You are on page 1of 7

The Bhopal Disaster INDIA

Narator: Bhopal India, 3 Disember 1994, tepat jam 12.05 minit malam, pekerja dari Union
Carbide Pesticide Plant telah mengesan kebocoran kecil gas asid di bangunan berkenaan dan
telah memaklumkan hal itu. Pekerja di bilik kawalan pada malam kejadiaan, Suman Dey adalah
individu pertama yang telah dihubungi untuk memaklumkan tentang kejadian berkenaan.

Suman: Terdapat kebocoran, jadi saya segera memeriksanya.

Narator: Beliau dengan segera meninggalkan bilik kawalan untuk memeriksa sendiri
kebocoran yang telah dilaporkan. Beliau menuju ke bilik penyimpanan di mana gas berkenaan
di simpan di dalam sebuah ruang konkrit yang tebal. Gas ‘Phosgene’ merupakan senjata kimia
utama yang digunakan semasa perang dunia yang pertama. Ianya mengandungi jumlah besar
MIC B5 isosianat, iaitu ramuan utama Sevin di dalam racun makhluk perosak yang dikeluarkan
oleh kilang berkenaan. Ianya juga merupakan antara salah satu bahan toksik berbahaya di
dunia.

Suman: Sejumlah besar MIC telah disimpan di sana, kesemua bahan kimia yang terdapat di
sana adalah kesemuanya bahaya. Setiap orang perlu berada dalam keadaan berjaga-jaga
sekiranya terdapat seseuatu yang buruk berlaku.

Narator: Suman semakin dekat dengan kebocoran yang berlaku apabila dia sendiri dapat
menghidu gas berkenaan pada jarak yang dekat.

Suman: Terdapat kebocoran, tetapi ianya perlahan.

Narator: Pekerja yang terlibat telah meninggalkan tempat kejadian dalam keadaan batuk,
kesan gas yang dihidu.

Suman: Segalanya berjalan lancar, saya telah memeriksa tekanan dan suhu. Jadi saya cakap
tiada kerja untuk kita, dan kami hanya berbual dalam bilik kawalan berkenaan.

Narator: Pekerja kilang kembali menelefon, kemudian Suman sekali lagi telah memeriksa
bacaan suhu di bilik penyimpanan berkenaan.

Suman: Saya mendapati bahawa jarum jam bergerak dari sifar ke sifar.

Narator: Dalam masa beberapa minit, tekanan suhu dalam bilik penyimpanan terkeluar dari
skala bacaan.12.20 tengah malam Suman telah bergegas ke ruang penyimpanan gas dan
mendapati bahawa terdapat sesuatu yang tidak sepatutnya telah berlaku.
Suman: Kawasan di dalam ruang penyimpanan gas adalah sangat panas dan menggeletar,
konkrit yang meyimpan gas turut bergetar

Narator: Sekembalinya Suman ke bilik kawalan, terdapat gas yang telah berjaya keluar dari
paip berkenaan.

Suman: Seterusnya, bunyi mendesis secara kuat seperti wap enjin telah bermula.

Narator:12.30 tengah malam, Suman telah melaksanakan prosedur kecemasan untuk


meneutralkan semula gas berkenaan. Gas berkenaan akan melepasi kolum pembersihan yang
dikenali sebagai ‘Bank Gas Trouble’, namun tiada apa yang berlaku. Kemudian gas itu
melepasi kawasan rata yang di reka bentuk untuk membakar sebarang jenis gas yang terlepas.
Namun, sekali lagi tiada apa-apa yang berlaku. Dalam keadaan tekanan yang kuat, gas
berkenaan bergerak laju kearah cerombong kilang dan terlepas ke udara.

Suman: Ianya merupakan bencara besar yang besar.

Narator: Pekerja tidak mempunyai kuasa untuk memberhentikan penyebaran gas yang telah
tersebar ke ruang udara pada malam berkenaan.

Suman: Saya telah membuat pengumuman tentang kebocoran utama yang berlaku di bilik
penyimpanan, tolong berpindah. Dalam beberapa minit kami sangat teruja dengan apa yang
perlu dilakukan. Tidak terlintas pada fikiran sesiapa bahawa tragedi seperti ini berkemungkinan
berlaku.

Narator: Tragedi ini bukan sahaja memberi kesan kepada pekerja kilang berkenaan namun
penduduk di kawasan sekitar juga bakal terjejas. Jam 1 pagi, Kilang Union Carbide Pesticide
Plant adalah terletak bersebelahan dengan kawasan penempatan orang ramai di Bhopal. Angin
mula membawa awan yang mengandungi gas beracun ke kawasan yang di penuhi oleh separuh
juta habitat di bandar Bhopal. Tidak jauh dari kawasan kilang berkenaan, salah seorang pekerja
Th Chauhah sedang bercuti di rumahnya.

Th Chauhah: Saya begitu gembira kerana anak saya masih kecil, dan saya tidak perlu sakit
kepala dengan waktu kerja sebelah malam.

Narator: Namun, pada malam itu semasa tidur, dia tiba-tiba terjaga.

Th Chauhah: Anak lelaki saya mula menangis, dalam masa yang sama saya dan isteri merasa
iritasi di bahagian mata.
Narator: Gas yang tersebar telah menyelubungi keseluruhan bandar pada malam berkenaan
dengan selimut beracun. Dalam sekelip mata, lorong-lorong yang sunyi pada waktu malam
telah dipenuhi oleh para penduduk, mengharapkan udara dan berada dalam keadaan
kebingungan.

Th Chauhah: Jalanan dipenuhi orang ramai yang sedang berlari.Saya segera membuat
keputusan yang saya juga perlu lari bersama anak dan keluarga saya. Orang ramai kelihatan
muntah dan batuk. Saya lihat orang mula nazak, berlari, jatuh dan meninggal.

Narator: Dalam masa yang sama di kilang, prosedur dalam meneutralkan semula gas dan
membakar lebihan gas masih terus berjalan dan segalanya masih gagal. Pekerja dengan segara
menggunakan hos bagi menyalurkan air dengan tujuan dapat melarutkan gas yang tersebar.
Namun, jumlah air yang disalurkan masih belum kuat untuk mengawal gas yang tersebar.
Dalam satu setengah jam berusaha, aliran gas yang berjaya tersebar masih tidak menunjukkan
tanda-tanda untuk bergerak perlahan. Panggilan lewat malam telah membangunkan Dr
Bhandari, pembantu kanan hospital perubatan Bhopal.

Dr Bhandari: Saya mendapat panggilan dari hospital yang menyatakan bahawa terdapat
kebocoran gas yang berlaku di kilang yang berkemungkinan gas ammonia. Kebanyakkan
pesakit yang datang ke hospital mengalami masalah mata. Jadi, saya meminta mereka untuk
meletakkan ubat mata. Pembantu di telefon memberitahu bahawa pesakit semakin bertambah
dan mereka tidak mampu mengawal keadaan dan meminta saya untuk datang ke hospital.

Narator: Panggilan luar biasa yang diterima telah memaksa Dr Bhandari untuk keluar dari
rumahnya bagi memeriksa sendiri keadaan gas di kawasan sekitar.

Dr Bhandari: Saya masuk ke dalam rumah, saya tidak dapat bernafas dan mula batuk, dan
batuk, dan batuk.

Narator: Sejurus selepas itu, dia kembali masuk kerumah dalam keadaan tidak dapat bernafas
dan batuk tanpa henti. Dalam hanya beberapa jam, gas berkenaan telah berjaya tersebar sejauh
8KM di kawasan sekitar. Penduduk sekitar mengalami keadaan tidak dapat bernafas dan ada
di antara mereka yang berlari dan batuk berterusan sehingga meninggal dunia. Dalam masa
yang sama, Suman Day masih berada dalam keadaan selamat di bilik kawalan kilang. Namun,
dia telah mengambil tindakan untuk keluar ke kawasan kilang bagi tujuan menyelamat.

Suman: Saya dengan segera memakai topeng dan kembali semula ke kilang sekali lagi. Saya
mahu menyelamatkan pekerja yang bekerja di sana.
Narator: Tetapi, dia sendiri sedang berdepan dengan kematiaan.

Suman: Saya begitu takut dan berada dalam ketakutan. Dalam masa itu, saya menyangka
bahawa ianya merupakan penghujung masa saya.

Narator: Di kawasan bandar, pekerja Th Chauhah dalam keadaan terdesak untuk melarikan
diri.

Th Chauhah: Kemudian saya terjumpa sebuah kereta kosong.

Narator: Chauhah telah memujuk pemandu kenderaan berkenaan untuk menyelamatkan


mereka.

Th Chauhah: Pemandu itu berkata tidak, tidak, tetapi saya cakap sekiranya awak hendak
menyelamatkan nyawa awak, awak perlu keluar dari bandar ini.

Narator: Setelah memperoleh kekuatan yang secukupnya, Dr Bhandari telah berjaya untuk ke
hospital.

Dr Bhandari: Sejurus saya tiba di hospital, saya lihat sejumlah besar pesakit sedang menunggu
rawatan.

Narator: Dr Bhandari beranggapan bahawa dia sedang berdepan dengan kebocoran gas
Ammonia. Oleh itu Bhandari menjangkakan bahawa rawatan biasa mampu mengawal masalah
yang dihadapi pesakit, namun keadaan sebenar adalah lebih teruk dari apa yang disangka.

Dr Bhandari: Kebanyakkannya mengalami masalah sistem pernafasan. Mereka batuk dan


tersedak.

Narator: Rawatan biasa yang diberikan tidak dapat berfungsi secara efektif kepada pesakit.

Dr Bhandari: Kami tidak tahu apa yang perlu dilakukan kerana ianya merupakan keadaan
perubatan yang tidak diketahui.

Narator: Ramai penduduk setempat yang batuk sehingga meninggal dunia di hospital. Dr
Bhandari inginkan kepastiaan mengenai gas yang tersebar sebenarnya bukanlah gas ammonia
seperti yang disangka.

Dr Bhandari: Pada mulanya pihak bertanggungjawab memaklumkan bahawa gas yang terlibat
adalah ammonia namun kemudian mereka menyatakan bahawa gas itu sebenarnya adalah
phosgene. Kemudian mereka kata ianya adalah MIC. Kami tidak pernah mendengar sesuatu
seperti MIC. Kami tidak mempunyai penawar dan tiada sebarang informasi dari Union
Carbide.

Narator: Gas ini sebenarnya memberi tindak balas dengan cecair yang ada dalam badan
manusia dan memaksa darah untuk menyekat ruang kecil dalam paru-paru yang membawa
kepada kesukaran untuk seseorang itu bernafas.

Dr Bhandari: Kebanyakkan penduduk yang terlibat meninggal dunia dalam jangka masa
segera tanpa sempat diselamatkan. Penduduk yang meninggal dunia serta merta ini
kebanyakkan mereka adalah terdiri daripada mereka yang berlari sambil menyedut gas
berkenaan sehingga menyebabkan paru-paru membengkak dan ada yang tenggelam dalam
pengasingan mereka sendiri. Jam 3 pagi, kawasan klinik dipenuhi dengan barisan badan
penduduk yang telah meninggal dunia.

Narator: 7 pagi pada hari yang berikut, gas berkenaan terus tersebar ke setiap pejuru negara
berkenaan. Seramai 3000 orang dilaporkan telah meninggal dunia dalam tragedi ini dan lebih
300 ribu penduduk telah terkesan dengan akibat buruk gas berkenaan. Suman Dey dan
beberapa pekerja lain terselamat pada malam kejadiaan. Setelah hari siang, mereka keluar ke
bandar dan melihat sendiri keadaan sekitar.

Suman: Saya lihat lembu dan kerbau mati di atas jalan.

Narator: Paling teruk terjejas dalam tragedi ini adalah penduduk tua dan kanak-kanak. Kurang
dalam masa satu jam, bandar Bhopal telah menjadi tajuk utama berita dunia iaitu kemalangan
industri terburuk yang pernah berlaku. Pada pagi selepas kejadiaan, keseluruhan kawasan
bandar yang pernah dihuni 10 000 penduduk telah kosong. Sehari selepas kejadiaan iaitu pada
4 Disember 1994, kerajaan India telah meminta seorang ahli kimia Dr Thya Garajan untuk
memastikan kawasan kilang berkenaan dalam keadaan selamat.

Dr Thya Garajan: Ianya merupakan sesuatu yang mengerikan, orang ramai di atas jalan,
mayat juga berada di sana. Orang ramai mula menangis dan panik.

Narator: Pengurusan kilang telah memaklumkan bahawa MIC yang diperlukan telah disimpan
dalam bentuk cecair di bawah tanah.Tangki yang digunakan untuk menyimpan gas berkenaan
sebenarnya dalam keadaan 75% penuh dari jumlah yang telah dibenarkan. Sebanyak 42 liter
tan MIC telah berjaya tersebar dalam kebocoran yang berlaku. Dr Thya Garajan telah berjaya
menemukan sesuatu yang memeranjatkan.
Dr Thya Garajan: Kami bertanya adakah masih terdapat MIC di mana-mana? ketika itulah
kami mendapat berita yang paling buruk. Ya, masih terdapat banyak MIC. Berapa banyak?
Dalam 30-35 tan. Oh Tuhan! sebanyak yang bocor semalam.

Narator: Tangki E610 merupakan satu diantara tiga tangki yang menyimpan MIC. Setelah
berita mengenai tragedi yang berlaku di Bhopal mula tersebar, CEO Carbide (Warren
Anderson) telah datang ke India dari Amerika untuk melihat sendiri keadaan yang berlaku.
Setelah polis mengenal pasti bahawa beliau merupakan individu yang terlibat dalam
kecelakaan yang berlaku, mereka mula bertindak ganas terhadapnya.

Raj Kumar: Di lapangan terbang sendiri dia sudah diberitahu bahawa dia bukanlah sebahagian
dari kami. Tetapi, dia tidak dibawa ke lokap malah di bawah ke rumah tumpangan Union
Carbide yang merupakan tempat paling cantik di Bhopal suatu ketika dahulu.

Narator: Sejam kemudian, Warren Anderson telah meninggalkan negara itu. Dalam masa
yang sama Dr Thya Garajan perlu mengambil langkah segera untuk mengendalikan sisa MIC
yang masih tersimpan di kilang berkenaan.

Dr Thya Garajan: Saya tidak mengetahui terlalu banyak maklumat mengenai penyimpanan
di sana. Di makmal kami, kami hanya menyimpan kurang dari 10ml.

Narator: MIC berkenaan dalam keadaan stabil pada masa itu. Namun para pekerja memaklum
bahawa suhu dalam keadaan stabil sehingga lah tangka E610 mula untuk meletup.

Dr Thya Garajan: Kami pergi atas dasar ia akan meletup, kerana sebagai seorang ahli kimia,
kami dilatih untuk berfikir kepada yang paling teruk dan bekerja semula. Kami akan
menggunkan orang yang sama, dan keluarkan racun perosak yang sama yang pernah
dikeluarkan oleh orang sebelum ini.

Narator: 16 Disember, 13 hari selepas kejadiaan, masih terdapat ribuan penduduk yang
meninggal dan ribuan yang lain berada di hospital. Pekerja masih cuba untuk meneuturalkan
semula gas yang tersebar. Mereka sendiri tidak tahu mengenai apa yang mereka sedang hadapi
seterusnya melancarkan ‘Operation Faith’.

Dr Thya Garajan: Kami hanya bergantung kepada nasib, kami tahu yang kami hanya
kompeten, tetapi kami tak tahu mengenai kualiti bahan berkenaan. Sebab itu kami cakap,
percaya kepada kami.
Narator: Namun, bagi penduduk Bhopal, kembali memulakan operasi kilang selepas bencana
berlaku adalah sesuatu yang tidak dapat diterima.

Raj Kumar: Orang ramai menganggap bahawa sekiranya kilang berkenaan dibuka semula,
kebocoran yang sama mungkin akan berlaku semula. Tiada sebarang kepastiaan dan orang
ramai mula tidak percaya.

Dr Thya Garajan: Walaupun operasi itu sedang dijalankan, kami masih memikirkan sesuatu
yang buruk. Kami cakap ianya mungkin sahaja akan meletup dan kami perlu ada helikopter
yang mengangkut air, kami telah menutup keseluruhan kawasan dengan kain kanvas basah.
Setiap saat begitu bermakna. Bhopal 2 adalah sangat sangat kuat berkemungkinan akan
berlaku.

You might also like