Pengenalan

Tamadun islam merupakan salah satu tamadun dunia yang terunggul. Kajian demi kajian telah dilakukan dan sehingga hari ini masih lagi terdapat penemuan baru dalam tamadun islam yang masih belum disingkap oleh masyarakat moden. Sumbangannya tidak ternilai dalam membentuk generasi manusia yang bertamadun dan maju. Dalam kerja khusus ini, kami akan membincangkan sumbangan intelektual islam dalam bidang sains dan matematik iaitu dalam skop perubatan, astronomi, fizik dan biologi.

Definisi Intelektual
Intelektual bermaksud golongan cerdik pandai atau golongan terpelajar. Hasil daya berfikir dan akal budi yang tinggi golongan ini telah melahirkan pelbagai ilmu dan teori yang membolehkan masyarakat hidup lebih beradab dan bertamadun. Bidang ilmu yang diterokai para intelektual merangkumi ilmu sains tulen dan sains social termasuk ilmu-ilmu agama dan bukan agama. Dalam tamadun islam terdapat ramai tokoh-tokoh intelektual yang menyumbang kepada perkembangan tamadun islam. Antaranya ialah Ibn Sina, Ibn Khaldun, Ibn Rusyd, Al- Biruni, Al-Razi, Alkhawarizmi dan ramai lagi.

Pencapaian Tamadun Islam Dalam Bidang Sains 1. Perubatan
Pencapaian tamadun islam dalam bidang sains perubatan berada di puncak kegemilangannya pada zaman Bani Abasyiah. Walaupun ilmu ini berasal daripada tamadun asing iaitu Rom, tetapi umat Islam akhirnya telah muncul sebagai tokoh-tokoh ilmu perubatan yang disegani dunia. Mereka bukan sahaja menguasai ilmu perubatan, malah telah menyumbang sesuatu kepada bidang tersebut. Antara pakar perubatan Islam yang terulung ialah: i. Ibnu Masiwaihi (meninggal 243 Hijrah) beliau telah banyak menghasilkan kitab perubatan. ii. Ibnu As-Sahal (meninggal 255 Hijrah). Beliau menjadi pengarah rumah sakit Jundisyapur. iii. Ar-Razi (meninggal 320 Hijrah). Beliau merupakan tokoh doctor Islam yang terunggul sehingga dilantik menjadi ketua doctor-doktor di Baghdad. iv.

Ali bin Abas (meninggal 428 Hijrah). Beliau dilantik menjadi doctor peribadi Khalifah Daulah Al-Buwaihiah. v. Ibnu Sina (meninggal 428 Hijrah). Beliau lebih dikenali sebagai ahli falsafah. Namun demikian beliau juga merupakan seorang doctor yang terkenal.

2. Farmasi Dan Kimia
Ilmu farmasi dan kimia juga amat berkembang pada zaman Bani Abasyiah. Antara umat Islam yang pakar dalam bidang ini pada masa itu ialah: i. Ibnu Baithar. Beliau telah menghasilkan tiga kitab besar iaitu Al-Mughni (berkaitan farmasi), Jami Mufaradah AlAdwiyah Wa Al-Aghziyah (berkaitan permakanan) Mizan at-Tib (panduan kepada doctor. ii. Rasyiduddin (meninggsl 634 Hijrah). Beliau telah mengarang kitab al- Adwiyah al- mufradah (berkaitan dengan farmasi). iii. Jubair bin Haiyan. Disamping menjadi doctor, beliau juga merupakan pakar dalam bidang astronomi.

Pencapaian Tamadun Islam Dalam Bidang Matematik
Ilmu matematik dan kejuruteraan juga telah mencapai puncak kegemilangannya pada zaman Bani Abasyiah. Pada zaman itu lahir ramai sarjana dalam kedua-dua bidang ini. Antara mereka ialah: i. Thabit bin Qurrah al-Hirani.(221-288 Hijrah). Beliau mengarang kitab Hisab alAhillah (matematik), Kitab fi istikhraj al- handasiah (kejuruteraan) dan lainnya. ii. Abdul Wafa Muhammad bin Muhammmad Ismail bin Abas (meninggal 328 Hijrah). Beliau mengarang banyak kitab matematik dan kejuruteraan. Antaranya ialah Ma Yahtaj Ilaiahi al-µUmmal wa al-Kuttab Min Sanµah al- Hisab (matematik dan kejuruteraan). iii. Sinan Ali Muhammad bin Hasan bin Haitham. iv. Muhammad bin Musa Al- khawarizmi

Tamadun Islam Dan Tokoh
1. IBNU RASYD

Latarbelakang
‡

Ibnu Rusyd atau nama lengkapnya Abu Walid Muhammad Ibnu Ahmad.

Beliau berasal dari Kufah. falak. mengenai perubatan secara umum. dan nahu ‡ Antara karya besar yang pernah dihasilkan oleh Ibnu Rusyd termasuklah "Kulliyah fit-Thibb" yang mengandungi 16 jilid. ‡ Di barat beliau lebih dikenali dengan nama Averroues. ‡ Dalam bidang perubatan pula. ‡ Pengaruhnya bukan sahaja berkembang luas di dunia Islam. ‡ Namun demikian sumbangannya dalam bidang perubatan dan biologi sangat besar. ‡ Sumbangan beliau bukan sahaja dalam bidang perubatan tetapi juga meliputi bidang falsafah. beliau pernah berguru dengan Barmaki Vizier iaitu semasa zaman Khalifah Abbasiah pimpinan Harun Ar-Rasyid. tatabahasa. muzik. Beliau pernah menyatakan bahawa demam campak hanya akan dialami oleh setiap orang sekali sahaja. 2. Sumbangannya Dalam Tamadun Islam ‡ Sumbangan terbesar beliau ialah dalam lapangan ilmu kimia.‡ Lahir di Kardova pada tahun 1126 dan meninggal dunia pada tahun 1198. ‡ Nama penuh beliau ialah Abu Musa Jabir Ibn Hayyan. ‡ . ‡ Beliau bukan sahaja terkenal dalam bidang perubatan tetapi juga dalam bidang kimia. Buku itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan bahasa Inggeris dengan judul Faclititation of Treatment. tetapi juga merangkum pembedahan dan fungsi organ di dalam tubuh manusia. Sumbangannya Dalam Tamadun Islam ‡ Sebelum meninggal dunia. fiqh. ‡ Pada peringkat awal kerjayanya. Iraq.. ‡ Kehebatannya dalam bidang perubatan tidak berlegar di sekitar perubatan umum. ‡ Beliau juga digelar sebagai ³Bapa Ilmu Kimia Moden´. JABIR IBN HAIYAN Latarbelakang ‡ Jabir Ibnu Haiyan (750-803 masihi). menunjukkan bahawa beliau merupakan tokoh ilmuwan Islam yang tiada tolok bandingannya. juga dikenali sebagai Geber oleh orang-orang Barat. ‡ Beliau merupakan ahli falsafah yang paling agung pernah dilahirkan dalam sejarah Islam. Ibnu Rusyd memberi penekanan tentang kepentingan menjaga kesihatan. Beberapa pandangan yang dikemukakan dalam bidang perubatan juga didapati mendahului zamannya. ‡ Keterampilan Ibnu Rusyd dalam pelbagai bidang ini. tetapi juga di kalangan masyarakat di Eropah. ilmu kalam. beliau telah menghasilkan bukunya yang terkenal Al Taysir. kaji bintang. ‡ Beliau lebih terkenal sebagai ahli falsafah yang pemikirannya merintis kepada Renaissance di barat. pemikiran Ibnu Rusyd jauh lebih besar dan berpengaruh jika dibandingkan dengan ahli falsafah yang pernah hidup sebelum zamannya ataupun selepas kematiannya. Malahan dalam banyak perkara.

disebutkan bahawa jika ingin mencari susur galur perkembangan ilmu kimia di Eropah maka bolehlah dijejaki secara langsung pada karya-karya Jabir Ibnu Haiyan. ‡ Beliau juga telah memperkenalkan model penelitian dengan cara eksperimen di dunia alkimia. Beliau juga banyak mengabdikan dirinya dengan melakukan eksperimen dan pengembangan kaedah untuk mencapai kemajuan dalam bidang penyelidikan. alGoritmi. al-Gorismi dan beberapa cara ejaan lagi. pengewapan. sitrik. ‡ Beliau telah berjaya menggabungkan kaedah kajian secara tradisional dengan kajian secara moden menerusi ekperimen dan makmal. al-Karismi. ‡ Kajiannya dalam bidang kimia menyebabkan beliau disanjung pada zamannya. penghabluran dan penyulingan. ‡ Penekanan Jabir dalam bidang eksperimen sistematik ini diketahui umum tidak ada tandingannya di dunia. ‡ Disamping itu. . Al-Khawarizmi telah dikanali di Barat sebagai al-Khawarizmi. ‡ Beliau mencurahkan daya upayanya pada proses pengembangan kaedah asas ilmu kimia dan kajian terhadap pelbagai mekanisme tindak balas kimia. mengapa Jabir diberi kehormatan sebagai "Bapa Ilmu Kimia Moden" oleh rakan sejawatnya diseluruh dunia. sabun dan bahan kimia. LATAR BELAKANG TOKOH Nama sebenar al-Khawarizmi ialah Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi. dan tartarik. al-Ahawizmi. salah satunya ialah dalam penyediaan asid nitrik. (arab: al-qali) iaitu garam kalium untuk mebuat baja. hidroklorik. Bahkan dalam tulisan Max Mayerhaff. ‡ Antara sumbangannya yang paling bermakna ialah kejayaan mencipta teori peleburan logam seperti raksa. Terdapat sebanyak 22 risalah yang antaranya berkaitan dengan alkimia (Al-Kimiya dari bahasa Arab) dan ilmu kimia. ‡ Antara beberapa kejayaannya yang lain dalam bidang kimia. beliau telah memperkenalkan beberapa istilah kimia seperti alkali. beliau yang menjana momentum bagi perkembangan ilmu kimia moden.Beliau cukup terkenal kerana hasil penulisan yang melebihi daripada seratus risalah yang telah diabadikan sehingga kini. al-Cowarizmi. ‡ Oleh sebab itulah. Selain itu beliau dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff. penyaringan. Maknanya.

Beliau pernah memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara perhitungan India pada dunia Islam. Beliau juga merupakan seorang penulis Ensiklopedia Pelbagai Disiplin. Pada tahun 780-850M adalah zaman kegemilangan al-Khawarizmi. PENDIDIKAN Dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa al-Khawarizmi ialah seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas. Beliau bekerja dalam sebuah observatory iaitu tempat menekuni belajar matematik dan astronomi.Beliau telah dilahirkan di Bukhara. sejarah Islam dan kimia. Dalam usia muda beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al-Ma¶mun. Sumber lain menegaskan beliau di Khawarism. Al-Khawarizmi juga dipercayai memimpin perpustakaan khalifah. muzik. Al-Khawarizmi sebagai guru aljabar di Eropah. Usbekistan pada tahun 194H/780M dan meninggal tahun 266H/850M di Baghdad. Pengetahuan dan kemahiran beliau bukan sahaja meliputi bidang syariat tapidi dalam bidang falsafah. kejuruteraan. Beliau telah menciptakan pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi. . al-Khawarizmi telah wafat antara tahun 220 dan 230M. geometri. aritmetik. Ada yang mengatakan al-Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad ke-9M. logik. Banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik dan menghasilkan konsep-konsep matematik yang begitu popular sehingga digunakan pada zaman sekarang. bekerja di Bayt alHikmah di Baghdad. Al-Khawarizmi adalah seorang tokoh yang mula-mula memperkenalkan aljabar dan hisab.

Nama al-gorism telah dikenali pada abad pertengahan. al-Cowarizmi. Hasil Karya Al-Khawarizmi Sepertimana yang telah kita ketahui. Babylian dalam bentuk dugaan yang telah dibuktikan kebenarannya oleh al-Khawarizmi. Sumbangan Al-Khawarizmi Melalui Karya Sumbangan hasil karya beliau sendiri. antaranya ialah : 1. Al-Jabr wa¶l Muqabalah : beliau telah mencipta pemakaian secans dan tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi. Ini adalah contoh-contoh sebahagian beliau yang telah dihasilkan dalam penulisan karya dan ia telah menjadi popular serta dipelajari oleh semua masyarakat yang hidup di dunia ini. Al-Khawarizmi dapat menghasilkan karya-karya . Negara Perancis pula al-Gorism muncul sebagai Augryam atau Angrism. Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Beliau telah mengajukan contoh-contoh persoalan matematik dan telah mengemukakan 800 buah soalan yang sebahagian daripadanya merupakan persoalan yamng dikemukakan oleh Neo. Sistem Nombor : Beliau telah memperkenalkan konsep sifat dan ia penting dalam sistem nombor pada zaman sekarang. alkarismi.PERANAN DAN SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI Gelaran Al-Khawarizmi Gelaran Al-Khawarizmi yang dikenali di Barat ialah al-Khawarizmi. 3. Negara Inggeris pula ia dikenali sebagai Aurym atau Augrim. al-Goritmi atau al-Gorism. 2.

Ketokohan al-Khawarizmi dapat dilihat dari dua sudut iaitu dari bidang matematik dan astronomi. Ketokohan al-Khawarizmi Setiap tokoh mempunyai sifat ketokohannya yang tersendiri. sin dan tan dalam trigonometri penyelesaian persamaan. Banyak kaedah yang diperkenalkan dalam setiap karya yang dihasilkan. Antara karya-karya yang beliau hasilkan ialah µMafatih al-Ulum¶. Hasil karya tersebut terkenal pada zaman tamadun Islam dan dikenali di Barat. Al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Pada tahun 820M dan ia mengenai algebra. teorem segitiga sama . Beliau banyak menghasilkan karya-karya yang masyhor ketika zaman tamadun Islam. Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind : Karya ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Latin oleh Prince Boniopagri.agong dalam bidang matamatik. 3. Al-Tarikh 7. al-Khawarizmi telah memperkenalkan aljabar dan hisab. µMufatih al-Ulum¶ : yang bermaksud beliau adalah pencinta ilmu dalam pelbagai bidang. Antaranya ialah kos. 4. Sistem Nombor : ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin iaitu De Numero Indorum. Namun bidang matematik akan diperjelaskan secara terperinci berbanding astronomi kerana ia melibatkan kajian yang dikaji. Al-Amal bi¶ Usturlab¶ 6. Al-Maqala Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabilah. 2. 5. Dalam bidang matematik. Antara hasil karya yang telah beliau hasilkan ialah : 1. Sistem nombor adalah salah satu sumbangan dan telah digunakan pada zaman tamadun Islam.

Al-Khawarizmi patu disanjungi kerana beliau adalah seorang yang pintar. al-Khawarizmi telah menghasilkan dua buah yang salah satu daripadanyatelah diterjemahkan ke Bahasa Latin dan memberi pengaruh besar ke atas Muslim dan orangSpanyol dan Kristian. Bidang astronomi juga membuatkan al-Khawarizmi dikenali pada zaman tamadun Islam.. Peribadi al-Khawarizmi Keperibadian al-Khawarizmi telah diakui oleh orang Islam dan juga Barat.juga segitiga sama kaki dan mengira luas segitiga. pergerakan. Astronomi dapat ditakrifkan sebagai ilmu falaq [pengetahuan tentang bintangbintang yang melibatkan kajian tentang kedudukan. Penggunaan matematik dalam astronomi sebelum tamadun Islam amat sedikit dan terhad. segi empat selari dan bulatan dalam geometri.´ Maka temasuklah al-Khawarizmi itu sendiri..Sartonmengatakan ³pencapaianpencapaian yang tertinggi telah doperolehi oleh orang-orang Timur. Ini disebabkan oleh kemunduran pengetahuan matematik yang terhad kepada pengguna aritmetik dan geometri sahaja.. khawarizmi sendiri. dan pemikiran serta tafsiran yang berkaitan dengan bintang]. Masaalah pecahan dan sifat nombor perdana dan teori nombor juga Banyak lagi konsep dalam matematik yang telah diperkenalkan aldiperkenalkan. Seawal kurun ketiga lagi lagi. Al-Khawarizmi telah dianggap sebagai sarjana matematik yang masyhur oleh orang Islam dan ia diperakui oleh orang Barat. Menurut . Ini dapat dibuktikan bahawa G.

. Dari sudut ini. Syariah Berasaskan kepada undang-undang yang mengenali tindak tanduk masyarakat. Keharmonian dan tanggungjawab kepada umat dan hak diri. 3. Oleh itu. Tauhid Tauhid merupakan landasan falsafah matematik Islam sepertimana dengan ilmu-ilmu Islam yang lain. Akhlak .. kewujudan dan keEsaan Tuhan. riba dan mencabar kebenaran hakiki daripada agama samawi untuk memperkukuhkan lagi Institusi. 1.. Mengikut matlamat Islam. Setiap apa yang dinyatakan oleh penulis. semuanya Ayyatullah [tanda-tanda Allah iaitu symbol kebesaran. Setiap falsafah dan epistemology sains matematik kita tidak harus diterima bulat-bulat tanpa syarat. ini telah terbukti bahawa alKhawarizmi mempunyai sifat keperibadian yang tinggi dan sekaligus disanjung oleh orang Islam. ahli matematik Islam yang cuba menyelesaikan masaalah yang melibatkan perbuatan hukum syariah seperti judi. Strategi Pengislaman Sains Matematik Pengislaman sains matematik seharusnya berlandaskan dengan beberapa perkara iaitu.Wiedmann pula berkata. ia hendaklah berlandaskan tauhid. Ungkapan yang wujud sewajarnya mencorakkan kegiatan matematik.¶ al-Khawarizmi mempunyai personaliti yang teguh dan seorang yang bergeliga sains¶. 2. Ini kerana ia perlu bagi tokoh-tokoh yanh beragama Islam supaya melaksanakan setiap pekerjaan atau tugasan yang mengikut undang-undang Islam. syariah dan akhlak. matematik Islam hendaklah berkembang selari dengan keperluan manusia dan perkembangan ini juga harus di dalam sudut syariah.

Ilmu yang dipelajari contahnya akhlak yang terdapat dalam bidang matematik ini adalah penemuan aljabar yang melambangkan keadilan. Ini kerana keadilan itu dituntut oleh agama Islam itu sendiri.Ciri-ciri akhlak mulia hendaklah disemaikan kedalam matematik dan juga ia perlu dimasukkan kedalam ilmu-ilmu Islam yang lain agar manusia dapat menerapkan nilai murni. Geometri Ia merupakan cabang kedua dalam matematik. Seterusnya sarjana Islam telah mengemaskanikan kaedah sains dedukasi ini terutamanya pada abad ke9M. . aritmetik dan lain-lain. Geometri ini mula dipelajari sejak zaman firaun [2000SM]. sebelum munculnya karya yang berjudul µHisab al-Jibra wa al Muqabalah yang ditulis oleh al-Khawarizmi pada tahun 820M. Cabang Matematik Antara cabang yang diperkanalkan oleh al-Khawarizmi seperti geometri. Al-Khawarizmi telah diterjemahkan oleh Gerhard of Gremano dan Robert of Chaster ke dalam bahasa Eropah pada abad ke-12. Dari segi ilmunya pula geometri itu adalah ilmu yang mengkaji hal yang berhubung dengan magnitud dan sifatsifat ruang. Algebra/aljabar Ia merupakan nadi untuk matematik algebra. Kemudian Thales Miletus memperkenalkan geometri Mesir kepada Grik sebagai satu sains dedukasi dalam kurun ke6SM. algebra. Sebelum ini tak ada istilah aljabar. Melalui asas pradigma tauhid dan sya¶iyah itu dapat memperkukuhkan lagi pembinaan akhlak. Isi kandungan yang diperbincangkan dalam cabang kedua ini ialah asal-usul geometri dan rujukan utamanya ialah Kitab alUstugusat[The Elements] hasil karya Euklid : geometri dari segi bahasa berasal daripada perkataan yunani iaitu µgeo¶ bererti bumi dan µmetri¶ bererti sukatan.

politik. Pada masa kecilnya. Pada masa umurnya meningkat 18 tahun Ibnu Sina telah menjadi "Doktor Di Raja". Ia mula belajar pada usia 5 tahun. Disamping itu. Pelajaran pertama yang diterimanya pada zaman kanak-kanak adalah AlQuran dan sastera yang didapati olehnya secara tidak formal. astronomi. muzik.Misalnya digambarkan bahawa syurga kayangan adalah bulat dan bumi adalah persegi dan dengan demikian kepala itu bulat dan kaki itu empat persegi. Ensiklopedia Kedoktoran Pertama Pada usia 21 tahun.IBNU SINA ² TOKOH PERUBATAN ISLAM. Sementara itu sewaktu berumur 10 tahun . fizik. di desa Afshanah dekat kota Kharmaitan Propinzi Bukhara Afghanistan.Antara yang terkandung dalam buku tersebut termasuklah buku karangan yang amat terkenal iaitu Al-Qanun Fit ² Tibb. kedoktoran. perbandingan agama (ushuluddin). tasawuf dan sebagainya sudah dikuasainya ketika baru berusia 10 tahun. geometri. seorang sahabat karib ayahnya. ia dibimbing dan dididik oleh Abu Abdullah Natili. dengan itu manusia memiliki empat tangkai dan lengan (anggota badan) . fiqh.Huseyn bin Abdullah bin Hassan Ali bin Sina. kimia. sastera dan kosmologi. Latar Belakang Ibnu Sina IBNU SINA yang lebih dikenali di Barat dengan nama Avicenna mempunyai nama lengkap Abu Ali al. Teori-Teori Anatomi Dan Fisiologi Teori-teori anatomi dan fisiologi dalam buku-buku beliau adalah menggambarkan analogi manusia terhadap negara dan mikrokosmos (dunia kecil) terhadap alam semester sebagai makrokosmos (dunia besar). matematik. ketika berada di Kawarazm. dimuat dan di himpun dalam satu buku besar yang berjudul "Essai de Bibliographie Avicenna" yang dihasilkan oleh Pater Dominican di Kairo.Kemudian ia melanjutkan menulis buku-buku lain. Beliau merupakan seorang yang berbangsa Parsi. ia mulai menulis karyanya yang pertama yang berjudul "Al-Majmu" yang mengandungi berbagai ilmu pengetahuan yang lengkap. Ibnu Sina jiga telah menguasai seluruh cabang ilmu pengetahuan yang ada pada waktu itu. Terdapat empat musim dan 12 bulan dalam setahun. Ilmu-ilmu agama seperti tafsir. teologi. Antara bidang ilmu yang berjaya dikuasainya termasuklah dalam bidang falsafah. Menurut Ibnu Abi Ushaybi·ah ia lahir pada tahun 375 H. beliau telah berjaya menghafal Al-Quran. dan ayahnya sendiri. termasuk yang berbentuk risalah ukuran kecil.Nama-nama buku yang pernah dikarang Ibnu Sina. syair.

Terjemahan Dan Bahan Rujukan al-Qanun Fit.mempunyai 12 tulang sendi. pergantian musim dan gerakan-gerakan tubuh tanpa peragaan secara empirik pada keadaan yang sebenarnya. Buku karangannya al-Qanun Fit. . kerana bangsa cina tidak membezakan antara urat-urat darah halus (Veins) dengan pembuluh nadi (arferies). Hati (heart) adalah ¶pangeran·-nya tubuh manusia. Perancis .Disamping itu buku tersebut turut diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. Buku ini menjadi buku rujukan utama di universiti-universiti Eropah hingga 1500 M. Limpa dan perut sebagai ¶bumbung· sedangkan usus merupakan sistem komunikasi dan sistem pembuangan. Analogi tersebut hanyalah analogi yang digambarkan antara gerakan darah dan siklus alam semesta. Sepanyol telah menterjemahkan buku Ibnu Sina ke bahasa Latin. Pengaruh Ibnu Sina (Avicenna) Pengaruh Ibnu Sina sebagai seorang failasuf dan doktor perubatan dalam kebudayaan Eropah adalah luas. sementera paru-paru adalah ¶menteri·-nya. Namun ini belum dapat dianggap sebagai suatu penemuan tentang srikulasi darah. Pada abad ke 16 M . Sepanyol dan Itali . telah dianggap sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan. Bukunya telah disalin (cetak ) sebanyak 16 kali dan 15 edisi dalam bahasa Latin dan sebuah edisi dalam bahasa Yahudi (Hebrew). Ilmu perubatan moden banyak mendapat pelajaran daripada Ibnu Sina. Phillip K. Misalnya di Sekolah Tinggi Kedoktoran Montpellier dan Louvin telah menggunakannya sebagai bahan rujukan pada abad ke 17 M. Penulis. Sementara itu Prof. diagnosis dan pembedahan. dari segi pengunaan ubat. Sementara itu "Canon of Medicine" memuatkan pernyataan yang tegas bahawa "darah mengalir secara terus-menerus dalam suatu lingkaran dan tak pernah berhenti" . Hitpi telah menganggap buku tersebut sebagai "Ensiklopedia Kedoktoran".penulis Barat telah menganggap Ibnu Sina sebagai ¶Bapa Doktor· kerana Ibnu Sina telah menyatupadukan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen dan pengalaman dari ahli-ahli perubatan dari India dan Parsi dan pengalaman beliau sendiri.Tibb Pada abad ke 12 M Gerard Cremona yang berpindah ke Toledo. buku ini dicetak 21 kali. manakala kandung empedu sebagai ¶markas pusat·-nya. Leher merupakan ¶jendela·-nya sang badan. Al-Qanun Fit-Tibb juga digunakan sebagai buku teks kedoktoran di berbagai universiti di Perancis.Tibb (Peraturan Perubatan) terdiri daripada 14 jilid.

Sebagai Seorang Doktor. Buku tersebut juga telah mengajar mengenai cara-cara pembedahan dimana telah menekankan keperluan pembersihan luka. geologi. Ibnu Sina.Perintis Pengenalan Penyakit Saraf Al. Bidang Geografi Ibnu Sina merupakan seorang ahli geografi yang mampu menerangkan bagaimana sungai-sungai berhubungan dan berasal dari gunung-ganang dan lembah-lembah." Bidang Geologi. Antara sumbangan beliau adalah di dalam bidang geografi. Antara gelaran lain yang pernah diberikan kepadanya adalah sebagai "Raja Ubat". Akibat proses seperti ini. puncak tertinggi dalam ilmu kedoktoran . Malahan dalam dunia Islam. Malahan di dalam buku-buku tersebut juga dinyatakan keterangan ² keterangan dengan lebih jelas di samping hiasan gambar-gambar dan sketsa-sketsa yang sekaligus menunjukkan pengetahuan anatomi Ibnu Sina yang luas.Qanun Fit-Tibb telah membincangkan serta mengenegahkan mengenai penyakit saraf. Ibnu Sina pernah di beri gelaran sebagai "Medicorum Principal" atau "Raja Diraja Doktor" oleh kaum Latin Skolastik. Ibnu Sina menjadi "Doktor Di Raja" iaitu doktor kepada Sultan Nuh 11 bin Mansur di Bukhara pada tahun 378 H/ 997 M iaitu ketika beliau berusia 18 tahun. Kimia Dan Kosmologi Sumbangan Ibnu Sina dalam bidang geologi . Menurut Ibnu Sina " gunung-ganang yang memang letaknya tinggi iaitu lingkungan mahupun lapisannya dari kulit bumi. Akan tetapi berkat pertolongan Ibnu Sina baginda kembali pulih. Malahan ia mampu mengemukakan suatu hipotesis atau teori pada waktu itu di mana gagal dilakukan oleh ahli Yunani dan Romani sejak dari Heredotus. maka terjadilah apa yang disebut sebagai lembah-lembah. ia dianggap sebagai "Zenith". kimia dan kosmologi. Pada waktu itu penyakit sultan dalam keadaan parah dan tidak ada doktor lain yang berjaya mengubati baginda. kimia serta kosmologi . Aristoteles sehinggalah Protolemaious. Penemuan-Penemuan Baru Ibnu Sina dikenali sebagai seorang saintis yang banyak memberikan saham terhadap dunia ilmu pengetahuan melalui penemuan-penemuan barunya. maka apabila ia diterajang lalu berganti rupa dikarenkan oleh sungai-sungai yang meruntuhkan pinggiran-pinggirannya.

Sumbangan Ibnu Sina Ibnu Sina telah memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan dan membuat beberapa perjumpaan dalam ilmu yang dikenali hari ini sebagai ilmu perubatan psikosomatics "psychosomatic medicine". Beliau memperkembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk mengenal pasti dalam masa beberapa detik sahaja ketidak . 6.M.risalah tentang sebab-sebab terjadinya huruf. ilmu logika Isagoge. 8.memang tidak dapat di sangsikan lagi. Afghanistan dan Parsi yang menggunakan ilmu perubatan Yunani. Menurut A. 5. Diagnosis melalui denyutan jantung ini masih dipratikkan oleh para hakim (doktor-doktor muslim) di Pakistan.Bidang logika "Isaguji". Setiap logam terdiri dari berbagai jenis. Penerangan tersebut telah memperkembangkan ilmu kimia yang telah dirintis sebelumnya oleh Jabbir Ibnu Hayyan . 9.seimbangan humor yang berkenaan . Sebahagian daripada karyanya yang dapat dicatat disini adalah daripada : 1.Aniyyah" syair-syair tentang jiwa manusia. karangan Ibnu Sina mengenai ilmu pertambangan (mineral) menjadi sumber geologi di Eropah.Bidang syair dan prosa "Al-Qasidah al.Bidang metafizika . Seorang doktor tabii dari Amerika (1981) melapurkan bahawa para .Bidang politik "Risalah as-Siyasah" (Book on Politics) ² Buku tentang politik.Bidang psikologi .Fi Aqsam al-Ulum al-Aqliyah (On the Divisions of the Rational Sciences) tentang pembahagian ilmu-ilmu rasional. ia juga meninggalkan penemuanpenemuan yang bermanafaat . Dalam bidang kimia . Bapa Kimia Muslim. Menurut Reuben Levy. "Ilahiyyat" (Ilmu ketuhanan) 4. 7. "The Isagoge".Bidang sastera arab "Risalah fi Asab Huduts al-Huruf" . Fiad-Din yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin menjadi "Liber de Mineralibus" yakni tentang pemilikan (mimeral). "Risalah ath-Thayr" cerita seekor burung.A shushtery.Cerita-cerita roman fiktif . "Kitab an-Nayat" (Book of Deliverence) buku tentang kebahagiaan jiwa. Ibnu Sina telah menerangkan bahawa benda-benda logam sebenarnya berbeza antara satu dengan yang lain. 3. 2.

(Terjemahan). China. Dengan cara yang sedemikan . Kuat atau denyutan yang lemah. "Qanun Fitt Tibb" adalah karyanya yang termasyur . Dalam rangka . b. Banyak karyanya ditulis dalam bahasa Arab dan juga beberapa dalam bahasa Parsi. Apabila pesakit mempunyai sakit jiwa disebabkan oleh pemisahan daripada kekasihnya . Ibnu Sina menyedari kepentingan emosi dalam pemulihan. seseorang itu hendaklah mengulang proses tersebut. kata Ibnu Sina "Jika anda tidak dapat mengubat penyakitnya maka temukanlah si pesakit dengan kekasihnya . Selepas itu . paling selalu dicetak di Eropah pada zaman "Renaissance".hakim di Afghanistan.Ia dimakamkan di sana. Ibnu Sina adalah doktor perubatan yang pertama mencatatkan bahawa penyakit paru-paru (plumonary tuberculosis) adalah suatu penyakit yang boleh menjangkit (contagious) dan dia menceritakan dengan tepat tanda-tanda penyakit kencing manis dan masalah yang timbul darinya.Ini merangkumi : a. beliau boleh mendapati nama dan alamat kekasihnya itu melalui cara berikut: Caranya adalah untuk menyebut banyak nama dan mengulanginya dan semasa itu jarinya diletakkan atas denyutan (pulse) apabila denyutan itu terjadi tidak teratur atau hampir-hampir berhenti . c. Penutup Ibnu Sina meniggal dunia di Hamdan . Masa antara denyutan. Dari ukuran-ukuran denyutan jantung seseorang hakim mungkin mengetahui dengan tepat penyakit yang dihinggapi di dalam tubuh si pesakit. Karya Qanun itu telah mempunyai pengaruh yang asas dalam ilmu perubatan di Eropah pada zaman Renaissance dan telah menjadi buku rujukan yang utama di universiti-universiti Eropah hingga ke abad 17 M. Kandungannya lembap di paras kulit dekat denyutan itu dan lainlain lagi.dalam usia 58 tahun pada bulan Ramadhan 428 H/1037 M . India dan Parsi sanggat berkebolehan dalam denyutan jantung di tempat yang dirasai tetapi mutunya yang pelbagai . Beliau telah menghasilkan 250 buah karya dan masih kekal hingga ke hari ini dan termasuklah 116 buah karyanya dalam bidang "Ilmu Perubatan. menurut peraturan syariah maka buatlah". nama jalan . rumah dan keluarga disebutkan. Beliau sangat berminat dalam bidang mengenai kesan akal (mind) atas jasad dan telah banyak menulis berkenaan gangguan psikologi.

Zainal Abidin Ahmad. Seorang lagi yang banyak memberi sumbangan dalam dunia matematik dan astronomi adalah Abu Jafar al-Khazin. Dari situ lahirnya perkataan algebra dan ia juga antara buku terawal menerangkan mengenai algebra. Dalam dunia astronomi. Ibnu Sina . dia juga memberi banyak sumbangan dalam dunia astronomi. Ia disifatkan sebagai hasil kerjanya yang terbaik. 1974. alat menyukat ketinggian bintang. dan di sana (Tehran) telah dibangunkan sebuah monemun sejarah untuk itu. Bangi 3. Nama penuhnya Muhammad ibn Musa Al-Khwarizmi dan berasal dari Bahgdad. Islam Al-Quran dan Ideologi Masa Kini: Pusat Pengajian Umum UKM. Hal ini menyebabkan ahli-ahli ilmu yang terkemudian merasa megah kalau dimakamkan di tanah perkuburan di mana "zeninth" itu dimakamkan.RUJUKAN 1. Makam beliau di Hamdan telah di kelilingi oleh makam-makam doktor islam yang lain.memperingati 1000 tanun hari kelahirannya (Fair Millenium) di Tehran pada tahun 1955 M ia telah dinobatkan sebagai "Father of Doctor" untuk selamanya-selamanya . Sains Menurut Perspektif Islam: Pusat pengajian umum UKM. Sumbangannya dalam dunia matematik terserlah dalam kajiannya menerusi Hisab al-jabr w¶al-muqabala. 2. Prototaipnya pernah dibuat tetapi musnah sewaktu Jerman terbabit dalam Perang Dunia Kedua. Baharudin Yatim & Sulaiman Nordin. inovasinya yang terkenal adalah al Khazin adalah Zij al-Safa¶ih. H. Konsep algebra diterima dalam dunia matematik Eropah. 1997. Bulan Bintang Jakarta Matematik dan astronomi Nama Al-Khwarizmi cukup harum sebagai ahli matematik Islam yang mencipta Algebra. . Baharudin Yatim & Sulaiman Nordin. Iraq. Bangi. 1997. Tanpanya mungkin dunia tidak tahu menggunakan angka kosong. Selain sumbangan dalam matematik.

Ibnu Sina (980-1037) terkenal pada usia 18 tahun dan menulis 16 buku. 25 naskhah ensaiklopedia amalan perubatan. satu daripadanya merangkumi etika perubatan dan Hawi. Rubu¶ Mujayyab ialah peralatan berbentuk sukuan yang digunakan untuk menghitung trigonometri dan mengukur sudut. Al Razzi dan Husayn Ishak Al-Ibadi yang menterjemahkan tulisan Hippocrates dan lain-lain kerja tulisan Greek . Ia diterjemahkan dalam banyak bahasa. Alat ini sebahagian daripada astrolab. Ia mempunyai bulatan ekliptik matahari dan beberapa garisan yang berkaitan dengan pengiraan waktu solat dan arah kiblat serta digunakan juga untuk mengukur ketinggian matahari atau cakerawala lain. Rubu¶ Mujayyab disifatkan sebagai peralatan yang mengandungi grid trigonometri sejagat. Satu darinya Canoun. ensaiklopedia mengenai penyakit yang ada pada zamannya. Razzi (860-940) dilaporkan menulis lebih 200 buku mengenai perubatan. . Perubatan Kemajuan dunia perubatan Islam dapat dilihat menerusi kerja penyelidikan dan penemuan Ibnu Sina.Ibn Asy Syatir juga memberi sumbangan kepada kajian astronomi dengan melahirkan Rubu¶ Mujayyab.

Asas penyelidikan dan penulisan itu terbahagi kemudiannya kepada beberapa cabang sains perubatan seperti zoologi. Beliau turut mencatatkan pengalamannya menempuh pelbagai cabaran seperti diserang penjahat. Paris menyebabkan bangsa Arab sendiri tidak dapat menghargai pencapaiannya sebagai seorang . Iran yang selepas 738 menjadi sebahagian daripada dunia Islam. perubatan veterinar. Pengembaraan bermula pada usia 20 tahun membawa kepada pelayaran sejauh 120. Setiap kali mengunjungi sesebuah negara atau negeri. hampir lemas bersama kapal karam dan nyaris dihukum penggal oleh pemerintah yang zalim. ulama serta kezaliman yang disaksikan. Manuskrip catatan beliau dipercayai disimpan di Bibliotheque Nationale. Sekolah perubatan terpenting waktu itu adalah di Judishapur.000 kilometer dan mengambil masa 29 tahun. Ibnu Batuta singgah di 44 negara meliputi dua benua Afrika dan Asia. Ia menjadi pusat kepada pembelajaran perubatan dan model hospital berkenaan dibina ketika zaman Abbasiyah (749-1258) Pelayaran dan navigasi Ibnu Batuta nama yang cukup harum dalam dunia ketamadunan Islam. Ibnu Batuta akan membuat catatan terperinci mengenai penduduk. Malangnya. pemerintah. Malah perkataan kimia berasal daripada perkataan Arab al-kemia atau alchemy seperti yang dikenali selepas itu. pencapaian Ibnu Batuta yang luar biasa itu tidak mendapat penghargaan sewajarnya apabila manuskrip catatan itu dirampas dan disembunyikan Kerajaan Perancis yang menjajah kebanyakan negeri di benua Afrika. farmasi dan kimia.

mesin menaikkan paras air. Beliau juga dianggap pencetus teknologi penerbangan hingga terhasilnya kapal terbang dan luncur udara (paragliding) yang membolehkan manusia terbang di angkasa. Ciptaannya juga diiktiraf sebagai robot manusia pertama dalam sejarah. nama tradisi Arab untuk kawasan utara Mesopotamia (dalam dunia moden hari ini ia terletak antara Syria dan Iraq. alat penimbang statik dan pelbagai lagi. Dia juga dikenali sebagai perintis pengurusan air dan sistem hidrolik. bina kembali kegemilangan tamadun Islam dengan iman. Hakikatnya Ibnu Batuta adalah perintis pengembaraan dunia yang berjaya menguasai benua Afrika dan Asia serta pengarang yang menghasilkan karya penting dalam dunia Islam. Dia diiktiraf sebagai orang pertama dalam sejarah membuat percubaan terbang. Cubaan untuk terbang menggunakan sepasang sayap dibuat daripada bulu dan rangka kayu tidak berhasil. jawatan yang sebelum itu dipegang bapanya. tetapi idea Abbas Qasim Ibnu Firnas menjadi titik permulaan kepada industri penerbangan hingga hari ini. Seorang lagi ilmuan Islam yang menyumbang dalam dunia teknologi adalah Ibnu Firnas. Dia menulis mengenai 60 inovasinya dalam buku yang dinamakan ³Al-Jami Bain AlIlm Wal-Amal Al-Nafi Fi Sinat¶at Al-Hiyal´. kunci kombinasi. ilmu dan akhlak! Possibly related posts: (automatically generated) y y PPSMI Membazirkan Wang Rakyat Kearifan Sumber Lokal Sejarah Islam Sunda . pam dua fungsi untuk sistem pengairan. Dia mencipta aci engkol (crankshaft) dan beberapa jam mekanikal berasaskan air dan berat. Dia dikenali sebagai Al Jazari sempena nama kawasan ia dilahirkan Al Jazira.pelayar Islam yang agung. mencipta kapal terbang. Ia berkhidmat untuk Dinasti Turki di Diyarbakir sebagai ketua jurutera. alat membasuh tangan. Al-Jazari menggambarkan 50 alat mekanikal dalam enam kategori termasuk jam air (satu daripada jam ciptaannya berjaya dibina semula oleh Muzium Sains London pada 1976). lebih tepat antara Tigris dan Euphrates). Tugas kita. Dunia teknologi dan inovasi Ibnu Ismail Ibnu Al Razzaz Al Jazari (1206 SM) adalah jurutera mekanikal Islam terpenting pada zaman pertengahan.

y Kebaikan Memberi Nama ( Dalam Islam ) IBNU HAITHAM & SUMBANGAN NAMA TOKOH Home AL-MAS'UDI & SUMBANGAN  Abu Ali Muhammad bin al-Hasan bin al-Haitham al-Basri Al-Misri.  IBNU BAJJAH & SUMBANGAN IBN AL-NAFIS & SUMBANGAN LATARBELAKANG IBNU YUNUS & SUMBANGAN IBNU HAITHAM & SUMBANGAN  Dilahirkan pada 354 H bersamaan dengan 965 M. Setelah beberapa lama berkhidmat dengan . komen & Cadangan  Beliau dibesarkan di bandar Basrah dan Baghdad. dua kota yang menjadi pusat ilmu pengetahuan Abbasiyah pada masa itu. Di dunia Barat beliau telah dikenali dengan beberapa nama seperti Alhazen. dan Avenetan. Iraq.  Di dua kota inilah beliau memulakan pendidikan awalnya sebelum dilantik menjadi pegawai pemerintah di bandar kelahirannya. JABIR & SUMBANGAN  AL-KHAWARIZMI & SUMBANGAN Beliau lebih dikenali dengan nama samaran Ibnu Haitham. tetapi lebih terkenal dengan panggilan sebagai Alhazen. di negeri Basrah. Avennathan.

baik agama mahupun umum seperti ilmu matematik.  Kemasyhurannya sebagai ilmuwan menyebabkan pemerintah Bani Fatimiyah di Mesir waktu itu. perubatan. Sehingga pada tahun 1021 Sultan Al. beliau mengambil keputusan merantau ke Ahwaz dan Baghdad. mantik dan lain-lain lagi. fizik. Beliau tidak jemu menimba ilmu pengetahuan. falsafah. beliau tidak dapat mewujudkan rancangan takungan raksasa yang dibuatnya kerana kurang peralatan canggih yang ada pada masa itu. Beliau diharapkan mampu mengatur banjir Sungai Nil yang kerap kali melanda negeri itu setiap tahun.Hakim bin Amirillah telah mangkat dan dari tarikh itulah Ibnu Haitham kembali normal dan aktif dalam kegiatan ilmu.  Keintelektualan Ibnu Haitham terbukti ketika beliau masih menjadi seorang pelajar dengan kecenderungan beliau terhadap pelbagai bidang ilmu. Maksud undangan Dinasti Fatimiyah itu adalah memanfaatkan keluasan ilmu yang dimiliki oleh Ibnu Haitham. iaitu Pemerintah Khalifah Al-Hakim bin Amirillah (386411H/996-1021M) mengundangnya ke Mesir. Sayangnya. Untuk melindungi dirinya dari kemurkaan pemerintah. beliau kemudian meninggalkan pekerjaan itu dengan berpura-pura hilang ingatan. . Di perantauan beliau telah melanjutkan pengajian dan menumpukan perhatian pada penulisan.  Beliau adalah salah seorang tokoh cendakiawan sains yang terkenal dan termasyhur dengan ketinggian ilmunya di tanah Arab dan di benua Eropah pada zamannya.pihak pemerintah di sana. astronomi.

terutama dari bahasa Latin. iaitu hukum fizik yang menyatakan bahawa sudut pembiasan dalam pancaran cahaya sama dengan sudut masuk Menurut pengamatan Ibnu Haitham. Ibnu Haitham melakukan beberapa penyelidikan dan percubaan ilmiah berhubung dengan bidang optik. beliau berpendapat bahawa cahaya merah di kaki langit di waktu .  Sebelum itu beliau telah pergi ke Andalusia (Sepanyol).  Pada tahun terakhir hayat beliau. Beliau juga turut menterjemahkan buku-buku matematik dan falak ke bahasa Arab. SUMBANGAN IBNU HAITHAM * TEORI HUKUM PEMBIASAN (fenomena atmosfera)  Selama di Sepanyol. Ibnu Haitham datang berlindung dan mengabdikan diri di Universiti al-Azhar.  Ibnu Haitham meninggal dunia di Kaherah pada tahun 1039M katika usianya 74 tahun. Di sana beliau mempelajari optik sehingga terkenal dalam bidang optik. dan terus menyambung usaha ilmiahnnya dalam bidang yang cukup saintifik. Penemuannya yang terkenal ialah ³hukum pembiasan´. beliau kembali ke Kaherah (Mesir) dan sebagai ahli matematik hingga akhir hayatnya. kiblat ilmu pengetahuan Eropah pada masa itu.

Beliau mengkaji Aberasi Sfera dan memehami bahawa dalam cermin parabola kesemua cahaya dapat tertumpu pada satu titik.pagi (fajar) bermula ketika matahari berada di 19 darjah di bawah kaki langit. *CERMIN CEMBUNG  KANTA CEKUNG DAN KANTA Ibnu Haitham telan menggunakan mesin lathe (larik) untuk membuat cermin kanta cekung dan kanta cembung untuk penyelidikannya. hukum ini dikenali dengan nama ³hukum pembiasan Snell´ yang bersempena nama ahli fizik Belanda. Dengan ini beliau telah mengkaji tentang cermin sfera dan cermin parabolik. . *TEORI PENGLIHATAN (optik)  Dengan menggunakan kaedah matematik dan moden fizik yang baik beliau dapat membuat eksperimen yang teliti. Dalam penyelidikan. ciri-ciri bayang dan imej dan banyak lagi fenomena optik yang penting. beliau telah mengkaji gerakan cahaya. Tetapi menurut Ibnu Haitham. Ibnu Haitham telah meletakkan optik pada batu asas yang kukuh. bukan mata yang memberikan cahaya tetapi benda yang dilihat itulah yang memantulkan cahaya ke mata manusia. Willebrord van Roijen Snell. Beliau telah menggabungkan teori dan eksperimen dalam penyelidikannya. Beliau telah menolak teori Ptolemy dan Euclid yang mengatakan bahawa manusia melihat benda melalui pancaran cahaya yang keluar dari matanya. Sementara cahaya warna merah di kaki langit di waktu senja (syuruk) akan hilang apabila matahari berada 19 darjah di bawah kaki langit selepas jatuhnya matahari. Dalam fizik moden.

Dikalangannya adalah sahabat beliau iaitu Ibnu Sina dan al-Biruni. *BIDANG ASTRONOMI  Beliau melanjutkan pendapat ilmuwan Yunani tentang proses pengubahan langit abstrak menjadi benda-benda padat. Pendapatnya banya mempengaruhi Dunia Pemikiran Barat pada zaman Johannes Kepler. beliau melukis gerakan planet-plenet. tidak hanya dalam terma eksentrik dan episiklus. Ibnu Haitham mendahului Kant lebih tujuh abad lamanya. Teori yang dilebalkan dari Kant sebenarnya datang dari beliau iaitu: ³bahawa untuk mencapai kebenaran hendaklah dengan mengetahui pendapat-pendapat yang berunsur kepada kenyataan yang dapat digambarkan dengan akal rasional´. . Beliau juga percaya kepada prinsip masa tersingkat bagi rentasan cahaya (Prinsip Fermat). Tiga abad kemudian karya ini ditukar dalam bentuk ikhtisar oleh astronomi muslim iaitu Nasiruddin at-Tusi. tetapi juga dalam satu model fizik.*TEORI BIASAN CAHAYA  Teori ini agak mengkagumkan. beliau telah menggunakan segi empat halatuju pada permukaan biasan beberapa abad sebelum Isaac Newton memperkenalkannya di dunia Barat. *AHLI BIDANG FALSAFAH  Ibnu Haitham telah disenaraikan diantara salah seorang ahli falsafah Aristo. Dalam karya astronominya.

Fi al-Maraya al-Muhriqah bi alDawair(cermin yang membakar). Fi Kayfiyat al izlal. Fi al-Asar Allazi alQamar. Fi ad-Dawar. Zawahir alhasaq(gejala senja). Fi Irtifa al-Quth. Maqalah fi hayat al-Alam(astronomi). Karya-karya tersebut adalah berhubung dengan ilmu fizik dan matematik.*BIDANG FIZIK  Dalam bidang fizik Ibnu Haitham telah mengkaji tentang gerakan yang membawa beliau menemui prinsip intersia dan statik. namun hanya sedikit yang terselamat. Beliau telah mengasaskan dan menjadikan optik menjadi satu sains baru. KARYA-KARYA AGUNG IBNU HAITHAM  Ibnu Haitham merupakan ilmuwan yang produktif dan memiliki banyak karya penulisan dalam pelbagai cabang ilmu. dan Johannes Kepler. Fi al-Makan. Banyak kajian beliau telah mendahului dan diikuti oleh Francis Bacon. semua itu adalah tentang kajian ilmu fizik dan astronomi. Di antaranya ialah:  Maqalah fi Istikhraj Samt al-Qiblah(penyusunan kota). iaitu di antara ilmu yang sangat . Beliau telah menulis tidak kurang daripada 200 judul buku.Mukafi. Maqalah fi Daw alQamar(cahaya dan gerakan langit). Fi Misahat al-Mujassamah al. fi al-Mulumar. Kitab fi alMinasit(kamus optik). Leonardo da Vinci.

 Al-Munadzir adalah satu daripada karya Ibnu Haitham yang teragung tentang bidang kajian optik dan buku tersebut pernah menjadi rujukan kepada para ahli kaji optik selepasnya. Sesungguhnya barat patut berterima kasih kepada Ibnu Haitham dan para sarjana Islam kerana tanpa mereka kemungkinan dunia Eropah masih diselubungi dengan . KESIMPULAN Sumbangan Ibnu Haitham kepada ilmu sains dan falsafah amat banyak. Beberapa pandangan dan pendapatnya masih relevan sehingga ke hari ini. Walau bagaimanapun sebahagian karyanya lagi telah "dicuri" dan "diceduk" oleh ilmuwan Barat tanpa memberikan penghargaan yang sewajarnya kepada beliau. Risalah-risalah tersebut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Jerman dan telah tersebar dengan meluas di Eropah sejak tahun 1907M.  Ibnu Haitham juga pernah menulis empat buah risalah tentang ilmu cahaya dan ilmu ukur. Risner pada tahun 1572M dengan nama Thesaurus Opticae. Kerana itulah Ibnu Haitham dikenali sebagai seorang yang miskin dari segi material tetapi kaya dengan ilmu pengetahuan.dikuasainya. hampir keseluruhannya telah diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa Eropah. Karya ini diterjemahkan oleh Witelo pada tahun 1270M dan kemudiannya diterbitkan oleh F.

Ibnu Haitham memainkan pengaruh yang besar di tanah Arab dan juga seluruh dunia Barat. Ibnu Haitham tidak pernah puas menuntut ilmu sehingga penghujung nafasnya yang terakhir. Contohnya. . Kajian Ibnu Haitham telah menyediakan landasan kepada perkembangan ilmu sains dan pada masa yang sama tulisannya mengenai falsafah telah membuktikan keaslian pemikiran sarjana Islam dalam bidang ilmu tersebut yang tidak lagi dibelenggu oleh pemikiran falsafah Yunani. Beliau telah memberikan sumbangan besar dalam dunia ilmu pengetahuan moden.kegelapan. Sebagai seorang penuntut perlulah kita mencontohi beliau dan sebagai pendorong semangat untuk meningkatkan mutu pembelajaran serta mendekatkan diri kepada Allah SWT. Azam beliau untuk meningkat taraf hidup umat Islam dan usahanya mendekatkan diri kepada Allah tidak sia-sia. Penyelidikan ilmiahnya menjadi asas penyelidikan yang kemudian diguna pakai dan dikembangkan di Barat. teori optiknya mempengaruhi ilmuwan Eropah seperti Roger Bacon dan Johannes Kepler. Beliau bukan sekadar tokoh ilmuwan sahaja. Berkat hasil usaha dan ikhtiarnya beliau telah menjadi seorang cendakiawan yang terkenal. malahan beliau amat menitik beratkan pendidikan agama sepanjang beliau menuntut ilmu. Setelah dikaji mengenai latarbelakang kehidupan Ibnu Haitham. dapat kita memberi kesimpulan bahawa Ibnu Haitham adalah seorang tokoh ilmuwan Islam yang sangat disegani dan termasyhur pada zamannya.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful