You are on page 1of 52

UNIT 3 i

Perlembagaan persekutuan: Asas utama hubungan etnik

Unit 3

MPU 3113/03
Hubungan Etnik

Perlembagaan
Persekutuan: Asas
Utama Hubungan
Etnik
ii WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik

PANEL KURSUS
Ketua Penyelaras Kursus: Dr. S. Nagarajan
Penulis Kursus: Dr. Faisal S. Hazis
Pereka Instruksi: Puan Norliza Binti Mhd Rodzi
Ahli Panel Kursus: Puan Rabikha Hasni bte Suparman, Puan Irmadura Ramli dan Dr. Ooi Chia Yi

PENYELARAS KURSUS
Puan Rabikha Hasni bte Suparman

PENILAI KURSUS LUARAN
Professor Dr James Chin Ung Ho, University of Tasmania

PRODUKSI
Penyunting Dalaman: Puan Norliza Binti Mhd Rodzi dan Encik Khoo Chiew Keen
Pereka Grafik: Cik Audrey Yeong

Universiti Terbuka Wawasan adalah institusi pengajian tinggi bukan berunsur keuntungan pertama
di Malaysia yang didedikasikan kepada pelajar dewasa. Organisasi ini dibiayai oleh Yayasan
Pendidikan Wawasan, sebuah entiti yang dikecualikan dari cukai yang ditubuhkan oleh Parti
Gerakan Malaysia, dan disokong oleh Yeap Chor Ee Charitable and Endowment Trust, badan-badan
kebajikan, koperasi, orang ramai dan peruntukan dari kerajaan Malaysia.

Penyediaan bahan kursus universiti ini dibiayai oleh Yeap Chor Ee Charitable and Endowment
Trust.

© 2015 Universiti Terbuka Wawasan

Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dihasilkan semula,
disimpan dalam sistem simpanan kekal, atau dipindahkan dalam sebarang bentuk atau sebarang
cara elektronik, mekanik, penggambaran semula, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada
pihak penerbit Universiti Terbuka Wawasan.

Universiti Terbuka Wawasan
(KPT/JPT/DFT/US/P01)
Wholly owned by Wawasan Open University Sdn. Bhd. (700364-W)
54, Jalan Sultan Ahmad Shah, 10050 Pulau Pinang.
Tel: (604) 2180333 Faks: (604) 2279214
E-mel: enquiry@wou.edu.my
Laman web: www.wou.edu.my
UNIT 3 iii
Perlembagaan persekutuan: Asas utama hubungan etnik

Kandungan
Unit 3 Perlembagaan Persekutuan:
Asas Utama Hubungan Etnik
Ringkasan unit 1

Objektif unit 1

3.1 Perlembagaan 3

Objektif 3

Pengenalan 3

Perlembagaan: Makna dan peranan 3

Prinsip pembentukkan Perlembagaan 5

3.2 Perlembagaan Persekutuan 11

Objektif 11

Pengenalan 11

Sejarah Perlembagaan Persekutuan 12

Struktur dan kandungannya 17

Pindaan Perlembagaan 23

Cadangan jawapan untuk aktiviti 25

3.3 Perlembagaan dan hubungan etnik 29

Objektif 29

Pengenalan 29

Unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan 30

Perlembagaan sebagai kontrak sosial 34
iv WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik

Unsur dan cabaran pemupukan hubungan etnik 35

Cadangan jawapan untuk aktiviti 38

Rumusan Unit 3 41

Cadangan jawapan latihan kendiri 43

Rujukan 47
UNIT 3 1
Perlembagaan persekutuan: Asas utama hubungan etnik

Ringkasan Unit

U nit 3 menganalisis asas utama hubungan etnik di Malaysia iaitu Perlembagaan
Persekutuan. Ia mengupas peruntukan-peruntukan khas dalam Perlembagaan
Persekutuan yang mempunyai impak terhadap hubungan etnik dan juga tentangan
segelintir pihak terhadap peruntukan tersebut. Unit 3 ini dibahagikan kepada tiga
topik. Topik 3.1 menggariskan konsep asas perlembagaan dan peranannya dalam
masyarakat. Ia juga meneliti empat asas utama pembentukan perlembagaan iaitu
kekaburan, tradisi, pindaan dan pembahagian kuasa.

Topik 3.2 pula menyusuri asal-usul Perlembagaan Persekutuan yang boleh dijejaki
sejak penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada 1895. Selepas itu, ia
membincangkan cadangan pembentukan Malayan Union yang dilihat sebagai usaha
untuk memperluaskan konsep Negeri-negeri Melayu Bersekutu ini. Perbincangan
kemudiannya menjurus kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu 1948 dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963. Turut dikupas dalam
Topik 3.2 ialah kandungan Perlembagaan dan pindaan penting yang telah dibuat
sepanjang hampir enam dekad usianya.

Akhir sekali, Topik 3.3 mengkaji peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang
bertanggungjawab dalam membentuk dan mengawal hubungan etnik di Malaysia.
Ia terlebih dahulu membincangkan unsur tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan
yang menjadi asas urus tadbir hubungan etnik. Unsur tradisi yang dimaksudkan
ialah pemerintahan beraja, Islam sebagai agama Persekutuan, bahasa Melayu sebagai
lingua franca dan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan
Sarawak. Aturan ini mendapat kritikan kelompok etnik minoriti lebih-lebih lagi
apabila ianya menafikan hak serta kepentingan golongan tersebut. Dinamika ini
dibincangkan dalam bahagian akhir Topik 3.3 ini.

Objektif Unit
Di akhir Unit 3, anda akan dapat:

1. Menjelaskan konsep asas perlembagaan dan peranannya dalam masyarakat.

2. Menerangkan latar belakang sejarah Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

3. Mengenal pasti peruntukan-peruntukan khas Perlembagaan Persekutuan
yang menjadi asas urus tadbir hubungan etnik.

4. Membincangkan kritikan-kritikan yang dilemparkan terhadap peruntukan
Perlembagaan tersebut.
2 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik
UNIT 3 3
Perlembagaan persekutuan: Asas utama hubungan etnik

3.1 Perlembagaan
Objektif
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menjelaskan konsep asas perlembagaan.

2. Menerangkan peranan utama perlembagaan.

3. Membincangkan prinsip-prinsip asas dalam pembentukan perlembagaan.

Pengenalan
Perlembagaan adalah ibu kepada semua undang-undang dalam sesebuah negara.
Jika undang-undang baharu yang digubal bercanggah dengan perlembagaan,
undang-undang tersebut dianggap tidak sah dan terbatal. Sebagai undang-undang
tertinggi, perlembagaan menjadi sumber penting sistem pemerintahan dan dasar
sosial serta ekonomi sesebuah negara. Dalam konteks hubungan etnik, perlembagaan
juga menjadi panduan kerajaan dalam mentadbir urus hubungan etnik dan hal-hal
yang berkaitan dengannya. Di Malaysia, Perlembagaan Persekutuan turut menjadi
sumber utama yang mendasari hubungan etnik di negara ini. Terdapat beberapa
peruntukan yang menjadi panduan asas dalam pembentukan hubungan etnik.
Justeru, perbincangan mengenai perlembagaan serta peruntukan-peruntukan
mengenai hubungan etnik adalah penting untuk dikupas.

Sebelum itu, pemahaman asas mengenai perlembagaan dan sejarah pembentukannya
harus dikuasi terlebih dahulu. Justeru, Topik 3.1 ini meneliti makna dan peranan
perlembagaan secara umum. Selepas itu, perbincangan menjurus kepada ciri-ciri
asas yang perlu diambil kira dalam pembentukan perlembagaan termasuklah
Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Dengan adanya pemahaman asas mengenai
makna dan sejarah perlembagaan, anda akan dapat lebih memahami isu-isu
hubungan etnik dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan.

Perlembagaan: Makna dan peranan
Setiap negara — malah, setiap organisasi politik, kelab dan apa jua perkumpulan
manusia — mempunyai perlembagaan. Berasal daripada perkataan Greek, politeia,
perlembagaan dari segi bahasa bermaksud ‘apa jua bentuk kerajaan’ (Abdul dan
Syed, 2011: 149). Aristotle pula mendefinisikan perlembagaan sebagai ‘bentuk
kehidupan yang dipilih sendiri oleh negara’. Hari ini, walau bagaimanapun,
perlembagaan mempunyai pengertian yang lebih sempit dan spesifik. Menurut K.
C. Wheare (1956), perlembagaan ialah ‘suatu pilihan peraturan perundangan yang
menentukan corak pemerintahan sesebuah negara yang termaktub dalam sebuah
dokumen’. Dengan kata lain, perlembagaan adalah sebagai kumpulan peraturan atau
undang-undang sama ada bertulis atau tidak bertulis, yang menentukan organisasi
4 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik

kerajaan, pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan dan prinsip-prinsip
umum bagaimana kuasa-kuasa tersebut dilaksanakan (Ahmad Ali Seman dan Warti,
2013: 150).

Perlembagaan dibahagikan kepada dua jenis iaitu perlembagaan bertulis dan
perlembagaan tidak bertulis (Ruslan Zainuddin, 2010: 57).

1. Perlembagaan bertulis — ialah undang-undang perlembagaan yang
dikumpulkan dan disusun dalam satu kanun dan naskah. Perlembagaan
ini sukar dipinda, kecuali wujud peruntukan tertentu dalam perlembagaan
itu yang membolehkan pindaan tersebut dilakukan. Antara Negara yang
mengamalkan perlembagaan Malaysia, Amerika Syarikat dan India.

2. Perlembagaan tidak bertulis — ialah perlembagaan yang semua prinsip
undang-undang perlembagaan tidak terkumpul dalam satu kanun atau
naskah, tetapi terkandung dalam adat resam dan tradisi, keputusan
mahkamah, akta Parlimen dan pandangan para ilmuan undang-undang
terkemuka. Contoh negara yang mengamalkan perlembagaan ini ialah
United Kingdom, New Zealand dan Israel.

Peruntukan-peruntukan yang lazimnya dimuatkan dalam perlembagaan adalah
bersifat umum dan tidak begitu spesifik. Ini adalah kerana tidak ada negara yang
dapat memperincikan kesemua aspek pemerintahan atau pentadbiran masyarakat
di dalam perlembagaan. Kebanyakan daripadanya perlu ditangani oleh aturan yang
tidak formal dan peruntukan undang-undang lain.

Lazimnya, negara baharu mempunyai dokumen perlembagaan yang jauh lebih
panjang daripada negara yang telah lama wujud. Perbezaan ini timbul kerana negara
baharu mempunyai banyak dokumen perlembagaan yang boleh dijadikan rujukan
dan pengalaman negara-negara lama yang dapat dijadikan sebagai pengajaran.
Keadaan ini menyebabkan negara baharu memasukkan pelbagai peruntukan
tambahan bagi memastikan masalah atau konflik yang timbul dalam kalangan negara
lama tidak berlaku kepada mereka. Amerika Syarikat, umpamanya, adalah kalangan
negara lama (diasaskan pada 1776) yang mempunyai dokumen perlembagaan yang
agak pendek. Perlembagaan asal negara tersebut mempunyai hanya 4,300 perkataan.
Jerman yang mempunyai perlembagaan yang agak baharu (ditulis pada 1949) pula
mempunyai 19,700 perkataan, termasuklah pelbagai pindaan yang telah dibuat.

Perlembagaan mempunyai beberapa peranan tertentu dalam sesebuah negara iaitu:

1. Mewujudkan pemerintahan yang adil bagi mengelakkan penyalahgunaan
kuasa.

2. Menentukan cara pemerintahan sesebuah negara itu bagi mengekalkan
kelestarian identiti sesebuah negara.

3. Menjelaskan hak-hak yang diperuntukkan kepada rakyat. Perlembagaan
secara jelas menyatakan tentang tanggungjawab dan kewajipan setiap
warganegara terhadap pemerintah dan negara.
UNIT 3 5
Perlembagaan persekutuan: Asas utama hubungan etnik

4. Sebagai satu medium dalam penyelesaian masalah contohnya seperti kuasa
dalam bidang eksekutif, kehakiman, legislatif.

5. Mengekalkan keharmonian rakyat.

Walaupun perlembagaan dijadikan sebagai rujukan atau panduan pembahagian kuasa
dalam sesebuah negara, wujud perbezaan antara peruntukan yang termaktub dalam
perlembagaan dan kuasa politik sebenar. Umpamanya, tidak ada perlembagaan di
Eropah atau Amerika Utara yang menyatakan tentang hebatnya kuasa media massa
dan kuasa melobi pihak korporat perniagaan. Walhal, kedua-dua entiti ini memainkan
peranan penting dalam percaturan politik negara-negara tersebut. Perbezaan antara
apa yang tertulis dalam perlembagaan dan realiti politik menunjukkan bahawa
negara serta masyarakat tidak terikat sepenuhnya kepada perlembagaan. Fleksibiliti
ini adalah penting bagi membolehkan perkembangan negara dan masyarakat tidak
dikongkong dan terbatas.

Prinsip pembentukkan Perlembagaan
Kesinambungan perlembagaan sesebuah negara bergantung kepada sejauh mana ia
kekal relevan kepada masyarakat tanpa mengira peredaran masa. Justeru, penggubal
perlembagaan perlu mengambil kira beberapa faktor penting dalam merangka
dokumen tersebut bagi memastikan kesinambungannya. Faktor-faktor yang
dimaksudkan ialah kekaburan, tradisi yang berpanjangan, pindaan dan pembahagian
kuasa (Shively, 2003: 133).

Kekaburan

Perlembagaan hendaklah bersifat kabur atau samar. Jika peruntukan perlembagaan
dinyatakan secara spesifik dan terperinci, ia akan sukar untuk diadaptasi. Tambahan
pula, penggubal perlembagaan akan menghadapi pelbagai masalah atau cabaran
baharu yang tidak dijangka sekiranya peruntukan perlembagaan ditulis dengan
spesifik. Penggubal undang-undang daripada Parti Republican di Amerika Syarikat,
umpamanya, memperkenalkan peruntukan perlembagaan yang menghadkan penggal
Presiden kepada hanya dua pada 1951. Hal ini berlaku kerana Parti Republican tidak
berpuas hati dengan tindakan Franklin Roosevelt daripada Parti Demokrat yang
memegang jawatan presiden lebih daripada dua penggal yang sudah menjadi tradisi
presiden Amerika terdahulu. Selepas kematian beliau pada 1945, penggubal undang-
undang membuat pindaan terhadap peruntukan perlembagaan yang menghadkan
penggal presiden kepada dua sahaja.

Beberapa tahun selepas itu, seorang presiden Republican yang popular Dwight
Eisenhower dilihat mampu memimpin negara dengan baik. Tetapi apabila ahli
partinya mahu beliau terus menjadi presiden bagi penggal yang ketiga, peruntukan
perlembagaan yang baharu tersebut menghalang mereka daripada berbuat demikian.
6 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik

Atas sebab itu, perlembagaan tidak wajar memperincikan peruntukan yang ditulis
di dalamnya kerana ia tidak memberi ruang kepada tafsiran atau penggunaan yang
lebih bersifat fleksebil. Inilah yang dimaksudkan bahawa perlembagaan itu wajar
bersifat kabur supaya ia kekal relevan tanpa mengira masa dan zaman.

Tradisi

Jika sebuah perlembagaan mahu diterima dan diguna pakai sepanjang masa, ia
mestilah tidak bercanggah dengan apa yang masyarakat mahu dan sudah biasa
diamalkan. Dengan kata lain, elemen tradisi perlu menjadi asas penting perlembagaan
agar masyarakat dapat membentuk pertalian dengan perlembagaan dan seterusnya
mendukung dokumen tersebut.

Salah satu daripada peruntukan perlembagaan Amerika Syarikat yang tidak
berjaya kerana ia bercanggah dengan amalan serta tradisi masyarakat ialah
pengharaman minuman keras pada tahun 1920an. Walaupun ramai pihak yang
menyokong pindaan ini, ramai juga yang menentangnya. Pihak yang menentang
tidak mengendahkan undang-undang baharu ini manakala penjenayah besar
seperti Al-Capone menjadi kaya hasil daripada penjualan haram minuman keras.
Akhirnya, kerajaan Amerika terpaksa mengalah dan meminda perlembagaan sekali
lagi pada 1933 untuk membolehkan pemilikan serta pengambilan minuman
alkohol secara sah.

Adalah tidak wajar bagi penggubal perlembagaan untuk membentuk peraturan
yang dipatuhi oleh masyarakat secara paksa rela. Negara perlu memupuk semangat
muhibah dan mendapatkan sokongan umum untuk memastikan masyarakat terus
mematuhi peruntukan perlembagaan walaupun dalam keadaan yang mencabar.
Jika perlembagaan mempunyai unsur-unsur tradisi yang sudah menjadi amalan
masyarakat tempatan, ia akan lebih mudah diterima dan disokong. Selain itu,
perlembagaan yang mempunyai elemen tradisi dapat mengujudkan rasa hak milik
terhadap perlembagaan terebut.

Walau bagaimanapun, ada juga negara yang membentuk perlembagaan yang jauh
berbeza daripada tradisi masyarakat tempatan. Negara yang melalui revolusi seperti
negara China pada 1949, umpamanya, membentuk sistem pemerintahan dan
masyarakat yang jauh berbeza daripada amalan tradisi. Akan tetapi, timbul pelbagai
tekanan serta cabaran dalam memastikan perlembagaan sedemikian dapat diterima
oleh masyarakat umum. Untuk mencapai maksud ini, negara terpaksa menggunakan
kawalan ketat serta unsur kekerasan. Dalam keadaan ini, negara perlu membayar
kos yang tinggi untuk memperkenalkan perlembagaan yang baharu serta berbeza
daripada tradisi masyarakat umum. Tetapi adakalanya, kos ini mempunyai pulangan
yang tinggi.
UNIT 3 7
Perlembagaan persekutuan: Asas utama hubungan etnik

Pindaan

Untuk memastikan perlembagaan kekal relevan dan diterima oleh masyarakat
tanpa mengira zaman, ia perlu terbuka kepada pindaan. Peruntukan perlembagaan
yang tidak diterima lagi oleh masyarakat atau tidak sesuai dengan keadaan
semasa wajar diubah atau dimansuhkan supaya perlembagaan itu sendiri dapat
terus diterima. Justeru, setiap perlembagaan perlu memperincikan peruntukan
mengenai kuasa serta kaedah pindaan. Walau bagaimanapun, perlembagaan tidak
wajar dipinda sembarangan agar semangat serta kerangka asli perlembagaan itu
tidak berubah sewenang-wenangnya. Justeru, adalah penting bagi sesebuah negara
mencapai keseimbangan antara usaha mengekalkan keaslian perlembagaan dan
memperkenalkan pembaharuan.

Apabila perlembagaan digubal, pihak berkuasa lazimnya akan cuba melindungi
kerangka utama perlembagaan dengan menjadikannya sukar untuk dipinda.
Perlembagaan Amerika Syarikat, umpamanya, memperuntukkan bahawa sebarang
pindaan terhadap perlembagaan memerlukan sokongan dua pertiga Kongres
(Dewan Perwakilan dan Dewan Senat). Selepas itu, cadangan pindaan tersebut
perlu mendapat sokongan tiga perempat (38 daripada 50 buah negeri) dewan
perundangan negeri di seluruh Amerika. Disebabkan peruntukan pindaan yang
ketat ini, perlembagaan Amerika Syarikat yang berusia lebih 200 tahun telah dipinda
sebanyak 27 kali sahaja. Ketegaran perlembagaan Amerika Syarikat ini sudah pasti
akan menimbulkan pelbagai kesukaran lebih-lebih lagi apabila negara tersebut
sudah mengalami banyak perubahan sejak lebih dua kurun. Dalam isu perdebatan
mengenai bahaya pemilikan senjata yang mengakibatkan banyak kes pembunuhan
kanak-kanak sekolah di Amerika Syarikat, umpamanya, menuntut kepada pindaan
terhadap Artikel 2 Perlembagaan yang melindungi hak bersenjata warganya. Tetapi
kesukaran mengubal perlembagaan menyebabkan pindaan ini masih belum dapat
dibuat sehingga ke hari ini. Dalam banyak negara, walau bagaimanapun, pindaan
perlembagaan dapat dibuat dengan undi majoriti mudah dalam dewan perundangan.
Apapun kaedah pindaan, perlembagaan perlu menggariskan peruntukan mengenai
bagaimana ianya diubah atau dimansuh agar ia tidak bersifat statik.

Pembahagian kuasa

Satu lagi aspek penting perlembagaan ialah peruntukan mengenai pembahagian
kuasa. Jika negara tersebut adalah sebuah kerajaan unitari, kuasa politik akan
diperuntukkan kepada kerajaan pusat sahaja. Tetapi jika ia adalah sebuah kerajaan
persekutuan, perlembagaan perlu menjelaskan bidang kuasa kerajaan pusat, negeri
atau wilayah.

Pembahagian kuasa ini perlu dinyatakan dengan jelas supaya tidak timbul
percanggahan terutamanya dalam sistem Persekutuan yang melibatkan sekurang-
kurangnya dua peringkat kerajaan yang berbeza.
8 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik

Rumusan

1. Perlembagaan ialah panduan utama untuk mentadbir sebuah
negara dan masyarakat.

2. Ia pada dasarnya menggariskan peruntukan mengenai
sistem pemerintahan, pembahagian kuasa, hak asasi rakyat, isu
kewarganegaraan, hal kewangan negara, hal mengenai pilihan
raya dan pindaan perlembagaan.

3. Perlembagaan terbahagi kepada dua iaitu perlembagaan
bertulis dan perlembagaan tidak bertulis. Perlembagaan
bertulis ialah hal yang berkaitan dengan perlembagaan yang
dimuatkan dalam sebuah atau beberapa siri dokumen.
Manakala, perlembagaan tidak bertulis ialah hal-hal yang
berkaitan dengan perlembagaan yang terdapat dalam beberapa
sumber yang berlainan seperti budaya, tradisi, keputusan
mahkamah, beberapa dokumen perundangan dan konvensi
sesebuah negara.

4. Hampir kesemua negara mempunyai perlembagaan bertulis
kecuali Britain, Israel dan New Zealand.

5. Lazimnya, negara baharu mempunyai dokumen perlembagaan
yang lebih panjang berbanding negara lama.

6. Aspek penting yang perlu dipertimbangkan dalam membentuk
perlembagaan ialah kekaburan, tradisi, pindaan dan pembahagian
kuasa.

7. Perlembagaan tidak wajar bersifat terperinci dan spesifik kerana
negara akan menghadapi kesukaran dalam mengadaptasi
perubahan yang berlaku dalam masyarakat.

8. Perlembagaan perlu menerapkan nilai-nilai tradisi agar ia boleh
diterima oleh masyarakat.

9. Bagi membolehkan perlembagaan kekal relevan, ia wajar diberi
ruang untuk dipinda bagi memenuhi tuntutan semasa dan
peredaran zaman.

10. Dari aspek pembahagian kuasa dalam perlembagaan, terdapat
dua bentuk sistem politik yang utama iaitu sistem Persekutuan
dan unitari. Sistem Persekutuan menyaksikan pembahagian
kuasa antara kerajaan pusat dan negeri atau wilayah sementara
sistem unitari menyaksikan pemusatan kuasa di peringkat
kerajaan pusat sahaja.
UNIT 3 9
Perlembagaan persekutuan: Asas utama hubungan etnik

Latihan Kendiri 3.1

1. Jelaskan makna dan peranan perlembagaan.

2. Terangkan perbezaan antara perlembagaan bertulis dan
perlembagaan tidak bertulis.

3. Bincangkan empat aspek yang perlu diambil kira dalam
menggubal perlembagaan.
10 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik
UNIT 3 11
Perlembagaan persekutuan: Asas utama hubungan etnik

3.2 Perlembagaan Persekutuan
Objektif
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menerangkan asal-usul Perlembagaan Persekutuan.

2. Menjelaskan secara ringkas kandungan Perlembagaan Persekutuan.

3. Menyatakan pindaan yang telah dibuat dan kesannya terhadap keaslian
perlembagaan.

Pengenalan
Sebagai sebuah negara Persekutuan, Malaysia mempunyai sebuah perlembagaan
negara (Persekutuan) dan tiga belas perlembagaan negeri. Johor merupakan negeri
yang pertama merangka perlembagaan bertulis pada 1895 (Wan Arfah, 2009: 29).
Ia disusuli Terengganu pada 1911. Selepas itu, negeri-negeri lain di Semenanjung
Malaysia kecuali Pulau Pinang dan Melaka membentuk perlembagaan mereka sendiri
melalui beberapa siri perjanjian antara British dan Raja-raja Melayu. Pulau Pinang
dan Melaka pula memperoleh perlembagaan negeri masing-masing pada 1957 iaitu
semasa kemerdekaan Tanah Melayu. Sarawak membentuk perlembagaan negerinya
pada 1941 apabila Rajah Sarawak yang terakhir nekad untuk memberi laluan kepada
pemerintahan kendiri di negeri tersebut (Faisal, 2012: 32). Perlembagaan ini, walau
bagaimanapun, tidak dapat dikuatkuasakan serta merta disebabkan oleh penjajahan
Jepun di Sarawak pada waktu itu. Sabah adalah negeri terakhir yang mendapat
perlembagaan iaitu pada 1963 apabila ia mencapai kemerdekaan bersama Sarawak,
Tanah Melayu dan Singapura.

Susur galur Perlembagaan Persekutuan Malaysia pula boleh dijejaki kewujudannya
sejak penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada 1895. Ia kemudian
berkembang sejajar dengan peluasan kuasa penjajah British di Tanah Melayu yang
membawa kepada pembentukan Malayan Union dan kemudiannya Persekutuan
Tanah Melayu 1948. Penubuhan Malaysia pada 1963 juga adalah satu lagi peristiwa
penting yang menyumbang kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan yang
kita kenali sekarang.

Topik 3.2 ini mengupas sejarah pembentukan Perlembagaan Persekutuan sejak
era penjajahan British hingga kepada pembentukan Malaysia. Selain itu, topik ini
juga meneliti secara ringkas kandungan Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang
mempunyai 236 mukasurat, 183 artikel atau perkara dan 13 jadual (International
Law Book Services, 2014: 1 – 14). Bahagian terakhir Topik 3.2 mengupas pindaan
yang telah dibuat terhadap Perlembagaan Persekutuan dan kesannya terhadap
keaslian dokumen penting tersebut.
12 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik

Sejarah Perlembagaan Persekutuan
Perlembagaan Persekutuan Malaysia tidak dirangka oleh perhimpunan perlembagaan
yang dianggotai wakil rakyat sepertimana Perlembagaan Amerika Syarikat atau India.
Sebaliknya, Perlembagaan Persekutuan dirangka oleh sebuah suruhanjaya yang terdiri
daripada pakar antarabangsa perundangan perlembagaan. Walau bagaimanapun,
perkembangannya , adalah unik kepada apa yang berlaku di Malaysia (Wan Arfah,
2009: 30). Secara keseluruhannya, Perlembagaan Persekutuan memiliki kandungan
perlembagaan British (demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan), India
(peruntukan perlembagaan yang memberi kuasa kepada Parlimen untuk mengubal
undang-undang bagi menentang tindakan subversif dan juga untuk mengawal
ketenteraman awam) dan elemen tradisi Melayu (pemerintahan Raja, Islam sebagai
agama Persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kedudukan
istimewa orang Melayu) (Wan Arfah, 2009: 30).

