1.

0

Pendahuluan Kaunseling adalah berasal daripada perkataan Inggeris iaitu counseling. Kaunseling

merupakan satu bidang sains perlakuan terapan Kaunseling adalah hubungan peribadi bersemuka antara dua orang, seorang adalah kaunselor dan seorang lagi adalah kaunseli atau klien. Kaunselor, melalui perhubungan ini dengan menggunakan kemahiran khususnya, menyediakan satu situasi atau suasana, apabila kaunseli (seorang yang normal dari segi mental) dibantu memahami masalah dirinya, memahami situasi semasanya serta kemungkinan situasai masa hadapannya, supaya dia dapat menggunakan sifat-sifat peribadinya dan potensinya dengan cara memuaskan dirinya dan memberikan faedah kepada masyarakat. dan selanjutnya dan mempelajari cara-cara menyelesaikan masalah dan memenuhi keperluanya pada masa akan datang. Perkhidmatan kaunseling ialah perkhidmatan peribadi yang diadakan bagi membantu insan dalam menangani permasalahan yang berlaku ke atas mereka. Kaunseling juga berperanan sebagai satu tempat dimana seseorang yang bermasalah membuat rujukan bagi menangani masalah kehidupan dalam seharian. Mereka cuba untuk menyelesaikan masalah tersebut jadi sebagai kaunselor yang mempunyai pengetahuan sepatutnya mereka menjadi penasihat atau pembimbing kepada insan yang memerlukan bantuan ini dengan memberi mereka cadangan atau membantu mereka dalam mencari masalah mereka tadi. penyelesaian sendiri mengenai

2.0

Pengenalan Kanak-kanak khas memerlukan bimbingan dan asuhan yang lebih berbanding murid-

murid normal di sekolah. Seorang guru pendidikan khas perlu mempunyai kemahiran khas dan ilmu yang mendalam dalam bidang mereka agar segala bentuk panduan, bimbingan serta bantuan dapat diberikan khususnya kepada kanak-kanak khas ini agar mereka dapat menjalani kehidupan seperti kanak-kanak normal. Tinjauan telah dibuat ke beberapa buah sekolah pendidikan khas integrasi di sekitar bandaraya Ipoh. Kebanyakkan sekolah integrasi pendidikan khas masalah pembelajaran yang sempat dilawati antaranya SK Coronation Park, SK Tambun, SK Raja Chulan dan SK Sungai Rokam. Saya memilih SK Sungai Rokam untuk saya kaji tentang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang dijalankan kepada murid-murid pendidikan khas masalah pembelajaran. Temubual telah dibuat dengan kaunselor khas sekolah berkenaan, dan maklumat-maklumat berikut telah berjaya dikumpulkan. 2.1 Sejarah Am Sekolah

Sekolah Kebangsaan Sungai Rokam dibina dalam tahun 1988. Sekolah ini terletak dalam daerah Kinta, Perak Darul Ridzuan. Lokasi sekolah berada dalam sebuah kampung melayu Sungai Rokam. Jarak dari bandaraya Ipoh ialah kira-kira 3 km. Jumlah murid secara keseluruhan ialah lebih daripada seribu orang. Oleh kerana bilangan kelas yang tidak mencukupi, dua sesi persekolahan diwujudkan iaitu sesi persekolahan pagi dan sesi persekolahan petang.

Menurut . Sekolah integrasi Pendidikan Khas SK Sungai Rokam mula ditubuhkan dalam tahun 2004. Ipoh ( dipetik daripada googlemaps ) 2. Seorang guru dilantik sebagai kaunselor dari kalangan guru yang mengajar di sekolah pendidikan khas ini. Pada peringkat awal peranan unit ini hanya sebagai memberi khidmat sokongan kepada pentadbir berkaitan perjalanan pentadbiran sekolah pendidikan khas ini. bilangan murid khas yang belajar di sekolah ini adalah kira-kira 24 orang. Tinjauan secara lebih jelas berdasarkan temuramah yang dibuat bersama dengan penyelaras program pendidikan khas masalah pembelajaran sekolah ini mendapati bahawa kebanyakkan kategori murid keperluan khas di sekolah ini adalah daripada kalangan µ slow learner µ Penubuhan Unit Bimbingan Kaunseling sekolah ini dibuat pada tahun 2007. terencat akal.1 Sejarah Penubuhan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. autisme. lembam. Jumlah pelajar khas pada sesi persekolahan 2009 adalah seramai 56 orang.Peta menunjukkan lokasi SK Sungai Rokam. Penubuhan unit bimbingan dan kaunseling sekolah ini adalah selaras dengan saranan daripada Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara agar murid-murid khas turut dibantu sama seperti murid-murid normal. Pada peringkat awal penubuhan sekolah ini. Kategori pelajar khas dari sekolah ini adalah terdiri daripada pelbagai masalah pembelajaran seperti sindrom-down.

KANAN KO-KURIKULUM KAUNSELOR SEKOLAH SELAMAT UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING Setiausaha Kaunselor Ahli Jawatankuasa Tenaga Pengajar Program Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran KELAB KAUNSELING PEMBIMBING RAKAN SEBAYA .maklumat yang diperoleh. 2. KANAN H. kaunselor yang dilantik oleh pentadbir sekolah adalah dari guru yang mempunyai pengetahuan serba sedikit berkaitan bimbingan dan kaunseling.E.2 Struktur Organisasi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling GURU BESAR GURU PEN. KANAN PENTADBIRAN GURU PEN.M GURU PEN.

tidak mungkin para guru mengharapkan perubahan tingkah laku yang ketara seperti murid-murid normal.pelajaran.3 Tujuan dan Matlamat Kaunseling Bimbingan dan Kaunseling mempunyai matlamat khusus untuk para kliennya.tidak berdisiplin dan lain-lain. Hasil temubual dengan kaunselor berkenaan mendapati bahawa tujuan dan matlamat kaunseling di sekolah pendidikan khas SK Sungai Rokam ini hanyalah berkisar kepada memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada murid-murid khas ini. Matlamat utama bimbingan dan kaunseling ialah perubahan tingkah laku. bijak membuat keputusan dan pengembangan potensi. Latar belakang mereka yang tidak sama dengan murid-murid normal dari segi pemikiran dan keupayaan intelek. .kemudahan dan pengalaman yang selaras dengan kemampuan dan potensi pelajar - Memberi perkhidmatan pencegahan iaitu mengelakkan pelajar daripada terlibat dalam perbuatan salah laku.2. meningkatkan mutu perhubungan. Secara amnya antara tujuan dan matlamat Unit Bimbingan Dan Kaunseling sekolah pendidikan khas adalah seperti berikut : - Memberi perkhidmatan bersifat membaikan dan memulihkan atau mengorientasikan pelajar yang menghadapi masalah peribadi.kerjaya dan sosial agar mampu menghadapi atau mengatasi masalah-masalahnya . pengurusan diri. - Memberi perkhidmatan kaunseling kepada pelajar yang memerlukan Memberi perkhidmatan penyuburan dan penghayatan yang meliputi semua aspek perkembangan pelajar dengan menyediakan peluang.

mengawal selia aktiviti kemahiran belajar untuk semua murid.menyedia. . Antara tugas guru kaunselor yang dikenalpasti adalah seperti berikut : - Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.3 Tugas-tugas Guru Kaunselor Maklumat yang diperolehi daripada kaunselor berkenaan.melaksana. Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan & Kaunseling Kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang merangsang perkembangan murid secara optimum. Mengumpul. mendapati bahawa tugas guru kaunseling sekolah pendidikan khas tidak jauh bezanya dengan kaunselor sekolah aliran perdana. - Mengenalpasti keperluan Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan soal selidik. Merancang.guru. Merancang.kakitangan sekolah. melaksana dan mengawalselia Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling individu secara professional dan beretika.menyebar maklumat Bimbingan & Kaunseling kepada semua pelajar melalui sebarng media yang sesuai. Merancang. temu bual dan perbincangan dengan murid. Bezanya ialah cara guru itu mengaplikasikannya dengan murid-murid khas yang berbeza dengan murid-murid normal.pentadbir. mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar.2.ibu bapa dan bekas pelajar.

