You are on page 1of 1
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU Jalan Bukit Kecil, 20604 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman ww 08-621 30003001 Feats (Fax) 09-622 7207100-€23 8415 Poral www mee goumyipnorenggens Ruj. Kami : P.T.09021-01/14 (2) Tarikh 2 q Julai 2014 Semua Pengetua / Guru Besar, Sekolah-sekolah Negeri Terengganu. Tuan, DATA PENGURUSAN DISIPLIN DAN KESELAMATAN MURID DI SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2014 Dengan hormatnya, surat dari Bahagian Pengurusan Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia KP(BPSH)-SPKD) 602/10( 39 ) bertarikh 15 April 2013 mengenai perkara di atas dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu telah diarahkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memantau pelaksanaan aktiviti pengurusan pembangunan disiplin dan keselamatan murid di peringkat sekolah. Tujuan pemantauan ini adalah untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci_ berkaitan pengurusan disiplin murid di peringkat sekolah, daerah dan negeri. Maklumat yang dikumpul akan dianalisis dari segi impak pelaksanaan seterusnya mengatasi setiap kelemahan yang dikenalpasti 3. Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan Borang Pengurusan Disiplin (BPD 1) untuk disempurnakan oleh pihak tuan dan menghantar borang tersebut ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing-masing sebelum atau pada 16 Julai 2014. Pihak PPD diminta memastikan pihak sekolah mengembalikannya ke PPD sebelum atau pada 16 Julai 2014 4. Pihak PPD dipohon merumuskan maklumat tersebut menggunakan Borang Pengurusan Disiplin (BPD 2) dan menghantarkannya ke Unit HEM, JPNT (up: Pn. Fadzilah binti Yasin) pada atau sebelum 3 Ogos 2014. 5. Bersama-sama ini rtakan Borang BPD 1 dan BPD 2 untuk tindakan tuan. Segala kerjasama yang tuan berikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. "Guru Penyayang Murid Berkualiti” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” (HASHIM BIN Timbalan Pengarah Pendidikan b.p. Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu sk, ‘Sema Pegawal Pendidikan Daerah (UP:Penolong PPD Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan) visit gga 2014 OF ~ fave

You might also like