You are on page 1of 4

SOALAN SOALAN SOSIOLOGI PEMBELAJARAN.

TAJUK 1: SEJARAH DAN BIDANG- BIDANG DI DALAM SOSIOLOGI

1. Comte berusaha untuk menyatukan sejarah, psikologi dan ekonomi melalui pemahaman
a) Saintifik sains sosial
b) Saintik alam sosial
c) Pendekatan epistemologi
d) positivisme sosiologi
Jawapan : B
2. Berikut merupakan bidang-bidang dibawah Sosiologi kecuali

a) Kebudayaan
b) Undang-undang
c) Ketuhanan
d) Ekonomi
Jawapan : C

TAJUK 2: SOSIOLOGI PENDIDIKAN DAN PEMBELAJARAN

1. Teori fungsionalisme dikaji untuk


a) Mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan yang
menyubang kepada penerusan masyarakat
b) Masyarakat dianggap seperti tubuh badan yang mempunyai fungsi dan tujuannya
c) Melihat struktur dan fungsi dalam masyarakat
d) Menentukan kelancaran perjalanan atau keharmonian masyarakat
Jawapan: A
2. Siapakah yang mencipta teori konflik?
a) Fatimah Daud
b) George Herbert Mead
c) Karl Marx
d) Max Weber
Jawapan : C
3. Dalam teori interaksionalisme, apakah yang dimaksudkan dengan objek?
a) Perkara nyata yang dapat dilihat
b) Objek-objek fizikal, perasaan, nilai dan idea
c) Perbuatan termasuklah yang berdasarkan pemikiran dan niat seseorang
d) Simbol lisan dan berhubung
Jawapan :A
4. Pilih pernyataan yang benar mengenai sosiologi.
a) Mengkaji masyarakat primitif/belum moden
b) Mengkaji masyarakat moden
c) Menganalisis bentuk-bentuk pemerintahan, proses politik dan falsafah politik
d) Tertumpu kepada aspek dalaman dan tingkah laku individu
Jawapan:B

TAJUK 3: FUNGSI- FUNGSI PEMBELAJARAN

1. Gagne (1974) mendefinisikan pembelajaran adalah perubahan pemikiran, kebolehan dan


perangai seseorang yang bukan disebabkan oleh tumbesar atau pembesaran. Perubahan itu
lazimnya merupakan tambahan kebolehan bagi sesuatu perbuatan atau pekerjaan yang
berkaitan dengan perkara berikut. Kecuali
a) Minat
b) Sikap
c) Kerjasama
d) Nilai seseorang
Jawapan : C
2. Pembelajaran bukan sahaja penting kepada pelajar malah guru. Sebagai seorang guru yang
berdedikasi, yang manakah antara berikut merupakan fungsi pembelajaran yang penting
kepada guru.
a) Mengukuhkan serta menambah ilmu pengetahuan kendiri
b) Memberi panduan bagi menentukan teknik atau kaedah pengajaran
c) Meningkatkan pemahaman secara konsisten atau berterusan
d) Membentuk perwatakan dan perlakuan guru
Jawapan : B

3. Rujuk gambarajah dibawah.

Fungsi X
 Menggunakan instrumen lain dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran.
 Menarik minat pelajar menggunakan bahan lain yang sesuai
dengan kaedah dan teknik yang sesuai.

Gambarajah di atas merupakan salah satu aspek penting dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran yang juga merupakan fungsi penting dalam pembelajaran. Apakah Fungsi X?
a) Memberi panduan bagi menentukan teknik atau kaedah pengajaran
b) Memberi panduan memilih isi pelajaran
c) Menentukan arah dan tujuan pengajaran
d) Menentukan serta mengenal pasti bahan atau alat bantu mengajar yang sesuai
Jawapan : D
4. Apakah fungsi-fungsi pembelajaran kepada pelajar sekolah.
i. Membentuk perwatakan dan perlakuan pelajar
ii. Mengukuhkan serta menambahkan ilmu pengetahuan kendiri
iii. Menentukan arah dan tujuan pembelajaran
iv. Meningkatkan pemahaman secara berterusan
a) i, ii dan iii sahaja.
b) i, ii dan iv sahaja.
c) i, iii dan iv sahaja
d) ii, iii dan iv sahaja.
Jawapan : B

TAJUK 4: KONFLIK DALAM PEMBELAJARAN

1. Konflik peranan adalah masalah yang sering di kaitkan dengan teori?

a) Teori interaksi.
b) Teori fungsionalisme
c) Teori konflik
d) Toeri Penaksiran.
Jawapan: C

2. Guru mempunyai peranan sebagai kecuali?

a) Penyelesai masalah
b) Pendidik dan pengawal bilik darjah
c) Pengawal keselamatan sekolah.
d) Tempat rujukan pelajar.
Jawapan: C