You are on page 1of 4

Laporan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah, Sekolah Kebangsaan Sebauh 2018

Pada 16 Mei 2018 Sekolah Kebangsaan Sebauh telah mengadakan sambutan hari guru peringkat
sekolah.Semua murid dan guru-guru terlibat dalam majlis ini.Majlis ini diadakan di dewan terbuka
sekolah ini.Majlis ini juga telah dirasmikan oleh,Yang Dipertua PIBG,Encik John Matthew.

Tujuan majlis ini diadakan,adalah untuk menghargai jasa guru yang telah mengajar dan mendidik kita
sehingga berjaya.Jika tiada guru,tiadalah doktor,angkasawan dan lain lain.

Semua murid dan guru-guru datang ke sekolah dengan perasaan gembira.Murid-murid juga
membawa pelbagai jenis hadiah untuk diberi kepada guru masing-masing.Suasana pada hari itu sungguh
meriah.

Pelbagai acara telah diadakan.Antaranya ialah,acara sukaneka,persembahan dari murid-murid dan


pertandingan mencipta sajak bertemakan "GURU PEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN".Acara itu
berjalan dengan lancar dan penuh dengan suasana yang meriah. Begitu juga diikuti dengan lakonan yang
begitu menghiburkan dengan tema pakaian kesultanan Melayu.

Yang benar, 16 MEI 2018

(LING IK WEI)
Pengerusi

Majlis Sambutan Hari Guru Sekolah Kebangsaan Sebauh


Upacara memotong kek Sambutan Hari Guru 2018

Aktiviti Sukaneka Hari Guru 2018


Tema Pemakaian Kesultanan Melayu bagi Sekolah Kebangsaan Sebauh 2018