You are on page 1of 8

AMALAN PEMBELAJARAN BERFIKRAH DALAM SUBJEK SAINS

Saya telah memilih Sekolah Kebangsaan Langgar (SK Langgar) sebagai sekolah yang
saya lawati bagi melaksanakan tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Sekolah ini
bertempat di Kota Bharu, Kelantan. Terdapat dua peringkat murid yang belajar di sekolah ini
iaitu peringkat prasekolah dan rendah. Sekolah ini ditadbir oleh Puan Rosliza Binti Ahmad.
Pentadbiran tersebut dibantu oleh penolong kanan pentadbiran, Puan Roslina Binti Ismail,
enolong kanan hal ehwal murid, Puan Tengku Salwani Binti Tengku Haris serta penolong
kanan ko-kurikulum, Puan Rohana Binti Zulkepli. Terdapat 540 orang murid yang belajar di
sekolah ini dan murid tahun satu merupakan murid yang paling ramai berbanding murid tahun
dua, tiga, empat, lima dan enam.

Prasarana yang berfungsi dengan baik dan juga lengkap merupakan perkara yang
sangat penting kepada sekolah. SK Langgar adalah sekolah. Terdapat prasarana seperti
ruang pembelajaran, pusat sumber, bilik sains, bilik muzik, bilik pemulihan, stor sukan, taman
sains, bilik rawatan gigi, bengkel kemahiran hidup, surau, makmal komputer dan studio seni
visual di sekolah ini. ruang pembelajaran seperti kerusi dan meja batu disediakan di beberapa
tempat yang bersesuaian seperti di dalam taman sekolah. Hasil temubual saya dengan
beberapa orang murid tahun empat mendapati bahawa peralatan seperti komputer adalah
mencukupi untuk setiap murid.

Peralatan di bilik muzik juga adalah mencukupi dengan adanya alat-alat muzik yang
dapat digunakan oleh murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran subjek muzik.
Pusat sumber sekolah juga menyediakan pelbagai sumber rujukan yang dapat membantu
murid di dalam pembelajaran mereka. Apabila melibatkan pembelajaran sains, sekolah ini
menyediakan kemudahan seperti taman sains yang dihiasi dengan tumbuhan seperti pokok
halia, pokok limau, pokok menjalar dan banyak lagi. kolam ikan juga turut disediakan di dalam
taman sains tersebut. Hakikatnya, prasarana yang ada di sekolah ini adalah mencukupi dan
dapat digunakan bagi menerapkan pembelajaran berfikrah dalam kalangan murid.

Selain itu, aspek keceriaan dan kebersihan juga merupakan satu elemen yang sangat
penting bagi mewujudkan suasana sekolah yang kondusif. Aspek keceriaan sekolah
ditunjukkan dengan adanya mural yang bertemakan flora dan fauna. Terdapat beberapa jenis
pokok bunga yang ditanam di sekitar tempat laluan pejalan kaki. Kata-kata hikmah yang dapat
memotivasikan murid juga banyak ditampal di dinding-dinding serta tiang-tiang yang biasa
dilihat oleh murid seperti di dewan terbuka ataupun di kantin sekolah. Nota-nota ringkas yang
berkaitan dengan pembelajaran seperti sifir, definisi sesuatu istilah dan peribahasa juga turut
ditampal di dinding.
Aspek kebersihan juga turut diberi perhatian oleh warga sekolah. Hal ini terbukti
apabila guru yang bertugas pada setiap minggu akan mengingatkan murid supaya menjaga
kebersihan persekitaran mereka. Antara contoh amalan kebersihan yang sering diberi
penekanan oleh guru bertugas kepada murid adalah membuang sampah ke dalam tong
sampah. Amalan mengutip sampah yang dilihat tidak berada di dalam tong sampah juga turut
diberi penekanan. Kebersihan serta keceriaan di dalam bilik darjah pula berada pada tahap
yang memuaskan. Terdapat beberapa kelas yang sangat bersih, kemas dan ceria akan tetapi
terdapat juga kelas yang menunjukkan situasi yang sebaliknya.

Di samping itu, nilai murni seperti menghormati guru merupakan nilai yang perlu
diterapkan dalam diri murid supaya mereka memperoleh keberkatan dalam menuntut ilmu.
Murid di sekolah ini mengamalkan nilai murni menghormati guru dan penerapan nilai murni
tersebut telah berjaya diterapkan dalam diri murid di sekolah ini. Hal ini jelas dapat dilihat
apabila majoriti murid akan senyum kemudian memberi salam kepada guru apabila mereka
berjumpa dengan guru. Murid juga akan berada dalam keadaan senyap apabila doa
dibacakan sebagai tanda penghormatan kepada Allah dan perkara ini menunjukkan bahawa
nilai hormat-menghormati diamalkan oleh murid yang belajar di sekolah ini.

Dalam pada itu, bagi mengekalkan keceriaan, kebersihan dan suasana positif dalam
kelas, guru kelas dan murid di sekolah ini telah bekerjasama dalam mewujudkan peraturan
serta organisasi kelas. Jadual bertugas bagi penjagaan kebersihan dan kekemasan bilik
darjah juga turut dirangka oleh guru kelas dan murid bagi memastikan bilik darjah mereka
sentiasa berada dalam keadaan yang kondusif. Guru kelas memainkan peranan yang penting
dalam memastikan dokumen tersebut dipatuhi oleh murid dan hal ini adalah bersangkut paut
dengan penglibatan murid di dalam proses penghasilan dokumen tersebut. Hal ini bermakna,
guru kelas perlu mengadakan perbincangan dengan murid tentang dokumen tersebut dan
guru kelas juga mestilah mendapat persetujuan murid dalam menetapkan sesuatu perkara
seperti peraturan bilik darjah.

Aspek kurikulum yang perlu dinilai di sekolah ini adalah melibatkan pembelajaran
berfikrah dalam subjek sains. Saya telah mengambil guru sains yang mengajar tahap dua
sebagai responden dan berdasarkan pemerhatian serta temu bual yang telah saya lakukan,
pembelajaran berfikrah hanya dilaksanakan terhadap murid tahun empat dan lima, manakala
murid tahun enam pula tidak mengalami pembelajaran berfikrah secara menyeluruh. Hal ini
demikian kerana murid tahun enam perlu menghadapi peperiksaan Pentaksiran Pelaporan
Sekolah Rendah (PPSR) yang akan diadakan pada bulan September tahun ini. Penekanan
terhadap soalan latih tubi diberikan kepada murid tahun enam supaya murid bersedia untuk
menghadapi PPSR.
Walaupun begitu, murid tahun empat, lima dan enam yang merupakan murid tahap
dua sering didedahkan dengan kemahiran saintifik seperti kemahiran memerhati, membuat
definisi secara operasi, menganalisis dan lain lain lagi. Hal ini berlaku apabila murid tahap dua
telah mula didedahkan dengan tajuk pembelajaran yang melibatkan eksperimen seperti sifat
bahan ataupun kadar yang mempengaruhi fotosintesis. Berdasarkan temu bual yang saya
lakukan dengan guru dan murid, saya mendapati bahawa mereka akan melakukan
eksperimen berdasarkan tajuk yang ada di dalam sukatan pelajaran mereka iaitu di dalam
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Contohnya, murid perlu melakukan
pemerhatian terhadap sifat sesuatu bahan sama ada tenggelam ataupun timbul.

Murid tahap satu yang terdiri daripada murid tahun satu hingga murid tahun tiga
didedahkan oleh guru dengan pembelajaran berfikrah yang melibatkan kemahiran berfikir. Hal
ini dilakukan dengan cara penyoalan yang dilakukan oleh guru kepada murid. Soalan yang
diajukan oleh guru akan merangsang murid untuk berfikir bagi mendapatkan jawapan kepada
soalan tersebut. Di samping temu bual yang saya lakukan, saya turut melakukan analisa
terhadap buku rekod guru sains di sekolah ini. Saya mendapati bahawa guru sains di sekolah
ini sering menggunakan peta pemikiran I-Think seperti peta buih sebagai salah satu daripada
unsur yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka akan meminta
murid untuk membina peta pemikiran I-Think yang sesuai dengan tajuk pelajaran yang diajar
pada hari tersebut.

Aktiviti kokurikulum sains yang melibatkan pembelajaran berfikrah juga turut dilakukan
di Sekolah Kebangsaan Langgar. Perkara ini dapat dilihat apabila panitia sains sekolah
tersebut telah menganjurkan minggu sains dan minggu reka cipta. Aktiviti ini melibatkan murid
tahun empat dan lima sahaja di mana sepanjang minggu tersebut, murid akan didedahkan
dengan beberapa aplikasi teknik sains dalam kehidupan biasa. Antara aktiviti yang diadakan
pada minggu sains adalah penghasilan aiskrim goncang dan juga penghasilan buih gergasi.
Dengan adanya aktiviti seperti ini, murid akan berfikir tentang proses penghasilan aiskrim
hanya dengan meletakkan garam pada ais yang ada di sekeliling platik yang berisi cecair yang
akan menjadi aiskrim apabila bekas tersebut digoncagkan. Penghasilan aiskrim ini tidak
memerlukan guru ataupun murid untuk menggunakan peti ais sebagai agen untuk
membekukan cecair tersebut.
Minggu reka cipta pula dianjurkan oleh panitia sains di sekolah ini bagi memupuk amalan
pembelajaran berfikrah di kalangan murid di sekolah ini. Minggu reka cipta ini melibatkan
murid tahap dua di mana mereka dikehendaki mereka cipta kenderaan masa hadapan hanya
dengan menggunakan bahan kitar semula. Aktiviti seperti ini akan menggalakkan budaya
berfikir secara kreatif dan kritis dalam kalangan murid di Sekolah Kebangsaan Langgar.
Pemikiran kreatif akan dapat dibentuk apabila murid perlu berfikir bagi menghasilkan idea idea
baru dalam menjayakan aktiviti mereka cipta kenderaan masa hadapan. terdapat beberapa
kenderaan yang telah dihasilkan oleh murid seperti lori, kapal terbang, kereta dan sebagainya.

Pemikiran kritis pula dapat dipupuk melalui aktiviti ini kerana murid perlu memikirkan
setiap fungsi bahagian kenderaan yang mereka cipta. Fungsi ataupun kelebihan yang ada
pada setiap bahagian kenderaan yang direka mestilah bertepatan dengan keperluan manusia
pada masa hadapan. Selain dapat memupuk budaya berfikir dalam kalangan murid, aktiviti ini
juga mampu untuk mendedahkan murid dengan budaya STEM iaitu Science, Technology,
Engineering and Mathematic. Berdasarkan temu bual saya dengan pihak pengurusan sekolah
mendapati bahawa aktiviti yang dirancang oleh panitia sains ini sering diberi penekanan
kerana pihak pengurusan sekolah mempunyai berhasrat bagi melahirkan murid yang sentiasa
mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi.

Kesimpulannya, setiap prasarana serta kemudahan yang disediakan di sekolah ini


berupaya untuk membantu sekolah bagi memenuhi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) bagi melahirkan murid yang mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Hal ini boleh
dicapai apabila wujudnya sikap dedikasi serta amanah dalam diri guru sains itu sendiri. Sikap
guru yang berdedikasi serta amanah ini merupakan unsur yang penting dalam menentukan
keberhasilan guru untuk menerapkan pembelajaran berfikrah di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Oleh hal yang demikian, guru sains perlu mempunyai semangat yang tinggi
serta tidak mudah berputus asa dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.

Dilaporkan oleh,

Nurliyana Binti Sayuti


Pelajar PISMP Sains Semester 3
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail.
Gambar 1 Studio seni visual Gambar 2 Pusat sumber sekolah

Gambar 3 Bilik muzik Gambar 4 Bilik rawatan gigi

Gambar 5 Murid-murid sedang Gambar 6 Bilik sains


mendapatkan rawatan
Gambar 7 Mural yang memberikan Gambar 8 Mural pada dinding serta
informasi tangga

Gambar 9 Stor sukan Gambar 10 Herbarium yang


disediakan oleh murid

Gambar 11 Bahan bantu mengajar yang Gambar 12 Rak simpanan


ditampal di dinding alat dan radas di dalam bilik sains
Gambar 13 Salah satu kelas tahun 5 Gambar 14 Kehadiran murid

Gambar 15 Carta organisasi kelas Gambar 16 Jadual kelas

Gambar 17 Sudut bacaan Gambar 18 Parking Lot


untuk setiap mata pelajaran
PROGRAM IJAZAH
SARJANA MUDA PERGURUAN
(PISMP)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL KUALA NERUS

LAPORAN PENGALAMAN BERASASKAN


SEKOLAH (PBS)

SEMESTER 3 2018
Nama NURLIYANA BINTI SAYUTI
Pelajar/Angka AG: 2017092340071
Giliran/No KP (No K/P : 980423-03-5624)
Kumpulan/Opsyen PISMP Ambilan Jun 2017/ SAINS 2

Nama Pensyarah DR. BADRUL MUIN BINTI MUHAMAD ADAM


Kursus

Tarikh Hantar 6 SEPTEMBER 2018

You might also like