PEMANTAUAN PENDEKATAN KOLABORATIF PENGURUSAN BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KALUMPANG, ULU BERNAM, SELANGOR

MUHAMAD SHAHADAN BIN SHARIPUDDIN

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

1

PEMANTAUAN PENDEKATAN KOLABORATIF PENGURUSAN BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KALUMPANG, ULU BERNAM, SELANGOR

MUHAMAD SHAHADAN BIN SHARIPUDDIN 850812-05-5121

Laporan cadangan penyelidikan ini adalah sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Kemahiran Hidup/Teknikal

Fakulti Seni dan Muzik Jabatan Teknik dan Vokasional Universiti Pendidikan Sultan Idris

MAC, 2010

2

PENGHARGAAN
Syukur ke Hadrat Allah Subhanahuwata’ala kerana dengan limpah kurniaNya , saya berjaya jua menyiapkan proposal kajian bagi Penyelidikan Ilmiah di bawah tajuk yang telah dipilih oleh saya sendiri dengan bantuan penyelia iaitu Pemantauan Pendekatan Kolaboratif Pengurusan Bengkel Kemahiran Hidup Di Sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Kalumpang, Ulu Bernam, Selangor. Proposal kajian ini merupakan suatu dedikasi dan komitmen serta kefahaman saya bagi subjek Penyelidikan Ilmiah. Saya berharap segala apa yang terkandung di dalam isi proposal ini dapat dijadikan manfaat dan dijadikan rujukan pada masa hadapan. Ribuan terima kasih juga saya tujukan kepada pensyarah saya iaitu Prof. Dr. Supli Effendi Rahim serta penyelia Prof. Madya Dr. Mohamad atas segala tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang proses menyiapkan proposal kajian ini. Manakala untuk teman-teman seperjuangan juga diucapkan terima kasih di atas komitmen yang padu yang telah diberikan sepanjang menyiapkan proposal ini pada masa dan waktu yang telah ditetapkan . Akhir sekali , terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung ataupun secara tidak langsung. Sekian ,Wabillah hitaufik walhidayah wassalamu’alaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan terima kasih.

3

“Pengorbanan dan kesetiaan kalian menjadi sumber ilham ku” Jasamu takkan ku lupa selamanya. 4 .DEDIKASI “Untuk keluarga tersayang dan sahabat handai yang disanjungi.

1 Pengenalan 1 2 4 5 5 6 7 7 MUKA SURAT 1.4 Persoalan kajian 1.8.3 Mata pelajaran Kemahiran Hidup 2.4 1.6 Kepentingan kajian 1.7 Batasan kajian 1.1 Pendahuluan 9 9 11 12 2.1 Bahagian teras 2. ii iii iv BAB 1 PERKARA PENDAHULUAN 1.8.ISI KANDUNGAN JUDUL PENGHARGAAN DEDIKASI i.3.5 Objektif kajian 1.3.2 Bahagian Elektif 5 .2 Kepimpinan 2.5 Pengurusan Bengkel Kemahiran Hidup Pendekatan Kolaboratif Kemahiran Hidup 2 SOROTAN LITERATUR 2.8.2 1.1 1.8.3 Penyataan masalah 1.2 Latar belakang masalah 1.8.3 1.8 7 7 8 8 8 Definisi termenologi 1.

7 Analisa data 25 28 6 .6 19 20 Keselamatan 2.5 Penguruan dan organisasi 2.4 Instrumen kajian 3.6 Prosedur kajian 3.12 Kemahiran Hidup tugas panel KHB 13 2.5.7 3 METODOLOGI KAJIAN 3.3 Sampel kajian 3.1 bengkel Senarai Penutup 2.5 Kajian rintis 3.2 Rekabentuk kajian 3.1 Pengenalan 21 21 22 22 24 24 24 BIBLIOGRAFI LAMPIRAN 3.4 13 16 Peranan guru di 2.

Pendekatan Kolaboratif bermaksud pemaufakatan. Perdagangan dan Keusahawanan serta Reka cipta yang menjadi komponen teras dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Setiap pelajar yang mempelajari subjek Kemahiran Hidup dikehendaki mempratikkan Kemahiran Manipulatif.BAB 1 PENDAHULUAN 1. kekitaan dan kerjasama yang ikhlas dan terbuka oleh setiap individu yang terlibat. pelajar perlulah mempraktikkan segala kemahiran yang ada di dalam 7 . amali bagi pengajaran dan pembelajaran kemahiran hidup tetap berjalan.1 Pengenalan Pusat bagi amali pengajaran dan pembelajaran subjek kemahiran hidup adalah bengkel kemahiran hidup. boleh melahirkan pelajar yang positif. Langkah-langkah mengelak kemalangan yang diaplikasikan dengan teratur melalui penyusunan. penggunaan dan penyelenggaraan alat atau bahan. Struktur dan bentuk organisasi yang berbeza-beza dari segi dalaman atau luaran. Pengurusan makmal KHB secara kolaboratif ini bermakna semua guru-guru Kemahiran Hidup hendaklah bekerjasama dalam menguruskan makmal-makmal Kemahiran Hidup dan setiap guru sentiasa faham tentang konsep pengurusan dan pengendalian setiap makmal (KPM 1996). Dari segi praktikalnya. Sebagai contoh seorang guru mestilah faham bahawa pengendalian dan pengurusan bengkel kemahiran hidup yang betul dan teratur sebelum memulakan dan selepas menamatkan kelas pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

subjek-subjek berkenaan melalui ruang yang kondusif (bengkel kemahiran hidup) disamping memerlukan kelengkapan alat dan bahan-bahan yang bersesuaian. Sains Pertanian dan Perdagangan telah diganti selaras dengan perubahan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) iaitu Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Sains Rumah Tangga. kesedaran ekonomi dan pengurusan diri (PPK 1992). Mata pelajaran ini lebih menekankan aspek kemahiran dalam kehidupan seharian. menyelenggara. Secara fizikal bilik-bilik dan bengkel Kemahiran Manipulatif. pilihan mata pelajaran Seni Perusahaan. Pertanian dan Ekonomi Rumah Tangga (KPM. iaitu Kemahiran Teknologi. Asas kemahiran yang diberikan kepada pelajar ini seperti membuka. membaiki kerosakan kecil. menternak. Hasil kerja tangan yang di lakukan 8 . Perdagangan dan Keusahawan. Keadaan ini menyebabkan pelajar-pelajar sentiasa bergerak mengikut kesesuaian.1991) Kemahiran Hidup adalah satu mata pelajaran yang ditawarkan di sekolah menengah tingkatan 1-3 berhasrat memupuk celik teknologi. Berbanding dengan mata pelajaran yang terdahulu Kemahiran Hidup Bersepadu berkonsepkan penyatuan dalam semua mata pelajaran teknikal gabungan keempat-empat pilihan.2 Latar Belakang Masalah Bermula tahun 1991. Ini bagi mempastikan agar pengurusan bengkel Kemahiran Hidup dapat dilakukan dengan lebih sistematik agar pengajaran dan pembelajaran subjek ini menghasilkan impak yang optimum (PPK 2005). bahkan kerap berlaku peralatan dan juga bahan-bahan terpaksa beralih daripada satu makmal ke satu makmal yang lain (Laporan PPK 2005). mengurusniaga barang. 1. menanam. Ekonomi Rumahtangga dan Pertanian telah yang wujud di sekolah pada masa ini berjauhan dan berasingan antara satu sama lain. memasang. memasak dan menjahit (kemahiran Teknikal) amatlah berguna bagi kegunaan kehidupan seharian mereka. Dengan ini pihak Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Teknik dan Vokasional telah menyarankan agar guru-guru Kemahiran Hidup dapat mengamalkan pengurusan bengkel KHB ini melalui pendekatan kolaboratif.

Satu kajian Pusat Perkembangan Kurikulum (2005). 96. Beban tugas guru bertambah dimana tahap pengurusan harus ditingkatkan dan tidak boleh ditahap lama. Setiap guru Kemahiran Hidup mempunyai peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan baik. Menurut Suhaimi (1995) Guru yang telah lama berkhidmat mempunyai kepakaran dalam pengurusan makmal Kemahiran Hidup berbanding guru yang baru berkhidmat. 88. guru-guru mata pelajaran Kemahiran Hidup mempunyai peluang menggunakan bengkel-bengkel yang terdapat di sekolah seperti bengkel kerja kayu. Perbezaan latar belakang guru yang mengajar kemahiran hidup juga mempengaruhi mutu pengurusan bengkel Kemahiran Hidup. Oleh itu. 61.9% waktu mengajar terlalu banyak dan 93. Suasana pembelajaran untuk aktiviti ini haruslah sentiasa berkeadaan baik supaya pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan licin. Untuk mengelakkan berlakunya masalah penyenggaraan ketika berada di bengkel.9% menyatakan alatan tak mencukupi menyebabkan kerja amali tidak dapat dijalankan mengikut jadual. Masalah pengurusan bengkel merupakan cabaran yang dihadapi oleh guru-guru Kemahiran Hidup. Perlaksanaan mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu memberi kesan kepada keadaan di bengkel dan tugas guru. berkesan dan mencapai matlamat.7% alatan tidak mencukupi. Ketua Panitia haruslah melaksanakan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup dengan penuh rasa tanggungjawab dengan sentiasa membantu guru-guru yang kurang berkemahiran ini dengan sentiasa peka 9 . guru-guru perlulah mengetahui cara pengendalian bengkel dengan sempurna agar kerjasama di antara guruguru yang lain dapat berjalan dengan baik.6% menyatakan kemudahan dan penyesuaian makmal perlu dikemaskini.oleh tangan (hands on) dan kemahiran diri mampu mencipta hasil (produk) yang baru atau inovasi dari produk sedia ada yang boleh digunakan oleh orang ramai. dan bilik lukisan teknik secara optimum.8% responden bersetuju bahawa bengkel harus diselenggara dengan kemas dan tersusun. elektrik dan elektronik. Menutut PPK lagi pelbagai masalah timbul apabila 66.

Pendekatan kolaboratif ini mengutamakan ciri-ciri permuafakatan. Hal ini menyebabkan Jabatan Pendidikan Teknik perlu merancang satu program pengurusan bengkel Kemahiran Hidup supaya guru-guru tidak lagi bersengketa dan sering bermasam muka antara satu sama lain melalui Pengurusan Bengkel Kemahiran Bersepadu Pendekatan Kolaboratif . daerah ataupun sekolah. 1. Menurut Ramlah Hamzah (1993) dalam jurnal tulisannya. Sistem ini mengutamakan pengurusan stok barang/bahan. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya pertembungan penggunaan bengkel Kemahiran Hidup dengan sistem pengurusan yang tidak teratur terutama jadual kelas harian. sebahagian besar guru telah diberi pendedahan melalui kursus dan seminar samada diperingkat negeri.3 Penyataan Masalah Pendekatan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup yang digunakan sebelum ini merupakan kaedah yang kurang praktik dan tidak sesuai kerana guru hanya melakukan pengurusan pada bengkel tertentu sahaja. Guru-guru saling bertelagah dan menuduh antara satu sama lain.dan mencari jalan penyelesaian bagi menangani masalah pengurusan bengkel Kemahiran Hidup. kekitaan serta kerjasama yang ikhlas dan terbuka oleh setiap individu yang terlibat secara langsung atau tidak. serta prosedur menggunakan makmal Kemahiran Hidup dengan lebih teratur dan berkesan. Pengurusan Bengkel Kemahiran Bersepadu Pendekatan Kolaboratif ini mula dilaksanakan pada tahun 1996. Maka satu sistem pengurusan makmal Kemahiran Hidup pendekatan kolaboratif telah diperkenalkan bagi mengatasi segala permasalahan yang berlaku dalam pengurusan bengkel Kemahiran Hidup. keadaan ini telah menimbulkan masalah terutama bagi guru-guru yang kurang arif terhadap makmalmakmal yang lain. pelaksanaannya masih menjadi persoalan kepada guru sama ada melaksanakannya dengan baik ataupun sebaliknya. Guru KH yang lain tidak menguruskan makmal-makmal Kemahiran Hidup dengan sempurna selepas mereka gunakan. Namun. Kebanyakan guru-guru masih kurang faham tentang 10 . Di sekolah.

1. kekerapan mengadakan mesyuarat oleh Panatia KH.4 Persoalan Kajian Berdasarkan masalah-masalah yang dikemukakan. 4. Ketua Panitia dan Pihak pentadbir sekolah memberikan kerjasama semasa melaksanakan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu pendekatan kolaboratif. Apakah tahap kerjasama antara guru-guru Kemahiran Hidup. 3. pihak pentadbiran. Oleh itu satu kajian berkaitan dengan Pengurusan Bengkel Kemahiran Hidup Melalui Pendekatan Kolaboratif Di Sekolah perlu dilaksanakan dengan kajian akan menyentuh aspek-aspek kerjasama antara guru-guru KH. Sejauh manakah kekerapan guru-guru. pemantauan oleh pihak-pihak terbabit dan penyediaan bukubuku rekod penyelenggaraan. 11 . objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti dan meninjau aspek ciri-ciri berikut:1.5.5 Objektif Kajian Berdasarkan penyataan yang telah ditimbulkan.bagaimana untuk melaksanakan dan mendapat kerjasama penuh dengan guru-guru yang lain. ketua panatia dan guru-guru lain dalam melaksanakan pengurusan makmal Kemahiran Hidup melalui pendekatan kolaboratif? 2. beberapa persoalan boleh dikaji seperti:1. pentadbir PPD dan JPN membuat pemantauan terhadap bengkel Kemahiran Hidup dari masa ke semasa? Apakah kekerapan mesyuarat guru-guru diadakan bagi membincang dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh guru? Apakah persepsi pelajar terhadap pengurusan bengkel yang disediakan oleh guru mereka? 1.1 Mengenalpasti samada guru-guru.

5. ketua Panitia dan pihak pentadbir mengadakan pemantauan semasa melaksanakan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu pendekatan kolaboratif. 1. didapati guru semakin hari semakin kurang mengamalkannya. Selain itu juga.5. pihak pentadbir sekolah dan Penyelaras Teknik dan Vokasional Daerah untuk merangka satu pendekatan yang lebih berkesan bagi membantu guru-guru yang kurang pengetahuan dan pengalaman atau guru yang kurang memberi kerjasama ini untuk melaksanakan pengurusan bengkel pendekatan kolaboratif secara lebih berkesan dan sistematik. Ketua Panitia dan pihak pentadbir sekolah. adalah diharapkan laporan kajian ini dapat memberi sumbangan kepada bahagian perancangan dan Penyelidikan KPM untuk merancang dasar dan program peningkatan profesionalisma terutama dalam pengurusan bengkel Kemahiran Hidup yang berkesan dan kondusif.1. 1.4 Mengenalpasti setakat mana guru menyediakan dan mengemaskini penyelenggaraan bengkel Kemahiran Hidup untuk kegunaan pelajar. Ini mungkin disebabkan beberapa faktor seperti kurangnya pengetahuan dan pengalaman guru dalam proses pelaksanaannya atau kurangnya kerjasama dari guru-guru Kemahiran Hidup yang lain..3 Mengenalpasti samada guru mengadakan mesyuarat yang ditetapkan semasa melaksanakan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu pendekatan kolaboratif 1. Melalui kajian ini diharap dapat membantu guru-guru. 12 .2 Mengenalpasti sekerap mana guru-guru.6 Kepentingan kajian Kajian adalah mengenai persoalan adakah guru-guru melaksanakan pengurusan bengkel Kemahiran hidup pendekatan kolaboratif di sekolah dirasakan penting kerana setelah hampir 10 tahun arahan perlaksanannya dijalankan.5.

2 Bengkel Kemahiran Hidup Bengkel ialah sebuah tempat. organisasi dan negara dimana ianya adalah kerja yang khusus yang hanya diketahui oleh manusia yang terlatih dalam sesuatu bidang berkaitan. Ini bertujuan mengelakkan diri memahami kajian dan persepsi yang berbeza sepertimana yang dikehendaki dalam sesuatu kajian. Terdapat ruang-ruang khas untuk pengajaran dan pembelajaran dan ruangruang ini hendaklah dilengkapi dengan keperluan minimum pengajaran dan pembelajaran. 1. namun kesimpulannya sedikit sebanyak dapat menggambarkan keadaan di sekolah pada amnya. Selangor sebagai sampel. perniagaan dan sebagainya). badan. Walaupun kajian ini melibatkan satu tempat kajian. Responden adalah terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup dan pelajar-pelajar Kemahiran Hidup Tingkatan 3. Ianya adalah berkaitan dengan perihal menguruskan makmal dan guru Kemahiran Hidup.1.7 Batasan Kajian Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kalumpang di daerah Ulu Bernam. 1992) 13 . Menurut Rashid (1995) mendefinisikan pengurusan sebagai mengurus manusia.8 Definisi Termenologi Definasi istilah adalah berhubung dengan istilah yang digunakan dalam kajian yang hendak dijalankan. (Kementerian Pendidikan Malaysia.8.8. 1.1 Pengurusan Menurut istilah kamus dewan (2001) adalah suatu perihal (kerja dan sebagainya) dalam menguruskan sesuatu perihal mengurus (syarikat. Proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dan terdapat peralatan dan bahan-bahan di dalamnya. asset. Pelbagai elektif instrumen yang digunakan oleh pengkaji ialah set soal selidik. 1. ruang atau bilik yang digunakan untuk melakukan ujikaji atau aktiviti kerja amali.

Ekonomi Rumah Tangga dan sains Pertanian. antara pentadbir dengan institusi dan sebagainya. mempunyai hubungan dua hala. Kolaboratif merupakan sistem pemuafakatan yang harus dibina sebelum membina tujuan kajian tindakan atau harus dibina dalam proses menjalankan kajian tindakan. 14 . Ekonomi Rumah Tangga.4 Kolaboratif Kolaboratif membawa maksud muafakat dan pemuafakatan antara seorang guru dengan guru yang lain. Kolaboratif bermaksud bekerja dalam pasukan.8.1. Perdagangan.5 Kemahiran Hidup Mata pelajaran yang mengandungi beberapa komponen teras iaitu Kemahiran manipulatif. 1. antara guru dengan pelajar.8.8. Pertanian dan Kekeluargaan serta tiga komponen elektif iaitu Kemahiran Manipulatif Tambahan. usaha sama. 1. antara guru dengan pentadbir. konsep perkongsian dan pengorbanan dalam menjayakan satu tujuan dan matlamat yang membawa kebaikan bersama.3 Pendekatan Pendekatan diistilahkan sebagai keadah atau cara yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas.

keselamatan. yang bersifat non-linear.2 Kepimpinan Kepimpinan merupakan satu perkara yang penting dalam kehidupan manusia.BAB 2 SOROTAN LITERATUR 2. Kepimpinan merangkumi keseluruhan aspek kehidupan manusia sama ada dalam soal-soal sosial. pendidikan. mata pelajaran Kemahiran Hidup dan diikuti dengan bengkel Kemahiran Hidup. politik. yang inovatif dan imaginatif. ekonomi mahupun kerohanian. Seterusnya penjelasan tentang tanggungjawab guru di bengkel Kemahiran Hidup. pengurusan organisasi dan organisasi bengkel Kemahiran Hidup. dan termasuklah di dunia. organisasi. Penyelidik akan menjelaskan tentang kepimpinan. Aziz (2000) pula pemimpin yang berjaya adalah pemimpin yang peka kepada tuntutan perubahan samada perubahan dalaman yang didalam kawalannya atau perubahan yang diluar kawalan mereka. Pemimpin yang sentiasa membawa perubahan yang baik kepada kehidupan manusia amat wajar diteladani . 2. 15 . Pemimpin merupakan seorang yang memainkan peranan yang besar dalam sesebuah organisasi. Menurut Wan Zahid Nordin (2003) “Kita perlu berkisar dan berganjak daripada norma dan kebiasaan dalam melaksanakan tugas-tugas kita yang lazim. rutin dan “reasonable” kepada yang lain. dan lateral yang menggunakan budaya “reflective rationality” dan yang “unreasonable” . Menurut Ab.1 Pendahuluan Dalam bab ini penyelidik akan membuat sorotan tentang pengurusan matapelajaran Kemahiran Hidup di sekolah. Kepimpinan dapat mengenalpasti hal ehwal keluarga. masyarakat.

Seseorang pempimpin seharusnya memiliki segala idea yang kreatif atau wawasan agung bagi menjana organisasi. penyayang. jujur. mendalam dan terkini.1 Mempunyai wawasan organisasinya. Dalam sudut yang lain .Kepimpinan merupakan satu aspek kehidupan yang diperlukan oleh setiap lapisan masyarakat. 2. Perjuangan pemimpin yang berani bijaksana menjadi intipati lagenda dan mitos. Sejarah manusia penuh dengan pemimpin tertentu seperti tentera. 2. 16 . kerja berpasukan. kepimpinan boleh didefinasikan sebagai setiap tindakan yang merupakan sumber-sumber ke arah matlamat yang benar-benar bermanfaat. pandu dan tunjuk. Memimpin memberi erti sebagai memegang tangan dan membawa berjalan-jalan menuju ke sesuatu tempat.2. hidup sihat. Pemimpin perlu bertindak secara proaktif bagi menggerak dan merangsang orang lain untuk bertindak. Kepimpinan ialah kebolehan. Pimpin bererti bimbing. agama dan sosial. 2. ”Kepimpinan” ialah perkataan terbitan daripada ”pimpin”. Pemimpin merupakan individu yang menjadi ketua dan penggerak dalam sesebuah organisasi. semasa melaksanakan pemulihan atau membuat keputusan. Kepimpinan memberi gambaran individu yang berkuasa dan dinamik. yang memerintah dan mengarah.4 Mahir berkomunikasi dengan berkesan. berdisiplin. Pemimpin membawa erti keupayaan memimpin dankepimpinan pula ialah keupayaan sebagai pemimpin atau daya seorang pemimpin (Kamus Dewan 2001).. kecekapan.2. keberkesanan dan kewibawaan seseorang pemimpin menggerakkan organisasi.2. ikhlas).2. berkebolehan menterjemah wawasan menjadi pelan tindakan yang praktikal dan fleksibel.3 Mengamalkan budaya beretika (perpaduan. pilitik. Antara ciri-ciri pemimpin yang berkesan menurut Ahmad Athory Hussin (1991) ialah :2.2 Memiliki ilmu pengetahuan yang luas. bersopan santun. Pemimpin perlu bertindak apabila berhadapan dengan masalah.

Perdagangan dan Keusahawanan). Sehubungan dengan itu. Menurut Hussein. Seorang guru Kemahiran Hidup haruslah mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin untuk menguruskan bengkel yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Mereka perlu bersifat fleksibel semasa berurusan dengan personaliti yang berbeza yang mana perkara ini selaras dengan konsep Parlov yang mengaitkan stimulus. Pendidik dan pemimpin yang baik yakin akan kebolehan dalam melaksanakan tugas-tugas disamping memberi bimbingan serta penyediaan yang wajar kepada orang yang dipimpin. 2.6 Produktif . Guru yang dipertanggungjawabkan hendaklah menggunakan segala pengalaman dan kemahiran untuk menguruskan sesuatu organisasi itu dengan memberi manafaat kepada pelajar dan organisasi.2. seharusnya mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang unggul untuk membimbing ahli-ahlinya ke arah kesempurnaan dan keunggulan diri. daya tahan.2. Sebagai guru. Ekonomi Rumah Tangga.2. 2. daya tekal). pemimpin harus mempunyai karisma yang cukup kuat di kalangan pengikut dan kumpulannya.7 Cekap menggunakan segala sumber yang ada dengan optimum. daya saring.5 Memiliki budaya jati diri (daya saing. (1993) organisasi yang berkesan adalah bergantung pada gaya kepimpinan ketuanya. 2. 2. Kemahiran hidup adalah kemahiran-kemahiran asas yang perlu dibekalkan kepada pelajar untuk 17 .2.8 Sentiasa memantau dan menilai perkembangan setiap program dan organisasi. 2. Kepimpinan merupakan tingkah laku bertumpu bagi mancari jalan penyelesaian masalah dan bagi mencari jalan iaitu melaksanakan sesuatu program atau tugasan bertujuan untuk menangangi matlamat organisasi itu.9 Memiliki gaya kepimpinan. daya juang.2.mementingkan peningkatan yang berterusan.3 Matapelajaran Kemahiran Hidup Kemahiran Hidup ialah satu mata pelajaran baru dalam Kurikulum Baru Sekolah Menengah bagi menggantikan mata pelajaran Aneka Jurusan (Seni Perusahaan. tindakan dan ganjaran. Sains Pertanian.2.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (1992). 18 . Ekonomi Rumah Tangga. semua pelajar akan menggunakan bengkel untuk menjalankan amali dan guru-guru dari elektif lain juga akan menggunakan bengkel yang sama bagi proses pengajaran dan pembelajaran.3. Pelajar dikehendaki memilih salah satu daripada 4 komponen yang dipelajar ditingkatan 1 hingga 3.2 Bahagian Elektif Bahagian ini mengandungi 4 komponen iaiti Kemahiran Teknikal. (Pusat Perkembangan Kurikulum. Bahagian teras wajib dipelajari oleh semua pelajar. 2. Mata pelajaran ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar seberapa banyak yang boleh bidang kemahiran agar kemahiran yang dipelajari itu dapat digunakan oleh pelajar untuk kehidupan seharian seperti membaik pulih perkara yang mudah di rumah mereka. 2003). Satu kemahiran asas untuk menjalankan aktiviti urusan harian dan keusahawanan. Kemahiran asas yang dibekalkan untuk membolehkan seseorang bertindak mengendalikan hidup dengan cara produktif dalam dunia teknik dan perdagangan yang kompleks dan sentiasa berubah. kemahiran hidup merupakan komponen asas kepada pendidikan vokasional dan teknologi.1 Bahagian Teras Bahagian ini mengandungi 2 komponen iaitu Kemahiran Manipulatif dan Perdagangan. Dalam Kemahiran Hidup. Perdagangan dan Pertanian. ia merujuk kepada kecekapan yang seharusnya diperolehi oleh pelajar tersebut. Dalam melaksanakan semua mata pelajaran ini.3. 2.membolehkan mereka bertindak mengendalikan hidup secara produktif di dalam dunia teknologi dan perdagangan yang kompleks dan sentiasa berubah.

Matlamat sesebuah organisasi bengkel Kemahiran Hidup adalah untuk kepentingan pelajar 19 . Seorang pendidik itu itu mesti mampu memenuhi beberapa ciri seperti amanah. 2. berdedikasi. berdaya usaha dan berperibadi mulia. organisasi tersebut berfungsi untuk mencapai matlamat ini. bimbingan serta tunjuk ajar kepada seseorang atau sekumpulan manusia (Kamaruddin. Oleh yang demikian guru perlu peka akan perubahan sekeliling dan sentiasa membimbing pelajar-pelajar untuk mencapai objektif dalam pengajaran dan pembelajaran serta sentiasa mengamalkan peraturan dan keselamatan semasa bekerja menggunakan bengkel Kemahiran Hidup. Guru Kemahiran Hidup bukan sekadar menyampaikan maklumat kepada pelajar tetapi bertanggungjawab mengelola kemudahan dan keadaan fizikal sekelilingnya.2. Jesteru itu. berdisplin. guru Kemahiran Hidup dikehendaki menyelenggara segala pekakasan dan peralatan di dalam bengkel selepas dan sebelum menggunakannya. Pencapaian matlamat organisasi pula bergantung pada banyak faktor. Faktor ini boleh ditinjau dari segi input . Peranan guru Kemahiran Hidup adalah lebih berat jika dibandingkan dengan guru-guru yang lain. Bengkel Kemahiran Hidup misalnya adalah sebuah organisasi formal yang diwujudkan untuk pengurusan. 1994). output dan alam sekitar sesebuah organisasi.5 Pengurusan dan Organisasi Sesebuah organisasi sama ada yang bercorak perniagaan atau perkhidmatan mestilah mempunyai matlamat yang tersendiri. adil. Selain mengajar. Pengajar adalah individu yang memberi panduan. bertanggungjawab.4 Peranan Guru di Bengkel Kemahiran Hidup Guru atau pendidik sering dikaitkan pengajar kepada murid di sekolah. Pengurus-pengurus bengkel juga dipertanggungjawabkan untuk memastikan setiap bengkel yang akan digunakan sentiasa dilengkapi dengan bahan dan peralatan yang dijamin keselamatannya.

Menurut Ahmad Hussein (1993) mengurus sebagai teknik atau cara menjalankan pentadbiran bagi menjayakan tugas-tugas yang perlu dilaksanakan. Dalam organisasi bengkel Kemahiran Hidup. guru ini bertanggungjawab untuk menjalankan tugas-tugas seperti mengurus. Pembinaan organisasi yang mantap dan berkesan dapat menguruskan segala aktiviti dengan lancar dan menepati apa yang dikhendaki. organisasi meliputi satu atau lebih pusat kuasa yang menepatkan matlamat memperuntukan sumber-sumber mengarah kepada kemajuan. Sebagai Ketua Panatia. Ketua Panatia adalah satu jawatan yang dipilih mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh pihak sekolah. Ketua Panatia adalah orang penting untuk mencapai matlamat pengurusan. Menurut Kamaruddin (1994). 20 . guru haruslah menyusun satu organisasi yang mampu mencapai objektif dalam pengajaran dan pembelajaran. mentadbir dan mengendalikan mesyuarat.Dalam pengurusan sebuah bengkel Kemahiran Hidup.

PENGETUA GURU KANAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KETUA PANITIA PENYELARAS BENGKEL GURU KHB KERJA KAYU ELEKTRIK/ ELEKTRONIK KERJA PAIP/ ENJIN PERTANIAN / PERKEBUNAN JAHITAN MASAKAN PEMBANTU BENGKEL Jadual 2.1 : Carta Organisasi Panitia KHB 21 .

2.1 TUGAS PENGETUA 2.1.1.5.5.1.3.1.5.5 Mempastikan peruntukan KHB digunakan sewajarnya.3 Menyusun jadual penggunaan makmal Bertanggungjawab mesyuarat 2.1.5.1.1.5.1 Bertanggungjawab keselamatan bengkel 2.5.1.2 TUGAS GURU KANAN MATAPELAJARAN TEKNIK DAN VOKASIONAL 2.2 2.1 Senarai Tugas Panel KHB 2.1.2.1.1 Bertanggungjawab membantu guru Kanan Mata pelajaran mengenai aspek-aspek pengurusan dan keselamatan bengkel Kemahiran Hidup.1.1. terhadap pembangunan fizikal dan 2.1.5.1.5.5.3 Bertanggungjawab mempastikan kemalangan yang berlaku diambil tindakan segera 2.1 Bertanggungjawab dan mempastikan pengurusan organisasi bengkel berjalan dengan sempurna.4 Menentukan penggunaan ABM digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran 2.5.3 TUGAS KETUA PANITIA 2.1.1.2.5.5. 22 .1.5 Merancang dan mempastikan guru di kursus dalaman mengadakan dan mempengerusikan 2.2.4 Bertanggungjawab mengenalpasti tindakan yang perlu diambil sewaktu kecemasan 2.2 Bertanggngjawab menentukan peraturan dan keselamatan dan peraturan di kemaskini dan dipatuhi 2.2.5.1.1.5.2.2.5.

1 2.5.3.1.2 2.6 TUGAS PEMBANTU BENGKEL 2.5.6.1 Membantu penyelaras KHB dan penyelaras bengkel secara langsung bagi mempastikan kelancaran organisasi pengurusan bengkel dan proses pengajaran dan pengajaran 2.1 Bertanggungjawab membantu penyelaras dalam perlaksanaan pengajaran dan pengajaran 2.5.1.4.1.1.1.1.6. 23 .5.6 Menyemak stok dan iventori Menyediakan alatan dan bahan pembelajaran dan pengajaran Menyelenggara dan membaik pulih alatan Merekod keluar masuk alatan Mempastikan keselamatan dan kebersihan bengkel Mempastikan alatan mencukupi sebelum dan selepas pengajaran dan pembelajaran.5 2.2 2.5.1.3.1.6.5.1.4.1.5.3.5.3 2.5 TUGAS GURU KHB 2.1.1.4.2 Bertanggungjawab mempastikan keselamatan alatan.1.5.4 Merancang program belanjawan tahunan Menyelaras penggunaan bengkel setiap elektif berjalan lancar Bertanggungjawab menyelaras stok dan mempastikan sentiasa dikemaskini 2.5.6.4 TUGAS PENYELARAS BENGKEL 2.5.5.1.2.5.3 Bertanggungjawab terhadap penyusunan dan penyelenggaraan alatan dan bahan dalam unit dilaksanakan 2.6.6.1.3 2.5.5.4 Mengemaskini stok 2. bahan pelajar di dalam bengkel 2.5.1.1.5.4.4 2.5.

hasil daripada percubaan yang cermat oleh pengurusan bengkel yang cekap dan kolaboratif dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru-guru khasnya guru Kemahiran Hidup. Sehubungan itu kaedah seperti pengurusan kolaboratif. 24 . (2002) sistem pengelolaan dan pengurusan alatan. harta modal. struktur organisasi adalah tentang bagaimana segala tanggungjawab ditentukan dan dipelbagaikan. baik serta pengurusan yang baik akan memberikan hasil produk yang bertanggungjawab serta berdedikasi. ianya tidaklah bergantung kepada tugas-tugas yang diberikan. Oleh itu keperluan mengadakan bengkel yang kondusif membolehkan pelajar mendapat asuhan yang sempurna disamping suasana pendidikan yang lengkap dan bermanafaat serta selamat. Menurut Fredeck W. Beliau percaya bahawa sesuatu idea berlandaskan kepada faktor yang kukuh. bekalan pejabat harus dikemaskini mengikut saranan Perkeliling Perbendaharaan bil. Walaupun ketua mempunyai kuasa membuat keputusan tetapi teori pengurusan moden lebih menekankan ikut keadaan dan kerja berpasukan dalam menyelesaikan masalah. Menurut Rozita Ismail. 2/1991 Menurut JPNJ (1995) (Megat Hashim 1997) mengatakan pengurusan makmal Kemahiran Hidup dan kelengkapannya yang licin dan berkesan akan melahirkan pelajar yang mencintai ilmu dan bertanggungjawab. inventori. Menurut Wan Azmi Ramli (1990). Taylor (1991) keberkesanan pengurusan terhasil apabila manusia mengikut kehendak seseorang melalui cara terbaik dan termurah. bahan dan ruang pembelajaran yang lebih berkesan dan teratur perlulah diadakan bagi mempastikan pengajaran dan pembelajaranberada dalam optimum.Berdasarkan carta organisasi dan tugas-tugas yang perlu dilaksanakan. Ini menunjukkan suasana yang selamat.

Guru perlu menyediakan langkah-langkah keselamatan seperti ”Utamakan Keselamatan” atau ” Berhati-hati Semasa Berkerja” pada dinding bengkel atau menggunakan carta keselamatan yang sesuai. Menurut Hassan (1997). membimbing dan menyuruh pelajarnya membina sikap yang diingini. Selain daripada itu keselamatan mestilah disatu padukan dalam setiap kali pengajaran teori dan amali dijalankan.6 Keselamatan Aspek keselamatan adalah penting apabila berada di dalam bengkel Kemahiran Hidup. pengelolaan dan penyelenggaraan bengkel sekolah dan kelengkapan perlulah mencerminkan satu tahap keselamatan yang tinggi sepanjang waktu.2. 1992). sebahagian besar daripada kepatuhan langkahlangkah keselamatan adalah menjadi tanggungjawab semua. Dalam kajian yang dijalankan oleh Mohaidin Othman (1995) mendapati susun atur makmal yang tidak baik mengganggu tumpuan semasa menjalankan kerja-kerja amali. Pelajar yang sentiasa didedah dan ditekankan dengan peraturan mudah mengikut peraturan keselamatan di bengkel Kemahiran Hidup. Guru dan pelajar yang menjadi pengguna mesti sentiasa peka kepada aspek ini. Untuk menimbulkan sikap ini. 25 . Oleh itu langkah-langkah mencegah kemalangan haruslah difahami dan diterapkan setiap kali menjalankan kerja-kerja amali dan penggunaan bengkel Kemahiran Hidup. Kesedaran tentang betapa pentingnya keselamatan dalam makmal patut ada dan ditanam didalam jiwa pengguna (Azhari. Kemungkinan kemalangan wujud dalam melaksanakan kerja-kerja amali. penerimaan terhadap tugas dan kesedaran terhadap peraturan akan dapat menentukan selamat atau tidaknya sesuatu aktiviti itu. Salah satu daripada tujuan utama bagi sebarang rancangan amali ialah untuk membina sikap yang diingini termasuk kesedaran terhadap keselamatan diri. Crow and Crow (1980) mengatakan bahwa guru sepatutnya boleh mengerah.

Sikap tolong menolong antara guru Kemahiran Hidup semasa mengendalikan pengurusan bengkel secara kolaboratif mampu merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Negara iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani. rohani dan daya intelek. Bengkel Kemahiran Hidup di sekolah adalah satu institusi kecil dalam kawasan sekolah yang memerlukan pengurusan yang berkesan. 26 . emosi. Sebagai guru yang menjalankan kerja-kerja amali dalam proses pengajaran dan pembelajaran haruslah mempunyai pengetahuan tentang pengurusan dan penyelenggaraan di bengkel Kemahiran Hidup.7 Penutup Makmal yang cemerlang haruslah mempunyai pengurusan dan organisasi yang baik dan sistematik untuk mencapai matlamat tertentu.2. Aspek kerjasama atau kolaboratif amatlah penting dikalangan guru-guru Kemahiran Hidup bagi mempastikan pengurusan dapat dilaksanakan bagi mewujudkan bengkel Kemahiran Hidup yang kondusif dan dan selesa.

sampel kajian.BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3. Selangor. 27 . dari segi pengurusan.2 Rekabentuk Kajian Kajian ini dijalankan dalam bentuk soal selidik yang akan diedarkan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar yang terlibat dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup di sebuah sekolah menengah kebangsaan Kalumpang di daerah Ulu Bernam. Di dalam bab ini beberapa perkara yang berkaitan dengan kajian yang akan dijalankan iaitu rekabentuk kajian. instrumen kajian.1 Pengenalan Kajian ini dijalankan untuk mengkaji dan mengumpul maklumat yang terperinci mengenai pengurusan bengkel Kemahiran Hidup melalui pendekatan kolaboratif. kajian rintis dan analisis data. Selain itu kajian ini juga akan membincangkan pendapat pelajar dan amalan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup. Kaedah soal selidik akan dijalankan untuk mendapatkan maklum balas mengenai sejauh mana perlaksanaan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup melalui pendekatan kolaboratif di sekolah telah dipilih. pengajaran dan pembelajaran. 3.

Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A yang digunakan untuk mengisi maklumat peribadi responden. cara ini berupaya mendapatkan data-data dengan lebih mudah dan banyak. Skala ini adalah seperti: 28 .4 Instrumen Kajian Instrumen kajian untuk kajian ini adalah dalam bentuk soal selidik. Soalan soal selidik ini menggunakan skala likert 5 mata untuk memperolehi respon dalam bahagian B.3. Jadi sampel yang diperlukan ialah 30 orang. 3. Aspek-aspeknya ialah untuk meninjau pendapat pelajar Kemahiran Hidup tentang sejauh mana perlaksanaan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup melalui pendekatan kolaboratif yang disediakan oleh sekolah menengah itu.3 Sampel kajian Sampel kajian adalah mengikut kaedah seluruh populasi. Selain dari itu. Selangor. sesuai dengan bilangan sekolah yang dipilih. Pemilihan soal selidik sebagai instrumen kajian adalah kerana soal selidik dapat memberikan respon yang lebih tepat kerana responden tidak berhadapan dengan pengkaji semasa menjawab soalan soal selidik tersebut. Jumlah populasi dalam kajian ini ialah 50 orang. Ia juga dapat menjimatkan kos dalam mengumpulkan maklumat yang diperlukan. Kajian ini hanya dijalankan ke atas guru-guru dan pelajar-pelajar Tingkatan 3 yang mengambil mata pelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah Menengah Kebangsaan Kalumpang bantuan penuh kerajaan di daerah Ulu Bernam. Bahagian B pula terdiri dari 30 soalan yang berbentuk skala likert 5 mata yang digunakan untuk mengkaji aspek-aspek yang berkaitan dengan kajian.

Sementara skala tidak pasti di kategorikan sebagai berkecuali. Setiap item tidak disatukan dalam satu kumpulan. Begitu juga dengan tidak setuju dan amat tidak setuju menjadi tidak setuju. Ini dapat ditunjukkan seperti jadual di bawah: Skor Pernyataan Amat Setuju (AS) Setuju (S) Tidak Pasti (TP) Tidak Setuju (TS) Amat Tidak Setuju (ATS) Pernyataan Keseluruhan Setuju (S) Setuju (S) Berkecuali (B) Tidak Setuju (TS) Tidak Setuju (TS) 5 4 3 2 1 Jadual 3. 2. Hasil dapatan nanti dikira dalam peratusan bagi setiap jawapan skala 1.1: Skala Likert 5 Mata Sebanyak 30 salinan soal selidik disediakan untuk diedarkan kepada guru-guru termasuk pelajar-pelajar Tingkatan 3 yang mengambil mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah yang dipilih melalui Ketua Panitia sekolah tersebut. Ini bertujuan untuk mengelakkan responden daripada terpengaruh dengan objektif kajian. 3. Skor setuju dan amat setuju digabungkan menjadi setuju sahaja.2: Skor dan Penyataan yang diberi.Skor 5 Skor 4 Skor 3 Skor 2 Skor 1 Amat Setuju Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju Amat Tidak Setuju (AS) (S) (TP) (TS) - Positif Positif Berkecuali Negatif Negatif (ATS) Jadual 3.5 Kajian Rintis 29 . 4 dan 5. 3.

sederhana dan tinggi.7 Analisis Data Data dan maklumat yang diperolehi akan dianalisis untuk menentukan hasil kajian. BIBLIOGRAFI 30 .6 Prosedur Kajian Untuk menjalankan kajian ini beberapa prosedur-prosedur telah digunakan. Kajian ini dijalankan dengan mengedar set soal selidik kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup serta pelajar-pelajar di sekolah berkenaan melalui Ketua Panitia Kemahiran Hidup.2 3.6. min dan mod akan dihuraikan dalam bentuk jadual.6.1 3. Fakulti Seni dan Muzik (UPSI) serta Sekolah Menengah Kebangsaan Kalumpang untuk menjalankan kajian ini. 3.Kajian rintis telah dijalankan bagi menentukan kebolehpercayaan soalan. Untuk mendapatkan min setiap soalan jumlah skor soalan dicampur dan kemudiannya dibahagi dengan keseluruhan jumlah soalan di dalam setiap item untuk mendapatkan min rendah. Kertas cadangan projek telah dilampirkan bersama permohonan untuk mendapatkan kebenaran. Pengkaji akan mengutip semula set soal selidik daripada Ketua Panitia. Masa untuk menjawab soalan ini adalah tidak ditetapkan. Mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Teknik dan Vokasional (UPSI) Mendapatkan kelulusan daripada Fakulti Seni dan Muzik (UPSI) Mendapatkan kelulusan daripada Pengetua sekolah berkenaan.4 Mendapatkan kelulusan dari penyelia projek.3 3. di antaranya ialah meminta kebenaran daripada Jabatan Teknik dan Vokasional (UPSI). Data akan dianalisis dengan menggunakan perisian Microsoft Office Excel.6. Kajian ini dijalankan ke atas 4 orang guru dan 26 pelajar Tingkatan 3 dari sekolah menengah kebangsaan yang terlibat. 3. 3.6. Nilai peratusan.

Edisi Pertama: Kuala Lumpur. Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Tesis Sarjana Muda. Jilid 08. 31 . Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bahagian Teknik dan Vokasional. Bhd. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka Hussein Mahmood (1993). “ Amalan Pengurusan Mesyuarat Berkesan: Satu Kajian Di Daerah Hilir Perak”. Cetakan Pertama: Kuala Lumpur. Jurnal Pengurusan Dan Kepemimpinan Pendidikan. “Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan”. JPNJ (1996). “Pengurusan Makmal Pendekatan Kolaboratif”. “Pengurusan Organisasi”. “Panduan Keselamatan Bengkel Di Sekolah”. 01 Abd. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Ahmad Sabu. Johor Bahru: JJ Computer Publication Crow and Crow (1980). Hassan Salim (1997). Azhari Md Salleh (1992). Hamid Abu Bakar (2004). “Pengurusan Industri”. “Kepimpinan dan Keselesaan Sekolah”. Tesis Sarjana. UTM. Bil.Ahmad Athory Hussin (1991). Amran Zakaria (1997) “Keupayaan Guru Kemahiran Hidup Dalam Pengurusan Bengkel dan Penyelenggaraan Bengkel Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kawasan Teluk Intan”. Universiti Pendidikan Sultan Idris. (1998). Institut Aminudin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia. Jaafar Abdullah (2001). “Kolaboratif Dalam Pengurusan”.

“Tinjauan Amalan Keselamatan Mesin dan Alat-alat Tangan di Bengkel Kemahiran Manipulatif dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup di Kangar”. Megat Hashim Megat Yaakob (1997). Bil 9. Ramlah Hamzah (1993). Tesis Sarjana Muda Mohd Najib Konting (1990 ).” Jurnal Pendidikan Guru – Mencetus Pembangunan Minda. “Persepsi Dan Masalah Guru Terhadap Mata Pelajaran Kemahiran Hidup.Kamarudin Basir(1996) “Cara Membina Pendidikan Vokasional Berasaskan Kecekapan. UTM. Edisi Baru (2001). Rozita Ismail (2002).” Kementerian Pelajaran Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. “Kesan Perubahan Mata Pelajaran Elektif Seni Perusahaan kepada Mata pelajaran Kemahiran Hidup Terhadap Pengurusan Alatan dan Kelengkapan”. UTM. Sidin dan Rohana Hamzah(2001). “Keadah Penyelidikan Pendidikan”.” Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. 32 . UTM. “ Laporan Pemantauan Pelaksanaan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Tahun 2005. Pusat Perkembangan Kurikulum (2005).” Johor Bahru: Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda Mohaidin Othman (1995). Tesis Sarjana Muda Sanusi Mohd. m/s 51-69. “Kemampuan Guru Dalam Melaksanakan Bengkel KH: Satu tinjauan Dikalangan Guru-guru Program Khas Pengsiswazahan Guru”. “Organisasi Dan Pengurusan Bengkel Monograf. Skudai (Terjemahan) Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Putra Jaya.

Bhd: Wan Zahid (1993). “Falsafah Pendidikan.” Kuala Lumpur: Art Printing Work Sdn. 33 .” Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. “Wawasan Pendidikan Agenda Pengisian.Sharifah Alwiah Al – Sagoff (1984).

1 hingga 5 tahun 2. Tidak Pernah 34 .LAMPIRAN SOALAN SOAL SELIDIK. Ketua Panatia 6.. Guru Biasa 2. Pernah 2. Perempuan 2. Jantina 1. 20 hingga 30 tahun 2. 40 hingga 50 tahun 4. 11 hingga 15 tahun 4. 30 hingga 40 tahun 3. 6 hingga 10 tahun 3. Lama Mengajar 1. Umur 1. Melebihi 15 tahun 5. Ijazah 2. Kelulusan Iktisas 1. Melebihi 51 tahun 4. Guru Ganti/Sandaran 3. BAHAGIAN A : MAKLUMAT GURU Arahan : Sila tandakan ( √ ) untuk jawapan yang berkenaan pada ruang yang disediakan 1. Lelaki 2. Jawatan Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 1. Pernah menghadiri kursus pengurusan bengkel Kemahiran Hidup 1.

Gred C 4. Lelaki 2. Pencapaian Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 1. Jantina 1. Gred A 2. Bangsa 1. Perempuan 2. Lain-lain 4. Lain-lain 5. Ketua Kelas 4. Pengawas Perpustakaan 3. Pengawas Sekolah 2. Hindu 3. Jawatan Yang Disandang Di Dalam Sekolah 1. Kristian 4. India 4. Islam 2. Agama 1. Melayu 2. Lain-lain 3.BAHAGIAN A : MAKLUMAT PELAJAR Arahan : Sila tandakan ( √ ) untuk jawapan yang berkenaan pada ruang yang disediakan 1. Cina 3. Gred B 3. Bendahari atau Setiausaha Kelas/Persatuan/Kelab 35 .

mesyuarat SS berkenaan 5 S TP TS 4 3 2 STS 1 pengurusan bengkel KH pendekatan kolaboratif ini 36 . Guru-guru 4 3 2 1 6. 4 3 2 1 Item PERNYATAAN Ketua Panatia mengadakan 8. PENYATAAN SS Saya mengemas dan membersihkan bengkel setelah 5 selesai menggunakan bengkel Kemahiran Hidup S TP TS 4 3 2 STS 1 2. bahan. 5 4 3 2 1 3. Pihak pentadbir sekolah saya sentiasa memberi kerjasama 5 dengan pihak pengurusan dalam menguruskan bengkel KH. Semua guru KH memberikan kerjasama semasa 5 4 3 2 1 menguruskan bengkel KH 5. 4 3 2 1 4.BAHAGIAN B : MAKLUMAT GURU Sila baca penyataan berikut dengan teliti dan bulatkan pada petak yang disediakan mengikut tahap persetujuan yang sesuai dengan diri anda sepertimana berikut :1. Sangat Setuju (SS) 2. Tidak Setuju (TS) 5. Kemahiran Hidup yang lain memberi 5 4 3 2 1 kerjasama semasa menguruskan bengkel KH secara 7. sebulan sekali. kolaboratif Saya berupaya menyediakan segala keperluan di dalam 5 bengkel yang ditugaskan seperti alatan. Tidak pasti (TP) 4. Setuju (S) 3. Kerja-kerja penyelenggaraan dan pengurusan bengkel KH secara kolarboratif ini adalah tanggungjawab semua guru KH. Sangat Tidak Setuju (STS) 5 4 3 3 2 1 Item 1. ABM dan carta keselamatan. Saya berpuas hati setelah melaksanakan tugas yang 5 diarahkan semasa berada di bengkel KH.

9. 10 Semasa mesyuarat Panatia. Pihak pentadbir kerapkali memantau perkembangan 5 pengurusan bengkel KH pendekatan kolarboratif. 37 . Pihak JPN ada menghantar wakilnya ke sekolah saya bagi 5 memantau perkembangan pengurusan bengkel KHB pendekatan kolaboratif sekurang-kurangnya setahun sekali. Hasil daripada pemantauan pihak PPD dan JPN mereka 5 berpuashati dengan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup di sekolah saya 4 4 3 3 2 2 1 1 16 4 3 2 1 17 18 19 Jadual penggunaan bengkel selalu dipantau oleh guru. saya diberikan tugas untuk 5 menguruskan bengkel tertentu dan saya melaksanakannya dengan jujur Sekolah saya ada mengadakan mesyuarat yang kerap 4 4 3 3 2 2 1 1 11 5 4 3 2 1 bagi membincangkan hal-hal berkenaan pengurusan 12 bengkel KH Mengadakan mesyuarat yang kerap memberikan kesan 5 yang baik terhadap perlaksanaan pengurusan bengkel KHB. Saya selalu menyemak rekod stok bekalan dan alatan 5 pada setiap hujung tahun.5 guru yang ingin menggunakan bengkel KH Panatia Kemahiran Hidup sekolah anda menyediakan 5 jadual pemantauan bengkel KH Saya yakin melalui pemantauan pihak tertentu 5 SS 4 4 4 S 3 3 3 TP 2 2 2 TS 1 1 1 STS 1 1 1 1 memudahkan saya melakukan kerja-kerja amali Item PERNYATAAN Saya mengisi borang permohonan penyediaan alatan dan 20 5 5 4 4 4 4 3 3 3 3 2 2 2 2 21 22 23 bahan 5 hari sebelum tarikh digunakan Rekod penggunaan bengkel KH dipatuhi oleh guru-guru KHB yang lain. Peruntukan perkapita pelajar yang berlebihan digunakan untuk menguruskan keperluan bengkel KHB dan 4 3 2 1 13 5 4 3 2 1 14 15 dibincangkan dalam mesyuarat. saya diberikan penerangan 5 yang jelas mengenai tatacara pengurusan bengkel Semasa mesyuarat Panatia. Rekod penyelenggaraan bengkel KH di sekolah saya 5 lengkap dan sentiasa dikemaskini.

Sangat Tidak Setuju (STS) 5 4 3 3 2 1 38 . Tidak pasti (TP) 4. Setuju (S) 3. Sangat Setuju (SS) 2.24 Di bengkel KH sekolah saya mempunyai 5 jenis buku rekod penyelenggaraan 5 4 3 2 1 BAHAGIAN B : MAKLUMAT PELAJAR Sila baca penyataan berikut dengan teliti dan bulatkan pada petak yang disediakan mengikut tahap persetujuan yang sesuai dengan diri anda sepertimana berikut :1. Tidak Setuju (TS) 5.

5 4 3 2 1 7. pengurusan bengkel KH Saya yakin melalui bengkel yang bersih dan teratur serta peralatan yang lengkap memudahkan saya melakukan kerja-kerja amali 5 4 3 2 1 39 . 5. Guru mengemas dan membersihkan bengkel setelah anda selesai menggunakan bengkel Kemahiran Hidup 2.Item PENYATAAN 1. 4. Sekolah saya ada mengadakan menyuarat dengan SS 5 S 4 TP TS STS 3 2 1 5 5 5 5 4 4 4 4 3 3 3 3 2 2 2 2 1 1 1 1 6. 3. 5 4 3 2 1 pelajar bagi membincangkan hal-hal berkenaan 8. nota subjek. dan carta keselamatan. Semua guru KH yang lain memberikan kerjasama semasa menguruskan bengkel KH Pihak pentadbir sekolah saya sentiasa memberi kerjasama dengan pihak pengurusan dalam menguruskan bengkel KH. Guru berupaya menyediakan segala keperluan di dalam bengkel yang ditugaskan seperti alatan. Guru melakukan kerja-kerja penyelenggaraan dan pengurusan bengkel KH Saya berpuas hati melihat guru melaksanakan tugas mereka semasa berada di bengkel KH.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful

Master Your Semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master Your Semester with a Special Offer from Scribd & The New York Times

Cancel anytime.