Kepentingan seni visual, muzik dan pergerakan Sistem pendidikan di Malaysia sentiasa mengalami perubahan selari dengan peredaran

zaman dan tuntutan keperluan negara masa kini. Sifat pendidikan tidak statik malah menarik perhatian dan menuntut perubahan dalam proses penyampaian ilmu. Cabaran negara pada masa kini ialah membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia. Menurut Ayob Jantan (2005) cabaran utama yang dihadapi oleh sistem pendidikan kebangsaan adalah melahirkan warganegara yang berdaya tahan, dinamik, progresif, berilmu pengetahuan, kreatif, inovatif dan berdaya saing pada peringkat nasional dan antarabangsa. Dalam hal ini, pendidikan yang berkualiti bakal menyumbang inovasi dan produktiviti yang tinggi bagi menangani cabaran negara dalam arus globalisasi. Selari dengan ini, usaha-usaha memantapkan sistem penyampaian, menyediakan tenaga pengajar yang berkelayakan dan memastikan kurikulum adalah relevan dengan keperluan semasa dan masa hadapan negara. Dalam konteks pendidikan yang luas dan menyeluruh, Seni Dalam Pendidikan (SDP) merupakan satu lagi cabang ilmu ke arah melahirkan generasi pelajar yang berilmu pengetahuan dan berdaya saing. Terdapat tiga bidang utama dalam mata pelajaran ini, iaitu Seni Visual, Muzik dan Pergerakan. Ketiga-tiga bidang ini merupakan alat dan saluran yang penting di dalam usaha meningkatkan persepsi, estetika dan kreativiti pelajar dalam pembelajaran mereka. Dengan lain perkataan, usaha untuk melahirkan insan yang seimbang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FP K) berbunyi: Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyelruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Justeru, penggabungan ketiga-tiga mata pelajaran ini dalam SDP adalah selaras dengan usaha untuk melahirkan warga pelajar yang seimbang dan berkualiti. Selain itu, usaha untuk mejadikan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah lebih bermakna serta mencapai tujuannya. Kepentingan Seni Visual, Muzik Dan Pergerakan Dalam konteks Seni Dalam Pendidikan (SDP), ketiga-tiga bidang ini mempunyai kelebihan dan unsur yang positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pada masa kini, ketiga-tiga mata pelajaran ini merupakan subjek yang diajar di sekolah dan merentasi kurikulum dalam mata pelajaran lain. Pada pandangan saya, mata pelajaran ini lebih menjurus kepada rasional untuk melahirkan pelajar yang serba boleh dalam pembelajaran mereka serta kegiatan harian yang berkaitan. Tambahan pula, ketiga-tiga bidang utama mata pelajaran ini sangat baik dan wajar dipelajari semua golongan tidak mengira usia dan latar belakang. Bagi Seni Visual, ianya bukan sahaja dimartabatkan sebagai subjek yang wajar dipelajari di sekolah tetapi memberi kefahaman daripada perspektif yang lebih luas mengenai pelbagai khazanah dalam konteks seni warisan bangsa. Sebagai seorang guru seni, saya akan dapat mengetahui makna Pendidikan Seni Visual dalam konteks Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan menjelaskan bidang-bidang yang terkandung di dalamnya. Fokus untuk menjadikan Pendidikan Seni Visual sebagai mata pelajaran dapat memupuk bakat dan minat dalam jangka masa panjang supaya memiliki ciri insan yang berbudaya, mempunyai citarasa seni yang tinggi dan kreatif. Dalam konteks sebagai guru yang mengajar di sekolah, pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran yang pelbagai serta mengintegrasikan unsur unsur lain supaya menjadi lebih berkesan dan kreatif. Peranan sebagai seorang guru seni yang kreatif dan inovatif amat penting dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran terus berkesan dan relevan. Setelah mengikut kursus ini kelak, diharap saya akan menjadi lebih berkreativiti bagi melahirkan insan pelajar yang celik seni dan berbudaya.

