You are on page 1of 15

Proceeding of IC-ITS 2015 e-ISBN:978-967-0850-07-8

International Conference on Information Technology & Society


8-9 June 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA

Keberkesanan Penggunaan Ict Di Dalam Pengajaran


Dan Pembelajaran Pendidikan Islam
Bagi Sekolah Kebangsaan Desa Pandan Kuala Lumpur
Hasnuddin Bin Ab Rahman, Norfaizuryana Binti Zainal,
Nor Azzarahton Binti Ab Karim

Fakulti Sains Dan Teknologi Maklumat


Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Email: hasnuddin@kuis.edu.my

Abstrak. Penyelidikan ilmiah ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat keberkesanan
pengajaran Pendidikan Islam dengan menggunakan Teknologi Maklumat (ICT) dan juga
mengenal pasti tahap kesediaan fizikal dan mental guru Pendidikan Islam di dalam
mengaplikasikannya di dalam pengajaran dan pembelajaran .Seramai 16 orang guru
Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Desa Pandan (SKDP) telah dijadikan responden bagi
kajian ilmiah ini.Borang soal selidik kajian telah diedarkan bagi melihat tahap keberkesanan
penggunaan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam .Borang soal
selidik ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu Bahagian A (Maklumat diri responden),
Bahagian B (Persepsi terhadap penggunaan ICT), Bahagian C (Tahap literasi komputer ) dan
Bahagian D (Permasalahan yang dihadapi oleh responden). Semua data ini telah dianalisis
menggunakan Statistic Package for Social Science (SPSS) versi 20.0 berdasarkan kekerapan
dan peratusan.

Kata kunci: ICT, Pengajaran dan Pembelajaran, Pendidikan Islam

PENGENALAN

Perkembangan kurikulum yang semakin kompleks,menuntut kemahiran pemikiran


tinggi yang dapat diproses dengan mudah menerusi Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Senario ini turut dialami dan meliputi di dalam bidang Pendidikan Islam juga.Permasalahan
kurangnya penggunaan ICT dikalangan Guru Pendidikan Islam di dalam proses pengajaran
dan pembelajaran,membuatkan Penyelidik merasakan satu keperluan untuk melihat isu ini
dengan lebih mendalam .Penyelidik ingin melihat skop skop yang boleh diberi penambah
baikan di dalam penggunaan ICT di kalangan guru Pendidikan Islam.Penyelidik juga turut
ingin melihat bagaimana keberkesanan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Islam dapat meningkatkan prestasi murid sejajar keperluan sebagai modal insan
pada masa akan datang.
Menurut UNESCO 2002,dalam era globalisasi,teknologi maklumat dan komputer
ianya telah membawa perubahan yang amat besar terhadap ekonomi dunia.ICT telah menukar
cara manusia berkomunikasi dan berniaga di samping membawa transformasi dalam bidang
pertanian,perubatan,kejurutaraan dan bidang bidang lain.Malaysia telah mengambil inisiatif
dalam sistem pendidikan sebagai penyesuaian dengan era teknologi maklumat.Bagi mencapai
aspirasi wawasan 2020 iaitu melahirkan tenaga kerja yg mampu menghadapi cabaran era
maklumat serta ekonomi yang berasaskan pengetahuan global,Kementerian Pelajaran

238
Proceeding of IC-ITS 2015 e-ISBN:978-967-0850-07-8
International Conference on Information Technology & Society
8-9 June 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA

Malaysia telah mengukuhkan kemahiran ICT para pelajar dengan memperkenalkan subjek
Teknologi maklumat pada 1999, Pusat Sumber Elektrik serta projek Sekolah Bestari ( Lee,
2000 dalam Zamri & Rusmini, 2007)

OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenalpasti tahap penggunaan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran


Pendidikan Islam.
2. Mengukur hubungan di antara penggunaan ICT dan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran.
3. Menjelaskan limitasi yang dialami oleh guru guru Pendidikan Islam di dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berbantukan ICT.
4. Menilai semula penambahbaikan yang boleh digunapakai agar penggunaan ICT di
kalangan guru Pendidikan Islam dapat diperhebatkan dan dipertingkatkan.

PERNYATAAN MASALAH

Menurut Robiah Sidin dan Nor Sakinah Mohamad (2007),dalam era globalisasi yang
berpaksikan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pembangunan
pendidikan mementingkan pembudayaan dan penguasaan ICT dikalangan pelajar.
Penggunaan ICT di dalam sessi pengajaran dan pembelajaran menjadi satu budaya pada masa
kini.Pengenalan kepada semua warga pendidik mengenai penggunaan VLE Frog (Virtual
Learning Education) baru baru ini,amat jelas dijadikan fokus utama misi Kementerian
Pendidikan. Ini adalah kerana terdapat koloborasi yang rapat di antara keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran apabila ianya dikaitkan dengan penggunaan ICT.Ianya juga
dilihat dapat menarik minat murid di dalam mencari maklumat tambahan semasa pengajaran
dan pembelajaran.
Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bukan hanya tertumpu kepada
matapelajaran tertentu sahaja.Ianya meliputi kepada semua matapelajaran termasuk
Pendidikan Islam. Sehubungan dari itu,penyelidik berminat untuk mengenalpasti kengkangan
kengkangan yang dihadapi oleh guru Pendidikan Islam di dalam melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran yang berbantukan ICT.Selain daripada itu,aspek aspek penambahbaikan
dikaji agar matlamat kajian ini,iaitu untuk meihat penggunaan ICT yang optimum dapat
dicernakan sebaik mungkin.

TINJAUAN LITERASI

Dalam bab ini dijelaskan serba sedikit berkenaan kajian-kajian dan penulisan
terdahulu tentang keberkesan penggunaan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran
daripada secara umum. Kajian literature ini amat penting kepada pengkaji kerana ia dapat
membantu memberikan idea-idea baru sebelum perbincangan yang lebih mendalam
diteruskan. Di samping itu juga, bab ini akan menyingkap pelbagai pendapat daripada
beberapa penulis dan tokoh berkenaan amalan integrasi ICT di dalam pengajaran dan
pembelajaran di kalangan murid sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi.
Seseorang yang ingin menjalankan kajian perlulah membuat tinjauan literatur yang
bertujuan untuk memahami bidang kajian dengan lebih mendalam. Selain itu, tinjauan
literature juga member dapatan-dapatan kajian lama dan baru, persoalan-persoalan yang
belum dijawab, alat-alat kajian baru yang boleh dijadikan panduan untuk menerokai imu
baru.Selain itu juga, tinjauan literature akan member pengetahuan kepada pengkaji tentang

239
Proceeding of IC-ITS 2015 e-ISBN:978-967-0850-07-8
International Conference on Information Technology & Society
8-9 June 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA

kaedah kajian yang lebih sesuai dijalankan dan juga masalah yang dihadapi semasa kajian
dijalankan. Antara sumber literatur yang boleh dirujuk oleh pengkaji sebelum menulis kajian
ialah Jurnal Pendidikan dari university tempatan dan luar negara, tesis, laporan akademik,
buku pendidikan, ensiklopedia pendidikan, prosiding seminar pendidikan, laporan
penyelidikan EPRD Kementerian Pelajaran Malaysia dan sumber internet.
Menurut Awang & Daud (2013) dapatan kajian menunjukkan ada peningkatan
penguasaan pendidikan Islam dengan menggunakan ICT berbanding pengajaran secara
konvensional. Beberapa cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti pelaksanaan
pengajaran pendidikan Islam turut dinyatakan.
Dinyati (2011) dapatan hasil kajian menunjukkan tahap minat, keyakinan dan
sokongan pentadbir terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di
kalangan guru Pendidikan Islam adalah tinggi. Sementara itu, kemahiran menggunakan ICT
dan masalah-masalah penggunaan ICT di kalangan guru Pendidikan Islam adalah sederhana.
Terdapat perbezaan minat, keyakinan dan kemahiran guru-guru berdasarkan jantina dan umur
tetapi tidak ada perbezaan berdasarkan lokasi sekolah.
Sharifah & Kamarul (2011) dapatan hasil kajian menunjukkan bahawa guru bersedia
untuk melaksanakan pengajaran dengan menggunakan pendekatan ICT dan terdapatnya
hubungan yang kuat antara hasil kerja dan tingkah laku terhadap responden. Hasil daripada
analisis korelasi Pearson menunjukkan wujudnya hubungan positif yang sangat kuat daripada
kedua-dua pemboleh ubah yang dikaji. Dapatan kajian daripada ujian MANOVA pula
menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara hasil kerja dan tingkah
laku berdasarkan pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru-guru prasekolah.
Sidin & Mohamad (2007) hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat
perbezaan yang signifikan ke atas pencapaian pelajar yang diajar mengikut pendekatan
konstruktivisme melalui pembudayaan ICT. Hasil tugasan pelajar yang diajar dengan kaedah
perantis adalah lebih baik dari sudut reka bentuk, susun atur, pilihan warna serta semua
pautannya berfungsi. Justeru, penyelidik mengesyorkan agar perubahan dibuat dalam sistem
pedagogi agar konsisten dengan teori pembelajaran konstruktivisme dan diterapkan semasa
latihan perguruan lagi. Penyelidikan yang menyeluruh dan berterusan juga perlu dibuat
terhadap keberkesanan pendekatan konstruktivisme agar kesan pembudayaan ICT di
kalangan generasi muda berlaku secara berkesan dan berpanjangan.
Andin (2006) dapatan kajian menunjukkan murid yang didedahkan dengan
penggunaan komputer secara signifikan lebih baik min skor ujian pasca berbanding
kumpulan kawalan. Dari segi gender, murid lelaki secara signifikan lebih baik min skor bagi
ujian pasca berbanding murid perempuan bagi kumpulan rawatan. Sebagai tambahan, murid
lelaki daripada kumpulan rawatan secara signifikan lebih tinggi min skor bagi ujian pasca
berbanding dengan murid dalam kumpulan kawalan. Pada masa yang sama, murid
perempuan daripada kumpulan rawatan memperoleh min skor lebih tinggi bagi ujian pasca
berbanding murid perempuan daripada kumpulan kawalan. Hasil kajian ini menunjukkan
bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Penjodoh Bilangan
memberi kesan positif kepada murid.
Atan & Andrew (2010) mendapati kebanyakan guru pelatih merasakan bahawa
penggunaan ICT dalam pengajaran mereka dapat meningkatkan kualiti pengajaran dengan
lebih jelas dan efektif seiring dengan peningkatan kemahiran generik mereka. Shau (2008)
menunjukkan keberkesanan penggunaan ICT di bilik darjah adalah sederhana dan kurang
mendapat sambutan daripada guru-guru di sekolah untuk menjalankan pengajaran dan
pembelajaran. Selain itu, penggunaan ICT ini juga tidak dapat meningkatkan daya kreativiti
pelajar. Ini mungkin disebabkan oleh kemahiran guru mengenai ICT yang sederhana, sikap
atau minat guru terhadap penggunaan ICT yang sederhana dan kemudahan peralatan ICT
yang kurang lengkap disediakan di bilik darjah.
240
Proceeding of IC-ITS 2015 e-ISBN:978-967-0850-07-8
International Conference on Information Technology & Society
8-9 June 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA

Menurut Suhai (2011), keberkesanan penggunaan ICT dalam pengajaran dan


pembelajaran Al Quran amat dipengaruhi oleh faktor pengetahuan (min=2.20) dan
kemahiran di kalangn guru guru tentang ICT serta penyediaan peralatan yang lengkapdi
sekolah (min =2.20). Dapatan kajian dari murid pula menunjukkan pengetahuan sedia ada
murid sangat penting bagi memastikan pelaksanaan penggunaan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaranAl Quran.
Menurut Ghani (2009), penggunaan ICT telah membantu meningkatkan daya ingatan
murid dalam tajuk Aqidah – Allah S.W.T bersifat Al Qudrat. Husin (2010) menunjukkan
perspektif murid terhadap Teknologi Maklumat berda pada tahap tinggi. Dalam ujian post
didapati statistinya meningkat berbanding dengan kelas yang diajar dengan menggunakan
kaedah tradisional.Ini member makna bahawa murid murid sangat bersedia untuk menerima
perubahan daripada pengajaran tradisional kepada pengajaran yang menggunakan kemudahan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang lebih menarik.
Damin (2012) mendapati 94% responden menunjukkan perspektif positif terhadap
aplikasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran ,agar dapat menarik minat mereka terhadap
pembelajaran Tilawah Al Quran.Sebahagian pelajar yang kurang berminat adalah dalam
kalangan murid yang tercicir.Beberapa cadangan penyelesaian dikemukakan kepada pihak
tertentu untuk diambil tindakan agar dapat membantu meningkatkan minat dan penguasaan
dalam bidang Tilawah Al Quran.
Mansor (2010) mendapati dari hasil kajian menunjukkan bahawa sikap,tahap motivasi
dan tahap pencapaian akademik pelajar adalah berada pada tahap positif dan tinggi apabila
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Syariah Islamiyyah ,menggunakan ICT.Hal ini
demikian ,penggunaan ICT seperti power point,video,internet dan multimedia menggalakkan
pelajar menggunakan semua jenis pancaindera ketika belajar dan lebih menyeronokkan
mereka. Dapatan analisa menunjukkan bahawa purata min bagi sikap ,tahap motivasi dan
tahap pencapaian akademik ialah masing masing 3.837, 3.416 dan 3.429. Kajian ini
membuktikan kepentingan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar masa
kini.Ianya bukan sahaja perlu dalam proses pengajaran dan pembelajaran PPSMI , malah
turut penting bagi matapelajaran lain

METODOLOGI KAJIAN

Kerangka konseptual merupakan gambaran kajian ini secara kasar.Ianya ditunjukkan


di dalam bentuk gambarajah. Dalam kajian ini pengkaji ingin melihat faktor faktor yang
menyumbang kepada keberkesanan penggunaan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Islam.

241
Proceeding of IC-ITS 2015 e-ISBN:978-967-0850-07-8
International Conference on Information Technology & Society
8-9 June 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA

Cara Aplikasi Teori dalam


pengumpulan Soalan soalan kajian kajian
data:

1.Persepsi guru
-Temubual Pendidikan Islam. Teori Konstruktivis
-Soal selidik 2.Hubungan Teori Kognitif
keberkesanan
penggunaan ICT
dalam pengajaran
Pendidikan Islam.
3.Faktor kengkangan
penggunaan ICT
dikalangan guru
pendidikan Islam.

Rajah 1. Diagram aturcara metodologi

Metodologi penelitian diertikan sebagai ilmu tentang cara mengadakan penelitian. Ia


berasal dari bahasa Yunani ; methods yang bererti cara atau jalan. Dalam bidang penelitian
secara ilmiah, metod merupakan cara bekerja untuk memahami objek yang menjadi sasaran
penelitian. Manakala penyelidikan bermaksud tatacara yang teratur yang digunakan oleh
manusia untuk menambah ilmu pengetahuan baru dan berbeza sekali dengan penemuan ilmu
secara kebetulan atau spontan.
Reka bentuk kajian ialah ini berbentuk Kuantitatif. Kajian deskriptif adalah untuk
menilai tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru
Pendidikan Islam dengan berbantukan ICT terhadap pelajaran melalui soalselidik. Manakala
statistic deskriptif akan digunakan bagi menganalisis kengkangan yang dihadapi oleh Guru
Pendidikan Islam serta hubungan di antara keberkesanan penggunaan ICT dengan Pendidikan
Islam. Responden kajian ini terdiri daripada semua guru Pendidikan Islam . Data kajian pula
akan diperoleh dengan menggunakan soalselidik dan pemerhatian oleh penyelidik sendiri.
Item soal selidik akan dirangka berpandukan kepada jenis kemahiran komunikasi yang telah
dirangka oleh penyelidik.

DAPATAN KAJIAN

Kajian ini adalah memfokuskan kepada tahap keberkesanan penggunaan ICT di


dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di kalangan guru Pendidikan
Islam.Seramai 16 orang guru Pendidikan Islam SK.Desa Pandan telah dijadikan
responden.Jumlah ini meliputi jumlah keseluruhan guru Pendidikan Islam yang mengajar di
sekolah tersebut.Kajian yang berkaitan dengan maklumat diri responden akan mengenal pasti
kelulusan tertinggi ,bilangan tahun pengalaman mengajar, bilangan waktu mengajar,kursus
komputer yang pernah dihadiri,pengetahuan asas guru di dalam aplikasi komputer dan
kekerapan guru di dalam menggunakan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Islam.
Selain itu untuk aspek persepsi terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Islam akan menganalisa secara terperinci berkaitan kesediaan ICT
boleh membantu menyediakan pelbagai aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran,

242
Proceeding of IC-ITS 2015 e-ISBN:978-967-0850-07-8
International Conference on Information Technology & Society
8-9 June 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA

membantu pelajar Islam meningkatkan pemahaman mengenai Pendidikan Islam,penggunaan


ICT dalam pengajaran Pendidikan Islam adalah suatu pendekatan baru,meningkatkan
keberkesanan pengajaran guru,meningkatkan kemahiran pemahaman Pendidikan Islam,ICT
dapat memotivasikan murid di dalam pengajaran dan pembelajaran.
Selain daripada itu,aspek tahap literasi komputer guru Pendidikan Islam turut
dianalisis . Diantara item item yang dinilai iaitu perkakasan komputer seperti papan kekunci
(keyboard), tetikus (mouse), cakera padat (CD ROM), pencetak (printer), Unit pemprosesan
pusat (CPU). Turut diberi penilaian adalah pengetahuan tentang fungsi perisian komputer
seperti pangkalan data, pemprosesan data seperti MS Word, pemprosesan data seperti SPSS,
grafik dan persembahan.
Akhir sekali kajian ilmiah ini turut menganalis permasalahan permasalahan yang
dihadapi oleh guru guru Pendidikan Islam di dalam merealisasikan pengajaran dan
pembelajaran berteraskan ICT seperti latihan yang mencukupi di sekolah,perisian pengajaran
yang sesuai,kemudahan dan peralatan yang sesuai,sokongan dari pihak atasan
sekolah,bilangan komputer yang mencukupi di sekolah,bilangan bilik yang sesuai,kemahiran
untuk mengendalikannya,kemahuan untuk menggunakan ICT, masa yang mencukupi untk
membuat persediaan dan mempunyai kemahiran dan kepakaran teknikal untuk
mengendalikannya jika timbul masalah.

Maklumat diri responden

Jadual 1: Maklumat Diri Responden


Latar belakang Responden Frekuensi Peratus
Kelulusan Diploma 1 6.3
Ijazah 15 93.8
Pengalaman 1-3 tahun 3 18.8
4-6 tahun 5 31.3
7-9 tahun 6 37.5
13-18 tahun 2 12.5
Bilangan waktu mengajar 5-8 waktu 2 12.5
17-20 waktu 2 12.5
Lebih 20 waktu 12 75.0
Pernah mengikuti kursus komputer Ya 15 93.8
Tidak 1 6.3
Pengetahuan aplikasi komputer Ya 16 100
Kekerapan penggunaan ICT Kerap 4 25.0
Kadang kadang 7 43.8
Jarang jarang 5 31.3

Dari segi kelulusan guru Pendidikan Islam,15 orang (93.8%) adalah merupakan pemegang
ijazah sarjana muda hanya seorang sahaja (6.3%) merupakan kelulusan diploma.Peratusan
bilangan tahun mengajar pula adalah seperti berikut 3 orang (18.8%) adalah mempunyai
pengalamaan 1-3 tahun.Manakala 5 orang (31.3%) mempunyai pengalaman 4-6 tahun ,6
orang (37.5%) mempunyai pengalaman 7-9 tahun dan hanya 2 orang (12.5 %)mempunyai
pengalaman mengajar selama 13-18 tahun.
Dari segi bilangan waktu mengajar pula,2 orang (12.5%) mempunyai jadual 5-8 waktu
seminggu.2 orang juga (12.5%) mempunyai jadual 17-20 waktu seminggu manakala
sejumlah 12 orang (75.0%)mempunyai lebih 20 waktu mengajar seminggu.
Bagi aspek pengetahuan sedia ada guru Pendidikan Islam ,seramai 15 orang

243
Proceeding of IC-ITS 2015 e-ISBN:978-967-0850-07-8
International Conference on Information Technology & Society
8-9 June 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA

(93.8 %) telahpun mengikuti kursus komputer manakala hanya seorang sahaja yang tidak
mengikuti kursus komputer ,yang mewakili (6.3 %). Bagi aspek pengetahuan aplikasi
komputer pula ,kesemua guru Pendidikan Islam (100%) mempunyai pengetahuan tentang
aplikasi computer.
Dari aspek kekerapan penggunaan ICT pula,seramai 4 orang (25.0%) kerap
menggunakannya di dalam pengajaran dan pembelajaran,7 orang (43.8 %)kadang kadang
mengaplikasikannya di dalam pengajaran dan 5 orang (31.3 %) jarang jarang menggunakan
ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran.

Persepsi terhadap penggunaan ICT

Jadual 2 : Persepsi Terhadap Penggunaan ICT


Persepsi TP S AS
F F F Skor Min Tahap
% % %
ICT boleh membantu menyediakan 2 5 9
pelbagai aktiviti dalam pengajaran 12.5 31.3 56.3 4.43 Tinggi
dan pembelajaran Pendidikan Islam

ICT berguna membantu pelajar Islam 2 8 6


meningkatkan pemahaman mengenai 12.5 50.0 37.5 4.25 Tinggi
Pendidikan Islam

Penggunaan ICT dalam pengajaran 1 7 8


Pendidikan Islam sesuai sebagai suatu 6.3 43.8 50.0 4.43 Tinggi
pendekatan baru

ICT dalam pengajaran Pendidikan Islam 2 5 9


meningkatkan keberkesanan pengajaran 12.5 31.3 56.3 4.43 Tinggi
guru

ICT dalam pengajaran Pendidikan Islam - 9 7


boleh meningkatkan kemahiran 56.3 43.8 4.43 Tinggi
pemahaman Pendidikan Islam

ICT dapat memotivasikan murid - 11 5


di dalam pengajaran Pendidikan Islam 68.8 31.3 4.31 Tinggi

Persepsi Terhadap Penggunaan ICT


Berdasarkan Jadual 3 didapati skor min yang tertinggi bagi persepsi guru Pendidikan
Islam terhadap penggunaan ICT ialah membantu menyediakan pelbagai aktiviti dalam
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam,sesuai sebagai pendekatan
baru,meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan meningkatkan kemahiran pemahaman
Pendidikan Islam (skor min 4.43). Bagi persepsi yang mengatakan penggunaan ICT dapat
memotivasikan murid di dalam pengajaran Pendidikan Islam (skor 4.31) manakala
penggunaan ICT boleh meningkatkan pemahaman di dalam Pendidikan Islam (skor min
4.25).

244
Proceeding of IC-ITS 2015 e-ISBN:978-967-0850-07-8
International Conference on Information Technology & Society
8-9 June 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA

Dari aspek persepsi guru Pendidikan Islam, ICT boleh membantu


menyediakanpelbagai aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran,di dapati 9 orang amat
bersetuju (56.3 %) dan hanya 2 orang sahaja (12.5%) tidak pasti dengan persepsi ini.
Manakala ICT dilihat suatu pendekatan baru yang sesuai di dalampengajaran Pendidikan
Islam diwakili 8 orang (50.0%) dan hanya seorang (6.3% ) yang tidak pasti dengan persepsi
ini. Bagi persepsi yang menyatakan bahawa ICT dapat meningkatkan keberkesanan
pengajaran guru ,seramai 9 orang (56.3 %) amat bersetuju dengan persepsi ini.5 orang
(31.3%) bersetuju dengan persepsi positif ini .Hanya 2 orang (12.5%) yang tidak pasti dengan
persepsi ini.Dari aspek persepsi penggunaan ICT dapat meningkatkan kemahirah pemahaman
Pendidikan Islam seramai 7 orang (47.8%) amat bersetuju dengan persepsi ini dan seramai 9
orang guru Pendidikan Islam (56.3%) bersetuju dengan tanggapan ini.
Manakala bagi persepsi yang mengatakan penggunaan ICT dapat memotivasikan
murid,didapati 5 orang guru(31.3%) amat bersetuju dengan kenyataan ini. Manakala 11 orang
(68.8%) bersetuju dengan mengaitkan motivasi murid meningkat dengan penggunaan ICT di
dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.
Dari aspek persepsi yang mengaitkan ICT di dalam Pendidikan Islam dengan
meningkatkan kefahaman murid terhadap pelajaran Pendidikan Islam,ianya merupakan skor
min yang paling rendah iaitu 4.25.Seramai 6orang (37.5%) amat bersetuju dan 8 orang
(50.0%) bersetuju dengan kenyataan ini. Walaubagaimanapun terdapat 2 orang (12.5%) tidak
pasti dengan persepsi ini.

Tahap Literasi Komputer

Jadual 3 : Tahap Literasi Komputer


Persepsi TS TP S AS
F F F F Skor Min Tahap
% % % %
1.Pengetahuan tentang fungsi :
Papan kekenci ( keyboard ) - 1 6 9
6.3 37.5 56.3 4.50 Tinggi
Tetikus (mouse ) - 1 5 10
6.3 31.3 62.5 4.56 Tinggi
Cakera padat( CD ROM ) - 1 6 9
6.3 37.5 56.3 4.50 Tinggi
Pencetak (printer) - 1 6 9
6.3 37.5 56.3 4.50 Tinggi
Unit pemprosesan pusat ( CPU ) - 3 5 8
18.8 31.3 50.0 4.31 Tinggi

Pangkalan data ( MS Acces ) - 4 6 6


5.0 37.5 37.5 4.12 Tinggi
Pemprosesan data ( MS Word) -1 7 8
6.3 43.8 50 4.43 Tinggi

Pemprosesan data ( SPSS ) 2 7 5 2


12.5 43.8 31.3 12.5 3.43 Tinggi
Grafik dan persembahan - 4 10 2
25.0 62.5 12.5 3.87 Tinggi

245
Proceeding of IC-ITS 2015 e-ISBN:978-967-0850-07-8
International Conference on Information Technology & Society
8-9 June 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA

Berdasarkan Jadual 3 didapati skor min yang tertinggi bagi tahap literasi komputer
mengenai fungsi perkakasan komputer dan perisian komputer ialah perkakasan tetikus
(mouse) iaitu skor min 4.56. Bagi perkakasan tetikus, didapati 10 orang (62.5%) amat
bersetuju dan 5 orang(31.3%) bersetuju dengan kenyataan ini. Namun begitu seorang (6.3%)
menyatakan tidak pasti atas perkakasan tetikus (mouse).
Bagi perkakasan komputer ,papan kekunci (keyboard) membawa skor min sebanyak
4.50. Didapati 9 orang (56.3%) amat bersetuju dan 6 orang ( 37.5%)bersetuju dengan aspek
ini. Namun demikian seorang ( 6.3%) tidak pasti tentang fungsi perkakasan papan kekunci
(keyboard).
Dalam aspek fungsi perkakasan cakera padat (CD Rom) ,skor min yang dicatat ialah
4.50.Didapati seramai 9 orang (56.3%) amat bersetuju, 6 orang (37.5%) bersetuju terhadap
fungsi perkakasan ini. Walau bagaimanapun seorang (6.3%) tidak pasti dengan perkakasan
CD Rom .
Bagi pengetahuan mengenai fungsi perkakasan pencetak (printer ) ,ianya membawa
skor min sebanyak 4.50.Dapatan data ialah seramai 9 orang (56.3%) amat bersetuju dan 6
orang (37.5%)setuju mengenai pengetahuan mengenai pencetak( printer ) . Hanya seorang
(6.3%) tidak pasti dengan fungsi perkakasan ini.
Bagi pengetahuan tentang fungsi perisian komputer pemprosesan data ( MS Word)
ianya membawa skor min sebanyak 4.43.Dapatan data menunjukkan 8 orang ( 50.0%) amat
bersetuju dan 7 orang (43.8 %) bersetuju dengan pengetahuan mengenai fungsi pemprosesan
data (MS Word). Selain itu hanya seorang ( 6.3%) tidak pasti dengan perisian komputer ini.
Dalam aspek fungsi perkakasan komputer seperti Unit Pemprosesan Pusat (CPU),ianya
membawa skor min sebanyak 4.31.Dapatan data ialah seramai 8 orang (50.0%) amat
bersetuju dan 5 orang bersetuju (31.3%) Namun demikian sejumlah 3 orang (18.8%)tidak
pasti dengan fungsi Unit Pemprosesan Pusat (CPU).
Bagi fungsi perisian komputer seperti pangkalan data (MS Acces) ianya membawa
skor min sebanyak 4.12. Didapati 6 orang (37.5%) amat bersetuju dan 6 orang (37.5 %)
bersetuju dengan perisian pangkalan data (MS Acces) ini. Namun demikian seramai 4 orang
(5.0%) tidak pasti mengenai perisisan pengkalan data MS Acces. Grafik dan persembahan
membawa skor min sebanyak 3.87.Seramai 2 orang (12.5%) amat setuju dan 10 orang
(62.5%) setuju .Walaubagaimanapun 4 orang (25.0%) tidak pasti mengenai perisian grafik
dan persembahan
Dalam aspek pemprosesan data seperti SPSS ,ianya membawa skor min yang paling
rendah iaitu sebanyak 3.43.Dapatan data ialah 2 orang (12.5%) amat bersetuju dan 5 orang
(31.3%)bersetuju. Namun demikian sejumlah 7 orang (43.8%)tidak pasti dengan
pemprosesan data SPSS ini. Bahkan terdapat dua orang (12.5%) yang tidak bersetuju dengan
perisian ini.

Permasalahan yang dihadapi oleh guru

Jadual 4. Permasalahan yang dihadapi oleh guru


Persepsi TS TP S AS
F F F F Skor min Tahap
% % % %
Latihan mencukupi di sekolah . - 7 6 3
43.8 37.5 18.8 3.75 Tinggi
Perisian pengajaran sesuai 1 3 11 1
6.3 18.8 68.8 6.3 3.75 Tinggi
Mempunyai kemudahan

246
Proceeding of IC-ITS 2015 e-ISBN:978-967-0850-07-8
International Conference on Information Technology & Society
8-9 June 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA

dan peralatan 2 - 10 4
12.5 - 62.5 25.0 3.75 Tinggi
Sokongan pihak atasan sekolah - 2 10 4
12.5 62.5 25.0 4.12 Tinggi
Komputer yang mencukupi 1 11 3 1
6.3 68.8 18.8 6.3 3.25 Tinggi
Tempat/bilik yang sesuai - 4 10 2
25.0 62.2 12.5 3.87 Tinggi
Kemahiran mengendalikannya - 5 10 1
31.3 62.5 6.3 3.75 Tinggi
Kemahuan menggunakan ICT - 4 9 3
25.0 56.3 18.8 3.93 Tinggi
Masa cukup membuat persediaan 2 9 5 -
12.5 56.3 31.3 3.18 Tinggi
Kepakaran teknikal 3 8 5 -
18.8 50.0 31.3 3.12 Tinggi

Berdasarkan Jadual 4 didapati skor min yang tertinggi bagi aspek permasalahan yang
dihadapi oleh guru guru Pendidikan Islam di dalam pelaksanaan berasaskan ICT ialah dari
aspek mendapat sokongan dari pihak atasan sekolah (skor min 4.12)Bagi aspek sokongan dari
pihak atasan sekolah, didapati 4 orang (25.0%) amat bersetuju dan 10 orang(62.5%) bersetuju
dengan kenyataan ini. Namun begitu seramai 2 orang (12.5%) menyatakan tidak pasti atas
permasalahan ini.
Bagi permasalahan yang merujuk kepada kemahuan guru itu sendiri untuk
menggunakan ICTsemasa pengajaran dan pembelajaran membawa skor min sebanyak
3.93.Didapati 3 orang (18.8%) amat bersetuju dan 9 orang ( 56.3 %)bersetuju dengan aspek
ini. Namun demikian seramai 4 orang (25.0%) tidak pasti apabila dikatkan dengan kemahuan
guru itu sendiri di dalam penggunaan ICT semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Bagi permasalahan mempunyai tempat/bilik yang sesuai ,skor min yang dicatat ialah
3.87. Didapati seramai 2 orang (12.5%)amat bersetuju,10 orang (62.2%) bersetuju terhadap
aspek kemudahan prasarana ini. Walau bagaimanapun seramai 4 orang (25.0%) tidak pasti
dengan permasalahan ini.
Dalam aspek permasalah latihan yang mencukupi di sekolah,ianya membawa skor
min sebanyak 3.75.Dapatan data ialah seramai 3 orang (18.8%) amat bersetuju dan 6 orang
(37.5%) Namun demikian sejumlah 7 orang (43.8%)tidak pasti dengan aspek ini di dalam
pelaksanaan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.
Bagi aspek permasalahan mempunyai perisisan pengajaran yang sesuai ianya
membawa skor min sebanyak 3.75.Didapati hanya seorang (6.3%) amat bersetuju dan 11
orang (68.8 %)bersetuju dengan aspek ini. Selain itu seramai 3 orang (18.8%) tidak pasti
dengan kaitan perisian pengajaran dan kebolehupayaan guru menjalankan pengajaran
berbantukan ICT.
Dalam aspek permasalahan mempunyai kemudahan dan peralatan yang sesuai,ianya
membawa skor min sebanyak 3.75.Dapatan data ialah seramai 4 orang (25.0%) amat
bersetuju dan 10 orang bersetuju(62.5%) Namun demikian sejumlah 2 orang (12.5%)tidak
pasti dengan permasalahan kemudahan dan peralatan yang sesuai di dalam pelaksanaan ICT
di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.
Bagi permasalahan yang merujuk kepada kemahiran guru itu sendiri untuk
mengendalikan ICT semasa pengajaran dan pembelajaran membawa skor min sebanyak
3.75.Didapati hanya seorang (6.3%) amat bersetuju dan 10 orang ( 62.5 %)bersetuju dengan
aspek ini. Namun demikian seramai 5 orang (31.3%) tidak pasti apabila dikatkan dengan
247
Proceeding of IC-ITS 2015 e-ISBN:978-967-0850-07-8
International Conference on Information Technology & Society
8-9 June 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA

kemahiran guru itu di dalam mengendalikan penggunaan ICT semasa pengajaran dan
pembelajaran dijalankan.
Dalam aspek permasalah bilangan computer yang mencukupi di sekolah ,ianya
membawa skor min sebanyak 3.25.Dapatan data ialah seorang (6.3%) amat bersetuju dan 3
orang (18.8 %). Namun demikian sejumlah 11 orang (68.8%) tidak pasti dengan aspek ini di
dalam pelaksanaan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Islam.Walaubagaimanapun terdapat seorang (6.3%) yang tidak bersetuju dengan aspek
permasalahan bilangan komputer yang mencukupi di sekolah dengan pelaksanaan ICT
semasa pengajaran pembelajaran.
Permasalahan kepakaran teknikal jika masalah timbul merupakan dan menjadi skor
min yang terendah iaitu 3.12.Seramai 5 orang (31.3%) setuju,namun 8 orang (50.0%) tidak
pasti dengan permasalahan ini.Hanya seorang (6.3%) tidak setuju dengan perkaitan
kepakaran teknikal jika masalah timbul dengan penggunaan ICT didalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Islam.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya,hasil kajian menunjukkan bahawa semua guru Pendidikan


Islam mempunyai asas pengetahuan di dalam mengendalikan pengajaran dan pembelajaran
berasaskan ICT berdasarkan kursus komputer yang pernah mereka hadiri.Selain daripada itu
rata rata guru kerap menggunakan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Islam.Kajian ini juga menunjukkan bahawa Guru Pendidikan Islam mempunyai persepsi
yang amat positif menngenai aplikasi ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan ICT dilihat dapat mempelbagaikan aktiviti semasa pembelajaran,merupakan
pendekatan baru yang positif di dalam pengajaran bahkan ianya dilihata dapat meningkatkan
kemahiran pemahaman murid di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Islam.Namun begitu dari aspek penggunaan ICT dapat meningkatkan kefahaman murid di
dalam matapelajaran Pendidikan Islam bukanlah menjadi pilihan utama guru guru Pendidikan
Islam. Kajian ini juga menunjukkan diantara kengkangan yang timbul di dalam
merealisasikan pengajaran dan pembelajaran ICT adalah lebih tertumpu kepada aspek
sokongan dari pihak pengurusan sekolah sendiri.Kajian masa hadapan perlu meluaskan skop
kajian lebih mendalam kepada lebih ramai responden ,agar hasil dapatan lebih bermakna.

RUJUKAN

1. Abdul Aziz bin Abdul Ghani.2009. Keberkesanan Penggunaan ICT dalam pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Islam.OUM
2. Abdul Manaf bin Ahmad.2004. Faktor faktor penghalang penggunaan media elektronik
diKalangan guru Sains dan Matematik Sekolah Menengah Daerah Seremban
NegeriSembilan.Universiti Malaya.
3. Abdul Wahab Ismail Gani,Kamaliah Hj Sarip,Hasrina Mustaffa.2006. Penggunaan
komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dikalangan guru sekolah menengah: Satu
kajian kes di Pulau Pinang.Jurnal Kajian Malaysia.Volume XXIV.No 1&2
4. Aluyah binti Suhai.2011.Keberkesanan penggunaan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaranAl Quran di SK.Abang Haji Matahir Sarikei.OUM
5. Ambigapathy Pandian.2004.Penggunaan ICT dalam pengajaran /pembelajaran Bahasa
Melayu Halatuju Guru Pelatih Bahasa Melayu,Jurnal Pendidik dan Pendidikan.19:1-17

248
Proceeding of IC-ITS 2015 e-ISBN:978-967-0850-07-8
International Conference on Information Technology & Society
8-9 June 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA

6. Aminah bt Abdul Wahab.2011.Persepsi murid murid tahun 5 terhadap penggunaan


perisian Al Quran dan Fardhu Ain dalam e book( Terengganu).Open Universiti
Malaysia
7. Aminuddin Mansor.2010.Persepsi pelajar terhadap keberkesanan ICT dalam pendidikan
Syariah Islamiyyah di SMKA Pedas Negeri Sembilan.Universiti Kebangsaan Malaysia
8. Andawati binti Mohd Ali.2010.Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
berbantukan Komputer dalam ibadat solat bagi matapelajaran Pendidikan Islam Tahun
3SK.Tengku Bariah Kuala Terengganu.Open Universiti Malaysia.
9. Awang Harun bin Omar.2009.Keberkesanan penggunaan CD interaktif dalam
pembelajaran Pendidikan Islam Tahun Lima bagi tajuk ibadat di Sekolah Kebangsaan
Durian Mas Manir Kuala Terengganu.Open Universiti Malaysia
10. Azilah Ngah & Mona Massood .2006.Penilaian berterusan mengenai kedudukan
pelbagai Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah rendah
.Prosiding Konvensyen Teknologi Pendidikan ke 17,59-64.
11. Baharudin Aris.2005.The use of information technology in education: Using Interactive
Multimedia Courseware Package To Upgrade Teachers Knowledge and Change Their
Attitude (Unolished doctoral dissertation ).Universiti Teknologi Malaysia .Skudai Johor
12. Baharuddin,Rio dan Subramaniam.2002.Reka bentuk perisisan multimedia.UTM
.SkudaiBradley G.& Russel.G.1997.Teacher Computer Abxiety : Implication for
profesional Development.education&information Technology.2(1).17-30.
13. Chong CK.Sharaf Harani & Daniel J.2005.A study on the use of ICT in Mathematics
Technology.Malaysian Online Journal of Instructional Technology 2(3),43-5
Clark,K.2006.Practices for the use of Technology in High School: A Delphi
Study.Journal of Technology and Teacher Education.14(3)481-499
14. Cindy Wong Chyee Chen .2003. Tahap literasi komputer dan persepsi penggunaan
komputerDalam proses pengajaran Sains di kalangan guru Sains di Sekolah Menengah
DaerahSarikei Sarawak.Universiti Putra Malaysia
15. Cuban L.2001.High access and low use of technologies and high school
classrooms.Explaining and apparent paradigm.American Educational Research
Journal,38(4),813-834F.Mikre.2011. Role of ICT in education .African Journal Online
(AJOL): Retrieved at www.ajol.info.index php
16. Fadzilah binti Hasan.2012.Keberkesanan penggunaan ICT dalam Pendidikan Islam
Meningkatkan penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi murid tahun 4.Open
Universiti Malaysia.
17. Fisher C.Dwyer.D.C& Yocam.K Eds.1996.Education &technology.Reflecting on
computingIn classroom.San Francissco Jessey Bcss
18. Fullan M.2011.The new meaning of educational change(3rd ed.).New York,New
YorkTeacher College Press
19. Ihsan bin Haji Ismail.2002.Pembinaan perisian pengajaran dan pembelajaran
berbantukan Komputer : Garis dan satah dalam tiga matra.Universiti Kebangsaan
Malaysia.
20. Hignite MA .1992.Assessment of relationships between the computer attitudes and
computer Literacy level of prospective Educator.Journal Research on computing
industry.
21. Jamaliah bt Asan.2003.Penggunaan teknologi komputer dalam menghasilkan bahan
pengajaran guru seokolah menengah di Gombak : UM
22. Kamus Dewan Edisi Baru.1989.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan PustakaKementerian
Pendidikan Malayasia.2006.Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

249
Proceeding of IC-ITS 2015 e-ISBN:978-967-0850-07-8
International Conference on Information Technology & Society
8-9 June 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA

23. Kleiman,G.M.2000.Myth and realities about technology in K-12 school.Dalam


Zainuddin Abu Bakar,Meor Ibrahim,Mohd Ali dan Rahmad Syukor.2008.Kemahiran
ICT dikalangan guru guru IPTA Malaysia.Shah Alam.Arah Pendidikan Sd Bhd.
24. Kumar,Raduan.C.S dan Jeffrey L.D.2008.Perdictors of Technology Deployment
Among Malaysian Teacher.American Jurnal of Applied Sciences.5(9) 1127-1134.
25. Lee Soo Heong.2011.Pembangunan perisian pengajaran dan pembelajaran
berbantukanKomputer (PPBK)Microsoft Frontpage 2000 peringkat permulaan (atas
talian )http ://www.uoregon.edu/-otec/art.htm.
26. Levin B.2001.Putting student at the centre in education reform.The journal of education
change,( Volume 2) Jun 2001.Kluwer Academic Publisher.Netherlands.
27. Loyd,M.2009. Altered Geometry : A New Angle on Teacher technophobia.Journal of
Technology and Teacher Education.17(1),65-84
28. Macdonald.2009.Supporting Learner-Centered ICT Integration : The Influence of
Collaboration and Needs- Based professional Development .Journal of Technology and
Teacher Education.17(3),315-348
29. Mahani Wahab.2006.Usage of Electronic Information Sources By Teachers At Smart
School In Selangor : Toward Developing Digital School Resource Centers.Tesis
Sarjana.Universiti Malaya.Kuala Lumpur. Retrieved from the
web:http://dspace.fsktm.um.edu.my/bitstream/1812/72/1Mahani Wahab.pdf
30. Marhaini bt Mohamed.2010. Memanfaatkan kemudahan ICT bagi tujuan
pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu : Releksi Guru
Bhasa Melayu Daerah Kubang Pasu.UUM
31. Megat A.Z.M.Z,Baharuddin A,dan Jamaluddin.2007Kemahiran ICT dikalangan Guru
guru Pelatih UITM : Satu Tinjauan : 1st International Malaysian Educational
Technology Convention ,Smart Teaching& Learning ,Universiti Teknologi Malaysia.

32. Meltzer J & Sherman T.M .1997.10 commandment to implement technology.Education


Digest6 2(8),56-61
33. Mackenzie.1998.Secret of sucess.Professional Development that works.Educational
SchoolNews.March.Pg 41-46
34. Mohd Jasmy Abd Rahman dan M.Arif Ismail .2009.Tahap aplikasi pengajaran atas
talianDikalangan guru Pendidikan Islam Dalam Zamri Mohd Kamarulzaman
Abd.AberiChe Noh(penyt).Prosiding wacana Pendidikan Islam Siri ke 7 Peringkat
NusantaraHalatuju Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di Nusantara hlmn 596-
609.BangiUniversiti Kebangsaan Malaysia
35. Mohd Najib Abdul Ghafar (2003) Rekabentuk Tinjaan Soal selidik Pendidik.Penerbit
UTM.Skudai
36. Murphy ,D.T & Gunter,G,A.1997.Technology Integration : The importance og
administrativeSupport .Educational media Interbational,34 ( September),136-139.
37. Newby,T.J,Stepich,D.A& Lehman ,J.D (1996) Instructional technology for teaching
andlearning.Englewood Cliff,New Jersey: Prentice Hall.
38. Ng S.B .1999. Aspek utama dalam kurikulum sains Sekolah Bestari.Kertas
kerja.Seminar dan Bengkel Penyelarasana Pembangunan Perisian Kursus Multimedia
Pendidikan Interaktif .Port Dickson.
39. Nor A.Nora D.Y& Nuraziah A.2006.Persepsi guru guru terhadap penggunaan teknologi
dan Komunikasi.Retrieved from http:tganu.uitm.edu.my/sitma06Norazen M.D,Hassan
A.Z.A dan Mohd R.M.A.2006.Tahap Kompetensi Pensyarah Menggunakan ICT
dalamPengajaran dan Pembelajaran (p&p) Retrieved from the web
http://www.kmph.matrik.edu.my/webRnD/Kompetensi .PDF

250
Proceeding of IC-ITS 2015 e-ISBN:978-967-0850-07-8
International Conference on Information Technology & Society
8-9 June 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA

40. Nor Azilah Ngah& Mona Masood.2004.Penilaian berterusan mengenai kedudukan


pelbagai Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah
rendah.Prosiding Konvensyen Teknologi Pendidikan ke 17,59-64
41. Pelgrum ,W.J dan Law,N.2003. “ ICT in education around the world : Trends,Problems
and Prospect”.UNESCO- International Institute for Educational Planning .Retrieved
from theweb
:http://www.worldcatlibraries.org/wepa/ow/02d077080fcf3210a19afeb4da09e526
42. Preston c. Cox.M&Cox (2006)Teachers as innovator in learning what motivates
teachers to Use ICT.Miranda Net.
43. Qhamriah binti Samu.2012.Pembentukan model keberkesanan pengintegrasian
teknologi dalam pengajaran dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah
Malaysia: UM
44. Rio S,A .Aziz S.A.2008. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Kontekstual dan
keberkesanan strategi HIBRID C-C di Sekolah Menengah Teknik 1 st International
Malaysian Educational Technology Convention,Universiti Teknologi Malaysia
45. Ritchie D.1996.The administrative role in the integration of Technology.NASSP
Bulletin,80,42-52
46. Roblyer,M.D.1997.Technology and the oops!effect : Finding a bias against word
processing.Learning and leading with technology,24(7),14-16
47. Rosidah bt Awang Besar @ Bakar.2013. Penggunaan ICT dalam matapelajaran Dunia
Sains dan Teknologi di Sekolah Rendah .Universiti Utara Malaysia
48. Rosnaini Mahmud,MOhd Arif Ismail,Paridon Sahid,Zainudin Yazid .2006.Tahap
kesediaan ICT guru : sejauh mana pengaruh factor demografi?Prosiding Konvensyen
TeknologiPendidikan ke 19.9-15Sammons P.1999.School Effectiveness The
Netherland.Swetz and Zeitlinger
49. Samuel R.J & Zaitun Abu Bakar .2006.The utilization and integration of ICT tools in
Promoting English language teaching and learning,reflecting form English option
Teacher in Kuala Langat District Malaysia.International Journal of Education and
Developmental using ICT.2(2).1-12
50. Sang G.et.al.2009.Student teacher’s thinking processes and ICT integration :Predictors
of Prospective teaching behaviors with educational technology.Jurnalof
computer&educational .Retrieved from the web :www.elsevier.com
51. Sheppard B.Hartwick J &Warshaw P.1998.The theory of reasoned action: A Meta
analysisOf past research with recommendations for modifications and future
research.JournalOf consumer research,15(3) 325-343.
52. Siti Hajar bt Mat Isa.2011 Aplikasi penggunaan komputer dalam pengajaran
dalamkalangan guru sekolah menengah di daerah Kota Setar : Penguasaan guru dan
kekangan dalam pelaksanaan. UUM.
53. Subramaniam K.2007.Teacher’s mindset and the integration of computer
technology.British Journal of Educational Technology.38(6)1056-1071
54. Suhaizal bin Mohamad.2009.Keberkesanan penggunaan Power Point dalam
pengajaranPendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 4.Open Universiti Malaysia
55. Tee Lee Fang.2010.Hubungan kesediaan guru dengan penggunaan ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah menengah daerah Johor Bahru.UTM
56. Tu Siew Leh.2008. Tahap penggunaan computer untuk pengajaran dan pembelajaran
dalamkalangan guru matematik sekolah menengah luar Bandar di bahagian Sarikei
Sarawak.Tu Siew Leh.UKM.
57. Toledo,C.2005.A five stage model og computer technology integration into teacher
education Curriculum .Contemporary Issues in Teaching and Education (online
serial)5(2)Unesco 2006.using ICT to develop Literacy.BangkokUnesco 2002
251
Proceeding of IC-ITS 2015 e-ISBN:978-967-0850-07-8
International Conference on Information Technology & Society
8-9 June 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA

,information and communication technologies in teacher education ;a planning


guie.france.unesco
58. Yeung,Chi Keung.2001.Factors affects teachers attitude and integration of ICT in
education.The University of Hong Kong.Master of Education In Information
Technology inEducation.
59. Wan Mohd Zahid Mohd Nordin 1996.Sekolah Bestari di Malaysia : Hala Tuju ke masa
depan. Kertas Konsep Sekolah Bestari. Bahagian Teknologi Pendidikan Kuala Lumpur
.Kementeria Pendidikan Malaysia.
60. Yusalina Yusof.2011.Pelaksanaan inovasi pedagogi ICT dalam pengajaran oleh guru
Sains.UKM
61. Wan,A.J dan Wan Y.2009.Pembudayaan ICT Dalam Membentuk Generasi Modal
Insan Kelas Pertama : Antara harapan dan komitmen guru .Seminar Kebangsaan
Teknologi dan Inovasi Pengajaran-Pembelajaran (SKTIP 09) 28-29 April,2009.Palm
Garden Hotel IOI Resort,Putrajaya: Universiti Putra Malaysia.155-167
62. Zainuddin Abu Bakar et.al.2008.Kemahiran ICT di kalangan Guru Pelatih IPTA
Malaysia.Arah Publication.Shah Alam Zamri A.B dan Rusmini K.A (2007).
Implementasi ICT dan Kepimpinan Sekolah : Kajian Kesdi Sekolah sekolah bestari dan
SMJKC .Retrieved from the web http ://www.iab.edu.my/kertas kerja SN 15 .Dr
Rusmini.pdf
63. Zarul Akmar Abu Bakar.2007.Pembangunan perisian pengajaran dan pembelajaran
Berbantukan komputer (PPBK) mengenal papan induk (atas talian) http
://www.uoregon.edu/-otec/art.htm(20 Jun 2011).
64. Zulinah bt Jemom.1999. Pengetahuan dan sikap terhadap penggunaan komputer di
kalangan guru sekolah menengah : satu kajian di daerah Kubang Pasu,Kedah Darul
Aman.Zulinah bte Jemom .UKM.
65. Zuraidah bt Hj Abdul Halim.2003.Halangan penggunaan komputer di kalangan guru
Pendidikan Islam di Daerah Kubang Pasu.UUM

252

You might also like