You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN KULIM BANDAR

JALAN TUNKU MOHD ASAAD

09000 KULIM
KEDAH DARUL AMAN Tel/Fak: 04 4900145
Gmail : skkulimbandar.kbb@gmail.com

Ruj. Kami : SKKB : 30/002/4 ( )

Tarikh : 28 Oktober 2018

Waris
Abishua Keith a/l Saviour Annathurai

Tuan,
MAKLUMAN PENGGANTIAN ALATAN SUKAN SEKOLAH YANG ROSAK/HILANG.

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa anak tuan Abishua Keith a/l Saviour Annathurai dari kelas 3
Bestari telah menghilangkan sebiji bola bernilai RM 59.90 semasa aktiviti Pendidikan
Jasmani pada hari Khamis jam di antara 8.45-9.15 pagi. Untuk pengetahuan pihak tuan, guru
PJK telah memberitahu kepada semua murid setiap kali aktiviti PJK diadakan agar mengikut
peraturan yang ditetapkan seperti tidak menendang bola terlalu kuat. Hal ini kerana, jika bola
jatuh ke dalam belukar, sukar untuk di ambil kembali memandangkan kawasan tersebut
mungkin terdapat binatang berbisa.
3. Sehubungan itu, pihak sekolah memohon tuan menggantikan bola tersebut sama ada
dalam bentuk tunai ataupun barangan dari jenis yang sama.
4. Pihak sekolah terpaksa memohon penggantian semula alatan tersebut kerana semua
peruntukkan kewangan Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah digunakan
sepenuhnya dan jumlah bola yang masih ada (1 biji) tidak mencukupi untuk aktiviti
Pendidikan Jasmani.Berikut disertakan resit pembelian alatan tersebut. Pihak tuan boleh
menghubungi sekolah jika ada sebarang pertanyaan.
5. Kerjasama daripada pihak tuan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

MERIAM BINTI MUSTAFA

Guru Besar
SK Kulim Bandar
SEKOLAH KEBANGSAAN KULIM BANDAR
JALAN TUNKU MOHD ASAAD
09000 KULIM
KEDAH DARUL AMAN Tel/Fak: 04 4900145
Gmail : skkulimbandar.kbb@gmail.com

Ruj. Kami : SKKB : Fail Panitia PJK

Tarikh : 19 Jun 2018

Waris
Muhammad Akif Nur Iman bin Mohamad Fauzi

Tuan,
MAKLUMAN PENGGANTIAN ALATAN SUKAN SEKOLAH YANG ROSAK/HILANG.

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa anak tuan Muhammad Akif Nur Iman bin Mohamad Fauzi dari
kelas 4 Bestari telah merosakkan alatan Catch Ball bernilai RM 2.00 semasa aktiviti
Pendidikan Jasmani pada hari Selasa jam di antara 8.15-8.45 pagi.
3. Sehubungan itu, pihak sekolah memohon tuan menggantikan alatan tersebut sama ada
dalam bentuk tunai ataupun barangan dari jenis yang sama.
4. Pihak sekolah terpaksa memohon penggantian semula alatan tersebut kerana semua
peruntukkan kewangan Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah digunakan
sepenuhnya dan jumlah Catch Ball (1 biji) tidak mencukupi untuk aktiviti Pendidikan
Jasmani.Berikut disertakan resit pembelian alatan tersebut. Pihak tuan boleh menghubungi
sekolah jika ada sebarang pertanyaan.
5. Kerjasama daripada pihak tuan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

MERIAM BINTI MUSTAFA

Guru Besar
SK Kulim Bandar
SEKOLAH KEBANGSAAN KULIM BANDAR
JALAN TUNKU MOHD ASAAD
09000 KULIM
KEDAH DARUL AMAN Tel/Fak: 04 4900145
Gmail : skkulimbandar.kbb@gmail.com

Ruj. Kami : SKKB : Fail Panitia PJK

Tarikh : 26 April 2018

Waris
Fariesya Nursyahida binti Fadzlie Effendy

Tuan,
MAKLUMAN PENGGANTIAN ALATAN SUKAN SEKOLAH YANG ROSAK/HILANG.

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa anak tuan Fariesya Nursyahida binti Fadzlie Effendy dari kelas
3 Bestari telah merosakkan alatan Frisbee yang bernilai RM 5.00 semasa aktiviti Pendidikan
Jasmani pada hari Khamis jam di antara 8.45-9.15 pagi.
3. Sehubungan itu, pihak sekolah memohon tuan menggantikan Frisbee tersebut sama
ada dalam bentuk tunai ataupun barangan dari jenis yang sama.
4. Pihak sekolah terpaksa memohon penggantian semula alatan tersebut kerana semua
peruntukkan kewangan Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah digunakan
sepenuhnya dan jumlah Frisbee yang masih ada (1 biji) tidak mencukupi untuk aktiviti