Pengurusan latihan dan perkembangan staf Pengenalan Mengagihkan tugas dan tanggungjawab kepada pekerja belum boleh memastikan

ianya dilaksanakan dengan lebih baik. Kehendak dan keperluan tugas perlu diseimbangkan dengan kebolehan seseorang. Kedua-duanya adalah sama penting. Setelah seseorang itu mahir dalam sesuatu bidang kerja potensinya masih boleh dibangunkan dan kemahirannya diperkembangkan bagi menghadapi tanggungjawab yang lebih besar dan lebih mencabar lagi. Latihan diberikan kepada pekerja bagi membolehkannya memikul sesuatu tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan. Namun begitu, manafaatnya boleh dirasai seterusnya apabila pekerja tersebut mampu membangunkan atau memperkembangkan potensi dirinya untuk memikul lain-lain tanggungjawab yang lebih mencabar pada masa hadapan. Bagi tujuan ini, program-program perkembangan staf adalah perlu dilaksanakan. Program-program latihan dan perkembangan staf boleh dilaksanakan dalam pelbagai bentuk seperti:

• • • • • •

ceramah dan aktiviti dalam bilik darjah simulasi tentang sesuatu situasi bimbingan kerja atau latihan semasa kerja pengagihan tugas secara putaran atau giliran yang berubah-ubah permainan menguji akal (management games) sesi perbincangan atau mesyuarat pembangunan staf

Fungsi Latihan dan Perkembangan Staf Walaupun program latihan dan perkembangan staf bukan merupakan jawapan kepada kesemua masalah, ianya berupaya memberi sumbangan dalam menguruskan sesebuah organisasi. Program latihan dan perkembangan staf yang dirancang dan dilaksanakan dengan baik akan menguntungkan kedua-dua pihak; pekerja dan organisasi 2.2.1 Meningkatkan Ilmu dan Kemahiran

Melalui latihan, pekerja-pekerja berpeluang meningkatkan ilmu dan kemahiran diri. Contohnya, sewaktu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Menengah (KBSR dan KBSM) diperkenalkan pada akhir tahun 80an dahulu, ramai guru-guru di sekolah telah dihantar berkursus. Hasilnya ialah guru-guru tersebut telah mendapat pengetahuan tentang kandungan KBSR dan KBSM serta bagaimana melaksanakannya selaras dengan apa yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan. Sesetengah sekolah turut menjalankan program-program latihan secara dalaman yang dikendalikan samada oleh guru sumber maupun Pengetua sekolah sendiri. 2.2.2 Persediaan Untuk Tugas atau Tanggungjawab Baru Program-program latihan dan perkembangan staf juga berfungsi menyediakan pekerja untuk memikul tugas dan tanggungjawab yang baru dan berbeza daripada yang biasa dilakukannya. Seseorang bakal pemimpin diperingkat rendah sekalipun akan lebih yakin memegang jawatan barunya jika dibekalkan dengan pengetahuan dan pendedahan awal yang mencukupi. 2.2.3 Membangunkan Kemahiran dan Kepakaran Pekerja Dalam organisasi yang dinamik yang mana anggotanya boleh berfungsi dengan berkesan, program-program perkembangan staf dalam bidang-bidang tertentu akan membantu membangunkan kebolehan atau kemahiran sedia ada. Kemahiran dan bakat maupun kecenderungan pekerja dalam pelbagai bidang, jika digilap dengan baik akan menjadi aset berguna bagi organisasi. Ini adalah kerana ahli-ahli yang berkemahiran tinggi mampumenyumbang secara lebih berkesan ke arah kemajuan organisasi yang dianggotainya. 2.2.4 Menyelesaikan Masalah Dalam Organisasi Walaubagaimana lancarnya perjalanan sesebuah organisasi itu, ianya tidak terkecuali daripada menghadapi masalah. Kerapkali masalah-masalah ini boleh dikaji dan punca-puncanya boleh dikenalpasti. Sekiranya masalah itu berpunca daripada kekurangan ilmu, pendedahan tentang sesuatu bidang maupun kurang kemahiran tertentu, maka programprogram latihan yang spesifik boleh diatur untuk menyelesaikannya. 2.2.5 Menangani Perubahan Dengan arus perubahan baik dalam organisasi maupun persekitarannya, pada masa kini, kemahiran dan pengetahuan sedia ada kadangkala tidak memadai untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik dan lancar. Banyak isu-isu baru, konsep-konsep pengurusan terkini serta kemahiran-kemahiran baru yang canggih turut menyumbang kepada perubahan struktur dan persekitaran organisasi masa kini. Setiap ahli perlu mengetahui peranan baru mereka serta kesan daripada perubahan ini ke atas kerja mereka serta organisasi keseluruhannya. Dalam hal ini sesi- sesi latihan dan perkembangan staf perlu sentiasa diadakan bagi mengemaskinikan pengetahuan dan kemahiran setiap anggota organisasi. Seseorang pemimpin memainkan peranan utama dalam menyedari perubahan yang berlaku di sekitar organisasinya dan bagaimana perubahan ini dapat dihadapi dengan lebih baik. 2.2.6 Kenaikan Pangkat