Faktor-faktor penting mengenai produk. maklumat mengenai pekerja dan klien boleh didapatkan melalui fail-fail yang disimpan secara sistematik. kecil atau besar adalah memerlukan penyimpanan rekod yang baik untuk rujukan di kemudian hari. Data dan maklumat murid dikumpul secara manual terlebih dahulu. Bilik kaunseling kelompok dilengkapi dengan kemudahan kerusi dan meja yang disusun secara berhadapan dalam bentuk bulatan.4 Kemudahan Bilik Kaunseling / Peralatan Kemudahan bilik kaunseling yang terdapat di sekolah ini terdiri daripada kemudahan asas yang biasa terdapat di unit-unit bimbingan kaunseling sekolah aliran perdana. Setiap organisasi sama ada berbentuk perniagaan atau profesional. papan lembut. carta organisasi. Antara kemudahan yang terdapat di unit bimbingan kaunseling sekolah integrasi pendidikan khas ini seperti bilik kaunseling individu dan kaunseling kelompok. . Guru data akan mengisi maklumat yang dikumpul ke dalam sistem data secara berkomputer iaitu Sistem Maklumat Murid ( SMM ).5 Sistem Fail Sistem Fail adalah sebahagian daripada Pengurusan Rekod yang melibatkan urusan penyusunan dan penyimpanan mengikut klasifikasi rekod supaya mudah dikesan dan diperoleh dengan cepat apabila dikehendaki. fail sokongan dan fail arkib. data statistik. Terdapat tiga buah fail yakni fail utama. Bagi sekolah pendidikan khas masalah pembelajaran SK Sungai Rokam ini. Peralatan lain yang terdapat seperti rak fail. Fail utama mengandungi maklumat utama berkaitan pengurusan dan pentadbiran unit bimbingan dan kaunseling. papan putih. Ibubapa murid atau waris mereka akan mengisi maklumat dalam Borang Maklumat Murid ( BMM ). Fail arkib meliputi dokumen-dokumen lima tahun lepas yang disimpan sebagai dokumen lama. Fail sokongan mengandungi perkara-perkara yang berkaitan dengan maklumat tentang pelaksanaan kaunseling individu dan kaunseling kelompok.2. komputer riba dan projektor lcd. sistem fail adalah diurus secara sederhana sahaja. 2.

2.6 2. Melalui temuramah dengan kaunselor sekolah berkenaan.7 Cara-Cara Mendapatkan Klien. Carta di bawah menunjukkan cara-cara mendapatkan klien. CARTA ALIRAN PROSES PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING Ambil borang Permohonan Temujanji di kaunter Borang Hantar kepada kaunselor untuk Dapatkan tarikh dan masa temujanji Kaunselor hantar surat jemputan kepada Pelajar melalui guru Mengadakan sesi bimbingan dan kaunseling Individu atau Kelompok Pengesahan Kaunselor kepada Guru Mata Pelajaran / Kelas setelah habis sesi Laporan sesi kepada pentadbir(sulit) (jika perlu) . cara mendapatkan klien tidak seperti cara yang digunakan di unit bimbingan dan kaunseling sekolah aliran perdana.

penjelasan nilai. 2.8 Perkhidmatan-Perkhidmatan Kaunseling Perkhidmatan kaunseling yang disediakan di sekolah khas ini lebih menjurus kepada perkhidmatan kaunseling tunjuk ajar yang meliputi kepada guru mengadakan kelas untuk mengajar perkara-perkara berkait dengan penilaian kendiri. Perkhidmatan ini berkaitan dengan kaunselor mengadakan hubungan dengan penjaga murid-murid sebagai tujuan mendapatkan maklumat berkaitan latar belakang murid-murid khas ini secara lebih mendalam. Tidak mungkin murid berkeperluan khas yang menghadapi masalah akan mengambil borang untuk membuat temujanji dengan kaunselor. Latar belakang murid khas tidak sama dengan murid normal. Kaunselor terpaksa mendapatkan maklumat murid bermasalah melalui pemerhatian atau rujukan kepada guru kelas atau guru mata pelajaran. ianya sesuai bagi sekolah aliran perdana tetapi tidak dapat dilaksanakan bagi sekolah pendidikan khas. Tujuan membina . kemahirankemahiran berkomunikasi. membuat keputusan dan bimbingan berkaitan pengurusan diri apabila murid-murid khas meningkat dewasa. Secara khususnya bentuk kaunseling yang diadakan di sekolah ini berbentuk kaunseling individu yang lebih menjurus kepada bentuk bimbingan. menghadapi masalah.Tindakan Susulan Jika dilihat daripada carta aliran di atas tentang cara-cara mendapatkan klien. Kaunselor di sekolah khas kebiasaanya akan lebih peka terhadap masalah yang dihadapi oleh murid-murid khas ini. 2. Perkhidmatan lain yang berkaitan ialah perkhidmatan konferens dengan ibubapa.7 Jenis-jenis dan bentuk kaunseling yang dijalankan Antara jenis-jenis kaunseling yang disediakan di sekolah pendidikan khas masalah pembelajaran SK Sungai Rokam ini ialah kaunseling individu dan kaunseling kelompok.

0 Kaunseling Individu dan Kaunseling Kelompok Kaunseling secara umumnya dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu kaunseling individu dan kaunseling kelompok.hubungan agar segala permasalahan anak-anak mereka di sekolah dapat di atasi oleh kaunselor apabila maklumat disalurkan oleh ibubapa kepada kaunselor. hanya kaunseling individu dapat dilaksanakan tanpa sebarang proses kaunseling kelompok. Ini disebabkan oleh masalah latar belakang murid yang pelbagai kategori masalah pembelajaran tidak memungkinkan proses kaunseling kelompok dapat dilaksanakan. sedikit sebanyak dapat diperjelaskan tentang keadaan kaunseling individu dan kaunseling kelompok untuk dikaitkan dengan klien yang terdiri daripada murid-murid berkeperluan khas ini. Kaunseling kelompok pula boleh didefinisikan sebagai pengumpulan beberapa orang individu yang berinteraksi serta mempunyai perhubungan psikologi antara satu sama lain. emosi. 3. Melalui penerangan di atas. hormatmenghormati. rohani dan intelek. Menurut Shertzer dan Stone ( 1974 ) kaunseling individu sebagai proses interaksi yang memudahkan kefahaman bermakna mengenai diri dan alam sekitarnya lalu menyebabkan penentuan matlamat-matlamat dan nilai-nilai untuk tingkah laku di masa depan. Menurut maklumat yang diperolehi daripada kaunselor sekolah yang dikunjungi ini. penerimaan. . Perhubungan ini mempunyai ciri-ciri seperti kepercayaan. Kaunseling individu merupakan sesi kaunseling yang dijalankan oleh kaunselor dengan seorang sahaja klien. Menurut Trotzer ( 1977 ). Secara prinsipnya kedua-dua jenis kaunseling ini mempunyai kaedah dan pendekatan yang tersendiri walaupun matlamat akhir adalah sama iaitu untuk membantu murid-murid ke arah perkembangan positif dari segi jasmani. kemesraan. komunikasi dan kefahaman. kaunseling kelompok sebagai perkembangan suatu perhubungan antara individu.

Ibu Ali terpaksa menguruskan Ali setiap hari walaupun Ali sudah berumur 12 tahun. Ali ialah anak ketiga daripada lima adik beradik. Masalah yang dihadapi oleh Ali ialah dia tidak pandai mengurus diri sendiri dengan lebih teratur seperti murid-murid normal. mandi. Lembam ( Slow Learner ) . Hanya Ali dikategorikan sebagai murid bekerperluan khas dalam keluarganya. Ali berumur 12 tahun. Sukar untuk bangun pagi walaupun ianya adalah rutin hariannya untuk ke sekolah. dapatlah dibuat catatan berkaitan masalah berkenaan seperti di bawah : Masalah 1 Jenis Masalah : Tidak Pandai Mengurus Diri Kategori Murid : Huraian Masalah : Ali ( bukan nama sebenar ) belajar di tahun 5 program pendidikan khas masalah pembelajaran.Melalui perbincangan dengan kaunselor tentang masalah yang dihadapi oleh muridmurid bekeperluan khas ini. menyikat rambut dan berpakaian kemas. Ali juga tidak pandai mengurus diri sebelum ke sekolah seperti menggosok gigi. Keadaan ini yang berlanjutan sehingga ke akhir tahun amat membebankan dirinya sendiri serta ahli keluarga ahli.

Masalah yang dihadapi oleh Ahmad ialah dia sukar untuk melelapkan mata semasa tidur. Masalah 3 Jenis Masalah : Sukar Tidur Kategori Murid : Lembam ( Slow Learner ) Huraian Masalah : Ahmad ( bukan nama sebenar ) seorang murid Tahun 6 berumur 12 tahun. Kebetulan Suzy suka dengan kaunselor berkenaan. Keadaan ini berlarutan selama tiga bulan. suka berkhayal dan tidak peka kepada arahan guru. Ahmad sering bercerita tentang latar belakang keluarganya. Kepayahan Suzy bercakap menyukarkan guru berinteraksi dengannya semasa proses pengajaran dan pembelajaran. ini memudahkan proses pelaksanaan sesi kaunseling individu. Sebelum ini Ahmad seorang murid yang aktif di sekolah walaupun dia dikategorikan sebagai murid yang lambat dalam pembelajaran. Suzy hanya mahu bercakap dengan orang yang dia suka atau biasa sahaja. Hobi Ahmad ialah menonton rancangan kartun di rumah.Masalah 2 Jenis Masalah : Sukar bercakap Kategori Murid : Austisme Huraian Masalah : Suzy ( bukan nama sebenar ) merupakan anak sulung daripada tiga adik beradik. . Masalah Suzy dikesan sejak dia bersekolah di tahun satu. Kaunselor telah mengenalpasti masalah Ahmad melalui beberapa siri kaunseling individu. Kesannya Ahmad menjadi murid yang tidak aktif. Suzy amat sukar bercakap terutama dengan orang yang tidak dikenali. Suzy berumur 10 tahun dan belajar di tahun empat sekolah pendidikan khas masalah pembelajaran SK Sungai Rokam ini.

Ini adalah disebabkan oleh latar belakang murid bekerpeluan khas. kes-kes yang terlibat berjaya dirujuk kepada beliau melalui beberapa saluran seperti rujukan penyelaras. Kaunselor dapat mengenalpasti situasi ini setelah Maniam beberapa kali terlibat dengan pergaduhan dengan rakan-rakannya.Masalah 4 Jenis Masalah : Suka bergaduh Kategori Murid : Hyper Aktif Huraian Masalah : Maniam ( bukan nama sebenar ) datang daripada keluarga yang berada. aduan daripada rakan-rakan sebaya dan pemerhatian daripada kaunselor itu sendiri. Ayah Maniam seorang arkitek dan ibunya bekerja di sebuah syarikat swasta. Masalah yang dihadapi oleh Maniam ialah dia tidak pandai berkawan dan sering terlibat dengan pergaduhan sesama rakannya. Tiada langsung rujukan yang dibuat secara sukarela oleh murid itu sendiri. guru mata pelajaran. guru kelas. . Menurut kaunselor yang ditemubual. Keadaan ini memaksa Kaunselor memanggil Maniam untuk menjalani proses kaunseling individu.

Kaunselor berjaya mengenal pasti punca masalah yang dihadapi oleh Ali yang tidak pandai mengurus diri. Cara kaunselor mendapatkan kliennya tidak sama seperti di sekolah aliran perdana. Laporan daripada kaunselor tentang sesi kaunseling yang dilaksanakan merujuk kepada beberapa masalah yang dinyatakan di atas menunjukkan bahawa sesi kaunseling adalah lebih menjurus kepada sesi bimbingan daripada kaunselor itu sendiri dalam menyelesaikan masalah kliennya. Cara ianya dilaksanakan memerlukan pengubahsuaian yang mana pelaksanaannya tidak sama seperti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah aliran perdana. dapatlah dibuat rumusan bahawa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ini sememangnya patut diteruskan serta diperluaskan di semua sekolah pendidikan khas masalah pembelajaran ini. ianya tidak akan berlaku. Jika di sekolah aliran perdana terutama di sekolah menengah. Kaunselor haruslah berusaha membantu klien melihat masalahnya dari pelbagai perspektif dengan menunjukkan sikap hormat terhadap setiap klien tanpa prasangka dan prejudis supaya dapat berkembang untuk menghormati harga diri dan maruah diri klien. kaunselor membantu klien yang mempunyai pelbagai persoalan dalam dirinya. Sesungguhnya.0 Perbincangan dan Ulasan. Puncanya ialah Ali terlalu dimanjakan oleh ibubapanya.4. pemerhatian tentang masalah serta sesi kaunseling individu yang dilaksanakan oleh kaunselor terhadap murid-murid berkeperluan khas ini. Hasil daripada temubual. klien datang berjumpa dengan kaunselor tetapi di sekolah pendidikan khas jika kaunselor mengharapkan kliennya dating sendiri bertemu dengan kaunselor. Kedua ibubapanya tidak yakin terhadap keupayaan Ali untuk mengurus dirinya sendiri. Kaunselor haruslah berkemampuan untuk mengubah perasaan negatif beliau terhadap sesetengah klien supaya klien akan dihormati sebagai seorang individu yang memerlukan bantuan untuk menyelesaikan persoalan dalam hidupnya di samping menunjukkan bahawa kaunseling adalah satu usaha dalam proses memberikan pertolongan. Kaunselor perlu mempunyai cukup maklumat tentang murid bermasalah pembelajaran ini sebelum kaunselor itu sendiri mendapatkan klienya melalui maklumat-maklumat berkenaan. Setelah .

Berdasarkan laporan tentang situasi kaunseling di atas.menjalani beberapa sesi bimbingan dan pertemuan dengan kedua ibu bapa Ali. Punca masalah yang dihadapi ialah keluarga Ali terutama ayahnya suka tidur lewat. kaunselor seharusnya membentuk satu persekitaran atmosfera yang dapat mendorong klien merasakan kebebasan untuk membincangkan persoalan-persoalan yang di bawa bersama secara terbuka. murid-murid khas memerlukan bimbingan yang lebih berbanding golongan murid normal. Dari segi perkembangan sahsiah. Kanak-kanak khas sering mempunyai masalah dalam bidang akademik. Ahmad sukar untuk melelapkan mata. Ibu bapa. motivasi. Tabiat ayahnya yang suka tidur lewat terbawa-bawa oleh Ahmad. menunjukkan bahawa sesi kaunseling bagi murid-murid berkeperluan khas memang patut diteruskan. kaunselor mempunyai tanggungjawab untuk mewujudkan satu perhubungan yang fasilitatif dengan klien sejak dari sesi temuduga yang pertama lagi. Dengan demikian. Masalah ini dapat diselesaikan dalam masa dua minggu. Akibat lewat tidur. Peranan kaunselor adalah membawa perubahan positif dalam diri murid-murid berkeperluan khas ini. Oleh sebab keadaan fizikal atau mental yang kurang upaya mereka sering mengalami masalah perasaan rendah diri yang boleh menyebabkan pelbagai masalah lain wujud. lebih yakin terhadap kaunselor. adik beradik. Kanak-kanak khas memerlukan bimbingan dan asuhan yang lebih berbanding murid-murid normal di sekolah. Ahmad telah diberi bimbingan. Begitu juga masalah yang dihadapi oleh Ahmad yakni sukar untuk tidur. Dalam konteks ini. ahli keluarga yang lain atau kawan-kawan juga boleh merujuk individu yang memerlukan bantuan daripada kaunselor. Dalam erti kata yang lain. Keadaan ini menjejaskan situasi Ahmad semasa berada di sekolah. Kebanyakan rujukan dilakukan dengan . masalah Ali berjaya dikurangkan. Matlamat kaunseling membentuk perhubungan yang fasilitatif adalah bertujuan untuk membantu klien memahami dan menghadapi persoalan hidup yang dihadapinya. jujur terhadap dirinya sendiri dan juga terhadap diri kaunselor serta dapat memahami bahawa kaunselor secara ikhlasnya berhasrat untuk memberikan bantuan kepadanya. klien selalunya dikatakan mempunyai tahap motivasi yang tinggi untuk menjalankan sesi kaunseling. Ayah Ahmad juga sudah dimaklumkan tentang perkara ini. hubungan sosial.

kaunselor boleh mengenal pasti punca-punca setiap isu yang dibawa oleh setiap klien yang dirujuk.menyertakan sekeping surat rujukan ataupun melalui satu laporan yang dibuat secara lisan menerangkan sebab-sebab yang mendorongnya dirujuk untuk mendapatkan manfaat daripada proses kaunseling. beberapa bantuan haruslah diberikan kepada klien atau sumber rujukan dalam usaha mendapatkan bantuan yang bersesuaian Sekiranya ahli adalah tidak berkemampuan menjadi profesional dalam memberikan bantuan kepada seorang klien. kaunselor adalah tidak dibenarkan untuk meneruskan perhubungan menolong. Maklumat tambahan haruslah dikumpul dan dianalisis oleh kaunselor lain bagi setiap kes yang dirujuk oleh sumber rujukan. Kaunselor haruslah memberitahu sumber rujukan tentang apa yang mungkin diharapkan sepanjang proses menolong dalam sesi kaunseling. kaunselor harus menghubungi sumber rujukan yang berkaitan untuk mendapatkan penjelasan berhubung dengan maklumat yang diterima. Ini adalah satu tugas atau tanggungjawab kepada ahli yang mempunyai matlamat berkaitan dengan sumber rujukan supaya berbincang dengan kaunselor tersebut sebelum memulakan proses rujukan. Daripada maklumat yang sedemikian. Walau bagaimanapun. . Sekiranya klien tersebut menolak cadangan rujukan. ahli haruslah mengelak daripada memulakan perhubungan kaunseling atau ahli menamatkan sesi kaunseling. Sekiranya kaunselor mengambil keputusan untuk menolak rujukan tersebut yang biasanya agak rumit. Dalam salah satu daripada situasi tersebut. ahli adalah diwajibkan untuk merujuk klien tersebut kepada seorang kaunselor yang bersesuaian.

. Kaunselor boleh membantu menyelesaikan pelbagai masalah murid-murid khas ini.0 Kesimpulan Kaunseling dapat mewujudkan pembangunan atau perkembangan potensi yang sedia ada. Apakah maksud kaunseling sebenarnya? Sebenarnya definisi Kaunseling adalah suatu proses menolong yang melibatkan interaksi dua hala antara orang yang memberi pertolongan dan orang yang menerima pertolongan dalam suasana yang penuh muhibah. Klien-klien yang berbakat atau berpotensi dapat mengembangkan bakat mereka selepas mendapat nasihat atau tunjuk ajar kaunselor. Sebenarnya peranan kaunselor amat penting walaupun hakikatnya murid-murid khas sukar untuk dikaunselingkan. kesedaran dan saling memahami. Peranan kaunselor sebenarnya amat besar sebagai agen perubahan tingkah laku dan pendekatan diri murid-murid khas ini agar mereka boleh diterima oleh rakan sebaya di sekolah di samping boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran.5.

Gambar-Gambar Sokongan Papan tanda Pendidikan Khas SK Sungai Rokam Blok Pendidikan Khas Papan tanda Visi. Misi. Objektif dan Moto Gambar beberapa murid khas .

Carta Organisasi Unit Bimbingan dan Kaunseling Susunan kerusi untuk proses kauseling kelompok Kerusi tetamu Fail-Fai berkaitan .

Papan Maklumat Unit Bimbingan dan Kaunseling Pintu masuk ke Unit Bimbingan dan Kaunseling .

Bostton: Houghton Miflin. Amir Awang (1987). (1980)..C. Panduan Asas Kaunselor Muslim.BIBLIOGRAFI Shetzer. Ishammuddin Hj. Ismail (1999). Kuala Lumpur.Wan Abdul Kader Wan Ahmad (UKM). Selangor. Selangor. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Serdang. Modul OUM HBEF2203 Bimbingan dan Kaunseling ditulis oleh Dr. Fundamentals of counselling. Aras Mega (M). Sabariah Saran (2003) Teori Kaunseling dalam Perhubungan Menolong (Penerbit Prearson Practice Hall) Petaling Jaya. & Stone.Zainal Abidin Ahmad (OUM) dan Profesor Madya Dr. Othman Mohamad (2000). B. Mizan Abdul Ahmad Ibrahim dan Halimatun Moktar ( 2001 ) Apa dan Bagaimana (Penerbit Fajar Bakti Snd. Sdn. .Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling( Penerbit UPM). Teori-teori kaunseling dan psikoterapi.Bhd. S. Bhd. Shah Alam).

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful