You are on page 1of 2

Langkah-Langkah Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Warisan Sejarah

Warisan sejarah amat penting untuk generasi akan datang. Walaupun sejarah agak
membosankan bagi sesetengah orang, adalah amat penting untuk kita mengekalkan warisan
sejarah tersebut. Usaha pengekalan warisan sejarah boleh dilakukan dengan memelihara
dan memulihara bahan-bahan atau perkara-perkara yang berkaitan dengan sejarah.
Pemeliharaan dan pemuliharaan warisan sejarah adalah amat penting kerana melalui
kaedah ini, warisan sejarah akan dapat dikekalkan dan dijadikan bahan pengajaran untuk
generasi akan datang sekiranya mereka berusaha untuk memahami dan mendalami sejarah.
Sesungguhnya, kita tahu pemeliharaan dan pemuliharaan warisan sejarah adalah amat
penting tetapi, apakah langkah-langkah yang sesuai untuk memelihara dan memulihara
warisan sejarah tersebut?

Langkah perdana bagi memelihara dan memulihara warisan sejarah adalah dengan
menjadikan mata pelajaran sejarah sebagai mata pelajaran yang wajib bagi setiap pelajar.
Hal ini demikian kerana pelajar akan dapat belajar serta lebih memahami apa yang telah
berlaku pada negara kita, Malaysia. Selain itu, kaedah ini juga mampu menyedarkan
masyarakat Malaysia terutamanya dari kalangan pelajar tentang kepentingan sejarah untuk
terus diingati oleh semua lapisan masyarakat. Beberapa pengajaran boleh didapati melalui
mata pelajaran sejarah. Antara pengajaran-pengajaran tersebut adalah seperti berhati-hati
dengan kuasa asing sebagaimana yang berlaku pada tanah air kita beberapa tahun lalu yang
telah berjaya dikuasai oleh kuasa asing kerana pihak negara kita yang kurang berwaspada
dengan kuasa asing pada ketika itu. Selain itu, sejarah juga mengajar masyarakat Malaysia
untuk tidak bersikap individualistik sebaliknya lebih bersikap bagai aur dengan tebing. Hal
yang demikian membuktikan betapa pentingnya sejarah untuk dipelajari dan dikekalkan
untuk generasi akan datang,

Seterusnya, menggalakkan penyelidikan tentang cara terbaik untuk menjaga dan


memulihara khazanah bersejarah negara dengan mengadakan peruntukan khas. Contohnya
negeri Kelantan telah menerima anugerah “The Best Tourism City” daripada Kementerian
Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan pada tahun 1990-an. Anugerah seperti ini mampu
menggalakkan masyarakat yang agak bersifat ‘materialistik’ untuk terus memelihara dan
memulihara harta bersejarah negara. Begitu juga di Pulau Pinang. Terdapat beberapa
khazanah yang bersejarah seperti Bangunan Cheong Fatt Tze yang telah dianugerahi Pingat
Unesco Heritage 2000 Award kerana usaha pemeliharaannya. Sebagaimana yang dapat
dilihat masyarakat pada hari ini agak mementingkan kebendaan walaupun sedikit. Dengan
mengadakan peruntukkan khas, pastinya banyak khazanah dan harta bersejarah negara
dapat dipulihara dan dipelihara. Kaedah ini tidak memungkin kerugian negara kerana
melalui kaedah ini khazanah bersejarah yang penting dapat dijaga dan dipulihara.

Sejarah juga boleh dikekalkan dengan mengadakan hari ‘Sejarah Sedunia’ bagi setiap
beberpapa tahun. Hari Sejarah Sedunia perlulah diobjektifkan sebagai hari mengingati
sejarah. Sejarah juga tidak perlulah dijadikan membosankan. Antara kaedah untuk
menjadikan sejarah lebih menarik adalah dengan mengadakan lakonan semula seperti
mengadakan filem atau lain-lain lagi. Filem tersebut perlulah dijadikan menarik dan tidak
terlalu mengikut fakta sejarah. Fakta sejarah memanglah agak penting, tetapi filem yang
terlalu mengikut fakta sejarah kadang-kadang boleh menjadikan filem tersebut agak
membosankan untuk ditonton. Oleh hal yang demikian, penerbit filem perlulah lebih peka
dengan minat semua lapisan masyarakat. Terdapat beberapa lapisan masyarakat yang lebih
berminat dengan cerita-cerita aksi ganas, mendebarkan, suspen dan lain-lain lagi. Melalui
kaedah ini bukan sahaja sejarah yang akan diingati semula malah perfileman negara juga
mampu dibaikpulih. Kaedah ini ibarat menyelam sambil minum kerana dua kerja dapat
dilakukan dalam satu perkara.

Tambahan pula, pengubahsuaian juga boleh dilakukan terhadap bangunan bersejarah


dengan menjadikannya sebagai bangunan muzium yang memaparkan peninggalan dan
sejarah tertentu. Contohnya yang boleh dilihat adalah Muzium Diraja Kedah yang
merakamkan dan memaparkan sejarah susur galur raja-raja yang memerintah negeri Kedah
yang pada dahulunya merupakan Istana Lama Kedah. Pada masa yang sama, ia boleh
dijadikan sebagai tontonan dan panduan generasi muda akan datang menerusi keindahan
seni bina Bangunan Istana Lama Kedah.

Akhir sekali, jika bangunan tersebut masih selamat digunakan, bangunan bersejarah dapat
dijadikan sebagai pusat perniagaan. Pelanggan akan mudah dan lebih tertarik dengan
bangunan bersejarah. Peniaga juga dapat merasai suasana yang unik dan berbeza dalam
berniaga.

https://sunsuria.wordpress.com

You might also like