You are on page 1of 78

1.

0 PENGENALAN
1.1 PENGENALAN

Dalam menempuh kehidupan seharian, kita seringkali berhadapan


dengan apa yang dikatakan sebagai pengujian, pengukuran dan penilaian
dalam semua keadaan yang memerlukan kitamembuat sesuatu
pertimbangan atau keputusan. Anda sebagai guru perlu
membuatpertimbangan dan keputusan berhubung dengan pengajaran
dan pembelajaran yangberlangsung untuk menentukan sama ada objektif
pembelajaran sudah dicapai murid ataumemerlukan ulangan semula dan
sebagainya.

Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep


penting dalam duniapendidikan. Sering kali istilah ini digunakan secara
bertukar ganti. Misalnya, sesetengah guruapabila mengedarkan kertas
ujian, mereka mengatakan mereka ingin mengukur atau menilaiprestasi
murid dalam sesebuah bilik darjah, tanpa menghirau maksud khusus yang
mendukung istilah-istilah berkenaan.

Secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai makna


yang spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan.Dalam dunia
pendidikan, penilaian yang sistematik, dengan mengambil kira semua
faktoryang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperoleh,
akan membantu guru dalam membuat sesuatu keputusan dengan tepat.

Dunia pendidikan merupakan bidang yang amat penting bagi


menjana kemajuan sesebuah negara. Pentaksiran, pengujian dan
penilaian merupakan perkara yang tidak asing lagi dalam bidang
pendidikan. Kesemua konsep tersebut memainkan peranan yang penting
bagi membuat tafsiran kemajuan terhadap murid atau murid di sekolah.

Sebagai contoh, guru menyediakan kertas ujian bertujuan untuk


membuat penilaian terhadap murid setelah memberi pengajaran atau
input semasa di dalam kelas. Ianya adalah untuk mengukur atau menilai
prestasi murid dalam sesebuah bilik darjah. Dalam konteks yang sama,
ketiga-tiga konsep iaitu pentaksiran,pengujian dan penilaian mempunyai

1
makna yang spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaannya yang
tersendiri. Oleh itu, penilaian yang sistematik, dengan mengambil kira
semua faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang
diperoleh, akan membantu guru dalam membuat sesuatu keputusan
dengan tepat.

Sehubungan dengan itu juga, Taksonomi Bloom merupakan antara


model penting yang berfungsi untuk menganalisa bidang yang berkaitan
dengan pentaksiran, pengujian dan penilaian. Kepentingan model-model
ini menjana kepada keseimbangan pendidikan itu sendiri dalam aspek
pengukuran kemajuan murid bagi menjalani dunia pendidikan yang luas.

1.1 Objektif Kajian

Tugasan projek ini mempunyai beberapa tujuan. Tujuan tugasan projek ini
adalah untuk:-

a) Memahami konsep pentaksiran, pengujian dan penilaian

Melalui tugasan ini, kita dapat mengetahui tentang definisi dan


konsep pentaksiran,pengujuan serta penilaian dan seterusnya
dapat mengaplikasikannya di dalam kelas.

b) Memahami konsep JSU serta kepentingannya dalam bidang


pendidikan

Sebagai bakal guru, kita perlu memahirkan diri kita dalam setiap
bidang termasuklan konsep JSU di mana ianya berfungsi untuk
menentukan jumlah soalan dalam sesuatu ujian berpandukan aras
di dalam model taksonomi bloom.

c) Mengaplikasikan JSU dalam pembinaan ujian

Melalui tugasan ini, kita dapat belajar cara untuk membina jadual
spesifikasi ujian bagi murid berpandukan aras taksonomi bloom.
Justeru itu, pengetahuan yang dimuridi ini dapat diaplikasikan
semasa bertugas di sekolah kelak.

2
d) Memahami konsep kaedah penilaian bahasa

Dalam konteks yang sama, sebagai bakal guru, kita juga dapat
memmuridi cara, kaedah dan prosedur yang betul bagi penilaian
bahasa.

1.2 Kaedah Kajian

Terdapat beberapa kaedah kajian yang telah dilakukan untuk


menyiapkan projek ini. Antara kaedah yang dilakukan adalah melalui
kaedah pemerhatian iaitu pemerhatian terhadap sumber-sumber yang
berkaitan. Sebagai contoh adalah pemerhatian di Pusat Sumber iaitu
buku-buku bahasa Melayu. Selain itu juga, maklumat dari internet telah
dicari bagi menyempurnakan tugasan ini.

Sehubungan dengan itu juga, kami juga telah menggunakan kaedah


perbincangan bagi mendapat isi-isi yang penting. Perbincangan di dalam
kelas termasuklah tentang maklumat-maklumat yang perlu dicari,
perkongsian maklumat dan cara atau kaedah untuk melakukan tugasan.

Kesimpulannya kami telah menggunakan kaedah pemerhatian dan


perbincangan bagi menyiapkan kerja yang telah diamanahkan kepada
kami.

1.3 Batasan Kajian

Sepanjang minggu tugasan ini, setiap pelatih diarahkan untuk


menerangkan definisi dan konsep pentaksiran,pengujian dan penilaian
dalam pendidikan. Malah, para pelatih juga diarahkan untuk menerangkan
konsep Taksonomi Bloom dan juga cara pembinaan Jadual Spesifikasi
Ujian (JSU) yang betul.

Sehubungan dengan itu, para pelatih juga diarahkan supaya mencipta


soalan berdasarkan JSU yang telah di bina dan menjelaskan konsep
penilaian bahasa yang terbahagi kepada beberapa jenis. Tugasan ini
merupakan tugasan yang perlu dilaksanakan di dalam kumpulan. Justeru
itu, pembahagian tugas diberikan kepada setiap ahli kumpulan jika perlu.

3
2.0 PENGERTIAN KONSEP
2.1 PENTAKSIRAN

Pengukuran ataupun pentaksiran membawa maksud yang lebih luas


berbanding pengujian. Pengukuran membawa definisi sebagai “suatu
proses untuk mendapatkan penjelasan secara numeric tentang sebanyak
mana individu/murid mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan
menggunakan alat tertentu”. Dalam erti kata lain pengukuran ialah proses
menentukan sejauh mana seseorang individu memiliki ciri-ciri tertentu.

Biasanya, kita mewakilkan sesuatu pengukuran berbentuk angka


kepada prestasi seseorang individu untuk menggambarkan keupayaan
individu tersebut. Contohnya, Ramli mendapat 60 peratus dalam ujian
Matematik. Kita tidak menyatakan prestasi Ramli sama ada baik atau
sebaliknya. Dalam hal ini, kita hanya mengukur pencapaian matematik
tanpa memberikan nilai kepada ukuran yang diperoleh. Justeru,
pengukuran hanya menentukan tahap prestasi/ciri tertentu seseorang
individu/murid mengikut alat yang digunakan.

Pengukuran boleh juga dibuat tanpa menggunakan pengujian. Sebagai


contoh, kemahiran melukis seseorang murid boleh diukur melalui
pemerhatian/pencerapan, sementara pengetahuan dan sikapnya boleh
diukur melalui temubual. Justeru, kita boleh menganggapkan pengukuran
sebagai proses untuk mendapatkan sesuatu ukuran dengan
menggunakan kaedah tertentu, manakala pengujian pula merupakan
salah satu daripada kaedah tersebut.

Pengukuran tidak bersifat mutlak, misalnya, pengukuran keupayaan


mental seseorang sudah tentu lebih sukar diukur secara tepat berbanding
ketinggian fizikalnya. Ketinggian fizikal seseorang boleh diukur secara
tepat dengan menggunakan alat ukur yang tepat seperti penggunaan
pembaris. Seterusnya, seseorang murid yang mendapat skor 90 tidak
boleh dianggap mengetahui dua kali ganda daripada murid yang
mendapat skor 45, walaupun skor 90 itu dua kali ganda 45. Seseorang
murid yang mendapat skor sifar pula tidak juga boleh dianggap sebagai
tidak memmuridi/ mengetahui tentang sesuatu muridan yang diajar guru.

4
Ini jelas menunjukkan ukuran aspek-aspek berkenaan bukanlah petunjuk
yang tepat sebagaimana ukuran ketinggian fizikal murid menggunakan
pembaris.

Justeru, seseorang guru perlu menggunakan alat yang tepat bagi


menghasilkan ukuran yang tepat. Jika alat yang digunakan mempunyai
kecacatan, maka sudah pastilah ukuran yang diperoleh juga tidak tepat.

2.2 PENGUJIAN

Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan


yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu
prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau
perubahan seseorang individu atau murid.

Menurut Cronbach (1970):

“Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan


atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan
bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori”.

Contoh skala bernombor ialah angka 30/100 untuk ujian penglihatan,


100/120 untuk ujian kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian
pencapaian bagi sesuatu mata muridan seperti Sains. Manakala contoh
sistem berkategori pula ialah “ekstrovert” atau “introvert” bagi ujian
personaliti, atau “rabun warna” bagi ujian penglihatan.

Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku murid


seperti yang dinyatakandi atas, dikukuhkan oleh Milagros 1981, (dipetik
dari Raminah, 1991) yang menegaskan bahawa:

“Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang


diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan.
Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk
membuat penilaian atau pengadilan”. (Raminah 1991:2).

5
Hasil daripada pemarkahan jawapan murid, satu ukuran yang disebut
sebagai “markah” akan diberikan kepada murid tersebut. Pengujian
menjelaskan tahap berapa baiknya prestasi murid yang diuji. Proses
pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti
pelaksanaan/ pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip
jawapan. Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada
murid-muridnya telah menguasai pengetahuan, kemahiran atau sikap
yang ingin disampaikan guru.

Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh


dibuat melalui pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang
dilaksanakan guru dalam bilik darjah. Justeru, kecekapan guru
membangunkan alat pengujian amat penting, malah sama pentingnya
dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

2.3 PENILAIAN

Penilaian adalah konsep yang telah digunakan dalam pelbagai bidang.


Penilaian dilakukan kerana mempunyai matlamat tersendiri. Dengan
mengadakan penilaian, ia akan membolehkan kita membuat anggaran,
sama ada matlamat yang telah ditetapkan itu tercapai atausebaliknya.
Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu cara untuk mendapatkan
bukti yang tepat tentang sesuatu perkara. Maklumat dan bukti ini amat
penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Misalnya, dalam
pendidikan, penilaian dapat menyelesaikan masalahtentang pencapaian
matlamat yang ditetapkan, seperti menguasai kemahiran
membaca,menulis dan mengira (3M) di kalangan murid sekolah rendah.

Dalam membuat penilaian, anda mungkin sering kali berhadapan


dengan pelbagai masalah.Misalnya, tentang persoalan yang ingin
diselesaikan, apakah bukti yang dianggapkan mencukupi atau bagaimana
cara mendapatkan maklumat, siapa yang perlu mendapatkan maklumat
dan sebagainya. Dengan memahami konsep pengujian, pengukuran dan

6
penilaian, anda akan dapat merancang langkah-langkah dengan lebih
teratur dan sistematik bagi mendapatkan maklumat yang tepat. Banyak
definisi telah diberikan kepada istilah “penilaian”.

Gay (1985) berpendapat bahawa “penilaian ialah satu proses yang


sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan
sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai”. Ini
seterusnya membolehkan guru membuat pertimbangan atau keputusan
yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. Justeru, penilaian
berbeza dengan pengukuran yang melibatkan hanya pemberian ukuran
dalam bentuk nombor tertentu yang lebih bersifat kuantitatif. Sebelumnya,
Popham (1975) menyatakan penilaian yang sistematik perlu mempunyai
satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan.

Penilaian adalah aspek yang penting selain konsep pentaksiran dan


pengujian. Penilaian merupakan proses mengenalpasti, memperoleh dan
menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan
pilihan-pilihan yang ada pada kita. Melalui penilaian, status dapat dikenal
pasti sama ada status semasa dan seterusnya malah, penambahbaikan
dapat dirancang menerusi program-program berkesan. Dalam pengajaran
dan pembelajaran di bilik kelas, penilaian dilakukan bagi mengetahui
sama ada guru dapat mengajar murid dan murid dapat memmuridi ilmu
yang disampaikan oleh guru.

Justeru itu, penilaian pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan


dengan sempurna dan berkesan. Bukti-bukti empirikal tentang sesuatu
pengajaran dan pembelajaran yang diperoleh menggunakan pengukuran
perlu dianalisis. Selepas itu, penambahbaikan atau proses peningkatan
perlu diberi keutamaan.

Kebiasaannya, guru akan merangka objektif dan kandungan kursus


yang hendak diajar sebelum merancang strategi dan kaedah pengajaran
kursus berkenaan. Kemudian, beliau akan menyediakan soalan sama ada
dalam bentuk kuiz, ujian atau peperiksaan. Proses pembinaan soalan
perlu dirancang dengan meneliti aspek-aspek penting sama ada soalan
tersebut relevan, sesuai dan menepati objektif pengajaran yang

7
terkandung dalam sukatan muridan. Pada masa yang sama, penilaian
yang dilaksanakan bukan hanya bertujuan untuk membuat penilaian yang
adil, tetapi ianya juga bertujuan untuk mengenal pasti pretasi murid dalam
penguasaanya terhadap subjek atau kursus yang diajar. Bahkan, melalui
penilaian juga, guru dapat mengenal pasti kelemahan terhadap
pengajaran yang diaplikasikan kepada murid.

Justeru pemahaman terhadap konsep penilaian, pengukuran dan


pengujian, ciri-ciri utama soalan ujian, matlamat mereka bentuk soalan
formatif, sumatif, pra kelayakan dan diagnostik serta norma dan kriteria
sangat penting bagi seseorang guru bagi memastikan pengajaran dan
penilaiannya bermutu dan adil.

2.3.1 Kuantifikasi dan Kualifikasi Dalam Penilaian


Aspek penilai membabitkan dua unsur penting iaitu
kuantifikasi dan kualifikasi. Kuantifikasi ialah unsur di mana ujian
bertindak sebagai bukti penguasaan murid dalam bentuk
empirikal terhadap kursus yang diajar. Manakala kualifikasi pula
bermaksud pertimbangan nilai yang dibuat berdasarkan bukti
empirikal bagi membuat andai atau keputusan sama ada objektif
pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai atau tidak.

Proses penilaian yang bermutu memerlukan bukti empirikal


penguasaan murid yang sahih agar segala keputusan dapat
dilaksanakan dengan baik. Keperluan ini adalah kerana setiap
keputusan yang dibuat melibatkan risiko. Bukti empirikal
membantu kita membuat keputusan dengan risiko yang kecil.
Semakin tepat guru mengukur pencapaian murid, semakin tepat
penilaian terhadap keberkesanan pengajarannya.

8
Terdapat dua jenis penilaian berdasarkan kepada masa dan tujuan
pelaksanaan penilaian iaitu penilaian formatif dan sumatif:

Penilaian Formatif

Penilaian formatif dilaksanakan bagi membuat keputusan terhadap


pencapaian atau prestasi muid dalam topik atau bab-bab muridan
yang telah diajar. Penilaian formatif dilakukan bagi memastikan murid
telah menguasai setiap topik atau bab-bab muridan sebelum mereka
diperkenalkan dengan topik muridan yang baru. Diagnosis dapat dibuat
menerusi penilaian formatif. Malah penilaian formatif membolehkan
guru untuk mengenal pasti sama ada murid-muridnya sudah bersedia
untuk mengikuti muridan berikutnya yang lebih sukar dan kompleks.
Selain dapat membuat tafsiran terhadap kelemahan murid dalam topik
atau bab sesuatu muridan yang telah diajar, penilaan formatif juga
boleh meningkatkan motivasi murid untuk belajar. Penggunaan
penilaian formatif sangat ditekankan di universiti.

Memandangkan laporan penilaian formatif adalah untuk tujuan


diagnosis kelemahan murid dalam unit-unit muridan, pelaporan
penilaian formatif amat sesuai dirumuskan sebagai “menguasai” atau
“tidak menguasai” sesuatu isi unit muridan. Pencapaian ujian formatif
tidak sesuai dibuat pengredan

Penilaian Sumatif

Penilaian sumatif merupakan penilaian yang diguna bagi


menentukan tahap penguasaan murid dalam keseluruhan sukatan
muridan yang telah diajar. Penilaian sumatif biasanya dilakukan pada
akhir sesi kursus. Sebagai contoh ujian pertengahan tahun atau akhir
tahun. Memandangkan penilaian sumatif dibuat pada akhir kursus,
skor-skor dari penilaian sumatif biasanya lebih berguna untuk tujuan
melaporkan prestasi murid malah dapat mengenal pasti semula dan
memperbaiki kelemahan awal pengajaran guru serta membuat
perubahan terhadap cara atau kaedah pembelajaran murid. Skor
penilaian sumatif banyak digunakan bagi tujuan pemilihan dan

9
penempatan murid ke alam pekerjaan atau ke institusi pendidikan
tinggi seperti universiti, kolej, institut, dan sebagainya.

Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil


pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding
matlamat asalnya. Dalam bilikdarjah, apabila guru memberikan ujian, adakah
guru berkenaan mengukur pencapaian pelaja atau menilai pencapaian murid?
Dalam keadaan ini kita boleh mengatakan guru sebenarnya mengukur
pencapaian murid melalui ujian yang dijalankan.

Tindakan susulan guru ialah menilai ukuran pencapaian tersebut dengan


menggunakan keputusan ujian itu bersama maklumat lain yang berkaitan.
Selain menggunakan data kuantitatif, penilaian juga boleh dibuat dengan
menggunakan data berbentuk kualitatif seperti yang diperoleh daripada
pemerhatian atau temubual.

10
3.0 TAKSONOMI
3.1 DEFINISI TAKSONOMI

Taksonomi merupakan kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan


dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaaan
sifat organisma itu. [Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) ]. Taksonomi
bertindak sebagai model yang sangat penting dalam bidang pendidikan, di
mana ianya bertindak bagi membuat analisis tentang bidang-bidang
pembelajaran. Pada masa yang sama, Taksonomi juga berkaitan dengan
objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti
pengetahuan, kesikapan dan psikomotor. Terdapat tiga domain utama
dalam pendidikan iaitu Domain Kognitif yang melibatkan perkembangan
pemikiran murid. Kedua ialah Domian Psikomotor yang melibatkan
perkembangan sikap dan nilai murid dan seterusnya Domain Afektif yang
melibatkan perkembangan kemahiran fizikal murid.

3.2 TAKSONOMI BLOOM

Taksonomi Bloom merupakan modal yang menitikberatkan aspek kognitif


atau pengetahuan. Ia bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi) di
mana guru menetapkan aras-aras yang sesuai bagi menguji tahap
pemikiran murid. Selain itu juga, Taksonomi Bloom melibatkan
pengetahuan seperti fakta, hukum, dan teori. Namun, kebanyakan ujian di
dalam bilik darjah adalah bertujuan untuk mengetahui tahap kognitif murid
sahaja.

3.3 ARAS TAKSONOMI BLOOM

Taksonomi Bloom dibahagikan kepada enam aras iaitu:

1) Pengetahuan
2) Kefahaman
3) Aplikasi
4) Analisis
5) Sintesis
6) Penilaian

11
Hirarki Kognitif Kata Kunci

1. Pengetahuan (Knowledge) Nyatakan, terangkan, namakan, dan labelkan.


Mengingat kembali, mengenal idea, fakta
asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa
dan lain-lain daripada pembelajaran yang
lepas.

2. Pemahaman (Comprehension) Pilih, terangkan, dan tulis semula.


Mengubah kefahaman daripada satu bentuk
kepada satu bentuk yang lain, menyatakan
idea-idea utama dalam ayat
sendiri, menterjemah, memberi contoh
kepada konsep, menterjemah draf.

3. Aplikasi (Application) Selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, dan bina


Menggunakan maklumat dalam situasi yang alat.
baru, termasuk menyelesaikan masalah
menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori,
formula. Membina graf daripada data, dan
lain-lain.

4. Analisis (Analysis) Bezakan, pasti, dan pilih.


Memecahkan sesuatu yang kompleks kepada
yang kecil, membezakan fakta daripada
pendapat, kaitan kenal di antara
bahagian, kenali struktur organisasi.

5. Sintesis (Synthesis) Bina, hasilkan, susun, atau kembangkan.


Menyepadu, mencantum idea menjadi satu,
usaha tersendiri, menyelesaikan masalah,
membuat ramalan, membuat
klasifikasi.

6. Penilaian (Evaluation) Pilih, berikan alasan, kritikan, dan buktikan.


Membuat pertimbangan termasuk memberi
rasional atas alasan dalaman atau luaran,
menafsir dan mengkritik.
JADUAL 1 Hierarki Kognitif Taksonomi Bloom

3.3.1 PENGETAHUAN

12
Pengetahuan berasal daripada pengalaman, pemerhatian
yang diterima secara terus atau melalui pembacaan dan
diberitahu oleh seseorang lain merupakan cebisan maklumat
dan menjadi sebahagian daripada struktur pengetahuan dalam
mental seseorang. Jika pengetahuan ini disimpan dalam ingatan
tanpa sebarang pemikiran lanjut, ia akan kekal sebagai
maklumat yang paling sedikit kegunaannya kepada kita.
Maklumat ini boleh dikeluarkan semula dalam bentuk asal
apabila disoal semula menggunakan item atau tugasan yang
berbentuk recall.

Pengetahuan juga bermaksud mengingati semula perkara


yang telah dimuridi, mengingati fakta-fakta spesifik hingga teori-
teori yang sukar dan merupakan hasil pembelajaran yang
rendah dalam aras kognitif. Komponen pengetahuan boleh
diklasifikasikan kepada beberapa komponen iaitu pengetahuan
tentang terminologi, pengetahuan tentang fakta, pengetahuan
tentang kelaziman/konvensyen, pengetahuan tentang urutan,
pengetahuan tentang pengkelasan, pengetahuan tentang
kriteria, pengetahuan tentang metodologi/kaedah, pengetahuan
tentang prinsip dan generalisasi serta pengetahuan tentang teori
dan struktur.

3.3.2 KEFAHAMAN

Kefahaman ialah kebolehan kognitif yang melibatkan


penggunaan pengetahuan tanpa situasi baru dan tidak
memerlukan atau memperihalkan tentang implikasi terhadap
pengetahuan tersebut. Kefahaman dibahagikan kepada tiga
kemahiran kognitif, iaitu penterjemahan, inter-pretasi dan
ekstrapolasi.

13
a)Penterjemahan:
Penterjemahan ialah kebolehan menyatakan suatu konsep yang
diketahui dengan menggunakan perkataan atau simbol yang
lain. Antara aktiviti yang melibatkan kefahaman di peringkat
penterjemahan ialah menterjemah secara literasi dari satu
bahasa ke bahasa yang lain, menukar dari bentuk simbol
kepada bentuk verbal, atau sebaliknya, membaca Al-Quran atau
membaca skor muzik.

b)Interpretasi:
Interpretasi ialah kebolehan menghubungkait bahagian-
bahagian dalam suatu set komunikasi dan menyatakan dalam
bentuk lain (verbal atau grafik) dengan mengekalkan makna set
komunikasi itu. Antara aktiviti yang melibatkan kefahaman
diperingkat interpretasi ialah menyatakan suatu pernyataan,
peristiwa lalu atau konsep dengan menggunakan olahan bahasa
yang tersendiri, mengubah susun atur konteks asalnya atau
meringkaskannya tanpa mengubah makna tujuan asalnya.
Sehubungan dengan itu, aktiviti seperti menginterpretasi graf,
carta, peta jadual, kartun ke bentuk verbal atau sebaliknya juga
merupakan aktiviti di peringkat interpretasi.Peringkat interpretasi
juga melibatkan aktiviti memperjelaskan maksud perkataan
dengan konteks penggunaannya dalam suatu puisi.

c)Ekstrapolasi:
Ekstrapolasi ialah kemahiran yang melibatkan interpretasi tetapi
hanya melampaui maklumat yang terdapat dalam set
komunikasi berkenaan. Kemahiran ini menghasilkan ramalan,
inferens atau anggaran berdasarkan pemerhatian, pengalaman,
corak, trend atau suatu urutan berkala. Contoh aktiviti yang
melibatkan kefahaman di peringkat eksplorasi ialah membuat
kesimpulan awal daripada pemerhatian, pengetahuan dan
pengalaman. Ia juga turut melibatkan aktiviti membuat ramalan
berdasarkan set data atau graf serta membuat jangkaan
berdasarkan sebab dan tindakan dalam suatu set komunikasi.

14
3.3.3 APLIKASI

Aplikasi ialah kemahiran dalam mengaplikasikan prinsip dan


generalisasi pada satu masalah dan situasi baru. Masalah dan
situasi baru membawa maksud masalah dan situasi itu hampir
sebahagiannya baru kepada murid. Ia mungkin kelihatan serupa
seperti yang pernah mereka selesaikan tetapi mengandungi
sedikit elemen yang bersifat baru dan di luar kebiasaan murid, di
mana murid tidak dapat menyelesaikan hanya dengan
mengingat semula penyelesaian yang pernah dilakukan. Ia tidak
mempunyai elemen yang baru jika hanya menukar nama dan
angka dalam masalah itu. Idea, konsep, prinsip, teori, hukum,
prosedur dan sebagainya yang telah dimuridi perlu digunakan
dalam masalah dan situasi baru itu.

Dalam konteks aplikasi, murid akan menunjukkan tingkah laku


tertentu bagi menyeleaikan soalan yang berbentuk aplikasi.
Contohnya, murid akan mengenal pasti tugasan soalan tersebut
dan kemudiannya menentukan apakah yang diberi dan apakah
yang diperlukan. Pada masa yang sama,isu yang tidak
berkaitan diketepikan dan penyusunan semula maklumat dalam
bentuk atau corak yang mudah diselesaikan.

Kemahiran dalam mengenal pasti prinsip atau generalisasi


dapat membantu murid dalam proses pengaplikasian untuk
menyelesaikan masalah. Tambahan itu, penentuan had
lingkungan suatu prinsip atau generalisasi juga merupakan
antara aktiviti yang terlibat di dalam aras aplikasi disamping
membuat penerangan berkaitan fenomena yang baru dengan
menggunakan suatu prinsip atau generalisasi.

15
3.3.4 ANALISIS

Analisis merupakan kemahiran atau kebolehan seseorang


dalam memisahkan suatu set komunikasi kepada elemen atau
bahagian-bahagiannya sehingga suatu bentuk perkaitan di
antara elemen-elemen atau bahagian-bahgian yang membina
set komunikasi itu dapat dilihat dengan jelas. Bloom bersama
rakan-rakannya membahagikan kemahiran menganalisis
kepada tiga peringkat, iaitu analisis elemen, analisis perkaitan
dan analisis organisasi elemen.

a)Analisis Elemen:

Analisis elemen ialah kemahiran mengenalpasti perkara dasar


atau pokok terdapat dalam suatu set komunikasi, seperti
anggapan, pandangan sifat, fungsi, nilai dan sebagainya. Aktiviti
seperti mengecam, mengenal pasti fakta serta mengecam
kesimpulan daripada pernyataan merupakan antara kemahiran
bagi peringkat analisis. Selain itu, aktiviti seperti mengenal pasti
anggapan yang tidak dinyatakan eksplisit dalam set komunikasi
itu dan motif dalam sesuatu lukisan merupakan antarar aktiviti-
aktiviti yang tergolong dalam analisis elemen.

b)Analisis Perkaitan:

Analisa perkaitan pula merujuk kepada kemahiran


memperlihatkan saling kaitan antara elemen atau bahagian-
bahagian dalam suatu set komunikasi seperti perkaitan
hipotesis dengan pemerhatian, anggapan dengan hujah, sebab
dengan akibat dan sebagainya. Antara aktiviti yang melibatkan
kemahiran menganalisis perkaitan ialah
mengenal pasti perkaitan hujah dengan kesimpulan serta
menentukan keserasian hipotesis dengan maklumat yang diberi
dan anggapan yang dibuat. Disamping itu, mengenal pasti suatu
perkara yang releven dengan suatu penilaian merupakah antara
aktiviti yang melibatkan kemahiran analisis.

16
c)Analisa Organisasi:

Analisa organisasi ialah kemahiran mengenal pasti susunan


yang sistematik, perkaitan mengikut urutan, struktur dan
sebagainya yang mengorgansasikan suatu set komunikasi.
Antara aktiviti yang melibatkan kemahiran menganalisis
organisasi ialah mengenal pasti tujuan, pendapat, prinsip,
perasaan dan sebagainya dalam suatu set komunikasi dan
seterusnya mengenal pasti ton,mood atau motif dalam lukisan.
bentuk dan corak. Contoh yang berikut seperti mengenal pasti
sikap bias dalam suatu penulisan pertimbangan serta
pendekatan yang dilakukan dalam suatu penyiasatan sains juga
melibatkan kemahiran analisis organisasi di mana susunan yang
teratur melalui maklumat yang diterima dianalisis.

3.3.5 SINTESIS

Di dalam konteks Taksonomi Bloom, sintesis merujuk kepada


kemahiran yang menggabungkan elemen-elemen dan
bahagian-bahagian untuk membentuk suatu set komunikasi.
Ianya melibatkan proses menyusun dan menggabungkan
sesuatu untuk membentuk suatu struktur persembahan atau
corak yang tidak jelas sebelumnya. Berbanding dengan aras
kebolehan kognitif sebelumnya, kemahiran sintesis lebih bersifat
pemikiran mencapah dan kreatif di mana jawapan atau
persembahan murid tidak terhad. Aras sintesis dibahagikan
kepada tiga peringkat, iaitu penghasilan set komunikasi yang
unik, penghasilan cadangan suatu set operasi dan penghasilan
suatu set pertalian perkara-perkara abstrak.

i)Penghasilan Set Komunikasi Yang Unik:


Peringkat ini berkaitan dengan kemahiran untuk menghasilkan
suatu produk bebas seperti lukisan, tulisan, idea, eksperimen

17
atau sebagainya. Aktiviti yang melibatkan kemahiran
penghasilan set komunikasi yang unik ialah mengemukakan
idea melalui penulisan atau ucapan dengan organisasi yang
baik. Menulis cerita, karangan, cerpen atau puisi merupakan
salah satu daripada aktiviti penghasilan set komunikasi yang
unik. Pada yang sama, lukisan, pembinaan bahan-bahan grafik
serta penciptaan lagu juga berkaitan dengan penghasilan set
komunikasi yang unik.

ii) Penghasilan Cadangan Suatu Set Operasi:


Peringkat ini merupakan kemahiran yang berkaitan dengan
penglibatan hasil suatu pelan kerja atau cadangan untuk
melakukan suatu aktiviti terancang. Antara aktiviti yang
melibatkan kemahiran penghasilan cadangan suatu set operasi
ialah penciptaan atau pembinaan cadangan tentang prosedur
untuk menguji hipotesis dan aktiviti mereka bentuk bangunan
berdasarkan spesifikasi yang ditetapkan.

iii)Penghasilan Suatu Set Pertalian Perkara-perkara


Abstrak:
Peringkat ini lebih menfokuskan kepada pembinaan suatu
perumusan bagi suatu set perkara abstrak untuk menerangkan
suatu set data atau fenomena. Antara akiviti yang melibatkan
kemahiran penghasilan suatu set pertalian perkara-perkara
abstrak ialah pembinaan hipotesis berdasarkan data atau
pemerhatian yang ada. Kedua ialah aktiviti penghasilan
penemuan matematik daripada pengolahan dan perumusan
maklumat matematik serta pembinaan suatu kaedah
penyelesaian dengan pengorganisasikan pengalaman.

18
3.3.6 PENILAIAN

Penilaian ialah kemahiran intelek yang paling tinggi dalam


taksonomi bloom. Penilaian ialah kebolehan membuat
pertimbangan dengan menggunakan kaedah dan kaedah yang
piawai untuk menentukan kesesuaian, ketepatan, kecekapan,
keberkesanan tentang sesuatu nilai, makna, pendapat,
penyelesaian, prosedur, produk dan sebagainya. Bloom dan
rakan-rakannya membahagikan kebolehan untuk membuat
penialaian kepada 2 peringkat iaitu penialain berdasarkan
eviden dalaman dan penilaian berdasarkan eviden luaran

a)Penilaian Berdasarkan Eviden Dalaman:

Penilaian berdasarkan eviden dalaman merupakan peringkat di


mana guru membuat pertimbangan dengan menggunakan
maklumat di dalam suatu set komunikasi. Aktiviti yang
melibatkan kemahiran menilai berdasarkan eviden dalaman
ialah mengenal mengenal pasti ketepatan, kecukup cakupan,
dan kerelevanan data.

Selain itu aktiviti seperti mengenal pasti sama ada data,


metodologi dan perbincangan menyokong suatu dapatan atau
kesimpulan yang dibuat merupakan penilai berdasarkan eviden
dalaman. Sehubungan dengan itu, aktiviti yang lain seperti
mengenalpasti sifat bias dan beremosi dalam suatu
persembahan serta mengenal pasti ketepatan dan
kebolehpercayaan pelaporan suatu pemerhatian tentang
fenomena alam dilaksanakan.

b)Penilaian Berdasarkan Eviden Luaran:

Peringkat ini ialah kemahiran membuat pertimbangan ke atas


suatu hasil kerja kriteria yang piawai yang dirumus oleh individu
yang mahir dalam bidang berkenaan. Antara aktiviti yang
melibatan kemahiran menilai berdasarkan eviden luaran ialah
membuat penilaian terhadap kualiti hasil persembahan seni

19
berdasarkan suatu bench mark. Di samping itu juga, aktiviti
penilaian suatu hasil kerja ketukangan berdasarkan satu bench
mark juga dilaksanakan,

3.4 TAKSONOMI SOLO

Taksonomi Solo adalah singkatan daripada perkataan "The Structure of


the Observed Learning Outcome". Ia merupakan kaedah
mengklasifikasikan jawapan berdasarkan struktur hasil pembelajaran. Ia
juga merupakan hierarki sebenar iaitu peningkatan perubahan secara
kuantiti dan kualiti. Ia membimbing pembinaan item aras rendah dan item
aras tinggi.

Aras Taksonomi Solo


1) Prestructural
Jawapan mengandungi maklumat yang tidak berkaitan.

2) Unistructural
Jawapan mengandungi satu maklumat yang berkaitan.

3) Multistructural
Jawapan mengandungi beberapa maklumat yang berkaitan.

4) Relational
Jawapan mengandungi hubung kait di antara maklumat yang berkaitan.

5) Extended Abstract
Jawapan tidak hanya meliputi maklumat berkaitan tetapi merangkumi
maklumat tambahan.

20
4.0 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN
4.1 PENGENALAN

Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU ) merupakan satu elemen


penting dalam pembelajaran. Kaedah ini boleh memastikan pengguna
diuji dengan ujian yang relevan dan sah mengikut kebolehan yang
sebenar dengan memberi keyakinan bahawa pengguna mempunyai asas
pengetahuan mengenai perkara yang dimuridi. Setiap ujian yang dibina
menjalani pelbagai peringkat proses termasuklah pembinaan item,
mengkaji semula, proses ujian awal (pilot-test) dan pra-ujian bagi
memastikan item ujian adalah boleh digunakan dan diperbaiki (jika ada
keperluan). Akhir sekali, sebelum ujian tersebut boleh dijalankan, item
ujian biasanya dikaji dan dinilai oleh pakar pembina item.

4.1.1 DEFINISI

Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU ) merupakan satu senarai


objektif pengajaran dan aras pemahaman yang akan diuji dalam
sesuatu pembinaan item. Selain itu, JSU menghuraikan domain
pencapaian yang hendak diukur dan memberi satu panduan
untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan. Pembinaan
ujian yang akan dijalankan hendaklah mengikut perancangan
dan keperluan spesifikasi ujian yang telah ditetapkan. Sampel
perancangan ujian yang hendak dijalankan mestilah mewakili
item ujian yang seimbang merangkumi dan meliputi aspek
kemahiran dan pengetahuan yang boleh dilaksanakan
pengguna.

Jadual spesifikasi ujian (JSU) ialah satu matrik yang


terdiri dua paksi iaitu paksi kandungan dan paksi aras
kemahiran. JSU juga dikenali juga sebagai “Test Blue Print”
atau “Test Specification”. Kandungan dalam JSU merupakan
topik dalam sukatan muridan manakala aras kemahiran
merupakan taksonomi penguasaan. Ia dibina setelah penguji
dapat menetapkan jenis dan kandungan ujian. Selain itu, ia
membantu penggubal membina item soalan.

21
4.1.2 TUJUAN

Terdapat beberapa tujuan Jadual Spesifikasi Ujian


( JSU ) dibina. Antaranya ialah supaya ujian tidak dibina secara
sembarangan. Ujian dapat dilakukan mengikut objektif
pembelajaran serta selaras dengan sesi pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini turut menjamin kesahan dan
kebolehpercayaan ujian. Selain itu, JSU merupakan satu
panduan dan penentu kepada penggubal soalan dalam
menentukan bilangan item dan jenis item. Taraf dan aras
kesukaran ujian dapat distabilkan dari setahun ke setahun.

Selain itu, penentuan bidang dan pemberat yang akan


diberi di dalam satu ujian dapat dilakukan. Pemberatan dalam
sesuatu ujian ditentukan melalui pengiraan berdasarkan
kemahiran dan waktu mengajar. Bukan itu sahaja, malahan JSU
membolehkan ujian itu dibina oleh penggubal-penggubal soalan
yang lain. Hal ini kerana pemberatan serta jenis dan bilangan
item telah dikira secara tepat untuk keseluruhan ujian.
Seterusnya, pembinaan JSU membolehkan satu perbandingan
dibuat antara satu ujian dengan yang lain.

Jadual penentuan ujian bukan sahaja membantu


mengenalpasti kandungan muridan yang diajar dikelas tetapi
juga turut mengenalpasti objektif muridan bagi setiap tahap
domain objektif yang berdasarkan Taksonomi Bloom. Guru juga
yakin bahawa pengukuran pembelajaran murid dari awal hingga
akhir dan sudah pasti guru tidak akan lupa mengenai
kandungan apa yang patut diajar.

Jadual spesifikasi ujian bertujuan adalah untuk


menghasilkan soalan yang berkualiti. Ini kerana JSU untuk
membantu tidak membentuk soalan secara spontan. Selain itu,
ia juga dapat mengelakkan daripada membentuk soalan yang
tidak tahu aras. Tujuan JSU juga adalah supaya soalan yang
dihasilkan tidak mempunyai kesahan atau tiada keutuhan

22
4.1.3 KEPENTINGAN

Jadual spesifikasi ujian ialah jadual yang menjadi rujukan


kepada guru serta penggubal soalan untuk membentuk soalan.
Jadual spesifikasi ujian bertujuan untuk mengelakkan daripada
membina ujian sembarangan. Jadual spesifikasi ujian juga
dapat menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian tersebut.
Selain itu, JSU juga dapat menimbulkan rasa kepentingan topik-
topik dan aras-aras kemahiran. Di dalam JSU ini kita dapat
melihat aras-aras yang digunakan. Maka dengan adanya aras
tersebut, murid-murid dapat dinilai kefahaman mereka
berdasarkan soalan yang dibuat.

Tujuan JSU juga adalah untuk menentukan


perseimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran
yang diuji. Selain itu, kertas ujian dapat digubal secara
sistematik dengan adanya JSU. Oleh itu kertas ujian yang
digubal lebih berkualiti dan mempunyai sukatan serta mengikut
tahap kesesuaian murid tersebut. Kepentingan jadual spesifikasi
juga ialah sebagai kesahan dari segi persampelan sukatan
muridan adalah terjamin. Selain itu, jadual ini memberi panduan
kepada penggubal untuk membentuk format ujian. Jadual
spesifikasi ujian juga memberi panduan untuk membentuk
soalan.

Oleh itu, penggubal soalan perlu merujuk kepada jadual


tersebut. Kepentingan JSU juga menstabilkan taraf serta aras
kesukaran ujian dari tahun ke tahun. Selain itu, ia juga
mengambil kira bilangan masa yg diperuntukkan untuk sesuatu
topik. JSU juga membolehkan perbandingan dibuat antara satu
ujian dengan ujian yg lain. Ujian meliputi keseluruhan sukatan
muridan.

23
4.1.4 LANGKAH-LANGKAH PEMBINAAN JADUAL SPESIFIKASI
UJIAN

Rajah 1.0 Langkah-langkah pembinaan JSU

Langkah yang pertama dalam pembinaan Jsu ialah memilih tajuk yang
hendak dinilai dan memilih hasil pembelajaran yang hendak diuji. Hasil
pembelajaran ini meliputi hasil pembelajaran dalam aspek pengetahuan kebolehan
intelek dan kemahiran. Setiap pembelajaran ini telah diajar oleh guru ketika sesi
pengajaran dan pembelajaran. Kemudian, bilangan soalan ditentukan mengikut aras
dan jumlah dalam isi kandungan bergantung kepada tujuan ujian dan jumlah topik
yang telah di ajar. Seterusnya, bilangan soalan di dalam petak berkenaan ditulis dan
semakan jumlah dan peratus semua soalan dalam jadual yang telah disediakan.

24
4.2 CONTOH SOALAN BERDASARKAN JSU

25
Nama murid :

Kelas :

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

BAHASA MELAYU Kertas 1

TAHUN 6

Lima puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C, dan D. Bagi setiap
soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan
objektif yang disediakan.

4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian
hitamkan jawapan yang baru.

26
Soalan 1 – 19

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1. “ _____________ mesti bermain dengan bersungguh-sungguh walaupun


saya tiada,” kata Rahim kepada Ali, rakan sepasukannya.

A Kita

B Kami

C Kamu

D Kalian

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah

2. Ayah bersandar di ___________ pokok yang rendang untuk menghilangkan


penat.

A tepi

B bawah

C hujung

D tengah

27
3. __________ hari Mak Munah menjual nasi lemak di hadapan rumahnya.

A Sebahagian

B Setengah

C Setiap

D Suku

4. Bawang yang telah digoreng nenek semalam sangat _______ .

A kering

B empuk

C garing

D lasu

5. Selepas hujan lebat berhenti, keadaan langit pun kembali _______ semula.

A segar

B cerah

C tenang

D nyaman

6. Menteri Muridan telah ___________ pelbagai pertanyaan oleh para


wartawan tentang keputusan UPSR pada tahun lalu.

A ditaburi

B dilontari

C dibanjiri

D dihujani

28
7. Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Satu Malaysia __________ dihadiri oleh
orang Melayu _________ oleh kaum orang lain.

A bukan sahaja…tetapi juga

B sedangkan…apatah lagi

C bukan sahaja…kecuali

D baik…ataupun

8. Serunding daging hasil keluaran syarikat bumiputera akan dipasarkan


_____ luar Negara.

A di

B ke

C pada

D untuk

9. Nani pandai berhujah dan petah bercakap, ________ dia telah dipilih untuk
mewakili sekolahnya dalam pertandingan pidato.

A lantaran itu

B sementara itu

C lebih-lebih lagi

D di samping itu

29
10. Penangkapan empat penjenayah hasil _________ anggota polis selama
beberapa hari.

A tilikan

B risikan

C serbuan

D serangan

11. Encik Zarul _________ bahagian hadapan kafe sibernya yang agak sempit.

A besar

B membesar

C memperbesar

D memperbesarkan

12. Mereka mengaku tidak bersalah apabila kertas _________ dibacakan di


hadapan hakim.

A tuduhan

B tertuduh

C penuduh

D pertuduhan

30
Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.

13. Setiap pelawat perlu mematuhi __________ berpakaian ketika mengunjungi


Masjid Putrajaya.

A tatatertib

B tataetika

C tataacara

D tatasusila

14. Kami tidak dapat tidur dengan nyenyak kerana asyik terdengar bunyi _____
buah durian yang gugur.

A letah-letai

B letuk-letak

C lepak-lepuk

D letung-letang

15. Encik Osman memotong sebatang tebu agar setiap anaknya mendapat
__________ seorang.

31
A seruas

B sebatang

C sepotong

D serumpun

Soalan 16 berdasarkan gambar di bawah.

16. Pak Cik Amin membawa ______ pisang pulang ke rumahnya.

A seikat

B sesisir

C sesikat

D setandan

17. Encik Sulaiman memerlukan ______ kawat dan beberapa ___________


paku untuk memagari kebun sayurnya.

A segelung…bilah

32
B segulung…bilah

C segelung…batang

D segulung…batang

18. Para penonton perlawanan bola sepak itu tidak berpuas hati dengan
pengadil kerana didakwa bersikap __________ .

A tohor

B dalam

C banyak

D singkat

19. Puan Zarina umpama ________ kerana beliau baru seminggu anaknya
terbunuh dalam kemalangan jalan raya, suaminya pula meninggal dunia
semalam.

A tohor

B dalam

C banyak

D singkat

20. Muara Sungai Rompin yang semaik cetek itu menyukarkan bot-bot
pelancong berulang-alik dari Jeti Tanjung Gemok ke Pulau Tioman.
Pilih perkataan berlawan bagi cetek.

A tohor

33
B dalam

C banyak

D singkat

21. Pinggan yang baru dibeli oleh ibu di Pulau Langkawi itu sumbing.
Pilih perkataan seerti bagi sumbing

A serkah

B sompek

C sompong

D sempal

Soalan 22-23

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

22. I Satu tamparan hinggap di mukanya.


II Serpihan helikopter yang meletup itu hinggap di kawasan hutan.
III Penyakit gatal-gatal itu hinggap padanya sejak seminggu yang lalu.
IV Seekor rama-rama hinggap pada kelopak bunga ros.

A I dan II

B III dan IV

C I,II dan IV

D I, III dan IV

23. I Wakil rakyat itu penuh janjinya kepada penduduk kampung.


II Pasar raya itu penuh dengan orang ramai menjelang musim perayaan.
III Pekerja kilang itu mendapat gaji penuh kerana tidak pernah bercuti.
IV Perasaannya penuh semasa menyampaikan lagu itu.

34
A I dan II

B I dan III

C II dan III

D II, III dan IV

24. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.


Pertandingan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung di Afrika Selatan.

A Bilakah pertandingan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung?

B Di manakah pertandingan bola sepak Piala Dunia 2010 diadakan?

C Adakah pertandingan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung di


Afrika Selatan?

D Mengapakah pertandingan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung


di Afrika Selatan?

25. Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.


“ Bagaimanakah kamu terjatuh, Zaki?” Tanya Cikgu Ramli.

A Saya terjatuh di tepi longkang.

B Kaki saya terseliuh kerana terjatuh.

C Ketika mengikuti latihan sukan saya terjatuh.

D Saya berjalan pantas lalu tergelincir.

Soalan 26-27

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

26. Puan Jamilah melarang anaknya bergaul dengan budak-budak nakal.

35
A “ Di kawasan itu memang banyak budak nakal,” kata Puan Jamilah
kepada anaknya.

B “ Kamu perlu berhati-hati jika kamu bertemu budak-budak nakal,” kata


Puan Jamilah kepada anaknya.

C “ Janganlah berkawan dengan budak-budak nakal itu,” kata Puan


Jamilah kepada anaknya.

D “ Jika berkawan dengan budak-budak nakal, kamu akan ditangkap,”


kata Puan Jamilah kepada anaknya.

27. “ Petang nanti jangan lupa angkat kain di ampaian,” pesan emak kepada
kakak.

A Emak dan kakak mengangkat kain di ampaian pada petang nanti.

B Emak berpesan kepada kakak pada petang nanti sambil mengangkat


kain.

C Emak mengingatkan kakak supaya mengangkat kain di ampaian pada


petang nanti.

D Emak mengangkat kain pada petang nanti setelah dipesan oleh kakak.

Soalan 28-30

Pilih ayat yang betul.

28. A Pramugara itu kelihatan segak ketika bertugas.


B Tolong jangan duduk di bangku itu, catnya belum kering lagi.
C Kereta antik itu tidak untuk dijual tetapi sebagai pameran sahaja.
D Jika sekiranya hari hujan, latihan sukan akan dibatalkan.

29. I Kita mesti bekerja kuat demi untuk memajukan diri.

II Mini karipap memang sedap dimakan panas-panas.

III Sesetengah murid lebih suka membawa bekalan daripada rumah.

