You are on page 1of 4

TEKS PENGACARA MAJLIS I’M SAFE PERINGKAT SEKOLAH

2018

BIL ATURCARA SKRIP PENGACARA CATATAN

1 Murid-murid berdiri dalam Ke Pekan Kuala membeli bingka, Pengacara diminta untuk memaklum-kan kepada
barisan. Sayang pesanan terlupa sudah; semua murid agar bersedia dan senyap untuk upacara
Majlis bermula tirai dibuka, majlis bermula
Dengan alunan madah yang indah.

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

2 Alu-aluan Pengacara Majlis. Bismillahirrahmanirrahim.


Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh.

Yang Berbahagia,
En

Yang Berusaha,
En. Che Wan Ralisyardy b Che Wan Samiun
Guru Besar Sk Sg Tong

Yang Dihormati,
Puan Junidah Bt Said, Guru Penolong Kanan Pentadbiran.
En. Kauzi b Abd Ghani, Guru Penolong Hal Ehwal Murid

Rakan-rakan guru, kakitangan sekolah serta murid-murid yang dikasihi sekalian

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah
rahmatNya dapat kita berkumpul di dalam dewan ini dalam melaksanakan program
pencegahan pendidikan dadah. Nama Program pada hari ini adalah I’m safe Peringkat
Sekolah 2018

Program ini merupakan salah satu agenda penting yg perlu dilaksanakan di sekolah
bagi mendedahkan kepada murid-murid tentang bahayanya najis dadah serta
meningkatkan pengetahuan dan kefahaman supaya dapat mengelakkan diri daripada
terjebak dengan dadah.
Sebelum dimulakan majlis kita pada pagi ini, para pelajar di minta duduk

3 Bacaan Doa
Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama2 memanjatkan doa ke hadrat ilahi. Untuk itu
majlis dengan segala hormatnya mempersilakan al- Fadhil Ustaz Zafri b mamat untuk memimpin bacaan doa.
Majlis mempersilakannya.

(Bacaan Doa)

Amin Ya Rabbal Alamin. Majlis mengucapkan terima kasih kepada al- Fadhil di atas bacaan doa tadi, semoga
majlis kita akan lebih diberkati dan dirahmati Allah s.w.t.

4 Nyanyian Lagu Majlis diteruskan dengan nyanyi lagu Negaraku, Lagu negeri terengganu,lagu Aku Negarku dan lagu TTB
-Negaraku Diminta Semua guru dan murid untuk berdiri.
- Negeri Pahang

Bacaan Ikrar Antidadah Majlis diteruskan dengan Bacaan Ikrar Antidadah oleh Adik Mohd Irfan Fahmi B. Mohd Izani.Majlis
mempersilakan.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih di atas bacaan ikrar tadi.


Semua hadirin diminta duduk.

5 Ucapan GPK Hal Ehwal Murid Para hadirin sekalian, GPK HEM

Sudilah tuan jalan berlapan,


Jalan berlapan di malam kelam;
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.

Untuk meneruskan lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha
En Kausi b Abd Ghani, Guru Penolong kanan Hal Ehwal Murid SK Sg Tong untuk menyampaikan ucapan
perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu Sempena Minggu Program I am Safe 2018. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terimakasih kepada En. Kauzi b Abd Ghani di atas ucapan beliau itu tadi.

Buah langsat di tepi busut,


Mari dimuat di atas peti,
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.
Guru Besar SK Seri Makmur
6 Ucapan Perasmian Guru Besar Majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan En. Che Wan Ralisyardy b Che Wan Samiun, Guru
Besar SK Sg Tong, untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan program I am Safe 2018.
Majlis dengan penuh hormat dan takzimnya mempersilakan tuan.

Pihak majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terimakasih di atas ucapan serta perasmian
program oleh Tuan Guru Besar.

7 Rakan guru serta anak didik sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan video kami juara sebagai gimik pelancaran program pada pagi
ini..ayuh kita saksikan..

Seterusnya
Majlis kita pada hari ini diteruskan dengan Bacaan Ikrar Antidadah oleh
__________________________.Majlis mempersilakan. Di Minta kepada semua warga dewan berdiri.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih di atas bacaan ikrar tadi.


Semua hadirin diminta duduk.

Warga dewan yang dimuliakan,


Sebagai kemuncak majlis kita pada pg ini. Di jemput __________________________________________
___________________________ untuk menandatangani Banner i’m safe. Dengan segala hormatnya
dipersilakan,

Demikianlah..dengan menyempurnakan agenda terakhir maka dengan ini majlis kita sudah sampai ke
penghujungnya. Saya selaku pengerusi majlis pd pagi ini memohon maaf jika ada sebarang kesilapan yang
tidak disengajakan..yang baik datang darpd Yang maha Agung dan yg buruk drpd kelemahan diri sendiri.saya
sudahi dengan lafaz wabillahi taifiq wal hidayah .........
8

You might also like