70 dalil Pak Lah

hilang kelayakan memimpin negara

AHLI UMNO KEDAH

OLEH

AHLI UMNO KEDAH

OLEH

70 dalil Pak Lah
hilang kelayakan memimpin negara

S

etelah tiga tahun menjadi Perdana Menteri Malaysia, jelas kelihatan bahawa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri kita yang kelima tidak menunjukkan kebolehan atau prestasi yang baik untuk memajukan negara kita dan semua bangsa Malaysia. Juga dalam tiga tahun yang kesudahan ini kita melihat Pak Lah bertukar wajah daripada imej “Mr Clean” menjadi “Mr Very Dirty”. Bab terkini dalam riwayatnya memperlihatkan Pak Lah mengaku dengan terang bahawa anak dan ahli keluarganya boleh menelan kekayaan negara dan hak rakyat sebab kononnya ‘dulu anak orang lain pun buat macam itu juga’. Politik negara sekarang meruncing, ekonomi dalam keadaan sesak, ketegangan perkauman makin meningkat, dasar luar negara kabur dan Malaysia dipandang rendah oleh banyak negara.
ms 

“70 Dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara” telah ditulis oleh seorang Ahli Umno dari negeri Kedah. Walaupun Menteri Besar Kedah Mahdzir Khalid berpura-pura menyokong Pak Lah atas alasan menjaga periuk nasi beriani beliau, maklumbalas daripada akar umbi di Kedah amat berputus asa dan menyesali kepimpinan Pak Lah sebagai presiden parti dan Perdana Menteri. 70 Dalil ini adalah rakaman sedikit sahaja daripada rintihan ahli Umno bukan sahaja di negeri Kedah tetapi di seluruh negara. 70 Dalil ini akan disiarkan dalam sepuluh bahagian. Ini adalah Bahagian 1. Penulis amat berterima kasih kepada laman web Malaysia Today yang sudi menyiarkan ‘70 Dalil’ ini untuk fahaman umum.

1

Dato Seri Abdullah Badawi atau Pak Lah adalah seorang individu yang tidak minat membaca. Kerana itu pengetahuannya mengenai sebarang isu sangat terhad. Pak Lah juga menghadapi masalah selalu terlena sewaktu mesyuarat dan majlis. Mengikut blogger Sang Kelembai, Pak Lah pernah terlena sewaktu menghadiri perasmian Tilawah Al Quran bersama DYMM Yang Di Pertuan Agong.
ms 

2

Apabila pengetahuannya terhad maka asas pertimbangannya tidak konsisten dan mengakibatkan kelemahan dalam memutuskan perkara penting dan kritikal. Masalah peribadi Perdana Menteri yang selalu terlena atau tidur sewaktu menjalankan tugas bukan sahaja menjejaskan kesejahteraan negara tetapi juga memaksa para Menteri cari jalan pintas untuk mendapat perhatian Perdana Menteri. Maka wujudlah taktik ‘getting the PM’s signature on his way out’ iaitu meminta Perdana Menteri menandatangani sesuatu dokumen bila beliau sedang berangkat keluar dari mesyuarat. Pak Lah sanggup menandatangani dokumen tanpa membacanya dengan teliti. Contohnya beliau boleh menandatangani dokumen menyokong syarikat keluarga sendiri mendapat kontrak ‘Oil For Food’ tanpa disedarinya. Beliau kemudian boleh mengaku tanpa sebarang segan silu bahawa ‘saya pernah menandatangani banyak surat sokongan’.

3

Disebabkan kelemahan tidak tahu-menahu apa pun, beliau terpaksa bergantung kepada nasihat orang yang beliau senangi iaitu ahli keluarga dan kenalannya. Di sinilah timbul peranan anak, menantu dan beberapa orang lain. Masalahnya mereka ini semua tidak selalunya mementingkan kebaikan negara Malaysia, orang Melayu atau parti Umno.
ms 

4 5

Kelemahan ini menyebabkan beliau mudah terpengaruh dengan ahli keluarga dan penasihat yang terdekat itu. Urusan negara dan urusan Kerajaan sudah bertukar menjadi urusan keluarga. Selain daripada penasihat ‘tidak rasmi’ daripada kalangan ahli keluarga dan sahabat tertentu Pak Lah sebagai Perdana Menteri tidak melantik Penasihat Rasmi di Jabatan Perdana Menteri atau di Kementerian Kewangan. Kecuali Penasihat Agama yang telah mencetuskan idea Islam Hadhari yang tidak bermakna itu, Pak Lah tidak melantik sebarang Penasihat Ekonomi, Penasihat Sains, Penasihat Kewangan atau Penasihat lain yang boleh memberi nasihat secara rasmi kepada Perdana Menteri untuk membantu beliau menimbang keputusan penting.

6 7

Peranan Penasihat Rasmi pernah menjadi ‘check and balance’ di mana Penasihat Rasmi bertanggungjawab menyemak dan mengesahkan semua maklumat dan pendapat untuk memastikan sama ada sesuatu keputusan itu selaras dengan dasar Kerajaan atau tidak - sebelum memberi nasihat secara bertulis kepada Perdana Menteri. Sebaliknya penasihat ‘tidak rasmi’ seperti anak, menantu dan sahabat tertentu tidak terikat dengan

ms 

sebarang pertanggungjawaban atau ‘accountability’ seperti ini. Tanpa memegang jawatan rasmi mereka boleh memberi nasihat tanpa mengambilkira kesannya. Kerjaya dan jawatan mereka tidak terjejas kerana mereka bukannya penasihat rasmi kepada Perdana Menteri. Hasilnya nasihat mereka tidak teratur dan sering tidak mengambilkira kepentingan negara. Sebaliknya nasihat mereka lebih mengambilkira kepentingan keluarga Perdana Menteri dan kroninya. Inilah antara sebabnya Perdana Menteri membuat keputusan yang tidak tegas, kontroversi dan boleh berubah-ubah.

8 9

Maka apabila terjadi keputusan kontroversi beliau sering berkata, “Saya tidak tahu, Saya tidak pasti atau Saya tidak sedar” dan alasan lain. Sebabnya ialah keputusan itu memang bukan hasil pemikiran beliau tetapi adalah nasihat daripada penasihat ‘tidak rasmi’ yang tidak mempunyai tanggungjawab atau ‘official responsibility’. Dalam banyak hal pula orang yang menasihatkan beliau itu mempunyai kepentingan sendiri pula. Ini sering menimbulkan implikasi yang tidak baik yang mengundang kontroversi. Ini juga mengakibatkan ‘Poor ability of judgement’ bagi Pak Lah membuat sebarang keputusan.
ms 

10 11

‘Poor ability of judgement’ ini juga menyebabkan beliau tidak dapat menentukan haluan atau ‘specific direction’ dalam mentadbir Kerajaan dan kurang wawasan untuk menentukan dasar yang terbaik bagi negara. Jentera Kerajaan hilang kawalan Pak Lak sendiri telah membuat kenyataan bahawa jika ada perkara penting yang perlu keputusan segera, mana-mana Kementerian boleh terus mengambil keputusan sendiri tanpa perlu membawa kepada Mesyuarat Jemaah Menteri. Ini bermakna beliau sebagai Perdana Menteri tidak lagi mengawal atau ada kawalan ke atas kementerian-kementerian. Keputusan sesuatu kementerian itu boleh mengikut budi bicara menterinya sahaja tanpa diketahui oleh Jemaah Menteri ataupun Perdana Menteri.

12

Ini bermakna ‘check and balance’ dalam sistem pentadbiran Kementerian Kerajaan terhakis. Apabila keputusan itu menimbulkan kontroversi dan masalah kepada negara, beliau hanya dapat menjawab: “Saya tidak sedar”, “Saya tidak tahu”, “Saya tidak pasti” dan lain-lain lagi. Walaupun Perdana Menteri - beliau tidak ada sistem kawalan ‘Hands on’ ke atas jentera pentadbiran Kerajaan.
ms 10

13

Para Menteri pula rasa amat senang sebab tidak ada ketetapan arah atau halatuju yang tertentu untuk mencapai sesuatu matlamat mengikut dasar yang terpilih. Menteri berasa cukup bebas membuat keputusan dan mereka menganggap Pak Lah memang ‘terbuka dan telus’ kerana mereka senang dengan cara ‘non interference’ atau tidak masuk campur oleh Perdana Menteri itu. Mereka seronok sebab boleh buat apa saja keputusan tanpa merujuk kepada Perdana Menteri.

14 15

Jika mereka rujuk kepada Perdana Menteri pun, Pak Lah tidak akan memberi keputusan yang jelas. Pak Lah yang tidak suka membaca akan hanya serahkan kepada budi bicara mereka sendiri. Akibatnya sudah ada Menteri yang berani membuat keputusan sendiri tanpa mendapat keputusan Jemaah Menteri terlebih dahulu. Keputusan itu kemudian menimbulkan berbagai kontroversi serta implikasi kepada negara. Contohnya: (i) Ada Kementerian yang mengambil keputusan sendiri memberi AP yang banyak kepada dua orang individu hingga menjejaskan pasaran Kereta Nasional.
ms 11

Dua individu ini telah menjadi kaya-raya hasil jualan AP dan bukan hasil jualan kereta. Salah seorang individu itu adalah saudara kepada menantu Pak Lah. Tindakan ini bercanggah dengan dasar Kerajaan mengenai AP. Apabila pengeluaran AP yang terlalu banyak menjadi kontroversi, Pak Lah lepas tangan dan minta Menteri sahaja menjawab. (ii) ECM Libra menguruskan penjualan saham kumpulan Hospital Pantai kepada syarikat Singapura. Penjualan ini menimbulkan kontroversi kerana penjualan itu seharusnya mendapat kelulusan Kerajaan dahulu. Bagaimana penjualan ini boleh berlaku hingga syarikat asing dapat menguasai Hospital Pantai? Ini bermakna tanpa kawalan, Kementerian berkenaan telah dengan sewenang-wenangnya meluluskan penjualan tersebut tanpa merujuk kepada Perdana Menteri atau menepati dasar Kerajaan. Apabila terjadi kontroversi lagi barulah Pak Lah hendak siasat. Dan apakah cara penyelesaianya? Pak Lah selesaikan isu ini dengan mengarahkan Khazanah Nasional Berhad menggunakan wang rakyat sekali lagi untuk membeli balik saham Hospital Pantai daripada syarikat Singapura itu. Sekali dengar, tindakan Pak Lah itu memanglah baik
ms 12

tetapi keputusan itu sebenarnya terpaksa dibayar dengan wang rakyat yang berlebihan. Sehingga hari ini Pak Lah tidak mahu umumkan berapa banyakkah wang rakyat yang digunakan untuk membeli balik saham Hospital Pantai daripada syarikat Singapura. Anggarannya adalah disekitar RM100 juta. Rakyat rugi dua kali apabila banyak wang rakyat terpaksa digunakan untuk menebus kembali kesilapan awal. Kita terpaksa membayar dengan harga yang tinggi dari wang rakyat untuk menutup kesilapan sistem pentadbiran Pak Lah yang begitu lemah. Kerugian wang rakyat seperti ini boleh dielak dengan mudah jika terlebih awal lagi diteliti sebelum kesilapan boleh berlaku. GLC pun tidak terkawal dan rugi besar

16

Setelah mengikut nasihat orang tertentu, Pak Lah buat keputusan gugurkan wakilwakil Agensi Kerajaan seperti wakil Kementerian, wakil EPU dan wakil Perbendaharaan daripada Ahli Lembaga Pengarah syarikat milik Kerajaan atau GLC. Tempat mereka telah digantikan dengan orang dari sektor korporat. Apakah tujuannya?
ms 13

17

Akibatnya Lembaga Pengarah GLC bebas membuat keputusan tanpa input daripada Ahli Lembaga Pengarah yang mewakili Agensi Kerajaan. Juga sebarang keputusan GLC itu tidak perlu dimaklumkan kepada Kerajaan melainkan kepada Menteri Kewangan 2 sahaja. Pak Lah hilang kawalan ke atas GLC dan juga Kerajaan tidak tahu-menahu keputusan yang dibuat oleh GLC. GLC sekarang sudah jadi taman mainan peribadi Menteri Kewangan 2 sahaja. Menteri Kewangan Pertama pula (iaitu Pak Lah) tidak mahu ambil tahu. Buktinya: Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan telah memaklumkan di Dewan Rakyat pada 3hb Julai 2006 yang mengesahkan bahawa pihak GLC beroperasi tanpa kawalan pihak tertinggi Kerajaan. Jika ada cadangan dari pihak Kerajaan, Lembaga Pengarah GLC berkuasa menentukan sama ada untuk menerima atau menolaknya.

18

Apakah muslihat menggugurkan wakil Agensi Kerajaan tersebut? Apakah keputusan ini boleh membaiki lagi pengurusan GLC ataupun ianya boleh memudahkan kerja manipulasi pengurusan GLC? Sebabnya ialah ’nawaitu’ penasihat “tidak rasmi” yang sangat berpengaruh mempunyai agenda tersendiri. Kita perlu fikir masak-masak. Wang yang
ms 14

digunakan oleh GLC adalah wang Kerajaan dan wang rakyat. Tetapi cara mana GLC belanjakan wang itu, pihak Kerajaan tidak ada kuasa untuk mengawal atau meneliti terlebih dahulu. Justeru itu, semua risiko ditanggung oleh Kerajaan dan rakyat. Jika GLC rugi, penasihat “tidak rasmi” dan pengurus yang bergaji lumayan akan terlepas dari sebarang tanggungjawab. Kerajaan dan rakyat pula yang akan tanggung risiko dan kerugian. TNB rugi RM200 juta – Kementerian diam saja Contoh (i) Mengikut laporan Bernama (24/10/06) apabila TNB mengalami kerugian RM200 juta di Kalimantan, Indonesia baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutifnya Dato Che Khalib Che Noh berkata bahawa kerugian RM200 juta itu tidak menjadi masalah kerana pendapatan TNB melebihi RM20 bilion setahun. Kerugian itu sebenarnya akibat daripada kecuaian TNB menjalin kontrak. Tetapi bagi TNB kehilangan RM200 juta wang rakyat seolaholah ‘small change’ atau duit pecah yang tidak perlu dikhuatirkan! Rakyat kerugian wang tetapi pengurusan TNB terlepas dari sebarang pertanggungjawaban. Menteri Kewangan 2 dan Menteri Tenaga langsung tidak membuat teguran atau memberi katadua untuk meyakinkan rakyat bahawa kecuaian seperti ini tidak
ms 1

akan berulang lagi. Mereka hanya buat tidak tahu. Contoh (ii) Khazanah Nasional Bhd membuat keputusan membeli Lippo Bank di Indonesia, membeli Appolo Hospital di India dan membeli sebuah Syarikat Talipon Selular di Singapura. Siapakah yang membuat kajian sebelum membelinya? Pelaburan ini tidak ada input dari EPU atau dari Perbendaharaan. Kalau Kerajaan sudah kehabisan wang, apakah sebabnya Khazanah Nasional melabur begitu banyak wang rakyat di luar negara? Dan Kerajaan tidak dimaklumkan terlebih dahulu sebelum keputusan itu dibuat. Tanpa wakil Agensi Kerajaan dalam Lembaga Pengarah GLC, Agensi Kerajaan berkenaan tidak dapat membuat kajian dan melaporkan kepada Kerajaan untuk membuat keputusan. Tanpa wakil agensi Kerajaan dalam Lembaga Pengarah, GLC bebas membuat keputusan. Andainya berlaku kerugian besar dalam pelaburan itu, apakah Kerajaan dengan mudah boleh lepas tangan? Siapakah yang mengawal pengurusan kewangan Khazanah Nasional Bhd? Berapa jumlah wang yang telah dibawa ke luar negara untuk tujuan melabur ini? Berapakah jumlah keuntungan atau kerugian daripada aktiviti pelaburan di luar negara itu? Tanpa kawalan teliti apapun boleh berlaku.
ms 1

Warga Singapura pegang berpuluh bilion wang Rakyat Contoh (iii) Khazanah Nasional Bhd telah melantik seorang warganegara Singapura sebagai “Director of Investment” (Pengarah Pelaburan) dalam Khazanah Nasional. Kenapa pula warga Singapura? Bagaimanakah kita hendak ‘check and balance’ ke atas seorang Pengurus yang diberi tanggungjawab besar menjaga berpuluh bilion Ringgit wang rakyat jika Pengurus itu bukan warganegara Malaysia pun? Tidak adakah rakyat Malaysia untuk memegang jawatan yang sangat penting itu di Khazanah? Agaknya itulah sebabnya Khazanah Nasional membuat keputusan jual saham Telekom Malaysia dan jual saham Proton kepada Temasek Holding Singapura melalui ECM Libra sebagai orang tengah. Adakah penjualan saham tersebut telah dimaklumkan kepada Kerajaan terlebih dahulu? Berapa banyakkah keuntungan komisen yang telah diraih oleh ‘orang tengah’ ECM Libra di mana menantu Perdana Menteri adalah pemegang sahamnya?

19

Sebelum tahun 2004, Proton telah untung dan dapat kumpulkan kelebihan tunai berjumlah RM 4 bilion. Belanja membina Proton City di Tanjung Malim sebanyak RM 1.8 bilion boleh dibuat tanpa
ms 1

pinjaman dan bantuan dari Kerajaan. Tetapi tanpa wakil agensi Kerajaan dalam Lembaga Pengarahnya, Proton mengambil keputusan tamatkan perkhidmatan CEOnya yang telah berjaya membawa keuntungan besar kepada Proton. Sekarang Proton sudah mengalami kerugian RM50 juta. Kemudian, Proton membuat keputusan menjual saham kepada Temasek Holdings Singapura. Keputusan itu dibuat sesudah CEO itu ditamatkan perkhidmatannya.

20

Pak Lah pernah bercakap dalam Perhimpunan Agong Umno 2005 mengenai cita-citanya hendak membangunkan ‘Melayu Perkasa’ atau ‘The Towering Malays’. Tetapi kita lihat sahaja ciri ‘Melayu Perkasa’ yang jelas ada pada bekas CEO Proton itu dibunuh dan dimusnahkan oleh Pak Lah sendiri. Dalam berita terkini sebuah syarikat kereta China, Nanjing Automotive akan menggunakan sehingga 100,000 enjin kereta jenis 1,800cc, 2,000cc dan 2,200cc dengan menggunakan enjin hasil usahasama Petronas F1 dan Sauber. Projek enjin Petronas Sauber ini adalah hasil kerja Jurutera Perkasa Melayu juga - yang telah dimulakan menerusi penglibatan Proton. Tetapi sekarang seorang warganegara Singapura pula dilantik menjadi ‘Director of Investments’ Khazanah Nasional Bhd. Apa terjadi dengan “Melayu Perkasa”?
ms 1

MV Agusta, Petronas Sauber, Lotus dan Teknoloji Pembuatan Kereta

21

Petronas F1 membeli syarikat Sauber, Proton membeli Lotus dan MV Agusta untuk mendapatkan teknologi enjin kereta dan motosikal yang terbukti. Pelaburan Proton dalam Lotus dan pelaburan Petronas dalam Sauber telah menguntungkan negara. Lotus masih boleh bertahan di pasaran dunia dan juga memberi peluang jurutera Malaysia menerokai teknoloji kereta Eropah yang terkini. Petronas Sauber telah menghasilkan enjin kereta baru yang sekarang akan digunakan oleh syarikat Nanjing Automotive dari China pula. Tetapi dalam kes ‘lembu punya susu sapi dapat nama’ Pak Lah seronok bergambar dengan wakil syarikat kereta China itu yang akan membeli 100,000 enjin daripada Petronas Sauber. Begitu juga Proton meneroka teknologi MV Agusta untuk meningkatkan lagi mutu pengeluaran enjin. Ini adalah pelaburan strategik yang memerlukan komitmen dan keberanian serta berpandangan jauh. Perancangan wawasan ini tidak dapat difahami oleh Pak Lah dan seterusnya oleh pengurusan baru Proton. Pak Lah tidak tahu apa pun mengenai pelaburan strategik. Kalau tidak ada peluang untuk mencuri idea orang lain, beliau sanggup bergambar mencabut
ms 1

sayur kangkung. Maka keputusan dibuat untuk jual MV Agusta dengan harga 1 Euro sahaja. Apakah ada muslihat di sebalik penjualan MV Agusta dengan harga yang begitu murah? Apakah ECM Libra sekali lagi mempunyai peranan dalam penjualan MV Agusta sebagai orang tengah yang makan komisen – tanpa ambil peduli harga jualannya? Sebabnya ialah penjualan MV Agusta tidak dibuat secara tender untuk mendapat harga yang mencerminkan nilai sebenar. Tetapi orang tengah tertentu daripada kalangan ‘penasihat tidak rasmi’meraih keuntungan kerana menjadi agen komisen untuk menjual saham MV Agusta. Harta negara dijual untuk menguntungkan sahabat dan keluarga. AP di luar kawalan Pak Lah, penjual kereta bungkus

22

Kementerian Perdagangan Antarabangsa (MITI) masih mengeluarkan AP tanpa kawalan kepada dua individu tertentu – sehingga pasaran kereta tempatan terjejas. Kemudian pengimpot kereta pula boleh ‘Under declaration’ duti Kastam. Pak Lah pernah berkata perkara tersebut hendak dikaji semula oleh National Autimotive Policy atau NAP. Tetapi
ms 20

NAP Pak Lah itu memberi implikasi buruk kepada semua pengedar kereta, semuanya bungkus. Persatuan Pengedar-pengedar Kereta telah kemukakan satu memorandum kepada Pak Lah. Beliau berjanji akan membaca memorandum tetapi sebaliknya beliau tertidur.

23

Kemudian Pak Lah tandatangani Free Trade Agreement (FTA) dengan Jepun. Pasaran Kereta Nasional akan terjejas lagi sebab Jepun boleh eksport kereta ke Malaysia tanpa cukai. Malaysia pula boleh eksport kangkung ke Jepun tanpa cukai. Tetapi berapa banyakkah kangkung yang kita boleh eksport ke Jepun untuk mengimbangkan nilai import sebiji kereta Toyota?

24 25

Persaingan daripada Jepun dan lambakan kereta asing mengancam masa depan Proton. Pak Lah berjanji akan terus melindungi Proton. Itulah sahaja seruan yang mampu dibuat. Mulai tahun 2006 Proton telah mula rugi RM 50 juta. Gaya pentadbiran YOYO atau FLIP FLOP Dalam membuat keputusan pula Pak Lah mengamalkan gaya YOYO dan Flip Flop.
ms 21

Contohnya: (i) Presiden MCA kemukakan memorandum minta peruntukan membina SRJKC baru di bawah RMK9. Khairy Jamaludin, Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia terus berkata permohonan itu tidak harus dilayan. Pak Lah terus bersetuju dengan Naib Ketua Pemuda Umno itu. Kemudian Presiden MCA menjelaskan tuntutan itu selaras dengan Dasar Pendidikan Negara di mana pendidikan Sekolah Rendah China dan Tamil masih kekal. Dengan penjelasan Presiden MCA itu, Pak Lah pun berkata ‘OK boleh. No problem. Permohonan lulus’. Inilah sistem pentadbiran Flip Flop atau YOYO. Sebenarnya Pak Lah sendiri salah faham apa ertinya SRJKC itu. (ii) Apabila Wakil DAP menayangkan klip video di ruang legar Parlimen mengenai seorang wanita dalam lokap Polis disuruh buat ketuk ketampi, isu ini menjadi heboh apabila pihak media melaporkan kononnya wanita itu adalah warganegara China. Tanpa usul periksa Pak Lah terus arah seorang Menteri pergi ke China untuk minta maaf. Pak Lah juga terus mencadangkan ditubuhkan satu jawatan kuasa penyiasat untuk memantau salahlaku anggota Polis. Selepas siasatan dibuat, terbukti bahawa wanita itu sebenarnya adalah Melayu dan bukan warganegara
ms 22

China. Walau bagaimanapun Menteri berkenaan sudah pergi ke China atas arahan Pak Lah. Kemudian suruhanjaya yang ditubuhkan untuk siasat Polis pula dibantah oleh semua peringkat pegawai PDRM. Inilah sistem pentadbiran cara YOYO. (iii) Rang Undang Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan (Bill 2005) dipersetujui oleh Jemaah Menteri yang dipengerusikan oleh Pak Lah supaya dibentangkan dalam Parlimen. Banyak pihak membuat bantahan terutama sekali kaum wanita termasuk Wakil Rakyat Wanita Penyokong Kerajaan mengenai diskriminasi ke atas kaum wanita jika Rang Undang Undang itu diluluskan. Pak Lah memberi arahan kepada semua wakil BN mesti sokong supaya diluluskan. Setelah undang-undang itu diluluskan Parlimen dan ditandatangani Yang DiPertuan Agong, Pak Lah mengarahkan supaya Undang-undang Keluarga Islam yang telah diluluskan itu tidak dilaksanakan dengan alasan hendak dikaji semula. Kalau tidak mahu dilaksanakan kenapa Pak Lah lanyak saja, memberi arahan semua wakil BN mesti sokong Rang Undang-undang itu? (iv Pak Lah tidak sedar Perdana Menteri tidak ada kuasa untuk melarang mana-mana undang undang yang telah diluluskan oleh Parlimen supaya tidak
ms 23

dilaksanakan. Ini adalah kerana kedudukan Parlimen adalah lebih tinggi dari Jemaah Menteri dan juga Perdana Menteri. Tetapi Pak Lah tak tahu. Ya boleh, tak boleh, memang boleh, kita akan buat, kita tak boleh buat.... (v) Sebelum Pak Lah buat keputusan pada 12 April 2006 membatalkan Projek Jambatan di Tebrau bagi menggantikan Tambak Johor yang sudah pun bermula itu, Pak Lah terlebih dahulu membuat kenyataan pada 10 Februari 2006 selepas merasmikan Memorial Tun Hussein Onn, di Jalan Dato’ Onn Kuala Lumpur seperti berikut: “Pendirian kita mengenai Tambak Johor ialah kita hendak jambatan baru sama ada bengkok, lurus atau herot”. Kemudian kenyataan pada 3 Mac 2006 seperti berikut: “Pembinaan jambatan separuh bagi menggantikan Tambak Johor tidak akan menimbulkan sebarang masalah walaupun Singapura mendakwa ia boleh mendatangkan implikasi yang serius. Sebaliknya pembinaan jambatan separuh itu akan menjadikan
ms 24

perhubungan Malaysia-Singapura lebih baik.” Demikian kata YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas kempen Buku Hijau Peringkat Kebangsaan di Taman Seri Nanding, Hulu Langat, Selangor ketika mengulas kenyataan yang dibuat oleh Menteri Luar Singapura George Yeo di Parlimen Singapura pada 2 Mac 2006. Kedua-dua kenyataan Pak Lah ini cukup tegas. Rakyat juga tidak pernah membantah terhadap projek Jambatan Johor yang sudahpun mula dilaksanakan itu. Malah rakyat cukup sedar bahawa pembinaan Jambatan itu akan membawa faedah yang besar kepada negeri Johor khasnya dan Malaysia amnya. Tetapi 22 hari selepas kenyataan yang tegas pada 3 Mac 2006 itu, Pak Lah telah buat kenyataan yang memeranjatkan semua rakyat pada 12 April 2006 seperti berikut: “Kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk tidak meneruskan pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor. Keputusan ini dibuat setelah mengambilkira suara dan sentimen rakyat Malaysia keseluruhannya terutama sekali berkenaan bekalan pasir dan ruang udara. Kerajaan juga membuat
ms 2

keputusan untuk memberhentikan semua rundingan bersabit jambatan tersebut.” Putrajaya 12 April 2006 Pada hari yang sama juga Pak Lah telah buat satu lagi kenyataan iaitu: “Malaysia tidak meneruskan pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor kerana implikasi dan komplikasi undang undang yang akan berbangkit kelak dan kalau kita teruskan juga, ia akan menjadi projek yang tidak disenangi rakyat dan selama-lamanya jadi projek yang dipertikaikan malah kita buat keputusan, ia keputusan politik. Kita tidak boleh mengenepikan perasaan rakyat kerana kita dipilih oleh rakyat untuk rakyat.” Pengumuman Pak Lah membatalkan projek jambatan bengkok pada 12 April 2006 itu bercanggah dengan pendiriannya pada 10 Februari dan 3 Mac 2006, hanya 22 hari sebelum itu. Keputusan Pak Lah membatalkan projek jambatan itu kemudian mengundang berbagai kontroversi terutama sekali apabila ditegur oleh Tun Dr Mahathir Mohamad hingga mencetuskan perbalahan yang berpanjangan hingga sekarang ini.
ms 2

Kata Pak Lah, pembatalan jambatan itu adalah untuk mengelak implikasi dan komplikasi undang-undang yang boleh timbul. Tetapi sebaliknya pembatalan jambatan itu kini menimbulkan implikasi kewangan dan komplikasi yang lain pula. Pak Lah kata pembatalan projek itu boleh menjimatkan kos. Ini tidak benar. Kita perlu ambilkira fakta berikut: (a) Bayaran ganti rugi kepada Syarikat Gerbang Perdana. (b) Tuntutan Kerajaan Negeri Johor ke atas kawasan tanah yang telah diberi percuma dengan cara pertukaran atau ‘swap’ dengan kawasan Tambak Johor, tetapi apabila projek itu dibatalkan Kerajaan Negeri Johor menuntut balik kawasan tanah atau ganti rugi bagi projek yang tidak jadi itu. (c) Oleh kerana jambatan sudah batal, maka perlu pula membina jejambat baru untuk menghubungi pusat CIQ yang telah siap dibina dengan Tambak Jahor (jejambat ini tidak perlu jika projek jambatan tidak dibatalkan). Ini memakan kos yang lebih tinggi. Tiga perkara ini akan melibatkan kos yang berlipat ganda lebih tinggi dari kos membina jambatan yang terbatal.
ms 2

26

Jejambat baru untuk menghubungi Pusat CIQ dengan Tambak Johor perlu dibina merentasi kawasan pembangunan yang padat. Oleh yang demikian, jejambat baru itu melibatkan bayaran ganti rugi yang sangat tinggi kepada penduduk dan tuan tanah. Laluan jejambat baru itu pula terpaksa dibina tinggi dan sangat curam sehingga tidak dapat diguna oleh kenderaan berat seperti lori. Maka beberapa perubahan struktur perlu, untuk merendahkan ketinggian jejambat termasuk pengambilalihan kawasan pembangunan padat di bawah laluan jejambat secara paksa melalui proses ‘Land Acquisition’ dan menempatkan semula mereka yang menduduki kawasan yang terlibat. Kemudian semua jenis bangunan di kawasan itu perlu dirobohkan. Ini melibatkan kos yang lebih tinggi dari kos projek Jambatan Gerbang Perdana yang dibatalkan itu. Sultan Johor membongkar putar-belit Pak Lah

27

Inilah kerugian yang terjadi ekoran dari pembatalan Projek Jambatan itu termasuk komplikasi cara mana hendak membina jejambat baru bagi menghubungi pusat CIQ dengan Tambak Johor. Pak Lah berpura-pura tidak sedar akan semua kerugian ini. Pada hari Sabtu, 4hb November 2006, sewaktu merasmikan South Johor Economic Corridor
ms 2

(SJEC), DYMM Sultan Johor telah mengejutkan Pak Lah (orang lain tidak terkejut sedikit pun) apabila Baginda bertitah bahawa Tambak Johor harus dirobohkan untuk membuka semula Selat Tebrau untuk “membiarkan airnya berlalu”. Baginda bertitah bahawa pembinaan Tambak Johor hampir seratus tahun dahulu oleh “Mat Salleh” adalah untuk menguntungkan Pelabuhan Keppel di Singapura dan merugikan Johor. Demikianlah titah Sultan Johor sendiri. Tetapi Pak Lah pula berkata semua orang Johor tidak mahu jambatan baru dibina!

28 29 30

Implikasi ini tidak termasuk kesan positif jangka panjang ke atas prospek Pelabuhan Pasir Gudang dan Tanjung Pelepas serta prospek keadaan persekitaran Bandaraya Johor Bharu dan lain-lain, jika Tambak Johor dapat diroboh dan laluan Selat Tebrau dibuka semula. Flip flop Pak Lah juga telah merugikan Malaysia sebab isu lain dengan Singapura yang belum lagi selesai dihentikan dan tidak akan dirundingkan lagi. Sebaik sahaja Pak Lah batalkan projek Jambatan Gerbang Perdana Johor itu, pihak YTL terus kemukakan cadangan membina sistem keretapi laju
ms 2

dari Kuala Lumpur ke Singapura yang akan melalui Tambak Johor. Keretapi laju hingga ke Singapura akan menguntungkan Lapangan Terbang Singapura berbanding KLIA di Sepang. Para penumpang dari Malaysia boleh menggunakan kemudahan keretapi laju ke Singapura untuk penerbangan ke mana-mana destinasi disebabkan buat masa ini penerbangan ke destinasi dunia lebih banyak terdapat di Singapura berbanding KLIA. Projek keretapi laju cadangan YTL itu akan mengancam prospek KLIA di Sepang. EPU: Tiang Seri Jabatan Perdana Menteri diabaikan

31

Sebelum Pak Lah jadi PM, kajian bagi setiap cadangan projek penswastaan akan dibuat oleh EPU (Economic Planning Unit atau Unit Perancang Ekonomi) di Jabatan Perdana Menteri. Sebagai Tiang Seri Jabatan Perdana Menteri, EPU adalah Agensi Perancangan yang unggul yang mempunyai ramai pakar berwibawa termasuk dalam bidang ekonomi, kewangan dan sebagainya yang telah terbukti kebolehan mereka. Rekod prestasi EPU dalam merancang dan melaksanakan projek gergasi dengan sungguh berjaya tiada tandingnya. Projek lebuhraya, pembinaan sistem LRT, pembangunan pelabuhan, stesen janakuasa letrik swasta atau IPP, loji
ms 30

pembersihan air, keretapi laju ERL ke KLIA, kawasan wilayah persekutuan (Federal Territories), kawasan Bebas Cukai atau Duty Free Zones, perancangan lapanganterbang, KLIA, MSC, Cyberjaya, Putrajaya, KHTP semuanya pernah ditangani oleh pakar-pakar EPU. Apakah sebabnya EPU di mana terdapat ramai pakar termasuk pakar ‘Melayu Perkasa’ yang telah terbukti berjaya dalam merancang pembangunan negara telah diketepikan oleh Pak Lah? Setelah Pak Lah jadi PM peranan EPU hampir padam. Pakar EPU sekarang tidak ada kerja dan EPU tidak diberi tugas yang bermakna. Habis siapakah pengganti EPU? Jawapannya terletak di ‘Tingkat 4 Pejabat Perdana Menteri’. Inilah ‘the Fourth Floor’ yang sering disebut oleh Tun Dr Mahathir sebagai sangat berpengaruh di Pejabat Perdana Menteri. Perancangan dan keputusan projek sekarang terletak di ‘Tingkat empat.’ Tingkat empat pula mempunyai pertalian rapat dengan syarikat perunding tertentu seperti Ethos Consulting (yang mempunyai hubungan rapat dengan Khairy Jamaluddin, Naib Ketua Pemuda Umno), Binafikir (syarikat kepunyaan Azman Mokhtar yang juga
ms 31

menjadi Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd) mempunyai peranan luar biasa dalam merancang nasib 25 juta penduduk Malaysia. Kedua-dua syarikat perunding ini mendapat kontrak lumayan untuk menyiapkan kajian projek tertentu. Oleh kerana mereka mempunyai ‘inside information’ maka fahamfaham sajalah. Sebagai contoh, seluruh konsep dan dasar National Automotive Policy atau NAP yang sekarang ini sedang huru-harakan industri kereta Malaysia, bukan hasil kajian Kementerian Pengangkutan, Jemaah Kabinet atau sebarang Kementerian yang lain. Sebaliknya, keseluruhan National Automotive Policy atau NAP telah dirangka oleh Ethos Consulting. Tetapi Ethos pula subkan tugas ini kepada sebuah syarikat perunding British! (Kisah Ali Baba lagi). Siapakah Ethos Consulting? Ethos Consulting adalah perunding yang ditubuhkan oleh seorang pemuda China yang menjadi kawan karib Khairy Jamaluddin sewaktu belajar di Britain dulu. Nama ‘Ethos’ pun sebenarnya diambil sempena ‘Ethos Magazine’ yang menjadi majalah Persatuan Pelajar Malaysia di UK dan Ireland di mana Khairy Jamaluddin pernah menjadi Editornya. Jadi EPU terkubur. Jika Khairy Jamaluddin boleh
ms 32

dianggap sebagai Perdana Menteri Malaysia yang sebenarnya, Ethos pula adalah timbalannya. Ethos jauh lebih berpengaruh daripada EPU. Pak Lah pula boleh ‘slamba saja’. Satu lagi contoh ialah cadangan keretapi laju YTL yang diputuskan oleh Pak Lah supaya dikaji oleh Khazanah Nasional Bhd. Apakah rasionalnya menyuruh Khazanah Nasional membuat kajian mengenai keretapi laju? Apakah Khazanah lebih berkemampuan daripada EPU yang pernah terlibat dalam perancangan keretapi laju ERL, sistem keretapi LRT, perancangan sistem LRT Putrajaya dan banyak lagi. Sudah tentu Khazanah pun akan subkan kajian ini kepada perunding tertentu. Sudah tentu segala maklumat penting dan rahsia ‘inside information’ akan dilombong habis oleh perunding tersebut.

32

Begitu juga dengan projek Pembangunan Ekonomi Wilayah, Pak Lah telah umumkan semua jenis projek Pembangunan Ekonomi Wilayah Utara, Timur, Johor Selatan SJER, Sabah dan Sarawak akan dikaji oleh Khazanah dan bukan oleh EPU. Kenapa perubahan seperti ini? Apa muslihatnya mengenepikan EPU? Apakah di bawah pentadbiran Pak Lah peranan EPU sudah tidak ada lagi?
ms 33

‘Rogues Gallery’ (Galeri Bangsat) Pak Lah

33

Pentadbiran Pak Lah juga memberi tempat kepada orang yang mempunyai ‘track record’ yang tidak baik ataupun yang pernah menyalahi undang undang. Mereka ini menjadi ahli ‘Rogues Gallery’ Pak Lah. Contohnya ialah perlindungan yang diberi kepada Datuk Zakaria Deros di Klang, ADUN daripada Jasin di Melaka, yang terlibat dalam kes import kayu balak secara ‘tutup sebelah mata’ dan ramai lagi. Begitu juga beberapa Menteri yang telah terlibat dalam aktiviti yang mencurigakan, juga diberi tempat oleh Pak Lah. Lebih mudah bagi Pak Lah mengawal orang seperti ini kerana mereka sangat terhutang budi kepadanya. Bank Negara Malaysia pernah mengalami kerugian dalam urusan pasaran pertukaran wang asing berjumlah RM 17 bilion. Nor Mohd Yakcop yang bertanggungjawab atas kerugian tersebut kini telah dilantik menjadi Menteri Kewangan Kedua oleh Pak Lah. Menteri ini juga sekarang mempunyai kuasa mutlak ke atas semua GLC dan semua projek penswastaan. Kerugian RM200 juta yang dialami oleh TNB di Indonesia, kerugian Proton, kerugian MAS dan banyak kerugian lagi adalah sewaktu Nor Mohd Yakcop menjadi Menteri Kewangan 2. Nor Mohd Yakcop diberi
ms 34

jawatan Menteri Kewangan 2 kerana beliau mudah di ‘control’ seperti juga Norwawi Effendi, Rafidah Aziz dan beberapa Menteri lain yang mempunyai ‘sejarah hitam’. Setiausaha Politiknya adalah Datuk Mohd Norza Zakaria – sahabat karib Khairy Jamaluddin. Segala minit mesyuarat dan dokumen yang bakal dibaca oleh Nor Mohd Yakcop dibaca oleh Norza Zakaria dulu dan dilaporkan kepada Khairy. Pak Lah tidak perlu risau apa-apa. Kewangan negara berada dalam tangan ahli keluarganya juga. Kemasukan pengaruh Penasihat pro Singapura

34

The Straits Times Press atau STP, satu ketika dahulu telah dikuasai oleh Singapura. Dengan usaha Tengku Razaleigh Hamzah, Malaysia telah dapat kuasai semula STP dan kemudian ditukar kepada The New Straits Times Press atau NSTP. Dengan perubahan kuasa itu NSTP telah berjaya melantik ramai warga Malaysia terutama sekali orang Melayu memegang jawatan penting. Tetapi Pak Lah telah mengubah kedudukan di NSTP. Pak Lah lantik Kalimullah Hassan yang pernah bertugas dengan Singapore Straits Times menggantikan tempat Dato’ Abdullah Ahmad untuk menerajui NSTP. Sejak itu, ramai rakyat Malaysia yang bertugas dengan
ms 3

NSTP diganti dengan orang lain. Sekarang ini NSTP masih dikuasai oleh orang pro Singapura – terutama sekali adalah Kalimullah sendiri. Dan Kalimullah menjadi penasihat terdekat yang sangat dipercayai oleh Pak Lah. Selepas Kalimullah dilantik menerajui NSTP, berita terkini yang berlaku di Kuala Lumpur sering dibocorkan kepada media Singapura terutama sekali kepada Straits Times Singapore. Satu contoh ialah pengumuman perlantikan Dato Najib Tun Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri. Akhbar perdana Singapura telah menyiarkan berita itu sebelum sebarang pengumuman rasmi oleh Jabatan Perdana Menteri. Bagaimanakah ini boleh berlaku? Anehnya, akhbar NSTP sekarang mengalami kemerosotan yang begitu teruk dalam bilangan pembacanya berbanding dengan akhbar lain seperti The Star. Malahan akhbar ‘nyamuk’ seperti The Sun yang diberi percuma kepada orangpun sudah mula bersaing hebat dengan NSTP. Kalimullah dan rakan gagal meningkatkan prestasi akhbar NSTP. Penasihat terdekat Pak Lah: Gabungan pro Singapura dan menantu
ms 3

35

Setelah menerajui NSTP Kalimullah diberi peluang menerajui ECM Libra. Kalimullah dan beberapa rakan Ahli Lembaga Pengarah ECM Libra bersetuju memberi pinjaman mudah sebanyak RM 9 juta kepada Khairy Jamaluddin, menantu Pak Lah untuk membeli saham ECM Libra bagi membolehkan Khairy dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah ECM Libra. Tujuannya supaya ECM Libra mendapat berbagai kemudahan serta faedah dari Kerajaan melalui pengaruh Khairy. Dalam masa yang sama Kalimullah dan Khairy menjadi penasihat yang sangat berpengaruh kepada Pak Lah. Kemudahan pinjaman yang diberikan kepada Khairy itu merupakan satu bentuk rasuah kerana mereka mendapat banyak faedah jika Khairy dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah ECM Libra.

36

Banyak business deal dengan Kerajaan terutama sekali Khazanah Nasional Bhd semuanya dibuat melalui ECM Libra. Urusan jual saham Agensi Kerajaan seperti EPF juga banyak disalurkan menerusi ECM Libra yang menghasilkan berjuta ringgit komisen bagi syarikat kepunyaan Kalimullah dan menantu Pak Lah itu.
ms 3

37 38

Permohonan ECM Libra untuk bergabung dengan syarikat milik Kerajaan iaitu Avenue Capital diluluskan dengan begitu mudah oleh Menteri Kewangan 2 dan Pak Lah. Apa yang berlaku ialah Pak Lak telah meluluskan permohonan kepada sebuah syarikat di mana menantunya menjadi pemegang saham dan Ahli Lembaga Pengarah. Untuk mengelirukan rakyat yang mempersoalkan isu gabungan ECM Libra dan Avenue Capital itu, Khairy telah membuat kenyataan bahawa gabungan itu telah dibuat mengikut peraturan. Itu memang benar, sebabnya mana-mana permohonan yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan terbukti telah mengikut peraturan. Tetapi yang berkuasa meluluskan permohonan itu ialah Menteri Kewangan. Yang menjadi Lembaga Pengarah syarikat yang memohon itu pula ialah menantu Menterinya sendiri.

39

Dalam wawancara dengan TV3 pada 7 Ogos 2006 jam 8.30 malam, Pak Lah berkata, beliau tidak pernah beri sebarang kontrak kepada Khairy. Itu memanglah betul. Beliau memang tidak pernah bagi kontrak tetapi beliau bagi lain dari kontrak dan apa yang beliau bagi itu lebih besar dari kontrak. Kalau dapat kontrak sekejap sahaja, kerjapun siap. Tetapi kelulusan bergabung dengan Avenue Capital yang
ms 3

diberikan ini boleh beroperasi sampai bila-bila.

40

Bila gabungan ECM Libra/Avenue Capital dipersoalkan oleh orang – tiba-tiba Khairy umumkan beliau telah jual sahamnya dalam Avenue Capital hingga rugi RM 200 ribu. Kalau semuanya dibuat mengikut peraturan, kenapa terpaksa jual saham dan terpaksa menanggung rugi? Sebenarnya, beliau perlu jelaskan, saham yang dijual itu saham miliknya sendiri atau miliknya menerusi ECM Libra? Khairy memegang saham ECM Libra, kemudian ECM Libra bergabung dengan Avenue Capital dan menguasai saham majoriti. Kalau beliau jual saham kepunyaan peribadinya dalam Avenue Capital tetapi pegangan sahamnya menerusi ECM Libra masih kekal, ini bermakna kepentingannya dalam Avenue Capital melalui ECM Libra masih kekal. Justeru itu, pengumuman kononnya penjualan sahamnya dalam Avenue Capital hanyalah satu helah untuk mengelirukan orang. Kepentingan beliau dalam Avenue Capital masih kekal. Urusan negara jadi ‘family business’

41

Dalam wawancara TV3 itu juga Pak Lah kata Syarikat Scomi tidak pernah dapat apa-apa kontrak dari Kerajaan. Jelas bahawa Perdana Menteri
ms 3

Malaysia sanggup mengabui mata rakyat untuk menjaga kepentingan anak dan ahli keluarga sendiri. Pengakuan Pak Lah ini terbukti palsu dengan begitu mudah sekali kerana terdapat terlalu banyak fakta bahawa SCOMI dapat kontrak seperti berikut: i. Bina 400 buah badan bas untuk Syarikat Prasarana Negara Bhd milik Kerajaan RM 120 juta. ii. Kerja-kerja menyelenggara gerabak-gerabak keretapi milik KTMB selama 5 tahun RM 60 juta. iii. SCOMI beli 51% saham majoriti Syarikat MTRANS dari Kerajaan dengan harga murah RM 30 juta saja. Pembelian ini menjadi persiapan awal untuk membolehkan SCOMI merebut kontrak monorel RMK9 bernilai RM 9 bilion untuk membekalkan peralatan monorel di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bharu. Mana-mana syarikat yang mendapat konsesi Monorel itu sudah pasti akan terpaksa membeli gerabak dan peralatan monorel dari SCOMI. Syarikat konsesi untung atau rugi tidak menjadi masalah. SCOMI tetap untung besar sebagai pembekal gerabak monorel. iv. SCOMI Marine Services telah dapat kontrak dari TNB untuk membawa 500,000 tan arang batu dari
ms 40

Australia, Indonesia dan Afrika Selatan mulai 1 Oktober 2006. iv. SCOMI dapat kontrak dari Petronas Carigali (Turkmenistan) Sdn Bhd bernilai RM 57 juta setahun. Dalam perkembangan terkini Pak Lah tukar taktik sikit. Beliau sedar kesilapannya menafikan anaknya mendapat kontrak kerajaan. No problem. Sekarang Pak Lah kata ‘tetapi anak orang lain pun dapat kontrak’. Maksudnya “kalau anak orang lain boleh telan duit kerajaan, kenapa anak saya tak boleh?” Eloklah tu Pak Lah. Esok kalau anak orang lain terjun ke dalam sungai apakah anak kita pula kena terjun ke dalam laut? Tetapi semua kontrak ini perlu kelulusan Kementerian Kewangan. Pak Lahlah Menteri Kewangan. Macamana Menteri Kewangan boleh naïf dan kata ‘Saya tidak tahu’? Kemudian untuk membuktikan lagi ‘ketelusan’ pentadbirannya, Pak Lah membuat kenyataan yang beliau akan siasat mengenai perkara ini. Tetapi Pelik bin Ganjil - Pak Lah minta laporan daripada SCOMI pula. Seperti yang boleh disangka SCOMI segera menyiapkan laporan yang ‘membuktikan’ bahawa mereka dapat kontrak itu mengikut prosedur yang
ms 41

betul. Soalannya di manakah hikmahnya menerima sebagai sah laporan daripada si tertuduh – SCOMI syarikat kepunyaan anak sendiri – untuk membuktikan ketidaksalahan sendiri? Kita perlukan penyiasatan dan laporan bebas dari pihak ketiga dengan cara telus dan terbuka. Tetapi Pak Lah menjawab kemusykilan rakyat dengan kemukakan laporan dari syarikat anaknya sahaja. Untuk tutup pekung SCOMI warga asing ditahan ISA

42

Satu lagi isu panas yang membabitkan SCOMI: Atas desakan FBI Amerika, 5 orang Jepun dari Syarikat Mitutoyo termasuk presidennya telah ditangkap pada Jun 2006 kerana membekalkan mesin membuat komponen senjata nuklear kepada SCOMI yang dieksport semula ke Libya. Perkara ini menjadi isu besar di Amerika. Seorang rakyat Sri Lanka bernama BSA Tahir pernah bekerja dengan SCOMI dan banyak tahu mengenai aktiviti syarikat ini. Untuk mengelak daripada beliau memecahkan rahsia SCOMI, Hamba Allah ini dikenakan tahanan ISA – sekarang sudah masuk pusingan kedua (sudah melebihi dua tahun) atas alasan pelik beliau boleh mengancam keselamatan negara. Waran melanjutkan tahanan BSA Tahir selama dua tahun lagi ditandatangani oleh
ms 42

Pak Lah sebagai Menteri Dalam Negeri. Apakah warga asing yang bernama BSA Tahir ini benar-benar mengancam keselamatan negara Malaysia atau beliau sebenarnya mengancam keselamatan SCOMI dan keselamatan keluarga Abdullah Badawi pula? Sebagai warga asing beliau seharusnya dibuang negeri sahaja. Seorang warga asing tidak boleh mengancam ‘keselamatan dalam negeri’ kalau beliau tidak berada dalam negeri kita lagi. Lagipun kilang SCOMI yang membuat komponen senjata nuklear itu sudah lama ditutup. Semua mesin pembuat komponen nuklear telahpun dilelong. Dan semua komponen yang dieksport ke Libya telahpun dirampas oleh FBI. Jadi di mana lagi ancaman BSA Tahir terhadap “keselamatan dalam negeri” kita sehingga tahanan penjara beliau perlu dilanjutkan lagi? Tetapi sebenarnya Tahir simpan terlalu banyak rahsia mengenai penglibatan SCOMI, Syarikat Mitutoyo dan komponen nuklear yang dieksport ke Libya. Maka beliau dikenakan tahanan ISA. Tidakkah menganiaya Hamba Allah ini? Dan tidakkah beliau ini dizalimi oleh Kerajaan Islam Hadhari Abdullah Ahmad Badawi? Apakah semua ahli Umno sanggup menyokong perbuatan zalim dan berdosa ini? Tepuklah dada dan tanyalah iman. Jangan sampai BSA Tahir dijumpai mati dalam tahanan pula! Ikut kebiasaan sekarang, tahanan Polis kerap mati dalam lokap.
ms 43

Pak Lah dan Skandal ‘Oil For Food’ - Minyak Iraq masih melekat

43

Nama Pak Lah telah terlibat dengan isu skandal OIL FOR FOOD Iraq sebanyak 50 juta tong minyak di mana beliau ada kepentingan dalam dua syarikat dari Malaysia, Tradeyear Sdn Bhd dan Mastek Sdn Bhd. milik iparnya Noor Asiah Mahmood. Maklumat terperinci mengenai skandal ini terdapat dalam laporan rasmi Kerajaan Amerika di bawah ini: (1) CHARLES DUELFER:- Comprehensive Report of the Special Adviser to the Director of Cenral Intelligence on Iraq’s Weapons of Mass Destruction, dated 30 September 2004. (2) Paul A. Volcker:- Independent Inquiry Committee into The United Nations Oil For Food Programme (Manipulation of the Oil For Food Programme by the Iraq regime) dated 27 October 2005.

44
ms 44

Oleh yang demikian di Washington D.C., Pak Lah berjumpa dengan Presiden Amerika George Bush juga untuk mendapat ehsan Bush supaya menolak usaha beberapa Ahli Kongres Amerika yang

mahu memaklumkan kepada rakyat Amerika mengenai dua isu besar tersebut iaitu isu SCOMI dengan komponen senjata nuklear dan isu Oil For Food yang boleh memberi kesan yang serius kepada imej dan ketelusan Pak Lah sebagai Perdana Menteri Malaysia. Memang isu ini sekarang telah menjadi senyap di kalangan ahli Kongres Amerika Syarikat. Walaupun Amerika Syarikat sering mengkritik undang-undang ISA kita, mereka langsung tidak bertanya sedikitpun mengenai BSA Tahir.

45

Apakah ‘habuan’ yang Pak Lah terpaksa bayar kepada Bush untuk membeli persetujuan Bush? Lihatlah sendiri. Malaysia membenarkan kapal nuklear Amerika yang terlibat dalam pengeboman negara Islam di Timur Tengah berlabuh di Pelabuhan Malaysia. Untuk apa? Apakah tujuannya? Ini perlu kita fikirkan sebab ia melibatkan maruah dan kedaulatan negara. Pak Lah juga sangat cenderung menandatangani Free Trade Agreement atau FTA dengan Amerika. Rupanya Pak Lah sudi bersetuju dengan apa jua permintaan dari Bush nanti.

ms 4

Syok betul Mat Badui dapat jumpa Bush

46

Pak Lah rasa seolah ianya satu penghormatan paling istimewa bagi dirinya bila dapat berjumpa Bush. Lebih-lebih lagi bila Bush puji beliau sebagai seorang pemimpin yang baik, mudah berunding, mudah bertolak ansur dan mudah bersetuju dengan segala kehendaknya. Pak Lah begitu seronok dan naik syok sendiri berjumpa dan dipuji oleh Bush, sampai Pak Lah sendiri mengaku bahawa beliau terlupa bertanya Bush mengenai nasib dua rakyat Malaysia yang ditahan secara haram oleh Bush di Penjara Teluk Guantanamo. Kesian betul al kisah dua orang Mat Guantanamo itu. Perdana Menteri mereka terlupa bertanyakan khabar mereka! Bush sebenarnya melihat Pak Lah sebagai pemimpin ‘clown’ atau badut yang kerdil. Apakah buktinya? Pandangan rendah Bush terhadap Pak Lah jelas apabila Bush enggan melawat Pak Lah selepas mesyuarat APEC yang bakal berlangsung di Hanoi, Vietnam tidak lama lagi. Bush telah bersetuju singgah di Singapura dan Indonesia selepas bermesyuarat di Hanoi itu. Walaupun Pak Lah adalah Pengerusi OIC dan juga Pengerusi NAM (Non Aligned Movement) beliau tidak dihiraukan sedikitpun oleh Bush. Singapura hanya pulau kecil. Indonesia pula masih
ms 4

berada dalam keadaan huru-hara tetapi Bush lebih menghormati mereka daripada Pak Lah. Rupanya pungguk terpaksa rindukan bulan lagi! Nasib malang negara kita

47

Inilah kepimpinan Pak Lah. Tanpa kualiti kepimpinan dan tahap pengetahuan dan wawasan yang amat terhad beliau jadi pemimpin yang tidak cukup kebijaksanaan atau ‘not enough wisdom’ untuk memimpin negara Malaysia yang bermasyarakat dinamik. Pak Lah sebenarnya sangat sedar akan kelemahannya. Maka beliau terpaksa buat seperti ‘penjual ubat’ kaki lima untuk menutup kelemahan dan menonjolkan diri. Maka tercetuslah berbagai slogan ‘jual ubat’ seperti “Kerja dengan saya, bukan kerja untuk saya”, “Cemerlang, Gemilang dan Terbilang”, “Melayu Perkasa” atau “The Towering Malays”, “Islam Hadhari” dan lain-lain slogan yang tidak bermakna. Kami sokong! Entah apa pun kami sokong juga!

48

Beliau juga berusaha giat mencari penyokong yang sanggup mematuhi dan taatinya. Beliau terpaksa mengambil pendekatan ‘membeli ketaatan’
ms 4

atau “To Buy The Loyalty.” Beliau utamakan orang yang ‘bermasaalah’ untuk diberi kedudukan penting dalam Parti dan juga Kerajaan. (Sila lihat ‘Rogues Gallery’ Bah. 4). Dengan cara ini, orang yang dilantik itu amat patuh dan taat kepadanya. Contohnya adalah Nazri Aziz yang dilantik menjadi Menteri Tutup Lampu dan Kipas di bangunan Parlimen – satu jawatan yang tidak pernah wujud sebelum ini. Rafidah Aziz pula perlukan balutan plaster yang sangat besar untuk menutup pekung AP yang sangat besar. Menteri lain pula seperti Norwawi Effendi perlukan wang sebanyak RM50 juta untuk membayar ‘alimony’ kepada bekas isteri. Jom kita tanam sawi pula!

49

Pada masa yang sama beliau memberi katadua kepada para Menteri dan para pemimpin Umno supaya patuh kepada arahannya. Akibatnya tiada Menteri yang berani menegur atau mengkritik sebarang dasarnya. Contohnya apabila Pak Lah utamakan Pertanian dan Industri Asas Tani, semua pihak terima dasar itu bulat-bulat. Suara yang sering kita dengar ialah “Kami sokong Pak Lah”, “Kami berdiri teguh di belakang Pak Lah.” Tidak ada siapapun Ahli Parlimen Umno yang berani berhujah, mengkritik dan memberi pendapat akan cara yang terbaik untuk memajukan
ms 4

Pertanian negara ini. Contohnya setakat ini langsung tidak ada peruntukan untuk membina Pusat Latihan Pertanian di bawah RMK9 untuk melatih para petani dalam bidang pertanian dan industri yang berkaitan. Tiada usaha memperkasakan organisasi Pertubuhan Peladang. Tidak ada cadangan untuk mengenalpasti jenis komodoti pilihan atau memajukan industri pertanian. Pak Lah sendiri hilang arah dan tidak ada fokus untuk mencapai matlamat dasar pertanian beliau. Setelah tiga tahun menjadi Perdana Menteri tidak ada sebarang hasil daripada dasar Pertanian Pak Lah. Akhirnya muka depan akhbar pengampu merakamkan gambar Pak Lah sedang memetik sayur kangkung. Pak Lah sudah jadi Perdana Menteri Kangkung. Pi mai pi mai tang tu juga. Petik kangkung. Apakah gambar berikutnya akan menunjukkan Pak Lah menanam sawi?

50

Oleh kerana Pak Lah seronok menerima pujian dan ‘feel good’, maka orang di sekeliling beliau jarang memberi ‘feedback’ yang berupa teguran atau kritikan terbuka. Tidak ada siapa yang berani menyampaikan perkara yang tidak enak didengar beliau. Justeru itu beliau tidak mendapat gambaran sebenar mengenai situasi semasa. Maka Pak Lah sentiasa berada dalam keadaan ‘slumber’ atau ‘complacent’. Oleh demikian apabila beliau terdengar
ms 4

kritikan atau teguran dari sesiapa pun, beliau mudah tersinggung, mudah rasa tercabar dan mudah melatah hingga menyebabkan beliau cepat menolak teguran dan sudi menghukum sesiapa sahaja yang berani menegur dan mengkritiknya. Tukang kalut dari Kedah

51

Sewaktu memberi ucapan untuk sabotaj Tun Dr Mahathir di mesyuarat bahagian Kubang Pasu, Menteri Besar Kedah Mahdzir Khalid telah menyebut dua cerita kalut orang Kedah. Cerita yang pertama melibatkan tiga orang sahabat yang bergegas ke stesen keretapi. Oleh kerana keretapi yang akan ke Kuala Lumpur itu masih menunggu mereka telah pergi minum kopi dulu. Kemudian bila wisel bertiup baru mereka turun ke platfom. Tetapi keretapi sudah mula bergerak. Mereka pun hambat keretapi itu sepanjang platfom. Akhir sekali dua daripada tiga orang sahabat itu dapat juga melompat naik keretapi - sekali dengan beg. Tetapi sahabat ketiga yang tertinggal itu pula jatuh tergelak-gelak atas platfom. Apabila stesen master bertanya kenapa beliau begitu, dia jawab, ‘Yang nak pi Kuala Lumpur saya – depa dua tu mai hantak saja!’
ms 0

Cerita kalut kedua pula melibatkan seorang pakcik tua yang hendak ke Pulau Langkawi. Pakcik itu membawa beg dan buah tembikai dan menuju ke feri di Kuala Kedah. Setelah melepasi pengawal tiket pakcik itu melihat feri sudah tidak rapat lagi dengan jeti. Macam sahabat yang hambat keretapi tadi, pakcik itu pun berlari mengejar feri. Beliau juga membuat keputusan melompat ke atas feri. Akhir sekali pakcik itu mencapai juga ke atas feri tetapi pakcik itu terjatuh, buah tembikai pecah, begnya koyak dan juga luka di kaki. Kemudian budak bot itu datang bertanya ‘Pakcik kenapa pakcik melompat? Bot ini baru sampai dari Langkawi. Kita bertolak lambat lagi’. Cerita ini semua mungkin lucu tetapi cuma setakat situ saja. Tujuan cerita kalut Mahdzir itu adalah untuk menakutkan ahli Umno Kubang Pasu bahawa mengundi Tun Dr Mahathir boleh jadi perkara kalut. Tetapi yang menjadi kalut ialah bahawa seorang Menteri Besar perlu kepada cerita yang tidak masuk akal untuk sabotaj seorang negarawan dan pemimpin terulung yang hanya berniat untuk menyelamatkan bangsa dan negaranya. Dr Mahathir tidak pernah kalut. Apabila pemimpin lebih pentingkan duit dan kedudukan sendiri dan tidak tahu memimpin negara sudah tentu anak buahnya akan melompat-lompat mengejar keretapi dan feri. Inilah yang berlaku dalam
ms 1

barisan pimpinan Umno sekarang. Yang menjadi lebih kalut ialah duit RM200 yang dimasukkan ke dalam sampul untuk membeli undi orang kampong. Maruah perwakilan Kubang Pasu dan perjuangan parti Umno diletakkan harga RM200 sahaja. Inilah kekalutan yang sebenarnya. Dan Mahdzir Khalid telah sudi menjadi ‘tukang kalut’ dari Kedah. Cerita kalut Mahdzir Khalid dan Johari Baharom diarah menghadiri mesyuarat MT Umno. Dan yang terkini ialah pendedahan komplot ‘Dolahgate’ oleh laman ‘Malaysia Today’ (sila lihat THE CORRIDORS OF POWER Dolahgate dan Operation Deep Throat) di mana Ketua Bahagian Umno Kubang Pasu, Johari Baharom, dan Menteri Besar Kedah, Mahdzir Khalid, telah diarah menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di mana mereka berdua telah diberi arahan haram untuk sabotaj pencalonan Tun Dr Mahathir di pilihan bahagian Umno Kubang Pasu. Kehadiran Johari Baharom dan Mahdzir Khalid di mesyuarat itu melanggar peraturan parti sebab mereka berdua bukan Ahli Majlis Tertinggi. Lagi pun memang salah dari segi syarat dan perlembagaan Umno bagi sesiapa pun ahli Umno berkomplot untuk
ms 2

menjatuhkan seorang lagi ahli parti. Perbuatan ini juga salah dari segi undang-undang. Tetapi kita hidup dalam zaman Islam Hadhari. Dalam zaman Islam Hadhari - lebih kalut sesuatu perkara maka lebih ramai pemimpin Islam Hadhari yang akan menyokongnya atau akan buat tidak tahu saja. Selain daripada keluarga Perdana Menteri yang songlap duit rakyat secara terbuka, selain daripada Mahdzir Khalid dan Johari Baharom berkomplot lawan Dr Mahathir, ADUN pula menipu Kastam dan minta supaya ‘tutup sebelah mata’. Itu adalah ok di sisi Islam Hadhari. Kemudian bila ADUN bina mahligai RM5 juta tanpa kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan, itu pun ok juga. Kemudian bila Senator dan anaknya jalankan perniagaan ‘AP klon’ itu pun ok juga. Tidak ada apa yang akan berlaku kepada mereka. Inilah antara banyak kekalutan zaman Islam Hadhari. Tiada had setiap hari. Berterusanlah kekalutan pentadbiran Pak Lah. Sila baca sendiri: The Star - A fruit exporter has lodged a report with the Anti-Corruption Agency alleging that a deputy
ms 3

minister was involved in money laundering of up to RM10mil. Mohamad Tahir Fazal Mohamad lodged the report on Aug 23 along with supporting documents. Among them, were certified copies of receipts of payment to the deputy minister from 2000 up to the present day, and the general ledger of a company of which the deputy minister is chairman. “I have gone to see the ACA four times since filing the report but nothing has been done,” he said at a press conference yesterday at the Parti Keadilan Rakyat office. Timbalan Menteri pula terlibat dalam rasuah sehingga RM10 Juta. Sudah empat kali Encik Tahir ini pergi buat laporan dengan BPR tetapi tidak ada tindakan yang diambil. Inilah kekalutan zaman Islam Hadhari. Berita panas terkini (7/11/06) pula melibatkan Abdul Razak Baginda – penasihat nombor satu kepada pemimpin nombor dua Datuk Seri Najib Tun Razak. Razak Baginda bersama tiga anggota Polis telah ditahan untuk disoal siasat mengenai pembunuhan kejam seorang wanita Mongolia yang pernah dikenalinya. Wanita itu disyaki mati ditembak oleh dua orang pegawai Polis daripada Unit Tindakan
ms 4

Khas di mana seorang daripadanya adalah dalam pasukan pengawal peribadi Perdana Menteri Pak Lah. Setelah pembunuhan wanita Mongolia tadi, pengawal peribadi itu terus mengiringi PM dalam lawatannya ke Pakistan baru ini. Ibupejabat Polis terpaksa mengarahnya pulang segera dan menahannya apabila tiba di sini. Jadi macam-macam kekalutan sedang berlaku dalam negara kita. Saya tak suka dengar awak cakap, awak diam saja!

52

Apabila Pak Lah ditegur oleh Tun Dr Mahathir, beliau merasa cukup tercabar dan segera bertindak menghukum Tun Dr Mahathir sebagai ‘pengacau’ dan ‘mengganggu’ pentadbirannya. Tukang-tukang kalut pun dikerah untuk membuat cerita kalut melawan Dr Mahathir. Tetapi oleh kerana bukan semua orang yang terencat akal macam Mahdzir Khalid, Pak Lah tiada pilihan melainkan bertindak lebih agresif menyekat Tun Dr Mahathir berjumpa atau bercakap kepada ahli Umno. Pak Lah melarang ahli Umno terutama sekali para pemimpin Umno dari semua peringkat berjumpa Tun Dr Mahathir. Pada 2006 Pak Lah telah halang Tun Dr Mahathir daripada berucap di 14 majlis termasuk yang berikut:
ms 

i. Program ‘Jasamu Dikenang’ dengan Pemuda Umno Selangor. Program dibatalkan. ii. Upacara Perasmian Mesyuarat Umno Bahagian Padang Besar. Jemputan dibatalkan. iii. ‘Wacana Patriotik’ bersama Institut Pemikiran Dr Mahathir di Universiti Utara Malaysia pada 6/9/06. Program dibatalkan. iv. Ceramah kepada pegawai PTD dibatalkan. v. Undangan Khas, Kursus Perkembangan Minda, Lagoon Resort, Pulau Langkawi. Jemputan dibatalkan. vi. Program Forum Sejarah Bersama Pemimpin oleh Biro Kebudayaan, Kesenian & Warisan, Pemuda Umno Malaysia. Jemputan dibatalkan. vii. Perjumpaan bersama ahli Mubarak di Kota Bharu. Program dibatalkan. viii. Program Perkida di Johor 1hb Nov. 06. Jemputan dibatalkan. ix. Program bersama anak miskin di Baling, Kedah. Program dibatalkan. Apakah maksudnya pembatalan semua program dan jemputan tersebut? Maksudnya ialah Abdullah bin Ahmad - Perdana Menteri kita yang kelima (‘Badawi’ itu bukan nama beliau dalam kad pengenalanpun – hanya nama glamour datuk beliau, macam Daud Iraqi atau Sulaiman Palestini) terbukti membohong apabila dia berkata, “...
ms 

Saya tidak beri arahan apa-apa.” (Berita Harian). Begitu juga Pak Lah telah berbohong sewaktu di Pakistan bila beliau berkata langsung tidak ada halangan terhadap Dr Mahathir berucap di manapun atau berjumpa dengan siapapun. Mengikut Tun Dr Mahathir, Anuar Musa telah menerima panggilan telefon terus daripada Pak Lah yang berada di Perth, Australia pada masa itu, memberi arahan kepada Anuar Musa supaya memastikan program Mubarak bersama Tun Dr Mahathir di Kota Bharu dibatalkan. Inilah kekalutan yang disokong oleh manusia seperti Mahdzir Khalid. Kekalutan di mana seorang Perdana Menteri sanggup berbohong bahawa dia tidak membuat sesuatu apabila semua orang tahu dia memang memberi arahan menghalang Dr Mahathir daripada berjumpa atau bercakap dengan ahli Umno. Dr Mahathir - pemimpin tulen yang tidak berputus asa

53

Sejarah Melayu di masa akan datang akan melimpahkan terima kasih kepada Tun Dr Mahathir sebagai seorang pemimpin tulen yang banyak pengalaman dan berpandangan jauh, yang tidak terasa kecil hati bila beliau dituduh sebagai
ms 

‘pengacau’ dan disekat dari bercakap dan menegur apa jua perkara yang beliau rasa akan merugikan atau membantutkan kemajuan orang Melayu dan negara kita. Kalau Pak Lah tidak beri dia peluang berjumpa dengan ahli Umno, Dr Mahathir sudi merendahkan diri mengambil giliran sebagai perwakilan biasa untuk bercakap kepada parti Umno. Bila Johari Baharom dan Mahdzir Khalid halang Dr Mahathir daripada menjadi perwakilan dengan menggunakan duit RM200 dan cerita kalut - Dr Mahathir masih tidak putus asa. Dia tulis surat terbuka kepada semua ahli Umno. Cuba kita kaji sejarah Dr Mahathir. Sejak bilakah beliau berputus asa terhadap apa pun? Itulah Dr Mahathir Mohamed – pemimpin kita semua. Dr Mahathir bukan orang yang kalut. Singapura dapat lagi “Tanah Melayu” secara precuma

54

Sebenarnya usaha giat yang sedang dilakukan untuk memperkecil dan mengenepikan segala pencapaian Tun Dr Mahathir selama 22 tahun memimpin negara bertujuan sebagai satu helah atau mengalihkan perhatian umum. Sambil kita semua disibukkan dengan perbalahan dengan Dr Mahathir, makhluk lain sedang merompak dan mencuri harta negara kita. Sekarang sesiapa pun rakyat asing akan
ms 

dibenarkan masuk ke kawasan tertentu di Johor dari Singapura tanpa perlu kepada paspot. Ini bermaksud orang Singapura boleh masuk ke kawasan Johor tanpa had. Mereka boleh membeli rumah dan tinggal di Johor. Tetapi mereka bukan bayar cukai di Johor. Mereka kerja, berniaga dan membayar cukai di Singapura kerana mereka warganegara Singapura. Ini bermaksud bahawa dalam sekelip mata sahaja Singapura telah dapat lebih banyak lagi Tanah Melayu tanpa perlu sebarang perjuangan. Sultan Johor mengeluh bahawa selama lapan puluh tahun Tambak Johor merugikan Johor dan menguntungkan Singapura. Sekarang orang Singapura boleh terus masuk ke kawasan khas di negeri kepunyaan Sultan Johor – tanpa perlu sebarang sembah kepada Tuanku. Siapakah pengasas idea yang sungguh banggang ini? Jawapannya ialah Khazanah Nasional Berhad dan ‘penasihat tidak rasmi’ yang berada di sekeliling Pak Lah. Memang pun banyak peluang pekerjaan akan wujud di daerah jajahan Singapura yang bakal wujud di negeri Johor ini tetapi pekerjaan jenis apa? Buruh Indon akan dikerah membina kondo, kedai dan pejabat. Orang Bangla pula akan bekerja menjadi pembantu kedai dan pencuci tandas. Orang Nepal pula akan menjadi pengawal keselamatan. Anak Melayu mungkin dapat
ms 

bekerja di restoran McDonald dan KFC atau menjadi GRO dan pelayan di kelab. Satu pembohongan bahawa kerajaan tiada duit

55

Apabila paling ramai kontraktor Bumiputera gulung tikar sebab kekeringan projek, Pak Lah membuat alasan banyak wang telah dihabiskan oleh Tun Dr Mahathir kerana membina banyak projek mega. Kemudian diikuti pula dengan kritikan Pak Lah bahawa Tun Dr Mahathir membangunkan Putrajaya ‘just for popularity’ atau untuk mencari populariti. Maksudnya projek besar hanyalah pembaziran wang. Tetapi tiba-tiba Dato Najib mengumumkan bahawa tiga projek gergasi yang melibatkan RM40 bilion akan dilaksanakan dalam negara kita. Tetapi Pelik bin Ganjil siapapun tak tahu apakah projek berbilionbilion itu. Tanam kangkung ke, buat besi ke, buat lapangan terbang ke? Siapapun tidak tahu. Najib pun tidak tahu. Kemudian Norwawi Effendi (Menteri Second Hand Tiara), pula mengumumkan bahawa kerajaan akan belanjakan RM100 bilion untuk majukan lagi 20 projek gergasi! Maksudnya setiap projek itu puratanya
ms 0

bernilai RM5 bilion! Tetapi apakah 20 projek gergasi itu? Siapapun tidak tahu. Dulu projek mega Lebuhraya Utara Selatan pun tak sampai RM5.0 bilion. Apakah 20 projek Norwawi Effendy yang akan menelan duit rakyat RM100 bilion itu? Kalaulah semua duit Kerajaan sudah habis, macam mana pula Kerajaan tiba-tiba boleh jumpa duit beratus bilion ini? Kemudian projek SJER atau South Johor Economic Region pula memerlukan pelaburan RM50 bilion dalam tempoh lima tahun saja. Cuba bayangkan. Peruntukan untuk RMK9 selama lima tahun hanya sebanyak RM220 bilion. Tetapi antara empat projek gergasi Najib, 20 projek gergasi Norwawi dan satu projek gergasi SJER sahaja sudah telan lebih RM190.0 bilion. Dulu kata tidak suka projek gergasi. Sekarang Pak Lah pula buat projek gergasi misteri sampai beratus bilion Ringgit. Siapapun tidak tahu apakah projek-projek gergasi yang akan menelan duit rakyat sebanyak RM20.0 bilion setiap satunya. “Masih kah kau ingat, suatu masa dulu....”

56

Ingat lagi lagu yang berbunyi “Masih kah kau ingat, suatu masa dulu..” ucapan Pak Lah di Dewan Rakyat pada September 2005 ketika beliau
ms 1

membentang Bajet 2006, Pak Lah telah mengumumkan penubuhan Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera dengan modal ‘duit kacang putih’ sebanyak RM 2 bilion sahaja? Memandangkan paling sedikit hartanah komersil yang dipunyai kaum bumiputera di kawasan strategik Kuala Lumpur dan kawasan perbandaran lain maka Yayasan ini dicadangkan untuk membeli dan memegang hartanah komersil yang boleh disewa ataupun dijual kepada usahawan bumiputera. Pak Lah juga berkata ‘Maklumat terperinci mengenai Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera ini akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan dalam tempoh terdekat’. I say man, tempoh terdekat sekarang sudah jadi dua tahun. Sampai hari ini maklumat tidak terperinci pun tiada, tidak ada seorang pun Wakil Rakyat Umno yang telah membawa usul untuk membincangkan perkara ini di Parlimen. Tetapi yang selalu kita dengar ialah laungan YB bahawa ”Kami sokong Pak Lah, kami berdiri teguh di belakang Pak Lah” dan sebagainya. “Masihkah kau ingat, masihkah kau ingat ….” Sebaliknya Pak Lah dan geng hendak padamkan daripada ingatan kita segala pencapaian Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun. Pak Lah tidak mahu kita ingat apapun mengenai Dr Mahathir. Tidak ada siapa pun, kecuali orang yang terencat akal seperti Mahdzir Khalid yang boleh sengaja lupakan pencapaian Tun Dr Mahathir.
ms 2

“....Aku terbayang kenangan datang, waktu kecil dulu....”

57

Keseluruhan peristiwa dan perkara seperti ini mendorong paling ramai rakyat Malaysia dan bukan saja Tun Dr Mahathir, mempertikaikan kewibawaan dan kemampuan Pak Lah menjadi pemimpin negara. Jelas Pak Lah lebih sesuai menjadi pemimpin surau atau pengarah jabatan agama sahaja. Tidak perlu terlalu risaukan perjanjian atau persetujuan. Lebih kurang pun bolehlah. “Saya lebih, awak kurang” pun lagi eloklah. Pak Lah minta berjumpa dengan Dr Mahathir pusingan kedua. Pasukan ‘Boo’ pun sudah ready!

58

Bisikan burung hud hud yang terkini mengatakan bahawa Mubarak telah didesak geng Pak Lah untuk mengaturkan perjumpaan kedua di antara Dr Mahathir dan Pak Lah. Dr Mahathir telah bersetuju dan perjumpaan itu mungkin akan diadakan sebelum Perhimpunan Agung Umno yang akan bermula pada 13 hb November ini. Pak Lah minta berjumpa dengan Dr Mahathir sebab beliau runsing ‘feedback’ daripada Umno yang kurang meyakinkannya. Pak Lah
ms 3

takut dia akan di ‘boo’ sewaktu perhimpunan Umno nanti. Perjumpaan dengan Dr Mahathir pada saat terakhir sebelum Perhimpunan Agung boleh jadi seperti ‘membeli insuran’ iaitu jika berlaku kemalangan atau kebakaran, syarikat insuran akan bayar gantirugi. Jika Pak Lah berjaya bergambar bersalam tangan dengan Dr Mahathir sambil tersenyum macam kambing, mungkin penyokong Dr Mahathir tidak akan ‘boo’ sewaktu Perhimpunan Agung. Bagi Dr Mahathir pula perjumpaan kedua, ketiga atau keempat tidak akan menjadi masalah. Beliau tetap dengan pendiriannya. Maruah negara jangan digadai kepada orang lain. Jangan tukar pejabat Perdana Menteri jadi ‘family business’. Mungkin kali ini Dr Mahathir akan lebih berterus-terang dan minta Pak Lah bersara saja. Resign and go away. Tetapi geng-geng Pak Lah pun sudah bersedia juga. Jika perlu, seorang Dato yang pernah terlibat dalam kes menumbuk orang telah diberi tanggungjawab menyediakan pasukan ‘boo’ untuk ‘boo’ Dr Mahathir sekiranya beliau memilih untuk menghadiri Perhimpunan Agung ini. Menantu Pak Lah - Khairy Jamaluddin dan macainya Datuk Azeez Mat Rempit telah ditugaskan menyediakan Mat Rempit di luar dewan Perhimpunan Agung itu untuk ‘boo’ Dr Mahathir juga. Maksudnya jika
ms 4

Dr Mahathir memilih untuk menghadiri Perhimpunan Agung ini, mungkin beliau akan di’boo’ daripada luar sehingga ke dalam dewan. Tujuannya adalah untuk memalukan Tun Dr Mahathir Mohamad – negarawan dan pemimpin Agung kita selama 22 tahun – yang telah begitu banyak berjasa kepada kita semua. Begitulah tahap kurang ajar manusia.

59

Gas pemedih mata askar tidak beruniform tidak dapat menghalang Dr Mahathir daripada berucap di Kota Bharu. Apakah ‘boo’ Mat Rempit penghisap dadah dan kaki rogol bergilir (gang rapist) boleh menakutkan Dr Mahathir pula? Cuba bayangkan. Tun Dr Mahathir sanggup ketepikan segala protokol kerana ingin sangat hendak turun ke bawah menjadi Ahli Perwakilan Bahagian supaya beliau dapat bercakap dalam Perhimpunan Agung Umno. Beliau lebih takuti masa depan bangsa dan negara daripada gas pemedih mata atau ‘boo’ mat rempit dan kaki rogol.

60

Pak Lah rasa tercabar dan tergugat dengan kritikan Tun Dr Mahathir sebab dia tahu apa yang Dr Mahathir cakap itu adalah benar belaka. Masalahnya Pak Lah tidak mampu membetulkan pentadbirannya sebab beliau tidak tahu macam mana cara untuk melakukannya. Tambahan lagi Pak Lah di kelilingi penyangak dan penyamun yang telah
ms 

memukau fikiran beliau sehingga melepasi point of no return. Apakah yang akan terjadi kepada negara kita

61

Memang kelemahan Dr Mahathir yang amat ketara ialah memilih ‘ahli silat tongkat pendek’ dan badut menjadi timbalannya. Tetapi Dr Mahathir adalah seorang manusia yang sangat mengikut prosedur. Lihatlah bagaimana beliau merendahkan diri menawarkan diri menjadi calon perwakilan Kubang Pasu. Semuanya menghormati prosedur. Apabila manusia tidak bijak Mahdzir Khalid masuk dewan, Tun Dr Mahathir yang berusia 81 tahun serta isteri Tun Dr Siti Hasmah berdiri memberi salam hormat kepada Menteri Besar. Melayu boleh tinggalkan budaya, semoga budaya tidak tinggalkan Melayu. Begitu juga sebenarnya bukan Dr Mahathir yang hendak memilih Pak Lah tetapi itulah kehendak parti Umno. Dato Najib dianggap masih muda. Begitu juga dulu Dr Mahathir terpaksa melantik Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan sebab Anwar mendapat undi tertinggi Naib Presiden parti. Ikut Tan Sri Sanusi Junid, Dr Mahathir tidak mempunyai pilihan dan terpaksa akur kehendak parti. Dr Mahathir laksanakan tugas ‘by the book’. Kepada pasukan psy-war yang
ms 

membantu beliau dulu - nasihat Dr Mahathir adalah ‘Don’t break any laws’. Itulah Dr Mahathir. Semuanya ‘by the book’. Dato Najib boleh tunggang kuda polo

62

Tetapi apakah yang bakal terjadi kepada negara kita? Pertama sekali Datuk Seri Najib Tun Razak boleh membuat persiapan balik ke Pahang dan tunggang kuda polo saja. Kerjayanya sudah terkubur. Jika Pak Lah masih berkuasa selama dua tahun lagipun, Khairy Jamaluddin akan dilantik menjadi Naib Presiden Umno – dan bukan Ketua Pemuda. Hishamudin Hussein – boleh kekal sebagai Ketua Pemuda. (Jangan pandai pandai mahu jadi Naib Presiden? Apa macam hari ini? Keris panjang ke pendek?) Apabila Khairy menjadi Naib Presiden beliau sudah dekat dengan kerusi Timbalan Perdana Menteri. Tidak mungkin Najib akan diberi peluang menjadi Perdana Menteri. Kepada Datuk Seri Najib, walaupun kepala ‘think tank’ Dato sekarang sudah masuk ‘fish tank’ kerana beliau menggunakan kepala kecil lebih daripada kepala besarnya, Dato tidak perlu kepada ‘think tank’ untuk nampak senario ini. Sedikit common sense pun sudah cukup – sudah tentu Datuk boleh faham. Tidak mungkin Datuk akan jadi PM jika Pak Lah pegang
ms 

takhta lagi dua tahun pun. Tidak mungkin. Jika Datuk mahu selamatkan masa depan Datuk, kena buka langkah sekarang juga. Syaitan suka Anwar jadi YAB (Yang Amat Berbahaya)

63

Pihak syaitan Amerika, Britain, Singapura, Australia dan syaitan lain masih mengidamkan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia. Bab itu belum habis lagi. Mereka sangat seronok melihat perbalahan antara Tun Dr Mahathir dan Pak Lah berpanjangan. Perbalahan ini memberi mereka peluang untuk menonjolkan Anwar Ibrahim sebagai calon ‘alternative’ menjadi Perdana Menteri. Ini adalah satu bahaya besar sebab Anwar berpotensi menjadi Y.A.B atau Yang Amat Berbahaya. Saluran untuk membawa Anwar masuk balik ke dalam Umno telahpun disediakan – iaitu menerusi Khairy Jamaluddin – menantu kesayangan Pak Lah. Sebelum ini Anwar telah minta bantuan Khairy untuk memujuk ahli Umno menerimanya balik. Kebanyakan ahli MT Umno serta Pemuda dan Wanita Umno tidak setuju membenarkan Anwar kembali masuk Umno. Oleh itu Anwar telah cuba cara lain. Anwar telah mencuba sebanyak tiga kali untuk berjumpa dengan
ms 

Dr Mahathir. Dalam kiraan Anwar jika dia boleh berjumpa dengan Dr Mahathir, minta maaf kepadanya dan mendapat restu Tun Dr Mahathir, maka Umno pun akan sudi menerimanya kembali. Anwar telah minta Vincent Tan telefon Dr Mahathir dan pesan untuk bertemu dengan Dr Mahathir. Apabila percubaan tersebut gagal, Anwar telah minta Joseph Chong (Sabah Shipyard) pula berjumpa dengan Dr Mahathir dengan pesanan yang sama. Pun gagal. Percubaan ketiga juga gagal. Dr Mahathir berpendapat bahawa Anwar boleh mengancam keselamatan negara kita. Anwar sangat disayangi Amerika, CIA, Pentagon dan sebagainya. Jika Khairy jadi Naib Presiden?

64

Memang bab ini belum tamat lagi. Jika Khairy jadi Naib Presiden, apakah Anwar akan dibenarkan masuk balik ke dalam Umno? Jika Anwar masuk kembali ke Umno, sudah tentu dia boleh gantikan Pak Lah sebagai presiden parti dan Perdana Menteri. Khairy akan dipilih jadi timbalannya. Najib boleh balik ke Pekan dan tunggang kuda polo. Kalau kita sudah nampak gelagat Anwar Ibrahim setelah tiga tahun saja jadi Timbalan Perdana Menteri dan juga gelagat Khairy Jamaluddin setelah tiga tahun saja Pak Lah jadi Perdana Menteri, cuba
ms 

bayangkan apakah yang akan berlaku kepada negara kita jika kedua-dua ’romeo’ ini menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri? Apakah setan akan kencing berlari dalam usaha memadamkan api neraka? Bukan Pak Lah seorang saja benci Dr Mahathir

65

Jadi bukan Pak Lah seorang saja yang hendak menyekat Tun Dr Mahathir daripada bercakap, menegur dan mengkritik pentadbirannya. Ada ramai syaitan lain di sekelilingnya yang tidak mahu Dr Mahathir merosakkan komplot jahat mereka. Sekarang Dr Mahathir telah jatuh sakit (9/11/06) dan dimasukkan ke Institut Jantung Negara. Kita berdoa semoga Ayahanda akan pulih dengan cepat dan mengambil rehat. Semoga Allah akan memudahkan segala urusan bagi Dr Mahathir. Tetapi bukan jambatan bengkok, jambatan lurus, Proton atau isu jual pasir saja yang termasuk dalam fikiran Tun Dr Mahathir. Dr Mahathir boleh nampak bahaya yang lebih besar yang mengancam masa depan negara kita dan kedudukan orang Melayu jika Khairy, Kalimullah, Pak Lah atau Anwar Ibrahim memegang kuasa. Contohnya Kalimullah yang menjadi penasihat
ms 0

paling akrab kepada Pak Lah pernah ditolak oleh Special Branch (SB) sebagai tidak sesuai menjadi setiausaha Tun Ghafar Baba atas alasan ‘security risk’ atau mengancam keselamatan negara. SB berpendapat bahawa Kalimullah terlalu akrab dengan pihak perisikan Singapura. Maka Kalimullah terpaksa diberhentikan kerja beberapa minggu saja selepas menjadi setiausaha akhbar Tun Ghafar. Habis pasal apa Pak Lah lantik dia menjadi penasihat terdekat, bagi dia jawatan mengurus New Straits Times, bagi dia lesen ECM Libra dan macam-macam lagi? Kenapa Pak Lah begitu bodoh? Dr Mahathir lebih faham bahaya ini daripada sesiapa pun. Bukan air, pasir, udara atau jambatan bengkok saja yang merunsingkan fikiran beliau. Apakah Umno akan menggadai tanah airnya sendiri kepada orang lain? Fikirlah baik-baik. Jika tiada Dr Mahathir untuk perjuangkan nasib kita, negara kita akan habis dijual oleh penyangak dan penyamun. Sudah pasti kita akan dijajah sekali lagi. Mengikut cadangan bodoh Khazanah Nasional Berhad, wilayah Singapura akan ditambahkan sebanyak 4000 hektar lagi secara percuma – di dalam negeri Johor. Orang Singapura boleh masuk tanpa menunjukkan paspot ataupun kad pengenalan. Banyak cantiklah tu!
ms 1

Sejarah tetap berulang - history repeats itself

66

Memang benar bahawa sejarah itu berulang. History repeats itself. Sejak awal zaman manusia, orang yang kurang inteligen pun akan cuba manipulasi orang yang bodoh. Sebelum 1969 pimpinan kita telah leka dalam menjalankan tugas. Akibatnya pada pilihan raya 1969 kerajaan Pakatan pada masa itu hampir kalah dalam pilihan raya. Negara kita dilanda angkara dan kekecohan. Pada pilihan raya akan datang sudah tentu Kerajaan BN akan mengalami keruntuhan besar dalam jumlah pengundian. Ini pasti akan berlaku. Negeri Kelantan akan tetap berada dalam genggaman PAS. Terengganu akan hilang sekali lagi ke tangan PAS. Negeri Kedah dan mungkin satu atau dua negeri yang lain juga akan hilang ke tangan Pembangkang. Kemungkinan besar bahawa BN akan kehilangan majoriti dua pertiga. Mengikut ramalan seorang bekas YB Umno, mungkin ada calon Umno yang akan hilang wang deposit pun. Beliau gelak secara senyap dan hanya tunggu hari pengundian. Kita boleh nampak dengan begitu jelas (terlalu jelas) bahawa orang yang bodoh sedang dimanipulasi oleh orang yang kurang inteligen. Ini adalah bencana yang hanya menunggu masa untuk menimpa negara kita.
ms 2

Saudara saudari Umno seperjuangan – sudikah kita semua duduk diam sahaja dan biarkan perkara ini berlaku? Sudikah kita – hanya kerana sedikit kontrak atau kedudukan –melihat masa depan negara kita dan masa depan waris kita digadai kerana kita takutkan puak yang tamak, yang bodoh dan yang jahat? Fikirlah baik-baik. Umno sedang di ‘cadre’ kan

67

GLC atau Government Linked Companies adalah istilah yang dipinjam dari Singapura. Khazanah Nasional Berhad telah melantik syarikat hospital swasta Parkway Holdings dari Singapura untuk menyiapkan kajian ‘health tourism’ bagi negeri Johor. Ini satu perbuatan amat kurang bijak memandangkan Parkway adalah pesaing (‘competitor’) kepada sebarang usaha memajukan ‘health tourism’ di Johor. Cuba kita fikir. Bolehkah kita percaya Keppel Harbour Singapura membuat kajian bisnes untuk majukan Pelabuhan Tanjong Pelepas? Habis macam mana pula kita melantik pesaing kita menyediakan ‘business plan’ kita? Dr Mahathir telah berulang kali mengatakan bahawa Singapura tidak pernah sekalipun ambil peduli kebaikan atau kebajikan negara kita. Akhbar perdana New Straits Times masih dikongkong
ms 3

oleh penasihat Pak Lah seperti Kalimullah yang sangat pro Singapura itu. Kalimullah bukannya ahli Umno, bukan wakil rakyat dan tidak pernah peduli nasib orang Melayu. SB tidak benarkan Kalimullah menjadi setiausaha akhbar Tun Ghafar sebab SB percaya Kalimullah adalah agen Singapura. Habis kenapa Pak Lah memilihnya menjadi penasihat terdekat? Jelas bahawa kehadiran Kalimullah dan beberapa agen Singapura yang lain sudah mula masuk Umno dan negara kita. Kanser sudah merebak. Umno tidak terkecuali

68

Parti Umno memang tidak terkecuali. Parti Umno sekarang sedang ditukar mengikut sistem ‘cadre’ yang diamalkan oleh parti komunis PAP atau People’s Action Party Singapura. Mengikut sistem ‘cadre’ ini pemimpin dan konco terdekatnya memegang kuasa mutlak. Mereka amat berpengaruh. Sesiapapun tidak boleh menyoal kuasa pemimpin. Pemimpin dan konco-konco pula akan memilih penyokong kuat mereka menduduki Majlis Tertinggi (Central Working Committee). Kemudian MT pula akan meletakkan balik pemimpin di atas takhta. Tidak lama lagi akan tamatlah tradisi demokrasi dalam parti Umno.

ms 4

Hanya mereka yang taat kepada Pak Lah dan menantunya Khairy Jamaluddin akan dibenarkan bertanding dan menang. Orang yang menentang mereka akan dipecat atau dihalang. Seperti dinasti PAP di Singapura maka akan tertubuhlah dinasti Khairy Jamaluddin di Malaysia. Jelas Pak Lah tidak kompeten

69

Pak Lah adalah seorang Perdana Menteri yang tidak kompeten untuk terus memimpin negara. Kemampuannya yang sangat meragukan ini menjejaskan kemajuan ekonomi negara dan matalamat kita untuk mencapai wawasan 2020 juga sangat meragukan. Tetapi jauh sebelum itu musuh negara kita sudah menyelinap masuk ke dalam urusan Kerajaan dan negara secara senyap dan berani. Mereka sekarang sudah berupaya menentukan hala tuju negara kita. Keputusan terletak dalam tangan ahli Umno

70

Masa depan negara kita terletak dalam tangan ahli Umno yang bakal bersidang. Tetapi kebebasan untuk bersidang secara terbuka dan bebas ini tidak terjamin. Mungkin ini akan menjadi kali
ms 

terakhir ahli Umno dapat menyuarakan hasrat mereka secara telus dan terbuka. Selepas ini jika Pak Lah masih berkuasa, Umno akan berubah buat selamanya. Hanya ‘cadre’ yang taat kepada Khairy dan Pak Lah boleh bersuara. Yang lain boleh telan air liur saja.

ms 

AHLI UMNO KEDAH

OLEH