You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SENGIAN LABANG

KERTAS CADANGAN

PROGRAM SAMBUTAN HARI LAHIR


MURID

2018

ANJURAN:

UNIT HAL EHWAL MURID

SK SUNGAI SENGIAN LABANG


1.0 NAMA PROGRAM

Sambutan Hari Lahir Murid 2018

2.0 LATAR BELAKANG

Program Sambutan Hari Lahir ini merupakan program julung kali diadakan di sekolah ini.
Program ini diadakan untuk memberi penghargaan kepada murid-murid Tahun 1 hingga
Tahun 6 bagi menyambut ulang tahun kelahiran mereka bersama rakan-rakan lain.

3.0 RASIONAL

Sebagai penghargaan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6 kerana mengikuti proses
pengajaran dan pembelajaran di SK Sungai Sengian Labang pada hari istimewa mereka.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Memberi pemahaman murid tentang konsep umur dan angka


4.2 Memberi pendedahan kepada murid tentang hari istimewa mereka iaitu sewaktu
mereka dilahirkan
4.3 Menghargai dan menikmati salah satu budaya di Malaysia iaitu Sambutan Hari
Lahir dalam suasana sekolah bersama rakan-rakan.

5.0 PELAKSANAAN

Dijalankan sepanjang tahun 2018 di dewan SK Sungai Sengian Labang.


6.0 JADUAL PELAKSANAAN

TARIKH
BULAN JUMLAH MURID KOS
DILAKSANAKAN

JANUARI – MAC 19 10 Mac 2018 1 kek = RM 200

APRIL – JUN 20 12 Mei 2018 1 kek = RM 200

JULAI –
31 28 September 2018 1 kek = RM 200
SEPTEMBER

OKTOBER –
30 23 November 2018 1 kek = RM 200
DISEMBER

7.0 KUMPULAN SASARAN

100 orang murid Tahun 1 hingga Tahun 6 SK Sungai Sengian Labang pada tahun 2018

8.0 JAWATANKUASA PROGRAM SAMBUTAN HARI LAHIR

PENGERUSI : En. Mohammad Arbie bin Sa’ee

NAIB PENGERUSI : Pn. Catherine Maryam ak Gurong

PENYELARAS : Cik Siti Hajar Ashna binti Samat Haron

AJK : Semua guru

9.0 KEWANGAN

1 kek = RM 200

4 kek = RM 800

Semua perbelanjaan ditanggung oleh Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

10.0 PENUTUP

Semoga Program Sambutan Hari Lahir ini dapat berjalan dengan lancar. Ia merupakan salah
satu program yang dapat mengeratkan hubungan guru dan murid.
Disediakan oleh, Disemak oleh,

(CIK SITI HAJAR ASHNA BINTI (PN


(PN CATHERINE
CATHERINE MARYAM AK
MARYAM AK
SAMAT HARON) GURONG)
Penyelaras Program Sambutan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Hari Lahir,
SK Sungai Sengian Labang
SK Sungai Sengian Labang

Disahkan oleh,

(EN MOHAMMAD ARBIE BIN


SA’EE)
Guru Besar,
SK Sungai Sengian Labang