You are on page 1of 9

ISI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SUR


01 PENGENALAN 2

02 PENYATAAN MASALAH 2

03 PENCARIAN LITERATUR 3

04 PERBINCANGAN 4-5

05 CADANGAN 6-7

06 RUMUSAN 7

07 PERANAN PPP 8

08 SENARAI RUJUKAN 9

PENGENALAN

1
Osteomyelitis adalah satu gangguan tulang radang yang disebabkan
oleh jangkitan, yang membawa kepada nekrosis dan kemusnahan tulang. Ia
boleh menjejaskan semua peringkat umur yang melibatkan apa-apa tulang
tetapi ia lebih cenderung kepada kanak-kanak dan orang tua. Osteomyelitis
terjadi pada tulang dan sum-sum tulang, infeksi yang terjadi dapat disebabkan
oleh infeksi odontogenik. Organisma penyebab penyakit ini diklasifikasikan
mengikut jenis iaitu staphilokokus , streptokokus, salmonella, pneumonia,
haemophilus influenza dan e.coli. Ostieomielitis dapat berlaku pada tulang-
tulang panjang, vertebra, tulang pelvik, tulang tengkorak atau mandibula.
Osteomyelitis dibahagi menjadi beberapa jenis yaitu akut,subakut dan kronik.
Pada kanak-kanak osteomyelitis memberi kesan kepada tulang panjang kaki
dan lengan, manakala orang tua lebih cenderung untuk menghidapi penyakit
ini dalam tulang yang membentuk tulang belakang (vertebra). Dalam masa
yang sama penyakit ini cenderung menjangkiti orang yang mengalami
masalah kesihatan seperti kencing manis sekiranya individu tersebut
mempunyai ulser kaki yang tidak dijaga dengan betul. Kebanyakan orang
memerlukan pembedahan untuk membuang bahagian tulang yang telah mati
diikuti dengan terapi antibiotik.

PENYATAAN MASALAH

Seorang pesakit lelaki berumur 20 tahun datang ke Klinik Orthopedik


Hospital Queen Elizabeth II mengadu sakit pada bahagian tangan kirinya.
Sebelum ini ia pernah mengalami kepatahan secara terbuka. Di kawasan
tersebut terdapat pengumpulan nanah, Nampak kemerah merahan, bengkak
dan terasa panas pada bahagian tersebut. Pesakit juga mengadu merasa
sakit di bahagian tulang kaki tersebut dan sudah mengalami demam selama 5
hari.

PENCARIAN LITERATURE

2
Menurut Kamus Jururawat Edisi kedua, tahun 2008, osteomyelitis
ialah inflamasi sumsum tulang akibat jangkitan. Ia mungkin disusuli patah
tulang di beberapa tempat atau disebabkan oleh mikroorganisma yang
dibawa oleh darah. Akut Osteomyelitis yang paling kerap berlaku pada
kanak-kanak menyebabkan sakit teruk, pembengkakan, dan kemerahan pada
kawasan yang terlibat, biasanya pada batang tulang panjang, diikuti oleh
penyakit umum dan demam panas. Kronik osteomyelitis yang mungkin
menyusuli beberapa bentuk akut atau timbul tanpa disedari.

Osteomyelitis adalah infeksi tulang yang dapat menjadi masalah kronik


yang akan mempengaruhi kualiti hidup atau mengakibatkan kehilangan
ekstrimiti. ( Brunner & Suddart Ed. 8 vol. 3 Hal : 2343 )

Osteomylitis adalah satu proses peradangan akut atau kronik dari


tulang dan struktur-strukturnya, sekunder terhadap infeksi organisma piogenik
( Carek P.J.2001 )

Osteomylitis adalah suatu infeksi yang disebarkan melalui darah yang


disebabkan oleh staphylokokus aureus dan kadang-kadang Haemophylus
influence. ( Henderson, 1997 )

Osteomyelitis merupakan infeksi pada tulang dan tulang sum-sum


yang dapat disebabkan oleh bakteria, virus atau proses spesifik. ( Mansjoer
S, 2000 )

PENEMUAN

3
Melalui kajian ini organisma stafilokokus aureus merupakan agen
penyebab utama berlakunya ifeksi tulang. Kanak-kanak adalah penyumbang
utama bagi peningkatan kes ini. Hal ini disebabkan kanak-kanak selalu
mendapat luka pada mereka dan mereka sukar untuk menjaga luka yang
terdapat pada mereka. Oleh yang demikian ini menambahkan lagi peluang
untuk bakteria terus membiak sehinggalah boleh menyebabkan ineksi pada
tulang mereka. Faktor yang kerap menyumbang kepada kes ini berlaku
adalah kes-kes seperti luka terbuka, penyakit kencing manis dan
haemodylisis.

PERBINCANGAN

Kebanyakan kes osteomyelitis ini disebabkan oleh bakteria stafilokokus, iaitu


sejenis kuman yang biasa dijumpai pada kulit atau di dalam tulang. Kuman
boleh masuk dalam tulang dala pelbagai cara, termasuklah :

 Melalui salur darah. Kuman di bahagian-bahagian lain badan


contohnya, dari penyakit pneumonia ataupun jangkitan pada saluran
kencing boleh bergerak melalui saluran darah ke tempat yang lemah
dalam tulang. Pada kanak-kanak, ostemylitis paling biasa berlaku di
kawasan-kawasan yang lebih lembut, yang dipanggil plat
pertumbuhan,sama ada pada akhir tulang panjang lengan dan kaki.
 Daripada jangkitan luka yang berhampiran. Luka tusukan yang teruk
boleh membawa kuman jauh di dalam badan. Jika apa-apa
kecederaan dijangkiti, kuman boleh merebak ke tulang yang
berhampiran.
 Kepatahan atau luka terbuka juga boleh menyebabkan berlakunya
penyakit ini. Kepatahan yang menyebabkan tulang terputus dan serta
tusukan tulang yang menembusi kulit boleh mengakibatkan kuman
mudah untuk merebak secara terus.

Tanda-tanda dan gejala osteomyelitis :

4
 Demam yang tinggi
 Berpeluh
 Kelihatan toksik – sakit dan kepucatan
 Kesakitan dan ketenderan setempat ( bahagian metafisial )
 Rasa kepanasan dan kelihatan kmerah-merahan ( radang )
 Edema dan pembentukan nanah

Komplikasi osteomyelitis adalah kematian sel tulang. Jangkitan pada


tulang boleh menghalang pengaliran darah ke tulang tersebut dan
menyebabkan kematian sel tulang tersebut akibat tidak mendapat nutrisi dan
oksigen yang mencukupi. Selain itu ia juga boleh mengakibatkan septic atritis.
Hal ini kerana sesetengah kes jangkitan pada tulang boleh merebak ke
bahagian endi tulang. Selain itu boleh menyebabkan pertumbuhan terbantut.
Hal ini sering berlaku pada kanak-kanak. Pada kanak-kanak kawasan yang
sering mengalami jangkitan adalah pada bahagian kawasan lembut atau
dipanggil sebagai tapak pertumbuhan, tidak kira sama ada pada tulang
panjang lengan ataupun kaki. Tumbesaran yang normal mungkin terjejas
dengan adanya jangkitan kuman pada tulang. Akhir sekali, boleh
mengakibatkan kanser kulit. Jika jangkitan pada luka tersebut berlaku
pengumpulan nanah, kawasan disekeliling nanah tersebut mengalami risiko
yang timggi untuk berlaku kanser.

CADANGAN PENYELESAIAN

5
Investigasi yang dilakukan :

1. Pemeriksaan Darah
- Sel darah putih akan meningkat sehingga 30,000 L gr/dl sekiranya
pesakit mengalami jangkitan pada darah.
2. Pemeriksaan Feses
- Pemeriksaan ini dilakukan dengan mengambil swab kultur dan
sensitivity sekiranya mengalami kecurigaan infeksi oleh bakteria
salmonella.
3. Pemeriksaan Biopsy Tulang
- Pemeriksaan ini merupakan proses pengambilan contoh tisu tulang
yang akan digunakan untuk mengenal pasti jangkitan pada tulang.
4. Pemeriksaan Ultrasound
- Pemeriksaan yang dapat memperlihatkan sekiranya berlaku efusi
pada sendi.
5. Pemeriksaan X-Ray
- Selalunya pemeriksaan ini dapat melihat refraksi tulang yang
bersifat difus dan kerosakan tulang dan pembentukan tulang yang
baru setelah 2 minggu penyakit osteomyelitis terjadi.

Pembedahan :

Pesakit juga perlu melalui beberapa siri pembedahan untuk memastikan agar
jangkitan kuman dihapuskan sepenuhnya dari dalam tulang. Proses rawatan
termasuklah rawatan menggunakan antibiotik khusus secara intravena.

6
Organisma khusus yang menjadi punca jangkitan perlu dikenalpasti terlebih
dahulu untuk menentukan jenis antibiotik yang sesuai digunakan. Lazimnya
rawatan antibiotik perlu secara berterusan selama 6 minggu secara
minimumnya. Rawatan pembedahan melibatkan pencucian luka dengan cara
membuang tisu-tisu dan sel-sel tulang mati. Hal ini kerana sel-sel mati
merupakan medium yang sesuai untuk dijangkiti kuman. Sekiranya kerosakan
tulang adalah sangat ketara dan luas, maka rawatan ‘bone transport’ dengan
menggunakan ‘lizarov fixator’ boleh dicadangkan kepada pesakit setelah
berbicang secara rapi dengan pakar ortopedik.

RUMUSAN

Secara kesimpulannya, penyakit ini bukan penyakit berjangkit.


Penyakit ini sering berlaku disebabkan penjagaan luka yang tidak sempurna
selepas mengalami kepatahan terbuka, ulser diabetik dan banyak lagi.
Kawasan yang mengalami jangkitan boleh merebak lebih luas lagi jika tidak
dibersihkan dengan sempurna. Rawatan yang wajar diberikan kepada pesakit
adalah dengan cara pemberian ubat antibiotik yang bersesuaian kepada
pesakit. Oleh itu pesakit haruslah meminta nasihat daripada pegawai
perubatan berkaitan dengan penyakit dan pastikan ubat yang diberi dimakan
mengikut masa yang diberikan dan pastikan habis dimakan.

PERANAN PPP

1. Jika berlaku di klinik hubungi hospital yang berdekatan untuk merujuk


pesakit ke hospital tersebut untuk menerima rawatan yang lebih efektif.

7
2. Sebagai seorang perawat maklumat berkaitan dengan penyakit
haruslah diberikan dan beritahu kepada pesakit bahawa penyakit ini
boleh diubati tetapi memerlukan masa yang lama.
3. Nasihatkan dan mewajiipkan pesakit untuk datang ke rawatan susulan
untuk melihat perkembangan penyembuhan penyakit tersebut.
4. Nasihatkan pesakit juga untuk menghabiskan ubat yang diberikan ,
memakan mengikut masa yang ditetapkan dan jangan berhenti
memakan ubat.
5. Beritahu pesakit juga untuk datang ke klinik atau hospital yang
berdekatan untuk mencuci luka tersebut.
6. Beritahu pesakit jika berlaku sebarang pendarahan sila datng ke
hospital yang berdekatan untuk menerima rawatan.
7. Galakkan pesakit untuk memakan makanan yang seimbang untuk
mempercepatkan proses penyembuhan penyakit.
8. Akhir sekali beritahu pesakit agar mengurangkan pergerakan di
kawasan yang terlibat untuk menggalakkan penyembuhan tulang.

RUJUKAN

1. Kamus Jururawat Edisi Kedua, Terbitan tahun 2008.


2. Nota-Nota Semester 3. MAOR Osteomylitis.
3. Carek P.J, Dickerson L.M. dan Sack J.L. (2001). Diagnosis and
management of osteomyelitis. Aemerican Academy of Family
Physicians.

8
4. Mansjoer S. (2000). Kapita Selekta Kedokteran, Penerbit Media
Aesculapius, Jakarta.
5. Johnstone P,Strong ,M (2008). Osteomylities.
6. Handerson.(1997). Askep Osteomylities

You might also like