Nama Permainan: Permainan Tuju-tuju Objektif: Murid dapat: 1. Membunyi suku kata KVKK + KV dengan betul. 2.

Membentuk dan menyebut perkataan KVKK +KV. 3. Bermain dalam kumpulan. Bahan: 1)10 biji botol mineral kecil @ tin minuman 2) Pundi kacang (mengikut bilangan murid) 3) Kad suku kata KVKK dan KV Cara menjalankan permainan: 1. Permainan dijalankan secara individu seperti bermain guli bulatan. 2. Guru lekatkan kad suku kata KVKK pada papan putih dan kad suku kata KV pada botol atau tin. 3. Susun botol atau tin dalam satu bulatan. 4. Undi untuk menentu giliran. Pemain pertama akan menuju satu botol atau tin menggunakan pundi kacang yang diberi. 5. Hanya satu botol atau tin yang dapat dikeluarkan dari bulatan akan dikira markah. (2 markah) 6. Kemudian minta pemain tersebut padankan kad suku kata KV tersebut dengan kad suku kata KVKK supaya menjadi perkataan. Padanan yang betul diberi 10 markah . 7. Kad yang tidak betul dipadan akan diletak semula pada botol dalam bulatan. Kemudian pemain lain akan meneruskan permainan mengikut giliran. 8. Pemain yang mendapat markah tertinggi dikira pemenang.

* * * *

* * * Garis mula – 2 meter

Related Interests