Kaedah penghubungkaitan ibarat µisi dan kuku¶ . Keadaan ini memberi ruang kepada pergerakan kreatif untuk mempertingkatkan proses pengajaran guru. or we wouldn¶t be teaching ± because education is a constant prosess of change. bidang muzik dalam pendidikan dapat memperkembangkan sifat-sifat yang merangkumi emosi. tanpa irama pincanglah lagu¶. 2005) Berkenaan dengan bidang pergerakan. Di samping itu. and new human being emerges´ (Leo Buscaglia dalam Boon Pong Ying. Rahsid. ia mampu menjelaskan jenis -jenis pendidikan pergerakan supaya dapat diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. we must know it is possible. Hubungan yang rapat dan saling berkaitan merupakan satu bentuk penyelesaian masalah bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. sewajarnya saya akan lebih mahir dan yakin dalam mengajar mata pelajaran Muzik di sekolah rendah. Pengajaran dan pembelajaran adalah proses yang berterusan dan tidak statik selari dengan perubahan -perubahan di sekeliling kita. Penghubungkaitan Pengajaran merupakan satu tugas yang penting bagi seseorang guru. Dalam era teknologi moden kini. Matlamat akhir pendidikan yang berasaskan muzik mampu mencungkil bakat dan perkembangan diri dari segi kualiti diri dan sahsiah. Setelah mengikut kursus ini kelak. it is ingested. Justeru. antaranya. Every single time you ³teach´ something to someone. 2005). Sebagai seorang guru keadaan ini akan memberi kefahaman berkenaan dengan unsur unsur pergerakan yang perlu diajar kepada pelajar. µlagu dan irama. Kegiatan kegiatan yang berkaitan dengan pembelajaran akan terarah kepada satu bentuk penerokaan bidang baru di samping membina keyakinan pelajar dan guru di sekolah. cabaran seseo rang guru adalah amat getir supaya pengajarannya sentiasa relevan dan tidak kaku dan beku (Abd. sebagai guru muzik saya harus berperanan menjadi pemangkin kepada para pelajar dengan membina daya pemikiran yang analitikal.Bagi bidang Muzik ianya akan memberi kefahaman berkenaan dengan kemahiran -kemahiran muzik dan memberi respon kepada ekspresi diri. berhemah dan mendorong seseorang menjadi manusia yang berjaya dan berjasa. Pendidikan pergerakan mampu memberikesan positif ke atas pengajaran guru dalam membentuk keyakinan pelajar dan perkembangan mereka secara keseluruhannya. something is done with it. Pada pandangan saya. Melalui muzik kita dapat meluahkan perasaan dan berkarya seperti nyanyian. Pengajaran bukan sahaja menyampaikan maklumat sahaja tetapi yang lebih penting ialah membina dan mengembangkan idealisme hidup yang baik. Bidang-bidang ini mempunyai perkaitan di antara satu sama lain dalam membentuk suasana pembelajaran yang efisien di sekolah. Rahim Abd. Oleh itu. ³As teachers we must believe in change. Dalam hal ini mereka mempunyai . Dalam proses mencari idea-idea baru dan idealisme pengajaran yang optimum. ketiga-tiga bidang Seni Visual. kritis dan keatif bagi menghadapi perubahan-perubahan semasa. Muzik dan Pergerakan mempunyai kesan yang positif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Unggapan di bawah menggambarkan betapa pentingnya perana saya sebagai guru sebagai penyalur ilmu dan n kemahiran kepada para pelajar. Bagi menjalankan strategi pengajaran dan pembelajaran secara penghubungkaitan terdapat beberapa kriteria penting yang perlu dipatuhi. kreativiti. perkembangan ilmu pengetahuan dan kemahiran menunt t u profesionalisme guru mendalami inovasi dalam pedagogi bagi memperbaiki serta memperkukuhkan kapasiti sebagai seorang guru. kesan positif yang dapat diperolehi daripada bidang ini ialah perkembangan konsep akademik melalui pengintegrasian konsep bilik darjah dengan program fizikal pelajar di luar bilik darjah. pergerakan dan memainkan alat muzik sesuai dengan tahap kemampuan dan minat kita. nilai estetika dan etika dalam kehidupan. (1) Mempunyai semangat saling bergantungan di kalangan pelajar.

Pengalaman hasil interaksi sosial pelbagai pihak akan mewujudkan suasana pembelajaran yang sihat dan kondusif. Rahim Abd Rashid (2005) menjelaskan pembelajaran yan bersifat g refleksi membolehkan pelajar mendapat iktibar dan pengajaran daripada sesuatu yang sudah berlaku. guru-guru juga berperanan sebagai penyampai pengukuhan di mana mereka merancang dan memberi aktiviti-aktiviti yang mencabar dan mengukuhkan pengetahuan serta kemahiran pelajar. Keadaan ini dapat mengukur dan mengetahui sejauh mana kejayaan dan pencapaian aktiviti yang dijalankan secara bersama. Proses refleksi ke atas sesuatu pengajaran dan pembelajaran juga sangat penting. Oleh yang demikian. L. Pelajar digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai aktiviti yang dirancang oleh pihak guru. Vygotsky (1978) menyatakan bahawa µinteraksi sosial¶ amat penting dalam membentuk perkembangan kognitif pelajar. Husin. (6) Mewujudkan suasana dinamik dan interaktif dalam proses pembelajaran mereka.S. Di samping itu.matlamat yang sama bagi mencapai kejayaan. Dalam konteks ini. Selain itu. Guru-guru perlu kreatif dan inovatif dalam menggunakan media (cetak dan elektronik) sebagai sokongan pengajaran mereka. penghubungkaitan antara seni visual. terdapat tiga jenis bidang pembelajaran iaitu penghubung kaitan antara mata pelajaran. Proses interasi sosial di kalangan pelajar disandarkan kepada persekitaran yang kondusif dan memberangsangkan. Dalam proses penghubungkaitan pelajar seharusnya bermotivasi dan menyokong proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancang oleh guru mereka. (5) Penggabungan idea dapat disatukan menjadi perkara pokok kepada permasalahan dalam proses pembelajaran. Sesuatu pengajaran yang berkesan dan bermakna perlu memberikan iktibar dan pengajaran yang berguna kepada pelajar. Keadaan ini akan memberi ruang dan peluang untuk mereka mengenali tanggungjawab masing-masing dalam kumpulan tersebut. Abd. guru perlu bertindak sebagai fasilitator iaitu memberi motivasi dan dorongan ke atas pelajar supaya sentiasa bersemangat dan terus berusaha dalam pelajaran mereka. Suasana ini akan mewujudkan pembelajaran kolaboratif dan koperatif di dalam kumpulan. peranan guru yang merancang pelbagai pendekatan dan strategi penga jaran supaya tidak membosankan pelajar. Mereka juga bertanggungjawab menyediakan bahan pembelajaran yang sesuai dan menarik supaya pelajar terus berminat untuk belajar. 1988). Para guru wajar menguasai kemahiran ini supaya dapat mengesan kelemahan serta kekuatan pengajaran mereka. (7) Menyerapkan pengetahuan serta kemahiran dan aktiviti yang tidak dapat wujud sebagai satu mata pelajaran. (4) Penilaian secara kumpulan dijalankan bagi menentukan kelancaran aktiviti yang dijalankan. Proses menyelesaikan masalah (problem-sloving) dapat digabung dengan aktiviti ini bagi menentukan tahap pencapaian mereka. Guru bertanggungjawab merancang pengajarannya dengan sistematik supaya dapat mencapai matlamat dan berkesan. dan menghubungkait pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran. Proses interaksi sosial memerlukan mereka berhubung dan bekerjasama agar pembelajaran menjadi lebih aktif dan bermakna. penghubungkaitan merupakan satu cara untuk menyelesaikan masalah dan ia sentiasa berkait rapat antara satu sama lain tanpa ada menimbulkan masalah yang baru. Dalam penghubungkaitan. (3) Kesedaran akuntabiliti pada setiap individu sangat penting. muzik dan pergerakan. (2) Kemahiran sosial untuk berkomunikasi juga sebahagian daripada aspek yang sangat penting. Guru hanya berperanan sebagai fasilitator iaitu membimbing mereka ke arah penyelesaian masalah. Menurut Noraziah Abdul Hamid (1981) µalat bantu¶ pembelajaran dianggap sebahagian proses pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan menambah kelancaran perhubungan antara guru dan pelajar dan pelajar sesama pelajar bagi mempercepatkan proses pemahaman mereka. Dalam konteks ini. Penggunaan media dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat menyediakan dasar yang kukuh unt k perkembangan u kefahaman dan corak pemikiran dan mengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan daripada murid-murid (Kamarudin Hj. peranan guru dan pelajar dalam menjayakan penghubungkaitan bidang - .

Rashid (2005) penyampaian guru perlu berkesan.0 di bawah dapat menjelaskan garis panduan dalam menyediakan pendekatan bertema bagi tema yang hendak di ajar. Penstrukturan pelajaran yang dilakukan oleh guru akan membentuk pembelajaran yang berkesan dan kekal dalam jangka masa panjang. Organisasi menunjukkan bagaimana sesuatu pembelajaran itu dikembangkan dan memudahkan ingatan dan penguasaan.0 : Model Garis Panduan Perbincangan dan Perkembangan Tema Sumber : Diubahsuai daripada Modul Latihan Guru Program Transisi dan Guru . Pelajar digalakkan mengambil bahagian secara aktif dalam proses pembelajaran kerana secara semulajadi kanak-kanak belajar dengan cara membuat dan mengalami sendiri sesuatu aktiviti itu. Dalam pengajaran ini. Menurut Abd. Rahim Abd.bidang pengajaran dan pembelajaran sama penting dan wajar digembleng bersama untuk kebaikan semua pihak dalam jangka masa yang panjang. perancangan guru merupakan peringkat yang paling asas dan penting. seseorang guru perlu memperkembangkan aktiviti-aktiviti berdasarkan aspek-aspek tertentu. Pendekatan Bertema Pengajaran yang berkesan akan membentuk suatu organisasi dan penyampaian yang baik. mata pelajaran yang akan dipilih untuk pengajaran pendekatan bertema ialah Bahasa Malaysia. Tahun 3. Bagi pendekatan bertema pembelajaran dijalankan secara berperingkat peringkat dan keadaan ini akan mendorong pelajar berfikir dengan kreatif dan kritis semasa belajar. Langkah ini akan melatih minda pelajar mengembangkan pembinaan kekuatan pemetaan minda yang penting bagi perkembangan mental dan kognitif dalam sesuatu pembelajaran. Proses penerokaan dan mengalami sendiri situasi pembelajaran akan memberi peluang pelajar berdikari. perkara dan bidang haruslah selaras dengan tema yang dipilih berpandukan sukatan pelajaran yang sedia ada. Dalam konteks ini. perasaan ingin tahu dan mencari maklumat sendiri. Topik yang dipilih adalah berkaitan dengan pembelajaran berbahasa. Bolehkah kita melihat tema ini dari sudut yang berlainan ? Bagaimana ia menjadi Bagaimana benda ini berfungsi ? begini ? Apakah pandangan kita Bagaimana ia berubah ? mengenai tema ini ? Apa yang boleh kita lakukan bagi menunjukkan bahawa kita bertanggungjawab terhadap tema ini ? Rajah 1. kemahiran dan nilai pembelajaran serta pemikiran yang kreatif dengan menggunakan tema. Pengalaman-pengalaman yang bererti kepada pelajar akan mencetuskan keseronokan. Dalam proses guru merancang aspek-aspek seperti skop. Bagi setiap tema yang dipilih seseorang guru perlu memahami setiap peringkat perkembangan tema. tersusun dan mempunyai kaitan antara satu dengan lain. teratur. Pendekatan bertema merupakan satu usaha untuk mengintegrasi pengetahuan. Dalam hal ini. pendekatan bertema merupakan satu usaha untuk menjadikan pengaja dan ran pembelajaran lebih berkesan. Rajah 1. Dalam tugasan ini.

Para pelajar dapat melahirkan karya seni mereka dalam . Dalam menentukan fokus dan konsep perkembangan idea bagi tema kereta.Penyayang Tahun 1. sikap dan kem ahiran mereka dalam aspek pembelajaran mereka. Sebagai kesimpulannya. Dengan kemahiran ini para pelajar dapat mengaplikasi kemahiran melukis mereka dengan melukis gambar dan objek dalam mata pelajaran Sains mereka. Bagi pendekatan bertema yang dipilih dalam tugasan ini ialah tema kereta berasaskan kandungan dan kemahiran berbahasa. aktiviti pengintegrasian mata pelajaran yang boleh dijalankan adalah yang berkaitan dengan integrasi Seni Visual dalam pendidikan. pelajar akan menjadi lebih kreatif dan menyemai daya imaginasi melalui penerokaan soalan-soalan yang berkaitan dengan tema. kerani. petani) memliki kereta seperti itu ? Refleksi (i) Bagaimana kita boleh tahu wujudnya kereta ? (ii) Bagaimana kita boleh tahu kereta dating dari tempat lain ? Melalui pendekatan bertema ini. seseorang guru harus berpandukan model di atas bagi menentukan kronologi perkaitan idea idea yang hendak diajar kepada pelajar.Kementerian Pendidikan Malaysia. doktor. pendekatan bertema membolehkan pelajar menghubungkan di antara pemahaman. Pengintegrasian Mata Pelajaran Pengintegrasian merupakan satu aspek yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. muzik dan pergerakan dengan mata pelajaran Sains. Antaranya ialah seperti melukis gambar haiwan dan tumbuhan. Fokus Utama Perkembangan Idea Bagi Tema Fungsi (i) Mengapa kita berkereta ? (ii) Apakah gunanya kereta? (iii) Apa jenis kereta yang kita gunakan untuk berjalan ? Perspektif (i) Apa kereta yang saya suka / tidak suka ? (ii) Apa yang menjadikan kereta cantik ? (iii) Bolehkah kita buat kereta daripada kertas ? (iv) Adakah binatang berkereta ? Perubahan (i) Apa bezanya kereta baru dan lama ? (ii) Apa bezanya antara kereta orang dahulu dan sekarang ? (iii) Apakah yang berubah ? (Contohnya Jenama) Tanggungjawab (i) Bagaimana kita menjaga kereta ? (ii) Apakah tanggungjawab kita ke atas kereta ? Sebab dan Akibat (i) Mengapa orang «. Perkembangan idea bagi tema kereta yang dipilih di mana pelajar akan diberikan gambar kereta dalam bentuk kertas mahupun model kereta mainan. Secara nalurinya. miskin. Antaranya pengintegrasian pelbagai kemahiran dan mata pelajaran tertentu dalam konteks kurikulum di sekolah rendah. Keadaan ini turut mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokan dan kondusif selaras dengan pengala man dan pengetahuan masing-masing.(kaya. kanak-kanak amat menggemari aktiviti melukis dan mewarna. Keadaan ini akan memberi lebih kefahaman dan penyusunan idea secara teratur dan jelas mengikut kepentingannya. Perkembangan idea bagi tema yang dipilih turut membaiki kemahiran interpersonal dan intapersonal para pelajar. Selepas itu pelajar akan berbincang dan mencari maklumat yang berkaitan dengan kereta berpandukan model di atas dengan bersandarkan soalan-soalan yang berkaitan. Terdapat banyak jenis pengintegrasian yang boleh dijalankan dalam pengajaran di seko lah. Dalam tugasan ini.

gelong rotan. murid-murid boleh melukis peta minda bagi mengingati sesuatu topik yang berkaitan dengan pembelajaran Sains mereka di sekolah. Penggabungan pelbagai kemahiran dan bidang ilmu memberi gambaran yang luas kepada pengetahan mereka sekaligus mendidik mereka menjadi lebih rasional dan berdaya saing di dalam pembelajaran mereka. melompat. Para pelajar akan menjadi lebih kreatif dan kritis dalam pemikiran mereka. Para pelajar digalakkan meneroka dengan menggunakan alat dan bahan yang sesuai supaya mereka lebih kreatif dan imaginatif. tali. Di samping itu. Di samping itu. Muzik dan Sains Manfaat Aktiviti Pengintegrasian Pengintegrasian ini banyak memberi manfaat kepada pelajar terutama dalam menguasai kemahiran belajar. Pelajar digalakkan meneroka secara bersendirian bagi membiasakan diri mereka dengan alat dan aktiviti sebelum meneroka dengan peralatan yang sebenar. Sebagai contoh. aktiviti pengintegrasian ini banyak memberi faedah kepada para pelajar dan membantu mereka dalam proses pembelajaran mereka di sekolah. Bahan-bahan ini mudah diperolehi di sekolah. peralatan-peralatan yang boleh digunakan pada peringkat awal adalah seperti meja. Pergerakan. berjalan-jalan supaya lebih yakin dalam situasi sebenar. kerusi. pembelajaran para pelajar tidak terhad kepada sesuatu bidang sahaja dalam satu tempoh masa. Guru berperanan mencipta lirik lagu yang sesuai dengan tema atau topik pembelajaran semasa di dalam kelas. Bagi muzik ianya boleh diintegrasikan dengan aktiviti nyanyian yang melibatkan topik-topik sains yang berkaitan. Di samping itu. Selain itu. kerusi panjang. kemahiran menggabungkan dan menseimbangkan kegunaan otak kanan dan otak kiri semasa belajar adalah amat sesuai bagi seseorang pelajar. Aktiviti ini wajar disusuli dengan unsur-unsur pergerakan yang sesuai supaya pelajar lebih meminati pengajaran guru dan mengingati isi pelajaran mereka dengan lebih lama lagi. sebaliknya mereka akan didedahkan dengan bidang lain yang mempunyai ka itan supaya pembelajaran mereka lebih bermakna lagi. Banyak peluang dan ruang untuk mereka melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pelajar sangat mudah mengingati isi pelajaran dengan menggunakan peta minda yang mereka reka sendiri. Bagi menguasai aktiviti-aktiviti untuk meneroka. Sebagai rumusan. sewajarnya mereka diberi ruang dan peluang untuk bergerak. . terutama dalam mengadaptasi konsep kemahiran belajar mereka. Pelajar-pelajar didedahkan dengan pelbagai kemahiran dan pengetahuan yang berguna dalam usaha melatih mereka menjadi pelajar yang aktif dan progresif. Nor dan Mohd Dahalan Mohd Ramli (1998) peta minda membolehkan pelajar mengingat sesuatu dengan mudah. para pelajar akan lebih brminat dalam pelajaran mereka. barulah mereka menggunakan peralatan yang sebenar. Menurut Som Hj. guru boleh menyuruh pelajar menyanyikan lagu µBangau Oh Bangau¶ sambil melakukan pergerakan apabila mengajar topik yang berkenaan dengan µHaiwan adalah benda hidup¶. Bahan Bantu Dalam Aktiviti Meneroka Penerokaan bermaksud menyelidik sesuatu untuk mendapatkan pengetahuan dengan cara menjelajah. Apabila mereka sudah menguasai kemahiran dan biasa dengan alat sebenar. Guru bertindak sebagai fasilitator bagi memudah aktiviti pelajar. bongkah dan rotan.0 : Integrasi Seni Visual. Penggunaan strategi ini membolehkan pelajar berpeluang menguasai beberapa kemahiran yang berkaitan dengan cara bersepadu. Rajah 2. Bagi membolehkan pelajar meneroka.meningkatkan pemahaman mereka supaya kekal lama. bahan bantu atau alat amat diperlukan bagi membantu aktiviti meneroka di kalangan pelajar. Dalam hal ini.

Muzik dan Pergerakan memainkan peranan penting dalam mencorakkan keterampilan pelajar dalam banyak aspek. Di samping itu. keluarga. Proses membentuk daya tahan berlaku di samping menimbulkan tarikan serta keseronokan di kalangan pelajar. The Disciplined Mind. fisiologi dan psikologi ke atas setiap pelajar. SDP adalah wadah yang tidak kurang pentingnya dalam mencanangkan warisan bangsa serta menyumbang ke arah pembangunan diri. Di samping itu. palang selari.time. . Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. inovatif dan semangat jati diri pelajar yang tinggi. Kuala Lumpur : PPK. persepsi. Setelah memperolehi pengalaman dalam bentuk yang sebenar pelajar menemui potensi ekspresif diri melalui perkataan. Pendidikan Seni Visual.. Kamarudin H. peti pelana dan gelang. Profesionaisme Keguruan : Prospek dan Cabaran. Selangor : PTS Professional. sosiologi. S.net. Pengetua Sekolah yang Efektif .Peralatan sebenar yang boleh digunakan adalah seperti palang imbangan. sahsiah pelajar akan terserlah dan personaliti mereka sangat baik. pergerakan dan visual mereka. Husin. tahap kematangan mereka berada pada skala yang tinggi dan difahami oleh orang lain. estetika. Justeru. emosi. Kementerian Pendidikan Malaysia. Lev. Pada peringkat ini pelajar sudah yakin dan boleh memperagakan aksi dan kemahiran mereka pada tahap yang maksimum. New York : Penguin Books. Vygotsky (1978). pendekatan bertema dan pengintegrasian mata pelajaran jelas memperlihatkan kepentingan pengajian ini dipelajari dan sekaligus memperkayakan khazanah ilmu dalam konteks global. bunyi.. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. alat ini akan memberi rangsangan persekitaran. (2005). masyarakat dan negara selaras dengan Falsafah Pe ndidikan Kebangsaan. Gardner. (Terjemahan) Teori Pembelajaran Sosial. Justeru. Bibliografi : Abd.my/KLCC/azmo1/Teori/Teori_Pembudayaan_S. Bhd. Rahim Abd. alat yang digunakan akan memberi lebih ekspresi terhadap pelajar dalam proses melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Bidang-bidang kemahiran Seni Dalam Pendidikan (SDP) yang mencakupi aspek penghubungkaitan. (1994) kBSM dan Strategi Pengajaran Bahasa (Edisi Baru) Siri Pendidikan Perguruan. H. mereka melibatkan diri aktiviti permainan yang mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi dalam menyalurkan ketahanan diri pelajar. Berkenaan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. (2000). (2000). Mereka akan menjadi orang yang responsif dan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran yang sihat. Keadaan ini akan membentuk sahsiah pelajar yang positif dan konsep kendiri yang stabil. Ayob Jantan. Kesimpulan Sebagai kesimpulan dapatlah dikatakan bahawa ketiga-tiga bidang utama mata pelajaran Seni Visual. Pada tahap memperolehi pengalaman. Kesan penggunaan alat kepada proses pengajaran dan pembelajaran dapat membentuk konsep kendiri pelajar secara positif. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bersifat kondusif mampu melahirkan daya kreativiti. (2005). Mereka akan menjadi matang dan mampu meluahkan pandangan secara objektif dalam jangka masa yang panjang. Sukatan Pelajaran Kurikulm Berspadu Sekolah Rendah . http://planet. Rashid.

Nor dan Mohd Dahalan Mohd Ramli. Selangor : Longman Malaysia Sdn. Yahya Don. Kemahiran Berfikir Secara Kritis & Kreatif (KBKK). Kuala Lumpur : PTS Profesional Publishing Sdn. Kepimpinan Pendidikan di Malaysia. Bhd. . (1998). Bhd.Som Hj. (2005).

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful