You are on page 1of 1

Garis Panduan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Industri Pembinaan (Pengurusan) dibangunkan

untuk mengesyorkan keperluan minimum setiap pihak berkepentingan dan bagaimana mereka boleh
melaksanakan tanggungjawab mereka.

Garis panduan ini dibangunkan berdasarkan prinsip Pencegahan melalui Reka Bentuk, Peraturan-
peraturan reka bentuk dan pengurusan di United Kingdom, dan juga perundangan Akta Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA), yang dengan jelas meletakkan tanggungjawab mengurus risiko di
tempat kerja ke atas mereka yang mewujudkan risiko tersebut.

Garis panduan ini memberikan panduan yang praktikal untuk klien, pereka bentuk dan kontraktor
mengenai pengurusan keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa menjalankan projek-projek
pembinaan.

Hierarki yang tertinggi di dalam kebertanggungjawaban adalah di atas bahu klien, pemaju projek atau
pemilik projek. Peranan klien adalah amat penting kepada prestasi keselamatan yang cemerlang
terutama dalam memastikan orang yang kompeten dilantik pada masa yang tepat.

Pereka bentuk dan kontraktor juga mempunyai peranan yang penting dalam menguruskan fasa pra-
pembinaan dan fasa pembinaan.

Pihak-pihak yang berkepentingan ini perlu mentadbir urus, menjalinkan kerjasama yang baik,
berkomunikasi dengan berkesan dan memastikan maklumat arahan, latihan dan penyeliaan yang
mencukupi.

Hasrat Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, selepas penerbitan garis panduan ini, adalah
untuk menjadikan syor-syor yang dinyatakan di dalam garis panduan ini sebagai mandatori.

Dalam pada itu, semua pihak haruslah bekerjasama memastikan perkara ini berlaku dan sekarang
adalah masa yang sangat sesuai bahawa setiap pihak berkepentingan dalam industri pembinaan untuk
merebut peluang keemasan ini untuk memahami peranan mereka dan sentiasa memperbaiki dari
semasa ke semasa dalam melaksanakan tanggungjawab mereka, seperti yang disarankan oleh garis
panduan ini.

You might also like