You are on page 1of 17

KOLEKSI SOALAN ULASAN DIDIK

Gambar menunjukkan langkah-langkah keselamatan ketika hendak bercuti. Kita boleh mengambil
pelbagai langkah keselamatan sebelum keluar bercuti.

Antaranya, kita hendaklah memastikan kenderaan yang kita naiki dalam keadaan sempurna. Kita akan
menghadapi kesulitan sekiranya kenderaan yang kita naiki mengalami kerosakan. Selain itu, kita juga
hendaklah memastikan semua suis elektrik ditutup dan palamnya dicabut bagi mengelakkan

sebarang litar pintas. Seterusnya, kita mestilah mengunci semua tingkap dan pintu dengan rapi agar
tidak dimasuki pencuri. Akhir sekali, kita hendaklah berpesan kepada jiran agar membantu menjenguk-
jengukkan rumah sepanjang ketiadaan kita. Kesimpulannya, langkah-langkah keselamatan sebelum

keluar bercuti perlulah dilakukan bagi menjamin kesejahteraan hidup.

1
KOLEKSI SOALAN ULASAN DIDIK

Rajah menunjukkan kebaikan apabila mengamalkan amalan kunjung-mengunjung. Kita dapat


memperoleh banyak kebaikan apabila mengamalkan amalan kunjung-mengunjung. Antaranya,
termasuklah dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Kita akan lebih mengenali jiran
tetangga serta masyarakat setempat. Selain itu. kita dapat memahami pelbagai budaya hidup sesuatu
kaum itu jika berlainan bangsa. Ini memberi banyak manfaat bukan sekadar dapat berjabat tangan
sambil bertanya khabar. Bahkan tetamu yang datang turut dihidangkan dengan juadah yang enak
seperti lemang, ketupat, kuih-muih dan biskut yang sudah pasti mengukuhkan lagi hubungan perpaduan
antara kaum. Kesimpulannya, kita hendaklah mengekalkan amalan kunjung-mengunjung yang dapat
menyemai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.

2
KOLEKSI SOALAN ULASAN DIDIK

3
KOLEKSI SOALAN ULASAN DIDIK

4
KOLEKSI SOALAN ULASAN DIDIK

5
KOLEKSI SOALAN ULASAN DIDIK

Latihan 1

Gambar ini menunjukkan persediaan sebelum menghadapi

peperiksaan. Terdapat beberapa persediaan yang perlu

dilakukan sebelum menghadapi peperiksaan.

Antaranya, kita hendaklah membuat jadual waktu belajar

di rumah supaya dapat membahagikan masa belajar secara

sistematik. Selain itu, kita perlulah mengikuti kelas tambahan

untuk membuat latihan tambahan bagi memantapkan lagi

penguasaan bahasa. Akhir sekali, kita haruslah menumpukan

sepenuh perhatian terhadap pengajaran guru di sekolah agar kita

dapat memahami setiap topik yang diajarkan. Kesimpulannya,

kecemerlangan seseorang murid dapat dicapai dengan usaha

yang gigih dan bersungguh-sungguh.

6
KOLEKSI SOALAN ULASAN DIDIK

Gambar menunjukkan faedah aktiviti berkebun yang boleh

dilakukan pada masa lapang. Terdapat beberapa faedah

apabila melakukan aktiviti berkebun.

Antaranya ialah aktiviti berkebun dapat menyihatkan

badan kerana peluh akan keluar daripada badan kita. Selain

itu, aktiviti berkebun dapat menjimatkan perbelanjaan rumah.

Hal ini demikian kerana kita tidak perlu membeli sayursayuran

di pasar. Akhir sekali, kita juga dapat mengeratkan

hubungan kekeluargaan semasa berkebun. Kesimpulannya,

aktiviti berkebun ternyata memberikan banyak faedah kepada

kita. Oleh itu, marilah kita bersama-sama memanfaatkan

tanah dengan berkebun.

