SKMB 2033.

Suraya Hanis Ilias G 75841

PENGHARGAAN
Pertamanya, marilah kita panjatkan kesyukuran kita ke hadrat Allah s.w.t kerana masih lagi memanjangkan umur kita dan dapat kita mengecapi nikmat yang tidak terhingga. Selawat serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga Baginda serta para Sahabat dan pengikutnya. Di sini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat tutor, iaitu Dr. Shahidi Abd Hamid dan Pn.Saadiah Maalip yang juga merupakan pensyarah subjek, di atas tunjuk ajar dan nasihat serta kritikan yang amat berguna dalam saya menyiapkan kerja kursus yang tidak seberapa ini. Tidak lupa juga, ucapan terima kasih ini di tujukan kepada rakan-rakan seperjuangan yang juga telah banyak membantu saya. Kertas kerja ini adalah merupakan salah satu syarat bagi melengkapkan kursus Variasi Sosial Bahasa Melayu ( SKMB 2033 ) . Tajuk yang dipilih oleh saya ialah Peranan Laras Bahasa Dalam Perlakuan Sosial. Tugasan ini sedikit sebanyak membuatkan saya lebih faham betapa pentingnya Variasi Bahasa dalam masyarakat pada dewasa ini. Akhir kata, saya berharap kertas kerja ini dapat memberi sedikit sumbangan kepada alam pendidikan untuk perkongsian bersama. Setiap yang kurang itu datangnya dari kelemahan saya sendiri dan yang apa yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T. Semoga usaha ini mendapat keredhaan dan keberkatan Allah S.W.T.

Sekian.

SKMB 2033. Suraya Hanis Ilias G 75841 KANDUNGAN HALAMAN Pengenalan Hubungan laras bahasa dengan masyarakat Ciri – ciri laras Jenis laras bahasa Peranan Laras Dalam Perlakuan Sosial Kesimpulan Rujukan 1-2 3–4 4–7 8 – 11 12.14 15 16 .

fungsi sesuatu interaksi. bahasa kebangsaan. ragam bahasa.SKMB 2033. seperti bahasa rasmi. Lazimnya bidang ini menumpukan kajian bahasa itu dan topik atau konteks pengujarannya. laras bahasa. tajuk perbincangan. . dialek. pidgin. Suraya Hanis Ilias G 75841 Peranan Laras Bahasa Dalam Perlakuan Sosial. Menurut Dell Hymes. sosiolinguistik adalah merupakan bidang yang mengkaji bahasa daripada segi hubungan antara latar. ideolik. Bidang ini juga boleh dikenali sebagai linguistik antropologi atau linguistik sosial. bentuk perhubungan dan nilai-nilai yang dipegang oleh ahli-ahli yang terlibat dalam pertuturan sesama sendiri. iaitu bidang yang mengkaji hubungan antara bahasa dan masyarakat. bilinguisme. kreol. peserta. multilinguisme. sikap terhadap bahasa dan kesetiaan terhadap bahasa juga perancangan bahasa.

Bagi Chomsky dan pengikutnya. Transformasional yang dipelopori Chomsky tidak mengakui realiti sosial dalam masyarakat. Ilmu ini merupakan kajian kontekstual terhadap variasi penggunaan bahasa masyarakat dalam sebuah komunikasi yang alami.bahasa tidak formal. Laras pula merupakan satu daripada kelainan sosial secara umum kerana penghasilannya berkait rapat dengan satu faktor sosial.menjeniskan bahasa bahasa kepada dua aspek iaitu pengguna ( orang yang mengguna sesuatu bahasa dan penggunaan ( kesesuaian jenis bahasa yang digunakan dengan keadaan atau situasi bahasa itu digunakan.( Noriah Muhammad : 24 ) . umur. Variasi dalam kajian ini merupakan masalah asal yang dipengaruhi atau mempengaruhi perbezaan aspek sosiokultural dalam masyarakat. Halliday(1968 ). bahasa formal. Variasi bahasa yang terhasil berdasarkan aspek penggunaan pulaialah dialek social. bahasa istana dan bahasa biasa serta bahasa pasar dan bahasa slanga. pendidikan. latar belakang sesuatu bangsa. Contoh perbezaan penggunaan kosa kata. status sosial yang berbeza. bahasa halus dan bahasa kasar. Laras umum digunakan dalam situasi kebahasaan umum. Variasi bahasa didefinisikan sebagai kelainan bahasa iaitu perbezaan bentuk – bentuk bahasa yang digunakan bagi maksud yang sama berdasarkan situasi tertentu. Berpijak dari paradigma ini Sosiolinguistik berkembang ke arah pembelajaran yang melihat bahawa bahasa tidak dapat dijelaskan secara memuaskan tanpa melibatkan aspek-aspek sosial yang mencirikan sesuatu masyarakat.Dialek sosial yang terdapat dalam bahasa Melayu ialah bahasa baku. judul dan tema. Kelainan bahasa juga disebabkan oleh perbezaan sebutan antara individu dengan individu yang lain yang dipanggil idiolek. Perbezaan bahasa pengguna berdasarkan daerah atau disebabkan faktor geografi yang dipanggil dialek daerah. maka wujud laras yang berbeza. Suraya Hanis Ilias G 75841 Sosiolinguistik juga merupakan cabang linguistik yang mengkaji hubungan antara bahasa dan masyarakat penuturnya. dan sebagainya diabaikan sebagai faktor yang sangat berpengaruh dalam menentukan pilihan-pilihan berbahasa. jantina. Disebabkan tema sesuatu perkara berbeza dengan tema perkara yang lain. Variasi bahasa merupakan salah satu cabang dalam bidang sosiolinguistik.SKMB 2033.

Bahasa merupakan satu lambang bunyi yang arbitrari yang digunakan oleh masyarakat untuk berhubung. Pengguna yang menggunakan satu bahasa berbeza daripada segi dialek dan ideoleknya. Jumlah laras seseorang itu menggambarkan keseluruhan pengalaman bahasanya serta peranan yang dimainkan dalam masyarakat. Kemampuan seseorang menggunakan laras yang betul dan tepat mengikut . Setiap jenis laras terpisah dari segi pilihan dan susunan kta serta frasanya yang tersendiri. variasi yang berkaitan dengan penggunaan.SKMB 2033. Menurut beliau. Faktor – faktor penentu ini juga akan menghasilkan tiga kategori laras yang ditinjau dari aspek teknikaliti ( tajuk ). pengguna dan penggunaannya. Bentuk bahasa yang lebih khusus sifatnya bagi membincangkan sesuatu bidang itulah yang dianggap sebagai laras. iaitu tempat asal seseorang. masyarakat sedar situasi sosial yang berlainan wujud di persekitaran mereka. kita dapati perbezaan dalam jenis – jenis bahasa yang digunakan disesuaikan dengan situasi yang berbeza – beza. bilangan dan status pandangan dan latar pertuturan tajuk tersebut. iaitu berbeza mengikut kumpulan sosial yang menggunakannya iaitu laras. Bagi faktor – faktor penentu jenis laras ialah peranan pembicara. ialah dialek. Sesuatu laras digunakan untuk keadaan atau situasi tertentu. beliau meninjau persoalan variasi bahasa berdasarkan dua faktor. yang wujud dalam pelbagai konteks . Halliday ( 1968 ) mendefinisikan sebagai variasi bahasa yang berbeza berdasarkan fungsi. Penggunaan bahasa merujuk kepada bentuk bahasa yang digunakan dalam pelbagai media berdasarkan kesesuaian suasana. Apabila laras yang berbeza untuk situasi yang berbeza. Sesuatu laras bermaksud sesuatu variasi bahasa yang boleh dipilih dari sekumpulan variasi yang ada pada bahasa tersebut. formaliti ( gaya ) dan bentuk penyampaian Hubungan laras bahasa dengan masyarakat. Menurut Halliday lagi. Suraya Hanis Ilias G 75841 Laras bermaksud gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa. Laras adalah satu konvensi sosial. apabila kita mengamati perlakuan bahasa.

SKMB 2033.Nik Safiah Karim menegaskan .( 1989 : 2). variasi bahasa yang timbul berkaitan dengan penggunaannya iaitu melibatkan tempat asal seseorang ialah dialek dan variasi bahasa yang berkaitan dengan penggunaannya. Asmah Hj Omar pula menyatakan laras bahasa merupakan kelainan bahasa yang digunakan menurut bidang ilmu dan bidang sosial. Suraya Hanis Ilias G 75841 situasi dan keadaan membolehkan segala maklumat yang ingin dinyatakan lebih mudah difahami dan dapat berkomunikasi dengan lebih berkesan. Raminah Hj Sabran ( 1989 ) menjelaskan setiap bahasa mempunyai beberapa laras yang tersendiri yang digunakan dalam situasi atau konteks yang . Laras ditentukan untuk membolehkan bahasa digunakan dengan betul dan menepati fungsinya. iaitu mengikut kumpulan sosial yang menggunakannya ialah laras.Perbezaan yang wujud bukanlah perbezaan sistem bahasa tetapi kesukaran bahasa wujud dalam pemahaman konsep – konsep yang didukung oleh istilah . penyataan mental (emosi ). Bahasa Pengguna Dialek Penggunaan Laras Manakala Dr. Bahasa mempunyai fungsi – fungsi tersendiri iaitu sebagai penyampai maklumat. laras bermaksud gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa.istilah khas yang digunakan pada ilmu berkenaan. Menurut Halliday.Bahasa dan ilmuan tertentu memperlihatkan beberapa perbezaan daripada bahasa yang digunakan dan ilmu yang lain. Sesuatu laras bermaksud variasi bahasa yang boleh dipilih daripada sekumpulan variasi yang ada pada tiap – tiap penutur. pengikat kumpulan social. lambing kumpulan sebaya dan lain – lain.

terdapat beberapa dialek daerah dalam Bahasa Melayu dan dialek daerah ini termasuk dalam laras bahasa tidak formal. ucapan. termasuk jenis bahasa. Bagi ciri – ciri keperihalan. Suraya Hanis Ilias G 75841 berbeza. Terdapat banyak aspek situasi persekitaran yang menimbulkan laras yang berbeza. Kajian terhadap laras bahasa memberi pertimbangan kepada dua faktor utama iaitu ciri – ciri keperihalan peristiwa bahasa itu. dan ciri – ciri linguistik. Situasi luaran bermaksud latar belakang sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa yang merangkumi struktur sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa yang merangkumi struktur sosial dan keseluruhan cara hidup yang menentukan perlakuan – perlakuan anggota masyarakat. Di antaranya ialah cara penyampaian. Perhubungan itu ialah perhubungan dalam penggunaan sesuatu bahasa. Ure & Ellis ( 1977 ) mengkategorikan kepada dua jenis iaitu situasi luaran dan situasi persekitaran.Contohnya . novel dan cerpen. Situasi persekitaran pula mencakupi aspek yang terlibat secara langsung dalam penggunaan bahasa. disebabkan faktor geografi . Penggunaan bahasa dalam perkara ini berlaku secara tidak formal. peserta yang terlibat dalam sesuatu peristiwa bahasa. esei. . Seterusnya ialah perhubungan sosial dan peribadi. serta jangka masa yang digunakan untuk penggunaan bahasa itu.SKMB 2033. Perhubungan peribadi ialah perhubungan antara individu dengan individu secara terus manakala perhubungan sosial ialah perhubungan yang berlaku antara penghasil dan pembaca buku. Bahasa lisan amat berbeza dengan bahasa tulisan. majalah dan alat media yang lain. Di kalangan jenis bahasa tulisan pula. iaitu yang digunakan dalam hubungan tidak rasmi seperti untuk berkomunikasi dengan ahli keluarga dan rakan – rakan. Contohnya huraian tentang bahasa Melayu lama perlu dikaitkan dengan situasi istana dan tradisi sastera lisan. pelbagai variasi dapat diwujudkan. Contohnya laporan. Ciri – ciri laras. Cara penyampaian ialah bentuk perhubungan yang digunakan.

bahasa yang digunakan untuk member pertolongan. bekerja dan sebagainya. Faktor – faktor di atas menerangkan aspek situasi persekitaran yang menimbulkan laras yang berbeza. `aku` dan `awak` digunakan. Perlakuan bahasa diperlukan kerana bahasa merupakan alat utama dalam perlakuan sosial. . Sifat – sifat bahasa itu sendiri yang memberi perubahan iaitu mencakupi aspek – aspek kehadiran atau ketidakhadiran sesuatu ciri.arahan dan sebagainya. Hubungan erat antara susunan bahasa dengan situasi tertentu akan menghasilkan laras yang tersendiri. Selain itu ialah bahan yang diperkatakan. Di samping itu ciri – ciri linguistik juga dapat membentuk sesuatu laras . Sesuatu ciri – ciri linguistik berkait rapat dengan faktor sosial seperti latar belakang orang yang berkomunikasi atau menulis. Contohnya bahasa digunakan untuk menghasilkan sesuatu maksud atau perasaan . kekerapan kehadiran dan susunan struktur tertentu. Aspek ini meliputi perkara biasa dalam rutin harian seperti makan. orang yang terlibat dalam perbualan dan peranan situasi tersebut dalam masyarakat. terdapat dua perkara utama yang menunjukkan pemisahan antara laras iaitu tatabahasa dan perbendaharaan kata. Dalam setiap situasi sosial terdapat penggunaan bahasa yang berbeza bergantung kepada faktor – faktor seperti jenis perbualan.SKMB 2033. bahasa dalam sesuatu majlis . kata ganti nama diri seperti `saya`. hubungan dengan pembaca dengan penulis atau pendengar dengan tajuk yang dibicarakan. Sesuatu bahan yang diperkatakan atau dibincangkan menggunakan laras bahasa yang berlainan sifatnya dan ini bergantung kepada isi yang ingin disampaikan. permintaan. Secara amnya. Suraya Hanis Ilias G 75841 Dalam perhubungan peribadi. minum. sehinggalah kepada bidang yang khusus yang memerlukan kemahiran yang tertentu seperti bidang sains dan teknologi. Contohnya: (a) Mereka ke Perak minggu lalu.

mereka minggu lalu. ( b ) Awas. Ini merupakan satu aspek pengggunaan struktur pasif. ( b ) Perompak itu ditangkap oleh polis itu. Ini dicapai dengan menggunakan susunan ayat yang berlainan. ekonomi mereka berkembang . Ini dicapai dengan menggunakan struktur pasif biasa dalam ayat ( b ) dan struktur pasif yang digugurkan konstituen agentifnya dalam ayat ( c). Contohnya . Struktur pasif juga digunakan untuk situasi yang memerlukan bahasa yang tidak formal dan ini menunjukkan jarak formalitinya yang jelas. Contohnya: ( a ) Dilarang memijak rumput ini. Ketiga – tiga ayat di atas memberi penekanan berbeza yang ditimbulkan oleh susunan stuktur ayat yang berlainan. ( c ) Perompak itu tertangkap. (c) Ke Perak. yang ditimbulkan oleh susunan struktur ayat yang berbeza. Begitu juga negara – negara jiran yang lain. Berbeza pula dengan contoh di bawah ini. Susunan frasa dan ayat juga membawa kelainan dalam penggunaan bahasa. Suraya Hanis Ilias G 75841 (b) Minggu lalu mereka ke Perak. Ketiga – tiga ayat tersebut member penekanan berbeza. ( a ) Polis menangkap perompak itu. Jalan sedang dibaiki. Ini dicapai dengan menggunakan susunan ayat biasa dalam (a).SKMB 2033. dan susunan songsang dalam ayat (b) dan (c).

Cara penyampaian sama ada bentuk lisan atau ditulis . Jenis Laras Bahasa Laras bahasa dapat dibahagikan kepada dua golongan besar. Namun demikian. Sementara laras khusus pula ialah yang merujuk kepada kegunaan untuk khalayak khusus. Pilihan. laporan sukan. . iaitu kosa kata. bentuk kata . Suraya Hanis Ilias G 75841 dengan pesat dan membangun. rencana. pengetahuan dan penerangan.susunan ayat memberi variasi tertentu. memperlihatkan kelainan dalam bahasa. syarahan. Laras biasa ialah laras yang digunakan atau diaplikasikan untuk masyarakat umum seperti laras dalam atau untuk bidang hiburan. Bahasa lisan mempunyai ciri – ciri tertentu yang berbeza daripada struktur bahasa bertulis. ( b ) Adik tidak tahu berapa lama lagi ingin menunggu abangnya. tatabahasa dan gaya laras-laras itu. penyampaian maklumat dan pemujukan (yang berbentuk rencana atau iklan). laporan dan ulasan buku). seperti atau peminat dalam bidang tertentu dan pelajar-pelajar (rencana berkenaan bidang sains. terdapat tiga pembeza utama yang dapat membezakan antara laras biasa dengan laras khusus. iaitu laras biasa dan laras khusus. Contohnya : ( a ) Dia menunggu anaknya yang telah lama tidak pulang.SKMB 2033. berita sukan.

Formal dan Tidak Formal Seperti yang diterangkan di atas.SKMB 2033. di mana banyak berlaku proses pengguguran dalam ayat-ayat yang diucapkan baik pengguguran subjek. (Seperti yang terdapat dalam perbualan santai remaja atau bahasa di pasar ). predikat atau objek. mudah difahami. laras bahasa biasa yang berbentuk tidak formal merujuk kepada bahasa yang tidak formal yang digunakan sehari-hari.Laras biasa ialah laras bahasa yang yang digunakan unuk khalayak umum tentang pelbagai bidang seperti bidang hiburan (laporan sukan. contohnya laras yang tertera di papan keterangan: "Dilarang Masuk". "Jangan Membuang Sampah Di Sini". gaya ayat dalam laras ini adalah sederhana. encana) dan maklumat dan pemujukan (rencana. "Untuk Kakitangan Sahaja". Erti kata lain. Laras bahasa biasa dapat dibahagikan kepada dua bahagian. Contohnya: Di larang merokok. Suraya Hanis Ilias G 75841 Laras Bahasa Biasa. kurang kata pinjaman. Laras Bahasa Biasa Laras bahasa biasa tidak melibatkan bidang tertentu. Laras bahasa biasa terbahagi kepada formal dan tak formal. laras biasa ialah laras bahasa yang digunakan untuk khalayak umum tentang pelbagai bidang seperti hiburan. pengetahuan dan penerangan dan maklumat dan pemujukan. dan dalam penulisan surat memohon pekerjaan atau rayuan. Manakala. Dari segi teknik wacananya. Gaya ayatnya juga mudah dan ringkas.Laras formal digunakan dalam majlis rasmi. "Dilarang Merokok". ringkas dan padat. tiada istilah teknikal. pengetahuan dan penerangan (syarahan. struktur ayat yang digunakan adalah mudah. iklan).Struktur ayatnya juga mudah. iaitu formal dan tidak formal. Manakala laras tidak formal pula . berita sukan). surat kiriman dan sebagainya. dalam surat kiriman dan sebagainya. Laras bahasa biasa yang berbentuk formal atau rasmi biasanya digunakan dalam majlis-majlis rasmi. seperti laras bahasa yang digunakan juruacara majlis sambutan hari kebangsaan.

SKMB 2033.Digunakan dalam iklan. (g) Bandingan: Bateri X Lebih Berkuasa dan Tahan Lama (h) Gesaan: Cepat! Cepat! Datanglah Beramai-ramai (i) Pertanyaan: Sakit Pinggang? Sapulah Dengan Minyak Angin X. Percuma Satu (f) Mesra: Keutamaan Kami Adalah Pelanggan. grafik. ilustrasi dansebagainya. Iklan dapat dihasilkan dengan beberapa cara seperti berikut: (a) slogan: Kami Ada Cara (b) Kaedah Pernyataan: Rumah Untuk Dijual (c) Perkaitan Konsep: Artis X dengan Katil Jenama Y (D) Perisytiharan: Vios dengan Aksesori Lengkap (e) Kaedah Umpan: Beli Satu. atau mengubah sikap dan melakukan tindkan. predikat dan objek. . Laras Bahasa Perniagaan Mempengaruhi penguna untuk membentuk tanggapan tertentu . lukisan. Suraya Hanis Ilias G 75841 berlaku proses pengguguran ayat yang diucapkan sama ada pengguguran subjek. tender. laporan dan sebagainya . Laras Bahasa Akademik . disokong pula oleh gambar.

komunikasi. kiasan dan sebagainya. metafora. penulis perlu mengikut forrmat tertentu seperti perlu ada catatan bibiliografi (rujukan). pecutan. simili. peribahasa. habeas corpus dan sebagainya.Dalam penulisan ilmiah. nota kaki di bawah muka surat atau nota hujungan di penghujung setiap bab. dan lain pula daripada struktur teks esei dan karya ilmiah. Contohnya ialah fotosintesis. matematik dan sebagainya yang terletak dalam ruang lingkup pendidikan. dan biasanya perlu dihafal. misalnya penulisan tesis. menggunakan petikan. Laras Bahasa Sastera . gaya tulisan yang jelas dan isi tulisan mestilah tepat.SKMB 2033. Ia mempunyai istilah sendiri seperti Argumantum ad baculum. teknologi. metafora. lain daripada struktur teks cereka. Tiga ciri penting yang harus ada dalam berita akhbar yang baik ialah. dan sebagainya perlulah dielakkan. pendebungaan dan sebagainya. Laras bahasa media Berita sebagai satu wacana mempunyai truktur teks yang tersendiri. Laras Bahasa Undang-Undang Laras bahasa undang – undang tidak ada gambar. mengandungi beberapa klaausa. graf. kiasan. Suraya Hanis Ilias G 75841 Laras bahasa akademik meliputi pelbagai bidang seperti sains. istilah teknik.Ia bersifat teknikal.Ia juga menggunakan istilah-istilah yang khusus kepada sesuatu bidang. bahasa yang digunakan mudah. Oleh sebab akhbar diterbitkan untuk orang ramai. maka bahasa akhbar haruslah sesuai dengan bahasa kegunaan orang ramai.Ayat yang panjang.Wartawan atau pengarang akhbar menggunakan bahasa untuk menjelaskan sesuatu menurut cara yang paling mudah diterima sesuai dengan selera sebilanganbesar pemvbaca akhbar.

mementingkan penyusunan. Laras Bahasa Agama Laras bahasa Agama mengandungi istilah agama daripada bahasa Arab. ilusi.maka penggunaan bahasa juga memperlihatkan laras yang tidak sama. Struktur ayatnya banyak dipengaruhi struktur bahasa Arab. deskriptif. Peranan Laras dalam perlakuan sosial. d.SKMB 2033. personifikasi. perbandingan. Laras yang digunakan pada umumnya mempunyai strukturnya yang tersendiri. puitis dan hidup.Antara beberapa ciri bahasa sastera ialah : a kreatif dan imaginatif: kabur mesej b. ambiguiti dan sebagainya. Bahasanya boleh dalam bentuk naratif. kisan. menggunakan bahas tersirat: perlambangan. simile.: monolog. Oleh kerana terdapat variasi dalam masyarakat . Suraya Hanis Ilias G 75841 Laras bahasa sastera memperlihatkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif. pengulangan. bunga-bunga bahasa dan sebagainya. dramatik dan puitis. pemilihan kata c. Laras yang berbeza ditentukan oleh beberapa . Laras bahasa ini adakalanya diselitkan dengan petikan daripada al-Quran dan hadis. e. preskriptif. peribahasa. dialog. metafora. terdapat penyimpangan tatabahasa atau manipulasi bahasa.

susunan ayat. penyataan emosi.percuma satu ! ( b) Dapatkan pembelian percuma hari ini!Jangan tunggu lagi! Selain dari itu. Penggunaan laras yang berbeza berdasarkan bidang tertentu sangat penting dalam penyampaian maklumat. Penutur bahasa Melayu perlu mengenali laras utama bahasa Melayu. frasa dan perkataan. Ia penting dalam menyampaikan maklumat yang tepat dan jelas. cara penyampaian. Sesuatu maklumat itu akan dapat disampaikan dengan tepat dan jelas melalui penggunaan laras yang betul. Dalam konteks perlakuan sosial .SKMB 2033. ( a) Beli satu. Ia penting agar tidak timbul penggunaan laras yang tidak sesuai dengan situasi tertentu. Antaranya perbendaharaan kata. Mereka perlu membezakan antara laras formal dengan laras tidak formal.sesuai dengan tajuk perbincangan . gaya. ia juga mencerminkan latar belakang penutur. Kepekaan seseorang penggunaan bahasa menggunakan laras yang berbeza – beza mengikut situasi tertentu sama ada formal atau tidak formal. Ini akan menggambarkan taraf akademik serta latar belakang status sosial individu berkenaan. Penggunaan laras yang berbeza – beza dalam pelbagai perlakuan sosial sangat penting. Sebarang perlakuan sosial yang melibatkan aktiviti bahasa harus menekankan nilai – nilai . Contohnya dalam situasi formal seperti menemuramah seseorang tokoh. pengikat kumpulan sosial. Jelaslah bahawa pemilihan dan penggunaan laras yang sesuai adalah penting dan dapat mencerminkan identiti penutur bahasa tersebut. Suraya Hanis Ilias G 75841 faktor. faktor orang yang dilawan berbicara atau sebagainya akan mencerminkan latar belakang penutur bahasa tersebut. perlu menggunakan laras bahasa formal dan tidak sesuai menggunakan bahasa rojak atau bahasa pasar.Contohnya . pemilihan tajuk. mereka akan menggunakan laras iklan. tatabahasa dan sebagainya. lambang kumpulan sebaya dan sebagainya. Contohnya jika sesebuah agensi iklan ingin mempromosikan sesuatu produk. Ia juga dapat memupuk nilai penyesuaian diri dengan persekitaran. Laras bahasa yang berbeza mempunyai kepentingan yang tersendiri dalam perlakuan sosialnya. laras yang berbeza – beza berfungsi sebagai medium penyampai maklumat.

Jika bersesuaian dengan larasnya. laras sains akan . ayat yang tersusun. beliau perlu mempunyai pengetahuan tentang laras untuk memulakan ucapan dan peka terhadap khalayak yang hadir di majlis itu. Suraya Hanis Ilias G 75841 penyesuaian diri dengan persekitaran dan situasi agar timbul perasaan hormat di kalangan orang yang dilawan berinteraksi.anja. Di samping itu. Contohnya jika seseorang ingin membincangkan bidang sains. Contohnya apabila seseorang berinteraksi dengan majikan menggunakan ayat yang sopan. laras bahasa yang formal. Contohnya penggunaan perkataan saya.awak. Isu yang dibincangkan lebih jelas jika penggunaan laras yang berbeza.SKMB 2033. Pemilihan dan penggunaan laras bahasa yang bertepatan dengan sesuatu isu atau tajuk perbincangan yang akan dihuraikan dengan penting bagi memudahkan khalayak memahami isu – isu tersebut. Contohnya jika seseorang itu diminta memberi ceramah dalam sesuatu program. isi perbincangan yang sesuai. Begitu juga jika berhubung dengan ahli keluarga dan rakan sebaya.Unsur – unsur pemulukan dan pendinaan sebagai satu daripada ciri laras bahasa istana seperti . Keperluan terhadap pemilihan laras yang sesuai dalam situasi perlakuan sosial yang berbeza. Ia dapat menggambar perhubungan yang sangat erat antara individu itu sendiri di samping membina hubungan yang selesa apabila berinteraksi antara satu sama lain.Laras memberi ucapan berubah apabila melibatkan kehadiran orang istana.sayang dan sebagainya.sembah patik harap diampun. hubungan sosial dan peribadi seseorang pengguna bahasa itu akan menjadi lebih erat. sangat penting difahami oelh seseorang pengguna bahasa agar mereka dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran secara berkesan.ia perlu juga menggunakan laras yang sesuai agar menjamin hubungan peribadi yang erat antara satu sama lain. ia dapat mengeratkan perhubungan sosial dan peribadi. Setiap laras mempunyai memiliki ciri – ciri yang tersendiri dalam mengungkapkan persoalan atau permasalahannya. Ampun tuanku beribu – ribu ampun. Oleh itu ciri – ciri tersebut berperanan mewujudkan kejelasan dalam pengutaraan sesuatu isu yang berkaitan dengan bidangnya. nescaya akan menjamin hubungan sosial yang erat dan menimbulkan perasaan hormat menghormati antara satu sama lain.

susunan ayat dan unsur yang berlainan dengan laras yang lain. jelaslah penggunaan laras yang berbeza memberi gambaran terhadap situasi perlakuan sosial. Justeru itu. Penutur bahasa yang mempunyai pengetahuan dan mahir dengan penggunaan laras bahasa. Laras merupakan satu daripada kelainan sosial secara umum kerana penghasilannya berkait rapat dengan satu faktor sosial. Contohnya jika seseorang yang bertanding dalam pidato. akan menggunakan laras yang betul apabila berdepan dengan khalayak bagi meninggalkan kesan tumpuan minat yang mendalam. judul dan tema. Kesimpulan.beliau harus menggunakan laras pidato untuk menarik perhatian minat pendengardan para hakim pertandingan. perniagaan mereka akan rugi kerana tiada unsur – unsur mempromosikan barangan yang dijual.Contoh laras bahasa sains . Begitu juga dengan bidang yang lain. Penggunaan laras bahasa yang berlainan dalam perlakuan sosial penting dalam menggambarkan situasi. maka wujud laras yang berbeza.Laras bahasa tersebut perlu digunakan oleh peniaga kerana mereka perlu melariskan barangan mereka untuk mendapatkan keuntungan hasil perniagaan mereka. Sekiranya mereka malu menggunakan laras bahasa tersebut. Ini kerana laras pidato pidato mempunyai ciri – ciri seperti pemilihan kata. sama ada situasi formal atau tidak formal. ( b ) Cecair itu sudah didewarnakan.SKMB 2033. ( a) Sebatian itu sesuai diindekskan di bahagian yang lebih besar iaitu naftalena. laras bahasa tersebut perlu bersesuaian dengan isu yang diutarakan. Suraya Hanis Ilias G 75841 digunakan. Disebabkan tema sesuatu perkara berbeza dengan tema perkara yang lain. . Contohnya peniaga di pasar akan menggunakan laras bahasa tidak formal kerana situasi di tempat tersebut memerlukan penggunaan bahasa tidak formal untuk menarik perhatian pelanggan.

Bahasa Laporan. Ia penting dalam menyampaikan maklumat yang tepat dan jelas. Oleh yang demikian kita perlu mengetahui jenis laras dan penggunaannya dalam dunia moden hari ini. Setiap laras bahasa mempunyai fungsinya tersendiri di samping penggunaannya dalam konteks perlakuan sosial. Ia penting supaya masyarakat tidak salah menggunakan laras bahasa mengikut kesesuaian situasi dan keadaan tertentu. Sesuatu laras bermaksud sesuatu variasi bahasa yang boleh dipilih dari sekumpulan variasi yang ada pada bahasa tersebut.SKMB 2033. Apabila kita mengamati perlakuan bahasa. Suraya Hanis Ilias G 75841 Laras bermaksud gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa. Penggunaan laras yang berbeza – beza dalam pelbagai perlakuan sosial sangat penting. Rujukan : Asmah Hj Omar. Sesuatu maklumat itu akan dapat disampaikan dengan tepat dan jelas melalui penggunaan laras yang betul.Serdang : Dewan Bahasa dan Pustaka & Universiti Pertanian Malaysia. . yang wujud dalam pelbagai konteks . Penggunaan laras bahasa yang berlainan dalam perlakuan sosial penting dalam menggambarkan situasi. 1987. kita dapati perbezaan dalam jenis – jenis bahasa yang digunakan disesuaikan dengan situasi yang berbeza – beza. Ilmu ini penting kita praktikkan kerana ia melambangkan kemajuan dalam mempelajari sesuatu laras bahasa. sama ada situasi formal atau tidak formal. Penggunaan laras yang berbeza berdasarkan bidang tertentu sangat penting dalam penyampaian maklumat.

. Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka.Nathesan1995.Memahami Gaya Bahasa.Bhd.Kementerian Pelajaran Malaysia.1995.Nik Safiah Karim..SKMB 2033.Serdang :Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Kamaruddin Haji Husin.1993. 1998.Sosiolinguistik Bahasa Melayu di Malaysia.Bahasa Melayu Persoalan dan Pengolahan. Noriah Mohamed.Laras Bahasa Ilmiah. S. Laras Bahasa. Suraya Hanis Ilias G 75841 Asmah Hj Omar.1993. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka .Universiti Sains Malaysia : Kuala Lumpur.Kuala Lumpur :Gathery Publishing House Sdn. Dr.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Rahman Shaari .1986.Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful