You are on page 1of 5

TEKS PENGACARA MAJLIS

KOLEJ VOKASIONAL SULTAN ABDUL SAMAD, BANTING SELANGOR

SEMPENA
BENGKEL OBE DAN CLORR / PLORR
26 OKTOBER 2018 / JUMAAT

______________________________________________________________________

Bismillahirrahmannirrahim.

Yang Berusaha:

Pn. Hjh. Norhayati Binti Ab Wahab


Pengarah Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad
Pn. Hjh. Ruzahriah Binti Hj. Telimik
Timbalan Pengarah Akademik

Pn. Hjh. Hasnah Binti Yusof

Ketua Jaminan Kualiti

Tn. Hj. Abdul Halim Bin Jamji

Timbalan Pengarah Sokongan Akademik

Ketua-ketua Jabatan

Ketua – ketua Program

Kaunselor

Dan pensyarah – pensyarah yang dihormati.


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam OBE.

1. Terlebih dahulu, marilah kita bersama-sama memanjatkan setinggi-tinggi

kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T atas limpah kurnia-Nya dapat kita bersama-

sama hadir pada Bengkel OBE dan CLORR / PLORR yang berlangsung pada

hari ini. Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada penceramah pada hari ini

iaitu Tn. Hj. Ali Bin Mohamad Noor yang sudi meluangkan masa bagi membantu

berkongsi ilmu dan menjayakan bengkel pada hari ini.


2. Sebelum itu, bagi merestui bengkel pada hari ini, majlis menjemput Ust. Jaini

Bin Saiman bagi bacaan doa. (Doa dibacakan)


3. Amin…amin….ya rabbal al amin.. terima kasih kepada Ust. Jaini Bin Saiman

atas bacaan doa sebentar tadi


4. Bagi menyempurnakan majlis, kita menjemput Pn. Hjh. Norhayati Bt. Ab Wahab,

Pengarah Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad bagi menyampaikan sepatah

dua kata dan merasmikan bengkel OBE dan CLORR/PLORR


***UCAPAN PENGARAH***
5. Terima kasih Pn. Hjh. Norhayati Binti Ab Wahab. Moga dengan apa yang

disampaikan sebentar tadi dapat memberi sedikit sebanyak manfaat dan

motivasi dalam melaksanakan OBE dan CLORR/PLORR di peringkat kolej ini.

6. Bagi penyampaian cenderamata, dijemput (TPA) Pn. Hjh. Ruzahriah Binti Hj.

Telimik dan (KJK) Pn. Hjh. Hasnah Binti Yusof mengiringi (Pengarah) Pn. Hjh.
Norhayati Binti Ab Wahab kehadapan bagi majlis penyampaian cenderamata

kepada Tn. Hj. Ali Bin Mohamd Noor. Dipersilakan Tn. Hj. Ali Bin Mohamd Noor

kehadapan.

***PENYAMPAIAN HADIAH***

7. Terima kasih diucapkan.

8. Sebelum bengkel ini bermula, sukalah saya menyampaikan serangkap


pantun:

SEJAMBAK BUNGA DARI TAMAN,


UNTUK PENCERAMAH KAMI HADIAHKAN
ILMU DAN PESANANMU JADI PEDOMAN
MELAKSANA OBE UNTUK KEJAYAAN.

9. Dengan ini majlis menjemput Tn. Hj. Ali Bin Mohamad Noor menyampaikan
ceramah.

*** Bengkel bermula***

10. Alhamdulillah. Dengan perkongsian ilmu pada hari ini dapat membantu kami

warga Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad melaksanakan OBE dan

CLORR/PLORR dalam proses Pembelajaran dan pengajaran. Dengan ilmu ini


juga, kita dapat memenuhi kehendak MQA dan memperkasakan pendidikan

Teknikal dan Vokasional melalui pelaksanaan program yang berkualiti.

11. Dengan penyampaian ceramah itu tadi maka berakhirlah bengkel OBE dan

CLORR/PLORR pada hari ini.

Sekian, terima kasih.

Wabilahi Taufik Walhidayah Wasalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Serba sedikit berkenaan dengan OBE. OBE atau Outcomes Based Education adalah

satu proses pendidikan. Ianya menumpukan kepada mencapai sesuatu hasil

pembelajaran yang ditetapkan. OBE menekankan kepada pembelajaran pelajar dengan

menggunakan pernyataan hasil pembelajaran yang jelas untuk memudahkan pelajar

mengetahui dan memahami tentang jangkaan hasil yang perlu mereka capai iaitu

(CLORR/PLORR). Ianya dapat menyediakan aktiviti pembelajaran tertentu dengan

tujuan untuk membolehkan pelajar mencapai semua hasil pembelajaran yang

dirancangkan. OBE juga dapat menilai tahap pencapaian pelajar berbanding kriteria

penilaian yang telah ditetapkan secara jelas dan berkesan (Assessment).


(PENUTUP)