You are on page 1of 16

PENILAIAN TAHAP PENGUASAAN KEMAHlRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU MURID SEKOLAH KEBANGSAAN KEBOLEHPERCAYAANINSTRUMEN

Oleh: Hashim Othman, Ph.D Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang hashim@usm.my Pendahuluan Sesuai dengan statusnya sebagai bahasa rasmi Malaysia yang mendokong peranan sebagai bahasa ilmu pengetahuan (Akta Pendidikan, 1996), bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar utama bagi mata-mata pelajaran di sekolah kebangsaan, kecuali Matematik dan Sains mulai 2004 (Sharifah Maimunah, 2004) serta sebagai satu mata pelajaran wajib, termasuklah di sekolah rendahjenis kebangsaan (Cina dan Tamil). Pada akhir tahun keenam persekolahan rendah, lulusannya dijangka mencapai suatu tahap penguasaan bahasa Melayu yang membolehkan mereka bersedia untuk mengikuti pelajaran dalam bahasa berkenaan pada peringkat menengah serta institusi-institusi pendidikan yang lebih tinggi. Penawarannya sebagai mata pelajaran sekolah kebangsaan berasaskan penumpuan khusus pada dua tahap persekolahan. Bagi kemahiran menulis, pengajaran pada Tahap I (Tahun 1 hingga Tahun 3) tertumpu pada kemahiran menulis asas, iaitu mengenal dan menulis abjad, mencantumkannya menjadi kata, frasa, dan ayat, sementara Tahap II (Tahun 4 hungga Tahun 6) menekankan kemahiran menulis fungsian, iaitu untuk melahirkan idea dan perasaan bagi memenuhi fungsi komunikasi. Penekanan pengajaran kemahiran menulis amat penting bukan sahaja untuk tujuan pencarian ilmu pengetahuan, tetapi juga bagi memenuhi fungsi sosial dalam aktiviti kehidupan harian. Bagi tujuan itu, murid sekolah haruslah mencapai suatu tahap literasi yang sesuai untuk memenuhi kedua-dua fungsi berkenaan.

Kertas kerja Persidangan Serantau Pendidikan Bahasa Melayu bertema Merekayasa Pendidikan Bahasa Melayu untuk Mendepani Cabaran Semasa anjuran bersama Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan & Pusat Seni, USM, dan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara dari J6 - J8 September 2005 di Paradise Beach Resort, Tanjung Bunga, Pulau Pinang.

Kajian literasi di atas. dan Pejabat Pendidikan Daerah Selatan (81. Awang Had Salleh. walau bagaimanapun lebih tertumpu pada kemahiran membaca berbanding kemahiran menulis (Mariam. Pengumpulan data tentang literasi yang membabitkan kemahiran menulis di Malaysia. Kajian oleh Perpustakaan Negara (1996) menunjukkan 93 peratus rakyat Malaysia yang berumur 10 tahun ke atas adalah literat. 1997). dan 37 peratus etnik India. Berdasarkan konsep ini. Kurangnya kajian tentang literasi 2 . iaitu 88. Kajian Atan Long dan rakan-rakan (1983) menyatakan kadar literasi di Malaysia ialah 74 peratus. Latar Belakang Kemahiran menulis merupakan sebahagian daripada kemahiran literasi yang menurut UNESCO (1980) merupakan salah satu hak asasi individu yang menjadi tanggungjawab sesebuah kerajaan terhadap rakyatnya. Singapura (91. telah dijalankan oleh jabatan-jabatan pelajaran. Filipina (94.0 peratus. 39 peratus etnik Cina. 1997.4 peratus). dan Thailand (93.6 peratus).0 peratus dan diikuti Pejabat Pendidikan Daerah Utara & Tengah (85. Hasil bancian kemahiran menulis yang dijalankan di negeri ini didapati sebanyak 86.0 peratus murid sekolah kebangsaan di negeri ini menguasai kemahiran berkenaan dengan sekolah-sekolah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah Pulau mendahului pencapaian. iaitu darlpada 47 peratus etnik Melayu. iaitu daripada kalangan yang telah mendapat pendidikan formal di sekolah rendah.8 peratus).1 peratus). Sekiranya pencapaian Ujian Penilaian Sekolah Rendah negeri Pulau Pinang yang kerap mengatasi pencapaian nasional dijadikan ukuran. peratusan di atas menggambarkan masih ramai bilangan murid sekolah kebangsaan di negara ini masih belum mencapai tahap penguasaan minimum dalam kemahiran menulis.8 peratus). beberapa buah kajian yang telah dijalankan di Malaysia menunjukkan tahap literasi kian meningkat. Kadar ini adalah tinggi jika dibandingkan dengan kajian yang telah dijalankan oleh UNESCO (1995) yang menunjukkan kadar literasi rakyat Malaysia ialah 83. misalnya o1eh Jabatan Pendidikan Pulau Pinang (2001). iaitu di belakang Indonesia (93.65 peratus).Literasi umumnya dirujuk sebagai kebolehan minimum menggunakan kemahiran membaca dan menulis untuk memenuhi tuntutan kehidupan harlan dan merupakan keperluan asasi setiap individu.

Canale. fungsinya ialah untuk tujuan berkomunikasi dan menyelesaikan pelbagai urusan dalam aktiviti harian yang meliputi bidang pendidikan. Pengumpulan data adalah meliputi sampel di Semenanjung Malaysia untuk digunakan dalam pembinaan 3 . khususnya dalam bahasa Melayu. serta dapat dibuat bandingan dengan tahap penguasaan kemahiran menulis yang telah dijalankan di luar Negara (Purve. sosial. Allen dan rakan-rakan. 1983. Hutchinson. iaitu generasi yang mendukung tanggungjawab untuk merealisasikan wawasan 2020 ke arah pembinaan negara maju melalui penguasaan ilmu dan teknologi canggih dengan jati diri tempatan. Bachman. yakni bukan sekadar mengenal huruf dan angka. 1992). Universiti Sains Malaysia pada tahun 2003. 1990. tetapi dapat menggunakan pengetahuan dan kemahiran bahasa (khususnya menulis) untuk menyelesaikan masalah harian dalam konteks formal dan tidak formal. Dapatan kajian akan memberi gambaran yang lebih jelas tentang kecekapan berkomunikasi murid sekolah rendah di Malaysia. Secara khusus.fungsian yang membabitkan kemahiran menulis menyebabkan kurang lengkap data tentang tahap literasi di Malaysia. Kajian yang mendapat peruntukan kewangan di bawah Fundamental research Grant Scheme (FRGS) dilakukan bagi menilai tahap penguasaan kemahiran menulis dalam bahasa Melayu murid sekolah kebangsaan. Kemahiran menulis sebenarnya meruapakan kemahiran berbahasa tertinggi yang berkembang selari mengikut perkembangan otak dan pengalaman berbahasa seseorang. Berdasarkan premis yang berkaitan fungsinya sebagai alat komunikasi. 1972. dapatan kajian juga turut menyediakan maklumat tentang tahap penguasaan kemahiran menulis murid sekolah kebangsaan dalam bahasa Melayu pada peringkat pendidikan asas. 1990) telah dijalankan oleh satu pasukan penye1idik dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan. Sebagai kemahiran bahasa. dan pekerjaan. 1983. Kajian ini dapat menilai sejauh mana program pendidikan bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah berjaya melahirkan murid yang literat. Sebuah kajian khusus tentang literasi kemahiran menulis diperlukan bagi melengkapkan kajian literasi sebelumnya yang lebih tertumpu pada kemahiran membaca. iaitu bahasa yang mendukung peranan bahasa pengantar utama pendidikan atau bahasa ilmu. sebuah kajian yang menggunakan model komunikatif (Hymes.

dua buah jadual matriks yang mengandungi tanda aras kemahiran menulis mengikut tahap penguasaan kemahiran menulis dalam bahasa Melayu akan dihasilkan. 1990. iaitu skema analisis karangan versi Tahap I dan versi Tahap II serta dua set soalan mengikut tahap. Daripada data yang analisis.-- --- ------------- jadual matriks yang mengandungi tanda aras kemahiran menulis murid sekolah kebangsaan dari Tahun 2 hingga Tahun 6. dan 6). 2. 2003a) dan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Tahun 1 . dan) dan Tahap II (Tahun 4. dan (c) Tatabahasa. 2003b) serta model komunikatif (lihat Hymes. (b) Wacana. 1972. 4 . Seterusnya. Pengumpulan data kajian ini melibatkan pembinaan dua buah instrumen utama. 1990. 2003 & 2005). data awal daripada 200 buah sampel karangan bagi setiap tahap yang telah dinilai oleh pemeriksa pertama digunakan untuk menentukan kebolehpercayaan instrumen. Tujuan Kertas ini secara khusus melaporkan tentang bahagian awal kajian yang telah dijalankan.6 (Kementerian Pendidikan Malaysia. senarai kecekapan menulis dikelompokkan mengikut komponen yang berbeza. Tahap I mengandungi komponen (a) Menulis Asas. iaitu untuk Tahap I dan Tahap II sekolah rendah. sementara Tahap II mengandungi komponen (a) Sosiolinguistik. Kaedah Kajian ini melibatkan aktiviti pengumpulan data tentang tahap penguasaan kemahiran menulis mood sekolah rendah pada dua tahap persekolahan. (c) Tatabahasa. iaitu tentang pembinaan instrumen untuk mengumpul data tentang kemahiran menulis dalam bahasa Melayu murid sekolah kebangsaan bagi Tahap I dan Tahap II. Rujukan utama yang digunakan termasuklah Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (Kementerian Pendidkan Malaysia. Hutchinson. Bachman. Bagi Tahap I dan Tahap II yang mempunyai penekanan yang berbeza. dan Hashim. (b) Wacana. iaitu Tahap I (Tahun 1. iaitu skema analisis karangan dibina dalam dua versi. 5. Instrumen Instrumen dalam kajian ini.

morfologi. MelengkalJkan ayat menggunakan lJeribahasa 14. Jadual 1. iaitu menyalin.abunl/. menulis. sementara kohesi merupakan kecekapan menyusun ayat secara padu dan padat untuk membina teks. Menulis pemyataan mudah berdasarkan bahan rangsangan 6. Membina dan menulis perkataan yang mengandungi konsonan berl/. dan bina-Iengkapkan. 2. Membina dan menulis ayat topik dan ayat huraian 18. Menyusun dan menulis ayat yang sesuai mengikut gambar bersiri 16.l: Kandungan Instrumen versi Tahap I Komponen/ Subkomponen (a) Mekanis Kecekapan Menyalin Menu/is Binalengkapkan Menyalin perkataan Menyalin ayat mudah 3.1 menunjukkan kandungan instrumen versi Tahap I yang mengandungi komponen. Menggunakan tanda baca yang betul 15. Menyusun perenggan mengikut urutan idea 17. Membina dan menulis perkataan yang mengandungi diftong 8. Mebina wacana yang sempurna bagi karangan (b) Wacana Koheren Kohesi 5 . Membina ayat daripada perkataan yang diberi 12. antonim dB) 21. Koheren bermaksud kecekapan menyusun idea dan membina makna. Melengkapkan cerita/wacana 19. dan sintaksis yang merupakan kecekapan memilih dan menggunakan tanda baca dan memilih stukturstruktur bahasa yang betul untuk berkomunikasi. Menulis perkataan mudah 5. II. Komponen tatabahasa pula mengandungi subkomponen aspek mekanis. Dalam komponen wacana. skema analisis karangan Tahap I mengandungi 33 item. 10. Menggunakan penanda wacana yang sesuai 22. Melengkapkan ayat menggunakan frasa 13. dan item kecekapan kemahiran menulis dalam bahasa Melayu bagi Tahunl. Membina dan menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding 9. Keseluruhannya. terdapat subkomponen mekanis dan tulisan awal. Tahun 2. dan Tahun3. terdapat subkomponen koheren dan kohesi. Membina dan menulis ayat mudah 1. Membina pertautan dengan menggunakan perkataan yang sesuai (pengu]angan kata. Dalam komponen kemahiran menulis asas. membina pertautan dengan kata hubung yang sesuai 20.sininim.Jadual 1. Menyalin perenggan 4. Menulis maklumat mudah 7. subkomponen.

subkomponen. Mempunyai idea kawalan Mengembangkan idea berasaskan hubungan sebab-akibat Mengemukakan isu-isu yang berkaitan denean taiuk Menghurai idea berdasarkan idea kawalan Menggunakan gaya penulisan yang teDat Membuat kesimpulan yang sesuai dengan tajuk b) Wacana Pertalian (koheren) 10. Menggunakan huruf keciUbesar dengan betul 26. 14. 15. Menggunakan imbuhan dengan betul 29. morfologi. Membina ayat yangjelas maknanya 33.(c) Tatabahasa Mekank Morftlogi Sintaksis 23. komponen menulis asas digantikan dengan komponen sosiolinguistik. Menulis karangan berorientasikan maklumat / pembaca penulis / Pembaca 2. dan sintaksis. Menghuraikan maklumat mens. 13. Komponen sosiolinguistik meliputi subkomponen tujuan penulisan dan khalayaknya (pembaca). Menielaskan idea utama dan idea-idea sokonsan 4. komponen wacana meliputi peratlian dan pertautan. dan komponen tatabahasa mengandungi subkomponen mekanis. Menggunakan kosa kata yans sesuai 27. Keseluruhannya instrumen versi Tahap menulis. Disebabkan penekanan Tahap II ialah pengukuhan kemahiran menulis dan penggunaannya dalam fungsi komunikasi. Menggunakan avat yang betul strukturnva (lenekao) 32. Menggunakan tanda baca yans sesuai 25. dan 6. Menggunakan frasa/ungkapan dengan betul 30. Memahami latar belakang khalayak 8. Memilih dan menggunakan kata dengan betul 28. Memujuk pembaca dalam hwaian 5.2: Kandungan Instrumen versi Tahap Komponen/ Subkomponen Kecekapan II mempunyai 3l item kecekapan II a) Sosiolinguistik Tujuan l. Menggunakan pelbagai ra*arn ayat Jadual 1. Membina pertautan densan kata hubune vane sesuai . Menggunakan laras bahasa yang sesuai 31. Jadual 1.2 pula menunjukkan kandungan instrumen versi Tahap Tahun II yang mengandungi komponen. Menggunakan kata panseilan yanq sesuai unhrk khalavak 7. Melahirkan perasaan/penAalaman penulis 6. Menggunakan sistem eiaan bahasa Melayu denean betuJ 24.ikut konteks dan situasi 3. 11. dan item kecekapan bagi Tahun 4. 12. Tahun 5. Berinteraksi dengan Dembaca 9.

23.99 bagi versi Tahap II. Membina ayat yang. Keputusan kajian rintis menunjukkan kedua-dua buah instrumen ini mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.+ Baik Sangat baik 5- Sebuah kajian rintis telah dilaksanakan bagi mencuba kedua-dua instrumen ini dengan melibatkan seramai 50 orang murid Tahun 3 dan 50 orang murid Tahun 6 di sebuah sekolah dalam Daerah Kuala Muda. iaitu dengan nilai alfa keseluruhan .Pefiautan (kohesi) 16. Mengglnakan penanda wacana yang sesuai 18. Membina wacana yang sempurna bagi karanean 19. Menggunakan laras bahasa yang sesuai 29. Menggunakan tanda baca yang sesuai Menggunakan huruf keciVbesar dengan betui Memerenggankan karangan dengan raoi Menggunakan format karangan yang betul Menggunakan kosa kata yang luas 25. antonim dll) 17. Soalan harangan Dua set soalan karangan bagi setiap tahap merupakan rangsangan kepada murid untuk menghasilkan gerak balas dalam bentuk karangan yang akan dianalisis dengan menggunakan skema analisis karangan dalam pengumpulan data tentang kemahiran . Menggunakan pelbagai ragam ayat dalam wacana Morfologi 21. Menggunakan rangkai kata/ungkapan densan betui 28. Membina pertautan dengan menggunakan perkataan yang sesuai (pengulangan kata. Menggrurakan sistem eiaan bahasa Melayu denean betuJ c) Tatabahasa Mekanis 20. Menggunakan kata dengan betul 26.ielas maknanya 31. 24. 22. Di Kedah. sinonim. Menggunakan imbuhan denean betul 27.L - Sangat lemah Lemah Sederhana 3A.99 bagi instrumen versi Tahap I. Nilai mata dalam skala ialah: I . Sintalrsis Kedua-dua buah instrumen menggunakan skala Likert 5-mata bagi menilai penguas:ulll kecekapan menulis dalam bahasa Melayu.. dan nilai alfa keseluruhan . Menggunakan ayat yang betul strukturnva (lenskao) 30.

Weir. dan 3 (Tahap I) dan murid rahun 4. dan Negri Sembilan). Maklum balas daripada mereka digunakan unfuk memumikan soalan-soalan karangan berkenaan sebelum digunakan dalam kajian sebenar. sebanyakl.111 sampel karangan Tahap dikumpul.lgg3). Terengganu. I dan 3. Kertas soalan karangan Tahap selama satu I dan Tahap II memakan masa jam setengah setiap satu (Lihat Caudery. dan Johor). dan 6 (Tahap II). Pembinaan soalan karangan dalam kajian ini dilakukan berdasarkan pandangan Weir (1993) yang menyatakan tugasan bagi mengumpul data kecekapan I menulis memerlukan pemprosesan wacana dan pembinaannya yang menyamai situasi sebenar. iaitu jenis keperihalan dan imaginatif yang kepanjangan setiap sebuah tidak kurang daripada 100 patah perkataan. Kedah. Kedua-dua set soalan bagi Tahap I dan Tahap II ini telah dirujuk kepada empat orang guru berpengalaman mengajar bahasa Melayu di sekolah kebangsaan. itu meliputi sekolah kebangsaan dalam kategori bandar dan luar bandar dalam empat zon. pengumpulan sampel karangan ini telah dilaksanakan dat'' 4 April 2004 hingga 8 Mei 2004. dan zon timur (Kelantan. Mereka Sampel kajian telah melalui pengalaman mempelajari mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tempoh sekwang-kurangnya satu tahun dan diperakukan oleh sekolah masing-masing sebagai murid yang mencapai tahap sekurang-kurangnya dapat mengenal huruf dan menulis awal. dan menulis karangan berdasarkan satu tajuk pilihan yang panjangnya tidak kurang daripada 60 patah perkataan. Pulau Pinang. zon tengah (Selangor. Sampel adalah mewakili Semenanjung Malaysia. Keseluruhannya. Sampel ini ialah karangan yang dihasilkan oleh murid sekolah kebangsaan.menulis masing-masing. menyusun dan menyalin perenggan menjadi karangan lengkap. Kuala Lumpur dan Putrajaya. dan Pahang). zon selatan (Melaka. Kertas soalan Tahap mengandungi soalan yang meminta murid menyusun gambar mengikut urutan cerita. melengkapkan ayat berdasarkan gambar. iaitu murid rahun 2.5. dan perak). Zon-zon tersebut ialah zon utara (Perlis. Kertas soalan Tahap II pula mengandungi soalan yang meminta murid menulis dua buah karangan.024 buah sampel karangan Tahap II telah dapat . 1990.

Pemeriksaan Karangan Pemeriksaan karangan Tahap I dan II dilakukan oleh dua pasukan pemeriksa yang setiap satu dianggotai oleh lima orang yang terdiri daripada guru-guru bahasa Melayu yang berpengalaman sekurang-kurangnya lima tahun sebagai pemeriksa kertas karangan peringkat Ujian Penilaian Sekolah Rendah. Setiap sampel karangan adalah diperiksa oleh dua orang pemeriksa dan tugas pemeriksaan tersebut telah selesai pada l6 Julai 2005. pemeriksa diberi masa selama satu bulan bagi menyiapkan pemeriksaan karangan. iaitu skema analisis karangan versi Tahap I (Tahun 3) dan versi Tahap II (Tatrun 6). Keputusan Kebolehpercayaan j umlah-item bagi s kema analis is karangan Kebolehpercayaan jumlah-item bagi skema analisis karangan versi Tahap I (Tahun 3) ditunjukkan dalam Jadual 1. 9 . Kebolehpercayaan ini meliputi ketekalan dalaman instumen berdasarkan kebolehpercayaan jumlah-item.57. iaitu setiap pemeriksa diberi tugasan mengikut tahun persekolahan dengan setiap seorang memeriksa lebih kurang 1. dan korelasi skema dengan komponen-komponennya daripada data awal yang melibatkan 200 sampel karangan Tahun 3 dan Tahun 6. Selepas sesi latihan menggunakan insffumen dan aktiviti penyelarasan pemeriksaan karangan.000 buah karangan. Didapati min skor item ialah antan 2.3 berdasarkan taburan item yang jumlahnya 33.69 hingga L0. Kebolehpercaysan Kertas ini melaporkan kebolehpercayaan instrumen-instrumen yang digunakan untuk mengumpul data tentang tahap penguasaan kemahiran menulis murid sekolah kebangsaan dalam bahasa Melayu. Mereka dijemput menghadiri sesi taklimat dan latihan menggunakan skema analisis karangan untuk memeriksa sampel karangan pada 18 Mei 2005. sementara sisihan piawai ialah antara.10 hingga 3.

89 .99 .96 .36 2.64 2.99 .18 2.92 1.90 .86 .99 .90 .02 1.95 .35 3.94 .97 yang tertinggi bagi pertautan (kohesi) dalam komponen wacana.99 99 .97 bagi subkomponen skema.26 2.99 .90 Nilai alfa skema ini didapati amat tinggi.93 .05 .90 . sementara nilai alfa bagi setiap komponen dan subkomponen-subkomponennya adalah sangat tinggi.99 .96 2.92 .92 .99 .02 1.98 bagi komponen wacana.26 2.99 .89 . Kebolehpercayaan KebolehPercayaan skema jika item dibuang .99 .94 2.90 .03 .99 .87 .92 .89 .99 . iaitu .44 .93 Wacana Tautl9 Pertautan (Kohesi) .82 .40 2.38 3.97 dan . dan tatabahasa.96 1.99 .98 .93 Sintaksis 2.96 .8i . dan antara .52 3.04 Tal l5 Tal l6 Tal t7 Tal l8 .98 .3 Kebolehpercayaan Jumlah-item Skema Analisis Karangan Bahasa Melayu versi Tahap I (Tahun 3) Bil.Jadual 1.85 .84 1.91 .99 .88 .apkan Binal0 Binal I 3.20 3.91 .99 .JJ 3.95 Taut20 2.99 komponen dibetulkan analisis kaianean .45 2.01 .99 .14 3.91 .83 .85 .92 3.90 .81 .90 .92 .99 .44 2.38 z.97 . 10 .J I 2.06 1.99 .99 .90 .91 .85 .91 hingga .96 .53 3. sementara semua subkomponen skema mencatat nilai alfa antara.55 2.99 .99 . tatabahasa dengan Nilai alfa tertinggi dicatat dalam komponen menulis asas dan nilai alfanya .93 .84 .1I 2.93 .45 2.10 .97 .94 .12 3.99 .99 .34 2.99 .91 .99 .92 .99 .99 .05 3.99.96 .79 .63 .52 J. 2. menulis asas.56 .99 .91 .99 .89 .87 Taut2l Taut22 Meka23 .89 .89 .93 3. Tatabahasa Morfologi Morfo26 Morfo27 Morfo2S Morfo29 Morfo30 Sintak3l Sintak32 Sintak33 .97 Mekanis Meka24 Meka25 .93 .88 .98 95 Binal2 Binal3 Binal4 Pertalian (Koheren) 2. dan morfologi dalam komponen tatabahasa.98 .9l yang terendah bagi pertalian (koheren) hingga .95 Salinl Menyalin Salin2 Salin3 Menulis I Menulis Asas Tulis 4 Tulis5 Tulis6 BinaT BinaS Bina9 Binalengl. Komponen Subkomponen Item Min Sisihan Piawai Korelasi Jumlahitem yang Alfa Kebolehpercayaan subkomp.99 .57 3.99 .69 .90 .99 .99 .98.08 3.99 . iaitu antara .

wacana) dan tatabahasa mempunyai nilai alfa .17. iaitu Kehadiran semua item yang korelasinya sangat tinggi . Min skor itemnya ialah antara hingga 1.93 Koefisien kebolehpercayaan skema ini adalah amat tinggi.Dua item kecekapan menulis. iaitu Binal3 (Melengkapkan ayat rendah (.1 8 hingga 4.63). sementara sisihan piawai ialah antara . ini telah menyumbang kepada kebolehpercayaan yang sangat tinggi bagi setiap subkomponen skema.99 dengan setiap komponen. Kehadiran kedua-dua item yang korelasinya agak rendah dan sederhana walau bagaimanapun tidak begitu menjejaskan kebolehpercayaan subkomponen masing-masing yang sememangnya tinggi. Kebolehpercayaan jumlah-item bagi skema analisis karangan versi Tahap II (Tahun 6) ditunjukkan dalam Jadual 1.95. Semua subkomponen skema mempunyai nilai alfa sangat tinggi melebihi . iaitu dengan nilai alfanya . 11 . iaitu daripada yang terendah dengan nilai alfa .93.02. iaitu sosiolinguistik. 3.4 berdasarkan taburan item yang jumlahnya 31. dan menggunakan peribahasa) dalam komponen menulis asas mempunyai korelasi jumtah-item yang agak Talils (Menyusun dan menulis ayat yang sesuai mengikut gambar bersiri) dalam komponen wacana mencatat korelasi yang sederhana (. Semua item kecekapan menulis mempunyai korelasi jumlah-item.98.85 hingga yang tertinggi.33).

95 .66 3.74 3. Korelasi antara komponen juga sangat tinggi dan signifikan.87 .95 .99 .92 .02 3.93 t.89 . jika item dibuang .64 3.99 .99 . tetapi lebih rendah berbanding dengan koefisien (.93 Sintak3l .l I 0 1.85 .96 l6 ll .99 Tali9 Talil0 Pertalian (Koheren) 2. kebolehpercayaan.99 .89 .99 .42 3.90 .99 .99 .92 .s l 3.89 4.08 .99 .99 .91 .97 Talil? Talil3 Talil4 Tautl5 Tautl6 TautlT TautlS l.96 Korelasi skema analisis karangan dengan komponen-komponennya Korelasi skema analisis karangan versi Tahap komponennya ditunjukkan dalam Jadual I (Tahun 3) dengan komponenkorelasi asas.87 .97.87 .87 3.90 .34 3.04 . dan antara wacana dengan tatabahasa T2 .99 . Didapati skema ini mempunyai yang amat tinggi dan signifikan dengan komponen-komponennya.98 ..91 .90 .99 .63 \2 1.44 L05 .99 Kebolehpcrcay&ul komponen Kebolehporcayarm skema dibetulkan analisis karansan Tuiul Tujuan Sisio- linguistik Pembaca Tuiu2 Tuiu2 Tuiu4 Tuiu5 Baca6 Baca7 BacaS 3.64 3.98 .96 3.94).99 . antua menulis asas dengan tatabahasa (.93 .99 .Jadual 1.99 .98 . l0 1.99 .18 . Tatabahasa Morfo24 Morfo25 Morfologi 1 0 .7r 3.54 3. iaifu antara menulis asas dengan wacana (.92).99 .32 3.04 Wacana .99 . dan tatabahasa dengan nilai alfa melebihi .86 .l0 t7 l. iaitu menulis wacana.89 .98 Morfo26 Morfo2T Morfo2S .99 .4 Kebolehpercayaan Jumlah-item Skema Analisis Karangan Bahasa Melayu versi Tahap II (Tahun 6) Bil.52 3.92 .43 3.92 .99 .99 Pertautan (Kohesi) .91 .65 3.54 3.93 .86 .59 3.99 .87 3.90 .99 .09 1.95 .89 .99 .05 1.88 .08 .99 .95 Mekal9 Meka20 Mekanis Meka2l Meka22 Meka23 05 09 ) '7 3.04 1. Kesimpulannya.99 .35 3.99 .65 3. Komponen Subkomponen Item Min Sisihan Piawai Korelasi Jumlahitem yang Alfa Kebolehpercayan subkom.91 . ) I I 4 .22 3. 1.99 .91 Sintaksis Sintak29 Sintak30 lt .60 3.06 .36 3.70 3.5.97 3.92 .35 3.09 .99 .67 3.91 .93).93 Talil I 3.99 .99 .89 .

iaitu antara sosiolinguistik dengan wacana (. dan antara wacana dengan tatabahasa Kesimpulannya.92** 1.97** WACANA .98** .skema mempunyai kesahan dalaman dan kesahan pembezaan yang membuktikan kesahan gagasan instumen (Crocker dan Algina.95** 1. Korelasi signifikanpada aras 0. skema mempunyai kesahan dalaman dan kesahan pembezaan yang membuktikan kesatran gagasan instumen (Crocker dan Algina.00 .98f * l.00 . tetapi lebih rendah berbanding dengan (.97.01 (l-hujung) SOSIOLINGUISTIK . 1988).95r{' 1.94** signiJilan pada aras 0.5 Korelasi Skema Analisis Karangan Bahasa Melayu versi Tahap I (Tahun 3) dengan Komponen-komponennya SAKTI SAKTI MENULIS ASAS WACANA 1.98** **. 1986. Anastasi.92** .95* * WACANA . lggg).98** WACANA . Korelasi antara komponen juga sangat tinggi dan signifikan.00 . Analisis statistik kebolehpercayaan jumlah-item dan korelasi skema dan komponen-komponennya l3 . Jadual 1. wacan4 dan tatabahasa dengan nilai alfa melebihi . 1986.93+* .97** .92** .00 .92). Jadual 1.98* * .98* + .92** . antara sosiolinguistik dengan tatabahasa (.95).00 TATABAHASA .6. Anastasi.gg** TATABAHASA .95).00 SOSIOLINGUISTIK .6 Korelasi Skema Analisis Karangan Bahasa Melayu versi Tahap II (Tahun 6) dengan Komponen-komponennya SAK2 SAK2 1. iaitu sosiolinguistik.97** .93+* TATABAHASA . koefisien kebolehpercayaan.97*r 1.00 .01 (l-hujung) Korelasi skema analisis karangan versi Tahap II (Tahun 6) dengan komponen- komponennya ditunjukkan dalam Jadual 1.98*+ TATABAHASA .94** 1. Didapati skema ini mempunyai korelasi yang amat tinggi dan signifikan dengan komponen-komponennya.00 MENULIS ASAS .95r* Perbincangan Skema analisis karangan versi Tahap I dan versi Tahap II merupakan dua buah instumen utama yang digunakan untuk mengumpul data tentang Tahap penguasaan kemahiran menulis dalam bahasa Melayu murid sekolah kebangsaan.

94. Instrumen versi Tahap I ini mempunyai nilai alfa . sementara bagi versi Tahap II. Demikian juga dengan instrumen versi Tahap II pula yang mempunyai koefisien kebolehpercayaan sangat tinggi yang menunjukkan ketekalan dalaman. dan dengan tatabahasa (. Bagi versi Tahap I. iaitu kemahiran menulis pada Tahap I dan Tahap [I peringkat di sekolah kebangsaan. dengan wacana (.99. 1993 &. dan wacana dengan tatabahasa ialah . 1ee4). sementara versi Tahap II juga mempunyai nilai alfa . korelasi sosiolinguistik dengan wacana ialah . menunjukkan bukti kebolehpercaarl yang sangat Koefisien kebolehpercayaan yang tinggi bagi kedua-dua buah instrumen ini disebabkan sumbangan kebolehpercayaan yang sangat tinggi setiap subkomponen yang seterusnya melonjakkan kebolehpercayaan komponen-komponennya. korelasi setiap asas dengan tatabahasa adalah sangat tinggi antara komponen instrumen bagi asas dengan wacana ialah versi. menulis ialah . korelasi jumlah-item yang tinggi pada keseluruhannya tidak memerlukan pengguguran item Bl3 (Melengkapkan ayat menggunakan peribahasa) yang agak lemah bagi meningkatkan nilai alfa yang sekaligus membayangkan ketekalan dalamannya.98). Korelasi yang sangat tinggi antara komponen instumen bagi kedua-dua versi menunjukkan hubungan yang kuat antara komponen serta mentaksir gagasan yang sama. Ini merupakan kesahan serentak dalam satu alat. l4 . sosiolinguistik dengan tatabahasa ialah .95.93.tinggi. dengan wacana (.98). Bukti ketekalan dalam kedua-dua buah instrumen ini turut diperkukuhkan dengan hasil analisis korelasi skema dengan komponen. dan wacana dengan tatabahasa ialah .95. Korelasi yang sangat tinggi skema dengan setiap komponennya merupakan bukti ketekalan dalaman seluruh instrumen (Anastasi.97).98). iaitu dengan sosiolinguistik (.92.92.99. Koefisien juga sangat tinggi.9S). Di samping itu. Koefisien kebolehpercayaan instumen versi Tahap I adalah sangat tinggi. korelasi menulis . Bagi instumen versi Tahap I. iaitu dengan menulis asas (. dan korelasi antara komponen. samping bukti kesahan gagasan secara unitari (Messicks. dan dengan tatabatrasa kebolehpercayaan instrumen versi Tahap II (. I 98S).97).

Toronto. l5 . E. London: Longman. Kemahiran menulis: perspehif komunikatif. Laporan celik huruf I angka dan bahasa Inggeris negeri Pulau Pinang 200L (Tidak diterbitkan) Kementerian Pendidikan Malaysia (Pusat Perkembangan Kurikulum). 6 March. Commturicative competence in language testing. Pentaksiran lmrangan bahasa Melayu. T. R. (1988). Hymes. J. Development of bilingual proficiency: second year report. Ontario: The Ontario Institue for Studies in Education.C. (2003a). R. Caudery.). Unit Kurikulum. J. On communicative competence. D. (1997). Orlando. Oxford: Oxford University Press. Bachman. (2003). & Schmidt. P.M. The validity of timed essay tests in assessment of writing skills. From communicative competence to communicative language pedagogy. Hashim Othman. Harmondworth: Penguin Books. C. Sukatan Pelajaran Kurihtlum Bersepadu Sekolah Rendah: Bahasa Melryu.lnc. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (2001). J.. Jabatan Pendidikan Pulau Pinang. EIT Journal 44. (ed. Psychological testing sixth edition. M.F. London: Routeledge.). Hashim Othman. M.2. & Swain. A. Hutchinson. (2005). Cummins. Di dalam Handbook of educational ideas and practices by Entwistle. (1986). Introduction to classical and modern test theory.Rujukan Allen. Canale. (1990). (ed. Rinehart and Winston. Di dalam Language and communication by Richards. & Algina. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.122-131.).B. Florida: Holt. Di dalam Sosiolinguistics by Pride. Awang Had Salleh. New York: Macmillan Publishing Company. (1990). J. Fundamental considerations in language testing. (ed. Anastasi. L. Suara Literasi (Buletin of Malaysian Reading Association).. & Holmes. Crocker. (1983). Literacy: A relook of concept and approach in an era of information technology. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (1983). L. (1972). (1990).

J. (1992). 2: 13-23. Madya Dr. UNESCO. Educational Researcher 23. Madya Dr. Progress achieved in literacy throughout the world. Diges Pendidik. Hala tuju pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah: Bahasa Melayu SK Tahun I-6. (1996).Kementerian Pendidikan Malaysia (Pusat Perkembangan Kurikulum). New York: Prentice Hall. Philippine. Abdul Rashid Mohamed En. Mariam Abdul Kadir. Nor Hashimah Hashim Prof. Sharifah Maimunah Syed Zain. (2003b). S. Ishak Ramly Dr. Bil. Literacy in Malaysia: Innovation and development to meet vision 2020. S. Lembaga Penyelidikan Undang-undang. Messicks. Literacy 1972-1976. Messicks. Paris: UNESCO. Paper presented at Asia Literacy Regional Forum. ed. Weir. The interplay of evidence and consequences in validation of performance assessments. Validity. (1993). Purve. Communicative language testing. C. R. Madya Dr. (1994). Kuala Lumpur: International Law Book Services. May 5-9.. C. Subadrah Madhawa Nair Haji Abd. Rahman H| Abd. (1997). PASUKAN PENYELIDIK: Penyelidikan di bawah peruntukan FRGS (2003-2005) ini melibatkan penyelidik berikut: Projek: Penyelidik: Ketua Prof.L. Mohammad Zohir Ahmad Prof. (1993). Madya Dr. New York: Pergamon Press. Phoenix: American Council on Education and The Oryx Press. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.l/2004 l-12. Aziz Haji Abdullah Sani Yatraya Haji Yahaya Che Lah t6 . Di dalam Educational measurement third edition by Lin. (2004). The IEA study of written composition II. Akta Pendidikan 1996 (AHa 550) & Education Act 1996 (Act 550) (Hingga 10 September 1996). Hashim Othman Prof. Rohizani Yaakub Dr. (1980). Education and performance infourteen countries. Manila. Jilid 4.