Konsep persekutuan yang mendasari Perlembagaan Malaysia datangnya daripada
penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada 1895 (Wan Arfah, 2009: 31).
Negeri-negeri Melayu Bersekutu ini adalah gabungan empat buah negeri yang berada
di bawah takluk penjajah British iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.
Negeri-negeri Melayu Bersekutu diketuai Residen Jeneral yang melapor terus kepada
Gabenor Negeri-negeri Selat.

Tidak lama selepas Perang Dunia Kedua, penjajah British yang meneruskan
pemerintahannya di Tanah Melayu cuba memperkenalkan reformasi yang bersifat
radikal (Wan Arfah, 2009: 31). British merancang untuk menyatukan sistem
pemerintahan di Tanah Melayu atas dasar hendak memodenkan tanah jajahannya,
memelihara kepentingan wilayah dan menjaga kepentingan ekonomi (Wan Arfah,
2009: 31). Ini mendorong kepada cadangan pembentukan Malayan Union (Kesatuan
Malaya) yang diumumkan buat pertama kalinya di London pada 10 Oktober 1945
(Mohd Rizal dan Shamrahayu, 2014: 42).

Untuk merealisasikan cadangan pembentukan Malayan Union, British menghantar
Sir Harold MacMichael untuk ‘berunding’ dengan raja-raja Melayu. Pada 1945,
Raja-raja Melayu diugut supaya menerima Perjanjian MacMichael yang memberi
kuasa sepenuhnya kepada penjajah British untuk menguasai kesemua negeri-negeri
di Tanah Melayu (Mohd Rizal dan Shamrahayu, 2014: 42). Akibatnya, Negeri-negeri
Selat dibubarkan. Dua bekas negeri-negeri Selat iaitu Melaka dan Pulau Pinang
disatukan dengan negeri-negeri lain di bawah Malayan Union pada 1 April 1946.
Singapura dikecualikan disebabkan faktor ekonomi dan politik. Singapura dijadikan
tanah jajahan koloni British sehingga ia mencapai kemerdekaan pada 1957 (Wan
Arfah, 2009: 31). Turut terkandung dalam pelan Malayan Union ialah rancangan
menganugerahkan kerakyatan kepada semua individu yang lahir atau telah menetap
di Tanah Melayu bagi tempoh minimum 10 tahun.
UNIT 3 13
Perlembagaan persekutuan: Asas utama hubungan etnik

Malayan Union dicanangkan sebagai langkah pertama ke arah kemerdekaan tetapi ia
mendapat tentangan orang Melayu kerana kesatuan politik ini menghakis kedaulatan
raja-raja dan hak istimewa orang Melayu (Mohd Rizal dan Shamrahayu, 2014: 42).

Secara ringkas, perjanjian Malayan Union merangkumi empat perkara berikut (Mohd
Rizal dan Shamrahayu, 2014: 42 – 43):

1. Semua negeri di Tanah Melayu dan Negeri-negeri Selat kecuali Singapura
akan disatukan.

2. Semua kuasa memerintah tertumpu pada kerajaan pusat — walaupun
setiap negeri boleh mengadakan mesyuarat untuk membahaskan perkara
yang diserahkan kerajaan pusat.

3. Raja-raja Melayu masih boleh menduduki takhta negeri tetapi hanya berhak
mempengerusikan majlis penasihat yang membincangkan hal ehwal
berkaitan Islam dan adat istiadat orang Melayu.

4. Semua penduduk Tanah Melayu akan diberi kerakyatan serta taraf yang
sama tanpa membezakan antara satu etnik dengan etnik yang lain.

Malayan Union, walau bagaimanapun, tidak kekal lama. Ia hanya mampu bertahan
selama dua tahun disebabkan tentangan hebat orang Melayu. Tentangan orang
Melayu ini didasari oleh penolakan mereka terhadap penjajahan negeri-negeri di
Tanah Melayu dan pengurangan kuasa raja-raja yang hanya dihadkan dalam hal
yang berkaitan dengan agama Islam dan adat resam Melayu sahaja (Wan Arfah,
2009: 32). Selain itu, orang Melayu juga menentang pemberian kewarganegaraan
kepada penduduk bukan Melayu.

Ekoran tentangan hebat orang Melayu ini, penjajah British membentuk sebuah
jawatankuasa kerja yang dipengerusikan Gabenor Jeneral Malayan Union
yang pertama, Sir Malcolm MacDonald, pada Julai 1946. Jawatankuasa ini
dipertanggungjawabkan untuk merangka perjanjian baharu dengan negeri-negeri
Melayu yang kemudiannya mewujudkan sebuah Persekutuan yang diterima oleh
semua pihak. Lanjutan daripada itu, kerajaan British dan raja-raja Melayu bersetuju
untuk membentuk Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada 1948 yang memberi
ruang kepada pembentukkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
14 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang diasaskan pada 1 Februari 1948 telah
menggantikan Perlembagaan Malayan Union atas persetujuan British. Di antara
kandungan utama Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 adalah:

Sultan diperakui melalui
Kuasa kerajaan Pusat
Undang-undang Tubuh
Sultan menjadi ketua dan Kerajaan Negeri
Negeri, manakala Menteri
negeri dan berkuasa tertakluk kepada Senarai
Besar bertanggungjawab
melantik Menteri Besar. Persekutuan dan Senarai
mengetuai pentadbiran
Negeri.
negeri dalam persekutuan.

Hak istimewa orang Perlindungan terhadap Bahasa Melayu diperakui
melayu dan Bumiputera agama Islam sebagai sebagai bahasa yang
diperakui semua pihak. agama rasmi. dilindungi.

Perkongsian kuasa
Kontrak sosial menjadi
antara kaum di Tanah
asas pembentukan
Melayu dijadikan teras
masyarakat majmuk.
kemajuan negara.

Figure 3.1 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 (Mohd Ashraf et al, 2013)

Sistem Persekutuan yang dibentuk oleh Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
adalah bersifat sementara. Kedudukan ini dinyatakan dengan jelas oleh mukadimah
perjanjian tersebut yang menggariskan keinginan kerajaan British dan Raja-raja
Melayu untuk membentuk kerajaan sendiri di Tanah Melayu. Keinginan ini jelas
dilihat berasaskan kepada beberapa pembaharuan yang diperkenalkan oleh kerajaan
British selepas itu.

Aktiviti 3.1

Berdasarkan penelitian anda, bandingkan antara Malayan Union
dan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, 1948?

Untuk membantu ke arah proses kemerdekaan Tanah Melayu, Persidangan London
melantik sebuah suruhanjaya yang bertanggungjawab untuk merangka perlembagaan
Tanah Melayu yang merdeka. Suruhanjaya perlembagaan ini diketuai oleh Lord Reid
manakala ahlinya diwakili oleh pakar undang-undang perlembagaan dari Britain
(Sir Ivor Jennings), Australia (Sir William McKell), India (B. Malik) dan Pakistan
(Hakim Abdul Hamid) (Mohamad Agus, 2006: 89).
UNIT 3 15
Perlembagaan persekutuan: Asas utama hubungan etnik

Suruhanjaya Reid ini diberi kuasa untuk meneliti perlembagaan yang menjadi amalan
negara-negara Persekutuan dan seterusnya mencadangkan bentuk Perlembagaan
Persekutuan yang sesuai untuk Tanah Melayu berpandukan kepada syarat-syarat
berikut:

Mengekalkan kedudukan
Memelihara kedudukan
dan kuasa raja-raja Melayu
Pembentukan sistem istimewa orang Melayu
sebagai pemerintah
kerajaan pusat yang kuat. serta hak-hak yang sah
berpelembagaan bagi
kaum lain.
setiap negeri.

Membentuk negara
Menyelaraskan sistem
yang berlandaskan
kewarganegaraan.
prinsip-prinsip demokrasi.

Pada 1956, Suruhanjaya ini menjalankan sejumlah 118 mesyuarat di seluruh Tanah
Melayu dan menerima 131 memorandum daripada Raja-raja Melayu dan Parti
Perikatan (Harding, 1996: 30). Berikut adalah cadangan-cadangan Suruhanjaya
Reid mengenai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka (Harding,
1996: 30 – 35);

1. Perundangan — Suruhanjaya mencadangkan penubuhan dua dewan
perundangan iaitu Dewan Rakyat (100 ahli) dan Dewan Negara (33 ahli).
Hanya ahli Dewan Rakyat disarankan untuk dipilih secara langsung dalam
pilihan raya manakala ahli Dewan Negara (22) dilantik oleh Dewan
Undangan Negeri dan Yang Dipertuan Besar selaku ketua negara.
Suruhanjaya Reid mencadangkan agar ahli Dewan Negara yang dilantik
oleh Yang Dipertuan Besar dikurangkan secara berperingkat agar lebih
ramai ahli Dewan Negara dipilih secara langsung oleh pengundi setiap
negeri. Cadangan Reid ini, walau bagaimanapun, tidak diterima pakai.
Keahlian Dewan Negara kekal ditentukan atas dasar lantikan sepertimana
ianya dicadangkan pada 1956.

2. Eksekutif — Memandangkan kesemua ahli Suruhanjaya mempunyai latar
belakang Komanwel, mereka sebulat suara mencadangkan pembentukan
sistem eksekutif ala Westminster. Jawatan ketua Persekutuan yang dikenali
sebagai Yang Dipertuan Besar turut diwujudkan. Kaedah pemilihan ketua
negara yang baharu ini ditentukan oleh Raja-raja Melayu sendiri. Suruhanjaya
ini juga mencadangkan agar Yang Dipertuan Besar mempunyai kuasa budi
bicara untuk melantik Perdana Menteri dan membubarkan parlimen. Tetapi
dalam hal lain, beliau perlu bertindak atas nasihat kerajaan.

3. Kedudukan Raja — Suruhanjaya mencadangkan agar Raja Melayu kekal
sebagai ketua agama Islam. Selain itu, ia juga mencadangkan kelangsungan
Majlis Raja-raja yang berperanan dalam melantik Yang Dipertuan Besar
dan Timbalannya. Tanggungjawab lain Majlis Raja-raja ialah memberi
perkenan kepada hal-hal berikut iaitu penggubalan undang-undang baharu,
16 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik

pindaan yang berkaitan dengan kedudukan istimewa Raja-raja dan Majlis
Raja-raja, pelantikan hakim-hakim, kedudukan istimewa orang Melayu
dan isu nasional.

4. Negeri — Suruhanjaya mencadangkan pengasingan kuasa kerajaan pusat
dan negeri dinyatakan dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan. Selain
itu, Suruhanjaya ini juga memperuntukkan bidang kuasa yang lebih besar
kepada Kerajaan Pusat berbanding Kerajaan Negeri.

5. Kehakiman — Di bawah Malayan Union, Tanah Melayu sudah pun
mempunyai Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan. Suruhanjaya
Reid tidak mencadangkan perubahan drastik dalam hal yang berkaitan
dengan sistem kehakiman negara ini. Isu kebebasan badan kehakiman,
walau bagaimanapun, tidak diambil serius oleh Suruhanjaya Reid. Ia hanya
mencadangkan agar Hakim-hakim dilantik oleh Yang Dipertuan Besar
atas nasihat Kerajaan dan bukannya oleh Suruhanjaya Kehakiman dan
Perkhidmatan Perundangan.

6. Hak Istimewa dan Bahasa Kebangsaan — Suruhanjaya amat peka dengan
sensitiviti mengenai hak istimewa orang Melayu dan Raja-raja Melayu.
Walau bagaimanapun, ia perlu mengimbangi hak istimewa orang Melayu
dengan hak-hak warganegara lain dalam Persekutuan Tanah Melayu. Ini
adalah penting kerana Perlembagaan baharu ini digarap atas prinsip
demokrasi. Hak istimewa orang Melayu yang disarankan untuk dilindungi
adalah dalam hal tanah rizab, kuota kemasukan ke perkhidmatan awam,
lesen perniagaan dan biasiswa. Suruhanjaya menyarankan bahawa
keistimewaan ini wajar disemak semula selepas 15 tahun. Saranan ini
ditolak keras oleh Raja-raja Melayu dan pemimpin United Malay National
Organisation (UMNO).

7. Hak Asasi dan Semakan Kehakiman — Suruhanjaya tidak berpendirian
jelas dalam hal mengenai hak asasi dalam konteks tempatan. Ia tidak
menyatakan secara terperinci hak-hak yang perlu dilindungi oleh
Perlembagaan. Sebaliknya, ia hanya menyarankan agar peruntukan
mengenai hak asasi dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan.

8. Kuasa Darurat — Suruhanjaya mencadangkan agar kuasa mengisytiharkan
darurat dan meluluskan undang-undang darurat diletakkan di tangan
kerajaan. Salah seorang ahli Suruhanjaya, Abdul Hamid, tidak bersetuju
dengan cadangan ini dan beranggapan bahawa kuasa darurat perlu dihadkan.

Dengan beberapa pindaan daripada Jawatankuasa Kerja, Laporan Reid menjadi asas
Perlembagaan Tanah Melayu yang merdeka pada 1957. Walaupun Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu dari segi bentuknya adalah sistem Persekutuan, tetapi dari
segi realitinya adalah lebih bersifat unitari kerana bidang kuasa yang luas diberikan
kepada kerajaan pusat (Wan Arfah, 2009: 35).
UNIT 3 17
Perlembagaan persekutuan: Asas utama hubungan etnik

Pada Ogos 1961, Tunku dan Ketua Menteri Singapura, Lee Kuan Yew, bersetuju
untuk menyatukan Tanah Melayu dan Singapura. Pada November 1961, sebuah
perjanjian dicapai dengan beberapa syarat. Antaranya ialah Singapura mendapat
kuasa autonomi yang lebih daripada negeri-negeri lain, manakala Singapura bersetuju
untuk mempunyai perwakilan yang kecil di Parlimen. Selain itu, Singapura juga
akan mengekalkan kerajaan eksekutif dan badan perundangannya sendiri. Sabah
dan Sarawak menandatangani Perjanjian Malaysia bersama dengan Tanah Melayu
dan Singapura pada 9 Julai 1963.

Parlimen Tanah Melayu meluluskan Akta Malaysia 1963 bagi memberi laluan
kepada penubuhan Persekutuan Malaysia. Akta tersebut mengubah Perlembagaan
Persekutuan 1957 kerana prinsip sama rata dalam kalangan negeri-negeri terpaksa
dikompromi bagi membolehkan Sabah, Sarawak dan Singapura mempunyai kuasa
autonomi yang lebih berbanding negeri-negeri di Tanah Melayu. Apa pun, ciri-
ciri asas perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 masih dikekalkan dalam
Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Aktiviti 3.2

Bincangkan perbezaan antara Malayan Union dan Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Struktur dan kandungannya
Perlembagaan Persekutuan terdiri daripada 183 artikel (atau perkara) termasuklah
15 artikel yang telah dimansuhkan (International Law Book Services). Artikel-artikel
ini pula dibahagikan kepada 15 bahagian (Abdul Aziz, 2001: 28). Di samping 183
artikel, Perlembagaan Persekutuan juga mempunyai 13 jadual yang memperincikan
sebahagian daripada artikel-artikel ini.

Bahagian satu mengandungi peruntukan mengenai maklumat asas Persekutuan
Malaysia seperti nama, negeri-negeri anggota, agama Persekutuan dan kedudukan
Perlembagaan. Ia menyatakan bahawa nama rasmi persekutuan ialah Malaysia.
Persekutuan Malaysia ini pula dianggotai tiga belas negeri (Johor, Kedah, Kelantan,
Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak,
Selangor dan Terengganu) dan tiga wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya
dan Labuan). Bahagian Satu ini juga memperincikan kuasa Parlimen untuk menerima
masuk negeri-negeri baharu dan mengubah sempadan mana-mana negeri. Selain itu,
Bahagian Satu turut menjelaskan agama Islam sebagai agama Persekutuan manakala
Yang Dipertuan Agong adalah ketua agama Islam bagi Persekutuan Malaysia. Bagi
negeri-negeri yang mempunyai Raja, ketua agama Islam di peringkat negeri adalah
Raja itu sendiri sementara bagi negeri-negeri lain iaitu Melaka, Pulau Pinang, Sabah
dan Sarawak, Yang Dipertuan Agong bertindak sebagai ketua agama Islam di negeri
tersebut. Akhir sekali, Bahagian Satu menegaskan bahawa Perlembagaan Persekutuan
adalah undang-undang utama Persekutuan di mana undang-undang yang diluluskan
selepas merdeka yang bercanggah dengan Perlembagaan ini dianggap tidak sah.
18 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik

Bahagian dua memperincikan perlindungan terhadap hak asasi di Malaysia. Hak
asasi ini merangkumi sembilan perkara iaitu kebebasan diri; larangan terhadap
hamba abdi serta kerja paksa; perlindungan daripada undang-undang jenayah yang
berkuatkuasa ke belakang dan prosiding berulang; kesamarataan di sisi undang-
undang dan perlindungan daripada diskrimasi dari segi agama, ras, keturunan,
tempat lahir, status sosial atau jantina; larangan buang negeri dan kebebasan
bergerak; kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan; kebebasan beragama;
hak mendapatkan pendidikan; dan hak terhadap harta.

Bahagian tiga pula mengandungi peruntukan-peruntukan mengenai kewarganegaraan.
Ia menyatakan bagaimana kewarganegaraan diperolehi dan dilucutkan. Pada asasnya,
kewarganegaraan diperolehi melalui kuat kuasa undang-undang (syarat-syarat khas
yang diperincikan oleh Jadual 2, Bahagian I dan II), pendaftaran, penaturalisasian
dan penggabungan wilayah. Dari segi penamatan kewarganegaraan, seseorang
warganegara Malaysia akan hilang status kewarganegaraannya melalui akuan
pelepasan kewarganegaraan dan pelucutan disebabkan individu tersebut telah
memperolehi kewarganegaraan lain.

Bahagian empat menjelaskan mengenai sistem pemerintahan Persekutuan Malaysia.
Ia memperuntukkan kuasa Yang Dipertuan Agong sebagai ketua negara dan kuasa
Majlis Raja-raja. Turut dinyatakan ialah proses pelantikan Yang Dipertuan Agong
dan Timbalannya. Artikel 32 dan 33 Bahagian Empat ini menyatakan bahawa
Yang Dipertuan Agong dan Timbalannya hendaklah dipilih oleh Majlis Raja-raja
bagi tempoh lima tahun. Bahagian Empat juga menjelaskan bahawa bidang kuasa
Yang Dipertuan Agong dikawal oleh Jemaah Menteri atau seseorang Menteri
yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri. Walau bagaimanapun, Yang
Dipertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara dalam tiga perkara berikut: (1)
melantik Perdana Menteri, (2) tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran
Parlimen, dan (3) memanggil persidangan Majlis Raja-raja. Selain peruntukan
mengenai Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-raja, Bahagian Empat juga
memperincikan keanggotaan serta bidang kuasa Badan Eksekutif dan Badan
Perundangan. Kuasa eksekutif terletak pada Yang Dipertuan Agong tetapi seperti
yang telah dinyatakan, baginda bertindak atas nasihat Jemaah Menteri atau seseorang
Menteri yang dipertanggungjawabkan oleh Kabinet. Jemaah Menteri yang diketuai
Perdana Menteri pula dilantik oleh Yang Dipertuan Agong. Mereka ini dibantu
oleh Timbalan-timbalan Menteri, Setiausaha-setiausaha Parlimen dan Setiausaha-
setiausaha Politik. Badan Perundangan atau Parlimen pula terbahagi kepada dua
dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Kuasa Perundangan Persekutuan
terletak pada Yang Dipertuan Agong tetapi kuasa sebenar berada pada parti atau
gabungan parti politik yang membentuk majoriti di Parlimen.

Bahagian lima mengandungi peruntukan mengenai negeri-negeri dalam
Persekutuan. Ia menjelaskan kedudukan Raja-raja dan keutamaan mereka berbanding
Yang Dipertua Negeri. Selain itu, Bahagian Lima ini juga memperuntukkan jaminan
Persekutuan terhadap Perlembagan Negeri. Bahagian ini juga turut menggariskan
keistimewaan Dewan Undangan Negeri yang mana prosidingnya tidak boleh
dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah kecuali jika ia menganjurkan penghapusan
kedudukan Raja.
UNIT 3 19
Perlembagaan persekutuan: Asas utama hubungan etnik

Bahagian enam pula menggariskan peruntukan berkaitan dengan hubungan kerajaan
pusat dan negeri. Artikel 74 menggariskan bidang kuasa kerajaan pusat dan negeri
yang diperincikan dalam Jadual Kesembilan. Menurut Jadual Kesembilan, bidang
kuasa dibahagikan kepada tiga iaitu bidang kuasa kerajaan pusat (senarai pusat),
kerajaan negeri (senarai negeri) dan bersama (senarai bersama). Antara bidang kuasa
kerajaan pusat ialah hal-ehwal negeri, pertahanan, undang-undang sivil dan jenayah,
kewarganegaraan, perindustrian dan pelancongan. Manakala bidang kuasa kerajaan
negeri ialah undang-undang Islam, tanah, pertanian dan perhutanan, kerajaan
tempatan, hari pelepasan negeri dan undang-undang adat anak negeri. Bidang
kuasa bersama pula merangkumi kebajikan masyarakat, biasiswa, perlindungan
binatang liar dan perancangan bandar dan desa. Jelas dalam Jadual ini bahawa lebih
banyak bidang kuasa diperuntukkan kepada kerajaan pusat (26 perkara) berbanding
kerajaan negeri (17 perkara). Pembahagian kuasa ini menunjukkan bahawa Malaysia
mempunyai sebuah kerajaan pusat yang kuat berbanding kerajaan negeri.

Senarai pusat Senarai negeri Senarai bersama

Hal-ehwal luar negeri Undang-undang Islam dan Kebajikan masyarakat
adat Melayu
Pertahanan Tanah Biasiswa
Keselamatan dalam negeri Pertanian dan perhutanan Perlindungan binatang liar
dan burung liar, taman negara
Undang-undang sivil dan Kerajaan tempatan Penternakan, pencegahan
jenayah penganiayaan binatang,
veterinar, kuarantin binatang
Kewarganegaraan Perkhidmatan tempatan Perancangan bandar dan desa
Persekutuan
Jentera Kerajaan Kerja-kerja negeri dan air Kutu rayau dan penjaja
Kewangan Jentera kerajaan negeri Kesihatan awam, kebersihan
dan pencegahan penyakit
Pertukangan, Perdagangan Hari kelepasan negeri Saliran pengairan
dan Perindustrian
Perkapalan, pelayaran dan Penyiasatan untuk maksud Pemulihan tanah lombong
perikanan negeri
Perhubungan dan Penyu dan penangkapan ikan Langkah keselamatan dan
pengangkutan di sungai pencegahan kebakaran
Kerja raya Perpustakaan, muzium, monumen Kebudayaan dan sukan
dan tapak peninggalan sejarah
Tinjauan, siasatan dan Undang-undang dan adat Perumahan
penyelidikan anak negeri
Pendidikan Pemerbadanan pihak berkuasa Bekalan dan perkhidmatan air
dan badan lain melalui
undang-undang negeri
Perubatan Pelabuhan dan pengkalan Pemeliharaan warisan
Buruh dan keselamatan Ukuran tanah
sosial
20 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik

Senarai pusat Senarai negeri Senarai bersama

Kebajikan Orang Asli Keretapi di Sabah
Pekerjaan Professional Bekalan dan perkhidmatan air
Hari Kelepasan selain hari
kelepasan negeri
Pertubuhan tidak diper-
badankan
Pengawalan makhluk
perosak pertanian
Penerbitan, percetakan
dan mesin cetak
Penapisan
Panggung wayang, filem
dan tempat hiburan
awam
Koperasi
Pelancongan
Pencegahan kebakaran
dan pemadaman api
Perkara yang berhubung
dengan wilayah-wilayah
persekutuan

Jadual 8.1 Pembahagian Kuasa antara Kerajaan Pusat dan Negeri
Sumber: International Law Book Services (2014: 211 – 221)

Bahagian tujuh memperihalkan soal-soal kewangan Persekutuan. Antara aspek
kewangan yang disentuh dalam Bahagian ini ialah peruntukan untuk menyimpan
hasil wang kerajaan Persekutuan dalam Kumpulan Wang Disatukan, perbelanjaan
Kumpulan Wang Disatukan, keperluan melaporkan penyata kewangan tahunan
di Parlimen, perbelanjaan tambahan, kuasa Ketua Audit Negara, peranan Majlis
Kewangan Negara, kuasa audit di Sabah dan Sarawak, pemberian khas dan hasil
kepada Sabah dan Sarawak.

Bahagian lapan pula menggariskan peruntukan-peruntukan mengenai pilihan raya.
Ia menyatakan peranan Suruhanjaya Pilihan Raya dalam menjalankan proses pilihan
raya bagi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, keanggotaan Suruhanjaya
Pilihan Raya, keperluan menyemak semula kawasan pilihan raya setiap lapan tahun
sekali, cara mencabar keputusan pilihan raya, kelayakan pengundi dan pemilihan
terus ke Dewan Negara.

Bahagian sembilan pula menghuraikan hal-hal berkaitan badan kehakiman
Persekutuan. Perkara yang diperjelaskan dalam Bahagian ini ialah kuasa kehakiman
Persekutuan; keanggotaan serta pelantikan hakim-hakim bagi Mahkamah
Persekutuan, Rayuan dan Tinggi; kelayakan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan,
Rayuan dan Tinggi; tempoh jawatan dan saraan hakim Mahkamah Persekutuan;
UNIT 3 21
Perlembagaan persekutuan: Asas utama hubungan etnik

sekatan perbincangan mengenai kelakuan hakim dalam Parlimen; bidang kuasa
Mahkamah Persekutuan; dan peruntukan berkenaan dengan ketidakupayaan Hakim
Negara, Presiden atau Hakim Besar.

Bahagian sepuluh memperjelaskan bidang kuasa dan keanggotaan perkhidmatan
awam di peringkat Persekutuan. Turut dinyatakan ialah aspek peminjaman oleh
pegawai, sekatan mengenai pembuangan kerja dan penurunan pangkat dan
layanan saksama bagi semua pekerja perkhidmatan. Selain itu Bahagian ini juga
memperincikan pembentukkan lima Suruhanjaya yang bertanggungjawab ke
atas tujuh jenis perkhidmatan awam yang dilindungi perlembagaan. Suruhanjaya
tersebut ialah Majlis Angkatan Tentera, Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan
Perundangan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Pasukan Polis.

Bahagian sebelas menggariskan kuasa-kuasa khas bagi menangani anasir-anasir
subversif dan darurat. Bahagian ini turut memperincikan perkara yang dianggap
subversif iaitu keganasan terancang terhadap orang atau harta; membangkitkan
perasaan tidak setia terhadap Yang Dipertuan Agong atau mana-mana kerajaan
Persekutuan; membangkitkan permusuhan kaum; memudaratkan penyelengaraan
atau perjalanan apa-apa bekalan atau perkhidmatan kepada orang awam; dan
menggangu ketenteraman awam. Bahagian Sebelas ini juga menegaskan bahawa
perundangan menentang perbuatan subversif ini adalah sah dan tidak bertentangan
dengan artikel-artikel hak asasi dalam Perlembagaan. Dari aspek darurat pula,
Bahagian ini menjelaskan proses mengisytiharkan darurat dan pihak yang berkuasa
mengistiharkannya. Fasal 1 Artikel 150 menyatakan bahawa darurat ialah satu
darurat besar yang mengancam keselamatan atau kehidupan ekonomi Persekutuan
atau mana-mana bahagiannya. Definisi ini agak subjektif di mana kuasa untuk
mentafsirnya berada di tangan Yang Dipertuan Agong. Pada masa darurat,
undang-undang yang dibuat oleh Parlimen tidak terhad kepada bidang kuasa yang
diperuntukan oleh Perlembagaan. Undang-undang tersebut meliputi semua perkara
walaupun ia bertentangan dengan Perlembagaan kecuali dalam hal hukum syarak
atau adat istiadat Melayu (Mohd Salleh, 1991: 353). Sejak 1948, lima perisytiharan
darurat telah dilakukan; (1) pada 1948 untuk menyekat pengaruh komunis; (2) pada
1964 untuk menangani isu konfrontasi yang dilancarkan oleh kerajaan Indonesia;
(3) pada 1966 untuk menyelesaikan pertikaian politik di Sarawak yang akhirnya
membawa kepada penyingkiran Ketua Menteri Sarawak Stephen Kalong Ningkan;
(4) pada 1969 untuk menyelesaikan rusuhan kaum; dan (5) pada 1977 untuk
menyelesaikan pertikaian politik yang timbul di Kelantan (Mohd Salleh, 1991:
332 – 339).

Bahagian kedua belas mengandungi beberapa peruntukan am dan juga peruntukan-
khas untuk Sabah dan Sarawak. Antara peruntukan-peruntukan am ini ialah
mengenai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang
Melayu dari segi kuota dalam perkhidmatan awam dan permit; ibu kota Persekutuan;
pindaan perlembagaan; dan cukai tafsiran. Manakala Artikel 161 Bahagian Kedua
Belas ini pula menggariskan perlindungan tambahan kepada Sabah dan Sarawak. Pada
asalnya, perlindungan tambahan ini diperuntukkan dalam sembilan perkara tetapi
lima telah dimansuhkan. Perlindungan yang tinggal ialah mengenai penggunaan
bahasa Inggeris dan bahasa ibunda; kedudukan istimewa Bumiputera Sabah dan
Sarawak; sekatan hak ke atas bukan pemastautin untuk menjalankan amalan di
hadapan mahkamah di Sabah dan Sarawak; dan perlindungan perlembagaan terhadap
22 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik

Sabah dan Sarawak. Pengurangan kuasa bagi Sabah dan Sarawak ini telah membawa
kepada rasa tidak puas hati segelintir pihak di kedua-dua negeri. Ini membawa
kepada tuntutan untuk mengembalikan hak kedua-dua negeri seperti yang telah
dijanjikan dalam penubuhan Malaysia. Malah, ada pihak yang mendesak agar Sabah
dan Sarawak keluar daripada Malaysia atas tindakan kerajaan pusat meminggirkan
kedua-dua negeri ini.

Bahagian tiga belas pula menyatakan peruntukan-peruntukan sementara dan
tambahan. Kebanyakan peruntukan dalam bahagian ini telah dimansuhkan. Antara
perkara yang dinyatakan dalam Bahagian ini ialah pewarisan harta, perjanjian yang
dibuat sebelum merdeka, pertukaran pegawai, saraan selepas merdeka, sumbangan
berkenaan dengan perkhidmatan bersama dan pemeliharaan pencen.

Bahagian empat belas mengandungi peruntukan-peruntukan mengenai kedaulatan
Raja-raja. Perlembagaan mengikitrafkan kedaulatan Raja-raja, walau bagaimanapun,
ini tidak bermaksud mereka ini tidak boleh didakwa di Mahkamah. Fasal 2 Artikel
181 menyatakan bahawa Raja tidak boleh didakwa di mana-mana mahkamah
kecuali Mahkamah Khas yang dijelaskan dalam Bahagian Lima Belas. Peruntukan
ini adalah pindaan yang dibuat terhadap Perlembagaan Persekutuan pada 1993.
Sebelum itu, Raja-raja tidak boleh didakwa di mana-mana mahkamah tetapi imuniti
ini ditarik balik melalui pengenalan Fasal 2 Artikel 181 dan Artikel 182. Walau
bagaimanapun, belum ada Raja yang didakwa di bawah Mahkamah Khas sejak
pengenalan peruntukan baharu ini.

Bahagian terakhir iaitu lima belas mengandungi peruntukan mengenai prosiding
terhadap Yang Dipertuan Agong dan Raja-raja. Ia memperincikan keanggotaan
Mahkamah Khas dan bidang kuasanya. Mahkamah Khas ini dianggotai Ketua Hakim
Negara sebagai Pengerusi, Hakim-hakim Besar Mahkamah Tinggi dan dua orang lain
yang memegang atau pernah memegang jawatan Hakim Mahkamah Persekutuan atau
Mahkamah Tinggi yang dilantik oleh Majlis Raja-raja. Prosiding dalam Mahkamah
Khas diputuskan mengikut pendapat majoriti anggota dan keputusannya adalah
muktamad dan tidak boleh dipertikaikan di mana-mana mahkamah.

Perlembagaan Persekutuan adalah gabungan antara sistem politik moden dan
tradisi. Aspek politik moden seperti sistem demokrasi berparlimen dan Persekutuan
digabungkan dengan sistem politik tradisi iaitu institusi Raja Melayu. Walau
bagaimanapun, sistem politik tradisi ini terpaksa diadaptasi bagi membolehkannya
kekal relevan dalam konteks iklim politik moden. Pengubahsuaian ini membawa
kepada pembentukan sistem Raja berperlembagaan. Dalam hal ini, kuasa Raja
dihadkan dalam konteks perlembagaan. Justeru, walaupun Raja diletak sebagai
ketua negara, eksekutif dan perundangan, kuasa baginda hanyalah bersifat simbolik
sahaja. Kuasa sebenar terletak di tangan kabinet.

Aktiviti 3.3

Bincangkan aspek-aspek Perlembagaan yang berbeza antara apa yang
tertulis dalam dokumen penting ini dengan realiti yang berlaku.
UNIT 3 23
Perlembagaan persekutuan: Asas utama hubungan etnik

Pindaan Perlembagaan
Perlembagaan yang tidak boleh dipinda akan dilihat tidak berguna kerana ia tidak
mengambil kira kehendak semasa masyarakat. Perubahan sosial, politik dan ekonomi
menuntut perubahan terhadap Perlembagaan. Artikel 159 dan 161E Perlembagaan
Persekutuan menyatakan empat kaedah yang membolehkan perlembagaan dipinda
(Wan Arfah, 2009: 47).

Pertama, kebanyakan peruntukan perlembagaan boleh dipinda melalui sokongan dua
pertiga ahli dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Ini adalah kaedah pindaan
yang paling popular sekali.

Kedua, pindaan Perlembagaan boleh dibuat melalui undi majoriti mudah dalam
kedua-dua dewan. Kaedah ini, walau bagaimanapun, terhad kepada empat
peruntukan Perlembagaan sahaja iaitu:

1. Penerimaan negeri ke dalam Persekutuan.

2. Keahlian Dewan Negara serta peraturan yang berkaitan dengan pemilihan
dan persaraan ahlinya.

3. Kekangan terhadap kebebasan bergerak, kebebasan bersuara, berhimpun
dan berpersatuan.

4. Penubuhan mahkamah rendah dan bidang kuasa mahkamah tinggi dan
rendah.

Jenis pindaan yang ketiga pula melibatkan persetujuan Majlis Raja-raja. Beberapa
peruntukan Perlembagaan bukan sahaja memerlukan undi dua pertiga ahli Parlimen
tetapi juga persetujuan Majlis Raja-raja. Peruntukan ini melibatkan kedudukan
serta kuasa Majlis Raja-raja itu sendiri, kedudukan istimewa orang Melayu dan
Bumiputera Sabah dan Sarawak, kewarganegaraan, kekangan terhadap kebebasan
bersuara, sempadan negeri dan isu-isu sensitif.

Bentuk pindaan keempat pula melibatkan persetujuan Yang Dipertua Negeri
Sabah dan Sarawak. Pindaan ini melibatkan hak istimewa Sabah dan Sarawak serta
peruntukan-peruntukan lain yang melibatkan kedua-dua negeri Borneo ini. Selain
undi dua pertiga ahli Parlimen, persetujuan Yang Dipertua Negeri Sabah dan Sarawak
diperlukan bagi meminda peruntukan yang berkaitan dengan kewargangeraan,
Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, kuasa perundangan dan eksekuif negeri,
agama; aturan kewangan pusat-negeri; bahasa kebangsaan; kedudukan istimewa
Bumiputera Sabah dan Sarawak; dan kemasukan serta pemastautinan di kedua-dua
negeri.

Sepanjang lebih lima dekad, Perlembagaan Persekutuan telah dipinda 58 kali
(International Law Book Services, 2014: 237 – 239). Keadaan ini jauh berbeza
dengan perlembagaan Amerika Syarikat yang sudah berusia 227 tahun tetapi telah
dipinda hanya sebanyak 27 kali (Abdul Aziz, 2009: 70). Ada pelbagai sebab mengapa
perlembagaan dipinda di Malaysia. Ada pindaan dibuat berdasarkan keperluan
24 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik

semasa seperti pindaan terhadap imuniti raja-raja Melayu pada 1993. Ada pula
pindaan yang dibuat bagi membolehkan penambahan kerusi Dewan Rakyat yang
dilakukan hasil proses persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dilakukan
lapan tahun sekali.

Aktiviti 3.4

Perlembagaan Persekutuan telah dipinda lebih daripada 50 kali.
Bincangkan sejauh mana keaslian perlembagaan masih terpelihara
setelah berlakunya pindaan ini.

Rumusan

1. Perlembagaan Persekutuan yang dirangka Suruhanjaya Reid
dipengaruhi oleh perlembagaan British, India dan elemen
tradisi Melayu.

2. Prinsip Persekutuan yang mendasari Perlembagaan Malaysia
berasal daripada konsep Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang
diperkenalkan pada 1895.

3. Sistem Persekutuan yang menggabungkan Negeri-negeri Melayu
Bersekutu cuba diperluaskan oleh British di seluruh Tanah
Melayu melalui pengenalan Malayan Union pada 1 April 1946.

4. Prinsip asas Malayan Union ialah semua negeri di Tanah
Melayu dan negeri-negeri Selat kecuali Singapura akan
disatukan, semua kuasa memerintah tertumpu pada kerajaan
pusat, Raja-raja Melayu masih boleh menduduki takhta negeri
tetapi hanya berhak mempengerusikan majlis penasihat yang
membincangkan hal ehwal berkaitan Islam dan adat istiadat
orang Melayu, dan semua penduduk Tanah Melayu akan
diberi kerakyatan serta taraf yang sama.

5. Malayan Union tidak kekal lama disebabkan tentangan hebat
orang Melayu yang melihat aturan politik ini sebagai usaha
untuk menjatuhkan institusi Raja dan menghakis hak istimewa
orang Melayu.

6. Akibatnya, Persekutuan Tanah Melayu 1948 diasaskan.
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948, walau
bagaimanapun, hanya bersifat sementara bagi memberi laluan
kepada Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.
UNIT 3 25
Perlembagaan persekutuan: Asas utama hubungan etnik

7. Bagi merealisasikan pembentukkan perlembagaan baharu
Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka, sebuah suruhanjaya
yang diketuai oleh Lord William Reid, ditubuhkan.

8. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dipinda pada 1963
bagi memberi laluan kepada Sabah, Sarawak dan Singapura
yang bersama-sama membentuk Persekutuan Malaysia.

9. Perlembagaan Persekutuan mempunyai gabungan politik
moden dan tradisi. Aspek moden yang diterapkan dalam
Perlembagaan ialah sistem demokrasi berparlimen yang
mendasari sistem pemerintahan, perlindungan terhadap hak
asasi dan komitmennya terhadap sistem pilihan raya. Aspek
tradisi pula merujuk kepada pengekalan sistem Raja, pemberian
hak istimewa kepada orang Melayu, Islam sebagai agama
Persekutuan dan pengiktirafan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan.

Latihan Kendiri 3.2

1. Jelaskan secara ringkas susur galur Perlembagaan Persekutuan
Malaysia.

2. Nyatakan dengan ringkas lima belas peruntukan yang digariskan
dalam Perlembagaan Persekutuan.

3. Jelaskan secara ringkas sistem pemerintahan Persekutuan seperti
yang dinyatakan dalam Perlembagaan.

4. Nyatakan hak-hak asasi yang dilindungi Perlembagaan
Persekutuan.

Cadangan jawapan untuk aktiviti

Maklum Balas

Aktiviti 3.1

Sistem pentadbiran iaitu pengagihan kuasa antara kerajaan pusat
dan kerajaan negeri.
26 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik

Aktiviti 3.2

1. Malayan Union

a. Ketua pentadbir — Gabenor British

b. Kuasa pusat — Parlimen British

c. Kuasa negeri — Pesuruhjaya Negeri dan Majlis Mesyuarat
Negeri

d. Pembahagian kuasa — Semua kuasa tertumpu di peringkat
pusat kecuali jabatan di negeri-negeri

e. Agama Islam dan adat istiadat — Gabenor British dan Sultan
sebagai timbalannya

2. Persekutuan Tanah Melayu 1948

a. Ketua pentadbir — Pesuruhjaya Tinggi British dan Majlis
Raja-raja

b. Kuasa pusat — Majlis Undangan Persekutuan, Majlis
Raja-raja dan Majlis Mesyuarat Kerja

c. Kuasa negeri — Sultan, Menteri Besar dan Majlis Undangan
Negeri

d. Pembahagian kuasa — Senarai Persekutuan dan senarai Negeri

e. Agama Islam dan adat istiadat — Sultan Melayu

Aktiviti 3.3

1. Kebebasan beragama tidak bersifat mutlak. Pelbagai isu yang
berkaitan dengan kebebasan beragama kelompok minoriti
semakin kerap diperdebatkan.

2. Tahap demokrasi sering dipertikaikan. Malah, ada yang
melabelkan Malaysia sebagai sebuah negara autoritarian.
Kebebasan bersuara disekat, kebebasan berhimpun tidak
dihormati manakala pilihan raya dipertikaikan kebebasannya.

3. Kuasa Yang Dipertuan Agong nampak menyeluruh dan besar
tetapi realitinya ia hanya bersifat simbolik.
UNIT 3 27
Perlembagaan persekutuan: Asas utama hubungan etnik

4. Selepas pindaan Perlembagaan 1993, imuniti Raja-raja telah
ditarik balik. Kini, Raja-raja boleh didakwa di Mahkamah Khas
tetapi realitinya mereka tetap berada di atas undang-undang.

5. Bumiputera Sabah dan Sarawak diberi keistimewaan oleh
Perlembagaan Persekutuan tetapi hakikatnya mereka adalah
seumpama Bumiputera kelas kedua di Malaysia. Orang Melayu
dilihat lebih diberi keutamaan berbanding mereka.

Aktiviti 3.4

1. Ada pelbagai sebab mengapa Perlembagaan dipinda di Malaysia.

2. Ada yang berdasarkan kepada keperluan yang berubah seperti
pindaan terhadap imuniti raja-raja Melayu pada tahun 1993.
Ada pula pindaan yang dibuat bagi membolehkan penambahan
kerusi Dewan Rakyat yang dilakukan hasil proses persempadanan
semula kawasan pilihan raya yang dilakukan lapan tahun sekali.
Ada juga pindaan yang dibuat kerana kerajaan kalah di
mahkamah.

3. Dalam banyak-banyak pindaan ini, pindaan yang menimbulkan
kebimbangan ialah peluasan kuasa eksekutif yang melibatkan
Artikel 149 dan 150. Artikel 149 adalah berkaitan dengan
undang-undang yang digubal untuk menentang perbuatan
subversif dan memudaratkan ketenteraman awam (Abdul Aziz,
2009: 71).

4. Disebabkan jumlah pindaan yang banyak ini, ciri asas
Perlembagaan sudah semakin hilang.

5. Pindaan yang dibuat telah menyebabkan Perlembagaan
Persekutuan bukan lagi legasi British tetapi sudah berubah
menjadi produk tempatan.

6. Pengktirik juga berpendapat bahawa Perlembagaan Persekutuan
yang pada asalnya mempunyai semangat demokrasi yang kuat
sudah semakin hilang jati diri demokrasinya.
28 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik
UNIT 3 29
Perlembagaan persekutuan: Asas utama hubungan etnik

3.3 Perlembagaan dan Hubungan Etnik
Objektif
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menjelaskan unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan.

2. Menerangkan peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan hubungan
etnik dalam Perlembagaan Persekutuan.

3. Membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan hubungan etnik dalam
kerangka Perlembagaan.

Pengenalan
Sebagai undang-undang tertinggi negara, Perlembagaan dijadikan sumber penting
untuk membentuk dan memelihara hubungan etnik di Malaysia. Walaupun tiada
peruntukan khas perlembagaan untuk mengawal selia hubungan etnik, terdapat
beberapa peruntukan yang mempengaruhi hubungan masyarakat pelbagai etnik di
negara ini. Perkara yang dimaksudkan termaktub dalam Artikel 3 — Islam sebagai
agama Persekutuan; Artikel 11 — kebebasan beragama; Artikel 152 — bahasa
kebangsaan; Artikel 153 — hak istimewa orang Melayu; dan Artikel 161A —
kedudukan istimewa Bumiputera Sabah dan Sarawak.

Secara dasarnya, artikel-artikel ini mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu
dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Ia juga mengiktiraf agama Islam sebagai agama
Persekutuan tetapi pada masa yang sama memberi hak kebebasan beragama kepada
mereka yang bukan beragama Islam. Kedua-dua prinsip ini mendasari hubungan
etnik di Malaysia. Penerimaan atau penentangan masyarakat Malaysia terhadap
kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak serta
kedudukan agama Islam mempunyai impak yang besar terhadap hubungan etnik.

Topik 3.2 menjelaskan bahawa peruntukan yang memberi keistimewaan terhadap
orang Melayu dan agama Islam menjadi asas utama pembentukan hubungan etnik
di Malaysia. Justeru, kestabilan hubungan etnik bergantung kepada sejauh mana
kedudukan ini mampu dikekalkan dan diterima oleh masyarakat pelbagai etnik
di negara ini. Perubahan sosio-ekonomi dan politik masyarakat Malaysia, walau
bagaimanapun, menjadi cabaran utama negara dalam menangani kontrak sosial ini.
30 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik

Unsur-unsur tradisi dalam perlembagaan
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, unsur tradisi adalah salah satu elemen penting
dalam penggubalan Perlembagaan Persekutuan. Dengan memasukkan elemen tradisi
dalam perlembagaan sesebuah negara, masyarakat dapat membentuk hubungan
atau perkaitan yang rapat dengan dokumen tersebut. Ini secara tidak langsung akan
memperkukuhkan sokongan masyarakat terhadap perlembagaan dan memastikan
kesinambungannya.

Dalam konteks Malaysia, unsur-unsur tradisi yang diterapkan dalam Perlembagaan
Persekutuan adalah bersandarkan kepada tradisi kelompok etnik yang terbesar
iaitu Melayu. Terdapat empat elemen tradisi yang digarap dalam Perlembagaan
Persekutuan iaitu institusi Raja, Islam sebagai agama Persekutuan, bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi dan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera
Sabah dan Sarawak (Mohd Salleh, 1997: 38). Elemen tradisi ini menjadi asas
kepada pembentukan serta tadbir urus hubungan etnik di Malaysia. Kenapa unsur
tradisi ini penting? Elemen tradisi ini penting untuk mewujudkan identiti Malaysia
dan memupuk persefahaman ke arah perpaduan. Anda dapat melihat keunikkan
Perlembagaan Malaysia berbanding negara lain.

Pemerintahan Raja

Sekian lamanya sebelum kedatangan penjajah, orang Melayu diperintah oleh Raja
yang mempunyai kuasa penuh ke atas negeri dan penduduknya. Semasa penjajahan
British, kuasa Raja mulai disekat apabila mereka dipaksa untuk menerima penasihat
British atau Residen (Mohd Salleh, 1997: 38). Kuasa Raja ini semakin terhakis
apabila Malayan Union diperkenalkan pada 1946. Kesatuan ini dibubarkan setelah
menerima bantahan orang Melayu dan perjanjian baharu diperkenalkan dua tahun
selepas itu. Perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
1948 itu mengembalikan semula kuasa Raja kepada kedudukan asalnya (Mohd
Salleh, 1997: 39).

Apabila Persekutuan Tanah Melayu diasaskan, sistem politik moden yang berteraskan
kepada model demokrasi Westminster diperkenalkan. Tetapi pada masa yang sama,
institusi Raja Melayu ini dikekalkan. Walau bagaimanapun, beberapa perubahan
terpaksa dibuat ke atas sistem Raja ini bagi menyesuaikannya dengan konsep
demokrasi berparlimen yang diperkenalkan di Tanah Melayu pada waktu itu.
Perubahan ini mengkehendaki Raja-raja menerima nasihat Jemaah Menteri dalam
melakukan sesuatu tindakan. Selain itu, setiap tindakan atau keputusan yang dibuat
oleh Raja kini diikat oleh Perlembagaan. Ini bermakna Raja tidak boleh membuat
keputusan sebarangan tanpa mendapatkan nasihat Jemaah Menteri atau mengikut
apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan atau negeri. Dengan
kata lain, kuasa Raja telah dihadkan sepertimana zaman penjajahan British dahulu.
UNIT 3 31
Perlembagaan persekutuan: Asas utama hubungan etnik

Mengikut Perlembagaan Persekutuan, ketua negara, ialah Yang Dipertuan Agong,
seorang Raja yang dipilih dalam kalangan sembilan Raja-raja Melayu. Baginda diberi
kuasa memerintah Persekutuan tetapi setiap tindakannya adalah atas nasihat Jemaah
Menteri atau seseorang Menteri yang telah diberi kuasa oleh Jemaah Menteri. Yang
Dipertuan Agong juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia
yang mempunyai kuasa untuk mengampun atau menangguh hukuman bagi
kesalahan yang disabit oleh mahkamah tentera. Baginda juga adalah kuasa utama
badan perundangan yang meluluskan undang-undang dan membuat pelantikan
yang penting bukan sahaja menurut Perlembagaan tetapi juga akta Parlimen seperti
pelantikan hakim-hakim, pengerusi dan anggota suruhanjaya perkhidmatan dan
beberapa ketua jabatan tertentu.

Dalam setiap Perlembagaan Negeri pula, kecuali Negeri Sembilan, Raja merupakan
ketua negeri yang mempunyai kuasa eksekutif. Walau bagaimanapun, Raja hendaklah
melaksanakan kuasanya berdasarkan nasihat Majlis Mesyuarat Negeri atau Ketua
Menteri. Raja mempunyai kuasa mengampun dan menangguhkan hukuman
yang telah disabit kesalahan dalam negerinya. Raja juga dikenali sebagai tonggak
kehormatan dan keadilan. Baginda turut diangkat sebagai pelindung kepada agama
Islam dan kedudukan istimewa orang Melayu.

Sebagai Raja berperlembagaan, adalah penting Yang Dipertuan Agong dan raja-raja
Melayu mempunyai hubungan baik dengan pimpinan kerajaan pusat dan negeri. Ini
kerana tanpa hubungan baik antara istana dan kerajaan, negara mungkin menghadapi
krisis politik dan Perlembagaan yang akan mengganggu-gugat perjalanan kerajaan.
Yang Dipertuan Agong yang tidak mengendahkan nasihat Perdana Menteri atau
kabinet berupaya menghalang perancangan kerajaan. Selain itu, mereka juga perlu
mengikuti tradisi Parlimen dan Raja berperlembagaan agar konsep demokrasi
berparlimen dapat dipelihara serta kestabilan politik mampu dikekalkan.

Islam sebagai agama Persekutuan

Peruntukan Islam sebagai agama Persekutuan adalah satu lagi unsur tradisi yang
terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. Agama Islam mempunyai hubungan
yang rapat dengan perkembangan sejarah konsep pemerintahan beraja. Agama
mempunyai kaitan rapat dengan bangsa Melayu dalam undang-undang dan
Perlembagaan. Perkara 160, Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa seseorang
yang ditakrif sebagai Melayu itu ialah seseorang yang beragama Islam, lazimnya
bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.

Ia adalah agama tradisi orang Melayu yang menjadi kelompok etnik yang terbesar
di Malaysia. Islam telah menjadi agama orang Melayu sejak lebih 500 tahun dahulu
(Mohd Salleh, 1997: 45). Agama Islam pertama kali dibawa ke Tanah Melayu oleh
pedagang-pedagang Arab pada kurun ke-15 atau lebih awal lagi daripada itu (Mohd
Salleh, 1997: 45). Walaupun penjajah British, melalui beberapa perjanjian damai dan
persahabatan dengan Raja-raja Melayu, berjaya mendapatkan hak untuk menasihat
Raja-raja Melayu dalam hampir semua hal, kuasa ke atas agama Islam masih kekal
berada dalam tangan Raja-raja.
32 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik

Selepas Perang Dunia Kedua, apabila penjajah British menukar peranan mereka
daripada penasihat kepada pentadbir, peranan Raja-raja dalam hal ehwal agama
Islam tetap terpelihara walaupun sejumlah besar kuasanya diambil alih oleh penjajah
(Mohd Salleh, 1997: 47). Hubungan yang agak panjang antara orang Melayu dan
agama Islam menyebabkan Islam menjadi sinonim dengan orang Melayu. Justeru,
umum akan menyatakan bahawa apabila seseorang memeluk Islam, individu tersebut
dikatakan masuk Melayu dan bukannya masuk Islam.

Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan mengisytiharkan bahawa ‘Islam ialah agama
bagi Persekutuan’. Walaupun Perlembagaan mengangkat Islam sebagai agama
Persekutuan, ia tetap memberi kebebasan kepada penganut agama lain. Hal ini
dinyatakan dengan jelas dalam Perkara 1 Artikel 3 yang menggariskan ‘agama-agama
lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan’.
Ini bermakna setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamal ajaran
agama masing-masing. Setiap agama ini pula mempunyai hak untuk menguruskan
hal ehwal agama mereka, menubuh dan menyelenggara institusi-institusi bagi
maksud agama atau khairat, dan memperolehi serta memiliki harta benda menurut
undang-undang sedia ada.

Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan

Bahasa Melayu merupakan satu lagi unsur tradisi dalam Perlembagaan Malaysia.
Sebelum Perang Dunia Kedua, kebanyakan negeri-negeri Melayu menggunakan
Bahasa Melayu dengan meluas untuk tujuan rasmi seperti dalam mesyuarat,
surat-menyurat, prosiding perundangan dan kehakiman (Mohd Rizal dan
Shamrahayu, 2014: 109). Walau bagaimanapun, selepas perang, keadaan ini
mulai berubah. Penerimaan sistem common law dan pengenalan sistem pendidikan
Inggeris, bahasa Inggeris mulai memberi saingan kepada Bahasa Melayu. Dalam
Perlembagaan Malayan Union, umpamanya, bahasa rasmi untuk Majlis Mesyuarat
Raja-raja ialah bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Dan apabila Malayan Union
digantikan dengan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, bahasa Inggeris
dan bahasa Melayu kekal menjadi bahasa rasmi Majlis Mesyuarat Kerja Kerajaan
(Mohd Salleh, 1997: 50).

Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, wujud usaha untuk mengembalikan
kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Persekutuan. Ini membawa kepada
peruntukan Artikel 152 yang menyatakan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa
kebangsaan Persekutuan. Maksud rasmi ditakrifkan oleh Fasal (6) Artikel 152
Perlembagaan dengan makna ‘apa-apa jua maksud kerajaan sama ada kerajaan
Persekutuan atau negeri dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa
awam’ (Mohd Salleh, 1997: 51).
UNIT 3 33
Perlembagaan persekutuan: Asas utama hubungan etnik

Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak

Kedudukan istimewa orang Melayu adalah unsur tradisi yang keempat. Artikel
153 Perlembagaan Persekutuan memberikan tanggungjawab yang berat kepada
Yang Dipertuan Agong untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan
Bumiputera Sabah dan Sarawak. Keistimewaan yang diberikan kepada orang Melayu
bukanlah aturan baharu yang diwujudkan pada 1957 (Mohd Rizal dan Shamrahayu,
2014: 93). Sebaliknya, ia sudah termaktub dalam Perjanjian Persekutuan Tanah
Melayu 1948 dan amalan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu sebelum Perang
Dunia Kedua lagi.

Selepas Perang Dunia Kedua, penjajah British merasakan bahawa mereka
bertanggungjawab ke atas kumpulan yang berhijrah ini. Justeru, ia berusaha memberi
taraf kewarganegaraan kepada mereka seperti yang dinyatakan dalam perjanjian
Malayan Union (Mohd Salleh, 1997: 53). Taraf kewarganegaraan ini diberi kepada
dua kelompok penghijrah iaitu (a) mereka yang dilahirkan dalam Malayan Union
atau Singapura, dan (b) mereka yang tinggal dalam Malayan Union selama 10 tahun,
tanpa mengira zaman pemerintahan Jepun (Mohd Salleh, 1997: 53).

Walaubagaimanapun, apabila Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
diperkenalkan, orang Melayu mendapat semula kedudukan dan keistimewaan
mereka (Mohd Salleh, 1997: 54). Pada waktu itu Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan
bertanggungjawab dalam melindungi ‘kedudukan istimewa orang Melayu dan
kepentingan sah kaum-kaum lain’ (Mohd Salleh, 1997: 54). Apabila Tanah Melayu
mencapai kemerdekaan, tanggungjawab khas Pesuruhjaya Tinggi ini dipindahkan
kepada Yang Dipertuan Agong. Namun, apabila Malaysia dibentuk, kedudukan
istimewa Bumiputera Sabah dan Sarawak turut diletak di bawah tanggungjawab
Yang Dipertuan Agong.

Kedudukan orang Melayu ini tidak mutlak kerana telah diseimbangkan dengan
kepentingan kaum lain (Mohd Salleh, 1997: 55). Perlembagaan juga memberi kuasa
serta hak kepada kaum lain dari segi kebebasan beragama, hak untuk menggunakan
bahasa ibunda dan yang paling penting hak mendapatkan layanan sama rata (Mohd
Salleh, 1997: 55).

Aktiviti 3.5

Mengapakah peruntukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
penting dalam pembentukan masyarakat Malaysia?
34 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik

Perlembagaan sebagai kontrak sosial
Kontrak sosial sebenarnya adalah teori yang diasaskan oleh pemikir politik moden era
kebangkitan bagi menjelaskan asal-usul negara. Ia menyatakan bahawa manusia, pada
asalnya, tinggal dalam keadaan semula jadi di mana tiadanya undang-undang dan
negara. Dalam keadaan semula jadi ini, ketiadaan autoriti menyebabkan berlakunya
huru-hara dan penindasan hak asasi manusia. Justeru, untuk melepaskan diri daripada
keadaan yang tidak menentu ini, manusia membentuk perjanjian dalam kalangan
mereka untuk membentuk negara bagi memelihara kepentingan serta kebajikan
mereka. Perjanjian inilah yang dimaksudkan sebagai kontrak sosial.

Kontrak sosial Malaysia ini bertujuan untuk menjamin kestabilan dan perlembagaan
yang dibentuk adalah hasil daripada toleransi dan pakatan antara kaum dan etnik
di Negara ini. Demi kestabilan dan perpaduan yang berkekalan, Perlembagaan
Malaysia digubal dengan mengambil kira persefahaman dan persetujuan dalam
kalangan kaum.

Pemuafakatan politik dan tolak ansur antara pemimpin kaum utama di Tanah Melayu
telah membuahkan hasil dan ‘ Pakatan Murni’, Quid Pro Quo atau 4 + 1 telah pun
dibentuk dalam aspek menghormati hak dan kepentingan kaum dalam Perlembagaan
Persekutuan. Antara pemuafakatan yang dibentuk dalam Perlembagaan Persekutuan
adalah seperti yang berikut:

Kedudukan agama Islam
Bahasa Melayu sebagai Raja-raja Melayu sebagai
sebagai agama rasmi
bahasa kebangsaan. raja berpelembagaan.
negara.

Masyarakat bukan Melayu
mendapat keistimewaan
Kedudukan dan hak
sebagai warganegara
istimewa orang Melayu.
dan mendapat layanan
yang sama.

Figure 3.2 Peruntukan utama Perlembagaan (Mansor, 2005: 124 – 125)

Kewujudan pemuafakatan ini dapat mengekalkan nilai-nilai kemasyarakatan dalam
kalangan etnik dan kaum yang saling memahami bahawa agama, adat resam dan
nilai-nilai budaya yang diamalkan oleh penduduk di Negara ini ialah hak peribadi
dengan syarat masing-masing saling menghormati hak dan kepentingan semua rakyat
Malaysia(Mohd Nizho, 2012: 42)

Kontrak sosial ini mencerminkan kemuafakatan pelbagai kaum mengenai perkara-
perkara yang berkepentingan kaum masing-masing dalam mencapai kemerdekaan,
malah terus menjadi garis panduan pentadbiran kerajaan yang merdeka. Justeru,
boleh disimpulkan bahawa Perlembagaan Malaysia dibentuk berteraskan ikatan
sosial antara kaum untuk menyuburkan tunas-tunas perpaduan dalam kalangan
rakyat Malaysia, malah mengelakkan konflik politik kerana wujudnya dikotomi
perjuangan politik antara kaum.
UNIT 3 35
Perlembagaan persekutuan: Asas utama hubungan etnik

Isu dan cabaran pemupukan hubungan etnik
Perdebatan mengenai Perlembagaan bukan sahaja berkisar kepada soal kedudukan
istimewa orang Melayu dan impaknya terhadap hubungan etnik, malah beberapa
isu lain turut dibangkitkan. Kebebasan bersuara serta kesamarataan, kebebasan
beragama, dan autonomi bagi negeri Sabah dan Sarawak sering dihujahkan dan
mendapat perhatian meluas masyarakat umum. Isu-isu ini timbul bukannya kerana
ada pihak yang mempersoalkan aturan yang ada dalam Perlembagaan tetapi lebih
kepada perubahan sosio-ekonomi serta politik yang berlaku dalam masyarakat.

Kebebasan asasi

Kebebasan asasi seseorang individu telah diperuntukan dalam bahagian-bahagian
Perlembagaan Persekutuan. Perkara-perkara yang disentuh dalam aspek kebebasan
asasi adalah seperti berikut:

Keabdian dan kerja Kesamarataan disisi
Kebebasan diri
paksa undang-undang

Kebebasan bercakap,
Larangan buang negeri
berhimpun dan Kebebasan beragama
dan kebebasan bergerak
menubuhkan persatuan

Perlindungan daripada
undang-undang jenayah
Kesamarataan dalam
Hak untuk berharta yang berkuatkuasa
pelajaran
kebelakangan dan
perbicaraan berulang

Perlembagaan Persekutuan yang asal mengangkat demokrasi sebagai ideologi negara.
Salah satu daripada komponen penting demokrasi ialah kebebasan bersuara yang
dinyatakan dengan jelas dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan. Komitmen
terhadap sistem demokrasi ini mulai runtuh selepas Peristiwa 13 Mei 1969.
Contohnya dalam menjaga keharmonian Malaysia agar tidak digangu gugat oleh
kegiatan subversif, terdapat Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960. Walaupun akta
ini telah dimansuhkan pada 2012, terdapat beberapa akta lain yang masih digunakan
untuk menyekat kebebasan bersuara iaitu Akta Universiti Kolej 1971, Akta Mesin
Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Hasutan 1948 dan Akta Rahsia Rasmi 1972.
36 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik

Kewarganegaraan

Isu warganegara merupakan satu isu yang sering dikaitkan dengan Perlembagaan
Malaysia. Perkara yang perlu ditekankan di sini ialah proses mendapatkan
kewarganegaraan dan hak-hak yang boleh dinikmati oleh setiap warganegara.
Perlembagaan Persekutuan menetapkan empat cara untuk membolehkan seseorang
itu mendapatkan hak kerakyatan Malaysia.

Tempat lahir (Jus soli)

Undang-undang keturunan darah
(Jus Sanguinis)
Kewarganegaraan
Malaysia
Perkahwinan

Bermaustatin

Setiap warganegara diberi hak dan layanan yang adil dari sudut Perlembagaan
tanpa mengira latar belakang kaum berbanding mereka yang bukan warganegara.
Warganegara dapat menikmati segala faedah dan kebajikan yang ditawarkan kepada
warganegara seperti kemudahan pendidikan dan perubatan, bantuan kebajikan
masyarakat serta lain-lain kemudahan yang disediakan dari masa ke semasa.
Tambahan lagi, setiap warganegara Malaysia berhak mendapat perlindungan dan
pertolongan dari negaranya, walaupun berada di luar negara.

Aktiviti 3.6

Nyatakan kesan sekiranya memiliki dua kewarganegaraan
dibenarkan di Malaysia?

Autonomi Sabah dan Sarawak

Apabila Sabah dan Sarawak membantu pembentukan Malaysia, kedua-dua negeri
ini diberi beberapa keistimewaan sebagai mengiktiraf kedudukan mereka yang
sama tinggi dengan Tanah Melayu dan Singapura. Dikenali sebagai Perkara 20 bagi
negeri Sabah dan Perkara 18 untuk negeri Sarawak, keistimewaan ini antara lain
memberi hak imigresen, pendidikan dan agama rasmi negeri kepada kedua-dua
negeri Borneo ini.
UNIT 3 37
Perlembagaan persekutuan: Asas utama hubungan etnik

Walau bagaimanapun, penarikan hak istimewa Sabah dan Sarawak selepas
tersingkirnya Singapura dari Malaysia menyebabkan timbulnya rasa tidak puas hati
kalangan penduduk kedua-dua negeri. Ada sesetengah pihak yang mahu kerajaan
pusat mengembalikan keistimewaan ini dan meningkatkan kadar royalti minyak.

Apapun, tuntutan autonomi Sabah dan Sarawak yang kemudiannya bertukar kepada
tuntutan keluar daripada Persekutuan adalah manifestasi kekecewaan sesetengah
pihak terhadap dominasi kerajaan pusat. Isu autonomi negeri ini wajar ditangani
dengan halus dan semangat muhibah agar ia tidak menjadi sebuah isu yang akan
membesarkan lagi jurang antara kerajaan pusat dan negeri. Kerajaan pusat harus
memahami mengapa segelintir masyarakat Sabah dan Sarawak membuat tuntutan
yang bersifat ekstrim ini dan kemudian menanganinya dengan baik.

Aktiviti 3.7

Bincangkan pendekatan yang perlu diambil pihak berkuasa dalam
menangani isu-isu semasa yang mampu mengubah aturan asal
Perlembagaan Persekutuan.

Rumusan

1. Perlembagaan Persekutuan adalah sumber penting pembentukan
serta pengurusan hubungan etnik di Malaysia.

2. Unsur tradisi yang berasaskan kepada orang Melayu menjadi
prinsip utama yang mendasari Perlembagaan Persekutuan.

3. Unsur tradisi yang dimaksudkan ialah pemerintahan Raja,
Islam sebagai agama Persekutuan, bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan dan hak keistimewaan orang Melayu dan
Bumiputera Sabah dan Sarawak.

4. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan konsep Raja
berperlembagaan di mana kuasa Raja dikawal serta dihadkan
oleh dokumen penting ini. Yang Dipertuan Agong yang
dipilih dalam kalangan Raja-raja Melayu menjadi ketua negara
dan bertindak atas nasihat Kabinet atau Menteri.

5. Islam adalah agama Persekutuan tetapi Perlembagaan tetap
menjamin kebebasan agama lain.

6. Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi kebangsaan yang digunakan
dalam upacara rasmi kerajaan.
38 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik

7. Orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak mempunyai
kedudukan istimewa dalam Perlembagaan. Kedudukan istimewa
ini melibatkan pemberian tanah rizab, jawatan kanan kerajaan,
biasiswa dan lesen.

8. Perlembagaan Persekutuan dikenali sebagai sebuah kontrak
sosial di mana wujud kompromi antara orang Melayu dan bukan
Melayu yang dicapai pada 1957.

9. Pihak berkuasa perlu menangani isu-isu ini dengan penuh
diplomasi dan toleransi agar hubungan etnik yang bersifat
harmoni dapat terus terpelihara.

Latihan Kendiri 3.3

1. Bincangkan unsur-unsur tradisi yang digarapkan dalam
Perlembagaan Persekutuan.

2. Jelaskan maksud Perlembagaan Persekutuan sebagai sebuah
kontrak sosial.

3. Jelaskan isu-isu Perlembagaan semasa yang mendatangkan
cabaran terhadap hubungan etnik di Malaysia.

Cadangan jawapan untuk aktiviti

Maklum Balas

Aktiviti 3.5

1. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa Kebangsaan Persekutuan
dibawah Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan.

2. Matlamat menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
adalah untuk memenuhi keperluan bagi menyatupadukan
pelbagai kaum ke arah membentuk sebuah negara yang bersatu
melalui satu bahasa.
UNIT 3 39
Perlembagaan persekutuan: Asas utama hubungan etnik

Aktiviti 3.6

1. Bertentangan dengan identiti kebangsaan.

2. Kesetiaan dan perpaduan terhadap negara akan dipertikaikan.

3. Kerumitan mengenai isu undang-undang domestik seperti
pertikaian hak penjagaan anak.

Aktiviti 3.7

1. Mengadakan dialog dengan pihak yang berkepentingan.

2. Membuat pungutan suara atau kajian terhadap isu yang
berbangkit bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenainya.

3. Meminda peruntukan Perlembagaan sekiranya majoriti
masyarakat menerima perubahan terhadap aturan asal ini.

4. Sekiranya, pindaan Perlembagaan tidak diperlukan, pihak
berkuasa perlu bersifat lebih sensitif terhadap isu kebebasan
beragama dan hak kelompok minoriti. Pihak berkuasa tidak
wajar menindas kelompok minoriti dalam mereka melaksanakan
tanggungjawab memelihara kepentingan kelompok majoriti.

5. Pihak berkuasa juga wajar bersikap tegas terhadap pihak yang
memperkecilkan kepentingan dan hak masyarakat pelbagai
etnik.
40 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik
UNIT 3 41
Perlembagaan persekutuan: Asas utama hubungan etnik

Rumusan Unit 3

Rumusan

Unit 3 ini telah mengupas susur galur Perlembagaan Persekutuan
dan peruntukan-peruntukan yang mentadbir urus hubungan etnik
di Malaysia. Perlembagaan Persekutuan Malaysia adalah undang-
undang tertinggi yang menjadi asas pembentukan hubungan etnik
di negara ini. Kerajaan telah berusaha dalam memelihara dan
mengimbangi peruntukan agar pemerintahan dapat dilaksanakan
dengan licin dan saksama. Terdapat beberapa peruntukan
Perlembagaan yang mempunyai kesan secara langsung terhadap
hubungan etnik. Peruntukan yang dimaksudkan ialah perkara-
perkara yang melibatkan hak asasi, hak seseorang, kewarganegaraan,
perkhidmatan awam, undang-undang Persekutuan, pilihan
raya dan lain-lain lagi. Ini jelas bahawa Perlembagaan Malaysia
merupakan asas kepada pembentukan amalan demokrasi di
Malaysia. Oleh itu, rakyat Malaysia harus bertanggungjawab
dalam memartabatkan ketertinggian Perlembagaan Malaysia
bagi menjamin kelestarian riwayat negara bangsa. Keamanan dan
kestabilan negara dapat dijamin dengan adanya Perlembagaan yang
berfungsi sebagai medium penyelesaian masalah. Jelaslah, dengan
adanya Perlembagaan ini negara Malaysia dapat diperintah dengan
lebih sistematik dan adil. Sungguhpun, Perlembagaan merupakan
undang-undang tertinggi, tetapi ianya fleksibel yang masih boleh
dipinda demi menjaga kepentingan rakyat dan melindungi
keselamatan negara.
42 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik
UNIT 3 43
Perlembagaan persekutuan: Asas utama hubungan etnik

Cadangan Jawapan Latihan Kendiri

Maklum Balas

Latihan Kendiri 3.1

1. a. Perlembagaan ialah dokumen bertulis atau tidak bertulis
mengenai urus tadbir sesebuah negara dan hak warganegaranya.

b. Ia adalah undang-undang tertinggi yang menjadi sumber
rujukan serta panduan asas warganegaranya.

c. Ia menggariskan bagaimana sesebuah negara itu wajar
ditadbir.

d. Ia juga menyatakan hak asasi warganegaranya.

e. Akhir sekali, ia memperuntukkan bagaimana perlembagaan
dapat dipinda bagi memastikan yang ianya kekal relevan.

2. a. Perlembagaan bertulis adalah perlembagaan yang terkandung
dalam sebuah atau beberapa siri dokumen.

b. Perlembagaan tidak bertulis ialah hal-hal yang berkaitan
dengan perlembagaan yang terdapat dalam beberapa sumber
yang berlainan seperti budaya, tradisi, keputusan mahkamah,
beberapa dokumen perundangan dan konvensi sesebuah
negara.

c. Perlembagaan bertulis lebih senang dirujuk kerana ia berada
dalam sebuah atau beberapa siri dokumen.

d. Perlembagaan bertulis juga lebih nyata dan jelas berbanding
perlembagaan tidak bertulis.

3. a. Kekaburan — perlembagaan tidak sepatutnya bersifat spesifik
atau jelas kerana ini tidak memberi ruang kepada fleksibiliti
dalam tafsirannya. Tanpa fleksibiliti, perlembagaan tidak akan
bersifat relevan dengan peredaran zaman.

b. Tradisi — perlembagaan perlu menyelitkan elemen tradisi
agar ianya dapat diterima oleh masyarakat.
44 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik

c. Pindaan — peruntukan perlembagaan yang tidak sesuai
dengan zaman sekarang sewajarnya dipinda agar ia kekal
relevan dengan masyarakat.

d. Pembahagian kuasa — setiap perlembagaan perlu
menggariskan bidang kuasa kerajaan. Bagi sebuah sistem
Persekutuan, perlembagaan perlu menyatakan bidang kuasa
kerajaan pusat, negeri atau wilayah. Begitu juga dengan
sistem unitari di mana bidang kuasa kerajaan pusat itu
perlu dinyatakan dengan jelas

Latihan Kendiri 3.2

1. a. Asasl-usul konsep Persekutuan boleh dijejaki kepada
pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada 1895.

b. Konsep ini kemudiannya diperluaskan kepada perjanjian
Malayan Union yang ditentang hebat oleh orang Melayu.

c. Akibatnya, sebuah perjanjian baharu yang dikenali sebagai
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 diasaskan.

d. Perjanjian ini bersifat sementara kerana British hendak
memberi pemerintahan kendiri kepada Tanah Melayu.

e. Suruhanjaya Reid dibentuk bagi merangka Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu.

f. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 kemudiannya
dipinda bagi memberi laluan kepada pembentukan Malaysia
pada 1963.

2. Lima belas peruntukan ini meliputi aspek latar belakang negara,
sistem pemerintahan, hak asasi, kewarganegaraan, hubungan
kerajaan pusat dan negeri, kewangan Persekutuan, pilihan raya,
badan kehakiman, peruntukan-peruntukan khas untuk Sabah
dan Sarawak dan kedaulatan Raja-raja.

3. a. Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan
Raja berperlembagaan.

b. Ini bermakna Yang Dipertuan Agong bertindak sebagai ketua
negara manakala kuasa eksekutif terletak di tangan Kabinet
yang diketuai Perdana Menteri.
UNIT 3 45
Perlembagaan persekutuan: Asas utama hubungan etnik

c. Sebagai sebuah sistem Persekutuan, kuasa pemerintahan
dibahagikan kepada kerajaan pusat dan negeri.

d. Pembahagian ini dinyatakan dengan jelas dalam Senarai
Pusat, Negeri dan Bersama.

e. Malaysia mempunyai sistem Persekutuan berpusat di mana
kerajaan pusat mempunyai bidang kuasa yang besar
berbanding kerajaan negeri.

4. Kebebasan diri; larangan terhadap hamba abdi/kerja paksa;
perlindungan daripada undang-undang jenayah yang
berkuatkuasa ke belakang dan prosiding berulang; kesamarataan
di sisi undang-undang dan perlindungan daripada diskrimasi;
larangan buang negeri dan kebebasan bergerak; kebebasan
bercakap, berhimpun dan berpersatuan; kebebasan beragama;
hak mendapatkan pendidikan; dan hak terhadap harta.

Latihan Kendiri 3.3

1. a. Sistem Raja.

b. Islam sebagai agama Persekutuan.

c. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

d. Hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan
Sarawak.

2. a. Perlembagaan Persekutuan adalah suatu bentuk perjanjian
yang menggariskan sistem pemerintahan negara dan hak
warganegaranya.

b. Dalam konteks Malaysia, terdapat beberapa elemen tradisi
masyarakat majoriti yang dijadikan asas panduan
Perlembagaan.

c. Aturan ini dibuat berdasarkan keadaan semasa pada tahun
1950an.

d. Kini, timbul pelbagai isu yang seolah-olah cuba menilai
semula aturan lama ini.
46 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik

e. Bagi memastikan perlembagaan kekal relevan, pihak
berkepentingan wajar membuat kajian mendalam mengenai
kesesuaian elemen tradisi yang digarapkan dalam
Perlembagaan Persekutuan.

f. Jika ia tidak relevan lagi, pindaan wajar dilakukan.

3. a. Tuntutan kebebasan bersuara dan hak sama rata khususnya
dalam kalangan kelompok etnik minoriti.

b. Kewarganegaraan.

c. Tuntutan autonomi bagi negeri Sabah dan Sarawak.
UNIT 3 47
Perlembagaan persekutuan: Asas utama hubungan etnik

Rujukan
Abdul Aziz Bari (2009) ‘Malaysian Constitution After 50 Years’ Dalam Abdul Razak
Baginda (ed.) Governing Malaysia, Kuala Lumpur: Malaysian Strategic Research
Centre.

Abdul Aziz Bari (2001) Perlembagaan Malaysia: Asas-asas dan Masalah, Ampang:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Rashid Moten dan Syed Sarajul Islam (2011) Introduction to Political Science,
Singapore: Cengage Learning.

Ahmad Ali Seman dan Warti Kimi (2013) Hubungan Etnik di Malaysia, Kuala
Lumpur:Freemind Horizons.

Faisal S. Hazis (2012) Domination and Contestation: Muslim Bumiputera Politics in
Sarawak, Singapore: ISEAS Press.

FreeRepublicCom (2012) U.S. Constitution Bill of Rights. http://www.freerepublic.
com/focus/chat/2913922/posts [Akses 2014]

Harding, Andrew (1996) Law, Government and the Constitution in Malaysia, Kuala
Lumpur: Malayan Law Journal Sdn. Bhd.

International Law Book Services (2008) Perlembagaan Persekutuan, Petaling Jaya:
International Law Book Services.

Kamarulnizam Abdullah (2003) The Politics of Islam in Contemporary Malaysia,
Bangi: Penerbit UKM.

Malaysian Bar (2005) ‘Is Malaysia an Islamic State’. http://www.malaysianbar.org.
my/constitutional_law/is_malaysia_an_islamic_state_.html [Akses 2014]

Mardiana Nordin dan Hasnah Hussin (2011) Malaysian Studies, Shah Alam:
Oxford Fajar.

Mavis Puthucheary dan Noraini Othman (2005) Elections and Democracy in
Malaysia, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohamad Agus Tusoff (2006) Malaysian Federalism: Conflict or Consensus, Bangi:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Rizal Yaakop dan Shamrahayu A. Aziz (2014) Kontrak Sosial: Perlembagaan
Persekutuan 1957 Pengikat Jati Diri Bangsa Malaysia Merdeka, Kuala Lumpur:
Institut Terjemahan & Buku Malaysia.

Mohd Salleh Abbas (1997) Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan di Malaysia,
Ampang: Dewan Bahasa dan Pustaka.
48 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik

International Law Book Services (2008) Perlembagaan Persekutuan, Petaling Jaya:
International Law Book Services.

Shively, W. Phillips (2006) Power and Choice: An Introduction to Political Science,
New York: McGraw-Hill.

The Malaysian Insider (2011) ‘Pakar: Malaysia Tiada Agama Rasmi, Islam Cuma
Agama Persekutuan’ http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pakar-
malaysia-tiada-agama-rasmi-islam-cuma-agama-persekutuan [Akses 2015].

Tunku Abdul Rahman (1977) Looking Back, Kuala Lumpur: PA.

Wan Arfah Hamzah (2009) A First Look at the Malaysian Legal System, Shah Alam:
Oxford Fajar.

Wheare, K.C (1956) Modern Constitutions, London: Oxford University Press.