You are on page 1of 4

SCH4303/SEPT/2018 TUGASAN INDIVIDU

Sastera Melayu Kontemporari

(SCH4303)

Tugasan Individu

Markah: 30%

Disediakan Oleh:

Encik Sudirman Bin Kiffli


SCH4303/SEPT/2018 TUGASAN INDIVIDU

Sastera Melayu Kontemporari (SCH4303)

Arahan:

Pelajar dikehendaki menyiapkan tugasan ini secara individu. Tugasan disediakan dalam bentuk
laporan bertulis (esei) berdasarkan tajuk-tajuk yang telah disediakan oleh pensyarah. Setiap
tajuk hanya dihadkan kepada DUA BELAS (12) dan SEBELAS (11) orang pelajar sahaja.
Laporan bertulis yang disediakan mempunyai antara 2500 hingga 3000 PATAH
PERKATAAN sahaja atau sehingga DUA BELAS (12) HALAMAN sahaja (tidak termasuk
muka hadapan). Setiap laporan yang disediakan WAJIB mengikut format yang berikut:
Format laporan:
o Laporan disediakan dalam bentuk esei (bertaip).
o Menggunakan huruf Arial.
o Saiz huruf: 12.
o Ditaip selang 1.5.
o Disediakan dalam bahasa Melayu.
o Mempunyai muka surat bernombor.
o Muka hadapan (disediakan oleh pelajar) yang mengandungi:
 Logo dan nama penuh Universiti Malaysia Kelantan.
 Nama Fakulti.
 Nama dan Kod Kursus.
 Tajuk Tugasan
 Nama Pensyarah.
 Tarikh Penyerahan Laporan.
o Mempunyai jadual isi kandungan.
o Menggunakan rujukan-rujukan yang sahih dan disertakan di dalam laporan (muka surat
terakhir).

Pemarkahan:

30% markah diperuntukkan. (*rujuk Lampiran A untuk panduan pemarkahan)

Tarikh akhir menghantar laporan:


SCH4303/SEPT/2018 TUGASAN INDIVIDU

Setiap pelajar dikehendaki memuat naik SATU (1) salinan “softcopy” ke dalam Sistem E-
Learning dan menghantar SATU (1) laporan dalam bentuk “hard copy” dan diserahkan kepada
pensyarah dalam tempoh EMPAT (4) MINGGU selepas soalan tugasan diberikan.
Tajuk:

1) Bincangkan peranan dalam pembangunan masyarakat dengan merujuk frasa ‘sastera


sebagai seimograf kehidupan’.

2) Aliran naturalisme adalah salah satu aliran dalam kajian kesusasteraan. Huraikan ciri-ciri
karya sastera yang berpegang kepada aliran ini dengan merujuk kepada contoh karya
sastera nusantara.

3) Kritikan feminis berusaha untuk mengangkat karya-karya wanita dalam


memperjuangkan hak-hak mereka. Analisis cerpen ‘Harga Seorang Perempuan’ oleh
Oka Rusmini dengan menggunakan kritikan ini.

4) Bincangkan persamaan dan perbezaan Sastera Chic-Lit dan Sastera Wangi dengan
mengemukakan contoh-contoh yang sesuai.

5) Pramoedya Ananta Toer dan Shahnon Ahmad adalah dua nama besar dalam
perkembangan sastera di Indonesia dan Malaysia. Huraikan sumbangan-sumbangan
kedua-dua tokoh ini dalam proses pembangunan kesusasteraan kontemporari di
nusantara.
SCH4303/SEPT/2018 TUGASAN INDIVIDU

Lampiran A

Aspek-aspek yang dinilai:

Perkara Keterangan Markah

1) Pengenalan Pengenalan yang jelas dan bersesuaian dengan topik yang


dibincangkan. Pengenalan mempunyai kata kunci yang 5
menggambarkan keseluruhan isi perbincangan.

2) Isi/Hujah/ Setiap penulisan mengemukakan sekurang-kurangnya


Perbincangan ENAM (6) isi/hujah/perbincangan yang berkaitan
dengan topik. Setiap isi/hujah/perbincangan akan
diberikan SEPULUH (10) markah yang dipecahkan
kepada:
 Isi – 4 Markah
 Huraian/Perbincangan – 3 Markah
 Contoh – 3 Markah
Pengiraan Markah: 6 Isi x 10 Markah = 60 Markah 60

3) Kesimpulan Kesimpulan hendaklah merangkumkan keseluruhan 5


perbincangan dengan mengemukakan rumusan yang
matang dan relevan dengan isi perbincangan.

4) Kreativiti Kreativiti penulisan dinilai berdasarkan kekemasan, 10


susun atur serta pemilihan gambar dan penggunaan
pelbagai rajah yang relevan dalam penulisan.

5) Format Format laporan menepati format penulisan ilmiah seperti 10


yang telah ditetapkan.

6) Bahasa Penulisan menggunakan tatabahasa yang betul, ringkas 5


dan mudah difahami tanpa menimbulkan isu-isu bersifat
sensitif.

Markah Keseluruhan 100

-----TAMAT-----