TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI

2.1 KEPERLUAN DAN KEINGINAN ASAS KANAK-KANAK Berdasarkan teori Pembelajaran Maslow Pastikan keperluan asas pelajar telah dipenuhi seperti keperluan fisiologi iaitu makanan, minuman dan pakaian. Jadikan suasana bilik darjah yang kondusif. Bersifat penyayang untuk memenuhi keperluan kasih saying Memupuk nilai penghargaan kendiri dikalangan pelajar serta memberi motivasi dan peneguhan yang sesuai Merancang aktiviti pengajaran berdasarkan kebolehan pelajar Memupuk nilai motivasi diri melalui bimbingan supaya pelajar memahami diri, menerima diri dan melibatkan diri secara aktif. a. Jasmani dan fizikal yang sihat-Tubuh badan yang sihat akan membuatkan pelajar bertambah kreatif dalam pemikirannya. Untuk itu penyediaan pemakanannya adalah penting untuk perkembangan tubuh badan dan fizikal pelajar yang sihat. b Emosi yang stabil- Emosi pelajar perlulah stabil, peranan ibu bapa dan guru ketika berinteraksi perlulah menunjukkan contohcontoh yang terbaik ketika berkomunikasi sesama mereka. c. Kerohanian yang membanggakan-Tahap kerohanian yang dimiliki adalah tinggi d. Kefahaman intelek yang tinggi± Pelajar perlu mempunyai tahap intelek yang tinggi dan dapat berfikir dengan tepat sebelum membuat sesuatu tindakan. e. Perhubungan sosial yang menggalakkan ± Perhubungan sesama kanak-kanak hendalah didalam keadaan yang harmoni dan saling berinteraksi antara satu sama lain tanpa ada perbalahan f. Kefahaman tentang nilai-nilai estetik- Setiap kanak-kanak perlu mempunyai kefahaman yang kuat tentang nilai-nilai estetik yang terdapat didalam pendidikan seni visual. 2.1.6 Estetik -latihan-latihan perlu diperbanyakkan supaya kanak-kanak dapat mempelajari konsep penghargaan terhadap sesuatu apa yang dilihat atau dilakukan- diterapkan kedalam minda kanak-kanak maka konsep estetik dapat ditanam seterusnya. Ciri-ciri Perkembangan Kanak-kanak Perkembangan dan pertumbuhan mempunyai arah tertentu. Perkembangan dan pertumbuhan adalah berperaturan dan dapat dianalisis, baik pada peringkat lahir, mahupun pada peringkat sudah lahir. Perkembangan berlaku dalam dua arah, iaitu dari kepala ke

kaki (cephalocaudal) dan dari tengah ke tepi (proximodistal). Susunan perkembangan adalah serupa bagi semua ahli dalam satu-satu jenis. Kanak-kanak berkembang secara berperingkat. Perkembangan berlaku daripada kedaan yang menyeluruh kepada keadaan tertentu. Perubahan bersifat kualiti tidak dapat diukur secara tetap tetapi dapat dilihat daripada perubahan sifat. Proses perkembangan berterusan iaitu daripada permulaan hingga akhir hayat, iaitu peringkat matang. Ia timbul daripada tindakan saling berkait antara pertumbuhan fizikal dan pembelajaran. Perkembangan dipengaruhi oleh baka da persekitaran Ciri-ciri Perkembangan dan Ciri-ciri Ekspresi -Beri peluang untuk bekerja dengan berbagai bahan,cara dan teknik kanak-kanak dapat meneroka secara kreatif dengan variasi yang tidak terhad dan tidak terkongkong. -Aktivti seni juga mudah direka bentuk untuk mendekati keperluan dan naluri ingin tahu kanak-kanak. spt menyentuh, menguling, menguli, meramas, menggosok, mendengar, mengesan bunyi, menghidu, meniru aksi untuk mengenal sesuatu. - aktiviti seni juga mudah dilaksanakan ketika bermain dan boleh dikaitkan dengan sesuatu yang digemari dan diminati . Kreativiti Proses kreativiti boleh melibatkan: Perasaan dalaman kanak-kanak, imaginasi dan kreativiti Pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang diambil Kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaannya secara lahiriah Pemahaman Aktiviti Pergerakan ± Memahami asas-asas pergerakan seperti penggunaan ruang, masa, Imbangan berat badan dan daya atau aliran. Aktiviti Bermain ±memperkembangkan konsep pembentukan kendiri, seperti meningkatkan kefahaman dari segi emosi. Sosialisasi, kebudayaan, fizikal, rohani dan nilai-nilai murni. Lagu ± Di dalam lagu kanak-kanak akan dapat menambahkan keyakinan diri . Aktiviti Lakunan ±dapat memahami sesuatu konsep dengan lebih jelas lagi -menjadikannya sebagai seorang yang kreatif, inovatif, betangungjawab dan dapat membina sosialisasi dengan lebih baik serta dapat mengawal emosi dengan sempurna dan berkeyakinan tinggi.

Konsep kesedaran sendiri Memberi dorongan, bantuan, dan sokongan kepada usaha pembelajaran Memberi bimbingan yang wajar dengan membentulkan kesilapan pelajar dalam proses pembelajaran Mengajar pelajar mengikut cara kebolehan mereka supaya mereka sentiasa menikmati pengalaman berjaya dan seterusnya meningkatkan perasaan penghargaan kendiri dan keyakinan. Menerima pelajar-pelajar sebagai sebahagian dirinya Menggalkkan interaksi positif dikalangan rakan sebaya. Memberi peluang kepadanya memainkan peranan yang penting Memupuk nilai-nilai yang baik daripada rakan sebaya dan guru.
http://raisingthesoftvolume.blogspot.com/2008/07/topik-2-kanak-kanak-dan-seni.html

Saturday, August 8, 2009

NOTA PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
1.1 KANAK-KANAK DAN SENI VISUAL

Bilakah kali terakhir anda melukis? Apakah bentuk lukisan yang anda hasilkan? Siapakah yang mempengaruhi dan memberikan galakan kepada anda untuk melukis? Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanakkanak. Refleksi ini menurut Koster (2001), akan terus berkembang bersama kanakkanak sehingga ia membesar. Penghasilan karya terutama lukisan oleh kanak-kanak mempunyai interpretasi yang berbeza dengan karya yang dihasilkan oleh orang dewasa. Bagi orang dewasa, seni visual sering dikaitkan dengan kecantikan dan kesempurnaan, namun bagi kanakkanak hasil karya yang dihasilkan bersifat luahan dan ekspresif (Lowenfeld, 1975). Kebanyakan pengkaji seni kanak-kanak menganggap hasil karya seni sebagai satu kaedah menarik untuk melihat cara berfikir dan menyelami perasaan selain melihat dan menguji keupayaan perkembangan kognitif mereka. Karya seni kanak-kanak adalah bersifat peribadi dan tersendiri. Bertitik-tolak daripada faktor inilah pengetahuan asas mengenai lukisan yang dihasilkan

Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses. aktiviti pendidikan seni visual menggalakkan eksplorasi dan eksperimentasi supaya kanak-kanak mempunyai pengalaman luas dalam bidang penghasilan karya. atau ianya dapat dibentuk dan dikembangkan mengikut proses pertumbuhan mental seseorang individu? Penglibatan kanak-kanak di dalam aktiviti seni visual berupaya memberikan rangsangan dan pembangunan dari pelbagai aspek. proses ini menyuburkan budaya pemikiran kritikal di dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan.oleh kanak-kanak penting bagi guru pendidikan seni visual sebelum kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai aktiviti. Pendidikan seni visual menambahkan . Kesemua pengetahuan yang merangkumi umur. tahap kanak-kanak serta kemampuan mereka perlu difahami supaya guru-guru pendidikan seni visual berupaya merancang aktiviti yang sesuai dengan mengikut tahap yang sesuai. (b) Aspek Fizikal Penggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata. (d) Aspek Persepsi Melalui mata pelajaran seni visual.2 KEPENTINGAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KEPADA KANAK-KANAK Pada pandangan anda. berbanding dengan hasilan akhir. (c) Aspek Kreativiti Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Pembangunan tahap kreativiti kanak-kanak dapat dipertingkatkan selain mewujudkan rasa sensitiviti kanak-kanak terhadap sekelilingnya. adakah kebolehan seni seseorang merupakan satu anugerah yang ada sejak lahir. Oleh yang demikian. Secara ringkasnya kepentingan pengajaran mata pelajaran pendidikan seni visual kepada kanak-kanak dapat dilihat melalui aspek berikut: (a) Aspek Kognitif Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. Selain itu. murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria. 1.

3 KANAK-KANAK DAN SENI LUKIS Pernahkah anda melihat kanak-kanak menconteng dinding. Proses melukis yang menjurus ke arah pengamatan terhadap objek melatih deria kanak-kanak supaya menjadi lebih peka dan meningkatkan daya persepsi mereka. buku atau pun kertas? Mengapakah kanak-kanak gemar menconteng? Adakah mereka ingin berkomunikasi? Banyak kajian yang dijalankan bagi mengenal pasti kebolehan kanak-kanak. Selain itu. 1.pengetahuan mengenai konsep pembuatan dan kronologi sesuatu produk iaitu proses penghasilan dan hasilan seni. Ianya dijadikan sebagai satu proses pembelajaran kepada kanak-kanak melalui aktiviti imitasi alam sekeliling lalu dipermudahkan menjadi penghasilan simbol abstrak seterusnya menjadikan ianya satu bentuk hasil karya yang unik. Aktiviti pendidikan seni visual memberikan peluang kepada pelajar untuk saling hormatmenghormati dan menjadi landasan untuk memupuk perasaan bertoleransi. Aktiviti melukis dikatakan sebagai suatu bentuk aktiviti yang banyak digunakan oleh saintis. catan . produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka. figura manusia. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk. (a) Melukis sebagai Medium Komunikasi Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. pendidik dan ibu bapa bagi menyelami perasaan dan fikiran kanak-kanak. Selain itu. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. Aktiviti melukis merupakan aktiviti yang membantu kanak-kanak mengenali objek selain membantu meningkatkan daya sensitiviti terhadap alam sekeliling mereka. Penghasilan imej seperti pokok. aktiviti melukis juga meningkatkan daya imaginatif kanak-kanak selain berupaya mengimbangi emosi mereka. (e) Aspek Sosial dan Emosi Pendidikan seni visual memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. lukisan juga dijadikan alat membantu saintis untuk menganalisa fikiran dan perasaan kanak-kanak.

(b) Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri Kanak-kanak umumnya belajar sambil bermain. Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. kajian perkembangan kanak-kanak diteruskan oleh Clara dan William Stern di Jerman yang menerbitkan kajian mengenai lukisan yang dihasilkan oleh seorang kanak-kanak lelaki daripada kanak- . Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak. Selain itu. kajian terawal mengenai perkembangan artistik kanak-kanak yang pernah direkodkan adalah pada tahun 1887. kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. Bagi mereka. aktiviti bermain memberikan kepuasan di samping memberikan peluang kepada mereka untuk meneroka alam sekeliling. Pada tahun 1910 pula. aktiviti melukis juga menggalakkan kanak-kanak untuk bercerita mengenai karya mereka sekaligus membantu mereka untuk membina keyakinan diri untuk bertutur. persekitaran memainkan peranan penting kerana persekitaran yang sihat membantu perkembangan kognitif kanak-kanak dengan cara yang positif. Kesan penghasilan karya lukisan mampu membentuk personaliti kanak-kanak. Corrado Ricci yang berbangsa Itali telah menghasilkan tulisannya di dalam buku yang bertajuk The Art of Little Children yang mengkaji beberapa lukisan kanak-kanak. Konsep kendiri terbina apabila kanak-kanak mampu melukis tanpa ragu dan tidak bimbang memikirkan soal kecantikan karya mereka. 1.dan arca boleh memberikan tafsiran yang dapat membantu ahli psikologi untuk mengenal pasti kanak-kanak yang mempunyai masalah trauma. kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera. Menurut Light dan Barnes (2003). (c) Melukis untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self Esteem) Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka. Dalam konteks ini. pernahkah anda berkongsi lukisan yang anda hasilkan dengan rakan sekelas anda? Perkembangan artistik kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan suasana mereka dibesarkan. Melalui aktiviti melukis. Kajian mengenai perkembangan artistik kanak-kanak banyak dijalankan bagi melihat pertumbuhan pemikiran kanak semenjak dari kurun ke 19 lagi.4 PERKEMBANGAN ARTISTIK KANAK-KANAK Semasa menuntut di sekolah rendah dahulu. Melalui lukisan.

Pada tahun 1913 di Perancis. pensil serta bahan-bahan lain. Georges-Henri Luquet telah menerbitkan 1. Penghasilan karya pada usia ini tidak bersifat realistik dan banyak menggunakan lukisan garisan bagi menggambarkan sesuatu imej. di atas meja dan kertas lukisan dengan menggunakan pelbagai jenis bahan dan medium seperti krayon. Secara umumnya terdapat empat peringkat contengan pada peringkat manipulatif iaitu .4. 1. Lukisan yang dihasilkan juga selalunya tidak terkawal dan banyak terdapat di dinding. Pada usia ini.Hurwitz dan Day (2001) (a) Peringkat Manipulatif atau Zaman Awal Kanak-kanak (2-4 Tahun) Pada peringkat ini. kanak-kanak lebih gemar untuk mencuba dan bereksperimentasi dengan pelbagai jenis garisan yang boleh dihasilkan melalui pelbagai media. Peringkat-peringkat ini dikenali sebagai peringkat manipulatif. Kesemua kajian dan penerbitan yang dihasilkan mengenai perkembangan awal artistik kanak-kanak masih lagi menjadi rujukan utama kepada kajian mengenai perkembangan artistik kanak-kanak pada masa sekarang.1 Teori Perkembangan Artistik oleh Hurwitz dan Day Hurwitz dan Day (2001) telah merumuskan peringkat perkembangan artis kanak-kanak kepada tiga bahagian utama. ´Stages of artistic development are useful norms that can enlighten the teacher.500 keping katalog lukisan yang dihasilkan oleh anak perempuan beliau. dilukis semasa berumur antara 3 hingga 8 tahun. but they should not be considered as goals for education.µ . peringkat membuat simbol serta peringkat pra-remaja.kanak tersebut berumur 4 hingga 7 tahun. kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan kerana usia mereka yang masih muda. selalunya di dalam lingkungan umur dua hingga lima tahun.

alat permainan dan sebagainya. kanak-kanak sangat terpengaruh dengan keadaan sekelilingnya. Pada usia ini alatan tulis yang dipegang adalah mengikut keupayaan cara dan gaya yang disukai oleh mereka. (b) Peringkat Membuat Simbol (6-9 Tahun) Daripada peringkat lukisan contengan. Di peringkat contengan garisan terkawal pula garisan yang dihasilkan lebih menampakkan kawalan yang matang dibandingkan dengan peringkat pertama. Pada peringkat ini. Persekitaran memainkan pengaruh besar dan lukisan yang biasa dihasilkan adalah seperti rumah. Imejan dalam lukisan figura merupakan imej yang paling dominan. kereta. Pada peringkat ini juga. contengan rupa terkawal dan contengan rupa. Sementara itu. Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah cara kanak-kanak memegang alatan untuk melukis. contengan garisan terkawal. Simbol dan imejan yang dilukis oleh kanakkanak ini biasanya didahului dengan imej mereka sendiri. Pada peringkat ini juga lukisan yang dihasilkan adalah lebih kepada kepuasan dan keseronokan kerana mereka diberi peluang untuk melukis dan menggunakan alatan melukis seperti pen dan pensil. Peringkat penghasilan simbol bermula pada umur empat sehingga kanak-kanak berumur lapan tahun. Keupayaan menconteng sangat bergantung kepada keupayaan otot dan keselarasan koordinasi di antara mata dan tangan. bunga. contengan rupa terkawal memperlihatkan kebolehan kanak-kanak yang mula melukis rupa dan mengulanginya mengikut kehendak mereka. Akhir sekali adalah contengan rupa. Fokus imej yang dihasilkan pada peringkat ini adalah lukisan garisan yang pelbagai. simbol yang dihasilkan oleh kanak-kanak mudah untuk dikenal pasti kerana kanak-kanak mempunyai kawalan yang seimbang dan teratur dari segi pergerakan tangan. kanak-kanak mula beralih ke peringkat menghasilkan simbol. Contengan garisan tidak terkawal berlaku kerana kanak-kanak tidak mempunyai daya kawalan dan garisan yang dihasilkan biasanya berulang-ulang. kemudian diikuti dengan keluarga terdekat seperti ibu bapa diikuti rakan-rakan. di mana pada peringkat ini kanak-kanak berupaya mengenal pasti rupa dan menyebut rupa yang dihasilkan. .contengan garisan tidak terkawal.

penggunaan warna terhadap imej tidak menjadi fokus utama dan tidak ketara. penggunaan warna ke atas imej mula diperlihatkan. Lukisan figura pula mula dilukis dengan menitikberatkan daya saiz sebenar objek. imej langit dikaitkan dengan warna biru. Dalam sesetengah keadaan. mereka juga telah mula mementingkan warna yang tepat selain dari memasukkan bayang-bayang pada objek supaya imej yang dihasilkan seolah-olah nampak realistik. Pada peringkat ini juga. Pada peringkat kedua pula. Terdapat percubaan untuk melukis figura dengan saiz yang betul. warna kuning untuk matahari dan warna hijau bagi menggambarkan rumput atau tumbuhan. Umumnya. mereka mula menggunakan kaedah perspektif bagi membezakan saiz imej di mana mereka cuba memahami konsep ruang iaitu objek yang jauh bersaiz lebih kecil berbanding dengan objek yang lebih dekat. imej diri kanak-kanak itu juga mempunyai saiz yang lebih besar berbanding dengan imej figura yang lain. Pada permulaan peringkat pertama simbolisma ini.Di peringkat awal penghasilan imej simbolisma. Lukisan pada peringkat ini dikatakan lebih rasional kerana selain daripada kedudukan dan saiz figura yang betul. bapa digambarkan lebih besar daripada imej ahli keluarga yang lain melambangkan kekuasaan dan kekuatan yang di miliki oleh bapa selaku ketua keluarga. Sebagai contoh.lukisan yang dihasilkan lebih menumpukan kepada imej yang konkrit iaitu imej yang dilihat berbanding dengan imej yang mereka tahu. Sebagai contoh. figura manusia mula dilukis dengan melihat kadar banding pada objek tersebut tanpa membuat penambahan. (c) Pra-Remaja (10-13 Tahun) Peringkat Pra-remaja dikatakan peringkat transisi zaman kanak-kanak ke zaman remaja. Pada peringkat ketiga simbolisma. imej-imej yang dihasilkan melalui lukisan terdiri daripada pelbagai saiz. 1.4. Sebagai contoh.2 Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Lowenfeld dan Britain Lowenfeld dan Britain (1982) telah memperkenalkan teori perkembangan artistik kanak- . seseorang yang penting di dalam kehidupan kanak-kanak tersebut digambarkan lebih besar saiznya berbanding dengan imej figura yang lain.

PERKEMBANGAN ARTISTIK OLEH HURWITZ DAN DAY Peringkat Manipulatif (2-5 tahun) Peringkat Membuat Simbol (6-9 tahun) Peringkat Pra-Remaja (10-13 tahun) (c) Peringkat Schematic (7-9 Tahun) Pada peringkat ini kanak-kanak kurang cenderung untuk melukis imej objek berbanding pada peringkat awal tadi. peringkat dawning realism. Proses menconteng menyebabkan pergerakan badan dan membangunkan koordinasi otot motor tangan. Tidak peka dengan karya mereka sendiri dan tidak kisah dengan lukisan yang dihasilkan oleh rakan sebaya mereka dan gemar untuk berkongsi. peringkat schematic. Perubahan pada peringkat ini adalah terhadap imej yang dilukis secara realistik dan teliti. (b) Peringkat Preschematic (4-7 Tahun) Peringkat ini memperlihatkan peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis objek yang terdapat di sekelilingnya dengan menggunakan garisan.kanak yang merangkumi peringkat umur dari 2-14 tahun. Sebagai contoh. Mereka mula . (a) Peringkat Scribbling (2-4 Tahun) Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal. peringkat pseudonaturalistic dan peringkat adolescent art. Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. lukisan yang dihasilkan adalah spontan. kanak-kanak mula membuat percubaan dengan membahagikan ruang pada kertas lukisan kepada dua bahagian iaitu satah udara dan tanah. Peringkat perkembangan artistik yang diperkenalkan oleh Lowenfeld dan Britain ini merangkumi lima peringkat utama iaitu peringkat scribbling. peringkat preschematic. Bagi pemandangan satah bawah objek disusun secara melintang dan sama manakala objek udara pula dibiarkan kosong. Sebagai contoh ibu bapa dan orang yang rapat dengan mereka dilukis dengan mempunyai karakter tangan dan kaki dan dilukis seolah-olah terapung dan dengan saiz imej yang berbeza-beza. Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri. bebas dan berskala besar. kanak-kanak terus melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu. (d) Peringkat Dawning Realism atau The Gang Age (9-12 Tahun) Pada peringkat ini. Apabila kanak-kanak telah mampu menguasai pergerakan tangan dan badan mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan. Selain itu. Penekanan lebih diberikan kepada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat di sekelilingnya.

Lukisan yang hampir sama dihasilkan berulang kali. (a) Peringkat Fortuitous Realism Peringkat ini ialah peringkat awal lukisan kanak-kanak di mana imejan yang cuba dihasilkan pada peringkat contengan telah membentuk imej dan objek yang hampir sama dengan objek sebenar. . peringkat kedua adalah Failed Realism. Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej. (f) Peringkat Period If Decision atau Adolescent Art in High School (14-17 Tahun) Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya seni dan penciptaan objek. Apa yang menarik ialah keserupaan imejan yang dihasilkan adalah secara tidak sengaja. perkembangan dan aktiviti melukis kanakkanak pada peringkat ini adalah lebih kepada aktiviti peniruan dan diterjemahkan mengikut gaya contengan mereka. Namun secara ringkasnya terdapat tiga peringkat perkembangan artistik kanak-kanak yang diperkenalkan dan diistilahkan oleh Luquet iaitu peringkat Fortuitous Realism atau penemuan imejan realism secara tidak sengaja. dan peringkat ketiga adalah Intelectual Realism dan peringkat akhir adalah Visual Realism.membandingkan karya dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit individualistik serta menitikberatkan kualiti karya yang dihasilkan. 1. Menurut Luquet. (e) Peringkat Pseudonaturalistic atau Reasoning (12-14 Tahun) Pada peringkat ini.3 Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Georges-Henri Luquet Teori perkembangan artistik kanak-kanak yang diperkenalkan oleh Luquet (1926) bermula daripada peringkat contengan. Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni. kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik di dalam menghasilkan lukisan. Lukisan yang dihasilkan jarang dikongsi bersama dengan rakan sebaya dan perasaan malu dan rendah diri akan timbul sekiranya lukisan yang dihasilkan tidak menarik. (b) Peringkat Failed Realism Imej yang diperolehi secara tidak sengaja diperbaiki dan diperhalusi bagi mendapatkan imej sebenar.4. Mereka lebih gemar untuk melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata berbanding dengan lukisan menerusi imaginasi.

Di dalam aktiviti pendidikan seni visual. Diterima dan Disanjung Pujian dan sanjungan merupakan sebahagian daripada kaedah meningkatkan motivasi kanak-kanak. Ketangkasan Fizikal dan Memahami Aktiviti melukis dijadikan sebagai landasan bagi membina persaingan yang sihat di kalangan kanak-kanak. Berjaya dan Diiktiraf. penghasilan karya oleh kanak-kanak perlu mendapat kredit yang sewajarnya daripada guru. Sebagai guru.Namun usaha yang dilakukan tidak dapat diteruskan kerana imej objek tersebut kerap berubah daripada imej asal yang diperolehi secara tidak sengaja tadi. (c) Peringkat Intelectual Realism Pada peringkat ini kanak-kanak mula melukis mengikut apa yang mereka tahu dan apa yang mereka lihat. (a) Untuk Bergerak. Lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak hendaklah dipamerkan pada papan kenyataan murid di sekolah sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan keyakinan diri murid selain sebagai satu bentuk penghargaan kepada mereka di atas usaha menghasilkan karya. Pertandingan seperti pertandingan melukis dan mewarna sering diadakan bertujuan untuk mewujudkan persaingan positif di kalangan kanakkanak di samping memberikan peluang kepada mereka untuk berinteraksi dengan rakan sebaya. Penghasilan karya kanak-kanak adalah dalam bentuk lukisan yang lebih ringkas namun dilukis dengan agak baik. Pencapaian Kreatif dan Meluahkan Perasaan Aktiviti melukis meningkatkan dan membuka ruang ke arah pembinaan daya kreativiti kanak-kanak. kanak-kanak akan lebih cenderung untuk melukis berdasarkan apa yang mereka lihat daripada menggunakan imaginasi sendiri. (b) Untuk Bersaing. memahami keinginan mereka memberi ruang kepada kita untuk mengatur sesi pembelajaran serta pendekatan yang digunakan dengan cara yang lebih berkesan. Selain itu. terutamanya kanak-kanak. Percubaan untuk melukis imej 3 dimensi di atas kertas lukisan dapat dilihat pada peringkat ini dan percubaan melukis imej secara 3 dimensi dianggap satu kejayaan dan pencapaian baik. 1. Penganjuran aktiviti sebegini memberikan peluang kepada mereka untuk mempelajari kaedah dan perkara baru sesama mereka. Kenapa ini berlaku? Setiap insan di dunia mempunyai keinginan. (d) Peringkat Visual Realism Peringkat akhir ini memperlihatkan keupayaan kanak-kanak untuk melukis imej yang mempunyai perspektif dan kadar banding.5 KEINGINAN ASAS KANAK-KANAK Apabila tiba pada peringkat umur tertentu. melalui aktiviti melukis kanak-kanak diberikan . (c) Untuk Meneroka.

dan sebagainya. bagaimanakah pengetahuan tentang perkembangan artistik pelajar dapat membantu meningkatkan proses pembelajaran? RUMUSAN Dalam topik ini anda telah didedahkan dengan maklumat mengenai mengapa kanak gemar melukis dan seharusnya telah memahami mengapa Lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak mempunyai interpretasi dan makna yang berbeza dengan karya yang dihasilkan oleh golongan dewasa. ilmu pembentukan kesenian ataupun ilmu pengetahuan. teori tidaklah semestinya . pen. Latihan 1. Perasaan ingin mencuba ini merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran bagi kanak-kanak. Selain daripada itu berikan peluang kepada kanak-kanak untuk bercerita dan berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan seusia dengan mereka supaya pengalaman rakan yang lain turut menjadi sebahagian daripada proses pembelajaran. Sebagai guru. Di dalam konteks umum. Jika disoroti pengertian ini. hipotesis ataupun spekulasi.3 1. Nasir dan Iberahim Hassan (2003) mengklasifikasikan teori sebagai asas-asas atau hukum-hukum umum yang menjadi dasar pembentukan kesenian. Kanak-kanak sememangnya suka untuk mencuba. pensil warna. Secara umumnya ketiga-tiga istilah ini merujuk kepada perkara yang sama iaitu untuk melihat atau mempertimbangkan. yang seiras dengan perkataan Greek theOria dan theOrein. Karya yang dihasilkan oleh kanak-kanak merupakan satu kaedah bagi mengenal pasti proses perkembangan mereka justeru dan boleh gunakan pengetahuan ini untuk mengatur aktiviti yang menggalakkan perkembangan artistik mereka. Perkataan teori diambil daripada perkataan Latin theoria.peluang untuk meneroka dan bereksperimentasi dengan bahan-bahan lukisan seperti pensil. Md. istilah teori digunakan untuk memperjelaskan pendapat. TOPIK 2 TEORI-TEORI DALAM SENI PENGENALAN Teori dapatlah diertikan sebagai ¶pendapat· yang dikemukakan oleh individu-individu tertentu untuk memperjelaskan sesuatu perkara.

Contohnya pada suatu masa dahulu terdapat kebimbangan di kalangan pelayar dan pelaut yang mungkin mengemudi kapal sehingga ke sempadan lautan.1 DEFINISI SENI Apakah pendapat peribadi anda tentang seni dan skop seni? Bagaimanakah pengetahuan tentang definisi seni dapat meningkatkan pemahaman anda tentang seni? . mengenal pasti aplikasi teori-teori pendidikan seni visual. Jelas bahawa teori ini tidak berasaskan realiti sebenar dan lebih menjurus kepada pendapat yang tidak dapat dikenal pasti kesahihannya. mengaplikasi teori-teori ini di dalam konteks sebenar pengajaran seni visual. Bidang pendidikan seni itu sendiri sangat luas. eloklah disingkap terlebih dahulu pengertian seni itu sendiri. Sebelum merungkai teori-teori terkemuka di dalam pendidikan seni visual. dan 3. kapal mereka mungkin terjatuh ke bawah. Pelayar dan pelaut bimbang sekiranya mereka sampai ke penghujung dunia iaitu di bucu segi empat. OBJEKTIF Di akhir topik ini anda seharusnya dapat: 1. Namun teori tetap membantu dalam merungkai dan memperjelas sesuatu perkara. Kebimbangan ini berasaskan teori yang berpendapat bahawa dunia ini berbentuk segi empat. guru pendidikan seni visual akan mendapat gambaran yang lebih jelas dan seterusnya dapat diaplikasikan di dalam pendekatan pengajaran mereka. memahami teori-teori pendidikan seni visual. dalam erti kata lain ianya tidak semestinya konsisten dengan pengertian sebenar realiti. subjektif dan abstraktif. 2.bertunjangkan fakta. Adakalanya teori diformulasikan untuk memperjelaskan pendapat tertentu dan tidak semestinya berasaskan bukti-bukti yang kukuh. 2. Perkembangan seni seseorang individu melibatkan proses estetik yang rumit dan dengan memahami teori-teori pendidikan seni yang dikemukakan.

Interpretasi seni yang sangat luas ini menggamit pengamal-pengamal seni untuk menjuruskan skop seni ke atas lensa yang lebih fokus agar dapat memberikan gambaran yang lebih spesifik. Seni merupakan intipati kepada ekspresi kreativiti seseorang. setiap artis menentukan sendiri parameter hasil karya seni mereka. Walaupun sukar untuk diberi definisi khusus dan sama sukarnya untuk menilai tahap seni seseorang individu. 2. interpretasi seni adalah sangat universal yang merujuk kepada sebarang bentuk objek yang disusun mengikut aturan tertentu. seni boleh dirujuk sebagai suatu proses dan manifestasi kepada ekspresi diri. Secara amnya. Istilah seni mempunyai konotasi yang amat rapat dengan kemampuan dan penguasaan sesuatu medium dalam menyampaikan maksud-maksud tertentu. Ada juga yang memandang seni sebagai satu hasil aplikasi kreativiti yang mempunyai elemen atau nilai apresiasi. emosi. di dalam menyampaikan idea. Hasil daripada kajian-kajian yang dijalankan mendapati bahawa proses perkembangan kanak-kanak adalah mengikut peringkat-peringkat tertentu. Namun.2 CIRI-CIRI PERKEMBANGAN Kesedaran terhadap proses perkembangan kognitif dan artistik kanak-kanak mula mendapat tempat di kalangan penyelidik. Setiap peringkat diwakili dengan ciri-ciri dominan yang dipaparkan secara berulangulang . pengkaji. perasaan. penilaian yang menentukan elemen-elemen yang wajar diketengahkan di dalam hasil seni. sifat seni yang subjektif dan abstrak menyukarkan untuk memberikan takrifan khusus kepada seni mahupun konsep seni itu sendiri. bermaksud penyusunan ataupun untuk menyusun. Dalam konteks ini. kepercayaan di dalam bentuk yang difikirkan paling efektif. medium dan cara berkesan untuk menyampaikan maksud tersebut. pendidik dan ahli psikologi pada awal 1900. Menentukan maksud yang ingin disampaikan. memerlukan asas kritis yang baik dalam membuat penilaian.Seni di dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai art yang diambil daripada istilah Latin ars. berdasarkan nilai estetik dan kesan emosi.

pandangan mata dan pergerakan bahagian badan yang lain.3 PERKEMBANGAN ESTETIK Kita sering mengaitkan elemen estetika dengan kreativiti dan artistik. memek muka. Peringkat-peringkat ini juga mempunyai kaitan dengan umur kanak-kanak dan kematangan di dalam ekspresi artistik selalunya jelas berdasarkan kematangan usia mereka. Walaupun perkembangan estetik kanak-kanak secara total masih belum dapat dikenal pasti. Komunikasi bukan verbal melibatkan pergerakan tangan. kita berkomunikasi secara verbal ataupun bukan verbal. malah amat penting di dalam perkembangan pemikiran dan intelektualiti mereka. Luahan estetik kanak-kanak amat berbeza dengan pergerakan badan yang biasa.di dalam hasil seni kanak-kanak. Kanak-kanak pada umur 2 hingga 4 tahun selalunya mengeluarkan isyarat-isyarat tertentu yang lebih berbaur emosi daripada rasional atau intelektualiti. Di dalam kehidupan seharian. para pengkaji telah menemui beberapa pergerakan yang menjadi refleksi kepada perkembangan estetik kanak-kanak. Apakah sebenarnya estetik dan bagaimanakah ianya berbeza dengan konsep kreativiti di dalam seni? Perkembangan estetik kanak-kanak selalunya diterjemahkan melalui gerak-geri dan pergerakan badan mereka. 2. Pergerakan estetik pula menjurus kepada isyarat virtual. Isyarat-isyarat biasa . Pergerakan estetik awal kanak-kanak mempunyai kaitan langsung dengan emosi mereka kerana resepsi deria yang mengeluarkan isyarat tersebut selalunya mempunyai hubungan terus dengan bahagian otak yang merangsang emosi. Isyarat virtual ini merupakan jendela kepada emosi dalaman kanakkanak dan juga jiwa dan pemikiran mereka. Kebolehan kanak-kanak dalam meluahkan nilai estetika mereka merupakan satu bentuk kemahiran kognitif yang bukan sahaja penting di dalam perkembangan seni kanak-kanak tersebut.

. mereka dapat mengimbangkan diri mereka dengan baik di atas kerusi yang kecil dan mengekalkan langkah yang konsisten semasa mencuba tarian yang mudah. Semua pergerakan ini adalah luahan estetik mereka dan sebagai orang dewasa. Mereka juga dapat membezakan kiri dan kanak. konsisten. Antara persamaan yang ketara ialah transisi perkembangan daripada peringkat scribbling ke representation. Apabila usia mereka meningkat ke tahun ketiga dan keempat. Chapman (1972). Kanak-kanak lelaki dan perempuan didapati melukis dengan cara yang sama di peringkat awal pertumbuhan. pensil dan pen. pemerhatian terhadap pergerakan-pergerakan mereka akan dapat membantu kita menentukan apa yang bermain di dalam fikiran dan jiwa mereka. Lukisan kanak-kanak mungkin mempunyai elemen dua peringkat serentak dan tidak semestinya elemen satu peringkat perkembangan sahaja. arah. Alatan ini lebih mudah dikawal oleh kanak-kanak daripada berus dan warna. Contohnya meluahkan rasa sedih dengan menundukkan muka atau pun melahirkan ekspresi sedang berfikir dengan meletakkan tangan di bawah dagu.4 PERKEMBANGAN ARTISTIK Pelbagai model perkembangan telah dikemukakan yang membantu memperjelas perkembangan artistik kanak-kanak. daya dan juga keintiman. atas dan bawah. kanak-kanak menjadi lebih peka kepada gerakan-gerakan dinamik yang melibatkan imbangan. Antara persamaan-persamaan yang lain ialah: (a) Faktor sosioekonomi mempunyai pengaruh yang amat terbatas dalam peringkat awal pertumbuhan kanak-kanak.seperti tunduk memberi hormat atau pergerakan biasa yang dilakukan ketika beribadat mempunyai implikasi emosi. Model-model ini secara umumnya berbeza namun mempunyai corak perkembangan yang lebih kurang sama. Antara model-model terkemuka telah diformulasikan oleh Lowenfeld (1975). 2. (c) Terdapat pertindihan yang agak ketara di antara peringkat-peringkat perkembangan. (b) Lukisan kanak-kanak dapat memberi lebih banyak maklumat tentang perkembangan mereka daripada catan kerana ianya menggunakan krayon. Di usia ini. Pada umur 6 tahun. kanak-kanak tahu bahawa gerak-geri mereka juga mempunyai elemen psikologi.

1 Teori Gestalt Teori Gestalt mempunyai sejarah yang panjang. istilah kognitif merujuk kepada proses dalaman minda seperti penyelesaian masalah. ingatan dan juga pembelajaran bahasa. Walaupun teori kognitif yang ada pada hari ini mempunyai persamaan yang sangat sedikit dengan teori Gestalt. cara minda melihat corak dan persepsi terhadap persekitaran. Pemahaman ketiga-tiga teori ini akan dapat membantu dalam pemahaman teori-teori kognitif yang lain kerana ketigatiga teori inilah tunjang kepada teori-teori kognitif yang ada pada hari ini. Teori ini bermula di Jerman pada . dapat dikenal pasti dalam banyak teori-teori yang lain. teori-teori kognitif bermula dengan teori Gestalt. Begitu juga dengan pendekatan Konstruktivis yang ketara di dalam perkembangan teori kognitif. teori Sosial-Interaksi Piaget dan teori Konstruktivis. 2. Teori-teori kognitif juga banyak dipengaruhi oleh model SosialInteraksi Piaget yang memperjelas proses pertumbuhan kognitif kanak-kanak. Ahli psikologi kognitif mempunyai minat yang mendalam untuk melihat bagaimana manusia memahami.Model-model perkembangan artistik kanak-kanak akan dibincangkan dengan lebih terperinci dalam Topik 6. 2.5 TEORI-TEORI KOGNITIF Bagaimanakah pengetahuan tentang teori-teori dalam pendidikan dapat membantu meningkatkan kualiti guru di dalam pengajaran? Pada dasarnya. menganalisa dan menyelesaikan masalah melibatkan proses mental. Sekiranya diteliti sejarah perkembangan teori. elemen persepsi. OUM Oleh itu topik ini akan memberi tumpuan kepada tiga teori kognitif yang utama iaitu teori Gestalt. yang ada pada Gestalt.5. Teori kognitif secara umumnya merungkai bagaimana manusia memahami sesuatu objek atau material yang seterusnya mempengaruhi kapasiti mereka untuk mempelajari sesuatu.

dan juga hukuman (hukuman). Tindakan ini adalah dalam bentuk penguatkuasaan (reinforcement) yang datang dalam bentuk positif atau negatif. Malah perkataan Gestalt bukanlah datangnya daripada nama pengasas teori tersebut. Penguatkuasaan atau hukuman yang dikenakan boleh memodifikasikan tingkah laku seseorang dan bolehlah disimpulkan bahawa individu tersebut telah mempelajari sesuatu. asas teori Gestalt tidak hanya diaplikasikan di dalam bidang psikologi tetapi telah menular dan mempengaruhi dipindai ilmu yang lain terutamanya pendidikan. 2. Pada kurun ke 20. Kohler merupakan Pengarah di Institut Psikologi di University of Berlin dan Wertheimer merupakan ahli akademik fakulti tersebut. kedudukan ataupun diletakkan bersama. dipisahkan oleh Perang Dunia Pertama dan bertemu kembali pada tahun 1920.2 Definisi Teori Gestalt Tidak ada makna khusus untuk istilah Gestalt di dalam Bahasa Inggeris. Jarak yang jauh tidak menghalang ketiga-tiga pengasas ini daripada mengekalkan hubungan yang baik. Walaupun ketiga-tiga pengasas Gestalt merupakan ahli psikologi.tahun 1910 dan diasaskan oleh Max Wertheimer. Wolfgang Kohler dan Kurt Koffka.1. . salah satu daripada dua tindakan boleh dikenakan. Gestalt dapat dirujuk sebagai bentuk. Namun. Namun para pengasas teori Gestalt percaya bahawa proses pembelajaran bukan hanya disebabkan oleh penguatkuasaan atau hukuman tetapi lebih melibatkan proses kognitif. Ukuran tahap pembelajaran seorang pelajar dilihat daripada aspek pencapaian yang selalunya diterjemahkan melalui keputusan ujian dan peperiksaan Pengamal teori ini percaya bahawa apabila individu diberikan rangsangan tertentu.1. mereka mempunyai latar belakang yang berbeza. seperti kebanyakan nama teori-teori yang lain. 2. teori behaviorisme merupakan pendekatan popular yang diamalkan di Amerika Syarikat.1 Latar Belakang Teori Gestalt Pada hujung kurun ke 19. rupa. Teori ini memberi penekanan kepada produk atau hasil dan tidak mementingkan proses pembelajaran itu sendiri.5.5. Bahang daripada Perang Dunia Pertama serta gerakan anti Yahudi memaksa ketiga-tiga pengasas ini berhijrah ke Amerika Syarikat. Koffka pula menjadi tenaga pengajar di Frankfurt.

Elemenelemen ini juga mempengaruhi cara seseorang di dalam menyelesaikan sesuatu masalah. lantai. Terdapat enam hukum yang utama iaitu hukum Pragnanz. bergantung kepada pengalaman lepas masing-masing.3 Hukum-hukum Teori Gestalt Pengamal Gestalt percaya bahawa individu akan mengklasifikasikan rangsangan mengikut persepsi mereka terhadap rangsangan tersebut. Proses pengklasifikasian ini bergantung kepada beberapa faktor yang dinamakan hukum teori Gestalt.5. Gestalt menekankan cara minda memberi tumpuan corak atau sifat sesuatu dan bagaimana ianya mempengaruhi proses belajar. persepsi seseorang terhadap sesuatu memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan tingkah laku individu terbabit. Adalah sukar untuk individu terbabit untuk merubah persekitaran mereka apabila berhadapan dengan pengalaman atau sesuatu yang baru. melihat sesuatu objek secara keseluruhan (contohnya rumah) memberi makna yang lebih mendalam daripada melihat komponen-komponen individu (tiang. cara individu tersebut dibesarkan dan firasat. Di dalam teori Gestalt. Sekiranya dua individu didedahkan kepada rangsangan yang sama. Oleh itu. tangga). individu akan cuba mengenakan aturan dalam bentuk yang mudah untuk ditafsirkan. prinsip asas teori ini menitikberatkan keseluruhan daripada sebahagian. Proses melihat secara keseluruhan melibatkan proses kognitif ² minda membuat anjakan daripada memahami setiap komponen dalam menghasilkan makna daripada pandangan yang menyeluruh. hukum Kesinambungan Positif (Good Continuation) dan hukum Ciri-ciri Bahagian (Membership Character).Teori Gestalt melihat kepada struktur menyeluruh dan bukannya membahagikan struktur tersebut kepada entiti atau bahagian-bahagian yang berasingan. Teori ini percaya bahawa persepsi seseorang terhadap sesuatu rangsangan akan mempengaruhi tindak balas atau perlakuan individu terbabit. tindak balas mereka mungkin berbeza. Di dalam aspek pembelajaran. Oleh itu. Oleh itu. pintu. Dalam erti kata lain. 2. (a) Hukum Pragnanz Hukum Pragnanz menyatakan bahawa apabila individu berhadapan dengan pengalaman yang baru. individu akan . hukum Persamaan (Similarity).1. Persepsi ini dipengaruhi oleh pengalaman. hukum Lengkap (Closure). dinding. persepsi individu tersebut adalah tidak teratur. budaya. hukum Keintiman (Proximity).

1. Asas bahawa firasat atau insights mempunyai hubungan dengan tindak balas pembelajaran merupakan konsep penting di dalam teori proses kognitif. dan pada masa yang akan datang sifat yang sama akan dikekalkan. (b) Hukum Persamaan (Similarity) Konsep hukum persamaan adalah lebih mudah untuk difahami.lebih cenderung untuk merubah persepsi mereka terhadap pengalaman tersebut.1. Di dalam konteks pembelajaran seni visual.5 Pendekatan Teori Gestalt dalam Pembelajaran Kepentingan teori ini di dalam dunia pembelajaran ialah fokus yang diberikan dalam melihat sesuatu entiti secara keseluruhan.5.4 Pengaruh Teori Gestalt Banyak teori yang diasaskan selepas kurun ke-20 mengintegrasikan elemen teori Gestalt. Contohnya. Teori Gestalt juga mempunyai hubungan yang rapat dengan pandangan konstruktivis dan banyak diaplikasikan di dalam kaedah penyelesaian masalah. Di dalam seni visual. Rangsangan-rangsangan yang mempunyai hubung kait di antara satu sama lain akan diletakkan di dalam kumpulan yang sama. (f) Hukum Ciri-ciri Bahagian (Membership Character) Di dalam hukum ini.5. 2. elemen ini amat penting kerana aplikasi proses mestilah betul untuk sampai kepada penghasilan . (d) Hukum Lengkap (Closure) Hukum lengkap menganjurkan bahawa individu cenderung untuk meletakkan rangsangan yang telah lengkap di dalam kumpulan yang sama. pengklasifikasian setiap rangsangan adalah berdasarkan elemen jarak dan hubungan. Konsep ini amat signifikan di dalam penyelesaian masalah. teori Gestalt bukan sahaja melihat kepada produk atau hasil kerja tetapi memberikan penekanan yang tinggi ke atas proses penghasilan produk itu sendiri. garis yang lurus dilihat sebagai akan tetap lurus pada masa yang akan datang dan tidak akan berubah sifatnya. 2. (c) Hukum Keintiman (Proximity) Mengikut hukum keintiman. (e) Hukum Kesinambungan Positif (Good Continuation) Hukum ini menyatakan bahawa sifat sesuatu rangsangan tidak akan berubah. dan bukannya melihat setiap bahagian daripada keseluruhan objek tersebut. individu akan mentafsir sesuatu berdasarkan pandangan mereka secara keseluruhan terhadap sesuatu objek tersebut. Individu akan lebih cenderung untuk mengklasifikasikan rangsangan yang mempunyai persamaan di dalam kumpulan yang sama.

produk yang baik. Oleh itu, guru haruslah memberi penekanan kepada proses di dalam pengajaran dan haruslah menggalakkan para pelajar agar tidak mementingkan hasil kerja semata-mata. Penilaian kerja para pelajar juga haruslah dimasukkan elemen proses dan bukanlah hanya menilai hasil karya yang telah siap. Di dalam konteks pengajaran, guru haruslah sedar bahawa setiap rangsangan yang diperkenalkan mungkin akan mendapat penerimaan yang berbeza daripada para pelajar, terutamanya apabila pelajar berdepan dengan rangsangan baru atau pengalaman baru. Contohnya, apabila menayangkan rakaman video tentang budaya sesuatu suku kaum, sekiranya budaya kaum tersebut bertentangan dengan budaya yang diamalkan oleh pelajar, mereka mungkin mempunyai persepsi negatif terhadap kaum tersebut dan mempengaruhi hasil karya yang mungkin dihasilkan rentetan daripada tayangan video.

Latihan 2.1 1. Nyatakan dua ciri utama yang membezakan teori Gestalt dengan pendekatan behaviorisma. 2. Teori Gestalt digunakan secara meluas di dalam penyelesaian masalah. Bagaimanakah teknik melihat sesuatu secara keseluruhan dapat membantu di dalam menyelesaikan sesuatu masalah?

Selain daripada aplikasi teori Gestalt di dalam pengajaran seperti yang dicadangkan dalam halaman sebelumnya, cadangkan aplikasi-aplikasi lain yang dapat anda gunakan di dalam kelas dengan bertunjangkan pendekatan Gestalt.

2.5.2 Teori Sosial-Interaksi Piaget Jean Piaget (1896-1980) merupakan antara tokoh penyelidik paling berpengaruh di dunia dalam bidang perkembangan psikologi. Di peringkat awal, Piaget merupakan ahli epistemologi genetik di dalam bidang biologi dan falsafah.

