You are on page 1of 8

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Bab 1 : Pengenalan Kepada Perakaunan

BAB 1

PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

OBJEKTIF

Selepas mempelajari tajuk ini, pelajar akan dapat:

 Memberi definisi perakaunan.

 Membezakan pengguna maklumat perakaunan kepada pengguna


dalaman dan luaran.

 Membezakan dengan jelas simpankira dan perakaunan.

 Membezakan dua cabang utama perakaunan iaitu perakaunan


kewangan dan perakaunan pengurusan.

 Mengenalpasti ciri-ciri tiga bentuk pemilikan perniagaan iaitu pemilikan


tunggal, perkongsian dan syarikat.

 Menjelaskan tiga jenis aktiviti perniagaan iaitu perkhidmatan,


pembarangan dan perkilangan.

 Menjelaskan empat jenis penyata kewangan iaitu penyata pendapatan,


penyata ekuiti pemilik, kunci kira-kira dan penyata aliran tunai.

 Menerangkan tiga badan perakaunan di Malaysia iaitu MASB, MIA dan


MICPA

1
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 1 : Pengenalan Kepada Perakaunan

1.0 PENGENALAN PERAKAUNAN

Perakaunan memainkan peranan penting dalam sistem ekonomi kita. Perakaunan menyediakan
maklumat yang berguna kepada pembuat keputusan seperti individu, perniagaan, kerajaan, dan
lain-lain terutama sekali dalam membuat keputusan berkaitan perkara-perkara yang melibatkan
kewangan. Perniagaan memerlukan maklumat perakaunan untuk membolehkannya beroperasi
dengan baik dan mencapai maklumat. Tanpa maklumat perakaunan, pengurus perniagaan tidak
dapat mengawal kos, menetapkan harga jualan dan menyediakan belanjawan.

1.1 DEFINISI PERAKAUNAN

Berikut adalah beberapa definisi perakaunan yang dipetik dari beberapa sumber:

“Perakaunan merupakan satu proses mengenalpasti, merekod, mengkelas dan meringkas semua
urusniaga secara sistematik dalam nilai wang dan melaporkan serta mentafsirkannya.”

“Satu seni untuk merekod, meringkas, mengkelas, menganalisa dan mengkomunikasi maklumat-
maklumat dari peristiwa ekonomi.”

“Satu seni merekod, mengkelas dan meringkaskan data-data mengenai peristiwa dan urusniaga
secara sistematik dan bererti dengan nilai wang serta mentafsirkan maklumat-maklumat
perakaunan yang dihasilkan darinya.”

Mengenalpasti Membuat pemerhatian ke atas peristiwa ekonomi dan memilih


(identifying) peristiwa yang sesuai untuk direkodkan bagi sesuatu perniagaan
tertentu.
Merekod Proses catatan urusniaga harian secara sistematik dalam buku
(recording) catatan pertama iaitu jurnal.
Mengkelas Proses pengkelasan melalui penggunaan akaun berdasarkan prinsip
(classify perakaunan, Pengkelasan tersebut dibuat kepasa aset, liabiliti, ekuiti,
hasil dan belanja.
Meringkas Meringkaskan maklumat urusniaga yang telah dikelaskan kepada
(summarize) imbangan duga. Imbangan duga ialah senarai yang menunjukkan
baki-baki akaun pada satu tarikh tertentu.
Melapor Proses di mana firma membuat laporan kepada pihak yang
(communicating) memerlukan seperti pelabur dan pihak pengurusan. Satu penyata
kewangan akan disediakan untuk tujuan ini.
Mentafsir Melibatkan pengkajian, penganalisaan dan penterjemahan
(interpret) maklumat-maklumat perakaunan dalam penyata kewangan kepada
satu bahasa dan bentuk yang mudah difahami oleh pengguna
maklumat perakaunan.

Perakaunan berperanan untuk menyediakan maklumat tentang prestasi dan kedudukan kewangan
syarikat. Maklumat tersebut berguna kepada pengguna-pengguna maklumat perakaunan dalam
membuat keputusan ekonomi. Perakaunan juga merupakan bahasa perniagaan kerana ia adalah
satu alat untuk menyampaikan maklumat sesebuah perniagaan.

2
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 1 : Pengenalan Kepada Perakaunan

1.2 PENGGUNA MAKLUMAT PERAKAUNAN

Pengguna maklumat perakaunan terbahagi kepada dua iaitu pengguna dalaman (internal users)
dan pengguna luaran (external users). Pengguna dalaman terdiri daripada mereka yang berada
dalam perniagaan berkenaan. Contohnya, pihak pengurusan. Pengguna luaran terdiri daripada
individu atau kumpulan orang di luar syarikat yang mempunyai kepentingan atau tidak mempunyai
kepentingan dalam perniagaan. Contohnya, pelabur, bank, pemiutang, agensi-agensi kerajaan.
Amnya, pengguna luaran memerlukan maklumat perakaunan bagi membolehkan mereka membuat
perbandingan prestasi kewangan sesebuah perniagaan. Setiap pengguna maklumat mempunyai
kepentingan yang tertentu terhadap maklumat perakaunan. Kepentingan maklumat kepada
pengguna adalah seperti berikut:

Pengguna Maklumat Kegunaan Maklumat


Pengguna dalaman (internal
users)  Menilai keputusan pengurusan yang lepas
1. Pihak pengurusan  Mengawal aktiviti operasi syarikat
 Membuat rancangan dan keputusan untuk masa
depan
Pengguna luaran (external users)
1. Pelabur sedia ada  Mengetahui nilai modal yang dilaburkan
 Mengetahui dividen yang diterima daripada modal
yang dilaburkan
 Mengetahui sumber-sumber kewangan perniagaan.
2. Bakal pelabur atau bakal rakan  Melihat keuntungan atau kerugian sebelum
kongsi membuat keputusan melabur atau menjadi rakan
kongsi.
3. Pihak bank atau pemiutang  Menilai kebolehan perniagaan untuk membayar
balik hutang bersama faedah atas pinjaman
4. Agensi kerajaan  Menentukan jumlah cukai yang harus dikenakan
atas untung perniagaan
 Menentukan kepatuhan perniagaan kepada
undang-undang yang telah ditetapkan.

1.3 PERBEZAAN ANTARA PERAKAUNAN DAN SIMPANKIRA

Simpankira (Bookkeeping) Perakaunan (Accounting)


Simpankira adalah sebahagian daripada Perakaunan adalah proses mengenal pasti,
perakaunan. merekod, mengkelas dan meringkas peristiwa
dan urusniaga secara sistematik dalam bentuk
Simpankira merupakan proses mengenal nilai wang serta mentafsirkan dan menganalisa
pasti, merekod, mengkelas dan meringkas maklumat perakaunan.
semua urusniaga dalam nilai wang kepada
bentuk penyata kewangan. Ia merupakan proses mengkomunikasi
maklumat ekonomi kepada pengguna untuk
Simpankira tidak melibatkan proses mentafsir membantu membuat keputusan kewangan.
penyata kewangan dan membuat keputusan.
Perakaunan bukan saja sekadar menyediakan
Ianya lebih merupakan proses menyimpan penyata kewangan tetapi juga menganalisa dan
data-data urusniaga dalam bentuk akaun- menterjemah penyata kewangan tersebut untuk
akaun perniagaan menjelaskan kedudukan kewangan yang
sebenar dalam perniagaan dan memudahkan
pihak luaran memahaminya.

3
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 1 : Pengenalan Kepada Perakaunan

1.4 CABANG PERAKAUNAN

Dua cabang perakaunan yang penting ialah perakaunan kewangan dan perakaunan pengurusan.
Lain-lain cabang termasuklah perakaunan kos (cost accounting), percukaian (tax accounting),
pengauditan (auditing), sistem maklumat perakaunan, perakaunan antarabangsa, perakaunan
kerajaan dan lain-lain.

1.4.1 Perakaunan Kewangan

Perakaunan kewangan (Financial Accounting) melibatkan proses merekod urusniaga dan


peristiwa, mengkelas, meringkas serta melapor dan mentafsir penyata kewangan. Oleh itu, objektif
perakaunan kewangan yang utama adalah untuk menyediakan laporan kepada pengguna luaran
dengan mematuhi standard perakaunan. Maklumat dalam perakaunan kewangan ini merupakan
sumber yang digunakan juga oleh pengguna dalaman perniagaan.

Pengguna-pengguna maklumat perakaunan tersebut menggunakan maklumat yang disediakan di


bawah perakaunan kewangan bagi tujuan penilaian prestasi dan pembuatan keputusan mengikut
kepentingan masing-masing.

1.4.2 Perakaunan Pengurusan

Perakaunan pengurusan (Management Accounting) menyediakan maklumat mengikut keperluan


pihak pengurusan bagi tujuan membuat keputusan. Selain daripada membantu pihak pengurusan
membuat keputusan, perakaunan pengurusan juga penting untuk tujuan kawalan, koordinasi dan
perancangan aktiviti perniagaan. Perancangan dan pengawalan bertujuan untuk memastikan
aktiviti organisasi berjalan lancar untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
Terdapat beberapa laporan yang disediakan seperti laporan prestasi, laporan penyiasatan
ketidakcekapan aktiviti dan laporan cadangan pengorganisasian semula. Laporan perakaunan
disediakan mengikut kehendak pengurusan dan tidak mempunyai satu bentuk yang standard
seperti laporan perakaunan kewangan.

1.5 JENIS-JENIS PEMILIKAN PERNIAGAAN

Terdapat tiga jenis pemilikan perniagaan iaitu:


1. Perniagaan tunggal (proprietorship)
2. Perkongsian (partnership)
3. Syarikat (corporation)

1.5.1 Perniagaan Tunggal

Perniagaan tunggal adalah sebuah perniagaan yang dimiliki oleh seseorang individu yang tertentu.
Ianya diuruskan oleh pemilik perniagaan itu sendiri. Perniagaan ini bersaiz kecil dan senang untuk
diuruskan. Sebagai pemilik, ia menerima semua hasil perniagaan dan menanggung semua risiko
yang dialami oleh perniagaannya.

Kelebihan perniagaan tunggal:


1. Senang untuk ditubuhkan kerana tidak melalui prosedur yang banyak.
2. Modal untuk memulakan perniagaan yang kecil.
3. Pemilik adalah bebas untuk membuat keputusan.
4. Semua keuntungan adalah milik pemilik.

4
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 1 : Pengenalan Kepada Perakaunan

Kelemahan perniagaan tunggal:


1. Potensi untuk berkembang adalah terhad kerana modal yang terhad.
2. Bergantung kepada pemilik dalam kemahiran pengurusan. Sekiranya kemahiran
terhad, perniagaan boleh mengalami kegagalan.
3. Liabiliti tidak terhad. Pemilik secara peribadi menanggung semua hutang perniagaan.
4. Tidak mempunyai jaminan perniagaan akan berterusan.

1.5.2 Perkongsian

Perniagaan ini dimiliki oleh sekurang-kurangnya dua orang dan maksimum 20 orang yang akan
berkongsi keuntungan mengikut kadar tertentu yang dipersetujui bersama. Pendapatan, risiko dan
tanggungjawab dikongsi oleh semua pekongsi perniagaan. Setiap pekongsi mesti mencapai
persetujuan mengenai beberapa perkara seperti jumlah wang yang ingin dilaburkan, kerja yang
patut diagihkan, pembahagian untung atau rugi dan lain-lain lagi. Sekiranya perniagaan
mempunyai perjanjian perkongsian, segala urusan perniagaan perlulah merujuk kepada perjanjian
tersebut.

Kelebihan perniagaan perkongsian:


1. Penyatuan aset dan kemahiran pekongsi akan meningkatkan pelaburan dan
menambahkan potensi untuk berkembang.
2. Senang ditubuhkan kerana tidak memerlukan prosedur yang banyak dan remeh.
3. Perniagaan mempunyai potensi untuk berkembang kerana mudah untuk
mengumpulkan modal tambahan apabila perlu.
4. Mudah dalam membuat keputusan.

Kelemahan perniagaan perkongsian:


1. Liabiliti tidak terhad. Pekongsi secara peribadi menanggung semua hutang
perkongsian.
2. Konflik mungkin timbul antara pekongsi dalam menguruskan perkongsian.
3. Jangkahayat perkongsian adalah terhad. Perkongsian boleh dibubarkan akibat
kematian pekongsi atau penarikan diri pekongsi.
4. Agensi bersama.

1.5.3 Syarikat

Satu bentuk perniagaan yang dimiliki oleh ramai pemilik melalui pegangan saham dalam syarikat
tersebut. Bilangan pemilik sekurang-kurangnya dua orang. Pemilik boleh memindahkan pemilikan
melalui penjualan saham yang dipegangnya. Pemilik mempunyai liabiliti yang terhad kepada modal
yang dilaburkan sahaja. Pemilik membahagikan untung, risiko dan tanggungjawab bergantung
kepada jumlah saham yang dimiliki. Pemilik tidak terlibat dalam aktiviti harian perniagaan syarikat.
Kepentingan pemilik dijaga oleh Lembaga Pengarah syarikat.

Kelebihan syarikat:
1. Syarikat dengan kuasa undang-undang boleh bertindak sebagai orang perorangan,
boleh membeli, memiliki dan menjual harta atas nama sendiri.
2. Jangka hayat perniagaan tidak terhad.
3. Pemegang saham mempunyai liabiliti terhad.
4. Potensi untuk berkembang yang tinggi kerana saham boleh diterbitkan untuk
mendapat dana tambahan.

5
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 1 : Pengenalan Kepada Perakaunan

Kelemahan syarikat:

1. Perlu mematuhi undang-undang yang ketat berbanding dengan jenis perniagaan lain.
2. Cukai perbadanan selalunya tinggi kerana ia bergantung kepada pembentangan
belanjawan terhadap cukai perniagaan syarikat antara 25-35% terhadap keuntungan
yang boleh dikenakan cukai.
3. Laporan kewangan perlu dihantar kepada kerajaan untuk menghindarkan perniagaan
daripada dikenakan denda. Dengan itu tahap kerahsiaan perbadanan sukar dikawal.
4. Terdapat had kredit sama ada dengan pihak bank atau pemiutang bergantung kepada
reputasi perniagaan.

1.6 JENIS-JENIS AKTIVITI PERNIAGAAN

Perniagaan boleh dibahagikan kepada 3 aktiviti utama iaitu perkhidmatan, pembarangan dan
perkilangan.

1.6.1 Perniagaan Perkhidmatan

Perniagaan perkhidmatan tidak melibatkan penjualan barangan. Perniagaan berbentuk


perkhidmatan dibahagikan kepada dua iaitu :
a. Perniagaan perkhidmatan seperti kedai dobi, kedai gunting rambut dan bengkel
membaiki kenderaan.
b. Perkhimatan profesional pula adalah seperti perundingan klinik, penilaian
hartanah, khidmat kaunseling, akauntan awam bertauliah dan khidmat pelaburan.

1.6.2 Perniagaan Pembarangan

Perniagaan pembarangan melibatkan pembelian dan penjualan barang-barang siap sama ada
kepada peruncit atau pengguna akhir. Contoh seperti kedai runcit dan pasaraya.

1.6.3 Perniagaan Perkilangan

Perkilangan merupakan perniagaan yang melibatkan proses penukaran bahan mentah kepada
barang siap. Contoh perniagaan adalah seperti kilang pembuatan kenderaan, kilang memproses
makanan dan perniagaan membuat perabut.

1.7 JENIS-JENIS PENYATA KEWANGAN

Penyata kewangan merupakan satu penyata yang mengandungi maklumat tentang prestasi
kewangan sesebuah organisasi bagi sesuatu tempoh tertentu dan juga menunjukkan kedudukan
kewangan organisasi tersebut pada tarikh tertentu.
Terdapat tiga jenis penyata kewangan yang utama iaitu penyata pendapatan, kunci kira-kira dan
penyata aliran tunai.

1.7.1 Penyata Pendapatan (Income Statement)

Penyata yang menunjukkan ringkasan hasil dan belanja bagi satu tempoh tertentu. Tujuan
penyata ini disediakan adalah untuk menilai prestasi perniagaan tersebut.

6
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 1 : Pengenalan Kepada Perakaunan

1.7.2 Kunci Kira-kira (Balance Sheet)

Penyata tentang kedudukan kewangan pada satu titik masa tertentu. Penyata ini menunjukkan
kedudukan jumlah aset, liabiliti dan ekuiti pemilik pada tarikh berkenaan.

1.7.3 Penyata Aliran Tunai (Statement of Cash Flows)

Penyata ini adalah satu bentuk penyata kewangan yang menunjukkan sumber tunai diperolehi dan
cara tunai berkenaan digunakan dalam tempoh perakaunan tertentu. Ia memberi analisis tentang
perubahan akaun tertentu dalam kunci kira-kira.

1.8 BADAN-BADAN PERAKAUNAN DI MALAYSIA

Di Malaysia terdapat beberapa badan perakaunan yang ditubuhkan untuk membentuk peraturan
dan amalan yang dikenali sebagai prinsip-prinsip perakaunan yang diterima umum.

1.8.1 Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA)

MACPA adalah singkatan kepada “Malaysian Association of Certified Public Accountants”


(Persatuan Akauntan Awam Bertauliah Malaysia). Ia merupakan satu-satunya badan profesional
perakaunan di Malaysia yang ditubuhkan dalam tahun 1965 mengikut Akta Syarikat 1965.
Sekarang dikenali sebagai MICPA “Malaysian Association of Certified Public Accountants”
(Persatuan Akauntan Awam Bertauliah Malaysia).

Objektif utama pertubuhan ini ialah untuk meningkatkan teori dan amalan perakuanan dalam
berbagai aspek; memilih, mengajar, melatih dan menilai sekumpulan ahli yang pakar dalam bidang
perakaunan melalui peperiksaan atau lain-lain cara; sentiasa memelihara kebebasan profesional
akauntan dalam setiap bidang yang diceburi; mengekalkan amalan dan etika ahlinya pada tahap
yang tinggi; dan melakukan pelbagai perkara yang boleh meningkatkan profesion perakaunan di
Malaysia.

1.8.2 Institut Akauntan Malaysia (MIA)

MIA adalah singkatan kepada ‘Malaysian Institute of Accountants’. Ianya merupakan satu badan
perakaunan di Malaysia yang diperundangkan dalam tahun 1969 di bawah Seksyen 3 Akta
Akauntan 1967. Tujuan penubuhannya adalah untuk mempengaruhi perkembangan dan
pembangunan profesyen perakaunan di Malaysia.

Fungsi utama MIA adalah mengadakan latihan, pendidikan dan peperiksaan kepada orang yang
ingin mengamalkan profesion ini perlu menjadi ahli kepada badan ini. Ahli institut ini dikenali
dengan gelaran akauntan awam (PA), akauntan berdaftar (RA) atau akauntan berlesen (LA).
Keahlian tersebut diberikan berdasarkan kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh badan
ini.

7
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 1 : Pengenalan Kepada Perakaunan

1.8.3 Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB)

MASB adalah singkatan kepada ‘Malaysian Accounting Standards Board’ yang membawa maksud
Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia. Ianya ditubuhkan pada 1 Julai 1997. Peranan MASB
adalah membangunkan satu rangka kerja perakaunan yang bersesuaian di mana rangka kerja ini
akan dikuatkuasa di bawah Akta Pelaporan Kewangan 1997. Akta Pelaporan Kewangan 1997
merangkumi struktur standard-standard perakaunan yang bebas. Oleh yang demikian, MASB akan
menjadi satu badan teknikal bebas yang bertanggungjawab untuk membangunkan dan
menerbitkan standard pelaporan perakaunan dan kewangan di Malaysia.

Fungsi MASB ialah menerbitkan standard yang diluluskan dan menyemak atau mengadaptasikan
standard-standard yang sedia ada sebagai satu standard yang diluluskan.
MASB mempunyai satu badan penasihat yang dikenali sebagai “Financial Reporting Foundation”
(FRF). Badan ini berperanan sebagai penasihat perkara-perkara pelaporan kewangan, mengawasi
operasi MASB, menyediakan dan meluluskan dana untuk pembiayaan operasi.

Pada masa akan datang, penyata kewangan yang disediakan oleh syarikat-syarikat yang
ditubuhkan di Malaysia perlu mengikut undang-undang atau peraturan-peraturan yang ditetapkan
melalui pematuhan kepada standard-standard perakaunan yang diluluskan oleh MASB.

You might also like