You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK

SK CONVENT BUTTERWORTH
KALI KE 4 2014

TARIKH : 14 OKTOBER 2014
HARI : SELASA
MASA : 12:40 TENGAHARI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SK CONVENT

Kehadiran :
1. En. Mohamad Hazri bin Elias
2. En. Marzilan bin Man
3. En. Suhaidi bin Ibrahim
4. Pn. Normayani binti Abdullah
5. Pn. Norzaini binti Saharee
6. Pn. Hayati binti Ahmad
7. Pn. Noor Faizah binti Mustaffa
8. Pn. Cheoh Jin Jin
9. Pn. Naaimah binti Darus
10. Pn. Rusmawati binti Md Ariffin
11. Pn. Chang Joo Hiang
Tidak hadir :
Pn. Norasyikin binti Mohd Rifin ( bersebab )

Agenda mesyuarat :
1. Ucapan pengerusi
2. Pengesahan minit mesyuarat
3. Melengkapkan perekodan murid offline
4. Peperiksaan akhir tahun
5. Hal – hal berbangkit

1.0 UCAPAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru – guru matematik kerana
dapat hadir untuk mesyuarat panitia matematik kali ke 3
1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa guru – guru harus mempelbagaikan kaedah
pdp supaya dapat menarik minat murid terhadap mata pelajaran matematik.
1.3 Pengerusi juga memaklumkan bahawa guru – guru harus bersedia untuk
dicerap oleh pentadbir sekolah.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1 Minit mesyuarat panitia kali kedua mendapat cadangan pengesahan oleh Puan
Hayati binti Ahmad dan disokong oleh Puan Norzaini binti Saharee
3.0 MELENGKAPKAN PEREKODAN MURID OFFLINE
3.1 Pengerusi memaklumkan kepada semua guru – guru yang mengajar tahun 1
hingga tahun 4 agar melengkapkan modul perekodan murid secara offline
dengan mengisi maklumat – maklumat yang berkaitan dengan lengkap dan
diserahkan kepada penyelaras KSSR sekolah.
3.2 Kepada guru – guru yang belum mempunyai modul perekodan murid , boleh
memuat turun dari laman sesawang lembaga peperiksaan atau boleh
mendapatkan softcopy dari ketua panitia.
3.3 Guru – guru haruslah merujuk kepada penyelaras kssr sekolah cara untuk
mengisi maklumat dalam modul tersebut. Sebarang masalah bolehlah merujuk
kepada penyelaras sekolah atau PK 1.
3.4 Semua guru yang terlibat haruslah melengkapkan modul tersebut dan
diserahkan pada minggu akhir persekolahan bagi membolehkan guru kelas
menyerahkan laporan prestasi murid kepada ibu bapa.
Makluman : semua guru

4.0 PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN.
4.1 Pengerusi memaklumkan bahawa semua guru yang terlibat dalam penyediaan
soalan peperiksaan akhir tahun harus menghantar soalan untuk di cetak
mengikut tarikh yang telah ditetapkan .
4.2 Pengerusi juga memaklumkan bahawa guru – guru harus menghantar markah
peperiksaan kepada guru kelas pada tarikh yang telah ditetapkan selain
mengisi buku analisis peperiksaan panitia .
4.3 Pengerusi memberitahu ,penyediaan soalan haruslah mengikut format yang
telah ditetapkan .
4.4 En. Marzilan menyatakan bahawa format kertas peperiksaan untuk tahun 3
diubah kepada dua bahagian iaitu bahagian A adalah soalan berbentuk aneka
pilihan dan bahagian B adalah soalan berbentuk struktur. Ini adalah kerana
untuk memberi pendedahan kepada murid tahun 3 mengenai format
peperiksaan tahap 2.
Makluman : semua guru

5.0 HAL – HAL BERBANGKIT
5.1 Tiada hal – hal berbangkit yang diusulkan oleh ahli.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1:20 tengahari.
Disediakan oleh : Disahkan oleh :

……………………….. …………………………
( Marzilan bin Man ) ( Encik Mohamad Hazri bin Elias )
Setiausaha panitia matematik Ketua Panitia Matematik
Sk Convent Butterworth Sk Convent Butterworth