You are on page 1of 10

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS SUKAN BIL.

1 TAHUN 2019

SMK TAMAN PUTRI

Tarikh : 29 Disember 2018

Masa : 11.30 pagi

Tempat : Bilik GKMP, SMK Taman Putri

Pengerusi : Pn. Fadhilah Binti Haron

Kehadiran : 2/2

i. Pn. Fadhilah Binti Haron

ii. En. Mohd Sufian Bin Tokiman

Tidak Hadir : Tiada

AGENDA 1.0 : UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran guru ke Mesyuarat Panitia Sains Sukan kali 1/2019. Beliau
berharap guru dalam panitia Sains Sukan akan lebih bersemangat menjalankan tanggungjawab
dan dapat menghasilkan pencapaian yang lebih cemerlang untuk mata pelajaran Sains Sukan.

Tindakan : Makluman

1.2 Pengerusi menegaskan bahawa semua guru perlu bekerja bertunjangkan Visi, Misi Sekolah dan
Falsafah Pendidikan Negara supaya lebih cemerlang dan unggul untuk melahirkan generasi
terbilang.

Tindakan : Guru

1.3 Mesyuarat Panitia Sains Sukan pertama ini akan membincang dan memperhalusi keputusan dan
segala maklumat yang terdapat dalam mesyuarat Kurikulum kali I/2019 SMK Taman Putri.

Tindakan : Makluman

AGENDA 2.0: KETETAPAN MESYUARAT PANITIA

2.1 Mesyuarat telah bersetuju untuk mematuhi ketetapan-ketetapan berikut sebagai asas, panduan dan
rujukan utama dalam mengurus dan melaksanakan program panitia.

2.1.1 Akta Pendidikan, Peraturan Pendidikan SPI, surat siaran, dasar Kementerian Pelajaran, dan
arahan sekolah.
2.1.2 Visi dan Misi Sekolah

2.1.3 Standard 3.1 dan Standard 4 SKPM

2.1.4 Pendekatan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK)

2.1.5 Program panitia Sains Sukan adalah untuk meningkatkan kualiti peperiksaan dan
menyokong peningkatan prestasi murid. Program panitia hendaklah selari dengan
Perancangan Strategik 2019.

Tindakan : Guru

2.2 Pengerusi menyatakan bahawa Panitia Sains Sukan akan membuat ketetapan dalam aspek-aspek:

2.2.1 Sukatan Pelajaran / DSKP dan Huraian Sukatan Pelajaran

2.2.1.1 Setiap guru perlu mempunyai, memahami dan menghayati Sukatan Pelajaran dan Huraian
Sukatan Pelajaran. Ketua Panitia akan menyediakan SP, HSP dan RPT untuk keperluan
guru-guru mengajar. Guru perlu menyusun RPT mengikut takwim sekolah 2019 untuk
menjadikannya berfokus.

2.2.1.2 SP, HSP dan RPT yang lengkap perlu dibawa bersama setiap kali P&P. Dokumen penting
ini perlu diurus dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila
dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa ( Surat Pekeliling Ikhtisas bil 3/1999)

Tindakan : Guru

2.2.2 Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian

2.2.2.1 Pengerusi panitia menegaskan bahawa Rancangan Pengajaran Harian (RPH) perlu
diseragamkan bagi guru-guru yang mengajar mata pelajaran yang sama. RPH perlu
dilengkapkan sehari sebelum P&P berlangsung. RPH perlu dibuat di dalam E-Rekod dan
dihantar pada setiap hujung minggu persekolahan mengikut takwim negeri Johor iaitu pada
hari Khamis .

2.2.2.2 Untuk hari pertama persekolahan, semua guru wajib melaksanakan P&P berdasarkan RPH
yang disediakan dan bersiap sedia dengan pelbagai kemungkinan seperti murid masih
belum mempunyai buku atau tidak membawa buku. Oleh itu, guru perlu menyediakan
lembaran kerja sebagai aktiviti hari pertama persekolahan kerana terdapat pemantauan dan
kunjungan daripada pegawai PPD/JPN Johor.

2.2.2.3 RPT dan RPH perlu mengikut format TS25 dan perlu difailkan serta dikongsikan melalui
E-Rekod. Fail yang lengkap perlu dihantar untuk semakan pengetua/ PK 1 selewat-
lewatnya pada 14 Januari 2018

Tindakan : Guru
2.2.3 Pemilihan dan penggunaan buku teks, buku latihan, buku rujukan tambahan dan sumber
pendidikan lain.

2.2.3.1 Guru Sains Sukan bersetuju bahawa buku-buku dan sumber pendidikan yang akan
digunakan adalah seperti senarai dalam lampiran 1.

Tindakan : Guru

2.2.4 Piawaian bilangan latihan atau tugasan murid.

2.2.4.1 Ketetapan bilangan latihan murid bagi mata pelajaran Sains Sukan adalah mengikut seperti
yang dipersetujui oleh ketua panitia iaitu setiap tunjang sekurang-kurangnya 20 soalan
objektif dan 5 soalan esei/struktur.

Tindakan : Guru

2.2.5 Perancangan Strategik dan Pelan Taktikal 2019

2.2.5.1 Perancangan strategik dan Pelan Taktikal 2019 telah disiapkan oleh Ketua Panitia pada
bulan November 2018 serta telah diserahkan kepada GKMP Sains Kemasyarakatan.
2.2.5.2 Guru sains sukan boleh merujuk peranacangan strategik dan pelan taktikal 2019 di
dalam fail panitia Sains Sukan di bilik Dokumentasi SMK Taman Putri.

Tindakan : Makluman

2.2.6 Anggaran Belanja Mengurus 2019

2.2.6.1 Pengerusi meminta guru mata pelajaran menyediakan keperluan yang hendak dibeli bagi
tahun 2019. Senarai keperluan yang hendak dibeli oleh panitia Sains Sukan adalah seperti
yang terdapat di borang ABM ( Lampiran 2)

Tindakan : Ketua panitia

2.2.7 Peperiksaan dan Penilaian

2.2.7.1 Pengerusi mengingatkan ahli panitia agar dapat menguruskan peperiksaan dan penilaian
dengan lancar seperti tahun 2018.

2.2.7.2 Terdapat 4 kali peperiksaan pada tahun 2019 seperti yang terdapat dalam takwim sekolah.
Mesyuarat telah menetapkan tugasan guru dalam penyediaan soalan dengan Ketua Panitia
dan guru m/pelajaran akan menyediakan soalan peperiksaan Sains Sukan seperti dalam
lampiran 3.

Tindakan : Makluman

2.2.8 Kerja kursus dan pemarkahan

2.2.8.1 Pengerusi mengingatkan kepada semua guru bahawa terdapat kerja kursus wajib bagi
murid tingkatan 4 dan 5 Sains Sukan untuk tahun 2018 pada sekitar bulan Ogos 2018.

2.2.8.2 Guru perlu membantu dan menyelia sepenuhnya kerja kursus yang dibuat oleh murid
agar dapat membantu 30% markah dalam SPM 2018 sekaligus meningkatkan kualiti
pencapaian mata pelajaran Sains Sukan dalam SPM 2018.

Tindakan: guru

2.2.9 Penyemakan buku latihan

2.2.9.1 Semua buku latihan murid hendaklah disemak dengan menggunakan pen dakwat merah
dan dipulangkan kepada murid dengan segera.

2.2.9.2 Semua guru perlu menyemak buku nota dan latihan secara berkala. Jadual penyemakan
buku latihan dan nota adalah seperti yang telah ditetapkan dalam Buku Pengurusan 2018.
Semakan pertama adalah pada bulan Mac manakala semakan kedua adalah pada bulan Julai
dan Ogos.

2.2.9.3 Semakan buku nota dan latihan adalah melibatkan semua murid. Guru perlu menghantar
buku murid beserta dengan borang semakan buku mengikut SPSK iaitu PK06 (Pengurusan
Semakan Hasil Kerja Murid) seperti yang dilaksanakan pada tahun 2018. Harapan
pengerusi supaya guru lebih aktif menyemak dan menghantar semakan buku kepada
pentadbir berbanding tahun 2018.

Tindakan : Guru

2.2.10 Melindungi Masa Instruksional

2.2.10.1.1 Pengerusi menyatakan bahawa setiap guru dalam panitia Sains Sukan perlu mengutamakan
masa instruksional sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam kelas.
Kelas relief perlu masuk mengajar dan melaksanakan PDP yang berkesan dan sesuai.

2.2.10.1.2 Semua guru perlu mematuhi ketetapan dan ketepatan masa P&P dengan menggunakan
keseluruhan masa mengajar dengan melaksanakan rancangan pengajaran harian (RPH)
yang telah disediakan oleh guru.
2.2.10.1.3 Sekiranya guru tidak hadir, perlu disediakan bahan, kerja atau modul untuk guru relief bagi
tujuan pdp.

2.2.10.1.4 Pengerusi mengingatkan peringatan daripada Pengetua supaya tidak bermain telefon dan
duduk sepanjang masa pdp berlangsung. Kerjasama guru sangat diperlukan.

Tindakan : Guru

2.2.11 Pemantapan Pdpc PAK 21

2.2.11.1 Pengerusi mengingatkan guru Sains Sukan perlu menguasai PDPC Pembelajaran Abad
ke-21 seiring dengan Program Transformasi Sekolah 25 seperti 5 kooperatif Learning dan
Fun Learning supaya dapat menarik minat murid dalam pdp.

2.2.11.2 Guru perlu lebih kreatif dan inovatif menggunakan BBM dan Kaedah Pengajaran
mengikut PAK 21.

Tindakan : Guru
2.2.12 Perkembangan staf

2.2.12.1.1 Penekanan 2019 kepada PLC ( Lesson Study , Peer Sharing, Coaching & Mentoring )
kepada semua guru dalam amanat Pengetua di dalam mesyuarat Guru 1/2018

2.2.12.1.2 Semua guru yang mengikuti kursus, seminar atau bengkel perlu berkongsi dan
menyebarkan maklumat dan ilmu yang diperoleh dengan mengadakan kursus dalaman
kepada guru-guru lain.

2.2.12.1.3 Kursus dalaman hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya dalam tempoh sebulan selepas
kursus dan laporan tentang kursus dalaman yang telah sempurna dilaksanakan hendaklah
dibuat.

2.2.12.1.4 Semua guru yang menghadiri mesyuarat, kursus, seminar atau bengkel perlu membuat
minit curai dan serahkan kepada Pengetua atau Penolong Kanan Pentadbiran.

Tindakan: Makluman
AGENDA 3.0 : POST MORTEM PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2018

3.1 Post mortem peperiksaan akhir tahun bagi Tingkatan 4SS tahun 2018 boleh rujuk pada
lampiran 4.

AGENDA 4.0: HAL-HAL LAIN

4.1 Pengerusi mengingatkan semua panitia mata pelajaran agar mengadakan mesyuarat panitia
sekurang-kurangnya empat kali setahun. Panitia Sains Sukan perlu mengadakan post mortem
peperiksaan SPM 2018 selepas keputusan SPM dikeluarkan kelak. Selain itu, ETR dan sasaran
panitia untuk tahun 2019 perlu ditetapkan. Perkara-perkara penting lain dalam ketetapan dasar
kurikulum yang telah dibincangkan dalam mesyuarat majlis kurikulum ini perlu diperhalusi
dalam mesyuarat panitia.

4.2 Pengerusi dan setiausaha panitia perlu memastikan fail-fail panitia sentiasa dikemaskini.

Tindakan : Ketua Panitia

Pengerusi sekali mengharapkan kerjasama semua ketua panitia untuk bertindak sebagai satu pasukan untuk
mencapai Visi dan Misi sekolah, PPD dan JPNJ dan selari dengan halatuju pendidikan Negeri Johor serta
agenda yang ditetapkan oleh PPD Kulaijaya.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengah hari.

Disediakan oleh,

………………………………………

(MOHD SUFIAN BIN TOKIMAN)

Ketua Panitia Sains Sukan,
SMK Taman Putri,
Kulai.
Johor Darul Takzim
TARIKH: 29/12/2018
LAMPIRAN 1:

1. Penyediaan Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pengajaran Tahunan
2018

Nama Guru SP HSP RPT
Mohd Sufian Bin Tokiman / / /
(Tingkatan 4)
Mohd Sufian bin Tokiman / / /
(Tingkatan 5)

2. Senarai Buku Rujukan Mata Pelajaran Sains Sukan Tahun 2018

Nama Buku Syarikat / Editor
1. Buku Teks ( Ting 4 dan 5 ) Kementerian Pelajaran Malaysia
2. Buku Sumber Sains Sukan ( Ting 4 dan 5 ) Pusat Perkembangan Kurikulum
3. Teori dan praktis – Sains Sukan SPM Sasbadi sdn.bhd
( Ting 4 dan 5 )
LAMPIRAN 2
SPSK PK 17-1
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRI
ANGGARAN BELANJA MENGURUS (ABM)
2018
MATA PELAJARAN : SAINS SUKAN

ANGGARAN PERUNTUKAN : RM 1200.00

ANGGARAN
BIL PERKARA CATATAN
PERBELANJAAN(RM)

1. Blood Pressure Test RM300 RM300 X 1
(Sfigmomanometer)
2. RM120 X 3
Skin Caliper RM120

3. Exercise Mat RM100 RM100 X 5

Rm 1160
JUMLAH

Jumlah anggaran perbelanjaan ialah :Ringgit Malaysia Satu Ribu Satu Ratus Enam Puluh Sahaja

Disediakan oleh ,

(MOHD SUFIAN BIN TOKIMAN)
KETUA PANITIA SAINS SUKAN
SMK TAMAN PUTRI,KULAI,JOHOR
LAMPIRAN 3

SMK . TAMAN PUTRI

PANITIA : SAINS SUKAN

JADUAL PEMBUAT SOALAN 2019

TINGKATAN UJIAN 1 PEPERIKSAAN UJIAN 2 PERCUBAAN PEPERIKSAAN
PERTENGAHAN TAHUN AKHIR
TAHUN

PERALIHAN

TINGKATAN
SATU
TINGKATAN
DUA
TINGKATAN
TIGA

TINGKATAN MOHD SUFIAN MOHD SUFIAN MOHD SUFIAN MOHD SUFIAN

EMPAT

TINGKATAN MOHD SUFIAN MOHD SUFIAN MOHD SUFIAN

LIMA