You are on page 1of 3

SK RAPAT SETIA

,
JALAN TENAGA, 31350 IPOH,
PERAK DARUL RIDZUAN

MINIT MESYUARAT PANITA BAHASA INGGERIS 3 / 2016

Tarikh : 25 Julail 2016 (Isnin)
Masa : 1.40 tgh
Tempat : Bilik Gerakan SK Rapat Setia

KEHADIRAN
1. Pn. Hjh Hanisom bt Mohamed Ali AMN (Guru Besar)
2. Pn. Haridip Kaur a/p Gurnam Singh (Ketua Panitia)
3. Pn. Julie Sabrina Lam bt. Abdullah (Setiausaha)
4. Pn. Benedince ak Diyon
5. Pn. Nurulhuda bt. Sokaraon
6. En. Mohamad Hasri b. Majdi

TIDAK HADIR
1. Pn. Siti Zuraina bt Baharom (cuti sakit)

Mesyuarat 3/2016 ini dipengerusikan oleh Pn. Hjh Hanisom bt. Mohamed Ali AMN.

AGENDA
1. UCAPAN PENGERUSI
1.1 Pn. Hjh Hanisom bt Mohamed Ali selaku Pn. Guru Besar mengalu-alukan kehadiran
semua guru Bahasa Inggeris.
1.2 Beliau mengucapkan tahniah kepada panitia Bahasa Inggeris kerana sentiasa
mengemaskini fail panitia. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru
Bahasa Inggeris atas kerjasama yang diberikan dalam meningkatkan kualiti P & P.
Semoga kerjasama ini diteruskan dalam apa jua aktiviti sekolah agar keputusan mata
pelajaran Bahasa Inggeris sentiasa meningkat.

2. MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
2.1 Minit mesyuarat kali ke-2/2016 dibentangkan.

2.2 Pn Benedince ak Diyon mencadangkan minit mesyuarat Kali Ke-2/2016 disahkan dan
disokong oleh En Mohd Hasri b. Majdi.
3. PERKARA BERBANGKIT
3.1 Daripada pemantauan Pn. Guru Besar, beliau mendapati masih ada guru BI yang tidak
menulis persediaan Rancangan Pelajaran Harian mengikut contoh format yang telah
diberi semasa mesyuarat awal tahun. Justeru itu, beliau memaklumkan kepada Pn
Haridip untuk memberikan contoh format kepada semua guru Bahasa Inggeris sekali
lagi. Pn. Guru Besar memohon supaya semua guru BI selaraskan cara menulis
persediaan Rancangan Pelajaran Harian mengikut contoh format yang telah diberi.
Tindakan: Semua guru BI

1
4. ANALISA PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
4.1 Sila rujuk lampiran analisa keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2016.

4.2 Kertas Soalan Tahun 1 hingga Tahun 6 adalah terdiri daripada Kertas Pemahaman dan
Kertas Penulisan .

Tindakan: Makluman
5. POST MORTEM PPT
Sila rujuk lampiran analisa keputusan PPT - 2016
5.1 Tahun 1 Pemahaman - 94.64% lulus. Manakala Tahun 1 Penulisan - 91.07% , sedikit
menurun kerana murid-murid harus menulis jawapan sendiri dan menyusun perkataan
untuk membina ayat.
5.2 Untuk Tahun 2 pula, beberapa orang murid lemah telah dikenalipasti dan kebanyakan
menghadapi masalah ketidakhadiran ke sekolah.
5.3 Pn. Guru Besar meminta Pn. Haridip menyerahkan nama murid-murid tersebut kepada
beliau supaya beliau akan menghubungi pihak keluarga murid-murid tersebut.
5.4 Keputusan Tahun 3 agak memuaskan.

5.5 Keseluruhan tahap pencapaian murid-murid Tahun 4 masih sederhana tetapi telah ada
peningkatan dari Ujian 1. Murid-murid akan dilatihtubi dengan soalan-soalan baru format
UPSR.
5.6 Keputusan Tahun 5 juga telah meningkat berbanding Ujian 1. Antara punca kelemahan
murid-murid adalah masalah sikap dan tidak membaca soalan dengan teliti.

5.7 Manakala keputusan Tahun 6 telah menunjukkan peningkatan. Satu sessi ceramah
menjawab soalan UPSR akan diadakan dalam masa terdekat ini.
Tindakan: Semua guru BI
6. PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
6.1 Guru-guru telah menjalankan dan menghantar keputusan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah kali pertama kepada Ketua Panitia. Keputusan tersebut telah difailkan.
Keputusan PBS kali kedua pula akan dihantar pada bulan Oktober nanti.
Tindakan: Semua guru BI

7 LINUS
7.1 Saringan 1 LINUS untuk murid-murid Tahun 1, 2 dan 3 telah dijalankan. Murid-murid
yang tidak melepasi Konstruk 1-12 telah dirujuk kepada kelas pemulihan khas. Saringan
2 LINUS akan dijalankan pada bulan Ogos nanti.
Tindakan: Guru Tahap 1
8 MBMMBI
8.1 Setiap pagi hari Rabu akan dijalankan (Sinar Pagi) Early Bird programme, di mana
murid-murid Tahun 6 terlibat dengan kelas tambahan. Murid-murid Tahun 1-5 pula
berada di dewan terbuka untuk pelbagai aktiviti yang telah dirancang. Antara aktiviti
tersebut ialah persembahan Story Telling, Choral Reading, Singing dan sebagainya.
Aktiviti Panita BI akan diselaraskan dengan aktiviti MBMMBI.
Tindakan: Semua guru BI

2
9. HAL-HAL LAIN

9.1 Programme Spell It Right anjuran NST - Keputusan akhirnya adalah seorang murid
Tahun 5 yang telah mendapat tempat Keempat dan seorang murid telah mendapat
kedudukan Top 100. Pertandingan tersebut telah diadakan di Ipoh Parade pada 24 Julai
2016 yang lalu.
Tindakan: Makluman
10. UCAPAN PENANGGUHAN
10.1 Puan Guru Besar berharap semua guru membantu dalam menjalankan kelas
tambahan untuk meningkatkan keputusan sekolah. Beliau juga memohon semua guru
menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan cemerlang demi kejayaan
sekolah.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh,

…………………….. ..........................................
Pn. Julie Sabrina Lam Pn. Hjh Hanisom bt Mohamed Ali AMN
Setiausaha Guru Besar,
Panitia Bahasa Inggeris SK Rapat Setia

Tarikh:27 JULAI 2016

3