You are on page 1of 7

BIDANG TUGAS GURU PENOLONG KANAN

KOKURIKULUM
Menentukan kegiatan kokurikulum di sekolah berjalan dengan lancar.

Membuat analisa dan mengesan kemajuan dan kelemahan pencapaian


kokurikulum dan mengambil tindakan positif bagi meningkatkan bidang
tersebut.

Menjalankan pentadbiran dan penyusunan tentang hal-hal yang berkait


dengan kokurikulum.

Mengatur rancangan dan jadual kokurikulum sesuai dengan takwim


sekolah, zon, daerah dan negeri.

Membahagi-bahagikan pelajar mengikut kegiatan tertentu yang


diadakan.

Menentukan bidang tugas guru-guru mengikut kegiatan yang


diadakan.

Menyelaras kegiatan dan latihan supaya sesuai dengan hari, masa


gelanggang dan padang.

Mengatur rancangan lengkap untuk acara sukan tahunan sekolah.

Menyediakan anggaran perbelanjaan aktiviti kokurikulum untuk


setahun.

Menyelaras penyertaan sekolah dalam aktiviti yang diadakan di


peringkat zon, daerah dan negeri.

Menentukan segala keperluan alatan untuk kegunaan aktiviti


kokurikulum dapat digunakan pada bila-bila masa.

Mengawas dan mengemaskini buku inventori sukan.


Menguruskan kenderaan atau pengangkutan untuk menyertai aktiviti
kokurikulum.

Menentukan keselamatan pelajar-pelajar semasa aktiviti kokurikulum.

Menyediakan laporan lengkap mengenai sebarang aktiviti kokurikulum


yang disertai oleh pihak sekolah.

Melapor kepada Pengetua segala perkara berkaitan kokurikulum yang


difikirkan sesuai untuk pengetahuan Pengetua.

Mengadakan dan menghadiri menyuarat yang telah dirancangkan dari


semasa ke semasa.

Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke


semasa.
TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA
KOKURIKULUM
Menyelaras semua aktiviti kokurikulum termasuk melengkapkan papan
kenyataan kokurikulum.

Membantu Guru Penolong Kanan Kokurikulum dalam perancangan,


pengagihan tugas, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian ke atas murid.

Mengurus dan menentukan pemilihan peserta dalam pertandingan


pada peringkat kelab dan persatuan, badan beruniform serta sukan dan
permainan.

Menentukan langkah-langkah keselamatan bagi murid semasa


mengikuti aktiviti kokurikulum.

Memastikan rekod dan data kokurikulum murid diselenggara dengan


baik.

Memastikan borang dan dokumen kokurikulum yang digunakan


sentiasa dikemaskini dan mencukupi.

Mengenalpasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti


kokurikulum serta menyusun dan melaksanakan latihan untuk mereka.
Penyelaras
TANGGUNGJAWAB PENYELARAS KELAB &
PERSATUAN, BADAN BERUNIFORM DAN
SUKAN & PERMAINAN
Mengatur dan menyelia perjalanan aktiviti kelab dan persatuan, badan
beruniform serta sukan dan permainan.

Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat.

Menyelaras semua aktiviti aktiviti kelab dan persatuan, badan


beruniform serta sukan dan permainan.

Menyediakan borang kebenaran ibu bapa atau penjaga untuk murid


menyertai aktiviti.

Menentukan laporan aktiviti, surat-menyurat dan minit mesyuarat


difailkan dengan baik.

Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan ahli jawatakuasa


diadakan setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan.

Menguruskan buku, buku log dan kad kokurikulum seperti:


♥ Mengagihkan kad kokurikulum kepada guru untuk diedarkan kepada
murid pada tarikh yang ditetapkan.
♥ Mengumpulkan kad tersebut semula pada akhir tahun untuk simpanan
dan rekod.

Menyediakan borang atau buku yang diperlukan untuk aktiviti iaitu:


♥ Borang penyertaan persatuan.
♥ Borang senarai ahli jawatankuasa dan ahli.
♥ Buku laporan aktiviti.

Mengumpulkan buku aktiviti untuk edaran, rujukan dan rekod.

Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian


aktiviti kelab dan persatuan, badan beruniform serta sukan dan permainan
sekolah
TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA SUKAN
Menyelaras semua aktiviti sukan sekolah.

Menyediakan takwim dan aktiviti sukan yang bersesuaian dengan


aktiviti MSSD, MSSN dan MSSM.

Membantu Guru Penolong Kanan Kokurikulum mengagih dan


menjayakan tugas baru dalam olahraga dan permainan.

Menetapkan murid dalam rumah sukan.

Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktviti sukan dan


keperluan peralatan.

Menyelaraskan penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah.

Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan sekolah.

Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan


sukan.

Menyediakan dan mempamerkan peraturan penggunaan peralatan dan


kemudahan sukan.

Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan di sekolah


dan di luar sekolah untuk edaran, rujukan dan rekod.

Sentiasa berbincang dengan Guru Penolong Kanan Kokurikulum untuk


kepentingan sukan sekolah.

Merekod pencapaian cemerlang murid-murid dan pasukan sekolah


dalam buku rekod pencapaian sukan sekolah.

Menghadiri kursus berkaitan sukan dari semasa ke semasa untuk


meningkatkan ilmu dan kemahiran guru.
TANGGUNGJAWAB GURU PENASIHAT
ATAU PEMIMPIN
Memastikan mesyuarat agung diadakan bagi tujuan melantik ahli
jawatankuasa.

Memastikan setiap badan mempunyai perlembagaan dan peraturan


sendiri.

Memastikan aktiviti yang dijalankan selaras dengan objektif sekolah.

Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam


perlembagaan.

Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama murid.

Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.

Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan kelab dan


persatuan, badan beruniform serta sukan dan permainan.

Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda serta peralatan


kokurikulum diurus dan dipelihara dengan baik.

Memastikan minit mesyuarat dan laporan aktiviti disedia dan difailkan.

Mendaftar setiap kelab dan persatuan, badan beruniform serta sukan


dan permainan yang ditubuhkan.

Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan


kepada ahli-ahli.

Menguruskan penyertaan ahli dalam aktiviti di peringkat sekolah, zon


dan daerah dalam aktiviti yang dijalankan.

Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli.

Memantau dan menandatangani buku kehadiran ahli.


Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit
yang diwakili.

Memastikan papan kenyataan digunakan dan dimanfaatkan dengan


sepenuhnya.

Memastikan tidak ada unsur negatif dan tidak sihat tersebar dalam
kalangan ahli.

Mencadang nama ahli yang layak menerima anugerah atau sijil


penghargaan daripada pihak sekolah.

Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program


yang dijalankan.

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penolong


Kanan Kokurikulum dari semasa ke semasa.

You might also like