You are on page 1of 50

CONTOH KARANGAN

JENIS CERITA
Isi Kandungan:
1) Melawat Ladang Ternakan Lembu
2) Rumah Baharu Sofia
3) Hari Pertama ke sekolah
4) Gotong-royong
5) Lawatan ke rumah Orang-orang Tua
6) Melawat Rakan di Hospital
7) Menolong Jiran
8) Kebersihan Tempat Tinggal
9) Keracunan Makanan
10)Hari Ibu
11)Hari Guru
12) Majlis Hari Jadi
13) Hari Kebangsaan
14) Pengalaman di Pasar Malam
15) Berkelah di Teluk Batik
KARANGAN JENIS CERITA

1. Melawat Ladang Ternakan Lembu

Pada hari Sabtu yang lalu, saya dan rakan-rakan


telah melawat ke ladang ternakan lembu milik Pak Din.
Ladang ternakan lembu tersebut agak luas.
Selain membela lembu, Pak Din juga membela
kambing. Haiwan ternakan itu dibiarkan bebas
meragut rumput di padang yang luas.
Semasa berada di ladang ternakan itu, kami
melihat lembu dan kambing Pak Din gemuk-gemuk
belaka. Ladang ternakan Pak Din begitu bersih kerana
dijaga dengan rapi oleh dua orang pembantunya.
Walaupun berasa sunnguh penat, kami berasa
amat gembira kerana telah mendapat sebuah
pengalaman baharu.

Soalan:

1. Selain lembu,apakah binatang lain yang dibela


oleh Pak Din?
2. Bagaimanakah keadaan ladang ternakan Pak Din?
3. Pak Din mempunyai berapa orang pembantu?
2.Rumah Baharu Sofia

Ayah Sofia telah membeli sebuah rumah banglo


baru. Rumah baru Sofia terletak di Taman Pokok
Sena. Rumah itu ialah rumah banglo dua tingkat.
Rumah itu berharga RM 430 000.
Pada hari Sabtu yang lalu, Sofia sekeluarga telah
berpindah ke rumah banglo itu. Rumah itu besar dan
cantik. Rumah itu mempunyai empat buah bilik tidur,
sebuah dapur, dan ruang tamu yang besar. Halaman
rumahnya juga luas.
Ibu Sofia telah menghias rumah baharu itu
dengan kemas sekali. Di luar rumah, ibunya telah
menanam bermacam-macam jenis pokok bunga seperti
Bunga Orkid, Bunga Kertas, dan Bunga Raya.
Sekarang, rumah baharu Sofia kelihatan sungguh
cantik.

Soalan:

1. Apakah jenis rumah yang dibeli oleh ayah Sofia?


2. Di manakah terletaknya rumah baru Sofia?
3. Apakah jenis pokok bunga yang ditanam oleh ibu
Sofia?
3.Hari Pertama ke Sekolah

Rani berasa gementar pada hari ini. Hari ini ialah


hari pertama Rani ke sekolah. Rani memakai pakaian
seragam sekolah dengan kemas. Ayahnya menghantar
Rani ke sekolah dengan menaiki kereta.
Apabila tiba di Sekolah Kebangsaan Sri Langat,
orang telah ramai. Rani dengan ditemani oleh ayahnya
terus masuk ke dewan untuk mendaftar. Kemudiannya,
Rani dibawa ke Tahun Satu Bestari. Guru kelas Rani
bernama Cikgu Zuraidah.
Rani mendapat ramai kawan. Rakan sekelas Rani
sangat baik dan peramah. Perasaan gementar Rani
hilang sedikit demi sedikit.
Setelah pulang ke rumah, Rani menceritakan
pengalaman hari pertamanya ke sekolah kepada ayah
dan ibunya.

Soalan:

1. Siapa yang menghantar Rani ke sekolah?


2. Apakah nama sekolah Rani?
3. Siapakah nama guru kelas Rani?
4.Gotong-royong

Pada hari Sabtu lepas, sekolah Saiful telah


mengadakan gotong-royong untuk membersihkan
kawasan sekolah. Guru Besar menyuruh semua murid
membawa alat-alat yang diperlukan seperti pongkes,
baldi, parang, kain buruk, dan sebagainya.
Tepat jam 8.00 pagi,semua guru dan murid sudah
berkumpul di tapak perhimpunan. Penolong Kanan
telah membahagikan murid-murid kepada beberapa
kumpulan. Setiap kumpulan diketuai oleh tiga orang
guru. Ada yang mencuci longkang, memungut daun-
daun kering, membakar sampah-sarap, dan menebas
rumput. Selepas itu, mereka mengemas bilik darjah
pula.
Aktiviti gotong-royong itu tamat pada jam 11.00
pagi. Guru Besar berasa gembira kerana kawasan
sekolah kelihatan bersih dan indah.

Soalan:

1. Bilakah gotong-royong diadakan di sekolah


Saiful?
2. Pukul berapakah semua guru dan murid berkumpul
di tapak perhimpunan?
3. Apakah kerja yang dilakukan oleh murid-murid?
5.Lawatan ke Rumah Orang-orang Tua.

Sempena Hari Warga Tua, Sekolah Kebangsaan


Sungai Rapat telah mengadakan lawatan ke Rumah
Orang-orang Tua Sri Indah. Lawatan disertai oleh 35
orang murid beserta tiga orang guru pengiring.
Mereka berpeluang untuk bermesra dengan
penghuni rumah tersebut yang berjumlah 102 orang.
Beberapa orang murid turut menghiburkan mereka
dengan persembahan nyanyian dan tarian. Penghuni-
penghuni di situ kelihatan terhibur.
Cikgu Azizah telah menyampaikan sumbangan
kepada penghuni-penghuni rumah orang tua itu.
Sumbangan berupa wang dan pakaian itu didermakan
oleh ibu bapa, guru-guru, dan orang ramai beberapa
minggu sebelum lawatan diadakan. Lawatan itu telah
meninggalkan banyak pengalaman manis dalam hati
setiap murid serta guru.

Soalan:
1. Berapakah orang murid yang menyertai lawatan
itu?
2. Berapakah penghuni yang tinggal di Rumah Orang
Tua Sri Indah?
3. Apakah jenis sumbangan yang diberi oleh Cikgu
Azizah?
6.Melawat Rakan di Hospital

Pada petang Khamis yang lalu, Aznil bersama


rakan-rakannya telah pergi ke Hospital Besar
Selayang. Mereka ke sana untuk melawat Haziq yang
terlibat dalam kemalangan jalan raya dua hari yang
lepas. Aznil ketua kelas Tiga Marikh telah memberi
buah tangan kepada ayah Haziq.
Menurut ayah Haziq, Haziq telah dilanggar oleh
sebuah kereta. Pada hari kejadian itu, Haziq dalam
perjalanan pulang dari sekolah. Sebuah kereta yang
dipandu laju telah terbabas dan melanggar Haziq.
Haziq telah terbaling di atas jalan raya. Pemandu itu
pula terus lari tanpa memberikan pertolongan.
Mereka berasa simpati dengan nasib Haziq.
Haziq mendapat kecederaan teruk di kepala dan
kakinya pula terpaksa disimen kerana patah. Aznil dan
rakan-rakannya berharap Haziq akan cepat sembuh
dan kembali semula ke sekolah.

Soalan:

1. Di hospital manakah Haziq dirawat?


2. Siapakah Ketua Kelas Haziq?
3. Bagaimanakah kemalangan tersebut berlaku?
7.Menolong Jiran

Pada suatu hari, Hafiz sedang berehat di tepi


tingkap biliknya. Tiba-tiba, dia ternampak seorang
pencuri sedang cuba memasuki rumah jirannya.
Kebetulan jirannya, Encik Kuljit dan keluargannya
pulang ke kampung. Tanpa berlengah lagi, Hafiz terus
menelefon polis untuk melaporkan kejadian tersebut.
Tidak berapa lama kemudian, beberapa orang
anggota polis tiba di tempat kejadian. Mereka telah
mengepung rumah itu. Polis telah berjaya memberkas
pencuri yang cuba menceroboh masuk ke rumah Encik
Kuljit. Pencuri itu telah digari dan dibawa ke balai
polis.
Keesokkan harinya, Encik Kuljit kembali ke
rumahnya setelah dimaklumkan oleh pihak polis
tentang kejadian itu. Beliau telah mengucapkan terima
kasih kepada Hafiz atas pertolongan dan tindakan
pantasnya.

Soalan:

1. Apakah yang ternampak oleh Hafiz?


2. Apakah yang dilakukan oleh Hafiz?
3. Siapakah yang mengucapkan terima kasih kepada
Hafiz?
8.Kebersihan Tempat Tinggal

Encik Nordin, Encik Leong, dan Encik Sunil tinggal


berjiran. Mereka tinggal di Kampung Sungai Rokam.
Pada suatu malam, Encik Sunil dan keluargannya tidak
dapat tidur lena kerana banyak nyamuk dan terhidu
bau longkang yang sangat busuk.
Pada keesokkan harinya, Encik Sunil berbincang
dengan Encik Nordin dan Encik Leong. Mereka telah
sepakat untuk membersihkan kawasan tempat tinggal
mereka. Tanpa membuang masa, mereka terus
menjalankan tugas masing-masing. Encik Leong
membersihkan longkang. Encik Sunil sedang sibuk
memotong rumput di tepi pagar manakala Encik
Nordin pula mengumpul sampah-sarap untuk dibakar.
Mereka berasa gembira kerana kawasan tempat
tinggal mereka kini sudah bersih dan selesa.

Soalan:

1. Di manakah Encik Nordin, Encik Leong, dan


Encik Sunil tinggal?
2. Mengapakah Encik Sunil dan keluarganya tidak
dapat tidur lena?
3. Mengapakah mereka merasa gembira?
9.Keracunan Makanan

Cuaca pada hari ini sangat panas. Syamil berjalan


pulang dari sekolahnya. Dia berasa sangat lapar dan
dahaga. Tiba-tiba, dia ternampak sebuah gerai di tepi
jalan.
Syamil terus membeli air sirap dan kuih karipap.
Dia makan dengan cepat. Dia tidak mempedulikan
keadaan gerai yang sangat kotor. Makanan di gerai itu
juga tidak ditutup. Ada banyak lalat hinggap di atas
kuih-muih yang dijual itu.
Setibanya di rumah, perut Syamil mula terasa
sakit dan memulas-mulas. Dia memberitahu ibunya.
Ibunya berasa bimbang lalu membawa Syamil ke klinik.
Doktor memeriksa perut Syamil.
Menurut doktor, Syamil mengalami keracunan
makanan. Doktor memberi ubat kepada Syamil. Dia
juga menasihati Syamil supaya berhati-hati ketika
membeli makanan atau minuman yang dijual di tepi
jalan.