36
IV Laporan mesyuarat itu telah diserahkan kepada Encik Talib.

A I dan II

B II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

30. I Adik menangis bila digigit semut api ketika bermain di halaman rumah.
II Projek Sekolah Sihat telah dilancarkan ke seluruh negara.
III Pondok telefon itu terletak di antara sekolah dan kedai runcit.
IV Semua daun-daun kering itu telah disapu oleh kakak.

A I dan II

B II dan III

C I dan IV

D III dan IV

Soalan 31-35
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

Hibiscus rosasinensis ialah bunga raya yang menjadi kebanggaan


rakyat Malaysia sebagai bunga kebangsaan negara. Ada antara spesies

37
bunga ini boleh diproses menjadi jus minuman. Spesies yang dimaksudkan
ialah Hibiscus sabdariffal atau lebih dikenali dengan nama roselie. Pokok ini
dikatakan berasal dari India. Ada juga yang mengatakan bahawa pokok ini
berasa! dari Afrika Barat.

Pokok roselle mula ditemukan di Malaysia sejak tahun 1700. Di West


Indies puia, pokok ini ditemukan sejak tahun 1600 dan dinamakan Jamaican
sorrel. Bunga roselle berwarna cerah. Salut bunga atau kaliksnya berwarna
merah gelap dan lebih tebal jika dibandingkan dengan bunga raya biasa.
Bahagian ini mempunyai rasa yang amat masam dan dapat diproses menjadi
minuman. Saiut bunga ini juga dapat diproses menjadi pelbagai makanan
seperti halwa, jeli, sos dan jeruk.

Seperti pokok bunga raya yang lain, pokok roselle sukar dijangkiti
penyakit dan penjagaannya di ladang tidak sukar. Teknologi memproses
pelbagai hasilan roselle juga telah disediakan oleh MARDI untuk
dimanfaatkan oleh usahawan yang berminat. Para pengusaha patut
mengambil peluang ini untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian.

Tahukah kamu daun dan batang muda roselle juga boleh dimakan
sebagai ulam atau salad dan boieh dijadikan perasa dalam kuah kari? Di
Afrika, biji roselle dimakan kerana dikatakan mengandungi minyak yang baik
untuk kesihatan.

31. Apakah spesies bunga raya yang menjadi bunga kebangsaan Negara?

A Hibiscus

B Jamaican sorrel

C Hibiscus sabdariffal

D Hibiscus rosasinensis

32. Makanan berikut dapat dihasilkan daripada bunga roselle kecuali

A jeruk

B halwa

38
C salad

D jeli

33. Bilakah pokok roselle ditemukan di Malaysia?

A 1600

B 1700

C 1800

D 1900

34. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan.

A Kaliksnya boleh diproses menjadi halwa, jeli, sos dan jeruk.

B Pokok roselle mudah dijangkiti penyakit dan sukar dijaga.

C Batang muda roselle dijadikan ulam atau salad.

D Pokok roselle banyak kegunaannya.

35. Rangkai kata mengambil peluang dalam petikan bermaksud

A mengambil berkat.

B mengambil langkah.

C mencari kesempatan.

D menggunakan kesempatan.

Soalan 36-40

Baca temu ramah di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Aizat : Assalamualaikum, Jamil. Nama saya Aizat. Saya dari majalah JAYA.
Saya difahamkan bahawa adik telah terpilih sebagai Olahragawan

39
Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia ( MSSM ) Peringkat Negeri
Pahang tahun 2009. Boleh saya menemuramah adik tentang serba
sedikit di sebalik kejayaan adik?

Jamil : Boleh, apa salahnya. Terima aksih kerana sudi menemuramah saya.

Aizat : Bagaimana perasaan adik ketika diumumkan sebagai Olahragawan


MSSM Peringkat Negeri Pahang 2009?

Jamil : Saya sungguh bangga dan gembira sehingga mengalirkan air mata.
Dengan pemilihan itu juga saya telah membantu mengharumkan nama
sekolah.

Aizat : Siapakah yang menjadi jurulatih adik?

Jamil : Jurulatih saya Cikgu Abdul Manaf bin Zamri, iaitu ayah saya sendiri.
Beliau sangat mementingkan latihan dan disiplin diri yang tinggi. Saya
kagum akan ayah saya yang sentiasa memberi dorongan tanpa
mengenal erti jemu.

Aizat : Berapa lamakah tempoh masa latihan yang diperuntukkan setiap


hari?

Jamil : Saya mengambil masa selama dua jam setiap hari untuk membuat
latihan kecuali pada hari Ahad.

Aizat : Sejauh manakah pencapaian adik setakat ini?

Jamil : Saya pernah menjadi johan di peringkat zon dalam acara lari 100
meter dan 200 meter serta lompat jauh. Di peringkat negeri pula, saya
telah menjadi juara dalam acara 100 meter, 200 meter dan tempat
kedua dalam acara lompat jauh.

Aizat : Wah, nampaknya adik sungguh hebat dan berpotensi ! Apakah


harapan adik pada masa hadapan dalam bidang yang adik ceburi?

Jamil : Terima kasih. Saya berharap dapat mewakili negara pada peringkat
antarabangsa dan sekali gus memecah rekod yang sedia ada.

40
Aizat : Baiklah adik, terima kasih kerana sudi ditemu ramah. Saya berharap
cita-cita adik itu akan tercapai.

Jamil : Sama-sama.

36. Siapakah yang ditemu ramah oleh wartawan JAYA?

A Ahli sukan MSSM

B Olahragawan MSSM 2009

C Pelumba lari MSSM 2009

D Johan olahraga MSSM 2009

37. Apakah yang dimaksudkan dengan memecah rekod dalam petikan di atas?

A Catatan masa larian

B Mencatat rekod orang lain

C Menyamai rekod larian

D Mengatasi rekod yang sedia ada

38. Berapa lamakah masa yang diambil oleh Jamil untuk berlatih dalam
seminggu?

A Dua jam

B Enam jam

C Dua belas jam

D Empat belas jam

39. Antara berikut yang manakah pencapaian terbaik Jamil?

A Peringkat Negeri

B Peringkat Daerah

41
C Peringkat Sekolah

D Peringkat Zon

40. Pada pendapat anda, mengapakah Jamil menitiskan air mata?

A Jamil tidak Berjaya memecahkan rekod.

B Jamil terharu apabila dinobatkan sebagai olahragawan.

C Ayah Jamil merupakan jurulatih yang terkenal dan disanjungi.

D Jamil perlu menjalani latihan lagi untuk ke peringkat antarabangsa.

42
4.3 ANALISIS SOALAN BERDASARKAN JSU
4.3.1 PENGIRAAN SOALAN MENGIKUT
TOPIK

Nama pelajar :

Kelas :

43
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

BAHASA MELAYU Kertas 1

TAHUN 6

Lima puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU

5. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

6. Jawab semua soalan.

7. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C, dan D. Bagi setiap
soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan
objektif yang disediakan.

8. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian
hitamkan jawapan yang baru.

Soalan 1 – 19

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

44
1. “ _____________ mesti bermain dengan bersungguh-sungguh walaupun
saya tiada,” kata Rahim kepada Ali, rakan sepasukannya.

A Kita

B Kami
BIDANG TATABAHASA : KATA NAMA
C Kamu
ARAS : RENDAH
D Kalian ARAS TAKSONOMI BLOOM : PENGETAHUAN

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah

2. Ayah bersandar di ___________ pokok yang rendang untuk menghilangkan


penat.

A tepi

B bawah
BIDANG TATABAHASA : KATA SENDI NAMA
C hujung ARAS : RENDAH

D tengah ARAS TAKSONOMI BLOOM : PENGETAHUAN

3. __________ hari Mak Munah menjual nasi lemak di hadapan rumahnya.

A Sebahagian
BIDANG TATABAHASA : AYAT PENYATA
B Setengah
ARAS : RENDAH
45
ARAS TAKSONOMI BLOOM : PENGETAHUAN
C Setiap

D Suku

4. Bawang yang telah digoreng nenek semalam sangat _______ .

A kering
BIDANG TATABAHASA : KATA ADJEKTIF
B empuk
ARAS : SEDERHANA
C garing
ARAS TAKSONOMI BLOOM : APLIKASI
D lasu

5. Selepas hujan lebat berhenti, keadaan langit pun kembali _______ semula.

A segar

B cerah BIDANG TATABAHASA : KATA ADJEKTIF

C tenang ARAS : RENDAH

ARAS TAKSONOMI BLOOM : KEFAHAMAN


D nyaman

6. Menteri Pelajaran telah ___________ pelbagai pertanyaan oleh para


wartawan tentang keputusan UPSR pada tahun lalu.

A ditaburi

B dilontari BIDANG TATABAHASA : KATA KERJA

ARAS : RENDAH
C dibanjiri
ARAS TAKSONOMI BLOOM : KEFAHAMAN
D dihujani

7. Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Satu Malaysia __________ dihadiri oleh


orang Melayu _________ oleh kaum orang lain.

A bukan sahaja…tetapi juga

B sedangkan…apatah lagi BIDANG TATABAHASA : KATA HUBUNG

ARAS : SEDERHANA

ARAS TAKSONOMI BLOOM : APLIKASI 46


C bukan sahaja…kecuali

D baik…ataupun

8. Serunding daging hasil keluaran syarikat bumiputera akan dipasarkan


_____ luar Negara.

A di
BIDANG TATABAHASA : KATA HUBUNG
B ke ARAS : RENDAH

C pada ARAS TAKSONOMI BLOOM : PENGETAHUAN

D untuk

9. Nani pandai berhujah dan petah bercakap, ________ dia telah dipilih untuk
mewakili sekolahnya dalam pertandingan pidato.

A lantaran itu
BIDANG TATABAHASA : PENANDA WACANA
B sementara itu
ARAS : SEDERHANA
C lebih-lebih lagi
ARAS TAKSONOMI BLOOM : APLIKASI
D di samping itu

10. Penangkapan empat penjenayah hasil _________ anggota polis selama


beberapa hari.

A tilikan
BIDANG TATABAHASA : KATA KERJA
B risikan
ARAS : SEDERHANA

ARAS TAKSONOMI BLOOM : APLIKASI


47
C serbuan

D serangan

11. Encik Zarul _________ bahagian hadapan kafe sibernya yang agak sempit.

A besar
BIDANG TATABAHASA : KATA ADJEKTIF
B membesar ARAS : RENDAH

C memperbesar ARAS TAKSONOMI BLOOM : KEFAHAMAN

D memperbesarkan

12. Mereka mengaku tidak bersalah apabila kertas _________ dibacakan di


hadapan hakim.

A tuduhan
BIDANG TATABAHASA : KATA KERJA
B tertuduh
ARAS : SEDERHANA

C penuduh ARAS TAKSONOMI BLOOM : ANALISIS

D pertuduhan

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.

48
13. Setiap pelawat perlu mematuhi __________ berpakaian ketika mengunjungi
Masjid Putrajaya.

A tatatertib
BIDANG TATABAHASA : PEMBENTUKAN KATA

B tataetika ARAS : SEDERHANA

C tataacara ARAS TAKSONOMI BLOOM : ANALISIS

D tatasusila

14. Kami tidak dapat tidur dengan nyenyak kerana asyik terdengar bunyi _____
buah durian yang gugur.

A letah-letai

B letuk-letak BIDANG TATABAHASA : KATA GANDA

ARAS : SEDERHANA
C lepak-lepuk
ARAS TAKSONOMI BLOOM : APLIKASI
D letung-letang

15. Anak- anak ayam _______________ manakala anak itik pula _______ di
tepi kolam .

A menciar-ciar….bercicip-cicip

B berdecap-decap…menguit-nguit BIDANG TATABAHASA : KATA GANDA

C menciau-ciau….menguis-nguis ARAS : SUKAR

ARAS TAKSONOMI BLOOM : SINTESIS


49
D menciak-cia…. berkuek-kuek

Soalan 16 berdasarkan gambar di bawah.

16. Pak Cik Amin membawa ______ pisang pulang ke rumahnya.

A seikat

B sesisir BIDANG TATABAHASA : PENJODOH BILANGAN

ARAS : RENDAH
C sesikat
ARAS TAKSONOMI BLOOM : PENGETAHUAN
D setandan

17. Encik Sulaiman memerlukan ______ kawat dan beberapa ___________


paku untuk memagari kebun sayurnya.

A segelung…bilah

B segulung…bilah BIDANG TATABAHASA : PENJODOH BILANGAN

C segelung…batang ARAS : RENDAH

ARAS TAKSONOMI BLOOM : KEFAHAMAN


D segulung…batang

50
18. Para penonton perlawanan bola sepak itu tidak berpuas hati dengan
pengadil kerana didakwa bersikap __________ .

A berat hati
BIDANG TATABAHASA : SIMPULAN BAHASA
B berat perut
ARAS : RENDAH
C berat suara
ARAS TAKSONOMI BLOOM : PENGETAHUAN
D berat sebelah

19. Puan Zarina umpama ________ kerana beliau baru seminggu anaknya
terbunuh dalam kemalangan jalan raya, suaminya pula meninggal dunia
semalam.

A sudah jatuh ditimpa tangga

B sudah terhantuk baru tergadah BIDANG TATABAHASA : PERIBAHASA

C telur di hujung tanduk ARAS : SEDERHANA

ARAS TAKSONOMI BLOOM : APLIKASI


D api di dalam sekam

20. Anak kucing itu mundur beberapa langkah apabila seekor anjing
menghampirinya.
Pilih perkataan berlawan bagi mundur.

A maju
BIDANG TATABAHASA : KATA KERJA
B undur
ARAS : RENDAH
C berjalan
ARAS TAKSONOMI BLOOM : KEFAHAMAN
D bergerak

51
21. Pinggan yang baru dibeli oleh ibu di Pulau Langkawi itu sumbing.
Pilih perkataan seerti bagi sumbing

A serkah

B sompek BIDANG TATABAHASA : KATA ADJEKTIF

ARAS : TINGGI
C sompong
ARAS TAKSONOMI BLOOM : PENILAIAN
D sempal

Soalan 22-23

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

22. I Satu tamparan hinggap di mukanya.


II Serpihan helikopter yang meletup itu hinggap di kawasan hutan.
III Penyakit gatal-gatal itu hinggap padanya sejak seminggu yang lalu.
IV Seekor rama-rama hinggap pada kelopak bunga ros.

A I dan II

B III dan IV
BIDANG TATABAHASA : KATA KERJA
C I,II dan IV
ARAS : TINGGI
D I, III dan IV ARAS TAKSONOMI BLOOM : SINTESIS

23. I Wakil rakyat itu penuh janjinya kepada penduduk kampung.


II Pasar raya itu penuh dengan orang ramai menjelang musim perayaan.
III Pekerja kilang itu mendapat gaji penuh kerana tidak pernah bercuti.
IV Perasaannya penuh semasa menyampaikan lagu itu.

A I dan II

B I dan III
BIDANG TATABAHASA : AYAT PENYATA

C II dan III ARAS : RENDAH

ARAS TAKSONOMI BLOOM : KEFAHAMAN


52
D II, III dan IV

24. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.


Pertandingan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung di Afrika Selatan.

A Bilakah pertandingan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung?

B Di manakah pertandingan bola sepak Piala Dunia 2010 diadakan?

C Adakah pertandingan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung di


Afrika Selatan?

D Mengapakah pertandingan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung


di Afrika Selatan? BIDANG TATABAHASA : AYAT TANYA

ARAS : RENDAH

ARAS TAKSONOMI BLOOM : KEFAHAMAN

25. Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.


“ Bagaimanakah kamu terjatuh, Zaki?” Tanya Cikgu Ramli.

A Saya terjatuh di tepi longkang. BIDANG TATABAHASA : AYAT


PENYATA
B Kaki saya terseliuh kerana terjatuh.
ARAS : RENDAH
C Ketika mengikuti latihan sukan saya terjatuh.
ARAS TAKSONOMI BLOOM :
KEFAHAMAN
D Saya berjalan pantas lalu tergelincir.

Soalan 26-27

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

26. Puan Jamilah melarang anaknya bergaul dengan budak-budak nakal.

A “ Di kawasan itu memang banyak budak nakal,” kata Puan Jamilah


kepada anaknya.

B “ Kamu perlu berhati-hati jika kamu bertemu budak-budak nakal,” kata


Puan Jamilah kepada anaknya.

53
C “ Janganlah berkawan dengan budak-budak nakal itu,” kata Puan
Jamilah kepada anaknya.

D “ Jika berkawan dengan budak-budak nakal, kamu akan ditangkap,”


kata Puan Jamilah kepada anaknya.

BIDANG TATABAHASA : AYAT PENYATA


ARAS : RENDAH
ARAS TAKSONOMI BLOOM : KEFAHAMAN

27. “ Petang nanti jangan lupa angkat kain di ampaian,” pesan emak kepada
kakak.

A Emak dan kakak mengangkat kain di ampaian pada petang nanti.

B Emak berpesan kepada kakak pada petang nanti sambil mengangkat


kain.

C Emak mengingatkan kakak supaya mengangkat kain di ampaian pada


petang nanti.

D Emak mengangkat kain pada petang nanti setelah dipesan oleh kakak.

BIDANG TATABAHASA : AYAT PENYATA

ARAS : RENDAH

ARAS TAKSONOMI BLOOM : KEFAHAMAN

Soalan 28-30

Pilih ayat yang betul.

28. A Pramugara itu kelihatan segak ketika bertugas.


B Tolong jangan duduk di bangku itu, catnya belum kering lagi.
C Kereta antik itu tidak untuk dijual tetapi sebagai pameran sahaja.
D Jika sekiranya hari hujan, latihan sukan akan dibatalkan.

BIDANG TATABAHASA : AYAT PENYATA

ARAS : SUKAR
54
ARAS TAKSONOMI BLOOM : SINTESIS
29. I Kita mesti bekerja kuat demi untuk memajukan diri.

II Mini karipap memang sedap dimakan panas-panas.

III Sesetengah murid lebih suka membawa bekalan daripada rumah.

IV Laporan mesyuarat itu telah diserahkan kepada Encik Talib.

A I dan II

B II dan IV BIDANG TATABAHASA : AYAT PENYATA

C I, III dan IV ARAS : SUSAH

ARAS TAKSONOMI BLOOM : SINTESIS


D II, III dan IV

30. I Adik menangis bila digigit semut api ketika bermain di halaman rumah.
II Projek Sekolah Sihat telah dilancarkan ke seluruh negara.
III Pondok telefon itu terletak di antara sekolah dan kedai runcit.
IV Semua daun-daun kering itu telah disapu oleh kakak.

A I dan II
BIDANG TATABAHASA : AYAT PENYATA
B II dan III
ARAS : SUKAR
C I dan IV
ARAS TAKSONOMI BLOOM : PENILAIAN
D III dan IV

Soalan 31-35
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

Hibiscus rosasinensis ialah bunga raya yang menjadi kebanggaan


rakyat Malaysia sebagai bunga kebangsaan negara. Ada antara spesies
bunga ini boleh diproses menjadi jus minuman. Spesies yang dimaksudkan
ialah Hibiscus sabdariffal atau lebih dikenali dengan nama roselie. Pokok ini

55
dikatakan berasal dari India. Ada juga yang mengatakan bahawa pokok ini
berasa! dari Afrika Barat.

Pokok roselle mula ditemukan di Malaysia sejak tahun 1700. Di West


Indies puia, pokok ini ditemukan sejak tahun 1600 dan dinamakan Jamaican
sorrel. Bunga roselle berwarna cerah. Salut bunga atau kaliksnya berwarna
merah gelap dan lebih tebal jika dibandingkan dengan bunga raya biasa.
Bahagian ini mempunyai rasa yang amat masam dan dapat diproses menjadi
minuman. Saiut bunga ini juga dapat diproses menjadi pelbagai makanan
seperti halwa, jeli, sos dan jeruk.

Seperti pokok bunga raya yang lain, pokok roselle sukar dijangkiti
penyakit dan penjagaannya di ladang tidak sukar. Teknologi memproses
pelbagai hasilan roselle juga telah disediakan oleh MARDI untuk
dimanfaatkan oleh usahawan yang berminat. Para pengusaha patut
mengambil peluang ini untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian.

Tahukah kamu daun dan batang muda roselle juga boleh dimakan
sebagai ulam atau salad dan boieh dijadikan perasa dalam kuah kari? Di
Afrika, biji roselle dimakan kerana dikatakan mengandungi minyak yang baik
untuk kesihatan.

31. Apakah spesies bunga raya yang menjadi bunga kebangsaan Negara?

A Hibiscus

B Jamaican sorrel BIDANG : PEMAHAMAN

ARAS : RENDAH
C Hibiscus sabdariffal
ARAS TAKSONOMI BLOOM : PENGETAHUAN
D Hibiscus rosasinensis

32. Makanan berikut dapat dihasilkan daripada bunga roselle kecuali

A jeruk
BIDANG : PEMAHAMAN
B halwa
ARAS : RENDAH
C salad
ARAS TAKSONOMI BLOOM : KEFAHAMAN
D jeli

56
33. Bilakah pokok roselle ditemukan di Malaysia?

A 1600

B 1700 BIDANG : PEMAHAMAN

ARAS : RENDAH
C 1800
ARAS TAKSONOMI BLOOM : KEFAHAMAN
D 1900

34. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan.

A Kaliksnya boleh diproses menjadi halwa, jeli, sos dan jeruk.

B Pokok roselle mudah dijangkiti penyakit dan sukar dijaga.

C Batang muda roselle dijadikan ulam atau salad.

D Pokok roselle banyak kegunaannya.

BIDANG : PEMAHAMAN

ARAS : SUKAR

ARAS TAKSONOMI BLOOM : SINTESIS

35. Rangkai kata mengambil peluang dalam petikan bermaksud

A mengambil berkat.

B mengambil langkah. BIDANG : MAKNA RANGKAI KATAA

C mencari kesempatan. ARAS : SEDERHANA

ARAS TAKSONOMI BLOOM : APLIKASI


D menggunakan kesempatan.

Soalan 36-40

Baca temu ramah di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Aizat : Assalamualaikum, Jamil. Nama saya Aizat. Saya dari majalah JAYA.
Saya difahamkan bahawa adik telah terpilih sebagai Olahragawan
Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia ( MSSM ) Peringkat Negeri

57
Pahang tahun 2009. Boleh saya menemuramah adik tentang serba
sedikit di sebalik kejayaan adik?

Jamil : Boleh, apa salahnya. Terima aksih kerana sudi menemuramah saya.

Aizat : Bagaimana perasaan adik ketika diumumkan sebagai Olahragawan


MSSM Peringkat Negeri Pahang 2009?

Jamil : Saya sungguh bangga dan gembira sehingga mengalirkan air mata.
Dengan pemilihan itu juga saya telah membantu mengharumkan nama
sekolah.

Aizat : Siapakah yang menjadi jurulatih adik?

Jamil : Jurulatih saya Cikgu Abdul Manaf bin Zamri, iaitu ayah saya sendiri.
Beliau sangat mementingkan latihan dan disiplin diri yang tinggi. Saya
kagum akan ayah saya yang sentiasa memberi dorongan tanpa
mengenal erti jemu.

Aizat : Berapa lamakah tempoh masa latihan yang diperuntukkan setiap


hari?

Jamil : Saya mengambil masa selama dua jam setiap hari untuk membuat
latihan kecuali pada hari Ahad.

Aizat : Sejauh manakah pencapaian adik setakat ini?

Jamil : Saya pernah menjadi johan di peringkat zon dalam acara lari 100
meter dan 200 meter serta lompat jauh. Di peringkat negeri pula, saya
telah menjadi juara dalam acara 100 meter, 200 meter dan tempat
kedua dalam acara lompat jauh.

Aizat : Wah, nampaknya adik sungguh hebat dan berpotensi ! Apakah


harapan adik pada masa hadapan dalam bidang yang adik ceburi?

Jamil : Terima kasih. Saya berharap dapat mewakili negara pada peringkat
antarabangsa dan sekali gus memecah rekod yang sedia ada.

Aizat : Baiklah adik, terima kasih kerana sudi ditemu ramah. Saya berharap
cita-cita adik itu akan tercapai.

58
Jamil : Sama-sama.

36. Siapakah yang ditemu ramah oleh wartawan JAYA?

A Ahli sukan MSSM


BIDANG : PEMAHAMAN
B Olahragawan MSSM 2009
ARAS : RENDAH
C Pelumba lari MSSM 2009
ARAS TAKSONOMI BLOOM : KEFAHAMAN

D Johan olahraga MSSM 2009

37. Apakah yang dimaksudkan dengan memecah rekod dalam petikan di atas?

A Catatan masa larian BIDANG : PEMAHAMAN

B Mencatat rekod orang lain ARAS : SEDERHANA

ARAS TAKSONOMI BLOOM : APLIKASI


C Menyamai rekod larian

D Mengatasi rekod yang sedia ada

38. Berapa lamakah masa yang diambil oleh Jamil untuk berlatih dalam
seminggu?

A Dua jam

B Enam jam BIDANG : KATA KERJA

C Dua belas jam ARAS : SEDERHANA

ARAS TAKSONOMI BLOOM : ANALISIS


D Empat belas jam

39. Antara berikut yang manakah pencapaian terbaik Jamil?

A Peringkat Negeri

B Peringkat Daerah BIDANG : PEMAHAMAN

C Peringkat Sekolah ARAS : SEDERHANA

ARAS TAKSONOMI BLOOM : ANALISIS

59
D Peringkat Zon

40. Pada pendapat anda, mengapakah Jamil menitiskan air mata?

A Jamil tidak Berjaya memecahkan rekod.

B Jamil terharu apabila dinobatkan sebagai olahragawan.

C Ayah Jamil merupakan jurulatih yang terkenal dan disanjungi.

D Jamil perlu menjalani latihan lagi untuk ke peringkat antarabangsa.

BIDANG : PEMAHAMAN

ARAS : SUKAR

ARAS TAKSONOMI BLOOM : SINTESIS

ANALISIS SOALAN BERDASARKAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

Bil Bentuk soalan Objektif


Kemahiran Kognitif
Bidang / topik / topik kecil Ja 1 2 3 4 5 6 Jumlah
m item
1.1 Tatabahasa 1 1

60
a) Kata ganda
b) Penanda wacana 1
c) Kata hubung 1 1
d) Kata tugas 1
e) Penjodoh bilangan 28 1 1 28
f) Kata nama 1
g) Pembentukan kata 1
h) Kata adjektif 3 1 1
i) Kata kerja 2 1 1 1
j) Ayat penyata 4 2 1
k) Ayat pasif
l) Ayat tanya 1
1.2 Membaca dan memaham
a) Menjawab 10
soalan kefahaman
berdasarkan
petikan yang 1 3 1 1 1 1
dibaca. Panjang
petikan ialah lebih 10 10
kurang 150 patah
perkataan
b) Memberi makna 2
rangkai kata
berdasarkan
petikan.
1.3 Peribahasa 2 1 2
a) Simpulan bahasa 1
Jumlah 40 40

PETUNJUK :

1. Aras pengetahuan

2. Aras kefahaman

61
3. Aras aplikasi

4. Aras analisis

5. Aras sintesis

6. Aras penilaian

4.7. HURAIAN ANALISIS SOALAN BERDASARKAN JADUAL SPESIFIKASI

UJIAN

Berdasarkan jadual tersebut, item dibahagikan kepada tiga topik utama iaitu
tatabahasa, membaca dan memeaham dan peribahasa. Topik ini dibahagikan

62
mengikut nisbah pemberatan sebanyak 5:3:2, iaitu 20 soalan mudah, 12 soalan
sederhana dan lapan soalan sukar. Nisbah ini dibahagi berdasarkan kepada
Taksonomi Bloom iaitu mengikut aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi,
analisis, sintesis serta penilaian.

Aras pengetahuan berfungsi untuk melihat kebolehan murid mengingat


kembali fakta, erti, istilah, prinsip, hukum serta definisi yang dimuridi. Aras ini
merupakan aras yang membolehkan murid menjawab soalan mengikut
pengetahuan sedia ada mereka. Selain itu, murid dapat menentukan jawapan
dengan mudah. Terdapat empat soalan dalam topik Tatabahasa dalam aras ini.
Bahagian membaca dan memaham mempunyai satu soalan iaitu soalan 36
manakala bahagian peribahasa juga mempunyai satu soalan, iaitu soalan 18.

Bagi aras kefahaman berdasarkan analisis yang dibuat, terdapat 14 soalan.


Aras ini merupakan aras untuk menguji kebolehan-kebolehan murid memahami,
menterjemah, meninterpretasi, menukar dan menjelaskan fakta, konsep,
hukum, serta teori yang telah dimuridi. Aras kefahaman ini memerlukan murid
memahami fakta dan menghuraikannya, memberi contoh dan ilustrasi. Murid
juga dapat menggunakan kefahaman mereka untuk menjawab soalan. Terdapat
11 soalan tatabahasa, 3 soalan daripada bahagian membaca dan memaham
dan tiada soalan peribahasa.

Aras aplikasi melibatkan 5 soalan tatatabahasa, 3 soalan membaca dan


memaham serta satu soalan peribahasa. Aras ini menguji kebolehan murid
menggunakan fakta, konsep, hukum, teori, prinsip, pengetahuan dan kemahiran
untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan. Murid perlulah menyelesaikan
masalah dengan cara tersendiri melalui aplikasi konsep dan fakta untuk
menjawab soalan. Bukan itu sahaja, malahan murid dapat mengaplikasikan
pengalaman dan pelbagai kaedah yang mempunyai unsur persamaan.

Aras analisis ialah aras untuk menguji kebolehan murid membanding dan
menghuraikan faktor-faktor kesamaan, perbezaan dan perhubungan di antara
satu sama lain. Aras ini memerlukan murid memecahkan sesuatu perkara
kepada bahagian yang lebih kecil. Antara soalan yang telah dianalisis
berdasarkan aras analisis ialah soalan 12 dan 13. Murid perlu menganalisis
soalan sebelum mencari jawapan yang tepat. Berdasarkan kepada soalan yang

63
dianalisis, aras ini merupakan aras yang sederhana kerana memerlukan murid
berfikir dan memahami soalan itu. Pengetahuan juga penting kerana murid perlu
mengenalpasti dan menganalisis hubungkait sesuatu organisasi. Terdapat dua
soalan bahagian tatabahasa dan satu soalan bahagian membaca dan
memaham.

Seterusnya, aras sintesis. Terdapat beberapa soalan yang melibatkan aras


ini. Murid perlu mensintesis, iaitu mencantumkan beberapa bahagian untuk
dijadikan satu bahan serta mereka cipta idea baru dalam mencari pilihan
jawapan yang tepat. Aras ini dikelaskan dalam aras yang sukar kerana murid
perlu menggunakan penaakulan dalam mencari jawapan. Setiap soalan perlu
difahamkan terlebih dahulu. Terdapat empat soalan bahagian tatabahasa dan
satu soalan bahagian membaca dan memaham. Aras ini menguji tahap
kefahaman murid dalam peringkat yang tinggi. Antara contoh soalan aras
sintesis ialah soalan 21 dan 22.

Aras yang terakhir ialah aras penilaian. Aras ini bertujuan untuk menguji
kebolehan murid membuktikan, menilaikan, mengesahkan, mengkritik,
merumuskan, atau memberi pendapat sesuatu penyataan, ciptaan, karya,
prinsip dan teori. Murid juga dapat menilai dan membuat keputusan terhadap
sesuatu bahan berdasarkan kriteria tertentu dan penilaian dijalankan secara
sedar. Terdapat beberapa soalan dalam bahagian tatabahasa iaitu soalan topik
kata adjektif, iaitu soalan 21 dan ayat penyata, soalan 30.

Kesimpulannya, jadual spesifikasi ujian ini merupakan satu elemen penting


yang mana penggubal dapat membuat soalan melalui rujukan terhadap jadual
ini. Jadual ini secara langsung mampu menyelaraskan bilangan item dan jenis
item yang perlu dan sesuai digunakan di sekolah. Aplikasi penggunaan jadual
ini sangat penting dalam sistem pembelajaran di sekolah.

PENGIRAAN SOALAN MENGIKUT TOPIK

PENGIRAAN SOALAN KEMAHIRAN TATABAHASA

64
Masa belajar : 27 jam

Jumlah masa belajar : 40 jam

Jumlah soalan : 40 soalan

Pengiraan :

= 28 x 40 =

40

= 28 soalan.

PENGIRAAN SOALAN KEMAHIRAN MEMBACA DAN MEMAHAM

Masa belajar : 10 jam

Jumlah masa belajar : 40 jam

Jumlah soalan : 40 soalan

Pengiraan :

= 10 x 40 =

40

= 10 soalan.

PENGIRAAN SOALAN PERIBAHASA

Masa belajar : 2 jam

Jumlah masa belajar : 40 jam

65
Jumlah soalan : 40 soalan

Pengiraan :

= 2 x 40

40

= 3 soalan.

4.4 FAKTOR DAN PENYELESAIAN KEPADA MASALAH PEMBINAAN


ITEM MERANGKUMI CIRI-CIRI DAN TAHAP KEESAHAN (VALIDITY)

Keberkesanan sesuatu kertas ujian banyak bergantung pada mutu kertas


ujian itu sendiri. Justeru, pembinaan kertas soalan bagi sesuatu ujian

66
perlu dilaksanakan dengan teliti untuk menjamin mutunya dari segi
kesahan (validity) dan kebolehpercayaan (reliability). Ujian dikatakan
bermutu jika ujian itu sah dan boleh dipercayai. Sebagai alat pengukuran,
sesuatu kertas soalan hendaklah mampu mengukur apa yang hendak
diukur serta boleh dipercayai, seterusnya dapat menghasilkan keputusan
yang konsisten.

Faktor-faktor utama yang perlu diambil kira dalam proses pembinaan dan
penyediaan kertas soalan yang bermutu adalah seperti yang berikut :

4.4.1 Kerelevanan

Ujian yang dibina hendaklah mengandungi soalan-soalan yang


dipilih dengan teliti agar soalan itu dapat menguji apa yang
hendak diuji. Relevan atau tidaknya sesuatu ujian yang dibina
bergantung pada faktor sejauh mana ujian itu dapat menguji
objektif sukatan pelajaran berkenaan. Kertas soalan yang
relevan seharusnya dapat menguji objektif sukatan pelajaran.

4.4.2 Keseimbangan

Sesuatu ujian hendaklah mempunyai bilangan soalan yang


ditentukan mengikut tajuk atau subtajuk berdasarkan
penekanan dalam sukatan pelajaran. Lazimnya keseimbangan
sesuatu ujian (terutamanya bagi ujian aneka pilihan) boleh
dicapai dengan menggubal soalan mengikut kehendak Jadual
Spesifikasi Ujian yang mengandungi maklumat tentang bentuk
ujian, panjangnya ujian, jenis soalan, kandungan tajuk atau
subtajuk, aras kemahiran yang hendak diuji, bilangan soalan,
dan peruntukan markah.

4.6.3 Keobjektifan

Semua soalan yang terkandung dalam sesuatu ujian hendaklah


cukup jelas dan jawapan yang disediakan bagi setiap soalan
hendaklah tepat. Bagi soalan aneka pilihan, semua pakar

67
(pentaksir soalan) dalam bidang yang diuji hendaklah bersetuju
tentang jawapan yang betul antara pilihan jawapan yang
diberikan oleh penggubal. Demikian juga, jawapan bagi soalan
esei hendaklah diperakukan oleh semua pakar dalam bidang
berkenaan.

4.6.4 Aras kesukaran

Soalan sesuatu ujian hendaklah mempunyai kesukaran yang


sederhana, iaitu tidak terlalu senang dan tidak pula terlalu sukar.
Aras kesukaran sesuatu soalan dapat dilihat daripada kadar
bilangan calon yang dapat menjawab soalan sukar dan mudah. .
Julat aras kesukaran yang boleh diterima ialah 30%- 80%. Hal
ini bermakna bahawa setiap soalan hendaklah dapat dijawab
dengan betul oleh sekurang-kurangnya 30% daripada calon
yang menjawabnya dan selebih-lebihnya 80%. Soalan yang
dapat dijawab betul oleh kurang daripada 30% calon dianggap
terlalu sukar, manakala yang dapat dijawab mudah oleh lebih
daripada 80% calon dianggap terlalu mudah.

4.6.5 Diskriminasi

Soalan sesuatu ujian hendaklah dapat membezakan dengan


jelas antara calon yang baik (tinggi prestasinya) dengan calon
yang lemah (rendah prestasinya). Sesuatu soalan dikatakan
mempunyai kuasa diskiriminasi yang baik apabila kebanyakan
calon yang baik memilih opsyen yang betul manakala
kebanyakan calon yang lemah memilih opsyen yang salah.
Salah satu cara mengukur kuasa diskriminasi adalah dengan
menggunakan rumus

D= U-L
N

68
D = indeks diskriminasi,

U = bilangan calon daripada kumpulan yang tinggi


prestasinya yang menjawab soalan dengan betul,

L = billangan calon daripada kumpulan yang rendah


prestasinya yang menjawab soalan dengan betul,

N = Jumlah calon dalam kedua-dua kumpulan tinggi


dan kumpulan rendah.

Bagi soalan aneka pilihan, soalan yang baik hendaklah


mempunyai nilai D yang positif bagi jawapan dan nilai D yang
negatif bagi semua yang bukan jawapan (distraktor).

4.5 IMPLIKASI PEMBINAAN UJIAN TANPA MERUJUK JSU

Guru – guru yang membina soalan tanpa berpandukan JSU akan


membina soalan yang sukar di luar kemampuan murid. Murid- murid yang
menjawab soalan tersebut akan menyimpulkan soalan tersebut sebagai

69
soalan yang susah dan keberangkalian untuk murid-murid peringkat
sederhana untuk mendapat skor pada soalan tersebut adalah rendah.

Selain itu, jika guru tidak berpandukan JSU dalam pembinaan soalan,
guru akhirnya akan membina soalan yang terlalu senang serta di luar aras
pengujian murid-murid. Sememangnya murid-murid daripada pelbagai
aras akan mudah mendapat skor untuk soalan seperti itu, tetapi soalan itu
tidak wajar diberi secara keseluruhan, memadai sahaja diberi berdasarkan
nisbah pemberatan soalan. Soalan tersebut akan dilabel sebagai soalan
aras rendah yang tidak wajar diberi kepada murid-murid aras tinggi.

Di samping itu, implikasi lain yang akan timbul ialah soalan tersebut akan
diulas sebagai soalan yang dibina tanpa mengikut format soalan. Guru
yang menggubal soalan dikatakan tidak menepati format soalan tanpa
menentukan topik yang hendak ditafsir. Pembinaan soalan yang secara
semberono tanpa menghiraukan aspek bilangan masa pembelajaran akan
mengganggu sistem pengiraan bilangan item mengikut topik.

JENIS UJIAN KELEBIHAN KELEMAHAN

UJIAN  Pemeriksa yang  Idea tidak dapat


OBJEKTIF berlainan dapat dilontarkan secara

70
memberikan markah menyeluruh.
yang sama.  Memerlukan kefahaman
 Ujian menepati yang tinggi ( ujian kloz )
kandungan sukatan  Menguji perkara uang
matapejaran dengan spesifik.
menggunakan JSU.  Calon perlu menghafaz
 Jawapan yang pendek dan menganalisis
dan tepatcalon hanya pendapat orang lain.
memilih jawapan sedia  Banyak masa yang
ada. diperlukan untuk calon
 Skema pemarkahan berfikir.
dapat disediakan
dengan mudah.

KELEBIHAN KELEMAHAN
Ujian objektif mempunyai Ujian objektif juga mempunyai
beberapa kelebihan dan di beberapa kelemahan dan di
UJIAN
antaranya ialah: antaranya ialah:
OBJEKTIF Ujian ini mempunyai Ia tidak dapat mengukur

71
objektif ujian tugas kebolehan murid
calon dan asas memilih, mengatur dan
penilaian lebih jelas membuat sentisis idea-
dan lebih tepat. idea dan melahirkannya
Ia bebas daripada secara sepadu.
penyelewengan Ada kecenderungan
pemarkahan. Keadilan menggalakkkan murid-
dari segi pemarkahan murid meneka.
tersebut terjamin. Semasa menduduki
Tidak menggalakkan peperiksaan calon
penipuan. terpaksa menggunakan
Ujian ini mempunyai banyak masa untuk
nilai potensi diagnostik membaca dan berfikir.
yang tinggi. Ujian ini memaksa guru-
Ia boleh diskor dengan guru mengambil masa
tepat. yang banyak untuk
Ia juga boleh diskor menyediakannya.
dengan menggunakan Banyak tenaga yang
mesin dan tidak digunakan.
memerlukan orang- Ia tidak dapat mengukur
orang yang terlatih. keaslian.
Pemeriksaan boleh
dipercayai.
Ujian ini bebas
daripada artikulasi
verbal. Ia tidak
memerlukan kefasihan
bahasa.
Ia dapat mengukur
proses mental yang
tinggi.
Ia memberi
sumbangan kepada
sampel isi yang luas.
Ia dapat menyumbang
kepada cara
pengumpulan item
yang baik.

5.0 RUMUSAN KESELURUHAN

Pentaksiran ataupun pengukuran membawa definisi sebagai “suatu proses untuk


mendapatkan penjelasan secara ‘numeric’ tentang sebanyak mana
individu/murid mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan alat

72
tertentu”. Pengujian pula dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan
yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur
yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang
individu atau murid. Penilaian boleh juga dapat dianggap sebagai satu cara
untuk mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu perkara. Maklumat dan
bukti ini amat penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Taksonomi merupakan kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam


pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaaan sifat organisma
itu. Taksonomi Bloom merupakan modal yang menitikberatkan aspek kognitif
atau pengetahuan. Ia bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi) di mana
guru menetapkan aras-aras yang sesuai bagi menguji tahap pemikiran murid.
Taksonomi Solo adalah singkatan daripada perkataan "The Structure of the
Observed Learning Outcome". Ia merupakan kaedah mengklasifikasikan
jawapan berdasarkan struktur hasil pembelajaran.

Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU ) merupakan satu elemen penting


dalam pembelajaran. Kaedah ini boleh memastikan pengguna diuji dengan ujian
yang relevan dan sah mengikut kebolehan yang sebenar dengan memberi
keyakinan bahawa pengguna mempunyai asas pengetahuan mengenai perkara
yang dimuridi. Setiap ujian yang dibina menjalani pelbagai peringkat proses
termasuklah pembinaan item, mengkaji semula, proses ujian awal (pilot-test) dan
pra-ujian bagi memastikan item ujian adalah boleh digunakan dan diperbaiki (jika
ada keperluan).

6.0 REFLEKSI
6.1 FIRDAUS B MD. FADZIL

Semasa menjalankan tugasan ini, saya telah membuat pemerhatian


dan pembacaan daripada buku-buku ilmiah di perpustakaan Institut

73
Pendidikan Guru Malaysia kampus Ipoh. Bilangan buku - buku ilmiah
kurang kerana hampir kesemuanya telah dipinjam oleh para pelatih yang
lain. Tanpa melengahkan masa, saya mencuba mencatat maklumat-
maklumat penting yang dapat digunakan di dalam projek kursus.
Walaupun tugasan ini mengambil yang agak lama, saya tidak berputus
asa untuk mencari bahan yang berkaitan.

Setelah selesai mencari maklumat daripada bahan-bahan ilmiah yang


lain, saya juga telah mencari sedikit maklumat daripada internet.
Walaupun maklumatnya kurang, namun saya dapat mengambil sedikit
bahan yang berguna. Selepas itu, semua maklumat-maklumat tersebut
telah dianalisis oleh saya. Pada masa yang sama, saya cuba untuk
menyusun dan membuat rumusan agar segala maklumat yang telah saya
cari dapat dimasukkan dalam tugasan ini.

Sejurus selepas menyiapkan tugasan ini, saya telah menyedari tentang


pentingnya pengetahuan kita sebagai bakal guru iaitu sebagai agen
perubahan. Pada masa yang sama, saya juga dapat memmuridi tentang
konsep pentaksiran, pengujian dan penilai disamping dapat memmuridi
cara untuk membina sebuah soalan berdasarkan JSU. Walaupun saya
masih baru bagi aktiviti ini, namun saya amat bangga dengan pencapaian
saya setakat ini. Malah saya juga berasa sangat seronok sepanjang
minggu tugasan ini apatah lagi sewaktu bersama dengan ahli-ahli
kumpulan saya. Kesimpulannya tugasan ini mengajar saya untuk
memmuridi lebih banyak ilmu dan mempraktikkannya pada masa hadapan
terutamanya apabila saya menjadi guru kelak.

6.2 NADIA BT MOHD SHARUDDIN

Dalam tugasan Kerja Kursus Pendek Induk ini, saya telah dapat
mengkaji secara menyeluruh topik Pentaksiran,Pengujian dan Penilaian.

74
Selain itu, saya dapat menerokai isi pembelajaran yang berkaitan dengan
Taksonomi terutamanya Taksonomi Bloom dan Taksonomi Solo.

Di samping itu, saya akhirnya dapat menguasai tajuk yang berkaitan


dengan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). JSU melibatkan penstrukuran
yang seimbang dalam pembinaan soalan yang merujuk sukatan
pembelajaran sebagai asas utama dalam pembinaan soalan.

Taksonomi merupakan kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan


dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaaan
sifat organisma itu. Taksonomi Bloom merupakan modal yang
menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan.

Sebagai seorang bakal guru, saya perlulah mengetahui aras pemikiran


murid-murid. Oleh kerana tahap penguasaan murid itu berbeza-beza,
saya perlulah mengenalpasti murid-murid yang lemah dan diberikan
pemahaman insentif yang secukupnya. Setiap ujian yang dibina menjalani
pelbagai peringkat proses termasuklah pembinaan item, mengkaji semula,
proses ujian awal (pilot-test) dan pra-ujian bagi memastikan item ujian
adalah boleh digunakan dan diperbaiki (jika ada keperluan).

Seterusnya, pengetahuan pembinaan JSU ini memberi pengajaran dan


maklumat yang sangat sukar diperolehi tanpa melalui tugasan sebegini..
Prinsi-prinsip yang diterapkan juga mudah diaplikasi serta selaras dengan
keperluan murid masa kini.

6.3 RABBIYATUL ADAWIYAH BT PAIRON

75
Sepanjang pelaksanaan tugasan ini, saya dapat mengetahuai dengan
lebih mendalam tentang pentaksiran, penilaian dan pengujian. Sebagai
bakal guru, pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian ini memberi pelbagai
maklumat dan pengetahuan yang lebih sebagai persediaan sebelum
menjadi seorang guru. Prinsip-prinsip pembinaan yang terdapat dalam
pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian ini juga sesuai dan wajar
dilaksanakan warga pendidik sebagai salah satu langkah ke arah
pembentukan murid yang bijak serta mampu menjadi warganegara yang
bertanggungjawab. Topik ini turut menerapkan beberapa panduan guru
agar bersedia dalam segala aspek seperti fizikal, emosi dan mental.

Kemahiran membina item merupakan aspek yang penting bagi menilai


keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Hal ini dapat
memberi input buat guru tentang prestasi dan tahap kemahiran yang telah
dikuasai oleh murid-murid. Guru juga dapat memperbaiki diri agar objekti
pembelajaran tercapai melalui kepelbagaian dan ketepatan kaedah dan
teknik pengajaran.

Selain itu, guru juga perlulah bersedia dari segi emosi dan mental yang
mana guru bersedia untuk menghadapi keputusan penilaian yang mana
kadangkala cemerlang dan sebaliknya. Keputusan penilaian merupakan
aspek yang penting bagi guru dan murid. Guru juga perlulah bijak
menangani masalah keputusan murid yang jauh daripada target asal.
Potensi dan kemahiran murid juga berbeza tetapi guru merupakan agen
pencorak yang mampu mebimbing mereka ke arah yang lebih baik. Oleh
itu, guru mestilah menerima setiap murid tanpa mengenakan sebarang
syarat atau bersikap pilih kasih.

Seterusnya, pembinaan JSU ini memberi pengajaran dan input yang


sangat berguna buat bakal pendidik seperti saya. Prinsi-prinsip yang
diterapkan juga mudah diaplikasi serta selaras dengan keperluan murid
masa kini. Aplikasi prinsip-prinsip ini dapat membentuk murid yang
berjaya dalam pelbagai bidang serta mampu membina pelbagai keperluan
negara pada masa akan datang.

76
BIBLIOGRAFI

77
LAMPIRAN

78

You might also like