Universiti Malaya Akademi Pengajian Melayu Tamadun Melayu JXEA 1101

[Type a quote from the document or the summary of an interesting point. You can position the text box anywhere in the document. Use the Text Box Tools tab to change the formatting of the pull quote text box.]

Pensyarah: Profesor Madya Datuk Zainal Abidin Borhan Tutor: Encik Mohd Arif Atan

Muhammd Dinie Shaifullah (JEA100714) Syahierah Bte Sunardi (JEA100715)

Tamadun Bendawi Melayu: Masjid Peranan masjid pada masa dahulu dan perubahan pada masa sekarang.

1

K

A

N

D

U

N

G

A

N

1. Mukadimah 2. Konsep Budaya 3. Konsep Tamadun 4. Ciri-ciri Tamadun 5. Konsep Tamadun Melayu 6. Artifak Masjid Sebagai Manifestasi Ketamadunan Melayu 7. Masjid 7.1. Erti Masjid 7.2. Sejarah Masjid 7.3. Sejarah Masjid-Masjid di Dunia Melayu-Nusantara 7.4. Fungsi Masjid 7.5. Seni Bina Masjid 7.6. Ciri-Ciri Seni Bina Masjid 7.6.1. Kubah 7.6.2. Menara 7.6.3. Dewan Solat 7.6.4. Ruang Legar 7.6.5. Tempat Kiblat 7.6.6. Mihrab 7.6.7. Mimbar 8. Kajian Lapangan: Masjid Wilayah Persekutuan 8.1. Pengenalan
2

8.2. Sejarah Masjid Wilayah Persekutuan 8.3. Seni Bina Masjid Wilayah Persekutuan 8.4. Konsep Masjid Wilayah Persekutuan 8.5. Fungsi Masjid Wilayah Persekutuan 8.6. Seni Bina Masjid Wilayah Persekutuan 8.6.1. Anjung 8.6.2. Serambi Masjid 8.6.3. Gerbang Utama 8.6.4. Kubah Utama 8.6.5. Menara 8.6.6. Dewan Solat Utama 8.6.7. Mihrab 8.6.8. Mimbar 8.6.9. Dewan Solat Muslimat 8.7. Pembaharuan Di Masjid Wilayah Persekutuan 8.7.1. Sistem Pencahayaan Khas 8.7.2. Sistem Siaraya 8.8. Cabaran Masjid Wilayah Persekutuan 9. Penutup 10. Lampiran 11. Rujukan

3

yang berpunca daripada kata-kata maddana yang bererti memperhalus budi bahasa dan memperbaik tingkah laku dan juga bererti membuka atau membuat bandar. hlm. Yang Maha Pemurah. Daripada perkataan itu. Dari bentuk pembinaan hingga kepada rekabentuk hiasannya.Dengan nama Allah. 1 Perkataan µbuddhi¶telah dipinjam dari bahasa Sanskrit yang bererti kecerdasan fikiran dan akal. Mukadimah Sesebuah masjid biasanya terdapat himpunan seni bina. Konsep Budaya Kata budaya adalah cantuman dua perkataan buddhi dan daya. negeri ataupun kebudayaan pada keseluruhannya yang pada asalnya wujud tanpa berdasarkan ajaran Islam. Manakala µdaya¶ ialah perkataan Melayu-Polinesia yang bermakna kekuatan tenaga atau perbuatan. Pengantar Antropologi. 1970. 2. Jalinan kesenian ini kemudian terus berkembang dengan luas. 4 . 3. Kuala Lumpur: Pustaka Antara. lagi Maha Mengasihani 1. Konsep Tamadun ³Istilah tamadun berasal daripada perkataan arab TAMADDUN yang bererti kehalusan budi bahasa dan kesopanan tingkah laku. jika kedua-dua perkataan itu dicantumkan akan bermaksud tenaga fikiran yang menentukan pola kelakuan manusia. 62. terbit perkataan 1 Koentjaraningrat. seni ukir dan seni khat dengan fungsi yang menarik. kita akan bertemu dengan asimilasi berbagai-bagai unsur kesenian sama ada dari sesuatu daerah. kuasa dan pengaruh. Justeru.

dan perkataan µmadana¶ bererti bersifat halus dan beradab sopan dalam tingkah laku.madinah bererti bandar. beradab«¶3 Justeru itu. halus. merangkumi segala apa yang telah dicapai manusia. peradaban.) 2007 Kamus Dewan Edisi Keempat. (Ed.Prolegomena to the Metaphysics of Islam. termasuklah segala kemajuan yang telah dicapai dalam aspek pemikiran. pemikiran dan penciptaan yang baik. 2 3 Al-attas. ³sejumlah pencapaian dan pemerolehan dalam segala perlakuan. berpendapat serupa. berperadaban. hal. seperti yang dimaksudkan Syed Muhammad Naquib Alattas. Tamadun. kehalusan budi pekerti dan kemajuan yang dikecapinya. budaya dan politik. hal. Sebuah masyarakat yang µbertamadun¶ menurut Kamus Dewan (Edisi Keempat). 5 . adalah sebuah masyarakat yang µmempunyai pemikiran (budaya dan moral) yang halus. sesebuah masyarakat itu tidak boleh dianggap bertamadun selagi masyarakat itu tidak mempunyai peradaban dalam pemikiran. 1995. kemajuan (kebendaan dan kerohanian) dan sopan santun. dalam buku Tamadun Islam.M Naquib.´ Hashim Musa juga mengikhtisarkan tamadun sebagai. kita dapat lihat bahawa istilah µtamadun¶ itu berkait rapat dengan moral dan manifestasi akal dan kelakuan manusia atau juga µadab¶. Istilah tamadun juga boleh dihubungkan dengan isitilah arab µhadharah¶ yang bermaksud diam di bandar. sosial.4 Menurut definisi-definisi yang diungkapkan tadi. 6. Manusia tidak akan dapat mencari satu etika tamadun jika tidak mempunyai masyarakat yang bermoral. S. Ahmad Tarmizi Talib. tamadun bermakna µcivilisation¶. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka 4 Ibid. Kuala Lumpur: ISTAC Sheikh Othman bin Sheikh Salam. tahu adab sopan dan manis tingkah laku«´2Dalam bahasa Inggeris pula. ³«µtamadun¶ merangkumi kebudayaan. 1583. yang membawa maksud tingkah laku serta tutur kata yang halus.

Kewujudan sistem organisasi dan institusi sosial dalam bidang politik. ekonomi dan pendidikan yang sempurna dan teratur. tingkah laki dan budi bahasa yang mulia bagi individu dan juga sesuatu kelompok manusia. Kemunculan satu bahasa atau beberapa bahasa yang serumpun dengan satu sistem tulisan yang tersendiri bagi menjadi perantaraan komunikasi. Konsep Tamadun. Peningkatan kualiti kehidupan yang lebih sempurna berbanding sebelumnya. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. iv. Kewujudan petempatan masyarakat manusia di sesebuah kawasan atau beberapa kawasan yang disatukan membentuk kota. iii.´5 4. hal. Zuhdi Marsuki. bandar.sopan dan santun bagi pembentukan peribadi. Universiti Malaya: Akademi Pengajian Melayu. perakaman. penyampaian dan pewarisan khazanah tamadun dalam pelbagai bidang ilmu. pentadbiran. 25. 6 . Ciri-ciri Tamadun Masyarakat yang telah melalui atau sedang melalui proses ketamadunan adalah sebuah masyarakat yang sedang atau telah melalui proses evolusi dari kejahilan ke sebuah masyarakat yang maju. 2006. Maka. seperti yang dapat ditukil dari buku TITAS adalah seperti berikut:6 i. yang membentuk masyarakat atau negara bangsa. ciri-ciri tamadun. 2001. tatsusila. Tamadun Islam Tamadun Melayu. 5 Hashim Musa. Merekonstruksi Tamadun Melayu Islam-Ke Arah Pembinaan Sebuah Tamadun Dunia Alaf Ketiga. ii. akhlak. adab. 6 Mohd. kepolisan atau madinah. Dalam. seterusnya terhasil peningkatan jangka hayat penghidupan yang lebih stabil dan panjang.

v. 7 . Indonesia. orang Melayu ialah orang yang bertutur dalam bahasa Melayu. Kelahiran dan peningkatan daya reka cipta dalam penciptaan teknologi dan pembinaan bagi menyempurnakan lagi keselesaan hidup. iaitu sama ada secara perlembagaan atau undang-undang sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Malaysia atau definisi mengikut Unesco yang membahagikan ras Melayu mengikut wilayah atau geografi tempat penyebaran mereka. dan nilai etika yang tersendiri. vii. Menurut Perlembagaan Malaysia. Filipina.iv. Kewujudan sistem perundangan yang teratur dan sistem nilai serta moral yang berwibawa yang dikuatkuasakan untuk mengatur perlakuan dan tindaktanduk masyarakatnya dalam segala kegiatan kehidupan. bolehlah kita mengetahui maksud tamadun Melayu sebenar. selaras dengan penubuhan Malaysia. kesenian. Istilah µMelayu¶. Thailand. dan Madagaskar. sebagaimana yang ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 adalah suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia. menganut agama Islam dan mengamalkan cara hidup Melayu. konsep Bumiputera diperkenalkan yang memasukkan orang Melayu sebagai sebahagian daripada kaum Bumiputera yang merupakan penduduk atau bangsa asal bagi Persekutuan Malaysia. Dari takrifan tersebut. Pada tahun 1963. kesusasteraan. Kelahiran dan perkembangan daya kreativiti dalam menghayati falsafah. Konsep Tamadun Melayu Definisi tentang orang Melayu boleh dibahagikan kepada pelbagai sudut. 5.

Syeikh Nuruddin Ar. Kuala Lumpur : Quantum Books.Mohd Ghouse Nasaruddin (1993) mengatakan bahawa Tamadun Melayu merujuk kepada satu rumpun bangsa yang berasal daripada satu punca. TITAS: TAMADUN MELAYU. Tamadun Melayu itu tercipta berdasarkan keintelektualan yang dimiliki oleh masyarakat Melayu. politik. (hal 19). ³Kedatangan Islam telah membawa perubahan yang besar dalam tamadun Melayu. mempunyai asas kehidupan yang sama dan hanya berbeza dari segi pengaruh alam persekitaran. seperti Tajus Salatin oleh Bokhari Al-Jauhari pada abad ke-17. Tamadun Melayu adalah tamadun yang dibina oleh Orang Melayu itu sendiri. 7 SamriSainuddin. Hindu-Buddha sehinggalah kedatangan Islam. antara lain. hasil-hasil karya Melayu-Islam pra-moden. ekonomi dan keagamaan). malah meliputi segala aspek hidup bermasyarakat«´ (Samri Sainuddin. tamadun Melayu adalah suatu puncak pencapaian sejumlah perlakuan yang baik dan luhur sama ada pemikiran dan perlakuan (adab dan adat) termasuklah juga segala hasil artifaknya (budaya benda) yang membentuk sebuah masyarakat yang teratur dan mementingkan kesejahteraan sosial untuk menyempurnakan segala sistem kehidupannya (sosial. (2003). Justeru. Tradisi Islam bukan hanya tertumpu kepada system kepercayaan.Raniri telah sedikit sebanyak menyumbang kepada ketamadunan Melayu. dari zaman animisme. 8 . 2003)7 Tambahan lagi. Tuhfat al-Nafis oleh Raja Ali Haji pada abad ke-19 serta kelahiran tokoh-tokoh sufi seperti Hamzah Fansuri. Keintelektualan Melayu terlahir dan kemudian diperkembangkan daripada pengalaman-pengalaman yang dilalui oleh masyarakat Melayu.

Dari Abu Dzar. & Zubaidi Abas.).) 2007. Chaiyanara. 9 Sheikh Othman bin Sheikh Salam. sesebuah artifak itu tidak semestinya datang dari zaman lampau atau merupakan objek-objek kuno. 79. Kertas ini akan membincangkan peranan masjid pada masa dahuludan perubahan pada masa sekarang. adalah masjid. Artifak Masjid Sebagai Manifestasi Ketamadunan Melayu Setiap tamadun itu akan memanifestasikan keintelektualannya melalui artifak. 2003.´ (Shahih: Muttafaq Alaih) 8 Awang Sariyan. ³Rasulullah SAW bersabda. Kamus Dewan Edisi Keempat. ³Telah dijadikan untukku bumi ini. Sesungguhnya artifak adalah produk maujud ketamadunan dan kemanifestian daya intelektual sesebuah budaya itu. 7. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahasa dan Pendidikan Bahasa: Pembinaan Tamadun dan Masyarakat Madani. Artifak yang menjadi skop dalam perbincangan mengenai ketamadunan Melayu. hal. sebagai alat bersuci dan tempat bersujud. Artifak. seperti berikut: ³«Pencapaian tahap tertinggi sesuatu masyarakat dalam mengembangkan kebudayaannya sehingga terbina tamadun itulah yang menjadi petunjuk terbentuknya masyarakat madani. dia berkata.Perkara ini juga diungkapkan oleh Awang Sariyan. 1-44. 9 .´ (Awang Sariyan. Dlm. (Eds. 9 Namun.Masjid yang akan dibincangkan ialah Masjid Wilayah Persekutuan. adalah µbarang-barang buatan manusia (terutama alat perkakas. (Ed. senjata) yang merupakan peninggalan sesuatu zaman¶. Wilayah Selatan: Dewan Bahasa & Pustaka. menurut Kamus Dewan Edisi Keempat. Mana Sikana. 2003)8 6. Paitoon M. Teori Pemikiran Tamadun Melayu hal. Masjid 489.

2. (1995). manakala di sebelah baratdaya bangunannya didirikan sebuah lindungan (al-Mizallah) daripada batang tamar yang diikat dengan tanah liat.7. Aspek-Aspek Kesenian Islam. dan tinggi dindingnya pula ialah tujuh hasta. Jadi ejaannya adalah masjid. kata kerjanya (fi¶il madi) sajada (ia sudah wujud). Perkataan masjid berasal dari bahasa Arab.´10 7. masjid memanglah tempat sembahyang. Nama masjid tersebut ialah Masjid Quba dan ia didirikan sehari selepas baginda berhijrah ke Madinah. 10 Manja Mohd. 10 . Pengambilan alih kata masjid membawa proses perubahan bunyi daripada ma menjadi me. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.1. Nor. namun keluasan tapak atau dinahnya ialah seratus hasta persegi. isim makan ini menyebabkan perubahanbentuk sajada menjadi masjidun. Pada penjuru tenggara ada pula sembilan ruang bilik dengan tiga buah pintu. Masjid Quba telah disifatkan oleh Allah dalam Al-Quran sebagai masjid yang didirikan atas takwa. sehingga terjadilah kata nama tempat (isim makan). Mohd. masjid. Kata pokoknya sujudan. Sejarah Masjid Masjid pertama telah dibangunkan ketika Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah. dan bilik-bilik tersebut ialah tempat kediaman Rasulullah SAW. Bentuk senibina Masjid Quba tidak dapat dibuktikan dengan jelas. Kata kerjanya sajada diberi awalan mim. Ludin . Erti Masjid ³Dilihat dari segi harfiah. Ahmad Suhaimi Hj.

Brunei Darussalam.4. Pada abad tersebut sudah wujud pusat pemerintahan Islam di Jawa. Sumatera dan Melaka«´(Abdul Halim Nasir. kewujudan masjid-masjid di Nusantara. Alim ulama dan pendakwah Islam yang datang ke Dunia Melayu-Nusantara ini bukanlah pakar bangunan atau arkitek.3. Sejarah masjid-masjid di Dunia Melayu-Nusantara ³Perkembangan Islam di Dunia Melayu-Nusantara pada abad kelima belas dan keenam belas disertai pembinaan masjid. Hal ini terbukti dengan penemuan batu bersurat dan batu nisan yang bertulis di beberapa tempat di rantau ini. Justeru. bangunan yang dijadikan masjid atau surau pada zaman awal berbentuk rumah kediaman. Filipina. Brunei.7. 1995. Maka itulah ada masjid di beberapa daerah di Dunia Melayu-Nusantara yang seni binanya menyamai seni bina rumah kediaman. seperti Indonesia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 12 Ibid. hal. Filipina dan wilayah Selatan Thailand. Seni bina masjid yang awal di Dunia Melayu-Nusantara bukanlah satu penonjolan yang ghairah seperti masjid di Timur Tengah ataupun masjid pada zaman kemodenan. 35 11 11 . Seni Bina Masjid di Dunia Melayu-Nusantara. 1995)11 Islam telah mula bertapak di dunia Melayu-Nusantara seawal abad ke-10 lagi. Malaysia. 12 Namun demikian. Fungsi Masjid Abdul Haljm Nasir. Singapura. hanya terbukti selepas abad ke-15 Tahun Masihi. Patani. 7.

Islam sebagai agama wahyu telah menyifatkan masjid sebagai lambang kehidupan bagi umatnya. Wang zakat yang diperuntukkan kepada masjid merupakan sumber kewangan yang boleh digunakan untuk pembiayaan pengajian dan pendidikan. pendidikan dan penerangan atau dakwah Islamiyah. sejarah. Namun. termasuklah penerimaan delegasi dari negara lain. Pada zaman Rasulullah SAW. pada zaman sekarang. Masjid juga dijadikan tempat khusus untuk berdoa dan i¶tikaf. tempat merawat sahabat-sahabat yang cedera dalam peperangan. Tambahan lagi. masjid dijadikan tempat persidangan untuk membahaskan soal-soal hukum dan keadilan. Ini berbeza kerana zaman Rasulullah SAW perpustakaan tidak wujud secara fizikal. Ini dapat dilihat sewaktu Khalifah Abu Bakar menyelesaikan masalah pentadbiran pemerintahan di masjid. masjid juga merupakan hospital. namun pada konsepnya telah wujud. Ia juga berfungsi sebagai tempat menyelesaikan persoalan masyarakat dan negara. Masjid juga dijadikan tempat Bait alMal. Masjid didirikan sebagai ungkapan ketaqwaan serta melambangkan kebesaran. Oleh sebab segala pengajaran. maka wajarlah pada masa sekarang setiap masjid mempunyai perpustakaan. pendidikan dan penerangan itu dilakukan di dalam masjid. berlandaskan wahyu yang pertama. wujudnya Mahkamah Syariah sebagai pusat persidangan untuk membahaskan soal-soal hukum dan keadilan. 12 . Solat fardhu lima waktu menjadikan masjid tempat berkumpulnya umat Islam lima kali sehari dan perhimpunan yang lebih besar dari segi bilangan dan maknanya akan berlaku pada setiap hari Juma¶at. Perpustakaan Islam merupakan sumber dari ajaran.

upacara pernikahan diadakan berdekatan dengan rumah pengantin dan khemah akan disiapkan untuk saudara mara berhimpun. (1975). Walaubagaimanapun. upacara pernikahan kerap kali diadakan di kolong blok atau di kelab masyarakat. masjid juga dijadikan tempat penginapan percuma bagi musafir. Malah itulah tanggungjawab dan kewajipan hakiki masjid. 13 . Drs.Dalam hubungan sosial dan kebajikan umat. Sidi. Masjid juga adalah pusat pembentukan dan pengembangan fikiran dan penghayatan Islam. Sujud dalam erti kata yang lebih luas bermakna mematuhi dan berkhidmat terhadap yang disujud itu. Masalah rumah tangga pula akan diselesaikan menerusi temu janji diantara suami isteri dan para kaunselor. pusat ibadat dan kebudajaan Islam. Mesdjid. ³13 13 Gazalba. Djakarta: Pustaka Antara. iaitu tempat sujud dalam kehidupan terhadap Allah SWT.Upacara pernikahan juga disempurnakan di masjid di samping menjadi tempat untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang ada hubungkait dengan rumah tangga. Tujuan sujud itu adalah tidak lain kepada Allah SWT. Begitu juga sebelum seseorang umat Islam yang meninggal itu dikebumikan jenazahnya terlebih dahulu dibawa ke masjid untuk disembahyangkan. ³Masjid jika dirumus dalam sebuah kesimpulan yang ringkas adalah tidak semata-mata tempat sujud dalam ibadat khusus. tetapi juga tempat sujud dalam kehidupan. di Singapura. Masjid Pusat Ibadat dan KebudayaanIslam menyatakan bahawa. Di Malaysia pula. mendekatkan diri individu Islam dengan khaliqnya. Masjid dalam setiap kegiatan kehidupan. Sidi Gazalba dalam memperkatakan fungsi masjid dalam buku beliau.

7. Ia lebih senang dikenali sebagai kesenian Islam yang universal. China. bentuk bumbung kelenteng di China dan bumbung tangkup di Malaysia. pengaruh mempengaruhi. 7. Percantuman kesenian Arab-Islam yang juga dikenali sebagai seni bina µsaracenic¶ kemudian kian luas berkembang dengan terus menerima berbagai-bagai unsur dari Timur seperti Pakistan. Terdapat juga seni bina dan rekabentukrekabentuk yang mengekalkan corak tradisional masing-masing bangsa seperti yang terdapat pada dasar seni bina Parsi-India di India. Seni Bina Masjid Seni bina masjid telah menjalani pelbagai perubahan sejak masjid pertama dibina. Jalinan pelbagai unsur kesenian ini. seperti yang kini terdapat wujud di masjid. India. menjadi begitu erat hingga kerap didapati sukar untuk membezakan bentuk asal sesuatu kesenian itu. Ini membuktikan kesenian pada masjid telah kian berkembang luas. Ciri-ciri Seni Bina Masjid Perkara utama yang dititikberatkan dalam seni bina Islam ialah mendirikan bangunan masjid sebagai bangunan tempat ibadah yang menggambarkan ciriciri kesepaduan bangunanselaras dengan fungsi masjid yang secara langsung 14 . Perkembangan itu telah menarik pelbagai unsur seni bina dari lain-lain negeri dan tempat. alam sekitaran dan lain-lain lagi juga harus diambil kira dalam pembinaan sesebuah masjid di suatu kawasan. Indonesia serta seluruh Nusantara termasuk Malaysia dan Singapura mengikut perkembangan agama Islam itu sendiri.6. Pelbagai faktor seperti bilangan penduduk.5. Ia berkembang serentak dengan perubahan kehidupan sejak masjid pertama yang dibina oleh Nabi di Yathrib.

Oleh yang demikian. kubah seolah-olah bumbung masjid itu. Menara dibuat tinggi dengan maksud untuk memanggil orang ramai melakukan solat berjemaah di masjid atau supaya suara muazin itu kedengaran sampai ke tempat yang jauh.3. maka muncul pelbagai unsur penambahankemudahan asas dan keindahan yang berupa kelengkapan. Terletak di bahagian atas masjid.menetapkan unsur seni bina Islam berpandukan prinsip-prinsip yang ditentukan oleh Allah SWT. Menara biasanya terletak di samping masjid. Dewan Solat Dewan solat ialah satu bahagian masjid yang berbumbung yang menghadap ke arah kiblat dan keluasannya berbeza-beza dari satu masjid dengan satu masjid yang lain dan dari sudut zaman ke satu zaman yang lain.2.1.6. 15 . hiasan dan penyertaan gaya dekoratif-ornamentif. 7. kubah hanya terdapat pada istana-istana Byzantine dan Parsi. 7. Kubah Kubah adalah sebahagian daripada bangunan masjid yang terletak di atas masjid. Ini dapat dilihat melalui latar belakang budaya yang terdapat di persekitaran kehidupan umat Islam pada masa ini. kemudian diambil oleh umat Islam dan dijadikan sebahagian daripada bumbung masjid. Menara Menara ialah tempat muazin melaungkan azan. 7. Pada mulanya. selari dengan perkembangannya.6.6.

16 . 7.5. 7. ia dilihat sebagai unjuran atau sambungan bagi tempat solat. Mihrab juga dilengkapkan dengan hiasan tulisan khat ayat-ayat suci Al-Quran dan geometri.6. pula tidak berbumbung.7. Tempat Kiblat Tempat kiblat pula dipertengahan masjid dan dindingnya menghadap ke arah Baitullah Al-Haram di Makkah Al-Mukarramah. yang biasanya terletak di tengah-tengah masjid.4. Para fuqaha telah menghadkan penggunaan ruang legar masjid itu sehingga mereka mengharamkan apa-apa pekerjaan yang tidak mempunyai hubungan solat di situ. Mihrab Mihrab pula ialah tempat berdirinya imam ketika beliau ingin mengimamkan solat. Ruang Legar Ruang legar juga dikenali sebagai serambi masjid.6. kiblat Masjid Nabi SAW menghala ke arah Baitul Maqdis sehingga turun perintah Allah yang menukar arah kiblat menghadap ke Masjid Al-Haram. Pembinaan mihrab terdiri daripada pelbagai bentuk dan biasanya dibina ke dalam dari permukaan dinding arah kiblat. Pada awalnya. digunakan ketika menunaikan solat-solat berjemaah. Model-model awal bagi mihrab mempunyai bentuk lelangit atau seperti gawang siput.6.6. Pada mulanya.

7. ³Sesungguhnya kalian akan memperindahnya.7. selain dari Menara Berkembar Petronas. Pengenalan Masjid Wilayah Persekutuan merupakan ikon baru bagi rakyat Malaysia. ³Rasulullah SAW bersabda. Dari Ibnu Abbas RA.´ (Shahih) 17 . Masjid tersebut. 8. Mimbar Rasulullah SAW pada mulanya hanya sekadar lebih tinggi sedikit daripada lantai di sebelah tempat mihrab. Mimbar Mimbar pula ialah tempat naik bagi khatib. 448. aspek-aspek pencapaian teknologi dengan penggunaan peralatan terkini bagi membuktikan sikap progresif dan futuristik turut digabungkan. mimbar hanya terhad kepada masjid yang diimami oleh para khalifah.¶ ³Ibnu Abbas RA berkata. Kemudian penggunaannya berkembang dan kini mimbar terdapat di hampir setiap masjidmasjid di dunia. Kajian Lapangan: Masjid Wilayah Persekutuan 8. sebagaimana orang-orang Yahudi dan Nashrani. µAku tidak diperintahkan membangun masjid tinggi menjulang. Pada awalnya. beliau berkata. Namun. berhampiran Jalan Duta.6. ada sesetengah alim ulama yang mengkritik pembinaan masjid tersebutberdasar hadith Shahih Sunan Abu Daud.1. boleh diumpamakan sebagai monumen yang melambangkan ketinggian martabat senibina yang telah dicapai dalam pembinaan masjid di Malaysia. Ia dinamakan mimbar kerana ketinggiannya. Selain memberi tumpuan kepada pelbagai unsur kesenian Islam.

bermula dari detik kelahiran hingga ke saat kematiannya. Fungsi Masjid Wilayah Persekutuan Konsep perancangan bangunan pula selaras dengan fungsi masjid tersebut. dikait rapat dengan suasana syurgawi dan penerapannya di masjid tersebut memberi kesan seolah masjid berkeadaan terapung walaupun didirikan di atas kawasan yang berbukit. Pembinaan masjid tersebut memakan masa selama tiga tahun dan terletak di tanah bersebelahan dengan Kompleks Pejabat Kerajaan di Jalan Duta.8.4. Konsep Masjid Wilayah Persekutuan Masjid Wilayah Persekutuan telah dibina menyusuli perancangan yang terperinci dari sudut falsafah dan konsep masjid tersebut. Air. Sejarah Masjid Wilayah Persekutuan Masjid Wilayah Persekutuan telah dibina pada tahun 2000. Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Syed Putra Jamalulail. Falsafah di sebalik perancangan masjid tersebut adalah untuk mewujudkan sebuah ³pusat ibadah´ yang serba lengkap bagi memenuhi keperluan insan. Ini dapat dilihat menerusi perbezaan aras. Aras 1 terdapat kemudahan pra-sekolah dan penginapan pelajar. Pembinaan masjid tersebut juga berkonsepkan ³Masjid di dalam Taman´ di mana banyak elemen-elemen semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan dan juga air diterapkan ke dalam pembinaan masjid tersebut. Masjid Wilayah Persekutuan telah dirasmikan pada 25 Oktober 2000 oleh Yang di-Pertuan Agong. berdasarkan Al-Quran. Masjid tersebutjuga boleh memuatkan seramai 17. 8.000 jemaah dalam satu masa. 8. masjid tersebut merupakan masjid ke-44 yang dibina oleh kerajaan Malaysia. Dewan serbaguna.2. penginapan tetamu dan bilik rehat turut 18 .3. Selain itu.

Teknik ³cladding´. wajarlah jika tempatnya diletakkan di tengah dan pada aras yang tertinggi masjid tersebut. dengan kerangka keluli sebagai struktur perantaraan.berada di aras yang sama. Ciri-Ciri Seni Bina Masjid Wilayah Persekutuan Halaman letak kereta disediakan di dalam perkarangan Masjid Wilayah Persekutuan dengan papa tanda yang jelas kelihatan agar memudahkan pergerakan pengunjung. 8. di mana umat Islam menunaikan tanggungjawab kepada Allah.6. perpustakaan awam dan bilik seminar terletak di Aras 2. Maghribi. Pejabat Pentadbiran Masjid juga terletak pada aras yang sama. sebahagian besar daripada lantai dan dinding menggunakan batu asli hiasan tempatan: Mar-mar diperolehi dari Kedah dan Perak dan granit dari Melaka. Teknik binaan masjid tersebut menggunakan kaedah konvensyional ³tiang dan rasuk dari bahan konkrit tetulang´. banyak dipengaruhi masjid-masjid di serata dunia: Timur Tengah. Tambahan lagi. Manakala. eskalator dan ³ramp´ telah dibina untuk orang yang kurang upaya dan cacat anggota agar mereka tidak berasa ketinggalan. Oleh itu. Negeri Sembilan dan Terengganu. merupakan kawasan terpenting di masjid tersebut. kemudahan seperti lif. Dewan Solat Utama. dari segi seni binanya. merupakan teknik yang cepat dan berkesan kerana menyediakan lebih toleransi dengan tahap fleksibeliti yang tinggi bagi memastikan penjajaran permukaannya dicapai dengan tepat dan konsisten. 8. Seni Bina Masjid Wilayah Persekutuan Masjid Wilayah Persekutuan. 19 . Turki.5. Manakala dewan jamuan. Iran dan India.

pergerakan pengunjung akan lebih teratur kerana mereka tidak perlu berebut untuk keluar masjid setelah solat berjemaah. Rak-rak kasut juga disediakan sepanjang kawasan anjung. Serambi Masjid Serambi Masjid Wilayah Persekutuan berbumbung dan dibarisi gerbanggerbang bersaiz kecil dengan identiti citarasa Maghribi. Di sekeliling gerbang 20 . Mereka juga akan berasa senang untuk ke masjid kerana kemudahan asas telah dibina khas untuk mereka. Pada setiap anjung itu. Justeru. Tambahan lagi. Jika dahulu seni bina masjid menumpukan kepada keindahan dan kelengkapan sesebuah masjid. kita dapat lihat perubahan masjid dari segi seni binanya.2. Ini juga penting sewaktu kecemasan. masyarakat minoriti ini tidak akan berasa terkecuali dari masyarakat yang sempurna. terutama solat Juma¶at.6. disediakan paparan digital elektronik yang mempamerkan waktu solat dan pengumuman penting untuk para pengunjung masjid tersebut. 8. Jika berlakunya kecemasan. bilik air dan sebagainya. Anjung Anjung ialah pintu masuk Masjid Wilayah Persekutuan. Dengan adanya lima anjung. pengujung tidak perlu kelam kabut mencari jalan keluar kerana terdapat lima jalan keluar untuk mereka. seperti orang kurang upaya. kini seni bina masjid juga menitikberat masyarakat minoriti. Terdapat lima buah anjung di masjid tersebut. 8. Anjung-anjung ini akan membawa pengunjung ke ruang-ruang wudhu¶. paparan digital elektrik akan memudahkan lagi penyampaian sesuatu maklumat kepada para pengunjung.Di sini.1.6.

Keistemawaan berkenaan ialah tabir atau bidai otomatik yang beroperasi melalui sensor untuk mengelak serambi masjid ditempiasi hujan. Iran dan Jaipur serta Makrana. Televisyen juga telah dipasang di kawasan serambi untuk membantu para jemaah mengikuti khutbah dari Dewan Solat Utama. ia jelas bahawa Masjid Wilayah Persekutuan banyak mengambil pengaruh luar dan tidak lupa juga mengambil sedikit sebanyak seni kemahiran tempatan untuk mengindahkan 21 . Gerbang Utama dan struktur sekeliling telah dihiasi dengan seni khat Islam yang lazimnya terdapat di Isfahan. Turut menghiaskan pintu-pintu di bahagian bawah Gerbang Utama itu ialah seni kemahiran tempatan dari negeri-negeri Kelantan dan Terengganu.3. Gerbang Utama Seni bina Masjid Wilayah Persekutuan yang lain dan turut istimewa dari segi strukturnya ialah Gerbang Utama. jemaah tidak perlu risau ketinggalan khutbah sewaktu sembahyang Juma¶at kerana khutbah boleh diikuti melalui televisyen.serambi masjid terdapat satu keistimewaan yang hanya wujud di masjid tersebut. Tambahan lagi. kita boleh lihat bahawa masjid di zaman sekarang mengutamakan kebajikan jemaah. Jemaah tidak perlu risau jika cuaca hujan kerana tabir atau bidai otomatik akan melindungi mereka dari ditempiasi hujan. yang turut menghasilkan keindahan Taj Mahal. India. Berdasarkan perkara di atas. juga menjadi salah satu keindahan yang ada pada Gerbang Utama.6. 8. seni tatah mar-mar yang dinamakan µPachin Kari¶. Justeru. Untuk menambahkan keistimewaan Gerbang Utama.

0m dan di setiap menara dibahagikan kepada 5 sekmen yang berunsurkan ciri seni bina Turki. bahwasanya Nabi SAW bersabda. sehingga orang-orang saling berbangga-banggaan dengan masjid.6. Namun. terdapat dua menara setinggi 96. Menara Di Masjid Wilayah Persekutuan.´ (Shahih) 8. Turki. ³Tidak akan terjadi hari khiamat. dengan bercirikan identiti seni bina ³Othmaniah´. Kesemuanya terdapat 23 buah kubah di Masjid Wilayah Persekutuan dan sekaligus menjadikannya sebagai masjid yang paling banyak binaan kubah di Malaysia.5.³Dari Anas. yang juga dikenali sebagai Blue Mosque.4. 8.masjid tersebut. Di setiap pertemuan sekmen boleh didapati olahan muqarnaz yang berperanan mengimbangi keadaan agar perubahan dataran dan bentuk antara satu sekmen dengan sekmen seterusnya tidak begitu ketara. tiga lagi buah kubah-kubah separa bulat dan sebuah vault boleh didapati pada bahagian atas Gerbang Utama. kita tidak boleh membangga-banggakan sangat masjid tersebut kerana ia bertentangan dengan hadith Shahih Sunan Abu Daud yang mengatakan.6. Kubah Utama Kubah Utama Masjid Wilayah Persekutuan. Corak ³Arabesque´ dengan adunan tumbuhan kuning keemasan juga menghiasi permukaan kubah. Corak adunan kubah-kubah tersebut menyamai Masjid Sultan Ahmet di Istanbul. Sekmen bawah bermula dengan asas yang berbentuk empat segi tetapi berubah menjadi lapan segi pada sekmen atas. 22 .

Mimbar Di sebelah kanan mihrab terdapat sebuah struktur kayu yang membentuk mimbar Masjid Wilayah Persekutuan.8. terutama di bahagian hadapan dan belakang Dewan Solat Utama. Mihrab Mihrab Masjid Wilayah Persekutuan terletak di bahagian tengah hadapan Dewan Solat Utama.8. 8.6. terbentuk hiasan gabungan arca lebar dan tirus yang memuncak kepada panel dinding Mihrab yang bercorak flora biru kehijauan.6. Di permukaan dinding pula. 8. ukiran batu dalam corak geometri Islam dan seni tatah bermotifkan awan larat yang menjadi tema kepada masjid tersebut.7.6. Bilik Kawalan Radio dan TV untuk sesi siaran langsung dikelolakan boleh didapati di bahagian belakang dewan itu. Pelbagai kesenian juga dipamerkan pada rekabentuk struktur mihrab yang menggabungkan seni khat. diperbuat dari kayu cengal dan dihiasi ukiran tembus. Pada mimbar tersebut terdapat 13 bilangan anak 23 . Teknik dan motif hiasan mihrab menyerupai keindahan yang ada pada Gerbang Utama di luar Dewan Solat Utama. Struktur mimbar. melambangkan kesenian tradisional Melayu di Terengganu dan Kelantan. kesucian dan kebersihan sejati seperti yang dibekalkan oleh agama Islam itu sendiri. Mihrab merupakan petunjuk yang mengarah hala ke Qiblat serta memberi fokus kepada kedudukan imam yang menerajui upacara solat. Selain itu. Dewan Solat Utama Di ruang dalaman Dewan Solat Utama terdapat bahan asli mar-mar bewarna putih bagi melambangkan kemurnian.6.

Dewan Solat Muslimat Jemaah muslimat akan mengerjakan solat di Dewan Solat Muslimat yang terletak di Aras 4 dengan kemasan permaidani berwarna biru dengan corak bunga berwarna kuning. Masjid Wilayah Persekutuan merupakan salah satu masjid yang telah menerima teknologi dengan tangan yang terbuka. Ia melibatkan penyediaan komputer canggih yang dapat menjejak pergerakan matahari pada setiap hari.7. cahaya dari matahari mampu dikawal ke dalam masjid tersebut. Dengan kata lain. Lif juga telah disediakan untuk membantu pergerakan jemaah muslimat ke Dewan Solat Muslimat. 8. 8. Tidak hairanlah jika seni bina masjid tersebut bukan sahaja mengambil pengaruh luar dan pengaruh tempatan.7. Imam akan berdiri di mimbar untuk menyampaikan khutbah pada hari Juma¶at. malahan digabungkan kesenian tersebut dengan teknologiteknologi yang serba canggih. cahaya matahari ditumpukan pada puncak Kubah Utama. Dewan Solat Muslimat mampu menempatkan 2. Bilik persalinan juga disediakan bagi kemudahan jemaah muslimat. Di situ terdapat heliostat iaitu alat komputer yang akan menganalisa tahap intensif sinaran matahari.9.6.tangga yang menuju ke bahagian atas. Pembaharuan Di Masjid Wilayah Persekutuan Di era kemodenan ini. Sinaran matahari ini 24 .1. 8. Sistem Pencahayaan Khas Masjid Wilayah Persekutuan merupakan masjid pertama yang mempelopori Sistem Pencahayaan Khas yang berasal dari Jerman. Pada siang hari.000 jemaah.

41 punca mikrofon. dan Umarlah yang menambahnya. pantulan cahaya yang dihasilkan akan menerangi ruang dalaman Dewan Solat Utama masjid tersebut. Dengan adanya Sistem Pencahayaan Khas.7. Lampu khas yang ditempatkan di dalam Dewan Solat Utama akan menjadi sumber pencahayaan dewan tersebut pada waktu malam. Sistem ini mampu mengesan pergerakan manusia dan seterusnya menganalisa bilangan jemaah yang ada di dalam perkarangan Dewan Solat Utama dalam satu-satu masa.kemudiannya disalur ke dalam masjid melalui chandelier khas. Sistem ini direka khas dan mampu menyesuaikan keadaan secara otomatik berdasarkan saiz jemaah yang hadir di dalam Dewan Solat Utama. lalu Abu Bakar RA tidak menambahnya sedikitpun. bahwasanya masjid pada masa Rasulullah SAW dibangun dengan batu bata dari tanah liat dan pelepah kurma. Cabaran Masjid Wilayah Persekutuan 451. Sistem ini menggunakan 46 punca kawalan (control points).8. ceramah atau bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Sistem Siaraya Satu Sistem Siaraya jenis adaptive telah diperkenalkan di Masjid Wilayah Persekutuan ekoran masalah yang dihadapi para jemaah semasa mendengar khutbah. 8. Seterusnya. 18 bilangan kumpulan pembesar suara (speakers) dan 12 bilangan sumber kamera pengesan berkomputer. tiangnya dari batang pohon kurma. 8. Masjid Wilayah Persekutuan mampu menjimat kos operasi terhadap penggunaan elektrik secara keseluruhannya. dan membangunnya di atas bangunan pada masa Rasulullah SAW. 25 .2. Dari Abdullah Bin Umar.

´ (Shahih: Bukhari) Berdasarkan hadith di atas. Masjid Wilayah Persekutuan banyak menerima kritikan kerana keindahannya yang melebih.dengan batu bata dari tanah liat dan pelepah kurma. dia membangun temboknya dengan batu yang di ukir dan kapur. Tambahan lagi. tujuan umat Islam ke masjid pada zaman Rasulullah SAW ialah untuk menunaikan yang wajib. ialah apabila umatnya membangga-banggakan masjid seperti mana orang-orang Yahudi dan Nashrani. sekarang tiang-tiang masjid diperbuat dari batu bata. dengan keindahan yang ada pada Masjid Wilayah 26 . peranan masjid hari ini telah banyak berubah. Mekah.Masjidil Haram. Walaubagaimanapun. Brunei Darussalam. Masjid Wilayah Persekutuan mampu berdiri tegak bersebelahan masjid-masjid terunggul seperti Masjid Hassanal Bolkiah. Justeru. Sesebuah masjid tidak seharusnya dibanggabanggakan kerana salah satu tanda hari kiamat. pengunjung bukan sahaja ke masjid untuk solat berjemaah tetapi untuk meluaskan pembelajaran agama Islam dan lainlain lagi. Jika dahulu tiang diperbuat dari kayu. Ini disebabkan keindahan Masjid Wilayah Persekutuanyang setaraf dengan masjid-masjid terunggul yang lain. Ini bertentangan dengan hadith Shahih Sunan Abu Daud. Seni binanya banyak dipengaruh oleh alam sekitar. pembinaan masjid pada zaman Rasulullah SAW begitu mudah. Masjid Agung Cordoba . iaitu solat fardhu lima waktu. atapnya dengan kayu jati. Kini. Namun. Sepanyol dan banyak-banyak lagi. menurut hadith tersebut. Lalu Utsman merubahnya dan menambahnya dengan beberapa tambahan. tiangnya dibuat dari batu yang diukir.

peranan penting dalam memperkembangkan ajaran Islam ke merata dunia. masih lagi dijadikan tempat umat Islam berhimpun. Ini akan meletakkan agama Islam sebagai agama yang terunggul. secara langsung ataupun tidak. Penutup Kesimpulannya. Masjid. Insya¶Allah. 9. maka tidak hairanlah jika ada sesetengah umat Islam yang akan membangga-banggakan keindahan masjid tersebut. Berdasarkan keindahan yang terdapat dari segi seni bina sesebuah masjid itu. 27 . sama ada untuk menunaikan solat fardhu lima waktu atau untuk meluaskan ajaran Islam ke merata dunia. orang ramai akan berasa kagum apabila melihat keindahan masjid tersebut. Pada pendapat kami. seni bina sesebuah masjid itu akan memainkan. peranan masjid serta fungsinya jarang akan bertukar.Persekutuan. tidak kira dari zaman Rasulullah SAW mahupun zaman serba canggih ini. walaupun dari segi seni bina sesebuah masjid boleh bertukar dari masa ke masa.

Lampiran Masjid Wilayah Persekutuan Kubah Utama Masjid Wilayah Persekutuan 28 .10.

Menara Masjid Wilayah Persekutuan Pemandangan dari atas Masjid Wilayah Persekutuan 29 .

Pemandangan di waktu malam Masjid Wilayah Persekutuan Bahagian dalam Masjid Wilayah Persekutuan 30 .

Salah satu anjung Masjid Wilayah Persekutuan Mimbar Masjid Wilayah Persekutuan 31 .

Mihrab Masjid Wilayah Persekutuan Dewan Solat Utama Masjid Wilayah Persekutuan 32 .

Gerbang Utama Masjid Wilayah Persekutuan Pembinaan Kubah Utama Masjid Wilayah Persekutuan 33 .

Mesdjid. (2000). Sheikh Othman bin Sheikh Salam. 2006. 34 . SamriSainuddin. (Ed. (2002). (1995). hal 19. Keberkesanan program masjid: kajian umum masjidmasjid di Wilayah Persekutuan. Konsep Tamadun. pusat ibadat dan kebudajaan Islam. & Zubaidi Abas. 62. Aspek-Aspek Kesenian Islam. Djakarta: Pustaka Antara. hal. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Gadjah Mada University Press. 1995.). Paitoon M. Mohd. Arsitektur Mesjid: Dan Monumen Sejarah Muslim. 2003. 1970. Rujukan Abdul Haljm Nasir. Tamadun Islam Tamadun Melayu. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. S.M Naquib. Dalam. Hashim Musa. Seni Bina Masjid di Dunia Melayu-Nusantara. Al-attas. Dlm. Gazalba. 2001. 1-44. Kuala Lumpur: ISTAC Awang Sariyan. (2003). Ahmad Suhaimi Hj. Koentjaraningrat. Roslan Mohamed. Pengantar Antropologi. Manja Mohd. Teori Pemikiran Tamadun Melayu hal. 25.Prolegomena to the Metaphysics of Islam. 1995. Ludin .) 2007. Universiti Malaya: Akademi Pengajian Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Antara. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.11. Mana Sikana. hlm. Wilayah Selatan: Dewan Bahasa & Pustaka. Kuala Lumpur: Quantum Books. TITAS: TAMADUN MELAYU. Zuhdi Marsuki. Sidi. (1975). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahasa dan Pendidikan Bahasa: Pembinaan Tamadun dan Masyarakat Madani. Chaiyanara. Mohd. Kamus Dewan Edisi Keempat. Yulianto Sumaylo. Nor. Kuala Lumpur. (Eds. Merekonstruksi Tamadun Melayu Islam-Ke Arah Pembinaan Sebuah Tamadun Dunia Alaf Ketiga.

35 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful

Master Your Semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master Your Semester with a Special Offer from Scribd & The New York Times

Cancel anytime.