat untuk
Kursus 2

3 Bayaran pakej seminar 20 x RM 87 RM 1,740.00


kepada Kolej Komuniti
Kuala Langat untuk
Kursus 3

4 Bayaran pakej seminar 20 x RM 50 RM 1,000.00


kepada Kolej Komuniti
Kuala Langat untuk
Kursus 4

5 Bayaran pakej seminar 20 x RM 60 RM 1,200.00


kepada Kolej Komuniti
Kuala Langat untuk
Kursus 5

6 Makanan 110 x RM 7 RM 770.00 Wang


Tunai

7 Pengangkutan 2 bas x RM 200 RM 600.00 Wang


2 Van x 100 Tunai

Jumlah RM 7,910.00

14.0 SUMBER KEWANGAN

Bil Perkara Jumlah


1 Wang Lembaga Zakat Selangor RM 7,910 .00

15.0 PENUTUP

Kem Menyemai Modal Insan ini diharapkan dapat memberi input yang terbaik ke arah
melahirkan remaja dan belia yang terbilang, kuat dan berkemahiran sejajar dengan keperluan
modal insan.
Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan dan diluluskan oleh,

…………………… …………………… ……………………


Pn Norshafiza Shafie
Setiausaha,
Unit Biasiswa dan Kebajikan
KERTAS KERJA
KEM
MENYEMAI MODAL INSAN

27 OGOS 2015

ANJURAN

UNIT BIASISWA DAN KEBAJIKAN


DENGAN KERJASAMA
BIMBINGAN DAN KAUNSELING
DI BAWAH KELOLAAN
LEMBAGA ZAKAT SELANGOR