You are on page 1of 17

SMK TAMAN TUANKU JAAFAR

71450 SEREMBAN
NEGERI SEMBILAN
KERTAS KERJA PROGRAM KECEMERLANGAN

PROGRAM LONJAKAN SKOR A


1.0 PENDAHULUAN

Keberkesanan atau kecemerlangan sesebuah sekolah lazimnya diukur


berasaskan perfomance atau prestasi sekolah tersebut. Prestasi pencapaian sesebuah sekolah
diukur dari segi pencapaian akademik dan pencapaian bukan akademik seperti kelakuan dan
disiplin pelajar yang baik, kendiri dan sikap pelajar-pelajar yang baik, kepuasan kerja guru dan
persekitaran sekolah yang kondusif, bersih dan ceria. Kewujudan budaya sekolah yang
positif serta kondusif untuk proses pembelajaran dan pengajaran, hubungan yang mesra antara
pihak pengurusan sekolah dengan warga sekolah, hubungan yang baik, jitu dan
bekerjasama sesama warga sekolah, dan interaksi serta komunikasi yang baik antara guru
dengan ibu bapa pula menjadi kayu ukur keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sesebuah
sekolah.

Keberkesanan sekolah juga boleh diukur bukan sahaja melalui kecemerlangan dalam
pendidikan, tetapi dari aspek ekuiti (kesaksamaan) untuk mendapatkan pendidikan tanpa mengira
kebolehan dari segi kognitif, fizikal pelajar, latar belakang taraf sosioekonomi (SES) ibu bapa
pelajar,latar belakang agama, bangsa dan keturunan dan fahaman pelajar, Akhir sekali
keberkesanan sekolah boleh diukur dari segi kemajuan atau peningkatan dari segi kadar
pencapaian akademik pelajar dari tahun ke tahun yang ditunjukkan melalui adanya nilai
tambah (value added)kepada kebolehan pelajar.

Sekolah cemerlang juga yang bermaksud sekolah yang dapat meningkatkan pencapaian
akademik pelajar iaitu daripada pencapaian akademik yang rendah meningkat kcpada pencapaian
akademik yang tinggi. Mengikut Hussein Mahmood (1993) sekolah cemerlang bukanlah sekolah
yang established atau sekolah primer tetapi sekolah yang dapat menghasilkan pencapaian
akademik yang tinggi, kurang menghadapi masalah disiplin dan mendapat kepercayaan dalam
kalangan masyarakat dan guru-guru berasa puas bekerja.

Abdul Shukor Abdullah (1991) mengatakan sekolah cemerlang adalah sekolah yang
mencapai tahap terbaik, bermutu dan terunggul dalam semua bidang berkaitan dengan akademik,
sahsiah, pengurusan, perhubungan, infrastruktur dan kepemimpinan. Pendapat Abdul Shukor
Abdullah (1991) telah disokong oleh Sharifah Md. Nor (2000) yang mengatakan bahawa konsep
sekolah cemerlang berkait dengan kecemerlangan akademik; walau bagaimanapun guru-guru
perlu menentukan perkembangan seimbang pelajar dan kemampuan pentadbir membantu guru
siapsiaga menjalankan tugas mereka dengan baik. Untuk membantu pelajar pula, sekolah
cemerlang ialah sekolah yang mempunyai guru-guru yang boleh mengajar dengan efektif agar
pelajamya bijak, bersahsiah mulia dan berdisiplin baik.
Sejajar dengan matlamat di atas, amatlah perlu pihak sekolah merancang dan
melaksanakan program yang dapat merealisasikan impian tersebut. Maka, Program Lonjakan
Saujana ini merupakan satu menifestasi SMK Taman Tuanku Jaafar ke arah pencapaian cita-cita
murni di atas.

2.0 MATLAMAT STRATEGIK

Matlamat strategik adalah merupakan pelan tindakan yang dirancang untuk mencapai
matlamat program ini. Pelan ini dianggap strategik atau taktik untuk mencapai misi program ini.
Analisis yang digunakan ialah analisis KLAP (SWOT), yang melibatkan analisis faktor dalaman
dan faktor luaran sekolah. Analisis KLAP (SWOT) telah digunakan melibatkan faktor
pentadbiran, guru , pelajar, kemudahan dan sumber kewangan. Melalui analisis ini , kita akan
mengetahui apakah kekuatan yang dimiliki untuk memastikan kejayaan program, dan melihat
juga apakah kelemahan yang kita perlu baik untuk mengatasi masalah yang timbul. Analisis
persekitaran luaran adalah melibatkan faktor yang di luar kawalan kita yang mempengaruhi
pencapaian wawasan berupa peluang dan ancaman. Persekitaran ini melibatkan ibu bapa , PIBG,
komuniti, badan atau pertubuhan, jabatan, institusi, perkhidmatan, politik dan lain-lain. Rumusan
analisis SWOT yang disusun mengikut skor adalah seperti jadual di bawah.

Isu Kekuatan (S) Kelemahan (W)

1. Prestasi 1. Terdapat guru- 1. Ramai pelajar tidak minat untuk


akademik para guru muda dan belajar
pelajar guru-guru yang 2.Ada guru selalu menyalahkan
masih rendah berpengalaman pelajar sahaja.
2 Peratusan luas 3. Sokongan ibu bapa dalam
pencapaian 2. Kebanyakan proses pembelajaran dan
bilangan A pelajar menetap pengajaran adalah agak rendah
masih kurang. berhampiran
3. Peratus lulus dengan sekolah
dalam dan tiada
SPM dan PMR kekangan untuk
masih rendah datang ke sekolah.
4. GPS sekolah 3. Terdapat pelajar
dalam SPM dan yang telah
PMR masih mencatat kejayaan
rendah yang
5. Kuantiti latihan cemerlang dalam
pelajar masih bidang
kurang akademik yang
6. boleh dijadikan
Kurang motivasi sebagai role
untuk model
mencapai 4. Keprihatinan dan
kecemerlngan sokongan kuat
dalam pihak pentadbiran
kalangan pelajar sekolah.
7. Pemantauan 5. Keprihatinan dan
terhadap tahap sokongan yang
pencapaian kuat dan positif
pelajar masih dari pihak
kurang PIBG.
dan tidak 6. Terdapat guru-guru
konsisten. yang
bersemangat tinggi
7. Terdapat 1 orang
Guru
Cemerlang
8. Bilangan guru sesi
pagi
sebanyak 58
orang, sesi petang
45 orang dan guru
yang
mengajar pada sesi
pagi dan
petang sebanyak 5
orang.
Jumlah
keseluruhan
ialah 108
orang.
9. Banyak guru yang
tinggal
berhampiran deng
an sekolah
Peluang ((O) Ancaman (T) STRATEGI S – O
1. Adakan program motivasi dan
1. Terdapat 1. Budaya tidak pendedahan, pentarbiyah dan
kumpulan pelajar mementingkan bengkel serta teknik menjawab
cemerlang pelajaran dalam yang dibiayai oleh pihak PIBG
sebagai model masyarakat 2. Adakah program /projek khas
2. Guru Cemerlang 2.Sikap pelajar yang kecemerlangan
dijadikan menyalahgunakan 3. Beri empowerment kepada guru
sumber rujukan kemudahan dan pelajar merancang program
di sekolah ICT. 4. Galakan teamwork dan
3. Kemudahan 3. Kekurangan bahan/ kerjasama antara pelajar untuk
akses streamyx perisian mencapai kecemerlangan.
dan bercorak akademik 5. Menyediakan suasana kondusif
ICT yang dalam untuk pelajar belajar dengan
banyak ICT di sekolah selesa.
4. Sokongan kuat 4.Sikap tidak serius 6. Pemantauan yang rapi dari
PIBG. pelajar dalam setiap peringkat.
5. Banyak pelajar proses 7.Kesungguhan dalam meyediakan
yang memiliki pembelajaran dan bahan dan modul latihan yang
komputer pengajaran. banyak dan berkualiti.
peribadi. 5. Ketegasan guru
6. Kemudahan dalam memberi,
makmal komputer memantau dan
di sekolah. menyemak
tugasan latihan
pelajar adalah
kurang.
STRATEGI W – STRATEGI S –T STRATEGI W –T
O 1. Pastikan P & P 1. Tindakan lebih tegas dan
1. Pemantauan rapi berkesan dan berkesan perlu dilaksanakan
perlu diadakan menarik minat 2. Pemantauan yang lebih kerap
2. Program pelajar dan efektif terhadap pengurusan
keibubapaan kepa 2. Program khusus P &P guru di dalam bilik darjah.
da untuk menarik 3. Kursus motivasi dan program
ibubapa perlu minat belajar/ P&P berkesan yang berterusan
diadakan dari insentif untuk para guru.
semasa ke 3. Memberikan
semasa yang motivasi
dibiayai kecemerlangan
oleh PIBG. berterusan
3. Program 4. Penerapan nilai
motivasi dan murni lebih
pendedahan, Kerap di dalam dan
pentarbiyah dan di luar bilik
bengkel serta darjah.
teknik menjawab 5. Galakan
dilaksanakan penggunaan ICT
sekurang dalam
kurangnya tiga P&P.
kali setahun iaitu 6. Memaksimumkan
pada awal tahun, penggunaan
pertengahan makmal komputer
tahun dan dan Pusat
sebelum Sumber Sekolah
peperiksaan dalam P&P.
sebenar. 7. Latihan yang
banyak dan
berterusan
diberikan kepada
pelajar.

Matlamat strategik adalah untuk memastikan:

1, prestasi akademik para pelajar meningkat


2. peningkatan prestasi pencapaian kualiti dan kuantiti dalam GPS sekolah.
3. kewujudan budaya saing yang sihat dan kerjasama dalam kalangan pelajar
4. peningkatan mutu dan prestasi kerja guru.
5. kewujudan kumpulan sasaran ke arah pencapaian kecemerlangan.
6 peningkatan penglibatan ibu bapa, PIBG dan komuniti dalam kecemerlangan sekolah
meningkat

3.0 OBJEKTIK

Program ini mengandungi beberapa objektif iaitu:

3.1 meningkatkan bilangan pelajar yang mencapai prestasi cemerlang dan mengurangkan peratus
kegagalan pelajar dalam peperiksaan
3.2 menyediakan tiga kumpulan pelajar sasaran dalam usaha meningkatkan prestasi akademik
sekolah.
3.3 menyediakan perancangan program peningkatan akademik yang sistematik dan efektif.
3.4 meningkatkan kuantiti dan kualiti latihan yang diberi sebagai tugasan kepada para pelajar
3.7 meningkatkan tahap keperihatinan setiap warga sekolah agar bersama-sama berusaha gigih
meningkatkan kecemerlangan akademik sekolah.

4.0 STRATEGI PERLAKSANAAN

4.1 Modus Operandi

4.1.1 Pembentukan Jawatankuasa Program Lonjakan Saujana 2011 SMK Taman


Tuanku Jaafar 2011
4.1.2 Pemilihan pelajar Cemerlang dan Halus dilaksanakan berdasarkan keputusan Peperiksaan
Pertengahan Tahun 2011.
4.1.3 Majlis Penyerahan para pelajar kepada Homeroom dan
Mentor
4.1.4 Pelajar dikehendaki membuat latihan mengikut jadual, jumlah dan mata pelajaran yang tetapkan
oleh Jawatankuasa Program Lonjakan Saujana SMK Taman Tuanku Jaafar 2011.
4.1.5 Setiap pelajar akan dipantau kemajuannya oleh seorang Homeroom dan Mentor yang
ditetapkan mengikut subjek.
4.1.6 Laporan prestasi pelajar melalui E-Report Card akan dilakukan oleh Mentor kepada Homeroom
dan seterusnya daripada Homeroom kepada Penyelaras.
4.1.7 Perjumpan dan laporan prestasi pelajar secara berkelompok akan diadakan sebulan sekali iaitu
pada hari Isnin pertama setiap bulan melibatkan melibatkan Homeroom , Mentor dan
Penyelaras
4.1.8 Laporan akan dihantar kepada ibu bapa pelajar terbabit dua bulan sekali.

4.2 Kumpulan Sasaran

Program ini mensasarkan kepada pelajar SPM dan PMR yang dibahagikan kepada 3
kumpulan pelajar dengan dua matlamat seperti di dalam carta berikut:

KUMPULAN OBJEKTIF BIL PELAJAR PMR SPM


(%)
Terbilang Meningkatkan 10 20 15
kualiti
Meningkatkan 20 30 30
Cemerlang kualiti
Mengurangkan 20 40 40
Halus peratus gagal

4.3 Bahan

Bahan terbahagi kepada 2 iaitu:

i) Bahan dalam ICT – Blog matapelajaran mengikut panitia


ii) Modul /Bahan Edaran Bercetak/Buku Kerja

i) Blog Matapelajaran

a) Ketua Bidang selaku Penyelaras bidang masing-masing akan memastikan setiap panitia dalam
bidangnya mempunyai blog matapelajaran masing-masing.
b) Setiap Ketua Panitia memastikan guru-guru mata pelajaran dari tingkatan 1 – 5 sentiasa
mengemaskini blog dengan memasukkan nota-nota dan latihan yang diperlukan oleh para
pelajar.
c) Mentor akan memastikan latihan-latihan yang perlu dibuat oleh para pelajar wujud dalam blog.
Mentor juga akan menyusun jadual pelaksanaan tugasan dan jadual penghantaran tugasan oleh
para pelajar kepada mentor berkenaan. Tarikh akan diselaraskan oleh setiausaha.
d) Setiap hari pelajar dikehendaki menyiapkan latihan untuk 2 mata pelajaran dalam 3 topik
tertentu dan setiap satu adalah sebanyak 25 soalan.
e) Pelajar boleh menghantar tugasan yang telah disiapkan dalam bentuk e-mail atau penghantaran
dalam bentuk hardcopy.

ii) Modul

a) Modul disediakan oleh Panitia Matapelajaran dan dipantau oleh Ketua Bidang.
b) Pelajar mesti menyiapkan latihan bagi 4 subjek seminggu
c) Bahan diambil daripada Mentor pada setiap hari Isnin dan tugasan yang telah
disiapkan dihantar semula kepada Mentor pada hari Isnin berikutnya.
d) Semasa pemulangan ini, pelajar akan menerima modul latihan untuk minggu berikutnya pula.
e) Modul ini akan diperiksa oleh Mentor yang ditetapkan mengikut subjek.

Ringkasan adalah seperti carta berikut:

TAHAP BAHAN SUBJEK KEWANGAN INSENTIF

 Soalan Latihan di dalam blog B. Malayu IbuBapa Skim Insentif


PMR matapelajaran. B. Inggeris PIBG Skor A
 Modul Sejarah Sumbangan
 Soalan Peperiksaan Geografi PCG
Percubaan Matematik
 Soalan Peperiksaan Tahun- Sains -perbelanjaan
Tahun Lepas Pendidikan Islam pengurusan/ bahan/
Kemahiran Hidup Insentif/
lawatan/motivasi/
Bengkel
 Soalan Latihan di dalam blog Mata pelajaran teras: IbuBapa Skim Insentif
SPM matapelajaran. B. Malayu PIBG Skor A
 Modul B. Inggeris Sumbangan
 Soalan Peperiksaan Sejarah PCG
Percubaan Matematik
 Soalan Peperiksaan Tahun- Sains -perbelanjaan
Tahun Lepas P. Islam/P. Moral pengurusan/ bahan/
Insentif/
Mata Pelajaran Elektif: lawatan/motivasi/
Fizik Bengkel
Biologi
Kimia
Matematik Tambahan
ICT
Teknologi Kejuruteraan
Prinsip Perakaunan
Ekonomi Asas
Perdagangan

4.4 Aktiviti Program

a) Latihan Intensif
b) Bengkel Motivasi
c) Klinik Mata Pelajaran
d) Lawatan Pendedahan Minda
e) Post Mortem
f) Pelaporan Pencapaian Mingguan dan Bulanan
g) Ujian dan Peperiksaan

4.5 Bidang Tugas

1. Penyelaras
- Memastikan setiap Panitia di bawah bidang masing-masing mempunyai blog matapelajaran.
- Memastikan Ketua Panitia di bawah bidang masing-masing mengemaskini blog matapelajaran
masing-masing dengan nota dan latihan yang diperlukan dengan bantuan guru-guru
matapelajaran sesi pagi dan petang.
- Memastikan setiap Panitia di bawah bidang masing-masing menyediakan Modul Latihan yang
sistematik dan bersesuaian dengan format peperiksaan PMR dan SPM.
- Memastikan Ketua Panitia menghantar modul untuk direzo mengikut jadual yang ditetapkan
oleh Setiausaha.
- Merancang penempatan modul agar mudah capai oleh Mentor untuk diagihkan kepada Mentee
masing-masing.
- Menghubungi sekolah lain untuk mendapatkan bahan-bahan latihan tambahan dengan bantuan
Ketua-ketua Panitia bidang masing-masing.
- Memantau pelaksanaan program oleh Ketua Panitia, Homeroom dan Mentor matapelajaran
masing-masing.
- Mengumpul semua maklumat tentang:
a. perjalanan dan keberkesanan program
b. rekod pelajar dari aspek ; tahap penglibatan dan prestasi pencapaian
daripada Mentor bidang masing-masing untuk diserahkan kepada Setiausaha.
- Membuat pelaporan semasa sesi perjumpaan bulanan.

2. Peranan Guru Homeroom

- Memantau setiap pelajar di dalam homeroom masing-masing dari aspek:


a. mendapat bahan untuk latihan samada dari blog atau modul mengikut jadual yang ditetapkan
oleh setiausaha.
b. memastikan latihan yang disiapkan oleh Homeroom disemak dan dikembalikan kepada mereka.
c. Mendapatkan laporan sahsiah dan prestasi akademik Homeroom dari setiap mentor
matapelajaran.
- Membuat laporan disiplin Homeroom kepada Penyelaras
- Menyerahkan laporan prestasi Homeroom kepada Penyelaras dua minggu sekali mengikut
jadual yang ditetapkan oleh Setiausaha.
- Mengurus, membimbing, menasihati dan memberi motivasi yang tinggi kepada setiap
Homeroom agar mereka dapat meningkatkan prestasi pelajaran masing-masing.
- Memberi perhatian kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh Homeroom dengan memberi
nasihat dan motivasi yang tinggi.
- Merujuk Homeroom yang menghadapi masalah serius kepada kaunselor sekolah atau guru
pendidikan agama Islam.

3. Peranan Mentor

- Memberi bahan modul latihan kepada Mentee mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh
Setiausaha.
- Memaklumkan kepada Mentee latihan dalam blog.
- Menyemak latihan Mentee samada dari blog atau modul mengikut tarikh yang ditetapkan.
- Memulangkan latihan kepada Mentee dan membimbing Mentee untuk mengatasi kelemahan
atau untuk melonjakkan lagi kecemerlangan mereka.
- Menjadi individu rujukan Mentee dalam mata pelajaran
- Menghantar laporan prestasi Mentee kepada Guru Homeroom setiap kali Mentor selesai
menyemak tugasan Mentee .(E-pelaporan)
- Membimbing pelajar dalam menyelesaikan masalah pembelajaran.
- Mencadangkan nama Mentee yang bermasalah (sekiranya ada) kepada Guru Homeroom untuk
tindakan yang selanjutnya.

4.6 Modus Operandi Penggunaan Blog

1. Penyelaras memastikan setiap panitia di bawah bidang masing-masing mempunyai blog.


2. Ketua Panitia dengan dibantu oleh guru-guru matapelajaran yang berkenaan mengisi blog
masing-masing dengan nota dan latihan yang berkualiti dan relevan.
3. Mentor memaklum kepada Mentee masing-masing tentang latihan yang perlu dibuat di dalam
blog. Tarikh setiap latihan ditentukan oleh Setiausaha.
4. Mentee membuat latihan ikut jadual / topik/ kuantiti
5. Mentor pelajar membimbing dan menyemak latihan yang telah dibuat
6. Mentor meneliti prestasi pelajar
7. Mentor menghantar laporan kepada Guru Homeroom (Prestasi mengikut tajuk)
8. Guru Homeroom meneliti prestasi Homeroom, mengambil tindakan yang sewajarnya dan
menghantar laporan kepada Penyelaras.
8. Penyelaras mengadakan post-mortem bulanan
9. Mentor, Guru Homeroom dan Penyelaras memantau pencapaian ujian/ peperiksaan
mentee/homeroom.
10. Penyelaras melaporkan kepada guru mata pelajaran di dalam kelas untuk penambahbaikan.

Jadual Latihan Dari Blog - PMR

HARI SUBJEK 1 SUBJEK 2

B. Melayu Geografi
ISNIN
Sejarah Matematik
SELASA
Sains Pendidikan Islam
RABU
Kemahiran Hidup Bahasa Inggeris
KHAMIS
Matematik Bahasa Melayu
JUMAAT
Sains Sejarah
SABTU
Bahasa Melayu Pendidikan
AHAD Islam

@ Minimum 2 Topik untuk setiap Mata Pelajaran


@ 2 Set untuk setiap topik

Jadual Latihan Dari Blog SPM - Kertas 1

HARI SUBJEK 1 SUBJEK 2


Bahasa Melayu Biologi/Sains
ISNIN
Bahasa Inggeris Fizik/Prinsip Akaun
SELASA
Matematik Kimia/Perdagangan/Tasawwar
RABU Islam
Sejarah Matematik
KHAMIS Tambahan/ICT/Teknologi
Kejuruteraan
Pendidikan Islam/Pendidikan Moral Ekonomi Asas/Kesusasteraan
JUMAAT Melayu/Pendidikan Seni
Visual/MPV

@ Minimum 2 Topik bagi setiap Mata Pelajaran


@ 2 Set bagi setiap topik

4.7 Modus Operandi Penggunaan Modul (Kertas 2)

1. Penyelaras memastikan setiap panitia di bawah bidang masing-masing menyediakan


modul.
2. Ketua Panitia dengan dibantu oleh guru-guru matapelajaran yang berkenaan
menyediakan modul latihan yang relevan dan berkualiti mengikut sukatan pelajaran.
3. Ketua Panitia menghantar modul untuk direzo dan menyerahkan modul yang siap direzo
kepada Penyelaras.
4. Penempatan modul oleh Penyelaras. Modul mestilah mudahcapai oleh Mentor untuk
diserahkan kepada Mentee.
5. Mentee mengambil latihan daripada Mentor masing-masing. Tarikh setiap latihan
ditentukan oleh Setiausaha.
6. Mentee membuat latihan ikut jadual / topik/ kuantiti .
7. Mentee menghantar latihan yang siap dibuat kepada Mentor dan mengambil latihan
yang seterusnya.
8. Mentor pelajar membimbing dan menyemak latihan yang telah dibuat
9. Mentor meneliti prestasi pelajar
10.Mentor menghantar laporan kepada Guru Homeroom (Prestasi mengikut tajuk)
11.Guru Homeroom meneliti prestasi Homeroom, mengambil tindakan yang sewajarnya
Dan menghantar laporan kepada Penyelaras.
12.Penyelaras mengadakan post-mortem bulanan
13.Mentor, Guru Homeroom dan Penyelaras memantau pencapaian ujian/ peperiksaan
mentee/homeroom.
14.Penyelaras melaporkan kepada guru mata pelajaran di dalam kelas untuk
penambahbaikan.

Jadual Latihan Penggunaan Modul PMR

HARI SUBJEK 1 SUBJEK 2

B. Melayu Geografi
ISNIN
Sejarah Matematik
SELASA
Sains Pendidikan Islam
RABU
Kemahiran Hidup Bahasa Inggeris
KHAMIS
Matematik Bahasa Melayu
JUMAAT
Sains Sejarah
SABTU
Bahasa Melayu Pendidikan
AHAD Islam

@ Minimum 25 soalan bagi setiap Mata Pelajaran


@ Modul mesti dihantar dan diambil pada setiap pagi Isnin sebelum sesi persekolahan tamat.

Jadual Latihan Penggunaan Modul SPM– Kertas 2

HARI SUBJEK 1 SUBJEK 2

Bahasa Melayu Biologi/Sains


ISNIN
Bahasa Inggeris Fizik/Prinsip Akaun
SELASA
Matematik Kimia/Perdagangan/Tasawwur
RABU Islam
Sejarah Matematik
KHAMIS Tambahan/ICT/Teknologi
Kejuruteraan
Pendidikan Islam/Pendidikan Moral Ekonomi Asas/Kesusasteraan
JUMAAT Melayu/Pendidikan Seni
Visual/MPV

@ 1 set lengkap soalan kertas 2 bagi setiap matapelajaran mengikut format peperiksaan
sebenar.
@ Modul mesti di hantar dan diambil pada setiap hari Isnin sebelum sesi persekolahan tamat.

5.0 ORGANISASI
Pengerusi : Tuan Omar b. Ahmad – Tuan Pengetua

Naib Pengerusi 1 : En. Akashah b. Ismail – GPK Akademik


Naib Pengerusi 2 : Tn. Hj. Zakaria b. Ismail – GPK HEM
Naib Pengerusi 3 : Pn. Hjh. Zainab bt. Hj. Mohd Nasir - GPK
KoKurikulum
Naib Pengerusi 4 : En. Kalaiselvam a/l Muniandy – GPK Petang
Setiausaha : Pn. Hjh. Rosiah bt. Hasan
P. Setiausaha 1 : Pn. Rohayu bt. Mustafa
P. Setiausaha 2 : Pn. Asyirah bt. Zakaria

Bendahari : Pn. Norliza bt. Mohd Noor

aras
En. Alias b. Abdullah - KB Kemanusiaan
Pn. Faridah Jaafar -KB Bahasa
Pn. Pakyavathy a/p M. Muniandy - KB Sains
Mathematik
Pn. Fadhillah bt. Hashim - KB Teknik dan
Vokasional
AJK

1. Data : Pn. Kursiah bt.Kushairi


Cik Khalila bt. Kudri
2. Dokumentasi : Pn. Noor Azian bt. Abdul Hani
Pn. Sabariah bt. Seman
3. Bahan : Semua Ketua Panitia
Guru-guru Matapelajaran
4. Ceramah/Motivasi : En. Paramasivam a/l Velaudan
Pendedahan/Pentarbiyah En. Azmi b. Abdul Aziz
5. Lawatan Ilmu : Pn. Normala bt. Kasdanon

6.0 TARIKH PERLAKSANAAN

Program ini akan dilancarkan pada bulan Jun iaitu pada 20 Jun 2011.
Hadiah akan disampaikan pada Hari Kecemerlangan 2011

7.0 KEWANGAN

Ibu bapa
PIBG
Sumbangan
PCG

KOS PERBELANJAAN

1. Ceramah/Bengkel/Teknik Menjawab RM120 x 28 orang =RM3360.00


2. 2 Lawatan Ilmu (PMR & SPM) = RM2000.00
3. Modul RM200x 28 subjek = RM5600.00

JUMLAH =RM10, 960.00


7.0 PENILAIAN

Kejayaan program ini adalah terletak kepada komitmen dan kesungguhan setiap warga
sekolah melaksanakannya dengan betul dan konsisten. Petunjuk Prestasi adalah berdasarkan
peningkatan pencapaian pelajar dalam setiap peperiksaan. Kejayaan seterusnya akan dapat
dilihat melalui peningkatan GPS dan bilangan pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam
peperiksaan awam iaitu PMR dan SPM.

Disediakan oleh:
Hjh. Rosiah bt. Hasan
Setiausaha
Jawatankuasa Program Lonjakan Saujana
SMK Taman Tuanku Jaafar
2011

You might also like