You are on page 1of 37

SEMESTER 1, 2017/2018

MPPM 1223

ASSESSMENT IN MATHEMATICS EDUCATION

TIMSS

LECTURER : DR. ABDUL HALIM ABDULLAH

PREPARED BY

USHA DEVI A/P LINGAPPAN MPP171035

PAVALAKODI A/P SUBRAMANIAM MPP171032

i
KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1. Latar Belakang Pentaksiran TIMSS 1

2. Kerangka Pentaksiran TIMSS 5

3. Pencapaian Malaysia Sejak Penglibatan 10

4. Perbandingan Pencapaian TIMSS 16

5. Pencapaian Pelajar Malaysia 21

6. Perkara yang boleh dipelajari oleh kejayaan negara lain 28

7. Inisiatif KPM : TIMSS 2019 33

Rujukan 35

Lampiran

i
1.0 LATAR BELAKANG PENTAKSIRAN TIMSS

Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan kualiti sumber


manusia supaya mempunyai daya saing yang tinggi dan mampu menghadapi di peringkat
global (Sidin, Long, Abdullah, & Mohamed, 2001). Justeru itu, penilaian dilakukan terhadap
segala aspek yang berhubung kait dengan kualiti pendidikan untuk kepentingan nasional.
Antaranya ialah yang dilakukan untuk melihat pencapaian pelajar terutamanya di peringkat
antarabangsa (Preuschoff, 2011). Oleh itu, Malaysia secara konsisten menyertai penanda aras
antarabangsa yang menilai mutu dan pencapaian pelajar dalam Matematik iaitu TIMSS
(Martin & Muliis,2016).

TIMSS adalah singkatan kepada (Trends in International Mathematics and Science


Study) merupakan sebuah kajian antarabangsa yang dilaksanakan oleh negara-negara IEA
(The International Association for the Evaluation Achievement) yang berpusat di Amsterdam,
Belanda. Ia merupakan laporan yang membandingkan prestasi pencapaian Matematik dan
para pelajar sesebuah negara di peringkat dunia dan perbandingan ini dijalankan empat tahun
sekali, iaitu, bermula pada tahun 1995, 1999, 2003, 2007, 2011, 2015 dan seterusnya.
Penyertaan bagi setiap tahun berubah bergantung kepada kesanggupan dan kemahuan
sesebuah negara untuk mengambil bahagian. Malaysia tidak mengambil bahagian pada tahun
pertama iaitu pada tahun 1995 tetapi mula mengambil bahagian pada tahun kedua iaitu 1999
dengan pelajar dari gred 8 atau Tingkatan 2 yang menjadi sampel kajian.

Dr. Ina Mullis merupakan Pengarah Ekskutif TIMSS dan PIRLS pusat kajian
antarabangsa. Beliau juga merupakan pensyarah di Institut Boston, (Lynch School of
Education’s Department of Educational Research, Measurement and Evaluation). Dr. Mullis
merupakan tulang belakang dalam kajian TIMSS secara langsung dalam negara dan juga
antarabangsa. Dr. Mullis menghabiskan usianya selama 20 tahun untuk TIMSS dan
mengikuti PIRLS secara global sehingga sekarang.

Beliau memperkasakan kajian ini secara berperingkat dengan sistem pendidikan sedia
ada. Beliau memperluaskan laporan kajian lebih daripada 70 kali dengan bantuan beberapa
kertas kerja dan artikel. Sebelum beliau berkhidmat di Kolej Boston pada tahun 1994, Dr.
Mullis merupakan Ketua Pengarah di ‘National Assessment of Educational Progress’
(NAEP) di Perkhidmatan Ujian Pendidikan. Dr. Mullis juga memperolehi Doktor Falsafah
dalam kajian pendidikan di Universiti Colorodo.

i
Sehingga kini, Malaysia telah menyertai lima kitaran TIMSS, iaitu TIMSS 1999,
TIMSS 2003, TIMSS 2007, TIMSS 2011 dan yang terkini TIMSS 2015. Kajian TIMSS
berfokus kepada pentaksiran Matematik. Tujuan TIMSS adalah untuk mengukur prestasi
pencapaian Matematik para pelajar dari Gred 4 (Tahun 4) dan Gred 8 (Tingkatan 2) di
peringkat antarabangsa. Ia secara tidak langsung boleh meningkatkan pengajaran dalam
Matematik yang bersistematik.

Tujuan Malaysia menyertai TIMSS adalah untuk melihat keberkesanan pembelajaran


Matematik dalam kalangan murid Malaysia berbanding dengan rakan mereka di negara-
negara lain. Dapatan kajian digunakan untuk memberi input kepada penambahbaikan
kurikulum, PdP dan juga pentaksiran di peringkat sekolah dan kebangsaan. Secara
khususnya, model ini dikisar kepada apa yang sepatutnya dipelajari murid melalui kurikulum
Matematik serta strategi pengajaran selain pembelajaran yang dilaksanakan di bilik darjah
dan hasil pencapaian murid. Ia juga boleh dikatakan bukan sahaja mengukur kedudukan
penandaarasan pendidikan negara, malah boleh memperbaiki sistem pendidikan yang sedia
ada.

Domain ujian TIMSS Matematik terbahagi kepada dua dimensi iaitu dimensi
kandungan dan dimensi kognitif. Domain kandungan dibahagi kepada empat bahagian iaitu
Nombor, Pola, Bentuk Geometri dan Organisasi dan Persembahan data. Manakala, Domain
Kognitif dibahagi kepada tiga iaitu Pengetuan, Aplikasi dan Penaakulan. Domain ujian
TIMSS dalam matapelajaran Sains juga terbahagi dua dimensi iaitu dimensi kandungan dan
dimensi kognitif. Domain Kandungan Sains dibahagikan kepada empat bahagian iaitu
Boilogi, Kimia, Fizik dan Sains Bumi. Manakala, Domain Kognitif dibahagi kepada tiga iaitu
Pengetuan, Aplikasi dan Penaakulan.

Skor yang diperolehi oleh negara-negara yang menyertai TIMSS akan menentukan
kedudukan mereka di peringkat antarabangsa. Pencapaian prestasi akan dinilai mengikut
beberapa keadah. Pencapaian prestasi ini akan dikira melalui penanda aras yang ditetapkan.
Penanda aras yang maju adalah dalam kedudukan 625 mata. Pelajar yang mencapai tahap ini
boleh mengatur dan membuat kesimpulan daripada maklumat, membuat generalisasi dan
menyelesaikan masalah bukan rutin harian. Pelajar yang mencapai kedudukan mata 550
dikategorikan penanda aras tinggi, pelajar dalam kedudukan ini boleh memohon pemahaman
dan pengetahuan mereka dalam pelbagai situasi yang agak kompleks. Pelajar yang mendapat
penanda aras medium iaitu dalam linkungan 475, dia boleh memohon pengetahuan

i
Matematik yang asas dalam situasi yang berterus terang. Manakala, penanda aras yang paling
rendah adalah dalam linkungan 400 mata, pelajar dalam linkungan ini mempunyai
pengetahuan nombor bulat dan perpuluhan, operasi dan graf asas.

Instrumen kajian TIMSS yang digunakan adalah buku ujian, soal selidik, soal selidik
guru Matematik dan juga soal selidik sekolah. Terdapat 12 buku ujian yang mengandungi
soalan Matematik dan Sains yang setara digunakan dalam ujian TIMSS. Buku ujian ini
disediakan oleh panel pakar dari seluruh dunia. Panel ini bertanggungjawab menyediakan
soalan Matematik dan Sains unutk ujian TIMSS yang akan dijawab, mereka juga mengambil
berat tentang soalan-soalan yang dibina setara dengan tujuan yang dilandaskan oleh TIMSS.
Soalan-soalan dibina adalah berbentuk aneka pilihan dan terbuka dalam dwi bahasa iaitu
Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Selain itu, soal selidik juga adalah instrumen yang
digunakan dalam TIMSS. Soal selidik murid dijalankan kepada murid sahaja, ia untuk
mengingkatkan sikap dan memastikan murid memahami konsep kendiri terhadap Sains dan
Matematik. Daripada soal selidik juga harapan ibu bapa terdapat murid dapat dikesan dan
juga melahirkan insan yang seimbang dari segi semua aspek. Selain itu, aktiviti murid dalam
dan luar sekolah juga dikira untuk membandingkan prestasi pelajar tersebut.

Soal selidik untuk guru Sains dan Matematik juga adalah salah satu Instrumen
TIMSS. Latar belakang guru juga dikaji dalam soal selidik ini. Melalui latar belakang ini,
seseorang guru diukur melalui pendidikan, pengalaman dan juga kewibawaan guru untuk
menjalankan proses PdP yang berfaedah kepada pelajar. Akhirnya, soal selidik sekolah juga
dijalankan kepada kakitangan sekolah, entromen murid dalam sesuatu sekolah, peralatan
sekolah yang mencukupi untuk menjalankan PdP yang berguna, jumlah masa bagi
matapelajaran Matematik dan Sains yang diagihkan adalah sepertimana yang ditetapkan atau
tidak dan juga latihan dalam perkhidmatan yang telah dijalankan kepada guru-guru untuk
mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang masing-masing.

TIMSS juga mementingkan keadilan dan kebolehpercayaan sistem ujian yang


dijalankan di semua negara yang terlibat. Sekiranya berlaku ketidaksaihan di dalam ujian
yang dijalankan maka keputusan yang diperolehi tidak dapat menunjukkan prestasi yang sah.
Keputusan yang diterima daripada TIMSS boleh menetapkan sesuatu pendidikan berada di
gelombang ke berapa dan juga daripada keputusan tersebut kita juga dapat memperbaiki
sistem pendidikan yang lebih baik untuk melahirkan murid yang setanding dengan negara-
negara yang maju.

i
TIMSS menjadikan Malaysia lebih matang dalam aspek kesediaan sekolah, guru dan
murid untuk melibatkan diri dalam kajian secara khusus, serta dalam aspek pentadbiran
kajian secara amnya. Keterlibatan dalam penanda arasan standard antarabangsa dari sudut
pencapaian Matematik menunjukkan usaha gigih dan kesungguhan kerajaan menyediakan
murid kita agar mampu bersaing di pentas global. Hal ini terbukti dengan kejayaan
Gelombang 1 (2013-2015) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
bagi memperkasakan sistem pendidikan yang memberi manfaat kepada guru dan murid
melalui pengajaran dan pembelajaran secara lebih efektif. Penyertaan dalam TIMSS diambil
kira sebagai satu daripada 11 anjakan utama PPPM, iaitu kesamarataan akses kepada
pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa. Ia juga melahirkan warga Malaysia yang juga
bersaing dengan negara-negara maju dalam pendidikan, ekonomi dan politik.

i
2.0 KERANGKA PENTAKSIRAN TIMSS

2.1 Pendahuluan

Pendidikan adalah suatu perubahan tingkah laku dan minda yang melibatkan
proses pelajaran dan pembelajaran. Di dalam kata lain, ia adalah proses penurunan
pengalaman dari satu generasi ke generasi berikutnya melalui pelbagai kaedah seperti
pemerhatian, pengajaran, dan pembelajaran. Pendidikan meliputi proses pengajaran
dan pembelajaran kepakaran khusus yang memberi pengetahuan, pertimbangan dan
kebijaksanaan.

Salah satu aspek penting dalam pendidikan ialah penilaian. Penilaian ialah
sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan untuk
mengumpul maklumat berkenaan dengan kemajuan dan prestasi pelajar. Di Malaysia,
terdapat empat penilaian utama termasuk di peringkat sekolah rendah dan menengah
iaitu UPSR, PT3, SPM dan STPM. Terdapat pelbagai tujuan pelaksanaan penilaian
dan antaranya ialah sebagai motivasi, alat untuk mencari punca kelemahan, bagi
mendapatkan maklumbalas, menilai prestasi dan kemajuan murid-murid, untuk
mengenalpasti pengetahuan pembelajaran lampau pelajar, bagi pensijilan atau
pengkelasan, bagi membuat ramalan dan bagi membuat klasifikasi.

Pengklasifikasian sangat penting bagi individu, institusi pendidikan dan juga


negara bagi mengenalpasti dan membezakan kedudukan pencapaian hasil kerja
dengan murid lain, institusi pendidikan yang lain serta negara lain. Aktiviti-aktiviti
pengayaan dan pemulihan dapat dilakukan bagi memperkukuhkan lagi kedudukan
atau memperbaiki kelemahan untuk terus cemerlang. Lantaran itu, salah satu usaha
negara dalam mengenalpasti taraf pelajar kita di peringkat antarabangsa ialah dengan
mengambil bahagian dalam TIMSS. Hampir murid dari setiap negeri di Semenanjung
dan di Sabah dan Sarawak dipilih untuk mengambil bahagian termasuk di luar bandar.

Pencapaian TIMSS murid Malaysia dalam Matematik adalah baik dan berada
di atas paras purata antarabangsa. Namun, keputusannya tidak memberangsangkan
dari tahun 1999 hingga 2007. Antara faktor-faktor yang menyebabkan kemerosotan
pencapaian pelajar Malaysia di peringkat antarabangsa ialah refleksi dan penilaian
berdasarkan kehidupan sebenar, format soalan peperiksaan awam di Malaysia adalah
ringkas dan lebih tertumpu kepada rajah dan jadual di mana murid tidak perlu

i
mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi untuk memberi jawapan kepada soalan
yang dikemukakan dan murid Malaysia tidak mampu menjawab dengan baik soalan-
soalan yang memerlukan pemikiran aras tinggi.

2.2 Kerangka Pentaksiran TIMSS

Kerangka ujian TIMSS terdiri daripada soalan Matematik yang menguji dua
dimensi iaitu domain kandungan dan domain kognitif. Rajah di bawah menunjukkan
perincian dan peratusan kedua-dua domain.

Domain Kognitif
Pengetahuan Aplikasi Penaakulan

25%
40%

35%

Rajah 2.1: Elemen-elemen Domain Kognitif

Domain Kandungan

30%
Nombor

30%
Algebra

20%
20%
Geometri
Data &
Peluang

Rajah 2.2: Komponen-komponen Domain Kandungan

i
Menurut Taksonomi Bloom yang direka oleh Benjamin S. Bloom pada tahun
1956, pendidikan terbahagi kepada tiga domain iaitu Domain Kognitif, Domain
Afektif dan Domain Psikomotor.

Domain Kognitif merangkumi aspek-aspek intelektual atau pemikiran. Ia


terdiri daripada pengetahuan, pemahaman, penerapan, penguraian, pemaduan dan
penilaian. Dalam aspek kognitif, seorang pelajar memulakan pembelajarannya dengan
mengetahui isi kandungan, memahamkan konsep kandungan, menggunakan konsep
tersebut untuk menyelesaikan masalah, menghuraikan jawapan bagi soalan pemikiran
aras tinggi, mengintegrasi pemahaman yang diperoleh dengan masalah yang lain dan
akhir sekali membuat penilaian atau pertimbangan.

Domain Afektif pula merangkumi aspek-aspek emosional seperti perasaan,


sikap, minat, kepatuhan terhadap moral dan sebagainya. Ia terdiri daripada
penerimaan, maklumbalas, penilaian, pengorganisasian dan karakterisasi. Aspek
afektif sangat kait rapat dengan nilai dan konsep diri. Contohnya, dalam mata
pelajaran Pendidikan Islam, Moral, Sivik dan lain-lain, elemen akhlak sangat
dititikberatkan.

Dan ketiganya ialah, Domain Psikometrik iaitu ‘psiko’ ialah kajian tentang
jiwa manakala ‘metric’ pula mengukur. Pentaksiran Psikometrik adalah satu prosedur
yang sistematik untuk memerhati tingkah laku manusia dan menerangkannya dengan
bantuan skala numerical atau system kategori. Ia dapat mengukur kebolehan pelajar
dari segi minat, sikap, personality, kecenderungan, kemahiran berfikir dan kemahiran
menyelesaikan masalah.

2.2.1 Domain Kognitif

TIMSS menekankan Domain Kognitif yang terdiri daripada elemen-elemen


pengetahuan, aplikasi dan penaakulan. Soalan-soalan yang diterjemaah adalah
berlandaskan elemen kognitif mengikut peratusan yang teryata dalam Rajah 1.

Pengetahuan diperoleh melalui pemerhatian dan mengimbas kembali sesuatu


maklumat. Ia terbahagi kepada tiga dimensi iaitu pengetahuan faktual misalnya,
pengetahuan tentang nama, tarikh, peristiwa atau tempat. Dimensi yang kedua pula

i
pengetahuan konseptual yang berbentuk konsep, hukum dan prinsip. Manakala
dimensi ketiga ialah pengetahuan prosidural yang menerangkan cara melakukan
sesuatu. Contoh-contoh soalan TIMSS berlandaskan pengetahuan ialah Mengingat
semula, Mengecam, Mengira, Mengukur dan Mengklasifikasi.

Elemen kedua Domain Kognitif ialah Aplikasi. Di sini, pelajar perlu


menggunakan maklumat yang ada atau diperoleh. Selain itu, pelajar perlu
menggunakan kaedah, konsep, teori-teori yang telah diketahui dalam situasi yang
baru. Pelajar perlu menyelesaikan masalah dengan menggunakan kemahiran-
kemahiran atau pengetahuan yang dikehendaki. Contoh soalan TIMSS yang ditanya
ialah Memilih, Mewakili, Model, Melaksana dan Menyelesai masalah rutin.

Elemen terakhir yang dititikberatkan ialah Penaakulan yang membawa


maksud membuat pertimbangan dan menilai dengan menggunakan akal atau logik.
Pelajar perlu membanding dan mencari kaitan di antara idea-idea yang diperoleh.
Mereka juga perlu membuat pemilihan berdasarkan hujah-hujah yang bernas,
mengesahkan nilai dari bukti yang ada dan mengiktiraf subjektiviti. Contoh-contoh
kata kunci soalan penaakulan dalam TIMSS ialah Analisis, Generalisasi, Sintesis,
Justifikasi dan Menyelesaikan masalah tidak rutin.

Intermediate Advanced
Low International High International
International International
Benchmark Benchmark
Benchmark Benchmark.
(400) (475) (550) (625)
Tingkatan 2 (Gred 8)
Pelajar dapat
Pelajar dapat
Pelajar mempunyai mengorganisasikan
Pelajar boleh mengaplikasikan
pengetahuan dan membuat
mengaplikasikan kefahaman dan
mengenai nombor kesimpulan daripada
pengetahuan asas pengetahuan dalam
bulat dan titik maklumat, membuat
Matematik dalam pelbagai konteks
perpuluhan, operasi generalisasi dan
soalan mudah. situasi yang
dan graf asas. menyelesaikan soalan
kompleks.
bukan rutin.
Pengetahuan Aplikasi Aplikasi Penaakulan
Jadual 2.1: Tahap Pengukuran Ujian TIMSS

i
2.2.2 Domain Kandungan

Domain Kandungan yang akan diperbincangkan ialah topik-topik Matematik


yang telah dipersoalkan dalam TIMSS. Empat topik utama dipilih iaitu Nombor
(30%), Algebra (30%), Geometri (20%) dan Data dan Peluang (20%) (Rajah 2.4).

Bagi bidang Nombor, tajuk-tajuk yang dipersoalkan ialah Nombor Bulat,


Pecahan dan Perpuluhan, Integer dan Nisbah, Kadar dan Peratus. Di dalam bidang
Algebra, tajuk yang diuji ialah Pola, Ungkapan Algebra, Persamaan, Formula dan
Fungsi. Bagi Geometri pula, tajuk-tajuk yang dipersoal ialah Bentuk Geometri,
Pengukuran Geometri dan Lokasi dan Pergerakan. Akhir sekali, bagi bidang Data dan
Peluang, pelajar diuji dengan tajuk Organisasi dan Persembahan Data, Interpretasi
Data dan Peluang. Secara kesimpulannya, rajah di bawah menjelaskan tentang isi
kandungan Matematik.

DATA &
NOMBOR ALGEBRA GEOMETRI
PELUANG
• Nombor Bulat • Pola • Bentuk • Organisasi
• Pecahan • Ungkapan Geometri dan
• Perpuluhan Algebra • Pengukuran Persembahan
• Persamaan Geometri Data
• Integer
• Formula • Lokasi dan • Interpretasi
• Kadar
Pergerakan Data &
• Nisbah • Fungsi
Peluang
• Peratus

Rajah 2.3: Domain Kandungan Matematik TIMSS

i
3.0 PENCAPAIAN MALAYSIA SEJAK PENGIBATAN

TIMSS merupakan satu kajian penandaarasan antarabangsa anjuran Intermational


Association for the Evaluation of Educational Achievement (IEA) dan kajian yang ditawarkan
ialah TIMSS Gred 4, TIMSS Gred 8 dan TIMSS Advanced. Malaysia memilih menyertai
dalam kajian TIMSS Gred 8.

Penyertaan Malaysia adalah untuk melihat keberhasilan pembelajaran Sains dan


Matematik dalam kalangan pelajar berbanding dengan pelajar dari Negara-negara lain yang
turut mengambil bahagian dalam TIMSS. TIMSS dilaksanakan dalam kitaran setiap empat
tahun. Malaysia mula menyertai TIMSS pada tahun 1999 dan diikuti dengan 2003, 2007,
2011 dan 2015.

TIMSS memberikan manfaat yang sangat bermakna bagi pemutus dasar merancang
dan menambah baik pendidikan Negara untuk penyediaan modal insane yang boleh bersaing
di peringkat global seperti mana yang dirancang dalam Falsafah Pendidikan Negara. Sistem
pendidikan Malaysia berlandaskan sistem peperiksaan. Pengajaran disediakan untuk
peperiksaan terutamanya UPSR dan PMR. Maka dengan mudahnya pelajar yang mendapat
keputusan cemerlang diberi focus lebih malangnya pemantauan ke atas pelajar-pelajar corot
secara sengaja atau tidak, dijadikan prioriti kedua. Adakah sistem yang hanya memfokuskan
peperiksaan dapat menghasilkan insan yang seimbang yang boleh bersaing dengan negara-
negara maju?

Maka, untuk seimbangkan ketidakstabilan sistem pendidikan ini, pelbagai cara dan
kaedah digunakan, salah satunya adalah ujian TIMSS. Walaupun pencapaian dalam ujian
TIMSS tidak memberangsangkan pada tahun permulaan penglibatan Malaysia iaitu pada
tahun 1999 hingga 2011, kita dapat melihat kenaikan dalam pencapaian TIMSS pada tahun
2015.

Berdasarkan laporan TIMSS 1999 hingga 2011 menunjukkan skor Matematik


Tingkatan Dua di Malaysia didapati semakin menurun. Pencapaian pelajar Malaysia dalam
TIMSS memperlihatkan penurunan yang ketara iaitu berada di bawah purata skor jika
dibandingkan dengan pencapian pelajar di beberapa Negara Asian lain (Singapura,
Hongkong, Jepun, Korea, Taiwan dan Thailand). Skor prestasi Sains pelajar dalam TIMSS
pada tahun 1999, 2003, 2007, 2011, 2013 dan 2015 secara berturutan adalah 492, 510, 471,
426 dan 471. Dengan skor ini pelajar Malaysia berada di kedudukan 22 daripada 38 negara

i
pada tahun 1999, kedudukan 20 daripada 50 negara pada tahun 2003, kedudukan 21 daripada
60 negara pada tahun 2007, kedudukan 32 daripada 45 negara pada tahun 2011 dan
kedudukan 24 daripada 39 negara pada tahun 2015.

600

500

400

300 Matematik
Sains

200

100

0
1999 2003 2007 2011 2015

Secara keseluruhannya, skor matapelajaran Sains pelajar Malaysia dalam TIMSS


1999, TIMSS 2007 TIMSS 2011 dan TIMSS 2015 adalah di bawah skor 500 iaitu aras skor
minimum yang disarankan oleh TIMSS yang dikategorikan sebagai ‘Low International
Benchmark’ berbanding dengan TIMSS 2003 skornya adalah 510 iaitu dikategorikan ‘High
Benchmark’. Keputusan ini mencerminkan pelajar Malaysia hanya mampu menginhati
sesuatu fakta tetapi belum mampu memahami dan mengaitkan dengan pelbagai topik Sains,
apatah lagi apabila dikaitkan dengan kosep-konsep yang kompleks dan abstrak.

Bagi matapelajaran Matematik pelajar Malaysia TIMSS 1999 dan TIMSS 2003
Malaysia di bawah skor 550 iaitu skor minimum yang disarankan oleh TIMSS yang
dikategorikan sebagai ‘High Benchmark” berbanding dengan TIMSS 2007 hingga TIMSS
2015 yang dikategorikan sebagai “Intermediate Benchmark” skornya adalah di bawah 475.
Keputusan ini menjelaskan bahawa pelajar Malaysa hanya mampu mengetahui pengetahuan
Matematik yang asas dalam situasi yang berteus terang.

Jika dibandingkan dengan Negara jiran seperti Singapura dalam pencapaian TIMSS,
Malaysia adalah jauh ketingalan. Penilaian seperti ini adalah penanda aras kepada sistem
pendidikan di Malaysia agar dapat memberi peluang kepada negara untuk menyiasat

i
kelemahan dan kekuatan pelajar dengan merujuk kepada pelbagai bidang pengetahuan dan
kemahiran kognitif.

Penglibatan Malaysia dalam TIMSS bertujuan mendapat maklum balas berkaitan


pendidikan Sains dan Matematik kebangsaan bagi meningkatkan mutu pelaksanaan
pendidikan Sains dan Matematik. Pencapaian pelajar dalam TIMSS merupakan antara
indikator keberkesanan pendidikan Sains dan Matematik di Malaysia berbanding dengan
Negara lain. dalam TIMSS tahun 19999 hingga 2015 bagi Sains dan Matematik Tingkatan
dua.

Secara keseluruhannya pencapaian Malaysia dalam TIMSS adalah membimbangkan.


Walaupun skor Malaysia bagi matapelajaran Matematik dan Sains secara mendadak menurun
pada tahun 1999 hingga 2011. Skor Malaysia berada di bawah skor purata TIMSS selepas
tahun 2003. Keadaan ini menjadi suatu penggera untuk mempertingkatkan pencapaian murid
Malaysia dalam pendidikan Sains dan Matematik (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025, 2013). Pencapaian Negara dalam TIMSS mempengaruhi kedudukan Negara
dalam “ranking” antarabangsa yang sering digunakan sebagai satu indicator kualiti sistem
pendidikan (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, 2013). Menyedari
kepentingan pencapaian dalam TIMSS, maka salah satu petunjuk prestasi utama dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah untuk memastikan Malaysia mencapai
sekurang-kurangnya skor purata TIMSS menjelang tahun 2015 dan pada satu pertiga teratas
menjelang tahun 2025. Maka apa yang dipastikan dan sisyorkan dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia telah pun mencapai pada tahun 2015 iaitu keputusan TIMSS dalam
matapelajaran Sains dan Matematik memberangsangkan berbanding tahun-tahun
peringkutnya iaitu Malaysia mencatatkan skor dalam matapelajaran Matematik 465 mata dan
matapelajaran 471 mata.

Daripada 16 negara peserta yang telah mencatatkan peningkatan skor dalam Sains
pada TIMSS 2015, Malaysia mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu sebanyak 44 mata
berbanding TIMSS 2011. Bagi subjek Matematik pula, Malaysia merupakan antara 18 negara
yang menunjukan peningkatan pencapaian iaitu 25 mata berbanding TIMSS 2011.
Pencapaian yang bertambah baik meletakkan kedudukan Malaysia pada kedudukan
pertengahan dalam senarai kesemua 39 negara peserta. Ini merukan satu peningkatan
berbanding TIMSS 2011 yang meletakkan Malaysia pada kedudukan satu pertiga di bawah
dalam pencapaian Sains sebelum ini.

i
TIMSS dianggap sebagai penanda aras sesebuah negara dalam pencapaian Matematik
dan Sains pelajar, namun TIMSS sebenarnya mempunyai matlamat utama untuk membantu
pembuat dasar dan mengamal pendidikan dengan menyalurkan informasi mengenai cara-cara
untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran (Mullis, Martin, Minnich, et al.., 2012).
Bagi merealisasikan matlamat ini. TIMSS mengumpul pelbagai jenis matlumat latar belakang
daripada para pelajar, ibu bapa, guru dan pentadbir sekolah melalui soal sedilik.

Perbandingan pencapaian TIMSS 2011 dan 2015 boleh dilihat daripada sampel murid
lelaki dan murid perempuan yang terdiri daripada murid Tingkatan Dua pada tahun 2014.
Sebanyak 4711 orang murid lelaki dan 5015 murid perempuan telah mengambil bahagian
dalam sampel TIMSS tersebut. Jumlah murid ini terdiri daripada 9725 orang murid.
Seterusnya, sampel sekolah juga meliputi sekolah di semua negeri. Pemilihan sampel dibuat
secara rawak berstrata iaitu mengikut jenis sekolah, lokasi, pentadbiran dan gred purata
sekolah. Dengan ini sebanyak 112 sekolah di bandar dan sebanyak 95 buah sekolah luar
bandar dipilih untuk menjalankan kajian TIMSS tahun 2015.

Terdapat jurang perbezaan yang terlalu tinggi dalam pencapaian sekolah bandar dan
luar bandar dalam TIMSS 2011 dan TIMSS 2015 dalam matapelajaran Matematik dan Sains.
Bagi matapelajaran Matematik sekolah bandar telah mencapai 448 skor purata dan sekolah
luar bandar mencapai 416 skor purata pada tahun 2011. Jurang pencapaian sekolah bandar
dan luar bandar adalah 32 skor purata. Bagi matapelajaran Sains pula, sekolah bandar telah
mencapai 429 skor purata dan sekolah luar bandar mencatat skor purata senyak 408 pada
TIMSS 2011. Jurang pencapaian sekolah bandar dan luar bandar adalah 21 skor purata.
Seterusnya, bagi matapelajaran Matematik sekolah bandar telah mencapai 470 skor purata
dan sekolah luar bandar mencapai 442 skor purata pada tahun 2015. Jurang pencapaian
sekolah bandar dan luar bandar adalah 28 skor purata. Bagi matapelajaran Sains pula, sekolah
bandar telah mencapai 470 skor purata dan sekolah luar bandar mencatat skor purata
sebanyak 454 pada TIMSS 2011. Jurang pencapaian sekolah bandar dan luar bandar adalah
16 skor purata.

Dengan pencapaian tersebut, boleh dilihat bahawa terdapat jurang jurang perbezaan
yang tinggi bagi sekolah bandar dan luar bandar. Apakah faktor yang mempengaruhi jurang
perbezaan ini? Kita juga boleh katakan bahawa sekolah bandar menjalankan pdp yang
menggunakan pelbagai teknik, seperti penggunakan teknologi lebih fokus dalam sekolah
bandar. Manakala, sekolah luar bandar kurang mempunyai teknologi dan kemudahan

i
tersebut. Selain itu, latar belakang murid bandar dan luar bandar juga mempengaruhi
pencapaian dalam ujian TIMSS ini. Pelajar-pelajar yang berasal daripada kawasan bandar
mempunyai pendedehan yang tinggi dalam pelbagai topik dan juga mereka lebih peka
daripada pelajar yang berasal dari luar Bandar.

Menurut jurang perbezaan pencapaian sekolah bandar dan luar bandar TIMSS 2011
dan 2015, didapati bahawa pelajar mendapat pencapaian yang baik dalam matapelajaran
Sains berbanding dengan matapelajaran Matematik, walaupun di sekolah Bandar dan Luar
Bandar. Ini juga boleh dikatakan pelajar masih kurang berwibawa dalam matapelajaran
Matematik berbanding dengan matapelajaran Sains yang berkait rapat dengan alam sekeliling
dan meliputi dengan kehidupan harian mereka. Soalan Matematik lebih fokus kepada soalan
KBAT. Kurikulum Matematik sehingga tahun 2010 tidaklah lebih mementingkan pada soalan
KBAT. Kurikulum lama, iaitu KBSR dan KBSM lebih mementingkan operasi tambah, tolak,
bahagi dan darab sahaja, ia tidak mempunyai soalan-soalan yang mementingkan faktor
KBAT.

Terdapat juga pelbagai faktor yang mempengaruhi pencapaian dalam ujian TIMSS.
Antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan pencapaian Malaysia dan TIMSS 2015
adalah kesediaan guru, pengetua, persekitaran sekolah dan sosioekonomi murid. Faktor-
faktor ini sangat berkait rapat dalam keputusan TIMSS. Guru adalah salah satu faktor yang
sangat membantu dalam pencapaian dalam ujian yang dijalankan secara antarabangsa.
Sekarang hamper kesemua guru dan pengetua sekolah mempunyai latar belakang pendidikan
yang tinggi. Justeru itu, sebanyak 65 peratus orang pengetua dikatakan mempunyai Sarjana
Muda dan 35 peratus orang pengetua mempunyai Pasca Siswazah. Selain itu, guru
matapelajaran Matematik juga 92 peratus orang guru telah mempunyai Sarjana Muda, 5
peratus orang guru mempunyai Diploma dan 3 peratus murid mempunyai Pasca Siswazah.
Bagi guru matapelajaran Sains pula 90 peratus orang guru telah mempunyai Sarjana Muda, 6
peratus orang guru mempunyai Diploma dan 4 peratus murid mempunyai Pasca Siswazah.

Latar belakang guru juga sangat mempengaruhi dalam pencapaian TIMSS ini kerana
seseorang guru yang mempunyai latarbelakang pendidikan yang tinggi, dapat menjalankan
PdP yang lebih sistematik dan efektif dengan menggunakan teknologi dan pelbagai teknik
yang dapat memberi manfaat kepada murid masing-masing. Guru-guru yang berpendidikan
tinggi juga mempunyai pengetahuan yang mendalam subjek yang diajari dan memberi input
yang lebih efektif kepada murid. Selain pendidikan pengalaman mengajar seseorang guru

i
mempengaruhi pencapaian dalam ujian ini. Terdapat juga lebih daripada 50 peratus guru
mempunyai lebih daripada 10 tahun pengalaman mengajar. Guru-guru yang berpengalaman
ini dapat memberi sumbangan dalam pencapaian murid yang lebik efektif. Guru yang kurang
pengalaman tetap menyumbang kepada pencapaian murid yang baik.

Selain daripada itu, sosioekonomi murid yang lebih tinggi menyumbang kepada
pencapaian yang lebih baik. Dalam kajian mendapati bahawa 6 peratus sekolah murid
sosioekonomi tinggi mencatat skor purata yang tinggi iaitu 546 skor purata dalam
matapelajaran dan 552 skor purata dalam matapelajaran Sains. Manakala, 26 peratus sekolah
murid sosioekonomi sederhana mencatat skor purata yang tinggi iaitu 478 skor purata dalam
matapelajaran dan 479 skor purata dalam matapelajaran Sains. Akhirnya, 68 peratus sekolah
murid sosioekonomi sederhana mencatat skor purata yang tinggi iaitu 451 skor purata dalam
matapelajaran dan 458 skor purata dalam matapelajaran Sains. Sosioekonomi murid banyak
menyumbang dalam pencapaian pelajar kerana murid dari sosioekonomi tinggi mempunyai
pengetahuan yang mendalam kerana mereka lebih cenderung dengan pelbagai teknologi yang
terkini.

Selain daripada perkara di atas, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting
dalam kedudukan TIMSS Malaysia. Kebanyakkan ibubapa pada masa kini adalah yang
berpendidikan dan dari sosioekonomi yang tinggi. Mereka juga peka terhadap pendidikan
anak masing-masing dan juga dapat mengetahui sistem pendidikan yang terkini. Mereka juga
mendapati bahawa pendidikan adalah tiang untuk mendaki menara gading dan bersaing
dengan Negara-negara maju dan juga secara langsung menyumbang kepada ekonomi Negara
masing-masing.

Kesimpulannya, kajian TIMSS memberi sumbangan yang besar dalam sistem


pendidikan, ekonomi dan politik di sesuatu negara. Dengan kajian yang berkaedah ini, sesuah
negara dapat memperbaiki sistem pendidikan yang lebih manfaat untuk melahirkan insan
yang berguna dan bersaing dengan negara-negara maju.

i
4.0 PERBANDINGAN PENCAPAIAN TIMSS MALAYSIA DENGAN NEGARA-
NEGARA ASIA TENGGARA

4.1 Pencapaian TIMSS pada 1995

Negara Skor
Singapura 609
Malaysia -
Thailand -
Indonesia -
Jadual 4.1: Purata Skor TIMSS Gred 8 Matematik

4.2 Pencapaian TIMSS pada 1999

Negara Skor
Singapura 604
Malaysia 519
Thailand 467
Indonesia 403
Jadual 4.2: Purata Skor TIMSS Gred 8 Matematik

Pada tahun 1999, Pelajar Gred Kelapan Singapura yang mendahului kesemua
negara yang mengambil bahagian termasuk United States dengan mencatatkan skor
sebanyak 604 dan berada pada tangga yang pertama. Malaysia pula berada pada
tangga yang ke 16 dengan skor sebanyak 519. Ini merupakan pencapaian yang sangat
menggagumkan dan terbaik kerana walaupun tahun pertama yang mengambil
bahagian tetapi Malaysia mampu berada pada tangga yang amat membanggakan dan
lebih-lebih lagi berada di atas United States. Selain itu, Negara Thailand berada pada
tangga yang ke 27 dengan skor sebanyak 467 manakala Indonesia pula mendapat skor
403 dan berada pada tangga yang ke 34.

Faktor utama pencapaian Singapura yang sangat teruja ialah pengajaran dan
kurikulum negara tersebut. Kebanyakkan masa Matematik, pelajar perlu
menggunakan lembaran atau buku teks Matematik sebagai panduan. Selain itu,
kebanyakkan sekolah menggunakan komputer semasa Pengajaran dan Pembelajaran

i
Matematik. Majoriti pelajarnya telah mempunyai capaian internet di sekolah mahupun
di rumah.

4.3 Pencapaian TIMSS pada 2003

‘The Trends in International Mathematics and Science Study’ TIMSS 2003


adalah fasa yang ketiga sejak pelancarannya pada tahun 1995. TIMSS boleh diguna
untuk mengesan perubahan pada pencapaian dan juga dalam kurikulum negara-negara
yang mengambil bahagian.

Negara Skor
Singapura 605
Malaysia 508
Indonesia 411
Thailand -
Jadual 4.3: Purata Skor TIMSS Gred 8 Matematik

Pada tahun 2003, Singapura masih mengekalkan kedudukannya di tempat


pertama dengan skor purata 605 manakala Malaysia mengalami kemerosotan skor
sebanyak 11 mata dan mendapat 508. Malaysia dan Indonesia pula meningkat
sebanyak 8 mata.

4.4 Pencapaian TIMSS pada 2007

Negara Skor
Singapura 593
Malaysia 474
Thailand 441
Indonesia 397
Jadual 4.4: Purata Skor TIMSS Gred 8 Matematik

i
Pada tahun 2007, walaupun Singapura dengan skor purata 593 mengalami
kemerosotan dari tahun 2003 tetapi masih mendahului negara-negara Asia Tenggara
yang lain dengan perbezaan mata lebih sebanyak 119 dengan Malaysia, 152 mata
perbezaan dengan Thailand dan 196 mata dengan Indonesia. Malaysia juga merosot
dengan mendapat skor sebanyak 474. Pada tahun ini, Thailand dapat mendahului
Indonesia selepas setahun tidak mengambil bahagian dengan skor 441 dan Indonesia
mengalami kemerosotan mendadak sebanyak 397.

4.5 Pencapaian TIMSS pada 2011

Negara Skor
Singapura 611
Malaysia 440
Thailand 427
Indonesia 386
Jadual 4.5: Purata Skor TIMSS Gred 8 Matematik

Pada fasa yang kelima mengikut Jadual 4.5.1, negara Singapura terus
menunjukkan kecemerlangan dengan mengekalkan tempat pertamanya dengan skor
sebanyak 611. Walaupun, Malaysia masih mendahului Thailand dan Indonesia, tetapi
telah menurun skor dari 474 ke 440 iaitu sebanyak 34 mata. Penurunan yang amat
membimbangkan kerana skor Thailand semakin menghampiri iaitu 427. Indonesia
pula mendapat skor sebanyak 386.

4.6 Pencapaian TIMSS pada 2015

Negara Skor
Singapura 621
Malaysia 465
Thailand 431
Indonesia -
Jadual 4.6: Purata Skor TIMSS Gred 8 Matematik

i
Walaubagaimanapun, Singapura, Malaysia dan Thailand telah menunjukkan
peningkatan yang memberangsangkan pada tahun 2015. Singapura telah meningkat
10 mata iaitu dari 611 tahun 2011 kepada 621. Malaysia pula menunjukkan
peningkatan yang terbanyak di antara ketiga-tiga Negara jiran iaitu 25 mata dan
mendapat 465. Thailand mencatatkan peningkatan sebanyak 4 mata dan mendapat
skor 431.

4.7 Pencapaian TIMSS pada 1999 hingga 2015

SINGAPURA MALAYSIA THAILAND INDONESIA


1995 609 - - -
1999 604 519 467 403
2003 605 508 - 411
Perbezaan +1 -11 - +8
(1999-2003)
2007 593 474 441 397
Perbezaan -12 -34 - -14
(2003 - 2007)
2011 611 440 427 386
Perbezaan +18 -34 -14 -11
(2007 - 2011)
2015 621 465 431 -
Perbezaan +10 +25 +4 -
(2011-2015)
Jadual 4.7: Purata Skor TIMSS Gred 8 Matematik dan perbandingan

Jadual 4.7.1 menunjukkan dengan jelas keberkesanan kurikulum Matematik di


empat buah negara tersebut. Jika kita perhatikan perbezaan skor dari tahun 1995
hingga 2015 bagi Singapura, ia hanya mengalami kemelesetan sekali pada tahun
2007, tetapi dapat diperbaiki dengan pantas pada penyertaan TIMSS tahun 2011. Ini
menunjukkan, perubahan boleh berlaku dengan pantas sekiranya ada kemahuan dan
tahu kepentingannya.

i
Jika kita perhatikan Malaysia pula yang mencapai kecemerlangan pada
penyertaan yang pertama tetapi tidak dapat mengekalkannya pada tahun-tahun
seterusnya. Dan penurunan skor agak membimbangkan kerana agak besar julatnya
iaitu dari 11 kepada 34. Walaubagaimanapun, Malaysia dapat menggorak langkah-
langkah pembaikpulihan dengan baik dan dapat kita lihat hasilnya pada tahun 2015.
Malaysia kini berada pada kategori Purata Pencapaian Tertinggi di antara 18 buah
negara yang lain (Lampiran I). Salah satu faktor yang menyebabkan Malaysia
mengambil hampir 12 tahun untuk meraih kejayaan kerana jumlah pelajar yang
mengambil bahagian yang besar. Selain itu, mungkin juga disebabkan oleh faktor
prasarana pembelajaran di institusi-institusi yang tidak mencapai standard negara-
negara maju. Dan akhir sekali, kurikulum Matematik yang agak mudah dan tidak
memberikan peluang untuk pelajar berfikir.

Thailand dan Indonesia pula tidak menunjukkan penyertaan yang konsisten.


Oleh itu, agak sukar untuk menentukan perbandingan pencapaian
Walaubagaimanpun, Thailand menunjukkan peningkatan pada tahun 2015 iaitu
sebanyak 4 mata dari tahun 2011 hingga 2015 selepas mengalami kemerosotan
sebanyak 14 mata dari tahun 2007 hingga 2011. Faktor yang menyebabkan pelajar
Negara Thailand dan Indonesia tidak dapat melepasi benchmark ialah mungkin unsur
politik. Jika sesebuah negara mempunyai politik yang kukuh, maka secara
langsungnya ia mendorong kepada kejayaan pelajaran negara tersebut.

i
5.0 PENCAPAIAN PELAJAR MALAYSIA DAN NEGARA-NEGARA ASIA
TENGGRA YANG LAIN UNTUK SETIAP CONTOH SOALAN.

Malaysia akan melaksanakan penilaian pusat iaitu UPSR, PMR / PT3, SPM
dan STPM selain daripada penilaian dalaman. Ada item penilaian yang selaras dan
ada yang tidak mengikut JSI yang ditentukan oleh panel-panel peperiksaan peringkat
kebangsaan mahupun negeri. Persoalannya ialah kenapa pelajar yang sama boleh
mencapai keputusan yang cemerlang bagi soalan dalam negara tetapi tidak dapat
sedemikian apabila berhadapan dengan soalan taraf antarabangsa?

Daripada kajian Wan Nabil, Fawwaz dan Syazwan, didapati format soalan
Malaysia dan antarabangsa sangat berbeza dari segi bidang, format soalan dan
jawapan, tajuk dan daya saing (Rajah 5.1)

• Respon •Algebra •Perubahan dan •Hubungan


Berstruktur •Matematik Hubungan •Refleksi
Tertutup Diskrit •Kuantiti •Penghasilan
• Pelbagai •Fungsi •Ruang dan Semula
Pilihan •Geometri Bentuk
Kompleks •Nombor •Ketidakpastian
• Pelbagai •Kebarangkalian
pilihan •Statistik
• Respon
Berstruktur
Terbuka
• Respon
Ringkas
Daya
Format Bidang Tajuk Saing

Rajah 5.1: Kandungan Soalan TIMSS Matematik

Didapati peperiksaan awam di Malaysia adalah sangat ringkas dan secara langsung. Ia
hanya menitikberatkan jawapan akhir sahaja menggunakan kalkulator. Soalan-soalannya
mempunyai pilihan jawapan yang boleh membantu pelajar untuk meneka tanpa berusaha
untuk menyelesaikannya. Secara tidak langsung, perkara ini juga mendorong kepada
tingkahlaku pelajar yang negatif iaitu malas berfikir, tidak berusaha untuk mencari
penyelesaian dan daya saing semakin menyusut. Penandaan kertas berstruktur juga hanya
mementingkan kepada jawapan akhir tanpa menekankan kepentingan jalankerja
penyelesaian.

i
• Format soalan TIMSS adalah berbentuk panjang dimana pelajar perlu
membuat analisis, refleksi untuk memahami soalan. Format respon terbahagi kepada
lima jenis iaitu Respon Berstruktur Tertutup, Pelbagai Pilihan Kompleks, Pelbagai
pilihan, Respon Berstruktur Terbuka dan Respon Ringkas. Kesemuanya memerlukan
penerangan secara ayat atau penyelesaian Matematik. Ini membantu pelajar untuk
menjadi lebih matang untuk menyelesaikan soalan.

Bidang Matematik yang terlibat untuk pelajar Gred Kelapan (Tingkatan 2)


Antarabangsa ialah Algebra, Matematik Diskrit, Fungsi, Geometri, Nombor,
Kebarangkalian dan Statistik. Mengikut Sukatan Pelajaran Tingkatan 2, ada
sesetengan bidang seperti Fungsi dan Kebarangkalian tidak termasuk dalam silibus.
Lantaran itu, sekiranya soalan berbentuk Fungsi dan Kebarangkalian dipersoalkan
maka pelajar tidak dapat menjawanya.

• Tajuk-tajuk termasuk Perubahan dan Hubungan, Kuantiti, Ruang dan Bentuk


dan Ketidakpastian yang terlibat dalam pembinaan item TIMSS. Pelajar Tingkatan 2
tidak didedahkan pada tajuk perubahan dan hubungan dan ketidakpastian. Jadi mereka
tidak dapat menjawab soalan-soalan berikut. Gaya penyelesaian soalan di kalangan
pelajar Malaysia ialah melalui rujukan buku teks atau rujukan yang mempunyai
soalan mirip atau merujuk pada guru tanpa ada cubaan untuk mereka jalan
penyelesaian. Ini mungkin pelajar kita tidak suka akan cabaran. Sekiranya seorang
pelajar suka akan cabaran dan minatnya terhadap Matematik tinggi, dia tidak akan
berputus asa dengan cepat. Jadi soalan TIMSS memerlukan kebolehan untuk mencari
hubungan, membuat refleksi dan akhir sekali penghasilan semula.

i
5.1 Contoh Soalan TIMSS – Tertinggi

Pembinaan item peperiksaan perlu mengikut peratus aras kesukaran yang


ditetapkan iaitu Aras Tinggi, Aras Sederhana dan Aras Rendah. Ini bertujuan untuk
membantu pelajar mengikut kebolehan masing-masing dan menyeimbangkan tahap
penguasaan. Sedemikian juga telah diamalkan dalam pembentukkan item TIMSS iaitu
terbahagi kepada tiga kategori Matematik Tertinggi, Matematik Sederhana dan
Matematik Rendah.

Rajah 5.1.1: Contoh Soalan TIMSS Matematik – Tertinggi (Geometri)

Contoh item dari Rajah 5.1.1 adalah dari domain kandungan Geometri yang
menggunakan ciri ciri segi tiga dua sama dan segi tiga tepat untuk mendapatkan nilai
sudut yang dilabel x. Sekiranya pelajar tidak masteri ciri-ciri segi tiga iaitu kaki sama,
sisi sama dan tidak sama, maka pelajar tersebut tidak dapat mencari nilainya dengan
betul. Di antara negara-negara yang terlibat, Singapura mencapai peratusan menjawab
dengan betul yang tertinggi iaitu 75% dan gred purata 1.7. Thailand mendahului
Malaysia dengan gred purata lebih kecil iaitu 2.1 berbanding dengan 2.7 oleh
Malaysia walaupun peratusan menjawab yang betul adalah sama iaitu sebanyak 36%

i
Indonesia pula berada di bawah paras purata antarabangsa dengan mencatatkan 19%
dan gred purata 2.0.

Rajah 5.1.2: Contoh Soalan TIMSS Matematik – Tertinggi (Algebra)

Rajah 5.1.2 menunjukkan contoh soalan dari bidang Algebra yang


memerlukan kemahiran untuk menyelesaikan persamaan linear yang berbentuk ayat.
Pelajar mesti mengenalpasti kuantiti x dan y dengan betul. Kemudian, mereka perlu
menggantikan nilai yang diberi dengan betul dan menghitung nilai yang dikehendaki
dengan betul. Kemahiran Algebra yang asas sangat penting untuk pelajar mencari
nilai yang betul.

Analisis keputusan menunjukkan, Singapura tidak dapat mengekalkan


tempatnya pertama dan jatuh ke tempat keenam walaupun masih berada di atas paras
purata antarabangsa dengan gred purata 1.7 dan peratusan menjawab dengan betul
sebanyak 56%. Dua negara jiran iaitu Indonesia dan Thailand termasuk Malaysia
telah merosot dan berada di bawah paras purata antarabangsa. Indonesia dan Thailand
mencatatkan gred purata 19 dan 2.3 masing-masing dengan peratusan menjawab

i
dengan betul yang sama iaitu 26%. Malaysia berada di tangga yang lebih rendah dari
negara-negara jiran tersebut dengan peratusan menjawab dengan betul sebayak 24%
dan gred purata 2.1.

5.2 Contoh Soalan TIMSS – Sederhana

Rajah 5.2.1: Contoh Soalan TIMSS Matematik – Sederhana (Nombor)

Rajah 5.2.1 menunujukkan contoh soalan TIMSS Matematik aras sederhana.


Domain Kandungan yang terlibat ialah Nombor yang melibatkan pecahan. Pelajar
perlu tahu mengenalpasti dan menulis pecahan yang diwakili oleh petak dan
kemudian perlu membandingkannya dengan pecahan bulatan pada pilihan jawapan.
Di sini perlu menganggarkan pecahan kawasan yang sangat tepat dengan soalan. Oleh
itu, mereka perlu tahu nilai pecahan segiempat yang diberi samaada besar atau kecil.

Di sini, Singapura Malaysia dan Thailand Berjaya berada di atas paras purata
antarabangsa tetapi Indonesia tidak. Singapura mencatatkan peratusan menjawab
dengan betul sebanyak 81% dan gred purata 1.7, Malaysia pula sebanyak 74% dan

i
gred purata 2.0, Thailand 68% dan 1.9 dan Indonesia sebanyak 52% dengan gred
purata 2.3.

5.3 Contoh Soalan TIMSS – Rendah

Rajah 5.3.1: Contoh Soalan TIMSS Matematik – Rendah (Data dan Peluang)

Rajah 5.3.1 adalah contoh soalan TIMSS aras Rendah. Soalan tersebut adalah
dari tajuk Data dan Peluang di mana pelajar perlu memilih graf yang sepadan dengan
nilai data yang diberi dalam jadual yang terdiri daripada dua pembolehubah.
Walaupun pelajar hanya perlu mengenalpasti graf yang diwakili oleh data, tetapi perlu
mempunyai kemahiran menganggar kerana nilai pembolehubah paksi tidak
dinyatakan pada graf.

Jika kita analisis pencapaian pelajar bagi soalan aras rendah, Singapura,
Malaysia dan Thailand berada atas paras purata antarabangsa manakala Indonesia
berada di bawah paras purata antarabangsa tetapi dengan peratusan yang

i
menggalakkan. Singapura mendapat peratusan menjawab dengan betul sebanyak 93%
dengan gred purata 1.1 dan berada di bawah Korea dan Jepun. Malaysia juga
mencatatkan peratusan yang agak membanggakan iaitu 89% dan gred purata 1.3.
Negara Thailand mendapat peratusan menjawab dengan betul sebanyak 73% dan gred
puarata sebanyak 1.9 . Indonesia tidak kurang hebatnya kerana dapat mencapai
peratusan menjawab dengan betul sebanyak 66% dengan gred purata sebanyak 2.2.

5.4 Kesimpulan

Sebagai kesimpulan daripada analisis pencapaian Malaysia dan negara-negara


Asia Tenggara berpandukan setiap contoh soalan mengikut aras kesukaran,
kebanyakkan pelajar dapat menjawab soalan aras rendah dengan mudah. Walaupun ia
nampak senang tetapi masih memerlukan kemahiran berfikir yang tinggi dan tepat
juga. Pelajar juga masih hebat dalam menyelesaikan soalan aras sederhana dengan
baik. Dan bagi soalan aras tinggi, pelajar perlukan banyak latihan untuk mengetahui
ciri-ciri polygon, garis lurus, selari supaya memudahkan mereka untuk mengenalpasti
maklumat tersirat dengan mudah. Singapura juga hanya mencatatkan peratusan
sebanyak 56 % sahaja bagi soalan aras tinggi yang berbentuk teks.

Kurikulum yang lebih menepati kehendak-kehendak soalan antarabangsa perlu


digubal supaya pelajar kita boleh berada standing dengan pelajar-pelajar antarabangsa
yang lebih maju. Sebenarnya daya pemikiran aras tinggi tidak boleh diajar tetapi
boleh diasah da dicungkil sejak kecil lagi. Dengan berubahnya kualiti pendidikan,
maka berubah juga taraf keluarga, masyarakat dan negara kepada yang lebih tinggi.
Kita mampu melahirkan generasi berfikiran aras tinggi yang lebih baik daripada
negara-negara maju yang lain jika digorak langkah yang tepat dan betul.

i
6.0 PERKARA YANG BOLEH DIPELAJARI OLEH KEJAYAAN NEGARA-
NEGARA LAIN.

6.1 Model Kurikulum

Model Kurikulum TIMSS mempunyai tiga aspek iaitu Maksud Kurikulum,


Pelaksanaan Kurikulum dan Pencapaian Kurikulum (Mullis & Martin, 2013). Secara
ringkasnya, pelajar Matematik dianggap untuk mendalami kurikulum yang telah
digubal, mengaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas dalam apa
jua cara supaya pelajar dapat bersedia untuk penilaian.

Kebangsaan, Sekolah, Guru Hasil


Sosial dan dan Konteks Pembelajaran
Konteks Bilik Darjah Pelajar dan
Pendidikan Karakteristik

•Pelaksanaan •Pencapaian
•Maksud Kurikulum
Kurikulum Kurikulum

Rajah 6.1.1 Modul Kurikulum

Hampir semua negara dalam TIMSS mempunyai Kurikulum Kebangsaan


tetapi Canada, Germany dan United States yang melaksanakan Kurikulum Negeri
Terkawal. Walaubagaimanapun, kebanyakkannyamenggubal kurikulum di peringkat
Kebangsaan supaya boleh diselaraskan ke seluruh Negara. Pakar subjek juga boleh
mendidik pelajar menggunakan kurikulum standard tersebut. Ini adalah kerana
kurikulum rasmi menetapkan standard asas untuk pelajar mempelajari Matematik, ia
amat penting untuk mengandungi kurikulum yang mencabar. Walaubagaimanapun, ia
amat jelas dari Model Kurikulum bahawa menggubal kurikulum yang mencabar boleh
menyebabkan lebih sukar bagi guru untuk melaksanakannya secara efektif dan juga
menjejaskan pencapaian pelajar akhirnya.

i
Antara langkah-langkah yang boleh kita semaikan pada generasi akan datang
ialah:

i. Pengajaran dan pembelajaran Matematik mengikut tajuk-tajuk TIMSS yang


asas perlu dimulakan pada peringkat pra sekolah.
ii. Penekanan kepada penggunaan teknologi semasa pengajaran dan
pembelajaran Matematik dalam bilik darjah.
iii. Mementingkan kemahiran penyelesaian masalah, pemikiran aras tinggi,
pengklasifikasian dalam Matematik
iv. Kandungan domain major perlu ditentukan dengan subtopik yang berkenaan
(Algebra dan Geometry)
v. Menggalakan sikap dan tingkahlaku yang positif.

6.1.1 Pengubahsuaian yang ketara dalam Kurikulum Matematik

Mengikut Laporan TIMSS 2015, Matematik, Sains dan English adalah subjek
yang mempunyai masa instruktional yang banyak. Oleh itu, kurikulum Matematik
TIMSS perlu diterap pada kanak-kanak pra sekolah.

Sejak 20 tahun pelaksanaan TIMSS, hampir semua Negara melakukan


transformasi kurikulum Matematik berdasarkan pada pencapaian dalam TIMSS. Ada
negara yang mengambil langkah yang cepat dan pantas dan berfokus, maka mereka
boleh nampak hasilnya pada pencapaian seterusnya. Misalnya, TIMSS 1999
mewujudkan kerisauan di kalangan pendidik Matematik di New Zealand. Oleh itu,
kementerian pendidikan New Zealand terus melaksanakan polici ‘Count Me In Too”
bagi memulakan pembangunan numerical projek pada tahun 2001.

Di Hong Kong, pengkaji TIMSS memaklumkan kurikulum Matematik baru


pada tahun 1999. Di pertengahan tahun 2000, reformasi kurikulum Matematik telah
tersebar luas. Tahun 2007, anggaran peningkatan sebanyak 70% dalam Matematik.
Contoh yang paling membanggakan ialah Malaysia. Apabila didapati prestasi pelajar
semakin merosot, maka kerajaan telah melakukan satu transformasi kurikulum dengan
memperkenalkan pelbagai dasar dan plan. Jadi, kurikulum yang diubahsuai dengan
ketara akan menambaikkan sitem pendidikan negara tersebut.

i
6.1.2 Penekanan Penggunaan Teknologi Bagi Memperbaiki Pembelajaran
Matematik.

Perubahan yang meluas dalam Matematik bagi dua kurun yang lepas
ialah mengintegrasikan teknologi dengan pendidikan. Kebanyakan Negara
TIMSS 2015 melaporkan usaha-usaha untuk menerapkan penggunaan
teknologi maklumat dalam kurikulum. Singapura salah sebuah Negara yang
unik kerana mengusahakan polici teknologi lebih dari 20 tahun. Singapura
telah memperkenalkan pelan induk yang keempat pada tahun 2015 bagi
mengoptimumkan penggunaan teknologi maklumat dalam kurikulum secara
menyuluruh.

Contoh lain ialah Denmark di mana dari tahun 2011 hingga 2015, ia
telah memperuntukkan pembiayaan sebanyak 500 million DKK untuk
meningkatkan kemudahan Teknologi Maklumat di sekolah, dan inisiatif
tersebut telah dipanjangkan hingga tahun 2017.

6.1.3 Penekanan pada Penyelesaian Masalah dan Penyiasatan.

Kebanyakkan Negara TIMSS 2015 telah menyerapkan kemahiran


penyelesaian masalah dan penyiasatan dalam kurikulum secara menyeluruh.
Contoh, Bahrain – penyelesaian masalah, pembuktian dan pengklasifikasian,
komunikasi, hubungkait. Belgium – memahami, mengaplikasi,
membangunkan kemahiran pemikira kritikal, memerhati dan memberi refleksi
pada proses. Chinese Taipei – penalaran abstrak, berkomunikasi dan
membangunkan kemahiran penyelesaian masalah. Singapura – penjelasan,
komunikasi, menghubung, pemikiran, aplikasi dan pemodelan.

i
6.1.4 Kandungan Matematik

Menurut TIMSS 2015 Ensiklopedia, kurikulum berlandaskan domain


kandungan TIMSS digunakan oleh semua negara TIMSS 2015 iaitu tajuk Nombor,
Algebra, Geometry, Pengukuran dan Data.

Semua Negara melaporkan bahawa kurikulum Matematik Gred Keempat


meliputi tajuk Nombor yang merangkumi pemahaman dan operasi dengan nombor
(nombor bulat, pecahan, perpuluhan). Kebanyakkan meliputi Algebra termasuk
ungkapan algebra, persamaan mudah / pernyataan ayat, hubungan dan Corak. Selain
itu tajuk Geometri juga diperkenalkan yang merangkmi bahagian titik, garis / panjang,
sudut, perimeter, isipadu dan luas. Akhir sekali, tajuk Data dan Peluang yang meliputi
menilai / mengintepretasi jadual, graf palang, piktograf, carta pai dan juga mendidik
mereka untuk melukis.

6.1.5 Sikap dan Tingkah laku

Dalam Kerangka Kurikulum TIMSS 1995, membangunkan sikap


positif dianggap sebagai objektif utama seiring dengan pencapaian dalam kandungan
dan kognitif.

Misalnya, Singapura meliputi kepercayaan Matematik, minat, penghargaan,


keyakinan dan ketabahan. Malaysia pula menerapkan nilai-nilai seperti bersungguh-
sungguh, dinamik, masyarakat progresif yang menghargai pemuliharaan alam sekitar.

Walaubagaimanapun, sikap pelajar terhadap Matematik amat memainkan


peranan penting. Sekiranya seseorang pelajar tiada minat atau sikap yang positif
terhadap Matematik maka dia tidak dapat mempelajari apapun walaupun diajar
dengan apa cara sekali.

6.2 Kesimpulan

Terdapat pelbagai bukti yang menyatakan Negara TIMSS dari 1995


hingga 2015 telah menghasilkan pelajar yang lebih multidimensi dalam
Matematik. Banyak perubahan yang telah dibuat seperti pengintegrasian

i
teknologi maklumat dengan pendidikan, permulaan kurikulum TIMSS dari pra
sekolah, pengubahsuaian kurikulu dari semasa ke semasa, pemikiran aras
tinggi dan juga sikap dan nilai-nilai murni. Tambahan pula, persekitaran
pengajaran dan pembelajaran yang selamat dan selesa juga menyumbangkan
kepada pencapaian pelajar.

Diharap agar generasi yang akan datang dapat memaanfaatkan diri


mereka dengan segala prasarana dan perubahan yang telah dilakukan semata-
mata untuk pencapaian yang lebih baik. Kerjasama daripada semua pihak amat
dialu-alukan kerana kejayaan hanya boleh dicapai sekiranya semua dalam
suatu organisasi sehala dan setujuan.

i
7.0 INISIATIF KPM : TIMSS 2019

Terdapat banyak inisiatif telah dirancang dan sedang dan akan dilaksanakan
mengikut fasa-fasanya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi membuahkan
prestasi yang lebih baik dalam TIMSS 2019.

Antaranya ialah, Jerayawara Pencapaian TIMSS 2015 yang bermaksud


pencapaian TIMSS 2015 perlu diwar warkan kepada semua lapisan masyarakat dan apa
kepentingannya untuk generasi kita. Oleh itu, buku-buku analisis item TIMSS
Matematik untuk semua warga pendidik. Wacana TIMSS 2015 juga diterbtkan bagi
proses penambahbaikkan PdP Matematik.

Inisiatif kedua ialah pewujudan eTIMSS. Kerajaan menggalakkan penggunaan


kaedah eTIMSS supaya penilaian lebih interaktif dengan penggunaan komputer.
Malaysia akan mengambil bahagian dalam kajian pilot eTIMSS pada tahun 2017 serta
Kajian rintis dan utama TIMSS 2019 akan dijalankan dalam tahun 2018.

Inisiatif yang ketiga ialah member latihan profesionalisme untuk guru. Ini
bertujuan untuk melengkapkan dan meningkatkan tahap pengetahuan mereka dengan
isu-isu yang sedang berlaku dalam Matematik. Ia berfokus terhadap kompetensi dalam
penyampaian PdP, penggunaan bahan sumber termasuk pengintegrasian teknologi
maklumat dalam PdP dan peningkatan ilmu dalam penghasilan dan pelbagaikan bahan
sumber dalam PdP.

Inisiatif yang ketiga ialah Kemahiran Padagogi abad ke 21. Mulai 2017, KSSR
(semakan) untuk murid Tahun Satu dan KSSM untuk Tingkatan Satu telah mula
dilaksanakan. Ia amat menekankan kepada Pengajaran dan pembelajaran abad ke-21
yang merangkumi aspek komunikasi, kolaborasi, kreativiti dan pemikiran kritikal dan
kritis.

Inisiatif dalam pentaksiran dimana peperiksaan amali berpusat akan


diwujudkan semula. Format baharu UPSR bermula tahun 2016 di mana reka bentuk
instrument mencakupi aspek kemahiran asas hingga kemahiran berfikir aras tinggi.

Dan akhir sekali ialah penerbitan buku-buku teks KSSR (semakan) dan
KSSM. Isi kandungannya lebih authentic dengan murid. Pelbagai sudut ilmu
dibekalkan termasuk permainan, pengunaan komputer, pencarian maklumat mudah

i
dengan adanya bar scanner. Kepelbagaian penyelesaian masalah bagi aktiviti dan
latihan yang melibatkan KBAT dan HEBAT serta STEM. Elemen yang menekankan
isu-isu semasa juga diterapkan agar dapat meningkatkan pengetahuan am dan isu-isu
semasa di kalangan pelajar.

i
8.0 RUJUKAN

1. https://www.moe.gov.my/images/Terbitan/Rujukan-
Akademik/pubfile_file_002124.pdf

2. https://www.moe.gov.my/images/dasar-kpm/PPP/articlefile_file_003107.pdf

3. https://timssandpirls.bc.edu

4. https://timssandpirls.bc.edu

5. https://www.moe.gov.my/index.php/my/dasar/pelan-pembanguan-pendidikan-
malaysia-2013-2025

You might also like