7
KOLEKSI SOALAN ULASAN DIDIK

8
KOLEKSI SOALAN ULASAN DIDIK

9
KOLEKSI SOALAN ULASAN DIDIK

10
KOLEKSI SOALAN ULASAN DIDIK

Gambar menunjukkan langkah-langkah keselamatan di


taman permainan kanak-kanak. Beberapa langkah yang
boleh kita lakukan bagi memastikan keselamatan di taman
tersebut.
Antaranya, alat permainan yang sempurna dan
berkualiti boleh mengurangkan risiko berlakunya
kemalangan di taman kanak-kanak. Selain itu, ibu bapa
mestilah mengawasi anak masing-masing semasa bermain.
Kebanyakan kecederaan tersebut boleh dielakkan sekiranya
ibu bapa memberikan perhatian dan mengawasi anak-anak
mereka ketika bermain. Akhir sekali, kanak-kanak dilarang
menunggang basikal di dalam kawasan taman. Ini dapat
mengelakkan kanak-kanak dilanggar oleh penunggang
basikal yang tidak berhati-hati. Kesimpulannya, semua
pihak haruslah bekerjasama bagi memastikan taman

11
KOLEKSI SOALAN ULASAN DIDIK
kanak-kanak sentiasa selamat untuk beriadah.

Gambar ini menunjukkan kebaikan aktiviti kokurikulum.

Terdapat pelbagai kebaikan apabila kita menyertai aktiviti

tersebut.

Antaranya, kita dapat menyihatkan badan apabila

bersukan semasa aktiviti kokurikulum. Kita dapat

mengelakkan penyakit berbahaya. Selain itu, kita dapat

mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah. Kita

tidak akan terlibat dengan masalah sosial seperti ponteng

sekolah. Akhir sekali, kita dapat membentuk disiplin

supaya mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Kesimpulannya, aktiviti kokurikulum memberi banyak

manfaat kepada murid-murid.

12
KOLEKSI SOALAN ULASAN DIDIK

13
KOLEKSI SOALAN ULASAN DIDIK

14
KOLEKSI SOALAN ULASAN DIDIK

Gambar di atas memaparkan rumah tradisional yang


mesra alam. Terdapat beberapa ciri yang terdapat pada
rumah tradisional tersebut.
Antara ciri yang terdapat pada rumah tradisional
tersebut ialah atap lut sinar yang cahaya boleh masuk
untuk menerangi rumah tersebut. Seterusnya, rumah
tradisional itu mempunyai kekisi yang membolehkan
angin masuk dan beredar tanpa halangan. Selain itu,
rumah tradisional tersebut mempunyai kekuda yang
menjadi ruang untuk udara panas keluar. Akhir sekali, di
sekeliling rumah tradisional itu ditanam dengan pokokpokok
untuk
menyerap
haba
agar
tidak
panas.

Kesimpulannya, rumah tradisional mesra alam


tersebut mempunyai pelbagai ciri yang istimewa dan unik.
Lantaran itu, kita mestilah menghargai keunikan yang
terdapat pada rumah tradisional mesra alam.

15
KOLEKSI SOALAN ULASAN DIDIK
Rajah ini menunjukkan cara-caramenjaga kebersihan

bilik tidur.Terdapat tiga carayang boleh


kitalakukan bagi

menjaga kebersihan bilik tidur kita.

Antaranya,cadar katil, sarung bantal dan selimut

perlulah kerapditukar supaya tidak berbau


busuk. Hal

ini membolehkan kitatidur dengan selesa. Selain


itu,

meja tulis perlulah sentiasa dikemas selepas


digunakan.

Ini menyenangkan kitamembuat kerja kerana


terdapat

banyakruang dan bersih. Akhir sekali, lantai bilik


tidur

perlulah juga dimop agar sentiasa bersih dan


tidak

berhabuk. Keadaan ini dapat mengelakkan


didatangi

serangga perosak dan bebas daripada sebarang kotoran.

Kesimpulannya,kebersihan bilik tidur boleh

mempengaruhi kualiti tidur kita. Oleh itu, kitahendaklah

memastikan bilik tidur sentiasa bersih dan selesa.

16
KOLEKSI SOALAN ULASAN DIDIK

17

You might also like