You are on page 1of 12

PENGENALAN

Dalam konteks perhubungan dan komunikasi pada zaman sebelum penjajahan British,

sistem perhubungan dan komunikasi hanya terhad pada lorong-lorong kecil, denai dan jika

adapun hanya jalan yang tidak berturap dan hanya untuk laluan pejalan kaki atau binatang

ternakan sahaja. Selain itu juga, terdapat cara perhubungan yang lain iaitu penggunaan

sampan, perahu dan sebagainya. Namun setelah British mula bertapak di Negeri-Negeri

Melayu khuasusnya bagi Negeri-Negeri Melayu di Pantai Barat,mereka mula membina sistem

pengangkutan yang lebih baik. Tetapi pada waktu tersebut, motif pembinaan jaringan

perhubungan British hanyalah untuk memudahkan pengangkutan hasil bumi sahaja.1 atau

lebih jelas lagi hanya untuk kepentingan ekonomi sahaja khususnya di Negeri-Negeri Pantai

Barat iaitu Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Melaka. Jadi kajian yang saya buat adalah

mengenai sistem perhubungan dan komunikasi di Negeri-Negeri Melayu di Pantai Barat dari

tahun 1880 hinggalah 1900.

JALAN RAYA

Sebelum motokar dibawa masuk pada 1902, jalan raya yang digunakan oleh penduduk

di Negeri-Negeri Melayu hanya boleh diklasifikasikan sebagai lorong atau jalan kecil sahaja

atau hanya menggunakan sungai-sungai untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang

lain. Keadaan ini berubah setelah kedatangan British yang telah menjalankan Sistem Residen

khususnya bagi Negeri-Negeri Melayu di Pantai Barat Semenanjung. Jaringan jalan raya telah

dibuat secara berperingkat-peringkat di sesuatu kawasan dan seperti biasa kawasan utama

pembinaan jalan raya oleh British ditumpukan di tempat yang ada nilai ekonomi seperti bijih

timah, getah, serta hasil pertanian yang lain.

1
M.A.,Kennedy .J., 1965. A History Of Malaya, Hong Kong:Continental Printing, hlm. 197.
Penggunaan jalan raya memudahkan pengangkutan hasil dari kawasan perlombongan

atau pertanian, memudahkan pengedaran barang dagangan dari satu tempat ke satu tempat

yang lain. Pembinaan jalan raya ini lebih dilihat oleh British sebagai satu kemudahan atau

keperluan disebabkan oleh pembangunan ekonomi yang pesat. Kebanyakkan belanjawan

untuk membina jalan raya ditumpukan di kawasan yang mempunyai hasil bumi yang banyak

terutama di negeri Perak dan Selangor (Kuala Lumpur) berbanding dengan negeri-negeri

lain.2 Misalnya pada tahun 1875, British telah menyiapkan jalan raya yang menghubungkan

Petaling dan Damansara.3

Pada awalnya, jalan raya yang dibuka oleh British tidak begitu sempurna lagi. Jalan

raya pada waktu itu kebanyakkannya hanya jalan tanah merah dan apabila keadaan cuaca

yang tidak elok seperti hujan lebat, ianya menjadi becak dan tidak boleh dilalui oleh

kenderaan seperti kereta lembu. Pada waktu itu, kereta lembu masih lagi digunakan sebagai

salah satu alatan pengangkutan untuk mengangkut bijih timah atau hasil-hasil lain ke mana-

mana pelabuhan. Selepas itu, barulah British membaik pulih dengan menggunakan batu-batu

dari kawasan perlombongan serta melebarkan lagi jalan raya.

Semasa kedatangan British di daerah Larut selepas penubuhan Sistem Residen, hanya

terdapat satu jalan sahaja sepanjang tujuh batu panjangnya bermula daripada tebing sungai

(kawasan perlombongan bijih timah) dan berakhir di Kota dan Bukit Gantang. 4 Jalan tersebut

sangat buruk keadaannya dan hanya kereta lembu dan jika keadaannya terlalu teruk (terutama

jika hujan lebat) hanya gajah yang digunakan untuk melalui jalan raya ini. Namun demikian,

2
M.A., Kennedy.J., 1965. A History Of Malaya, Hong Kong: Continental Printing, hlm.197
3
Gullick,M.J., 2000. History Of Kuala Lumpur (1856-1939),Selangor: Academic Art & Printing Services,
hlm.60
4
M.A. Kennedy .J.,1965. A History Of Malay, Hong Kong: Continental Printing, hlm.169.
jalan ini telah dibaik pulih dengan menggunakan batu-batu dari kawasan perlombongan yang

terdekat dan keadaannya menjadi semakin baik.5

Pada tahun 1874, di Larut telah dibina jalan sepanjang 13 batu yang disebut “Cardury

Roads”, jalan yang merupakan jalan tanah liat yang di bahagian atasnya dilitupi dengan

lapisan batang-batang pokok dan kemudian dilapisi dengan pasir-pasir. Jalan ini kemudiannya

dihubungkan ke Kelian, Ujung Tambo berhampiran Sungai Larut dan dihubungkan ke Bukit

Gantang sejauh 6 batu. Tetapi jalan ini tidak dapat menerima kenderaan berat dan sering

berubah bentuk apabila cuaca berubah.6 Jalan ini juga tidak dapat dilalui oleh kereta lembu

sekalipun jika hujan lebat dan pada ketika ini khidmat gajah diperlukan untuk melakukan

pergerakan.

Pembinaan jalan kereta lembu yang pertama dan terpenting di Perak telah dlakukan

oleh pihak British untuk menghubungkan Matang dengan Taiping, dan dalam tahun 1875,

ianya disambungkan lagi ke Kamunting dan kemudiannya ke Kerian. 7 Jalan kereta lembu

dibina bagi mengangkut bijih timah terutama bagi kawasan lombong yang jauh dari jalan raya

atau landasan kereta api.

Pada tahun 1884, terdapat satu jambatan kayu sepanjang 49 kaki di Jalan Market dekat

Kuala Lumpur dan satu lagi di selatan High Street. Selain itu terdapat jambatan berkembar

merentasi Sungai Gombak dan Sungai Klang untuk ke Jalan Batu Road dan akhir sekali

jambatan di timur laut berdekatan selekoh Padang Parade. 8 Selepas landasan kereta api kedua

5
Ibid, hlm.169.
6
Norhayati Ibrahim, 1983. Perkembangan Sistem Pengangkutan Di Negeri Perak (1870-1941),Jurnal Persatuan
Sejarah Malaysia. KDN 0661/83 ISSN 0377-7529. Bil. 12, hlm.7.
7
Ibid, hlm.14.
8
Gullick,M.J., 2000. History Of Kuala Lumpur.(1856-1939), Selangor: Academic Art &Printing Services, hlm.
49.
dibina di Kuala Lumpur pada tahun 1892 jambatan untuk pejalan kaki dibina dari Jalan

Rodger untuk kegunaan penumpang-penumpang kereta api.9

Bagi Negeri Sembilan pula, jalan raya mula dibina pada pertengahan tahun 1880.

Dengan adanya kebenaran dan galakan daripada Weld, perdagangan antara Negeri Sembilan

bersama Melaka, telah menyebabkan jalan raya mula dibina untuk kemudahan mereka.

Sebenarnya pada 1890 terdapat 24 batu (jarak) jalan utama dan 59 batu jalan untuk kegunaan

kereta lembu; pembangunan jalan disambung, secara perlahan-lahan.10 Di Sungai Ujong,

Sungai Linggi menjadi semakin sesak dan tidak boleh dilalui, tetapi terdapat jalan sepanjang

lembah, yang mana ianya bersambung dengan Seremban, berdekatan Rasah, menghala ke

Sentul (Martin) dan berakhir di Selangor.11 Kedatangan pengusaha-pengusaha khususnya dari

China mempercepatkan lagi proses penbangunan komunikasi di Negeri Sembilan.

Kemajuan yang dicapai telah mengubah sistem komunikasi di Kuala Lumpur dari

sehari ke sehari. Semasa Swettenham menjadi Residen lewat tahun 1882, Jalan Damansara

hampir siap sepenuhnya setelah enam tahun ianya tergendala. Akan tetapi semasa jalan

tersebut dihentikan pembinaannya sementara waktu itu, terdapat alternatif lain yang

digunakan oleh penduduk untuk bergerak. Antaranya adalah dengan menunggang kuda

menyusuri Sungai Klang, dan kebiasaannya kereta lembu atau kerbau digunakan dan cara ini

adalah lebih baik daripada berjalan kaki mengikut lorong-lorong dalam hutan.

British turut membina jalan untuk kegunaan kereta lembu yang pertama dan terpenting

di Perak untuk menghubungkan Matang dengan Taiping. Dalam tahun 1875, jalan tersebut

9
Ibid, hlm.50.
10
Gullick, J.M., 2003. A History Of Negri Sembilan, Selangor: Academi Art & Printing Service, hlm.75.
11
Ibid, hlm.75.
telah disambungkan Kemunting dan kemudiannya ke Kerian.12 Namun demikian, selepas

kereta lembu tidak dapat menampung beban untuk membawa bijih timah khususnya

(pengeluaran bijih timah semakin berkembang), pihak British merasakan mereka perlu

membina jalan raya yang lebih baik dan menghubungkan terus dengan stesen kereta api.

KERETA API

Kereta api juga adalah salah satu daripada pengangkutan yang begitu penting pada

zaman British khususnya untuk mengangkut barang atau hasil bumi seperti bijih timah dari

tempat pengeluaran ke pelabuhan-pelabuhan di Negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung.

Orang yang bertanggungjawab dan memainkan peranan penting dalam usaha mewujudkan

perkhidmatan kereta api khususnya di Lembah Kelang ialah Frank Swettenham.

British mula membina landasan kereta api pada tahun 1885 bagi mengadakan satu

sistem pengangkutan dan perhubungan yang cekap dan lebih baik. Pada peringkat awal,

perkembangan perkhidmatan kereta api di Negeri-Negeri Melayu terutama di Negeri Perak,

Selangor, Negeri Sembilan dan Perak ialah di antara tahun 1885 hingga 1895. Pada peringkat

ini, empat landasan kereta api yang pendek telah di bina untuk menghubungkan kawasan

perlombongan bijih timah di kawasan pedalaman dengan pelabuhan.13

Kerja-kerja pembinaan landasan kereta api yang pertama sepanjang lapan batu di

antara lombong-lombong di Taiping dan kawasan pantai di muara Sungai Larut telah

dimulakan pada tahun 188114. Kereta api yang pertama digunakan adalah pada tahun 1885,

iaitu kereta api yang menghubungkan Taiping dengan Port Weld bagi mengangkut bijih timah
12
Norhayati Ibrahim, 1983. Perkembangan Sistem Pengangkutan Di Negeri Perak (1870-1941), Jurnal
Persatuan Sejarah Malaysia. KDN 0661/83 ISSN 0377-7529. Bil. 12, hlm.7
13
Zainal Abidin. etal, 1985.Malaysia Warisan dan Perkembangan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
hlm. 165.
14
Tate.D.J.M.,1980. Sejarah Pembentukan Asia Tenggara., Kuala Lumpur: .Sun U Book Co. Sdn. Bhd, hlm.
226.
ke Ipoh.15 Kemudian pada tahun 1886, landasan kereta api telah dibina bagi menghubungkan

Kuala Lumpur dengan Kelang. Ini memudahkan bijih timah diangkut ke Pelabuhan Kelang. 16

Manakala pada tahun 1891, landasan kereta api yang mmenghubungkan antara Port Dickson

dengan Seremban telah dibina, dan pada tahun 1895 sebuah landasan kereta api telah

menghubungkan Pelabuhan Teluk Intan dengan Ipoh dan Batu Gajah17. Pembinaan landasan

kereta api ini telah memberikan kemudahan kepada pelombong-pelombong di kawasan

Lembah Kinta untuk membawa bijih timah ke tempat pelabuhan yang terdekat.

Yap Ah Loy telah mengupah orang-orang Benggali dari India untuk menyiapkan

landasan kereta api dan kerja-kerja ini memakan masa selama tiga tahun bermula pada tahun

1883. Pertengahan bulan Oktober,landasan tersebut telah bersedia untuk digunakan. Pada

awalnya stesen yang hanya diperbuat daripada kayu dan beratapkan besi yang panas dibina di

Kuala Lumpur. Kereta api ini akan berhenti di Petaling, Batu Tiga dan Bukit Kuda (untuk

Klang)18.

Setelah pembukaan stesen dan landasan kereta api yang pertama di Kuala Lumpur,

terdapat empat kereta api yang berulang-alik antara Kuala Lumpur dan Klang pada setiap

hari.19 Setiap perjalanannya mengambil masa selama 40 minit untuk sampai ke destinasinya

kira-kira 20 batu. Namun pada tahun 1892, stesen kereta api di Kuala Lumpur telah diganti

dengan stesen yang baru dan pada November 1892 ianya telah dirasmikan oleh Gabenor,

Clementi Smith. Menurut J.M.Gullick dalam bukunya Kuala Lumpur,1880-1895 mengatakan:

“The temporary railway station at Kuala Lumpur was replaced in 1892 by a

new one described as “a hensome,commodius and well situated


15
Hawkin Gerald, 1983. Malaya, Singapura : National Printer, hlm.83
16
Abdullah Ishak,Nina Musa, 1997. Wilayah Persekutuan, Kompas Publishing : Petaling Jaya, hlm. 9-10
17
Zainal Abidin. etal, 1985. Malysia Warisan dan Perkembangan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
hlm. 165.
18
Gullick M.J.,1998. Kuala Lumpur 1880-1895 A City In The Making, Selangor: Eagle Trading.hlm.45
19
Ibid.hlm47.
building”.In November 1892 the Governor,Clementi Smith,visited Kuala

Lumpur to open the new station.”

Semasa Frank Swetterham menjadi Residen,beliau telah mengerahkan seorang engineer dari

Ceylon, A.Spencer Moss untuk melakukan penyelidikkan dan juga menjadi ketua projek

untuk membina landasan kereta api ini.20 Spencer merupakan salah seorang daripada ahli

Ceylon Public Work Department dan beliau merupakan engineer di England sebelum ke

Ceylon, tetapi beliau bukannya seorang yang berkelayakkan tinggi.21

Penanaman kopi secara komersil di Negeri Sembilan akibat peningkatan

permintaannya pada tahun 1888, membantu dalam perkembangan sistem komunikasi. Jalan

dari Seremban ke Linggi tidak dapat bersaing atau menarik perhatian kerana adanya landasan

kereta api. Landasan kereta api dari Seremban ke pesisir pantai, siap sepenuhnya pada 1891,
22
membuktikan jalan dari Seremban ke Linggi itu tidak berjaya. Sebaliknya ramai yang

menggunakan kemudahan sistem kereta api berbanding jalan raya. Sistem kereta api pada

waktu itu lebih menjadi pilihan kerana menjimatkan masa, boleh membawa muatan yang

banyak serta memenuhi kehendak penduduk di Negei Sembilan.

Di Negeri Sembilan khususnya di Jelebu dan Seremban yang juga mempunyai hasil

bumi bijih timah dan terdapat juga perusahaan getah yang dimiliki oleh golongan Melayu di

beberapa kawasan turut ditaik tarafkan oleh British. Landasan kereta api juga dibina untuk

kemudahan pengangkutan hasil bumi tersebut: Dalam bukunya, Gerald Hawkin telah menulis

bahawa persimpangan penting bagi kereta api ialah di Gemas sebelum ke kawasan lain. 23

20
M.J.Gullick, 2000. AHistory of Kuala Lumpur (1856-1939), Selangor.: Academic Art and Printing Services,
hlm.56.
21
.M.J.Gullick, 1988. Kuala Lumpur 1880-1895; A City In The Making.,Selangor: Eagle Trading, hlm.45.
22
J.M.Gullick, 2003. A History Of Negri Sembilan, Selangor: Academi Art & Printing Service, hlm. 23.
23
Hawkin Gerald, 1983.Malaya, Singapore: National Printer,hlm. 105.
Keadaan ini menunjukkan bahawasanya perhentian di Gemas begitu sibuk serta menjadi

tumpuan kerana adanya hasil bumi yang amat bernilai tinggi pada waktu itu. Ramai orang

Cina dibawa masuk untuk bekerja di sektor perlombongan dan bijih timah dibawa keluar

menggunakan kereta api. Begitu juga dengan hasil daripada pokok getah yang akan dibawa ke

pelabuhan menggunakan kereta api.

POS DAN TELEGRAF

Semakin lama sistem komunikasi semakin baik dan bertambah meluas. Pada tahun

1879, sistem pos telah diperkenalkan. Berita dan surat-surat perniagaan mula diposkan ke

tempat lain. Pada tahun 1889 pejabat pos yang pertama telah dibina bersebelahan dengan

kawasan Parade. Dari tahun 1879 hingga 1891, Selangor telah menggunakan Straits

Settlements Stamps dengan gambar bintang dan bulan sabit dan huruf S dalam bulatan. 24

Setem pertama yang dikeluarkan di Selanor bernilai dua sen dan pada tahun 1891 setem ini

ditukar gambar kepada lambang singa melompat.25 Menurut J.M.Gullick, telegraf yang

pertama dari Kuala Lumpur ke Melaka dibuka pada 1886 dan dari Melaka terdapat pula

perhubungan dengan dunia luar lain.26

Dengan pembinaan jalan raya telah memudahkan perkembangan perhubungan melalui

pos dan telegraf. Sebenarnya jika dilihat secara lebih mendalam sistem pos dan telegarf juga

bermula di bahagian kawasan yang mempunyai nilai ekonomi, pusat pentabiran dan

pelabuhan dan barulah diperluaskan lagi ke kawasan petempatan. Ini jelas kelihatan dalam

perkembangan sistem pos dan telegraf di Perak. Di Perak, sistem pos mula wujud pada tahun

24
Gullick,M.J.,1983.The Story of Kuala Lumpur(1857-1939), Singapore: Eastern Universities Press,hlm 59.
25
Ibid,hlm 59.
26
Ibid,hlm.60.
1875 apabila sebuah pejabat pos dibina di Taiping. 27 Dari Taiping, perkhidmatan ini telah

dikembangkan ke kawasan lain seperti di Ipoh, Tapah dan Batu Gajah. Malahan pada tahun

1891, setiap daerah di Perak sudah pun dihubungkan melalui telegraf dengan Taiping, ibu

negeri Perak pada masa itu.28

TELEFON

Penggunaan telefon pada waktu tersebut sangatlah terhad dan tidak meluas lagi seperti

hari ini. Pada tahun 1892 telah ada dua telefon papan bersuis (telephone switchboards) yang

dipasang, satu (dengan enam liputan) di ibu pejabat polis dan satu lagi (dengan empat liputan)

di pos office.29 Di Perak, sistem penggunaan telefon telah ada dan digunakan di setiap hospital

dan balai polis dan kedua-dua jabatan ini dapat berhubung secara terus di akhir tahun 1800-

an.

PENGANGKUTAN SUNGAI DAN LAUT

Melaka yang sejak dahulu lagi terkenal dengan dunia perdagangannya. Pelabuhannya

yang begitu sibuk dengan aktiviti keluar masuk kapal-kapal dari semua ceruk rantau terutama

pada abad ke-14. Selepas kegiatan perlombongan dipergiatkan oleh pihak British terutama

pada sekitar abad ke -18, pengangkutan kapal masih lagi menjadi pengangkutan terpenting

terutama untuk mengeksport bijih timah dan hasil galian yang lain serta hasil pertanian ke

destinasi yang ditentukan serta menjalankan perniagaan ke luar negeri. Akibat daripada

kepentingan ekonomi yang memerlukan khidmat kapal ini, British telah membuka dan

memajukan pelabuhan-pelabuhan di Negeri-Negeri Pantai Barat. Perluasan penjajahan Brrish

27
Zainal Abidin. etal, 1985.Malysia Warisan dan Perkembangan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
hlm. 169.
28
Ibid.hlm.169.
29
Gullick, M.J., 2000.AHistory of Kuala Lumpur (1856-1939), Selangor: Academic Art and Printing
Services,hlm.61.
ke atas Negeri-Negeri Melayu, telah memberi peluang kepada pembukaan lombong bijih

timah di kawasan pendalaman secara besar-besaran.

Pada peringkat awal, perlombongan bijih timah terhad di kawasan yang berhampiran

sungai-sungai yang besar seperti di Sungai Perak serta cabang-cabang sungai sahaja. Keadaan

ini adalah kerana bagi memudahkan para pelombong membawa masuk alat-alat

perlombongan dan bekalan makanan ke kawasan pedalaman menggunakan sampan sahaja

atau menggunakan jalan-jalan denai yang tidak berturap. Namun selepas kedatangan British,

mereka telah menggunakan bot dan perahu yang lebih baik dan besar untuk bergerak dari

kawasan pedalaman ke pelabuhan30.

Tetapi pada penghujung tahun 1800-an, penggunaan bot atau perahu semakin

berkurangan untuk mengangkut bijih timah terutamanya, kerana terdapat pelbagai masalah

yang tidak dapat dielakkan. Misalnya di Negeri Perak, sunagi menjadi cetek serta tohor akibat

daripada pembuangan sisa-sisa bijih timah. Selain itu, British telah mengurangkan

penggunaan pengangkutan sungai kerana dikatakan lambat dan hanya dapat membawa sedikit

muatan dan pelombong-pelombong beralih kepada penggunaan kereta api.

KESIMPULAN

Negeri-Negeri Pantai Barat (Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka)

sememangnya menjadi negeri tumpuan oleh British dalam memodenkan sistem pengangkutan

dan komunikasi. Keadaan ini bersesuaian dengan motif pihak British yang mementingkan

keuntungan mereka. Hal ini adalah kerana, kebanyakkan hasil galian yang banyak terutama

bijih timah yang mendapat pasaran dunia akibat berlakunya Revolusi Perindustrian, terdapat

30
Zainal Abidin. etal, 1985. Malysia Warisan dan Perkembangan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
hlm.164.
di negeri-negeri Pantai Barat. Usaha memajukan lagi sistem komunikasi ini sebenarnya secara

tidak langsung dapat meningkatkan darjah ketersampaian penduduk disamping meningkatkan

lagi hasil ekonomi British pada ketika itu. Namun demikian, British tidak memodenkan

sistem komunikasi ini secara drastik tetapi perlahan-lahan dan memakan masa yang agak

lama.

Secara kesimpulannya, boleh dikatakan bahawa dengan kedatangan pihak British di

Negeri-Negeri Melayu telah membawa banyak perubahan dalam sistem komunikasi dan

pengangkutan walaupun pada asasnya pemodenan ini dilakukan atas dasar kepentingan

ekonomi mereka sahaja

BIBLIOGRAFI
Abdullah Ishak, Nina Musa,.1997. Wilayah Persekutuan. Kompas Publishing : Petaling Jaya.

Gullick M.J.1998. Kuala Lumpur 1880-1895 A City In The Making .Eagle Trading: Selangor.

Gullick M.J.1983. The Story of Kuala Lumpur (1857-1939).Eastern Universities Press:

Singapore.

Gullick M.J,2003. A History Of Negri Sembilan. Academi Art & Printing Services: Selangor.

Hawkin Gerald. 1983. Malaya. Singapore National Printer:Singapura

Hassan Hamzah.1997.Kamus Melayu Global. Piramid Perdana : Kuala Lumpur.

M.A, Kennedy. J. 1965. A History Of Malaya. Continental Printing : Hong Kong.

Norhayati Ibrahim. 1983. Perkembangan Sistem Pengangkutan Di Negeri Perak (1870-

1941),

Jurnal Persatuan Sejarah Malaysia. KDN 0661/83 ISSN 0377-7529. Bil. 12.

Tate.D.J.M.1980. Sejarah Pembentukan Asia Tenggara,. Sun U Book Co. Sdn. Bhd : Kuala

Lumpur.

Zainal Abidin. etal.1985. Malaysia Warisan dan Perkembangan. Dewan Bahasa dan Pustaka:

Kuala Lumpur.