2.5.2.1 Latar Belakang Penglibatan Piaget Minatnya di dalam mengkaji perkembangan mental kanak-kanak bermula semasa beliau menjalankan kerja-kerja penyelidikan di makmal ujian di Paris. Piaget mendapati kanakkanak kecil selalunya mampu memberikan jawapan yang berbeza secara kualitatif jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang lebih besar. Daripada pengamatan ini, Piaget merumuskan bahawa kanak-kanak kecil bukanlah tidak mempunyai kapasiti untuk berfikir, cuma kanak-kanak dewasa mempunyai lebih pengalaman yang mengasah minda mereka. Jawapan kanak-kanak kecil berbeza daripada kanak-kanak dewasa kerana cara berfikir mereka yang berbeza. 2.5.2.2 Proses Perkembangan Kognitif Sebagai ahli biologi, Piaget berminat untuk mengkaji bagaimana sesuatu organisme dapat menyesuaikan diri dalam sesuatu persekitaran. Walaupun mengkaji perkembangan kognitif kanak-kanak, Piaget masih mengekalkan prinsip penyelidikan biologinya. (a) Penyerapan (Assimilation) dan Ubahsuai (Accommodation) Piaget menjelaskan dua proses yang digunakan oleh individu sepanjang hayat dalam menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran, iaitu asimilasi (assimilation) dan akomodasi (accommodation). Kedua-dua proses ini sentiasa berlaku dalam diri individu dan sentiasa menimbulkan ketegangan yang memerlukan penyelesaian. Hasil daripada penyelesaian kepada ketegangan ini akan mempengaruhi perkembangan kognitif. Penyerapan merujuk kepada proses penerimaan rangsangan dari luar dan individu mentafsir serta memproses rangsangan ini mengikut pengalaman yang telah sedia ada. Dalam keadaan ini, individu selalunya tidak perlu membuat sebarang modifikasi diri kerana pengalaman yang dimilikinya mampu membantunya menghadapi rangsangan tersebut. Berbeza dengan penyerapan, ubahsuai pula dilihat sebagai penglibatan aktif individu dalam membuat modifikasi tertentu pada diri dan perlakuan agar dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran. Ini adalah kerana, individu tersebut berhadapan dengan sesuatu yang baru yang belum pernah dialaminya sebelum ini. Ini memaksa individu tersebut mengubahsuaikan diri dan tingkah laku yang sedia ada agar dapat menyesuaikan dengan

rangsangan tersebut. (b) Refleksi, Skema, Struktur dan Hierarki Piaget juga mengemukakan hipotesis bahawa setiap bayi dilahirkan dengan skema fungsi yang dikenali sebagai refleksi. Refleksi pada bayi ini berfungsi dalam membantu menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru (daripada dunia janin ke dunia sebenar). Apabila bayi mula biasa dengan persekitaran yang baru, refleksi ini akan digantikan dengan skema tersusun. Apabila bayi meningkat usia dan lebih terdedah kepada persekitaran, skema ini akan digantikan dengan struktur. Struktur bertanggungjawab ke atas tingkah laku kanakkanak yang lebih kompleks. Dan apabila struktur menjadi lebih matang, ianya akan digantikan dengan penyusunan hierarki. 2.5.2.3 Perkembangan Kebolehan Kognitif Jean Piaget telah mengenal pasti empat peringkat perkembangan kognitif yang dilalui oleh setiap individu setelah dilahirkan sehinggalah dewasa. Keempat-empat peringkat ini dikenali sebagai Peringkat Deria-Pergerakan (Sensorimotor), Peringkat Pra-olahan (Preoperational), Peringkat Pengolahan Konkrit (Concrete Operational) dan Peringkat Pengolahan Formal (Formal Operation). Setiap peringkat ini mempunyai ciri-ciri spesifik yang unik yang hanya dimiliki oleh kanakkanak pada peringkat itu sahaja. Walaupun setiap peringkat diwakili dengan tempoh usia yang tertentu, perlu difahami bahawa setiap kanak-kanak mengalami perkembangan mental pada tahap yang berbeza. Ada kanak-kanak yang mungkin mempunyai pertumbuhan mental yang lebih cepat atau lambat sedikit dibandingkan dengan kanakkanak lain.

(a) Peringkat Deria-Pergerakan (0-2 Tahun) Bayi yang baru dilahirkan mempunyai kemampuan yang terbatas. Otaknya masih baru dan belum banyak bekerja, oleh itu bayi hanya menyedari persekitarannya dengan kabur. Namun, fungsi deria bayi berkembang dengan cepat dan kanak-kanak dalam peringkat ini

Apabila telah menguasai kawalan pergerakan. Hujung peringkat ini menyaksikan kebolehan kanak-kanak untuk bertutur dan mereka amat petah bercakap. Satu-satunya cara interaksi dengan persekitaran ialah melalui kesan deria dan gerak-gerinya. justeru meningkatkan rasa ingin tahu kanak-kanak. Jawapan yang sesuai yang diberi untuk soalan-soalan mereka akan menambahkan ilmu. Mereka masih di permulaan pembinaan konsep iaitu mula mengklasifikasikan objek dan kejadian. (c) Peringkat Pengolahan Konkrit (7 ² 11 Tahun) .cepat menjadi pemerhati dan pemerhatian ini akan diikuti pula dengan gerak balas. Walaupun begitu. kanak-kanak mula berinteraksi dengan cara menggerakkan objek-objek dalam persekitarannya. objek tersebut tidak ghaib begitu sahaja. Ekspresi diri seperti ini harus digalakkan untuk melatih mereka menyatakan sesuatu dengan betul. Menurut Piaget. Penerokaan ini membantu mereka menemui benda-benda baru. Pemikiran kanak-kanak adalah sehala dan cara pemikiran adalah sangat egosentrik iaitu sangat mementingkan diri dan merasakan diri mereka sentiasa benar dan betul. Kanak-kanak masih belum dapat menguasai simbol ataupun bahasa untuk menamakan objek di sekitarnya. Peringkat ini jugalah kemuncak bagi kebolehan untuk berimaginasi dan mencipta pelbagai benda. Di waktu inilah mereka mula meneroka alam sekeliling. kanak-kanak ini masih belajar untuk menghubungkaitkan simbol dan perkataan dengan objek dengan cara intuisi dan bukannya dengan cara penaakulan (reasoning). bayi tersebut mula memahami konsep ¶kekal· (permanence) iaitu kesedaran bahawa walaupun sesuatu objek hilang daripada pandangannya. tahap kematangan dan membantu mereka mengaitkan sesuatu kenyataan dengan kenyataan yang lain. (b) Peringkat Pra-olahan (2 ² 6 Tahun) Di peringkat ini. Apabila umur bayi meningkat 10 bulan. kanak-kanak telah mula menguasai bahasa dan menggunakan nama untuk panggilan objek di sekelilingnya. penguasaan ini masih baru dan terbatas dan akan berkembang sepenuhnya sehinggalah kanak-kanak tersebut mencapai peringkat pengolahan formal. oleh itu konsep yang dikuasai jauh daripada kesempurnaan.

Kanak-kanak juga mempunyai penguasaan yang baik dalam pertuturan dan mereka banyak bercakap untuk melancarkan pertuturan mereka. serta kemampuan melihat sesuatu perkara daripada pelbagai perspektif. Di peringkat ini juga mereka mula memahami konsep abstrak dan ini membantu mereka memahami prinsip moral dan etika. Kerana perasaan ingin tahu yang tinggi dalam pelbagai perkara menyebabkan minat mereka sentiasa berubah-ubah. etika. politik dan hal-hal keagamaan. Di peringkat ini juga. Kanak-kanak juga mempunyai kecenderungan untuk meletakkan matlamat yang tinggi untuk sesuatu perkara dan mengharapkan segalagalanya tercapai dengan sempurna. Walaupun begitu. . Kanak-kanak ini mencapai tahap kemuncak kecerdasan mental di penghujung zaman remaja. Peringkat ini juga menyaksikan kebolehan kanak-kanak menguasai konsep pengekalan tentang paduan. pengklasifikasian bahan mengikut sifat. namun kekurangan pengalaman mengehadkan pengetahuan dan kebolehan mereka untuk menggunakan apa yang mereka tahu. Perasaan ingin tahu adalah sangat tinggi dengan keinginan belajar yang besar. Malah mereka mula sedar bahawa setiap perkara ada pro dan kontra. nombor. Kebolehan ini membantu mereka memahami konsep lain yang lebih rumit seperti susunan angka. Mereka juga mula mempunyai kesedaran tentang kepentingan falsafah hidup. buruk dan baik dan mereka mula belajar untuk mempertimbangkan sesuatu perkara sebelum mencapai keputusan. berat dan padatan. (d) Peringkat Pengolahan Formal (12 Tahun ke Atas) Peringkat ini merupakan peringkat perkembangan kognitif yang tertinggi dan kanakkanak dalam peringkat ini dapat mengurus dan mengolah persekitaran mereka dengan baik. Mereka juga mampu untuk menerima pelbagai kemungkinan daripada tindakan mereka dan tidak mudah terkeliru dengan hasil yang di luar dugaan. perkembangan fizikal kanak-kanak adalah lebih pantas berbanding perkembangan mental apabila mereka mula melangkah ke awal alam remaja. cara pemikiran mereka tidak sama dengan corak pemikiran orang dewasa.Pertumbuhan mental adalah berterusan dan penguasaan pengetahuan dan pemikiran bertambah banyak. Oleh itu mereka akan selalu putus asa dan kecewa sekiranya tidak mendapat apa yang mereka mahukan. Kematangan dalam berfikir juga telah mula kelihatan di mana kanak-kanak tidak lagi egosentrik.

5.2 1. iaitu bagaimana kanak-kanak berfikir dan bagaimana cara pemikiran ini mempengaruhi tingkah laku mereka. pemikiran kanak-kanak berbentuk sehala.4 Pendekatan Teori Sosial-Interaksi Piaget dalam Pembelajaran Teori ini banyak membantu guru-guru dalam memahami proses mental kanak-kanak.2. Kanak-kanak juga perlu diberitahu kepentingan menceritakan sesuatu sebagaimana sebenarnya berlaku dan tidak hanya mereka-reka cerita. Satu cara menangani perkara ini ialah dengan mengadakan sesi bercerita di pra-sekolah atau di rumah dan menggalakkan kanakkanak menggunakan daya imaginasi mereka dalam sesi ini sahaja. OUM (a) Peringkat Pra-olahan (2-6 Tahun) Imaginasi kanak-kanak adalah sangat tinggi pada peringkat pra-olahan. Adalah penting bagi guru-guru prasekolah ataupun ibu bapa menggalakkan kanak-kanak untuk berimaginasi kerana secara tidak langsung ia juga akan menggalakkan daya cipta kanak-kanak. guru-guru perlu sedar kepentingan mengenakan batasan tertentu kerana sekiranya kanak-kanak terlalu berimaginasi.Latihan 2. mereka mungkin tidak dapat membezakan di antara dunia sebenar dan dunia khayalan. Di peringkat pra-olahan (2-6 tahun). Pemahaman teori ini memberi gambaran kepada guru dalam menyediakan persekitaran yang sesuai bagi merangsang minat dan proses pertumbuhan mental mereka. Apakah implikasi negatif yang mungkin berlaku kepada kanak-kanak sekiranya guru tidak menyediakan jawapan-jawapan yang betul atau bersesuaian kepada soalan-soalan mereka? 2. Pihak sekolah perlu menyediakan persekitaran yang mampu memupuk perkembangan . Bagaimanakah pengetahuan ini dapat digunakan oleh guru dalam merancang pengajaran mereka? 2. Namun. iaitu apabila kanak-kanak mencapai umur dua hingga enam tahun.

janganlah kanakkanak tersebut dibohongi. Cuba ingati kanak-kanak untuk mengikut giliran. merasa dan menghidu. manakala sebilangan lagi lebih suka mendiamkan diri. kanak-kanak tersebut patut digalakkan untuk berkongsi maklumat dengan rakan kelas yang lain. Setiap soalan yang diajukan oleh pelajar perlulah diberi jawapan yang sesuai. dan menghormati orang lain dengan cara senyap dan mendengar apabila giliran orang lain untuk bercakap. Sekiranya seseorang kanak-kanak didapati mengetahui lebih daripada apa yang guru ketahui di dalam sesuatu topik atau bidang. Kanak-kanak perlu disediakan objek-objek konkrit yang mana boleh diaplikasikan dengan menggunakan deria rasa kanak-kanak untuk menyentuh. di dalam kelas yang sama mungkin ada sebilangan kanak-kanak yang sangat petah bertutur dan sangat aktif.kognitif kanak-kanak. Guru juga perlu memberi penggalakan kepada pelajar untuk meluahkan diri mereka secara verbal dan menyediakan tatabahasa baru kepada pelajar agar dapat mereka bertutur dengan cara yang lebih sempurna. Namun begitu. Guru haruslah bijak merangsang kanak untuk mengambil bahagian di dalam gerakkerja kelas dan semua kanak-kanak diberi peluang yang sama rata. Guru seharusnya mempelbagaikan aktiviti di dalam kelas supaya kanak-kanak dapat mempelajari dengan . Sebaik-baiknya guru boleh memberi maklum balas kepada kanak-kanak dalam masa sehari dua sambil cuba mencari jawapan yang sesuai. Pada peringkat ini juga kanak-kanak mempunyai minat yang pelbagai namun ini tidak bermakna mereka tidak mempunyai disiplin mental yang baik. kanak-kanak mempunyai kepetahan bercakap yang sangat tinggi dan sentiasa ingin bertutur untuk menarik perhatian. Guru-guru kelas juga sepatutnya menyusun ruang kelas dengan cara yang boleh memupuk perkembangan kognitif kanak-kanak. Guru-guru juga harus melatih kanak-kanak untuk bercakap hanya apabila diberi peluang agar tumpuan kanakkanak akan juga diberikan semasa guru mengajar. Persekitaran kanak-kanak perlulah kaya dengan objek-objek konkrit ini untuk kanak-kanak meneroka dan belajar. (b) Peringkat Pengolahan Konkrit Di peringkat ini. Sekiranya guru tidak mempunyai jawapan terhadap soalan yang dikemukakan. melihat. mendengar.

Ini dapat membantu mereka berfikir secara kritikal dan sekiranya tugasan tersebut mencabar. Antara bentuk perbincangan ialah membantu dalam menentukan hala tuju pelajar. Di dalam konteks ini. Secara umumnya teori ini memberikan beberapa implikasi penting di dalam perkembangan mental kanak-kanak. Guru boleh membantu dengan mengadakan perbincangan dalam topiktopik ini agar dapat dijadikan panduan oleh pelajar. Komunikasi dengan ibu bapa juga perlu dan ibu bapa perlu diingatkan supaya tidak mendesak anak mereka melakukan sesuatu kerja dengan melampau atau meletakkan harapan yang terlalu tinggi ke atas anak-anak. politik dan konsep agama. Mereka mahu kehendak dan pendapat mereka didengari dan dituruti. hilang minat dan lebih bahaya lagi. Kanakkanak perlu rasa dihargai dan diterima oleh persekitaran mereka. pelajar telah mula faham konsep-konsep abstrak dan mula membentuk identiti diri. Mereka mula memahami kepentingan falsafah hidup dan prinsip. Walaupun pendapat kanak-kanak mungkin kelihatan tidak bernas dan terlalu kebudak-budakan. Guru boleh melatih kanak-kanak dengan memulakan tugas yang mudah dan secara beransur-ansur beralih kepada tugas yang lebih kompleks. individu dewasa harus menerima pendapat ini dengan fikiran terbuka . Dengan cara ini kanakkanak tidak mudah berputus asa dan lebih bermotivasi untuk menyiapkan tugas apabila berjaya menyiapkan tugas terdahulu yang dirasakan mampu dilaksanakan. (c) Peringkat Pengolahan Formal (12 Tahun ke Atas) Di peringkat ini. guru dan kawan-kawan. ianya akan merangsang para pelajar untuk lebih komited menyiapkan tugasan yang diberikan. menjadi benci kepada proses belajar itu sendiri. persediaan yang perlu dilakukan serta menetapkan matlamat. Di peringkat ini. Sekiranya mereka dipaksa melakukan perkara yang sama setiap hari. Tugasan di dalam kelas juga seharusnya diolah supaya dapat mencabar minda dan imaginasi pelajar. terutamanya ibubapa. kanak-kanak akan merasa jemu. persekitaran di mana kanakkanak tersebut membesar amat penting dalam merangsang tumbesaran mereka. kanak-kanak juga cenderung meletakkan matlamat yang tidak realistik.pelbagai cara yang berlainan dan baru.

proses belajar memerlukan penglibatan aktif pelajar dalam membina idea-idea atau konsep baru berdasarkan pengetahuan sedia ada. Pandangan konstruktivis melihat ilmu bukanlah sesuatu yang berkaitan dengan dunia atau persekitaran.1 Pendekatan Konstruktivis dalam Pengajaran Bruner telah menggariskan tiga prinsip utama di dalam konteks pembelajaran menggunakan pendekatan konstruktivis. Pendekatan konstruktivis menganjurkan individu terlibat dengan aktiviti-aktiviti penemuan melalui cara berinteraksi dengan persekitaran.3. Ilmu bukanlah sesuatu yang kekal dan jitu malah dibina oleh individu melalui pengalamannya dengan persekitaran. Oleh kerana tahap pemikiran mereka yang masih terbatas.3 Pendekatan Konstruktivis Satu lagi pendekatan utama yang sangat popular di dalam dunia pendidikan ialah pendekatan konstruktivis yang diasaskan oleh Jerome L. Pengalaman amat membantu di dalam menterjemah persekitaran ini. . Skinner. cadangan atau petunjuk perlu diberikan kepada kanak-kanak untuk melatih mereka menyelesaikan masalah. Amalan menggalakkan kanak-kanak membuat pilihan. tetapi terbina daripada dunia dan persekitaran. Bruner berpendapat bahawa manusia secara lahiriah mampu belajar melalui penemuan sendiri dan membuat kaitan di antara pelbagai rangsangan untuk mencapai kepada maklumat yang bermakna. membuat andaian. Pengalaman ini membantu individu melihat permasalahan tertentu daripada perspektif yang berlainan. Bruner. 2. Pelajar memilih dan menterjemah maklumat. membuat keputusan dan proses-proses ini sangat bergantung kepada kebolehan kognitif seseorang. Menurut Bruner. pengamal teori behaviorisme yang menganjurkan bahawa pelajar belajar secara bersendirian.5.5. rangsangan-rangsangan tertentu seperti alatan.F.tanpa ejekan atau cemuhan. diberi kebebasan berfikir serta digalakkan menyelesaikan masalah harus diteruskan. Pendapat ini bertentangan dengan pendapat yang dikemukakan oleh B. 2.

Kemudian tumpuan diberikan di dalam pembinaan kurikulum sekolah agar pelajar dapat menjalinkan pengetahuan sedia ada dengan ilmu yang baru dipelajari. pendekatan konstruktivis menyarankan agar pendidik menimbang terlebih dahulu pengalaman dan tahap ilmu yang dimiliki oleh pelajar. Guru tidak seharusnya melambakkan segala maklumat kepada pelajar. Tugas guru ialah menterjemahkan maklumat ke bentuk yang sesuai dengan tahap pemahaman pelajar. agar pengajaran serta aktiviti dalam kelas dapat disesuaikan dengan tahap pelajar. Kaedah ini mengaplikasikan empat cara tertentu di dalam penyampaian sesuatu topik.1. Susunan paling berkesan di dalam menyampaikan material pengajaran 4. Menstruktur maklumat agar lebih mudah diterima dan difahami 3. Menekankan perbezaan iaitu melatih pelajar agar bijak membezakan jenis dan sifat maklumat yang diterima. Bruner juga mengesyorkan agar kurikulum dirangka mengikut aturan spiral supaya pelajar akan terus membina maklumat baru daripada apa yang mereka pelajari. 3. guru bertindak sebagai pembimbing di dalam memberikan maklumat-maklumat yang terbatas. Di dalam proses pengajaran menggunakan pendekatan ini. Latihan 2. Pengajaran perlu menitikberatkan pengalaman pelajar serta mengikut konteks kesanggupan pelajar untuk belajar (kesediaan). Di dalam konteks yang lebih luas. 1. Sifat dan bentuk ganjaran (reward) atau hukuman (punishment) yang akan dikenakan sekiranya pelajar berjaya atau gagal melakukan sesuatu. 2. 2. Sebaliknya guru harus bijak memilih maklumat yang wajar diketengahkan untuk merangsang pelajar untuk berfikir dengan sendiri dan menyelesaikan masalah dengan sendiri. Pengajaran perlu mengikut struktur atau urutan yang mampu difahami oleh pelajar dengan mudah (organisasi).3 . Pengajaran perlu dirangka untuk memudah cara penghasilan ilmu (melangkaui maklumat yang dibekalkan guru).

Pendekatan konstruktivis menggalakkan guru mengehadkan pengetahuan atau maklumat yang disampaikan dalam usaha menjana pemikiran kritikal para pelajar. anda telah didedahkan dengan beberapa teori yang sangat signifikan di dalam dunia pendidikan amnya. jelaskan bagaimanakah persepsi seseorang terhadap sesuatu rangsangan dapat mempengaruhi tingkah laku individu tersebut? 2. Adalah menjadi tanggungjawab guru pendidikan seni visual untuk menyuntik rangsangan yang dapat melipatgandakan daya imaginasi kanak-kanak agar proses pembelajaran menjadi lebih bermakna. Seterusnya guru didedahkan dengan pendekatan-pendekatan yang boleh diambil mengikut teori-teori yang dikemukakan di dalam meningkatkan kualiti pembelajaran di dalam kelas seni. kanak-kanak harus digalakkan berinteraksi dengan persekitaran mereka? Kenapa? 3. pengetahuan tentang teori-teori ini amat penting kerana ianya bukan sahaja dapat membantu guru secara langsung di dalam pengajaran. Mengikut Piaget. TOPIK 4 MENINGKATKAN DAYA IMAGINATIF KANAK-KANAK PENGENALAN Walaupun kanak-kanak mempunyai perasaan ingin tahu serta daya imaginasi yang tinggi. untuk mencipta serta mereka bendabenda baru ataupun media-media yang baru. ianya perlu dipupuk dan dikembangkan untuk meningkatkan kreativiti serta kebolehan berfikir mereka. Dengan menggunakan pendekatan Gestalt. dan bidang pendidikan seni visual khususnya. tetapi juga membantu guru memahami proses perkembangan kognitif dan bagaimanakah maklumat perkembangan di dalam setiap peringkat proses dapat dimanipulasikan oleh guru di dalam pembelajaran secara berkesan. . Huraikan rasional kaedah ini.1. Kanak-kanak pula akan lebih bermotivasi untuk melibatkan diri di dalam aktiviti-aktiviti kreatif. Di dalam konteks pengajaran seni visual kepada kanak-kanak. RUMUSAN Melalui topik ini.

memahami bentuk-bentuk rangsangan yang terdapat di dalam pendidikan seni visual. MEDIA DAN ALAT BANTU Namakan lima deria yang ada pada manusia normal. Harga bukanlah menjadi isu kerana kreativiti dapat . malah mampu bergerak dan bersuara. dan 3. 46 OUM 4. Dengan teknologi terkini. 2. berus dan warna. kanak-kanak juga perlu dibekalkan dengan alatan yang bersesuaian untuk dapat merangsang daya imaginasi mereka. memahami konteks penggunaan rangsangan. Apa jua bentuk rangsangan yang diperkenalkan mampu meningkatkan daya fikir mereka kerana kanak-kanak perlu memahami terlebih dahulu bagaimana objek di sekeliling mereka berfungsi supaya imitasi dapat dilakukan kepada hasil seni mereka. ianya dapat mencambahkan imaginasi kanak-kanak.1 PENGALAMAN MELALUI PENGGUNAAN ALAT. Seperti mana pelukis memerlukan kanvas.Dengan memperkenalkan alatan-alatan tertentu. dan bagaimanakah deria-deria ini membantu dalam kehidupan anda sehari-hari? Ekspresi seni memerlukan medium. Kit pembinaan tradisional seperti blok-blok berwarna mendorong daya reka cipta kanak-kanak untuk membina rumah atau istana serta mempelajari struktur objek di sekeliling mereka. mengaplikasi penggunaan rangsangan di dalam proses pengajaran. OBJEKTIF Di akhir topik ini anda seharusnya dapat: 1. kanak-kanak boleh didedahkan kepada penggunaan perisian-perisian tertentu yang dapat membantu mereka mencipta imejimej di komputer yang bukan sahaja boleh diwarnakan dengan pelbagai warna yang menarik.

terpulanglah kepada para pelajar untuk bermain dengan pelbagai warna dalam eksplorasi penghasilan karya kreatif mereka. berus. . bangunan. Dengan bimbingan yang sesuai. Untuk menggalakkan perkembangan ini. (b) Gambar Satu lagi bentuk rangsangan yang efektif ialah dengan memperkenalkan gambargambar foto kepada kanak-kanak. setiap bilik seni di sekolah pasti menyediakan alatan-alatan asas seperti kertas lukisan. majalah ataupun risalah. 4. contohnya gambar keluarga. (a) Alatan Asas Walaupun penyediaan peralatan untuk pembelajaran seni visual di sekolah amat berkait rapat dengan peruntukan yang disediakan oleh sekolah yang telah ditetapkan oleh kementerian. Perkara paling mudah ialah dengan menyediakan krayon dan kertas dan kanak-kanak diberi kebebasan untuk berkomunikasi dengan kreativiti sendiri. pemandangan dan pelbagai lagi objek alam yang lain. Oleh itu. Di peringkat permulaan. Gambar-gambar foto ini bolehlah digunakan daripada imej yang pelbagai. guru-guru seharusnya tidak terlalu bergantung kepada kreativiti kanak-kanak itu sendiri malah haruslah memikirkan alatan bersesuaian yang boleh disediakan untuk merangsang daya imaginasi kanakkanak di dalam kelas. alatan ini sebenarnya memadai untuk merangsang minat kanak-kanak untuk melukis dan mencipta.dihasilkan dengan memanipulasikan objek alam. warna dan krayon. pelbagai jenis alatan dan media wajar diketengahkan dalam proses pembelajaran untuk merangsang minda kanak-kanak.1. Membekalkan alatan sampingan untuk merangsang minda mampu memberi anjakan motivasi dan membuatkan proses pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan.1 Pelbagai Jenis Alat dan Media Suasana pembelajaran akan menjadi lebih menarik sekiranya guru mampu menyediakan alatan tertentu yang sesuai dengan objektif pembelajaran dan sukatan mata pelajaran yang ditetapkan. Menggunakan gambar foto di dalam pembelajaran adalah menjimatkan kerana sumber foto boleh didapati di surat khabar. haiwan.

seterusnya melahirkan pelajar yang lebih peka dan lebih menitikberatkan ketelitian. Satu lagi objektif memperkenalkan gambar foto ialah dengan tujuan untuk memperkayakan tatabahasa visual kanak-kanak. sekaligus meluaskan pengetahuan mereka terhadap imej-imej tersebut. Bagi mencapai objektif ini.ataupun menggunakan gambar pelajar itu sendiri. Namun. Maklumat ini seterusnya dapat dipindahkan oleh pelajar ke dalam karya lukisan mereka. budaya serta warna yang signifikan dengan rumah tersebut. komputer dan perisian Microsoft Powerpoint ada disediakan di sekolah. Mungkin ramai yang beranggapan bahawa teknik meniru tidak akan memupuk kreativiti kanak-kanak. Gambar foto boleh diperkenalkan sekiranya guru inginkan para pelajar meniru imej di dalam foto untuk dimanifestasikan di dalam karya lukisan mereka. guru perlu memberi penerangan terperinci mengenai imej terbabit. Bagaimanakah teknik meniru gambar foto berkemampuan untuk . Latihan 4.1 1. Walaupun kanak-kanak berinteraksi dengan objek alam. para pelajar bukan sahaja dapat melihat bentuk dan rupa imej tersebut. Teknik ini juga menajamkan daya ingatan para pelajar terhadap objek alam kerana mereka perlu tahu ciri yang perlu ada pada imej yang ingin ditiru. Sekiranya kemudahan projektor. guru-guru digalakkan memprojeksikan gambar tersebut di hadapan kelas agar semua pelajar mendapat gambaran yang jelas. malah tidak ada elemen pembelajaran yang boleh didapati daripada aktiviti seperti ini. Memperluaskan tatabahasa visual dapat menajamkan ingatan visual kanak-kanak terhadap imej yang diperkenalkan. Contohnya dalam memaparkan imej rumah minangkabau disertakan dengan penjelasan guru. di atas kelebihankelebihan tertentu. Teknik imitasi gambar ini dapat menajamkan pengamatan para pelajar di dalam proses penghasilan imej yang serupa. namun pengamatan mereka terhadap persekitaran adalah terbatas. guru bolehlah mengaplikasikan teknologi tersebut untuk tujuan ini. Semasa dipaparkan. Guru perlu memahami bahawa terdapat dua objektif utama di dalam mengetengahkan gambar-gambar foto kepada kanak-kanak. malah penguasaan tatabahasa visual mereka dikuatkan lagi dengan pengetahuan berkenaan ciri-ciri khas rumah. teknik imitasi merupakan antara teknik terbaik yang wajar diperkenalkan kepada kanak-kanak di peringkat awal.

Ada kalanya guru ingin mendedahkan pengetahuan tentang proses tertentu yang mungkin tidak dapat di demonstrasikan di dalam kelas kerana kos yang mahal dan ketiadaan bahan-bahan. pasu tanah liat. wau. proses pembuatan sesuatu bahan masih dapat didedahkan kepada para pelajar. Menayangkan rakaman video memberi penegasan terhadap proses pengeluaran sesuatu objek. Jadi. dan sebagainya.menajamkan daya ingatan para pelajar terhadap imej di dalam foto? (c) Rakaman Video dan Penggunaan ICT Penggunaan rakaman video dan teknologi maklumat memberikan nafas baru di dalam pembelajaran seni visual di sekolah. Setiap satu proses yang ditayangkan perlu mendapat penerangan sampingan daripada guru dan harus disusuli dengan sesi soaljawab untuk menjawab keraguan atau soalan yang bermain di fikiran para pelajar. Walaupun kemudahan teknologi yang disediakan di sekolah mungkin agak terhad. proses pembuatan batik. jadi rakaman video tentang proses pembuatan bahan tersebut bolehlah ditayangkan. namun rakaman video merupakan alternatif terbaik di atas sebab-sebab tertentu. Oleh itu dengan tayangan video. Walaupun di dalam pendidikan seni visual. rakaman video bagaimanakah yang sesuai untuk ditayangkan kepada para pelajar? Sekali lagi. tetapi kanak-kanak perlu mempunyai kemahiran untuk mengendalikan komputer terlebih dahulu sebelum mereka dapat memanipulasikan perisian-perisian . guru akan mendemonstrasikan sendiri proses pembuatan sesuatu bahan atau material. Penggunaan ICT merujuk kepada penggunaan alatan digital dan elektronik dalam proses pembelajaran seni visual dan ianya memberi pengalaman yang baru dan berbeza kepada para pelajar dan juga guru. guru harus memikirkan kesesuaian kandungan video berdasarkan sukatan mata pelajaran pendidikan seni visual. Sekiranya fokus guru adalah untuk mengajar proses pembuatan sesuatu bahan atau benda. sekurang-kurangnya guru masih boleh menggunakan rakaman video dan menayangkan kepada para pelajar di bilik media atau bilik pandang dengar yang terdapat di sekolah-sekolah. Menggunakan komputer memang menyeronokkan. Contohnya. Penggunaan IT dalam pengajaran memberi kesempatan kepada kanak-kanak untuk meneroka benda.

mendengar.2 PENGALAMAN DERIA Apakah penggunaan deria terhad kepada untuk melihat. Di dalam konteks pembelajaran seni visual. Di dalam pendidikan seni visual. dan sangatsangat diperlukan untuk proses pembelajaran. mampukah deria mempengaruhi cara dan gaya anda belajar? Perasaan ingin tahu mempunyai tarikan yang kuat untuk menggalakkan kanak-kanak mempelajari sesuatu. Penggunaan deria yang baik akan dapat melahirkan kanak-kanak yang mampu membuat pemerhatian secara aktif. Dalam konteks pembelajaran. 4. 4. guru haruslah bijak mengasuh kanak-kanak menggunakan deria mereka. pengimbas. deria bau. kanak-kanak perlu lebih peka dan ini memerlukan mereka membuka dan menajamkan setiap deria yang dimiliki ² deria rasa. Untuk memahami persekitaran. lihat dan sentuh.1 Cara Belajar Deria memainkan peranan yang sangat signifikan di dalam proses pembelajaran kanakkanak. penggunaan komputer. deria lihat dan deria sentuh. deria dengar.2. pencetak dan Internet mencabar guru untuk memikirkan alternatif kepada suasana pembelajaran yang lebih kreatif dan menyeronokkan. alat dan bahan. Namun perlu disedari bahawa setiap kanak-kanak adalah individu yang berbeza. bau.yang ada. oleh itu tahap penggunaan serta kecenderungan mereka di dalam penggunaan deria . dan ianya menggalakkan interaksi yang kritis dan kreatif dengan alam. Kelima-lima deria ini memainkan peranan yang amat penting di dalam kehidupan manusia sehari-hari. Umum mengetahui bahawa setiap insan normal mempunyai lima deria iaitu deria rasa. Seni memberi ruang kepada mereka untuk menjalinkan hubungan intim dengan dunia di sekeliling mereka. pendekatan mengadakan perbincangan dan lawatan boleh menajamkan deria para pelajar. merasa dan menghidu sahaja? Pada pendapat anda. menyentuh. dengar. kamera digital. Pelbagai pendekatan boleh diambil oleh guru untuk merangsang penggunaan pancaindera kanak-kanak.

pelajar ini suka menyalin nota dengan terperinci. 4. Semasa di dalam kelas. Ada kalanya pelajar visual hanya dapat belajar dengan efektif sekiranya mereka dapat melihat maklumat di dalam format bertulis. cara mereka memproses dan menterjemah maklumat serta medium terbaik untuk menyampaikan sesuatu maklumat. Berhadapan dengan pelajar visual. video. Pelajar di dalam golongan ini lebih cenderung menggunakan maklumat bertulis. dan proses menulis nota dilakukan kemudian. pelajar auditori mendengar dengan tekun untuk memahami.2 Belajar Secara Auditori Pelajar auditori menggunakan deria mendengar lebih daripada yang lain semasa proses pembelajaran. Guru juga perlu membanyakkan paparan visual di dalam pengajaran seperti diagram. auditori dan kinestetik. .1. Kecenderungan ini mempengaruhi minat kanak-kanak. dapatlah diklasifikasikan sebagai pelajar yang gemar menggunakan deria penglihatan lebih daripada deria yang lain untuk mendapatkan maklumat semasa proses pembelajaran berlaku. Adakalanya pelajar auditori tidak memahami maklumat bertulis dan perlu mendengar dengan sendiri penjelasan guru. Mereka lebih terangsang untuk belajar dengan medium verbal. nota. Kajian-kajian yang dijalankan mendapati bahawa terdapat tiga jenis kecenderungan utama di dalam belajar atau tiga cara belajar: visual. secara amnya. diagram dan gambar.adalah berbeza di antara satu individu dengan individu yang lain.2. Guru juga seharusnya memberi masa yang secukupnya kepada pelajar-pelajar ini untuk menyalin informasi pengajaran dengan cara yang terperinci agar mereka dapat memahami dan menyerap maklumat yang disampaikan.1 Belajar Secara Visual Pelajar visual. adalah lebih berkesan sekiranya guru dapat memastikan bahawa memek muka serta isyarat-isyarat bukan verbal dapat dilihat dengan jelas oleh pelajar-pelajar ini.2.1. carta dan pemilihan material pembacaan sekiranya mampu biarlah mempunyai ilustrasi menarik. 4. Semasa sesuatu pembentangan dilakukan atau semasa guru sedang mengajar.

pilihlah pelajar kinestetik untuk melakukan demonstrasi tersebut. TOPIK 5 KREATIVITI DAN KANAK-KANAK PENGENALAN Matlamat wawasan 2020 menekankan kepentingan melahirkan warga Malaysia yang kreatif dan inovatif. 4. Untuk pengajaran yang lebih berkesan. Guru juga seharusnya menganjurkan aktiviti-aktiviti yang memerlukan penglibatan langsung para pelajar atau tugasan yang berbentuk praktikal. pastikan maklumat tersebut tidak hanya dicetak di atas kertas (yang hanya menguntungkan pelajar visual). Sekiranya guru merasakan demonstrasi merupakan cara terbaik untuk menyampaikan sesuatu maklumat. kepantasan dan nada yang digunakan. Galakkan perbincangan di dalam kelas. Ketidakserasian cara belajar dengan teknik pengajaran guru membuatkan pelajar kinestetik tidak dapat memproses maklumat dengan baik dan impaknya mengakibatkan mereka selalu ketinggalan di dalam kelas.2. Pelajar golongan ini dapat belajar dengan lebih efektif melalui sentuhan dan pergerakan.1. sebarang masalah boleh dibincang dan dihuraikan dengan jelas dan belajar untuk mendengar pendapat pelajar-pelajar.3 Belajar Secara Kinestetik Pelajar kinestetik mendapatkan kemahiran melalui imitasi dan latihan. Sekiranya ingin memberitahu sesuatu maklumat. Guru juga haruslah lebih peka dengan isyarat verbal mereka semasa mengajar kerana pelajar auditori juga mempunyai kecenderungan untuk menterjemah maksud tersembunyi melalui ton suara guru. Usaha yang disarankan ini dilihat sangat relevan dengan aspirasi pendidikan seni visual kerana subjek ini dilihat sebagai satu cabang disiplin yang . ada beberapa teknik yang boleh diaplikasikan oleh guru. Malangnya bukanlah satu kelaziman untuk guru-guru di sekolah mengajar dengan menggunakan pendekatan ini. pengajaran juga lebih kepada demonstrasi dan bukan sekadar hanya penerangan. golongan ini memerlukan aktiviti yang lebih berbentuk hands-on. Begitu juga dengan Falsafah Pendidikan Negara yang memberikan penekanan kepada usaha melahirkan lebih ramai lagi individu yang kreatif dan inovatif bagi membangunkan negara. tetapi hendaklah dibaca dengan kuat. Kerja-kerja kumpulan juga hendaklah digalakkan dijalankan melalui aktiviti-aktiviti perbincangan.Untuk mengajar pelajar auditori dengan lebih berkesan.

pemupukan pemikiran kreatif perlu disemai semenjak kanak-kanak lagi. memahami definisi kreativiti. Guilford (1964) pula menerangkan bahawa kebolehan intelektual yang diproses oleh minda manusia mempunyai lima bentuk operasi iaitu kognitif (cognition) yang melibatkan proses mental dari sudut penerimaan dan pemprosesan maklumat. Guru-guru pendidikan seni visual perlu menguasai kaedah merangsang minda ke arah pembentukan individu kreatif. mengetahui ciri-ciri kreativiti. Hoffa (1964) menjelaskan bahawa program dan aktiviti seni visual seharusnya dijadikan landasan terbaik bagi proses pembelajaran di sekolah untuk mengembangkan kreativiti di kalangan murid. Penyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang gemar meneroka. OBJEKTIF Di akhir topik ini pelajar seharusnya dapat: 1.1 KREATIVITI Mengapa pengetahuan tentang kreativiti amat penting kepada guru pendidikan seni visual? Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. salah satu daripada tanggungjawab guru pendidikan seni adalah memupuk daya kreativiti di kalangan murid-murid (Md Nasir Iberahim & Iberahim Hassan. dan penuh dengan perasaan ingin tahu. dan 3. mata pelajaran ini banyak memberi peluang dan kebebasan kepada murid untuk melakukan eksplorasi dan percubaan bagi menghasilkan sesuatu karya yang baik. Dalam hal ini. mengetahui tahap kreativiti. pemikiran korvergen (convergent production) merujuk kepada satu bentuk keupayaan pemikiran yang memusatkan perhatian kepada penyelesaian masalah secara khusus. Selain menggalakkan penjanaan idea. memori (memory) merujuk kepada kaedah mengingat dan penyimpanan data.membolehkan fikiran kreatif berkembang kerana sifatnya yang tidak konservatif dan tidak jumud. Oleh itu. 5. pemikiran divergen (divergen production) yang dapat dilihat sebagai kebolehan pemikiran . 2. 2003).

Manakala daripada perkataan Greek pula ´creareµ bermaksud ´memenuhi·. Ada juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya. 5. berikan takrifan anda sendiri tentang kreativiti. Justeru. Ramai pengkaji mengklasifikasikan kemahiran berfikir secara kreatif sebagai kemahiran menggunakan otak kanan. Justeru. Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu ´creareµ yang membawa maksud ´membuatµ.2 PENGERTIAN KREATIVITI Sebelum meneruskan pembacaan dalam bab ini. baru dan asli. 5. Secara ringkasnya kreativiti melibatkan daya berfikir. (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif. Dalam konteks ini. Individu yang mempunyai kebolehan ¶kreatif· biasanya mempunyai perasaan istimewa dan eksklusif kerana individu ini dianggap mempunyai kualiti sejati yang jarang ditemui (Md Nasir Iberahim & Iberahim Hassan.yang bersifat pelbagai dan bercapah. Pemikiran kreatif dapat diklasifikasikan di dalam golongan pemikiran divergen kerana sifat dan fitrah pemikiran kreatif itu pelbagai. menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. kreativiti sebenarnya boleh dibentuk dan dilatih. kekreatifan manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta. adalah penting bagi guru-guru pendidikan seni visual untuk mengetahui tahap dan corak pemikiran kreatif murid supaya pengajaran yang dirancang menjurus ke arah itu.3 PANDANGAN TOKOH-TOKOH SENI VISUAL MENGENAI KREATIVITI . dan tidak hanya tertumpu pada satu-satu kaedah sahaja. ianya merujuk kepada kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif. Bagaimana dapat kita menilai tahap kreativiti seseorang individu? Terdapat pelbagai takrifan kreativiti. 2003). dan akhirnya penilaian (evaluation) merujuk kepada penilaian atau pertimbangan bagi sesuatu tindakan. dan kemahiran berfikir. Kamus Dewan. Pandangan dan pengertian yang berbeza ini adalah berpunca daripada istilah kreativiti dalam pelbagai bentuk sesuai dengan kajian dan pandangan tokoh-tokoh akademik dalam bidang dan disiplin tertentu.

1: Ellis Paul Torrance Sumber: http://www. ujian. Paul Torrance Rajah 5. artikel. bermula di University of Minnesota hinggalah ke University of Georgia. 5.gcsu.edu/~cbader/Torrance. Ringkasnya. dan beliau mengusulkan bahawa ujian IQ (intelligent quotion) bukanlah satu-satunya cara untuk mengukur daya intelektuali seseorang melalui instrumen ciptaannya ¶Torrence Test of Creative Thinking·. Mcfee melihat bahawa idea boleh dimanipulasikan menjadi sesuatu yang baru dan mampu diolah.de. Antara sumbangan June King McFee dalam bidang pendidikan seni ialah pengiktirafan . Kerjaya perguruannya bermula dari tahun 1957 hinggalah 1984.3. Profesor Dr.1 E.faculty. pada tahun 1984 University of Georgia telah menubuhkan Torrance Centre of Creativity and Talent Development. Bagi menghargai sumbangannya dalam bidang akademia dan psikologi. monograf. Jun Macfee menjelaskan bahawa kreativiti seseorang boleh dilihat melalui keupayaan menyumbangkan idea dan berupaya pula untuk mengubah idea tersebut kepada idea yang baru lalu melahirkan satu idea lain yang lebih bermakna.html Ellis Paul Torrance atau lebih dikenali sebagai Paul Torrance merupakan penyelidik dan ahli akademik yang tersohor dalam bidang kreativiti. Sepanjang hidupnya. Kerja-kerja penyelidikannya di dalam mendalami bidang ini telah berjaya mengembangkan bidang kreativiti dan beliau telah diiktiraf dengan gelaran Bapa Kreativiti. di mana beliau telah dianugerahkan gelaran profesor dalam bidang psikologi pada tahun 1966.5.2 June King McFee June King McFee pula mentakrifkan kreativiti itu sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu untuk mengolah idea. Amerika Syarikat. Kemuncak kerjayanya ialah apabila beliau berjaya mencipta kaedah penanda aras dalam mengukur tahap kreativiti seseorang individu. Ellis Paul Torrance telah menyumbangkan lebih daripada 2000 penulisan ilmiah dalam bentuk buku. manual dan material pengajaran.3.

Menurut McFee. Kelima-lima faktor tersebut ialah keterbukaan kepada pengalaman. Amerika Syarikat dan merupakan anak keempat daripada enam orang adik beradik. seni ialah satu bentuk komunikasi yang dipengaruhi oleh konteks budaya. malah terdapat pengalaman estetika di dalam semua objek di persekitaran. Ini kerana beliau telah bertukar bidang sekali lagi ke psikologi klinikal apabila beliau melanjutkan pelajaran di peringkat doktor falsafah. seni perlu dikaji di dalam konteks budaya serta komuniti. menghargai diri sendiri.edu/~cgboeree/rogers. usaha-usaha perjuangan seni McFee mempunyai elemen orientasi komuniti yang tinggi. yang dapat berfungsi dengan sepenuhnya dalam kehidupan.ship. Carl Rogers lebih dikenali sebagai seorang ahli psikologi yang terkemuka dan pengasas kepada Client-centered Therapy.yang berjaya diperolehi daripada perjuangannya yang melihat bahawa seni tidak seharusnya terhad kepada hasil karya seni sahaja. Untuk memahami seni secara holistik. 5. Rogers mempunyai takrifan yang unik tentang kreativiti. Sumbangan ini boleh dinyatakan dalam bentuk . Oleh itu.2: Carl Rogers Sumber: http://www. Beliau percaya bahawa individu yang bebas dan mempunyai rasa tanggungjawab akan cuba menyumbang kepada insan serta makhluk lain di persekitarannya. cuba menikmati kehidupan yang dialaminya. Sepanjang hidupnya. Rajah 5.3.3 Carl Rogers Carl Rogers dilahirkan pada 8 Januari 1902 di Chicago. Rogers melanjutkan pelajaran di University of Winsconsin dalam bidang pertanian dan kemudian menukar bidangnya dalam pengajian agama. Carl Rogers telah menggariskan lima faktor yang menjadi asas kepada individu yang sihat.html Di dalam teori terapinya. mengamalkan kebebasan dan akhirnya menjadi individu kreatif. melihat bagaimana manusia di dalam sesuatu komuniti menjalankan kehidupan harian mereka dan menterjemah kemampuan mereka dalam menghasilkan transformasi identiti manusia dalam bentuk seni. Bapanya merupakan seorang jurutera sivil manakala ibunya pula ialah seorang suri rumah sepenuh masa.

Halangan bersifat psikologi merujuk kepada tekanan di mana murid tidak memperoleh jawapan ke atas persoalan dan kemusykilan yang sememangnya telah wujud di dalam diri mereka. dan halangan persekitaran atau budaya.kreativiti di dalam bidang seni ataupun sains. Menurutnya lagi. Ibu bapa sering kali cepat bosan terhadap soalan-soalan yang diutarakan oleh anak mereka menjadikan mereka serik untuk bertanya.4 Victor Lowenfeld Beliau merupakan tokoh yang bertanggungjawab membangunkan teori Lowenfeld Stages of Artistic Development yang banyak digunakan oleh warga pendidik khususnya di dalam bidang pendidikan seni visual sebagai rujukan dan penerangan untuk menerangkan peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak mengikut perspektif lukisan. galakan mengembangkan pemikiran kreatif di kalangan kanak-kanak perlu dilakukan secara berterusan.3. Rogers juga menjelaskan bahawa kreativiti merupakan satu proses yang wujud apabila seseorang itu bertindak ke atas sesuatu. melalui rasa sayang sesama insan serta melakukan yang terbaik dalam bidang yang diceburi. ASAS INDIVIDU YANG SIHAT Keterbukaan kepada pengalaman Menikmati kehidupan yang dialami Mengamalkan kebebasan Individu yang kreatif Menghargai diri sendiri Di dalam teori perkembangannya. 5. Tindakan tersebut memberikan keunikan dan menampakkan kelebihan individu tersebut termasuk penggunaan bahan dan alat serta kemampuan mengendalikan kejadian dan peristiwa yang menyebabkan tindakan ke atas perkara tersebut. Lowenfeld menjelaskan bahawa kita sering kali terkeliru di antara daya inteletualiti dan kreativiti. Konsep kreativiti Rogers ini mempunyai persamaan dengan konsep generativiti Erik Erikson. . seorang lagi pengemuka teori dalam bidang perkembangan manusia dan sosial. sekatan dan halangan terhadap pengembangan kreativiti adalah disebabkan oleh dua faktor utama iaitu halangan bersifat psikologi atau emosi.

(a) Kelancaran (Fluency) Idea dan pendapat diterjemahkan secara spontan serta pantas. Sistem persekitaran di sekolah tidak menggalakkan murid bertanya malahan sebaliknya. Justeru pembentukan falsafah pendidikan perlu fokus terhadap melahirkan individu yang mempunyai sifat kritikal dan analitikal dengan memberi peluang kepada murid untuk menyoal dan guru perlu menyediakan jawapan yang bersesuaian. Ini termasuk kepekaan terhadap ciptaan.4 TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI . Berupaya menginterasikan kemungkinan-kemungkinan dan alternatif kepada penyediaan masalah. Secara ringkasnya. Tidak konservatif dan tidak stereotaip serta sering mempunyai kebolehan dan kelaziman yang berlainan. Kebiasaannya guru lebih banyak menyoal berbanding murid. (d) Keaslian (Originality) Murid yang kreatif sentiasa mencari idea baru dan asli selain mempunyai idea luar biasa. keaslian dan kepekaan. Murid di dalam proses ini memandang cabaran sebagai satu proses pembelajaran. murid mempunyai daya kepekaan yang tinggi terhadap aspek keperluan rakan sebaya dan sekeliling. Penggunaan deria pancaindera seperti melihat. murid mula mempamerkan semangat toleransi dan bertolak ansur. proses artistik terhadap objek di samping penekanan terhadap apa yang dilihat. murid berupaya menghubungkan dan mengaitkan sesuatu perkara dengan perkara yang lain selain memikirkan kemungkinan-kemungkinan terhadap idea tersebut. fleksibel. Mereka mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan tinggi terhadap apa yang dilakukan. Pada peringkat ini.Selain itu. menghidu dan sentuhan digunakan secara sepenuhnya sebagi proses pengamatan dan merekod. nilai estetika terhadap objek. mendengar. faktor persekitaran dan budaya juga menjadi halangan kerana persekitaran tidak kondusif dan membina daya kreativiti murid. merasa. (d) Kepekaan (Sensitivity) Pada peringkat ini. (b) Fleksibel (Flexibility) Pada peringkat ini. 5. Sanggup menerima cabaran yang pelbagai dan sedia menghadapi cabaran tersebut dengan fikiran yang terbuka dan positif. Ini menurut Lowenfeld membantutkan perkembangan kreativiti kanak-kanak. Lowenfeld menjelaskan bahawa kreativiti seseorang murid itu boleh diukur melalui empat komponen utama iaitu kelancaran.

Perancangan secara visual dilakukan melalui visual.Kreativiti dipercayai mempunyai tahap-tahap tertentu. interaksi dan sebagainya. imej lukisan dan sebagainya. kanak-kanak berfikiran kreatif amat gemar untuk mencari jawapan dan jalan penyelesaian melalui pelbagai cara. Justeru melahirkan pemikiran kreatif melalui tindakan setelah merencana segala aktiviti. graf.4. Adalah penting bagi guru-guru pendidikan seni visual untuk mengetahui peringkat dan tahap kreativiti supaya pengetahuan tersebut boleh dijadikan panduan dan rujukan bagi merancang aktiviti seni visual. Aktiviti yang dirancang menjadikan aktiviti tersebut lebih tersusun dan menjamin proses pembelajaran tersebut berjalan dengan baik dan berkesan. (c) Peringkat Perancangan Peringkat ini menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan. Pada peringkat ini segala perancangan dibantu melalui persoalan-persoalan seperti ´Bagaimana harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut?·· (e) Kajian Semula Peringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses . Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui 3 cara iaitu: Perancangan secara verbal iaitu perancangan melalui perbincangan. siapa. (b) Peringkat Penerokaan Peringkat penerokaan memerlukan seseorang itu untuk mempunyai pemikiran ke hadapan. pemerhatian. dan kajian atau latihan menyelesaikan masalah boleh membantu. Peringkat rangsangan telah berjaya merangsang murid untuk berusaha menjawab persoalan yang dikemukakan oleh guru atau permasalahan yang timbul. mengapa. 5. Pada peringkat ini. Untuk itu latihan dan pendedahan seperti eksperimentasi. Guru perlu membantu murid untuk berinteraksi secara aktif dan menjelaskan perasaan ingin tahu murid terhadap sesuatu isu.1 Perkembangan Kreativiti Fisher Fisher (1943) menjelaskan bahawa terdapat 5 tahap dalam pemikiran kreatif iaitu: (a) Peringkat Rangsangan Pada peringkat ini. bagaimana dan sebagainya. (d) Peringkat Aktiviti Pemikiran kreatif bermula dengan set idea. Guru perlu merangsang minda pelajar dengan pelbagai soalan kritikal. gaya dan teknik. pemikiran kreatif dirangsang dengan mengemukakan pelbagai bentuk soalan seperti apa.

Proses artistik ini. Pelbagai cara dan kaedah boleh diketengahkan selagi proses penghasilan karya tersebut dijelaskan dengan baik kepada murid.2 Laura H. Dalam konteks ini. proses ini agak lambat dan memakan masa. guru dimestikan untuk membimbing pelajar dalam menetapkan hala tuju penghasilan karya selain menerangkan kaedah . bersifat boleh ubah dan berulang-ulang. Proses artistik yang dijelaskan oleh Chapman tidak bersifat statik. Di dalam konteks pendidikan seni visual pula. menurut beliau. 3 disiplin ini tidak menjadi keutamaan asalkan objektif menghasilkan karya seni tercapai. Menurut Chapman lagi. pemikiran kreatif akan memberikan cadangan bernas bagi menggalakkan perkara tidak diingini daripada terjadi semula. Bagi menggalakkan pelajar menghasilkan karya seni. haluan dan tujuan penghasilan karya. di dalam proses ini guru mungkin mempunyai kecenderungan untuk menggunakan kaedah atau teknik yang sama semasa menghasilkan karya terdahulu. pengkarya menetapkan objektif. Namun demikian. Yang nyata.penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja. Ini kerana. guru-guru pendidikan seni visual perlu memahami bahawa proses penghasilan karya tidak hanya tertumpu kepada satu cara sahaja dan pemahaman ini perlu diaplikasikan ke atas murid di dalam kelas.4. 5. Chapman di dalam bukunya bertajuk Approches in Art Education (1978) menjelaskan bahawa proses kreativiti mempunyai pertalian dan hubungan yang hampir sama dengan proses penghasilan karya ataupun dikenali sebagai proses artistik. namun perlu diingatkan bahawa pengajaran pendidikan seni visual di sekolah mempunyai panduan yang telah ditetapkan agar tidak keluar daripada objektif asal pendidikan seni di sekolah. Murid-murid digesa untuk memberikan pendapat dan komen terhadap apa yang telah dilalui sebagai satu bentuk refleksi diri. Pada peringkat ini. digunakan oleh penggiat seni dalam penghasilan karya. bimbingan dan panduan yang akan diberikan kepada pelajar oleh guru bergantung kepada pengalaman guru itu sendiri. seseorang guru itu sendiri perlu mempunyai pengalaman luas di dalam penghasilan karya seni. Terdapat tiga kaedah yang diperkenalkan oleh Chapman bagi menghasilkan karya seni: (a) Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea) Di dalam menjana idea. Terdapat juga pengkarya yang tidak dapat menetapkan haluan penghasilan karya kerana penetapan ini bergantung kepada ilham dan cetusan idea. Chapman Laura H.

Melalui teorinya Multiple Creative Talent. . (c) Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium) Pemilihan bahan bagi menghasilkan karya sangat bergantung kepada pemilihan yang dilakukan oleh pengkarya. Lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak pada peringkat ini misalnya dihasilkan secara bebas mengikut kemampuan yang sesuai dengan perkembangan fizikal mereka yang belum stabil. Ekspresi ini bersifat bebas. beliau percaya pembentukan bakat perlu sesuai dengan aktiviti yang dijalankan di dalam kelas. di mana kemahiran. keaslian dan kualiti tidak dianggap penting oleh murid semasa proses menghasilkan karya. adalah dikhuatiri murid mungkin tidak mampu menghasilkan karya. 5. Proses ini perlu didedahkan kepada murid di sekolah supaya mereka dilatih untuk mempunyai pengamatan mendalam terhadap ketelitian. pemilihan bahan yang dipilih memberikan kesan terhadap masa yang diambil bagi menyiapkan sesuatu karya dan persediaan yang perlu dilakukan sebelum menghasilkannya. Penghasilan lukisan pada peringkat ini banyak digambarkan melalui garisan dan contengan mudah. Taylor (1915-2000) merupakan seorang ahli psikologi yang menjelaskan bahawa tidak semua manusia lahir dan dikurniakan dengan bakat yang sama.3 Calvin W. Keadaan ini boleh dilihat melalui lukisan kanak-kanak yang dihasilkan secara spontan. guru perlu membimbing murid melalui pengenalan terhadap bahan dan teknik penggunaan serta penghasilan. Di dalam pendidikan seni visual.menjana idea. Sesetengah pengkarya akan terus menggunakan bahan yang sama bagi menghasilkan karya dan tidak kurang juga yang gemar membuat eksperimentasi bagi melihat kesan-kesan tertentu. Taylor percaya bahawa pengembangan bakat berkait rapat dengan cara guru merangsang pemikiran mereka. Taylor (1976) membahagikan kreativiti kepada lima peringkat utama iaitu: (a) Kreativiti Bersifat Ekspresif Kreativiti bersifat ekspresif berlaku secara rawak dan bebas. Dalam penghasilan karya di peringkat kanak-kanak.4. Sekiranya diabaikan. Yang jelas. Proses ini digunakan oleh pengkarya bagi memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan. Guru perlu menjelaskan melalui demonstrasi dan tunjuk cara supaya pemilihan bahan oleh murid mempunyai makna dan nilai tersendiri. proses ini dianggap signifikan kerana proses pengolahan dan pemurnian biasanya diulang beberapa kali bagi mendapatkan hasil terbaik. Taylor Calvin W. (b) Pengolahan dan Pemurniaan (Elaboration and Refinement) Proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun.

Ciri-ciri kreativiti boleh dilihat dari segi keperibadian serta sifat-sifat kelaziman. Pada peringkat ini.(b) Kreativiti Melalui Penghasilan Kreativiti melalui penghasilan merujuk kepada keupayaan dan kecekapan murid menghasilkan sesuatu karya dan rekaan. (e) Kreativiti Bersifat Emergen Ini merupakan bentuk kreativiti tertinggi di mana keseluruhan prinsip formal diterjemahkan dan muncul di dalam bentuk abstrak dan mudah. (c) Kreativiti Bersifat Inventif Kreativiti bersifat inventif merujuk kepada keupayaan mencipta benda atau objek melalui proses eksprimentasi. Pada peringkat ini juga pelajar mula bertindak luar dari kaedah konvensional dan menghasilkan alternatif bagi setiap perancangan. Guru pendidikan seni visual boleh membantu murid untuk mengenal pasti kaedah pelaksanaan yang betul. Peringkat ini menekan faktor-faktor penemuan dan penciptaan. Sebagi contoh. 5. (a) Bersifat Fleksibel Seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam pelbagai keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan optimis. Sebagai contoh. berikut merupakan ciri-ciri individu kreatif. murid mula melakukan pembaharuan melalui gaya dan teknik mereka sendiri. Bagi memudahkan guru-guru mengenal pasti ciri-ciri kreativiti. Peranan guru pada peringkat ini adalah memberikan motivasi dan galakan supaya pelajar tidak cepat bosan dan putus asa. Peringkat ini juga melibatkan banyak percubaan bagi menghasilkan teori dan kesimpulan terhadap sesuatu eksperimen yang dilakukan. Peranan guru menjadi penting kerana murid memerlukan bimbingan untuk mengenal pasti kaedah yang betul dan sesuai di dalam penghasilan karya selain memperbaiki teknik. guru membantu murid untuk menambahbaik kemahiran sedia ada kepada kaedah yang lebih sistematik dan tersusun.5 CIRI-CIRI KREATIVITI Adalah penting bagi guru-guru pendidikan seni untuk mengetahui ciri-ciri dan sifatsifat kreativiti. Pada peringkat ini. figura manusia digambarkan tanpa menitikberatkan bentuk formal dan bentuk asalnya oleh kanak-kanak apabila melukis. sekiranya berlaku kemalangan kecil semasa menjalankan aktiviti seni mereka tidak . (d) Kreativiti Bersifat Inovatif Peringkat ini melibatkan modifikasi kepada konsep-konsep asas sedia ada kepada idea baru yang lebih bermakna.

Mereka tahu membezakan yang baik dan tidak baik. Pada kebiasaannya mereka ini sangat berhati-hati dan bijak membuat keputusan. (f) Berfikiran Bebas Golongan kreatif ini mempunyai daya pemikiran yang tidak terkongkong pada satusatu perkara sahaja. (b) Sensitif dan Peka Individu ini mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap keadaan sekelilingnya termasuk gaya hidup.6. malah tidak stereotaip dan juga tidak kovensional. keperluan. cetusan idea bukanlah hasil cedokan daripada mana-mana sumber. Mengamalkan sikap bebas serta demokratik. Ini bermakna.1 Kaedah Sumbangsaran (Brainstorming) . (e) Logik Murid-murid peka dan sering berfikir secara logik dan rasional. 5. Mereka ini biasanya menghasilkan hasil kerja dan karya mengikut cetusan rasa. Antara ciri lain adalah kepekaan terhadap alam sekitar serta mempunyai deria dalaman yang sangat sensitif terhadap persepsi estetik. persekitaran dan turut sensitif menggunakan deria.6 STRATEGI MERANGSANG KREATIVITI Bagaimana kaedah sumbangsaran (brainstorming) dapat menjana kreativiti para pelajar? 5. Hasil karya yang mereka hasilkan sering kali berbeza daripada yang biasa. Idea mereka unik dan menarik. Golongan ini pandai dan bijak merancang agar projek dan perkara yang dirancang selamat dan berjalan lancar.cepat panik malahan cepat bertindak meredakan keadaan dan cuba menyelesaikannya secepat yang boleh mengikut keadaan dan kesesuaian. (c) Gagasan/Idea yang Asli dan Tulen Seseorang yang dikategorikan sebagai kreatif sering kali mengutarakan idea dan gagasan yang asli. (d) Bersifat Terbuka Mempunyai sifat keterbukaan di dalam menerima pandangan dan pendapat orang lain mengenai hasil karya dan kerja mereka. Selain menghargai masa mereka juga sangat menghormati masa.

Galakan sebegini akan merangsang murid untuk berfikir luar daripada kemampuan supaya murid mempunyai idea menarik. (a) Kaedah Pertama Elakkan membuat penilaian. (c) Kaedah Ketiga Menjelaskan kepada murid bahawa tidak menjadi kesalahan untuk meminjam idea dan cara sedia ada bagi tujuan penambahbaikan dalam proses kemudiannya.2 Teori Perkembangan Kreativiti Paul Torrance E. Asas sumbangsaran ialah mengasingkan proses penghasilan idea daripada proses menilai. Keadaan ini biasanya mewujudkan suasana tegang kerana mereka cuba untuk mempertahankan idea dan secara tidak langsung menyebabkan kesukaran untuk memperbaiki idea tersebut. Proses menilai. kaedah sumbangsaran boleh digunakan. Tujuh perkara ini boleh diaplikasikan oleh guru-guru pendidikan seni visual di dalam .Bagi menggalakkan dan merangsang pemikiran kreatif di kalangan pelajar. 5. tidak bersifat konvensional dan bersifat biasa sahaja. perbincangan dan kritikan perlu dikemudiankan agar proses sumbangsaran berjalan lancar. Ini kerana apabila idea dan saranan dihakmilikkan oleh individu atau kumpulan ianya akan menyebabkan perasaan ego wujud lalu mengurangkan kerjasama di kalangan murid. (b) Kedah Kedua Elakkan pemilikan idea oleh kumpulan dan individu. (d) Kaedah Keempat Menggalakkan sumbangsaran idea yang luar biasa yang kadangkala tidak masuk akal. apabila menjalankan kaedah sumbangsaran guru perlu bijak mengendalikan sesi dan pendekatan agar idea dan penyelesaian masalah yang dikemukakan oleh murid tidak terbantut kerana adakalanya penyelesaian yang diberikan mungkin tidak logik dan relevan.6. John Baer (1997) telah menggariskan 4 panduan utama semasa menjalankan sesi sumbangsaran. Aktiviti sumbangsaran perlu fokus kepada kuantiti idea dan saranan yang disampaikan melalui interaksi sesama murid. Ini boleh membantutkan usaha murid untuk menyalurkan idea kerana khuatir idea yang diberikan tidak mampu dilaksanakan. Kecenderungan untuk menilai sama ada saranan tersebut sesuai ataupun tidak akan mengganggu keseluruhan proses tersebut. Paul Torrance juga telah mencipta dan membangunkan teori kreativiti yang membantu menjelaskan tujuh perkara utama di dalam proses penjanaan kreativiti seseorang individu. terutama semasa proses awal sumbangsaran. Dalam proses ini.

melukis dan sebagainya.proses memupuk dan mengembangkan kreativiti para pelajar. (a) Penyoalan Rangsangan melalui proses penyoalan. Di dalam konteks pendidikan seni visual. (d) Percubaan Percubaan merujuk kepada usaha berterusan bagi mendapatkan hasil terbaik. Ini secara tidak langsung membimbing murid menjadi individu yang mampu menyesuaikan diri dengan keadaan sekelilingnya. galakan penyoalan boleh dilakukan semasa proses penghasilan sesuatu karya. penghasilan karya yang dihasilkan berkemungkinan besar tidak sempurna seperti yang dikehendaki. Selain itu. Bagi tujuan ini. deria penglihatan digunakan bagi aktiviti lukisan. dan sebagainya. namun percubaan demi percubaan dilakukan bagi memastikan hasil tersebut berjaya diperolehi. percubaan ini mendidik murid supaya tidak mudah putus asa dan eksperimentasi yang dilakukan berupaya membina pengalaman berguna di dalam menghasilkan karya yang lain. Sesi yang baik bagi mewujudkan pemikiran kritikal melalui aktiviti pendidikan seni visual adalah melalui sesi kritikan seni. Dalam konteks ini. (c) Pemerhatian Pemerhatian merujuk kepada rangsangan menggunakan pelbagai deria. Sebagai contoh. murid digalakkan membuat pelbagai usaha eksplorasi dan eksperimen melalui aktiviti seni tampak seperti mewarna. Sebagai contoh. proses pemerhatian tidak tertumpu hanya pada deria pengamatan semata-mata malahan proses pemerhatian turut melibatkan deria yang lain seperti deria sentuhan. (f) Memanipulasi Memanipulasi merujuk kepada keadaan di mana seseorang individu mampu . (e) Penerokaan Penerokaan atau eksplorasi merujuk kepada galakan untuk memanipulasi pelbagai barangan dan alat yang terdapat di sekeliling. guru-guru pendidikan seni boleh menggalakkan pelajar untuk menggunakan bahan terpakai atau bahan kitar semula bagi tujuan penghasilan karya. (b) Penemuan Proses penemuan merujuk kepada usaha untuk memberikan galakan dan rangsangan oleh guru kepada murid bagi menggalakkan penemuan-penemuan terbaru melalui penyelidikan dan kajian. Guru pendidikan seni visual boleh menyoal murid bagi menggalakkan daya fikir. Secara tidak langsung. Perasaan ingin tahu atau curiosity boleh diwujudkan melalui keupayaan guru bersoal jawab di dibantu dengan contoh-contoh yang relevan. Aktiviti-aktiviti seperti lawatan akademik mampu memberikan rangsangan kepada murid kerana ianya berupaya memberikan motivasi dan rangsangan penemuan-penemuan baru. Individu yang kreatif akan terus bereksperimentasi bagi mendapatkan kesan dan hasil yang dikehendaki.

Jangan memberi tekanan yang melampau kepada murid untuk melengkapkan aktiviti seni visual mereka kerana ianya boleh membunuh minat murid terhadap seni visual. (b) Masa Rancang pelajaran dengan baik dan teratur supaya murid mempunyai masa yang cukup untuk berfikir. Latihan 5. dan meneroka. membuat eksperimentasi. (g) Aktiviti/Bermain Kreativiti boleh dirangsang melalui aktiviti bermain. ianya juga memberi peluang kepada murid untuk mengatur dan menetapkan gaya hasil karya mereka. keinginan dan semangat ingin tahu semula jadi murid. Dengan memberikan peluang kepada murid untuk memilih alatan dan bahan tersebut. Terdapat pelbagai cadangan dan aktiviti yang boleh digunakan bagi merangsang pemikiran kreatif murid. guru boleh menggalakkan aktiviti seperti membuat mural di sekolah. Dalam konteks pendidikan seni visual usaha ini mengajar pelajar supaya lebih berjimat dan mengelakkan pembaziran. . Justeru. Maksudnya murid mampu menggunakan objek dan bahan yang terdapat di sekeliling untuk dijadikan hasilan seni.bertindak melalui bahan atau keadaan sedia ada. Bagi kanak-kanak. namun guru perlu melihat faktor murid sebagai faktor utama kerana proses memupuk kreativiti memerlukan keinginan dan kerjasama murid. Penganjuran aktiviti perlu melihat minat.5 1. Apakah perbezaan di antara penerokaan dan manipulasi di dalam Teori Perkembangan Kreativiti Torrance? 5. Secara tidak langsung. Berikut adalah beberapa strategi dan saranan yang boleh digunakan oleh guru bagi menyuburkan proses kreativiti. Sebagai contoh. masa bermain merupakan masa yang penuh dengan keseronokan dan cabaran.7 MENINGKATKAN MOTIVASI Proses menjurus ke arah pemikiran kreatif perlu mengambil kira faktor keperluan murid itu sendiri. ianya memberikan peluang kepada murid untuk menghasilkan karya mereka dengan alatan yang dipilih sendiri. (a) Memilih Bahan dan Alat Murid seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan alatan yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seni visual. rangsangan perlu diwujudkan melalui permainan berbentuk akademik.

(c) Rangsangan Pamerkan hasil karya murid sebagai satu bentuk sokongan berterusan. Guru bertindak sebagai juri yang adil dan saksama di dalam menganugerahkan markah memberikan mereka contoh dan teladan yang baik. (f) Memberikan Galakan dan Motivasi Kanak-kanak sememangnya cepat bosan dan mudah putus asa.html . RUMUSAN Di dalam topik ini. Selain hasil karya. (d) Pengajaran dan Pembelajaran Fleksibel Guru pendidikan perlu fleksibel dalam proses pengajaran. Pameran hasil karya murid boleh merangsang pelajar untuk menghasilkan banyak lagi hasil karya seni visual. Jangan sekali-kali memperlekehkan hasil karya murid dan beri peluang kepada mereka untuk berkongsi kesusahan dan gangguan yang mereka hadapi semasa menghasilkan karya seni. Mereka seharusnya bersedia untuk mengubah cara mengajar mengikut minat idea dan cadangan daripada murid. (e) Hormat-menghormati Guru pendidikan seni visual perlu mempunyai sikap menghormati murid dan menghargai sumbangan dan komitmen yang ditunjukkan oleh mereka di dalam menghasilkan karya seni visual. Elakkan daripada mengkritik keterlaluan sehingga pelajar patah semangat dan tidak berminat untuk meneruskan penghasilan karya. Guru pendidikan seni visual juga perlu turut kreatif menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.com/2009/08/attention-num2. anda telah mempelajari kreativiti dan kepentingan merangsang pemikiran kreatif di kalangan kanak-kanak selain mempelajari tingkatan kreativiti Aktivitiaktiviti yang merangsang pemikiran kreatif perlu diterapkan semasa melaksanakan aktiviti pendidikan seni visual. http://itukamibudakseni. bahan pameran seperi objek sejarah dan poster alam semula jadi boleh diletakkan sebagai satu rangsangan dari sudut artistik dan kronologi masa dalam seni. (g) Penghargaan Galakkan dan berikan penghargaan kepada murid di atas usaha dan komitmen yang mereka berikan di dalam kelas. Oleh itu guru pendidikan seni visual perlu terus memberikan semangat dan rangsangan motivasi. Selain itu guru perlu memastikan bahawa hasil karya yang dipamerkan turut diubah dan digantikan dengan hasil karya yang baru.blogspot.

Lukisan figura pula mula dilukis dengan menitikberatkan daya saiz sebenar objek. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. . -tidak bersifat realistik dan banyak menggunakan lukisan garisan bagi menggambarkan sesuatu imej. (b) Peringkat Membuat Simbol (6-9 Tahun) kanak-kanak mula beralih ke peringkat menghasilkan simbol. (b) Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak.3 KANAK-KANAK DAN SENI LUKIS (a) Melukis sebagai Medium Komunikasi Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur.Melalui aktiviti melukis. Pada peringkat ini.1 Teori Perkembangan Artistik oleh Hurwitz dan Day (a) Peringkat Manipulatif atau Zaman Awal Kanak-kanak (2-4 Tahun) kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan.Seni dan Kanak-kanak 1. 1. di atas meja dan kertas lukisan dengan menggunakan pelbagai jenis bahan dan medium seperti krayon. contengan garisan terkawal. -terdapat empat peringkat contengan pada peringkat manipulatif iaitu contengan garisan tidak terkawal. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak. pensil serta bahan-bahan lain. kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. contengan rupa terkawal dan contengan rupa. Lukisan yang dihasilkan juga selalunya tidak terkawal dan banyak terdapat di dinding. (c) Melukis untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self Esteem) Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka. (c) Pra-Remaja (10-13 Tahun) Terdapat percubaan untuk melukis figura dengan saiz yang betul. kanak-kanak sangat terpengaruh dengan keadaan sekelilingnya.4.4 PERKEMBANGAN ARTISTIK KANAK-KANAK 1. kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera. Melalui lukisan.

kanak-kanak mula peka dengan konsep realistic di dalam menghasilkan lukisan. (f) Peringkat Period If Decision atau Adolescent Art in High School (14-17 Tahun) Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya seni dan penciptaan objek. (c) Peringkat Schematic (7-9 Tahun) Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. imej yang dilukis secara realistik dan teliti.4. Mereka lebih gemar untuk melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata berbanding dengan lukisan menerusi imaginasi. Mereka mula membandingkan karya dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit individualistik serta menitikberatkan kualiti karya yang dihasilkan. (d) Peringkat Dawning Realism atau The Gang Age (9-12 Tahun) kanak-kanak terus melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu. (e) Peringkat Pseudonaturalistic atau Reasoning (12-14 Tahun) Pada peringkat ini. 1. Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni. Penekanan lebih diberikan kepada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat disekelilingnya.3 Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh GeorgesHenri Luquet (a) Peringkat Fortuitous Realism Peringkat ini ialah peringkat awal lukisan kanak-kanak di mana imejan yang cuba dihasilkan .1.4. mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan. (b) Peringkat Preschematic (4-7 Tahun) Peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis objek yang terdapat di sekelilingnya dengan menggunakan garisan. Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri.2 Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Lowenfeld dan Britain (a) Peringkat Scribbling (2-4 Tahun) Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal. bebas dan berskala besar. Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej. lukisan yang dihasilkan adalah spontan.

(d) Peringkat Visual Realism Melukis imej yang mempunyai perspektif dan kadar banding. (b) Peringkat Failed Realism Imej yang diperolehi secara tidak sengaja diperbaiki dan diperhalusi bagi mendapatkan imej sebenar. Berjaya dan Diiktiraf. Percubaan untuk melukis imej 3 dimensi di atas kertas lukisan dapat dilihat pada peringkat ini dan percubaan melukis imej secara 3 dimensi dianggap satu kejayaan dan pencapaian baik.CIRI-CIRI 4 tahun) MENGIKUT TEORI VIKTOR LOWENFELD.com/2009/12/seni-dan-kanak-kanak.PERINGKAT-PERINGKAT PENGUTARAAN KANAK-KANAK 1) PERINGKAT CONTENGAN (2. Diterima dan Disanjung (hasil karya di[uji.html .5 KEINGINAN ASAS KANAK-KANAK (a) Untuk Bergerak.blogspot. Ketangkasan Fizikal dan Memahami (pertandingan) (c) Untuk Meneroka. Bentuk lukisan yang lebih ringkas namun dilukis dengan agak baik. Lukisan yang hampir sama dihasilkan berulang kali. (c) Peringkat Intelectual Realism Pada peringkat ini kanak-kanak mula melukis mengikut apa yang mereka tahu dan apa yang mereka lihat. Pencapaian Kreatif dan Meluahkan Perasaan (beri peluang meneroka dan bereksperimentasi. http://unitpsvipba.pada peringkat contengan telah membentuk imej dan objek yang hampir sama dengan objek sebenar.dipamerkan) (b) Untuk Bersaing. 1. .

Tangan selalunya tidak diangkat semasa menconteng .Cuba menampakkan sesuatu representasi kerana mula menyedari hubungan diantara contengan dengan objek tampak .Mula bentuk rupa mudah seperti bulat.Wujud koordinasi mata dan tangan .a) Contengan tanpa kawalan atau contengan tidak menentu . pendek secara berulangulang .Kanak-kanak cuba menamakan bahagian pada lukisan atau menceritakan tentang lukisan mereka walaupun imej c) Contengan bermakna .Alat contengan dipegang dengan lebih baik . garisan menegak dan melintang .Lewat usia 3-4 tahun .Cara alat dipegang ikut keupayaan dan kesukaan .Suka conteng hingga penuhi ruang permukaan .Tidak menggambarkan apa-apa imej (kawalan maskular berada pada tahap lemah) .Mula dengan conteng menggunakan apa sahaja bahan atau alat pada sebarang permukaan di sekitar mereka .Garisan berulang dengan pelbagai nilai garisan .Hanya catatan kinestetik bukan bertujuan untuk menggambar (lebih kepada kepuasan dan seronok dapat memiliki alat dan diberi kebebasan) .Daya contengan bergantung kepada perkembangan fizikal dan psikologikal kanak-kanak b) Contengan terkawal ataupun contengan kawalan garisan .Contengan garisan bersifat panjang.Keupayaan menconteng bergantung kepada kawalan maskular tangan .

Contoh : Mereka lukis muka orang.Bermulanya bentuk konkrit (kanak-kanak melukis bentuk yang terdapat dipersekitaran mereka) .Imej manusia digambarkan dengan rupa asas (bulat bagi muka. mata dan lain-lain tidak penting kepada mereka . Ruang ini dinamakan ruang badan.Imej digambarkan berasaskan apa yang mereka tahu bukan merupakan reprensentasi tampak .Suka mencuba dan buat pernyataan sendiri walaupun imej yang terhasil tidak logik bagi orang dewasa .Gambar yang dilukis telah mula dikenali imejnya (4.Piaget namakan peringkat ini sebagai peringkat intuitif dalam operasi konkrit 2) PERINGKAT PRA. mereka tahu setiap muka ada telinga.7 tahun) . .Unsur ruang cuba dinampakkan iaitu berdasarkan objek-objek penyokong yang diletakkan disekeliling objek pertama.SKEMATIK . mata.Mula menampakkan imaginasi (tidak hanya tertumpu pada pergerakan kinestetik) .Objek dilukis dimana-mana sahaja pada ruang lukis . hidung dan mulut. .sebenar tentang cerita atau nama tersebut tidak jelas . Kedudukan atau kadar banding mulut.Gambar yang dilukis dapat dikaitkan dengan alam sekitar (cuba menggambarkan perasaan) . garisan panjang bagi anggota tubuh. kaki dan tangan).

kumpulan rakan sebaya lebih menarik perhatian mereka. bujur dan lain-lain.Lukisan mereka juga menampakkan ciri-ciri perbezaan jantina melalui ciri rambut dan pakaian. . . Ianya diulang-ulang . . Ia akan berubah mengikut tahap perkembangan kanak-kanak.Simbol-simbol merupakan perlambangan tentang apa yang mereka lihat dan yang mereka rasai (emosi) serta keupayaan kinestatik mereka. tetapi 4) PERINGKAT AWAL REALISM (9-12 tahun) . Perbezaan jantina mula dirasakan dan sebab itu mereka mula bergerak mengikut rakan sebaya sam jantina.Objek atau gambar yang dilukis berdasarkan kepada kesedaran tampak sahaja bukan melalui pengamatan.3) PERINGKAT SKEMATIK (7 9 tahun) . . empat segi.Skema bermaksud sebagai suatu konsep.Cara melebih-lebihkan (exegeration) tidak lagi dilakukan .Lukisan mereka banyak menggunakan bentuk geometri seperti bulat. .Objek tidak lagi diletakkan atas garis dasar satah. . . tiga segi. . .Objek yang menjadi tumpuan mereka seperti muka manusia.mereka mula menyedari tentang diri sebagai seorang ahli rakan sebaya dan masyarakat .Lukisan mereka bayak kelihatan bersifat hiasan (dekoratif). digambarkan secara berlebihan (exegeration). .Kefahaman mereka tentang ruang digambarkan melalui satu garisan dasar satah di mana semua objek dilukis di atas atau dalam lingkungan garis tersebut.Kanak-kanak di peringkat ini tertarik melukis gambar manusia dan objek-objek yang menarik perhatian mereka. .Simbol-simbol merupakan konsep yang dibuat oleh kanakkanak tetapi sifatnya tidak tekal.Kefahaman ruang digambarkan melalui kesan tindan-tindih objek.

. . dilakukan secara naturalistik.Memasukkan lebih banyak objek dalam lukisan mereka.memahami garis horizon di mana.Kadar banding (propotion) pada lukisan orang.Peringkat Peeudo-natiralistik. menonton filem tentang haiwan.Lukisannya diolah lebih natural . . Objek yang jauh bersaiz lebih kecil berbanding yang dekat . manusia dan sebagainya. Khayalan dan kepercayaan mereka tentang sesuatu memainkan peranan penting diperingkat usia ini .Berikan perhatian terhadap karya mereka agar mereka merasakan kehebatan keupayaan mereka dan dirinya dihargai.Mmahami konsep ruang.Bimbing kanak-kanak berfikir hingga ke satu titik mula di mana mereka boleh berfikir dan bertindak secara berdikari . .Jangan keterlaluan mengkritik kerja dan tindakan mereka kerana kesilapan itu juga merupakan proses pembelajaran . iaitu lebih menyedari tentang bentuk-bentuk sebenar seperti apa yang diperhatikan . objek banyak bertumpu di bahagian bawah (tanah).biru untuk langit. . Cadangan untuk meningkatkan keupayaan tampak .Menguunakan warna bagi menggambarkan sesuatu objek.Hijau untuk pokok.Terdapat tanda-tanda dalam lukisan mereka yang Cuma menggunakan perspektif 5) PERINGKAT PENAAKULAN (12-14 tahun) .Peringkat peralihan zaman kanak-kanak ke zaman remaja dan bersifat lebih kritikal.rangsangkan pemikiran mereka dengan memberikan banyak bahan bacaan bercerita.kuning untuk tanah dan sebagainya.

perasaan.html . objek dan perlambangan menjadi lebih matang. .Bersifat individualistik dan merasakan bebas membuat keputusan sendiri. .Kefahaman tentang ruang..blogspot.Lukisan di peringkat ini menjadi penting kepada mereka sebagai media melahirkan emosi. idealistik dan menyedari peranannya dalam masyarakat. .Peringkat ini memulakan era memahami kehidupan sosial dan konsep seni yang berfungsi Posted by RedskyIM at 3:20 PM http://raisingthesoftvolume.Mula mengembangkan minat dan kemahuan untuk mendapatkannya kemahiran seni dan tertentu yang disukainya seperti batik. .Terdapat juga yang cuba mengubahsuai gambar orang dan haiwan ke dalam bentuk karton melalui lukisan satirikal.com/2008/07/peringkat-peringkat-pengutaraan-kanak. catan dan sebagainya. .Individu peringkat ini telah mula membuat kritikan diri. respon terhadap sesuatu dan penyataan fikirannya. 6) PERINGKAT REMAJA (14-17 tahun) .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful