KESELARASAN PERSONALITI DENGAN PROGRAM PENGAJIAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PEIAJAR KUTKM

NORIDA BT ABDULLAH
RESEARCH VOTE NO: PJP/2005/PPA(6)-S121

Pusat Perkhidmatan Akademik Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia

SENARAI JADUAL Tajuk Jadual 1 Jadual2 Jadual3 Deskripsi Persekitaran Akademik Holland Halaman

.........................
...........

9 12

Personaliti Rujukan Untuk Melihat Tahap Keselarasan

Bilangan Populasi Pelajar Tahun 3, Semester 1, Sesi 200512006 Mengikut Pengkhususan Program Pengajian ...................... 50
1

Bilangan Sampel Pelajar Tahun 3, ~embster Sesi 200512006 1, Mengikut Pengkhususan Program Pengajian ...................... 53 Jenis Personaliti dan Item Yang Berkaitan

.........................

55

Skor Mentah Profail Personaliti Pelajar Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Elektrik ( Kuasa Industri - BEKP ) ................. 58 Profail Personaliti Pelajar Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Elektrik ( Kuasa Industri - BEKP )

...............

59

Kod Tiga Mata Holland personaliti-persekitaran program pengajian BEKP,BEKE dan BEKC Fakulti Kejuruteraan Elektrik ..................................................................

62

Kod Tiga Mata Holland personaliti-persekitaran program pengajian BMFP, BMFR dan BMFA Fakulti Kejuruteraan ............................................................. 63 Pembuatan Jadual10 Kod Tiga Mata Holland personaliti-persekitaranprogram pengajian BITD, BITM, BITS dan BITC Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi ........................................... 64 Kod Tiga Mata Holland personaliti-persekitaran program pengajian BENC, BENT dan BENE Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Komputer ............................................

Jadual 11

65

Jadual 12

Kod Tiga Mata Holland personaliti-persekitaran program pengajian BMCT, BMCA dan BMCS Fakulti Kejuruteraan Mekanikal ............................................................... 66 Kod Tiga Mata Holland personaliti-persekitaran program pengajian BEKP, BEKFi, dan BEKC Fakulti Kejuruteraan Elektrik ................................................................. 67

Jadual 13

BITD. dan pencapaian akademik) Kajian ini dijalankan untuk menentukan sama ada terdapat keselarasan antara jenis personaliti pelajar dengan persekitaran program pengajian yang diikuti berasaskan Teori Keselarasan Personaliti dan Persekitaran Holland di kalangan pelajar-pelajar Program Ijazah Sarjana Muda. Bagi program BEKE. BITC. BITM. Alat kajian yang digunakan ialah Self Directed Search (SDS) yang telah hialih bahasakan. BITS. Indeks Keselarasan Wiggings dan Ujian Korelasi Spearman Rho dengan aras keertian ditetapkan pada . Subjek kajian terdiri daripada 746 orang pelajar yang telah dipilih secara rawak berkelompok daripada 1103 orang pelajar tahun tiga semester pertama. program pengajian. BENT.ABSTRAK KESELARASAN PERSONALITI DENGAN PROGRAM PENGAJIAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR KUTKM (Katakunci: Keselarasan personaliti. Dapatan kajian menunjukkan terdapat keselarasan antara personaliti dengan program pengajian pelajar bagi pelajar yang mengikuti program BEKP. Kolej Universiti Teknikal Keb-aan Malaysia. beberapa implikasi dan cadangan telah dikemukakan.No Vote No .05. Sehubungan dengan keputusan yang diperolehi. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat adakah terdapat hubungan' di antara keselarasan personaliti dengan pencapaian akademik pelajar. Keputusan kajian ini menunjukkan ada dikalangan pelajar yang memilih bidang pengajian yang selaras dengan personaliti mereka dan ada yang memilih bidang yang tidak selaras dengan personaliti mereka. BENT dan BENE. Alat statist* yang digunakan untuk menganalisa data ialah kaedah Environment Assessment Technique (EAT). BENC.BMFR. Para penyelidik: Norida Abdullah (Ketua) Ahmad Rozelan Yunus Hakan Ariffin E-mail Tel. BMCT. BEKC.BMFA. Dapatan kajian juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara keselarasan personaliti dengan pencapaian akademik pelajar kecuali bagi program pengajian BENC. BMFP. dan BENE dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat keselarasan antara personaliti pelajar dengan program pengajian yang diikuti. BMCA dan BMCS.

teknikal. kesignifikanan kajian. Elektronik Kuasa & Pemacu (BEKE)). KUTKM merupakan salah satu Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia yang mendokong dan melaksanakan pendidikan tinggi teknikal berorientasikan aplikasi dengan memberi laluan kemasukan kepada pelajar daripada aliran sains. Terdapat lima Fakulti di KUTKM yang menawarkan Program Ijazah Sarjanamuda seperti Fakulti Kejuruteraan Elektrik menawarkan Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Industri (BEKP). Penubuhan KUTKM merupakan suatu keputusan kerajaan untuk memenuhi keperluan industri masa depan terhadap sumber tenaga professional bidang teknikal yang bukan sahaja mempunyai pengetahuan akademik yang mantap tetapi juga mempunyai ketrampilan dan kemahiran teknikal yang tinggi. Robotik & Automasi (BMFA)). Kawalan. pendekatan teori. Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi menawarkan Ijazah SarjanaMuda Sains Komputer (Media . tujuan kajian. definisi pembolehubah kajian dan hipotesis kajian. Fakulti Kejuruteraan Pembuatan menawarkan Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Pembuatan (Proses Pembuatan (BMFP). LATAR BELAKANG KAJIAN Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM) telah ditubuhkan dengan rasminya berkuatkuasa pada 1 Disember 2000.BAB 1 PENGENALAN KAJIAN PENGENALAN Bab ini akan membincangkan perkara-perkara asas yang berkaitan dengan kajian yang meliputi latar belakang kajian. Rekabentuk Pembuatan (BMFR). Program-program pengajian yang ditawarkan di KUTKM adalah seperti di Lampiran 1. Pada masa ini. Instrumentasi & Automasi (BEKC). vokasional dan kemahiran. pernyataan masalah.

kebolehan dan pencapaian adalah bergantung kepada darjah keselarasan antara jenis personaliti dengan persekitaran kerja. Holland (Sidek.Interaktif (BITM). Jika tidak. Rangkaian Komputer (BITC). Fakulti Kejuruteraan Mekanikal menawarkan Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Mekanikal Struktur & Bahan (BMCS) . Pembangunan Perisian (BITS). Pada peringkat ini individu tersebut akan meneroka diri sendiri dan mula mengenali dunia pekerjaan seterusnya mencari pekerjaan atau kerja yang sesuai dengan minat dan personaliti mereka.. Perkara ini menunjukkan bahawa pemilihan kerjaya mestilah dibuat secara berhati-hati. Telekomunikasi Elektronik (BENT)). Menurut Sharp dan Mama (Ab Aziz. Ini bermakna pelajar-pelajar tersebut sedang berida diperingkat penerokaan dan sedang memilih kerjaya yang bersesuaian dengan minat dan personaliti mereka.1998) melalui konsep Life-Career Rainbow menyatakan individu yang berada pada peringkat umur 15 tahun hingga 24 tahun adalah berada dalarn peringkat penerokaan. Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Komputer menawarkan Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Elektronik (Industri Elektronik (BENE). dan Automotif (BMCA)).22 tahun. Pemilihan kerjaya mestilah selaras dengan . 1991) pemilihan pekerjaan atau kerjaya adalah merupakan salah-satu daripada permasalahan besar yang sering dikemukakan oleh seseorang individu dalam kehidupannya. Kejuruteraan Komputer (BENC). Dalam konteks kajian ini. individu akan sentiasa menukar pekerjaan sepanjang hidupnya. Mengikut Super (Gybers et a1. 1 Kemasukan pelajar-pelajar yang mengikuti 'program Ijazah SarjanaMuda di KUTKM adalah berdasarkan kepada pemilihan pelajar dan memenuhi syarat-syarat dan kriteria kemasukan ke program Sarjana Muda mengikut fakulti di KUTKM seperti di Lampiran 2. Pengurusan Pengkalan Data (BITD)). dan (Termal Bendalir (BMCT). kumpulan pelajar tahun tiga ijazah sarjanamuda yang dikaji adalah berumur sekitar 20 tahun . 1996) berpendapat bahawa kepuasan kerja. Rekabentuk & Inovasi (BMCD).

Dalam pemilihan kerjaya. Maklumat mengenai profail ini akan dinyatakan dalam bentuk Kod Tiga Mata Holland. seseorang individu itu akan cenderung untuk memilih persekitaran kerjaya yang selaras dengan minat kerjaya atau personaliti yang dimilikinya. Artistik (A). 1 Pemilihan kerjaya ini adalah merupakan p'erkara penting bagi kebanyakan individu maka ramai sarjana dan pemikir telah mengemukakan beberapa teori dan pandangan mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi individu membuat pemilihan kerjaya. Di antaranya Teori Trait dan Faktor oleh Parson. maka semakin besar kemungkinan seseorang itu akan berjaya. Sekiranya semakin hampir keselarasan antara ciri personaliti dengan keperluan-keperluan dalam sesuatu pekerjaan . Dalam kajian ini teori yang akan digunakan untuk mengkaji hubungan antara personaliti dan persekitaran adalah Teori Keselarasan Individu-Persekitaran yang dikemukakan oleh Holland. ' I . Seterusnya keselarasan antara personaliti pelajar dan persekitaran belajar boleh dikaji. Teori Keselarasan PersonalitiPersekitaran oleh Holland. Investigatif (I). Teori Psikoanalitikal oleh Bordin dan Teori Pembelajaran Sosial oleh Krumboltz (Brown dan Brooks. Teori pemilihan Kerjaya oleh Roe. Teori Perkembangan Kerjaya oleh Ginzberg. 1984). Sosial (S). Menurut Holland (1973. Melalui Teori Holland.1985) personaliti dan persekitaran boleh dikelaskan kepada enam jenis iaitu Realistik (R). Enterprising (E) dan Conventional (C).minat kerjaya seseorang individu tersebut kerana pilihan yang dibuat adalah merupakan pilihan kerjaya untuk masa depan mereka. Masalah akan timbul jika seseorang itu merasakan pekerjaan ynag dibuatnya tidak bersesuaian dengan minat dan personaliti yang dimilikinya. Oleh itu perasaan jemu dan kecewa akan timbul dan ini akan menganggu prestasi kerja individu tersebut. profail personaliti yang juga merupakan profail minat kerjaya bagi pelajar-pelajar Sajana Muda KUTKM boleh ditentukan. Teori Perkembangan Kerjaya oleh Super.

PENDEKATAN TEORI Kajian ini mengandaikan bahawa keselarasan personaliti dengan program pengajian adalah berkorelasi secara positif dengan pencapaian akademik pelajar. . aktiviti rekreasi. Bagi pelajar kesan kepada keselarasan ini dapat dilihat melalui pencapaian akademik pelajar. sementara minat vokasional boleh digambarkan sebagai ekspresi personaliti. denqan versekitaran dan menielaskan banaimana ~ersonaliti Teori ini dibentuk berasaskan kepada andaian bahawa minat vokasional adalah satu daripada aspek personaliti dan deskripsi mengenai minat individu juga menggambarkan personaliti seseorang. Teori Pemilihan Kerjaya Holland Teori ini telah diperkenalkan oleh John F Holland pada tahun 1959 dan telah dikemas kinikan pada tahun 1985. Hasil daripada penelitian terhadap teori dan andaiin dibuat maka Teori Pemilihan Kerjaya Holland dan Model Heksagonal Holland telah dipilih dan akan dijadikan sumber rujukan asas dalam kajian ini dan akan diperbincangkan dengan lebih terperinci. Teori ini menekankan kepada asuek keselarasan personaliti terbentuk dan berkembanq. Dijangkakan pelajar yang mempunyai tret-tret personaliti tertentu berada di dalam program pengajian yang selaras dengan personaliti mereka. Keselarasan diantara jenis personaliti dengan jenis persekitaran akan dapat dilihat melalui kepuasan. Tret-tret personaliti biasanya dikenalpasti melalui kecenderungan terhadap mata pelajaran sekolah/universiti. pencapaian dan produktiviti. hobi dan kerja. Bagaimana tret personaliti terbentuk dan berkembang adalah seperti digambarkan dalam rajah 1.

produktiviti dan stabiliti adalah berkadar terus dengan darjah keselarasan antara jenis personaliti individu dengan jenis persekitaran di mana individu tersebut bekerja.relations.school.Bagaimana Tret Personaliti Berkembang ( sumber : Peterson & Gonzales (2005) ) Fokus utama Teori Pemilihan Kerjaya Holland adalah untuk menjelaskan tentang tingkah laku vokasional serta mencadangkan beberapa idea praktikal untuk menolong individu memilih kerja. semakin tinggi kepuasan bekerja. pencapaian. Kepuasan kerja. Self-concepts Perception of self and world Values Sensivity to environmental influences Personaliti traits Personaliti or behavioral repertoires Rajah 1. and friends provide opportunities and reinforcement according to the types dominating these environments. pencapaian.Person Heredity Environments Home . Ini bermakna semakin tinggi darjah keselarasan antara jenis personaliti dengan jenis persekitaran di mana individu tersebut bekerja. produktiviti dan stabiliti. . Pemilihan kerjaya adalah satu ekspresi personaliti individu. menukar kerja serta memperolehi kepuasan bekerja.

Setiap jenis personaliti ini adalah terbentuk hasil daripada interaksi antara pelbagai desakan kebudayaan dan personal termasukiah rakan sebaya. kelas sosial. Sosial ( S ). Enterprising ( E ) dan Conventional ( C ). pencapaian. Sekiranya kita tahu jenis personaliti seseorang individu dan jenis persekitarannya maka kita boleh meramalkan beberapa perkara yang mungkin terjadi hasil daripada padanan tersebut. Artistik ( A ). 2. Investigatif ( I ). melahirkan sikap dan nilainya dan mengambil segala permasalahan dan peranan yang dipersetujui yang wujud dalam persekitaran tersebut. Di antaranya adalah pemilihan kerjaya. Sosial ( S ). kemahiran diri. pendidikan dan tingkahlaku sosial. Tingkah laku individu adalah ditentukan oleh interaksi antara personaliti dan persekitaran. Enterprising ( E ) dan Conventional ( C ). Kebanyakkan individu boleh di kategorikan kepada satu daripada enam jenis personaliti iaitu Realistik ( R ). 4. Investigatif ( I ). Jenis-jenis personaliti yang dikemukakan oleh Holland (1973.1985) dan ciri-ciri tertentu mengenainya adalah seperti berikut: . budaya dan persekitaran fizikal. keluarga.Andaian Asas Teori Terdapat empat andaian asas yang menjadi nadi kepada teori ini iaitu: 1. perwarisan biologi. Individu akan mencari persekitaran-persekitaran yang membenarkan mereka mengamalkan kemahiran-kemahiran dan kemampuannya. pertukaran kerjaya. Setiap persekitaran ini akan didominasikan oleh personaliti tertentu dan setiap persekitaran itu akan dijeniskan oleh setting fizikal yang menghasilkan masalah-masalah dan peluangpeluang tertentu. Terdapat enam jenis persekitaran iaitu Realistik ( R ). Artistik ( A ). 3.

Mereka dapat menghasilkan produk seni hasil dari penggunaan lisan. berterus terang. Investigatif Individu di dalam lingkungan Investigatif menganggap diri mereka sebagai orang yang berpengetahuan atau berpendidikan tinggi. mempunyai kebolehan metamatik dan saintifik tetapi lemah dalam kebolehan memimpin. maskulin. radikal dan mahukan pencapaian atau kejayaan. Individu Realistik ini mempunyai sifat-sifat praktikal. Artistik Individu Artistik sukakan aktiviti yang bercorak bebas. seni. drama. Biasanya mereka tidak sukakan aktiviti yang bersistematik. pemalu. pesimistik. berwaspada. binatang. Individu ini juga akan menggunakan kebolehan kekuatan fuikal dalam menyelesaikan masalah. . pasif. Individu ini mempunyai kebolehan yang tinggi jika bekerja dengan benda. yakin diri dari segi intelek. berstruktur atau terlalu jelas. mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. tidak bersistematik dan suka kepada perkara-perkara yang tidak jelas dan kabur. bekerja mengikut metodologi. Individu ini lebih suka bekerja di luar bangunan daripada di dalam bangunan. muzik. Perlakuan ini mempengaruhi mereka untuk memperolehi kecekapan artistik seperti bahasa. lebih suka memusatkan perhatiannya kepada filchan dan perasaan sendiri (introvert). tumbuhtumbuhan dan binatang. berdikari. Mereka mempamerkan diri sebagai analitikal.Realistik Individu yang mempunyai kemahiran bersukan dan mekanikal yang memerlukan manipulasi eksplisit. sentiasa menyelidik perasaan dan pemikiran sendiri. kritikal. intelektual. kurang popular. materialistik. teratur atau sistematik terhadap objek. tekun. pendiam. fizikal dan manusia. alat dan peralatan teknikal dan kurang berkebolehan dalam t sosial dan pendidikan. Menilai tinggi benda-benda nyata seperti wang dan kekuasaan. neutral dan jujur. rasional. tepat. mesin. alat.

Mereka tidak gemar pengamatan. sensitif dan selalunya bimbang atiu cemas. suka menolong. murah hati. nilai dan tanggapan tentang diri mereka ini menyebabkan mereka mempamerkan ciri-ciri orang yang sukar difahami. Individu yang suka berurusan dengan orang lain. tidak praktikal. intuitif. imaginatif. melatih. tidak terikat kepada sesuatu dasar yang tetap. bertanggungjawab. Mereka adalah orang yang peramah. terlalu idealistik. memberi nasihat. Enterprising Individu Enterprising suka terlibat dalam aktiviti ynag menggunakan orang lain untuk mencapai matlamat organisasi mahupun matlamat ekonomi. introvert. menyedarkan orang lain.penulisan dan aktiviti-aktiviti dalam bidang seni. lurus. melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti memberitahu. merawat. tidak L mengikut kelaziman. perkeranian dan perniagaan. bijaksana. sifat feminine. baik hati. peralatan. bebas. feminine. bekerjasama. bertindak mengikut dorongan hati. tidak terurus. kaunseling dan sebagainya. petah bercakap. konservatif dan mengamalkan agama. mengembara atau mengambil risiko. bersifat keaslian. Perlakuan-perlakuan ini mendorong mereka untuk mendapatkan kecekapan kepimpinan. . emosional. menyatakan sesuatu yang bermakna (ekspresif). sosial. celik akal. tunjuk ajar. idealistik. jujur. Mereka lemah dalam sistem pengurusan. perhubungan dengan orang lain dan petah bercakap untuk menyakinkan dan memujuk tetapi mereka lemah dalam kecekapan saintifik. kecenderungan. sifat memahami. mesin dan aktiviti yang terlalu teratur dan bersistematik atau yang mempunyai peraturan yang nyata atau jelas. membentuk. Kecekapan. bergantung kepada orang lain. Individu sosial ini tidak suka kepada aktiviti yang melibatkan bahan-bahan. bimbingan . simbolik atau aktiviti bersistematik. bersemangat.

membuat sistem fail. gemar berbincang atau berbahas. defensif. impulsive. Ganjaran Matematik _ bernilai saintifik. tidak fleksibel. bercita-cita tinggi. bertenaga. Jadual 1 Deskripsi persekitaran akademik Holland. berkuasa atau berpengaruh. taat perintah. suka menonjolkan diri. Conventional Mereka yang sukakan aktiviti yang bercorak teratur. optimistic. mesin atau binatang. bersemangat. tidak berdikari. Menggalakkan manusia melihat dunia Ekonomi .Mereka sering menonjol sebagai orang yang suka mengembara. suka bersosial. melayan orang lain kerana mencan keseronokan. terlalu pentingkan sopan santun. berpendirian teguh. pemimpin yang baik. menyimpan rekod. Menggalakkan manusia melihat dunia secara mudah dan tradisional. bergantung kepada orang lain. i Persekitaran Akademik Realistik Memupuk kecekapan dan pencapaian daripada teknikal dan memanipulasi benda. cekap. ingin menguasai orang lain. kuasa atau sesuatu yang dimiliki. bersungguh-sungguh serta teliti. banyak bercakap. tidak imaginativf. Investigatif Disiplin Akadernik Perhutanan Kejuruteraan Awam Pendidikan Pertanian Kejuruteraan Mekanikal Memupuk kecekapan dan pencapaian saintifik. popular. kemas serta terurus. Pemerhatian Geologi dan penyiasatan fenomena secara sistematik. Bagi persekitaran akademik Holland dan disiplin akademik boleh dilihat seperti di dalam Jadual 1. mengambil risiko. pengeluaran bahan dan menyusun maklumat. kerja yang bersistematik seperti menyusun data. Mereka juga lebih suka mematuhi peraturan.menghargai kej a keras untuk kejayaan bisnes dan kewangan. ganjaran bernilai seperti wang. menurut arahan tetap. petah bercakap dan pandai memujuk orang lain serta agresif. sentiasa mencan kepuasan atau keseronokan.

Ganjaran bernilai sosial dan kemanusiaan. bebas. Menggalakkan manusia melihat dunia dengan cara fleksibel. Keja bebas dan tidak bersistematik Ganjaran bernilai seni. mengubati atau menyedarkan orang lain. Menggalakkan manusia melihat dunia secara kompleks. bebas. Ganjaran bernilai wang.secara kompleks. Undang-Undang Pencapaian dan memanipulasi orang lain untuk matlamat Kejuruteraan Industri peribadi dan organisasi. Sumber : Sidek Mohd Noah (2000) Kesetiausahaan Perakaunan Kewangan Pendidikan Perniagaan . pergantungan dan akur. Sosial Pentadbiran Pendidikan Sejarah Sains Politik Enterprising Pemasaran Memupuk kecekapan mempengaruhi dan memimpin. rekod atau bahan bertulis. Menggalakkan manusia melihat dunia daripada segi kuasa. Minat dalam membkritahu. Ganjaran bernilai keusahawanan dan Pengurusan Personel matlamat seperti wang. mudah dan bergantung. melatih. tidak konvensional dan tidak Kejuruteraan Kimia fleksibel Artistik Memupuk kecekapan dan pencapaian dalam seni dan benda kabur. mudah dan stereotaip. kuasa dan status. Conventional Memupuk kecekapan mengikut arahan dan perkeranian. status. tanggungjawab. English Seni lukis Muzik Falsafah Sosial Memupuk kecekapan interpersonal. tidak konvensional dan tidak fleksibel. Menggalakakan manusia melihat dunia dengan cara conventional dan stereotaip. memanipulasi data.

Ia dapat mendefinisikan darjah ketekalan pola personaliti seseorang individu. . 3. model heksagonal boleh digunakan bersama-sama dengan formulasi jenis personaliti dan model persekitaran untuk mendefinisikan darjah ketekalan dan darjah keselarasan. i Keselarasan atau Kongruens Mengikut Holland keselarasan akan berlaku apabila individu bekerja atau tinggal dalam persekitaran yang serupa dengan jenis personalitinya. 2. pencapaian. setelah pengguna selesai menilai jenis personaliti dan jenis persekitarannya. Model Heksagonal Holland (Rajah 2) boleh digunakan untuk mentakrifkan darjah keselarasan antara jenis personaliti dengan jenis persekitaran. Model ini juga boleh digunakan untuk meramal hasil-hasil yang dijangkakan seperti kepuasan kerja.Model Heksagonal Holland Model Heksagonal Holland mempunyai tiga fungsi utama dan fungsi-fungsi ini adalah berkaitan dengan Teori Pemilihan Kerjaya Holland. Setiap individu akan menyerupai salah satu daripada enam jenis personaliti yang asas. Ia dapat mendefinisikan darjah keselarasan antara individu dan persekitaran. Ketidakselarasan pula akan berlaku apabila individu bekerja atau tinggal dalam persekitaran yang berlawanan dengan jenis personalitinya. Tiga fungsi itu ialah: 1. Ia dapat mendefinisikan darjah ketekalan pola persekitaran seseorang individu. Semakin hampir seseorang itu menyerupai sesuatu jenis personaliti. 1 Menurut Holland. produktiviti dan pertukaran kerja. maka semakin besar kebarangkalian ia akan menunjukkan tingkahlaku dan ciri-ciri yang berkaitan dengan jenis tersebut.

Cole & Richards (Holland.RealistiW Sosial * Investigatif.Model Heksagonal Holland: Konsep Keselarasan Personaliti-Persekitaran Sumber: Holland. Whitney. Sosial * Conventional Artistild Sosial * Enterprising Sosial / Sosial * Rajah 2 . Personaliti Rujukan Untuk Melihat Tahap Keselarasan Personaliti Sosial Sosial Sosial Sosial dengan dengan dengan dengan Persekitaran Sosial Artistik Investigatif Realistik -. Persekitaran yang kurang selaras untuk individu Sosial ialah persekitaran Investigatif dan yang selaras ialah persekitaran Artistik seperti di Jadual2. 1973:23) Berasaskan kenyataan ini persekitaran yang paling selaras untuk individu Sosial ialah persekitaran Sosial dan yang paling tidak selaras ialah persekitaran Realistik. Keselarasan Paling Selaras Selaras Kurang Selaras Tidak Selaras .

maka ia dikatakan mempunyai pembezaan personaliti atau persekitaran yang rendah. Pembezaan (Differention) Sesetengah orang dan sesetengah persekitaran boleh dibezakan dengan jelas daripada seseorang dan persekitaran yang lain. Pola personaliti seseorang individu yang dinyatakan dalam bentuk kod tiga-mata Holland dapat meramalkan perlakuan vokasionalnya dengan lebih tepat. darjah keselarasan ini boleh meramalkan tingkah laku individu dalam ha1 pemilihan pekerjaan. Kombinasi dua jenis personaliti yang menjadi tapak segi enam lebih menyerupai . Ketekalan corak personaliti ini ditentukan oleh darjah kesamaan antara jenis-jenis personaliti yang mempunyai cim-ciri yang sama seperti yang ditunjukkan oleh Model Heksagon dalam Rajah 3. Huruf yang kedua dan ketiga pula akan menerangkan aspek-aspek yang terlebih khusus dalam bidang umum tersebut iaitu bidang minor. Huruf pertama dalam kod tiga-mata Holland menerangkan jenis personaliti yang paling dominan serta bidang umum atau bidang major yang sesuai dengan label jenis personaliti tersebut. Keadaan ini dinamakan pembezaan. Kemungkinan indiviQu ini akan meninggalkan persekitaran yang tidak selaras dengan personalitinya. Sebaliknya jika seseorang itu menyerupai banyak jenis personaliti atau persekitaran yang mempunyai ciri-ciri yang agak sama dengan persekitaran yang lain.Umumnya. Hasil daripada interaksi yang negatif dan tidak selaras boleh menimbulkan rasa tidak puas hati. serta menghasilkan perlakuan yang tidak berkesan. Ketekalan atau Konsistensi Hubungan sesetengah pasangan personaliti dan persekitaran didapati lebih h a t kaitannya dibandingkan dengan pasangan personaliti dan persekitaran yang lain. Contohnya seseorang yang lebih menyerupai sesuatu jenis personaliti akan memperlihatkan perbezaan yang tinggi dengan jenis personaliti yang lain atau persekitaran yang didominasikan oleh ciri-ciri tertentu yang membuatnya lebih menonjol daripada persekitaran yang lain.

SR. AR. RC. IC. CE. AC. Darjah ketekalan atau kaitan ini dijangka akan memberi kesan kepada kepuasan. RE. CS. ER. CA) . CR) Tahap Ketekalan Sederhana (RA. AE. SA dan lain-lain. Realistikl Sosial * Investigatift Sosial * Conyentional Artistik/ Sosial * Enterprising Rajah 3 Nota : Sosial / Sosial * Model Heksagon Holland : Konsep Ketekalan Tahap Ketekalan Tinggi (RI. IR.antara satu sama lain dan memperlihatkan tahap ketekalan yang tinggi. IS. misalnya RC. EA. SC. SI. IA. AS. SE. kestabilan dan kejayaan. ES. CI) Tahap Ketekalan Rendah (RS. CR. EI. SA. IE. EC.

Sebaliknya bagi personaliti jenis R dan S pula jarak antara mereka adalah jauh (r = . Holland telah mengemukakan andaian. saranan serta konstrak yang jelas dan mudah difahami. di mana jarak di antara jenis atau persekitaran adalah berkadar songsang kepada perhubungan teoritikal di antara keduanya. Profail ini dipanggil Kod Tiga Mata Holland. . t Contohnya seperti dalam Rajah 4. Seterusnya bagi menentukan profail minat kerjaya yang juga merupakan profail personaliti seseorang individu alat ukur SDS boleh digunakan. Ini bermakna semakin jauh jarak di antara sebarang dua jenis personaliti maka semakin berbeza ciri-ciri psikologi mereka. Konsep ini dipanggil kalkulus. bagi persbnaliti jenis S dan E jarak antara merka adalah berdekatan (r = . Susunan perhubungan ini memberi makna yang eksplisit kepada kedua-dua konsistensi dan keselarasan individu dan persekitaran. Secara teorinya.65) maka kedua-duanya menyerupai antara satu sama lain.Perhubungan di dalam dan di antara jenis personaliti atau persekitaran boleh disusun mengikut Model Heksagon seperti di Rajah 4. Dengan menggunakan tiga skor personaliti tertinggi dipilih bagi menggambarkan profail minat kerjaya dan profail personaliti individu berkenaan.34) maka kedua-duanya adalah berbeza antara satu sama lain.

Akibatnya berlaku ketidakselarasan antara .Realistik Investigatif Rajah 4 : Model Heksagon Holland untuk mentafsirkan hubungan-hubungan interkelas dan intrakelas Sumber : Brown & Brooks (1984: 67 ) PERNYATAAN MASALAH Kemasukan pelajar-pelajar ke Program Pengajian Ijazah Sarjana Muds di Kolej universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia adalah berdasarkan kepada syarat kemasukan am universiti dan syarat khas f h l t i seperti di Lampiran 1. Pemilihan program ijazah yang diikuti oleh pelajar akan menentukan bidang kejaya yang akan diceburi oleh mereka kelak apabila tamat pengajian. Syarat yang ditenbkan itu menunjukkan kejayaan pemohon hanyalah bergantung kepada kelayakan &ademik pelajar semata-mata tanpa mempertimbangkan kesesuaian personaliti pelajar atau minat pelajar dengan program pengajian yang dipohon. Semasa pemilihan dibuat mungkin berlaku keadaan di mana pelajar-pelajar telah memilih atau ditawarkan bidang pengajian yang mereka kurang minati.

Seterusnya bebagai masalah mungkin akan timbul seperti ponteng aktiviti akademik dan melakukan aktiviti1 aktiviti yang mengganggu rakan-rakan lain. Sidek (1996) berpendapat bahawa masalah akan timbul apabila individu merasakan program pengajian yang diikuti tidak selaras dengan ciri-ciri minat dan personaliti yang dimilikinya. Ini bermakna bahawa jika darjah keselarasan personaliti dengan persekitaran di kalangan pelajar dapat dikenalpasti maka beberapa langkah pemulihan atau galakan dan bimbingan dapat dilakukan bagi membantu para pelajar menjalani kehidupan mereka dengan jayanya. Persoalan yang timbul adakah bidang pengkhususan yang menjadi pilihan pelajar tersebut selaras dengan personaliti mereka? .1991) menyatakan ada individu diperingkat awal kariernya memilih kerjaya yang ketara tidak selaras dengan personaliti dan minat mereka tetapi mereka tidak menetapkan bidang kerjaya itu sebagai sesuatu yang bercanggah dengan personaliti dan minat mereka sehingga akhir hayat sebaliknya mereka cuba mengubahsuai dan jika masih tidak dapat keselarasan barulah ditolak. Seseorang individu itu mungkin akan tertarik dengan kerjaya yang diceburinya setelah mengenali kerjaya itu dengan lebih dekat. Apabila personaliti seseorang itu selaras dengan persekitarannya maka hasilnya adalah kepuasan dalam kerjayanya. bosan dan kecewa yang akan membawa kepada penurunan motivasi. Faust (Ab Aziz. Akhirnya menyebabkan pelajar berkenaan gagal meneruskan pengajian. ikhlas dan jujur. h Holland (1973.personaliti dengan bidang pengajian yang dipilih dan mungkin akan menjejaskan pencapaian akademik pelajar. Apabila telah wujud kepuasan maka seseorang individu itu akan melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dengan bersungguh-sungguh. Ini akan menyebabkan pelajar berkenaan merasa tertekan.1985) mengatakan bahawa keselarasan di antara personaliti dengan persekitaran dapat menjamin kepuasan seseorang individu.

Adakah terdapat hubungan tahap pencap'aian akademik pelajar dengan keselarasan personaliti menurut bidang pengajian? Tqjuan Umum Tujuan umum kajian ini dijalankan adalah untuk: 1. 3. 2. Menentukan samada wujud hubungan antara keselarasan faktor personalitipersekitaran program pengajian dengan pencapaian akademik pelajar. Apakah Kod Tiga Mata Personaliti Holland program-program pengajian di KUTKM? 2. Menentukan samada wujud keselarasan antara personaliti pelajar dengan program pengajian yang diikuti oleh pelajar di Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan.Secara umumnya kajian ini adalah untuk menjawab persoalan-persoalan berikut: 1. Adakah personaliti pelajar KUTKM selaras dengan Kod Tiga Mata personalitipersekitaran Holland program pengajian yang diikuti di KUTKM? 3. . Mengenalpasti Kod Tiga Mata Holland personaliti semua program pengajian di Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia. Malaysia.

Media Interaktif (BITM).Pembangunan Perisian (BITS). Mengenalpasti Kod Tiga Mata Holland personaliti bagi program pengajian Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Pembuatan .Kawalan. If.Kuasa Industri (BEKP). Mengenalpasti Kod Tiga Mata Holland personaliti bagi program pengajian Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Pembuatan . Mengenalpasti Kod Tiga Mata Holland personaliti bagi program pengajian Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Sains Komputer . . lg.Tyjuan Khusus Tujuan yang lebih khusus kajian ini adalah untuk: Mengenalpasti Kod Tiga Mata Holland personaliti bagi program pengajian Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Elektrik . li. Mengenalpasti Kod Tiga Mata Holland personaliti bagi program pengajian Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Sains Komputer .Elektronik Kuasa & Pemacu (BEKE). Mengenalpasti Kod Tiga Mata Holland personaliti bagi program pengajian Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Sains Komputer . Mengenalpasti Kod Tiga Mata Holland personaliti bagi program pengajian Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Elektrik . le. Mengenalpasti Kod Tiga Mata Holland personaliti bagi program pengajian Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Pembuatan .Rangkaian Komputer (BITC).Rekabentuk Pembuatan (BMFR). Id. lb. Instrumentasi & Automasi (BEKC) lc. lh.Proses Pembuatan (BMFP). la. Mengenalpasti Kod Tiga Mata Holland personaliti bagi program pengajian Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Elektrik .Robotik & Automasi (BMFA).

Industri Elektronik (BENE). 2b.lj. Mengenalpasti Kod Tiga Mata Holland personaliti bagi program pengajian Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Mekanikal . lm. Instrumentasi & Automasi (BEKC) .Pengurusan Pengkalan Data (BITD). In.Struktur & Bahan (BMCS). 2a. Menentukan samada terdapat keselarasan antara personaliti pelajar dengan program pengajian Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Elektrik . & Mengenalpasti Kod Tiga Mata Holland personaliti bagi program pengajian Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Elektronik . Mengenalpasti Kod Tiga Mata Holland personaliti bagi program pengajian Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Mekanikal .Telekomunikasi Elektronik (BENT). Mengenalpasti Kod Tiga Mata Holland personaliti bagi program pengajian Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Sains Komputer .Kawalan.Termal Bendalir (BMCT). 10.Kuasa Industri (BEKP). Mengenalpasti Kod Tiga Mata Holland personaliti bagi program pengajian Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Mekanikal . 11. Menentukan samada terdapat keselarasan antara personaliti pelajar dengan program pengajian Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Elektrik . Mengenalpasti Kod Tiga Mata Holland personaliti bagi program pengajian Ijazah \ lk. lp. SarjanaMuda Kejuruteraan Elektronik .Automotif (BMCA). Mengenalpasti Kod Tiga Mata Holland personaliti bagi program pengajian Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Elektronik .Kejuniteraan Komputer (BENC).

2e.Rekabentuk Pembuatan (BMFR). Menentukan samada terdapat keselarasan antarb personaliti pelajar dengan program pengajian Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Pembuatan . 2g.2 ~ .Robotik & Automasi (BMFA). Menentukan samada terdapat keselarasan antara personaliti pelajar dengan program pengajian Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Pembuatan . 2d.Elektronik Kuasa & Pemacu (BEKE). Menentukan samada terdapat keselarasan antara personaliti pelajar dengan program pengajian Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Pembuatan . 2f. 2h. Menentukan samada terdapat keselarasan antara personaliti pelajar dengan program pengajian Ijazah SajanaMuda Kejuruteraan Sains Komputer . 2j.Proses Pembuatan (BMFP). Menentukan samada terdapat keselarasan antara personaliti pelajar dengan program pengajian Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Sains Komputer Pembangunan Perisian (BITS). . Menentukan samada terdapat keselarasan antara personaliti pelajar dengan program pengajian Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Sains Komputer Rangkaian Komputer (BITC). Menentukan samada terdapat keselarasan antara personaliti pelajar dengan program pengajian Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Elektrik . Menentukan samada terdapat keselarasan antara personaliti pelajar dengan program pengajian Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Sains Komputer Pengurusan Pengkalan Data (BITD).Media Interaktif (BITM). 2i.

3b.Industri Elektronik (BENE). Menentukan samada terdapat keselarasan antara personaliti pelajar dengan program pengajian Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Mekanikal . 3a. Menentukan samada terdapat keselarasan antaka personaliti pelajar dengan program pengajian Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Elektronik Telekomunikasi Elektronik (BENT). Menentukan samada terdapat keselarasan antara personaliti pelajar dengan program pengajian Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Mekanikal . 2p.2k.Kejuruteraan Komputer (BENC).Struktur & Bahan (BMCS). Menentukan samada terdapat hubungan antara keselarasan personalitipersekitaran program pengajian Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Pembuatan - . Instrumentasi & Automasi (BEKC) dan Elektronik Kuasa & Pemacu (BEKE) dengan pencapaian akademik pelajar. Menentukan samada terdapat keselarasan antara personaliti pelajar dengan program pengajian Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Elektronik .Automotif (BMCA). Menentukan samada terdapat keselarasan antara personaliti pelajar dengan program pengajian Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Mekanikal . Menentukan samada terdapat hubungan antara keselarasan personalitipersekitaran program pengajian Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Elektrik Kuasa Industri (BEKP). 20. Menentukan samada terdapat keselarasan antara personaliti pelajar dengan program pengajian Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Elektronik .Termal Bendalir (BMCT).

Industri Elektronik (BENE). Struktur & Bahan (BMCS) dan Automotif (BMCA) dengan pencapaian akademik pelajar. Pembangunan Perisian (BITS) dan Pengurusan Pangkalan Data (BITD) dengan pencapaian akademik pelajar.Proses Pembuatan (BMFP).Media Interaktif (BITM). Apabila maklumat mengenai personaliti pelajar diperolehi pihak-pihak tertentu khususnya pihak yang bertanggungjawab secara langsung terhadap pelajar boleh menjalankan program-program tertentu untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar. Rekabentuk Pembuatan (BMFR) dan Robotik & Automasi (BMFA) dengan pencapaian akademik pelajar. Kejuruteraan Komputer (BENC) dan Telekomunikasi Elektronik (BENT) dengan pencapaian akademik pelajar. Rangkaian Komputer (BITC). Menentukan samada terdapat hubungan antara keselarasan personalitipersekitaran program pengajian Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Elektronik i 3c. 3e. Maklumat dari kajian ini juga boleh meningkatkan lagi pemahaman dan kesedaran pihak-pihak yang berkenaan mengenai personaliti pelajar-pelajar yang sedang m e n g h t i program-program pengajian yang ditawarkan di KUTKM. KESIGNIFIKANAN KAJIAN Kepentingan kajian ini ialah ianya dapat memperluaskan lagi penggunaan alat ujian SDS untuk menentukan profail personaliti pelajar dan kaitannya dengan keselarasan antara personaliti dan persekitaran belajar di KUTKM. Contohnya bagi pelajar yang . 3d. Menentukan samada terdapat hubungan antara keselarasan personalitipersekitaran program pengajian Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Mekanikal Termal Bendalir (BMCT). Menentukan samada terdapat hubungan antara keselarasan personalitipersekitaran program pengajian Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Sains Komputer .

Telekomunikasi Elektronik (BENT)). . DEFINISI KONSEP Indeks Keselarasan Menurut Hawkins (2004). dan Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Mekanikal ((Termal Bendalir (BMCT). Instrumentasi & Automasi (BEKC). Rangkaian Komputer (BITC). (1997) pula merujuk keselarasan kepada perihal sama.rnempunyai personaliti yang tidak selaras dengan bidang pengkhususan yang dipilih. Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Sains Komputer ((Media Interaktif (BITM). Darjah keselarasan membawa maksud perihal ukuran sejauh mana sesuatu perkara itu mempunyai kesesuaian atau kepadanan dengan sesuatu perkara yang lain. Elektronik Kuasa & Pemacu (BEKE)). Struktur & Bahan (BMCS). kepadanan. keselarasan adalah merujuk kepada kesepadanan dan kesesuaian sementara Noresah et al. Robotik & Automasi (BMFA)). kesamaan dan kesesuaian. pihak-pihak yang berkenaan boleh merancangkan suatu aktiviti yang bersesuaian bagi membantu dan membimbing pelajar tersebut ke arah yang lebih baik khususnya bagi meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Kawalan . Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Elektronik ((Industri Elektronik (BENE). setimbal. Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Pembuatan (Proses Pembuatan (BMFP). Pengurusan Pengkalan Data (BITD)). Rekabentuk & Inovasi (BMCD). Kejuruteraan Komputer (BENC). Pembangunan Perisian (BITS). dan Automotif (BMCA)) di KUTKM dan tidak mewakili keseluruhan pelajarpelajar yang sedang mengikuti program-program pengajian di KUTKM.Rekabentuk ~embhtan (BMFR). SKOP KAJIAN Kajian ini hanya terbatas kepada pelajar-pelajar tahun tiga yang mengikuti program pengajian seperti Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Elkktrik ((Kuasa Industri (BEKP).

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful