You are on page 1of 1

Tarikh : 04 Sept 2018

Kepada,

Guru Besar Pengetua,
__________________________
__________________________
__________________________

Tuan,

JEMPUTAN KE MAJLIS SOLAT HAJAT UPSR, PT3 & SPM 2018

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah, Taman Sri Rampai, Kuala
Lumpur, dengan sukacitanya ingin menjemput ibu bapa serta murid-murid UPSR, PT3 & SPM di sekolah
tuan untuk menyertai majlis solat hajat tersebut.

3. Majlis Solat Hajat tersebut akan dijalankan seperti butiran berikut:-

a) Tarikh : 06 September 2018 ( Khamis )
b) Masa : 6.30 petang – 10.00 malam
c) Tempat : Ruang Solat Masjid
d) Aktiviti Majlis :
- Pendaftaran
- Solat Maghrib berjemaah.
- Bacaan Surah Yasin
- Solat Hajat
- Solat Isya’ berjemaah
- Jamuan Makan
- Bersurai

4. Sehubungan itu pihak kami sangat berbesar hati di atas segala kerjasama yang diberikan oleh
pihak tuan dan kami dahului dengan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih .Sebarang
pertanyaan, pihak tuan boleh berhubung talian 014-5340561(Ustaz Abdul Basir b. Mahadi) dan 019-
2054600 (Noriza binti Muhamad)

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

…………………………………
(ABDUL BASIR BIN MAHADI)
Setiausaha,
Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah,
Kuala Lumpur

s.k. fail