Soalan:
1. Apakah yang dimakan oleh Syamil?
2. Bagaimanakah keadaan makanan di gerai?
3. Apakah nasihat yang diberi oleh doktor kepada
Syamil?
10.Hari Ibu

Pada 8 Mei yang lalu, keluarga Selvi telah


menyambut Hari Ibu. Hari Ibu disambut untuk
menunjukkan rasa terima kasih atas pengorbanan dan
jasa ibu.
Pada hari itu, ayah Selvi telah membeli sebiji kek
coklat untuk ibunya manakala Selvi dan kakak membeli
hadiah istimewa untuk ibu mereka. Apabila hadiah itu
dibuka, ibu Selvi berasa terkejut melihat sebuah beg
tangan berjenama ‘Bonia’. Ibunya berasa sungguh
gembira.
Ibu Selvi mengucapkan terima kasih kepada
kedua-dua anaknya. Selvi dan kakaknya berjanji akan
mendengar kata dan nasihat daripada ibu mereka.
Mereka akan belajar bersungguh-sungguh untuk
membalas jasa ibu.

Soalan:

1. Bilakah Hari Ibu disambut?


2. Apakah tujuan menyambut Hari Ibu?
3. Apakah yang dihadiahkan oleh Selvi dan kakaknya
kepada ibunya?
11.Hari Guru

Pada 16 Mei setiap tahun telah diisytiharkan


sebagai Hari Guru. Sambutan Hari Guru bertujuan
untuk mengenang jasa dan pengorbanan para guru
yang mendidik dan membimbing murid-murid menjadi
manusia yang berguna.
Sekolah saya juga tidak ketinggalan menyambut
Hari Guru. Pada hari itu, semua murid berkumpul di
dewan bersama dengan guru-guru. Selepas lagu
‘Negaraku’ dan lagu sekolah dinyanyikan, guru besar
telah membacakan perutusan daripada Menteri
Pelajaran Malaysia. Selepas itu, guru-guru
menyanyikan lagu ‘Kami Guru Malaysia’.
Seterusnya disusuli dengan pertunjukan pentas
oleh murid-murid seperti nyanyian, tarian, lakonan,
dan mendeklamasikan sajak. Para guru dam murid
terhibur dengan persembahan –persembahan
tersebut.

Soalan:

1. Bilakah Hari Guru disambut?


2. Apakah tujuan menyambut Hari Guru?
3. Apakah tajuk lagu yang dinyanyi oleh semua guru?
12.Majlis Hari Jadi

Hari ini ialah hari jadi Rafiqah yang kesembilan.


Ibunya telah mengadakan satu majlis untuk meraikan
hari jadinya. Ibu Rafiqah bertungkus-lumus
menyediakan pelbagai juadah. Ramai kawannya
dijemput ke majlis itu.
Pada petang itu, Rafiqah memakai baju kurung
yang berwarna biru. Rafiqah kelihatan cantik sekali.
Di atas meja pula tersedia makanan yang lazat-lazat
seperti kek, mi goreng, rendang ayam, biskut, dan
gula-gula. Semua kawan Rafiqah datang dengan
membawa hadiah.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu ‘Selamat
Hari Jadi’ oleh kawan-kawannya. Mereka bertepuk
tangan sebaik sahaja Rafiqah meniup sembilan batang
lilin di atas kek itu.
Selepas itu, semua tetamu dijemput menjamu
selera. Rafiqah sangat gembira kerana mendapat
banyak hadiah daripada keluarga dan kawan-kawannya.

Soalan:
1. Berapakah umur Rafiqah?
2. Apakah yang dipakai oleh Rafiqah pada petang
itu?
3. Apakah makanan yang disediakan dalam majlis
hari jadi Rafiqah?
13.Hari Kebangsaan

Hari ini saya bangun awal pagi. Bapa membawa


saya ke Dataran Merdeka untuk melihat sambutan
Hari Kebangsaan. Pada 31 Ogos setiap tahun, negara
kita menyambut Hari Kebangsaan. Pada hari tersebut
juga, semua rumah dan bangunan akan memasang
bendera.
Pelbagai acara menarik diadakan sempena Hari
Kebangsaan seperti pertunjukan konsert, pancaragam,
tarian, dan pertunjukan bunga api. Selain acara
kebudayaan, perarakan perbarisan juga turut
diadakan.
Ramai orang mengibarkan Jalur Gemilang. Saya
berasa sungguh gembira kerana dapat menyaksikan
sambutan Hari Kebangsaan.

Soalan:

1. Bilakah Hari Kebangsaan disambut?


2. Apakah acara yang diadakan sempena Hari
Kebangsaan?
3. Apakah yang dikibarkan oleh ramai orang?
14.Pengalaman di Pasar Malam.

Pada suatu petang, ibu Rafi mengajaknya pergi ke


pasar malam. Pasar malam itu terletak berdekatan
dengan rumah Rafi.
Setibanya di pasar malam, Rafi melihat ramai
orang sibuk membeli barang. Keadaan di pasar malam
itu sungguh sesak dan riuh-rendah. Terdapat banyak
barang yang dijual di sana, antaranya ialah sayur-
sayuran, buah-buahan, kuih-muih, pakaian dan banyak
lagi.
Menjelang malam, makin ramai orang yang datang.
Para peniaga sibuk melayan para pelanggan yang
datang ke gerai mereka. Ibu Rafi membeli banyak
barang keperluan dapur seperti cili, bawang, dan
rempah. Rafi juga membeli air soya kegemarannya.
Selepas membeli barang-barang mereka pun pulang.

Soalan:

1. Di manakah terletaknya pasar malam?


2. Apakah jenis barangan yang dijual di pasar malam
itu?
3. Apakah yang dibeli oleh Rafi?
15.Berkelah di Teluk Batik.

Pada hujung minggu yang lalu, Shamilah dan


keluarganya telah pergi berkelah. Mereka berkelah di
Pantai Teluk Batik, Lumut, Perak. Mereka menaiki
kereta ke sana.
Sebaik sahaja sampai di sana , Shamilah dapati
ramai orang yang sedang mandi-manda di laut.
Shamilah menurunkan barang-barang dan membentang
tikar. Adiknya pula mengangkat bekalan nasi dan kuih-
muih yang dimasak oleh ibunya.
Shamilah berasa tidak sabar untuk berenang di
laut. Shamilah mengajak ayahnya ke laut untuk mandi.
Adiknya pula leka membina istana pasir. Setelah
penat, mereka berehat dan makan nasi serta kuih
yang dibawa dari rumah.
Selepas makan, Shamilah mengajak adiknya mandi
ke laut. Ibu Shamilah menasihati mereka supaya tidak
mandi di tempat yang dalam. Setelah puas mandi,
mereka pun pulang dengan hati yang gembira.

Soalan:

1. Di manakah Shamilah dan keluarganya berkelah?


2. Apakah yang dilakukan oleh Shamilah sebaik
sahaja sampai di pantai?
3. Apakah nasihat diberi oleh ibu Shamilah?
Karangan Jenis Biografi
(THP1)
Isi kandungan:

1) Diri saya
2) Ayah saya
3) Kawan baik saya
4) Guru kelas saya
5) Datuk saya
6) Nenek saya
7) Ibu saya
8) Kakak saya
9) Pak Cik Man Seorang Tukang Kebun
10) Hijjas Kasturi
Karangan Jenis Biografi

1) Diri saya

Nama saya Tan Sang Kui. Saya dilahirkan pada 31 Januari 1996.
Kini, saya berusia 12 tahun. Saya merupakan anak bongsu dalam
sebuah keluarga yang sederhana. Saya mempunyai seorang abang dan
dua orang kakak.

Bapa saya seorang mekanik. Ibu saya pula seorang tukang jahit.
Saya amat menyayangi mereka. Saya berasa amat bertuah kerana
dilahirkan dalam keluarga sederhana, tetapi bahagia.

Sekarang saya belajar dalam tahun enam di Sekolah Jenis


Kebangsaan Cina Chung Hwa. Saya pergi ke sekolah dengan
menunggang basikal. Setiap hari saya membawa bekal yang disediakan
oleh ibu ke sekolah.

Pada masa lapang, saya suka memancing. Selain itu, saya juga
suka mendengar radio dan membaca buku. Saya tidak suka membazir
masa dan dengan melakukan perkara-perkara yang tidak
mendatangkan faedah.

Saya bercita-cita menjadi peguam yang bertauliah. Oleh itu,


saya harus rajin belajar selalu supaya tidak menyesal kemudian hari.

Soalan:

1) Bilakah Tang Sang Kui dilahirkan?

2) Apakah pekerjaan bapa Tang Sang Kui?

3) Apakah aktiviti yang dilakukan oleh Tang Sang Kui pada masa lapang?
1) Diri saya

Nama saya Lau Chee Meng. Saya berumur tujuh tahun. Saya tinggal
di Taman Ipoh.
Rupa saya kacak. Saya seorang budak yang rajin dan baik hati.
Saya mempunyai seorang kakak dan seorang adik perempuan.
Hobi saya adalah membaca dan menonton televisyen.
Saya bercita-cita menjadi seorang doctor. Oleh itu, saya mesti
belajar bersungguh-sunggu untuk mencapai cita-cita saya.

2) Ayah saya

Nama saya Thiban. Saya mempunyai seorang ayah. Nama ayah


saya ialah Suman a/l Arvin. Umur ayah saya 39 tahun. Ayah saya
mempunyai lima orang adik beradik. Ayah saya anak yang ketiga. Ayah
saya seorang guru. Ayah saya seorang yang penyayang. Ayah selalu
bergurau dengan saya dan adik-adik saya. Hobi ayah saya pula ialah
menulis buku. Ayah saya banyak menulis buku cerita. Saya sayang
akan ayah saya.

Soalan:

1) Siapakah nama ayah Thiban?

2) Berapakah umur ayah Thiban?

3) Apakah hobi ayah Thiban?

3) Kawan baik saya

Nama saya Ros. Saya mempunyai seorang kawan baik. Marina


ialah kawan baik saya. Rambutnya panjang dan kulitnya cerah. Kami
belajar di kelas yang sama. Marina tinggal di Taman Sejahtera. Dia
ada empat orang adik-beradik. Dia anak yang kedua. Bapa Marina
bekerja sebagai ahli bomba. Ibu Marina pula seorang suri rumah.
Saya suka berkawan dengan Marina. Dia rajin dan baik hati. Dia
peramah dan tidak sombong. Kami selalu belajar bersama-sama.

Soalan:

1) Siapakah nama kawan baik Ros?

2) Di manakah Marina tinggal?

3) Apakah pekerjaan ibu dan ayah Marina?

4) Guru kelas saya

Nama saya Raju . Nama guru kelas saya ialah Cikgu Melvin
Ho. Beliau berbangsa cina dan berumur 40 tahun. Beliau seorang yang
tinggi. Beliau mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris. Beliau
seorang guru yang garang dan tegas tetapi baik hati. Beliau sangat
mengambil berat akan pelajaran murid-muridnya. Saya sangat
menghormati Cikgu Melvin Ho. Saya selalu memberikan perhatian
semasa beliau mengajar di dalam kelas.

Soalan:

1) Siapakah nama guru kelas Raju?

2) Apakah bangsa guru kelas Raju?

3) Bagaimanakah sikap guru kelas Raju?

5) Datuk saya

Nama saya Nani. Saya mempunyai seorang datuk. Nama datuk


saya ialah Ishak bin Zakaria. Umur datuk saya ialah 60 tahun. Datuk
saya seorang pesara guru. Dia tinggal dengan nenek saya di kampung
Buluh Kasap. Rambut datuk saya sudah beruban, tetapi dia masih
sihat dan kuat. Datuk saya seorang yang penyayang. Dia selalu
menasihati saya supaya rajin belajar. Saya sayang akan datuk saya.

Soalan:

1) Berapakah umur datuk Nani?

2) Apakah pekerjaan datuk Nani?

3) Di manakah datuk Nani tinggal?

6) Nenek saya

Nama saya Roslan. Saya mempunyai seorang nenek. Nama nenek


saya ialah Fatimah binti Ibrahim. Umur nenek saya 55 tahun. Nenek
saya seorang suri rumah. Dia tinggal dengan datuk saya. Nenek saya
pandai menjahit. Dia menjahit baju kurung dan alas meja. Jahitannya
kemas dan cantik. Nenek saya juga seorang yang penyayang. Nenek
selalu menasihati saya supaya berbuat baik. Saya sayang akan nenek
saya.

Soalan:

1) Siapakah nama nenek Roslan?

2) Berapakah umur nenek Roslan?

3) Apakah kemahiran nenek Roslan?


7) Ibu Saya.

Setiap manusia di dunia ini mempunyai seorang ibu. Begitu juga


dengan saya. Nama saya Aidah. Ibu saya bernama Siti Maisarah binti
Kassim. Usianya sekarang ialah 32 tahun. Beliau dilahirkan di kampung
Air Tawar, Kota Tinggi, Johor. Tanggal 13 Februari 1970 beliau
dilahirkan.

Ibu saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Air


Tawar selama enam tahun. Kemudian beliau menyambung pelajaran di
Sekolah Menengah Kota Tinggi selama lima tahun. Keputusan
peperiksaannya cemerlang telah melayakkannya menempatkan diri di
Maktab Perguruan Pengkalan Chepa, Kelantan. Pada tahun 1990,
bermulalah kerjaya beliau sebagai seorang pendidik di Sekolah
Kebangsaan Durian Guling, Kuala Terengganu.

Pada tahun 1996 hingga sekarang, ibu bertugas di Sekolah


Kebangsaan Sri Serdang. Ibulah insan yang melahir dan membesarkan
saya dan adik-adik sejak kecil. Beliau seorang yang pandai mengambil
hati anak-anak. Beliau tidaklah garang walaupun pada wajahnya
menampakkan kebengisan. Ibu saya seorang yang lemah- lembut dan
penyabar. Walaupun beliau dalam kepenatan selepas pulang mengajar,
tetapi beliau tidak pernah menjadikan kami tempat melepaskan
kemarahannya.
Saya merasakan amat bertuah memiliki seorang ibu yang
penyayang dan amat memahami. Akan kukenang dan hargai jasamu ibu
sepanjang hayatku. Engkaulah ratu hatiku.

Soalan:

1) Siapakah nama ibu Aidah?

2) Di manakah ibu Aidah dilahirkan?

3) Mengapakah Aidah merasa bertuah memiliki ibu seperti ibunya?

8) Kakak saya.

Nama saya Yati. Saya mempunyai seorang kakak yang bernama


Mazni binti Hashim. Dia berumur 22 tahun dan dilahirkan pada 31
Oktober 1980 di Hospital Besar Kota Kinabalu.

Kakak saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan


Labawang. Kemudian dia menyambung pelajarannya ke Sekolah
Menengah Sri Medan selama 5 tahun. Kakak saya seorang yang pintar.
Dia telah muncul sebagai pelajar terbaik di sekolahnya dan telah
berjaya ke menara gading pada tahun 1998. Kini dia masih
menyambung pendidikannya di Universiti Malaya dalam jurusan
bahasa peringkat Sarjana Muda.

Kakak saya bercita-cita tinggi. Dia ingin menjadi seorang


pensyarah suatu hari nanti. Sifat yang paling saya suka pada dirinya
ialah dia seorang yang baik hati, tegas dan penyayang. Apabila dia
lama tidak pulang ke kampung, kami akan merinduinya. Telefonlah
yang menjadi penghubung melepaskan kerinduan. Kakak saya selalu
memberi nasihat kepada saya supaya belajar bersungguh-sungguh
agar dapat mengikut jejak langkahnya.

Semua keluarga menyenangi dan menyayangi kakak kerana


sikapnya yang baik hati, tidak sombong, dan ringan tulang. Saya
senang mendampinginya.
Soalan:

1) Siapakah nama kakak Yati?

2) Apakah cita-cita kakak Yati?

3) Apakah nasihat kakak Yati kepadanya?

9) Pak Cik Man Seorang Tukang Kebun.

Pak Cik Man seorang tukang kebun. Dia berkhidmat di Sekolah


Jenis Kebangsaan Cina Sin Min sejak berusia 24 tahun. Kini usianya
telah mencecah 50 tahun.

Pagi-pagi lagi Pak Cik Man sudah sampai di sekolah. Di sekolah


dia akan memulakan tugasnya dengan membuka kunci-kunci pagar,
pejabat, bilik guru, dan kelas. Selepas itu, dia akan menyiram pokok-
pokok bunga.

Walaupun Pak Cik Man telah lanjut usia, tetapi beliau masih lagi
kuat bekerja. Mengikut kata seorang kerani di sini, beliau jarang
sekali mengambil cuti sepanjang perkhidmatannya.

Walaupun tugasnya telah selesai, saya jarang sekali melihat Pak


Cik Man berehat. Kadang-kadang dia bertukang membetulkan kerusi
dan meja yang rosak. Ada masanya dia mengecat dinding-dinding
sekolah yang kotor. Selain itu, Pak Cik Man juga suka berbual-bual
dengan kami. Malah, dia selalu menasihatkan kami agar belajar rajin-
rajin.

Kami bangga mempunyai seorang tukang kebun yang rajin.


Murid-murid juga senang dengan sikap Pak Cik Man. Kami berharap
Pak Cik Man akan terus berkhidmat di sekolah ini sehingga bersara.
Soalan:

1) Di manakah Pak Cik Man berkhidmat sebagai tukang kebun?

2) Apakah tugas-tugas yang dilakukan setiap pagi oleh Pak Cik Man?

3) Apakah yang selalu dilakukan olehnya pada waktu rehat?

10) Hijjas Kasturi

Hijjas Kasturi merupakan arkitek yang terkenal di Malaysia.


Beliau dilahirkan pada 26 September 1936 di Singapura. Beliau
mendapat pendidikan awal di Kolej Raffles dan melanjutkan pengajian
di Universiti Adelaide dan Universiti Melbourne, Australia.

Hijjas memulakan kerjayanya sebagai arkitek pada tahun 1956.


Pada tahun 1977, beliau telah menubuhkan Hijjas Kasturi Associates.

Beliau bergiat cergas dalam bidang seni bina di Malaysia dan


menjadi ahli korporat yang berjaya. Reka bentuk bangunan yang
diilhamkannya unik dan menarik. Antaranya bangunan Tabung Haji,
Menara Alor Setar, Menara Telekom dan Pusat Konvensyen
Putrajaya.

Soalan:

1) Siapakah Hijjas Kasturi?

2) Bilakah Hijjas Kasturi dilahirkan?

3) Bangunan apakah yang diilhamkan oleh Hijjas Kasturi?


Bapa saya
1. Ini bapa saya.
2. Nama bapa saya En.Ravi.
3. Beliau bekerja di Bank Negara.
4. Beliau seorang yang rajin dan baik hati.
5. Beliau suka melayari internet pada waktu lapang.

Ibu saya
1. Ini ibu saya.
2. Nama ibu saya Puan.Rani.
3. Ibu saya bekerja sebagai doktor di Hospital Besar
Seremban.
4. Beliau seorang yang rajin dan penyayang.
5. Beliau suka menolong orang ramai.
Lembu
1. Ini lembu.
2. Lembu suka makan rumput.
3. Lembu tinggal di kandang.
4. Lembu ada empat kaki.
5. Lembu memberi susu dan daging untuk kita.

KESALAHAN UMUM TATABAHASA


1. Kesalahan dari Segi Kata
Kata Ganti Diri

1. Kata beliau, dia, ia, kami, kita, dan mereka sering digunakan dengan salah.
2. Kata beliau tidaak harus digunakan untuk orang yang tidak dihormati atau
kanak-kanak dan binatang. Contoh:
 Firdaus dihukum. Beliau ponteng sekolah. ( salah )
Firdaus dihukum. Dia ponteng sekolah. ( betul )
 Anjing itu garang. Beliau terpaksa dikurung. ( salah )
Anjing itu garang. Anjing itu terpaksa dikurung. ( betul )
3. Kata dia dan ia tidak boleh digunakan untuk binatang dan benda.
 Baju ini mahal. Ia diimport dari Itali. ( salah )
 Baju ini mahal. Baju ini diimport dari Itali. ( betul )
 Beruang ini sakit. Ia perlu dirawat. ( salah )
 Beruang ini sakit. Beruang ini perlu dirawat. ( betul )
4. Kata kami bererti “ saya dengan dia”. Orang yang diajak bercakap tidak
disertakan. Kita bererti “anda dengan saya” atau “anda dengan kami”.Orang
yang diajak bercakap disertakan.
 “Kami mesti memenangi perlawanan ini,” kata Anas kepada Nazrul. ( salah )
 “Kita mesti memenangi perlawanan ini,” kata Anas kepada Nazrul. ( betul )
 “Kita akan ke rumah awak,” kata Ayu dan Tina kepada Suzie. ( salah )
 “Kami akan ke rumah awak,” kata Ayu dan Tina kepada Suzie. ( betul )
5. Kata mereka tidak boleh digunakan untuk benda dan binatang.
 Ayam-ayam itu dikurung. Mereka akan disembelih. ( salah )
 Ayam-ayam itu dikurung. Ayam-ayam itu akan disembelih. ( betul )
 Buku-buku ini tebal. Mereka Syimir baca. ( salah )
 Buku-buku ini tebal. Buku-buku ini Syimir baca. ( betul )
6. Kata mereka tidak boleh diulang.
 Mereka-mereka yang ditawan berada dalam keadaan selamat. ( salah )
 Mereka yang ditawan berada dalam keadaan selamat. ( betul )
7. Kata ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan.
 Kalau tidak dirawat mungkin ianya akan lumpuh. ( salah )
 Kalau tidak dirawat mungkin ia/ dia akan lumpuh. ( betul )
 Kucing itu mati kerana ianya dilanggar kereta. ( salah )
 Kucing itu mati kerana dilanggar kereta. ( betul )

Kata Bilangan

1. Terdapat 6 jenis kata bilangan:


 Kata bilangan tentu seperti satu, seratus, sejuta dan sebagainya.
 Kata bilangan tak tentu seperti beberapa, para, semua, setengah-
setengah, dan sebagainya.
 Kata bilangan pecahan seperti setengah, suku, dan sebagainya.
 Kata bilangan pisahan seperti masing-masing, dan setiap.
 Kata bilangan himpunan seperti berbagai-bagai, kedua-dua, dan
sebagainya.
 Kata bilangan tingkat seperti pertama, kedua, keenam dan sebagainya.
2. Kata bilangan seperti setengah-setengah, tiap-tiap, berbagai-bagai dan
kedua-dua tidak boleh disingkatkan.
salah
a. setengah orang
b. tiap murid
c. berbagai warna
d. kedua mempelai

betul
a. setengah-setengah orang
b. tiap-tiap murid
c. berbagai-bagai warna
d. kedua-dua mempelai
3. Kata para tidak boleh diulang.
 Para-para penduduk perlu bekerjasama. ( salah )
 Para penduduk perlu bekerjasama. ( betul )
4. Kata bilangan tentu seperti satu, dua, tiga dan seterusnya tidak boleh
didekatkan dengan kata bilangan pecahan seperti suku dan setengah untuk
penghitungan.
 dua setengah meter ( salah )
 dua suku jam ( salah )
 tiga setengah ringgit ( salah )
 dua meter setengah ( betul )
 dua jam suku ( betul )
 tiga ringgit setengah ( betul )

Penjodoh Bilangan

1. Penjodoh bilangan biasanya digunakan dengan kata bilangan.


2. Tetapi, ada kalanya penjodoh bilangan tidak perlu digunakan.
SALAH BETUL
setiap orang murid setiap murid
semua orang pekerja semua pekerja
seluruh buah kampung seluruh kampung
segala ekor binatang segala binatang
sekalian orang peserta sekalian peserta
para orang guru para guru

3. Penjodoh bilangan tidak juga diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak.
SALAH BETUL
beberapa buah usul beberapa usul
kedua-dua bentuk sifat kedua-dua sifat
setiap buah sumbangan setiap sumbangan
semua buah pendapat semua pendapat
segala butir cadangan segala cadangan
tiap-tiap bentuk kenangan tiap-tiap kenangan
pelbagai bentuk teguran pelbagai teguran

Kata Sendi
1.Kata sendi yang sering digunakan dengan salah
ialah dari dan daripada; di danpada; ke dan kepada .
2. Kata dari digunakan untuk tempat dan waktu. Kata daripada digunakan untuk
orang, perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, dan untuk menunjukkan
keanggotaan.
SALAH BETUL
Devi datang daripada Batu Kurau. Devi datang dari Batu Kurau.
Saya menunggu Yatie daripada pukul Saya menunggu Yatie dari pukul
dua. dua.
Ely terima surat dari Elyas Ely menerima surat daripada Elyas.
Saya mendapat pengetahuan yang Saya mendapat pengetahuan yang
banyakdari buku yang saya baca. banyakdaripada buku yang saya
Baju yang dipakai oleh Nadia baca.
dibuat darisutera. Baju yang dipakai oleh Nadia
Dari 5 ekor anak ayam, hanya seekor dibuatdaripada sutera.
yang hidup Daripada 5 ekor anak ayam, hanya
seekor yang hidup.
3. Kata di digunakan untuk tempat sahaja. Kata pada digunakan untuk masa,
orang, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu.
Contoh:
a. Di musim durian, Zainal mendapat banyak wang. ( salah )
~ Pada musim durian, Zainal mendapat banyak wang. ( betul )
b. Ayu berkebun pada belakang rumah. ( salah )
~ Ayu berkebun di belakang rumah ( betul )
c. Dengan pendapat saya, kerja itu perlu dibereskan. ( salah )
~ Pada pendapat saya, kerja itu perlu dibereskan. ( betul )
d. Buku cerita itu ada dengan Suzie. ( salah )
~ Buku itu ada pada Suzie. ( betul )
4. Kata ke digunakan untuk tempat, masa, dan benda konkrit tidak
bernyawa. Kata kepada pula digunakan untuk benda bernyawa.
Contoh:
a. Wang itu diberikan ke Rahmah. ( salah )
- Wang itu diberikan kepada Rahmah. ( betul )
b. Ibu pergi kepada pasar setiap hari. ( salah )
- Ibu pergi ke pasar setiap hari ( betul )
c. Latihan itu akan diadakan dari semasa kepada semasa. ( salah )
- Latihan itu akan diadakan dari semasa ke semasa. ( betul )

Kata Kerja

1. Ada dua jenis kata kerja:


a. kata kerja transitif
b. kata kerja intransitif atau tak taransitif
2. Kata kerja transitif terbahagi kepada:
 kata kerja yang berawalan men- ( melukis, membaca, mencari dsb. )
 kata kerja yang berapitan men…..kan ( menyanyikan, membesarkan dsb.)
 kata kerja yang berawalan meng…i ( membanjiri, menghadiahi dsb.)
 kata kerja yang berawalan rangkap memper …. ( memperdaya, memperoleh)
 kata kerja yang berapitan memper….kan ( memperhatikan, mempergunakan).
 Kata kerja yang berapitan memper….i ( mempelajari, mempersentai dsb.)
3. Semua kata kerja transitif ( kecuali makan, minum, minta dan mohon) mesti berawalan men-
a. buang sampah ( salah )
membuang sampah ( betul )
b. goring ikan ( salah )
menggoreng ikan ( betul )
4. Kata kerja transitif yang berapitan men…kan dan men…i berbagai-bagai maknanya dan mesti
digunakan dengan berhati-hati.
Contoh:
SALAH BETUL
Hafizuddin memberikan Seha sekuntum bunga. Hafizuddin memberi Seha sekuntum bunga.
Hanim mengambilkan segelas air untuk Ishak. Hanim mengambilkan Ishak segelas air.
Baginda mengurniakan beliau bintang kebesaran. Baginda mengurniai beliau bintang kebesaran.
Hakim menjatuhkan pencuri itu sebulan penjara. Hakim menjatuhi pencuri sebulan penjara.
Sampah sarap mengotorkan Taman Tasik Taiping. Sampah sarap mengotori Taman Tasik Taiping.
Yatie menasihatkan saya agar rajin belajar. Yatie menasihati saya agar rajin belajar.
5. Kata kerja intarnsitif terbahagi kepada:
 Kata kerja asal seperti ada, bangun, duduk, dan sebaginya.
 Kata kerja yang berawalan ber- ( beradu, beroda, belajar dsb.)
 Kata kerja yang berapitan ber…an ( berdekatan, berguguran )
 Kata kerja yang berapitan ber…kan ( berpandukan, berlandaskan dsb.)
 Kata kerja yang berawalan men- ( melompat, mendarat, membesar dsb.)
 Kata kerja yang berawalan ter- ( tertidur, terjatuh, terjumpa dsb.)
6. Kata kerja intransitif yang berawalan ber-, men-, dan ter- tidak boleh ditiadakan awalannya.
Contoh:
- tanya kepada Hamidah ( salah )
bertanya kepada Hamidah ( betul )
- jangan lompat ( salah )
jangan melompat ( betul )
- senyum kepada Kartina ( salah )
tersenyum kepada Kartina ( betul )

Kata Hubung
1. Ada 3 jenis kata hubung iaitu:
 Kata hubung gabungan seperti atau, dan, lalu, maka, serta, dantetapi.
 Kata hubung pancangan seperti agar, bahawa, apabila, hingga, jika, dsb.
 Kata hubung berpasangan seperti baik…ataupun, baik…mahupun. Bukan saja….tetapi
juga dan sebaginya.
2. Kata hubung sering digunakan salah sebagai akibat tidak memahami cara menggunakan kata-
kata hubung tersebut. Contoh:
Nazrul bangun tetapi memberikan jawapan.
Budak itu cantik kecuali sombong.
Budin akan tidur di rumah Seha dan di hotel.
Agar segalanya berjalan lancar, usaha kita akan berjaya.
Sedangkan merokok membahayakan kesihatan, tambahan pula banyak orang yang tidak peduli.
3. Kata hubung apabila selalu ditulis sebagai bila sedangkan kata bila itu merupakan kata tanya.
Contoh:
Midah termenung bila menerima berita itu. ( salah )
Din terkejut bila Seha menjerit. ( salah )
Pandai-pandailah menjaga diri bila berada di negeri orang. ( salah )
Minumlah ubat ini bila terasa sakit. ( salah )
Bila mendengar berita itu, Ayu terus pengsan. ( salah )
Penggunaan Kata Yang Tidak Tepat
1. adakah dan apakah: Adakah digunakan untuk mendapat jawapan ya atautidak.
Apakah digunakan untuk mendapat jawapan tentang nama binatang, bendadan perbuatan.
SALAH BETUL
Apakah benar kata-katamu itu? Adakah benar kata-katamu itu?
Apakah dia menangis? Adakah dia menangis?
Apakah aku bersalah? Adakah aku bersalah?
2. boleh dan dapat : Boleh lebih tepat digunakan dalam hubungan dengan keizinan.
Dapat lebih sesuai digunakan dalam hubungan dengan keupayaan atau kemampuan.
SALAH BETUL
Syimir sudah boleh menunggang kuda. Syimir sudah dapat menunggang kuda.
Mazni tidak boleh pergi kerana demam. Mazni tidak dapat pergi kerana demam.
Kami tidak boleh datang kerana hujan. Kami tidak dapat datang kerana hujan.
3. b
ukan dan tidak: Bukan digunakan apabila frasa nama menjadi predikat.
Tidak digunakan apabila frasa adjektif dan frasa kerja menjadi predikat.
SALAH BETUL
Cincin ini bukan cantik. Cincin ini tidak cantik.
Kami bukan membaca buku. Kami tidak membaca buku.
Basikal ini bukan mahal. Basikal ini tidak mahal.
Saya bukan duduk di situ. Saya tidak duduk di situ.
4. pedalaman dan pendalaman: Kata pedalaman bererti kawasan yang jauh. Kata pendalaman
bererti usaha mendalamkan.
SALAH BETUL
Kawasan pendalaman itu akan dimajukan. Kawasan pedalaman itu akan dimajukan.
Beberapa kawasan pendalamanSarawak Beberapa kawasan pedalaman Sarawak
sukar dihubungi. sukar dihubungi.
Pedalaman dasar Sungai Air Hitam akan Pendalam Sungai Air Hitam akan
dijalankan. dijalankan.
Kesalahan Dari Segi Frasa
Frasa Nama (Bentuk Jamak dan Hukum DM)
1. Bentuk jamak dapat dinyatakan melalui:
pengulanagn kata nama seperti: guru-guru, murid-murid, dan sebagainya.
Penggunaan kata bilangan seperti dua biji guli, semua murid, dan sebagainya.
Pengulangan kata adjektif seperti baik-baik, rajin-rajin dan sebagainya.
Penggunaan kata yang mendukung makna jamak seperti rakyat.
2. Jika kata bilangan yang membawa makna jamak digunakan, kata nama yang menyertai kata
bilangan itu tidak perlu diulang. Contoh:
dua biji telur
semua murid
para pendidik
pelbagai acara
segala haiwan
sekalian penduduk
seluruh kawasan
3. Oleh sebab kata adjektif yang diulang sudah membawa makna jamak, maka kata nama tidak
perlu diulang. Contoh:
Lukisan itu cantik-cantik belaka.
Pakaian di situ mahal-mahal harganya.
Ayam di situ gemuk-gemuk.
Pemuda di sini gagah-gagah belaka.
Gadis di sini cantik-cantik.
Kuih itu sedap-sedap rasanya.
Pahlawan Melaka handal-handal nampaknya.
Murid sekolah ini rajin-rajin belaka.
4. Hukum DM pula ialah hukum tentang menyusun kata-kata untuk membentuk frasa
nama dalam ayat:
D beerti unsur yang diterangkan
M beerti unsur yang menerangkan
Contoh:
SALAH BETUL
lain-lain hal hal-hal lain
Nani Kedai Roti Kedai Roti Nani
goreng cempedak cempedak goring
Maggi mi mi Maggi
tomato sos sos tomato
mini bas bas mini
mini taman taman mini
5. Frasa Adjektif
Frasa adjektif ialah kata adjektif atau sekumpulan kata yang mempunyai kata adjektif
sebagai kata utamanya dan dapat bertugas sebagai predikat dalam ayat.
Frasa adjektif sebagai predikat ayat boleh disertai kata
penguat sepertiamat, sangat, dan paling.
Kata adjektif yang berawalan ter- boleh bertugas sebagai penerang tetapi tidak boleh
bertugas sebagai predikat.
Contoh:
SALAH BETUL
Bangunan itu tertinggi. Bangunan itu paling tinggi.
Nani terpandai. Nani paling pandai.
Orang itu terkuat. Orang itu paling kuat
Apabila kata adjektif berawalan ter- digunakan sebagai penerang, kata penguat tidak
diperlukan.
Contoh: Nani mendapat markah yang terbaik sekali di dalam kelas. ( salah )
Nani mendapat markah yang tertinggi di dalam kelas. ( betul )
Noralah pemain yang paling terhandal. ( salah )
Noralah pemain yang terhandal. ( betul )
Itulah gunung yang tertinggi sekali di dunia. ( salah )
Itulah gunung yang tertinggi di dunia. ( betul )
Kata penguat tidak boleh diletakkan di depan atau di belakang kata adjektif sekali
gus. Contoh:
SALAH BETUL
Buah langsat ini sangat manis sekali. Buah langsat ini manis sekali.
Budak itulah yang paling nakal sekali. Budak itulah yang paling nakal.
Sungguh indah nian pemandangan di situ. Sungguh indah pemandangan di situ.
Frasa adjektif mesti dikuti oleh farasa sendi apabila frasa adjektif itu diperluas.Contoh:
SALAH BETUL
Budak itu tidak suka durian. Budak itu tidak suka akan durian.
Nora sangat takut anjing. Nora sangat takut akan anjing.
Nani sangat gemar filem Hindustan. Nani sangat gemar akan filem Hindustan.
Mereka tidak perlu pertolongan kami. Mereka tidak perlu akan pertolongankami.
Saya benci sikapnya itu. Saya benci akan sikapnya itu.
6. Frasa Kerja Intransitif
Frasa kerja intransitif ialah kata kerja yang dapat bertugas sebagai predikattanpa objek.
Frasa kerja intransitif boleh juga terdiri daripada sekumpulan kata yang mempunyai kata
kerja intransitif sebagai kata utamanya.
Kata kerja intransitif yang berapitan ber….kan mesti diikuti frasa namauntuk dapat
membentuk frasa kerja yang bertugas sebagai predikat.
SALAH BETUL
berlandaskan pada undang-undang berlandaskan undang-undang
berbantalkan dengan lengan berbantalkan lengan
berpandukan pada kamus berpandukan kamus
beratapkan dengan langit beratapkan langit
bertilamkan dengan rumput bertilamkan rumput
 Frasa kerja intransitif mesti diikuti frasa sendi apabila frasa kerja intransitif itu
diperluas. Contoh:
SALAH BETUL
Kamu mesti ingat janji-janjimu Kamu mesti ingat akan janji-janjimu.
Kakak tidak mahu tidur sini. Kakak tidak mahu tidur di sini.
Beliau akan datang kampung ini. Beliau akan datang ke kampung ini.
Nani ingin berjumpa cikgu. Nani ingin berjumpa dengan cikgu.
Saya ingin bertemu gadis itu. Saya ingin bertemu dengan gadis itu.
Kami ternampak Cikgu Nora di perhentian Kami ternampak akan Cikgu Nora di
bas Pudu Raya. perhentian bas Pudu Raya.
Frasa Kerja Transitif
 Frasa kerja transitif ialah frasa kerja yang terdiri daripada kata kerja
transitif serta frasa nama sebagai objek kepada kata kerja transitif itu.
 Di antara kata kerja transitif dengan frasa nama sebagai objek itu, kata-kata lain tidak
boleh disisipkan.
SALAH BETUL
Beliau turut menyentuh tentang perkata Beliau turut menyentuh perkara itu.
itu. Nora tidak mengetahui hal itu.
Nora tidak mengetahui akan hal itu. Kami membincangkan masalah itu.
Kami membincangkan tentang masalah Mereka melebarkan jalan itu lagi.
itu. Nani menceritakan pengalamannyasemasa
Mereka melebarkan lagi jalan itu. menuntut di luar negara.
Nani menceritakan tentang Cerpen ini mengisahkan
pengalamannya semasa menuntut di luar perjuanganmenentang penjajah.
negara.
Cerpen ini mengisahkan tentang
perjuangan menentang penjajah.
Frasa Kerja Pasif
1. Frasa kerja pasif ialah frasa kerja yang bertugas sebagai predikat dalamayat pasif.
2. Frasa kerja pasif terbahagi kepada :
frasa kerja pasif diri pertama
frasa kerja pasif diri kedua
frasa kerja pasif diri ketiga
3. Frasa kerja pasif diri pertama ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja yang
tidak berawalan men- tetapi didahului oleh kata ganti diri pertama aku, kami, kita, saya dan
sebagainya.
4. Frasa kerja pasif diri kedua ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja yang tidak
berawalan men- tetapi didahului oleh kata ganti diri kedua anda, awak, kamu dan sebagainya.
5. Frasa kerja pasif diri ketiga ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja yang berawalan di-
serta diikuti oleh frasa sendi ( oleh + frasa nama ). Kata olehpada frasa sendi itu boleh
digugurkan.
6. Bentuk frasa kerja pasif diri pertama tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja
pasif diri ketiga.
SALAH BETUL
diambil olehku kuambil
dibuang oleh kami kami buang
disimpan oleh kita kita simpan
dihantar oleh saya saya hantar
dilaksanakan oleh patik patik laksanakan
diburu oleh hamba hamba buru
7. Bentuk frasa kerja pasif diri kedua pun tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja
pasif diri ketiga.
SALAH BETUL
ditanya oleh anda anda Tanya
diberikan oleh engkau engkau berikan
dibeli oleh kamu kamu beli
dikirim oleh awak awak kirim
diperintahkan oleh tuanku tuanku perintahkan
dibersihkan oleh kalian kalian bersihkan
8. Bentuk frasa kerja pasif diri ketiga pula tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja
pasif diri pertama dan farasa kerja pasif diri kedua.
SALAH BETUL
beliau tulis ditulis oleh beliau
dia kumpulkan dikumpulkan olehnya
mereka kutip dikutip oleh mereka
baginda rasmikan dirasmikan oleh baginda
ia bersihkan dibersihkan olehnya
8. Kata-kata lain tidak boleh disisipkan di antara kata ganti diri pertama atau diri kedua dengan
kata kerja yang tidak berawalan men- itu.
SALAH BETUL
kami akan atasi akan kami atasi
kita perlu tolong perlu kita tolong
saya sudah kirim sudah saya kirim
hamba akan khabarkan akan hamba khabarkan
patik belum laksanakan belum patik laksanakan
anda mesti edarkan mesti anda edarkan
engkau telah baca telah engkau baca
kamu akan baiki akan kamu baiki
awak mesti siapkan mesti awak siapkan
kalian harus bereskan harus kalian bereskan
KESALAHAN DARI SEGI STRUKTUR AYAT
1. Ayat Gabungan
Ayat gabungan terbentuk daripada dua atau bebearapa ayat tunggal yang dihubungkan
dengan kata hubung. Contoh:
Nani dan Nora ke perpustakaan.
Nurul bukan saja pandai tetapi juga pemurah.
Kesalahan dalam pembentukan ayat gabungan berlaku apabila ayat-ayat tunggal yang
membentuk ayat gabungan tidak digabungkan dengan betul.Contoh:
SALAH BETUL
Mereka akan melancong ke Pulau Tioman Mereka akan melancong ke Pulau Tioman
atau Pulau Langkawi? atau ke Pulau Langkawi?
Saya tidak pasti sama ada Nani tinggaldi Saya tidak pasti sama ada Nani tinggaldi
Relang atau Jelai. Relang atau di Jelai.
Baik yang kaya atau miskin datang ke Baik yang kaya atau yang miskin datang
rumahnya. ke rumahnya.
Hadiah ini untuk Izzat bukan Hazwan. Hadiah ini untuk Izzat bukan untuk Hazwan.
Jangankan membeli kereta, motosikal Jangankan membeli kereta, membeli
pun saya tak mampu. motosikal pun saya tak mampu.
2. Ayat Pancangan
Ayat pancangan ialah ayat yang berasal daripada dua ayat tunggal yang salah
satunya dipancangkan pada ayat yang satu lagi.Contoh:
a. Kereta Pak Leh itu terbabas.
b.Walaupun miskin keluarga Mak Piah bahagia.
Ayat (a) terbit daripada dua ayat, iaitu:
i. Kereta itu terbabas.
ii. Kereta itu kereta Pak Leh.
Ayat (b) terbit daripada dua ayat yang berikut:
i. Keluarga Mak Piah miskin
ii. Keluarga Mak Piah bahagia.
Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku juga apabila unsurpenerang dalam
ayat tersebut salah strukturnya. Contoh:
SALAH BETUL
Rumah itu di atas bukit tidak ada Rumah di atas bukit itu tidak ada
penghuninya. penghuninya.
Bangunan itu yang tinggi Menara Maybank. Bangunan yang tinggi itu Menara
Maybank.
Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku juga kerana tidak adakata hubung
pancangan yang menghubungkan klausa bawahan dengan klausa utama. Contoh:
SALAH BETUL
Kami berdoa kamu berjaya. Kami berdoa agar kamu berjaya.
Semua orang tahu dia anak Pak Hamid. Semua orang tahu bahawa dia anak Pak
Hamid.
3. Ayat tergantung
Ayat mesti terdiri daripada subjek dan predikat.
Dalam susunan ayat biasa, letak subjek di depan dan letak predikat dibelakang.
Contoh:
Budak itu / menangis.
Farhana / jatuh ke dalam longkang.
Dalam susunan ayat songsang, letak subjek di belakang dan predikat didepan. Contoh:
Siapakah / gadis itu.
Itulah / teman saya.
Bentuk ujaran yang tidak mempunyai subjek atau predikat disebut sebagai “ayat
tergantung “
Ayat tergantung terjadi apabila ujaran itu bermula dengan kata sendi, katahubung, kata
kerja dan kerana penggunaan kata yang salah, dan sebagainya.
SALAH BETUL
Di seluruh negara mengalami banjir. Seluruh negara mengalami banjir.
Kerana hal itu akan dibincangkan. Hal itu akan dibincangkan.
Dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini. Kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini.
Banyak pelajar lulus dengan baik. Banyak pelajar yang lulus dengan baik.
Ada pihak membangkang cadangan itu. Ada pihak yang membangkang cadangan itu.
Dia yang datang kelmarin Dia datang kelmarin.
Mengetahui hal itu saya membatalkan rancangan Setelah mengetahui hal itu saya membatalkan
Kesan kemelesetan ekonomi, pengangguran meningkat. rancangan.
Turut menghadiri majlis itu ialah Menteri Besar. Sebagai kesan kemelesetan ekonomi, pengangguran
Apakah perlu kita lakukan sekarang? meningkat.
Siapa kata saya berbohong? Yang turut menghadiri majlis itu ialah Menteri
Peserta-peserta yang lulus saja akan dipilih. Besar.
Daripada bukti-bukti ini jelas menunjukkan bahawa dia Apakah yang perlu kita lakukan sekarang?
bersalah. Siapakah yang mengatakan bahawa saya
Mengikut beliau menyatakan bahawa perompak senjata api berbohong?
sudah itu tumpas. Peserta-pesert ayng lulus saja yang akan dipilih.
Yang manakah betul? Bukti-bukti ini jelas menunjukkan bahawa dia
bersalah.
Beliau mengatakan bahawa perompak senjata api
itu sudah tumpas.
Yang manakah yang betul?
4. Ayat yang Tidak Betul Susunannya
Kata-kata sahaja belum beerti bahasa jika kata-kata itu tidak tersusun dalam bentuk ayat.
Apabila kata-kata tidak betul susunannya, maka bentuk bahasa menjadi salah atau tidak
baku.
Contoh:
Ini hari Azizah tidak datang.
Buku ini saya tidak mahu membaca.
Yang melukis gambar ini Zainallah.
Yang memukul awak siapakah?
Itu pen dakwat sudah habis.
Nora dan Nani baik berkawan.
Majalah itu saya tidak menyimpannya.
Kad Bacaan (Tahap 2)

Orang yang paling saya hormati


Orang yang paling saya hormati ialah ibuku. Ibu saya berasal dari sebuah keluarga yang miskin papa.
Beliau mula menyara hidup keluarganya setelah bapa meninggal dunia. Pada masa itu, beliau baru berumur
lima belas tahun.
Ibu belajar cara-cara membuat jahitan dan akhirnya beliau menjadi seorang tukang jahit. Setiap
pagi beliau menunggang basikal dari rumah ke rumah bagi mengumpul kain untuk dibuat baju. Selepas siap
mengumpul, ibu akan menjahit baju-baju ini di rumah.
Ibu selalu bekerja hingga larut malam. Biasanya, ibu menghantar baju yang siap dijahit kepada
pemiliknya pada hari keesokkan. Ibu menggunakan wang yang diperolehi dari kerja-kerja jahitan itu untuk
membeli bekalan makanan kepada ahli-ahli keluarganya.

Hari yang malang


Saya dan bapa brsiar-siar di kawasan perumahan kami. Cuaca pada hari itu sangat cerah. Burung-
burung mencicit dengan riangnya.
Encik Ahmad yang sudah berusia berjalan-jalan bersendirian di situ. Ali yang nakal pula menunggang
basikalnya dengan laju. Tiba-tiba, dia hilang kawalan dan terlanggar Encik Ahmad. Mereka berdua jatuh atas
jalan raya. Saya dan bapa segera membantu mereka. Ayah saya yang juga seorang doktor, menjahit luka
mereka. Ali dimarahi kerana kelalainnya. Dia berasa serba salah dan meminta maaf kepada Encik Ahmad.

Kehidupan harian seorang pengusaha kantin


Encik Chan ialah seorang pengusaha kantin. Dia menjual makanan dan minuman di kantin sekolah.
Encik Chan dan isterinya pergi ke kantin pada pukul lima pagi. Selepas itu, mereka segra menyediakan
sarapan untuk dijual.
Biasanya mereka akan menjual kek, roti, mi goreng dan nasi lemak sebagai sarapan pagi. Mereka
selalu menyediakan pelbagai jenis makanan pada waktu rehat sekolah. Contohnya nasi ayam, mi kari, nasi
goreng dan mi sup. Selain itu, pisang dan keropok udang juga disediakan oleh Encik Chan. Ramai murid suka
membeli makanan daripada Encik Chan. Makanannya bukan sahaja enak malah harganya murah.
Kerja-kerja Encik Chan dan isterinya akan selesai pada pukul satu petang.

Perjalanan balik ke kampung.


John berasa sungguh gembira pada itu. Ini kerana ibu bapa John akan membawanya melawat ke
rumah datuk di kampung. Mereka bertolak selepas makan sarapan pagi pada pukul tujuh pagi. Encik Peter
iaitu ayah John memandu kereta menuju ke arah destinasi mereka.
Dalam perjalanan ke rumah datuk, John berpeluang melihat pemandangan yang berbeza. Dia
ternampak banyak lembu yang sedang meragut rumput di padang, kerbau pula bermandian di lumpur, ladang
sawah padi dan kebun buah-buahan yang menghijau. Pokok rambutan dan durian penuh dengan buah. Menurut
ayah John, musim buah durian dan rambutan sudah menjelang tiba.
Perjalanan ke kampung memakan masa lebih kerang tiga jam. Datuk, nenek dan saudara sepupu John
sudah menunggu mereka di depan rumah.

Anak yang baik.


Ali belajar pada sebelah sesi pagi. Setiap pagi, dia bertolak ke sekolah pada pukul 7.15 pagi.
Selepas waktu sekolah, Ali bekerja sambilan sebagai penghantar di sebuah kedai runcit untuk
mendapat wang lebihan bagi membantu keluarganya. Kerja itu senang sahaja. Dia hanya perlu menghantar
barang-barang yang ringan seperti makanan dalam tin, makanan ringan dan telur ke kawasan perumahan yang
berdekatan.
Dia menunggung basikal yang berbakul untuk menghantar bahan pesanan pelanggan kedai runcit.
Majikan Ali membayar gaji kepadanya pada hari minggu. Kemudian, dia memberi wang itu kepada ibunya. Ali
tidak membelanjakan wang itu untuk kegunaan sendiri.

Budak yang kepala keras.


Pada hari Ahad yang lalu, Martin dan keluarganya berkelah di tepi pantai. Martin hendak berenang.
Ayahnya menasihati Martin supaya jangan berenang terlalu jauh dari pantin. Martin enggan mendengar
nasihat ayahnya. Malah sengaja berenang jauh dari pantai.
Tiba-tiba, kaki kiri Martin kekejangan otot. Dia berasa sangat sakit lalu menjerit meminta
pertolongan. Mujurnya ayah Martin yang sedang memerhatikan segala tindak-tinduk Martin terdengar
jeritnnya. Ayahnya segera berenang ke
arah Martin dan menyelamatnya. Ayah memeluk Martin ke tepi pantai. Ibu bapa Martin memarahinya kerana
sikap yang enggan mendengar nasihat orang tua.

Majlis hari jadi


Pada petang semalam, Chooi Ling pergi ke majlis hari jadi Pauline. Ramai kawan yang hadir majlis
hari jadi Chooi Ling.
Rumah Pauline dihiasi dengan belon dan kertas yang berwarna-warni. Terdapat pelbagai jenis
makanan yang dihidangakan di atas meja seperti ayam goreng, mi goreng, kari ayam, agar-agar dan lain-lain
lagi.
Tetamu-tetamu diberi topeng parti untuk dipakai. Permainan seperti kerusi muzik beralih topi dan
buta mengiring buta telah dimainkan. Sebelum majlis itu berakhir, kek hari jadi dibawa keluar. Mereka
menyanyi lagu hari jadi untuk Pauline.

Menara Kuala Lumpur.


Menara Kuala Lumpur merupakan mercu tanda Bandar Raya Kuala Lumpur, Bandar Rya Taman
Bercahaya. Menara ini telah dirasmikan pada 23 Julai 1996 oleh Yang Amat Berhormat Tun Dr.Mahathir
Mohamad.
Menara Kuala Lumpur yang tingginya 421 meter merupakan menara telekomunikasi yang keempat
tertinggi di dunia. Terdapat 22 tingkat kesemuanya yang mengandungi sebanyak 2058 anak tangga.
Terdapat lima bahagian utama iaitu tapak asas, tingkat pelancongan, tiang menara, kepala menara,dan tiang
antenna.
Selain daripada dapat melihat keindahan Bandar Raya Kuala Lumpur dari paras 276 meter, para
pelawat juga dapat menikmati hidangan di Restoran Berputar Seri Angkasa. Kemudahan-kemudahan lain
seperti panggung mini, panggung terbuka,kolam pancutan air, restoran makanan segera, dan kedai-kedai
cenderamata menambahkan lagi daya tarikan ke menara ini.
Buat baik dibalas baik.
Kevin baru pulang dari sekolah. Semasa dalam perjalanan, dia bertemu dengan seekor anjing. Kaki
anjing itu luka. Kevin membawa anjing itu pulang ke rumah. Dia merawat luka anjing itu sehingga sembuh. Dia
menamakan anjing itu Johnny.
Pada suatu malam, seorang penyamun masuk ke rumah Kevin. Kevin tidak dapat melawan kerana
badannya diikat. Tiba-tiba, Johnny menyalak. Johnny menyerang penyamun itu. Penyamun itu cedera.
Akhirnya , penyamun itu ditangkap polis. Sesungguhnya, jika kita berbuat baik, kita akan mendapat balasan
yang baik juga.

Sekolah saya
Sekolah ialah tempat untuk murid-murid menimba ilmu. Sekolah terdapat di Bandar dan di luar
Bandar. Sekolah saya terletak di kawasan luar Bandar.
Nama sekolah saya ialah Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Batu Hampar. Ia terletak di
kawasan daerah Rembau. Sekolah saya besar dan cantik. Sekolah saya dibuka pada tahun 1924. Walaupun ia
sudah lama dibuka tetapi keadaan bangunannya masih lagi cantik dan teguh.
Untuk memastikan keadaan sekitar kawasan sekolah saya sentiasa ceria, pihak sekolah dengan
bantuan ibu bapa bergotong-royong membersihkan sekolah. Sekolah saya pernah memenangi tempat pertama
peringkat negeri dari segi keceriaannya. Saya cukup berbangga dengan sekolah saya ini.

Cita-cita saya
Setiap manusia mesti mempunyai cita-cita. Antaranya ialah ingin menjadi guru, doktor, polis,
angkasawan dan sebagainya. Seperti orang lain sata juga mempunyai cita-cita.
Cita-cita saya ialah ingi menjadi seorang guru. Saya ingin menjadi guru kerana guru merupakan satu
tugas yang mulia. Melalui kerja ini saya dapat mendidik bangsa Mlaysia menjadi satu bangsa yang dihormati
dan disegani oleh bangsa yang lain di dunia.
Walau bagaimanapun untuk mencapai cita-cita saya ini bukanlah mudah. Saya perlu berusaha
bersungguh-sungguh hingga mendapat kejayaan yang cemerlang di universiti. Saya juga harus mempunyai
sikap rajin dan sabar jika menjadi seorang guru.
Semoga cita-cita saya ini terkabul juga satu hari nanti.

Perpustakaan sekolah saya.


Setiap sekolah mempunyai perpustakaan. Perpustakaan amat penting kepada murid-murid serta guru.
Perpustakaan dijadikan tempat rujukkan serta tempat untuk murid-murid meminjam buku.
Di sekolah saya juga mempunyai sebuah perpustakaan. Perpustakaan di sekolah saya besar dan
cantik. Buku-buku disusun rapi di atas rak. Kami tidak dibenarkan membuat bising jika berada di dalam
perpustakaan. Untuk memastikan perpustakaan di sekolah saya sentiasa ceria, pihak sekolah saya telah
melantik beberapa orang pstakawan untuk menjaga keceriaan kawasan perpustakaan.
Setiap akhir tahun pula, pihak sekolah akan memberikan hadiah kepada murid-murid yang banyak
meminjam buku di perpustakaan. Kami amat suka hati bila menerima hadiah itu.

Sambutan Hari Guru


Pada 16 haribulan Mei yang lalu, sekolah saya telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat
sekolah. Sambutan ini diadakan untuk mengenang jasa bakti guru dalam usaha mendidik para murid.
Sambutan Hari Guru sekolah saya dimulakan pada pukul 8.30 pagi. Ia dimulakan dengan bacaan ikrar
oleh semua guru serta nyanyian beramai-ramai ‘Kami guru Malaysia’.
Kemudian Tuan Guru Besar membaca perutusan khas daripada Menteri Pendidikan Malaysia. Selepas
itu, kami ke padang untuk melihat acara sukaneka. Sukaneka itu sungguh menarik. Ada pertandingan tiup
belon, lari dalam guni, cari duit dalam tepung dan sebagainya lagi. Sukaneka ini disertai oleh guru-guru dan
para murid. Pada hari itu juga ramai murid-murid menyampaikan hadiah kepada guru masing-masing.
Sambutan itu tamat pada pukul 2.00 petang. Kami pun pulang dengan penuh kegembiraan.

Jiran saya
Jiran ialah orang yang tinggal berselahan dan berdekatan dengan rumah kita. Jiran berdekatan
dengan rumah kita adakalanya orang Melayu, Cina ataupun India. Kita hendaklah berbaik-baik dengan jiran
tetangga kita.
Saya juga mempunyai jiran. Bersebelahan dengan rumah saya ada sebuah keluarga keterunan Cina.
Namanya Lim Ah Ming. Dia telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak. Kesemua anak-anaknya sudah
besar dan bekerja. Encik Lim berumur lebih kurang 54 tahun. Dia bekerja sebagai seorang peniaga.
Encik Lim sekeluarga sangat ramah dan baik hati. Kadang kala mereka akan datang ke rumah saya
untuk berbual mesra. Adakalanya juga keluarganya memberi sedikit buah-buahan kepada saya. Hubungan
kami amat mesra dan saya sangat menyayangi mereka.

Makanan kegemaran saya


Untuk mendapatkan tenaga kita perlu makanan. Ada orang suka makan makanan seperti mi goreng,
nasi lemak, kentang goreng, mi rebus dan roti canai. Setengahnya pula suka makan makanan seperti burger,
kacang dan sayuran.
Saya juga mempunyai makanan kegemaran tersendiri. Makanan kegemaran saya ialah mi goreng. Saya
suka makan mi goreng kerana ia cukup mengenyangkan serta ianya tidak susah untuk dimasak. Selalunya saya
membeli mi goreng di gerai-gerai yang terdapat berhampiran dengan kawasan rumah saya.
Kadang kala jika ibu ada masa lapang, dia akan memasak mi goreng untuk saya. Mi goreng yang
dimasak oleh ibu saya cukup sedap dan lazat.

Pergi ke dusun datuk


Pada hari Isnin yang lalu, kami sekeluarga telah pergi ke dusun datuk saya. Kami pergi ke sana
dengan menaiki kereta.
Sesampainya di sana, kami disambut oleh datuk. Dusun datuk saya amat luas. Di dusun datuk saya
ada pokok rambutan, manggis, durian dan pisang. Pada tahun ini buah-buahan di dusun datuk saya berbuah
lebat. Saya dan keluarga saya menolong datuk mengumpul buah durian yang gugur. Kami dijamu dengan b oleh
datuk dengan berjenis-jenis buah-buahan. Saya dan keluarga makan dengan sepuas-puasnya.
Saya juga tidak melepaskan peluang untuk memanjat sebatang pokok rambutan. Tetapi malang nasib
saya pokok rambutan itu ada kerengga. Habis badan saya digigitnya. Datuk dan keluarga saya lain ketawa
melihat gelagat saya yang cuba membuang kerengga. Pukul 6.00 petang kami pun pulang ke rumah.

Berkelah di tepi pantai


Pada hari Ahad yang lalu, saya sekeluarga telah pergi berkelah di tepi Pantai Lido. Kami pergi ke
sana dengan menaiki kereta ayah saya. Setelah sejam dalam perjalanan akhirnya kami tiba di Pantai Lido.
Setibanya saya di sana, saya lihat ramai orang telah datang. Ada yang mandi-manda, ada yang
membuat istana pasir dan ada yang berlari-lari. Setelah dapat mencari tempat yang sesuai, saya dan adik
saya tanpa berlengah-lengah lagi terus mandi dengan sepuas-puasnya.
Setelah penat mandi, saya dan adik saya naik ke pantai. Kami menjamu selera makanan yang telah
dibawa oleh ibu saya. Pada pukul lima kami pun pulang ke rumah.

Kegunaan pokok kelapa


Pokok kelapa digelar pokok seribu guna. Pokok kelapa banyak terdapat di kawasan kampung-kampung
serta di tepi pantai.
Pokok kelapa banyak gunanya kepada manusia. Buah kelapa yang mua boleh diminum airnya. Buah
kelapa tua pula isinya boleh dijadikan santan untuk memasak kari. Sabut kelapa boleh dibuat berus,
pengesat kaki dan bahan pembakar. Tempurungnya pula boleh dibuat tabung dan barang-barang perhiasan.
Buah kelapa juga bolah dibuat minyak.
Daun kelapa yang muda boleh dibuat pembungkus ketupat. Ia banyak digunakan semasa hari raya.
Lidi kelapa pula boleh dibuat penyapu lidi dan penyucuk lidi sate. Selain itu, batang kelapa juga ada gunanya.
Batang kelapa boleh dibuat titi dan tungku untuk memasak.

Kegunaan pokok pisang


Di negara kita banyak terdapat pokok pisang. Pokok pisang banyak terdapat di kawasan kampung-
kampung. Pokok pisang ada beberapa jenis antaranya ialah pisang Emas, Rastali, Embun, Tanduk, Awak dan
lain-lain lagi.
Pokok pisang banyak gunanya kepada manusia. Buah pisang boleh dimakan begitu sahaja. Buah pisang
juga boleh digoreng. Ia enak dimakan ketika panas. Buah pisang juga boleh dibuat jemput-jemput dan kuih
lepat. Buah pisang muda boleh dibuat kerepek.
Daun pisang digunakan untuk membalut nasi lemak, alas ikan baker dan pembalut kuih lepat. Batang
pisang pula boleh dibuat rakit. Ia berguna terutamanya pada musim banjir. Selain itu, pokok pisang juga
mempunyai jantung. Jantung pisang boleh dibuatulam atau direbus.
Walaupun pokok pisang banyak gunanya kepada manusia tetapi ia hanya berbuah sekali seumur
hidup.

Faedah membaca
Membaca adalah amalan yang mulia. Kita boleh membaca buku, suratkhabar, novel, komik, majalah
dan lain-lain lagi.
Membaca banyak faedahnya kepada kita. Melalui suratkhabar kita dapat mengetahui hal yang
berlau di dalam dan di luar negara.
Perkembangan sukan juga dapat kita ketahui jika kita rajin membaca suratkhabar.
Melalui pembacaan novel, majalah dan komik, kita dapat menenangkan fikiran kita terutama kepada
yang penat bekerja. Bagi murid-murid pula, meeka boleh menambahkan ilmu pengetahuan serta menambah
perbendaharaan kata mereka.
Oleh itu, kita perlu rajin membaca. Jika kita tidak membaca mungkin kita menjadi seperti katak di
bawah tempurung.

Latihan 1
Simpulan Bahasa
Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang berikut.
baik sangka anak angkat angkat
kaki alas perut
bahasa dalam bekas tangan cabut
nyawa
durian runtuh mencari jalan beri
muka
1. Pagi tadi Ah Meng ....................sebelum pergi Taiping.
2. ....................Pak Cik Ismail menjadi doktor gigi.
3. Apabila pegawai penguatkuasa datang ke tempat itu, semua penjaja
yang tidak tidak berlesen ...................
4. Perkataan santap, gering dan beradu merupakan ........................
5. Orang tua selalu ..........................dengan semua orang.
6. Inilah manuskrip ..........................pengarang yang terkenal itu.
7. Ayahnya terlalu ...........................kepada anak lelakinya, akhirnya dia
menjadi budak yang nakal.
8. Perompak itu hendak .......................mangsanya, tetapi hasratnya
tidak berjaya bila polis sempat menembaknya.
9. Apabila dia disuruh membuat kerja yang berat, dia selalu
......................
10. Pada hujung tahun semua kaki tangan kerajaan mendapat
.....................

*JAWAPAN* Latihan Simpulan Bahasa 1


Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang berikut.
baik sangka anak
angkat angkat kaki alas perut
bahasa dalam bekas tangan cabut
nyawa
durian runtuh mencari jalan beri
muka
1. Pagi tadi Ah Meng alas perut. sebelum pergi Taiping.
2. .Anak angkat. Pak Cik Ismail menjadi doktor gigi.
3. Apabila pegawai penguatkuasa datang ke tempat itu, semua penjaja
yang tidak berlesen angkat kaki.
4. Perkataan santap, gering dan beradu merupakan bahasa dalam.
5. Orang tua selalu beri muka.dengan semua orang.
6. Inilah manuskrip .bekas tangan.pengarang yang terkenal itu.
7. Ayahnya terlalu baik sangka kepada anak lelakinya, akhirnya dia
menjadi budak yang nakal.
8. Perompak itu hendak cabut nyawa mangsanya, tetapi hasratnya
tidak berjaya bila polis sempat menembaknya.
9. Apabila dia disuruh membuat kerja yang berat, dia selalu mencari
jalan.
10. Pada hujung tahun semua kaki tangan kerajaan mendapat durian
runtuh
Latihan 2
Kata Tanya
Isikan tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan
pperkataan yang sesuai .
Bagaimana Bila Siapa Mengapa
Berapa Mana

1) Cikgu Bala hendak tahu ____________ kamu berdua bergaduh .


2) __________ kah ayah kamu hendak ke Pulau Pinang ?
3) Kok Leong ingin tahu _________harga sehelai seluar itu .
4) Saya terlupa di _________ Saya menyimpan buku itu .
5) ________kah Puan Wong membuat kuih ini ?
6)________ kah yang mengambil buah-buahan di dalam bakul itu ?
¡¡
SOALAN 7 hingga 10
Isikan tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan perkataan
yang sesuai .
7) ___________ kah ( Siapa , Apa ) yang pergi ke sana dengan kamu
?
8) Saya tidak tinggal di ___________ ( bila , mana ) rumah Hwee
Lan .
9) ___________ kah ( Siapa , Bila ) kamu berdua hendak pulang ke
kampung ?
10) Leela tidak tahu _________ ( Apa , Siapa ) yang memanggilnya .

JAWAPAN: Latihan 2
Isikan tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan
pperkataan yang sesuai .
Bagaimana Bila Siapa Mengapa
Berapa Mana

1) Cikgu Bala hendak tahu _mengapa_kamu berdua bergaduh ?


2) Bila kah ayah kamu hendak ke Pulau Pinang ?
3) Kok Leong ingin tahu berapa harga sehelai seluar itu .
4) Saya terlupa di mana Saya menyimpan buku itu .
5) Bagaimana kah Puan Wong membuat kuih ini ?
6) Siapa kah yang mengambil buah-buahan di dalam bakul itu ?
¡¡
SOALAN 7 hingga 10
Isikan tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan perkataan
yang sesuai .
7) Siapa kah ( Siapa , Apa ) yang pergi ke sana dengan kamu ?
8) Saya tidak tinggal di mana ( bila , mana ) rumah Hwee Lan .
9) Bila kah ( Siapa , Bila ) kamu berdua hendak pulang ke kampung
?
10) Leela tidak tahu siapa ( Apa , Siapa ) yang memanggilnya .

LATIHAN 3
KATA ADJEKTIF DAN KATA
ADVERBA
1. Kata Adjektif ialah kata yang menerangkan sifat sesuatu kata nama
seperti
benda,orang,tempat,keadaan dan sebagainya.
2. Kata Adjekfit juga dikenali sebagai Kata Safit.
Contoh Kata
Contah Ayat
Adjektif

nakal
Chee Keong seorang budak yang nakal.
garang Lembu janntan itu sangat garang.
besar Rumah besar itu sangat cantik.
Buku itu tebal.
tebal
Pembaris ini lurus.
lurus
3. Kata Adverba ialah kata yang menerangkan
sesuatu perbuatan ataukata kerja.
Contoh Kata
Contoh Ayat
Adverba
Burung itu terbang tinggi.
tinggi Angin bertiup dengan kencang.
kencang Pak Ali berjalan dengan perlahan.
Budak nakal itu makan nasi
perlahan dengan gelojoh.
gelojoh Pokok mangga itu berbuah
lebat dengan lebat.

LATIHAN 3
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong di bawah.
1. Kuih-muih yang dijual oleh penjaja oleh penjaja itu
sangat____________ .
A.lazat
B.merdu
C.gembira
D.mewah
2. Rumah Siti terletak____________ dari sini .
A.jauh
B.panjang
C.lama
D.jarang
3.Pelajar yang_________itu sangat disayangi oleh kedua-dua ibu
bapanya.
A.bodoh
B.malas
C.pandai
D.degil
4.Pekerja yang rajin itu __________datang awal ke sekolah .
A.lewat
B.selalu
C.malas
D.jarang
5.Budak kecil itu tidak dapat mengangkat yang ___________ itu .
A.berat
B.ringan
C.kecil
D.lembut
6.Laut itu sangat ____________kerana mengandungi banyak garam .
A.manis
B.masam
C.pahit
D.masin
7.Air sungai itu mengalir dengan___________ selepas hujan lebat .
A.laju
B.deras
C.cepat
D.lambut
8.Pemuda itu suka membawa keretanya dengan___________.
A.kuat
B.fasih
C.cergas
D.laju
9.Angin bertiup dengan__________di kawasan itu malam tadi .
A.laju
B.kuat
C.kencang
D.deras
10.Bayi itu tidur dengan_________nya di dalam buaian .
A.sedap
B.merdu
C.nyenyak
D.seronok
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong di bawah.
1. Kuih-muih yang dijual oleh penjaja oleh penjaja itu sangat lazat.
A.lazat
B.merdu
C.gembira
D.mewah
2. Rumah Siti terletak jauh dari sini .
A.jauh
B.panjang
C.lama
D.jarang
3.Pelajar yang pandai itu sangat disayangi oleh kedua-dua ibu bapanya.
A.bodoh
B.malas
C.pandai
D.degil
4.Pekerja yang rajin itu selalu datang awal ke sekolah .
A.lewat
B.selalu
C.malas
D.jarang
5.Budak kecil itu tidak dapat mengangkat yang berat itu .
A.berat
B.ringan
C.kecil
D.lembut
6.Laut itu sangat masin kerana mengandungi banyak garam .
A.manis
B.masam
C.pahit
D.masin
7.Air sungai itu mengalir dengan deras selepas hujan lebat .
A.laju
B.deras
C.cepat
D.lambut
8.Pemuda itu suka membawa keretanya dengan laju.
A.kuat
B.fasih
C.cergas
D.laju
9.Angin bertiup dengan kencang di kawasan itu malam tadi .
A.laju
B.kuat
C.kencang
D.deras
10.Bayi itu tidur dengan nyenyaknya di dalam buaian .
A.sedap
B.merdu
C.nyenyak
D.seronok

Latihan 4
KATA ADJEKTIF
Garis kata adjektif dalam ayat-ayat di bawah ini .

1. Nasi yang dimasak oleh kakak terlalu lembik .

2. Tiang itu condong kerana dilanggar lori .

3. Kakinya terasa lenguh kerana terlalu jauh berjalan .

4.Kami memerlukan galah yang lebih panjang untuk mengait buah


rambutan itu.

5.Puan Rasyidah menyedia makanan yang lazat untuk keluarganya.

6.Dalam kemalangan itu, penunggang motosikal itu nyaris menemui


maut.

7.Jam tangan Ramu lambat sepuluh minit.

8.Puan Ng membalut luka anaknya dengan kain nipis.

9.Ayah memakai baju Melayu berwarna kelabu ke masjid.

10.Pakaian yang tersidai itu masih lembap.

Garis kata adjektif dalam ayat-ayat di bawah ini .

1. Nasi yang dimasak oleh kakak terlalu lembik .


2. Tiang itu condong kerana dilanggar lori .
3. Kakinya terasa lenguh kerana terlalu jauh berjalan .
4.Kami memerlukan galah yang lebih panjang untuk mengait buah
rambutan itu.
5.Puan Rasyidah menyedia makanan yang lazat untuk keluarganya.
6.Dalam kemalangan itu, penunggang motosikal itu nyarismenemui
maut.
7.Jam tangan Ramu lambat sepuluh minit.
8.Puan Ng membalut luka anaknya dengan kain nipis.
9.Ayah memakai baju Melayu berwarna kelabu ke masjid.
10.Pakaian yang tersidai itu masih lembap.