You are on page 1of 8

TEKS PENGERUSI MAJLIS MENJUNJUNG BUDI, MENYANGJUNG BAKTI

Tarikh : 4.5.2018
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Kantin Sekolah Kebangsaan Batang Melaka

PERKARA/ BUTIRAN CATATAN
PEMBACA
Ketibaan Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Tetamu
Dijemput semua tetamu mengambil tempat kerana majlis kita
akan bermula sebentar lagi.

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Tuan Hj Abu Talib Bin
Karim bersama keluarga dengan diiringi dif-dif kehormat
masuk ke dalam dewan. Dipersilakan.

Nyanyian lagu Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku. Hadirin
diminta berdiri.

...................................(Lagu Negaraku)

Yang Diraikan, dif-dif kehormat serta hadirin sekalian
dipersilakan duduk.

Salutation Bismillahirahmanir rahim, Assalamualaikum Wbt
Salam sejahtera, salam 1 Malaysia
Salam Melaka Maju negeriku sayang
Negeri bandar teknologi hijau
Melaka 756 tahhun
Salam sehati sejiwa
Berkat tepat cepat
Salam mendidik dari hati dengan penuh intergriti
Berjiwa kawan bukan berjiwa tuan

1. Yang Dihormati Dr. Mohd Azam bin Ahmad
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Jasin

2. Yang Diraikan Puan Nor’Aine Bt. Md. Sap
Guru Besar SK Batang Melaka

3. Yang Berusaha Cik Hajah Noora binti Abu Bakar
Timbalan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Jasin
4. Yang Berusaha Encik Mohd Sanizam bin Mohd Zin
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid merangkap
Pengerusi Jawatankuasa Majlis Menjunjung Budi,
Menyanjung Bakti

6. Yang Berusaha Encik Karim bin Othman
Yang Dipertua PIBG sk Batang Melaka dan ahli
jawatankuasanya

11. Barisan Guru Penolong Kanan SK Batang Melaka

12. Tuan / Puan Guru Besar, Guru Penolong Kanan, dif-dif
jemputan serta warga dewan yang dirahmati Allah

Selamat datang ke :
Majlis “Menjunjung Budi, Menyanjung Bakti” sempena
persaraan Yang Diraikan Tuan Hj Abu Talib bin Karim, Guru
Penolong Kanan Pentadbiran SK Batang Melaka.

Pagi yang indah penuh ceria, hari yang berbahagia penuh
Kata-kata bermakna kami bawakan kepada anda Majlis “Menjunjung
aluan Budi, Menyanjung Bakti” sempena persaraan Yang
Diraikan Tuan Hj Abu Talib bin Karim, Guru Penolong Kanan
Pentadbiran SK Batang Melaka.

Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

Hadirin dan hadirat sekalian,

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan izin dan limpah
kurniaNYA dapat kita bersama-sama berkumpul pada pagi
yang penuh ceria ini bagi menjayakan majlis persaraan Tuan
Hj Abu Talib bin Karim. Semoga majlis ini bertambah meriah,
penuh gemilang dan membawa makna kepada kita semua.
Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna
Bacaan Doa ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan
bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Al Fadil Ustaz Mohd
Shafi Bin Zakarianor. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

*********** (Doa)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada Al Fadil Ustaz Mohd Shafi Bin Zakarianor atas
bacaan doa itu tadi.
Bagi memeriahkan majlis kita pada hari ini, marilah sama-
Persembahan sama kita saksikan persembahan dari murid 5G. Dipersilakan.
Murid
******************* (persembahan 5G)

Untuk makluman hadirin, persembahan tadi dipimpin oleh
#
#

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan dari badan
pengawas SK Batang Melaka. Dipersilakan.

****************** ( persembahan pengawas)

Untuk makluman hadirin, persembahan tadi dipimpin oleh
#
#

Jutaan terima kasih diucapkan kepada murid-murid SK
Batang Melaka atas persembahan yang menarik itu tadi.
Montaj Para Hadirin yang kami muliakan,

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan
multimedia sempena persaraan Yang Diraikan Tuan Hj Abu
Talib bin Karim

*** Persembahan multimedia

Demikianlah persembahan montaj sempena persaraan Yang
Diraikan Tuan Hj Abu Talib bin Karim.
Untuk makluman, persembahan montaj itu tadi disediakan
oleh En. Muhaimin Bin Haron, Guru ICT SK Batang Melaka.

Ucapan GPK Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha
HEM Encik Mohd Sanizam bin Mohd Zin, Guru Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid, SK Batang Melaka. Majlis dengan hormatnya
mempersilakan.

******************* (ucapan GPK 1)

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Encik Mohd
Sanizam bin Mohd Zin, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
SK Batang Melaka di atas ucapan yang telah disampaikan
sebentar tadi.

Ucapan Hadirin sekalian,
Yang dirai Kain berlipat dala istana,
Pakaian puteri raja kayangan,
Sepatah nasihat kami terima,
Secubit budi jadi kenangan.

Gunung Daik bercabang dua,
Pohon bidara di simpang empat;
Budi baik dikenang juga,
Selaut bicara pembakar semangat.
Kini tibalah waktu yang dinanti-nantikan iaitu ucapan daripada
Yang Diraikan Tuan Hj Abu Talib bin Karim, Guru Penolong
Kanan Pentadbiran SK Batang Melaka. Majlis dengan segala
hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan puan untuk
menyampaikan ucapan.

************************ (ucapan GPK 1)

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Yang Diraikan Tuan Hj
Abu Talib bin Karim atas ucapan yang telah disampaikan
sebentar tadi.

Ucapan PPD Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Dr. Mohd Azam bin
Ahmad Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Jasin untuk
memberi ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

********************** (ucapan KPPD)

Terima kasih diucapkan kepada Dr. Mohd Azam bin Ahmad di
atas ucapan sebentar tadi.

Penyampaian Diminta Dr. Mohd Azam bin Ahmad Ketua Pegawai Pendidikan
Sijil Tamat Daerah Jasin berada di pentas bagi penyampaian watikah
Perkhidmatan persaraan.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di
pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama pelari telah sampai ke garisan penamat,

Majlis seterusnya ialah penyampaian watikah persaraan yang
akan disampaikan oleh Dr. Mohd Azam bin Ahmad Ketua
Pegawai Pendidikan Daerah Jasin kepada Yang Diraikan Tuan
Hj Abu Talib bin Karim yang menerima watikah tersebut.
Dipersilakan.

****************** (watikah PPD)
Ribuan terima kasih kepada Dr. Mohd Azam bin Ahmad Ketua
Pegawai Pendidikan Daerah Jasin di atas penyampaian watikah
persaraan sebentar tadi.

Penyampaian Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah dan
hadiah dan cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang
cenderahati kita raikan pada hari ini iaitu Tuan Hj Abu Talib bin Karim.

Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan

***Rujuk senarai hadiah……

Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah
menyempurnakan acara penyampaian hadiah.

Memotong Majlis diteruskan lagi dengan acara memotong kek yang akan
kek disempurnakan oleh yang diraikan Tuan Hj Abu Talib bin
Karim.
Majlis dengan hormatnya menjemput Tuan Hj Abu Talib bin
Karim untuk memotong kek bersama ahli keluarganya dan
VVIP. Dipersilakan

************** (potong kek)

Terima kasih kepada Yang diraikan dan tetamu VVIP

Sesi Dengan ini dijemput Yang Diraikan Tuan Hj Abu Talib bin
fotografi Karim dan keluarga bersama VVIP bagi sesi fotografi.
Dipersilakan.

************** (sesi fotografi)

Selesai sudah sesi fotografi. Pihak kami mengucapkan terima
kasih kepada semua.

Jamuan Seterusnya hadirin dan hadirat sekalian dipersilakan
Makan menikmati jamuan yang telah disediakan.

*************** (jamuan)
Majlis send- Hadirin dan hadirat yang rahmati sekalian,
off
Untuk terakhir kalinya, kita akan menyaksikan Yang Diraikan
Tuan Hj Abu Talib bin Karim menandatangani buku pelawat
sebagai tanda berakhirnya tugas rasmi beliau dalam dunia
pendidikan. Dipersilakan.

**************** (send- off)

Bersurai Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.

Raut wajah damai dan tenang,
Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang
Diraikan Tuan Hj Abu Talib bin Karim kerana sudi untuk
bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami
semua mendoakan agar Yang Diraikan Tuan Hj Abu Talib bin
Karim bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan
seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua
tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama
memeriahkan Majlis “Menjunjung Budi, Menyanjung Bakti” ini.

Di kesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan
andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis
ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah
Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh