You are on page 1of 52

KATA NAMA AM

TATABAHASA BAHASA MELAYU


PENDIDIKAN KHAS
OLEH: ABDUL MURAD ABD HAMID

KATA NAMA AM

Kata nama terbahagi kepada tiga iaitu kata nama am, kata nama khas dan
kata ganti nama.

Kata Nama Am
Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama
sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak
bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.

Dengan kata lain perkataan nama am digunakan bagi menyebut


sesuatusecara am atau umum.

Manusia , orang ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor,


askar dll
binatang ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan
dll
tumbuh- pokok, betik, rumput, lalang dll
tumbuhan
benda pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku,
dll
tempat pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar,
negeri dll

Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil


melainkan pada awal ayat.
Contoh:
Dia sedang menjinakkan Pada akhir ayat
seekor gajah.
Gajah itu berbadan besar. Pada awal ayat

Kata Nama Khas


Kata nama khas ialah kata nama yang khasnya digunakan untuk
menyebut nama sesuatu yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.
Kata nama khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. Huruf
pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
manusia Zaidi, Mei Fong,
Subramaniam
binatang Tompok (kucing),
Jalak (ayam)
tempat Muar (daerah),
Seremban (bandar),
Jepun (negara)
bangunan Pudu Raya
(perhentian bas
dan teksi), Menara
Tun Razak (pejabat)
judul buku Keluarga (majalah),
Rentong (novel),
Kamus Dewan ( buku)

benda Proton Perdana


(kereta), Pilot
(pen), Seiko (jam)

Posted by Amurad Hamid at 06:18

LATIHAN KATA NAMA AM

KELAS PENDIDIKAN KKHAS


BERMASALAH PEMBELAJARAN
SMK TAMAN SUTERA

LATIHAN BAHASA MELAYU


KATA NAMA AM

Terdapat 30 soalan yang perlu dijawab semua.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Dalam cerita-cerita zaman dahulu, Sang Harimau ialah seekor __________


yang garang.
A orang
B haiwan
C makhluk
D ternakan
2 Kebanyakan penduduk di Kampung Pasir bersawah ___________.
A kelapa sawit
B bunga
C getah
D padi

3 Banyak makan __________ bererti banyak pengalaman hidup.


A hati
B ubat
C gula
D garam

4 __________ ialah hasil kraf tangan Malaysia yang diminati oleh para
pelancong.
A Batik
B Dodol
C Gamelan
D Tarian Inang

5 __________ Puan Lili yang kemas dan cantik itu menarik perhatian saya.
A Nyanyian
B Masakan
C Pakaian
D Tarian

6 __________ itu terlalu kacak jika dibandingkan dengan adik-beradiknya


yang lain.
A Gadis
B Wanita
C Pemudi
D Pemuda

7 Pakaiannya yang celorong-celoreng itu menampakkan dia seorang


__________.
A doktor
B askar
C mekanik
D pemandu

8 Mereka selalunya bermesyuarat di __________.


A bilik gerakan
B bilik bacaan
C bilik stor
D bilik air
9 Sebahagian __________ tingkap rumah Pak Kamal telah reput.
A sumpah-sumpah
B angkut-angkut
C kisi-kisi
D api-api

10 Nenek Salmah sedang menuang air ke dalam __________ itu.


A labu-labu
B kisi-kisi
C dekak-dekak
D kuda-kuda

11 __________ cemerlang itu terpilih untuk menyambung pelajaran ke


Korea.
A Budak-budak
B Kanak-kanak
C Lelaki-lelaki
D Pelajar-pelajar

12 __________ di lembah itu sangat sesuai untuk tanaman padi.


A Batu-batan
B Tanah-tanih
C Bukit-bukau
D Kayu-kayan

13 Meja kayu jati yang antik itu diletakkan di __________ ruang tamu.
A dalam
B bawah
C tengah
D atas

14 __________ yang telah busuk itu dibuang ke dalam tong sampah.


A Buah-buah
B Buku-buku
C Bekas-bekas
D Barang-barang

15 Setiap petang, adik Lela bermain buaian dengan kawan-kawannya di


_________pokok
rambutan.
A tepi
B atas
C bawah
D belakang
16 Cikgu Ramachandran merupakan bekas __________ di Institut Perguruan
Temenggung Ibrahim .
A murid
B pelatih
C pelajar
D mahasiswa

17 __________ kelapa banyak tumbuh di tepi pantai Morib.


A Daun
B Pokok
C Pelepah
D Mayang

18 Posmen itu menyerahkan sepucuk __________ kepada Pak Leman.


A poskad
B majalah
C surat khabar
D surat berdaftar

19 Pak Raju menghalau sekumpulan __________ yang masuk ke dalam


kebunnya.
A Arnab
B Kucing
C kambing
D kura-kura

20 Encik Salleh berasa bangga apabila memandu kereta Proton Saga


buatan __________.
A Malaysia
B Korea
C Jepun
D China

21 Pada hari __________ yang lalu, Lamsah dan abangnya menunaikan


solat
di Masjid al-Muttaqin di kampung mereka.
A Isnin
B Rabu
C Ahad
D Jumaat

22 Orang ramai berkumpul di __________ itu untuk mendengar ceramah


keibubapaan yang disampaikan oleh Dato Dr. Fadzillah Kamsah.
A kedai
B rumah
C dewan
D masjid

23 Kaum __________ diingatkan supaya tidak terpedaya dengan jualan


murah sewaktu berbelanja.
A gadis
B isteri
C betina
D wanita

24 Pembinaan tukun tiruan di perairan negara ini telah berjaya


menambahkan hasil tangkapan __________.
A pesawah
B penoreh
C nelayan
D petani

25 Kita sebagai __________ Malaysia hendaklah menghormati undang-


undang negara.
A pelancong
B pendatang
C rakyat
D murid

26 Sofea dihadiahi ayahnya sebuah __________ kerana mendapat


keputusan yang cemerlang dalam PMR tahun lalu.
A motosikal
B basikal
C kereta
D beca

27 Berbagai-bagai kemudahan disediakan oleh kerajaan untuk menjadikan


Pantai Morib sebagai pusat __________.
A perkhemahan
B pelancongan
C petempatan
D perkampungan

28 Walaupun Nadia dan Sarah bukan adik-beradik tetapi _______________


sangat rapat seperti isi dengan kuku.
A dia
B kita
C kami
D mereka

29 Kemalangan yang berlaku di bawah ____________itu menyebabkan


kesesakan lalu lintas.
A jejantas
B jambatan
C lapangan
D bangunan

30 Nasir merupakan satu-satunya __________ dari kampung ini yang


berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia.
A dekan
B pelajar
C profesor
D pensyarah
Posted by Amurad Hamid at 06:28

Email ThisBlogThis!
KELAS PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN
SMK TAMAN SUTERA
OLEH: ABDUL MURAD ABD HAMID

KATA NAMA KHAS

Bagi membezakan kata nama am dan kata nama khas, penulis membuatkan sebuah jadual
perbezaan tersebut . Perbezaaan yang jelas ialah dari segi penggunaan HURUF BESAR pada setiap
huruf awal perakataan kata nama khas.

Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

Kegunaan Kata Nama Am Kata Nama Khas


Benda bangunan Bangunan Tabung Haji
kereta Proton Saga
buku Bahasa Melayu
sekolah S.K. Darau
Orang doktor Doktor Efendi
kerani Puan Zainun
guru Cikgu Azmi
budak lelaki Muhamad Fauzi
Binatang kucing Si Tompok
lembu Lembu Sapi
katak Katak Puru
ayam Ayam Belanda
burung Burung Murai
Tempat negeri Terengganu
bandar Jerteh
kampung Kampung Pasir Akar
tasek Tasek Perdana
Tumbuhan pisang Pisang Emas
cili Cili Padi
jambu Jambu Batu
limau Limau Kasturi

Posted by Amurad Hamid at 06:22


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

LATIHAN KATA NAMA KHAS

KELAS PENDIDIKAN KHAS SMK TAMAN SUTERA


SMK TAMAN SUTERA,JOHOR BAHRU
oleh: Abdul Murad Abd Hamid

LATIHAN KATA NAMA KHAS

Kertas soalan ini mengandungi 20 soalan. Jawab semua soalan.


Isi tempat kosong dengan kata nama khas yang sesuai.

1.) _____________ ( Pak Belang, Si Tompok) telah membaham seekor


kambing.

2.) _____________ ( Putrajaya, Petaling Jaya) ialah pusat pentadbiran


kerajaan persekutuan yang terbaru.

3.) Pesakit itu dirawat oleh _____________ ( Doktor Lee, Cikgu Azmi).

4.) Pasukan pengakap itu berkhemah di _____________ ( Taman Negara,


Muzium Negara ).

5.) Kakak mempunyai sebuah telefon bimbit jenama ____________


( Colgate , Nokia).

Latihan 2
Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai.

1. Pemenang program realiti TV 10 telah menerima sebuah kereta


________ .
A Sony C Gen 2
B Nokia D Dell

2. Kes pembunuhan berprofil tinggi itu telah diketuai oleh ________ .


A Mejar Amran C Inspektor Haris
B Hakim Saljit Singh D Peguam Bala

3. Jam tangan berjenama ________ telah dihadiahi oleh Datuk Kamal


kepada kepada anak kesayangannya.
A Pilot C Darlie
B Rolex D Satria

4. Pada hari minggu ayah membawa kami ke ________ untuk membeli


belah.
A Pasar Raya Tesco C Hotel Perdana
B Stesen KLIA D Bangunan Petronas

5. Khazanah purba negara banyak tersimpan di ________ .


A Masjid Negara C Taman Negara
B Zoo Negara D Muzium Negara

6. Murid-murid menghadiahi guru-guru mereka pelbagai hadiah sempena


sambutan ________ peringkat sekolah setiap tahun.
A Hari Ibu C Hari Guru
B Hari Bapa D Hari Pekerja

7. Tunku Abdul Rahman telah dianugerahi gelaran ________ .


A Bapa Keamanan C Bapa Pemodenan
B Bapa Kemerdekaan D Bapa Perpaduan

8. Negeri ________ juga dikenali sebagai Negeri Jelapang Padi


Malaysia.
A Johor C Kelantan
B Pahang D Kedah

9. Orang ramai telah berkunjung ke ________ untuk melihat gerhana


matahari yang berlaku baru-
baru ini.
A Bangunan KLCC C Planetarium Negara
B Menara Kuala Lumpur D Pusat Dagangan Dunia

10. Ramai pembesar negara hadir ke ________ untuk meraikan istiadat


pertabalan Yang Dipertuan Agung.
A Istana Negeri C Dewan Merdeka
B Istana Negara D Bangunan Parlimen

11. Hukuman gantung sampai mati telah dijatuhi oleh ________ kepada
pengedar dadah itu.
A Peguam Kamal C Perdana Menteri
B Ketua Polis D Hakim Gopal Singam
12. Pameran Pertunjukkan Akrobatik Maritim Antarabangsa ( LIMA )
telah diadakan di ________.
A Pulau Pinang C Pulau Pangkor
B Pulau Langkawi D Pulau Redang

13. Pesakit yang malang itu merayu orang ramai untuk mendapatkan derma
bagi menjalani rawatan di ________ .
A Institut Aminuddin Baki C Institut Pengajian Tinggi
B Institut Jantung Negara D Institut Perguruan

14. Seekor lembu peliharaan Pak Mail telah mati dibaham oleh ________
ketika meragut rumput di hujung kampung.
A Sang Kancil C Sang Rangkak
B Pak Belang D Pak Bedal
15. Abang membawa kami ke ________ untuk menyaksikan tayangan
filem hindustan.
A Pusat Sivik C Dewan Pleno
B Pawagam Odeon D Taman Tasik

16. ________ merupakan seorang pahlawan Melayu Melaka yang


tersohor pada zaman dahulu.
A Tok Dalang C Hang Li Po
B Tok Selampit D Hang Tuah

17. Banyak rumah yang telah musnah akibat dilanda bencana ________
beberapa tahun yang lepas.
A Chikungunya C Tsunami
B Malaria D Gerhana

18. Negeri Sarawak menjadi tuan rumah ________ peringkat


kebangsaan .
A Pesta Ria C Pesta Tani
B Pesta Air D Pesta Heboh

19. Pasukan Brazil telah memenangi Kejohanan Bola Sepak ________


yang berlangsung di Jerman .
A Piala Emas C Piala Dunia
B Piala Agung D Piala Thomas

20. Kempen ________ sedang giat dijalankan untuk membentuk


masyarakat penyayang.
A Bahasa Jiwa Bangsa C Cintai Bahasa
B Budi Bahasa Budaya Kita D Sayangi Budi Bahasa Kita
Posted by Amurad Hamid at 06:31
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

KATA GANTI NAMA DIRI


KELAS PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN
SMK TAMAN SUTERA

OLEH: ABDUL MURAD ABD HAMID

KATA GANTI NAMA DIRI


1. Maksud
Kata yang digunakan untuk menggantikan nama orang.

2. Jenis:
Terbahagi kepada 3 jenis:
a. Kata Ganti Nama Diri Pertama (penutur).
b. Kata Ganti Nama Diri Kedua (pendengar)
c. Kata Ganti Nama Diri Ketiga (pihak / orang yang diceritakan halnya)

3. Bilangan penutur / pendengar:


a. Tunggal (seorang)
b. Jamak (lebih daripada seorang)

4. Golongan pengguna:
a. Masyarakat Moden
b. Masyarakat Melayu Lama (klasik)
c. Masyarakat Istana / Bangsawan

5. Contoh Kata Ganti Nama Diri


a. Kata Ganti Nama Diri Pertama – menggantikan nama diri orang yang bertutur.
Kata Ganti Diri Penggunaannya
Pertama
aku (tunggal) Digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau
dengan Tuhan (keakraban)
saya (tunggal) Digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru
dikenali atau dalam suasana rasmi.
hamba (tunggal) Digunakan untuk membahasakan diri sendiri pada zaman
dahulu.
patik (tunggal) Digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau
sultan.
beta (tunggal) Digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada
rakyat.
kami (tunggal) Digunakan pada diri orang yang berkata serta temannya
apabila bercakap dengan orang kedua.
kita (tunggal) Digunakan pada diri sendiri dengan menyertakan diri orang
kedua.

b. Kata Ganti Nama Diri Kedua – menggantikan nama diri orang yang diajak bertutur.
Kata Ganti Diri Penggunaannya
Kedua
anda (tunggal dan Digunakan untuk diri orang kedua apabila berhadapan
jamak)) dengan kita.
awak (tunggal) Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya
dengan kita.
engkau (tunggal) Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya
dengan kita dan dengan Tuhan juga (Engkau)
Tuan hamba Digunakan untuk diri orang kedua pada zaman dahulu (jika
(tunggal) kata ganti diri pertama digunakan ‘hamba’ mesti diikuti ‘tuan
hamba’ sebagai kata ganti diri kedua)
tuanku (tunggal) Digunakan apabila bercakap dengan raja atau sultan.
kalian (tunggal) Digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap.
kamu (tunggal dan Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya
jamak)) dengan kita.

c. Kata Ganti Nama Diri Ketiga – menggantikan nama diri orang yang diceritakan
halnya (orang yang
diceritakan halnya tidak hadir)
Kata Ganti Diri Penggunaannya
Ketiga
baginda (tunggal) Digunakan untuk putera-puteri raja, raja atau sultan.
beliau (tunggal) Digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa,
guru dan pemimpin.
Dia dan ia Digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan
(tunggal) rakan.
mereka (tunggal) Digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada
seorang.

6. Bentuk kesilapan:

SALAH BETUL
“Kami tidak harus mengalah sebelum “Kita tidak harus mengalah sebelum
perlawanan bermula,” kata Murthi perlawanan bermula,” kata Muthi kepada
kepada Azrul. Azrul.
Kereta itu sungguh mahal Kereta itu sungguh mahal kerana
keranaianya diimport dari Jepun. diimport dari Jepun.
Beliau diberkas kerana terlibat dalam Dia diberkas kerana terlibat dalam kes
kes penipuan. penipuan.
“Hamba mohon maaf atas “Patik mohon maaf atas
kesalahanhamba,” kata Paduka Ali kesalahanpatik,” kata Paduka Ali kepada
kepada Sultan Mansor Syah. Sultan Mansor Syah.
Kakitangan syarikat ini sedia Kakitangan syarikat ini sedia
menolong engkau. menolong anda.
Saya ingin berjumpa dengan ia. Saya ingin berjumpa dengannya.
Mereka-mereka sedang bermain bola Mereka sedang bermain bola di
di padang. padang.

7. Ringkasan:

Kata Ganti Nama Diri Tunggal Bilangan Banyak / Jamak


Diri Pertama (penutur) aku kami
saya kita
patik
hamba
Diri Kedua (pendengar) awak awak semua
kamu kamu semua
engkau saudara sekalian
encik saudari sekalian
cik encik-encik
saudara cik-cik
saudari tuan-tuan
tuan puan-puan
puan anda semua
anda kalian
tuanku
tuan hamba
Diri Ketiga (orang yang Dia mereka
diceritakan halnya) Ia
Beliau
Baginda

Posted by Amurad Hamid at 06:36


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

LATIHAN KATA GANTI NAMA DIRI

KELAS PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN


SMK TAMAN SUTERA
OLEH: ABDUL MURAD ABD HAMID

Nama:______________________
Tarikh:_________________

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----

LATIHAN KATA GANTI NAMA DIRI


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----

Kertas soalan ini mengandungi 30 soalan.


Jawab semua soalan.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 "Ibu, duit _______ hilang," kata Amran kepada ibunya.


A kita
B kami
C saya
D mereka

2 Fatin dan Dina bersahabat karib. _______ tinggal sekampung.


A Dia
B Kita
C Kami
D Mereka

3 "Jika _______ ada masalah sila jumpa saya," kata Cikgu Maria kepada
saya.
A mereka
B kamu
C kami
D dia

4 Rodiah murid tingkatan tiga. _______ berazam untuk mencapai 8


Adalam PT3 .
A Dia
B Kami
C Awak
D Saya

5 Bangunan baru itu telah dirasmikan oleh _______.


A dia
B kami
C kamu
D beliau

6 "Sebagai murid, _______ hendaklah belajar bersungguh-sungguh," kata


ayah.
A dia
B kita
C kamu
D mereka

7 Mari kita ikut _______ ke perpustakaan,” kata Nabilah kepada Lilian.


A mereka
B awak
C saya
D kami

8 "Boleh _______ tumpang bertanya?" kata Geena dan Vinesh kepada


pemuda itu.
A kamu
B awak
C kami
D saya

9 "Ampun _______ tuanku," sembah Hang Jebat kepada raja.


A beta
B patik
C hamba
D baginda

10 "Jika ________ ada masa lapang, jemputlah ke rumah saya," kata Kok
Leong kepada kawan-kawannya.
A dia
B awak
C beliau
D kalian

11 "Nah, ambil wang _______! "kata emak sambil menghulurkan wang


kepada
saya.
A itu
B ini
C sini
D situ

12 Ayah pergi ke Kelang. Dia ada urusan di _______.


A itu
B sini
C sana
D mana

13 "Cuaca di _______ sungguh sejuk," kata Sabri sambil menahan


kesejukan.
A mana
B sini
C situ
D ini

14 "Jangan berkelakuan _______, tidak elok," nasihat ibu kepada Zarina.


A begitu
B begini
C itu
D ini

15 Kalau tidak ada _______ masalah projek itu akan siap sebulan lagi.
A apa-apa
B bila-bila
C mana-mana
D siapa-siapa

16 Duduklah di _______ yang kausuka.


A mana
B siapa
C siapa-siapa
D mana-mana

17 Entah _______ yang disimpannya di dalam peti besi itu.


A bila-bila
B apa-apa
C siapa-siapa
D mana-mana

18 _______ pun tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan peperiksaan.


A Bila-bila
B Apa-apa
C Mana-mana
D Siapa-siapa

19 Jemputlah ke rumah saya _______ encik ada masa lapang.


A bila
B siapa
C bila-bila
D siapa-siapa

20 "_______lah ucapan daripada Guru Besar," kata juruacara majlis.


A Ini
B Begini
C Begitu
D Demikian

21 "Ibu, duit Adik Farah hilang semasa ________ bermain seorang diri di
tamanpermainan," kata Syarifah kepada ibunya.
A beliau
B kami
C kita
D dia

22 "Ali, suruh _______ datang ke sekolah petang ini untuk latihan sukan,”
kata Cikgu Hamdan kepada saya.
A kami
B kamu
C beliau
D mereka

23 Encik Wan Zahid bakal pemimpin di kampung kita. Oleh itu, kita perlu
memberikan sokongan sepenuhnya kepada _______
A ia
B dia
C beliau
D mereka

24 " Sebagai tentera, _______ berikrar akan memperjuangkan tanah air


sehingga titisan darah yang terakhir," kata askar-askar itu kepada pegawai
mereka.
A kita
B kami
C beliau
D mereka

25 Kalau engkau tidak ada kerja marilah ikut _______ ke perpustakaan,”


kata Farid dan Amal i kepada Rohani.
A mereka
B engkau
C kalian
D kami

26 "Ibu, ini kawan-kawan lama saya. Bolehkah _______ menumpang tidur di


rumah kita?" kata Rosmaini kepada ibunya.
A mereka
B engkau
C kalian
D dia

27 "Kalau ________izinkan sekarang juga patik akan melaksanakan tugas


itu,"sembah ahli nujum kepada sultan.
A tuan
B tuanku
C baginda
D tuan hamba

28 "Saya harap _______ dapat mempersembahkan permainan yang


bermutu
nanti," kata jurulatih bola sepak itu kepada pemain-pemainnya.
A mereka
B kalian
C kami
D kita

29 Setelah sultan itu mangkat, maka takhta kerajaan negeri itu pun
diserahkan kepada putera _______.
A baginda
B tuanku
C beta
D nya
30 "_______lah caranya membuat masakan gulai tempoyak cili api,” kata
Puan Hasnah kepada pelajarnya.
A Demikian
B Begitu
C Begini
D Apa

Posted by Amurad Hamid at 06:42


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

PENANDA WACANA
KELAS PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

SMK TAMAN SUTERA

OLEH: ABDUL MURAD ABD HAMID

PENANDA WACANA

 Penanda wacana ialah kata atau rangkai kata yang menghubungkan ayat.

 Penanda wacana digunakan dalam perenggan yang sama atau perengan


yang baru supaya ayat-ayat menjadi lebih teratur dan mempunyai
kesinambungan antara satu perenggan dengan perenggan yang seterusnya.

PENANDA WACANA
Posted by: cikgucem | on May 9, 2015

Penanda wacana ialah kata yang digunakan untuk mengaitkan ayat dengan ayat yang lain.
Biasanya, penanda wacana digunakan dalam karangan untuk menunjukkan pertautan idea,
urutan isi, ayat dengan ayat dan juga perenggan dengan perenggan. Penggunaan penanda
wacana yang sesuai dapat melahirkan ayat dan perenggan yang berkesinambungan, gramatis
dan bermakna.

Penanda Permulaan Karangan

1. Pada era globalisasi ini


2. Pada zaman pascakemerdekaan ini
3. Dalam meniti arus kemodenan ini
4. Dewasa ini
5. Pada masa ini
6. Kini
7. Dasawarsa ini
8. Sejak akhir-akhir ini
9. Sejak sedekad yang lalu
10. Sejak negara menikmati arus kemerdekaan
11. Kebelakangan ini
Penanda Memulakan Isi Baharu

1. Selain itu
2. Di samping itu
3. Sementara itu
4. Lebih-lebih lagi
5. Dalam pada itu
6. Lain daripada itu
7. Pada waktu/ masa yang sama
8. Seterusnya
9. Selanjutnya
10. Dalam masa yang sama
Penanda Huraian Isi Karangan

1. Hal ini berlaku kerana


2. Hal ini terjadi kerana
3. Hal ini disebabkan oleh
4. Hal ini wujud akibat daripada
5. Hal ini bersangkut paut dengan
6. Hal ini berpunca daripada
7. Hal ini tercetus apabila
8. Hal ini timbul apakala
Penanda Memberi Contoh Dalam Karangan

1. Misalnya
2. Contohnya
3. Sebagai contoh
4. Tamsilnya
5. Sebagaimana yang kita sedia maklum
6. Antaranya termasuklah
Penanda Menghuraikan Contoh

1. Hal ini mengakibatkan


2. Hal ini menyebabkan
3. Oleh itu
4. Oleh hal yang demikian
5. Oleh sebab itu
6. Jelaslah bahawa
7. Oleh yang demikian
8. Dengan demikian
Penanda Menutup Isi
1. Kesannya
2. Natijahnya
3. Akibatnya
4. Akhirnya
5. Dengan itu
6. Dengan berbuat demikian
7. Dengan keadaan sedemikian
8. Kesudahannya
Penanda Menulis Dua Huraian Dalam Satu Ayat

1. bahkan
2. malah
3. malahan
4. tambahan pula
5. sementelahan
6. sekali gus
7. di samping
8. begitu juga
Penanda Memulakan Perenggan Penutup

1. Kesimpulannya
2. Secara tuntas
3. Sebagai penutup wacana
4. Sebagai penghias bicara akhir
5. Sebelum mengakhiri wacana ini
6. Secara keseluruhan
7. Sebagai kesimpulan
8. Untuk merumuskan
9. Tegasnya
10. Akhir kata
Penanda Menerangkan Huraian Atau Pendapat Yang Berbeza

1. Walau bagaimanapun
2. Namun demikian
3. Dari perspektif/ sudut yang berbeza
4. Jika dilihat dari sudut lain
5. Dengan lain kata
6. Dari sudut lain
7. Di sebalik itu
8. Dalam pada itu
9. Sebaliknya
10. Walaupun
11. Walaupun demikian
12. Sungguhpun
13. Walau bagaimana sekalipun
Penanda Memulakan Atau Memasukkan Peribahasa
1. Bak kata peribahasa
2. Bak kata peribahasa Melayu
3. Bak kata orang tua-tua
4. Bak kata mutiara
5. Bak peribahasa
6. Bak kata cendekiawan
7. Persis kata peribahasa
8. Persis kata peribahasa Melayu
9. Persis kata orang tua-tua
10. Persis kata mutiara
11. Persis peribahasa
12. Persis kata cendekiawan
13. Hal ini sama dengan peribahasa
14. Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni
15. Fenomena ini dikatakan
16. Masalah ini sama dengan peribahasa
17. Saya yakin rakyat Singapura mengenali peribahasa
Rujukan: Penjodoh Bilangan, Bentuk Sapaan, Penanda Wacana dan Peribahasa,
Kamarudin Jeon (Siri Kemahiran Berbahasa), DBP

LATIHAN PENANDA WACANA

KELAS PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN


SMK TAMAN SUTERA
OLEH: ABDUL MURAD ABD HAMID

LATIHAN PENANDA WACANA

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong


dalam ayat-ayat di bawah.

1 Alia mendapati dompetnya hilang. ______ dompetnya tercicir atau


tersalah
letak.
A Justeru
B Mungkin
C Akhirnya
D Kemudian

2 Setelah ditanya oleh ayah, ______ abang mengaku menumbuk Alif Haikal.
A lagipun
B mungkin
C akhirnya
D kemudian

3 Nurul Aina tidak hadir ke sekolah pada hari ini. ______ dia sakit gigi.
A Lagipun
B Mungkin
C Akhirnya
D Kemudian

4 Lapan orang peserta menarik diri. ______, program lawatan itu terpaksa
dibatalkan.
A Jadi
B Justeru
C Mungkin
D Sebaliknya

5 Dato’ Khir menyampaikan ucapan. ______, beliau merasmikan laman web


syarikat itu.
A Namun
B Mungkin
C Meskipun
D Seterusnya

6 Jamil belum menghantar borang penyertaan pertandingan mengarang


________ tarikh tutup semakin hampir.
A justeru
B lagipun
C namun
D walhal

7 _________ membeli kereta, memiliki basikal _____ dia tidak mampu.


A Baik …pun
B Jangankan…pun
C Walaupun…bahkan
D Walaupun…namun

8 Azah kelihatan mengantuk lagi. ____ dia menolong ibunya di warung


sehingga lewat malam.
A Kemudian
B Namun
C Mungkin
D Selain itu

9 Mula-mula basuh beras itu bersih-bersih. ____________ sukat air


secukupnya.
A Namun
B Oleh itu
C Kemudian
D Dengan demikian

10 Rohaya seorang murid yang rajin dan berdisiplin. ___________ dia


sentiasa
mendapat pujian daripada guru-gurunya.
A Selain itu
B Oleh sebab itu
C Namun demikian
D Biarpun demikian

11 Cikgu Salman selalu memarahi murid-muridnya. _______________ ,


muridmurid menghormatinya kerana beliau seorang guru yang
berdedikasi.
A Selain itu
B Namun begitu
C Oleh sebab itu
D Lebih-lebih lagi

12 Sejak kecil lagi Pak Udin memang gerun ke laut, ____________ pada
usianya yang semakin lanjut ini.
A walaupun begitu
B namun demikian
C lebih-lebih lagi
D selepas itu

13 Kerajaan terpaksa menangguhkan banyak projek kerana kegawatan


ekonomi. ______________, program membantu rakyat miskin tetap
dilaksanakan.
A Selain itu
B Lebih-lebih lagi
C Walaupun demikian
D Oleh sebab itu

14 Berita yang disampaikannya sungguh mengejutkan saya. _____________,


saya mencuba sedaya upaya unuk bertenang.
A Namun demikian
B Selepas itu
C Oleh itu
D Justeru

15 Pelajar yang bermasalah itu diminta menceritakan hal yang


sebenarnya.
___________, diberi nasihat.
A Mungkin
B Selain itu
C Selepas itu
D Lebih-lebih lagi

16 Kami membawa murid-murid melawat ke Bandar Melaka untuk melihat


kesan peninggalan sejarah . _________, kami bercadang akan berkelah di
Tanjung
Bidara.
A Selain itu
B Lebih-lebih lagi
C Biarpun demikian
D Namun demikian

17 Kehidupan Mak Kiah diibaratkan bagai kais pagi makan pagi, kais
petang makan petang. ___________, semangatnya masih kukuh untuk
membesarkan anakanaknya.
A Biarpun demikian
B Lebih-lebih lagi
C Oleh itu
D Mungkin

18 Simpan semua buku sekarang, ______ kita akan mengadakan kuiz teka
silang
kata.
A kemudian
B akan tetapi
C selanjutnya
D namun begitu

19 Pergi mandi dahulu. _______ bersedia untuk ke kelas piano.


A Selepas itu
B Namun begitu
C Oleh sebab itu
D Tambahan pula

20 Orang ramai merungut kerana harga barang semakin naik.


____________,
harga barangan keperluan.
A Tambahan pula
B Oleh sebab itu
C Namun begitu
D Lebih-lebih lagi

21 Hasil lukisan Suhada tidak pernah berjaya memenangi anugerah.


______,
semangat untuk terus melukis tidak pernah pudar.
A Oleh itu
B Biarpun demikian
C Kalau begitu
D Lebih-lebih lagi

22 Setelah tiga hari berturut-turut Karim dan kawan-kawannya mendaki


gunung itu, ______ mereka sampai juga di puncaknya.
A akhirnya
B namun
C di samping itu
D oleh yang demikian

23 "Amalina telah diserang demam campak. ______, dia tidak hadir ke


sekolah,"kata adiknya kepada Cikgu Nurhisyam.
A Oleh sebab itu
B Di samping itu
C Semenjak itu
D Sebaliknya

24 Suatu kebakaran besar telah berlaku di Tanjung Sepat. ______ tiada


kemalangan jiwa dilaporkan.
A Walau bagaimanapun
B Namun demikian
C Lantaran itu
D Jika begitu

25 Jamal mendapat gred 3A 2B dalam Ujian Percubaan UPSR. ______,


semangatnya masih kental untuk berusaha.
A Oleh itu
B Kalau begitu
C Oleh sebab itu
D Biarpun demikian

26 Alif Farhan seorang pemuda yang cacat. ______, dia tidak pernah
mengharapkan belas kasihan daripada orang lain.
A Sungguhpun demikian
B Lebih-lebih lagi
C Oleh sebab itu
D Kalau begitu

27 "Ayah dan Encik Jamil sedang berbincang di ruang tamu. ______, lebih
baik kita berbual-bual di halaman rumah sahaja,"kata Raju kepada
Moorthy.
A Biarpun demikian
B Kalau begitu
C Oleh itu
D Lebih-lebih lagi

28 Basikal Amirterbabas ketika dia melalui selekoh yang licin itu. ______,
dia juga terlanggar sebatang pokok.
A Biarpun demikian
B Dalam pada itu
C Kalau begitu
D Oleh itu

29 Adik Salmi suka menonton filem rencana. ______ yang berkaitan dengan
hidupan liar yang terdapat di Benua Afrika.
A Tambahan lagi
B Meskipun begitu
C Biarpun demikian
D Lebih-lebih lagi

30 Saya pernah bertemu muka dengan Ranjit . ______, saya faham akan
sikapnya.
A Biarpun demikian
B Kalau begitu
C Jadi
D Justeru
Posted by Amurad Hamid at 07:26
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

PENJODOH BILANGAN
KELAS PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN
SMK TAMAN SUTERA

OLEH: ABDUL MURAD ABD HAMID

PENJODOH BILANGAN
Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang
menunjukkan jumlah atau bilangan.
Kadangkala kata bilangan disertai penjodoh bilangan seperti batang,
buah, ekor, orang, dan sebagainya.
Senarai penjodoh bilangan, penggunaannya, dan contohnya adalah seperti
yang berikut:

Penjodoh penggunaannya Contohnya


Bilangan
angkatan untuk sekumpulan manusia kapal, tentera, pelukis, penulis
atau benda
baris untuk kedudukan orang, kedai, rumah, pokok, tulisan,
benda/manusia yang berbaris ayat, meja, kerusi
batang untuk menunjukkan benda- sungai, lilin, galah, tiang, pen, pokok,
benda yang panjang gigi, tongkat, kapur, jambatan, jarum
bentuk untuk benda-benda kecil yang mata kail, subang, cincin
berkeluk
berkas untuk benda-benda yang kunci, lidi, kayu
diikat bersama-sama
bidang untuk benda-benda yang tanah, kain, sawah, permaidani, layar,
terbentang luas kebun, tikar
biji untuk jenis buah, sayur- labu, lobak, kubis, terung, bola,
sayuran, dan benda-benda cawan, guli, belon, ketupat, batu,
yang kecil telur, gelas
Bilah untuk benda-benda yang parang, pisau, golok, gunting, sabit,
tajam keris
buah untuk benda-benda besar dan kereta, negeri, rumah, buku, kotak,
padu, yang tidak mempunyai radio, bandar, kampung, piano,
bentuk yang tertentu komputer, kamera
buku untuk benda-benda yang sabun, roti, benang
keadaannya
berketul/berbongkah
butir untuk benda-benda yang telur, batu, manik, beras, peluru
bulat atau kecil
carik/cebis untuk benda-benda yang kertas, kain
dikoyakkan
cubit untuk benda yang diambil garam, gula, kunyit
sedikit dengan jari
cucuk untuk benda-benda yang sate
dicucuk dengan lidi
das untuk bunyi letupan atau meriam, pistol, senapang
tembakan
deret untuk benda-benda yang bangunan, rumah, kedai, kereta
tersusun
ekor untuk semua jenis binatang nyamuk, semut, kuda, buaya,
musang, gajah, arnab, rama-rama
genggam untuk benda-benda yang pasir, beras, padi
digenggam
gugus untuk buah-buah ataupun anggur, langsat, kelapa sawit, sawit,
benda kunci
gulung untuk benda-benda yang filem, permaidani, tikar, dawai, kertas
bergulung
helai untuk benda-benda yang daun, baju, kertas, kain, tuala,
nipis dan lebar rambut, rumput
ikat untuk benda-benda yang kayu, lidi, tebu, sayur, papan
diikat
iris untuk benda-benda yang bawang, timun, daging, buahbuahan
dipotong kecil-kecil
jambak untuk benda-benda yang bunga, kunci
bertangkai atau berangkai-
rangkai
kaki untuk benda-benda yang payung, cendawan, bungs
bertangkai
kawan untuk kumpulan haiwan lembu, kambing, lebah, gajah, merpati
kelompok untuk sekumpulan manusia, burung, awan, pulau, bintang
haiwan, dan benda
kepal untuk benda-benda yang nasi, pulut, tanah
dikepal dengan tangan
keping untuk benda-benda yang roti, papan, kad, gambar, biskut,
nipis atau pipih tanah
kerat untuk bahagian benda-benda roti, tiang
yang dipotong
Ketul untuk benda-benda yang ais, daging, tulang, sabun, roti
berketul dan padu
Kotak untuk benda-benda yang mancis, pensel, rokok, sabun, ubat
diisikan di dalam kotak nyamuk
kuntum untuk bungs mawar, melati, anggerik
Laras untuk senjata api pistol, senapang, meriam
lembar benda-benda yang lurus dan kertas, dawai, benang
panjang
longgok untuk benda-benda yang durian, pakaian, tanah, cili
berada dalam longgokan
naskhah untuk bahan bacaan yang surat khabar, risalah, majalah,
berjilid makalah, buku
Orang untuk manusia guru, jururawat, doktor, pekedai,
runcit, posmen
Papan untuk benda-benda yang coklat, petai, mercun
berbentuk kepingan
pasang untuk benda dan manusia pakaian, kasut, subang, suami isteri,
yang berpasangan anak
pangsa untuk bahagian dalam buah durian
pasukan untuk sekumpulan orang pemain kompang, polis, tentera
yang berpakaian seragam pengakap
patah untuk kata perkataan, kata-kata
potong untuk benda-benda yang kuih, daging, roti
sudah dipotong
pucuk untuk benda-benda yang jarum, surat, pistol, meriam,
halus serta tipis dan senjata senapang, rebung
api
puntung untuk sebahagian benda yang rokok, bara, kayu api
masih menyala
rangkap untuk puisi pantun, sajak, syair
rawan untuk benda-benda yang jala, jaring, pukat
halus, labuh, dan bersirat
ruas untuk benda yang beruas- tebu, buluh
ruas
rumpun untuk tumbuhan yang buluh, tebu, serai, pandan, padi
tumbuh rapat-rapat
sikat/sisir untuk buah pisang pisang
tandan untuk buah-buahan yang pisang, kelapa, pinang, kelapa sawit
bertandan
tangkai untuk buah-buahan, bunga- rambutan, duku, kenanga, padi, daun
bungaan, dan daun yang
bertangkai
titik untuk cecair yang menitis air, darah, dakwat, embun
tongkol untuk buah yang bertongkol jagung
ulas untuk isi buah-buahan yang durian, limau, nangka, cempedak
berpangsa
urat untuk benda-benda yang LATIHAN
rambut, benang, dawai,
halus dan panjang
PENJODOH BILANGAN
KELAS PENDIDIKAN KHAS
BERMASALAH PEMBELAJARAN
SMK TAMAN SUTERA
OLEH: ABDUL MURAD ABD HAMID

LATIHAN PENJODOH BILANGAN

Pilih jawapan yang paling


sesuai untuk mengisi
tempat kosong dalam ayat-
ayatberikut.

1 Untuk memagari kebunnya,


Pak Cik Rashid telah membeli
beratus-ratus
__________ kawat berduri.
A utas
B gulung
C gelung
D bidang

2 __________ bunga kenanga


terselit pada sanggul Sofia
A Sejambak
B Sekuntum
C Sejambangan
D Sebatang

3 Sapu tangan itu dijahit


dengan se __________ benang.
A utas
B untai
C gulung
D lembar
4 "Masukkan se __________
garam ke dalam lauk itu," kata
Mak Cik Salmah
kepada Jamilah.
A cuit
B cubit
C colet
D genggam

5 __________ awan mendung


berarak ditiup angin ke arah
utara.
A Segugus
B Sekelompok
C Sehamparan
D Sekumpulan

6 Beberapa __________ pulau


yang indah terdapat di Phuket,
Thailand.
A kelompok
B tompok
C buah
D biji

7 Se __________ kata pun tidak


tertulis walaupun sudah dua
jam dia menghadap meja
tulisnya.
A patah
B potong
C cebis
D untai

8 Ayah membeli dua __________


durian di pasar.
A biji
B ulas
C buah
D buku

9 Kakak menggunakan se
__________ kain sebagai
pembalut luka pada jarinya.
A cebis
B bentuk
C lembar
D cucuk

10 Polis melepaskan lima


__________ tembakan ke arah
perompak itu.
A butir
B das
C biji
D pucuk

11 Buku itu berharga dua belas


ringgit se __________ .
A papan
B keping
C naskhah
D rangkap

12 Beliau memulakan
ucapannya dengan se
__________ pantun.
A baris
B patah
C rangkap
D buah

Soalan 13 Berdasarkan
Gambar 1.

Gambar 1

13 Ayah membeli beberapa


__________ petai di gerai itu.
A gelung
B papan
C mata
D biji

14 Beberapa __________ rokok


bertaburan di lantai.
A puntung
B berkas
C kotak
D pucuk

15 Mazirah membeli sebatang


tebu dan memotongnya agar
setiap adiknya
mendapat __________ .
A sebiji
B seruas
C sehiris
D seketul

16 Pak Cik Yusof mempunyai


beberapa __________ rumah
sewa di Kampung
Sungai Kota.
A pintu
B papan
C bidang
D rangkai

17 Pemuda itu telah menjumpai


__________ kunci sewaktu dalam
perjalanan ke perhentian bas.
A seutas
B sebilah
C sejambak
D serumpun

Soalan 18 Berdasarkan
Gambar 2
Gambar 2

18 Beberapa __________ mutiara


diletakkan pada kalung emas
itu untuk
mencantikkannya.
A ulas
B butir
C keping
D potong

19 Ayah memasukkan
__________ filem ke dalam
kameranya.
A segulung
B segelung
C sekajang
D sebuah

20 Pemuda itu membeli


__________ surat khabar
mingguan di kedai Ali.
A sekeping
B selembar
C senaskhah
D sehelai

21 "Tolong belikan saya se


__________ pisang dan se
__________ rambutan di gerai
buah-buahan itu," pesan ibu
kepada ayah.
A biji ... buah
B sisir ... ikat
C tandan ... gugus
D sikat.....longgok

22 "Letakkan lima __________


mangkuk dan beberapa
__________ camca di atas meja
itu," kata Chef Wan kepada
pembantunya.
A biji ... batang
B buah ... batang
C bekas ... bilah
D butir ... bilah

23 Maimun menggubah dua


__________ bunga mawar.
Kemudian, dia
meletakkannya di atas se
__________ almari.
A kuntum ... biji
B bakul ... buah
C jambak ... deret
D jambangan ... buah

24 Pak Cik Aziz ke hutan


dengan membawa __________
parang dan
__________ tali untuk mencari
rotan.
A sebentuk ... selembar
B sebatang ... segelung
C selaras ... segulung
D sebilah ... seutas

25 Naemah mengambil
__________ isi ikan terubuk bakar
yang masih panas itu.
A seekor
B secubit
C seketul
D segenggam

26 Ayah membelikan adik


__________ langsat dan
__________ rambutan.
A segugus ... setangkai
B segugus ... seikat
C sebiji ... selonggok
D setangkai ... segugus

27 Atikah menghadiahi gurunya


__________ bunga dan __________
pena.
A sekuntum ..... sebilah
B sejambangan ..... seberkas
C setangkai ..... sepucuk
D sejambak ..... sebatang

28 Polis telah melepaskan


beberapa __________ tembakan
dengan
menggunakan lima _________
rifel M16.
A butir ..... pucuk
B das ..... laras
C biji ..... batang
D laras ..... das

29 Kakak membeli __________


kain songket dan __________
tikar di Kedai
Payang.
A sehelai ..... segulung
B secarik ..... segelung
C secebis ..... sehamparan
D sehelai ..... sebidang

30 Dia mengutip beberapa


__________ batu lalu membaling
ke arah __________ burung ciak
itu.
A genggam ..... segerombolan
B batang ..... sekumpulan
C ketul ..... sekawan
D kepal ..... seekor
Posted by Amurad Hamid at 07:28
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to
FacebookShare to Pinterest

utas untuk benda-benda yang tali, dawai, rantai


panjang
Posted by Amurad Hamid at 07:27
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

PERIBAHASA
KELAS PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN
SMK TAMAN SUTERA

OLEH: ABDUL MURAD ABD HAMID

PERIBAHASA
Peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap
didengar dan bijak perkataannya.

Peribahasa tradisi merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan sehari-harian atau
secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan.

Peribahasa moden pula merujuk yang dicipta selepas tarikh tersebut. Peribahasa merupakan sebahagian
daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu.

Contoh:
Peribahasa Maksud

Ada air, adalah ikan. Ada negeri tentulah ada rakyatnya.

Ada aku dipandang hadap, tiada aku dipandang Kasih sayang hanya waktu berhadapan saja, setelah berjauhan lalu
belakang. dilupakan.

Sebab nila setitik


Kerana kejahatan yang sedikit semua kebaikan menjadi rosak.
rosak susu sebelanga.

Sebelum ajal berpantang maut. Tidak akan mati sebelum tiba ajalnya.

Rujukan:

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=peribahasa&d=11

https://ms.wikipedia.org/wiki/Peribahasa

http://sosiolinguistikdihati2012.blogspot.my/2012/04/peribahasa-moden.html

Posted by Amurad Hamid at 07:43


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
LATIHAN PERIBAHASA

KELAS PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN


SMK TAMAN SUTERA

OLEH: ABDUL MURAD ABD HAMID

LATIHAN PERIBAHASA

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang


paling sesuai.

1 Nenek Murni tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun


majalah

kerana dia _______________.

A buta hati

B buta huruf
C buta kayu
D buta gaji

2 Atan tidak mempunyai kakak dan adik. Oleh sebab itu dia dianggap

___________________ .
A anak buah
B anak emas
C anak tunggal
D anak bongsu

3 Semasa menaiki pesawat ke Kuching, adik tidak henti-henti berbual


kerana adik ___________________.
A otak cair
B otak udang
C mulut murai
D mulut tempayan

4 Kunding mengambil sekeping roti berkrim sebagai _______________


sebelum

pergi ke sekolah.
A alas perut
B ikat perut
C perut busuk
D perut kosong

5 Kesemua _______________ Tuan Haji Azhar dan Puan Hajah Azilah sudah

mendirikan rumah tangga.


A anak tut
B anak tiri
C anak bini
D anak beranak

6 Kamal dan anak-anaknya ______________ kerana sebaik sahaja mereka


sampai

jamuan mula dihidang.


A langkah kanan
B langkah bendul
C langkah seribu
D langkah kiri

7 Puan Hanita masih ________________ meneruskan perniagaan suaminya

walaupun tidak mendapat sokongan daripada anak-anaknya.


A geli hati
B makan hati
C cekal hati
D isi hati
8 Semua barang itu dijual dengan __________________ dalam Pameran
Perabot Arian.

A harga diri
B harga mati
C tanda mata
D tanda harga

9 Kaguna ________________ sehingga dia tidak menyedari bilik tidurnya


telah

dicerobohi pencuri.
A pekak badak
B lepas tangan
C makan hati
D tidur mati

10 Pengadil bola sepak antara sekolah saya dengan sekolah jiran dicaci
oleh para

penonton kerana _______________ semasa mengadili perlawanan tersebut.


A banyak mulut
B berat sebelah
C angkat kaki
D lepas tangan

11 Keadaan Sanif ______________________ menyebabkan dia tidak mahu

menyertai perlumbaan jalan kaki.


A bagai cicak makan kapur
B bagai kumbang putus tali
C bagai itik pulang petang

D bagai balak terendam

12 Jamilah dan Asmah ____________________________ kerana sering


bergaduh walaupun perkara itu kecil.
A bagai ayam disambar helang
B bagai anjing dengan kucing
C bagai katak di bawah tempurung
D bagai melepaskan batuk di tangga

13 Kebanyakan penduduk setinggan Kampung Batu


________________________

kerana mereka mendapat bayaran pampasan yang tinggi daripada pihak


kerajaan.
A bagai bulan jatuh ke riba
B bagai kaca jatuh ke batu
C bagai duri dalam daging
D bagai ayam disambar helang

14 Pak Mail _________________________ kerana lima ahli keluarganya telah


maut dalam kemalangan itu.

A bagai melepas anjing tersepit


B bagai dihiris dengan sembilu
C bagai ayam disambar helang
D bagai kaca jatuh ke batu

15 James Wong dianggap ________________________ kerana tidak dapat


menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat.

A seperti lipas kudung


B seperti ayam berak kapur
C seperti bulan penuh purnama
D seperti kera sumbang

16 Setelah kematian ayah dan ibu, kehidupan Lee Wei dan adik-adiknya

_________________________________ .
A bagai mendukung biawak hidup
B bagai ayam mengeram telur
C bagai pahat dengan penukul
D bagai wau putus tali
17 Encik Chong _________________________ setelah menerima panggilan

ugutan dan pesanan ringkas daripada seorang yang tidak dikenali.


A bagai mencurah air ke daun keladi
B bagai menghitung bulu kambing
C bagai berumah di tepi pantai
D bagai anjing buruk kepala

18 Mak Jah hidup susah dan terbiar kerana tidak dipedulikan oleh anak-
anak dan

jiran tetangganya __________________________________ .


A seperti rumput di tepi jalan
B seperti tikus jatuh ke beras
C seperti mendukung biawah hidup
D seperti sudah jatuh ditimpa tangga

19 Jalan raya menuju ke Bukit Fraser agak curam dan bengkang-bengkok

seperti __________________________________ .
A bumi dengan langit
B aur ditarik songsang
C pinang dibelah dua
D ular kena palu

20 Setelah berjaya menjawat jawatan yang tinggi di bandar, Dali telah

melupakan ibu bapanya di kampung seperti _________________________ .


A enau dalam belukar
B kacang lupakan kulit
C aur dengan tebing
D dakwat dengan kertas

21 Lili berasa _____________________ kerana gagal memecahkan

rekod dalam acara 100 meter.


A makan hati
B iri hati
C ada hati
D buah hati

22 Pada cuti hujung minggu, Encik Daud membawa keluarganya


_____________

ke taman bunga.
A ambil hati
B ambil langkah
C ambil ringan
D ambil angin

23 Kunalan ______________ dengan kejayaan rakan karibnya dalam

pertandingan bercerita itu.


A makan hati
B jatuh hati
C iri hati
D ambil hati

24 Kejayaan pemain squash Nicol David telah menjadi

_______________________ rakyat Malaysia.


A buah tangan
B buah mulut
C buah hati
D buah pena

25 ___________________Puan Bee Lian apabila mendapat berita bahawa


suaminya

telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.


A Makan hati
B Hancur hati
C Besar hati
D Jatuh hati
26 ___________________ budak itu pucat lesi ketika dijumpai terikat di
sebuah

rumah kosong.
A Air muka
B Ada hati
C Ada harapan
D Air tangan

27 Perbuatan memberi atau menerima _________________ ketika


menjalankan

tugas boleh dikenakan tindakan tatatertib.


A duit hantaran
B duit pecah
C duit raya
D duit kopi

28 Cikgu David tiba-tiba _________________ apabila beliau mengetahui

anak muridnya telah meniru semasa ujian dijalankan.


A ada angin
B atas angin
C naik angin
D khabar angin

29 Emak menjadi _________________ ketika memilih kain yang beraneka


corak dan warna di kedai itu.

A rambang mata
B lupa daratan
C serkap jarang
D lipas kudung

30 Semua murid __________________ untuk mendengar taklimat Program


Pengakap Remaja yang akan diadakan di Hutan Lipur Lentang,Pahang
pada minggu depan.
A pasang badan
B pasang telinga
C ambil berat
D ambil hati
Posted by Amurad Hamid at 07:44
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

KATA TANYA
KELAS PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN
SMK TAMAN SUTERA

OLEH: ABDUL MURAD ABD HAMID

KATA TANYA
1. Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan
sesuatu.
2.Kata tanya adalah kata atau perkataan yang digunakan untuk
membentuk ayat-ayat tanya.
3. Kata tanya mesti diikuti oleh partikel ‘kah’ apabila digunakan di awal
ayat tanya.
4. Kata tanya boleh wujud di awal, di akhir atau di tengah ayat
5. Partikel ‘kah’ tidak diperlukan jika kata tanya terletak pada akhir
ayat.

Contoh
a. Apakah benda itu ?
b. Buku siapakah ini ?

kenapa Kenapakah Ahmad gagal dalam ujian itu ?


bila Bilakah awak akan memulangkan buku saya ?
siapa Engkau ini siapa ?
mengapa Mengapakah baju awak ini basah ?
apa Apakah nama binatang itu ?
bagaimana Bagaimanakah rupa hantu ?
berapa Di dalam kelas itu ada berapa orang murid lelaki ?
mana Nelayan itu dari mana ?
Posted by Amurad Hamid at 08:55
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

LATIHAN KATA TANYA


KELAS PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

SMK TAMAN SUTERA

OLEH: ABDUL MURAD ABD HAMID

LATIHAN KATA TANYA

Jawab semua soalan.


Latihan 1

1. kah harga beg sekolah itu ?

A. Berapa

B. Apa

C. Siapa

D. Kenapa

2. Di kah ayah meletakkan keretanya ?

A. bila

B. mana

C. apa

D. kenapa

3. kah Perdana Menteri Malaysia ?

A. Siapa

B. Apa

C. Mengapa

D. Bagaimanakah

4. kah nama arnab kesayangan kamu ?

A. Apa
B. Mengapa

C. Mana

D.Bila

5. kah keadaan nenek kamu ?

A. Berapa

B. Bagaimana

C. Bila

D. Siapa

6. hadiah yang kamu janjikan ?

A. Bagaimanakah

B. Bilakah

C. Manakah

D.Siapa

7. lamakah mereka akan bercuti ke Pulau Sentosa ?

A. Bagaimana

B. Berapa

C. Siapa

D. Kenapa

8. kah kita dilarang bercakap bohong ?

A. Siapa

B. Bila

C. Mengapa

D. Bagaimana
9. surat itu tidak sampai ke alamatnya ?

A. Berapakah

B. Siapakah

C. Mengapakah

D. Apa

10. " Ke kah awak hendak pergi ?" tanya Ramu kepada Tajul.

A. apa

B. mana

C. bagaimana

D. siapa

11. kah nama penyanyi kanak-kanak itu ?

A. Berapa

B. Bila

C. Mana

D. Siapa

12. kah yang dilakukan oleh Leong di tepi jalan itu ?

A. Siapa

B. Berapa

C. Mengapa

D. Siapa

13. " kah harga sepasang kasut ini ?" tanya Hakim.

A. Mana
B. Bila

C. Berapa

D. Siapa

14. kah Encik Hamid menjemput Rahim ke rumahnya ?

A. Bagaimana

B. Siapa

C. Berapa

D. Bila

15. kah nama bangunan baru itu ?

A. Siapa

B. Mana

C. Apa

D.Kenapa

16. " kamu ketawa terbahak-bahak ?" tanya Rahil kepada Chong.

A. Siapakah

B. Mengapakah

C. Berapakah

D. Bilakah

17. keretapi dari Kuala Lumpur akan tiba ?

A. Apakah

B. Bilakah
C. Mengapakah

D. Bagaimanakah

18. ketua kelas Tahun 3 Jupiter?

A. Bilakah

B. Bagaimanakah

C. Berapakah

D. Siapakah

19. umur cikgu Ramli ?

A. Bilakah

B. Apakah

C. Siapakah

D. Berapakah

20. kita mesti membaca buku ?

A. Berapakah

B. Apakah

C. Mengapakah

D. Bagaimanakah

Latihan 2

Isi tempat kosong dengan kata tanya yang sesuai.


berapakah mengapakah apakah siapa bilakah ba
gaimanakah mana

1. ______________________ dua orang budak perempuan itu menangis di kantin ?

2. _______________________ jumlah gula-gula dalam botol itu ?

3. _______________________ Roxanne boleh terjatuh ke dalam longkang ?

4. Lagu itu ditujukan kepada _____________ ?

5. Jelapang padi banyak terdapat di negeri ________________ ?

6. Selepas mencuci sayur ini, _______________ langkah seterusnya ?

7. ___________________________ kamu akan memulangkan buku rujukan saya yang


kamu pinjam ?
Posted by Amurad Hamid at 08:56

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

No comm

KATA SERU
KELAS PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN
SMK TAMAN SUTERA
OLEH: ABDUL MURAD ABD HAMID

KATA SERU
1. Kata seru adalah kata yang menyatakan perasaan seseorang seperti
sakit, marah, terkejut, hairan, sindiran, sedih, takut, terperanjat, hiba, dan
sebagainya.
2. Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu
dengan nada meninggi atau menurun.
3. Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan.
4. Contoh kata seru, penggunaannya, serta ayat contoh adalah seperti
yang berikut.

Kata Seru Penggunaannya Ayat Contoh


aduh untuk menyatakan 1. Aduh, sakitnya tanganku!
perasaan sakit dan 2. Aduh, besarnya rumahmu!
kagum
aduhai untuk menyatakan Aduhai, malang sungguh nasibku!
perasaan sedih
ah untuk menyatakan 1. Ah, saya tetap tidak mengaku bersalah!
tidak setuju atau 2. Ah, alasan itu tidak dapat kuterima!
menolak sesuatu
amboi/wah untuk menyatakan 1. Amboi, mahal betul kereta itu!
perasaan hairan 2. Wah, berani betul budak itu!
atau kagum
cis/cih untuk menyatakan 1. Cis, berani dia menentangku!
perasaan marah 2. Cih, mereka tidak kenal siapa aku !
dan benci
eh untuk menyatakan 1. Eh, kamu sudah sampai!
perasaan hairan 2. Eh, tadi dia adA di sini!
atau terkejut
hai untuk menegur 1. Hai, diamlah sikit!
seseorang atau 2. Hai, sudah lama kits tidak bertemu!
menarik perhatian

Contoh lain kata seru dan ayat

Kata Seru maksud Contoh ayat


wahai menyatakan Wahai adik ku sayang !
perasaan
sayang atau
merayu
amboi menunjukkan Amboi, tingginya bangunan KLCC ini !
perasaan
kagum
hai Hai, ke mana kamu menghilang selama ini !
nah Nah, terimalah habuanmu !
aduh perasaan sakit Aduh, sakitnya tanganku ini !
wah perasaan Wan, cantiknya merak ini !
hairan
ceh Ceh, usah membantah kata-kataku ini !
bedebah marah Bedebah, berani engkau berkata begitu
kepadaku !
cis marah atau jijik Cis, awak rupanya yang menjadi batu api !
oh terkejut hairan, Oh, itu rupanya rumah kamu !
gembira atau Oh, Tuhan, ampunilah dosa-dosaku !
mengharap
eh hairan Eh, bila ia terjadi !
syabas gembira, puas, Syabas, awak berjaya juga akhirnya !
memuji atau
ucap tahniah
alahai menghina Alahai, itu pun awak tak boleh buat !
alamak terkejut Alamak, sudah pukul 8.00 pagi !
ha hairan Ha, budak itu yang menang !
Ya-Allah terkejut Ya-Allah, apa akan berlaku nanti !
Masya- Allah hairan atau Masya-Allah, sanggup dia melakukan
marah perbuatan biadap itu !
Posted by Amurad Hamid at 08:51
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

You might also like