You are on page 1of 5

ISI KANDUNGAN

1.0 Laporan Majlis Anugerah Kecemerlangan HEM, Sukan dan Kokurikulum

2.0 Kertas Kerja

3.0 Gambar

4.0 Notis Mesyuarat & Kehadiran

5.0 Buku Program

6.0 Contoh Sijil

7.0 Surat Jemputan

8.0 Surat Memohon Sumbangan

9.0 Pelan Majlis dan Senarai Sapaan

10.0 Borang Tokoh

1 | Dokumentasi Majlis Anugerah Kecemerlangan Sukan, HEM dan Kokurikulum


LAPORAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN HEM, SUKAN & KOKURIKULUM
SMK BANDAR BANTING, PERSIARAN MAJLIS,
42700 BANTING, SELANGOR

Tarikh : 27 September 2018 hingga 28 September 2018


Hari & Masa : Khamis (3.00 – 5.30 petang) dan Jumaat (8.00pagi – 12.00 tengahari)
Tempat : Dewan Bestari, SMK Bandar Banting

1. PENGENALAN
Hari Anugerah Kecemerlangan HEM, Sukan & Kokurikulum merupakan agenda tahunan
unit HEM dan Kokurikulum sekolah bagi menghargai sumbangan guru-guru dan pelajar-
pelajar yang telah melibatkan diri secara aktif di pelbagai peringkat. Usaha ini diharap dapat
menyuntik semangat individu yang terlibat untuk meneruskan lagi penglibatan dalam
aktiviti HEM, dan kecemerlangan sukan & kokurikulum di sekolah mahupun di luar
persekolahan. Di samping itu, anugerah ini akan membuka mata pelajar-pelajar yang kurang
berminat dengan aktiviti HEM dan kokurikulum untuk berubah ke arah yang lebih positif.

2. OBJEKTIF
2.1. Memberi penghargaan kepada para guru dan pelajar yang telah memberi sumbangan
yang aktif kepada aktiviti HEM dan bidang sukan & kokurikulum di sekolah.
2.2. Memberi anugerah kepada para pelajar yang telah mencapai tahap yang
memberangsangkan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan mahupun
antarabangsa
2.3. Mengiktiraf kelab dan persatuan, sukan dan permainan dan unit uniform yang berjaya
menjalankan aktiviti dengan aktif dan berkesan
2.4. Menyuntik semangat di kalangan pelajar yang lain supaya aktif dalam aktiviti HEM dan
bidang sukan & kokurikulum
2.5. Menyediakan modal insan yang seimbang bagi memenuhi matlamat falsafah
pendidikan negara.

3. PENILAIAN PROGRAM
3.1. KEKUATAN
3.1.1. Bahagian Pemilihan Penerima Anugerah
i. Jumlah ahli panel pemilih untuk Anugerah Sukan dan Kokurikulum
mencukupi dan mengikut guideline yang telah ditetapkan.

3.1.2. Bahagian Pendaftaran


i. Senarai nama yang disediakan di kaunter pendaftaran sama dengan
senarai yang diberi kepada Pengerusi Majlis dan Pengurus Peserta. Ini

2 | Dokumentasi Majlis Anugerah Kecemerlangan Sukan, HEM dan Kokurikulum


sangat membantu kelancaran majlis kerana memudahkan AJK bertugas
mengenalpasti penerima-penerima anugerah yang tidak hadir.

3.1.3. Bahagian Sijil & Hadiah


i. Penggunaan fail sijil sangat bersesuaian dan perlu diteruskan

3.1.4. Bahagian Buku Program


i. Buku program yang disediakan sesuai dengan keperluan majlis, padat dan
penuh informasi.

3.1.5. Bahagian Pengurus Peserta


i. Susunan penerima anugerah (pelajar) berjalan lancar.

3.1.6. Bahagian Hadiah


i. Pelajar sangat gembira dengan hadiah-hadiah yang disediakan walaupun
tanpa hadiah yang mahal. Pemberian hadiah akan diteruskan.

3.1.7. Bahagian Persembahan


i. Gimik yang dipersembahkan ringkas tetapi sangat menarik.
ii. Pelajar yang membuat persembahan nyanyian dan nasyid mengenakan
baju unit beruniform KRS dan Puteri Islam dan ini dilihat sangat menarik
dan menimbulkan kelainan dari majlis-majlis lain dan mendapat pujian dari
Perasmi.

3.2. KELEMAHAN
3.2.1. Bahagian Pemilihan Penerima Anugerah
i. Panel Penilai untuk Penerima Anugerah HEM perlu ditambah untuk
memudahkan pemilihan dan penetapan guideline pemilihan.
ii. Ada pelajar yang mempertikai anugerah tokoh unit uniform namun,
merujuk kepada guideline yang ditetapkan, penerima anugerah bukan
sahaja dinilai dari segi pencapaian semata-mata tetapi turut mengambil
kira faktor kepimpinan.

3.2.2. Bahagian Pendaftaran


i. Surat jemputan yang disediakan kepada para penerima anugerah tidak
menyatakan bidang anugerah yang diperolehi oleh pelajar samada Sukan,
Unit Uniform, Ko-akademik atau HEM. Pelajar terpinga-pinga apabila ingin
menandatangani borang pendaftaran mengikut klasifikasi jenis anugerah.
AJK Jemputan hendaklah diwujudkan pada tahun hadapan untuk
membantu urusan surat jemputan dengan memasukkan jenis anugerah
didalam surat jemputan.

3 | Dokumentasi Majlis Anugerah Kecemerlangan Sukan, HEM dan Kokurikulum


3.2.3. Bahagian Mengemas Tempat
i. Kekurangan kerusi di bahagian stor untuk disusun di Dewan Bestari
menyebabkan kerusi-kerusi banquet perlu dibawa turun dari Bilik Seminar
di aras 2.
ii. Kekurangan kerusi untuk guru-guru menyebabkan tiada tempat duduk
untuk guru-guru dan membuatkan ramai guru tidak menyedari nama
dipanggil untuk menerima anugerah.
iii. Susunan Dewan diubah berbanding pelan asal kerana mengikut protokol
majlis rasmi. Namun susunan tersebut sedikit sebanyak membantutkan
kelancaran majlis.

3.2.4. Bahagian Sijil & Hadiah


i. Sijil yang diterima dari syarikat pencetak agak kurang berkualiti. Tempahan
seterusnya perlu dibuat berdasarkan sampel yang dihantar ke sekolah
bukan menerusi sistem pesanan telefon.
ii. Hadiah untuk guru-guru juga perlu disediakan.

3.2.5. Bahagian Jamuan


i. Ada kesilapan menu oleh penyaji makanan disebabkan pertindihan 2
program di sekolah. AJK Jamuan mungkin boleh sentiasa berkomunikasi
dengan penyaji makanan untuk mengelakkan kesilapan.

3.2.6. Bahagian Buku Program


i. Ada kesilapan pada ejaan nama perasmi dan jawatan perasmi namun
sempat ditukar pada hari kejadian untuk Buku Program VIP.
ii. Ada kesilapan susun atur mukasurat – mukasurat Pengenalan di bahagian
belakang dan mukasurat Autograf di bahagian hadapan. Perlu disemak
sebelum diperbanyakkan

3.2.7. Bahagian Pengurus Peserta dan Floor Manager


i. Ramai guru-guru yang tidak menyedari nama dipanggil untuk anugerah
kerana perubahan saat akhir dari segi susunan masa penerimaan anugerah.

3.2.8. Bahagian Persembahan


i. Dendangan 2 nasyid dilihat memakan masa yang agak lama. Alunan 1 lagu
sahaja mungkin sudah mencukupi di masa-masa yang akan datang.

3.3. CADANGAN
3.3.1. Ahli panel pemilih anugerah Unit HEM perlu ditambah dan disertakan dengan
guideline yang lengkap.

4 | Dokumentasi Majlis Anugerah Kecemerlangan Sukan, HEM dan Kokurikulum


3.3.2. AJK Jemputan perlu diwujudkan dan klasifikasi anugerah yang diterima pelajar
perlu dinyatakan didalam surat jemputan.
3.3.3. Pembelian kerusi plastik tambahan untuk Dewan Bestari perlu dilakukan untuk
memastikan tiada kerusi-kerusi bilik khas yang terpaksa dibawa turun.
3.3.4. Pembelian set sofa single-seater perlu dibuat bagi memudahkan susunan ruang
duduk VIP.
3.3.5. Lakaran Susunan Dewan perlu dibincangkan dengan lebih awal bersama AJK
Protokol.

4. PENUTUP
Hari Anugerah Kecemerlangan HEM, Sukan & Kokurikulum bukan sahaja memberi
peluang kepada pihak sekolah untuk menghargai sumbangan guru-guru dan pelajar-pelajar
yang telah melibatkan diri secara aktif di pelbagai peringkat bahkan dapat memberi
dorongan kepada semua pelajar dan guru untuk meneruskan kecemerlangan di masa-masa
yang akan datang.

Di sediakan oleh ,

………………………………………..
(NORSHAFIZA BINTI SHAFIE)

Disahkan oleh,

………………………………………..

5 | Dokumentasi Majlis Anugerah Kecemerlangan Sukan, HEM dan Kokurikulum