You are on page 1of 16

PERATURAN-PERATURAN TEKNIKAL

PERATURAN 100
Am
Semua Pertandingan Antarabangsa seperti yang dijelaskan dalam Peraturan 1.1, hendaklah dijalankan
mengikut Peraturan-Peraturan IAAF dan ini hendaklah terkandung dalam semua bentuk pengumuman, iklan,
program dan bahan bercetak.

Dalam semua pertandingan, kecuali Kejohanan-Kejohanan Dunia dan Sukan Olimpik, acara-acara boleh
diadakan dalam bentuk format yang berbeza daripada apa yang terkandung di bawah Peraturan Teknikal
IAAF, tetapi peraturan-peraturan yang memberikan hak yang lebih kepada atlet, daripada hak yang mereka
diberi jika mengunakkan Peraturan-Peraturan yang ​terkandung disini​, tidak boleh digunakan. Format
berbeza tersebut hendaklah ditentukan oleh badan-badan yang mengawal pertandingan berkenaan.
Untuk pertandingan penyertaan beramai-ramai yang diadakan di luar stadium, Peraturan-Peraturan berikut ini
pada lazimnya akan dikaitkan sepenuhnya kepada atlet yang dalam acara elit atau yang diberikan
pentakrifan dan bahagian tertentu dalam perlumbaan seperti kategori umur dimana ada hadiah dan
penganugerahan khas. Penganjur mesti mengeluarkan makluman kepada peserta-peserta lain jika
syarat-syarat tambahan akan dikenakan ke atas mereka,terutamanya mengenai keselamatan​.

Nota: D​icadangkan bahawa Ahli Gabungan mengambil dan mengamalkan ​Peraturan-Peraturan ​IAAF untuk
menjalankan pertandingan masing-masing.

SEKSYEN I – PEGAWAI-PEGAWAI
PERATURAN 110
Pegawai-Pegawai Antarabangsa

Pada kejohanan yang dijalankan mengikut Peraturan 1.1 (a), (b), (c) dan (f), pegawai-pegawai berikut
hendaklah dilantik di peringkat antarabangsa:
(a) Wakil(-Wakil) Organisasi
(b) Wakil (-Wakil) Teknikal
(c) Wakil Perubatan.
(d) Wakil Kawalan Dadah.
(e) Pegawai-pegawaiTeknikal Antarabangsa / Pegawai-pegawai Antarabangsa Merentas Desa, Lumba
Jalanraya, Lumba Larian Gunung Gunung
(f) Hakim-Hakim Lumba Jalan Kaki Antarabangsa/ Hakim-Hakim Lumba Jalan Kaki Wilayah.
(g) Pengukur Lumba Jalanraya Antarabangsa.
(h) Pelepas (-Pelepas) Antarabangsa.
(i) Hakim Foto Penamat Antarabangsa.
(j) Juri Rayuan.

Bilangan pegawai-pegawai antarabangsa yang dilantik bagi setiap kategori, bagaimana, bila dan oleh siapa
mereka akan dilantik terkandung di dalam Undang- Undang Teknikal IAAF (atau Persatuan Wilayah)
semasa.

Untuk pertandingan yang dijalankan mengikut Peraturan 1.1(a) dan (e) Majlis IAAF akan melantik
Pesuruhjaya Pengiklanan. Untuk pertandingan dibawah peraturan 1.1(c),(f) dan (j), perlantikkan seumpama
ini akan di lakukan oleh Persatuan Wilayah, dan pertandingan dibawah peraturan 1.1(b) perlantikan dibuat
oleh badan yang berkuasa setempat. Bagi pertandingan dibawah peraturan 1.1(d), (h) dan (i) perlantikan
dibuat oleh ahli gabungan IAAF.
Nota : i Pegawai Antarabangsa dikehendaki memakai pakaian atau lencana khusus
: ii Pegawai-pegawai antarabangsa di ( e ) hingga ( f ) akan diklasifikasikan sebagai Taraf
IAAF dan Taraf Wilayah mengikut Polisi IAAF yang berkuatkuasa..
Perbelanjaan perjalanan dan penginapan individu yang dilantik oleh IAAF atau Persatuan Wilayah di bawah
Peraturan ini atau Peraturan 3.2 akan dibayar kepada individu tersebut oleh panganjur pertandingan mengikut
Syarat Pengawalan Teknikal ​yang berkenaan.
ii. Pegawai Teknikal Antarabangsa dari (e) hingga (i) yang tersebut di atas boleh diklasifikasikan
sebagai bertaraf IAAF dan Bertaraf Wilayah di bawah polisi IAAF.

PERATURAN 111
Wakil-Wakil Organisasi

Wakil-Wakil Organisasi hendaklah sentiasa berhubungan rapat dengan Jawatankuasa Pengelola dan sering
membuat laporan kepada Majlis IAAF, dan mereka hendaklah berurusan dalam hal-hal yang berkaitan
dengan tugas dan tanggungjawab kewangan Ahli Pengelola dan Jawatankuasa Pengelola. Mereka hendaklah
bekerjasama dengan Wakil-Wakil Teknikal.
PERATURAN 112
Wakil-Wakil Teknikal

Wakil-Wakil Teknikal, dengan kerjasama Jawatankuasa Pengelola yang sentiasa hendaklah menghulurkan
sebarang bantuan, bertanggungjawab untuk menentukan bahawa semua persediaan teknikal mengikut
Peraturan-Peraturan Teknikal IAAF dan Manual Kemudahan-Kemudahan Padang dan Balapan IAAF.
Wakil-Wakil Teknikal yang dilantik untuk pertandingan yang akan berjalan selama lebih dari satu hari
dikehendaki :

a) mengemukakan kepada badan yang berkaitan cadangan jadual acara, kelayakan masuk bertanding
b) menentukan senarai alatan yang hendak digunakan dan peralatan sendiri atlet yang dibenarkan atau
yang dibekalkan oleh pembekal
c) memastikan ​Syarat Pengawalan Teknikal disampaikan kepada semua Ahli yang bertanding dalam
tempoh yang mencukupi sebelum pertandingan
d) bertanggungjawab ke atas semua persiapan teknikal yang diperlukan bagi menganjurkan acara-acara
olahraga.
e) mengawal penyertaan dan mempunyai kuasa menolak sebarang kemasukan penyertaan atas
sebab-sebab teknikal atau mengikut Peraturan 146.1. (Penolakan yang bukan atas sebab-sebab
teknikal hanya hendaklah dilakukan oleh Majlis IAAF atau Wilayah yang berkaitan
f) menetapkan had kelayakan bagi acara-acara padang, dan asas bagi menentukan cara
pusingan-pusingan awal disusun bagi acara-acara balapan.
g) mengaturkan pusingan-pusingan awal dan kumpulan-kumpulan bagi pertandingan Acara-Acara
Bercampur.
h) jika diminta mempengerusikan Mesyuarat Teknikal dan hendaklah memberi taklimat kepada semua
pegawai teknikal.
(i) Memastikan laporan mengenai persediaan dibuat sebelum pertandingan dan selepas Pertandingan
laporan berkenaan pengendalian pertandingan termasuk cadangan untuk masa hadapan jika ada.
Wakil Teknikal yang ditugaskan ke pertandingan sehari akan memberi bantuan
sepenuhnya dan menasihati penganjur. Dia juga akan memastikan laporan mengenai perjalanan
pertandingan disempurnakan.

PERATURAN 113
Wakil Perubatan

Wakil Perubatan hendaklah mempunyai kuasa sepenuhnya dalam semua hal perubatan. Beliau hendaklah
menentukan kemudahan-kemudahan pemeriksaan perubatan, rawatan dan rawatan kecemasan disediakan dan
mencukupi di kawasan arena pertandingan dan kemudahan yang sama dapat diwujudkan di tempat
penginapan atlet. Beliau juga mempunyai kuasa untuk membuat pengesahan jantina seseorang atlet sekiranya
perlu.

PERATURAN 114
Wakil Kawalan Dadah

Wakil Kawalan Dadah hendaklah berhubung dengan Jawatankuasa Pengelola bagi mengadakan tempat
pemeriksaan dadah yang sesuai. Beliau hendaklah bertanggungjawab dalam semua hal yang berkaitan dengan
kawalan dadah.

PERATURAN 115
Pegawai-pegawai Antarabangsa (ITO) dan Pegawai-pegawai Merentas Desa,
Lumba Jalan Raya, Lumba Larian Gunung Antarabangsa (ICROs)

Wakil Teknikal hendaklah melantik seorang Ketua dari kalangan Pegawai-pegawai Antarabangsa (PTA/ITO)
jika perlantikan itu tidak dibuat oleh badan yang berhak berbuat demikian sebelum itu.
Ketua Pegawai Teknikal Antarabangsa (PTA/ITO) dan Wakil Teknikal hendaklah melantik
sekurang-kurangnya seorang Pegawai Antarabangsa (PTA/ITO) bagi setiap acara yang ada dalam program .
Pegawai Antarabangsa yang berkenaan akan bertindak sebagai Referi bagi acara yang beliau ditugaskan itu.

Dalam Pertandingan-Pertandingan Merentas Desa, Lumba Jalan Raya, Lumba Larian Gunung dan Larian
Denai, ​Pegawai Antarabangsa Merentas Desa dan Jalan raya (ICROs) yang dilantik hendaklah memberikan
sokongan yang diperlukan kepada penganjur pertandingan. Mereka hendaklah hadir sepanjang masa ketika
acara yang dipertanggungjawabkan kepada mereka sedang ​berjalan​. Mereka hendaklah menentukan bahawa
pengendalian pertandingan itu mematuhi Peraturan-Peraturan Teknikal IAAF, Syarat Pengawalan Teknikal
serta ​perkara-perkara​ tertentu yang dibuat oleh Wakil-Wakil Teknikal.

PERATURAN 116
Hakim-Hakim Lumba Jalan Kaki Antarabangsa

Hakim-Hakim Jalankaki yang dilantik untuk semua pertandingan di bawah Peraturan 1.1(a) mesti terdiri dari
Hakim Jalankaki Antarabangsa Bertaraf IAAF.
Nota: Hakim-Hakim Lumba Jalan Kaki yang dipilih untuk pertandingan bawah Peraturan 1.1(b),
(c), (e)(ii), (f), (g) dan (j) hendaklah ahli-ali Panel Hakim- Hakim Jalan Kaki Antarabangsa atau
Hakim-Hakim Lumba Jalan Kaki Wilayah.

PERATURAN 117
Pengukur Lumba Jalan Raya Antarabangsa

Dalam semua pertandingan mengikut ​Peraturan 1.1​, seorang Pengukur Lumba Jalan Raya Antarabangsa
hendaklah dilantik untuk mengesahkan haluan di mana, keseluruhan atau sebahagian Lumba Jalan Raya
diadakan di luar stadium.
Pengukur Lumba Jalan Raya Antarabangsa yang dilantik hendaklah merupakan seorang ahli Panel Pengukur
Lumba Jalan Raya Antarabangsa IAAF/AIMS (Gred “A” atau “B”).

Haluan hendaklah diukur dalam satu tempoh masa yang sesuai sebelum sesuatu pertandingan.

Pengukur hendaklah semak dan mengesahkan sesuatu haluan jika ianya menepati Peraturan IAAF bagi
Lumba Jalan Raya (Lihat Peraturan 240.3 dan nota yang berkaitan).

Beliau hendaklah bekerjasama dengan Jawatankuasa Pengelola dalam aspek persiapan haluan dan melihat
sendiri perjalanan perlumbaan supaya atlet mengikuti haluan yang diukur dan disahkannya. Beliau hendaklah
mengeluarkan sijil yang berkenaan kepada Wakil-Wakil Teknikal

PERATURAN 118
Pelepas Antarabangsa dan Hakim Foto Penamat Antarabangsa
Dalam semua pertandingan mengikut ​Peraturan 1.1(a), (b), (c) dan (f), yang diadakan dalam stadium,
seorang Pelepas Antarabangsa dan seorang Hakim Foto Penamat Antarabangsa hendaklah dilantik oleh IAAF
atau Persatuan Wilayah yang berkaitan. Pelepas Antarabangsa hendaklah memulakan perlumbaan (dan
menjalankan tugas-tugas lain) yang diserahkan kepadanya oleh Wakil(-Wakil) Teknikal. Hakim Foto
Penamat Antarabangsa hendaklah menyelia semua keperluan Foto Penamat dan berfungsi sebagai Ketua
Hakim Foto Penamat​.

PERATURAN 119
Juri Rayuan
Dalam semua pertandingan mengikut ​Peraturan 1.1 (a), (b), (c) dan ​(f), satu panel Juri Rayuan, yang
lazimnya mengandungi tiga, lima, atau tujuh orang ahli hendaklah dilantik. Salah seorang daripada ahli
tersebut hendaklah menjadi Pengerusinya, dan seorang lagi Setiausaha. Jika dan bila difikirkan perlu,
Setiausaha hendaklah dilantik bukan daripada ahli panel.

Jika rayuan melibatkan perkara yang terkandung di bawah Peraturan 230, sekurang-kurangnya seorang
daripada ahli Panel Juri Rayuan hendaklah terdiri daripada Ahli Panel Hakim Lumba Jalan Kaki
Antarabangsa (atau Wilayah berkenaan).
Ahli-Ahli Juri Rayuan hendaklah menarik diri dari sesi pertimbangan Panel Juri Rayuan jika rayuan itu,
secara langsung atau tidak langsung melibatkan, atlet atau pasukan dari negara Ahli Panel berkenaan.
Pengerusi Juri Rayuan hendaklah mengarahkan Ahli berkenaan bertindak sedemikian jika beliau belum lagi
menarik diri. IAAF atau badan lain yang bertanggungjawab ke atas pertandingan tersebut hendaklah melantik
seorang atau lebih dari seorang pengganti untuk mengambil tempat Ahli yang terpaksa mengundur diri dalam
situasi di atas.

Bahkan, panel Juri juga perlu dibentuk dalam pertandingan-pertandingan lain sekiranya pengelola merasakan
ia perlu dalam memastikan pertandingan tersebut dijalankan dengan betul
Tugas utama Juri Rayuan hendaklah menyelesaikan bantahan-bantahan mengikut Peraturan 146, dan hal-hal
lain yang timbul sepanjang pertandingan yang dirujukkan kepadanya bagi mendapatkan keputusan.

PERATURAN 120
Pegawai-Pegawai Kejohanan
Jawatankuasa Pengelola sesuatu pertandingan hendaklah melantik semua pegawai, tertakluk kepada
Peraturan-Peraturan Ahli di negara yang menganjurkan pertandingan tersebut, dan bagi
pertandingan-pertandingan di bawah ​Peraturan 1(a), (b), ​(c) dan (f), tertakluk kepada Peraturan-Peraturan
dan prosedur organisasi antarabangsa yang berkaitan.
Senarai berikut mengandungi pegawai-pegawai yang difikirkan perlu bagi sesuatu pertandingan antarabangsa
yang besar. Jawatankuasa Pengelola, walau bagaimanapun hendaklah membuat penyelesaian mengikut
keperluan setempat.

PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN

Seorang Pengarah Pertandingan

Seorang Pengurus Kejohanan

Seorang Pengurus Teknikal

Seorang Pengurus Persembahan Acara

PEGAWAI-PEGAWAI PERTANDINGAN

Seorang (atau lebih) Referi bagi Bilik Panggilan

Seorang (atau lebih) Referi bagi Acara-Acara Balapan

Seorang (atau lebih) Referi bagi Acara-Acara Padang

Seorang (atau lebih) Referi bagi Acara-Acara Bercampur

Seorang Referi bagi acara-acara di Luar stadium

Seorang (atau lebih) ReferiVideo

Seorang Ketua Hakim dan jumlah Hakim yang secukupnya bagi Acara-Acara Balapan

Seorang Ketua Hakim dan jumlah Hakim yang secukupnya bagi setiap Acara Padang

Seorang Ketua Hakim dan lima Hakim bagi setiap Acara Lumba Jalan Kaki di Balapan
Seorang Ketua Hakim dan lapan Hakim bagi Acara Lumba Jalan Kaki di Jalan Raya

Pegawai-pegawai Lumba Jalan Kaki yang lain mengikut keperluan seperti pencatat-pencatat, operator
papan tanda amaran, dll.

Seorang Ketua Pengadil dan jumlah Pengadil yang secukupnya.

Seorang Ketua Penjaga Masa dan jumlah Penjaga Masa yang secukupnya.

Seorang Koordinator Pelepasan dan jumlah Pelepas dan Pelepas Panggil Balik yang secukupnya.

Seorang (atau lebih) Penolong Pelepas.

Seorang Ketua Pencatat Pusingan dan jumlah Pencatat Pusingan yang secukupnya.

Seorang Setiausaha Pertandingan dan jumlah Penolong yang secukupnya.

Seorang Ketua dan jumlah Marsyal yang secukupnya.

Seorang (atau lebih) Penjaga Alat Penyukat Angin.

Seorang Ketua Hakim Foto Penamat dan jumlah Penolong Hakim Foto Penamat yang secukupnya.

Seorang Ketua Hakim Catatan Masa Sistem Transponder dan jumlah Penolong yang secukupnya

Seorang KETUA Hakim Ukur (Saintifik) dan beberapa orang pembantu yang mencukupi.

Seorang Ketua dan jumlah Hakim Bilik Panggilan yang secukupnya.

PEGAWAI-PEGAWAI TAMBAHAN

Seorang (atau lebih) Juruhebah.

Seorang (atau lebih) Pegawai Perangkaan.


Seorang Pesuruhjaya Pengiklanan.

Seorang Juru Ukur Rasmi.

Seorang (atau lebih) Doktor.

Pegawai Perhubungan bagi Atlet-Atlet, Pegawai-Pegawai dan Wartawan.

Referi dan Ketua Hakim hendaklah memakai toaha atau lencana yang jelas.

Jika difikirkan perlu, penolong-penolong hendaklah dilantik. Namun begitu perlu berhati-hati agar arena.
Seberapa hendaklah, tidak sesak dengan pegawai-pegawai.

Jika ada acara-acara bagi wanita, hendaklah seorang doktor wanita dilantik.

PERATURAN 121
Pengarah Pertandingan

Pengarah Pertandingan merancang keperluan penganjuran pertandingan dari segi teknikalnya dengan
kerjasama Wakil Teknikal. Jika perlu, beliau hendaklah memastikan yang rancangan tersebut dapat dilaksana
tanpa sebarang masalah teknikal.
Beliau hendaklah mewujudkan interaksi di kalangan, semua yang terlibat dan melalui sistem ​komunikasi
yang ada, dan sentiasa menghubungi semua pegawai.

PERATURAN 122
Pengurus Kejohanan

Pengurus kejohanan bertanggungjawab terhadap kelicinan perjalanan Pertandingan. Beliau hendaklah


memastikan semua pegawai telah melapor untuk bertugas, melantik pengganti jika perlu dan, mempunyai
kuasa untuk menyingkirkan mana-mana peagawai yang tidak mematuhi Peraturan. Dengan kerjasama
pengawas-pengawas yang dilantik, beliau akan menetapkan hanya orang yang berkenaan sahaja dibenarkan
memasuki arena.

Nota​: Bagi pertandingan yang lebih dari empat jam atau lebih dari sehari, hendaklah disyorkan Pengurus
mempunyai jumlah Penolong Pengurus yang secukupnya.

PERATURAN 123
Pengurus Teknikal

Pengurus Teknikal bertanggungjawab ​untuk memastikan

a) bahawa balapan, landas lari, bulatan, lengkok, sektor dan kawasan mendarat bagi acara-acara Padang
dan semua alat dan peralatan mengikut peraturan-peraturan.
b) memasang dan menyimpan alat dan kelengkapan mengikut perancangan organisasi teknikal yang
dipersetujui oleh Wakil Teknikal.

c) persembahan pertandingan dari segi persiapan tempat dan teknikal adalah mengikut perancangan

d) menyemak dan menandakan alat persendiran yang di benarkan untuk pertandingan ​disemak dan
ditanda ​mengikut Peraturan 187.2.

e) beliau telah menerima atau dia ketahui tentang kewujudan sijil ukuran dibawah Peraturan148.1.

PERATURAN 124
Pengurus Persembahan Acara
Pengurus Persembahan Acara hendaklah merancang bersama dengan Pengarah Pertandingan, penyusunan
acara persembahan untuk sesuatu pertandingan dengan kerjasama Wakil(-Wakil) Teknikal dan Organisasi, di
mana perlu. Beliau hendaklah memastikan bahawa rancangan dilaksanakan, menyelesaikan sebarang masalah
bersama dengan Pengarah Pertandingan dan Wakil(-Wakil) yang berkenaan. Beliau juga hendaklah
berinteraksi secara langsung di antara ahli-ahli pasukan persembahan acara dengan mengunakan sistem
komunikasi untuk berhubung dengan setiap ahli ​pasukannya​.

Melalui pengumuman dan sistem atau teknologi yang ada beliau akan memastikan orang ramai menerima
maklumat mengenai atlet yang bertanding,senarai mula,masa perantaraan,dan keputusan muktamat.
Keputusan rasmi (tempat,masa, ketinggian,jarak dan mata) untuk sesuatu acara mesti diumumkan dalam
masa yang terdekat selepas maklumat diterima.

Untuk pertandingan di bawah Peraturan 1.1 (a ), Pengumuman dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Perancis
akan digunakan dan juruhebah akan dilantik oleh IAAF.

PERATURAN 125
Referi-Referi

1. Seorang (atau lebih) Referi, mengikut kesesuaian, hendaklah dilantik bagi Bilik Panggilan, Acara-Acara
Balapan, Acara-Acara Padang, Acara-Acara Bercampur dan, Acara-Acara Larian dan Lumba Jalan Kaki
di luar stadium. ​Jika sesuai seorang atau lebih Referi Video akan dilantik. ​Referi Balapan yang ditugaskan
mengawasi permulaan akan dipanggil Referi Mula. ​Referi Video akan beroperasi dari Bilik Kajian
Semula Video dan akn sentiasa berkomunikasi dan berunding dengan referi-referi yang lain.

2. Referi hendaklah memastikan segala Peraturan (dan Syarat Pengawalan Teknikal yang bersesuaian)
dipatuhi. Dia akan membuat keputusan tentang bantahan dan bangkangan mengenai cara pertandingan
berjalan dan akan membuat keputusan terhadap sebarang perkara yang timbul semasa pertandingan
(termasuk di kawasan memanaskan badan, didalam bilik panggilan dan selepas pertandingan,sehingga dan
termasuk upacara penyampaian hadiah ). Beliau juga perlu menyelesaikan sebarang perkara yang timbul
yang tidak diperuntukan di dalam Peraturan ini.

Referi tidak akan bertindak sebagai Hakim atau Pengadil tetapi boleh mengambil apa jua
tindakan mengikut peraturan, berdasarkan apa yang diperhatikan sendiri dan beliau boleh mengetepikan
keputusan hakim.
Nota: Berdasarkan Peraturan ini dan syarat-syarat yang berkenaan termasuk syarat pengawalan iklan,
upacara kemenangan dianggap sebagai berakhir hanya selepas aktiviti-aktiviti yang berkaitan langsung
dengan upacara ( bergambar, larian kemenangan (victory lap), dan interaksi dengan oran ramai) selesai.

3. Referi bagi acara-acara balapan dan acara-acara yang dijalankan di luar stadium hanya mempunyai
kuasa untuk memutuskan kedudukan dalam sesuatu perlumbaan sekiranya Hakim(atau Hakim-Hakim)
bagi keputusan yang dipertikaikan itu tidak dapat membuat keputusan. ​Mereka tidak ada kuasa ke atas
perkara yang memang di dalam bidang kuasa Ketua Hakim Jalan kaki dalam acara Lumba Jalan kaki.

Referi Balapan yang dilantik untuk menyelia pelepasan digelar Referi Mula. Referi Balapan yang
berkenaan mempunyai kuasa untuk membuat keputusan dalam hal-hal berkaitan pelepasan jika beliau
tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh pasukan pelepasan, kecuali dalam kes-kes di mana
salah mula dikesan oleh peralatan kawalan salah mula yang disahkan oleh Sistem Maklumat Mula IAAF.
Walaupun begitu, jika Referi berpendapat yang alat tersebut tidak berfungsi dengan baik dan maklumat
tidak tepat dia masih boleh bertindak dengan sewajarnya.​ ​Referi Acara Bercampur bertanggungjawab ke
atas pengendalian keseluruhan acara tersebut dan juga ke atas setiap disiplin acara yang terkandung
dalam kad keputusan akan diisikan dengan penuh acara campuran.

4. Referi yang berkaitan hendaklah menyemak semua keputusan akhir, menangani sebarang pertikaian, dan
bersama-sama dengan Hakim Ukur (Saintifik) menyelia pengukuran pencapaian yang membabitkan
rekod. Setelah selesai sesuatu acara, kad keputusan hendaklah dilengkapi segera, ditandatangani ​(atau
dipersetujui dengan acara lain) oleh Referi yang berkaitan dan diserahkan kepada Setiausaha
Pertandingan.

5. Referi yang berkaitan berkuasa memberi amaran atau menyingkirkan dari pertandingan sesiapa sahaja
atlet yang didapati tidak bersemangat sukan, berkelakuan tidak senonoh atau dibawah Peraturan-Peraturan
144, 162.5, 163.14, 163.15 ( c ), 180.5. 180.19, 230.7 ( d ), 230.10 (d ),230.10 (h ) atau 240.8 (h) ​Amaran
boleh disampaikan dengan menunjukkan kad kuning dan penyingkiran dengan kad merah kepada atlet
yang berkenaaan. Semua amaran dan penyingkiran hendaklah dicatatkan dalam kad keputusan. Amaran
dan penyingkiran tersebut yang dibuat oleh Referi hendaklah dimaklumkan kepada Setiausaha
Pertandingan dan kepada Referi-Referi yang lain.

Dalam hal disiplin Referi Bilik Panggilan mempunyai kuasa untuk bertindak dari masa atlet berada di
kawasan memanaskan badan sehingga dia sampai di tempat bertanding. Pada masa yang lain Referi untuk
acara yang atlet itu bertanding akan mempunyai kuasa untuk bertindak.
Referi berkenaan (jika perlu selepas berunding dengan Pengarah Pertandingan) boleh memberi amaran
atau menyingkirkan sesiapa sahaja dari tempat pertandingan (atau tempat lain yang berkaitan termasuk
tempat memanaskan badan, bilik panggilan dan tempat jurulatih) yang tidak bersemangat sukan dan tidak
senonoh atau memberi bantuan yang tidak adil dan melanggari peraturan kepada atlet.

Nota : i. Referi boleh menyingkirkan atlet walaupun amaran belum diberi kepada atlet tersebut (
Lihat juga Nota kepada Peraturan 144.2)

Nota : ii. Jika atlet disingkirkan dibawah peraturan ini, dan jika Referi sedia maklum bahawa atlet
tersebut telah pun menerima kad kuning sebelumnya, Referi akan atau menyingkirkan menunjukan kad
kuning kedua dan di ikuti kad merah kepada atlet.

Nota : iii. Jika atlet diberi kad kuning, tetapi Referi tidak mengetahui yang atlet tersebut sudah
menerima satu kad kuning sebelum itu, keputusannya sama seperti kad merah telah diberi bersama
dengan kad kuning kedua. Referi berkenaan akan serta merta memaklumkan perkara tersebut kepada
atlet atau pasukannya.

6 Referi boleh menyemak dan mengkaji semula keputusan (yang di buat di peringkat awal atau semasa
mendengar bantahan) berdasarkan bukti-bukti yang ada asalkan keputusan baru itu masih lagi boleh
diaplikasikan. Kajian semula dan semakan selalunya dibuat sebelum upacara penyampaian hadiah untuk
acara berkenaan atau untuk memenuhi arahan yang buat melalui keputusan yang diambil pihak Juri Rayuan.

7. Jika, pada pendapat Referi yang berkaitan, timbul keadaan yang, demi untuk keadilan, memerlukan
sesuatu acara atau sebahagian daripada acara itu dijalankan semula, maka beliau mempunyai kuasa
mengistiharkan acara tersebut batal dan ​diadakan semula, sama ada pada hari yang sama atau pada suatu
masa yang lain.​(Lihat juga Peraturan 146.4 dan Peraturan 163.2)

8. Jika ada atlet yang berlainan upaya fizikal bertanding di bawah peraturan ini, Referi yang berkenaan
boleh mentafsir atau membuat penyesuaian peraturan yang relevan (selain dari Peraturan 144.3) untuk
membolehkan atlet berkenaan bertanding. Walaupun begitu, segala kelainan dan penyesuaian hendaklah
dibuat dengan syarat , atlet itu tidak diberi kelebihan (“advantage”) ke atas atlet-atlet lain yang bertanding
bersama. Jika ada keraguan, atau keputusan Referi dipertikaikan, perkara ini akan dikemukakan kepada
Juri Rayuan.

Nota: Peraturan ini tidak bermaksud untuk membenarkan penyertaan pelari pemandu untuk atlet-atlet
yang kurang daya penglihatan kecuali perkara tersebut dibenarkan oleh peraturan
pertandingan-pertandingan tertentu.

P​ERATURAN 126
Hakim-Hakim
Am
1. Ketua Hakim bagi Acara Balapan dan Ketua Hakim bagi setiap Acara Padang hendaklah menyelaraskan
tugas-tugas hakim bagi acara berkenaan. Jika pihak penganjur belum lagi mengagihkan tugas hakim maka
adalah menjadi tugas Ketua hakim untuk berbuat demikian.
2. Hakim boleh kaji semula dan mengubah keputusan asal yang silap yang dibuat oleh mereka asalkan
keputusan itu boleh lagi diaplikasikan. Sebaliknya,jika keputusan yang sama diambil oleh Referi atau Juri
Rayuan mereka diperlukan untuk mengemukakan semua maklumat kepada Referi atau kepada Juri
Rayuan

3. Acara Balapan dan Acara Jalan Raya


Hakim-Hakim, beroperasi ​pada bahagian balapan atau haluan yang sama dan akan menentukan keduduka
atlet di penamat perlumbaan. Jika terdapat keadaan di mana hakim-hakim tidak dapat membuat
keputusan, perkara itu akan dirujuk kepada Referi untuk diputuskan.
Nota: Hakim-Hakim hendaklah ditempatkan sekurang-kurangnya 5m daripada, dan sebaris dengan
garisan penamat dan berada di atas platform yang mendongak ke belakang

Acara Padang
4. Hakim-Hakim hendaklah menghakimi, mengukur dan merekodkan ​setiap percubaan sah atlet-atlet bagi
semua Acara Padang. Bagi Lompat Tinggi dan Lompat Bergalah, ukuran yang tepat hendaklah dilakukan
setiap kali palang dinaikkan, lebih lagi bagi percubaan yang bersangkutan dengan Rekod.
Sekurang-kurangnya dua orang Hakim hendaklah membuat catatan bagi semua percubaan, menyemak
catatan mereka pada akhir tiap-tiap pusingan.
Hakim yang berkaitan hendaklah menunjukkan sesuatu percubaan yang sah dengan mengangkat bendera
putih dan percubaan yang tidak sah dengan mengangkat bendera merah.

PERATURAN 127
Pengadil-Pengadil (Acara-acara Berlari dan Berjalan Kaki)

1. Pengadil-Pengadil hendaklah pembantu kepada Referi tanpa menpunyai kuasa untuk membuat
keputusan akhir.

2. Pengadil-Pengadil hendaklah dipastikan kedudukannya olhe Referi supaya mudah untuk memerhatikan
pertandingan dengan teliti dan, sekiranya terdapat kes-kes kegagalan atau pencabulan Peraturan (selain
dari ​Peraturan 230.1​) oleh sesiapa sahaja atlet, maka mereka hendaklah segera mengemukakan laporan
bertulis kepada Referi mengenai kejadian tersebut.

3. Sebarang perlanggaran Peraturan hendaklah berhubung dengan Referi berkaitan dengan mangangkat
bendera kuning atau sebarang tanda yang disahkan oleh Wakil(-Wakil) Teknik.

4. Bilangan Pengadil yang mencukupi hendaklah dilantik bagi menyelia zon-zon pertukaran baton dalam
perlumbaan lari berganti-ganti.

Nota(i)​: Apabila seseorang Pengadil mendapati atlet telah berlari di lorong lain yang bukan
lorongnya, atau pertukaran baton telah berlaku di luar zon pertukaran baton, beliau hendaklah dengan
serta-merta menanda di balapan tempat kesalahan tersebut dilakukan dengan menggunakan apa jua cara
yang sesuai​ ​atau membuat laporan bertulis atau secara elektronik.
Nota (ii)​: Pengadil berkenaan hendaklah melaporkan kepada Referi sekiranya berlaku perlanggaran
Peraturan walaupun atlet (atau pasukan, untuk acara lari berganti-ganti) tidak menamatkan
perlumbaannya.

PERATURAN 128
Penjaga Masa dan Hakim Foto Penamat dan Hakim Catatan Masa Sistem Transponder

1. Jika menggunakan catatan tangan, bilangan Penjaga Masa yang mencukupi bagi semua atlet yang
bertanding hendaklah dilantik, dan seorang daripada mereka hendaklah menjadi Ketua Penjaga Masa.
Beliau ini hendaklah mengagihkan tugas kepada setiap Penjaga Masa. Penjaga-Penjaga Masa ini pula
hendaklah bertindak sebagai sokongan sekiranya Sistem Foto Penamat Automatik sepenuhnya
digunakan.

2. Penjaga Masa, Hakim Foto Penamat dan Hakim Catatan Masa Sistem Transponder hendaklah bertindak
mengikut Peraturan 165.

3. Apabila Sistem Foto Penamat Automatik sepenuhnya digunakan, seorang Ketua Hakim Foto Penamat
dan Hakim Foto Penamat yang secukupnya hendaklah dilantik.
4. Apabila Catatan Masa Sistem Transponder digunakan, seorang Ketua Hakim Catatan Masa Sistem
Transponder dan beberapa orang penolong hendaklah dilantik.
PERATURAN 129
Koordinator Pelepasan, Pelepas Dan Pelepas-Pelepas Panggil Balik

1. Koordinator Pelepasan hendaklah:


(a) Mengagihkan tugas kepada kumpulan hakim-hakim pelepas. Dalam kes pertandingan ​di bawah
1.1(a) dan Kejohanan Dalam Benua (Area Championship) adalah menjadi tanggungjawab Wakil
Teknikal untuk menentukan acara mana yang hendaklah diserahkan kepada Pelepas-Pelepas
Antarabangsa.

(b) Menyelia agar tugas yang dipertanggungjawabkan kepada pasukan Pelepas, dijalankan dengan
sepenuhnya.

(c) Memberitahu kepada Pelepas untuk memulakan prosedur pelepasan, setelah menerima arahan dari
Pengarah Pertandingan ​(misalnya bahawa, Penjaga Masa, Hakim Balapan dan bila berkaitan, Ketua
Hakim Foto Penamat dan Penjaga Alat Penyukat Angin sudah bersedia).
(d) Menjadi pengantara di antara staf teknikal syarikat peralatan masa dengan Pelepas.

(e) Menyimpan semua dokumen yang berkaitan dengan pelepasan termasuk semua dokumen yang
menunjukkan masa reaksi atlet dan/atau imej salah mula jika ada.

(f) Menentukan Peraturan 162.8 dipatuhi.

2. Pelepas mempunyai kuasa mengawal sepenuhnya terhadap atlet-atlet yang sedang dalam keadaan sedia.
Apabila peralatan kawalan salah mula digunakan, Pelepas dan/atau seorang Pelepas Panggil Balik yang
dilantik hendaklah memakai fon kepala supaya dapat mendengar dengan jelas sebarang isyarat akustik
yang dikeluarkan sekiranya ada salah mula. (lihat ​Peraturan 161.2​)

3. Pelepas akan memposisikan dirinya di tempat yang membolehkan dirinya melihat semua atlet
semasa prosedur pelepasan.
Penggunaan alat pembesar suara dicadangkan untuk menyampaikan arahan kepada atlet ,terutama dalam
acara permulaan berperingkat ( “staggered starts” )

Nota: Pelepas hendaklah menempatkan dirinya supaya semua atlet kelihatan berada dalam sudut
pandangan yang kecil. Bagi permulaan yang menggunakan permulaan merunduk hendaklah perlu
beliau berada di kedudukan yang benar-benar membolehkan beliau memastikan semua atlet cukup
stabil sebelum tembakan pistol, atau apa jua alat lain yang diluluskan, dilepaskan. (Semua alat
pelepasan dipanggil “pistol” untuk tujuan Peraturan ini.). Di mana alat pembesar suara tidak
digunakan dalam perlumbaan dengan permulaan berperingkat, Pelepas hendaklah menempatkan
dirinya supaya jaraknya dengan setiap atlet lebih kurang sama. Sekiranya Pelepas tidak dapat berbuat
demikian, pistol hendaklah diletakkan di situ dan diaktifkan dengan sentuhan elektrik.

4. Seorang atau lebih Pelepas Panggil Balik hendaklah disediakan bagi membantu Pelepas.

Peringatan: Bagi acara-acara 200m, 400m, 400m Lari Berpagar, 4 x 100m, 4 x 200m, dan 4 x
400m Lari Berganti-ganti, perlu ada sekurang-kurangnya dua orang Pelepas Panggil Balik.

5. Setiap Pelepas Panggil Balik hendaklah menempatkan dirinya supaya dapat memerhatikan dengan jelas
setiap atlet yang diawasi.
6. Setiap Pelepas Panggil Balik dikehendaki memanggil balik perlumbaan jika perlanggaran Peraturan
dikesan. Selepas memanggil balik atau permulaan terbantut, Pelepas Panggil Balik akan melaporkan
kepada Pelepas, dan. Pelepas akan menentukan siapakah atlet yang perlu diberi amaran atau dibatalkan.
(Lihat juga Peraturan 162.6 dan 162.9 )

7. Amaran dan Pembatalan yang termaktub dalam ​Peraturan 162.6 162.7 dan 200.8c ​hanya hendaklah
dikuatkuasakan oleh Pelepas.

8. Untuk membantu perlumbaan mula dekam alat Sistem Maklumat Mula yang diluluskan oleh IAAF
patut digunakan

PERATURAN 130
Penolong-Penolong Pelepas

1. Penolong-Penolong Pelepas hendaklah menyemak bahawa atlet-atlet bertanding dalam saringan atau
perlumbaan yang betul dan nombor bib mereka dipakai dengan betul.

2. Mereka hendaklah menempatkan setiap atlet di lorong atau stesen yang betul, mengumpulkan
atlet-atlet lebih kurang 3m di belakang garisan permulaan (sekiranya permulaan pada garisan
berperingkat, tindakan yang serupa dilakukan di belakang setiap garisan permulaan). Apabila selesai
semua tersebut, mereka hendaklah memberikan isyarat kepada Pelepas bahawa semua sudah bersedia.
Apabila satu permulaan baru diarahkan, Penolong-Penolong Pelepas hendaklah mengumpulkan
atlet-atlet semula.

3, Penolong-Penolong Pelepas hendaklah bertanggungjawab terhadap kesediaan baton-baton bagi


atlet-atlet pertama acara Lari Berganti-ganti.

3. Apabila Pelepas sudah mengarahkan atlet-atlet ke garisan, Penolong-Penolong Pelepas hendaklah


mempastikan ​Peraturan 162.3 dan 162.4​ dipatuhi.

4. Jika ada salah mula, Penolong-Penolong Pelepas hendaklah bertindak mengikut ​Peraturan 162.8​ .

PERATURAN 131
Pencatat-Pencatat Pusingan

1. Pencatat-Pencatat Pusingan hendaklah mencatatkan setiap pusingan yang telah dilengkapkan oleh setiap
atlet dalam semua perlumbaan yang melebihi 1,500m. Bagi perlumbaan 5,000m dan lebih, dan acara
Lumba Jalan Kaki, sebilangan Pencatat Pusingan di bawah arahan Referi hendaklah dilantik. Mereka
akan dibekalkan dengan kad-kad catatan pusingan untuk mencatatkan masa (yang diperolehi dari Penajga
Masa Rasmi) setiap pusingan yang dibuat oleh atlet-atlet yang dipertanggungjawabkan kepadanya. ​Jika
sistem ini digunakan, seorang Pencatat Pusingan akan dipertanggungjawabkan untuk mencatat pusingan
tidak lebih daripada empat orang atlet (tidak melebihi enam orang atlet bagi acara Lumba Jalan Kaki).
Sebagai menggantikan catatan pusingan secara manual, satu sistem komputer yang menggunakan cip
transponder yang dibawa atau dipakai oleh atlet, boleh digunakan.

2. Seorang Pencatat Pusingan hendaklah ditugaskan untuk mempamerkan paparan baki pusingan yang
diletakkan dekat garis penamat. Paparan ini hendaklah ditukar dengan setiap pusingan apabila atlet yang
mendahului memasuki bahagian lurus balapan yang berakhir pada garisan perlumbaan. Sebagai
tambahan, paparan secara manual hendaklah diberi jika sesuai kepada atlet yang sudah, atau hampir
ditindih.

Pusingan terakhir hendaklah diisyaratkan kepada setiap atlet, biasanya dengan membunyikan loceng.

PERATURAN 132
Setiausaha Pertandingan, ​Pusat Maklumat Teknikal

1.Setiausaha Pertandingan bertanggungjawab mengumpulkan semua keputusan ​dan maklumat penuh


tiap-tiap acara, ​yang diserahkan kepadanya oleh Referi, Ketua Penjaga Masa atau Ketua Hakim Foto
Penamat atau Ketua Hakim Transponder dan Penjaga Alat Penyukat Angin. Beliau hendaklah menyampaikan
keputusan-keputusan ini dengan segera kepada Juruhebah, merekodkannya dan menyerahkan kad-kad
keputusan kepada Pengarah Pertandingan.

Jika sistem keputusan berkomputer dilaksanakan, pencatat komputer di setiap tapak Acara Padang hendaklah
memastikan semua keputusan penuh setiap acara dimasukkan ke dalam sisterm komputer. Keputusan acara
balapan hendaklah dimasukkan di bawah pengawasan Ketua Hakim Foto Penamat. Juruhebah dan Pengarah
Pertandingan hendaklah mempunyai akses kepada keputusan-keputusan melalui komputer.

2.Jika terdapat atlet yang bertanding dengan spesifikasi yang berbeza (misalnya berat alat atau ketinggian
pagar berbeza), kelainan itu mesti dicatatkan dalam keputusan atau keputusan lain bagi setiap kategori
disediakan.

3.Dimana ​Syarat Pengawalan Teknikal untuk pertandingan (selain daripada pertandingan di bawah Peraturan
1. 1 (a) )​ yang membenarkan penyertaan serentak oleh atlet
(a) bertanding dengan bantuan pelari pembimbing ( “ guide runner “ ) atau

(b) mengunakan alat bantuan mekanikal yang tidak diluluskan di bawah Peraturan 144.3 ( d ); ​keputusan
akan dicatatkan berasingan, dan klasifikasi para mereka akan dipaparkan​.

4.Penyingkatan piawai berikut perlu digunakan dalam penynediaan senarai mula dan borang keputusan :

i. Tidak mula - DNS

ii Tidak tamat - DNF .

Iii Tiada percubaan sah - NM

iv. Dibatalkan - DQ

v. Percubaan sah Lompat Tinggi & Lompat Bergalah -“ O”

vi .Percubaan gagal Acara Padang - “ X”

vii. Melangkau percubaan dalam Acara Padang “ – “

viii. Berhenti bertanding “r“

ix. Layak berdasarkan tempat dalam Acara Balapan - “Q“


x .Layak berdasarkan masa dalam Acara Balapan - “q“

xi. Mara ke pusingan seterusnya atas keputusan referi - “qR”

xii. Mara ke pusingan seterusnya atas keputusan Juri - “qJ “

xiii. Lutut bengkok (Lumba Jalankaki) - “ ​ >​ “

xiv. Kaki tidak mencecah tanah - “​~​“

xv. Kad Kuning - YC

xvi. Kad Kuning Kedua - YRC

xvii. Kad Merah - RC

5.Satu Pusat maklumat Teknikal) hendaklah ditubuhkan bagi Pertandingan-Pertandingan di bawah Peraturan
1.1 (a ),( b ) (c), (f) dan (g) dan dicadangkan untuk semua pertandingan lain yang mengambil masa lebih dari
satu hari. Fungsi utama Pusat Maklumat Teknikal ialah untuk menentukan perhubungan licin di antara setiap
delegasi pasukan, penganjur, Wakil-Wakil Teknikal dan pentadbir pertandingan mengenai perkara teknikal
dan lain-lain yang berkaitan dengan pertandingan tersebut.

PERATURAN 133
Pengawas

Pengawas hendaklah mempunyai kuasa penuh mengawasi arena dan tidak membenarkan sesiapa yang tidak
berkenaan kecuali pegawai-pegawai yang bertugas dan atlet-atlet yang hendak bertanding atau orang lain
yang mempunyai akreditasi yang sah untuk memasuki dan berada di arena.

PERATURAN 134
Penjaga Alat Penyukat Angin

Penjaga Alat Penyukat Angin akan menyukat dan menentukan kelajuan angin mengikut arah larian acara
yang dia ditugaskan. Beliau akan merekodkan bacaan , menandatangani keputusan yang diperolehi dan
menyampaikannya kepada Setiausaha Pertandingan​.

135.Hakim Ukur (Saintifik)


Seorang ​Ketua Hakim Ukur dan seorang atau lebih dari seorang pembantu ​hendaklah dilantik sekiranya ​Alat
Pengukur ​Jarak Elektronik atau Video atau alat pengukur saintifik yang lain, digunakan.
Sebelum pertandingan berlangsung, beliau hendaklah berbincang dengan staf terknikal yang terlibat dan
memahirkan dirinya dengan alat tersebut.
Sebelum ​setiap acara bermula, beliau hendaklah menyelia penempatan pengukur jarak tersebut, dengan
mengambil kira keperluan-keperluan teknikal yang diberikan kepada staf teknikal oleh pengeluar alat dan
makmal penentukur alat tersebut .
Bagi memastikan yang alat tersebut berfungsi dengan betul, beliau hendaklah, sebelum dan selepas acara,
mengurus satu set pengukuran bersama Hakim-Hakim dan di bawah penyeliaan Referi (dan jika boleh,
Pegawai Teknikal Antarabangsa yang ditugaskan untuk acara berkenaan) untuk mengesahkan keputusan
yang didapati dengan menggunakan satu set pita ukur keluli yang telah disah tentukan. Satu borang
pengesahan hendaklah ditandatangani oleh semua yang terlibat dan disertakan dengan kad keputusan. Semasa
pertandingan sedang dijalankan beliau hendaklah bertanggungjawab ke atas semua aspek operasi alat
tersebut. Beliau hendaklah melaporkan kepada Referi Acara Padang untuk mengesahkan yang alat berfungsi
dengan betul.

PERATURAN 136
Hakim-Hakim Bilik Panggilan

Ketua Hakim Bilik Panggilan hendaklah


(a) bersama dengan Pengarah Pertandingan menyediakan jadual Bilik Panggilan yang menyatakan untuk
setiap acara, masa untuk panggilan pendaftaran pertama, masa untuk panggilan pendaftaran terakhir dan
masa untuk bergerak ke tempat pertandingan dari bilik panggilan pendaftaran terakhir.

( b ) hendaklah menguruskan pengantaraan di antara kawasan memanaskan badan dan kawasan


pertandingan untuk memastikan atlet hadir dan bersedia di kawasan pertandingan untuk memulakan acara
seperti yang dijadualkan, selepas diperiksa dalam Bilik Panggilan

Hakim-Hakim Bilik Panggilan hendaklah menentukan semua atlet memakai pakaian seragam Negara atau
kelab yang disahkan dengan rasmi oleh Badan Kebangsaan mereka, atlet berkecuali memakai pakaian
yang disah oleh IAAF, bib dipakai dengan betul dan mengikut senarai mula., kasut, bilangan dan ukuran
pepaku, pengiklanan pada pakaian dan beg atlet mematuhi Peraturan dan Kawalan, dan barang-barang
yang tidak dibenarkan tidak dibawa masuk ke arena.

Hakim-Hakim hendaklah merujuk sebarang isu atau perkara berbangkit yang tidak dapat diselesaikan
kepada Referi Bilik Panggilan.

PERATURAN 137
Pesuruhjaya Pengiklanan

Pesuruhjaya Pengiklanan (apabila dilantik) hendaklah mengawasi dan menguatkuasakan Undang-Undang


dan Peraturan Pengiklanan Semasa dan hendaklah menentukan sebarang isu pengiklanan atau perkara
berbangkit di dalam Bilik Panggilan dengan Referi Bilik Panggilan.