You are on page 1of 2

Warna kulit manusia adalah pelbagai, ada yang putih, ada yang gelap perang, hitam, kuning, pucat

kemerahan dan banyak lagi. Terbukti sebuah kajian sebelum ini bahawa warna kulit kita sebenarnya
berkait rapat dengan genetik seseorang, samada ianya datang daripada ibubapa, keluarga dan keturunan
atau tempat seseotang itu tinggal atau faktor lainnya pendedahan kepada matahari. Dalam teori evolusi,
para saintis memahami warna kulit ini sentiasa berubah dalam proses pemilihan semulajadi (natural
selection) untuk mengadaptasi pengawalan cahaya ultraviolet menembusi kulit serta kesan biokimianya.
Warna kulit kita ini adalah ciri-ciri polygenic – warna kulit kita terpengaruhi beberapa lokus genetik
untuk menghasilkan sesuatu pigmen. Melanin adalah bahan biokimia yang ditemui dalam sel kulit
supaya kulit mempunyai warna. Bahan ini dihasilkan daripada sejenis sel kulit kulit melanocyte dalam
proses melanogenesis, proses membuat melanin. Orang berbeza, warna juga berbeza – perbezaan antara
warna kulit seseorang berbeza atas sebab ciri-ciri melanin dari segi kuantiti melanin and jenis melanin.
Perbezaan warna ini juga disebabkan oleh sel kulit keratinocyte kerana sel ini mengawal penghasilan
melanin dan proses replikasinya serta keratinocyte juga adalah sel yang banyak terdedah di permukaan
luar kulit berbanding melanocyte.

Mekanisma genetik warna kulit juga diregulasi oleh sejenis enzim tyronase – enzim ini memangkinkan
proses penghasilan melanin di mana ia juga menghasilkan pigmen yang pelbagai warna termasuk warna
mata dan rambut. Terdapat 2 jenis melanin yang biasa dihasilkan; eumelanin yang boleh diketemui di
rambut bewarna perang, hitam dan kelabu dan juga di kulit. Pheomelanin pula memberi kesan warna
kemerahan pada kulit dan rambut seperti orang Ireland dengan rambut merah mereka. Namun,
memahami mekanisma genetik ini belum mencukupi untuk menentukan genotype tertentu.
Walau bagaimana pun, kajian genetik terhadap sesuatu populasi mampu memberi kenyataan yang
bernas tentang bilangan genetik yang memberi kesan terhadap penghasilan pigmen tertentu serta ciri-
ciri fizikal yang lain. Kajian dalam pelbagai populasi ini mencadangkan model 3 hala untuk merangka
evolusi warna kulit bermula dari zaman permulaan hominid di kawasan Afrika, kemudian berubah
warna yang lebih cerah di belah Eropah dan Asia Timur.
Untuk warna kulit gelap orang Afrika, genetik MC1R yang menentukan samada eumelanin atau
pheomelanin untuk dihasilkan untuk seseorang. Kajian ini membukti terdapat pemilihan positif
terhadap untuk penghasilan eumelanin yang tinggi di Afrika dan kawasan seumpamanya yang
mempunyai pendedahan UV yang tinggi sebanyak 40-45%. Untuk warna kulit yang cerah, terdapat 2

genetik yang berkait serta mempunyai kekerapan yang tinggi dalam populasi Eropah dan Asia Timur. . Dua genetik ini adalah KIT ligand (KITLG) dan agouti signalling peptide (ASIP) yang mengawal penghasilan melanin sebanyak 15-20%.