You are on page 1of 5

APAKAH MAKSUD ATURCARA

Atur cara adalah satu senarai arahan atau tatacara untuk diikuti supaya sesuatu
matlamat tercapai.

PENGATURCARAAN
Pengaturcaraan adalah 1 set arahan yang mengarahkan sebuah komputer dalam
melaksanakan satu tugas.

ATURCARA KOMPUTER
Aturcara komputer adalah set arahan yang ditulis oleh pengaturcara supaya
komputer dapat melaksanakan tugas.

BAHASA PENGATURCARA
Bahasa pengaturcara ialah satu set perkataan, simbol-simbol dan kod-kod yang
membolehkan manusia berkomunikasi dengan komputer-komputer.Fungsi
bahasa pengaturcaraan adalah untuk membenarkan manusia berkomunikasi
dengan komputer.
.

Dunia Mesin

Aktiviti drama/ main peranan

Arahan: Murid dipilih untuk melakonkan watak yang berikut:


i) Watak utama ( Amir )
ii) Watak kedua (Ibu Amir)
iii) Mesin basuh
iv) Televisyen
v) Ketuhar gelombang mikro
vi) DVD
Contoh situasi :

Pada suatu hari, ibu Amir meminta Amir untuk melaksanakan kerja
rumah iaitu membasuh kain dan memanaskan makanan. Ibu Amir
hendak pergi menziarahi jiran yang kurang sihat.
Contoh dialog:

Ibu: Amir..Amir…bangun nak.


Amir: Awalnya ibu kejutkan Amir. Kenapa ibu?
Ibu: Amir….ibu nak pergi melawat makcik Kiah sebentar. Amir
tolong basuhkan kain dan panaskan lauk untuk makan tengahari
nanti ye.
Amir : Baiklah ibu…nanti amir buat ya.

(Ibu pun pergi menziarahi makcik Kiah. Amir terus bangun dan
bersiap. Setelah menikmati sarapan pagi, Amir mula melaksanakan
tugas yang telah dipesan oleh ibu.)

Amir: Hurmmm…banyak sungguh baju yang hendak dibasuh hari ini.

(Amir pun memasukkan baju ke dalam mesin basuh….Tiba-


tiba…)

Amir: Aikkk….kenapa dengan mesin basuh ni? Tak boleh berfungsi


seperti biasa. Apa masalahnya pula? Terpaksalah membasuh
dengan tangan.
(Amir pun membasuh semua kain tersebut dengan menggunakan
tangan. Setelah selesai membasuh dan menyidai baju, perut Amir
terasa lapar. Amir segera pergi ke dapur untuk memanaskan lauk)

Amir: Laaa…kenapa pula dengan microwave ni? rosak juga ke?


makan makanan sejuk la nampak gayanya hari ini.

(Selesai makan tengahari, Amir ingin merehatkan badan dengan


menonton televisyen)

Amir: Eh! Eh!...kenapa dengan tv ni pula? Malam tadi elok je


terpasang, tengahari ni dah rosak pula. Huhu…apa la nasib saya
hari ini.

Langkah 1 : Murid yang telah dikenalpasti melakonkan watak dalam


situasi tersebut.

Langkah 2 : Setelah selesai lakonan, murid dikehendaki memberikan


pengajaran / moral daripada cerita tersebut.

(Moral: Peralatan digital yang mengandungi atur cara

komputer sangat penting dalam membantu memudahkan tugasan


seharian)

Langkah 3 : Dalam kumpulan, murid membincangkan kesan jika


tiada atur cara komputer di dalam perkakasan
harian yang terdapat dalam lakonan tadi.

Langkah 4: Murid menulis kesan jika tiada atur cara komputer


dalam perkakasan harian atas kertas pelekat dan
tampal di atas kad manila di papan kenyataan.

Contoh jawapan murid:


Mesin basuh automatik membantu memudahkan kerja manusia
untuk membasuh, membilas dan mengeringkan pakaian.

Sekiranya tiada arahan komputer dalam mesin basuh automatik


tersebut, manusia perlu melakukan semua kerja tersebut secara
manual.

Senaraikan fungsi peralatan digital tersebut

Telefon bimbit Mesin Fotostat