You are on page 1of 5

SK METHODIST (ACS)

32000 SITIAWAN
PERAK DARUL RIDZUAN

KERTAS KERJA

MAJLIS PERJUMPAAN IBU


BAPA/PENJAGA MURID TAHUN 1 DAN
KEM PENGENALAN LINUS UNTUK
MURID TAHUN 1 2018
TUJUAN

Kertas kerja ini disediakan sebagai makluman dan kelulusan pihak sekolah untuk mengadakan
majlis perjumpaan ibu bapa/penjaga murid tahun 1 berkaitan dengan Program LINUS

MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memberi penerangan kepada semua ibu bapa / penjaga
mengenai Program LINUS yang akan dihadapi oleh semua murid-murid tahun 1 serta
mengesan tahap penguasaan murid berdasarkan 12 konstruk LINUS.

OBJEKTIF

Objektif utama perjumpaan ini ialah:


1. Memberi penerangan kepada ibu bapa tentang apa itu LINUS dan Pemulihan.
2. Mendapat kerjasama AKTIF dan PENUH para ibu bapa/ penjaga untuk turut sama
membimbing anak- anak membaca, menulis dan mengira di rumah.
3. Mengumpul maklumat tentang tahap penguasaan 3M anak-anak (yang dikenalpasti
melalui pendidikan tadika atau prasekolah) dan permasalahan murid yang
menyebabkannya gagal menguasai 3M (JIKA BERKENAAN).
4. Memberi penerangan kepada ibu bapa tentang Program Outreach dan pentingnya
kerjasama ibu bapa dalam memastikan kelangsungan pendidikan bagi anak-anak
yang dikesan mempunyai masalah untuk menguasai kesemua 12 konstruk LINUS.
5. Menerangkan tentang ciri-ciri Murid Bekeperluan Khas dan kaedah pendidikan
yang bersesuaian dengannya.
6. Mendapatkan sokongan ibu bapa dalam membantu pihak sekolah untuk
menghapuskan buta 3M sebelum memasuki tahap 2 .

SASARAN
Semua ibu bapa dan murid tahun 1 2018.

CADANGAN MASA PELAKSANAAN


Hari : Sabtu

Tarikh : 6 Januari 2018

Tempat : Dewan SK Methodist (ACS) Sitiawan

Masa : 8.30 – 12.00 tengahari


SENARAI PENCERAMAH

1. En. Gunalan a/l Raja Girudran, Pegawai Fasilinus PPD Manjung__


2. Pn. Rosiah Binti Arif ,Pen. Kanan Pendidikan Khas, SMK Seri Samudera

TENTATIF PROGRAM (IBU BAPA)

MASA AKTIVITI
8.30 pg Ketibaan dan Pendaftaran Ibu Bapa
9.00 pg Jamuan Ringan
9.30 pg Ucapan pengerusi
9.40 pg Bacaan Doa
9.45 pg Ucapan Tuan Guru Besar
10.10 pg Taklimat Fasilinus mengenai LINUS & Pemulihan Khas
10.50 pg Taklimat Guru Pendidikan Khas
11.30 pg Sesi soal jawab / Penyerahan Borang Soal Selidik
12.00 pg Bersurai

TENTATIF PROGRAM ( MURID TAHUN 1 )

MASA AKTIVITI
8.30 pg Ketibaan murid - masuk mengikut kelas
9.00 pg Literasi Bahasa Melayu

10.00 pg Literasi Bahasa Inggeris


10.00-
Jamuan Ringan / Rehat
10.30 pg
10.30 pg Numerasi

11.30 pg Penandaan dan Rumusan Guru Kelas


12.00 pg Bersurai

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS

Pengerusi : En Ismail Bin Nayan


(Guru Besar)
Timbalan Pengerusi : En. Abdul Hamid Bin Shufaat
(Penolong Kanan Pentadbiran)
Naib Pengerusi 1 : Pn. Rohaida Binti Husaini
(Penolong Kanan HEM)
Naib Pengerusi 2 : Pn. Norliyana Chan Bt Abdullah
(Penolong Kanan Kokurikulum)
Naib Pengerusi 3 : En. Abdul Hamid Bin Abdul Manap
(Penolong Kanan Petang)
Penyelaras : Pn. Zulani Bt Zakaria ( Penyelaras LINUS)
Pen. Penyelaras : Pn. Tok Hea Ling (Numerasi)
: Pn. Faridatul Zuraida Bt Hassan (LBM)
: Pn. Hamidah Binti Sharaai (LBI)
Pengacara : En. Zulkafli Bin Zainal Abidin
AJK Brosur : Pn. Norshamimah Binti M. Yusof
AJK Siaraya / Persiapan tempat : En. Chin Han Wei
AJK Makanan : Pn. Hjh Kamariah Binti Kasim
Pn.Fadzillah Binti Yahaya
Penyambut tetamu : Pn. Phua Hui Shian
Juru Foto / Banner : Pn. Sh. Nurliyana Binti Sy. Nasir
: Suhaila Binti Sahak
Guru Kelas : 1DLP1 – Pn. Tok Hea Ling
- Pn Nor Rashida
- 3 ahli Tim SARANA

1DLP2 – Cik Joanna Sharon


- Pn Yun Rafidahanim
- 3 ahli Tim SARANA

1DLP3 – Cik Yogambikai


- Cik Logesvari a/p Govindasamy
- 3 ahli Tim SARANA

1AI – En. Ahmad Tarmizi B Ahmad


- Pn Malliga a/p Muniandy
- 3 ahli Tim SARANA

1A2 – Pn Nor Azimi


- Pn. Hamidah Bt Sharaai
- 3 ahli Tim SARANA

1A3 – Pn. Faridatul Zuraida Binti Hassan


- Pn. Najibah Bt Ghasali
- 3 ahli Tim SARANA

ANGGARAN KEWANGAN

Bil Perkara Kos & Bil Jumlah (RM) Sumber


1 Banner 1 x RM70.00 70.00
2 Makanan murid 132 x RM2.00 264.00
3 Jamuan VIP / Guru 30 x RM 5.00 150.00
4 Makanan Ibu Bapa 132 x RM 2.00 264.00
5 Cenderahati 2 x RM30 90.00
Penceramah
JUMLAH RM 838.00
SUMBER KEWANGAN

1) PIBG
2) Panitia Bahasa Malaysia
3) Panitia Matematik
4) Panitia Bimbingan & Kaunseling

KEPERLUAN PERALATAN

1) LCD - mohon pinjaman daripada bilik komputer

2) Skrin Projektor - mohon pinjaman daripada bilik komputer

PENUTUP

Adalah diharapkan agar kertas kerja ini diluluskan untuk membanteras buta 3M di sekolah dan
sekaligus menegaskan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengatasi masalah literasi dan
numerasi. Komitmen semua pihak adalah diharap untuk memastikan program ini berjaya selaras
dengan sasaran NKRA. Kerjasama semua pihak didahulukan dengan ribuan terima kasih.

Disediakan Oleh, Disemak Oleh, Diluluskan Oleh,

........................... .......................... ..........................


(ZULANI BINTI ZAKARIA) (EN.ABDUL HAMID B ABDUL MANAP) (EN.ISMAIL BIN NAYAN)
Penyelaras LINUS, PK Petang, Guru Besar,
SK Methodist (ACS) Sitiawan SK Methodist (ACS) Sitiawan, SK Methodist (ACS) Sitiawan,

Tarikh: Tarikh: Tarikh:


.