.benar perlu dan sesuai ke arah mencapai matlamat organisasi sahaja yang dijalankan.1.pekerja yang cemerlang berkursus di luar sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan ke atas kecemerlangan yang telahtelah mereka tunjukkan.1 Penilaian Prestasi Satu lagi sumber bagi mengetahui keperluan latihan dan perkembangan staf ialah melalui penilaian prestasi tahunan staf. tenaga dan kewangan organisasi tersebut. maka kursus-kursus secara formal akan diatur. 2. Pemimpin-pemimpin dan ahli-ahlinya perlulah menyedari kepentingan penilaian prestasi dari segi perkembangan potensi individu dan juga organisasi yang mereka anggotai. melicinkan tugas dan mengelak masalah berulang maupun meningkatkan potensi individu dan organisasi.Anggota-anggota atau ahli organisasi yang berkaliber dan berbakat sebagai pemimpin mungkin menerima kenaikan pangkat pada sesuatu tahap dalam kerjayanya.1. Ini tidak bermakna pihak pengurusan tidak menghargai kesungguhan. dan kepakaran kerja yang mereka telah tunjukkan. banyak organisasi yang menghantar pekerja. Ini dapat mengelakkan pembaziran masa.3.3 Langkah-Langkah Pelaksanaan Program Latihan dan Perkembangan 2. Untuk tujuan ini.7 Pengiktirafan Terdapat ramai pekerja dan ahli organisasi yang bekerja keras dan cemerlang dengan semangat profesionalisme yang tinggi. Bagi menyediakan diri dari segi pengetahuan tentang tugas dan tanggungjawabnya yang lebih mencabar dan memerlukan daya pemikiran yang lebih tinggi. Ketua kemudiannya akan mencadangkan mana-mana ahli dan bidang-bidang latihan yang diperlukannya. Pengiktirafan sebegini walaupun tidak mendatangkan keuntungan dari segi kewangan. Namun. Bidang yang dipelajari mungkin mencakupi pelbagai aspek sosial dan profesional. Ini adalah bertujuan memastikan hanya jenis latihan yang benar.3. masih dapat memberi kepuasan kepada pekerja-pekerja atau ahli-ahli berkenaan di mana mereka berpeluang meluaskan pengetahuan dan memperolehi pengalaman baru.2 Cadangan Ketua Pemimpin atau ketua yang peka serta mempunyai matlamat yang jelas seharusnya boleh mengenalpasti siapakah di antara ahli-ahli di bawahnya serta bidang-bidang latihan yang boleh mereka ikuti. atas sebab-sebab tertentu mereka mungkin tidak dinaikkan pangkat. Sesebuah organisasi yang mempunyai ahli-ahli yang muda dan kurang pengalaman dalam banyak bidang tentu sahaja mempunyai keperluan latihan yang berbeza berbanding dengan organisasi yang lebih mantap dan mempunyai ahli-ahli yang telah lama bertugas. Maklumat tentang keperluan latihan boleh diperolehi dengan cara mengenalpasti kesesuaian tugas dengan latar belakang dan kemahiran pekerja. 2.1 Menentukan Keperluan Langkah pertama sebelum membuat perancangan jangka panjang program-program latihan ialah menentukan keperluan organisasi. Latihan-latihan ini mungkin bagi tujuan mendapatkan kemahiran baru.3. 2. Penilaian prestasi yang baik akan memberi maklumat tentang bidang-bidang kemahiran yang diperlukan oleh anggota-anggota dalam organisasi.2. 2.

. Suratmenyurat. Makluman dan tindakan yang telah dan akan dijalankan hendaklah direkodkan dengan kemas. Kepastian perlu dibuat seawal mungkin supaya tidak menimbulkan banyak masalah di luar jangkaan. sijil-sijil dan semua urusan sebelum dan selepas latihan perlulah diuruskan sebaik. kosnya mungkin rendah berbanding dengan program yang melibatkan pihak luar. dan lain-lain hal berkaitan keselesaan dan kelancaran perjalanan kursus atau sesi latihan.2.3 Merancang Program Latihan Setelah keperluan latihan dikenalpasti dari segi bidang. alat-alat bantu mengajar dan bilik darjah yang sesuai perlu disediakan seawal yang mungkin.1. Pihak yang bertanggungjawab melaksanakan sesi-sesi ini. maupun ketua jabatan sendiri perlu dikenalpasti dan terlibat membuat perancangan. Sekiranya sesuatu program itu dibuat secara dalaman dan di premis sendiri. Aspek keberkesanan sesuatu program juga perlu diambilkira dalam membuat perancangan .baiknya. Bagi tujuan melaksanakan program latihan di luar pula. objektif-objektif yang jelas dan jangkamasa pelaksanaan perlu dirangka. Satu cara yang mudah untuk memastikan kelicinan sesi latihan atau kursus ialah dengan menyediakan senarai semak yang ringkas dan lengkap. Sekiranya butir.2 Mentadbir/Melaksanakan Program Perancangan yang teliti sebaik-baiknya diikuti pula oleh pelaksanaan atau pentadbiran yang kemas dan teratur. Sekiranya melibatkan sumber-sumber dari luar organisasi. kemudahan untuk pemudahcara/penceramah.3. anggaran boleh digunakan.butir yang tepat tidak diperolehi. penganjur. Lain-lain hal yang perlu diambilkira ialah persediaan makanan (jika ada). perancangan perlulah dibuat. 2. pihak-pihak terlibat perlulah dimaklumkan terlebih dahulu. butir-butir lanjut tentang peserta. peralatan dan kemudahan seperti alat pandang dengar. persetujuan dan kepastian semua pihak dari segi masa dan bidang latihan masih perlu dibuat lebih awal.3. pemudahcara. individu atau kumpulan terlibat. tempat latihan dan kos perlu diambilkira. Beberapa faktor yang perlu diambilkira ialah sama ada latihan akan memerlukan sumber-sumber dalaman atau luaran dan kos yang diperlukan. Sekiranya menggunakan sumber dalaman. Bahan-bahan bercetak. Ini memudahkan semua pihak yang berkenaan membuat perancangan dan pengubahsuaian awal tentang kerja-kerja dan tanggungjawab mereka yang lain. Bagi sesi perkembangan staf yang bersifat latihan semasa kerja. seperti kakitangan sumber.

Kemahiran dan kepakaran ini hendaklah dipergunakan secara yang ‘optimum’ bagi mencapai matlamat organisasi. Misalnya seorang telefonis yang dahulunya sering gagal mengendalikan pelbagai karenah pelanggan.3 Menilai Keberkesanan Program Bagi memastikan organisasi mendapat pulangan yang maksimum daripada pelaburannya dalam program latihan dan perkembangan staf. Keberkesanan sesuatu program atau beberapa siri latihan boleh diukur dengan melihat penurunan atau kenaikan kadar-kadar tertentu dalam organisasi. atau penilaian bertulis dengan menggunakan objektif-objektif yang telah ditentukan. Langkah pertama ialah menentukan kriteria yang hendak diukur atau dinilai dengan penetapan objektif perlakuan yang jelas dan sebaiknya boleh ukur secara pemerhatian maupun bertulis. Di mana sesuai. Maklumbalas mungkin berbentuk perbincangan selepas sesuatu sesi. kadar ponteng. Sekiranya kriteria yang hendak dinilai melibatkan kemahiran kerja seperti cara mengendalikan pelanggan. Rekod-rekod ini akan menyatakan individu yang terlibat beserta bidang-bidang latihan yang telah dilaksanakan. kadar cuti sakit.3. Misalnya penurunan kadar peratusan kemalangan atau kecederaan. setelah menerima latihan. program-program perkembangan staf boleh menyediakan mereka dengan kemahiran bagi tugas yang lebih mencabar pada masa hadapan. maka perubahan tingkahlaku dan keupayaan seseorang pekerja memindahkan ilmu kepada tugas boleh juga digunakan sebagai ukuran. penilaian yang sistematik mestilah dijalankan. Bagi memaksimumkan program-program latihan .Seperkara yang amat penting ialah menyimpan dan mengemaskini rekod-rekod latihan walau apa juga bentuknya. 2. Penilaian dari segi sumbangan terhadap organisasi pula boleh dibuat dalam jangkamasa yang agak panjang. berubah menjadi pekerja yang lebih berkesan.4Kesimpulan Walaupun kebanyakan pekerja telah menerima latihan awal bagi menjalankan tugas. latihan adalah juga bertujuan untuk perkembangan dan pembangunan staf atau pekerja.3. Ini bertujuan untuk mengetahui pengetahuan sedia ada dan sebarang nilai tambah yang diperolehi hasil daripada program latihan yang telah diikuti oleh peserta. ujian pra dan pasca latihan boleh digunakan. membuktikan keberkesanan latihan yang telah diikutinya. Penilaian dari segi keberkesanan kandungan dan penyampaian kursus dan sesi perkembangan staf boleh diperolehi melalui maklumbalas peserta atau ahli yang terlibat. Ianya akan menyatakan bidang-bidang kemahiran dan kepakaran yang wujud dalam sesuatu organisasi. peningkatan prestasi bidang-bidang tertentu dan lain-lain lagi. serta cara berkomunikasi. Dalam banyak hal. 2. Maklumat sebegini adalah amat berharga bagi membantu sesebuah organisasi dalam membuat perancangan strategik.

dan perkembangan. Keperluan yang dikenalpasti melibatkan bidang-bidang kemahiran dan kumpulan sasaran atau individu tertentu. b. kegiatan kokurikulum di sekolah itu tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya. Walaupun kebanyakkan pekerja telah menerima latihan awal bagi menjalankan tugas. sebuah sekolah gred A di pinggi bandar. Bagi memaksimumkan program-program latihan dan perkembangan staf. Hasilnya membolehkan penentuan objektif-objektif yang jelas dan selari dengan keperluan organisasi. Pelaksanaan dan pentadbiran latihan dan perkembangan staf perlu dikawalselia dengan baik bagi melicinkan perjalanan program dan memastikan organisasi mendapat manafaat sepenuhnya. Ia juga di buat berdasarkan kemampuan. sebahgian besarnya kurang berminat.4 Pengurusan Latihan Dan Perkembangan Staf 2. 2. matlamat dan keperluan organisasi. Objektif-objektif yang jelas perlu digariskan selari dengan matlamat organisasi. tiada ertinya sesuatu latihan dijalankan sekiranya keberkesanan dan pulangan kepada organisasi tidak dapat dilihat maupun diukur. Hasilnya. Pelaksanaan dan pentadbiran latihan dan perkembangan staf perlu dikawalselia dengan baik bagi melicinkan perjalanan program. . Soalan: a) Kaji faktor-faktor yang mungkin menyumbang kepada tidak berkesannya aktiviti kokurikulum. Melalui perkembangan staf mereka akan dilengkapkan dengan kemahiran dan pengetahuan yang lebih mencabar. kajian keperluan perlulah dibuat terlebih dahulu.4. Untuk tujuan ini. Akhir sekali. mereka yang berpotensi untuk maju akan memerlukan program perkembangan staf. keperluan bidang-bidang latihan perlu dikenalpasti dan perancangan jangka panjang serta pendek perlu dibuat. Pengetua terdahulu. Perancangan jangka panjang dan pendek bertujuan memastikan kelicinan perjalanan program-program latihan dan perkembangan staf.1 Kes 1: Aktiviti Kokurikulum Yang Terabai Encik Ahmad baru setahun bertukar ke Sekolah Menengah Seri Aman. atau nilai tambah dan mampu menggunakannya dalam menjalankan tugas. Murid-murid kurang bergiat dalam aktiviti luar bilik darjah. Sebahagian lagi kurang faham tentang selok-belok mengendalikan aktiviti kokurikulum secara berkesan. Sudah beberapa tahun Sekolah Menengah Seri Aman tidak pernah memasuki pusingan akhir sebarang pertandingan jauh sekali memenanginya. Guru-guru penasihat. yang kini telah bersara merupakan seorang yang kurang ‘commitment’ terhadap pencapaian Falsafah Pendidikan Kebangsaan. satu bentuk penilaian keberkesanan program latihan perlu dirangka bagi memastikan pekerja mendapat kemahiran baru.

. Soalan: a) Baca dan teliti kes Cikgu Asnah dan kaji kemungkinan faktor-faktor kegagalan program-program latihan di sekolahnya. ibarat mencurah air di daun keladi. tetapi prestasi murid. Guru.murid masih tidak meningkat langsung. Kelihatannya hanya beliau seorang sahaja yang bersemangat hendak menjayakan matlamat sekolah.  PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN ORGANISASI  Definisi Organisasi • Sebagai satu unit sosial yang terdiri daripada manusia yang bekerjasama dan saling bergantung antara satu dengan yang lain bagi mencapai matlamat individu.Jika anda adalah Encik Ahmad. b) Apakah syor anda kepada Cikgu Asnah? PENGERTIAN STAF Kamus Dewan (2002): Perkembangandimaksudkan perihal atau proses menjadi dimaksudkan perihal atau proses menjadi maju atau tersebar. bersikap acuh tak acuh sahaja.James A. Objektifnya hanya satu. kumpulan dan organisasi.F. apakah langkah-langkah atau tindakan yang anda akan ambil bagi membangunkan guru-guru penasihat bagi menghidupkan kembali aktiviti kokurikulum di Sekolah Menengah Sri Aman? 2. Mereka mengajar seperti biasa.Stoner Charles Wankel (1989): menyatakan bahawa staf merupakan individu atau kumpulan yang menyediakan nasihat dan perkhidmatan untuk pengurus lain. walaupun akur dan menghormatinya. termasuk guru dan staf sokongan.2 Kes 2: Mencurah Air Di Daun Keladi Cikgu Asnah telah melaksanakan pelbagai jenis latihan berbentuk kursus-kursus dalaman untuk pekerja-pekerja di sekolahnya. Staf ditakrifkan sebagai kumpulan pekerja yang berkerja bersama-sama iaitu di bawah ketua yang sama . Manakala. Bila dikaji keberkesanan program-program tersebut.gurunya. Kelas-kelas tambahan untuk murid-muridnya turut berjalan seperti dijadualkan.4.membiak atau meluas. bagi meningkatkan prestasi pelajarpelajarnya di bidang kurikulum. Cikgu Asnah merasa agak kecewa setelah mendapati kesemua usaha dan penat lelahnya selama ini tidak membuahkan hasil.

 Definisi Pengurusan • Pengurusan sebagai proses perancangan. orientasi latihan. Pengarahan : o Fungsi penting bagi menjamin aktiviti organisasi berjalan dengan teratur. lancar serta dalam suasana harmoni. Terdapat struktur organisasi atau pembahagian kerja. . Ciri-Ciri Organisasi • • • Hierarki atau tingkat autoriti. Pengurusan staf melibatkan perancangan sumber manusia. o  Fungsi Pengurusan • 3. pengarahan dan pengawalan usahausaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat organisasi. Strategi : Mencari jalan untuk mencapai tujuan dan matlamat Jabatan. Mengatur program atau projek mengikut strategi yang berasaskan matlamat organisasi. program keselamatan dan program kebajikan. Perancangan : o Tujuan & Objektif : kenalpasti perkara yang hendak dicapai berdasarkan matlamat penubuhannya. Penyusunan: o o Melibatkan kerja menstruktur organisasi dan staf. penyusunan. o o  Fungsi Pengurusan • 2. prosedur dan sistem hubungan bagi menjalankan aktiviti organisasi. Struktur organisasi menunjukkan pembahagian kerja mengikut aktiviti dan tingkat autoriti.  Fungsi Pengurusan • 1. dasar. Terdapatnya peraturan.

Bertanggungjawab menggunakan segala sumber dengan cekap dan berkesan untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. perundangan. Pengawalan : o o o Bagi memastikan prestasi organisasi telah dicapai mengikut perancangan. Peranan sebagai pembuat keputusan berdasarkan maklumat yang lengkap dan kemaskini. Peranan sebagai penyebar atau penyampai maklumat. Masalah dalam penyusunan dikenalpasti dan langkah tertentu diambil. kepimpinan dan sistem komunikasi. Sifat kakitangan yang ada hubungan dengan prestasi dan tingkah laku diberi perhatian dan diawasi. Menetapkan keutamaan projek yang hendak dicapai. Mewujudkan matlamat. Pengurusan Atasan : terlibat dalam perancangan jangka panjang organisasi.  Peranan Pengurus • Mengikut Henry Mintzberg dalam bukunya The Manager’s Job : Folklore & Fact : o Peranan Pengurus dibahagi kepada 3 bahagian:  Peranan sebagai penghubung atau orang pengantara bagi mendapatkan maklumat luar. 2. dasar dan implementasi strategi. membuat dasar serta analisa perkara yang berlaku di persekitaran luaran. Penyelaras : Mengawasi aliran kerja serta meyatupadukan kakitangan yang berada di bawah tanggungjawabnya dalam organisasi.    Tahap Pengurus • 1. 4.  Tanggungjawab Pengurus • 1. •  Tanggungjawab Pengurus • • 3. (Pengurusan Strategik) .  Fungsi Pengurusan • 4.o Terlibat faktor motivasi.

Satu perintah : mendapatkan arahan daripada seorang ketua sahaja bagi mengelakkan kekeliruan dan konflik. Satu arahan : aktiviti yang mempunyai objektif yang sama hendaklah disatukan dan diurus oleh seorang ketua. Autoriti : Autoriti sebagai hak untuk memberi arahan dan sebagai kuasa untuk menarik seseorang menurut arahan itu. Pengurusan Pertengahan : Penyelarasan dan pengawalan kerja pada peringkat bahagian atau unit bagi mencapai matlamat di atas.(Perancangan Operasi)  Penilaian Kejayaan Pengurusan • Boleh diukur berdasarkan : o o o o o Kecekapan Keberkesanan ( sejauh mana strategi mencapai matlamat ) Produktiviti ( penggunaan tenaga manusia) Kualiti Prosedur ( kepuasan pelanggan) Perkhidmatan yang ditawarkan.( Perancangan Tektikal)  Tahap Pengurusan • 3.• 2.  Prinsip Pengurusan • Henri Fayol (1841 – 1925): digelar sebagai bapa pemikiran Pengurusan menggariskan 14 prinsip pengurusan : o Pembahagian Kerja : pembahagian kerja yang khusus dapat meningkatkan produktiviti. Pengurus Bawahan : Mengawasi kerja-kerja harian di bahagian operasi mengikut perancangan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan atasan dan pengurusan pertengahan. o o  Prinsip Pengurusan . o  Prinsip Pengurusan o Disiplin : menurut arahan dan prosedur serta menghormati persetujuan yang telah dibuat di antara organisasi dan kakitangan.

Saluran Menegak : Dari atas ke bawah lebih bersifat arahan.  Komunikasi dalam Organisasi • 1. misi unit dan organisasi. Kestabilan personel : Firma yang berjaya mempunyai kumpulan pengurus yang stabil. . Ambil tindakan pembetulan.  Prinsip Pengurusan o o Inisiatif : kakitangan diberi kebebasan untuk memajukan dan mengimplementasi rancangan.  Rumusan • 1.  Prinsip Pengurusan o o o Susunan kakitangan.o o o o Mengutamakan kepentingan organisasi . Seragamkan proses 7. Menilai pencapaian 6. •  Model penambahbaikan kualiti • • • • • • • 1. Laksanakan penambahbaikan 5. Latih kakitangan 4. 2. Kekitaan : keharmonian di kalangan kakitangan mewujudkan perpaduan dan keteguhan organisasi. Tentukan matlamat penambahbaikan 2. Rantai pemerintahan: melalui aliran komunikasi formal di dalam organisasi. Pembayaran upah. Tentukan kaedah 3. Keseimbangan layanan bagi melahirkan ketaatan kepada organisasi. perintah berhubung sesuatu tindakan yang harus di ambil. Penurunan kuasa : kepada kakitangan bawahan untuk menjalankan tugas dengan berkesan. Pengurus mestilah mempunyai konsep yang jelas tentang tujuan. Saluran mendatar : Di mana hierarki autoriti yang sama berkomunikasi.

Proses menyelesaikan sesuatu tugas melalui dan bersama orang lain. • • • • • • 4. Setiap teori mempunyai kekuatan dan kelemahan mereka sendiri maka. Pengurus mestilah menilai dengan realisitik. • • Legge.Edisi khas) [dalam talian]. Bagaimanapun tidak semua yang dianjurkan oleh pemikir-pemikir tersebut sesuai untuk diamalkan oleh pengurus tetapi pengurus boleh memilih mana-mana teori yang difikirkan dapat membantu dalam meningkatkan keberkesanan organisasi. K.Proses mencapai matlamat organisasi melalui cara bekerja dengan manusia dan sumber organisasi lain. Pengurusan staf melibatkan perancangan sumber manusia. bergantung kepada pengurus bagaimana untuk mengabungkan teori-teori tersebut bagi mendapat satu kaedah yang paling berkesan. Boleh didapati di: http://org. Human Resource Management: Rhetorics and Realities. (Pengurusan Sumber Manusia: Retorik dan Realiti) Anniversary ed. and Janssens.• • 2. Idea. .0 PENGENALAN Amalan pengurusan yang diamalkan oleh pengurusan pada hari ini adalah hasil sumbangan daripada pemikir-pemikir pengurusan pada masa lalu.com/content/vol6/issue2/ [Dicapai 16. 4. M. 2005.02. Organization (Organisasi . Steyaert. orientasi latihan. Juga tidak ada satu teori yang paling baik untuk digunakan bagi setiap keadaan atau situasi.sagepub. Pengurus memikir masa depan organisasi dan membuat perubahan mengikut keperluan pelanggan. 1999.Pengurusan adalah seni mencapai kerja melalui manusia (Mary Parker Follet) 2. Macmillan. (Institiut Pengurusan Malaysia) 4. C.1 DEINISI PENGURUSAN 1. 3.2 FUNGSI PENGURUSAN PERANCANGAN a)Perancangan boleh didefinisikan sebagai satu proses di mana pengurus menentukan matlamat dan memutuskan apakah tindakan yang paling sesuai yang perlu diambil untuk mencapai matlamat tersebut. konsep dan kaedah yang diketengahkan oleh mereka dapat membantu pengurus menguruskan organisasi mereka dengan lebih cekap dan berkesan dan lebih berdaya saing. program keselamatan dan program kebajikan.2004]. (Certo 1997) 3. eds.

. mengembangkan dan mendorong sumber manusia supaya organisasi mencapai objektif. 2. 4. PENGORGANISASIAN Terdapat berbagai definisi yang telah digubal oleh penulis-penulis buku tentang pengorganisasian diantaranya: • Stoner dan Wankel (1986): Pengorganisasian merupakan satu proses di mana aktiviti kerja disusun dan diagihkan kepada sumber tenaga untuk mencapai matlamat dan tujuan sesebuah organisasi. perancangan adalah satu proses menentukan bagaimana sistem pengurusan akan mencapai matlamatnya. perancangan merupakan satu aktiviti yang melibatkan perkara seperti menentukan apa matlamat yang hendak dicapai oleh sesuatu organisasi itu.Membentuk struktur dan iklim organisasi untuk mewujudkan perpaduan dalam organisasi. 2. c) Menurut penulis Modul PJJ UKM. Menggunakan sepenuhnya kemahiran pekerja. 4. Mendapatkan. • Jaafar Muhammad (1992): Pengorganisasian ialah penyusunan sumber-sumber organisasi dalam bentuk kesatuan dengan cara yang berkesan agar matlamat dan objektif organisasi yang dirancang dapat dicapai. 3.3 PENGURUSAN PERSONEL 1. bagaimana cara untuk mencapai matlamat yang ditentukan dan menggunakan kaedah-kaedah yang bersesuaian untuk mencapai matlamat tersebut.b) Menurut Certo (1997).Menentukan organisasi mencapai tanggungjawab sosial kepada kakitangan . Perancangan menentukan bagaimana organisasi mampu menuju kearah yang dikehendaki.

.1.3. Dengan kata lain ianya menemukan manusia dari luar atau dalam organisasi untuk melaksanakan kerja.kerja organisasi. perancangan sumber manusia adalah proses di mana pengurusan menentukan siapakah atau berapakah pekerja yang perlu diambil dan diisi pada waktu atau masa-masa yang tertentu.PERANCANGAN SUMBER MANUSIA PENGAMBILAN PEMILIHAN INDUKSI DAN ORIENTASI LATIHAN DAN KEMAJUAN PENILAIAN DAN PENCAPAIAN KAKITANGAN PERTUKARAN KAKITANGAN PENAMATAN PERKHIDMATAN 4.1 Perancangan Sumber Manusia Mengikut R Wayne Mondy dan Robert M Noe ( 1986).

Pengambilan juga dikenali dengan rekrumen. Kaedah pengambilan dalaman termasuklah tawaran pekerjaan dan penempatan pekerjaan dari kalangan ahli organisasi itu sendiri. ii. • Tujuannya melihat kebolehan individu melakukan kerja. • Tujuannya melihat kemahiran komunikasi dan juga kesesuaian boleh buat kerja atau tidak. numerikal dan taakulan.3. • Untuk mendapatkan maklumat –maklumat asas mengenai calon tersebut. Menyemak borang permohonan. • . Temuduga Peringkat kedua (dengan Majikan atau Pengurusan Atasan) • Ujian pengetahuan pekerjaan berasaskan analisis pekerjaan • Tujuan melihat pengetahuan mengenai tugas • Ujian membuat tugas v. • Untuk mempastikan maklumat yang dinyatakan adalah sama dengan diskripsi yang ditetapkan.4.1. i. • Termasuklah juga ujian kognitif. kolej. university 4.3. Tawaran kerja • diberikan kepada calon-calon yang layak dan berjaya. iv. Temuduga Awal • Calon-calon akan ditanya mengenai maklumat asas mengenai calon.1. Kaedah pengambilan luaran pula termasuklah. • Iklan • Agensi pekerjaan • Merekrut melalui sekolah. Proses Penilaian atau Pengujian • Untuk menguji kemahiran atau kelayakan atau IQ yang ada pada calon tersebut. iii.2Pengambilan Ianya merupakan proses menarik minat individu yang mempunyai kelayakan tertentu mengisi atau memohon jawatan tertentu yang wujud dalam satu-satu organisasi.3 Pemilihan Manakala langkah-langkah dalam pemilihan pula adalah.

6 Penilaian Pencapaian Kakitangan a. Merupakan satu sistem format dalam jangkamasa tertentu melihat dan menilai prestasi kerja individu atau kumpulan.1.1. peraturan dan struktur organisasi itu. Pembangunan menyediakan kemahiran tambahan kepada kemahiran yang sedia ada untuk digunakan pada masa hadapan atau jangka panjang. c.Gomershall dan Mayers (1996) menyatakan program orientasi yang lemah boleh merosakkan organisasi dari segi kewangan kerana mengurangkan keberkesanan kerja dan mungkin menjadi sebab ketidakpuasan hati. Latihan perlu diberikan kerana teori yang dipelajari tidak sama dengan praktikal. d. 4. maka latihan yan diberikan ini akan disesuaikan dengan organisasi. i) Maklumat mengenai organisasi seperti sejarah.diberikan setelah menjalani ujian-ujian tertentu seperti ujian kesihatan dan sebagainya.1. Proses Penilaian Prestasi temasuklah. Tujuan latihan diberikan adalah untuk meningkatkan kemahiran yang sedia ada pada seseorang pekerja untuk menyempurnakan tugas-tugas semasa c. skop pekerjaan berdasarkan jawatanjawatan yang dipegang dan biasanya dibuat secara persendirian e.1. b. b.3. Tujuan pembangunan pula untuk meningkatkan kemahiran pekerja agar dapat digunakan pada masa depan. 4. polisi. e. Pembangunan menyediakan kemahiran tambahan kepada kemahiran yang sedia ada untuk digunakan pada masa hadapan atau jangka panjang. ii) Memberitahu tanggungjawab pekerja. Dalam program induksi mengandungi.5 Latihan dan Kemajuan Staf a. polisi.Latihan biasanya diberikan kepada pekerja baru. b.3. skop pekerjaan berdasarkan jawatanjawatan yang dipegang dan biasanya dibuat secara persendirian e. Dalam program induksi mengandungi. peraturan dan struktur organisasi itu.5 Latihan dan Kemajuan Staf a. maka latihan yan diberikan ini akan disesuaikan dengan organisasi. d. Tujuan latihan diberikan adalah untuk meningkatkan kemahiran yang sedia ada pada seseorang pekerja untuk menyempurnakan tugas-tugas semasa c. e. Latihan perlu diberikan kerana teori yang dipelajari tidak sama dengan praktikal. Program ini mengambil masa yang sedikit sahaja tetapi sangat penting dibuat untuk pekerja-pekerja. ii) Memberitahu tanggungjawab pekerja. perkembangan. d. Program ini mengambil masa yang sedikit sahaja tetapi sangat penting dibuat untuk pekerja-pekerja. manakala pembangunan dan pembaikan pada pekerja lama dalam sesuatu organisasi. manakala pembangunan dan pembaikan pada pekerja lama dalam sesuatu organisasi. b.3.4 Induksi & Orientasi a. Tujuan pembangunan pula untuk meningkatkan kemahiran pekerja agar dapat digunakan pada masa depan. i- . Bertujuan untuk menyesuaikan pekerja baru dengan persekitaran organisasi d.Latihan biasanya diberikan kepada pekerja baru. perkembangan. 4.3. 4. i) Maklumat mengenai organisasi seperti sejarah. Pepatah menyatakan memulakan sesuatu dengan memuaskan bermakna separuh dari kerja telah dilaksanakan.

1.3. bersara atau sakit 4. Adanya pemisahan masih lagi wujud hubungan dengan organisasi tersebut tetapi pemisahan menyebabkan tiada lagi kaitan dengan organisasi berkenaan. bonus dan sebagainya dengan tujuan menilai keberkesanan latihan atau program yang telah diadakan.2 BAHAGIAN PERSONEL . 4.1. bersara atau kematian iaitu keluar dari organisasi tersebut. Apabila berlaku pertukaran dalam organisasi maka langkah-langkah awal dalam penstafan akan dilakukan semula dan dengan kata lain proses ini akan berulang dan berterusan selagi organisasi berjalan dalam jangkamasa panjang. Pertukaran bermaksud bertukar jawatan atau lokasi manakala pemisahan bermaksud meletak jawatan.7 Pertukaran a.Penamatan pekerja merujuk kepada tindakan seseorang pekerja keluar dari organisasi kerana meletak jawatan. iikenalkan skop pekerjaan (analisis pekerjaan) iiimemeriksa cara-cara bekerja penilaian prestasi bincang penilaian dengan pekerja dan mengambil langkah-langkah tertentu memperbaiki kelemahan dalam pekerjaan 4. c.kenalpasti matlamat penilaian prestasi seperti prestasi baik akan dapat ganjaran naik pangkat.8 Penamatan Pekerja a.3. b.3.

4.1 Hierarki Keperluan Manusia Maslow membangunkan hieraki keperluan untuk buktikan teorinya bahawa perangai manusia dipandu oleh keperluan tertentu. Maslow menyatakan bahawa manusia mempunyai kualiti unik yang membolehkan mereka membuat pilihan dan mengawal kehidupan .Unit pengambilan kakitangan Unit latihan Unit kewangan Unit perhubungan buruh Perkhidmatan kakitangan PENGURUSAN STAF 4.

Matlamat proses pemilihan ini adalah untuk memadankan calon dengan tugas.tugas yang akan dilaksanakan.2 Pemilihan Staf Ia merupakan satu proses di mana sesebuah jabatan atau organisasi memilih daripada senarai pemohon. 4.3 Langkah-langkah pemilihan .4.4.4. calon yang paling layak atau berkebolehan untuk memegang sesuatu jawatan.

.

3 Langkah-langkah pemilihan 1. gaji yang dijangka. Pemohon mungkin ditanya soalan-soalan mengenai pengalamannya. Temuduga Awal Ia digunakan untuk membuat penilaian yang segera mengenai kesesuaian calon bagi kerja tertentu. Pada hakikatnya temuduga awal ini menentukan bagi pemohon dan penemuduga sama ada proses pemilihan itu wajar diteruskan atau tidak.4.4. 2. kesediaan untuk ditempatkan semula dan sebagainya. Borang Permohonan Mempunyai tiga tujuan : • Secara formal menunjukkan bahawa pemohon berkehendakkan sesuatu jawatan • Menyediakan untuk penemuduga maklumat asas yang diperlukannya untuk .

4. borang permohonan hanya boleh meminta maklumat yang terbukti dapat meramalkan kejayaan dalam kerja yang dipohon oleh calon itu. 5. Kebanyakan ujian bertulis yang digunakan semasa ini digredkan oleh komputer. Temuduga . kebolehan kognitif – kecekapan menjawab (IQ Test) b. personaliti/minat – dari latar belakang calon d. yang boleh dijadikan rujukan oleh majikan baru untuk mengetahui latar belakang calon – sama ada dari segi akademik atau personal. 3. Ia bukanlah suatu proses yang wajib tetapi boleh menjadi panduan kepada organisasi yang hendak mengambil calon tersebut dan lebih mudah untuk mendapat gambaran secara am tentang calon. Hanya selepas lulus penapisan calon-calon akan dipanggil temuduga/ujian kelayakan. Ia juga dikenali sebagai proses penapisan. Ujian dapat mengenalpasti:a. kebolehan psikomotor – kecekapan pancaindera atau anggota badan c. Ini dapat mengelakkan penstereotaipan berlaku seperti pilih kasih atau kecenderungan kepada jantina tertentu. Ujian kelayakan/pekerjaan Sesebuah organisasi itu cuba untuk mengukur kemahiran-kemahiran kerja yang berkaitan yang dipunyai oleh calon dan kemampuannya untuk belajar semasa memegang jawatan. Semakan Pengadil/Latar belakang Ia merupakan rujukan daripada majikan lama – tempat kerja/tempat belajar atau sesiapa yang ditulis sebagai pengadil oleh calon di dalam resume/curriculum vitae. Dari segi undang-undang.mengendalikan temuduga. • Menjadi sebahagian daripada maklumat personel organisasi sekiranya pemohon itu diambil bekerja. pencapaian individu Walau bagaimanapun bukan semua organisasi melakukan ujian ini. Ujian ini dilakukan selalunya berdasarkan keperluan atau terlalu ramai calon yang hendak ditapis. Penapisan dibuat bertujuan mengeluarkan pemohon-pemohon yang tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan. Penapisan ini dibuat berdasarkan kepada maklumat-maklumat yang diisi oleh pemohon dalam borang permohonan ataupun resume dan dibandingkan dengan deskripsi dan spesifikasi kerja/tugas.

Mengelakkan penyakit-penyakit berjangkit daripada merebak masuk ke dalam organisasi.Mengenalpasti kelemahan-kelemahan fizikal clon bagi tujuan membuat penempatan yang sempurna b. Penemuduga tidak perlu memberikan alasan-alasan mengapa mereka memilih/tidak seseorang calon. Pihak organisasi seharusnya berpuashati dengan pilihan yang dibuat. 8. Membentuk rekod asas kesihatan pekerja bagi tujuan melindungi organisasi daripada dikenakan tuntutan-tuntutan pampasan yang tidak diduga. mencari lebih banyak maklumat tentang permohonan sebagai individu. Tawaran pekerjaan Selepas didapati calon sememangnya sesuai (fit) maka surat tawaran akan dikeluarkan kepada calon. 6.Secara asasnya temuduga ini bertujuan memenuhi kekurangan yang terdapat dalam permohonan atau rekod pekerjaan seseorang calon. Menentukan keupayaan fizikal calon : . c. Pemeriksaan Doktor Kepentingan pemeriksaan doktor : a. 9. 7. Ia juga dapat mengurangkan kadar ketidkahadiran dan kadar kemalangan semasa kerja. . dan pada umumnya mendapatkan maklumat yang boleh menarik minat penemuduga supaya kesesuaian calon bagi kerja dan organisasi boleh ditentukan.Apakah calon itu layak memenuhi keperluan fizikal untuk kerja yang ditawarkan . Kelulusan Penyelia Ia merupakan pengesahan oleh penemuduga sama ada calon berjaya atau tidak. Tempoh percubaan.

4. International Student Edition.al. Weihrich. Penerbit Fajar Bakti Sdn. McGraw Hill. 8th Edition. Australia.Bhd. Prentice Hall. Sepanjang tempoh percubaan ini pekerja baru akan dinilai prestasinya dari senmasa ke semasa. 3. 1994. Ang Huat Bin. PENGURUSAN PERNIAGAAN. 1984 . Yetton et.MODUL PENGURUSAN BENGKEL DAN MALMAL.. 2005. Principles Of Management.Manageme nt. UTHM 2.Tujuan tempoh percubaan ini diadakan untuk menilai kebolehan dan kemampuan pekerja berkenaan seperti yang dinyatakan sebelum ini. Pihak organisasi berhak sama ada untuk mengambil pekerja berkenaan terus bekerja atau menamatkan perkhidmatannya sepanjang tempoh percubaan ini. rujukan 1.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful